1 00:00:18,280 --> 00:00:20,640 Jika saya boleh ulang kembali masa itu, 2 00:00:21,240 --> 00:00:24,040 saya nak beritahu diri sendiri akan akibatnya. 3 00:00:26,640 --> 00:00:31,280 Dalam sekelip mata, ia mampu mengubah seluruh hidup. 4 00:00:35,320 --> 00:00:38,560 Perbuatan saya pada usia 16 tahun, menakutkan saya. 5 00:00:40,960 --> 00:00:44,440 Saya sentiasa menanggung beban kerana membunuh seseorang. 6 00:00:47,120 --> 00:00:54,120 LEBIH 20,000 PENBUNUHAN DILAKUKAN DI AMERIKA SETIAP TAHUN 7 00:00:55,840 --> 00:01:00,840 KIRA-KIRA 1,000 DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG BERUSIA BAWAH 18 TAHUN 8 00:01:02,080 --> 00:01:07,760 INI KISAH BANDUAN #40647 9 00:01:10,920 --> 00:01:14,480 Saya telah dipenjarakan selama 27 setengah tahun. 10 00:01:17,280 --> 00:01:19,600 Adakah saya rasa saya patut dibebaskan? 11 00:01:20,120 --> 00:01:21,000 Tidak. 12 00:01:22,600 --> 00:01:25,240 Adakah saya mahu diberi peluang 13 00:01:25,320 --> 00:01:29,400 untuk memperbaiki diri dan tak hanya dikenali seperti ini? 14 00:01:30,360 --> 00:01:31,480 Ya, sudah tentu. 15 00:01:35,240 --> 00:01:37,960 Kita semua mampu mendatangkan mudarat. 16 00:01:38,040 --> 00:01:40,520 Orang mengatakan awak jahat. 17 00:01:41,440 --> 00:01:43,800 Saya tak kata saya tak bersalah. 18 00:01:43,880 --> 00:01:46,200 Saya membunuh tanpa ada belas kasihan. 19 00:01:51,840 --> 00:01:56,440 NYAWA MELAYANG 20 00:02:06,680 --> 00:02:11,280 PENJARA NEGERI MONTANA, MONTANA 21 00:02:13,920 --> 00:02:15,600 Saya ambil dari belakang. 22 00:02:16,440 --> 00:02:18,200 Ia akan diletak di depan. 23 00:02:25,600 --> 00:02:31,520 PADA TAHUN 1997, HIGINIO GONZALEZ DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP 24 00:02:31,600 --> 00:02:34,400 KERANA MEMBUNUH PADA USIA 16 TAHUN 25 00:02:36,520 --> 00:02:38,960 Pada usia muda, anda tak faham 26 00:02:39,920 --> 00:02:42,800 kesan daripada perbuatan anda 27 00:02:43,760 --> 00:02:44,920 hingga anda dewasa. 28 00:02:45,000 --> 00:02:49,200 Saya ambil masa lama untuk melihatnya daripada perspektif lain, 29 00:02:49,720 --> 00:02:51,720 iaitu perspektif keluarga dia. 30 00:02:51,800 --> 00:02:55,600 Bagi saya, itulah perkara paling sukar dan ia masih sukar. 31 00:03:10,920 --> 00:03:12,480 Saya lahir di Lovell, Wyoming. 32 00:03:12,560 --> 00:03:16,520 Saya tinggal di sana tak lama sementara mak saya masuk kolej. 33 00:03:16,600 --> 00:03:20,800 Kami pindah dari Wyoming ke Washington, tempat saya membesar. 34 00:03:23,400 --> 00:03:27,800 Pada zahirnya ia zaman kanak-kanak yang normal 35 00:03:27,880 --> 00:03:29,520 bagi orang lain. 36 00:03:30,800 --> 00:03:33,400 Mak saya berinteraksi dengan anak-anak jiran. 37 00:03:35,160 --> 00:03:38,120 Dia akan ajar kami perkara yang betul dan salah. 38 00:03:39,120 --> 00:03:41,920 Kami akan dipertanggungjawabkan jika buat salah. 39 00:03:51,880 --> 00:03:53,760 Tapi ayah saya berbeza. 40 00:03:56,400 --> 00:04:00,120 Dia mendera secara fizikal, mental dan emosi. 41 00:04:04,200 --> 00:04:07,440 Dia pernah belasah saya, waktu umur saya 7 atau 8 tahun, 42 00:04:07,520 --> 00:04:09,840 sehingga 3 minggu saya tak ke sekolah. 43 00:04:11,120 --> 00:04:16,560 Ibu saya mengharungi macam-macam, tapi dia setia sebab dia sayang ayah saya. 44 00:04:21,480 --> 00:04:23,560 Jika ayah saya boleh membahayakan, 45 00:04:23,640 --> 00:04:27,520 kami akan tidur sambil pakai kasut supaya bersedia untuk beredar. 46 00:04:30,600 --> 00:04:33,720 Apabila difikirkan semula, ia agak drastik. 47 00:04:34,240 --> 00:04:37,360 Terpaksa buat begitu supaya kami berasa selamat. 48 00:04:43,600 --> 00:04:46,680 KETIKA BERUSIA 8 TAHUN, HIGINIO MENDAPAT TAHU 49 00:04:46,760 --> 00:04:49,640 AYAHNYA TERLIBAT DENGAN KARTEL DADAH 50 00:04:52,520 --> 00:04:57,240 Ayah saya terlibat dengan dadah. Dia berjaya rahsiakan daripada mak saya. 51 00:04:59,680 --> 00:05:02,480 Pernah sekali, saya masuk ke tandas 52 00:05:02,560 --> 00:05:06,320 dan ayah saya mempunyai berkilo-kilo kokain. 53 00:05:08,520 --> 00:05:10,240 Ayah saya pakar mekanik. 54 00:05:10,320 --> 00:05:12,680 Kami fikir dia dapat duit daripada situ. 55 00:05:12,760 --> 00:05:15,360 Saya yakin abang-abang saya lebih tahu, 56 00:05:15,440 --> 00:05:19,960 tapi saya dah tahu kerja ayah saya sampai dapat duit sebanyak itu. 57 00:05:23,040 --> 00:05:26,800 Kesudahannya abang-abang saya menjalani gaya hidup gengster. 58 00:05:27,320 --> 00:05:30,040 Mengikut jejak langkah ayah saya. 59 00:05:30,920 --> 00:05:32,080 Sebagai anak bongsu, 60 00:05:32,160 --> 00:05:35,320 saya sangka tempat paling selamat ialah bersama abang-abang. 61 00:05:36,720 --> 00:05:39,560 Membesar dalam gaya hidup begitu pada usia muda, 62 00:05:39,640 --> 00:05:41,360 ia agak traumatik. 63 00:05:43,680 --> 00:05:47,640 Ketika umur 12 tahun, saya masih ingat saya berdiri di satu selekoh 64 00:05:47,720 --> 00:05:49,960 di sebelah kawan kepada keluarga, 65 00:05:50,040 --> 00:05:53,120 ada orang tiba-tiba datang dan tembak mukanya. 66 00:05:58,000 --> 00:06:02,120 Selepas itu, mak saya buat keputusan untuk meninggalkan Washington, 67 00:06:02,200 --> 00:06:03,640 jauh daripada ayah saya. 68 00:06:07,600 --> 00:06:13,600 PADA TAHUN 1992, IBU HIGINIO MENINGGALKAN SUAMINYA DAN MEMBAWA ANAK-ANAK KE MONTANA 69 00:06:19,880 --> 00:06:23,840 Kami pindah ke Billings dan terus kami sedar ia berbeza. 70 00:06:24,360 --> 00:06:28,160 Ia bukan bandar besar dan mak kata kami akan tinggal di sini. 71 00:06:28,240 --> 00:06:31,280 Katanya untuk jauhkan kami daripada hal sebegitu. 72 00:06:31,360 --> 00:06:34,360 Itu rancangan mak. Itu yang mak fikir akan berlaku, 73 00:06:34,440 --> 00:06:36,600 tapi tak berjalan lancar. 74 00:06:41,280 --> 00:06:45,360 AYAH HIGINIO MENGEKORI MEREKA KE MONTANA 75 00:06:45,440 --> 00:06:51,840 DIA MEMBELI RUMAH DI SITU DAN MULA MENJUAL DADAH 76 00:06:54,440 --> 00:06:57,640 Berita tersebar cepat tentang perbuatan ayah saya. 77 00:06:58,160 --> 00:07:01,400 Saya mengagumi ayah dan saya nampak duit itu. 78 00:07:01,480 --> 00:07:04,600 Saya kata, "Mungkin ini sesuatu yang saya harus buat." 79 00:07:04,680 --> 00:07:08,480 Ia menjadi kebiasaan untuk saya dan abang-abang saya. 80 00:07:09,800 --> 00:07:12,520 Ayah saya besarkan kami menjadi lelaki jalanan. 81 00:07:13,200 --> 00:07:17,560 Memecah masuk kereta, mencuri radio dan mula bergaduh. 82 00:07:19,360 --> 00:07:22,400 Kali pertama bergaduh di sekolah, saya kena buang. 83 00:07:22,480 --> 00:07:25,640 Kemudian tuduhan serangan dibuat terhadap saya. 84 00:07:26,440 --> 00:07:30,760 Itu insiden pertama saya ada masalah dengan undang-undang. 85 00:07:33,920 --> 00:07:36,040 HIGINIO DITUDUH MENYERANG 86 00:07:36,120 --> 00:07:39,520 DAN DIMASUKKAN KE PENJARA PEMULIHAN REMAJA SELAMA 3 BULAN 87 00:07:39,600 --> 00:07:45,120 KETIKA ITU DIA BERUSA 13 TAHUN 88 00:07:47,280 --> 00:07:51,600 Apabila saya dibebaskan, ketika itulah keadaan jadi tak terkawal. 89 00:07:53,360 --> 00:07:54,960 Saya tinggal dengan ayah. 90 00:07:55,640 --> 00:08:01,200 Dia mula beri saya banyak ganja, kokain atau syabu. 91 00:08:01,280 --> 00:08:03,640 Katanya, "Nah, buat sesuka hati kamu." 92 00:08:04,240 --> 00:08:05,920 Jadi, saya mula jual syabu. 93 00:08:07,320 --> 00:08:11,640 Tujuan saya mencari duit sebab itulah yang ayah saya buat. 94 00:08:12,440 --> 00:08:15,680 Tapi budak umur 14 dan 15 tahun takkan cari ayah 95 00:08:15,760 --> 00:08:17,320 sebab mahukan dadah. 96 00:08:17,400 --> 00:08:20,840 Saya tak sedar keadaan akan menjadi makin teruk. 97 00:08:26,200 --> 00:08:29,160 Ada beberapa budak perempuan sebaya saya. 98 00:08:30,520 --> 00:08:33,720 Mereka datang dan minta syabu daripada saya. 99 00:08:37,240 --> 00:08:41,320 Pada satu hari, mereka datang dan salah seorangnya menangis. 100 00:08:41,400 --> 00:08:44,720 Saya tanya, "Kenapa?" Dia jawab, "Ayah saya pukul saya 101 00:08:44,800 --> 00:08:48,400 dan dia nak bunuh saya. Boleh bawa kami keluar dari pekan?" 102 00:08:48,920 --> 00:08:52,120 Saya faham perasaan apabila berada dalam situasi itu. 103 00:08:52,200 --> 00:08:53,520 Jadi, saya setuju. 104 00:08:53,600 --> 00:08:56,560 "Saya boleh tolong jika itu yang kamu mahu." 105 00:08:56,640 --> 00:09:00,520 Mereka tanya, "Awak boleh tolong bayarkan semuanya?" 106 00:09:01,120 --> 00:09:02,080 Saya jawab, "Tak." 107 00:09:03,840 --> 00:09:06,440 Mereka kata, "Ada kedai dekat rumah kami. 108 00:09:06,520 --> 00:09:09,440 Awak boleh ke sana dan merompak." 109 00:09:09,520 --> 00:09:12,840 Mereka masih menangis dan tanya, "Boleh tolong kami?" 110 00:09:13,480 --> 00:09:15,720 Saya kata, "Okey, saya tolong." 111 00:09:25,040 --> 00:09:27,000 PADA MALAM 22 APRIL 1996, 112 00:09:27,080 --> 00:09:31,760 MEREKA DAN HIGINIO MEMANDU KE KEDAI TERSEBUT 113 00:09:47,080 --> 00:09:50,040 Kami berhenti di belakang kompleks kecil. 114 00:09:51,080 --> 00:09:53,560 Salah seorang gadis beri saya pistol. 115 00:09:54,600 --> 00:09:57,960 Seperti pistol Ruger .22 yang lama. 116 00:09:58,040 --> 00:10:01,200 Saya masih ingat, sebelum keluar dari kereta, 117 00:10:01,280 --> 00:10:05,280 saya periksa sama ada pistol itu berpeluru. Tiada peluru. 118 00:10:06,360 --> 00:10:08,880 Mereka kata, "Jangan risau. Kosong." 119 00:10:14,120 --> 00:10:16,200 APABILA HIGINO MEMASUKI KEDAI, 120 00:10:16,280 --> 00:10:21,040 CUMA ADA ERIC PAVILIONIS, JURUWANG BERUSIA 27 TAHUN. 121 00:10:24,200 --> 00:10:26,520 Saya berjalan di dalam kedai. 122 00:10:29,840 --> 00:10:31,720 Saya jalan di lorong gula-gula. 123 00:10:33,040 --> 00:10:35,360 Saya capai gula-gula Butterfinger, 124 00:10:36,200 --> 00:10:37,520 letak di atas kaunter, 125 00:10:38,040 --> 00:10:40,280 keluarkan duit dari poket dan bayar. 126 00:10:45,680 --> 00:10:49,920 Saya pun keluarkan pistol dan dia angkat tangan. 127 00:10:50,000 --> 00:10:53,160 Saya kata, "Kosongkan mesin daftar tunai." 128 00:10:57,000 --> 00:11:01,400 Dia ambil duit dan serahkan. Saya capai dan masukkan ke dalam poket. 129 00:11:02,480 --> 00:11:05,320 Kemudian saya kata, "Buka peti besi." 130 00:11:05,400 --> 00:11:08,800 Dia tak nak buka dan asyik kata tak ada kunci. 131 00:11:08,880 --> 00:11:10,640 Jadi, saya naik marah. 132 00:11:10,720 --> 00:11:13,600 Saya kata, "Buka peti besi atau aku tembak kau." 133 00:11:18,640 --> 00:11:20,080 Saya pandang pistol itu. 134 00:11:20,160 --> 00:11:22,800 Saya nak takutkan dia seperti menarik picu 135 00:11:22,880 --> 00:11:24,320 dan saya tertembak. 136 00:11:27,760 --> 00:11:29,200 Saya terus cabut lari. 137 00:11:32,640 --> 00:11:37,200 ERIC PAVILIONIS DITEMBAK PADA DADA DAN MATI DI TEMPAT KEJADIAN 138 00:11:37,280 --> 00:11:42,680 HIGINIO MELARIKAN WANG TUNAI $78 DAN GULA-GULA 139 00:11:49,240 --> 00:11:53,080 DUA GADIS TERSEBUT TURUT MENINGGALKAN TEMPAT KEJADIAN 140 00:11:53,160 --> 00:11:56,600 MEREKA TIDAK PERNAH DIDAKWA BERHUBUNG JENAYAH TERSEBUT 141 00:11:56,680 --> 00:11:59,680 DAN ENGGAN TERLIBAT DALAM DOKUMENTARI INI 142 00:12:03,000 --> 00:12:05,800 Orang kata kita harus belajar memaafkan diri sendiri. 143 00:12:07,200 --> 00:12:08,400 Mustahil. 144 00:12:09,720 --> 00:12:11,720 Saya takkan maafkan diri saya. 145 00:12:12,760 --> 00:12:15,000 Secara jujur saya katakan… 146 00:12:16,520 --> 00:12:19,680 Malah bercakap mengenainya sekarang pun sukar. 147 00:12:40,280 --> 00:12:42,280 PADA HARI SELEPAS KEJADIAN, 148 00:12:42,360 --> 00:12:44,920 POLIS MENAHAN HIGINIO DI RUMAH IBUNYA 149 00:12:45,000 --> 00:12:50,800 KETIKA ITU DIA BERUSIA 16 TAHUN 150 00:13:05,160 --> 00:13:09,000 Higinio menyerah diri. Itu yang penting. 151 00:13:09,840 --> 00:13:13,640 Bertanggungjawab dan pikul tanggungjawab atas perbuatan sendiri. 152 00:13:14,320 --> 00:13:18,280 Semua orang sangka saya yang serahkan dia, tapi tidak. 153 00:13:18,360 --> 00:13:20,680 Anak saya sendiri yang nak serah diri. 154 00:13:21,920 --> 00:13:24,240 Saya bangga dia bertanggungjawab. 155 00:13:29,600 --> 00:13:30,920 Saya Carmen Gonzalez. 156 00:13:31,000 --> 00:13:35,560 Saya ibu Higinio Gonzalez dan dia anak bongsu saya. 157 00:13:44,000 --> 00:13:46,880 Orang tak faham. Ketika itu Higinio budak. 158 00:13:47,560 --> 00:13:50,080 Dia ada impian. Grednya bagus. 159 00:13:50,160 --> 00:13:53,000 Dia baik hati, penuh belas kasihan dan baik. 160 00:13:54,120 --> 00:13:57,000 Anak-anak lain dah tersalah jalan. 161 00:13:58,200 --> 00:14:01,760 Jadi, apabila Higinio melakukan jenayah, saya tak percaya. 162 00:14:01,840 --> 00:14:05,600 Saya amat beremosi, penafian dan sebagainya. 163 00:14:05,680 --> 00:14:08,000 Saya rasa saya kehilangan mereka 164 00:14:08,080 --> 00:14:11,360 sebab saya fokus untuk hidup sebagai ibu tunggal. 165 00:14:11,440 --> 00:14:15,320 Sesuatu yang boleh ubah kehidupan jenayah anak-anak saya 166 00:14:15,400 --> 00:14:18,000 ialah mungkin jika mereka ada ayah lain. 167 00:14:22,040 --> 00:14:24,120 Ayah Higinio seorang kaki dera. 168 00:14:26,720 --> 00:14:29,520 Bertahun-tahun keganasan rumah tangga dan penderaan. 169 00:14:29,600 --> 00:14:30,880 Saya dah tak tahan. 170 00:14:33,000 --> 00:14:35,800 Kami pindah ke sini pada tahun 1992. 171 00:14:36,320 --> 00:14:39,080 Itu peluang saya untuk lari dan berpisah. 172 00:14:41,040 --> 00:14:43,320 Dua hari kemudian, dia datang ke sini. 173 00:14:43,400 --> 00:14:46,440 Jadi, saya tak dapat kebebasan itu. 174 00:14:47,560 --> 00:14:53,200 Akhirnya, dia tinggal di sini dan terus bersama anak-anak saya. 175 00:14:53,280 --> 00:14:56,680 Bagi mereka, dia ialah ayah dan mereka mengidolakan dia. 176 00:14:58,000 --> 00:15:02,960 Bagi anak-anak saya, saya bergelut sebagai ibu tunggal untuk terus hidup. 177 00:15:03,040 --> 00:15:09,280 Saya jadi leka dalam erti kata tak sedar yang saya akan kehilangan mereka. 178 00:15:10,240 --> 00:15:15,160 Tapi seingat saya, Higinio bukan anak yang bermasalah. 179 00:15:16,440 --> 00:15:21,040 Apabila saya dengar polis menyiasat kes tembakan yang dilakukan oleh budak, 180 00:15:21,120 --> 00:15:23,640 saya tak terfikir budak itu anak saya. 181 00:15:23,720 --> 00:15:28,080 POLIS 182 00:15:29,000 --> 00:15:31,200 SELEPAS PENANGKAPANNYA, 183 00:15:31,280 --> 00:15:35,960 PENYIASAT MEMBENARKAN CARMEN BERJUMPA HIGINIO BERDUA DI PRESINT 184 00:15:38,840 --> 00:15:42,840 Dia mengaku dia buat. "Saya tak sengaja, mak. Sumpah." 185 00:15:43,360 --> 00:15:46,360 Saya bingkas bangun, campak kerusi ke tepi dan kata, 186 00:15:47,320 --> 00:15:52,520 "Tak mungkin kamu yang buat. Bukan kamu." Saya menangis dan marah dia. 187 00:15:54,480 --> 00:15:55,720 Ia terlalu sukar. 188 00:15:56,840 --> 00:15:59,400 Dia menangis dan asyik kata dia sayang saya. 189 00:16:00,120 --> 00:16:03,040 Saya masih ingat dia duduk di situ, 190 00:16:04,440 --> 00:16:08,000 di kerusi itu, memandang saya dengan mata besarnya. 191 00:16:08,960 --> 00:16:14,360 Saya nampak dia tahu yang saya terluka, tapi saya juga nampak dia sayang saya. 192 00:16:14,440 --> 00:16:18,440 POLIS BANDAR DAN MAHKAMAH 193 00:16:19,440 --> 00:16:23,200 HIGINIO MENGAKU MENEMBAK ERIC PAVILIONIS 194 00:16:23,280 --> 00:16:29,200 POLIS MEMBERITAHU CARMEN BAHAWA ANAKNYA AKAN DIBICARAKAN KERANA MEMBUNUH 195 00:16:31,240 --> 00:16:33,360 Semuanya hancur berkecai buat saya. 196 00:16:34,800 --> 00:16:39,560 Saya cuma fikir dia terlalu muda dan perkara yang akan dia hadapi. 197 00:16:40,120 --> 00:16:42,240 Macam saya baru kematian anak. 198 00:17:08,200 --> 00:17:13,200 Tanggapan saya terhadap Carmen Gonzalez ialah dia seorang yang jujur. 199 00:17:15,240 --> 00:17:18,120 Dia memang diketahui akan membuat yang terbaik 200 00:17:18,200 --> 00:17:22,440 bagi memastikan keluarganya berada di landasan yang betul. 201 00:17:24,680 --> 00:17:28,560 Tapi saya rasa ingatannya kurang betul. 202 00:17:30,680 --> 00:17:36,280 Dia mengatakan En. Gonzalez menyerah diri selepas kejadian itu berlaku. 203 00:17:38,480 --> 00:17:40,960 Tapi dia yang datang ke balai polis. 204 00:17:41,040 --> 00:17:44,720 Dia menyebut nama En. Gonzalez sebagai penembak, 205 00:17:44,800 --> 00:17:46,760 kemudian polis menangkap anaknya. 206 00:17:48,120 --> 00:17:49,800 En. Gonzalez tak serah diri. 207 00:17:59,800 --> 00:18:01,480 Nama saya Joe Coble. 208 00:18:01,560 --> 00:18:06,240 Pada tahun 1996, saya timbalan Peguam Daerah Yellowstone. 209 00:18:06,840 --> 00:18:09,680 Pada ketika itu, saya pendakwa kes Gonzalez. 210 00:18:18,360 --> 00:18:21,320 Saya dah kendalikan beberapa kes homisid. 211 00:18:21,400 --> 00:18:24,440 Yang ini kekal dalam ingatan saya. 212 00:18:24,520 --> 00:18:26,560 Ia benar-benar tak masuk akal 213 00:18:26,640 --> 00:18:28,960 dan saya rasa masyarakat terkejut. 214 00:18:29,040 --> 00:18:33,640 Sebabnya ialah Eric Pavilionis iaitu juruwang tersebut, 215 00:18:33,720 --> 00:18:38,760 dia benar-benar tak bersalah dalam semua ini. 216 00:18:39,720 --> 00:18:42,600 Dia mempunyai empat orang anak. 217 00:18:44,160 --> 00:18:45,880 Dia mempunyai kerja tetap 218 00:18:45,960 --> 00:18:49,560 dan bekerja di kedai serbaneka beberapa hari dalam seminggu 219 00:18:49,640 --> 00:18:51,560 untuk mencukupkan belanja. 220 00:18:51,640 --> 00:18:56,000 Dia berusaha sedaya upaya untuk dirinya dan keluarganya. 221 00:18:56,080 --> 00:19:00,920 Kesudahannya, dia dibunuh. 222 00:19:02,320 --> 00:19:04,240 En. Gonzalez menembak Eric 223 00:19:04,320 --> 00:19:07,640 sebab dia memang berniat untuk menembak Eric dari awal. 224 00:19:08,240 --> 00:19:10,680 Tiada sebab untuk melepaskan tembakan. 225 00:19:10,760 --> 00:19:12,440 Itu tak sepatutnya berlaku. 226 00:19:13,320 --> 00:19:17,320 Itu yang membuatkan pendakwa raya mendesak hukuman maksimum. 227 00:19:17,840 --> 00:19:21,160 Ketika itu En. Gonzalez seorang budak, 228 00:19:21,240 --> 00:19:25,880 tapi saya tetap mencadangkan hukuman penjara seumur hidup. 229 00:19:25,960 --> 00:19:30,840 Jika hari ini situasi saya sama, saya akan buat perkara yang sama. 230 00:19:32,240 --> 00:19:35,360 Ia perkara yang betul ketika itu, sekarang pun betul. 231 00:19:38,320 --> 00:19:42,440 PADA 10 JANUARI 1997, HIGINIO GONZALEZ DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP 232 00:19:42,520 --> 00:19:49,240 8 BULAN SELEPAS HARI JADINYA YANG KE-17 233 00:19:52,120 --> 00:19:56,320 Ia satu tanggungjawab berat untuk meminta mahkamah 234 00:19:56,400 --> 00:19:59,320 menjatuhkan hukuman yang anda rasa setimpal. 235 00:19:59,920 --> 00:20:02,480 Sebuah keluarga akan kehilangan anak lelaki. 236 00:20:03,360 --> 00:20:05,640 Tapi anda perlu lihat kes-kes ini 237 00:20:05,720 --> 00:20:09,880 dari sudut pandangan sebuah keluarga yang kehilangan ayah. 238 00:20:10,880 --> 00:20:14,200 Walaupun hukuman maksimum dijalankan, 239 00:20:14,840 --> 00:20:17,520 tapi ia tidak mengembalikan keluarga itu. 240 00:20:17,600 --> 00:20:19,280 Ia tak melengkapkan mereka. 241 00:20:31,000 --> 00:20:34,560 BISMARCK, DAKOTA UTARA 242 00:20:38,160 --> 00:20:40,600 Gambar ayah semasa Krismas. 243 00:20:41,120 --> 00:20:43,640 Itu Krismas terakhir kamu bersama-sama. 244 00:20:44,920 --> 00:20:49,280 Selepas Eric dibunuh, setiap jam merupakan satu pergelutan. 245 00:20:50,360 --> 00:20:51,840 Menghadiri upacara memperingati 246 00:20:51,920 --> 00:20:54,720 dan meminta anak-anak melukis gambar untuk mengiringinya 247 00:20:55,720 --> 00:20:57,200 dan masing-masing pilih… 248 00:20:59,480 --> 00:21:01,160 satu mainan kegemaran mereka 249 00:21:01,240 --> 00:21:06,240 dan patung haiwan untuk mengiringinya supaya dia tak takut ketika tidur. 250 00:21:10,560 --> 00:21:12,960 SEWAKTU ERIC MENINGGAL DUNIA, 251 00:21:13,040 --> 00:21:18,920 ERIC DAN FRAN PAVILIONIS MEMPUNYAI 4 ANAK PEREMPUAN BERUSIA BAWAH TUJUH TAHUN 252 00:21:20,840 --> 00:21:23,320 Dia terlepas melihat mereka masuk sekolah. 253 00:21:24,040 --> 00:21:27,240 Dia terlepas tarian ayah-anak dan majlis kahwin anak. 254 00:21:27,320 --> 00:21:29,520 Maksud saya, dia terlepas semuanya 255 00:21:30,440 --> 00:21:33,320 dan mereka juga tak dapat berkongsi dengannya. 256 00:21:34,720 --> 00:21:37,080 Tiada sesiapa patut membesar tanpa ayah. 257 00:21:44,600 --> 00:21:47,280 MEREKA KENAL PADA TAHUN 1988 KETIKA DIA BERKHIDMAT 258 00:21:47,360 --> 00:21:49,720 DALAM TENTERA UDARA AS DI DAKOTA SELATAN 259 00:21:49,800 --> 00:21:52,000 MEREKA BERKAHWIN SETAHUN KEMUDIAN 260 00:21:52,080 --> 00:21:56,360 DAN MENETAP DI BILLINGS, MONTANA UNTUK MEMBINA KELUARGA 261 00:21:59,120 --> 00:22:02,680 Eric berusia 27 tahun semasa dia dibunuh. 262 00:22:04,440 --> 00:22:07,040 Kami hidup bersama selama 8 tahun dan 2 hari. 263 00:22:07,120 --> 00:22:10,080 Kami bahagia selama lapan tahun itu. 264 00:22:12,280 --> 00:22:16,280 Saya rasa kami mencipta kehidupan, kemudian ia dirampas. 265 00:22:21,440 --> 00:22:24,800 Kali pertama saya nampak Higinio Gonzalez di mahkamah, 266 00:22:24,880 --> 00:22:28,960 saya menjangkakan akan nampak orang jahat. 267 00:22:29,640 --> 00:22:32,800 Saya tak menjangkakan pemuda yang baik dan kemas. 268 00:22:33,400 --> 00:22:39,320 Saya rasa dia melakukan tindakan yang tak masuk akal dan keterlaluan. 269 00:22:39,400 --> 00:22:42,000 Saya nak hukuman setimpal dengan jenayah. 270 00:22:43,960 --> 00:22:47,520 Saya akui terkejut dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. 271 00:22:48,120 --> 00:22:50,160 Bagi saya, ia seperti melampau, 272 00:22:50,240 --> 00:22:53,880 tapi secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan hukuman itu 273 00:22:53,960 --> 00:22:56,880 kerana ia setimpal dengan kehilangan kami. 274 00:23:03,640 --> 00:23:06,360 Saya tak memikirkan tentang dia sangat 275 00:23:06,440 --> 00:23:09,440 sebab saya cuba mengasingkan aspek kehidupan itu. 276 00:23:10,960 --> 00:23:14,240 Tapi beberapa bulan lalu, semasa kali pertama diberitahu 277 00:23:14,320 --> 00:23:17,760 bahawa dokumentari ini akan dihasilkan, 278 00:23:17,840 --> 00:23:18,960 saya jadi hairan. 279 00:23:19,480 --> 00:23:21,320 Apa yang dia mahu? 280 00:23:22,960 --> 00:23:24,880 "Remaja mengaku bunuh juruwang. 281 00:23:25,600 --> 00:23:27,440 Mendakwa tertembak. 282 00:23:27,520 --> 00:23:31,360 Pembunuh juruwang harus dipenjarakan paling kurang 30 tahun." 283 00:23:33,520 --> 00:23:36,520 WALAUPUN DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP, PERUNTUKAN DIBERIKAN 284 00:23:36,600 --> 00:23:40,560 AGAR HIGINIO GONZALEZ BOLEH MEMOHON PAROL SELEPAS DIPENJARA 30 TAHUN 285 00:23:40,640 --> 00:23:47,120 YANG KINI BERBAKI 3 TAHUN 286 00:23:49,840 --> 00:23:53,400 Apabila memikirkan tentang Higinio Gonzalez diberi parol, 287 00:23:53,480 --> 00:23:57,280 itu terpulang kepada sistem kehakiman untuk buat keputusan. 288 00:23:58,400 --> 00:24:00,320 Jika dia mendapat parol, 289 00:24:00,400 --> 00:24:05,280 saya dan anak-anak saya akan hadir hanya untuk mendengar 290 00:24:05,360 --> 00:24:06,800 benda yang dia nak kata. 291 00:24:24,600 --> 00:24:27,280 Selama saya berada di sini, 292 00:24:27,360 --> 00:24:29,320 banyak yang saya renungkan 293 00:24:30,000 --> 00:24:34,600 dan saya banyak merenungkan tentang kehilangan. 294 00:24:35,120 --> 00:24:38,600 Saya harap ada orang melawat dan cakap, "Saya sayang awak." 295 00:24:38,680 --> 00:24:42,040 Saya sudah lama tak dipeluk oleh sesiapa. 296 00:24:42,120 --> 00:24:46,720 Saya mahukan semua itu, tapi ia disertai rasa bersalah. 297 00:24:47,960 --> 00:24:48,880 Satu lagi, 298 00:24:50,200 --> 00:24:52,280 alasan disertai rasa bersalah… 299 00:24:55,200 --> 00:24:59,040 adalah kerana apa-apa yang saya rasa serba kekurangan… 300 00:25:01,200 --> 00:25:02,800 itu yang saya buat kepada mereka. 301 00:25:03,400 --> 00:25:06,800 Saya buat begitu kepada keluarganya dan anak-anaknya. 302 00:25:07,320 --> 00:25:11,160 Alasan saya rasa sangat bersalah ialah… 303 00:25:16,280 --> 00:25:17,440 Saya masih hidup. 304 00:25:18,640 --> 00:25:21,920 Tapi mereka takkan dapat peluang untuk melaluinya lagi. 305 00:25:33,960 --> 00:25:35,720 Saya tak menjangkakan begitu. 306 00:25:37,520 --> 00:25:41,400 Saya tak fikir dia akan memikul beban itu sehingga merasakan 307 00:25:43,000 --> 00:25:46,440 pentingnya tindakan dia terhadap hidup saya dan anak-anak. 308 00:25:46,520 --> 00:25:48,200 Tak semua orang buat begitu. 309 00:25:51,080 --> 00:25:52,320 Dia tak perlu begitu. 310 00:25:53,720 --> 00:25:56,440 Ia tetap tak mengubah perkara yang dah berlaku. 311 00:26:25,920 --> 00:26:30,040 Adakah adik saya patut dihukum atas jenayahnya? Semestinya. 312 00:26:30,120 --> 00:26:31,120 Itu dah pasti. 313 00:26:32,720 --> 00:26:35,960 Tapi saya tak rasa hukumannya setimpal. 314 00:26:36,040 --> 00:26:37,280 Memang tak setimpal. 315 00:26:38,880 --> 00:26:43,080 Orang kata, "Awak jahat," tapi tiada orang fikir punca jadi jahat. 316 00:26:44,000 --> 00:26:46,200 Kami menjadi hasil persekitaran kami. 317 00:26:48,600 --> 00:26:51,360 Tapi tak bermakna kami sukar didekati. 318 00:26:51,440 --> 00:26:53,920 Tak bermakna kami tak wajar disanjung. 319 00:26:55,120 --> 00:26:57,400 Tak bermakna kami tak boleh berubah. 320 00:26:59,360 --> 00:27:01,200 Nama saya Jesse Gonzalez 321 00:27:01,280 --> 00:27:03,760 dan Higinio Gonzalez ialah adik saya. 322 00:27:14,080 --> 00:27:15,800 Kami keluarga yang rapat, 323 00:27:15,880 --> 00:27:20,000 tapi "keluarga sempurna" yang anda tonton di TV tak sama 324 00:27:20,080 --> 00:27:21,720 dengan keluarga kami. 325 00:27:23,000 --> 00:27:25,600 Ayah saya dah lama jadi pengedar dadah. 326 00:27:25,680 --> 00:27:31,640 Semakin meningkat dewasa, saya dan abang-abang menjual dadah untuk ayah. 327 00:27:32,360 --> 00:27:35,680 Jadi, agak mudah untuk adik saya 328 00:27:35,760 --> 00:27:41,200 mengikut saya hidup di jalanan, masuk geng dan terlibat dengan dadah. 329 00:27:41,280 --> 00:27:43,000 Kemudian, tiada jalan keluar. 330 00:27:43,560 --> 00:27:45,640 Sama ada penjara atau beg mayat. 331 00:27:54,360 --> 00:27:55,880 Selepas dia dipenjarakan, 332 00:27:55,960 --> 00:28:00,280 saya penuh dengan rasa berang, benci dan marah dengan dunia. 333 00:28:00,880 --> 00:28:03,480 Saya lepaskan kepada sesiapa saja. 334 00:28:04,800 --> 00:28:06,840 Saya dan abang-abang saya terjebak 335 00:28:06,920 --> 00:28:12,400 dengan kehidupan jalanan, aktiviti gengster dan sebagainya. 336 00:28:13,920 --> 00:28:17,280 Kami terkenal dengan keganasan dan pengedaran dadah. 337 00:28:17,880 --> 00:28:20,760 Apa-apa saja di jalanan berkaitan jenayah, 338 00:28:20,840 --> 00:28:22,360 kami dikenali dengan itu. 339 00:28:23,400 --> 00:28:25,720 Antara semua, saya paling teruk. 340 00:28:26,240 --> 00:28:30,120 Ia semakin menjadi-jadi. 341 00:28:30,200 --> 00:28:31,480 Jadi tak terkawal. 342 00:28:37,600 --> 00:28:40,040 PADA TAHUN 2003, JESSE GONZALEZ 343 00:28:40,120 --> 00:28:44,360 DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN KERANA MENYERANG, MENCULIK DAN MENDERA 344 00:28:44,440 --> 00:28:50,840 SELAMA 6 TAHUN MENJALANI HUKUMAN DI PENJARA NEGERI MONTANA, 345 00:28:50,920 --> 00:28:52,960 DIA MENDAPAT RAKAN SEL BAHARU 346 00:28:58,640 --> 00:29:00,160 Setiap Selasa dan Khamis, 347 00:29:00,240 --> 00:29:03,680 ada bas baharu datang membawa banduan baharu. 348 00:29:05,480 --> 00:29:07,400 Boggs, si pegawai penjara, 349 00:29:09,120 --> 00:29:12,480 dia jenguk bilik saya dan kata, "Kau dapat rakan sebilik." 350 00:29:13,400 --> 00:29:14,920 Saya kata, "Bagus." 351 00:29:15,000 --> 00:29:18,720 Boggs pandang saya. Dia kata, "Kau akan seronok." 352 00:29:20,080 --> 00:29:22,240 Saya bangun dan buka pintu. 353 00:29:25,840 --> 00:29:27,760 Nampak muka adik saya. 354 00:29:37,760 --> 00:29:41,680 Kami jadi macam budak lima tahun semula. Kami meluru. 355 00:29:41,760 --> 00:29:43,960 Saling menerpa dan berpelukan. 356 00:29:54,800 --> 00:29:59,160 Kami berjaga sambil minum kopi dan makan gula-gula. Cuma berbual. 357 00:30:00,880 --> 00:30:03,240 Menangis dan mengenang. 358 00:30:06,520 --> 00:30:09,720 Tiada keganasan dan penderaan yang berlaku. 359 00:30:10,480 --> 00:30:12,440 Kami saling menjaga perasaan. 360 00:30:15,480 --> 00:30:17,360 Walaupun kami di penjara. 361 00:30:18,920 --> 00:30:21,160 Itulah kenangan terindah saya. 362 00:30:34,240 --> 00:30:36,040 Kami berbual tentang berubah. 363 00:30:37,640 --> 00:30:40,320 Katanya alangkah bagus jika boleh patah balik. 364 00:30:41,280 --> 00:30:45,680 Saya pula terperangkap antara menjadi lelaki kuat dan lelaki hebat. 365 00:30:45,760 --> 00:30:47,720 Dia selalu tanya saya. 366 00:30:47,800 --> 00:30:51,680 "Kenapa abang panas baran? Kenapa tak boleh berbincang?" 367 00:30:52,440 --> 00:30:54,080 Ayat kegemarannya ialah 368 00:30:54,160 --> 00:30:59,080 "Saya pikul tanggungjawab semua orang dalam keluarga kita." 369 00:30:59,160 --> 00:31:02,600 Dia cakap begitu supaya saya belajar daripada kesilapan dia 370 00:31:02,680 --> 00:31:05,120 dan agar saya jadi lebih baik. 371 00:31:05,200 --> 00:31:09,440 LADANG TERNAK PENJARA NEGERI MONTANA 372 00:31:10,280 --> 00:31:15,120 PADA TAHUN 2009, JESSE GONZALEZ SELESAI MENJALANI HUKUMANNYA DAN DIBEBASKAN 373 00:31:15,200 --> 00:31:19,680 KINI DIA MENGURUSKAN BEBERAPA PERNIAGAAN 374 00:31:25,960 --> 00:31:26,960 Ada apa? 375 00:31:28,360 --> 00:31:29,560 Bagus. 376 00:31:30,600 --> 00:31:33,040 Selepas penjara, hidup jadi semakin baik. 377 00:31:33,720 --> 00:31:38,200 Kini saya ada dua syarikat bahan lantai dan Kedai Auto Hentian Junior. 378 00:31:38,280 --> 00:31:40,760 Ia bengkel kereta, mekanik dan motor. 379 00:31:45,120 --> 00:31:48,120 Semua pekerja saya biasanya penagih yang pulih, 380 00:31:48,960 --> 00:31:52,720 bekas penjenayah, atau seseorang dalam percubaan atau parol. 381 00:31:53,680 --> 00:31:57,160 Saya percaya, dipenjarakan bersama adik bongsu saya 382 00:31:57,240 --> 00:31:59,680 menjadikan diri saya seperti sekarang. 383 00:32:00,480 --> 00:32:04,720 Dia ubah cara dia berfikir dan dia mendorong saya. 384 00:32:04,800 --> 00:32:07,040 Saya banyak belajar daripada dia. 385 00:32:07,640 --> 00:32:10,000 Kawan saya ramai orang jahat. 386 00:32:10,080 --> 00:32:13,080 Tiada seorang pun ada rasa kesal, 387 00:32:13,160 --> 00:32:17,760 belas kasihan atau keinginan untuk berubah ketika berada di penjara 388 00:32:17,840 --> 00:32:18,960 seperti adik saya. 389 00:32:21,280 --> 00:32:24,840 Dia masuk penjara, mengakui perbuatannya 390 00:32:25,360 --> 00:32:26,920 dan dia mengubah hidupnya. 391 00:32:28,120 --> 00:32:30,520 Dia dah sedia nak mulakan hidup baharu. 392 00:32:40,880 --> 00:32:44,760 BANGUNAN MAHKAMAH DAERAH TETON, MONTANA 393 00:32:47,360 --> 00:32:50,080 SEBELUM HIGINIO GONZALEZ DIBEBASKAN, 394 00:32:50,160 --> 00:32:54,120 DIA PERLU MENGADAP LEMBAGA PAROL UNTUK PENILAIAN 395 00:32:59,480 --> 00:33:03,680 Memutuskan parol En. Gonzalez bukanlah keputusan saya. 396 00:33:04,200 --> 00:33:09,640 Ia bukan keputusan saya, tapi saya rasa lembaga parol patut pertimbangkan 397 00:33:09,720 --> 00:33:13,200 sama ada dia bertanggungjawab atas tindakannya. 398 00:33:17,960 --> 00:33:21,080 Saya masih ingat, sebelum saya keluar dari kereta, 399 00:33:21,160 --> 00:33:25,520 saya dah periksa pistol itu dan tiada peluru. 400 00:33:25,600 --> 00:33:28,400 Saya berjalan di dalam kedai. 401 00:33:28,480 --> 00:33:30,720 Saya tak pernah acukan kepada dia 402 00:33:30,800 --> 00:33:33,520 sepertimana kita cuba nak tembak sesuatu. 403 00:33:34,280 --> 00:33:36,520 Saya nak takutkan dia macam tarik picu 404 00:33:36,600 --> 00:33:38,680 dan saya terfikir, "Jika aku tarik picu, 405 00:33:38,760 --> 00:33:42,720 dia akan dengar bunyi itu dan dia akan takut." 406 00:33:42,800 --> 00:33:44,400 Jadi, saya tarik picu itu. 407 00:33:45,280 --> 00:33:46,840 Ia meletup. 408 00:33:47,880 --> 00:33:49,200 Saya terus lari. 409 00:33:50,400 --> 00:33:52,200 Saya melompat ke dalam kereta, 410 00:33:52,280 --> 00:33:55,480 "Kenapa kamu tak cakap di dalam pistol ini ada peluru? 411 00:33:55,560 --> 00:33:57,680 Saya baru tembak lelaki itu." 412 00:33:58,200 --> 00:34:02,200 Saya tak tahu mereka dah letak sebutir peluru, 413 00:34:02,280 --> 00:34:03,480 saya tak tahu. 414 00:34:03,560 --> 00:34:08,400 Ketika mereka hulur, saya periksa magazin dan tak terfikir nak periksa benda lain. 415 00:34:13,320 --> 00:34:16,880 Saya tak pernah dengar benda yang saya dengar tadi. 416 00:34:17,480 --> 00:34:20,880 Saya semak fail dari tahun 1996 417 00:34:20,960 --> 00:34:23,840 dan perkara yang dikatakan ketika itu 418 00:34:23,920 --> 00:34:28,240 bukan seperti dalam rakaman yang saya baru dengar. 419 00:34:28,320 --> 00:34:32,720 Dia disoal, "Awak tahu berapa peluru di dalam pistol itu?" 420 00:34:32,800 --> 00:34:35,200 Jawapannya, "Hanya ada sebutir. 421 00:34:37,760 --> 00:34:39,120 Saya masukkan peluru, 422 00:34:39,200 --> 00:34:41,440 saya pasang semula klip itu, 423 00:34:41,520 --> 00:34:45,680 kemudian saya tengok, saya tarik ke belakang dan tutup." 424 00:34:48,080 --> 00:34:53,520 Memang dia yang memasukkannya dan memberitahu ada sebutir peluru. 425 00:34:53,600 --> 00:34:57,600 Dia tak pernah kata dia tak tahu pistol itu ada peluru. 426 00:34:58,560 --> 00:35:03,200 Dia juga kata dia tak pernah acukan pistol ke arah juruwang itu. 427 00:35:03,280 --> 00:35:04,760 Ia tak benar. 428 00:35:09,440 --> 00:35:11,480 Semasa polis tiba di kedai, 429 00:35:11,560 --> 00:35:15,560 mereka jumpa video pengawasan yang menunjukkan seluruh kejadian 430 00:35:15,640 --> 00:35:17,600 dan ia mengejutkan. 431 00:35:19,720 --> 00:35:25,560 En. Gonzalez mengacukan pistol ke arah Eric dan suruh dia serahkan duit. 432 00:35:26,640 --> 00:35:27,520 Lekaslah! 433 00:35:27,600 --> 00:35:29,480 - Ambil! - Awaklah ambil. 434 00:35:30,680 --> 00:35:33,720 Eric beri kerjasama. Dia cuba tak menggertak. 435 00:35:33,800 --> 00:35:38,560 Dia mungkin pernah menjalani latihan cara berdepan dengan rompakan. 436 00:35:38,640 --> 00:35:39,720 Buka peti besi. 437 00:35:40,640 --> 00:35:42,440 Saya tak ada kunci peti besi. 438 00:35:42,960 --> 00:35:46,640 - Saya tak ada kunci peti besi. - Aku tembak kau nanti! 439 00:35:46,720 --> 00:35:49,920 Dia beritahu Eric yang dia akan tembak Eric, 440 00:35:50,000 --> 00:35:53,800 pada saya itu menunjukkan yang dia nak buat begitu. 441 00:35:55,880 --> 00:36:00,560 Apabila dia kata dia cuma nak menakut-nakutkan juruwang itu, 442 00:36:00,640 --> 00:36:05,360 itu berbeza dengan rakaman dalam pita. 443 00:36:10,360 --> 00:36:14,240 En. Gonzalez cuba menarik picu pistol itu. 444 00:36:15,360 --> 00:36:16,920 Pistol itu tak meletup. 445 00:36:17,000 --> 00:36:21,040 En. Gonzalez memusingkan pistol itu ke arahnya, dia tengok, 446 00:36:21,120 --> 00:36:25,680 dia jumpa peti besi, mematikannya dan tembak dada Eric. 447 00:36:32,240 --> 00:36:37,560 Kita nampak orang ditembak mati. Ia bukan lakonan. Ia benar. 448 00:36:38,080 --> 00:36:41,120 Tak mungkin ia tidak disengajakan. 449 00:36:41,200 --> 00:36:45,600 Jelas sekali dia menarik picu dan tahu ada peluru di dalam pistol itu. 450 00:36:45,680 --> 00:36:46,800 Dia mengaku. 451 00:36:53,840 --> 00:36:59,120 Saya syak selama bertahun-tahun di dalam penjara, 452 00:36:59,200 --> 00:37:03,440 dia memberitahu dirinya cerita yang sama sehingga dia percaya. 453 00:37:04,560 --> 00:37:08,600 Namun, dia tidak bertanggungjawab atas tindakannya. 454 00:37:08,680 --> 00:37:12,440 Jelas sekali dia tak ambil tanggungjawab atas perbuatannya 455 00:37:12,520 --> 00:37:17,080 dan dia cuma cuba menjauhkan diri daripada pembunuhannya. 456 00:37:33,200 --> 00:37:37,480 EMPAT BULAN SELEPAS TEMU BUAL AWAL HIGINIO GONZALEZ, 457 00:37:37,560 --> 00:37:40,080 DIA BERSETUJU MENJAWAB SOALAN SELANJUTNYA 458 00:37:44,680 --> 00:37:48,720 Saya melakukan jenayah pada usia nak masuk 17 tahun. 459 00:37:49,320 --> 00:37:51,480 Saya sangka hidup saya dah berakhir. 460 00:37:53,560 --> 00:37:57,040 Dalam kerajaan Montana, tiada jaminan akan diberi parol. 461 00:37:57,800 --> 00:38:00,000 Saya boleh dipenjarakan seumur hidup. 462 00:38:00,080 --> 00:38:03,800 Tetapi semasa melakukan perbuatan itu, itu bukan diri saya. 463 00:38:09,520 --> 00:38:12,400 Orang tak faham. Ketika itu Higinio budak. 464 00:38:13,240 --> 00:38:16,480 Dia ada impian, grednya bagus dan dia baik. 465 00:38:16,560 --> 00:38:18,560 Dia penuh belas kasihan dan baik. 466 00:38:19,760 --> 00:38:23,600 Semua orang fikir saya yang serahkan dia, tapi tak. 467 00:38:23,680 --> 00:38:27,240 Dia yang nak serah diri. Dia buat keputusan untuk balik. 468 00:38:27,760 --> 00:38:30,200 Saya bangga dia bertanggungjawab. 469 00:38:33,400 --> 00:38:34,880 Saya tak serah diri. 470 00:38:34,960 --> 00:38:37,920 Mak saya yang serahkan saya, tapi dia tak mengaku 471 00:38:38,000 --> 00:38:41,280 sebab dia fikir nanti saya akan benci dia. 472 00:38:41,360 --> 00:38:44,800 Itu yang dia takut, tapi saya tak berdendam terhadapnya. 473 00:38:44,880 --> 00:38:47,440 Saya tahu sukar untuk dia buat begitu. 474 00:38:47,520 --> 00:38:51,280 Hingga hari ini, dia masih tak mahu menerimanya. 475 00:38:51,360 --> 00:38:55,360 Kemudaratan yang telah saya lakukan takkan hilang. 476 00:39:02,520 --> 00:39:05,880 Saya membunuh orang dan ia mengambil masa untuk faham 477 00:39:05,960 --> 00:39:09,200 perasaan orang lain, terutamanya keluarga Eric. 478 00:39:09,280 --> 00:39:12,640 Itu antara perkara utama saya nak buktikan kepada semua. 479 00:39:12,720 --> 00:39:16,320 Tak kira cara anda membesar, anda masih boleh berubah. 480 00:39:19,560 --> 00:39:23,640 Jelas sekali dia tak ambil tanggungjawab atas tindakannya. 481 00:39:23,720 --> 00:39:27,160 Jelas sekali dia tak bertanggungjawab atas perbuatannya. 482 00:39:28,280 --> 00:39:31,120 Saya semak fail dari tahun 1996. 483 00:39:31,200 --> 00:39:36,600 Memang dia yang memasukkan peluru itu dan memberitahu ada sebutir peluru. 484 00:39:37,600 --> 00:39:41,640 Dia menarik picu dan tahu di dalam pistol itu ada peluru. 485 00:39:42,360 --> 00:39:46,200 Nampaknya dia cuma cuba menjauhkan diri daripada pembunuhannya. 486 00:39:51,400 --> 00:39:53,960 Saya bersumpah mereka yang memasukkannya. 487 00:39:54,040 --> 00:39:57,960 Tapi katanya, saya yang cakap saya memasukkannya. 488 00:39:58,040 --> 00:40:00,880 Saya tak ingat bahagian itu, 489 00:40:00,960 --> 00:40:04,240 iaitu saya kata saya memasukkan peluru. 490 00:40:07,560 --> 00:40:08,720 Maksud saya… 491 00:40:10,600 --> 00:40:12,760 Sekarang entahlah. Ia seperti… 492 00:40:13,280 --> 00:40:16,080 Kepala saya jadi bercelaru. 493 00:40:16,600 --> 00:40:19,720 Saya cuba memahaminya. 494 00:40:22,960 --> 00:40:26,200 Saya sangka tujuan menarik picu adalah untuk menakutkan, 495 00:40:26,280 --> 00:40:31,360 jika dia dengar bunyi tembakan kosong, hanya bunyi klik, 496 00:40:31,440 --> 00:40:33,440 itu untuk menakutkan dia. 497 00:40:33,520 --> 00:40:35,960 Itulah tujuannya, tapi… 498 00:40:41,600 --> 00:40:43,360 Entahlah. Mungkin… 499 00:40:44,360 --> 00:40:45,680 Saya rasa dia betul. 500 00:40:46,440 --> 00:40:48,440 Dia betul. Saya memang dah tahu. 501 00:40:54,040 --> 00:40:56,160 Saya tahu dan saya tak nak… 502 00:41:09,040 --> 00:41:11,280 Saya tak nak terima. 503 00:41:33,000 --> 00:41:36,080 Saya takkan pulih dengan baik kecuali menghadapinya. 504 00:41:36,720 --> 00:41:39,800 Bukan senang untuk menerima. 505 00:41:42,160 --> 00:41:46,280 Saya tak suka perasaan itu sekarang, tapi itu yang saya harus dengar. 506 00:41:53,080 --> 00:41:54,520 Saya cuba… 507 00:41:57,240 --> 00:41:59,480 Saya cuba jadi yang terbaik. 508 00:42:01,440 --> 00:42:04,520 Itu buat saya rasa jauh daripada terbaik. 509 00:42:43,960 --> 00:42:46,880 Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad