1 00:00:12,480 --> 00:00:14,520 Selamat datang ke kemuncak musim. 2 00:00:14,600 --> 00:00:16,440 Ini Grand Prix Abu Dhabi. 3 00:00:19,720 --> 00:00:22,000 Tak sangka awak pulih cepat. 4 00:00:22,080 --> 00:00:24,040 Ya. Saya pun tak sangka. 5 00:00:24,880 --> 00:00:25,960 Sipi-sipi betul. 6 00:00:26,040 --> 00:00:27,480 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 7 00:00:27,560 --> 00:00:30,360 Lewis Hamilton kembali. Beliau negatif COVID. 8 00:00:32,200 --> 00:00:34,040 Tahun ini amat luar biasa. 9 00:00:34,800 --> 00:00:37,120 Rekod Kejuaraan Dunia kini disamakan! 10 00:00:37,200 --> 00:00:42,200 Lewis Hamilton ialah juara dunia tujuh kali! 11 00:00:43,160 --> 00:00:47,120 Pencapaian kami sebagai satu pasukan amat istimewa bagi saya. 12 00:00:48,400 --> 00:00:52,480 Mercedes merangkul gelaran Juara Pembina kali ketujuh berturut-turut! 13 00:00:57,440 --> 00:01:01,320 Kalau mahu lawan Mercedes, mesti berjuang mati-matian. 14 00:01:02,280 --> 00:01:04,200 Oh, tidak. Itu Max Verstappen. 15 00:01:04,280 --> 00:01:05,880 - Tak guna! - Benda rosak. 16 00:01:05,960 --> 00:01:09,480 Max Verstappen keluar perlumbaan dan jentera juga. 17 00:01:10,360 --> 00:01:12,320 Kita mesti rapatkan jurang. 18 00:01:12,960 --> 00:01:15,600 Red Bull boleh tunjuk kemampuan tahun depan? 19 00:01:16,200 --> 00:01:19,520 Serta siapa bakal rebut tempat ketiga Kejuaraan Pembina? 20 00:01:22,160 --> 00:01:23,600 Kedudukan kami kukuh. 21 00:01:23,680 --> 00:01:24,880 Ini saat penentuan. 22 00:01:24,960 --> 00:01:27,040 Terpulang kepada kegigihan kita. 23 00:01:30,320 --> 00:01:34,640 MENGHAMPIRI GARISAN PENAMAT 24 00:01:38,520 --> 00:01:42,080 MARINA YAS ABU DHABI 25 00:01:44,600 --> 00:01:47,360 Perebutan tempat ketiga Juara Pembina sengit. 26 00:01:47,440 --> 00:01:48,440 WARTAWAN F1 27 00:01:48,520 --> 00:01:49,680 Sudah lumba terakhir… 28 00:01:49,760 --> 00:01:50,800 Hai. 29 00:01:50,880 --> 00:01:53,680 …tapi masih ada perebutan sesengit ini. 30 00:01:54,160 --> 00:01:57,400 Kami sudah ada pelan. Semua berjalan lancar. 31 00:01:57,480 --> 00:01:59,160 Kini saat penentuannya. 32 00:01:59,240 --> 00:02:02,880 JUMAAT HARI LATIHAN 33 00:02:05,800 --> 00:02:10,080 Kini kita tiba ke sesi latihan bebas yang terakhir bagi tahun 2020. 34 00:02:10,600 --> 00:02:12,520 Persaingan antara Racing Point… 35 00:02:13,120 --> 00:02:15,280 Tayar tak boleh terlalu panas. 36 00:02:15,360 --> 00:02:16,640 …Renault… 37 00:02:16,720 --> 00:02:19,560 Tentu panas balik. Mungkin dalam 30 darjah. 38 00:02:20,080 --> 00:02:21,400 …serta kami. 39 00:02:21,480 --> 00:02:23,840 Baik, kita mesti menang. 40 00:02:25,480 --> 00:02:27,520 Sudah tentu kita mahu memanfaatkan 41 00:02:27,600 --> 00:02:29,360 masalah orang lain, 42 00:02:29,440 --> 00:02:30,520 PEMANDU MCLAREN 43 00:02:30,600 --> 00:02:34,200 …tapi kita mesti sedar kita sendiri mungkin akan bermasalah. 44 00:02:35,320 --> 00:02:38,600 Sebenarnya kami sangka Racing Point dapat tempat ketiga 45 00:02:38,680 --> 00:02:41,240 jadi kami sudah sasarkan mereka. 46 00:02:41,320 --> 00:02:43,880 Kami tahu tentu sengit dengan Renault. 47 00:02:43,960 --> 00:02:46,240 Awak rasa kita ada harapan di sana? 48 00:02:47,120 --> 00:02:48,560 Saya tak pernah rasa 49 00:02:48,640 --> 00:02:49,560 PEMANDU RENAULT 50 00:02:49,640 --> 00:02:52,960 …teruja begini untuk merebut tempat ketiga kejuaraan. 51 00:02:53,560 --> 00:02:55,320 Ia begitu menjerihkan. 52 00:02:58,120 --> 00:03:00,440 Racing Point pernah di tempat ketiga. 53 00:03:00,520 --> 00:03:02,840 McLaren pernah, kami pun pernah. 54 00:03:04,640 --> 00:03:07,960 Memang sengit, tapi kami perlu fokus pada perlumbaan ini 55 00:03:08,040 --> 00:03:09,760 dan merebut kedudukan selesa. 56 00:03:09,840 --> 00:03:10,840 Itu harapan kami. 57 00:03:10,920 --> 00:03:12,080 PEMANDU RACING POINT 58 00:03:12,840 --> 00:03:15,520 Saya hanya mahu berjuang habis-habisan nanti. 59 00:03:16,040 --> 00:03:17,760 Itu yang saya mahu buat. 60 00:03:29,040 --> 00:03:30,720 Di jentera Daniel Ricciardo. 61 00:03:31,920 --> 00:03:32,880 Syabas! 62 00:03:32,960 --> 00:03:35,600 Kalau dapat kekalkan ini, pasti bagus. 63 00:03:38,040 --> 00:03:40,160 Okey, ini kelajuan saya sekarang. 64 00:03:42,080 --> 00:03:43,520 Persembahan menakjubkan. 65 00:03:44,040 --> 00:03:46,000 Pecutannya luar biasa. 66 00:03:47,480 --> 00:03:53,800 Biasalah, saya memang ada bakat semula jadi yang hebat. 67 00:03:53,880 --> 00:03:57,240 Tak ada manusia lain yang segagah saya. 68 00:04:00,360 --> 00:04:03,520 Sektor terakhir Daniel Ricciardo mencatat masa bagus. 69 00:04:07,080 --> 00:04:09,880 Susah betul mahu merendah diri. 70 00:04:10,760 --> 00:04:12,040 Sangat susah! 71 00:04:13,520 --> 00:04:14,880 Gurau sajalah. 72 00:04:18,520 --> 00:04:21,720 Daniel Ricciardo mengungguli sektor terakhir 73 00:04:21,800 --> 00:04:23,480 dengan masa kedua terpantas. 74 00:04:27,280 --> 00:04:29,760 Pencapaian saya meningkat saban tahun. 75 00:04:30,320 --> 00:04:33,240 Dalam hati saya, saya tahu saya ada peningkatan. 76 00:04:33,320 --> 00:04:36,760 Baik daripada segi mengawal tekanan atau pun emosi. 77 00:04:37,800 --> 00:04:41,840 Saya juga ada pengalaman. Ini tahun kesepuluh saya dalam Formula 1. 78 00:04:42,640 --> 00:04:45,200 Saya sudah capai kedudukan yang unik. 79 00:04:45,280 --> 00:04:48,680 Saya masih ada keinginan dan keazaman 80 00:04:48,760 --> 00:04:50,320 untuk mengerah jentera 81 00:04:50,400 --> 00:04:52,600 dan saya juga ada ilmu dan pengalaman 82 00:04:52,680 --> 00:04:54,400 setelah 10 tahun berlumba. 83 00:04:57,080 --> 00:04:58,080 EIFEL JERMAN 84 00:04:58,160 --> 00:04:59,240 Saya dapat podium? 85 00:04:59,320 --> 00:05:00,560 ENAM PERLUMBAAN LEPAS 86 00:05:00,640 --> 00:05:01,760 Saya dapat podium? 87 00:05:03,000 --> 00:05:04,760 Berjaya dapat podium! 88 00:05:04,840 --> 00:05:05,720 Itu dia! 89 00:05:07,480 --> 00:05:08,520 Luar biasa! 90 00:05:09,600 --> 00:05:13,200 Daniel Ricciardo merangkul tempat ketiga 91 00:05:13,280 --> 00:05:17,880 sekali gus bawa Renault naik podium buat kali pertama sejak 2011 di Malaysia. 92 00:05:18,480 --> 00:05:19,480 Podium, Daniel! 93 00:05:19,560 --> 00:05:20,720 Terima kasih. 94 00:05:20,800 --> 00:05:21,720 Tahniah. 95 00:05:22,880 --> 00:05:25,360 Bagi setiap pusingan Daniel, 96 00:05:25,440 --> 00:05:28,840 sudah tentu saya rasa gembira, puas hati dan girang 97 00:05:29,440 --> 00:05:31,520 tapi saya sedih pada masa yang sama 98 00:05:31,600 --> 00:05:34,520 sebab kami dapat lihat betapa ruginya kami nanti. 99 00:05:37,120 --> 00:05:39,240 Macam naik podium kali pertama lagi. 100 00:05:39,320 --> 00:05:42,640 Saya rindukan perasaan itu. Sudah tentu saya gembira. 101 00:05:45,480 --> 00:05:48,560 Saya faham, dia tentu mahu menunjukkan kepada kami 102 00:05:49,120 --> 00:05:51,120 sehingga ke perlumbaan terakhir, 103 00:05:51,200 --> 00:05:54,520 dia masih mahu kotakan janjinya beberapa tahun lalu. 104 00:05:55,120 --> 00:05:58,120 Maaf, tapi saya masih rasa tersinggung. 105 00:05:58,200 --> 00:05:59,640 Ini belum berakhir lagi. 106 00:06:03,000 --> 00:06:04,080 Kami ada bertaruh. 107 00:06:04,160 --> 00:06:07,600 Kalau saya naik podium, dia mesti buat cacah. 108 00:06:09,960 --> 00:06:13,800 Saya hanya cadangkannya sebab saya sudah ada cacah. 109 00:06:13,880 --> 00:06:16,400 Saya tanya, dia ada cacah tak? 110 00:06:16,480 --> 00:06:19,160 Dia kata tak ada. Jadi bertaruh buat cacahlah. 111 00:06:19,240 --> 00:06:20,200 Dia setuju saja. 112 00:06:24,080 --> 00:06:27,640 Baik, jika dia naik podium, saya akan buat cacah! 113 00:06:31,120 --> 00:06:33,800 Ini kemampuan sebenar kami 114 00:06:34,480 --> 00:06:35,920 dan kami memenuhinya. 115 00:06:41,800 --> 00:06:43,520 Awak pernah datang sini? 116 00:06:43,600 --> 00:06:44,720 - Bufet ini? - Tak. 117 00:06:44,800 --> 00:06:46,920 - Makan tengah hari? - Hari itu okey. 118 00:06:47,000 --> 00:06:48,960 Ambil makanan sihat, ya? 119 00:06:49,440 --> 00:06:51,240 Kadang-kadang saya rasa muak. 120 00:06:51,320 --> 00:06:53,760 Kali pertama tak tengok pencuci mulut. 121 00:06:54,280 --> 00:06:55,880 Awak itu macam DBKL! 122 00:06:55,960 --> 00:06:57,240 Itu buku apa? 123 00:06:57,320 --> 00:07:00,240 Saya patut beri kepada awak. Tengoklah. 124 00:07:00,320 --> 00:07:02,760 Ini cacah-cacah paling hodoh. 125 00:07:02,840 --> 00:07:05,320 - Oh Tuhan! - Ini untuk Cyril! 126 00:07:06,520 --> 00:07:07,640 Tidak! 127 00:07:07,720 --> 00:07:10,720 Tak sangka boleh seronok mahu dapatkan cacah. 128 00:07:11,200 --> 00:07:13,000 Cacah Homer Simpson ini lawa. 129 00:07:13,080 --> 00:07:15,760 Ada tengok cacah Judge Judy pula? 130 00:07:17,160 --> 00:07:19,360 Hari itu saya ada tanya dia. 131 00:07:19,440 --> 00:07:21,280 Dia kata nak buat di buku lali. 132 00:07:21,360 --> 00:07:23,560 - Ya. - Itu tempat paling menyakitkan! 133 00:07:23,640 --> 00:07:26,000 - Mungkin dia fikir… - Senang mahu sorok. 134 00:07:26,600 --> 00:07:28,120 Beri ini kepada Cyril. 135 00:07:28,600 --> 00:07:30,640 Buku cacah-cacah paling hodoh. 136 00:07:32,520 --> 00:07:34,840 Saya bukan tak yakin dengan pasukan. 137 00:07:34,920 --> 00:07:36,840 Bukan bertaruh kami akan kalah. 138 00:07:36,920 --> 00:07:42,240 Malah saya akan mengotakan janji saya dengan penuh senang hati. 139 00:07:42,320 --> 00:07:43,800 Janji kami dapat podium. 140 00:07:48,000 --> 00:07:49,560 Dapat berjemur sikit! 141 00:07:54,000 --> 00:07:55,040 Buah segar? 142 00:07:55,600 --> 00:07:56,600 Untuk awak? 143 00:07:56,680 --> 00:07:57,600 Terima kasih. 144 00:07:57,680 --> 00:07:59,800 Bukan untuk dia. Bukan. 145 00:07:59,880 --> 00:08:00,720 Untuk kami. 146 00:08:00,800 --> 00:08:02,160 Tak. Letak sini. 147 00:08:02,240 --> 00:08:03,840 Saya atlet yang perlu itu. 148 00:08:03,920 --> 00:08:06,120 Kenapa dia pula yang penting? 149 00:08:06,200 --> 00:08:07,160 Sebab dia bayar. 150 00:08:07,240 --> 00:08:08,440 Tapi letak di sini. 151 00:08:09,440 --> 00:08:11,280 Dalam merebut tempat ketiga, 152 00:08:11,360 --> 00:08:14,720 kami ketinggalan belakang kawan kami dalam Racing Point. 153 00:08:14,800 --> 00:08:15,840 PEMANDU MCLAREN 154 00:08:15,920 --> 00:08:19,120 Lebih sikit daripada Renault dan Ferrari. 155 00:08:19,200 --> 00:08:20,560 Terima kasih. 156 00:08:20,640 --> 00:08:23,160 Tiba-tiba daripada kedudukan terbawah, 157 00:08:23,240 --> 00:08:25,600 kami ada peluang masuk carta tengah. 158 00:08:26,200 --> 00:08:30,280 Kami banyak mengumpul mata untuk mengejar kedua-dua pasukan itu. 159 00:08:31,040 --> 00:08:32,600 Baik kita pasang… 160 00:08:36,640 --> 00:08:37,720 Ini dia. 161 00:08:40,760 --> 00:08:42,720 Carlos dapat podium musim lepas 162 00:08:43,240 --> 00:08:47,360 jadi ramai orang sudah anggap dia ayam tambatan pasukan. 163 00:08:47,440 --> 00:08:50,160 Sedangkan itulah yang saya mahu. 164 00:08:50,240 --> 00:08:54,320 Tapi semakin lama musim berjalan, kedudukan mula berubah dan saya 165 00:08:54,400 --> 00:08:56,200 mulakan tahun dengan podium. 166 00:08:56,280 --> 00:09:00,080 Orang mula sedar saya ada potensi tersembunyi. 167 00:09:00,160 --> 00:09:01,680 Apa khabar? 168 00:09:01,760 --> 00:09:03,160 Agak sakit lepas… 169 00:09:04,200 --> 00:09:05,400 - Main golf? - Ya. 170 00:09:05,480 --> 00:09:06,640 - Sakit, ya? - Ya. 171 00:09:06,720 --> 00:09:09,680 - Awak main golf apa? - Golf lelaki. 172 00:09:11,040 --> 00:09:12,680 Kami memang bersaing rapat. 173 00:09:13,400 --> 00:09:16,960 Sebelum perlumbaan lepas, saya belakang satu mata saja. 174 00:09:17,040 --> 00:09:18,520 Sekarang lebih satu mata. 175 00:09:18,600 --> 00:09:21,720 - Berapa handikap awak? 12? - Enam belas. 176 00:09:22,280 --> 00:09:24,520 - Carlos handal. - Ya. 177 00:09:26,240 --> 00:09:30,640 Kami mahu saling menewaskan tapi kami perlu perjuangkan pasukan. 178 00:09:30,720 --> 00:09:34,400 Tak ada seorang pemandu kuat dan seorang pemandu lemah. 179 00:09:35,280 --> 00:09:37,000 Kami saling mendesak, mungkin 180 00:09:37,080 --> 00:09:39,840 kami pasangan paling sengit berlawan 181 00:09:39,920 --> 00:09:43,120 semasa pusingan kelayakan dan perlumbaan sebenar. 182 00:09:43,960 --> 00:09:44,840 Mesti rapat. 183 00:09:44,920 --> 00:09:46,280 - Mesti rapat. - Ya. 184 00:09:46,360 --> 00:09:49,440 Racing Point pasukan ketiga terbaik sepanjang tahun. 185 00:09:49,520 --> 00:09:52,080 Kami akan rindukan Carlos. Kami suka dia. 186 00:09:52,160 --> 00:09:53,880 Tapi, kami tak sabar. 187 00:09:53,960 --> 00:09:54,800 CEO MCLAREN 188 00:09:54,880 --> 00:09:59,360 Dalam beberapa perlumbaan lagi, kami ada Daniel dan Lando 189 00:09:59,440 --> 00:10:02,440 dan diharapkan kami akan meningkat lebih lagi. 190 00:10:03,040 --> 00:10:05,560 Apa pendapat Daniel bila memandunya nanti? 191 00:10:06,160 --> 00:10:08,840 Ada sebabnya orang kata dia istimewa 192 00:10:08,920 --> 00:10:12,000 dan lebih bagus daripada sebahagian besar pelumba. 193 00:10:12,080 --> 00:10:14,560 Dia banyak kali memenangi perlumbaan 194 00:10:14,640 --> 00:10:18,200 dan pernah bekerja dengan banyak pasukan lain. 195 00:10:18,280 --> 00:10:21,000 Saya tak sabar mahu belajar daripada dia. 196 00:10:22,000 --> 00:10:25,560 SABTU PUSINGAN KELAYAKAN 197 00:10:26,480 --> 00:10:28,560 Selamat datang ke litar Marina Yas. 198 00:10:28,640 --> 00:10:31,720 Tinggal satu lagi percubaan terakhir membelah litar 199 00:10:31,800 --> 00:10:34,200 sebelum Grand Prix Abu Dhabi. 200 00:10:34,280 --> 00:10:36,760 Pusingan kelayakan terakhir musim ini. 201 00:10:40,920 --> 00:10:44,840 Sepanjang minggu ini Renault meninggalkan Racing Point dan McLaren. 202 00:10:45,800 --> 00:10:49,040 Kedudukan tiang bagi Grand Prix kali ini sangat penting. 203 00:10:49,120 --> 00:10:53,160 Lima perlumbaan lepas dimenangi pemegang kedudukan tiang di sini. 204 00:10:58,160 --> 00:11:00,640 Empat tempat teratas dengan beza 0.15 saat. 205 00:11:00,720 --> 00:11:03,600 Kini Red Bull bergasak dengan Mercedes. 206 00:11:05,520 --> 00:11:09,160 Sedikit perubahan dilihat pada Mercedes malam ini 207 00:11:09,240 --> 00:11:12,200 yang layak menduduki petak pertama dan kedua 208 00:11:12,280 --> 00:11:15,680 bagi enam Grand Prix sebelum ini di Abu Dhabi. 209 00:11:16,880 --> 00:11:20,240 Kini Daniel Ricciardo dari Renault pasti rasa tertekan 210 00:11:20,320 --> 00:11:22,120 hanya untuk masuk tempoh Q3. 211 00:11:23,600 --> 00:11:26,440 Lando Norris dari McLaren juga pasti tertekan. 212 00:11:26,520 --> 00:11:28,160 Lihat pula Lance Stroll. 213 00:11:28,240 --> 00:11:29,960 Mampukah dia masuk tempoh Q3? 214 00:11:30,040 --> 00:11:31,480 Itu patut boleh. 215 00:11:33,960 --> 00:11:38,160 Lewis meluncur penuh yakin dalam pusingan kelayakan ini. 216 00:11:47,720 --> 00:11:51,040 Hamilton lintas garisan. Dia kembali ke posisi tiang. 217 00:11:51,120 --> 00:11:52,720 Siapa boleh cabar dia? 218 00:11:58,840 --> 00:12:00,520 Mungkin Max Verstappen? 219 00:12:00,600 --> 00:12:03,120 Posisinya terbaik di sektor tengah. 220 00:12:03,200 --> 00:12:05,080 Tadi baru lambat 0.1 saat saja. 221 00:12:05,160 --> 00:12:08,400 Max Verstappen dapat posisi tiang bagi kemuncak musim. 222 00:12:12,320 --> 00:12:14,400 Posisi tiang! Itu baru bagus! 223 00:12:14,920 --> 00:12:16,600 - Syabas. - Bagus! 224 00:12:16,680 --> 00:12:18,280 Tahniah, semua! 225 00:12:18,360 --> 00:12:21,240 Syabas, Max. Pusingan hebat. Tahniah! 226 00:12:22,400 --> 00:12:23,800 Puas hati saya! 227 00:12:23,880 --> 00:12:26,640 Syabas, semua. Hebat! 228 00:12:28,040 --> 00:12:30,160 Kini Lando Norris memecut garang. 229 00:12:30,240 --> 00:12:32,520 Dengan kelajuan 200 batu sejam. 230 00:12:32,600 --> 00:12:34,280 P4. Tahniah. 231 00:12:34,360 --> 00:12:35,360 Bagus! 232 00:12:37,680 --> 00:12:38,800 Bagus. 233 00:12:41,800 --> 00:12:44,800 Daniel Ricciardo gagal mendapat tempat 10 teratas 234 00:12:44,880 --> 00:12:48,280 dengan beza hanya 0.04 saat daripada rakan sepasukannya. 235 00:12:48,360 --> 00:12:49,880 Agak memeranjatkan. 236 00:12:49,960 --> 00:12:54,240 Saya sebenarnya menjangka dia dapat memasuki Q3 dengan selesa. 237 00:12:55,160 --> 00:12:57,120 Kedua-dua Renault terkeluar. 238 00:12:59,880 --> 00:13:03,480 Lance Stroll sekadar mendapat petak kelapan. Malang sungguh. 239 00:13:03,560 --> 00:13:06,280 Racing Point tentu sudah gelisah sekarang. 240 00:13:10,240 --> 00:13:12,760 Saya hampa. Saya nak tempat bagus. 241 00:13:12,840 --> 00:13:16,760 Tapi, mengharungi kekecewaan dan mengatasi perasaan itu 242 00:13:16,840 --> 00:13:21,080 adalah sesuatu yang saya cuba belajar semakin saya meningkat dewasa. 243 00:13:32,680 --> 00:13:33,960 Dapat luncur ombak! 244 00:13:36,920 --> 00:13:38,000 Cantik. 245 00:13:42,680 --> 00:13:46,400 Bila difikirkan balik, musim ini banyak kenangan juga. 246 00:13:46,920 --> 00:13:48,600 Memang seronok bila berjaya. 247 00:13:48,680 --> 00:13:51,200 Beberapa minggu lalu saya di posisi tiang. 248 00:13:52,400 --> 00:13:54,160 Itu dia Lance Stroll. 249 00:13:54,240 --> 00:13:56,960 Stroll lintas garisan, merebut kedudukan tiang! 250 00:13:57,040 --> 00:13:58,720 1:47.7. 251 00:13:59,560 --> 00:14:01,760 Ia pencapaian yang hebat. 252 00:14:01,840 --> 00:14:03,280 Bagus, semua! 253 00:14:05,720 --> 00:14:06,720 Berjaya! 254 00:14:07,520 --> 00:14:09,440 Kita menyimpan banyak impian. 255 00:14:09,520 --> 00:14:11,640 Antaranya mahu berdiri atas podium, 256 00:14:11,720 --> 00:14:13,800 menang perlumbaan, kedudukan tiang. 257 00:14:14,400 --> 00:14:17,800 Brad! Awak mesti cakap! Saya dapat kedudukan tiang! 258 00:14:18,320 --> 00:14:19,800 Awak mesti cakap! 259 00:14:21,760 --> 00:14:24,480 Awak dapat kedudukan tiang, Lance. 260 00:14:24,560 --> 00:14:26,120 Berjaya! 261 00:14:26,920 --> 00:14:28,200 Saya suka kerja saya. 262 00:14:29,320 --> 00:14:32,600 Lance berjaya juga merebut kedudukan tiang 263 00:14:32,680 --> 00:14:34,240 KETUA PASUKAN RACING POINT 264 00:14:34,320 --> 00:14:36,440 …dan itu membuktikan bakatnya. 265 00:14:37,200 --> 00:14:41,440 Selepas itu di Bahrain, kami mengumpul agak banyak mata juga. 266 00:14:42,000 --> 00:14:46,400 Sergio Perez telah memenangi Grand Prix Sakhir! 267 00:14:49,040 --> 00:14:52,800 Ini kali pertama Racing Point membolot dua kedudukan podium! 268 00:14:52,880 --> 00:14:55,320 Lance Stroll pula merebut tempat ketiga! 269 00:14:56,040 --> 00:14:59,680 Tahniah, Lance. Pasukan kita dapat tempat pertama dan ketiga. 270 00:15:00,360 --> 00:15:01,440 Syabas, semua. 271 00:15:02,680 --> 00:15:04,560 Tapi, kadang-kadang 272 00:15:06,120 --> 00:15:08,400 impian kita takkan selalunya tercapai. 273 00:15:11,080 --> 00:15:13,600 Dani Kvyat cuba menyelit. 274 00:15:13,680 --> 00:15:15,040 Mereka bergesel! 275 00:15:15,560 --> 00:15:16,760 Kemalangan besar! 276 00:15:17,880 --> 00:15:18,920 Awak okey? 277 00:15:19,760 --> 00:15:20,760 Ya, okey. 278 00:15:21,640 --> 00:15:24,640 Selepas itu, macam-macam pula terjadi. 279 00:15:25,160 --> 00:15:26,520 Itu dia Sergio Perez. 280 00:15:28,680 --> 00:15:30,160 Ada kepulan asap! 281 00:15:30,240 --> 00:15:33,040 Malangnya Sergio Perez pasti sudah terkeluar. 282 00:15:43,480 --> 00:15:44,960 Itulah adat perlumbaan. 283 00:15:45,040 --> 00:15:47,720 Ada masa menang, ada masa kalah. 284 00:15:53,000 --> 00:15:54,440 Sudah tentu kami kecewa. 285 00:15:54,520 --> 00:15:57,400 Kami semua kecewa selepas perlumbaan itu. 286 00:15:57,920 --> 00:16:01,280 Tapi, saya masih belajar. Kita belajar setiap hari. 287 00:16:01,360 --> 00:16:03,520 Dapat naik ombak enam meter tadi? 288 00:16:04,000 --> 00:16:06,120 - Ya. Awak hebat tadi. - Ya. 289 00:16:06,720 --> 00:16:09,280 Saya mahu kekalkan prestasi, tingkatkannya 290 00:16:09,360 --> 00:16:11,480 dan capai lebih banyak kejayaan. 291 00:16:12,360 --> 00:16:16,600 Saya baru 22 tahun. Saya pasti akan bertambah baik. 292 00:16:16,680 --> 00:16:17,640 Harap-haraplah. 293 00:16:21,720 --> 00:16:25,160 Kita menghampiri penamat musim Formula 1 bagi tahun 2020. 294 00:16:25,240 --> 00:16:29,960 Setelah 17 perlumbaan dan pusingan sejauh 3249 batu, 295 00:16:30,040 --> 00:16:31,280 kini tiba masanya 296 00:16:31,360 --> 00:16:35,840 bagi menentukan pemenang tempat ketiga bagi Kejuaraan Pembina. 297 00:16:35,920 --> 00:16:39,840 AHAD HARI PERLUMBAAN 298 00:16:43,800 --> 00:16:45,920 Ada jutaan sebab 299 00:16:46,000 --> 00:16:48,920 untuk bertanding dalam Kejuaraan Pembina. 300 00:16:49,840 --> 00:16:53,760 Bukan sebab harga diri saja. Tapi, ia lumayan. Sangat lumayan! 301 00:16:55,560 --> 00:16:59,040 Racing Point lebih 10 mata depan McLaren, tinggal satu perlumbaan. 302 00:16:59,120 --> 00:17:00,480 Itu mudah dicabar. 303 00:17:01,440 --> 00:17:04,400 Kalau dulu, saya akan yakin menjawab Renault. 304 00:17:05,000 --> 00:17:08,200 Tapi, sekarang McLaren pula di belakang kami. 305 00:17:09,240 --> 00:17:13,080 Musim ini, jentera Racing Point asyik catat masa ketiga terpantas. 306 00:17:13,160 --> 00:17:15,480 Jika bawah daripada tempat ketiga, 307 00:17:15,560 --> 00:17:17,000 mereka boleh dikatakan 308 00:17:18,240 --> 00:17:19,080 sudah gagal. 309 00:17:21,120 --> 00:17:24,520 Kami kini berusaha untuk maju ke hadapan dalam medan ini. 310 00:17:24,600 --> 00:17:27,880 Kami pernah dapat tempat kesembilan, keenam, keempat 311 00:17:28,480 --> 00:17:32,680 dan kini kami akan bergelut mendapatkan tempat ketiga dalam kejuaraan. 312 00:17:33,480 --> 00:17:36,120 Renault agak ketinggalan kali ini. 313 00:17:36,200 --> 00:17:37,680 12 mata belakang McLaren 314 00:17:37,760 --> 00:17:40,480 dan mereka 10 mata belakang Racing Point. 315 00:17:41,200 --> 00:17:43,840 Mengenangkan semua pertelingkahan tahun ini 316 00:17:43,920 --> 00:17:45,920 antara Racing Point dan Renault, 317 00:17:46,520 --> 00:17:51,000 sudah tentu Cyril beria-ia mahu tempat ketiga dalam Kejuaraan Pembina 318 00:17:51,080 --> 00:17:52,200 mengalahkan mereka. 319 00:17:53,800 --> 00:17:55,480 Musim ini, Racing Point… 320 00:17:56,480 --> 00:18:00,200 Tiada siapa menyangka pasukan sekecil itu 321 00:18:00,280 --> 00:18:02,240 menunjukkan prestasi sebegitu. 322 00:18:03,080 --> 00:18:08,400 Sudah tentu kedudukan ketiga atas podium bagi Kejuaraan Pembina 323 00:18:08,480 --> 00:18:10,440 akan menjadi pencapaian manis. 324 00:18:16,040 --> 00:18:19,160 Dalam perlumbaan ini, apa-apa sahaja mungkin terjadi. 325 00:18:19,240 --> 00:18:21,680 Kita boleh rasakan ketegangannya. 326 00:18:29,280 --> 00:18:32,200 Dengan mendahului McLaren sebanyak 10 mata, 327 00:18:32,280 --> 00:18:34,440 Racing Point bakal memberi cabaran. 328 00:18:34,520 --> 00:18:37,000 Dalam perlumbaan terakhir untuk pasukan, 329 00:18:37,080 --> 00:18:40,520 Daniel Ricciardo bersama Renault tak boleh diremehkan. 330 00:18:41,920 --> 00:18:43,880 Inilah masanya, Tom. 331 00:18:44,400 --> 00:18:45,720 Permulaan normal. 332 00:18:49,400 --> 00:18:50,720 Semoga berjaya. 333 00:18:50,800 --> 00:18:53,600 Saya yakin kita boleh berjaya. Saya yakin. 334 00:19:01,320 --> 00:19:03,920 Walau apa jadi hari ini, terima kasih. 335 00:19:04,440 --> 00:19:05,400 Kerjakan mereka. 336 00:19:06,000 --> 00:19:07,080 Buat sehabis baik. 337 00:19:07,760 --> 00:19:09,320 Ya. Terima kasih, semua. 338 00:19:09,400 --> 00:19:10,560 55 pusingan. 339 00:19:10,640 --> 00:19:11,800 Buat sehabis baik. 340 00:19:20,480 --> 00:19:22,480 Buat kali terakhir, 341 00:19:22,560 --> 00:19:24,040 perlumbaan 2020 bermula! 342 00:19:28,360 --> 00:19:32,280 Verstappen tinggalkan Bottas. Norris masih belakang Lewis Hamilton. 343 00:19:32,360 --> 00:19:34,840 Kita masuk zon brek besar pertama. 344 00:19:36,480 --> 00:19:38,800 Daniel Ricciardo bawa Ferrari di selekoh tajam 345 00:19:38,880 --> 00:19:41,000 dan berjaya pintas Sebastian Vettel. 346 00:19:42,000 --> 00:19:45,240 Sekarang awak paling laju sampai tempat keempat. 347 00:19:45,960 --> 00:19:47,120 Ya, faham. 348 00:20:01,400 --> 00:20:02,920 Itu dia Lance Stroll. 349 00:20:04,160 --> 00:20:07,560 Hanya beza dua mata antara McLaren dan Racing Point 350 00:20:07,640 --> 00:20:10,080 kerana Stroll di tempat ketujuh kini. 351 00:20:11,760 --> 00:20:14,200 Sergio Perez masih di belakang. 352 00:20:16,040 --> 00:20:17,360 Enjin macam lemah. 353 00:20:20,320 --> 00:20:22,280 Enjin mati sekali lagi. 354 00:20:22,800 --> 00:20:23,960 Dah mati. 355 00:20:25,280 --> 00:20:30,520 Kekecewaan yang amat perit bagi Perez dan pasukan Racing Point. 356 00:20:30,600 --> 00:20:32,000 Biar betul? 357 00:20:32,680 --> 00:20:35,080 Punahlah cita-cita pasukan ini 358 00:20:35,160 --> 00:20:37,720 untuk tempat ketiga dalam Kejuaraan Pembina. 359 00:20:39,000 --> 00:20:40,040 Apa jadi? 360 00:20:40,560 --> 00:20:41,880 Enjin Perez mati. 361 00:20:42,640 --> 00:20:44,120 Itu baru seronok! 362 00:20:46,400 --> 00:20:47,720 Ayuh, Carlos! 363 00:20:50,720 --> 00:20:54,560 Daniel Ricciardo di tempat kelima, jauhkan diri dari jentera lain. 364 00:20:55,520 --> 00:20:58,280 - Norris di belakang. - Okey. 365 00:21:00,680 --> 00:21:03,800 Kita patut lebih cepat daripada Ricciardo di depan. 366 00:21:03,880 --> 00:21:05,000 Ya, betul. 367 00:21:05,080 --> 00:21:06,520 Macam ada harapan. 368 00:21:07,000 --> 00:21:09,640 McLaren bakal sapu tempat kelima. 369 00:21:09,720 --> 00:21:12,360 Sebanyak 202 mata setakat ini 370 00:21:12,440 --> 00:21:15,840 melayakkannya merangkul tempat ketiga Kejuaraan Pembina. 371 00:21:15,920 --> 00:21:16,840 Syabas. 372 00:21:18,560 --> 00:21:22,240 Hanya Stroll wakil Racing Point yang tinggal. 373 00:21:24,440 --> 00:21:25,680 Brek tak boleh pakai! 374 00:21:25,760 --> 00:21:28,360 Jentera Stroll tak dapat membrek lancar. 375 00:21:29,120 --> 00:21:30,440 Ada masalah tayar. 376 00:21:30,920 --> 00:21:32,920 Tayar tak cengkam! 377 00:21:33,000 --> 00:21:34,960 Saya cuba brek, tapi terkunci. 378 00:21:37,080 --> 00:21:40,240 Kita boleh faham keresahan Racing Point sekarang. 379 00:21:40,320 --> 00:21:43,480 Pierre Gasly menyelit sebelah Lance Stroll. 380 00:21:43,560 --> 00:21:47,240 Dia memintas Racing Point. Mereka ada bergesel sedikit. 381 00:21:47,760 --> 00:21:51,640 Kita memang tak tahu buat sistem kekalkan suhu langsung. 382 00:21:51,720 --> 00:21:54,160 Stroll perlu mengawasi belakangnya. 383 00:21:54,240 --> 00:21:57,200 Esteban Ocon pula meluru dengan laju. 384 00:22:00,240 --> 00:22:05,320 Max Verstappen mula dari posisi tiang dan mendahului setiap pusingan perlumbaan. 385 00:22:06,760 --> 00:22:10,200 Dia masuk selekoh terakhir, dia nampak bendera berpetak. 386 00:22:10,280 --> 00:22:13,360 Verstappen menang di Grand Prix Abu Dhabi 387 00:22:13,440 --> 00:22:17,040 sekali gus menamatkan musim dengan penuh bergaya 388 00:22:17,600 --> 00:22:20,200 bagi beliau dan juga Red Bull. 389 00:22:24,120 --> 00:22:26,400 Norris lintas garisan di tempat kelima 390 00:22:26,480 --> 00:22:29,640 dan rakan sepasukannya Carlos Sainz di tempat keenam. 391 00:22:33,880 --> 00:22:34,920 Bagus! 392 00:22:36,200 --> 00:22:38,280 Daniel Ricciardo tempat ketujuh. 393 00:22:38,360 --> 00:22:39,560 Syabas. 394 00:22:40,160 --> 00:22:41,040 Terima kasih. 395 00:22:42,160 --> 00:22:45,120 Esteban Ocon berebut dengan Racing Point 396 00:22:45,200 --> 00:22:47,120 untuk tempat kesembilan. 397 00:22:47,200 --> 00:22:49,000 Ocon hidupkan DRS. 398 00:22:49,080 --> 00:22:50,400 Brad, jangan kacau. 399 00:22:50,480 --> 00:22:51,360 Ayuh! 400 00:22:56,560 --> 00:22:57,520 Ya! 401 00:22:58,320 --> 00:23:02,000 Esteban Ocon menunjukkan taring pada saat terakhir. 402 00:23:03,800 --> 00:23:06,440 Esteban Ocon mendapat tempat kesembilan. 403 00:23:06,520 --> 00:23:07,600 Bagus! 404 00:23:08,080 --> 00:23:09,520 Akhir-akhir baru dapat! 405 00:23:10,560 --> 00:23:12,640 Syabas. Usaha yang bagus. 406 00:23:12,720 --> 00:23:17,040 Lance Stroll gagal merebut mata yang diperlukan Racing Point. 407 00:23:22,160 --> 00:23:23,040 Mantap. 408 00:23:24,640 --> 00:23:27,720 Terima kasih. Ini penamat yang memuaskan hati. 409 00:23:28,360 --> 00:23:29,600 Terima kasih, Daniel. 410 00:23:29,680 --> 00:23:32,840 Kami tak sabar nak lawan awak tahun depan. 411 00:23:32,920 --> 00:23:34,120 Terima kasih. 412 00:23:34,200 --> 00:23:35,520 Malam ini kita minum. 413 00:23:36,160 --> 00:23:37,040 Boleh saja. 414 00:23:39,920 --> 00:23:40,960 Tahniah, semua. 415 00:23:41,040 --> 00:23:43,320 Lando, syabas. Bagus, Lando! 416 00:23:44,160 --> 00:23:45,040 Bagus, Zak! 417 00:23:45,120 --> 00:23:46,160 Hebat! 418 00:23:46,240 --> 00:23:49,880 Kami tahu awak pasti menang tapi kita dah cuba yang terbaik. 419 00:23:50,680 --> 00:23:51,520 Syabas. 420 00:23:53,960 --> 00:23:56,600 Tuah memainkan peranan dalam sukan ini. 421 00:23:56,680 --> 00:23:58,640 Tapi, kita wujudkan tuah sendiri 422 00:23:58,720 --> 00:24:01,280 dengan usaha keras dan pasukan mantap. 423 00:24:01,800 --> 00:24:06,160 Tahun ini, kami semua sudah berusaha dengan lebih gigih dan bertenaga. 424 00:24:06,240 --> 00:24:08,960 Langkah seterusnya bagi lebih banyak tajaan. 425 00:24:09,560 --> 00:24:13,440 Mendapatkan tempat ketiga, itu yang saya mahu bersama McLaren. 426 00:24:13,960 --> 00:24:17,160 Agar kami dapat menang perlumbaan dan kejohanan lagi. 427 00:24:17,800 --> 00:24:20,280 Kita baru berjaya dalam perlumbaan lepas. 428 00:24:21,000 --> 00:24:25,880 Jadi, kalau kita boleh bertambah baik, kalau jurutera kita pandai sikit… 429 00:24:29,600 --> 00:24:32,040 Saya nantikan musim tahun hadapan 430 00:24:32,120 --> 00:24:33,840 agar kita dapat meningkat. 431 00:24:34,360 --> 00:24:35,360 Jahatnya awak. 432 00:24:39,480 --> 00:24:41,800 MCLAREN JOHAN KETIGA KEJUARAAN PEMBINA 433 00:24:41,880 --> 00:24:42,880 Tahniah. 434 00:24:49,800 --> 00:24:51,640 Apabila meninggalkan pasukan… 435 00:24:52,440 --> 00:24:55,680 Memang tak mudah memutuskan apa-apa hubungan. 436 00:24:56,200 --> 00:24:59,240 Bila saya ingat balik awal tahun 2019 dan bandingkan 437 00:24:59,320 --> 00:25:02,840 dengan sekarang, kami benar-benar sudah mencapai sesuatu. 438 00:25:06,560 --> 00:25:08,120 Saya gembira kami berpisah 439 00:25:08,200 --> 00:25:10,760 dengan cara elok selepas dua tahun bersama. 440 00:25:14,160 --> 00:25:17,560 Daniel pemandu hebat. Sudah tentu saya sayang dia. 441 00:25:17,640 --> 00:25:19,880 Saya sayang Daniel. Kami semua sama. 442 00:25:21,680 --> 00:25:23,400 Semua orang mengalami saat… 443 00:25:24,280 --> 00:25:27,120 Kita tahu kita patut buat sesuatu 444 00:25:27,200 --> 00:25:30,760 untuk mendesak diri kita tapi kita berlengah-lengah. 445 00:25:31,360 --> 00:25:34,920 Daniel yang mendesak kami untuk melakukan perubahan. 446 00:25:35,000 --> 00:25:38,560 Kami takkan berubah langsung kalau bukan sebab Daniel. 447 00:25:38,640 --> 00:25:40,360 Sebenarnya, Cyril tanya saya. 448 00:25:41,800 --> 00:25:44,280 Dia memang mahu kotakan janjinya. 449 00:25:44,360 --> 00:25:48,520 Tapi, saya kata dengan sekatan di Eropah sekarang, mungkin susah. 450 00:25:48,600 --> 00:25:50,680 Jadi, baik tunggu tahun depan saja. 451 00:25:50,760 --> 00:25:53,040 Siapa bayar? Awak atau saya? 452 00:25:55,400 --> 00:25:57,760 Rasanya dia sudah pilih gambarnya 453 00:25:57,840 --> 00:26:01,000 dan saya juga sudah pilih saiz dan tempatnya. 454 00:26:01,080 --> 00:26:02,600 Jangan nampak sangat. 455 00:26:02,680 --> 00:26:04,480 Bukan macam Mike Tyson. 456 00:26:06,720 --> 00:26:09,720 Mungkin boleh mula dengan cacah biasa. 457 00:26:10,240 --> 00:26:15,840 Lepas itu mungkin boleh tambah gambar bejar madu. 458 00:26:15,920 --> 00:26:19,040 Tapi, tak mahulah terlalu kolot atau nampak bodoh. 459 00:26:19,120 --> 00:26:22,640 Mungkin sesuatu yang boleh dipandang dan buat dia geli hati 460 00:26:23,160 --> 00:26:25,240 untuk seumur hidupnya. 461 00:26:35,840 --> 00:26:38,920 Kami patut dapat tempat ketiga tapi itu tak mudah. 462 00:26:39,000 --> 00:26:41,680 Tahun depan, pemandu kami ialah Lance 463 00:26:41,760 --> 00:26:44,880 dan orang lama, Sebastian, juara dunia empat kali. 464 00:26:45,840 --> 00:26:48,880 Kami mahu ambil pemandu berpengalaman 465 00:26:48,960 --> 00:26:50,040 PENGERUSI 466 00:26:50,120 --> 00:26:51,680 …dalam pasukan juara dunia. 467 00:26:52,760 --> 00:26:56,080 Menggandingkan pelumba harapan dan pelumba berpengalaman 468 00:26:56,160 --> 00:26:58,080 adalah tindakan tepat. 469 00:26:58,160 --> 00:27:01,800 Siapa lagi yang lebih layak kalau bukan Sebastian Vettel, 470 00:27:01,880 --> 00:27:03,960 juara dunia empat kali? 471 00:27:04,720 --> 00:27:07,720 Lance belajar daripada Seb, tingkatkan kemahirannya 472 00:27:07,800 --> 00:27:11,480 agar dia juga akan jadi juara dunia satu hari nanti. 473 00:27:11,560 --> 00:27:13,680 Itu padanan sempurna bagi kami. 474 00:27:15,360 --> 00:27:18,920 Tahun depan Lawrence ada banyak rancangan untuk pasukan. 475 00:27:19,000 --> 00:27:20,680 Okey. Bersedia, semua. 476 00:27:21,600 --> 00:27:25,360 Aston Martin akan turut serta, nama yang gah untuk Formula 1. 477 00:27:25,440 --> 00:27:27,960 Yang penting adalah prestasi kontrak. 478 00:27:28,040 --> 00:27:30,480 Bukan mudah mahu menjayakan itu. 479 00:27:31,080 --> 00:27:32,760 Namun, itu keinginan Lawrence 480 00:27:32,840 --> 00:27:36,880 dan itu fokus kami untuk dua hingga lima tahun lagi. 481 00:27:36,960 --> 00:27:37,840 Selamat pagi. 482 00:27:38,800 --> 00:27:42,120 Asal-usul syarikat ini tercetus kerana perlumbaan. 483 00:27:42,200 --> 00:27:44,520 Ini kilang tempat kereta-kereta dibina. 484 00:27:44,600 --> 00:27:46,640 Kami membiayai kegiatan perlumbaan 485 00:27:46,720 --> 00:27:50,520 dengan membina kereta mewah rekaan khas. 486 00:27:50,600 --> 00:27:52,320 - Cantiknya. - Ya. 487 00:27:52,960 --> 00:27:56,560 Jadi, sudah tentulah Aston Martin, 488 00:27:56,640 --> 00:27:59,760 bekerjasama dengan mereka, 489 00:27:59,840 --> 00:28:02,440 lalu terhasillah Racing Point hari ini. 490 00:28:02,520 --> 00:28:06,240 Ini antara perkembangan terhebat dalam F1 dalam puluhan tahun. 491 00:28:06,760 --> 00:28:08,680 - Cantik warnanya. - Ya. 492 00:28:08,760 --> 00:28:12,480 Aston Martin boleh dianggap Ferrari untuk Britain. 493 00:28:12,560 --> 00:28:16,840 Pernah dikaitkan dengan James Bond, gaya kemewahan 1960-an. 494 00:28:18,160 --> 00:28:19,840 Memang menakjubkan. 495 00:28:20,480 --> 00:28:23,800 Kita teruja melihat semua produk mewah ini 496 00:28:23,880 --> 00:28:27,160 yang akan dipromosikan Formula 1 dan ada di litar nanti. 497 00:28:27,240 --> 00:28:28,440 Begitu indah. 498 00:28:29,760 --> 00:28:32,400 Ini pusat rekaan kami. 499 00:28:32,920 --> 00:28:35,760 Merrick Reitman, ketua pengarah kreatif kami 500 00:28:35,840 --> 00:28:36,760 dan pasukannya… 501 00:28:36,840 --> 00:28:38,120 Helo, Merrick. 502 00:28:38,200 --> 00:28:43,640 …kini akan menunjukkan replika untuk jentera kami 503 00:28:43,720 --> 00:28:45,440 di litar tahun depan. 504 00:28:45,520 --> 00:28:47,760 - Apa khabar? - Sihat. 505 00:28:47,840 --> 00:28:51,840 Jadi kami sudah reka warna hijau yang amat moden 506 00:28:51,920 --> 00:28:55,560 dengan kesan dwikromatik. Apa maksudnya? 507 00:28:55,640 --> 00:28:57,640 Ia berkilau bawah cahaya matahari. 508 00:28:59,240 --> 00:29:00,360 Sangat menakjubkan. 509 00:29:00,440 --> 00:29:02,680 Tengok begini pun dah tahu laju. 510 00:29:02,760 --> 00:29:03,640 Betul. Ya. 511 00:29:04,320 --> 00:29:07,240 Asalkan ia laju atas litar. Tapi bagus. 512 00:29:08,120 --> 00:29:11,760 Tahun ini ramai cemburu dengan prestasi kami di litar. 513 00:29:11,840 --> 00:29:14,200 Mereka tentu akan lebih berapi 514 00:29:14,280 --> 00:29:16,520 bila tengok prestasi kami tahun depan. 515 00:29:21,880 --> 00:29:22,880 Tahun ini sukar. 516 00:29:22,960 --> 00:29:26,600 Apabila pandemik melanda, kami tak pasti kami boleh teruskan. 517 00:29:26,680 --> 00:29:27,800 KETUA PASUKAN HAAS 518 00:29:27,880 --> 00:29:30,120 Kami terpaksa melepaskan pemandu. 519 00:29:32,320 --> 00:29:35,840 Terima kasih kepada semua, terima kasih sebab bersama Kevin. 520 00:29:35,920 --> 00:29:38,360 Hidup memang sentiasa ada turun naik. 521 00:29:38,440 --> 00:29:41,560 - Baiklah, Kevin. Ini untuk awak. - Terima kasih. 522 00:29:43,080 --> 00:29:45,000 Tahun depan ada Mick Schumacher. 523 00:29:45,080 --> 00:29:47,960 Dia pemenang Kejohanan F2 tahun ini. 524 00:29:48,040 --> 00:29:50,120 Saya Mick Schumacher, anak Michael. 525 00:29:50,200 --> 00:29:53,400 - Ini topi keledar acara 2012. - Saya berbesar hati. 526 00:29:53,480 --> 00:29:55,280 Terima kasih banyak-banyak. 527 00:29:55,360 --> 00:29:56,600 Serta Nikita Mazepin. 528 00:29:57,560 --> 00:29:59,600 Ayahnya melabur dalam pasukan. 529 00:29:59,680 --> 00:30:03,280 Keluarga mereka suka berlumba. Nikita suka berlumba. 530 00:30:03,360 --> 00:30:04,760 Ayahnya pun sama. 531 00:30:05,320 --> 00:30:09,760 Demi masa depan Haas F1, saya amat memerlukan penaja. 532 00:30:09,840 --> 00:30:11,320 Saya gembira dia ada. 533 00:30:14,640 --> 00:30:17,880 TERIMA KASIH SEB 534 00:30:17,960 --> 00:30:21,880 Saya teruja untuk bermula secepat mungkin pada tahun 2021. 535 00:30:21,960 --> 00:30:24,000 Kami ada dua pelumba muda. 536 00:30:24,080 --> 00:30:24,920 KETUA PASUKAN 537 00:30:25,000 --> 00:30:27,320 Carlos cemerlang sepanjang 2020 538 00:30:27,400 --> 00:30:30,320 jadi dia membawa pengetahuan dan pengalamannya. 539 00:30:30,400 --> 00:30:32,360 Dia amat padan dengan Charles. 540 00:30:32,440 --> 00:30:34,440 Dua-dua muda tapi berpengalaman. 541 00:30:34,520 --> 00:30:38,240 Jadi, saya yakin dengan masa depan kami. 542 00:30:40,320 --> 00:30:44,400 Untuk 2021, kami mahu meneruskan kecemerlangan kami. 543 00:30:44,480 --> 00:30:48,280 Kami tewaskan Mercedes di salah satu lokasi dominan mereka. 544 00:30:48,360 --> 00:30:49,200 KETUA PASUKAN 545 00:30:49,280 --> 00:30:52,480 Bukan sebab nasib baik saja. Kami dapat kedudukan tiang 546 00:30:52,560 --> 00:30:54,800 melawan dua jentera Mercedes itu. 547 00:30:55,760 --> 00:30:59,520 Mercedes menghasilkan jentera yang paling mencabar setakat ini. 548 00:30:59,600 --> 00:31:02,640 Merekalah penanda aras dalam Formula 1. 549 00:31:02,720 --> 00:31:06,800 Mereka merajai sukan ini selama enam tahun lepas. 550 00:31:07,400 --> 00:31:09,800 Bukan mudah untuk tewaskan mereka. 551 00:31:09,880 --> 00:31:12,240 Kami berjaya juga pada hujung tahun. 552 00:31:12,320 --> 00:31:14,440 Kami berjuang mati-matian 553 00:31:14,520 --> 00:31:16,840 tapi kami buktikan ia boleh dilakukan. 554 00:31:20,000 --> 00:31:23,840 Tahun depan kami ada Max dan Sergio yang berpengalaman. 555 00:31:23,920 --> 00:31:24,960 Kami tentu boleh. 556 00:31:25,520 --> 00:31:29,880 Cuma kami perlu buktikannya selepas 23 perlumbaan, bukan satu saja. 557 00:31:34,160 --> 00:31:37,360 Pasukan kami mengungguli sekali lagi pada tahun 2020. 558 00:31:37,440 --> 00:31:38,400 PEMANDU MERCEDES 559 00:31:38,480 --> 00:31:40,040 Pasti ada sebabnya. 560 00:31:41,080 --> 00:31:43,160 Sekali lagi 561 00:31:43,240 --> 00:31:47,240 Mercedes menghasilkan jentera yang luar biasa. 562 00:31:47,800 --> 00:31:51,160 Kami dinobatkan juara tujuh kali berturut-turut. 563 00:31:51,240 --> 00:31:52,560 KETUA PASUKAN MERCEDES 564 00:31:54,280 --> 00:31:56,880 Sudah pasti kami terdetik rasa puas hati. 565 00:31:58,600 --> 00:32:00,120 Tapi, hanya sekejap saja. 566 00:32:01,280 --> 00:32:04,080 Kita mula fikir tahun depan, perlumbaan depan 567 00:32:04,160 --> 00:32:07,080 usaha agar kami boleh kekal bersaing. 568 00:32:07,160 --> 00:32:11,200 Kami tak rasa bangga atau mudah berpuas hati. 569 00:32:14,360 --> 00:32:19,440 Berita gempar. Toto Wolff sambung kontrak untuk tiga tahun lagi bersama Mercedes. 570 00:32:24,320 --> 00:32:26,720 Sudah tujuh tahun saya pimpin pasukan. 571 00:32:26,800 --> 00:32:29,160 Saya menghadiri setiap Grand Prix. 572 00:32:29,680 --> 00:32:32,720 Tahun lepas saja sudah 250 malam saya tidur hotel. 573 00:32:33,320 --> 00:32:35,480 Lebih 700 jam dalam kapal terbang. 574 00:32:36,200 --> 00:32:40,160 Saya mula terfikir sampai bila saya nak hidup begini? 575 00:32:40,960 --> 00:32:44,960 Tapi, saya juga pemilik bersama pasukan Mercedes ini. 576 00:32:45,040 --> 00:32:46,160 Saya takkan pergi. 577 00:32:47,520 --> 00:32:51,080 Saya masih mahu memantau pasukan ini. 578 00:32:51,160 --> 00:32:53,720 Jadi, saya perlu buat keputusan. 579 00:32:53,800 --> 00:32:56,520 Mahu turun padang atau jadi penonton? 580 00:32:56,600 --> 00:32:59,280 Sekarang memang saya turun padang. 581 00:32:59,360 --> 00:33:02,720 Tapi, nanti mungkin saya jadi penonton yang memantau saja. 582 00:33:07,200 --> 00:33:09,000 Kami belum puas hati 583 00:33:09,480 --> 00:33:10,760 dengan tujuh gelaran. 584 00:33:11,520 --> 00:33:12,840 Kami mahu lebih lagi. 585 00:33:19,920 --> 00:33:24,400 Tahun ini saya bukan sekadar berlumba sahaja. 586 00:33:24,480 --> 00:33:25,560 BLACK LIVES MATTER 587 00:33:25,640 --> 00:33:26,680 Relaks. 588 00:33:26,760 --> 00:33:28,200 Saya tak boleh bernafas. 589 00:33:29,600 --> 00:33:30,560 Ambil dadah apa? 590 00:33:30,640 --> 00:33:31,760 Tak boleh bernafas! 591 00:33:32,680 --> 00:33:33,760 BLACK LIVES MATTER 592 00:33:33,840 --> 00:33:36,520 Tragedi George buat saya membara. 593 00:33:37,120 --> 00:33:40,840 Tiba-tiba semua benda yang saya pendam selama ini 594 00:33:40,920 --> 00:33:42,280 menggelodak kembali. 595 00:33:43,200 --> 00:33:46,560 Saya tidak boleh berdiam diri lagi. 596 00:33:48,840 --> 00:33:53,080 Setiap orang kulit Hitam pasti pernah dikutuk kerana warna kulitnya. 597 00:33:53,160 --> 00:33:54,720 Itu hakikat. 598 00:33:54,800 --> 00:33:59,560 Orang akan panggil macam-macam, guna gelaran biadab, 599 00:33:59,640 --> 00:34:02,600 disuruh balik negara asal sedangkan saya asal sini. 600 00:34:03,360 --> 00:34:06,080 Ada jutaan orang lain 601 00:34:06,160 --> 00:34:12,040 yang alami pengalaman lebih dahsyat daripada itu dan itu mesti dihentikan. 602 00:34:15,640 --> 00:34:17,040 Saya sendiri kena. 603 00:34:17,120 --> 00:34:21,400 Sudah beberapa tahun lepas saya dilempar kata-kata kesat 604 00:34:21,920 --> 00:34:25,480 tapi sekarang kalau ada sesiapa cakap apa-apa, 605 00:34:25,560 --> 00:34:26,800 saya abaikan saja. 606 00:34:27,320 --> 00:34:29,000 Saya baru lapan tahun. 607 00:34:29,520 --> 00:34:32,200 Orang yang mengeji budak berusia lapan tahun 608 00:34:32,280 --> 00:34:35,040 dan menghancurkan semangat budak itu 609 00:34:35,120 --> 00:34:36,760 memang sangat busuk hati. 610 00:34:37,360 --> 00:34:38,720 Lewis mula kerap menang 611 00:34:38,800 --> 00:34:42,800 tapi masalah mula timbul kerana dia satu-satunya pelumba kulit Hitam. 612 00:34:43,320 --> 00:34:45,040 Ayah saya selalu kata, 613 00:34:45,120 --> 00:34:47,520 "Jaga mulut. Jaga kata-kata." 614 00:34:47,600 --> 00:34:51,960 Kami tak pedulikan orang yang dengki sebab kami menang 615 00:34:52,040 --> 00:34:53,680 atau sebab kami Hitam. 616 00:34:53,760 --> 00:34:56,000 Kami hanya berlumba sehabis baik. 617 00:34:58,680 --> 00:35:02,840 Apa perasaan awak sebagai satu-satunya pelumba F1 berkulit Hitam? 618 00:35:04,600 --> 00:35:06,640 Kadang-kadang saya terfikir, 619 00:35:06,720 --> 00:35:11,240 kenapa hanya saya seorang saja pelumba kulit Hitam yang ada? 620 00:35:11,320 --> 00:35:13,560 Saya bukan saja menceburi sukan ini 621 00:35:13,640 --> 00:35:15,840 tapi saya mengunggulinya begitu lama. 622 00:35:16,360 --> 00:35:18,920 Tapi tak apa. Saya dilatih untuk ini. 623 00:35:20,160 --> 00:35:25,120 Mungkin orang tak tahu dulu saya tidur atas sofa ayah saya saja 624 00:35:25,200 --> 00:35:27,160 sebab kami hidup susah. 625 00:35:27,960 --> 00:35:34,440 Saya ingat kesusahan kami. Saya ingat mak saya ada banyak kerja 626 00:35:34,520 --> 00:35:37,880 agar saya dan dua kakak saya ada tempat berteduh. 627 00:35:37,960 --> 00:35:41,480 Saya ingat ayah saya berkorban agar saya dapat berlumba. 628 00:35:42,920 --> 00:35:46,920 Saya sudah lali dengan hidup susah. 629 00:35:47,720 --> 00:35:50,880 Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran 630 00:35:51,640 --> 00:35:54,120 kerana disisihkan dan tidak diterima. 631 00:35:54,200 --> 00:35:57,560 Jadi semua itu membuak-buak sehinggalah… 632 00:35:58,120 --> 00:36:00,640 Itu yang buat saya mengganas di litar. 633 00:36:00,720 --> 00:36:02,240 Lewis Hamilton. 634 00:36:02,320 --> 00:36:03,480 Lewis Hamilton menang! 635 00:36:03,560 --> 00:36:04,680 - Menang! - Menang! 636 00:36:04,760 --> 00:36:08,520 Hamilton kini mempunyai kemenangan paling banyak 637 00:36:08,600 --> 00:36:10,640 sepanjang sejarah Formula 1. 638 00:36:11,280 --> 00:36:13,920 Saya memang tak tapis kata-kata saya. 639 00:36:14,000 --> 00:36:16,120 TAHAN POLIS YANG BUNUH BREONNA TAYLOR 640 00:36:16,200 --> 00:36:18,840 Saya cakap saja dan tak jaga hati sesiapa. 641 00:36:18,920 --> 00:36:21,400 itu pun jika ia dapat membantu. 642 00:36:21,480 --> 00:36:23,120 Pemenangnya Lewis Hamilton! 643 00:36:23,200 --> 00:36:24,840 INGAT NAMANYA 644 00:36:24,920 --> 00:36:26,960 Tahun ini buat saya tersedar. 645 00:36:27,520 --> 00:36:31,040 Macam mana saya mahu mempergunakan kejayaan saya? 646 00:36:32,360 --> 00:36:36,440 Sayang sungguh kalau saya dapat mencapai kejayaan cemerlang begini, 647 00:36:36,520 --> 00:36:41,040 tapi saya tak mempergunakannya untuk membawa perubahan. 648 00:37:06,440 --> 00:37:08,880 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela