1 00:01:18,861 --> 00:01:20,070 Ada sesiapa di sana? 2 00:01:28,912 --> 00:01:31,498 Hei. Tunjukkan diri. 3 00:01:37,588 --> 00:01:41,300 Saya cakap tunjukkan diri sekarang. 4 00:01:43,468 --> 00:01:44,595 Saya bukan sesiapa. 5 00:01:50,184 --> 00:01:51,560 Serahkan tali pengenalan awak. 6 00:01:57,149 --> 00:01:59,026 Awak tak perlukan tali pengenalan saya. 7 00:02:01,403 --> 00:02:02,529 Kenapa pula? 8 00:03:38,333 --> 00:03:39,668 Saya fikir saya bunuh dia. 9 00:03:39,751 --> 00:03:42,421 Pedang kamu tembus. 10 00:03:43,130 --> 00:03:46,008 Dia akan mati sebab cedera, tapi akan ambil masa lama. 11 00:03:46,758 --> 00:03:49,761 Mari sini. 12 00:03:52,306 --> 00:03:54,391 Kamu takkan nampak kematian. 13 00:03:54,474 --> 00:03:56,894 Kamu perlu merasainya. Letak tangan atas tangan ayah. 14 00:03:59,396 --> 00:04:02,691 Tutup mata kamu. Pejam mata. 15 00:04:04,943 --> 00:04:09,239 Kamu hunus dan angkat. Angkat lagi. 16 00:04:12,201 --> 00:04:13,869 - Kamu rasa? - Ya. 17 00:04:13,952 --> 00:04:15,954 Carikan dan koyakan. 18 00:04:17,831 --> 00:04:22,461 Jika kamu buat begitu, ayah janji dia akan mati. 19 00:06:40,891 --> 00:06:42,392 Luruskan kaki. 20 00:06:51,735 --> 00:06:53,403 Kita akan ada masalah lain? 21 00:07:04,414 --> 00:07:07,376 Leftenan Wren. Saya cuma datang untuk periksa keadaan tahanan. 22 00:07:07,459 --> 00:07:09,336 - Ada apa-apa untuk dilaporkan? - Dia okey. 23 00:07:09,419 --> 00:07:12,297 Jeneral, awak cakap cuma beberapa hari. Dah hampir sebulan sekarang. 24 00:07:12,381 --> 00:07:13,549 Tak lama lagi. 25 00:07:13,632 --> 00:07:15,801 Saya tak faham kenapa awak kurung dia di sini. 26 00:07:15,884 --> 00:07:18,846 Awak tahu saya tak boleh jadikan dia tahanan rasmi. 27 00:07:18,929 --> 00:07:22,140 Jika Triangle tahu awak menyeludup tahanan boleh melihat ke bandar, 28 00:07:22,224 --> 00:07:25,143 - habislah kita berdua. - Awak takkan hadapi masalah. 29 00:07:25,227 --> 00:07:28,647 Awak ikut arahan, patuhi saja. Biar saya bimbang tentang ahli majlis. 30 00:07:29,606 --> 00:07:31,900 Saya hanya boleh percayakan awak, Wren. 31 00:07:31,984 --> 00:07:33,944 Awak cukup percayakan saya untuk membida, 32 00:07:34,027 --> 00:07:36,446 tapi enggan beritahu saya identiti dan sebab dia berada di sini. 33 00:07:37,948 --> 00:07:40,868 Saya juga nak tahu awak siapa dan sebab saya berada di sini. 34 00:08:03,891 --> 00:08:08,979 Saya… Komander Jeneral Edo Voss. 35 00:08:12,232 --> 00:08:16,028 Awak hanya akan bercakap… apabila disuruh. 36 00:08:26,288 --> 00:08:27,456 Kembali ke tempat awak, leftenan. 37 00:08:34,588 --> 00:08:37,090 Awak tak rosakkan perisai ini. 38 00:08:37,174 --> 00:08:39,092 Rasanya ia muat dengan awak. 39 00:08:39,968 --> 00:08:41,470 Saya cuma perlukan perisai dada. 40 00:08:43,138 --> 00:08:44,389 Pegang pedang saya. 41 00:08:47,017 --> 00:08:48,227 Awak rasa ia akan muat? 42 00:08:49,477 --> 00:08:52,397 Tak perlu muat. Hanya perlu bawa baunya. 43 00:08:52,481 --> 00:08:54,691 Hulurkan pedang ayah. 44 00:08:58,111 --> 00:08:59,112 Okey. 45 00:08:59,863 --> 00:09:02,115 Kamu dan Paris berkhemah 50 degupan jantung ke dalam hutan. 46 00:09:02,199 --> 00:09:04,409 - Menghadap lereng gunung... - Apa maksud ayah? 47 00:09:04,493 --> 00:09:05,786 Saya nak ikut ayah. 48 00:09:05,869 --> 00:09:09,915 Jangan. Tak boleh. Dah cukup sukar untuk bebaskan salah seorang daripada kamu. 49 00:09:09,998 --> 00:09:12,793 Bagaimana ayah nak cari dia? Ayah perlukan penglihatan saya. 50 00:09:13,544 --> 00:09:14,670 Penglihatan kamu? 51 00:09:17,047 --> 00:09:18,423 Apa yang ayah buat? 52 00:09:20,259 --> 00:09:21,260 Baba! 53 00:09:23,554 --> 00:09:25,430 - Serang ayah semula. - Apa? 54 00:09:32,062 --> 00:09:33,480 Ayah cakap, serang ayah. 55 00:09:36,692 --> 00:09:39,695 Mereka akan dengar setiap pergerakan kamu, sama seperti ayah mendengarnya. 56 00:09:40,696 --> 00:09:43,073 Sepanjang hidup dengan penglihatan itu buat kamu hasilkan bunyi dan cemerkap. 57 00:09:43,156 --> 00:09:44,366 Sudahlah. 58 00:09:46,869 --> 00:09:48,996 Kofun. 59 00:09:49,079 --> 00:09:50,205 Hei. 60 00:09:52,457 --> 00:09:53,667 Dengar cakap ayah. 61 00:09:54,918 --> 00:09:56,336 Ayah dan ibu kamu… 62 00:09:57,462 --> 00:10:01,550 kami besarkan kamu untuk jadi orang yang baik, bukan jadi pahlawan. 63 00:10:02,634 --> 00:10:05,053 Ayah tak nak kamu perlu berlawan sama seperti yang ayah perlu lalui. 64 00:10:07,931 --> 00:10:11,059 Ayah tak pernah bayangkan kehidupan untuk kamu jauh dari Alkenny. 65 00:10:11,727 --> 00:10:13,770 Ayah gagal buat kamu bersedia. 66 00:10:19,026 --> 00:10:21,278 Ayah mungkin takkan kembali. 67 00:10:21,862 --> 00:10:25,199 Kamu perlu belajar cara berlawan guna mata tertutup seperti orang buta, 68 00:10:25,282 --> 00:10:26,575 seperti yang ayah patut ajar kamu. 69 00:10:27,743 --> 00:10:29,912 Ingat, mata mengkhianati kamu. 70 00:10:30,913 --> 00:10:31,914 Ayah… 71 00:10:33,207 --> 00:10:35,626 Seseorang perlu selamat. Okey? 72 00:10:37,920 --> 00:10:39,087 - Paris. - Ya. 73 00:10:39,171 --> 00:10:40,255 Mari sini. 74 00:10:40,756 --> 00:10:43,592 Dengar cakap saya. Tunggu tujuh hari. 75 00:10:43,675 --> 00:10:47,888 Jika saya tak kembali, maksudnya saya dah mati, begitu juga Haniwa. 76 00:10:49,181 --> 00:10:51,391 Pergi dari sini sejauh yang mungkin. 77 00:10:52,309 --> 00:10:53,852 Paris, ulang. 78 00:10:54,811 --> 00:10:56,730 Tujuh hari, kami lari. 79 00:10:58,899 --> 00:11:02,069 Jika saya tak pulang, awak saja dia ada. 80 00:11:02,152 --> 00:11:03,153 Ya. 81 00:11:16,875 --> 00:11:18,460 Saya sumpah takkan pernah kembali ke sini. 82 00:11:20,087 --> 00:11:22,506 Pulang bersama Haniwa dan bersumpah semula nanti. 83 00:11:26,093 --> 00:11:27,094 Maafkan ayah. 84 00:11:29,096 --> 00:11:30,389 Ayah sayangkan kamu. 85 00:12:18,145 --> 00:12:19,146 Awak okey? 86 00:12:19,730 --> 00:12:20,939 Sudah tentu saya okey. 87 00:12:21,523 --> 00:12:23,066 Agak lama awak ke sana tadi. 88 00:12:24,026 --> 00:12:26,778 Terlalu lama di luar, makan daging haiwan liar dimasak dengan teruk. 89 00:12:26,862 --> 00:12:28,572 Saya bukan seperti orang Alkenny. 90 00:12:32,034 --> 00:12:33,535 Berapa jauh lagi untuk ke Pennsa? 91 00:12:33,619 --> 00:12:36,455 Ia dah dekat selepas menyeberangi tasik, tuanku. 92 00:12:36,538 --> 00:12:37,539 Baiklah, jadi… 93 00:12:39,041 --> 00:12:40,042 Teruskan. 94 00:12:40,792 --> 00:12:42,628 - Tak! - Tak. 95 00:12:59,394 --> 00:13:01,688 Batalion sempadan 26, tuan. 96 00:13:01,772 --> 00:13:03,941 Apabila mereka tak datang beri laporan, kami pergi cari mereka. 97 00:13:04,608 --> 00:13:07,152 Mungkin mereka terserempak dengan sekumpulan penyeludup. 98 00:13:10,113 --> 00:13:13,617 Tak. Ini bukan penyeludup. 99 00:13:14,701 --> 00:13:15,786 Tuan? 100 00:13:18,330 --> 00:13:19,540 Bawa mereka. 101 00:13:20,040 --> 00:13:22,251 - Upacara pengebumian rasmi. - Baik, tuan. 102 00:13:27,798 --> 00:13:29,091 Selamat pulang, Baba. 103 00:14:02,916 --> 00:14:03,917 Tali. 104 00:14:06,587 --> 00:14:07,588 Teruskan. 105 00:14:14,928 --> 00:14:15,929 Tali. 106 00:14:23,770 --> 00:14:24,897 Kapten Koji? 107 00:14:26,982 --> 00:14:28,317 Batalion 26? 108 00:14:29,318 --> 00:14:31,653 Batalion 26 tak dijadualkan pulang hingga esok. 109 00:14:32,946 --> 00:14:35,282 Saya diarahkan balik awal untuk laporkan kematian. 110 00:14:38,619 --> 00:14:39,995 Ia jarang berlaku, bukan? 111 00:14:42,080 --> 00:14:43,624 Ia sebaliknya jika ada kematian. 112 00:15:10,567 --> 00:15:12,319 Awak boleh ke Pagar Timur. 113 00:15:13,111 --> 00:15:14,112 Baiklah. 114 00:15:17,741 --> 00:15:18,992 Awak perlu makan. 115 00:15:19,076 --> 00:15:20,661 Kenapa awak peduli jika saya tak makan? 116 00:15:21,662 --> 00:15:22,871 Saya tak peduli. 117 00:15:23,789 --> 00:15:25,916 Saya cuma cuba buat awak rasa selesa. 118 00:15:25,999 --> 00:15:28,252 Saya dirantai di katil ini selama berminggu-minggu. 119 00:15:29,211 --> 00:15:31,213 Percayalah, Edo boleh buat lebih teruk daripada itu. 120 00:15:31,296 --> 00:15:32,381 Kenapa dia tak lakukannya? 121 00:15:34,424 --> 00:15:35,884 Kenapa dia buat saya begini? 122 00:15:37,344 --> 00:15:39,012 Saya dah cakap saya tak tahu. 123 00:15:41,265 --> 00:15:42,933 Saya tak tahu sebab awak berada di sini. 124 00:15:52,317 --> 00:15:54,653 Jeneral itu cakap nama dia Edo Voss. 125 00:15:56,947 --> 00:15:57,948 Jadi? 126 00:15:59,867 --> 00:16:01,493 Ayah saya Baba Voss. 127 00:16:02,870 --> 00:16:03,912 Adik Edo? 128 00:16:04,663 --> 00:16:05,873 Awak kenal dia? 129 00:16:07,374 --> 00:16:10,919 Hanya dengar cerita. Saya masih kecil semasa dia lari. 130 00:16:12,880 --> 00:16:15,382 Tapi Edo mencari dia sejak 25 musim sejuk lalu 131 00:16:15,465 --> 00:16:17,384 untuk balas dendam atas kematian ayahnya. 132 00:16:17,467 --> 00:16:20,512 - Maksud awak Baba bunuh ayahnya sendiri? - Ya. 133 00:16:21,305 --> 00:16:22,389 Saya tak percaya. 134 00:16:23,390 --> 00:16:25,642 Apa yang awak percaya tak penting. 135 00:16:26,560 --> 00:16:28,896 Edo gunakan saya untuk umpan Baba ke sini. 136 00:16:31,273 --> 00:16:33,942 Kebanyakan orang memilih untuk mengelak daripada berjumpa ayah saya. 137 00:16:35,485 --> 00:16:37,738 Jeneral bukan seperti orang kebanyakan. 138 00:16:38,906 --> 00:16:42,826 Dia memang dah lama cari Baba Voss. 139 00:16:45,913 --> 00:16:51,460 {\an8}TRIVANTES PAGAR TIMUR 140 00:16:56,715 --> 00:16:58,342 Awak tak kenal ayah saya. 141 00:16:59,384 --> 00:17:01,845 Apabila dia datang selamatkan saya, awak takkan sedar sehinggalah kami dah tiada. 142 00:17:03,430 --> 00:17:06,058 Ayah awak mungkin berjaya masuk ke bandar… 143 00:17:06,141 --> 00:17:07,226 Seterusnya. 144 00:17:07,768 --> 00:17:09,353 …tapi dia takkan berjaya keluar dalam keadaan selamat. 145 00:17:10,812 --> 00:17:12,523 Tali pengenalan. 146 00:17:12,606 --> 00:17:13,982 Ini bandar Edo. 147 00:17:14,066 --> 00:17:16,818 Ayuh. Cepat. Tali pengenalan. 148 00:17:16,902 --> 00:17:18,612 Dia akan menunggunya. 149 00:17:43,804 --> 00:17:47,140 Jadi Edo ialah jeneral, dan awak bekerja untuk Edo. 150 00:17:47,224 --> 00:17:48,600 Jadi awak siapa? 151 00:17:50,435 --> 00:17:54,356 Ia jadikan saya seseorang yang rasa dah cukup menjawab soalan awak. 152 00:17:56,233 --> 00:17:58,777 Okey. Satu soalan saja lagi. 153 00:18:05,367 --> 00:18:06,869 Dia tahu awak boleh melihat? 154 00:18:37,983 --> 00:18:39,693 Mari pilih. 155 00:18:39,776 --> 00:18:43,113 Kepuasan seksual untuk semua pilihan. 156 00:18:43,614 --> 00:18:45,991 Apa saja yang kamu nak… 157 00:18:48,827 --> 00:18:51,496 - Kepuasan dijamin. - Lihatlah semua yang cantik! 158 00:18:51,580 --> 00:18:55,959 Selamat tinggal Ruby Selasa 159 00:18:56,043 --> 00:19:00,255 - Siapa yang boleh mengenalimu? - Terima kasih. 160 00:19:00,339 --> 00:19:04,426 Apabila kau berubah setiap hari 161 00:19:04,510 --> 00:19:07,137 Tapi aku tetap akan merinduimu 162 00:19:14,853 --> 00:19:17,064 Cepatlah, pemalas tak guna! 163 00:19:17,856 --> 00:19:21,276 Jaga api. Saya tak nak sanga terenap. 164 00:19:25,489 --> 00:19:28,742 Tukang besi. Ini tak boleh digunakan. 165 00:19:31,078 --> 00:19:32,621 Pasti ia retak semasa disejukkan. 166 00:19:32,704 --> 00:19:34,039 Sebab ia bergerak semasa disejukkan. 167 00:19:34,122 --> 00:19:36,333 Cairkannya. Tolonglah buat dengan berhati-hati. 168 00:19:45,008 --> 00:19:48,345 Keluli tentera. Hulu hitam. Asli. 169 00:19:49,596 --> 00:19:52,599 Awak ada perisai dada yang sepadan. Ia jarang didapati. 170 00:19:53,851 --> 00:19:54,977 Berapa nilainya? 171 00:19:55,060 --> 00:19:58,188 Ia melanggar undang-undang untuk beli atau jual senjata tentera. 172 00:19:59,106 --> 00:20:02,276 - Rasanya saya perlu bawa ia pulang. - Sekejap. 173 00:20:04,236 --> 00:20:05,237 Sepuluh tembaga. 174 00:20:06,363 --> 00:20:08,824 Itu hanya harga hulu. 20 tembaga. 175 00:20:09,575 --> 00:20:10,659 Untuk 20 tembaga, 176 00:20:10,742 --> 00:20:13,829 awak perlu bawa tentera yang awak curi barang ini daripada dia. 177 00:20:14,997 --> 00:20:17,416 Awak patut beritahu lebih awal sebelum saya bunuh dia. 178 00:20:18,500 --> 00:20:21,545 Saya kenal suara itu. Tapi, tak mungkin. 179 00:20:23,714 --> 00:20:25,382 Ia suara seseorang yang dah mati. 180 00:20:26,175 --> 00:20:27,885 Jika dia belum mati, 181 00:20:27,968 --> 00:20:30,053 saya boleh dapat 100 tembaga jika laporkan tentang dia. 182 00:20:30,137 --> 00:20:33,640 Ya… tapi mula-mula, awak perlu keluar dalam keadaan selamat. 183 00:20:34,224 --> 00:20:35,893 Saya tahu awak tak boleh lari lebih laju daripada saya. 184 00:20:37,060 --> 00:20:38,437 Awak memang tak guna. 185 00:20:39,271 --> 00:20:40,689 Baba Voss. 186 00:20:41,523 --> 00:20:43,609 Awak memang gila kerana pulang ke sini. 187 00:20:44,985 --> 00:20:46,737 Saya gembira dengar suara awak. 188 00:20:47,279 --> 00:20:49,698 Tapi rasanya saya akan menyesalinya sekejap lagi. 189 00:20:50,657 --> 00:20:51,742 Ya, dah tentu. 190 00:20:52,826 --> 00:20:54,828 Marilah, lebih sejuk di belakang. 191 00:20:58,540 --> 00:20:59,708 Bagaimana awak tahu? 192 00:21:01,460 --> 00:21:03,253 Saya habiskan sepanjang hidup rahsiakannya. 193 00:21:04,296 --> 00:21:06,381 Sama seperti awak. Saya tahu keadaannya. 194 00:21:09,218 --> 00:21:11,220 Jelas sekali Jerlamarel bukan ayah awak. 195 00:21:14,973 --> 00:21:15,974 Bukan. 196 00:21:17,976 --> 00:21:19,937 Ibu bapa saya di Trivantes. 197 00:21:20,854 --> 00:21:22,189 Ibu atau ayah awak? 198 00:21:23,524 --> 00:21:24,733 Mereka normal. 199 00:21:25,859 --> 00:21:27,152 Begitu juga adik-beradik saya. 200 00:21:29,905 --> 00:21:31,865 Jerlamarel lahir daripada ibu bapa yang buta, 201 00:21:31,949 --> 00:21:35,077 tapi saya tak pernah dengar orang lain dilahirkan begitu. 202 00:21:38,539 --> 00:21:40,123 Ada orang lain seperti awak di sini? 203 00:21:41,875 --> 00:21:45,003 Setahu saya tiada. 204 00:21:47,464 --> 00:21:49,007 Awak pasti sunyi. 205 00:21:53,637 --> 00:21:54,638 Sebagai seorang tentera, 206 00:21:54,721 --> 00:21:57,975 awak tak risau mereka akan tahu dan bakar awak sebagai ahli sihir? 207 00:21:59,768 --> 00:22:03,564 Trivantes tak seperti Paya. Tiada sesiapa percayakan ahli sihir di sini. 208 00:22:06,650 --> 00:22:08,527 Tapi mereka tetap akan bunuh saya. 209 00:22:10,153 --> 00:22:12,322 Jika mereka tak percaya kepada ahli sihir, kenapa nak bunuh awak? 210 00:22:13,282 --> 00:22:16,493 Kerajaan kami tak percaya kepercayaan karut, tapi mereka praktikal. 211 00:22:17,119 --> 00:22:20,205 Ada undang-undang yang dicipta sejak berabad-abad lalu. 212 00:22:23,333 --> 00:22:25,419 Penglihatan pernah memusnahkan dunia. 213 00:22:27,838 --> 00:22:30,007 Mereka takkan benarkan ia berlaku lagi. 214 00:22:33,135 --> 00:22:37,890 Jika saya beritahu jeneral rahsia awak, pasti awak hadapi masalah besar, bukan? 215 00:22:51,737 --> 00:22:55,199 Ia kata-kata tahanan yang terdesak 216 00:22:55,282 --> 00:22:56,867 berbanding leftenan yang setia. 217 00:22:56,950 --> 00:22:58,744 Awak rasa dia akan percayakan siapa? 218 00:23:01,205 --> 00:23:03,498 Awak patut gembira dengan situasi itu… 219 00:23:03,582 --> 00:23:05,459 sebab jika tidak, saya dah bunuh awak 220 00:23:05,542 --> 00:23:07,878 dan beritahu jeneral yang awak mati semasa cuba larikan diri. 221 00:23:09,421 --> 00:23:10,672 Awak takkan bunuh saya. 222 00:23:12,841 --> 00:23:14,259 Awak tak kenal saya. 223 00:23:17,638 --> 00:23:20,182 Saya dah kenal awak dengan lebih baik daripada orang lain. 224 00:23:40,661 --> 00:23:43,914 Yang Amat Mulia Ratu Kane. 225 00:24:02,891 --> 00:24:05,811 Walaupun dengan bunyi bising begini, saya masih boleh dengar awak mencebik. 226 00:24:07,020 --> 00:24:10,023 Awak dah janji yang kita akan terus cari keluarga saya. 227 00:24:10,107 --> 00:24:11,316 Kita akan teruskan mencari. 228 00:24:12,359 --> 00:24:14,278 Dah lebih 30 hari kita mencari. 229 00:24:14,361 --> 00:24:16,321 Kita tak boleh merayau-rayau di luar bandar tanpa arah tuju. 230 00:24:16,405 --> 00:24:17,865 Kita ada kerajaan untuk dituntut semula. 231 00:24:19,241 --> 00:24:21,660 Selepas berjaya, kita akan ada tentera yang segar 232 00:24:21,743 --> 00:24:24,371 dan pangkalan kemudian teruskan pencarian. 233 00:24:25,372 --> 00:24:26,957 Walaupun ia mungkin sia-sia. 234 00:25:05,787 --> 00:25:07,289 Kita patut beredar. 235 00:25:07,372 --> 00:25:09,166 Bertenang, Boots. 236 00:25:09,249 --> 00:25:11,376 Awak membesar sendirian dan dalam kemiskinan, 237 00:25:11,460 --> 00:25:14,463 dan sekarang awak pengiring Ratu Payan. 238 00:25:14,546 --> 00:25:17,799 - Awak tak faham kelebihannya? - Saya ahli sihir di sini. 239 00:25:17,883 --> 00:25:23,597 Khidmat awak suci dan khusus. Baginda akan pastikan awak selamat. Jangan merungut. 240 00:25:32,940 --> 00:25:34,024 Bilik yang cantik. 241 00:25:38,612 --> 00:25:39,655 Tuanku. 242 00:25:40,447 --> 00:25:41,865 Tuanku. 243 00:25:42,616 --> 00:25:44,535 Kami lega tuanku selamat. 244 00:25:45,327 --> 00:25:47,955 Sewaktu kami dengar tentang kemusnahan Kanzua, kami sangat bimbang. 245 00:25:48,539 --> 00:25:51,625 Lord Harlan, terima kasih untuk sambutan yang hebat ini. 246 00:25:53,252 --> 00:25:56,588 Kehadiran tuanku adalah penghormatan dalam apa jua keadaan, 247 00:25:56,672 --> 00:25:59,466 apatah lagi kebangkitan yang berjaya daripada kematian. 248 00:25:59,550 --> 00:26:02,010 Helo, Lord Harlan. 249 00:26:03,136 --> 00:26:04,805 Helo. Siapa awak? 250 00:26:09,017 --> 00:26:10,018 Maghra? 251 00:26:10,102 --> 00:26:12,354 Awak tak cam suara beta? 252 00:26:13,313 --> 00:26:14,481 Tak mungkin. 253 00:26:14,565 --> 00:26:16,358 Ini beta, Harlan. 254 00:26:17,526 --> 00:26:18,735 Puteri. 255 00:26:24,116 --> 00:26:25,826 Adik-beradik ini kembali kepada kita! 256 00:26:26,618 --> 00:26:28,662 Sememangnya hari yang penuh keajaiban! 257 00:26:29,830 --> 00:26:33,083 Lama tak jumpa. Saya terkejut tuanku masih ingat saya. 258 00:26:33,166 --> 00:26:35,502 - Sudah tentu beta ingat awak, - Baguslah. 259 00:26:36,211 --> 00:26:38,589 Sebab jika tak salah, tuanku sangat sukakan saya. 260 00:26:39,882 --> 00:26:41,383 Tuanku. 261 00:26:41,466 --> 00:26:44,344 Mesej yang kami terima sebelum tuanku sampai 262 00:26:44,428 --> 00:26:45,554 mendedahkan niat tuanku 263 00:26:45,637 --> 00:26:48,015 untuk jadikan Pennsa sebagai ibu kota Payan yang baru. 264 00:26:48,098 --> 00:26:49,850 Beta rasa kamu tak ada bantahan. 265 00:26:50,350 --> 00:26:53,061 Sebaliknya, saya berbesar hati. 266 00:26:53,687 --> 00:26:55,814 Beta dah kenal awak terlalu lama untuk mempercayainya. 267 00:27:00,319 --> 00:27:02,571 Kami semua berkabung atas kemusnahan Kanzua, tuanku. 268 00:27:03,655 --> 00:27:06,158 Ia tragedi yang tak dapat dibayangkan. 269 00:27:07,659 --> 00:27:08,660 Betul. 270 00:27:10,329 --> 00:27:13,207 Sesuatu yang kita akan ada banyak masa untuk bincangkan secara tertutup. 271 00:27:14,249 --> 00:27:15,292 Sudah tentu. 272 00:27:17,294 --> 00:27:19,880 Saya hanya boleh bayangkan tuanku terseksa sepanjang perjalanan. 273 00:27:21,465 --> 00:27:22,925 Penghapusan kaum tuanku. 274 00:27:23,759 --> 00:27:26,637 Tuanku dihalau ke tanah tandus lebih teruk daripada tanah usang. 275 00:27:27,638 --> 00:27:30,724 Jadi saya memandai-mandai sediakan kediaman yang cantik untuk tuanku. 276 00:27:31,225 --> 00:27:32,893 Ia ada kubu yang bagus, di lokasi sempurna. 277 00:27:32,976 --> 00:27:35,270 - Tuanku akan selesa... - Rumah mana paling tinggi di Pennsa? 278 00:27:37,397 --> 00:27:39,691 Rumah ini. Rumah saya. 279 00:27:40,734 --> 00:27:41,735 Betulkah? 280 00:27:44,613 --> 00:27:47,574 Saya berbesar hati untuk ubah suai sebagai istana tuanku. 281 00:27:48,575 --> 00:27:50,744 Saya akan bawa tuanku naik. 282 00:27:51,328 --> 00:27:54,957 Beta takkan lupa kebaikan awak, Lord Harlan. 283 00:27:58,418 --> 00:27:59,920 Puteri Maghra. 284 00:28:04,383 --> 00:28:07,678 Jadi, ia keadaan yang teruk, bukan? 285 00:28:08,887 --> 00:28:13,058 Awak akan biarkan saja baginda datang dan rampas bandar awak? 286 00:28:13,934 --> 00:28:15,185 Dia ratu. 287 00:28:15,853 --> 00:28:18,313 Tentera awak lebih ramai daripada Pemburu Ahli Sihirnya. 288 00:28:18,397 --> 00:28:21,149 Ya, tapi tenteranya lebih pakar membunuh daripada tentera saya. 289 00:28:22,693 --> 00:28:25,028 Lagipun, jika diuruskan dengan betul, 290 00:28:25,112 --> 00:28:28,615 ada kelebihan apabila ratu begitu dekat dengan kita. 291 00:28:29,825 --> 00:28:32,995 Semalam, ratu dah mati. Ia dah cukup hampir untuk saya. 292 00:28:33,078 --> 00:28:36,331 Kerrigan, awak adik saya dan saya sayangkan awak 293 00:28:37,374 --> 00:28:38,959 tapi awak tiada imaginasi. 294 00:28:45,382 --> 00:28:46,508 Jadi, selama ini, 295 00:28:46,592 --> 00:28:48,760 awak bersembunyi di gunung Payan. 296 00:28:50,012 --> 00:28:53,140 - Sukar bayangkan awak jadi orang Payan. - Saya bukan orang Payan. 297 00:28:53,223 --> 00:28:55,142 Saya hidup bersama puak yang bersembunyi. 298 00:28:58,061 --> 00:28:59,354 Jadi awak bukan puak Trivantian. 299 00:28:59,438 --> 00:29:00,898 Awak bukan orang Payan. 300 00:29:00,981 --> 00:29:03,066 Sekurang-kurangnya, awak bukan puak Ganite, bukan? 301 00:29:03,150 --> 00:29:04,193 Yakis… 302 00:29:06,904 --> 00:29:10,532 Terus ke topik utama. Baba yang sama. 303 00:29:10,616 --> 00:29:11,742 Okey, apa dia? 304 00:29:13,869 --> 00:29:15,871 - Edo. - Aduhai! 305 00:29:18,165 --> 00:29:19,833 Dia culik anak saya. 306 00:29:19,917 --> 00:29:21,710 Saya perlu tahu lokasi dia sembunyikannya. 307 00:29:21,793 --> 00:29:23,545 Awak dah lama hilangkan diri, Baba. 308 00:29:23,629 --> 00:29:25,631 Edo dah tingkatkan statusnya. 309 00:29:25,714 --> 00:29:29,051 - Saya tahu dia jeneral. - Dia komander jeneral. 310 00:29:29,718 --> 00:29:31,512 - Dia komander jeneral? - Betul. 311 00:29:31,595 --> 00:29:33,305 Awak takkan dapat mendekati dia. 312 00:29:33,388 --> 00:29:36,475 Awak bukan tak tahu. Dia akan hukum awak dengan teruk atas kesalahan awak. 313 00:29:37,976 --> 00:29:39,228 Dia anak saya. 314 00:29:39,895 --> 00:29:41,480 Awak faham? 315 00:29:42,564 --> 00:29:44,691 Saya dah lama tinggalkan kehidupan itu, 316 00:29:44,775 --> 00:29:48,529 tapi jika anak awak diculik untuk jadi umpan, dia takkan berada di penjara biasa. 317 00:29:48,612 --> 00:29:51,031 Saya rasa dia dikurung di kem tiga. 318 00:29:51,990 --> 00:29:53,700 Beritahu saya tentang tingkat tiga. 319 00:29:53,784 --> 00:29:56,453 Ia kurungan tertutup. Tentera rahsia mengawalnya. 320 00:29:56,537 --> 00:29:59,164 Edo ada rejimen komando sendiri di sana. 321 00:30:19,977 --> 00:30:21,520 Bagaimana saya nak masuk ke sana? 322 00:30:21,603 --> 00:30:24,106 Tiada sesiapa boleh masuk, kerajaan juga dilarang. 323 00:30:28,068 --> 00:30:29,444 Baba tak guna. 324 00:30:32,155 --> 00:30:34,575 Awak rasa ia tindakan yang bijak untuk ambil alih rumah Lord Harlan? 325 00:30:34,658 --> 00:30:36,994 Saya ratu. Ratu perlu tinggal di rumah paling tinggi. 326 00:30:37,077 --> 00:30:38,954 Ratu juga perlukan rakan sekutu. 327 00:30:39,037 --> 00:30:41,498 Keadaan kita sangat lemah. 328 00:30:41,582 --> 00:30:44,710 Sebelum kemusnahan Kanzua dijelaskan dan berjaya meyakinkan, 329 00:30:44,793 --> 00:30:45,794 kita dalam bahaya. 330 00:30:45,878 --> 00:30:48,297 - Awak terlalu bimbang. - Awak langsung tak bimbang. 331 00:30:48,839 --> 00:30:51,008 Orang-orang awak pernah khianati awak. 332 00:30:51,091 --> 00:30:54,052 Lord Harlan mengawal tentera, dan kita perlukan perlindungan dia, 333 00:30:54,136 --> 00:30:56,638 - khususnya bila umumkan peraturan baru... - Cukup. 334 00:30:57,514 --> 00:31:02,186 Harlan ialah orang istana keji yang berjaya jadi Tuan di Pennsa. 335 00:31:02,686 --> 00:31:06,023 Saya tak tahu cara dia lakukannya. Lebih-lebih lagi dengan sifat dungunya. 336 00:31:06,565 --> 00:31:10,360 Tunjukkan kelemahan awak kepada orang seperti Harlan, dan dia akan kuasai awak. 337 00:31:11,528 --> 00:31:12,571 Ingat. 338 00:31:59,993 --> 00:32:03,121 Awak perlu lebih berhati-hati semasa buat perjanjian dengan Lord Harlan. 339 00:32:04,456 --> 00:32:07,167 Kita perlukan dia dan kepimpinannya menyebelahi kita. 340 00:32:08,669 --> 00:32:10,087 Saya ratu mereka. 341 00:32:11,672 --> 00:32:13,507 Siapa lagi yang mereka patut sokong? 342 00:32:13,590 --> 00:32:18,470 Perlembagaan yang disayangi boleh capai lebih banyak daripada yang dibenci. 343 00:32:19,221 --> 00:32:20,973 Awak maksudkan anak-anak awak. 344 00:32:21,473 --> 00:32:23,892 Saya dah berjanji dengan awak, Maghra. Awak fikir saya akan khianatinya? 345 00:32:23,976 --> 00:32:26,478 - Saya cadangkan awak membodek... - Ratu tak membodek. 346 00:32:26,562 --> 00:32:28,647 …dengan kepimpinan mereka sementara situasi Kanzua masih belum dijelaskan. 347 00:32:28,730 --> 00:32:31,441 Saya tak perlu beri penjelasan kepada sesiapa. 348 00:32:31,525 --> 00:32:34,152 Tuanku, Lord Harlan dan Kapten Gosset. 349 00:32:34,236 --> 00:32:35,571 Beta akan jumpa mereka. 350 00:32:36,780 --> 00:32:37,781 Tinggalkan kami. 351 00:32:40,158 --> 00:32:41,785 Apa awak nak cakap tentang Kanzua? 352 00:32:42,703 --> 00:32:44,997 Saya akan putuskan apa yang perlu diberitahu dan itu yang saya akan cakap. 353 00:32:45,080 --> 00:32:47,624 Saya juga perlu menipu dengan penipuan awak. 354 00:32:47,708 --> 00:32:49,877 Jika ratu yang cakap, ia bukan penipuan. 355 00:32:50,377 --> 00:32:53,046 Lord Harlan. Siapa yang awak bawa? 356 00:32:53,547 --> 00:32:55,215 Tuanku. Puteri. 357 00:32:56,216 --> 00:33:00,012 Saya nak perkenalkan Kapten Gosset, Ketua pegawai perisik Pennsa. 358 00:33:03,724 --> 00:33:05,559 Saya berbesar hati, tuanku. 359 00:33:05,642 --> 00:33:09,188 Serangan di Kanzua adalah kekejian yang tak pernah berlaku. 360 00:33:09,271 --> 00:33:10,272 Ya. 361 00:33:10,355 --> 00:33:12,816 Tentera kami bersedia sepenuhnya sejak kami terima berita itu. 362 00:33:13,775 --> 00:33:17,237 Beta nak laporan penuh tentang kubu di sini menjelang esok. 363 00:33:17,321 --> 00:33:18,780 Saya akan sediakannya. 364 00:33:18,864 --> 00:33:22,534 Sebagai satu-satunya saksi, jika tuanku boleh dedahkan musuh itu, 365 00:33:22,618 --> 00:33:25,329 - ia boleh bantu kami buat persediaan. - Sudah tentu. 366 00:33:26,413 --> 00:33:27,748 Beta akan dedahkan apabila masanya tiba. 367 00:33:27,831 --> 00:33:28,957 Kumpulkan ahli majlis awak. 368 00:33:29,041 --> 00:33:31,043 Beta akan jumpa mereka secepat mungkin. 369 00:33:31,126 --> 00:33:32,252 Baiklah, tuanku. 370 00:33:32,878 --> 00:33:35,088 Beta ada isu berasingan yang sangat penting sekarang. 371 00:33:35,172 --> 00:33:36,423 - Maghra. - Puteri? 372 00:33:36,507 --> 00:33:40,219 Awak buru mereka selama 17 tahun. Awak boleh cari lebih lama lagi. 373 00:33:40,302 --> 00:33:41,303 Baiklah. 374 00:33:43,472 --> 00:33:45,224 Beta dan keluarga terpisah. 375 00:33:45,307 --> 00:33:48,519 Beta perlukan setiap tentera yang awak boleh berikan untuk teruskan pencarian. 376 00:33:49,102 --> 00:33:51,188 Kami akan cari di semua tempat. 377 00:33:51,271 --> 00:33:52,272 Terima kasih. 378 00:33:52,773 --> 00:33:55,567 Beta akan iringi kamu untuk beri mandat kepada tentera. 379 00:34:04,952 --> 00:34:06,411 Sesuatu yang kita buat untuk keluarga. 380 00:34:06,912 --> 00:34:07,996 Ya… 381 00:34:10,832 --> 00:34:11,875 Saya percaya... 382 00:34:14,211 --> 00:34:17,172 tuanku dan adik tuanku selesa dengan kemudahan yang disediakan. 383 00:34:18,674 --> 00:34:19,675 Ya. 384 00:34:21,760 --> 00:34:26,348 Beta rasa kita akan berbual dengan jujur sekarang. 385 00:34:30,226 --> 00:34:32,603 Jelas sekali selepas serangan di Kanzua, 386 00:34:32,688 --> 00:34:34,565 kami memang perlu tingkatkan pertahanan. 387 00:34:34,648 --> 00:34:38,694 Tapi awak tetap setuju untuk hantar tentera yang berharga keluar bandar. 388 00:34:40,654 --> 00:34:45,409 Melainkan awak tak ada sebab untuk takut kepada serangan kedua. 389 00:34:47,077 --> 00:34:48,620 Kita ada kubu yang sempurna di sini. 390 00:34:49,329 --> 00:34:52,416 Pennsa ada rejimen terbesar di Paya, bukan? 391 00:34:53,583 --> 00:34:55,335 Ia salah satu sebab beta memilihnya. 392 00:34:56,587 --> 00:34:59,255 Saya fikir sebab tuanku tahu tuanku boleh bergantung kepada saya sebagai kawan. 393 00:35:01,257 --> 00:35:03,010 Beta perlukan persahabatan kamu? 394 00:35:04,219 --> 00:35:07,764 Ada khabar angin, tuanku. 395 00:35:09,224 --> 00:35:10,559 Khabar angin. 396 00:35:10,642 --> 00:35:13,562 Ya, ia bukan lagi rahsia yang golonga bangsawan Kanzua 397 00:35:13,645 --> 00:35:15,397 bersedia untuk menentang tuanku. 398 00:35:16,356 --> 00:35:17,900 Hati-hati, Harlan. 399 00:35:17,983 --> 00:35:19,526 Saya sentiasa hati-hati, tuanku. 400 00:35:21,653 --> 00:35:23,697 Ketaatan saya pada tuanku memang tak dapat disangkal, 401 00:35:23,780 --> 00:35:25,949 tapi Pennsa bandar yang besar. 402 00:35:26,033 --> 00:35:28,660 Ada ramai puak penentang, ramai orang yang dipengaruhi. 403 00:35:29,703 --> 00:35:31,246 Mereka juga rasa curiga. 404 00:35:34,416 --> 00:35:35,417 Beta hanya boleh jangkakan 405 00:35:35,501 --> 00:35:38,587 awak sedang rancang sesuatu berdasarkan kata-kata awak. 406 00:35:38,670 --> 00:35:40,589 Ia perkara sama yang saya buat sebelum ini. 407 00:35:41,340 --> 00:35:42,841 Saya kawan tuanku. 408 00:35:45,594 --> 00:35:47,137 Saya boleh jadi kawan yang sangat baik. 409 00:35:47,221 --> 00:35:50,724 Beta akan ingat. Jika tiada apa-apa lagi, keluar dari sini. 410 00:35:52,518 --> 00:35:54,937 Beta masih nak biasakan diri dengan istana baru. 411 00:35:57,314 --> 00:35:58,524 Tuanku. 412 00:36:09,076 --> 00:36:10,077 Boots. 413 00:36:11,745 --> 00:36:12,871 Ya, tuanku? 414 00:36:14,206 --> 00:36:16,208 Awak boleh nampak. Beta nampak okey? 415 00:36:19,044 --> 00:36:20,504 Tuanku nampak cantik. 416 00:36:23,715 --> 00:36:25,509 Beta nampak seperti nak kamu berada di sini? 417 00:36:30,055 --> 00:36:31,139 Keluar! 418 00:36:57,541 --> 00:36:58,584 Kerrigan. 419 00:37:03,255 --> 00:37:05,090 Bagaimana dengan ratu? 420 00:37:05,883 --> 00:37:09,428 Masih licik dan berbahaya seperti yang saya ingat. 421 00:37:10,345 --> 00:37:11,805 Bunyinya seperti wanita yang saya suka. 422 00:37:13,932 --> 00:37:15,017 Adiknya? 423 00:37:15,100 --> 00:37:16,727 Masih belum tahu, 424 00:37:16,810 --> 00:37:19,479 tapi ada ketegangan yang menarik antara mereka berdua. 425 00:37:20,939 --> 00:37:22,191 Ada sesuatu yang mencurigakan. 426 00:37:22,941 --> 00:37:24,818 - Apa dia? - Entahlah. 427 00:37:25,569 --> 00:37:26,945 Mungkin berbaloi jika ketahuinya. 428 00:37:29,031 --> 00:37:33,744 Apa pun, saya setuju dengan leveraj yang kita bincangkan. 429 00:37:34,745 --> 00:37:35,996 Awak tahu lokasi dia? 430 00:37:37,456 --> 00:37:40,626 Dia sedang dihantar sekarang. 431 00:37:40,709 --> 00:37:41,710 Bagus. 432 00:37:42,461 --> 00:37:44,046 Buat masa ini, 433 00:37:44,129 --> 00:37:48,425 nampaknya Tuan Utama Pennsa dihalau dari biliknya sendiri. 434 00:37:48,509 --> 00:37:49,510 Ya. 435 00:37:50,594 --> 00:37:52,971 Bukan secara kebetulan, adiknya pun sama. 436 00:37:54,473 --> 00:37:56,099 Saya dah agak awak akan cakap begitu. 437 00:38:09,196 --> 00:38:13,283 Dewa Api. Lindungi Haniwa kami. 438 00:38:15,077 --> 00:38:16,870 Baba Voss, ayahnya. 439 00:38:18,872 --> 00:38:21,124 Lindungi mereka. 440 00:38:22,751 --> 00:38:25,712 Buat mereka kembali dalam keadaan selamat. 441 00:38:26,880 --> 00:38:27,881 Buat... 442 00:38:29,132 --> 00:38:30,133 Helo? 443 00:38:34,555 --> 00:38:35,556 Helo? 444 00:38:36,181 --> 00:38:38,767 Awak tak bersendirian, bukan? 445 00:38:39,768 --> 00:38:42,062 Saya boleh tanya soalan sama kepada awak. 446 00:38:42,145 --> 00:38:44,147 Tapi awak tak bersendirian, bukan? 447 00:38:44,982 --> 00:38:46,275 Saya tak bersendirian... 448 00:38:48,902 --> 00:38:51,280 Pemburu Ahli Sihir. Kita perlu pergi. 449 00:39:04,418 --> 00:39:05,419 Tak guna! 450 00:39:06,962 --> 00:39:07,880 Jangan bergerak. 451 00:39:07,963 --> 00:39:10,257 - Haniwa. - Masa untuk saya pergi. 452 00:39:10,340 --> 00:39:12,885 - Awak takkan berjaya keluar dari bandar. - Ia akan jadi perjalanan singkat. 453 00:39:12,968 --> 00:39:15,554 Kita akan berjalan ke belenggu kaki... 454 00:39:17,389 --> 00:39:18,682 Tak guna! 455 00:39:32,362 --> 00:39:34,531 - Saya tak nak cederakan awak. - Jadi lepaskan saya. 456 00:39:34,615 --> 00:39:36,241 Saya juga tak nak lepaskan awak. 457 00:39:52,174 --> 00:39:53,175 Tak guna! 458 00:40:21,787 --> 00:40:23,247 Diam. 459 00:40:25,582 --> 00:40:28,418 Apa yang Pemburu Ahli Sihir buat berada jauh dari ibu kota? 460 00:40:28,502 --> 00:40:30,170 Kami mencari dua adik-beradik Alkenny, 461 00:40:30,254 --> 00:40:32,881 - Haniwa dan Kofun. - Kami bukan mereka. 462 00:40:32,965 --> 00:40:34,633 Anjing-anjing kami mengesan sebaliknya. 463 00:40:40,347 --> 00:40:41,849 - Ini Kofun. - Bukan. 464 00:40:41,932 --> 00:40:42,975 Jangan apa-apakan dia. 465 00:40:43,517 --> 00:40:46,603 Suara awak tunjukkan yang awak bukan Haniwa. 466 00:40:46,687 --> 00:40:49,565 - Dia di mana? - Dia tak bersama kami. 467 00:40:49,648 --> 00:40:51,024 Seorang lebih bagus berbanding tak dapat sesiapa. 468 00:40:51,108 --> 00:40:53,193 - Dengan arahan Puteri Maghra… - Maghra? 469 00:40:53,277 --> 00:40:55,362 …awak akan ikut kami pulang ke Pennsa segera. 470 00:40:55,445 --> 00:40:58,490 Apa maksud awak? Dia bukan... Puteri? Dia dah mati. 471 00:40:58,574 --> 00:41:01,785 Saya beri jaminan yang baginda dan Ratu Kane masih hidup. 472 00:41:01,869 --> 00:41:02,870 Awak tipu. 473 00:41:10,419 --> 00:41:11,628 Dia bercakap benar. 474 00:41:12,838 --> 00:41:14,464 - Apa? - Dia masih hidup. 475 00:41:15,966 --> 00:41:17,759 Maghra masih hidup. 476 00:41:18,468 --> 00:41:20,804 - Apa? - Kita perlu bergerak. Sekarang. 477 00:41:20,888 --> 00:41:21,889 Awak pasti? 478 00:41:21,972 --> 00:41:24,725 Saya dapat rasa hayat Maghra padanya dengan sangat kuat. 479 00:41:24,808 --> 00:41:27,311 Terima kasih kerana mengesahkan sesuatu yang tak pernah diragui. 480 00:41:27,394 --> 00:41:28,604 - Mari pergi sekarang. - Sekejap, tak boleh! 481 00:41:28,687 --> 00:41:31,732 Tunggu, kami tak boleh pergi. Kami sedang tunggu seseorang. 482 00:41:33,275 --> 00:41:34,276 Haniwa? 483 00:41:34,359 --> 00:41:37,571 Ya, dan ayah saya. Mereka akan sampai tak lama lagi. 484 00:41:37,654 --> 00:41:40,699 - Kita pergi sekarang. - Tak, kita tak boleh pergi tanpa mereka. 485 00:41:40,782 --> 00:41:43,577 Kita tak boleh terus berada di sini. Ia terlalu berbahaya. 486 00:41:43,660 --> 00:41:45,662 Awak boleh ikut secara sukarela, 487 00:41:45,746 --> 00:41:48,123 atau awak boleh ikut dengan diikat di belakang kuda saya. 488 00:41:48,624 --> 00:41:49,625 Buat pilihan. 489 00:41:51,710 --> 00:41:53,712 - Paris… - Maghra masih hidup. 490 00:41:53,795 --> 00:41:55,631 Kofun, pergi jumpa ibu awak. 491 00:41:55,714 --> 00:41:57,508 Saya akan tunggu Baba dan Haniwa di sini. 492 00:41:57,591 --> 00:41:59,343 Saya takkan tinggalkan awak sendirian. 493 00:42:00,594 --> 00:42:02,221 Saya takkan bersendirian. 494 00:42:03,055 --> 00:42:04,348 Pergi jumpa dia. 495 00:42:04,431 --> 00:42:05,516 Pergi sekarang. 496 00:42:31,834 --> 00:42:34,628 Lord Harlan. Awak boleh masuk. 497 00:42:34,711 --> 00:42:36,505 Awak kenal saya hanya daripada ketukan. 498 00:42:37,297 --> 00:42:39,299 Atau daripada gaya jalan awak yang menaiki tangga. 499 00:42:40,217 --> 00:42:42,636 Ya, saya terlupa. Tuanku Ayura. 500 00:42:43,720 --> 00:42:47,099 Tolonglah, tak perlu bersikap formal yang membosankan di sini. 501 00:42:48,475 --> 00:42:49,601 Panggil saya Harlan. 502 00:42:51,103 --> 00:42:53,605 Rasanya awak nak panggil beta Maghra. 503 00:42:54,106 --> 00:42:56,316 Saya panggil tuanku begitu semasa kita kecil. 504 00:42:56,400 --> 00:43:00,070 - Kita dah dewasa. - Sudah tentu. 505 00:43:01,280 --> 00:43:05,826 Semakin sedih dan marah apabila kita membesar. 506 00:43:09,538 --> 00:43:13,417 Saya datang bawa hadiah kegemaran tuanku. 507 00:43:27,681 --> 00:43:28,974 Tongkat bunyi. 508 00:43:33,604 --> 00:43:35,522 Dah bertahun-tahun beta tak mainkannya. 509 00:43:39,193 --> 00:43:43,113 Saya ingat tuanku memang suka bermain dengannya. 510 00:43:44,072 --> 00:43:45,199 Ya. 511 00:43:46,283 --> 00:43:49,411 Hanya ini saja yang boleh menenangkan fikiran beta yang kusut. 512 00:43:54,082 --> 00:43:56,126 Terima kasih, Harlan. 513 00:43:56,210 --> 00:43:59,087 Hanya ini yang saya boleh buat, Maghra. 514 00:43:59,171 --> 00:44:01,340 Maksud awak selepas kakak beta rampas rumah awak? 515 00:44:01,924 --> 00:44:05,552 Saya cuma berkhidmat untuk baginda. 516 00:44:05,636 --> 00:44:06,970 Seingat beta, 517 00:44:07,054 --> 00:44:10,307 semua yang kamu buat sentiasa demi kepentingan diri sendiri. 518 00:44:10,891 --> 00:44:14,353 Nampaknya kita berdua masih ingat sejarah lama. 519 00:44:17,940 --> 00:44:19,066 Apa pun… 520 00:44:20,526 --> 00:44:22,486 tuanku berada di Kanzua semasa ia diserang. 521 00:44:24,363 --> 00:44:25,739 - Tak. - Tak? 522 00:44:26,990 --> 00:44:31,119 Jadi, tiada saksi? 523 00:44:32,996 --> 00:44:36,875 Mula-mula awak lepaskan gelaran dan sekarang merisikokan pengkhianatan? 524 00:44:36,959 --> 00:44:39,002 Tuanku lebih tahu. 525 00:44:39,086 --> 00:44:40,963 Tuanku yang menentang kakak tuanku 526 00:44:41,046 --> 00:44:42,881 dan cuba merampas takhta. 527 00:44:42,965 --> 00:44:45,676 Tapi tiada sesiapa dengar penjelasan beta selama 18 tahun, 528 00:44:46,176 --> 00:44:47,970 jadi mungkin ada rahsia di sebaliknya. 529 00:44:49,429 --> 00:44:50,430 Betul. 530 00:44:52,850 --> 00:44:54,268 Apa pun, tuanku berada di mana? 531 00:44:54,351 --> 00:44:58,230 Ia kisah yang sangat panjang untuk lawatan pendek ini. 532 00:44:59,022 --> 00:45:00,148 Baiklah. 533 00:45:01,483 --> 00:45:03,652 Kita akan cari masa untuk berbual nanti. 534 00:45:07,865 --> 00:45:09,324 Jika tuanku tak kisah saya cakap begini, 535 00:45:10,993 --> 00:45:12,953 tuanku akan jadi ratu yang berjaya. 536 00:45:20,169 --> 00:45:23,338 Kepada semua penduduk Pennsa, 537 00:45:23,922 --> 00:45:26,175 semoga Dewa Api menenangkan hati kamu. 538 00:45:28,177 --> 00:45:33,348 Beta berdiri di sini hari ini sebagai jiwa yang lahir semula melalui kesukaran. 539 00:45:34,308 --> 00:45:36,727 Melalui kesedihan. Melalui kematian. 540 00:45:38,145 --> 00:45:40,772 Sekarang, beta sangat bersyukur dengan kesetiaan kamu, 541 00:45:41,899 --> 00:45:42,983 kasih sayang kamu... 542 00:45:44,359 --> 00:45:45,360 Maghra? 543 00:45:45,444 --> 00:45:48,113 - …dan tujuan yang dikurniakan pada beta. - Beta di sini. 544 00:45:49,239 --> 00:45:50,532 Kenapa? 545 00:45:51,074 --> 00:45:52,951 - Kita… - Pentahbisan dijadualkan dalam tiga hari. 546 00:45:53,035 --> 00:45:54,453 - Kita dah setuju. - …adalah… 547 00:45:54,536 --> 00:45:56,246 - Saya sedang uruskannya. - …yang terpilih. 548 00:45:56,330 --> 00:45:58,624 Dia bangun pagi ini dan putuskan perkara yang berbeza. 549 00:45:58,707 --> 00:45:59,708 Dia memang selaliu begitu. 550 00:46:00,542 --> 00:46:05,214 Bandar Kanzua yang disayangi, bandar tempat ayah beta pimpin, 551 00:46:05,297 --> 00:46:08,008 dan ayahnya dan datuknya, 552 00:46:08,592 --> 00:46:12,137 dah tak wujud. 553 00:46:16,808 --> 00:46:22,189 Beta melihat sendiri tangisan rakyat semasa mereka lemas. 554 00:46:26,485 --> 00:46:30,697 Kanak-kanak menangis cari ibu mereka. Lelaki pula mencari isteri mereka. 555 00:46:32,241 --> 00:46:34,368 Beta bersedia untuk mati bersama mereka, 556 00:46:35,035 --> 00:46:38,372 tapi Tuhan ada rancangan lain untuk beta. 557 00:46:40,958 --> 00:46:43,710 Beta dapat rasakan semangatnya di dalam diri beta, 558 00:46:43,794 --> 00:46:47,297 menenangkan beta semasa membawa beta jauh daripada kematian 559 00:46:47,965 --> 00:46:50,342 untuk menyatukan beta dengan adik beta. 560 00:46:52,761 --> 00:46:57,516 Puteri Maghra, terpisah selama bertahun-tahun. 561 00:46:57,599 --> 00:46:59,351 Tuhan yang sama… 562 00:47:00,769 --> 00:47:02,688 Satu-satunya Tuhan sebenar… 563 00:47:04,648 --> 00:47:06,567 yang menyatukan kita hari ini 564 00:47:06,650 --> 00:47:12,281 untuk menjadikan Pennsa sebagai ibu kota baru kerajaan Payan. 565 00:47:18,954 --> 00:47:20,497 Semua penduduk Payan yang disayangi, 566 00:47:21,373 --> 00:47:25,836 ketahuilah ketakutan yang kamu rasai selama ini memang benar. 567 00:47:27,796 --> 00:47:31,925 Tenteran Trivantian yang bunuh orang-orang kita… 568 00:47:33,302 --> 00:47:34,970 dan memusnahkan Kanzua. 569 00:47:35,971 --> 00:47:37,556 Tak guna! 570 00:47:37,639 --> 00:47:39,641 Beta akan beritahu sebabnya. 571 00:47:41,351 --> 00:47:43,103 Perisik mereka beri maklumat… 572 00:47:45,105 --> 00:47:47,232 yang beta mengandung. 573 00:47:49,610 --> 00:47:51,778 Anak yang akan mengubah segalanya. 574 00:47:53,947 --> 00:47:58,660 Sebab dia akan lahir dengan anugerah daripada Tuhan, dengan penglihatan. 575 00:48:07,461 --> 00:48:10,506 Beta tahu sangat sukar untuk terima sesuatu yang sangat berbeza 576 00:48:11,006 --> 00:48:13,133 dengan doktrin nenek moyang kita. 577 00:48:15,093 --> 00:48:17,304 Tapi beta perlu dengar suara Tuhan… 578 00:48:19,223 --> 00:48:23,143 dan menyatukan rohnya dengan roh beta dan bangkitkan beta daripada kematian 579 00:48:23,227 --> 00:48:28,190 supaya beta boleh menyatukan orang Payan untuk menentang musuh kita di barat, 580 00:48:28,273 --> 00:48:30,484 untuk kali terakhir. 581 00:48:36,657 --> 00:48:41,036 Kemenangan kita telah diramal, dan ia pasti lancar. 582 00:48:42,454 --> 00:48:48,544 Memandangkan kita terpilih untuk melindungi anak yang dirahmati ini, 583 00:48:48,627 --> 00:48:53,340 dan mereka akan tiba, untuk memimpin dunia baru. 584 00:48:53,423 --> 00:48:57,469 Dunia di mana mereka yang boleh melihat dan mereka yang buta 585 00:48:57,553 --> 00:49:01,723 hidup bersama dalam keadaan harmoni di bawah pemerintahan beta. 586 00:49:02,724 --> 00:49:05,602 Sebab kita orang Payan! 587 00:49:06,228 --> 00:49:11,984 Kita orang Payan 588 00:49:18,657 --> 00:49:20,742 Awak pernah ke hab arang batu? 589 00:49:20,826 --> 00:49:21,827 Tak pernah. 590 00:49:22,786 --> 00:49:24,288 Mereka tak suka pelawat. 591 00:49:24,371 --> 00:49:27,082 Pastikan sentiasa dekat dengan dinding. Jauhkan diri dari parit. 592 00:49:27,165 --> 00:49:29,960 - Snell akan tunggu awak. - Snell. 593 00:49:30,043 --> 00:49:33,172 Beri ini kepada dia. Dia akan tunjuk terowong yang betul. 594 00:49:34,173 --> 00:49:36,008 Awak perlu bergerak secepat mungkin. 595 00:49:36,091 --> 00:49:39,344 Jika awak bernafas dalam haba, awak akan mati terbakar dari dalam. 596 00:49:44,683 --> 00:49:45,767 Terima kasih, Yakis. 597 00:49:46,643 --> 00:49:48,645 - Awak mungkin akan mati. - Tak. 598 00:51:05,347 --> 00:51:08,141 Helo. Awak ada sesuatu untuk saya? 599 00:51:14,147 --> 00:51:15,232 Ayuh. 600 00:51:38,463 --> 00:51:41,800 Terowong ini akan bawa awak ke bawah kem tiga, okey? 601 00:51:41,884 --> 00:51:44,720 Tapi tiada sesiapa boleh bertahan lebih dari 30 degupan jantung dengan haba itu. 602 00:51:44,803 --> 00:51:47,139 Jadi, bergerak pantas atau awak akan dimasak hidup-hidup. 603 00:51:49,975 --> 00:51:51,018 Semoga berjaya. 604 00:52:27,804 --> 00:52:28,847 Sibeth. 605 00:52:29,806 --> 00:52:32,351 - Apa yang awak buat? - Perkara yang kita bincangkan. 606 00:52:32,434 --> 00:52:35,729 Kita tak pernah bincangkan tentang anak. Dengan Boots? 607 00:52:35,812 --> 00:52:38,232 Jangan menilai. Ada sebab dia dihantar kepada saya. 608 00:52:38,732 --> 00:52:41,026 Awak tak tahu jika anak awak boleh melihat. 609 00:52:41,109 --> 00:52:42,402 Awak takkan tahu sehingga dia dilahirkan. 610 00:52:42,486 --> 00:52:43,779 Awak tak tahu. Saya tahu. 611 00:52:44,279 --> 00:52:46,031 Maghra, saya fikir awak akan gembira. 612 00:52:46,114 --> 00:52:48,283 Jika bukan untuk saya, untuk diri awak sendiri. 613 00:52:48,367 --> 00:52:50,035 Anak-anak awak bukan lagi ahli sihir. 614 00:52:50,118 --> 00:52:53,580 Ia dah tak penting apabila kita semua dibunuh oleh orang Trivantian. 615 00:52:54,414 --> 00:52:55,666 Awak tak boleh kawal perasaan. 616 00:52:56,708 --> 00:52:58,502 Awak setuju kita akan memerintah bersama-sama. 617 00:52:58,585 --> 00:53:00,629 Saya cakap saya akan memerintah dengan awak di sisi saya, 618 00:53:01,213 --> 00:53:03,465 - dan itulah yang awak buat. - Kedudukan saya tak penting 619 00:53:03,549 --> 00:53:05,592 jika awak terus bertindak tanpa berbincang dengan saya. 620 00:53:05,676 --> 00:53:08,262 Jika saya minta pandangan awak, cadangan apa yang awak akan berikan? 621 00:53:08,345 --> 00:53:11,515 Saya akan cakap mulakan perang dengan orang Trivantes adalah mengarut. 622 00:53:11,598 --> 00:53:13,725 Serta umumkan anak yang boleh melihat akan dilahirkan 623 00:53:13,809 --> 00:53:16,603 akan buat awak dan saya terdedah kepada revolusi. 624 00:53:17,187 --> 00:53:18,897 Saya cakap begitu dalam satu ucapan, 625 00:53:18,981 --> 00:53:21,149 awak jumpa dua cara berbeza untuk buat kita terbunuh. 626 00:53:21,233 --> 00:53:23,235 Saya akan beri ucapan sama sepanjang masa. 627 00:53:23,318 --> 00:53:24,403 - Sibeth. - Maghra. 628 00:53:24,903 --> 00:53:28,240 Hanya boleh ada seorang ratu, dan saya orangnya. 629 00:53:29,032 --> 00:53:31,660 Waktu inilah seorang wanita bijak akan dengar dan belajar, 630 00:53:31,743 --> 00:53:34,288 berbanding fikir yang dia tahu cara memerintah kerajaan 631 00:53:34,371 --> 00:53:38,083 supaya suatu hari nanti dia mungkin ada nasihat yang berbaloi untuk ditawarkan. 632 00:53:40,836 --> 00:53:45,340 Saya melindungi awak. 633 00:53:48,093 --> 00:53:49,386 Seperti yang saya biasa buat. 634 00:54:53,992 --> 00:54:55,160 Helo, kawan. 635 00:54:57,746 --> 00:55:00,541 Maaf, nampaknya saya hantar awak ke terowong yang salah. 636 00:55:00,624 --> 00:55:02,334 Smithy, awak yakin dia Baba Voss? 637 00:55:02,417 --> 00:55:04,127 Saya dengar dia dan Yakis berbual. 638 00:55:04,211 --> 00:55:05,504 Baiklah, 639 00:55:05,587 --> 00:55:08,549 kita hanya perlu tunggu orang-orang jeneral sampai 640 00:55:08,632 --> 00:55:10,300 dan dapatkan ganjaran awak. 641 00:55:14,054 --> 00:55:15,055 Ada apa-apa yang kelakar? 642 00:55:16,765 --> 00:55:18,350 Orang yang dah mati fikir dia akan terima bayaran. 643 00:55:18,433 --> 00:55:20,227 Apa maksud awak? 644 00:55:48,005 --> 00:55:49,006 Smithy. 645 00:55:50,799 --> 00:55:51,967 Smithy. 646 00:55:52,050 --> 00:55:54,553 Awak boleh pergi sebelum tentera sampai. 647 00:55:55,053 --> 00:55:56,054 Dah terlambat. 648 00:56:01,935 --> 00:56:03,187 Jangan bergerak. 649 00:56:03,270 --> 00:56:05,731 Baba Voss, awak perlu menyerah dengan... 650 00:56:15,991 --> 00:56:16,992 Berhenti. 651 00:56:28,128 --> 00:56:29,129 Berpecah! 652 00:56:30,506 --> 00:56:31,882 Kepung dia! 653 00:57:12,965 --> 00:57:14,091 Dia di sini! 654 00:57:15,551 --> 00:57:16,885 Satu belok ke kiri! 655 00:57:19,596 --> 00:57:21,348 Ke kiri. Bergerak. 656 00:57:28,355 --> 00:57:30,566 Dia bergerak ke dataran! 657 00:57:35,404 --> 00:57:37,614 {\an8}DILARANG MASUK KAWASAN LARANGAN 658 00:57:46,039 --> 00:57:48,041 - Diam. - Okey. 659 00:57:48,125 --> 00:57:49,585 Periksa jalan dan lorong! 660 00:57:52,588 --> 00:57:55,549 Dia di lorong menuju ke sungai. 661 00:58:21,950 --> 00:58:28,332 Pertahankan ibumu Seperti yang diarahkan oleh Dewa Api 662 00:58:30,918 --> 00:58:33,462 Lindungi semua kanak-kanak 663 00:58:34,755 --> 00:58:41,595 Bersama-sama Adik-beradik dan anak perempuanmu 664 00:58:42,137 --> 00:58:44,556 Pertahankan ibumu 665 00:58:46,892 --> 00:58:48,602 Seperti yang diarahkan oleh Tuhan 666 00:58:51,563 --> 00:58:53,065 Saya boleh mendengar awak. 667 00:58:55,192 --> 00:58:59,029 Saya juga boleh hidu awak. Jadi awak patut dedahkan diri saja. 668 00:59:09,748 --> 00:59:11,500 Ada sesiapa nak teh? 669 00:59:46,326 --> 00:59:47,452 Helo, adik. 670 00:59:49,162 --> 00:59:50,163 Edo. 671 00:59:53,125 --> 00:59:54,501 Baba Voss yang sangat berkuasa. 672 00:59:54,585 --> 00:59:59,256 Pembunuh berpuluh-puluh orang Ganite. Pembunuh ayahnya sendiri 673 00:59:59,840 --> 01:00:01,717 Dirantai seperti hamba biasa. 674 01:00:02,426 --> 01:00:05,804 Semuanya sebab dia tak sanggup bunuh seorang budak lelaki. 675 01:00:07,181 --> 01:00:08,849 Ia agak mengecewakan. 676 01:00:10,309 --> 01:00:11,476 Tolonglah. 677 01:00:12,603 --> 01:00:13,770 Anak saya… 678 01:00:15,105 --> 01:00:16,106 Anak awak? 679 01:00:16,940 --> 01:00:20,861 Anak awak? Maksud awak anak Jerlamarel, bukan? 680 01:00:22,529 --> 01:00:26,158 Tolonglah. Lepaskan dia. 681 01:00:26,241 --> 01:00:27,951 - "Tolonglah"? - Dia tak ada kaitan 682 01:00:28,035 --> 01:00:29,745 - "Tolonglah." Saya... - dengan kita berdua. 683 01:00:29,828 --> 01:00:32,414 Sangat aneh mendengar belas kasihan dalam suara awak. 684 01:00:35,501 --> 01:00:40,714 Saya ingat sewaktu saya meminta sedikit belas kasihan daripada awak. 685 01:00:48,639 --> 01:00:52,476 Saya minta maaf. Sepanjang hayat saya menyesal 686 01:00:52,559 --> 01:00:55,187 - dengan apa yang saya buat. Saya... - Diam! 687 01:01:02,945 --> 01:01:03,987 Jangan risau. 688 01:01:05,864 --> 01:01:07,824 Kita ada banyak masa untuk berbual. 689 01:01:11,578 --> 01:01:12,579 Mulakan. 690 01:01:14,456 --> 01:01:15,457 Edo. 691 01:01:17,209 --> 01:01:18,210 Edo. 692 01:01:19,711 --> 01:01:21,046 Tolong lepaskan dia. 693 01:01:31,473 --> 01:01:33,851 Edo! 694 01:02:36,121 --> 01:02:38,123 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid