1 00:00:06,021 --> 00:00:09,501 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,581 --> 00:00:14,381 Saya rasa tidak ada sesiapa menyangka virus ini menyerang secepat ini 3 00:00:14,461 --> 00:00:16,181 KETUA PASUKAN RED BULL RACING 4 00:00:16,261 --> 00:00:17,821 dan sedahsyat ini. 5 00:00:17,901 --> 00:00:20,461 Tiada rancangan untuk pasukan lumba, jentera 6 00:00:20,541 --> 00:00:21,741 PENGARAH URUSAN RENAULT 7 00:00:21,821 --> 00:00:23,421 dan untuk kami sendiri. 8 00:00:23,501 --> 00:00:26,581 Menakutkan. Setiap hari amat menakutkan. 9 00:00:26,661 --> 00:00:30,821 Kami mesti kembali agar kesemua 10 pasukan ada peluang… 10 00:00:30,901 --> 00:00:33,701 Bukan jaminan, tapi peluang untuk selamat. 11 00:00:39,141 --> 00:00:41,981 KEMBALI DI LANDASAN 12 00:00:51,741 --> 00:00:53,461 MUSIM BUNGA 2020 13 00:00:53,541 --> 00:00:56,821 Untuk makluman, Encik Zak Brown datang pejabat. 14 00:01:02,381 --> 00:01:04,021 CEO MCLAREN RACING 15 00:01:04,101 --> 00:01:06,061 Ini kali kedua saya masuk pejabat 16 00:01:06,141 --> 00:01:08,741 sejak perlumbaan dibatalkan di Australia. 17 00:01:11,421 --> 00:01:12,981 Macam filem sains fiksyen. 18 00:01:14,221 --> 00:01:15,181 Rasa lain macam. 19 00:01:15,821 --> 00:01:17,381 Tingkat satu. 20 00:01:20,221 --> 00:01:23,861 COVID menyebabkan kami mengalami masalah kewangan. 21 00:01:24,821 --> 00:01:26,861 Banyak perniagaan terjejas. 22 00:01:27,341 --> 00:01:29,501 Semuanya terhenti serta-merta. 23 00:01:30,821 --> 00:01:34,301 Ramai orang terpaksa dibuang atau dipotong gaji. 24 00:01:35,181 --> 00:01:39,621 Kami memang tak tahu bagaimana masa depan kami kelak. 25 00:01:39,701 --> 00:01:42,221 Buat masa ini, kami hanya mampu berharap. 26 00:01:51,301 --> 00:01:52,141 Helo? Sihat? 27 00:01:52,221 --> 00:01:53,541 PENGERUSI EKSEKUTIF F1 28 00:01:53,621 --> 00:01:55,021 Sihat. Saya di pejabat. 29 00:01:56,021 --> 00:01:57,621 Ya. Sunyi. 30 00:01:58,581 --> 00:02:01,301 Awak rasa, ada sebarang kemungkinan 31 00:02:02,301 --> 00:02:05,941 untuk cuba buat 15 perlumbaan saja dulu? 32 00:02:07,581 --> 00:02:09,541 Jadi bagaimana jadualnya? 33 00:02:11,101 --> 00:02:13,541 Dua di Austria, kemudian Hungary. 34 00:02:13,621 --> 00:02:16,261 Eropah, Timur Tengah, 35 00:02:16,341 --> 00:02:17,461 satu dunia. 36 00:02:18,101 --> 00:02:21,021 Jadi semuanya terkawal. Baik. Ini bagus. 37 00:02:21,541 --> 00:02:23,741 Berita gembira dalam sukan Formula 1. 38 00:02:23,821 --> 00:02:26,621 Pelumba kini boleh bersiap-sedia untuk menyertai 39 00:02:26,701 --> 00:02:28,181 dalam Grand Prix Austria. 40 00:02:28,741 --> 00:02:32,141 Grand Prix British tetap diadakan bulan Julai kelak. 41 00:02:32,221 --> 00:02:33,901 LAPAN PERLUMBAAN DIBENARKAN 42 00:02:43,261 --> 00:02:45,581 Selamat pagi, Netflix. Dia datang lagi. 43 00:02:46,861 --> 00:02:49,661 Tapi pastikan dua meter. Perlu ada penjarakan. 44 00:02:55,941 --> 00:02:58,541 Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. 45 00:02:58,621 --> 00:03:01,101 Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi bip. 46 00:03:01,181 --> 00:03:05,581 Ini masalahnya bila nak telefon pemandu. Mungkin masih terlalu awal pagi. 47 00:03:07,781 --> 00:03:10,061 Dapat berlumba pun sudah memadai. 48 00:03:10,141 --> 00:03:14,341 Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menganjurkan kembali acara ini. 49 00:03:14,861 --> 00:03:18,701 Sudah sepuluh minggu saya duduk rumah berpeluk tubuh. 50 00:03:19,541 --> 00:03:23,021 Tentu pasukan sudah kurang cekap di litar dan di pit. 51 00:03:23,101 --> 00:03:27,021 Tahun ini bakal menyaksikan beberapa keadaan berbeza. 52 00:03:27,101 --> 00:03:31,541 Tapi rasanya Mercedes tentu akan berkarat tahun ini. 53 00:03:37,181 --> 00:03:40,541 Bahaya juga suruh bahagian pemasaran bekerja dari rumah. 54 00:03:41,181 --> 00:03:43,901 Mereka takkan datang-datang lagi! 55 00:03:45,941 --> 00:03:47,781 MESYUARAT ZOOM TAJAAN 4 JUN 2020 56 00:03:47,861 --> 00:03:50,781 Setiap seorang akan dapat satu sesi soalan. 57 00:03:50,861 --> 00:03:53,861 Mereka akan tanya terus jika mereka mahu awak jawab. 58 00:03:53,941 --> 00:03:56,901 - Saya dan Toto tak boleh cakap terus? - Tak. 59 00:03:56,981 --> 00:03:59,101 Jadi saya tak boleh ejek rambut dia. 60 00:03:59,621 --> 00:04:02,941 - Rasanya tak. - "Susie, awak potong rambut Toto?" 61 00:04:05,021 --> 00:04:07,781 Christian, awak boleh duduk di sini. 62 00:04:08,261 --> 00:04:09,621 Hai, Susie. Apa khabar? 63 00:04:10,141 --> 00:04:13,341 - Baik. Awak, Christian? - Ya. Toto tolong kemas rumah? 64 00:04:14,301 --> 00:04:17,021 Tak. Jangan haraplah. 65 00:04:17,741 --> 00:04:18,661 Ini dapur saya. 66 00:04:19,181 --> 00:04:20,021 Cantik. 67 00:04:21,021 --> 00:04:22,501 Cantiknya dapur awak. 68 00:04:23,901 --> 00:04:27,141 Toto pasti tak sabar untuk kembali berlumba. 69 00:04:27,221 --> 00:04:30,021 Saya pula tak sabar mahu jumpa Toto balik 70 00:04:30,101 --> 00:04:32,821 dan kerjakan dia lagi tahun ini. 71 00:04:33,381 --> 00:04:36,181 Betul. Kita memang pesaing yang sengit, 72 00:04:36,261 --> 00:04:40,141 tapi saya sendiri tak sabar nak berlumba. 73 00:04:40,221 --> 00:04:44,301 Lupakan benda-benda lain. Kita turun litar saja. 74 00:04:45,821 --> 00:04:49,221 Awak rasa bila pasukan akan mula tunjukkan taring? 75 00:04:49,821 --> 00:04:52,061 Pada pukul dua petang hari Ahad nanti. 76 00:04:52,581 --> 00:04:54,381 Petang Ahad di Austria. 77 00:05:00,461 --> 00:05:04,141 Selamat pagi dari Styrian Hills. Kita bersiaran di Austria. 78 00:05:04,661 --> 00:05:09,261 Ini perlumbaan pertama dalam Formula 1 musim 2020. 79 00:05:10,381 --> 00:05:15,061 Litar kini sudah dibuka. 20 pelumba kini kembali. 80 00:05:15,661 --> 00:05:16,621 Selamat pagi! 81 00:05:19,741 --> 00:05:20,581 Bagus. 82 00:05:21,221 --> 00:05:22,061 Dalamnya. 83 00:05:25,101 --> 00:05:27,661 Maaf, tunggu dulu. Badan awak panas. 84 00:05:28,141 --> 00:05:29,421 Badan saya memang begitu. 85 00:05:30,901 --> 00:05:32,741 Mahu tegur peminat? 86 00:05:32,821 --> 00:05:34,861 - Ada peminat tengok juga? - Ya. 87 00:05:35,381 --> 00:05:36,221 Tengok ini. 88 00:05:36,861 --> 00:05:38,301 Hai. Apa khabar? 89 00:05:38,861 --> 00:05:41,181 - Selamat pagi, Lance. - Pagi. Helo. 90 00:05:41,261 --> 00:05:43,061 Canggihnya. Saya kagum. 91 00:05:43,581 --> 00:05:44,981 Saya tak dengar awak. 92 00:05:45,061 --> 00:05:46,981 - Tunggu. - Boleh dengar tak? 93 00:05:47,061 --> 00:05:48,461 Ya. Apa khabar? 94 00:05:48,541 --> 00:05:52,141 Awak boleh tanya soalan atau saya boleh menari kalau mahu. 95 00:05:52,221 --> 00:05:53,781 Suka hati awaklah. 96 00:05:54,461 --> 00:05:56,381 Boleh saya tengok awak menari? 97 00:05:57,301 --> 00:06:00,461 Alamak, menyesal pula cakap begitu! 98 00:06:03,461 --> 00:06:07,861 Grand Prix Austria adalah bendera berkibar yang melambangkan 99 00:06:07,941 --> 00:06:10,581 Formula 1 kini sudah kembali. 100 00:06:17,421 --> 00:06:22,141 Selepas sekatan pergerakan berakhir, akhirnya jentera kami boleh keluar semula 101 00:06:22,221 --> 00:06:24,301 untuk menyertai Grand Prix. 102 00:06:30,621 --> 00:06:33,181 Bila masuk padok dan jumpa orang lama, 103 00:06:33,261 --> 00:06:34,501 KETUA PASUKAN HAAS 104 00:06:34,581 --> 00:06:37,621 memang seronok bila dapat berlumba kembali. 105 00:06:39,581 --> 00:06:41,821 - Selamat pagi. - Kita tak boleh salam. 106 00:06:44,741 --> 00:06:47,381 Saya tak sabar mahu berlumba lagi. 107 00:06:48,021 --> 00:06:50,621 Saya orang Austria, saya suka datang Austria. 108 00:06:51,261 --> 00:06:54,501 Kami kembali melakukan sesuatu yang mengujakan kami 109 00:06:54,581 --> 00:06:56,101 iaitu mencabar masa. 110 00:06:58,861 --> 00:07:01,581 Hai. Nak buat apa, ya? Boleh saya… 111 00:07:01,661 --> 00:07:04,101 - Boleh pegang… - Rasanya tak boleh peluk. 112 00:07:04,621 --> 00:07:06,581 - Baik. Awak sihat? - Ya. 113 00:07:07,421 --> 00:07:09,261 Christian bukan calang-calang. 114 00:07:09,981 --> 00:07:12,421 Dia masuk pada usia muda. 115 00:07:14,621 --> 00:07:18,221 Dia ditugaskan dengan pasukan Formula 1 Red Bull 116 00:07:18,701 --> 00:07:20,461 dan menang empat kejuaraan. 117 00:07:22,061 --> 00:07:24,821 Red Bull merajai litar selama empat tahun. 118 00:07:24,901 --> 00:07:29,501 Kemudian Toto dan Mercedes datang untuk merampas takhta. 119 00:07:31,181 --> 00:07:32,781 Christian nak tuntut balik. 120 00:07:34,221 --> 00:07:38,941 Memang sukar untuk mengekalkan rekod kejuaraan selama itu. 121 00:07:39,021 --> 00:07:41,261 Sebab itu Mercedes mengagumkan. 122 00:07:41,341 --> 00:07:43,861 Kami dapat empat tahun. Mereka enam tahun. 123 00:07:44,501 --> 00:07:48,621 Tapi ada satu saat nanti, semua itu akan berakhir juga. 124 00:07:53,501 --> 00:07:55,221 Christian. Kita boleh… 125 00:07:55,301 --> 00:07:57,421 - Boleh salam tak? - Baik jangan. 126 00:07:57,501 --> 00:07:58,781 Kalau macam ini? 127 00:07:58,861 --> 00:08:00,061 Laga kaki sajalah. 128 00:08:00,861 --> 00:08:02,101 - Ya. Jadilah. - Baik. 129 00:08:02,181 --> 00:08:03,101 Awak sihat? 130 00:08:03,181 --> 00:08:05,181 Akhirnya balik lepas lama berehat. 131 00:08:05,261 --> 00:08:06,821 - Gila betul, ya? - Ya. 132 00:08:07,341 --> 00:08:09,261 Tapi saya lebih cergas dan kuat. 133 00:08:09,341 --> 00:08:12,221 Mestilah, kami ada banyak masa berlatih. 134 00:08:12,741 --> 00:08:17,061 Max boleh dikatakan pelumba tumpuan buat masa ini dalam Formula 1. 135 00:08:17,141 --> 00:08:19,741 GP AUSTRIA 2019 136 00:08:19,821 --> 00:08:23,781 Max seolah-olah membawa tuah dalam semua perlumbaan. 137 00:08:24,701 --> 00:08:27,541 Kami ingin menang kejuaraan dunia kelima 138 00:08:27,621 --> 00:08:30,781 dan agar Max menjadi Juara Pemandu Dunia yang termuda. 139 00:08:31,821 --> 00:08:33,701 Tiga, dua, satu. 140 00:08:34,301 --> 00:08:35,981 Alex rakan sepasukan Max. 141 00:08:37,981 --> 00:08:43,661 Dia sudah berlumba sembilan kali dengan prestasi menakjubkan. 142 00:08:43,741 --> 00:08:44,981 Ya. Ayuh! 143 00:08:45,461 --> 00:08:48,461 Dia boleh beri kejutan musim ini. 144 00:08:48,541 --> 00:08:50,181 - Ya! - Bagus! 145 00:08:50,861 --> 00:08:52,701 Syabas, Alex. Sangat cemerlang. 146 00:08:53,981 --> 00:08:59,101 Kami ada Max dan Alex, dua jentera yang mampu bersaing dengan Mercedes. 147 00:09:00,021 --> 00:09:04,261 Ini peluang terbaik untuk kami merebut gelaran juara sejak 2013. 148 00:09:05,101 --> 00:09:09,621 JUMAAT HARI LATIHAN 149 00:09:19,101 --> 00:09:21,541 Helo? Mana pintu masuk? 150 00:09:21,621 --> 00:09:23,461 - Pintu masuk di sana. - Sana? 151 00:09:23,541 --> 00:09:25,021 - Yang satu lagi. - Jumpa! 152 00:09:25,901 --> 00:09:27,821 Sudah lama saya tak masuk litar. 153 00:09:39,101 --> 00:09:40,581 Tentu menarik kalau lihat 154 00:09:40,661 --> 00:09:43,981 prestasi pelumba selepas sekatan pergerakan. 155 00:09:46,661 --> 00:09:49,941 Saya seronok dapat berlumba lagi. Sudah lama tinggal. 156 00:09:50,021 --> 00:09:54,541 Saya sudah mula rasa gatal tangan mahu pegang stereng semula. 157 00:09:56,141 --> 00:09:57,461 Saya cukup bersedia. 158 00:09:57,981 --> 00:10:00,341 Pepatah kami, kerjakan habis-habisan. 159 00:10:00,421 --> 00:10:02,021 Itu yang saya akan buat. 160 00:10:03,341 --> 00:10:07,581 Litar ini sangat menyeronokkan jadi saya tak sabar mahu memecut. 161 00:10:07,661 --> 00:10:09,221 Jangan lupa but. 162 00:10:10,581 --> 00:10:13,981 Memang ada karat sikit tapi lama-lama mesti ingat semula. 163 00:10:14,061 --> 00:10:15,461 Periksa radio. 164 00:10:18,301 --> 00:10:21,301 Kini semua jentera akan mengambil kedudukan. 165 00:10:33,501 --> 00:10:35,541 Depan kosong. Tekan minyak. 166 00:10:37,141 --> 00:10:39,981 Max kata dia tak perlu latihan pun. 167 00:10:40,061 --> 00:10:42,621 Lepas dua pusingan, dia akan mengaum. 168 00:10:42,701 --> 00:10:45,701 Ya. Sebab itulah mereka memang terbaik. 169 00:10:45,781 --> 00:10:49,701 Tak perlu tunggu lama, mereka pasti boleh memecut hebat. 170 00:10:52,861 --> 00:10:53,701 Tak guna! 171 00:10:55,501 --> 00:10:56,701 Maaf, semua. 172 00:11:02,901 --> 00:11:07,101 Kami sasarkan tempat ketiga, tapi lawan kami hebat-hebat belaka. 173 00:11:09,581 --> 00:11:10,981 Ada Racing Point. 174 00:11:11,061 --> 00:11:13,741 Sergio Perez terpantas bagi Racing Point. 175 00:11:14,981 --> 00:11:16,101 Lepas itu, Renault. 176 00:11:17,661 --> 00:11:20,421 - Kuat juga. - Daniel Ricciardo kelima terpantas. 177 00:11:20,501 --> 00:11:22,061 Pasti sengit nanti. 178 00:11:25,941 --> 00:11:27,741 Kita manfaatkan masa di litar. 179 00:11:28,701 --> 00:11:31,261 Ini tempoh paling lama saya tak berlumba 180 00:11:31,341 --> 00:11:32,261 PEMANDU MCLAREN 181 00:11:32,341 --> 00:11:35,061 sejak saya berlumba go-kart pada 2007. 182 00:11:36,621 --> 00:11:40,261 Saya hanya main permainan dan buat strim melalui Twitch. 183 00:11:40,341 --> 00:11:43,941 Itu sajalah sebelum ini. Sekarang sudah kembali sibuk. 184 00:11:44,901 --> 00:11:47,461 Ini kesukaan saya, memandu kereta Formula 1. 185 00:11:50,861 --> 00:11:53,141 Saya perlu membiasakan diri semula. 186 00:11:54,621 --> 00:11:57,821 Litar Austria banyak jalan lurus selepas keluar pit 187 00:11:57,901 --> 00:11:59,421 jadi bila tekan minyak… 188 00:12:03,261 --> 00:12:05,781 Kepala kita akan tersentak ke belakang. 189 00:12:05,861 --> 00:12:07,341 Satu badan rasa ditekan. 190 00:12:10,261 --> 00:12:12,261 Kita tekan brek buat kali pertama. 191 00:12:14,061 --> 00:12:15,661 Kepala saya jatuh ke depan 192 00:12:15,741 --> 00:12:18,741 dan saya rasa macam tak pernah memandu sebelum ini. 193 00:12:19,781 --> 00:12:21,661 Rasa macam tak biasa lagi. 194 00:12:24,341 --> 00:12:28,421 Tapi selepas beberapa pusingan, saya kembali menemui rentak. 195 00:12:41,501 --> 00:12:45,021 Max, masuk enjin lima dan posisi dua. 196 00:12:46,221 --> 00:12:48,781 - Verstappen nampak laju. - Betul. 197 00:12:48,861 --> 00:12:50,221 Rekod peribadi terbaik. 198 00:12:50,301 --> 00:12:53,821 Sudah beberapa tahun kami selalu mula dengan lambat. 199 00:12:53,901 --> 00:12:55,101 Itu mesti diubah. 200 00:12:55,821 --> 00:12:58,741 Kami mesti yakin kami dapat tumpaskan Mercedes. 201 00:12:58,821 --> 00:13:01,741 - Awak masih laju. - Ya, itu yang saya mahu. 202 00:13:01,821 --> 00:13:03,701 - Kereta laju? - Biasa saja. 203 00:13:03,781 --> 00:13:08,101 Ia memang laju. Bukan mahu kata apa. Tapi rasa macam biasa saja. 204 00:13:15,221 --> 00:13:17,461 Lewis, sekarang litar kosong. 205 00:13:18,301 --> 00:13:20,581 Cuma hati-hati, jangan terlalu dekat. 206 00:13:22,581 --> 00:13:24,901 Kini Lewis Hamilton di litar. 207 00:13:30,501 --> 00:13:33,981 Ada sesuatu yang menarik perhatian pada jentera Mercedes. 208 00:13:39,781 --> 00:13:43,061 Sesuatu yang agak berbeza di dalam kokpit. 209 00:13:44,981 --> 00:13:46,101 Ya. Itu dia. 210 00:13:46,741 --> 00:13:47,901 Itu sistem DAS. 211 00:13:48,941 --> 00:13:50,901 Stereng boleh ditolak tarik pula. 212 00:13:51,941 --> 00:13:53,181 Menarik. 213 00:13:55,301 --> 00:13:56,421 Tak pernah dilihat. 214 00:14:00,901 --> 00:14:05,941 Ya. Kita boleh lihat dia seolah-olah dapat menolak roda stereng ke dalam. 215 00:14:06,661 --> 00:14:08,021 Ya, memang menarik. 216 00:14:08,741 --> 00:14:12,221 Sistem DAS memang bijak tetapi ia penuh kontroversi. 217 00:14:12,301 --> 00:14:17,021 Mercedes berjaya mencipta sistem yang bukan hanya mengemudi jentera, 218 00:14:17,101 --> 00:14:20,941 tetapi apabila ia ditarik dan ditolak ke dalam semula, 219 00:14:21,021 --> 00:14:26,501 ia mengubah kedudukan tayar yang berpusing untuk meningkatkan cengkaman dan 220 00:14:27,541 --> 00:14:29,661 membuat mereka membelok dengan laju. 221 00:14:32,221 --> 00:14:35,781 Hamilton lebih cepat 0.6 ke 0.7 saat di jalan lurus. 222 00:14:35,861 --> 00:14:38,381 0.7 ke 0.8 saat semasa pusingan kelayakan. 223 00:14:38,461 --> 00:14:39,861 Beza kelajuan penting. 224 00:14:39,941 --> 00:14:42,541 Kalau bezanya lebih banyak, matilah kita. 225 00:14:47,501 --> 00:14:51,341 Tapi bagaimana ia berfungsi? Ia mengubah arah tayar atau… 226 00:14:52,541 --> 00:14:55,661 - Maknanya bukan dia yang memandu. - Itulah dia. 227 00:14:58,221 --> 00:15:01,541 - Mahu bantah mereka? - Itu saja cara nak jelaskan. 228 00:15:10,981 --> 00:15:11,861 - Helo. - Hai. 229 00:15:12,381 --> 00:15:13,381 Awak sihat? 230 00:15:13,901 --> 00:15:15,941 Rambut Monty dah nampak lain. 231 00:15:16,021 --> 00:15:16,941 Cakap dengan ayah. 232 00:15:17,021 --> 00:15:18,901 Kelas renang okey, Mont? 233 00:15:18,981 --> 00:15:20,141 Dia semakin handal. 234 00:15:20,221 --> 00:15:21,701 PEMANGGIL ISTERI CHRISTIAN 235 00:15:21,781 --> 00:15:23,141 Latihan macam mana? 236 00:15:23,221 --> 00:15:25,421 Okey. Dapat tempat ketiga dan keenam. 237 00:15:25,501 --> 00:15:27,461 Pertama dan kedua? Mercedes? 238 00:15:28,661 --> 00:15:31,421 Ya. Mereka memang nampak laju. Tengoklah nanti. 239 00:15:34,021 --> 00:15:34,861 Okey. 240 00:15:34,941 --> 00:15:38,141 Memang rapat. Kecuali Hamilton. Saya perlu pergi. 241 00:15:38,221 --> 00:15:40,101 Okey. Selamat tinggal. 242 00:15:40,181 --> 00:15:42,101 - Sayang awak. - Selamat tinggal. 243 00:15:47,541 --> 00:15:48,661 Hai. 244 00:15:49,141 --> 00:15:52,021 Sistem DAS yang mereka guna dalam jentera mereka, 245 00:15:52,101 --> 00:15:55,421 sistem pemanduan itu sebenarnya menimbulkan keraguan. 246 00:15:56,941 --> 00:16:00,101 Jadi awak pasang sistem DAS dalam jentera awak. 247 00:16:00,181 --> 00:16:01,861 - Kami guna DAS. - Saya tahu. 248 00:16:02,381 --> 00:16:04,141 Awak jangan ambil hati. 249 00:16:05,221 --> 00:16:08,141 - Tak. Kenapa? - Kami akan buat bantahan hari ini. 250 00:16:08,821 --> 00:16:12,461 Selepas itu, terpulang sama ada FIA terima atau tidak. 251 00:16:12,541 --> 00:16:14,141 Ia ciptaan bagus, bukan? 252 00:16:14,221 --> 00:16:16,701 Betul. Saya akui, memang canggih. 253 00:16:16,781 --> 00:16:19,021 Membawa kemungkinan baru. 254 00:16:19,101 --> 00:16:22,621 Saya mesti terkejut kalau stereng saya buat macam itu. 255 00:16:24,021 --> 00:16:25,781 Christian pengendali bagus. 256 00:16:26,261 --> 00:16:29,221 Dia suka main tarik tali dengan saya. 257 00:16:29,701 --> 00:16:31,101 Tapi kami tetap musuh. 258 00:16:34,981 --> 00:16:37,981 SABTU PUSINGAN KELAYAKAN 259 00:16:42,541 --> 00:16:44,541 Pusingan kelayakan akhirnya tiba 260 00:16:44,621 --> 00:16:49,301 bagi menentukan kedudukan petak dalam Grand Prix Austria kelak. 261 00:16:49,381 --> 00:16:50,661 Musim kini dibuka 262 00:16:50,741 --> 00:16:54,261 setelah lama acara Formula 1 tidak diadakan di Eropah. 263 00:16:56,301 --> 00:16:57,301 Itu Encik Todt. 264 00:16:58,741 --> 00:17:00,181 Saya nak tegur dia. 265 00:17:01,861 --> 00:17:03,461 - Apa khabar? - Baik. Awak? 266 00:17:03,541 --> 00:17:05,581 - Sihat. - Laju tak? 267 00:17:05,661 --> 00:17:06,621 PRESIDEN FIA 268 00:17:06,701 --> 00:17:09,221 Harapnyalah. Kita tengok. Mercedes laju. 269 00:17:09,861 --> 00:17:12,981 Kami cuba bantah sistem DAS mereka tapi tak dapat. 270 00:17:13,661 --> 00:17:15,861 FIA memutuskan sistem DAS adalah sah 271 00:17:15,941 --> 00:17:19,661 dan Mercedes boleh menggunakannya dalam jentera mereka sehingga 272 00:17:19,741 --> 00:17:20,981 penghujung musim. 273 00:17:21,061 --> 00:17:22,181 Semua terkawal. 274 00:17:22,261 --> 00:17:24,421 Macam mana nak laga kaki? 275 00:17:24,941 --> 00:17:27,061 Apa kata orang tentang bantahan itu? 276 00:17:27,141 --> 00:17:29,981 Saya rasa kebanyakan peminat kata 277 00:17:30,061 --> 00:17:33,061 "Red Bull buat begitu sebab mereka sendiri merosot." 278 00:17:33,141 --> 00:17:34,821 - Ya. - Itu yang mereka kata. 279 00:17:35,461 --> 00:17:37,141 - Jadi… - Kita tengok nanti. 280 00:17:43,181 --> 00:17:46,381 Setakat ini Mercedes mengungguli hujung minggu ini. 281 00:17:46,981 --> 00:17:49,501 Lewis Hamilton mendahului setiap sesi. 282 00:17:50,021 --> 00:17:52,381 Mercedes diramal di petak pertama nanti. 283 00:17:53,061 --> 00:17:54,461 Mereka pantas. 284 00:17:54,541 --> 00:17:57,021 - Lebih laju daripada jangkaan. - Hebat. 285 00:17:57,621 --> 00:18:00,781 Mungkin Red Bull bersama Alex Albon dan Max Verstappen 286 00:18:00,861 --> 00:18:02,101 ada helah tersendiri? 287 00:18:02,781 --> 00:18:06,301 - Kita lihat dulu sesi ini. - Mungkin sukar bagi Alex. 288 00:18:06,381 --> 00:18:08,501 Dapat enam teratas pun cukup baik. 289 00:18:10,301 --> 00:18:14,421 Separuh kedua musim lepas bagi Alex sangat memberangsangkan. 290 00:18:14,501 --> 00:18:15,341 WARTAWAN F1 291 00:18:15,421 --> 00:18:19,101 Tahun ini, dia sedia membolot semua mata. 292 00:18:19,621 --> 00:18:22,821 Sedia membantu Red Bull bersaing menentang Mercedes. 293 00:18:24,821 --> 00:18:26,181 - Okey, Alex. - Ya? 294 00:18:26,261 --> 00:18:28,061 - Hidupkan enjin. - Baik. 295 00:18:39,541 --> 00:18:42,181 Alex ada semua ciri pelumba yang handal. 296 00:18:42,861 --> 00:18:46,301 Tak lama lagi dia akan dapat kemenangan podium pertama. 297 00:18:49,461 --> 00:18:53,901 Dia ada peluang tahun lepas di Brazil, tapi malang tak berbau pula. 298 00:18:55,621 --> 00:18:57,941 Ini patut dalam genggaman Alex Albon. 299 00:18:58,021 --> 00:19:00,821 Hamilton kini akan cuba mengambil tempat kedua. 300 00:19:03,781 --> 00:19:07,021 Alex, cuba sekat Hamilton. Kekalkan posisi. 301 00:19:09,061 --> 00:19:10,061 Albon terkunci. 302 00:19:11,061 --> 00:19:13,781 Entah bagaimana Hamilton menggesel dia. 303 00:19:16,181 --> 00:19:17,021 Bodoh! 304 00:19:17,661 --> 00:19:20,061 - Albon dilanggar! - Tak guna! 305 00:19:20,141 --> 00:19:22,861 Punah harapan untuk podium pertamanya. 306 00:19:23,621 --> 00:19:26,381 PEMANDU, RED BULL 307 00:19:27,181 --> 00:19:28,141 Memang sakit. 308 00:19:28,221 --> 00:19:31,581 Saya kecewa. Kalau saya buat lagi, saya akan lebih ganas. 309 00:19:32,981 --> 00:19:36,181 Saya tahu apa yang perlu dibuat. Sekarang yang penting, 310 00:19:36,901 --> 00:19:38,341 mesti tunjukkan hasil. 311 00:19:40,301 --> 00:19:43,141 Alex, kami ambil masa untuk satu pusingan. 312 00:19:43,221 --> 00:19:44,101 Baik. 313 00:19:46,741 --> 00:19:48,421 Baiklah. Ini saat penentuan. 314 00:19:55,221 --> 00:19:57,181 Tak perlahan selepas Selekoh 1. 315 00:19:58,261 --> 00:20:00,061 Masih rasa macam bergegar. 316 00:20:03,621 --> 00:20:04,781 Cuba tekan brek. 317 00:20:05,461 --> 00:20:06,421 Baiklah. 318 00:20:09,461 --> 00:20:10,381 Cepat, Alex! 319 00:20:11,141 --> 00:20:12,181 - Cepat! - Ayuh! 320 00:20:17,261 --> 00:20:19,181 Albon pelumba keempat terpantas. 321 00:20:20,181 --> 00:20:22,501 Tapi Norris mengejar dari belakang. 322 00:20:26,061 --> 00:20:29,821 Kita kini bersama Lando Norris dalam pusingan kelayakannya. 323 00:20:34,461 --> 00:20:37,701 Lando, 0.4 saat lebih cepat daripada Albon. Teruskan. 324 00:20:39,341 --> 00:20:40,261 Macam itulah! 325 00:20:42,061 --> 00:20:43,501 Tekan minyak. Tekan. 326 00:20:44,461 --> 00:20:46,221 Laju selaju-lajunya. 327 00:20:47,061 --> 00:20:47,941 Habis-habisan. 328 00:20:50,861 --> 00:20:53,901 Adakah Lando Norris lebih cepat daripada Alex Albon? 329 00:20:59,301 --> 00:21:03,341 Norris merampas kedudukan keempat di grid daripada Albon. Luar biasa. 330 00:21:05,981 --> 00:21:06,821 Ya! 331 00:21:07,941 --> 00:21:11,261 Lando, awak di tempat keempat. Syabas. P4. 332 00:21:16,701 --> 00:21:18,901 Lewis Hamilton di pusingan terakhir. 333 00:21:22,501 --> 00:21:26,181 DRS, peluang terbuka luas bagi Lewis Hamilton. 334 00:21:27,621 --> 00:21:29,101 Nampaknya ada masalah. 335 00:21:30,421 --> 00:21:33,861 Valtteri Bottas terbabas ke atas batuan. 336 00:21:34,821 --> 00:21:36,261 Bendera kuning dikibar. 337 00:21:36,341 --> 00:21:38,701 Jadi Hamilton patut perlahankan kereta? 338 00:21:39,221 --> 00:21:42,821 Jika Hamilton melalui zon bendera kuning tanpa perlahan, 339 00:21:44,021 --> 00:21:46,261 itu dianggap perbuatan berbahaya 340 00:21:46,341 --> 00:21:48,141 dan hukumannya sangat berat. 341 00:21:48,221 --> 00:21:50,981 Ada bendera kuning? Tak nampak, banyak habuk. 342 00:21:53,661 --> 00:21:55,821 Hamilton memasuki selekoh terakhir. 343 00:22:01,501 --> 00:22:03,941 Jadi Lewis mengekalkan masanya. 344 00:22:04,021 --> 00:22:07,141 Tempat kedua di belakang Bottas bagi kedudukan tiang, 345 00:22:07,221 --> 00:22:09,181 Mercedes di petak satu dan dua. 346 00:22:09,821 --> 00:22:11,421 Tahniah. Bolehlah. 347 00:22:13,861 --> 00:22:19,061 Bila bendera kuning dikibarkan, kita wajib perlahan dan berhati-hati. 348 00:22:19,141 --> 00:22:23,581 Semua pelumba tahu itu sejak mereka kecil di litar go-kart lagi. 349 00:22:24,181 --> 00:22:26,741 Kalau tengok masa dia, dia tak perlahan pun. 350 00:22:27,581 --> 00:22:29,781 Ya, dia memang patut didenda. 351 00:22:30,301 --> 00:22:33,781 Bila berhadapan dengan pasukan sekuat dan sehandal Mercedes, 352 00:22:33,861 --> 00:22:37,861 kita mesti ambil segala kesempatan yang ada. 353 00:22:38,341 --> 00:22:41,701 AHAD HARI PERLUMBAAN 354 00:22:42,981 --> 00:22:43,941 Masa sudah tiba 355 00:22:44,021 --> 00:22:46,141 untuk Pusingan Satu musim 2020. 356 00:22:46,221 --> 00:22:48,821 Kita kini di litar Red Bull di Austria. 357 00:22:55,581 --> 00:23:00,261 Christian Horner nekad mahu ganggu Mercedes dengan apa saja cara. 358 00:23:00,901 --> 00:23:05,101 Dia akan bantah sistem DAS mereka. Dia bantah pusingan kelayakan mereka. 359 00:23:05,901 --> 00:23:07,741 Kita takkan menang kejohanan 360 00:23:07,821 --> 00:23:11,141 kalau kita hanya terima segalanya semudah itu saja. 361 00:23:11,741 --> 00:23:13,781 Kita mesti bantah selagi boleh. 362 00:23:19,061 --> 00:23:21,261 Sekali dia mula, dia takkan berhenti. 363 00:23:25,021 --> 00:23:30,541 Kami ada jumpa rakaman yang belum dilihat FIA lagi. Memang gila. 364 00:23:30,621 --> 00:23:32,461 Ini kamera dalam kereta dia. 365 00:23:35,621 --> 00:23:37,701 Bendera kuning jelas kelihatan. 366 00:23:40,261 --> 00:23:42,501 Pengelola tak tengok lagi rakaman ini. 367 00:23:45,061 --> 00:23:47,981 - Semoga berjaya. - Awak buat jatuh tiga tempat? 368 00:23:48,061 --> 00:23:50,261 - Atau apa? - Entah. Kami sedang cuba. 369 00:23:52,381 --> 00:23:53,861 Sebab awak laju sangat. 370 00:23:56,701 --> 00:23:58,781 - Saya mula di petak ketiga! - Apa? 371 00:23:58,861 --> 00:24:00,861 - Ya! - Macam mana? Mana Hamilton? 372 00:24:00,941 --> 00:24:02,741 - P10? - Entah. Tak kisahlah. 373 00:24:03,221 --> 00:24:06,181 - Mesti sebab Christian Horner. - Mestilah. 374 00:24:07,941 --> 00:24:10,861 Sah, Lewis didenda jatuh tiga tempat. 375 00:24:10,941 --> 00:24:15,181 Jangan kata keputusan baru dibuat sejurus selepas pukul dua tadi? 376 00:24:16,341 --> 00:24:18,381 Masa yang dia pilih sangat tepat. 377 00:24:19,701 --> 00:24:23,221 Sebab Mercedes sudah mula gerak ke petak permulaan 378 00:24:23,821 --> 00:24:27,941 dan menyediakan jentera Lewis Hamilton di petak kedudukan yang asal. 379 00:24:31,461 --> 00:24:35,701 Kalau kita mahu gertak lawan terhebat kita, kita tunggu 380 00:24:35,781 --> 00:24:37,221 sampai saat terakhir. 381 00:24:37,301 --> 00:24:39,541 Saya suka buat mereka panas punggung. 382 00:24:39,621 --> 00:24:42,741 Ini masa yang tepat. Dia tentu sudah gelabah sekarang. 383 00:24:42,821 --> 00:24:44,741 Tapi syabas. 384 00:24:45,461 --> 00:24:48,301 Christian memang suka cari fasal. 385 00:24:48,861 --> 00:24:50,701 Tapi kami lain sikit. 386 00:24:52,221 --> 00:24:56,141 Kami fokus kepada diri kami. Kami tak pandang kiri kanan. 387 00:24:56,861 --> 00:24:58,541 Kami buktikan di litar saja. 388 00:25:00,581 --> 00:25:03,261 217 hari tanpa perlumbaan, 389 00:25:03,341 --> 00:25:07,581 tempoh paling lama dalam sejarah F1 dan akhirnya kini kita berlumba. 390 00:25:07,661 --> 00:25:09,781 Rasa macam dah lama tak datang sini. 391 00:25:12,821 --> 00:25:16,901 Selepas bantahan Red Bull, Verstappen naik ke petak kedua. 392 00:25:16,981 --> 00:25:20,381 Petak tertinggi bagi Lando Norris, di tempat ketiga. 393 00:25:20,461 --> 00:25:22,101 Alex Albon tempat keempat 394 00:25:22,181 --> 00:25:24,861 dan Hamilton ditolak ke tempat kelima. 395 00:25:24,941 --> 00:25:28,541 Ini tamparan hebat bagi Toto Wolff serta Mercedes. 396 00:25:33,301 --> 00:25:35,781 Saya memang teruja tapi saya gementar juga. 397 00:25:36,581 --> 00:25:40,461 Kita sentiasa mahu menggapai kemenangan mudah di litar 398 00:25:40,541 --> 00:25:43,421 tapi keadaan takkan pernah lancar untuk itu. 399 00:25:45,301 --> 00:25:47,061 Mujur jentera awak pantas. 400 00:25:47,141 --> 00:25:48,301 Ya, kami perlu itu. 401 00:25:48,381 --> 00:25:51,581 Setelah semua dugaan kami dua ke tiga bulan lepas. 402 00:25:53,901 --> 00:25:57,181 Kami sudah banyak kali bercakap dengan Lando 403 00:25:57,301 --> 00:26:00,381 dan minta dia jadi lebih agresif sedikit. 404 00:26:03,861 --> 00:26:06,261 Ada satu peluang saja untuk kejuaraan 405 00:26:06,341 --> 00:26:09,261 jadi kita mesti pastikan kita fokus 406 00:26:09,341 --> 00:26:12,061 dan cuba sedaya upaya memberi prestasi terbaik. 407 00:26:14,261 --> 00:26:15,221 Semoga berjaya. 408 00:26:17,101 --> 00:26:19,781 Persiapan kami lengkap. Pemandu kami bersedia. 409 00:26:19,861 --> 00:26:22,061 Max cukup cergas dan bertenaga. 410 00:26:22,621 --> 00:26:26,861 Cuma tengok siapa paling kurang buat silap dan rebut paling banyak mata 411 00:26:26,941 --> 00:26:28,661 khususnya hujung minggu ini. 412 00:26:29,741 --> 00:26:31,141 Sepuluh saat. 413 00:26:46,901 --> 00:26:49,301 Lampu padam, kita bermula! 414 00:26:50,261 --> 00:26:52,581 Verstappen sejajar dengan Lando Norris. 415 00:26:53,501 --> 00:26:54,581 Tidak! 416 00:27:00,101 --> 00:27:02,501 Masih selamat. Tiada yang bergesel. 417 00:27:05,701 --> 00:27:07,661 Amaran, Lando. Albon di belakang. 418 00:27:11,581 --> 00:27:15,181 Alex Albon memintas Lando Norris dan ambil alih tempat ketiga. 419 00:27:15,261 --> 00:27:16,661 Hamilton di belakang. 420 00:27:16,741 --> 00:27:18,021 Faham. 421 00:27:18,101 --> 00:27:19,621 Boleh memintas. 422 00:27:22,381 --> 00:27:25,221 Lewis Hamilton kini mendahului Lando Norris. 423 00:27:29,181 --> 00:27:31,021 Alex Albon tak senang duduk. 424 00:27:31,101 --> 00:27:33,581 Lewis Hamilton berada dalam lingkungan DRS. 425 00:27:35,181 --> 00:27:38,541 - Mereka cepat di jalan lurus. - Tahu. Awak sudah bagus. 426 00:27:42,061 --> 00:27:45,461 Lewis Hamilton pernah cuba mahu memotong Alex Albon dulu 427 00:27:45,541 --> 00:27:49,221 dan akibatnya Alex terlepas podium Brazil dan Hamilton didenda. 428 00:27:50,781 --> 00:27:51,621 Ayuh, Alex! 429 00:28:02,861 --> 00:28:05,741 Aturannya Mercedes, Red Bull, Mercedes, Red Bull. 430 00:28:05,821 --> 00:28:09,221 Pertama, kedua, ketiga, keempat, Lando Norris ketinggalan. 431 00:28:10,461 --> 00:28:12,821 Max, Hamilton belakang awak sekarang. 432 00:28:17,141 --> 00:28:19,461 Enjin sembilan, posisi empat. 433 00:28:23,581 --> 00:28:25,581 Apa terjadi kepada Max Verstappen? 434 00:28:27,421 --> 00:28:29,541 Enjin saya mati. Kenapa ini? 435 00:28:32,181 --> 00:28:33,381 Sebentar. 436 00:28:42,741 --> 00:28:46,861 Verstappen kelam-kabut cuba menghidupkan semula enjin Red Bull. 437 00:28:48,821 --> 00:28:51,021 Kenapa terbalik pula? Bodoh betullah! 438 00:28:51,621 --> 00:28:54,621 Enjin sembilan, posisi dua. 439 00:28:56,941 --> 00:28:59,461 Tapi ini asyik kata… Saya tak boleh ubah! 440 00:29:00,061 --> 00:29:03,501 - Kenapa tiba-tiba macam ini? - Okey. Max, masuk pit. 441 00:29:05,781 --> 00:29:07,101 Sangat menghampakan. 442 00:29:08,421 --> 00:29:10,821 Kami bergantung harap kepada dia. 443 00:29:11,381 --> 00:29:14,501 Kedudukan kami kukuh, kami berlumba di tempat sendiri. 444 00:29:16,941 --> 00:29:18,661 - Matikan enjin. - Bodoh! 445 00:29:19,141 --> 00:29:20,021 Dia terkeluar. 446 00:29:25,461 --> 00:29:28,421 Satu pasukan rasa sangat kecewa. 447 00:29:33,541 --> 00:29:34,661 Tapi tak apa. 448 00:29:35,981 --> 00:29:37,541 Ada seorang pelumba lagi. 449 00:29:43,301 --> 00:29:44,261 Bagus. 450 00:29:45,101 --> 00:29:48,581 Tempat ketiga hampir dalam genggaman Alex. 451 00:29:50,501 --> 00:29:53,621 Max sudah terkeluar tapi kita masih boleh naik podium. 452 00:29:57,341 --> 00:30:01,541 Albon kini bertarung mendapatkan tempat podium atau mungkin juara 453 00:30:01,621 --> 00:30:05,021 dan ini menunjukkan kami betul kerana memilih dia. 454 00:30:06,661 --> 00:30:10,621 Tempat podium atau kemenangan pertama akan melegakan tekanan. 455 00:30:11,901 --> 00:30:16,261 Itu akan membuktikan dia mampu lakukannya dan bukan sekadar cita-cita saja. 456 00:30:17,581 --> 00:30:19,101 Alex, masuk pit. 457 00:30:20,181 --> 00:30:21,061 Masuk pit. 458 00:30:24,781 --> 00:30:27,901 Kami tukar tayar baru untuk pusingan terakhir. 459 00:30:30,821 --> 00:30:32,661 Peliknya Mercedes tak buat itu. 460 00:30:33,901 --> 00:30:35,901 Jadi Alex ada kelebihan tayar baru 461 00:30:35,981 --> 00:30:39,421 dan pasti membawa dia ke kemenangan Grand Prix pertama dia. 462 00:30:42,141 --> 00:30:46,221 Pucuk dicita ulam mendatang bagi Red Bull. Albon ada peluang menang. 463 00:30:50,461 --> 00:30:52,941 Albon semakin menghampiri Lewis Hamilton. 464 00:30:56,021 --> 00:30:57,901 - Cepatlah. - Ayuh! 465 00:31:09,821 --> 00:31:11,861 Alexander Albon mengelak bergaya! 466 00:31:15,181 --> 00:31:16,021 Cepat, Alex. 467 00:31:16,101 --> 00:31:17,781 Bagus! Ayuh! 468 00:31:29,101 --> 00:31:29,941 Cepat! 469 00:31:31,661 --> 00:31:32,501 Ayuh! 470 00:31:39,261 --> 00:31:42,541 Dia diasak sampai terkeluar lagi seperti di Brazil! 471 00:31:42,621 --> 00:31:44,381 Tak guna! Sekali lagi! 472 00:31:45,101 --> 00:31:46,901 Dia memang tak nak kalah! 473 00:31:47,461 --> 00:31:51,061 - Mana boleh macam itu! - Bodoh betul! 474 00:31:57,101 --> 00:32:00,261 Dia hampir dapat mengecapi kemenangan podium pertama 475 00:32:00,341 --> 00:32:02,821 tapi kini dia di tempat tercorot. 476 00:32:10,301 --> 00:32:14,381 Masa Lewis Hamilton ditolak lima saat sebagai hukuman 477 00:32:14,461 --> 00:32:17,261 kerana menyebabkan pelanggaran Alex Albon. 478 00:32:18,861 --> 00:32:22,221 Sayang betul, Alex. Tapi masa Hamilton ditolak lima saat. 479 00:32:25,581 --> 00:32:26,661 Baik. 480 00:32:29,501 --> 00:32:31,941 Ingat, masa Hamilton ditolak lima saat. 481 00:32:32,021 --> 00:32:34,741 McLaren perlu beritahu Lando Norris itu. 482 00:32:35,781 --> 00:32:39,941 Hamilton mendahului 6.5 saat. Tapi lima saat ditolak daripada masanya. 483 00:32:40,021 --> 00:32:42,421 Norris ada peluang untuk naik podium. 484 00:32:42,501 --> 00:32:43,581 Cepat, Lando! 485 00:32:44,101 --> 00:32:45,461 Oh, Tuhan. 486 00:32:45,541 --> 00:32:49,901 Saya ada satu setengah pusingan saja untuk kejar 1.5 saat yang perlu 487 00:32:49,981 --> 00:32:52,181 bagi kemenangan podium pertama saya. 488 00:32:53,101 --> 00:32:56,021 Sekarang awak kerah habis-habisan. 489 00:32:56,901 --> 00:32:58,781 Saya tak terfikir saya boleh. 490 00:32:59,461 --> 00:33:03,381 Sebab itu Lewis Hamilton dalam Mercedes. Dia teramat laju. 491 00:33:03,461 --> 00:33:04,701 Selalunya. 492 00:33:06,581 --> 00:33:09,421 Tapi saya cekalkan hati dan pandu saja. 493 00:33:13,381 --> 00:33:14,901 Tolonglah. Tolong cepat. 494 00:33:15,981 --> 00:33:18,021 Sekarang pusingan terakhir. 495 00:33:18,101 --> 00:33:22,421 Bolehkah Norris berada hanya kurang lima saat belakang Lewis Hamilton? 496 00:33:23,701 --> 00:33:25,421 Tangan saya berpeluh teruk. 497 00:33:26,061 --> 00:33:29,901 Saya menggesa jentera itu memecut seratus peratus. 498 00:33:30,501 --> 00:33:31,341 Tolonglah. 499 00:33:46,101 --> 00:33:48,101 Keadaan masa itu memang gila. 500 00:33:53,261 --> 00:33:54,981 Saya lintas garis penamat. 501 00:33:55,861 --> 00:33:58,701 Lando Norris mencatat pusingan terpantas. 502 00:34:01,101 --> 00:34:02,341 Dia dapat atau tidak? 503 00:34:03,901 --> 00:34:06,741 Lando, beza dengan Hamilton 4.8 saat. 504 00:34:07,581 --> 00:34:08,541 Dapat podium. 505 00:34:16,941 --> 00:34:18,221 Ya! 506 00:34:23,541 --> 00:34:25,981 Ya! Bagus! 507 00:34:31,181 --> 00:34:32,021 Bagus! 508 00:34:33,141 --> 00:34:34,181 Memang hebat. 509 00:34:35,781 --> 00:34:38,821 Saya akan kenang itu sepanjang kerjaya F1 saya. 510 00:34:40,501 --> 00:34:41,341 Ya! 511 00:34:47,981 --> 00:34:52,101 Saya gembira dapat menyaksikan Lando naik podium pada awal musim. 512 00:34:52,621 --> 00:34:56,501 Ia ganjaran manis bagi usaha dan kerja keras kami semua. 513 00:34:56,581 --> 00:34:58,821 Itu yang kami sangat perlukan. 514 00:35:07,661 --> 00:35:08,661 Tak apalah. 515 00:35:09,421 --> 00:35:10,261 Tak guna! 516 00:35:11,661 --> 00:35:13,381 Dia memang tak suka awak. 517 00:35:14,461 --> 00:35:15,461 Ada rezeki nanti. 518 00:35:18,861 --> 00:35:19,821 Satu hari nanti. 519 00:35:21,021 --> 00:35:22,701 Awak tak buat salah pun. 520 00:35:29,061 --> 00:35:30,341 Seronoknya! 521 00:35:42,341 --> 00:35:44,981 Jangan putus asa. Ada rezeki nanti. 522 00:35:45,061 --> 00:35:47,781 Masa itu, awak akan lebih menikmatinya. 523 00:35:48,341 --> 00:35:51,021 Tapi saya nak menikmatinya sekarang. 524 00:35:51,101 --> 00:35:53,221 Ya. Kita semua begitu. 525 00:35:53,301 --> 00:35:54,141 Jumpa nanti. 526 00:36:01,061 --> 00:36:02,541 Celaka betul. 527 00:36:03,901 --> 00:36:04,901 EPISOD SETERUSNYA 528 00:36:04,981 --> 00:36:06,941 Jadi Valtteri pemandu nombor dua? 529 00:36:07,021 --> 00:36:08,381 - Betul? - Diamlah. 530 00:36:09,541 --> 00:36:12,181 - Saya benci jadi kedua. - Dia sampingan bagus. 531 00:36:12,261 --> 00:36:14,261 Itu agak menyinggung. 532 00:36:14,341 --> 00:36:18,581 Semua orang ramal Lewis menang. Tapi tak tentu lagi. Kita mula. 533 00:36:18,661 --> 00:36:20,221 DALAM MUSIM INI 534 00:36:20,301 --> 00:36:22,101 Alex wajib buktikan kebolehan. 535 00:36:22,181 --> 00:36:24,621 Dia perlu keraskan hati sikit. 536 00:36:25,181 --> 00:36:26,581 Ada benda tak kena. 537 00:36:26,661 --> 00:36:28,741 Ini bukan tahap yang kita mahu. 538 00:36:32,221 --> 00:36:33,821 Cuba lagi minggu depan. 539 00:36:58,181 --> 00:37:00,901 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela