1 00:00:06,501 --> 00:00:07,981 - Okey. - Saya tahu buat. 2 00:00:08,061 --> 00:00:08,981 Tinggi sikit. 3 00:00:09,581 --> 00:00:13,261 Musim ketiga baru ada papan ini. Macam ini barulah profesional. 4 00:00:13,341 --> 00:00:16,261 - Mula merakam. - Aduh, terangnya. 5 00:00:16,341 --> 00:00:18,021 Boleh cakap bahasa Sepanyol? 6 00:00:18,621 --> 00:00:19,901 Saya nampak cergas? 7 00:00:19,981 --> 00:00:22,141 Saya nampak gagah? Bijak? 8 00:00:28,301 --> 00:00:31,181 Tak pernah pegang ini. Tengok dalam filem saja. 9 00:00:31,981 --> 00:00:35,861 Drive to Survive, musim ketiga. Ini satu-satunya rakaman saya. 10 00:00:38,621 --> 00:00:39,461 Mula! 11 00:00:40,341 --> 00:00:42,941 SEBELUM INI DALAM FORMULA 1: DRIVE TO SURVIVE 12 00:00:43,021 --> 00:00:44,501 DALAM MUSIM SEBELUM INI… 13 00:00:44,581 --> 00:00:46,301 Ya! Ayuh! 14 00:00:47,381 --> 00:00:48,341 Ada kemalangan! 15 00:00:48,421 --> 00:00:49,701 Celaka! 16 00:00:49,781 --> 00:00:52,341 Jika mereka cukup handal, mereka akan hidup. 17 00:00:53,501 --> 00:00:55,181 Jika mereka tak cukup bagus… 18 00:00:57,421 --> 00:00:58,901 Kita tewaskan mereka. 19 00:01:00,021 --> 00:01:02,501 Lumba Formula 1 macam perancangan perang. 20 00:01:02,581 --> 00:01:04,181 Hamilton mendahului! 21 00:01:04,261 --> 00:01:05,861 Dia terpusing! 22 00:01:06,421 --> 00:01:08,741 - Masuk pit. Sayap pecah. - Ya. 23 00:01:08,821 --> 00:01:11,501 Itu Bottas! Jenteranya terbabas! 24 00:01:11,581 --> 00:01:12,901 Celaka! Jadi lagi! 25 00:01:12,981 --> 00:01:14,781 Kerja ada masalah, ya? 26 00:01:14,861 --> 00:01:18,381 Bukan masalah saja. Ada bencana terus. 27 00:01:19,061 --> 00:01:21,181 - Nampak mengancam. - Nampak bengis. 28 00:01:21,901 --> 00:01:25,221 Ini jentera paling teruk pernah saya bawa. 29 00:01:25,821 --> 00:01:27,981 Tahun lepas banyak turun naik. 30 00:01:29,141 --> 00:01:30,301 Mereka bergesel! 31 00:01:30,381 --> 00:01:33,821 Dua-dua pemandu kita bodoh. Ini tak boleh dibiarkan. 32 00:01:33,901 --> 00:01:34,941 Kita akan ubah. 33 00:01:35,021 --> 00:01:36,181 Perbetulkan ini. 34 00:01:37,301 --> 00:01:38,461 Saya tahulah. 35 00:01:39,061 --> 00:01:42,181 - Senyum lebar. - Christian, pemandu kegemaran awak? 36 00:01:43,381 --> 00:01:44,861 Sesiapa saja yang menang. 37 00:01:48,141 --> 00:01:51,261 - Gasly buat kesilapan. - Tidak! Tak guna! 38 00:01:52,021 --> 00:01:54,421 Kami putuskan untuk melepaskan Pierre. 39 00:01:54,501 --> 00:01:57,541 Kami akan gantikan muka subjek dengan muka awak. 40 00:01:58,341 --> 00:01:59,981 Saya berhak jadi pelumba. 41 00:02:01,621 --> 00:02:03,221 Pemandu baru untuk McLaren. 42 00:02:03,301 --> 00:02:05,421 Tahun baru adalah permulaan baru. 43 00:02:05,501 --> 00:02:06,421 Mana bonet? 44 00:02:07,341 --> 00:02:10,381 Saya pemandu paling gigih dalam Formula 1. 45 00:02:11,061 --> 00:02:13,541 Ia akan terbukti dengan prestasi saya. 46 00:02:13,621 --> 00:02:15,581 - Ayuh! - Ya! 47 00:02:17,461 --> 00:02:20,061 Saya ramalkan dia lama dengan McLaren. 48 00:02:20,141 --> 00:02:21,061 Ambil gambar! 49 00:02:22,821 --> 00:02:26,181 Tahun lepas, saya buat pertaruhan dan bertukar pasukan. 50 00:02:26,261 --> 00:02:28,461 Saya tercabar mahu bawa jentera ini. 51 00:02:29,781 --> 00:02:31,541 Ayuh kita lakukannya. 52 00:02:33,461 --> 00:02:36,621 Masalah enjin yang agak besar bagi Daniel Ricciardo. 53 00:02:37,141 --> 00:02:40,261 Dengan Renault, kami belum capai matlamat kami. 54 00:02:40,341 --> 00:02:43,461 Saya berusaha keras agar mendapatkan kemenangan. 55 00:02:45,941 --> 00:02:48,221 Sekali lagi, Ferrari melawan Ferrari. 56 00:02:51,421 --> 00:02:52,261 Apa hal? 57 00:02:53,701 --> 00:02:55,701 Kedua-dua jentera terkeluar! 58 00:02:56,381 --> 00:02:58,981 Bersaing dengan pemandu laju sudah satu hal. 59 00:02:59,061 --> 00:03:01,701 Inikan pula cuba bersaing dengan Ferrari. 60 00:03:02,661 --> 00:03:04,501 DALAM MUSIM INI 61 00:03:04,581 --> 00:03:06,021 Ayuh kita mulakan. 62 00:03:08,541 --> 00:03:09,381 Teruja betul. 63 00:03:09,901 --> 00:03:10,861 13 BUAH NEGARA 64 00:03:12,621 --> 00:03:13,461 17 PERLUMBAAN 65 00:03:15,501 --> 00:03:16,341 10 PASUKAN 66 00:03:18,421 --> 00:03:19,341 20 PELUMBA 67 00:03:28,941 --> 00:03:33,221 WANG ADALAH $EGALANYA 68 00:03:35,421 --> 00:03:38,021 BARCELONA SEPANYOL 69 00:03:40,381 --> 00:03:43,901 DANIEL RICCIARDO PEMANDU, PASUKAN FI RENAULT DP WORLD 70 00:03:43,981 --> 00:03:47,021 Hodoh betul baju merah jambu yang awak pakai itu. 71 00:03:48,781 --> 00:03:51,141 Macam mana boleh lepas? Tengok muka saya. 72 00:03:51,221 --> 00:03:53,061 Apa itu? Cuba tengok bawah? 73 00:03:53,141 --> 00:03:56,581 Muka macam tengah berak. Cuba tengok mata! 74 00:03:57,981 --> 00:03:59,821 Tak suka tengok gambar sendiri. 75 00:03:59,901 --> 00:04:01,861 - Sudahlah baju merah jambu. - Ya. 76 00:04:02,781 --> 00:04:05,341 Tak kisahlah. Saya dah tahu saya kacak. 77 00:04:07,421 --> 00:04:08,261 Hai. 78 00:04:08,941 --> 00:04:10,221 Apa khabar? 79 00:04:10,821 --> 00:04:12,501 Baik. Kami mahu ke litar. 80 00:04:12,581 --> 00:04:16,301 Kamu dah berjalan merata-rata. Kamu pakai pelitup muka tak? 81 00:04:16,381 --> 00:04:19,781 Tak apa, mak. Dengar kata, kalau minum bir Corona, 82 00:04:20,621 --> 00:04:22,221 badan kita jadi imun. 83 00:04:22,301 --> 00:04:25,981 Saya tak suka bir itu tapi kalau terpaksa minum, minum sajalah. 84 00:04:29,701 --> 00:04:31,661 FEBRUARI 2020 85 00:04:32,141 --> 00:04:33,381 PANDU UJI PRAMUSIM 86 00:04:33,461 --> 00:04:37,861 Selamat pagi dan selamat kembali ke Formula 1 tahun 2020. 87 00:04:37,941 --> 00:04:41,421 Secara langsung dari Litar de Barcelona-Catalunya. 88 00:04:41,501 --> 00:04:45,141 Formula 1 musim 2020 bakal mengangkat tirai. 89 00:04:45,221 --> 00:04:46,061 Pergilah. 90 00:04:48,581 --> 00:04:52,261 Semua orang ke anjung. Semua pelumba diminta turun ke bawah. 91 00:04:52,341 --> 00:04:53,221 Terima kasih. 92 00:04:55,421 --> 00:04:56,261 Hai. 93 00:04:56,341 --> 00:04:58,101 Cari nama masing-masing. 94 00:04:58,181 --> 00:05:01,741 Nama awak sudah tertulis. Berdiri sebelah ahli sepasukan. 95 00:05:02,621 --> 00:05:06,101 Lauren akan zum keluar dari tengah barisan awak semua. 96 00:05:06,181 --> 00:05:08,741 Sekarang, kami mahu awak semua 97 00:05:08,821 --> 00:05:13,461 fikirkan matlamat awak tahun ini dan pencapaian yang awak inginkan. 98 00:05:13,541 --> 00:05:16,621 Cuba bayangkan dalam fikiran agar dalam gambar nanti, 99 00:05:16,701 --> 00:05:20,701 riak wajah awak akan menunjukkan kesungguhan awak. Boleh? 100 00:05:21,221 --> 00:05:23,781 Semua sedia? Mula! 101 00:05:26,781 --> 00:05:29,341 Pandu uji pramusim adalah peluang pertama 102 00:05:29,421 --> 00:05:33,181 mengumpulkan 20 pemandu terhandal dunia di atas litar 103 00:05:33,261 --> 00:05:34,661 sebelum musim bermula. 104 00:05:35,181 --> 00:05:38,661 - Baik. Susun muka balik. - Tengok ke dalam kamera. 105 00:05:39,181 --> 00:05:42,461 Pandang ke arah kamera. Buat muka garang. Terima kasih. 106 00:05:44,901 --> 00:05:48,821 Kita dapat rasakan bahang kemunculan musim baru. 107 00:05:49,421 --> 00:05:51,861 Baik, semua. Mula berjalan. 108 00:05:51,941 --> 00:05:53,741 Mari. Jalan ke depan. 109 00:05:55,301 --> 00:06:00,461 Maknanya akan ada kekecohan baru, kemelut baru, kemungkinan baru. 110 00:06:01,781 --> 00:06:04,221 Bagus! Awak semua memang bagus. 111 00:06:05,021 --> 00:06:06,341 Terima kasih. Selesai. 112 00:06:06,421 --> 00:06:08,421 - Terima kasih! - Terima kasih. 113 00:06:13,141 --> 00:06:15,141 - Okey, jumpa nanti. - Jumpa nanti. 114 00:06:16,021 --> 00:06:19,261 Tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan model C39! 115 00:06:20,101 --> 00:06:22,221 Tahun ini tentu sangat mengujakan. 116 00:06:23,261 --> 00:06:26,701 Pandu uji pramusim 2020 bakal bermula. 117 00:06:28,541 --> 00:06:32,781 Semua pasukan, jentera, pemandu melaksanakan pemeriksaan terakhir 118 00:06:32,861 --> 00:06:34,781 sementara menunggu lampu hijau. 119 00:06:36,861 --> 00:06:40,541 Pandu uji sentiasa membangkitkan keterujaan dan harapan. 120 00:06:41,101 --> 00:06:44,221 Pada masa itu, semuanya bakal menunjukkan taring. 121 00:06:45,461 --> 00:06:48,181 Semangat juang sedang berkobar-kobar. 122 00:06:48,261 --> 00:06:52,221 Musim baru membawa harapan baru. Perasaannya tak dapat digambarkan. 123 00:06:54,061 --> 00:06:56,541 Ini raptai lengkap yang pertama. 124 00:06:57,421 --> 00:07:00,501 Kita bersaing dengan lawan dan dengan diri sendiri. 125 00:07:02,421 --> 00:07:03,581 Suasananya meriah. 126 00:07:03,661 --> 00:07:06,541 Meriah, sebab mereka gembira dapat kembali. 127 00:07:06,621 --> 00:07:09,701 Kita dapat lihat prestasi pasukan dan pemandu lain. 128 00:07:10,341 --> 00:07:13,701 Tapi kita juga tak tahu apa yang akan berlaku. 129 00:07:18,701 --> 00:07:22,181 Tahun ini, rata-rata sudah dapat merasakan 130 00:07:22,261 --> 00:07:25,101 tahun ini akan jadi lain daripada biasa. 131 00:07:27,421 --> 00:07:31,261 Tahun ini, semua orang heboh memperkatakan tentang Racing Point 132 00:07:32,501 --> 00:07:35,221 dan pemiliknya iaitu hartawan Lawrence Stroll. 133 00:07:35,901 --> 00:07:38,861 Banyak ura-ura tentang kajian jentera mereka 134 00:07:40,021 --> 00:07:41,821 pada musim sejuk lepas. 135 00:07:45,461 --> 00:07:46,501 FEBRUARI 2020 136 00:07:47,701 --> 00:07:49,341 SEPTEMBER 2019 137 00:07:49,421 --> 00:07:52,821 ENAM BULAN LEPAS 138 00:07:59,461 --> 00:08:01,861 IBU PEJABAT RACING POINT 139 00:08:03,141 --> 00:08:03,981 Baik. 140 00:08:05,501 --> 00:08:08,821 Awak jelaskan tentang usul kita bagi rancangan musim ini. 141 00:08:10,941 --> 00:08:14,581 Lawrence Stroll seorang yang tegas dan kehadirannya 142 00:08:15,141 --> 00:08:17,901 boleh menarik tumpuan kita serta-merta. 143 00:08:18,861 --> 00:08:20,981 Saya beri masa 15 minit saja. 144 00:08:21,701 --> 00:08:24,541 Lawrence seorang yang berkaliber. 145 00:08:25,261 --> 00:08:28,301 Saya pernah bekerja dengan pemilik pasukan kaya 146 00:08:28,381 --> 00:08:32,541 tapi mereka tak ada cita-cita setinggi Lawrence. 147 00:08:33,261 --> 00:08:34,101 Hai, Lawrence. 148 00:08:35,901 --> 00:08:40,741 Dia bawa masuk dana, tapi dia juga ada jangkaan sendiri. 149 00:08:45,181 --> 00:08:46,581 Saya di sini sampai 12:30. 150 00:08:47,061 --> 00:08:47,901 Mulakan. 151 00:08:50,021 --> 00:08:52,181 Saya cadangkan Simon mula dulu 152 00:08:52,261 --> 00:08:56,661 dan bentangkan kedudukan semasa kita serta kedudukan akan datang. 153 00:08:56,741 --> 00:08:57,821 Terima kasih. 154 00:09:00,741 --> 00:09:02,861 Hala tuju terbaru kami, 155 00:09:02,941 --> 00:09:07,781 kami sudah mulakan fasa reka bentuk selama lapan minggu. 156 00:09:08,541 --> 00:09:13,421 Kami menumpukan kepada dua aspek besar. Itu sasaran kami sekarang. 157 00:09:13,501 --> 00:09:16,341 Kami mahu siapkannya menjelang akhir tahun. 158 00:09:16,421 --> 00:09:19,061 Kami akan usahakan itu sedaya-upaya kami 159 00:09:19,141 --> 00:09:22,221 dan kami akan maklumkan perkembangannya kepada awak. 160 00:09:22,301 --> 00:09:23,141 Baiklah. 161 00:09:23,861 --> 00:09:25,101 Saya Lawrence Stroll. 162 00:09:26,061 --> 00:09:26,981 Saya pengerusi. 163 00:09:29,341 --> 00:09:34,541 Pada hujung tahun 2018, Force India menghadapi kemuncak krisis kewangan. 164 00:09:35,501 --> 00:09:38,821 Pasukan Formula 1 Force India kini telah digulungkan. 165 00:09:38,901 --> 00:09:42,301 Pasukan itu diselamatkan konsortium para pelabur. 166 00:09:42,381 --> 00:09:46,341 Konsortium itu diketuai ahli perniagaan hartawan, Lawrence Stroll. 167 00:09:49,581 --> 00:09:55,741 Ramai orang risaukan kerja mereka, bagaimana anak-anak akan bersekolah, 168 00:09:55,821 --> 00:09:58,541 bagaimana mahu bayar rumah dan bil perubatan. 169 00:10:00,261 --> 00:10:03,341 Kami beli pasukan pada kedudukan keempat dalam carta 170 00:10:03,421 --> 00:10:07,301 dengan bajet lebih sedikit berbanding pesaing kami. 171 00:10:08,621 --> 00:10:11,701 Saya cuma rasakan ini peluang keemasan saya 172 00:10:11,781 --> 00:10:14,541 untuk mengusahakan sesuatu yang saya minati. 173 00:10:15,181 --> 00:10:18,621 Jadi sasaran kita tetap strategi perniagaan, kos kontrak 174 00:10:18,701 --> 00:10:20,581 dan pembangunan terancang. 175 00:10:20,661 --> 00:10:24,741 Pelan pertumbuhan kami sangat mengujakan dan bercita-cita tinggi 176 00:10:24,821 --> 00:10:27,501 dan saya percaya kami boleh jadi semakin utuh. 177 00:10:29,181 --> 00:10:31,581 - Akan jadi lebih cepat? - Betul. 178 00:10:32,661 --> 00:10:36,901 Saya berjaya dalam industri saya. Saya akan berjaya di sini juga. 179 00:10:38,221 --> 00:10:39,421 - Terima kasih. - Ya. 180 00:10:39,501 --> 00:10:41,221 - Sudah selesai? - Sudah. 181 00:10:41,741 --> 00:10:45,061 Lawrence sangat berpengaruh dan memberi impak serta-merta 182 00:10:45,141 --> 00:10:48,661 sebaik sahaja dia jejak kaki di padok Formula 1. 183 00:10:49,301 --> 00:10:50,541 Dia serius. 184 00:10:50,621 --> 00:10:53,781 Dia melabur kekayaannya dalam pasukan itu. 185 00:10:54,581 --> 00:10:58,301 Cuma kita belum tahu rancangan dia untuk menjayakan pasukannya. 186 00:11:00,861 --> 00:11:03,661 Selepas konsortium itu membeli pasukan itu, 187 00:11:04,781 --> 00:11:06,901 ada pemandu baru diserap masuk. 188 00:11:06,981 --> 00:11:10,901 Anak lelaki Lawrence, Lance Stroll. 189 00:11:11,861 --> 00:11:13,141 Saya dan ayah saya 190 00:11:13,221 --> 00:11:15,061 ada hubungan yang baik. 191 00:11:15,541 --> 00:11:17,421 Kami sudah lama kenal. 192 00:11:17,501 --> 00:11:19,461 LANCE STROLL PEMANDU, RACING POINT 193 00:11:25,061 --> 00:11:27,661 Dia beli go-kart semasa saya enam tahun. 194 00:11:29,901 --> 00:11:32,781 Dia menyokong saya sepanjang kerjaya saya 195 00:11:32,861 --> 00:11:35,261 dan perkenalkan sukan ini sejak saya kecil. 196 00:11:36,021 --> 00:11:38,741 Orang tentu akan kata Lance Stroll beruntung 197 00:11:38,821 --> 00:11:42,741 sebab dia anak salah seorang orang terkaya di dunia. 198 00:11:43,821 --> 00:11:47,261 Tapi kejuaraan tak boleh dimenangi dengan duit semata-mata. 199 00:11:47,341 --> 00:11:48,861 Mesti berbakat dan pantas juga. 200 00:11:48,941 --> 00:11:52,341 Di sebalik topi keledar itu, ada pemandu yang handal. 201 00:11:54,381 --> 00:11:56,381 Kenapa saya pelumba yang bagus? 202 00:11:57,461 --> 00:11:58,381 Komitmen saya. 203 00:11:59,101 --> 00:12:01,701 Itu yang buat saya jadi pelumba yang bagus. 204 00:12:01,781 --> 00:12:05,341 Saya sanggup melepasi jangkaan dan memenuhi keinginan. 205 00:12:06,901 --> 00:12:07,981 Bagus. 206 00:12:08,061 --> 00:12:09,341 SEPTEMBER 2019 207 00:12:10,781 --> 00:12:12,701 FEBRUARI 2020 208 00:12:12,781 --> 00:12:15,261 PELANCARAN JENTERA 2020 RACING POINT 209 00:12:22,901 --> 00:12:24,141 Ada apa-apa berita? 210 00:12:24,581 --> 00:12:26,901 Saya dengar jentera Mercedes pantas. 211 00:12:26,981 --> 00:12:28,741 Kita boleh jadi kuat tahun ini. 212 00:12:28,821 --> 00:12:30,181 Kita berjaya tahun ini. 213 00:12:31,261 --> 00:12:32,541 - Ya. - Tak? 214 00:12:33,541 --> 00:12:34,581 Tengoklah nanti. 215 00:12:36,141 --> 00:12:40,621 Musim ini ada banyak desas-desus. Kita dapat rasakan keterujaan orang. 216 00:12:40,701 --> 00:12:44,301 Ramai orang penuh harapan dan jangkaan yang tinggi. 217 00:12:45,301 --> 00:12:46,861 Kami sedia sahut cabaran. 218 00:12:47,941 --> 00:12:51,021 Wabak ini tercetus di bandar Wuhan. 219 00:12:51,101 --> 00:12:54,461 Walaupun ia sah dapat berjangkit dari orang ke orang, 220 00:12:54,541 --> 00:12:57,181 mujurlah ia tidak mudah tersebar. 221 00:12:58,301 --> 00:13:00,781 - Lima minit lagi sampai? - Betul. 222 00:13:00,861 --> 00:13:07,141 - Pelancaran pada pukul 2:30 petang nanti. - Cantik tak? Awak sudah melihatnya? 223 00:13:07,221 --> 00:13:09,821 - Sudah. Ia nampak cantik. - Saya tak sabar. 224 00:13:09,901 --> 00:13:11,821 Rasanya Lawrence dah sampai. 225 00:13:11,901 --> 00:13:12,781 - Dah sampai? - Ya. 226 00:13:12,861 --> 00:13:14,101 - Lance? - Sudah. 227 00:13:14,181 --> 00:13:15,661 Dengan dia? Bagus. 228 00:13:17,661 --> 00:13:19,861 Helo. Apa khabar? 229 00:13:19,941 --> 00:13:21,621 - Merah jambu betul. - Helo. 230 00:13:21,701 --> 00:13:24,061 - Apa khabar? - Saya nak tengok sekejap. 231 00:13:24,621 --> 00:13:28,781 Sepanjang musim sejuk lepas, kami berusaha untuk siapkan jentera ini. 232 00:13:28,861 --> 00:13:30,381 - Syabas. - Cantik. 233 00:13:30,461 --> 00:13:31,941 - Sangat cantik. - Bagus. 234 00:13:32,021 --> 00:13:34,261 - Ya. - Sangat bagus. 235 00:13:34,341 --> 00:13:39,261 Tahun lepas, kami di tempat ketujuh selepas tahun yang sangat mencabar. 236 00:13:40,501 --> 00:13:45,021 Tahun ini, Lawrence berkeras mahukan segalanya cemerlang. 237 00:13:47,501 --> 00:13:49,301 Awak nampak segak, Otmar. 238 00:13:49,381 --> 00:13:51,581 Saya baru beli semua ini pagi tadi. 239 00:13:52,541 --> 00:13:54,621 - Boleh butangkan tak? - Tak boleh. 240 00:13:56,061 --> 00:13:58,061 - Okey. - Dah macam nangka dibalut. 241 00:14:00,381 --> 00:14:02,221 Saya bukan orang baru. 242 00:14:02,301 --> 00:14:04,261 Sudah 10 tahun saya kerja sini. 243 00:14:04,821 --> 00:14:06,941 - Simulasinya lancar. - Nampak bagus. 244 00:14:07,021 --> 00:14:09,861 Tapi perlu buat banyak lagi untuk sediakannya. 245 00:14:09,941 --> 00:14:10,981 - Ya. - Itu pun… 246 00:14:15,221 --> 00:14:16,741 Apabila ada pemilik baru, 247 00:14:17,781 --> 00:14:20,101 kita juga perlu berhati-hati. 248 00:14:20,181 --> 00:14:24,661 Kemungkinan besar bila pemilik berubah, pengurusannya juga akan berubah. 249 00:14:25,341 --> 00:14:27,341 Muktamadkannya sebelum kita balik. 250 00:14:27,941 --> 00:14:30,021 - Saya dan Lance kena pergi… - 4:30. 251 00:14:30,661 --> 00:14:32,821 - Pukul 4:30 dah berlepas. - Pukul 4. 252 00:14:32,901 --> 00:14:35,581 - Mesti selesaikannya malam ini. - Boleh. 253 00:14:35,661 --> 00:14:37,821 Kami mesti balik pada pukul 4. 254 00:14:38,301 --> 00:14:39,141 Boleh. 255 00:14:43,221 --> 00:14:47,581 Kerjaya kita tidak terjamin dalam Formula 1. 256 00:14:47,661 --> 00:14:49,821 Dia mahu hasil pada tahun 2020. 257 00:14:50,301 --> 00:14:51,141 Kini, 258 00:14:52,381 --> 00:14:55,581 saat yang kita semua nanti-nantikan. 259 00:14:56,261 --> 00:14:57,341 Inilah masanya. 260 00:14:59,421 --> 00:15:02,221 Racing Point 2020 yang baharu. 261 00:15:11,781 --> 00:15:15,381 Kita baru lihat jentera Racing Point yang baru. Pendapat awak? 262 00:15:15,901 --> 00:15:19,701 Harap prestasinya bagus apabila saya mengujinya di Barcelona. 263 00:15:19,781 --> 00:15:22,101 Warnanya saja sudah menyerlah. 264 00:15:22,181 --> 00:15:23,341 Terima kasih. 265 00:15:23,861 --> 00:15:26,741 Saya serah segala jiwa dan raga saya untuk ini. 266 00:15:28,541 --> 00:15:33,061 Sudah tentu kita mahu mengatasi pesaing kita. 267 00:15:33,581 --> 00:15:35,941 Selalu pandang ke atas, bukan ke bawah. 268 00:15:37,541 --> 00:15:40,261 Pandu uji pramusim 2020 hampir bermula. 269 00:15:40,341 --> 00:15:41,421 PANDU UJI PRAMUSIM 270 00:15:43,341 --> 00:15:47,221 Para pasukan, jentera dan pemandu melakukan persiapan terakhir. 271 00:15:47,701 --> 00:15:50,061 Enjin sudah mula berderam-derum. 272 00:15:51,741 --> 00:15:54,141 Hanya menunggu lampu hijau. Ayuh! 273 00:15:57,261 --> 00:16:00,621 - Okey, belakang tak ada kereta. - Okey. 274 00:16:01,381 --> 00:16:03,781 Daniel Ricciardo terus memecut laju. 275 00:16:14,141 --> 00:16:17,141 Dalam pandu uji, ini peluang pertama untuk pasukan 276 00:16:17,221 --> 00:16:19,661 lihat jika usaha mereka sepanjang tahun 277 00:16:19,741 --> 00:16:22,141 memberi hasil di atas litar lumba. 278 00:16:27,621 --> 00:16:30,341 - Tahun lepas ia rasa lancar di sini? - Ya. 279 00:16:31,221 --> 00:16:33,581 Kalau tahun ini perlahan sikit, tak apa? 280 00:16:34,101 --> 00:16:35,021 PEMILIK, HAAS 281 00:16:35,101 --> 00:16:36,541 Jangan cakap macam itu. 282 00:16:37,621 --> 00:16:40,621 Kadang-kadang ia berjalan seperti yang diharapkan 283 00:16:40,701 --> 00:16:42,861 dan ia boleh memecut tanpa masalah. 284 00:16:43,381 --> 00:16:47,301 Seperti dijangka, Hamilton mendahului. Jenteranya juga mengancam. 285 00:16:48,381 --> 00:16:51,741 Tapi itu sangat jarang berlaku. 286 00:16:52,981 --> 00:16:54,621 Alamak! Dia terpusing! 287 00:16:56,421 --> 00:16:57,741 Oh, tidak. 288 00:16:58,221 --> 00:17:00,101 Dia tiba-tiba berhenti. 289 00:17:00,181 --> 00:17:02,021 Ya, saya akan berhenti. 290 00:17:02,541 --> 00:17:06,101 Malang sungguh. Kegagalan kedua untuk Williams. 291 00:17:06,181 --> 00:17:09,581 Ia turut sama mencabar para pemandu. 292 00:17:10,661 --> 00:17:12,181 Vettel berpusing teruk. 293 00:17:13,221 --> 00:17:17,301 Mereka hanya ada tiga hari untuk membiasakan diri dengan jentera 294 00:17:17,381 --> 00:17:21,021 yang diharapkan akan membawa kemenangan bagi mereka 295 00:17:21,101 --> 00:17:23,381 dan mungkin gelaran juara dunia. 296 00:17:24,821 --> 00:17:26,821 Pusingan baik oleh Carlos Sainz. 297 00:17:26,901 --> 00:17:29,461 Jentera McLaren itu juga nampak agak bagus. 298 00:17:37,861 --> 00:17:40,421 Saya tak sabar tunggu musim perlumbaan baru. 299 00:17:40,501 --> 00:17:42,341 Banyak benda tak menentu. 300 00:17:43,061 --> 00:17:45,421 Kami ada sejarah hebat dalam bidang ini. 301 00:17:45,901 --> 00:17:49,501 Apabila saya masuk dulu, pasukan ini tinggal nyawa-nyawa ikan. 302 00:17:50,421 --> 00:17:53,901 Tapi tahun lepas kami di tempat keempat dan ingin naik lagi. 303 00:17:54,421 --> 00:17:56,981 Kami ada dua pemandu cemerlang. 304 00:17:57,061 --> 00:18:01,101 Seorang ialah Lando Norris, pemandu muda yang baru menceburkan diri. 305 00:18:01,741 --> 00:18:05,341 Lando boleh jadi salah seorang bintang masa depan Formula 1. 306 00:18:06,101 --> 00:18:09,581 Kalau saya panaskan badan, saya akan letih sebelum berlumba. 307 00:18:10,421 --> 00:18:12,901 Saya tunggu pusingan pemanasan sajalah. 308 00:18:12,981 --> 00:18:15,781 Itulah tujuannya. Untuk memanaskan badan. 309 00:18:17,541 --> 00:18:21,821 Rasanya Carlos bersenam lebih gigih daripada ini. 310 00:18:23,581 --> 00:18:26,421 - Saya suka santai. - Okey. Nak apa-apa lagi tak? 311 00:18:27,181 --> 00:18:28,461 Tak. Nak baring. 312 00:18:32,021 --> 00:18:34,501 Ini musim kedua Lando dalam Formula 1. 313 00:18:35,981 --> 00:18:38,621 Zak mahu McLaren menjadi versi baru 314 00:18:38,701 --> 00:18:42,381 bagi pasukan cemerlang yang kita sudah sedia kenal. 315 00:18:42,461 --> 00:18:46,141 Harapan tinggi dipertaruhkan kepada pemandu yang sebegitu muda. 316 00:18:47,781 --> 00:18:48,741 Okey, Lando. 317 00:18:49,381 --> 00:18:50,461 Pandu terus. 318 00:18:51,221 --> 00:18:52,061 Ya, boleh. 319 00:18:52,621 --> 00:18:55,341 Tahun ini, harapan lebih tinggi bagi Lando. 320 00:18:55,421 --> 00:18:59,341 Daripada pasukan, daripada peminat. Dia bukan pemandu baru lagi. 321 00:19:01,101 --> 00:19:05,141 Lando Norris dalam jentera F1 buat kali pertama pada tahun 2020. 322 00:19:07,061 --> 00:19:07,901 Tunggu. 323 00:19:22,581 --> 00:19:24,861 Okey, Lando. Pecut terus. 324 00:19:25,621 --> 00:19:26,741 Okey, boleh. 325 00:19:29,421 --> 00:19:31,221 Senario 7. 326 00:19:32,821 --> 00:19:36,621 Dia begitu pantas. Benar-benar menguji batasan jentera itu. 327 00:19:46,861 --> 00:19:49,821 Muncul dari selekoh terakhir dan habiskan pusingan. 328 00:19:54,941 --> 00:19:57,621 Lando Norris mencatat masa 1:24:981. 329 00:19:57,701 --> 00:19:59,101 Rekod paling laju. 330 00:19:59,621 --> 00:20:01,341 Lando, pusingan terpantas. 331 00:20:02,541 --> 00:20:03,381 Syabas. 332 00:20:04,101 --> 00:20:05,541 Tahniah, semua. 333 00:20:16,021 --> 00:20:18,341 Saya lebih suka tak tonjolkan diri. 334 00:20:19,341 --> 00:20:20,261 Tahu-tahu saja, 335 00:20:21,261 --> 00:20:22,421 saya mengganas. 336 00:20:24,181 --> 00:20:26,941 Saya tak sabar memandu buat kali pertama. 337 00:20:28,141 --> 00:20:29,501 Bagi Racing Point pula, 338 00:20:30,261 --> 00:20:35,301 jentera yang keluar dari garaj hari itu memang mempunyai warna yang sama 339 00:20:35,821 --> 00:20:38,861 dengan yang diperkenalkan kepada media tempoh hari. 340 00:20:39,781 --> 00:20:44,381 Tapi jentera itu sendiri nampaknya sudah berubah rupa sepenuhnya. 341 00:20:44,901 --> 00:20:45,741 Rupanya 342 00:20:46,781 --> 00:20:49,821 macam pernah dilihat semua orang dalam lorong pit. 343 00:20:53,301 --> 00:20:54,501 Radio jelas? 344 00:20:55,861 --> 00:20:57,101 Litar kosong. 345 00:21:12,941 --> 00:21:15,021 Jentera Racing Point keluar garaj 346 00:21:16,061 --> 00:21:17,901 dan semua orang terus tergamam. 347 00:21:19,661 --> 00:21:22,261 Macam mana mahu kata, ya? 348 00:21:22,341 --> 00:21:27,381 Ia sangat mirip dengan jentera Mercedes yang memenangi kejohanan tahun lepas. 349 00:21:30,061 --> 00:21:34,421 Saya pasti ramai orang dalam padok tertanya-tanya apa sedang berlaku. 350 00:21:35,261 --> 00:21:37,661 Sedia untuk berlepas. Satu, masuk. 351 00:21:38,381 --> 00:21:39,381 Mula! 352 00:21:45,861 --> 00:21:47,821 Stroll pula muncul. 353 00:21:49,541 --> 00:21:51,901 Lajunya kereta Racing Point itu. 354 00:21:51,981 --> 00:21:53,781 Macam pelik saja. 355 00:21:58,061 --> 00:22:00,661 Lance, terus memecut. 356 00:22:06,901 --> 00:22:08,861 Dia paling laju dalam Sektor 1. 357 00:22:10,341 --> 00:22:12,621 Terpantas dalam Sektor 2. 358 00:22:13,821 --> 00:22:15,741 Begitu luar biasa! 359 00:22:18,341 --> 00:22:22,261 Mungkin ini akan mencatat masa terpantas bagi pandu uji hari ini. 360 00:22:25,181 --> 00:22:28,701 - Kita jentera terpantas. - Bagus! 361 00:22:29,861 --> 00:22:31,341 Sukar untuk dipercayai! 362 00:22:34,341 --> 00:22:37,501 Kita mesti ingat. Peraturan itu wujud. 363 00:22:38,061 --> 00:22:42,541 Kita mesti reka bentuk dan bina jentera sendiri. 364 00:22:42,621 --> 00:22:46,621 Jika jentera itu mirip dengan jentera sedia ada, 365 00:22:46,701 --> 00:22:50,101 lebih-lebih lagi jika jentera itu berjaya menakluk 366 00:22:50,181 --> 00:22:52,621 kejohanan dunia musim lepas, 367 00:22:52,701 --> 00:22:57,421 tentu ada orang akan mempersoalkan sejauh mana ia dapat dibenarkan. 368 00:22:58,421 --> 00:23:00,701 Adakah itu sah dalam pertandingan? 369 00:23:03,701 --> 00:23:06,221 Mungkin awak tak sedar kelajuan awak tadi. 370 00:23:06,301 --> 00:23:08,941 Awak tahu awak sama laju dengan Ferrari? 371 00:23:10,141 --> 00:23:14,141 Tak tahu. Tapi masih awal untuk katakan apa-apa. 372 00:23:14,781 --> 00:23:16,061 Tengoklah nanti. 373 00:23:16,541 --> 00:23:19,621 Bila kami tanya awak atau Sergio tentang kereta itu, 374 00:23:19,701 --> 00:23:21,621 kenapa awak asyik sengih-sengih? 375 00:23:23,021 --> 00:23:25,861 Matahari bersinar. Kita di Barcelona. 376 00:23:26,381 --> 00:23:28,021 Saya hanya menikmati hidup. 377 00:23:29,621 --> 00:23:34,061 - Mereka tinggalkan awak jauh, bukan? - Saya tak nak beri komen. 378 00:23:35,701 --> 00:23:37,701 Tapi ia memang mirip Mercedes. 379 00:23:37,781 --> 00:23:41,621 Saya tak tahu idea mereka atau cara kerja mereka. 380 00:23:42,901 --> 00:23:46,221 Namun ia hampir mirip seratus peratus. 381 00:23:46,661 --> 00:23:49,701 Lebih penting lagi, adakah itu dibenarkan? 382 00:23:51,101 --> 00:23:55,821 Saya tak sangka mereka tak cuba menyembunyikannya langsung. 383 00:23:58,541 --> 00:24:00,861 Adakah itu rekaan asal mereka? 384 00:24:00,941 --> 00:24:03,301 Atau adakah mereka menirunya? 385 00:24:03,381 --> 00:24:05,821 Saya pasti semua orang setuju 386 00:24:05,901 --> 00:24:08,741 perkara ini perlu disiasat. 387 00:24:08,821 --> 00:24:10,301 Ia tak boleh dilengahkan. 388 00:24:11,741 --> 00:24:15,981 Usaha kami sepanjang musim sejuk lepas tidak menyalahi sebarang peraturan 389 00:24:16,061 --> 00:24:20,261 dan kami memang mendapatkan ilham daripada jentera terpantas di litar. 390 00:24:20,941 --> 00:24:23,701 Tapi pasukan lain pun buat begitu juga. 391 00:24:25,061 --> 00:24:28,581 Ini bakal menjadi perbalahan hangat. 392 00:24:28,661 --> 00:24:32,981 Pada saya, jika mereka meniru, sudah tentu itu tidak sah. 393 00:24:42,141 --> 00:24:46,381 Formula 1 banyak terpalit politik. Semua orang ada agenda tersendiri. 394 00:24:47,341 --> 00:24:49,861 Mujur saya serahkan semuanya kepada Otmar 395 00:24:49,941 --> 00:24:52,341 dan saya hanya jauhkan diri saja. 396 00:24:55,301 --> 00:24:57,981 Itu sajalah yang saya mampu cakap. 397 00:25:00,821 --> 00:25:04,061 Musim ini tentu sangat menarik. 398 00:25:04,141 --> 00:25:07,261 Kita lihat perkembangannya selepas perlumbaan pertama. 399 00:25:14,301 --> 00:25:16,021 Akhirnya hari ini tiba! 400 00:25:16,061 --> 00:25:16,901 12 MAC 2020 401 00:25:16,941 --> 00:25:18,821 Selamat datang ke Australia. 402 00:25:19,461 --> 00:25:21,701 Pusingan pertama musim 2020. 403 00:25:21,781 --> 00:25:25,421 Acara sukan lain sudah dibatalkan akibat wabak koronavirus 404 00:25:25,501 --> 00:25:29,301 namun pihak atasan Formula 1 masih mahu teruskan perlumbaan. 405 00:25:46,061 --> 00:25:47,141 Kru Netflix. 406 00:25:50,421 --> 00:25:53,421 Sekarang awal lagi, kasihan mahu buli awak semua. 407 00:25:54,821 --> 00:25:55,901 Tunggu seminggu. 408 00:25:58,301 --> 00:26:01,181 Australia sentiasa mengujakan saya. 409 00:26:01,261 --> 00:26:03,981 - Helo, Lando. Semoga berjaya. - Terima kasih. 410 00:26:05,021 --> 00:26:09,141 Sudah tentu kita rasa sangat tertekan. Kita rasa sangat resah. 411 00:26:09,741 --> 00:26:13,821 Selepas pandu uji musim sejuk, pesaing kita tak boleh diambil ringan. 412 00:26:15,221 --> 00:26:16,341 Perlumbaan pertama. 413 00:26:17,061 --> 00:26:18,221 Masuk sini. 414 00:26:18,661 --> 00:26:20,421 Melbourne amat menakjubkan. 415 00:26:20,501 --> 00:26:23,621 Ada yang tak puas hati dengan jentera kami tahun ini. 416 00:26:23,701 --> 00:26:27,101 Tapi kalau kami tak pantas sedangkan rupanya begitu, 417 00:26:27,701 --> 00:26:29,581 adakah mereka akan merungut? 418 00:26:30,221 --> 00:26:31,341 Sudah tentu tidak. 419 00:26:32,061 --> 00:26:35,301 Sementara itu, kami masih perlu bersedia untuk berlumba. 420 00:26:36,221 --> 00:26:38,141 Di tengah-tengah. Cantik. 421 00:26:43,021 --> 00:26:46,821 - Tertulis sini, "membunuh koronavirus" - Akan bunuh koronavirus? 422 00:26:47,661 --> 00:26:50,901 - Kita lumur satu badan sajalah. - Betul juga. 423 00:26:53,701 --> 00:26:56,581 Isu terpenting sekarang adalah koronavirus. 424 00:26:56,701 --> 00:26:59,741 Saya tahu pasukan ini bekerja keras setiap hari 425 00:26:59,821 --> 00:27:02,061 untuk mengambil langkah berjaga-jaga. 426 00:27:02,661 --> 00:27:05,261 Pertama sekali, topeng gas terus. 427 00:27:06,581 --> 00:27:07,581 Pakai sut terus. 428 00:27:09,341 --> 00:27:10,221 Fokus. 429 00:27:12,301 --> 00:27:13,141 Hai, semua. 430 00:27:17,621 --> 00:27:18,541 Saya tak sabar. 431 00:27:19,021 --> 00:27:20,701 - Ya. Samalah. - Ya. 432 00:27:21,301 --> 00:27:23,861 Kita semua macam tak ada hati mahu berlumba. 433 00:27:26,221 --> 00:27:28,461 - Tapi dia nampak terlebih suka. - Ya. 434 00:27:33,581 --> 00:27:37,021 Di sudut ini, roda boleh terjerumus keluar jalan. 435 00:27:37,861 --> 00:27:39,781 Apa pendapat awak? 436 00:27:40,581 --> 00:27:42,261 Susah masuk selekoh satu. 437 00:27:43,701 --> 00:27:45,301 Saya tak ingat tahun lepas. 438 00:27:45,941 --> 00:27:48,141 - Saya ingat satu dan tiga saja. - Ya. 439 00:27:48,221 --> 00:27:50,621 Australia litar pertama saya tahun lepas. 440 00:27:50,701 --> 00:27:54,901 Perlumbaan yang paling buat saya gemuruh seumur hidup saya. 441 00:27:55,421 --> 00:28:00,101 - Saya akan berada di atas rumput. - Awak tengok rakaman jentera Verstappen? 442 00:28:00,661 --> 00:28:03,101 - Ya. - Dia ada di sini masa itu. 443 00:28:03,581 --> 00:28:06,141 Ya. Saya pula lebih daripada itu. 444 00:28:07,341 --> 00:28:11,541 Sudah tentu saya impikan kemenangan podium. 445 00:28:12,261 --> 00:28:16,421 Selekoh 11. Saya tak tahu mahu cakap apa tentang ini. 446 00:28:16,861 --> 00:28:18,021 Mesti potong terus. 447 00:28:18,741 --> 00:28:21,301 Apa-apa saja boleh berlaku. 448 00:28:23,941 --> 00:28:26,341 Kami dengar khabar angin 449 00:28:26,421 --> 00:28:28,741 ada tiga atau empat orang di padok 450 00:28:28,821 --> 00:28:30,341 dijangkiti koronavirus. 451 00:28:30,421 --> 00:28:31,261 Yakah? 452 00:28:32,861 --> 00:28:35,701 Alamak! Mesti kita kena kuarantin! 453 00:28:37,501 --> 00:28:40,141 Kalau betul mereka dijangkiti, 454 00:28:41,101 --> 00:28:43,221 maknanya satu padok sudah kena. 455 00:28:46,661 --> 00:28:48,461 TIGA HARI SEBELUM GRAND PRIX AUSTRALIA 456 00:28:48,501 --> 00:28:51,701 Perlumbaan pembukaan F1 musim 2020 di Melbourne 457 00:28:51,781 --> 00:28:54,221 nampaknya masih akan diteruskan 458 00:28:54,301 --> 00:28:58,861 walaupun dua ahli pasukan McLaren menunjukkan simptom koronavirus. 459 00:28:59,781 --> 00:29:01,501 Boleh beri autograf? 460 00:29:01,581 --> 00:29:04,741 Maaf, saya tak boleh sentuh pen orang asing. 461 00:29:04,821 --> 00:29:06,141 Entah apa akan jadi. 462 00:29:06,901 --> 00:29:08,341 Senyum dan lambai saja. 463 00:29:15,501 --> 00:29:21,301 Saya rasa sekejap lagi padok ini akan gempar sebab koronavirus. 464 00:29:24,981 --> 00:29:27,221 Seorang mekanik kami ada simptom. 465 00:29:27,301 --> 00:29:32,741 Dia cakap dia rasa tak berapa sihat dan gambarannya agak menakutkan. 466 00:29:34,741 --> 00:29:37,621 Kami akan diuji sekarang. Kami gementar. 467 00:29:37,701 --> 00:29:39,581 Saya rasa orang ramai takut. 468 00:29:41,181 --> 00:29:46,141 Ini sudah melibatkan kesihatan dan keselamatan pasukan lumba kita, 469 00:29:46,741 --> 00:29:49,621 pasukan lumba lain, para peminat, para pegawai. 470 00:29:50,901 --> 00:29:54,661 Kami tak tahu langsung apa yang bakal terjadi. 471 00:29:56,221 --> 00:29:59,621 Bila mereka tanya jika kita patut berlumba minggu ini, 472 00:29:59,701 --> 00:30:02,061 saya jawab, "Ia memang berisiko." 473 00:30:02,741 --> 00:30:05,541 "Namun jika kita ambil langkah berjaga-jaga, 474 00:30:05,621 --> 00:30:07,101 rasanya tak ada masalah." 475 00:30:08,061 --> 00:30:10,221 Tapi itu tetap bergantung kepada 476 00:30:11,901 --> 00:30:13,101 Formula 1 dan FIA. 477 00:30:13,181 --> 00:30:14,021 Betul. 478 00:30:19,181 --> 00:30:21,061 Mikrofon. Sudah dicuci. 479 00:30:23,021 --> 00:30:26,221 Betulkah seorang ahli pasukan McLaren awak 480 00:30:26,301 --> 00:30:28,101 diasingkan sebab koronavirus? 481 00:30:28,741 --> 00:30:31,701 Cuma diasingkan, tak semestinya ada koronavirus. 482 00:30:32,381 --> 00:30:33,541 Tengoklah nanti. 483 00:30:33,621 --> 00:30:36,141 Jika ahli pasukan awak dijangkiti virus, 484 00:30:36,221 --> 00:30:38,741 adakah awak masih akan berlumba? 485 00:30:38,821 --> 00:30:40,301 Sudah tentu ya. 486 00:30:44,581 --> 00:30:47,221 Ya, saya tetap akan berlumba. 487 00:30:48,861 --> 00:30:52,621 Adakah awak risau tentang virus ini? 488 00:30:52,701 --> 00:30:54,941 Tentu saya risau saya akan dijangkiti. 489 00:30:56,701 --> 00:30:58,301 - Jaga diri, Lando. - Maaf? 490 00:30:58,381 --> 00:30:59,221 Jaga diri. 491 00:30:59,981 --> 00:31:01,541 - Awak pun. - Terima kasih. 492 00:31:05,661 --> 00:31:06,501 Apa? 493 00:31:06,581 --> 00:31:08,661 - AS sudah tutup sempadan. - Apa? 494 00:31:08,741 --> 00:31:10,221 Musim NBA dibatalkan. 495 00:31:10,301 --> 00:31:11,901 - Biar betul? - Satu musim. 496 00:31:11,981 --> 00:31:13,741 - Betul. - Bila? 497 00:31:14,661 --> 00:31:17,061 Tiba-tiba orang mula kecoh 498 00:31:17,141 --> 00:31:18,701 jika ada yang diuji. 499 00:31:18,781 --> 00:31:20,941 Banyak pendapat bercanggah. 500 00:31:21,021 --> 00:31:25,621 Saya rasa, separuh daripada mereka berkeras mahu meneruskan perlumbaan 501 00:31:25,701 --> 00:31:27,621 dan separuh lagi tidak mahu. 502 00:31:28,821 --> 00:31:32,381 Selamat datang ke sidang media untuk pemandu pertama 2020 503 00:31:32,461 --> 00:31:36,061 sebelum Grand Prix Australia yang membuka musim Ahad ini. 504 00:31:36,141 --> 00:31:37,901 Sila berikan soalan anda. 505 00:31:37,981 --> 00:31:40,381 Alex Kalinauckas, Autosport. Soalan untuk Lewis. 506 00:31:41,021 --> 00:31:42,901 Berkenaan situasi koronavirus, 507 00:31:42,981 --> 00:31:45,781 awak rasa selesa datang ke Australia 508 00:31:45,861 --> 00:31:49,901 dan awak berpuas hati dengan langkah Formula 1 dan FIA setakat ini? 509 00:31:50,741 --> 00:31:51,621 Sebenarnya 510 00:31:52,501 --> 00:31:54,181 saya terkejut kita di sini. 511 00:31:54,261 --> 00:31:57,181 Saya terkejut kita dibenarkan berkumpul sini. 512 00:31:58,101 --> 00:32:02,861 Tapi ramai peminat sudah datang. Formula 1 tetap diteruskan. 513 00:32:03,981 --> 00:32:05,581 Jawapan saya, tidak selesa. 514 00:32:06,381 --> 00:32:08,301 Soalan seterusnya? 515 00:32:08,741 --> 00:32:13,781 Lewis, awak lantang tentang koronavirus, bukan macam orang lain. 516 00:32:13,861 --> 00:32:17,381 Apa sebab perlumbaan ini masih diteruskan? 517 00:32:18,021 --> 00:32:19,261 Kenapa kita di sini? 518 00:32:20,301 --> 00:32:22,301 Wang adalah segalanya. 519 00:32:22,381 --> 00:32:23,941 Sejujurnya, saya tak tahu. 520 00:32:24,381 --> 00:32:28,101 - Tak ada komen lain. - Pernyataan berani Lewis Hamilton. 521 00:32:28,181 --> 00:32:32,061 Lewis Hamilton terang-terang mengakui wang adalah segalanya. 522 00:32:32,141 --> 00:32:36,621 Beliau tidak bersetuju untuk meneruskan perlumbaan. 523 00:32:36,701 --> 00:32:40,421 Masih tiada kenyataan rasmi jadi kita hanya boleh menunggu. 524 00:32:40,501 --> 00:32:43,541 Ancaman koronavirus tersebar pantas seluruh dunia 525 00:32:43,621 --> 00:32:46,061 dan maklumat datang bertalu-talu 526 00:32:46,141 --> 00:32:48,941 dan berubah-ubah dengan pantas juga. 527 00:32:49,021 --> 00:32:50,061 Itulah yang… 528 00:32:50,141 --> 00:32:52,941 Empat anggota pasukan Haas sudah masuk hospital. 529 00:32:53,021 --> 00:32:56,461 Kalau seorang saja sah positif koronavirus, habis. 530 00:32:56,541 --> 00:32:58,781 Semua akan habis terbatal. 531 00:33:00,101 --> 00:33:02,181 Kami baru mendapat berita… 532 00:33:02,261 --> 00:33:06,061 Seorang ahli McLaren disahkan positif koronavirus. 533 00:33:06,581 --> 00:33:11,541 Pengurus pasukan kami telefon dan kata kami ada kes positif. 534 00:33:12,341 --> 00:33:16,461 Tiba-tiba keadaan menjadi gempar sebab ada mekanik McLaren positif. 535 00:33:17,341 --> 00:33:19,421 Kami bertegas akan tetap berlumba. 536 00:33:19,501 --> 00:33:22,021 Teruskan ujian dan kita tengok balik 537 00:33:22,781 --> 00:33:24,421 dalam masa 24 jam. 538 00:33:25,661 --> 00:33:29,101 Tidak, saya tak mahu teruskan. Saya rasa tak boleh. 539 00:33:31,261 --> 00:33:34,021 Kami tak sabar mahu berlumba di Melbourne. 540 00:33:34,101 --> 00:33:37,701 Pasukan kami seboleh-bolehnya mahu tetap berlumba. 541 00:33:38,821 --> 00:33:43,181 Perkembangan terbaru dari Melbourne. Pihak berkuasa mengesahkan… 542 00:33:43,261 --> 00:33:44,621 Terima kasih banyak. 543 00:33:45,501 --> 00:33:46,821 Keputusannya mudah. 544 00:33:49,821 --> 00:33:52,021 Kami takkan bertanding. 545 00:33:52,781 --> 00:33:54,101 Ia baru disahkan. 546 00:33:54,181 --> 00:33:55,301 Kenyataan bersama 547 00:33:55,381 --> 00:33:58,821 antara FIA, Formula 1 dan Australian Grand Prix Corporation 548 00:33:58,901 --> 00:34:00,861 membatalkan Grand Prix kali ini. 549 00:34:00,941 --> 00:34:03,021 - Tak jadi. - Melampau. 550 00:34:03,541 --> 00:34:08,021 Grand Prix Formula 1 Australia telah dibatalkan. 551 00:34:08,941 --> 00:34:11,941 Grand Prix Australia hujung minggu ini dibatalkan. 552 00:34:12,021 --> 00:34:14,941 - Grand Prix Australia… - Pulangkan duit saya! 553 00:34:15,021 --> 00:34:16,261 Mohon kerjasama semua 554 00:34:16,341 --> 00:34:20,061 untuk beratur dan keluar dari tapak acara. 555 00:34:20,141 --> 00:34:20,981 Terima kasih. 556 00:34:21,621 --> 00:34:24,541 Tak patut. Ini dah kira penganiayaan! 557 00:34:24,621 --> 00:34:28,101 Wang adalah segalanya! 558 00:34:28,181 --> 00:34:29,941 Kenapa kami tak boleh masuk? 559 00:34:31,981 --> 00:34:36,661 Boleh ringkaskan kejadian 24 jam lepas dalam beberapa ayat? 560 00:34:38,181 --> 00:34:39,661 Sudah pasti kami hampa. 561 00:34:39,741 --> 00:34:44,101 Kami datang ke Australia sebab kami ingin berlumba. 562 00:34:44,181 --> 00:34:45,501 Yang penting sekarang, 563 00:34:45,581 --> 00:34:48,901 pastikan pasukan pulang ke rumah dengan selamat. 564 00:34:48,981 --> 00:34:49,981 Bukan ke Bahrain? 565 00:34:50,581 --> 00:34:54,941 Tidak. Saya pasti kalau perlumbaan sini batal, Bahrain pun terbatal juga. 566 00:34:55,021 --> 00:34:58,061 Terima kasih, semua. Terima kasih. 567 00:34:59,501 --> 00:35:01,981 Formula 1 tiada erti tanpa perlumbaan. 568 00:35:02,421 --> 00:35:06,261 Ini melibatkan mata pencarian dan punca rezeki ramai orang. 569 00:35:07,261 --> 00:35:08,781 Cara mereka cari makan. 570 00:35:09,141 --> 00:35:11,861 Musim ini sudah jadi tidak menentu. 571 00:35:11,941 --> 00:35:14,101 Ia akan menjadi isu jangka panjang. 572 00:35:14,181 --> 00:35:17,061 Semuanya sudah tidak ada kepastian. 573 00:35:23,941 --> 00:35:26,021 Adakah penaja kita akan kekal? 574 00:35:26,101 --> 00:35:28,861 Adakah peminat masih boleh datang? 575 00:35:29,421 --> 00:35:33,021 Adakah Grand Prix itu sendiri masih boleh diadakan 576 00:35:33,101 --> 00:35:35,541 agar kami ada dana untuk bina jentera? 577 00:35:35,621 --> 00:35:38,061 Lampu padam, perlumbaan bermula! 578 00:35:38,141 --> 00:35:42,861 Australia tak jadi, China tak jadi, Vietnam tak jadi, Bahrain tak jadi. 579 00:35:44,981 --> 00:35:47,781 Pasukan yang kecil akan menderita. 580 00:35:48,421 --> 00:35:53,261 Ini risiko sangat serius bagi Formula 1 dan sukan bermotor itu sendiri. 581 00:35:54,461 --> 00:35:56,861 Banyak pasukan mungkin akan terbubar. 582 00:35:56,941 --> 00:35:59,981 Adakah kami boleh bertahan sebagai pasukan bebas? 583 00:36:02,101 --> 00:36:04,741 Apa nasib kami selepas ini? 584 00:36:09,421 --> 00:36:10,741 EPISOD SETERUSNYA… 585 00:36:10,821 --> 00:36:13,221 Maaf, tunggu dulu. Badan awak panas. 586 00:36:13,301 --> 00:36:14,661 Badan saya begitu. 587 00:36:14,741 --> 00:36:17,341 Akhirnya Grand Prix dapat berlangsung. 588 00:36:17,421 --> 00:36:20,021 Risikonya amat tinggi. 589 00:36:20,101 --> 00:36:21,781 Saya tak sabar jumpa Toto. 590 00:36:21,861 --> 00:36:24,061 Harap dapat dera dia lagi tahun ini. 591 00:36:24,141 --> 00:36:25,661 Sekali lagi! 592 00:36:25,741 --> 00:36:27,861 Racing Point masih tumpuan utama. 593 00:36:28,621 --> 00:36:30,181 Ini sudah tak adil. 594 00:36:30,261 --> 00:36:34,341 Mereka mahu cemarkan nama kita dan saya takkan biarkan ini! 595 00:36:34,421 --> 00:36:36,421 Susah mahu kawal jentera ini. 596 00:36:38,301 --> 00:36:39,341 Tak guna! 597 00:37:03,701 --> 00:37:05,821 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela