1 00:00:09,143 --> 00:00:13,323 MARINA BAY SINGAPURA 2 00:00:13,323 --> 00:00:16,943 Selamat hari jadi 3 00:00:17,443 --> 00:00:21,223 {\an8}Selamat hari jadi, Max 4 00:00:21,223 --> 00:00:24,583 Selamat hari jadi 5 00:00:30,483 --> 00:00:31,483 Awak buatkan saya kek? 6 00:00:31,483 --> 00:00:34,263 Saya dan Jack buat. Kami hiaskan untuk awak. 7 00:00:34,263 --> 00:00:37,483 Kami tak ada warna biru jadi terpaksa letak warna ungu. 8 00:00:37,483 --> 00:00:38,803 Musim ini luar biasa. 9 00:00:38,803 --> 00:00:41,563 {\an8}Ini musim paling cemerlang dalam sejarah... 10 00:00:41,563 --> 00:00:42,443 {\an8}KETUA PASUKAN 11 00:00:42,443 --> 00:00:44,323 {\an8}...sepanjang kami menyertai Formula 1. 12 00:00:44,323 --> 00:00:45,803 Ini yang saya buat tadi. 13 00:00:45,803 --> 00:00:48,063 Ya, sudah tentu. Terima kasih banyak. 14 00:00:48,063 --> 00:00:51,003 Itu dah dikira makan buah untuk hari ini. 15 00:00:51,603 --> 00:00:52,723 Saya bukan tanya kalori. 16 00:00:52,723 --> 00:00:56,503 Matlamat kami yang terunggul ialah kedua-dua gelaran. 17 00:00:56,503 --> 00:00:59,503 Kali terakhir kami menang Kejuaraan Pembina ialah tahun 2013. 18 00:00:59,503 --> 00:01:02,283 Itu akan menjadi pencapaian yang paling memuaskan hati 19 00:01:02,283 --> 00:01:07,083 selepas lapan tahun asyik ditindas pasukan satu lagi itu. 20 00:01:08,063 --> 00:01:10,543 Max pun sedang berada di puncak sekarang. 21 00:01:11,383 --> 00:01:13,443 Prestasinya amat membanggakan. 22 00:01:14,143 --> 00:01:16,103 PERLUMBAAN KEEMPAT IMOLA, ITALI 23 00:01:16,103 --> 00:01:19,063 Verstappen mendahului Lewis Hamilton sebanyak satu pusingan. 24 00:01:19,063 --> 00:01:20,983 Hari Ahad yang begitu indah. 25 00:01:21,483 --> 00:01:23,683 Syabas, Max. Dapat mata maksimum. 26 00:01:23,683 --> 00:01:25,503 PERLUMBAAN KE-13 BUDAPEST, HUNGARY 27 00:01:25,603 --> 00:01:27,483 Verstappen terlebih makan jalan 28 00:01:27,483 --> 00:01:29,643 tapi dia berjaya juga memintas. 29 00:01:30,623 --> 00:01:32,843 Dari P10 ke P1, luar biasa! 30 00:01:32,843 --> 00:01:33,783 Bagus! 31 00:01:33,783 --> 00:01:35,043 Keputusan menakjubkan. 32 00:01:36,183 --> 00:01:39,023 Pendek kata, jentera mereka terbaik dan tahun ini 33 00:01:39,023 --> 00:01:41,543 {\an8}pemandu mereka handal, mungkin terhandal dalam 2022. 34 00:01:41,543 --> 00:01:42,423 {\an8}KETUA PASUKAN 35 00:01:42,423 --> 00:01:44,303 PERLUMBAAN KE-14 SPA, BELGIUM 36 00:01:46,443 --> 00:01:47,803 Tahniah. 37 00:01:48,303 --> 00:01:49,423 Pemanduan cukup cekap. 38 00:01:50,543 --> 00:01:52,903 Kereta laju macam roket untuk dua hari ini. Hebat. 39 00:01:53,443 --> 00:01:55,523 Awak memang layak menang. Syabas. 40 00:01:56,023 --> 00:01:58,123 Perasaan semasa menang tak mampu digambarkan. 41 00:01:58,123 --> 00:02:00,343 {\an8}Kita cuma fokus, pastikan jentera mampu bersaing. 42 00:02:00,343 --> 00:02:01,203 {\an8}PEMANDU 43 00:02:02,043 --> 00:02:04,483 Red Bull memang pasukan yang handal. 44 00:02:04,483 --> 00:02:06,163 {\an8}Mereka pandai... 45 00:02:06,163 --> 00:02:07,123 {\an8}KETUA PASUKAN 46 00:02:07,123 --> 00:02:09,643 {\an8}...menambah baik jentera semasa dalam musim. 47 00:02:10,323 --> 00:02:12,023 Mereka saja yang tahu proses mereka. 48 00:02:12,523 --> 00:02:14,143 PERLUMBAAN 15 ZANDVOORT, NETHERLANDS 49 00:02:14,143 --> 00:02:16,143 Syabas, Max. Pemanduan cukup cemerlang. 50 00:02:16,143 --> 00:02:18,603 Nikmatilah pusingan kemenangan ini. 51 00:02:20,063 --> 00:02:21,963 Keputusan yang sangat baik. 52 00:02:24,203 --> 00:02:26,923 Max dan pasukannya begitu dominan. 53 00:02:26,923 --> 00:02:28,943 {\an8}Mereka memang nampak handal. 54 00:02:28,943 --> 00:02:30,203 PERLUMBAAN 16 MONZA, ITALI 55 00:02:30,203 --> 00:02:33,143 Awak pelumba terpantas sepanjang hujung minggu ini. Syabas. 56 00:02:33,143 --> 00:02:34,483 Ya. Kita sama-sama berjaya. 57 00:02:38,003 --> 00:02:40,043 Tapi peraturan tetap peraturan 58 00:02:40,043 --> 00:02:43,383 dan kita mesti pastikan semua orang main dengan adil. 59 00:02:52,643 --> 00:02:53,683 Ada apa? 60 00:02:54,223 --> 00:02:56,483 Keseluruhan padok sedang heboh 61 00:02:56,483 --> 00:02:58,843 di Singapura, Christian. 62 00:02:58,843 --> 00:03:01,163 Kononnya ada satu atau dua pasukan 63 00:03:01,163 --> 00:03:04,363 mungkin melanggar had bajet. Awak tahu tentang ini? 64 00:03:04,363 --> 00:03:06,983 Saya rasa saya tak tahu apa-apa tentang itu. 65 00:03:07,483 --> 00:03:09,403 Saya rasa 66 00:03:09,403 --> 00:03:12,783 perbelanjaan kami memang bawah had bajet. 67 00:03:12,783 --> 00:03:16,203 Jadi ini tak berkaitan? Mereka bukan siasat Red Bull? 68 00:03:16,203 --> 00:03:20,043 Tidak langsung. Setiap pasukan tertakluk kepada peraturan. 69 00:03:20,043 --> 00:03:21,843 Kalau perkara begitu terjadi, 70 00:03:21,843 --> 00:03:24,063 rasanya baik kita tunggu kenyataan FIA saja. 71 00:03:24,063 --> 00:03:25,883 Baik, Christian. Terima kasih. 72 00:03:26,623 --> 00:03:31,343 SKANDAL HANGAT F1: RED BULL LANGGAR HAD BAJET 2021 73 00:03:31,343 --> 00:03:33,203 RED BULL DITUDUH MELANGGAR HAD BAJET 74 00:03:33,203 --> 00:03:36,263 TOTO WOLFF MENDESAK FIA MENGAMBIL TINDAKAN BERAT SEKIRANYA BENAR 75 00:03:36,263 --> 00:03:39,883 {\an8}Buat kali pertama dalam sejarah F1, tiada siapa dibenarkan berbelanja lebih. 76 00:03:39,883 --> 00:03:42,723 {\an8}Semua orang dibenarkan berbelanja hingga jumlah tertentu. 77 00:03:42,723 --> 00:03:46,343 Tapi ada desas-desus yang semakin kuat di padok 78 00:03:46,343 --> 00:03:50,623 mengatakan Red Bull mungkin berbelanja melebihi had pada 2021 79 00:03:50,623 --> 00:03:55,223 dan menurut khabar angin, beza jumlah itu agak besar juga. 80 00:04:02,483 --> 00:04:06,863 MENJANGKAUI HAD 81 00:04:30,683 --> 00:04:32,843 Buat beberapa pusingan lagi. 82 00:04:36,043 --> 00:04:37,283 Okey. Selesai. 83 00:04:40,283 --> 00:04:42,043 - Terima kasih. - Sama-sama. 84 00:04:43,423 --> 00:04:44,263 Terima kasih. 85 00:04:45,083 --> 00:04:46,683 Selamat datang ke Singapura 86 00:04:46,683 --> 00:04:51,443 pada hujung minggu yang mungkin akan melihat Max Verstappen menjadi juara. 87 00:04:51,443 --> 00:04:53,603 - Helo. - Yuki! 88 00:04:53,603 --> 00:04:55,003 Mereka di Singapura 89 00:04:55,003 --> 00:04:57,583 untuk bahagian terakhir bagi perlumbaan musim ini, 90 00:04:57,583 --> 00:05:01,023 musim yang dikuasai Red Bull Racing sepenuhnya 91 00:05:01,023 --> 00:05:03,483 dalam era pertandingan serba baru ini. 92 00:05:05,083 --> 00:05:06,023 Panasnya hari ini. 93 00:05:06,643 --> 00:05:07,603 Memang panas. 94 00:05:08,103 --> 00:05:12,443 Sejak tahun 2021, semua pasukan dikenakan had bajet. 95 00:05:13,443 --> 00:05:17,143 Jumlah wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan dalam Formula 1. 96 00:05:17,823 --> 00:05:18,663 Hai. 97 00:05:20,663 --> 00:05:24,383 Mengikut teori, pasukan kecil patut boleh beraksi lebih baik 98 00:05:24,383 --> 00:05:30,603 berbanding pasukan yang selama ini mampu berbelanja untuk sebarang isu. 99 00:05:30,603 --> 00:05:33,763 Dengan had bajet, pasukan tak boleh limpahkan duit sesuka hati. 100 00:05:33,763 --> 00:05:36,483 {\an8}Duit masih penting tapi tak sepenting dulu. 101 00:05:36,483 --> 00:05:37,383 {\an8}KETUA PASUKAN 102 00:05:37,383 --> 00:05:39,483 Saya dah kata, kalau ada bajet... 103 00:05:39,483 --> 00:05:40,763 Kita perlu berkorban juga. 104 00:05:40,763 --> 00:05:44,083 Kalau tak ada duit, kita kena buat cara tak ada duit. 105 00:05:44,083 --> 00:05:45,883 - Sudah tentu. - Boleh ambil gambar? 106 00:05:45,883 --> 00:05:46,803 Sudah tentu boleh. 107 00:05:47,463 --> 00:05:50,603 Memang susah mahu kurangkan perbelanjaan agar tak melebihi had. 108 00:05:50,603 --> 00:05:52,183 Kami terpaksa buang orang. 109 00:05:52,183 --> 00:05:54,523 Terpaksa buat keputusan sukar 110 00:05:54,523 --> 00:05:59,703 dan ada antara keputusan yang kami buat benar-benar menjejaskan hidup orang lain. 111 00:06:00,683 --> 00:06:01,563 Saya setuju. 112 00:06:02,643 --> 00:06:03,923 Saya setuju. 113 00:06:03,923 --> 00:06:05,443 Kemudian kita akan... 114 00:06:05,943 --> 00:06:09,803 Dalam sukan ini, kita mahu pasukan terbaik yang menang. 115 00:06:09,803 --> 00:06:12,803 Bukan pasukan yang paling banyak berbelanja. 116 00:06:16,563 --> 00:06:20,323 Kalau Red Bull telah berbelanja melebihi had bajet untuk 2021, 117 00:06:20,323 --> 00:06:23,463 maknanya mereka melanggar peraturan dan hukumannya berat. 118 00:06:24,563 --> 00:06:26,643 Mungkin denda kewangan. 119 00:06:26,643 --> 00:06:30,643 Mungkin juga denda yang pasti memberi kesan seperti pengurangan mata 120 00:06:30,643 --> 00:06:31,943 sama ada untuk musim ini 121 00:06:31,943 --> 00:06:36,243 atau lebih teruk lagi, untuk musim 2021 ketika mereka jadi Juara Dunia. 122 00:06:36,243 --> 00:06:41,443 Dalam kes Red Bull ini, macam ada sesuatu yang tak kena. 123 00:06:41,443 --> 00:06:42,703 Pelik, bukan? 124 00:06:42,703 --> 00:06:43,583 Ya. 125 00:06:45,003 --> 00:06:49,463 Duit lebih tentu akan beri kelebihan daripada segi kecanggihan jentera. 126 00:06:49,463 --> 00:06:52,243 Ada yang kata itu menipu dan melanggar undang-undang. 127 00:06:52,243 --> 00:06:55,303 Kata orang, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang? 128 00:06:56,823 --> 00:06:58,943 Apakah takrif seorang penipu? 129 00:06:58,943 --> 00:07:04,443 Seseorang yang sengaja melanggar peraturan secara sedar 130 00:07:04,443 --> 00:07:05,963 bagi mendapatkan kelebihan. 131 00:07:06,463 --> 00:07:09,203 Kami tak buat itu. Kami tak pernah buat itu. 132 00:07:09,203 --> 00:07:10,583 Kami tak menipu. 133 00:07:14,723 --> 00:07:17,163 Faham-faham sajalah, dalam padok kecil 134 00:07:17,163 --> 00:07:19,163 seluas 10,000 meter persegi ini, 135 00:07:19,163 --> 00:07:22,103 ramai heboh mengatakan mereka memang terlebih had 136 00:07:22,103 --> 00:07:25,283 dan bezanya memang agak banyak. 137 00:07:26,163 --> 00:07:28,403 Jika Red Bull melanggar had bajet, 138 00:07:28,403 --> 00:07:30,723 pasti mereka akan dapat kelebihan dalam bersaing. 139 00:07:31,223 --> 00:07:33,523 Kalau mereka tambah macam-macam kepada jentera, 140 00:07:33,523 --> 00:07:34,943 tentu ia akan jadi canggih. 141 00:07:39,183 --> 00:07:42,663 Saya harus percaya FIA pasti akan buat pemeriksaan berkenaan 142 00:07:42,663 --> 00:07:46,403 sebab kalau tindakan itu tak diambil, itu dah dikira tak adil. 143 00:07:49,003 --> 00:07:51,383 Adakah kami dikecam hebat akibat kes had bajet ini? 144 00:07:51,383 --> 00:07:52,763 - Awak rasa? - Mestilah ya. 145 00:07:52,763 --> 00:07:54,783 Siapa yang paling lantang menuduh awak? 146 00:07:54,783 --> 00:07:56,023 Toto, Zak. 147 00:07:56,683 --> 00:07:57,523 Binotto. 148 00:07:58,743 --> 00:08:02,683 Ini yang saya rasa pelik. Kita semua menuntut ketelusan sekarang. 149 00:08:02,683 --> 00:08:08,263 Tapi masih ada pihak yang berdegil dan tak jujur tentang kewangan mereka. 150 00:08:09,563 --> 00:08:12,263 Mungkin hari ini kita perlu pendekatan berbeza 151 00:08:12,263 --> 00:08:14,123 bagi mengendalikan kes ini. 152 00:08:14,663 --> 00:08:15,683 Ya. 153 00:08:15,683 --> 00:08:17,783 - Buat apa ini? - Tengah berkomplot. 154 00:08:17,783 --> 00:08:19,683 Membawang tentang awak, Christian. 155 00:08:19,683 --> 00:08:20,783 Macam biasa. 156 00:08:23,743 --> 00:08:27,263 Dalam bidang sukan ini, kita pasti akan dibenci 157 00:08:27,263 --> 00:08:28,303 kalau kita menang. 158 00:08:28,303 --> 00:08:31,323 Segelintir pihak sengaja menyembunyikan kegagalan mereka 159 00:08:31,323 --> 00:08:35,763 tapi sibuk mengutuk atau cuba merendahkan pencapaian kami. 160 00:08:35,763 --> 00:08:37,463 Ini taktik kotor. 161 00:08:45,303 --> 00:08:49,463 Mercedes galak bertepuk tangan dengan masalah had bajet ini. 162 00:08:50,183 --> 00:08:52,803 Saya tak sangka mulut Toto selancang itu. 163 00:08:52,803 --> 00:08:54,323 - Saya ada baca. - Jadi... 164 00:08:54,983 --> 00:08:56,103 Kita tengoklah nanti. 165 00:08:56,103 --> 00:08:58,083 Semua merepek saja. 166 00:08:58,083 --> 00:09:01,023 Mereka dengki betul dengan kita. Tak sangka. 167 00:09:01,783 --> 00:09:04,103 Tak apa, pastikan awak tumpaskan mereka. 168 00:09:23,643 --> 00:09:26,823 Banyak tuduhan berat dibuat oleh para pesaing kami. 169 00:09:26,823 --> 00:09:29,403 Mereka cuma berani bercakap dalam media 170 00:09:29,403 --> 00:09:32,763 tapi takut mahu cakap depan muka kita. 171 00:09:33,283 --> 00:09:34,683 Saya malas nak layan. 172 00:09:42,063 --> 00:09:44,263 Saya sangat kecewa dengan awak semua. 173 00:09:44,903 --> 00:09:46,283 Saya tak faham. 174 00:09:46,283 --> 00:09:49,343 Awak tuduh macam-macam. 175 00:09:49,883 --> 00:09:52,643 Saya tak pernah buat macam itu. 176 00:09:52,643 --> 00:09:54,223 Awak siasatlah kalau mahu. 177 00:09:54,223 --> 00:09:55,823 Ini tak patut langsung. 178 00:09:55,823 --> 00:09:57,763 Saya tak sebut pasukan awak pun. 179 00:09:58,263 --> 00:09:59,883 Awak cakap tentang siapa? 180 00:09:59,883 --> 00:10:01,523 Saya tak sebut pasukan awak pun. 181 00:10:01,523 --> 00:10:03,423 Siapa makan cili, dialah rasa pedas. 182 00:10:09,163 --> 00:10:12,303 Buat masa ini, semua kenyataan itu tidak berasas 183 00:10:12,303 --> 00:10:16,023 sebab selagi FIA tidak menemui sebarang bukti, 184 00:10:17,003 --> 00:10:18,803 ia cuma khabar angin semata-mata. 185 00:10:19,343 --> 00:10:21,943 Ramai orang saling bermasam muka di padok sekarang. 186 00:10:21,943 --> 00:10:24,223 Buat masa ini tiada siapa tikam belakang lagi 187 00:10:24,223 --> 00:10:27,423 tapi ada sesetengah pasukan sudah mula mengasah pisau. 188 00:10:42,263 --> 00:10:44,003 {\an8}Selepas sesi kelayakan mengecewakan, 189 00:10:44,003 --> 00:10:46,723 {\an8}Verstappen nampak kekok dalam kedudukan ini, 190 00:10:46,723 --> 00:10:48,383 {\an8}nun jauh di petak kelapan. 191 00:10:53,943 --> 00:10:56,603 Perlumbaan Singapura pun bermula! 192 00:11:02,763 --> 00:11:04,143 {\an8}Enjin Verstappen terhenti. 193 00:11:04,143 --> 00:11:06,723 Dia turun ke kedudukan kesepuluh. 194 00:11:12,083 --> 00:11:13,863 {\an8}Yuki, awak buat dengan bagus. 195 00:11:13,863 --> 00:11:15,043 {\an8}Verstappen di belakang. 196 00:11:18,123 --> 00:11:20,423 {\an8}Verstappen hampir diasak keluar litar. 197 00:11:25,063 --> 00:11:26,783 Dia turun dua kedudukan lagi. 198 00:11:31,703 --> 00:11:33,363 {\an8}Permulaan baik, Daniel. P13. 199 00:11:35,623 --> 00:11:37,463 {\an8}Hamilton satu saat di belakang. 200 00:11:37,463 --> 00:11:39,903 {\an8}Verstappen P12 di belakang. P12. 201 00:11:42,943 --> 00:11:45,063 {\an8}Bagaimana keadaan jalan, Max? 202 00:11:45,063 --> 00:11:46,183 {\an8}Terlalu basah. 203 00:11:47,063 --> 00:11:47,943 {\an8}Baiklah. 204 00:11:49,863 --> 00:11:51,643 Verstappen bersusah-payah. 205 00:11:51,643 --> 00:11:55,003 Pemandu lain pula enggan biarkan dia maju ke depan. 206 00:11:55,503 --> 00:11:56,763 Macam kebetulan pula. 207 00:11:56,763 --> 00:11:59,843 Kami sudah mahu menang Kejuaraan Pemandu Dunia. 208 00:11:59,843 --> 00:12:03,583 Sudah ketara ini memang komplot untuk menjatuhkan kami. 209 00:12:03,583 --> 00:12:06,123 Taktik kotor para pesaing kami. 210 00:12:06,123 --> 00:12:08,303 Malangnya, dalam bidang seperti ini, 211 00:12:08,303 --> 00:12:10,503 semakin kita berjaya, semakin kita dibenci. 212 00:12:10,503 --> 00:12:13,463 Kebencian itu jelas terasa tahun ini. 213 00:12:14,583 --> 00:12:16,103 {\an8}Sektor terakhir bagus. 214 00:12:16,103 --> 00:12:17,283 {\an8}Cuba kekalkan. 215 00:12:21,003 --> 00:12:22,583 {\an8}Awak pemandu terpantas sekarang. 216 00:12:27,063 --> 00:12:29,203 {\an8}Okey, Lando, ada makluman posisi. 217 00:12:29,203 --> 00:12:31,343 {\an8}Di belakang ialah Verstappen. 218 00:12:38,683 --> 00:12:39,723 {\an8}Pecut pusingan ini. 219 00:12:47,963 --> 00:12:50,003 {\an8}Tayar Verstappen terkunci 220 00:12:50,003 --> 00:12:52,223 {\an8}lalu dia terpaksa mengangkat brek. 221 00:12:55,263 --> 00:12:58,143 {\an8}Tolong periksa suhu tayar kanan belakang dengan brek? 222 00:12:58,143 --> 00:13:00,083 Rasanya ada koyak sikit. 223 00:13:00,583 --> 00:13:01,943 {\an8}Sebentar. 224 00:13:01,943 --> 00:13:03,483 {\an8}Buat masa ini semua okey, Max. 225 00:13:04,883 --> 00:13:07,923 {\an8}Okey, Lando, Verstappen 2.4 saat di belakang. 226 00:13:07,923 --> 00:13:09,483 {\an8}Tolong pecut. 227 00:13:09,483 --> 00:13:10,503 {\an8}Okey. 228 00:13:11,963 --> 00:13:13,983 {\an8}Verstappen semakin dekat. 229 00:13:24,763 --> 00:13:27,283 Verstappen terlajak litar! Tayar terkunci! 230 00:13:32,243 --> 00:13:33,943 {\an8}Sudah bergeser dengan jalan. 231 00:13:37,483 --> 00:13:40,583 Berakhir sudah perjuangan Max Verstappen hari ini. 232 00:13:47,123 --> 00:13:50,263 {\an8}Verstappen terkunci di selekoh tujuh. Tak dapat belok. 233 00:13:54,403 --> 00:13:56,883 Keputusan membanggakan bagi kedua-dua Ferrari, 234 00:13:56,883 --> 00:13:59,383 yang membolot dua kedudukan podium. 235 00:14:02,123 --> 00:14:04,303 {\an8}Okey, Lando, bagus. Bendera petak dikibarkan. 236 00:14:04,303 --> 00:14:07,223 {\an8}Tamat P4. Syabas. 237 00:14:08,363 --> 00:14:09,843 P5 untuk Daniel, ya? 238 00:14:09,843 --> 00:14:10,843 Ya, betul. 239 00:14:12,383 --> 00:14:13,383 {\an8}Hari luar biasa, ya? 240 00:14:14,143 --> 00:14:15,903 {\an8}Syabas, semua. Sangat hebat. 241 00:14:19,963 --> 00:14:21,683 {\an8}Okey, Max, masuk lorong pit. 242 00:14:23,863 --> 00:14:26,663 {\an8}Max, tadi memang sukar tapi awak berjuang hebat 243 00:14:27,163 --> 00:14:28,903 {\an8}dan berjaya mengaut mata penting. 244 00:14:50,123 --> 00:14:52,243 {\an8}Kedudukan terbaik awak tahun ini. 245 00:14:52,243 --> 00:14:55,023 - Akhirnya. Terima kasih. - Syabas. 246 00:14:59,323 --> 00:15:04,983 Sejauh mana berita tentang had bajet itu membimbangkan awak? 247 00:15:04,983 --> 00:15:06,523 Saya tak bimbang. 248 00:15:06,523 --> 00:15:08,743 Saya yakin, dan pasukan juga yakin 249 00:15:08,743 --> 00:15:10,143 kami tak buat salah. 250 00:15:10,943 --> 00:15:13,003 Max, awak nampak letih. 251 00:15:13,003 --> 00:15:16,423 Awak tak sangka perlumbaan hari ini sesukar ini? 252 00:15:16,423 --> 00:15:19,203 Saya bukan penat sebab berlumba. Saya dah tak nak fikir lagi. 253 00:15:19,203 --> 00:15:21,323 Dua hari ini amat memenatkan. 254 00:15:29,423 --> 00:15:31,503 SUZUKA JEPUN 255 00:15:37,103 --> 00:15:39,743 Selamat datang ke Suzuka yang dibasahi hujan. 256 00:15:39,743 --> 00:15:42,103 Tugas Max Verstappen mudah saja. 257 00:15:42,103 --> 00:15:47,223 Jika dia menang, selesailah sudah. Dia bakal jadi juara buat kali kedua. 258 00:15:49,083 --> 00:15:51,083 - Okey. Terima kasih. - Terima kasih banyak. 259 00:15:51,863 --> 00:15:53,103 Baiklah. 260 00:15:53,103 --> 00:15:54,503 Esok mesti dahsyat. 261 00:15:54,503 --> 00:15:56,263 Tajuk berita bukannya "Max menang." 262 00:15:56,263 --> 00:15:59,043 Tajuk berita mesti "Red Bull ingkar." "Red Bull menipu." 263 00:15:59,043 --> 00:16:02,103 Kalau kita menang, itu akan tutup mulut mereka. 264 00:16:02,103 --> 00:16:04,043 Baik. Jom minum teh dulu. 265 00:16:08,043 --> 00:16:10,703 Dalam keadaan begini, kita mesti kekal neutral 266 00:16:10,703 --> 00:16:12,663 dan fokus kepada diri saya saja. 267 00:16:14,443 --> 00:16:15,983 Cuba buat yang terbaik. 268 00:16:16,583 --> 00:16:18,423 Rebut pencapaian yang terbaik. 269 00:16:18,923 --> 00:16:21,703 Bagi saya, itulah yang paling penting. 270 00:16:23,303 --> 00:16:25,483 AHAD HARI PERLUMBAAN 271 00:16:32,863 --> 00:16:34,903 Grand Prix Jepun bakal bermula. 272 00:16:34,903 --> 00:16:38,003 Hujan lebat menambah lagi tekanan yang dihadapi 273 00:16:38,003 --> 00:16:39,183 semua pasukan hari ini. 274 00:16:40,863 --> 00:16:42,563 Ini tayar pertengahan, ya? 275 00:16:42,563 --> 00:16:44,843 Ya. Tiga pusingan dengan tayar pertengahan dulu. 276 00:16:44,843 --> 00:16:45,723 Okey. 277 00:16:45,723 --> 00:16:47,723 - Selesaikan cepat-cepat. - Baik. 278 00:17:00,883 --> 00:17:02,063 Sejuknya. 279 00:17:02,063 --> 00:17:03,183 Memang sejuk. 280 00:17:03,923 --> 00:17:06,223 {\an8}- Periksa radio. - Kuat dan jelas, Max. 281 00:17:06,903 --> 00:17:10,343 Hujan dijangka terus begini untuk 25 minit lagi. 282 00:17:11,923 --> 00:17:16,543 {\an8}Charles, kami dah sahkan. Permulaan normal. Permulaan pegun. 283 00:17:18,423 --> 00:17:20,263 Tak sangka permulaan normal. 284 00:17:20,263 --> 00:17:21,663 - Ya. - Berani betul. 285 00:17:21,663 --> 00:17:22,723 Yalah, berani. 286 00:17:25,343 --> 00:17:29,403 Matlamat utama kita dalam Formula 1 ialah memenangi Kejuaraan Pemandu. 287 00:17:30,163 --> 00:17:31,483 Kita perlu sesuaikan diri. 288 00:17:32,383 --> 00:17:34,823 Kalau perlu agresif, kita mesti agresif. 289 00:17:36,443 --> 00:17:38,423 Kalau perlu santai, kita santai. 290 00:17:39,643 --> 00:17:42,183 Selagi saya dalam jentera, saya takkan mengalah. 291 00:17:51,883 --> 00:17:54,023 {\an8}Permulaan teruk bagi Max Verstappen. 292 00:17:54,023 --> 00:17:55,843 {\an8}Leclerc sudah maju ke depan. 293 00:17:59,343 --> 00:18:01,763 Masuk selekoh satu, Verstappen di lorong luar 294 00:18:01,763 --> 00:18:03,623 dan memecut sepanjang lorong. 295 00:18:04,703 --> 00:18:08,763 {\an8}Lorong luar paling sesuai semasa hujan jadi posisi Max cukup sempurna. 296 00:18:11,983 --> 00:18:13,763 {\an8}Alamak, saya dilanggar Alonso. 297 00:18:13,763 --> 00:18:15,063 {\an8}Sangat teruk. 298 00:18:18,583 --> 00:18:20,403 {\an8}Maklumkan keadaan kepada saya. 299 00:18:20,403 --> 00:18:23,243 {\an8}Percikan daripada Verstappen di depan sangat banyak. 300 00:18:23,243 --> 00:18:24,363 {\an8}Tak nampak apa-apa pun. 301 00:18:26,043 --> 00:18:27,563 Percikan air yang banyak. 302 00:18:27,563 --> 00:18:29,963 Hampir-hampir mengelabui seluruh perlumbaan. 303 00:18:31,243 --> 00:18:34,523 {\an8}Saya tak nampak apa-apa pun depan saya. 304 00:18:37,463 --> 00:18:39,823 {\an8}Verstappen kini mendahului. 305 00:18:42,063 --> 00:18:44,203 {\an8}Beza masa dengan belakang, 5.8 saat. 306 00:18:44,703 --> 00:18:49,143 Charles Leclerc sudah lima saat di belakang Max Verstappen. 307 00:18:49,143 --> 00:18:51,303 {\an8}Max memecut laju di litar. 308 00:18:51,303 --> 00:18:53,623 Jarak dengan Verstappen di depan, enam saat. 309 00:18:55,383 --> 00:18:58,823 Satu lagi pusingan terpantas dicatat oleh Max Verstappen. 310 00:19:01,163 --> 00:19:03,443 {\an8}Jarak masa 14.3 saat. 311 00:19:05,423 --> 00:19:07,443 Max cukup cemerlang. 312 00:19:07,943 --> 00:19:12,383 Dia meningkatkan standard sukan dan kehandalannya bertambah. 313 00:19:13,283 --> 00:19:16,463 Tahap keyakinannya tinggi. Dia amat serasi membawa jentera. 314 00:19:17,263 --> 00:19:19,683 {\an8}15 pusingan lagi, jaga tayar. 315 00:19:19,683 --> 00:19:22,503 {\an8}Sekarang masih boleh tahan lagi. 316 00:19:23,003 --> 00:19:26,223 Litar Suzuka memang memerlukan keberanian dan keyakinan 317 00:19:26,223 --> 00:19:29,623 dan itulah jenis litar yang memang digemari Max. 318 00:19:32,743 --> 00:19:34,103 {\an8}Okey, Max, pusingan akhir. 319 00:19:34,863 --> 00:19:37,363 {\an8}Jarak masa 25 saat. Pecut sampai habis. 320 00:19:41,023 --> 00:19:43,963 Max Verstappen disambut kibaran bendera penamat 321 00:19:43,963 --> 00:19:46,243 sekali gus memenangi Grand Prix Jepun. 322 00:19:48,143 --> 00:19:49,903 Syabas, Max. Awak menang. 323 00:19:50,443 --> 00:19:52,143 Akhir-akhir tadi memang seronok. 324 00:19:52,643 --> 00:19:54,463 Seronok juga memandu dalam hujan. 325 00:20:01,283 --> 00:20:03,123 Itu yang kita mahu! Tengok itu! 326 00:20:03,123 --> 00:20:05,283 Syabas! Tahniah. 327 00:20:05,283 --> 00:20:06,583 Amat membanggakan. 328 00:20:06,583 --> 00:20:10,483 Tiba-tiba baru kami tersedar. "Wah." 329 00:20:11,183 --> 00:20:14,663 "Dia sudah jadi Juara Dunia 2022." 330 00:20:18,783 --> 00:20:20,543 Tekanan yang berterusan. 331 00:20:20,543 --> 00:20:23,783 Musim kejuaraan yang banyak turun naik. 332 00:20:23,783 --> 00:20:25,983 Pasukan kami menggembleng tenaga 333 00:20:25,983 --> 00:20:28,123 dan akhirnya kami menakluk puncak. 334 00:20:28,123 --> 00:20:31,343 Pencapaian itu amat istimewa bagi saya. 335 00:20:38,403 --> 00:20:39,883 Membanggakan. Syabas. 336 00:20:42,843 --> 00:20:46,023 Max Verstappen di sekitar padok. Dia nampak begitu gembira 337 00:20:46,023 --> 00:20:48,463 namun ada rasa tak puas hati daripada pasukan lain. 338 00:20:48,463 --> 00:20:51,503 Boleh dikatakan Red Bull menerima jelingan paling tajam 339 00:20:51,503 --> 00:20:52,923 daripada seluruh padok kini. 340 00:20:53,423 --> 00:20:55,443 - Terima kasih, semua. - Terima kasih. 341 00:20:57,363 --> 00:20:59,783 Ada sesiapa ucap tahniah kepada kita 342 00:20:59,783 --> 00:21:01,903 sebab menang Kejuaraan Pemandu? 343 00:21:01,903 --> 00:21:03,843 - Tak. - Dah agak dah. 344 00:21:06,523 --> 00:21:09,543 Sekarang kita kena hadapi kes pelanggaran had bajet pula. 345 00:21:10,503 --> 00:21:11,523 Ada berita? 346 00:21:11,523 --> 00:21:14,423 Tak. Mereka akan hubungi kita selepas perlumbaan. 347 00:21:20,683 --> 00:21:21,563 Ya. 348 00:21:23,083 --> 00:21:23,963 Ya. 349 00:21:27,343 --> 00:21:31,423 Jadi, rupanya kami memang dah langgar had bajet yang ditetapkan 350 00:21:31,423 --> 00:21:33,643 bagi tahun 2021. 351 00:21:34,143 --> 00:21:36,323 Cuma satu kesilapan. Salah kira saja. 352 00:21:37,003 --> 00:21:39,903 Kami cuma tersalah isi borang saja. 353 00:21:39,903 --> 00:21:41,523 Isu yang cukup ringan 354 00:21:41,523 --> 00:21:44,263 dan tak ada kaitan langsung dengan reka bentuk jentera. 355 00:21:44,263 --> 00:21:47,423 Kami cuma memikirkan staf. Kami cuma panggil katering. 356 00:21:48,323 --> 00:21:50,743 Kami memang dah biasa panggil katering. 357 00:21:50,743 --> 00:21:54,583 Kami cuma terlebih belanja 0.6 peratus saja. 358 00:21:54,583 --> 00:21:56,783 400,000 dolar. 359 00:21:58,563 --> 00:22:00,983 Serius? Itu yang dahsyat sangat? 360 00:22:01,523 --> 00:22:02,683 Mustahillah. 361 00:22:06,943 --> 00:22:09,383 Esok semua tajuk akhbar mesti akan cakap 362 00:22:09,883 --> 00:22:11,363 "Kejuaraan kini goyah." 363 00:22:11,863 --> 00:22:14,363 Mengarut. Betul-betul mengarut. 364 00:22:23,463 --> 00:22:25,323 AUSTIN AMERIKA SYARIKAT 365 00:22:26,403 --> 00:22:27,943 Kita yang pertama sampai. 366 00:22:27,943 --> 00:22:28,823 Ya. 367 00:22:29,323 --> 00:22:30,883 Hari ini pasti bagus. 368 00:22:32,083 --> 00:22:34,083 Apa awak suka tentang perlumbaan di sini? 369 00:22:34,863 --> 00:22:37,103 Banyak benda. Pertama, saya tak perlu pergi jauh 370 00:22:37,103 --> 00:22:38,963 sebab saya tinggal di Amerika. 371 00:22:43,003 --> 00:22:45,303 Max Verstappen memang sudah menjadi juara F1, 372 00:22:45,303 --> 00:22:48,343 tetapi kontroversi had bajet yang menyelubungi Red Bull pula 373 00:22:48,343 --> 00:22:50,243 yang memenuhi dada akhbar. 374 00:22:53,683 --> 00:22:56,903 {\an8}Zak Brown daripada McLaren telah menulis nukilan umum... 375 00:22:57,763 --> 00:23:01,383 {\an8}...yang jelas-jelas menuduh Christian Horner dan Red Bull menipu 376 00:23:01,383 --> 00:23:04,883 dan menegaskan mereka patut diberi hukuman seberat mungkin. 377 00:23:05,423 --> 00:23:06,523 Apa khabar? 378 00:23:06,523 --> 00:23:07,703 - Sihat. Awak? - Sihat. 379 00:23:07,703 --> 00:23:09,203 Awak dah usik Christian. 380 00:23:09,203 --> 00:23:10,923 - Ya. - Buat juga, ya? 381 00:23:12,243 --> 00:23:13,403 Nukilan saya. 382 00:23:13,643 --> 00:23:16,243 NUKILAN BOS MCLAREN ZAK BROWN BERKENAAN SKANDAL HAD BAJET 383 00:23:16,243 --> 00:23:19,803 Saya cuma mahu kongsikan kesan buruk akibat pelanggaran itu. 384 00:23:19,803 --> 00:23:23,323 Saya cuma kata had bajet dah ditetapkan. Had bajet tak boleh dilanggar. 385 00:23:24,383 --> 00:23:28,783 Saya lihat ada unsur keangkuhan, unsur tidak hormat dengan peraturan 386 00:23:28,783 --> 00:23:30,443 dan saya tak suka itu. 387 00:23:30,443 --> 00:23:34,523 Kalau kami boleh berbelanja melebihi had untuk katering, 388 00:23:34,523 --> 00:23:38,063 sudah tentu kami boleh berbelanja lebih had juga 389 00:23:38,063 --> 00:23:39,083 untuk perkara lain. 390 00:23:39,083 --> 00:23:42,863 Dalam erti kata lain, "cuma tambah sekeping timun saja dalam sandwic" 391 00:23:42,863 --> 00:23:44,803 tapi itu yang menambah tenaga. 392 00:23:45,303 --> 00:23:46,523 Saya suka Christian. 393 00:23:46,523 --> 00:23:49,823 Ini bukan dendam peribadi. Dia pun akan buat benda sama. 394 00:23:49,823 --> 00:23:52,923 Saya tak berpendirian "Mesti menang dalam apa jua cara." 395 00:23:52,923 --> 00:23:55,743 Setiap pasukan dikenakan syarat yang sama. 396 00:23:56,283 --> 00:23:59,063 Sembilan pasukan patuh. Satu pasukan ingkar. 397 00:23:59,063 --> 00:24:00,963 Nak beri alasan apa lagi? 398 00:24:04,443 --> 00:24:07,283 Apakah denda yang patut dikenakan kepada mereka 399 00:24:07,283 --> 00:24:09,623 atas kesalahan melanggar had bajet ini? 400 00:24:09,623 --> 00:24:11,543 Pada saya, bukan saja denda wang 401 00:24:11,543 --> 00:24:16,303 sebab denda duit semata-mata tidak akan memperlahankan prestasi mereka 402 00:24:16,303 --> 00:24:17,723 jika dah ada kelebihan. 403 00:24:17,723 --> 00:24:20,443 Jadi patut ada denda daripada segi rekod sukan juga. 404 00:24:21,103 --> 00:24:22,523 Had tak boleh dilanggar. 405 00:24:22,523 --> 00:24:25,143 Kalau berat atas litar kurang setengah kilogram sekalipun, 406 00:24:25,143 --> 00:24:28,763 kita takkan dibenarkan berlumba, jadi... 407 00:24:28,763 --> 00:24:31,083 Peraturan tetap peraturan. Kami patuh saja. 408 00:24:31,623 --> 00:24:34,923 {\an8}Jika ada pihak yang ingkar, mereka mesti dihukum. 409 00:24:34,923 --> 00:24:35,823 {\an8}KETUA PASUKAN 410 00:24:35,823 --> 00:24:39,583 {\an8}Agar mereka rasa serik untuk berbelanja melebihi had lagi. 411 00:24:42,463 --> 00:24:44,143 Kita pergi sidang media sekarang. 412 00:24:44,143 --> 00:24:45,863 - Ini semua nota awak. - Ya. 413 00:24:45,863 --> 00:24:49,263 Saya dah gariskan isi-isi yang berkaitan dengan penipuan. 414 00:24:49,263 --> 00:24:50,303 - Jom. - Sedia? 415 00:24:50,303 --> 00:24:51,443 Ya. Jom pergi. 416 00:24:53,823 --> 00:24:56,043 Saya tak nak pergi awal sangat. 417 00:24:57,163 --> 00:24:58,483 Saya nak masuk paling lambat. 418 00:25:02,843 --> 00:25:05,023 - Pagi. - Pagi ini mesti kecoh. 419 00:25:05,023 --> 00:25:06,063 Ya. 420 00:25:06,063 --> 00:25:07,663 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 421 00:25:09,323 --> 00:25:12,683 Christian, menurut Zak, pelanggaran bajet dikira menipu 422 00:25:12,683 --> 00:25:15,103 jadi apa komen awak tentang itu? 423 00:25:15,103 --> 00:25:18,203 Benar, saya rasa kecewa dengan nukilan Zak. 424 00:25:18,203 --> 00:25:22,163 Apabila dituduh menipu oleh rakan seperjuangan sendiri, 425 00:25:22,163 --> 00:25:27,243 dituduh tidak berlaku jujur, itu memang amat mengecewakan. 426 00:25:27,243 --> 00:25:31,163 Bayangkan betapa ia menjejaskan jenama kami, 427 00:25:31,163 --> 00:25:32,883 para pemandu kami, 428 00:25:32,883 --> 00:25:34,583 seluruh tenaga kerja kami, 429 00:25:34,583 --> 00:25:38,163 sedangkan pada zaman ini kesihatan mental begitu dititikberatkan. 430 00:25:38,163 --> 00:25:41,823 Tuduhan seberat itu tidak boleh dilemparkan sesuka hati 431 00:25:41,823 --> 00:25:45,063 tanpa sebarang asas atau bukti. 432 00:25:45,063 --> 00:25:48,203 Kami rasa amat kesal 433 00:25:48,203 --> 00:25:50,823 dengan kelakuan segelintir pesaing kami. 434 00:25:56,743 --> 00:26:02,583 Sekarang semua pasukan lawan mempertikaikan pencapaian Red Bull 435 00:26:02,583 --> 00:26:05,143 serta kemenangan awak dalam dua tahun lepas. Ada komen? 436 00:26:05,143 --> 00:26:09,503 Ya, pada saya, ini semua timbul sebab aksi kami cemerlang akhir-akhir ini. 437 00:26:11,043 --> 00:26:13,583 Jadi mereka mahu lumpuhkan kami dalam apa cara pun. 438 00:26:13,583 --> 00:26:15,103 Mereka berkelakuan hipokrit. 439 00:26:15,103 --> 00:26:17,303 Tapi hakikatnya ia bukan dalam tangan saya. 440 00:26:17,303 --> 00:26:18,903 Ini urusan antara pasukan dan FIA. 441 00:26:19,403 --> 00:26:22,803 Kita tahu pihak pesaing akan sentiasa cuba menindas kita 442 00:26:22,803 --> 00:26:26,023 lebih-lebih lagi ketika kita berjaya. Itu memang adat sukan ini. 443 00:26:26,023 --> 00:26:27,763 Dari dulu memang begitu. 444 00:26:27,763 --> 00:26:29,723 Tapi kebenaran pasti akan muncul 445 00:26:29,723 --> 00:26:33,863 dan orang ramai pasti akan lihat situasi ini dengan telus. 446 00:26:38,143 --> 00:26:39,763 Memang kena kecam beramai-ramai. 447 00:26:39,763 --> 00:26:41,163 Ada tengok yang ini? 448 00:26:41,163 --> 00:26:42,043 Yang ini. 449 00:26:43,523 --> 00:26:48,363 Penipu! 450 00:26:48,363 --> 00:26:50,243 Tak patut betul. 451 00:26:50,243 --> 00:26:52,363 Kita macam disebat depan orang. 452 00:26:52,363 --> 00:26:53,983 - Melampau betul. - Ya. 453 00:26:55,223 --> 00:26:58,743 FIA menerima asakan dan tekanan yang hebat 454 00:26:58,743 --> 00:27:01,403 untuk menghukum Red Bull habis-habisan 455 00:27:01,403 --> 00:27:05,643 kerana semua orang mahu merampas kelebihan kami 456 00:27:05,643 --> 00:27:07,403 dan mahu tumbangkan Red Bull. 457 00:27:07,403 --> 00:27:08,963 Cukup tak masuk akal. 458 00:27:09,683 --> 00:27:12,503 {\an8}Pasukan lain menekan sistem dengan kuat... 459 00:27:12,503 --> 00:27:16,003 {\an8}...sebab kalau kita tak hormat peraturan, kita wajib dihukum. 460 00:27:16,003 --> 00:27:17,203 Habis cerita. 461 00:27:17,203 --> 00:27:19,123 Itu sebahagian tugas ketua pasukan. 462 00:27:19,123 --> 00:27:22,303 Ketua pasukan mesti cuba apa-apa saja cara 463 00:27:22,303 --> 00:27:24,923 untuk memaksimumkan prestasi pasukan. 464 00:27:26,263 --> 00:27:28,943 Bagi kesalahan melanggar peraturan had bajet 2021, 465 00:27:28,943 --> 00:27:31,443 kita dimaklumkan Red Bull akan dihukum. 466 00:27:31,443 --> 00:27:33,483 Orang yang dipertanggungjawabkan untuk ini 467 00:27:33,483 --> 00:27:35,863 ialah presiden baru FIA, Mohammed Ben Sulayem. 468 00:27:36,603 --> 00:27:39,683 {\an8}Satu lagi, memandangkan ini kali pertama syarat itu dilanggar, 469 00:27:39,683 --> 00:27:42,823 dia mungkin fikir hukuman berat akan beri teladan kepada yang lain. 470 00:27:45,803 --> 00:27:46,703 Mereka menipu! 471 00:27:50,783 --> 00:27:51,623 Mari masuk. 472 00:27:53,223 --> 00:27:54,063 Okey? 473 00:27:55,163 --> 00:27:58,623 PRESIDEN FIA 474 00:27:58,623 --> 00:28:03,083 KAKITANGAN SAHAJA 475 00:28:07,903 --> 00:28:09,563 Saya kena cakap dengan mereka. 476 00:28:09,563 --> 00:28:12,303 Cakap balik dengan saya secepat mungkin, okey? 477 00:28:12,803 --> 00:28:13,643 Okey. 478 00:28:17,403 --> 00:28:21,763 Dia dah buat keputusan dan katanya kita didenda tujuh juta dolar. 479 00:28:21,763 --> 00:28:23,343 Dia kata, ini amat serius. 480 00:28:23,343 --> 00:28:25,763 Mereka nak kita hancur. Mereka semua nak tengok itu. 481 00:28:25,763 --> 00:28:27,043 Mereka nak musnahkan kita. 482 00:28:28,123 --> 00:28:30,543 Daripada sudut pandangan pasukan pesaing, 483 00:28:30,543 --> 00:28:32,703 tak ada hukuman yang cukup setimpal. 484 00:28:32,703 --> 00:28:37,043 Tapi daripada sudut pandangan pasukan yang terkena, 485 00:28:37,043 --> 00:28:38,823 itu pun dah dikira berat. 486 00:28:38,823 --> 00:28:40,763 Pada saya, FIA sudah buat keputusan. 487 00:28:40,763 --> 00:28:42,703 Kita perlu hormat keputusan itu. 488 00:28:42,703 --> 00:28:46,063 Pada saya, had bajet yang ditetapkan adalah amat penting 489 00:28:46,063 --> 00:28:49,063 bagi kejayaan bidang sukan ini di masa hadapan 490 00:28:49,063 --> 00:28:52,603 jadi kesalahan ini perlu dihukum dengan berat 491 00:28:52,603 --> 00:28:55,123 dan Christian enggan menerima itu. 492 00:28:55,123 --> 00:28:57,563 Dia memang pandai mengecam pasukan lain 493 00:28:57,563 --> 00:29:00,343 tapi kalau kecam orang, bersedialah untuk dikecam balik. 494 00:29:02,383 --> 00:29:05,403 Terus-terang, saya tak pernah hadapi keadaan begini 495 00:29:05,403 --> 00:29:08,423 dan dia cakap, "Awak tak ada kawan. Saya saja kawan awak." 496 00:29:08,423 --> 00:29:10,003 Saya kata, "Saya tak perlu kawan." 497 00:29:10,003 --> 00:29:13,183 - Benda ini betul-betul terdedah. - Itu yang dia nak. 498 00:29:13,183 --> 00:29:14,603 - Pembalasan depan-depan. - Ya. 499 00:29:14,603 --> 00:29:15,903 - Dihukum depan semua. - Ya. 500 00:29:15,903 --> 00:29:17,483 - Itulah dia. - Ya. 501 00:29:17,483 --> 00:29:18,943 - Kitalah orang jahat. - Ya. 502 00:29:20,743 --> 00:29:22,023 Saya cuma hampa. 503 00:29:22,023 --> 00:29:27,523 FIA tidak beri sebarang ruang untuk tolak ansur sama sekali. 504 00:29:27,523 --> 00:29:29,423 Kejadian ini amat mengecewakan. 505 00:29:30,723 --> 00:29:33,683 Apa pun, kita fokus dengan kereta kita sajalah. 506 00:29:36,363 --> 00:29:37,503 Tak guna betul. 507 00:29:48,163 --> 00:29:51,163 PENGASAS BERSAMA RED BULL DAN PEMILIK PASUKAN F1 JENAMA ITU 508 00:29:51,163 --> 00:29:53,943 DIETRICH MATESCHITZ MENINGGAL DUNIA PADA USIA 78 TAHUN 509 00:29:55,843 --> 00:29:57,343 Maaf mengganggu. 510 00:29:57,343 --> 00:29:59,383 Orang sudah dapat tahu 511 00:29:59,903 --> 00:30:00,923 tentang Dietrich. 512 00:30:01,723 --> 00:30:03,403 Aduh, tak guna. 513 00:30:03,403 --> 00:30:05,363 Seseorang kena cakap dengan pasukan. 514 00:30:05,363 --> 00:30:06,783 Biar saya cakap dengan mereka. 515 00:30:07,743 --> 00:30:08,743 Ya. 516 00:30:08,743 --> 00:30:10,503 Saya yang kena uruskan ini. 517 00:30:13,543 --> 00:30:15,663 Saya baru dapat tahu. 518 00:30:17,643 --> 00:30:20,643 Berita yang kami terima ialah Dietrich Mateschitz, 519 00:30:20,643 --> 00:30:25,003 pengasas dan pengerusi kumpulan Red Bull 520 00:30:25,003 --> 00:30:26,843 menghembuskan nafas terakhir. 521 00:30:28,183 --> 00:30:30,883 - Jadi kita kena keluar ke sana. - Betul. 522 00:30:30,883 --> 00:30:32,443 Menang demi dia. 523 00:30:33,963 --> 00:30:34,863 Takziah. 524 00:30:36,223 --> 00:30:37,823 Kita buat demi dia, okey? 525 00:30:37,823 --> 00:30:41,243 Ya. Dietrich seseorang yang disegani. 526 00:30:42,183 --> 00:30:43,543 Dia banyak berjasa. 527 00:30:43,543 --> 00:30:45,223 Dia tentu berhajat 528 00:30:45,223 --> 00:30:48,643 agar kami keluar dan berusaha sedaya upaya dengan jentera kami 529 00:30:48,643 --> 00:30:52,943 dan cuba rampas gelaran Kejuaraan Pembina hari ini 530 00:30:52,943 --> 00:30:55,003 seperti yang dia inginkan. 531 00:31:00,403 --> 00:31:03,163 AHAD HARI PERLUMBAAN 532 00:31:08,163 --> 00:31:11,603 Selamat datang ke Grand Prix Austin yang kesepuluh. 533 00:31:11,603 --> 00:31:14,363 Red Bull mampu menggenggam gelaran Kejuaraan Pembina hari ini 534 00:31:14,363 --> 00:31:16,503 jika salah seorang pemandu mereka menang. 535 00:31:16,503 --> 00:31:18,603 TERIMA KASIH DIDI 536 00:31:18,603 --> 00:31:22,043 - Kita tahu ini demi siapa, bukan? - Ya. Kita tahu. 537 00:31:22,923 --> 00:31:24,963 - Ya. - Dan... Ya. 538 00:31:24,963 --> 00:31:26,683 - Merangsang semangat. - Ya. 539 00:31:30,723 --> 00:31:32,163 - Okey? - Ya. 540 00:31:32,663 --> 00:31:37,103 Emosi yang menyelubungi kami semua 541 00:31:37,103 --> 00:31:38,423 memang merangsang semangat 542 00:31:38,423 --> 00:31:42,003 dan kalau lihat cara seluruh pasukan menangani itu... 543 00:31:42,003 --> 00:31:43,923 Harap dia rasa bangga di sana. 544 00:31:43,923 --> 00:31:46,263 Kami cuma fokus dengan matlamat kami. 545 00:31:47,183 --> 00:31:51,003 Dia pasti nak kita menang hari ini, jadi berusaha sedaya upaya. 546 00:31:51,003 --> 00:31:52,043 Kami pasti boleh. 547 00:32:10,303 --> 00:32:12,483 Petak hadapan ditempati Carlos Sainz, 548 00:32:12,483 --> 00:32:15,183 pemandu Ferrari di kedudukan tiang. 549 00:32:15,183 --> 00:32:17,123 Di sebelahnya, Max Verstappen, 550 00:32:17,123 --> 00:32:20,383 diikuti pemandu Mercedes di tempat ketiga dan keempat. 551 00:32:22,243 --> 00:32:23,343 Kita buat betul-betul. 552 00:32:27,963 --> 00:32:29,803 {\an8}Kereta terakhir mendekati grid. 553 00:32:30,343 --> 00:32:32,843 {\an8}Fokus kepada lampu. 554 00:32:33,563 --> 00:32:36,283 {\an8}- Periksa radio. - Kuat dan jelas, Max. 555 00:32:50,523 --> 00:32:53,783 {\an8}Perlumbaan bermula, Verstappen cepat-cepat buka jurang. 556 00:32:57,783 --> 00:32:58,723 Ayuh! 557 00:33:00,823 --> 00:33:04,023 {\an8}Russell akan kejar Hamilton. Alamak! Sainz dilanggar! 558 00:33:05,023 --> 00:33:08,623 Baru selekoh pertama tapi sudah turun dari petak pertama ke tempat terakhir! 559 00:33:09,863 --> 00:33:12,443 {\an8}Jentera terpaksa dikeluarkan. Minta maaf. 560 00:33:12,983 --> 00:33:14,143 {\an8}Tak percaya. 561 00:33:14,983 --> 00:33:17,503 {\an8}Makluman, Max. Sainz terkeluar. 562 00:33:17,503 --> 00:33:19,263 Kereta di belakang, Hamilton. 563 00:33:19,843 --> 00:33:21,243 {\an8}Okey, awak boleh pecut. 564 00:33:27,383 --> 00:33:29,883 {\an8}Hamilton memecut dalam sektor 1, cuba lari. 565 00:33:30,603 --> 00:33:32,843 {\an8}Cuba kejar Verstappen sedekat mungkin. 566 00:33:35,203 --> 00:33:36,403 {\an8}Susah nak kejar. 567 00:33:36,403 --> 00:33:38,343 {\an8}Kami ambil maklum, Lewis. Cuba juga. 568 00:33:38,843 --> 00:33:41,203 Max Verstappen melebarkan jurang. 569 00:33:41,743 --> 00:33:43,243 {\an8}Kekalkan begini. 570 00:33:45,543 --> 00:33:47,063 {\an8}Masuk pit. 571 00:33:47,603 --> 00:33:50,563 {\an8}Hamilton masuk pit, Max. Awak boleh pecut lagi. 572 00:33:58,003 --> 00:33:59,163 {\an8}Pecut sebaik saja keluar. 573 00:33:59,763 --> 00:34:00,683 {\an8}Sekarang Hammertime. 574 00:34:03,943 --> 00:34:05,283 {\an8}Rentak yang bagus. 575 00:34:07,203 --> 00:34:08,763 {\an8}Okey, Max, masuk pit. 576 00:34:20,603 --> 00:34:22,503 Verstappen terhenti di pit. 577 00:34:23,403 --> 00:34:26,123 {\an8}Menyusahkan betul. 578 00:34:26,123 --> 00:34:30,223 Lewis Hamilton akan jalan dulu di depan Max Verstappen. 579 00:34:31,083 --> 00:34:35,103 Kesilapan Red Bull membuat Lewis mendahului perlumbaan. 580 00:34:37,103 --> 00:34:39,863 {\an8}Leclerc sempat mencelah di depan dia juga. 581 00:34:39,863 --> 00:34:42,243 {\an8}Saya dikejar Verstappen. 582 00:34:42,783 --> 00:34:45,523 {\an8}Leclerc dan Verstappen keluar lorong pit. 583 00:34:45,523 --> 00:34:48,523 {\an8}Leclerc di hadapan Verstappen. Enam saat beza. 584 00:34:49,063 --> 00:34:50,483 {\an8}Perjalanan masih jauh. 585 00:34:50,483 --> 00:34:52,203 {\an8}Ya, itu saya pun tahu. 586 00:34:52,703 --> 00:34:55,723 {\an8}Max, kita sama-sama berusaha. Fokus. Ayuh. 587 00:34:56,403 --> 00:34:59,363 Perlumbaan berubah secara dramatik. 588 00:35:06,223 --> 00:35:08,343 {\an8}Mereka laju di jalan lurus. 589 00:35:08,883 --> 00:35:11,403 {\an8}Verstappen meluncur atas arus gelincir Charles Leclerc. 590 00:35:11,403 --> 00:35:13,223 {\an8}Verstappen di belakang, DRS aktif. 591 00:35:14,143 --> 00:35:16,703 {\an8}Verstappen keluar dari belakang Ferrari 592 00:35:16,703 --> 00:35:17,923 lalu memintas penuh gaya. 593 00:35:17,923 --> 00:35:18,803 Bagus! 594 00:35:20,743 --> 00:35:21,603 Ayuh! 595 00:35:22,143 --> 00:35:23,163 {\an8}Bagus, Max. 596 00:35:23,163 --> 00:35:24,423 {\an8}Hamilton di hadapan. 597 00:35:28,283 --> 00:35:31,743 {\an8}Verstappen dapat lepas. 4.7 saat di belakang. 598 00:35:40,263 --> 00:35:43,243 {\an8}Okey, Max, sepuluh pusingan lagi. Sepuluh pusingan. 599 00:35:43,243 --> 00:35:44,643 Dua saat di depan, Max. 600 00:35:45,303 --> 00:35:48,163 Ada 10 pusingan saja untuk Max mengejar Lewis. 601 00:35:48,163 --> 00:35:49,583 {\an8}Berapa beza masa? 602 00:35:49,583 --> 00:35:51,583 {\an8}Jarak dengan Verstappen 1.1 saat. 603 00:35:51,983 --> 00:35:54,903 Verstappen kini sesaat saja dari Lewis Hamilton. 604 00:35:54,903 --> 00:35:57,683 Persaingan bakal menjadi sengit. 605 00:36:02,523 --> 00:36:05,163 Apabila melihat mereka sebelah-menyebelah, 606 00:36:05,163 --> 00:36:09,183 kalau kami kalah kali ini, kali pertama kami kalah dengan Mercedes tahun ini... 607 00:36:09,963 --> 00:36:12,963 Kalau Tuhan wujud, kalau betul ada kuasa agung, 608 00:36:12,963 --> 00:36:15,243 tolonglah tunjukkan kuasa sekarang. 609 00:36:15,943 --> 00:36:18,923 {\an8}Verstappen nampak macam sedang memecut. 610 00:36:19,683 --> 00:36:22,643 {\an8}- Boleh pintas sekarang. - Ya! 611 00:36:23,223 --> 00:36:24,743 {\an8}DRS diaktifkan. 612 00:36:24,743 --> 00:36:27,943 {\an8}Verstappen semakin mendekati Hamilton. 613 00:36:32,883 --> 00:36:36,243 {\an8}Verstappen masuk jalan dan mereka kini sebelah-menyebelah! 614 00:36:37,863 --> 00:36:39,763 {\an8}Hamilton cuba masuk hadapan dia. 615 00:36:39,763 --> 00:36:40,963 Ayuh! 616 00:36:41,963 --> 00:36:43,943 {\an8}Verstappen paksa Hamilton ke tepi 617 00:36:43,943 --> 00:36:47,003 {\an8}lalu menyelit sekali gus mendahului perlumbaan ini. 618 00:36:47,003 --> 00:36:48,803 Tak guna! 619 00:36:48,803 --> 00:36:50,183 Ayuh! 620 00:36:52,863 --> 00:36:55,223 {\an8}Bagus. Terus tekan sampai habis, Max. 621 00:36:55,723 --> 00:36:57,283 {\an8}Saya cuba sedaya-upaya. 622 00:36:57,823 --> 00:36:59,083 {\an8}Sedaya-upaya saya. 623 00:37:02,543 --> 00:37:05,723 Hari ini menjanjikan harapan bagi mereka memenangi Kejuaraan Pembina 624 00:37:05,723 --> 00:37:09,203 {\an8}dan Verstappen nampaknya bakal memenuhi harapan itu. 625 00:37:12,523 --> 00:37:17,083 Pemanduan cukup cemerlang dalam musim penuh gemilang oleh Max Verstappen. 626 00:37:18,083 --> 00:37:21,283 Max Verstappen, awak Juara Dunia. 627 00:37:21,283 --> 00:37:24,183 Kita Juara Dunia. Terima kasih banyak. 628 00:37:24,183 --> 00:37:25,383 Ya, tahniah, semua. 629 00:37:25,383 --> 00:37:27,863 Musim yang hebat, kita menang Kejuaraan Pembina juga. 630 00:37:27,863 --> 00:37:29,423 Awak semua memang layak menang. 631 00:37:32,903 --> 00:37:35,083 Kemenangan Kejuaraan Pembina Dunia 632 00:37:35,083 --> 00:37:38,263 dalam masa yang amat mencabar ini begitu berharga buat kami. 633 00:37:38,263 --> 00:37:42,163 Tahun ini, kami bukan saja membolot gelaran Juara Pemandu Dunia, 634 00:37:42,163 --> 00:37:46,383 kami juga menang Kejuaraan Pembina Dunia buat kali pertama dalam lapan tahun. 635 00:37:48,563 --> 00:37:50,703 Lebih-lebih lagi dalam minggu 636 00:37:51,383 --> 00:37:53,343 yang dicemari pergolakan politik. 637 00:37:54,063 --> 00:37:56,883 Banyak kerenah yang perlu dihadapi luar litar. 638 00:38:00,623 --> 00:38:02,283 Awak patut terima piala itu. 639 00:38:02,783 --> 00:38:03,943 Untuk Dietrich, okey? 640 00:38:03,943 --> 00:38:04,983 Okey. 641 00:38:05,763 --> 00:38:06,643 Perlumbaan hebat! 642 00:38:07,643 --> 00:38:08,483 Kita berjaya! 643 00:38:20,603 --> 00:38:21,483 Sayang. 644 00:38:22,563 --> 00:38:24,803 Syabas. Awak memang patut berjaya. 645 00:38:25,363 --> 00:38:26,683 Tahniah. 646 00:38:29,783 --> 00:38:31,543 Terima kasih banyak. Terima kasih. 647 00:38:32,623 --> 00:38:35,603 Kejayaan ini khas untuk Dietrich, 648 00:38:35,603 --> 00:38:37,543 atas jasanya kepada semua orang. 649 00:38:37,543 --> 00:38:40,283 Dia tokoh yang begitu penting bagi seluruh pasukan. 650 00:38:40,283 --> 00:38:42,583 Kami teringin mahu beri keputusan cemerlang 651 00:38:42,583 --> 00:38:44,443 jadi pencapaian ini amat memuaskan hati. 652 00:38:51,883 --> 00:38:54,583 Formula 1 tidak sunyi daripada kontroversi. 653 00:38:54,583 --> 00:38:58,003 Tapi hakikatnya kami menjuarai sukan ini tahun ini 654 00:38:58,003 --> 00:39:02,303 dengan kedua-dua gelaran Juara Pemandu dan Juara Pembina. 655 00:39:02,303 --> 00:39:04,743 Itu membuat musim ini menjadi musim paling diingati. 656 00:39:07,523 --> 00:39:09,703 Ya! 657 00:39:15,303 --> 00:39:20,343 {\an8}DIETRICH MATESCHITZ 1944-2022 658 00:39:22,263 --> 00:39:23,183 {\an8}SELEPAS INI 659 00:39:23,183 --> 00:39:28,143 {\an8}Perlumbaan terakhir musim 2022, iaitu Grand Prix Abu Dhabi. 660 00:39:28,143 --> 00:39:29,183 Apa khabar? 661 00:39:29,183 --> 00:39:30,543 Saya sedia. 662 00:39:31,123 --> 00:39:34,223 Saya mesti pastikan kami menang menewaskan Zak. 663 00:39:34,863 --> 00:39:36,623 Ya. Pertempuran kami sengit. 664 00:39:36,623 --> 00:39:38,183 Keajaiban masih boleh jadi. 665 00:39:38,983 --> 00:39:41,243 Ini mungkin kali terakhir awak duduk kerusi ini. 666 00:39:42,543 --> 00:39:44,503 Perebutan tempat kedua amat genting. 667 00:39:45,063 --> 00:39:47,623 Kami mesti pastikan kami menang. 668 00:39:48,583 --> 00:39:52,223 Rancangan ini takkan sama tanpa saya. Nak kata apa lagi? 669 00:40:18,863 --> 00:40:23,863 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela