1 00:00:15,640 --> 00:00:21,520 Pada malam Hari Kesyukuran tahun 1999, saya buat sesuatu yang benar-benar bodoh 2 00:00:21,520 --> 00:00:23,880 kepada orang yang tak patut diperlakukan sebegitu. 3 00:00:25,680 --> 00:00:29,760 Saya biarkan rasa marah bertukar menjadi berang. 4 00:00:31,800 --> 00:00:34,520 Tapi itu saya yang dulu. 5 00:00:37,200 --> 00:00:44,200 DI AS, PEMBUNUH YANG DISABITKAN BERSALAH MENJALANI 60 PERATUS HUKUMAN DI PENJARA 6 00:00:45,480 --> 00:00:51,760 BANDUAN HARUS MENUNJUKKAN KEKESALAN DAN BERUBAH BAGI MENDAPATKAN PAROL 7 00:00:53,040 --> 00:00:58,160 INI KISAH BANDUAN #31472 8 00:00:59,960 --> 00:01:04,320 Saya terpaksa mengenang balik kejadian malam itu selama hampir 24 tahun. 9 00:01:05,280 --> 00:01:09,680 Saya betul-betul tak tahu benda yang buat saya bertindak begitu, 10 00:01:10,200 --> 00:01:13,240 tapi saya percaya saya patut dibebaskan. 11 00:01:13,240 --> 00:01:18,960 Saya tidak seganas dulu. 12 00:01:23,360 --> 00:01:25,600 Kita semua mampu mendatangkan mudarat. 13 00:01:26,160 --> 00:01:28,640 Orang kata anda jahat. 14 00:01:29,560 --> 00:01:31,960 Saya tak kata saya tak bersalah. 15 00:01:31,960 --> 00:01:34,360 Saya membunuh tanpa belas kasihan. 16 00:01:40,120 --> 00:01:44,320 ANDAI KEADAAN BERBEZA 17 00:01:54,360 --> 00:01:57,760 {\an8}Apabila meningkat dewasa, saya tertanya-tanya tentang hidup saya 18 00:01:57,760 --> 00:01:59,400 {\an8}jika ayah saya ada di sini 19 00:02:00,560 --> 00:02:03,120 dan keadaan pasti berbeza. 20 00:02:11,520 --> 00:02:14,080 Jangan rakam muka saya. Hei! 21 00:02:21,000 --> 00:02:24,440 Dialah orangnya yang saya boleh hubungi walau apa pun jadi 22 00:02:24,440 --> 00:02:26,040 dan dia pasti ada. 23 00:02:26,760 --> 00:02:30,120 {\an8}Jika ayah saya ada, kami pasti menjadi sangat rapat. 24 00:02:34,760 --> 00:02:37,960 Tiada alasan untuk Michael Highley bertindak begitu. 25 00:02:39,240 --> 00:02:43,680 Sama ada dadah, penyakit mental atau gabungan kedua-duanya, 26 00:02:43,680 --> 00:02:47,280 saya rasa tiada sebab untuk dia membunuh ayah saya. 27 00:03:03,240 --> 00:03:08,760 {\an8}Sejak dipenjarakan selama hampir 25 tahun, 28 00:03:08,760 --> 00:03:11,880 saya banyak bermuhasabah diri. 29 00:03:13,920 --> 00:03:18,000 Saya masih tak faham tindakan yang saya lakukan. 30 00:03:19,920 --> 00:03:21,480 Pakai yang ini. 31 00:03:31,600 --> 00:03:36,320 PADA TAHUN 2000, MAHKAMAH MONTANA MENJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 60 TAHUN 32 00:03:36,320 --> 00:03:40,240 KE ATAS HIGHLEY KERANA MENIKAM PAUL HARRIS, 33 TAHUN, SAMPAI MATI 33 00:03:42,720 --> 00:03:47,360 Saya masih rasa tak keruan apabila memikirkan hari itu. 34 00:03:48,880 --> 00:03:51,200 Saya tidak berniat begitu. 35 00:03:51,800 --> 00:03:54,480 Hidup saya sepatutnya lebih baik. 36 00:04:08,560 --> 00:04:12,160 Membesar di pinggir bandar selatan Chicago, 37 00:04:12,160 --> 00:04:18,240 saya tinggal bersama ibu, nenek, datuk 38 00:04:18,240 --> 00:04:20,800 dan beberapa adik-beradik yang lain. 39 00:04:25,240 --> 00:04:30,000 Satu-satunya yang saya tahu tentang ayah ialah dia sertai Angkatan Marin 40 00:04:30,000 --> 00:04:32,840 dan satu-satunya kenangan yang saya tak lupa 41 00:04:32,840 --> 00:04:37,680 ialah memerhati dia menaiki kenderaan dan terus beredar. 42 00:04:41,640 --> 00:04:45,480 Saya mula minum arak sekitar umur tujuh atau lapan tahun. 43 00:04:45,480 --> 00:04:50,200 Salah seorang kawan yang membesar bersama termasuklah daripada kumpulan geng. 44 00:04:50,200 --> 00:04:53,840 Dia dan kawan-kawannya selalu datang 45 00:04:53,840 --> 00:04:57,640 membawa bir 12 pek, botol wiski 46 00:04:57,640 --> 00:04:58,560 dan... 47 00:05:00,720 --> 00:05:05,760 Apabila mencecah usia sembilan tahun, saya dah jadi kaki botol. 48 00:05:07,400 --> 00:05:13,400 Mabuk mampu menyembunyikan kekeliruan 49 00:05:14,360 --> 00:05:16,840 dan kemarahan saya. 50 00:05:16,840 --> 00:05:21,120 Ia membantu saya menyembunyikan beberapa 51 00:05:22,600 --> 00:05:26,880 butiran peribadi tentang diri saya yang saya enggan hadapi. 52 00:05:31,960 --> 00:05:37,560 SEBAGAI KANAK-KANAK DI CHICAGO, HIGHLEY TERLIBAT DENGAN GENG JALANAN 53 00:05:40,320 --> 00:05:44,560 Saya cuba menyesuaikan diri 54 00:05:45,280 --> 00:05:50,760 dan memastikan ada orang yang saya boleh panggil kawan. 55 00:05:50,760 --> 00:05:54,200 Saya terdedah kepada banyak keganasan. 56 00:05:54,200 --> 00:05:59,880 Saya agak panas baran dan selalu marah. 57 00:06:00,400 --> 00:06:03,800 Apabila saya marah seseorang, saya cuba belasah dia. 58 00:06:03,800 --> 00:06:06,160 Menumbuk, menendang, 59 00:06:06,160 --> 00:06:07,680 menanduk orang. 60 00:06:07,680 --> 00:06:12,080 Itu cara saya buktikan saya salah seorang geng mereka. 61 00:06:26,200 --> 00:06:31,840 PADA TAHUN 1985, IBU HIGHLEY KAHWIN LAIN DAN MEREKA BERPINDAH KE MISSOULA, MONTANA 62 00:06:36,040 --> 00:06:37,880 Selepas berpindah ke Montana, 63 00:06:37,880 --> 00:06:40,680 saya sepatutnya bekerja untuk ayah tiri saya, 64 00:06:40,680 --> 00:06:42,560 tapi dia tak bayar gaji saya. 65 00:06:42,560 --> 00:06:48,800 Jadi, saya mencuri senapang sebab mahu balas dendam. 66 00:06:48,800 --> 00:06:55,240 Saya kenal beberapa orang yang sanggup beli sebab saya nak duit dan dadah. 67 00:06:56,520 --> 00:06:59,680 Tapi sesetengah individu yang berurusan dengan saya 68 00:06:59,680 --> 00:07:02,800 menyerahkan beberapa senapang tersebut kepada polis. 69 00:07:03,320 --> 00:07:06,000 Jadi, saya ditangkap 70 00:07:07,000 --> 00:07:10,200 dan itulah permulaan... 71 00:07:12,280 --> 00:07:13,480 kehidupan penjara. 72 00:07:17,640 --> 00:07:21,880 KETIKA BERUMUR ANTARA 15 DAN 29 TAHUN, HIGHLEY BEBERAPA KALI DIPENJARAKAN 73 00:07:21,880 --> 00:07:25,680 KERANA SALAH GUNA DADAH, MEMILIKI SENJATA DAN MELANGGAR PAROL 74 00:07:28,680 --> 00:07:33,200 Penjara bukanlah pengalaman belajar seperti yang diingini 75 00:07:33,200 --> 00:07:39,160 sebab walaupun dipenjarakan, saya tetap mabuk. 76 00:07:43,920 --> 00:07:48,400 PADA TAHUN 1999, HIGHLEY, 29 TAHUN DIBEBASKAN DENGAN PAROL 77 00:07:48,400 --> 00:07:53,440 SYARAT PEMBEBASANNYA TERMASUKLAH TIDAK MEMINUM ARAK ATAU PERGI KE BAR 78 00:07:56,680 --> 00:07:58,440 Sebaik keluar dari penjara, 79 00:07:58,440 --> 00:08:03,200 saya sembunyikan masalah itu menggunakan emosi saya, 80 00:08:03,200 --> 00:08:05,440 saya tidak mengatasinya 81 00:08:05,440 --> 00:08:11,080 dan kebimbangan utama saya ialah cara nak mendapatkan bir 82 00:08:11,080 --> 00:08:14,600 dan nak mendapatkan dadah. 83 00:08:15,600 --> 00:08:19,040 Saya ada sikap, "Tiada orang boleh kata aku tak boleh." 84 00:08:19,040 --> 00:08:23,360 Jadi, saya terus minum dan khayal. 85 00:08:24,320 --> 00:08:28,720 Malangnya, itu bukan sikap yang baik. 86 00:08:28,720 --> 00:08:32,440 Ia membuatkan saya semakin naik berang. 87 00:08:37,320 --> 00:08:42,080 EMPAT BULAN SELEPAS DIBEBASKAN, HIGHLEY SAMBUNG MINUM ARAK 88 00:08:42,080 --> 00:08:44,600 DAN SERING KE BAR-BAR DI MISSOULA 89 00:08:48,720 --> 00:08:55,640 Pada malam sebelum Hari Kesyukuran 1999, saya mengayuh basikal ke bar. 90 00:08:55,640 --> 00:08:59,080 Saya bawa basikal masuk dan tinggalkannya di penjuru. 91 00:08:59,720 --> 00:09:03,760 Seorang kenalan lama saya, En. Harris kata dia boleh 92 00:09:03,760 --> 00:09:05,520 menjaganya untuk saya. 93 00:09:05,520 --> 00:09:09,640 Saya beritahu dia saya akan berada di meja pool 94 00:09:10,280 --> 00:09:15,280 dan begitulah bermulanya malam yang teruk. 95 00:09:20,960 --> 00:09:27,560 Salah seorang pelayan bar mendekati saya dan menuduh saya 96 00:09:27,560 --> 00:09:29,280 salah seorang antara orang 97 00:09:29,280 --> 00:09:35,320 yang dia syak pergi ke belakang bar pada satu atau dua malam sebelum itu 98 00:09:36,440 --> 00:09:37,560 dan ambil duit 99 00:09:37,560 --> 00:09:40,320 daripada bekas "duit tip". 100 00:09:43,000 --> 00:09:46,640 Rasa marah saya terus meluap. 101 00:09:46,640 --> 00:09:50,960 Kalau nak tuduh saya, pastikan saya buat. 102 00:09:54,440 --> 00:10:00,280 Saya bukan marah yang tak boleh dikawal, tapi nyaris tak boleh kawal. 103 00:10:04,120 --> 00:10:09,000 Saya tak pasti masa yang telah berlalu, 104 00:10:09,000 --> 00:10:14,240 tapi pelayan bar itu menarik perhatian saya dan berkata, 105 00:10:14,240 --> 00:10:19,160 "Maaf, orang yang ambil duit itu dah mengaku." 106 00:10:19,160 --> 00:10:21,480 BUKA 107 00:10:21,480 --> 00:10:23,960 Saya tak boleh lupa 108 00:10:23,960 --> 00:10:27,040 tentang dituduh buat sesuatu yang saya tak buat. 109 00:10:31,600 --> 00:10:33,400 Saya teguk arak lagi. 110 00:10:35,240 --> 00:10:36,600 Saya asyik fikir. 111 00:10:40,040 --> 00:10:44,360 Apabila saya pandang sepintas lalu, saya dapati basikal saya hilang. 112 00:10:44,360 --> 00:10:50,240 Darah saya terus mendidih. 113 00:10:53,880 --> 00:10:57,200 Saya tanya En. Harris, "Mana basikal?" 114 00:10:57,800 --> 00:11:00,400 Saya tampar bahunya. 115 00:11:00,400 --> 00:11:03,600 Dia pandang saya dan kata, 116 00:11:03,600 --> 00:11:07,560 "Kalaupun saya tahu, saya takkan beritahu." 117 00:11:07,560 --> 00:11:08,720 Lalu, 118 00:11:10,080 --> 00:11:11,920 begitulah. 119 00:11:11,920 --> 00:11:18,160 Kemarahan itu terus membuak-buak. 120 00:11:22,120 --> 00:11:27,600 Saya masih ingat pelayan bar menjerit, "Bergaduh ke luar." 121 00:11:29,480 --> 00:11:34,680 En. Harris keluar dari bar dan berjalan di seberang jalan. 122 00:11:36,720 --> 00:11:42,080 Sebaik saja dia menghampiri saya, saya tikam dia tiga kali. 123 00:11:48,240 --> 00:11:52,480 HIGHLEY TERUS LARI MENINGGALKAN TEMPAT KEJADIAN 124 00:11:52,480 --> 00:11:56,960 KETIKA MEDIK TIBA, PAUL HARRIS SUDAH MATI 125 00:12:01,320 --> 00:12:06,840 Saya masih tak faham perkara yang menyebabkan saya bertindak begitu. 126 00:12:07,440 --> 00:12:12,160 Saya tak mampu mengagak perkara yang bermain dalam fikiran. 127 00:12:16,160 --> 00:12:22,000 KEESOKAN HARINYA, HIGHLEY DITANGKAP DAN DITUDUH PEMBUNUHAN DARJAH PERTAMA 128 00:12:34,160 --> 00:12:37,120 Sepanjang hidupnya, Michael ada satu tabiat. 129 00:12:37,920 --> 00:12:41,000 Dia marah dan bertindak, 130 00:12:41,680 --> 00:12:45,120 kemudian dia tak fikir sehingga selepas dia melakukannya. 131 00:12:47,320 --> 00:12:48,800 Saya tak faham. 132 00:12:51,520 --> 00:12:54,560 Saya Carol, ibu Michael Highley. 133 00:13:02,480 --> 00:13:05,560 Ketika Michael masih muda, dia selalu teguk arak. 134 00:13:06,080 --> 00:13:07,840 Dia ambil dadah, 135 00:13:08,360 --> 00:13:12,360 tapi saya tak tahu dia buat begitu sebab dia tak buat di sini. 136 00:13:12,360 --> 00:13:15,560 {\an8}Saya balik, dia balik makan malam 137 00:13:15,560 --> 00:13:19,840 dan dia minta izin keluar untuk berjumpa kawan-kawannya. 138 00:13:21,760 --> 00:13:26,200 Tapi sebenarnya dia pergi jumpa pengedar dadah. 139 00:13:27,720 --> 00:13:32,560 Apabila dia ditimpa masalah, Michael selalu bersikap "lawan atau lari". 140 00:13:33,080 --> 00:13:37,200 Pernah sekali, ada pengedar dadah mengejarnya sampai ke rumah. 141 00:13:38,360 --> 00:13:42,240 Mungkin dia dikejar sebab berhutang dengan pengedar dadah itu. 142 00:13:42,240 --> 00:13:45,840 Dia pergi ambil senapang .22 kakaknya. 143 00:13:45,840 --> 00:13:49,520 Dia julurkan senapang ke luar tingkap dan tembak. 144 00:13:54,200 --> 00:13:59,360 PENGEDAR DADAH ITU SELAMAT, TAPI HIGHLEY DITUDUH KERANA MENEMBAK 145 00:14:00,720 --> 00:14:03,000 HIGHLEY TERLEPAS DARIPADA DIPENJARAKAN 146 00:14:03,000 --> 00:14:07,760 PADA TAHUN 1985, CAROL MEMBAWA KELUARGANYA PINDAH DARI CHICAGO KE MONTANA 147 00:14:09,960 --> 00:14:13,080 Saya fikir jika dia meninggalkan persekitaran ini, 148 00:14:13,080 --> 00:14:15,160 keadaan akan berjalan lancar. 149 00:14:16,680 --> 00:14:20,760 Tapi nampaknya walau apa pun kita kata atau buat, 150 00:14:20,760 --> 00:14:24,760 ia tak masuk ke dalam kepalanya. 151 00:14:24,760 --> 00:14:27,920 Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 152 00:14:28,640 --> 00:14:30,800 Tentang masalah kemarahan, 153 00:14:30,800 --> 00:14:35,800 saya bawa dia berjumpa doktor untuk cari punca dia melenting begitu. 154 00:14:36,520 --> 00:14:40,400 Semua orang cuba mengenalpasti, tapi tiada sesiapa tahu. 155 00:14:40,920 --> 00:14:43,160 Sebab itu saya selalu beritahu Michael, 156 00:14:43,840 --> 00:14:47,880 "Fikir sebelum buat sesuatu. Pusing dan beredar." 157 00:14:48,480 --> 00:14:50,240 Tapi dia degil 158 00:14:50,240 --> 00:14:54,320 dan sebab itulah kejadian tikaman pisau itu berlaku. 159 00:14:58,560 --> 00:15:02,400 TAK LAMA SELEPAS MENIKAM PAUL HARRIS, 160 00:15:02,400 --> 00:15:06,920 POLIS TIBA DI RUMAH CAROL UNTUK MENANGKAP HIGHLEY 161 00:15:09,440 --> 00:15:13,120 Apabila saya tahu mangsa yang ditikam itu mati, 162 00:15:13,120 --> 00:15:17,040 saya terfikir, "Aku tak boleh tolong dia yang ini." 163 00:15:19,520 --> 00:15:21,920 Saya tak tahu sebab dia begitu marah. 164 00:15:22,520 --> 00:15:25,800 Saya tak rasa dia pernah terfikir untuk berfikir 165 00:15:25,800 --> 00:15:28,800 atau akibatnya sebelum melakukannya. 166 00:15:48,360 --> 00:15:52,080 HIGHLEY MENGAKU BERSALAH KERANA MEMBUNUH PAUL HARRIS 167 00:15:52,080 --> 00:15:58,120 PADA 10 OGOS 2000, DIA HADIR DI MAHKAMAH UNTUK HUKUMAN DIJATUHKAN 168 00:16:05,920 --> 00:16:08,960 Apabila kami dapat kes-kes ini, ia sentiasa tragik. 169 00:16:10,840 --> 00:16:14,280 {\an8}Sepatutnya ada cara lain menguruskan pertikaian selain ini. 170 00:16:14,280 --> 00:16:17,000 {\an8}Tapi ia dah berlaku dan ada yang terbunuh. 171 00:16:20,240 --> 00:16:23,680 Nama saya John W. Larson. Saya hakim daerah di Montana 172 00:16:23,680 --> 00:16:26,560 dan saya mengetuai kes Michael Highley. 173 00:16:29,920 --> 00:16:33,440 HIGHLEY BEBERAPA KALI HADIR DI MAHKAMAH HAKIM LARSON 174 00:16:33,440 --> 00:16:36,320 SEJAK ENAM TAHUN LEPAS 175 00:16:45,960 --> 00:16:50,880 WALAUPUN ADA TUDUHAN ROMPAKAN, PEMILIKAN SENJATA BERBAHAYA 176 00:16:50,880 --> 00:16:55,560 DAN PELANGGARAN PAROL YANG BERULANG KALI, HIGHLEY BERJAYA ELAK MASUK PENJARA 177 00:16:56,480 --> 00:17:00,360 KESAMAAN 178 00:17:00,360 --> 00:17:02,840 Penjara biasanya jalan terakhir. 179 00:17:02,840 --> 00:17:05,960 Kita harus beri mereka peluang untuk mengubah hidup. 180 00:17:05,960 --> 00:17:09,680 {\an8}Jangan asyik masuk penjara atas setiap kesalahan. 181 00:17:09,680 --> 00:17:14,160 Tapi Highley diberi banyak peluang dan peluang tak boleh berterusan. 182 00:17:16,440 --> 00:17:20,280 En. Highley diberi peluang yang cukup untuk berubah, 183 00:17:20,280 --> 00:17:22,880 tapi dia cenderung untuk bersikap ganas. 184 00:17:24,080 --> 00:17:26,680 Akhirnya, ada orang mati ditikam. 185 00:17:27,200 --> 00:17:28,840 Dengan keganasan sebegitu, 186 00:17:28,840 --> 00:17:32,640 kami perlu pastikan orang lain dilindungi. 187 00:17:32,640 --> 00:17:35,080 KEADILAN 188 00:17:35,960 --> 00:17:39,240 PADA 10 OGOS 2000, HAKIM LARSON MENJATUHI 189 00:17:39,240 --> 00:17:45,880 HUKUMAN PENJARA 60 TAHUN KE ATAS HIGHLEY KERANA MEMBUNUH PAUL HARRIS 190 00:17:48,280 --> 00:17:51,800 Hukuman dalam kes Highley merupakan hukuman setimpal. 191 00:17:51,800 --> 00:17:56,120 Hukumannya setimpal, tapi tak melampau. 192 00:17:56,120 --> 00:17:58,880 Ia ada ciri-ciri untuk pemulihan. 193 00:17:58,880 --> 00:18:03,120 KEBEBASAN - KESAMAAN - KEADILAN 194 00:18:04,080 --> 00:18:06,840 DALAM HUKUMAN HIGHLEY 195 00:18:06,840 --> 00:18:10,640 ADA PERUNTUKAN UNTUK PAROL SELEPAS 15 TAHUN DIPENJARAKAN 196 00:18:13,000 --> 00:18:16,320 Ada satu syarat sebelum dia diberi parol 197 00:18:16,320 --> 00:18:18,880 iaitu dia perlu tamatkan program pemulihan 198 00:18:18,880 --> 00:18:22,280 untuk ketagihan arak dan kesihatan mental. 199 00:18:23,680 --> 00:18:27,080 Highley perlu rebut peluang daripada hukuman itu 200 00:18:27,080 --> 00:18:30,440 dan gunakan peluang-peluang ini untuk berubah. 201 00:18:43,600 --> 00:18:49,440 HIGHLEY KINI DIPENJARAKAN SELAMA 24 TAHUN 202 00:18:52,480 --> 00:18:57,160 Beberapa tahun pertama di dalam penjara amat sukar bagi saya. 203 00:18:58,040 --> 00:19:00,160 Saya berhenti berfikir dengan jelas. 204 00:19:00,160 --> 00:19:03,440 Saya tak mahu fikir perkara yang membawa saya ke sini. 205 00:19:03,960 --> 00:19:08,240 Itulah yang saya buat selama beberapa tahun pertama. 206 00:19:09,800 --> 00:19:12,680 Tapi saya berjaya 207 00:19:12,680 --> 00:19:17,440 cuba buat perubahan dalam hidup saya. 208 00:19:18,200 --> 00:19:21,920 Mendengar individu homoseks 209 00:19:23,240 --> 00:19:27,200 menjelaskan tentang keadaan sekarang yang jauh berbeza 210 00:19:27,200 --> 00:19:30,440 dan cara keadaan lebih diterima. 211 00:19:30,440 --> 00:19:35,080 Pada tahun 2016, saya bertukar menjadi transjantina. 212 00:19:37,080 --> 00:19:40,040 Dari segi mental, saya tak menoleh ke belakang. 213 00:19:42,160 --> 00:19:48,760 Ia membantu saya meneruskan hidup sejak tahun 1999. 214 00:19:52,120 --> 00:19:56,040 18 TAHUN SELEPAS DISABITKAN KESALAHAN MEMBUNUH PAUL HARRIS, 215 00:19:56,040 --> 00:19:59,360 HIGHLEY MEMULAKAN PROSES PERALIHAN 216 00:19:59,360 --> 00:20:03,560 KINI DIA MENGGELAR DIRINYA DENGAN GELARAN WANITA 217 00:20:03,560 --> 00:20:10,000 DAN MENUKAR NAMA KEPADA EZDETH 218 00:20:13,000 --> 00:20:16,080 Saya patut menghadapinya sejak dulu lagi. 219 00:20:17,600 --> 00:20:20,320 Namun, seorang insan terpaksa mati 220 00:20:20,840 --> 00:20:25,840 dan saya harus dipenjarakan hampir seumur hidup 221 00:20:25,840 --> 00:20:29,720 untuk saya sedar bahawa menghadapi dunia seperti saya hadapi, 222 00:20:31,320 --> 00:20:33,920 ia bukan kehidupan yang saya patut lalui. 223 00:20:35,480 --> 00:20:41,760 Ia buat saya mengkaji semula semua perkara yang saya pernah buat dalam hidup. 224 00:20:42,280 --> 00:20:43,720 Ia membantu saya... 225 00:20:45,800 --> 00:20:51,680 sedar bahawa saya tak patut malu tentang diri saya yang dulu. 226 00:21:05,040 --> 00:21:09,960 Saya mula memakai pakaian wanita pada usia yang sangat muda. 227 00:21:09,960 --> 00:21:13,240 Ketika itu jugalah ayah saya pergi meninggalkan kami. 228 00:21:15,160 --> 00:21:19,040 Saya cuba sedaya upaya untuk menahan diri 229 00:21:19,040 --> 00:21:20,120 sebab... 230 00:21:22,440 --> 00:21:28,000 pandangan masyarakat terhadap transjantina pada zaman dulu, 231 00:21:28,000 --> 00:21:32,000 sedikit pun tak diterima oleh masyarakat. 232 00:21:32,960 --> 00:21:38,800 Saya pernah ditangkap beberapa kali memakai seluar dalam wanita 233 00:21:38,800 --> 00:21:41,200 semasa di sekolah menengah rendah. 234 00:21:45,240 --> 00:21:51,200 Mereka tangkap saya memakai pakaian dalam wanita di bilik lokar lelaki 235 00:21:53,040 --> 00:21:57,760 dan seluar gim di paras buku lali dan 236 00:21:58,640 --> 00:22:03,920 saya diketawakan dan diejek... 237 00:22:07,400 --> 00:22:10,720 Ya, ia satu pengalaman yang dahsyat. 238 00:22:15,440 --> 00:22:18,840 Saya boleh kata, cuba sesuaikan diri dengan dunia lelaki 239 00:22:18,840 --> 00:22:21,600 ketika di penjara, buat saya rasa lain. 240 00:22:21,600 --> 00:22:23,960 Saya tak melaluinya dengan baik. 241 00:22:25,480 --> 00:22:29,680 Cara saya menanganinya ialah sentiasa meneguk arak, 242 00:22:29,680 --> 00:22:33,040 cuba merawat diri sendiri sehingga tak perlu fikir lagi. 243 00:22:33,040 --> 00:22:37,920 Menjadi mabuk dapat bantu menghindari 244 00:22:37,920 --> 00:22:40,760 rasa teruk tentang diri sendiri. 245 00:22:42,600 --> 00:22:46,960 Jadi, saya terus minum, khayal 246 00:22:46,960 --> 00:22:50,440 dan melakukan banyak keganasan. 247 00:22:55,280 --> 00:23:00,560 Tapi sejak menjadi transjantina, saya amat bahagia. 248 00:23:04,080 --> 00:23:08,160 KALI PERTAMA HIGHLEY LAYAK PAROL ADALAH PADA TAHUN 2011 249 00:23:08,160 --> 00:23:13,600 DIA TAK DITERIMA SEBANYAK ENAM KALI 250 00:23:14,640 --> 00:23:16,600 LADANG TERNAK PENJARA NEGERI MONTANA 251 00:23:16,600 --> 00:23:19,000 Saya cuba mendapatkan parol 252 00:23:19,000 --> 00:23:23,200 sebab keinginan mahu pulih tidak pernah 253 00:23:23,200 --> 00:23:26,960 menjadi keutamaan 254 00:23:26,960 --> 00:23:32,320 sejak saya buat keputusan untuk menerima inilah diri saya sekarang. 255 00:23:38,400 --> 00:23:41,480 Nama saya sekarang ialah Ezdeth Antinua Highley. 256 00:23:41,480 --> 00:23:43,640 Awak boleh suka saya atau tak. 257 00:23:43,640 --> 00:23:46,080 Saya yang kena hadapi hidup, bukan awak. 258 00:23:48,600 --> 00:23:54,280 PENJARA NEGERI MONTANA 259 00:24:12,400 --> 00:24:16,960 PADA TAHUN 2022, PIHAK BERKUASA MEMAKLUMKAN KEPADA KELUARGA PAUL HARRIS 260 00:24:16,960 --> 00:24:19,120 TENTANG NAMA HIGHLEY YANG DITUKAR 261 00:24:19,120 --> 00:24:24,080 NAMUN, MEREKA TAK DIMAKLUMKAN BAHAWA INI SEBAHAGIAN PERALIHAN DIRINYA 262 00:24:28,680 --> 00:24:30,280 Kami menerima pemberitahuan 263 00:24:30,280 --> 00:24:32,840 bahawa Michael Highley mahu menukar nama. 264 00:24:32,840 --> 00:24:36,680 Mereka beritahu kami tentang namanya itu. 265 00:24:37,480 --> 00:24:40,840 Wanita yang menghubungi saya mengeja nama Highley 266 00:24:41,360 --> 00:24:44,840 dan ejaannya EZDETH. 267 00:24:44,840 --> 00:24:47,080 Saya tanya, "Kematian yang mudah?" 268 00:24:47,800 --> 00:24:49,040 Saya terkejut. 269 00:24:49,040 --> 00:24:52,720 {\an8}Itu satu tamparan bagi keluarga mangsa 270 00:24:52,720 --> 00:24:54,920 jika itulah namanya. 271 00:24:55,520 --> 00:24:57,600 Akhirnya apabila mereka beritahu 272 00:24:57,600 --> 00:25:01,800 Highley mahu berubah sebanyak yang boleh di penjara... 273 00:25:02,560 --> 00:25:03,760 Entahlah. 274 00:25:03,760 --> 00:25:07,000 Banyak yang perlu dihadapi dan cuba memahami. 275 00:25:07,520 --> 00:25:10,120 Sudah pasti untuk dia juga secara dalaman, 276 00:25:10,840 --> 00:25:12,160 perasaannya. 277 00:25:14,920 --> 00:25:19,040 LESLIE DAN KELUARGA TERUS MENGGUNAKAN NAMA DAN GELARAN 278 00:25:19,040 --> 00:25:22,920 YANG DIGUNAKAN OLEH HIGHLEY KETIKA PEMBUNUHAN PAUL 279 00:25:33,160 --> 00:25:36,760 Paul mudah buat orang ketawa semasa meningkat dewasa. Suka mengusik. 280 00:25:37,760 --> 00:25:40,200 Kami terpaksa perhatikan perbuatannya 281 00:25:40,200 --> 00:25:43,200 supaya tak ditimpa masalah dan turut sama nakal. 282 00:25:43,960 --> 00:25:46,040 Seronok apabila dia ada. 283 00:25:46,040 --> 00:25:47,480 Seorang adik yang baik. 284 00:25:49,680 --> 00:25:52,360 Pada lewat '90-an, Paul tinggal di Missoula. 285 00:25:52,360 --> 00:25:57,840 Dia kenal kekasihnya, Tracy, pada tahun 1997. 286 00:25:57,840 --> 00:26:01,040 Kemudian mereka mempunyai anak kembar perempuan. 287 00:26:01,040 --> 00:26:03,560 Mereka lahir pada tahun 1999. 288 00:26:06,200 --> 00:26:09,720 Dia sangat teruja menjadi ayah. 289 00:26:12,240 --> 00:26:13,880 Saya rasa malang betul 290 00:26:14,800 --> 00:26:17,760 apabila dia mati dan terlepas peluang itu. 291 00:26:28,960 --> 00:26:34,320 Saya tak pasti alasan Highley fikir dia patut tikam adik saya. 292 00:26:34,320 --> 00:26:38,560 Tapi akhirnya mereka bertengkar tentang basikal. 293 00:26:38,560 --> 00:26:41,680 Paul suruh kawannya letak di belakang trak 294 00:26:41,680 --> 00:26:45,520 dan jadi aneh apabila ditanya, "Mana basikal saya?" 295 00:26:45,520 --> 00:26:49,320 Ia cuma tersalah bergurau. 296 00:26:49,320 --> 00:26:52,240 Itu masalah rasa marah yang teruk 297 00:26:52,240 --> 00:26:55,200 sehinggakan anda sanggup tikam seseorang 298 00:26:56,520 --> 00:26:59,160 tentang basikal yang tak dicuri. 299 00:27:08,680 --> 00:27:11,880 Highley beberapa kali diberi parol. 300 00:27:12,880 --> 00:27:15,160 Apabila anda ambil nyawa seseorang, 301 00:27:15,160 --> 00:27:18,840 anda patut menghabiskan sisa hidup dipenjarakan. 302 00:27:19,720 --> 00:27:23,400 Semasa perbicaraan parol terakhir melalui video, 303 00:27:23,400 --> 00:27:26,800 Highley kata dia rasa seolah-olah dia seorang wanita 304 00:27:26,800 --> 00:27:31,480 dan mungkin dari situ punca rasa marahnya. 305 00:27:31,960 --> 00:27:33,760 Susah nak ungkap perasaan itu. 306 00:27:33,760 --> 00:27:38,800 Saya kasihan kepada orang yang rasa begitu dalam hidup mereka. 307 00:27:40,240 --> 00:27:42,360 Tapi dia membunuh dengan kejam 308 00:27:42,360 --> 00:27:45,680 dan itu takkan hilang hanya sebab nama anda berubah. 309 00:28:01,920 --> 00:28:06,120 {\an8}UNIVERSITI NEGERI MONTANA, MONTANA 310 00:28:09,160 --> 00:28:11,880 Banyak yang menyumbang kepada kelakuan Ezdeth 311 00:28:11,880 --> 00:28:13,760 selain identiti jantinanya. 312 00:28:15,680 --> 00:28:19,480 Ia memberikan konteks untuk sesetengah perkara yang dia lalui 313 00:28:19,480 --> 00:28:21,880 dan beberapa perkara yang dia hadapi. 314 00:28:21,880 --> 00:28:25,400 Tapi kebanyakan orang yang ada isu identiti jantina, 315 00:28:25,400 --> 00:28:26,720 tidak membunuh. 316 00:28:32,040 --> 00:28:33,160 Saya Laura Kirsch. 317 00:28:33,160 --> 00:28:36,120 Saya ahli psikologi forensik klinikal di Montana. 318 00:28:36,120 --> 00:28:39,640 Saya menilai defendan jenayah 319 00:28:39,640 --> 00:28:42,280 untuk sistem kehakiman Montana. 320 00:28:46,120 --> 00:28:51,440 LAURA KIRSCH MENGKAJI SEMULA KES HIGHLEY DAN KEADAAN HIDUPNYA 321 00:28:51,440 --> 00:28:53,600 SEBELUM DIA DIPENJARAKAN 322 00:28:56,000 --> 00:28:59,600 Tingkah laku manusia amat sukar untuk dihuraikan. 323 00:28:59,600 --> 00:29:05,680 {\an8}Alasan seseorang bertindak dipengaruhi oleh banyak faktor, 324 00:29:05,680 --> 00:29:10,640 faktor dalaman seperti diri mereka dan luaran seperti situasi. 325 00:29:10,640 --> 00:29:15,440 Saya rasa pendorong besar terhadap kelakuannya pada ketika itu 326 00:29:15,440 --> 00:29:19,880 adalah seperti kemarahan, penggunaan dadah 327 00:29:20,720 --> 00:29:22,920 dan ciri-ciri personaliti antisosial. 328 00:29:22,920 --> 00:29:27,000 Adakah sebahagiannya disebabkan oleh identiti jantinanya? Mungkin. 329 00:29:27,000 --> 00:29:31,040 Tapi untuk mengaitkan terus identiti jantinanya kepada pembunuhan, 330 00:29:31,040 --> 00:29:34,360 ia sangat mustahil untuk dilakukan. 331 00:29:37,320 --> 00:29:40,000 Berdasarkan maklumat yang saya baca, 332 00:29:40,000 --> 00:29:45,480 dia seorang yang antisosial dan nakal ketika zaman kanak-kanak. 333 00:29:45,480 --> 00:29:49,880 Apabila ada seseorang yang mungkin tak bermula 334 00:29:49,880 --> 00:29:54,080 dengan kapasiti pengawalan emosi yang hebat 335 00:29:54,080 --> 00:29:58,400 dan dibesarkan dalam persekitaran yang tak dapat bantuan tambahan 336 00:29:58,400 --> 00:29:59,880 yang mereka perlukan, 337 00:29:59,880 --> 00:30:02,960 itu boleh membawa kepada penggunaan kekerasan 338 00:30:02,960 --> 00:30:06,760 sebagai cara untuk selesaikan masalah atau meluahkan perasaan. 339 00:30:07,440 --> 00:30:11,920 {\an8}Tapi ia bukan alasan atau justifikasi yang kuat untuk kelakuannya. 340 00:30:30,080 --> 00:30:34,840 Sejak bertukar transjantina, saya amat bahagia. 341 00:30:35,440 --> 00:30:41,240 Saya tak pernah rasa seseronok ini. 342 00:30:42,480 --> 00:30:48,440 Perkara yang buat saya mula mengatasi masalah saya 343 00:30:48,440 --> 00:30:52,160 ialah mengingati kepuasan 344 00:30:52,160 --> 00:30:55,600 dan kebebasan yang saya rasa 345 00:30:55,600 --> 00:31:00,400 setiap kali berada di bilik bawah tanah, memakai gaun dan berkasut tumit tinggi. 346 00:31:00,920 --> 00:31:06,200 Saya dah tak kisah tentang pendapat orang. 347 00:31:06,720 --> 00:31:10,080 Namun, seseorang terpaksa mati 348 00:31:10,080 --> 00:31:13,600 dan saya terpaksa dipenjarakan hampir 349 00:31:13,600 --> 00:31:19,120 seumur hidup untuk saya sedar bahawa menghadapi dunia seperti saya hadapi, 350 00:31:20,640 --> 00:31:23,320 ia bukan kehidupan yang saya patut lalui. 351 00:31:23,320 --> 00:31:25,880 Hidup saya sepatutnya lebih baik. 352 00:31:32,640 --> 00:31:34,360 Salah satu ciri 353 00:31:34,360 --> 00:31:37,360 yang agak konsisten dengan personaliti antisosial 354 00:31:37,360 --> 00:31:40,640 ialah mementingkan diri atau asyik dengan diri sendiri. 355 00:31:40,640 --> 00:31:43,520 Pada saya agak menarik apabila dalam semua hal, 356 00:31:43,520 --> 00:31:45,520 dia amat fokus pada dirinya. 357 00:31:45,520 --> 00:31:46,560 Jadi, mungkin 358 00:31:46,560 --> 00:31:50,760 kebanyakan kelakuannya didorong oleh ciri-ciri personaliti antisosial. 359 00:31:50,760 --> 00:31:54,360 Saya rasa ia menarik sebab dia fokus kepada dirinya, 360 00:31:54,360 --> 00:31:58,600 dia jarang berbual tentang mangsa dan keluarga mangsa. 361 00:32:08,000 --> 00:32:12,560 Jika Ezdeth mahu peluang yang lebih baik bagi mendapat parol pada masa depan, 362 00:32:12,560 --> 00:32:16,520 dia perlu tunjukkan penyesalan yang ikhlas atas perbuatannya. 363 00:32:17,280 --> 00:32:23,360 Sebahagian perjalanan yang dia lakukan sepatutnya 364 00:32:23,360 --> 00:32:29,760 mempertimbangkan impak kelakuannya terhadap keluarga mangsa, 365 00:32:29,760 --> 00:32:31,480 anak-anak perempuan mangsa 366 00:32:31,480 --> 00:32:35,520 yang telah menghadapi kesukaran apabila membesar tanpa ayah. 367 00:32:35,520 --> 00:32:38,960 Daripada apa yang saya lihat dan dengar, 368 00:32:38,960 --> 00:32:41,840 dia tidak tahu dan tidak faham 369 00:32:41,840 --> 00:32:45,720 bahawa dia faktor utama kesusahan hidup zaman kanak-kanak mereka. 370 00:33:19,800 --> 00:33:22,480 Saya ada gambar adik saya, Paul Harris. 371 00:33:23,320 --> 00:33:26,560 {\an8}Ada gambar yang Madison, anak saudara saya, tak pernah lihat. 372 00:33:32,360 --> 00:33:36,040 Semasa Paul mati, kami tak tahu cara atasi nasib anak-anaknya. 373 00:33:36,040 --> 00:33:40,040 Saya ibu tunggal kepada anak usia lima tahun dan tak pasti 374 00:33:40,040 --> 00:33:43,320 sama ada boleh jaga 2 bayi dan tiba-tiba ada 3 anak 375 00:33:43,840 --> 00:33:48,760 serta menjadi ibu tunggal. Sekarang saya harus cari jalan. 376 00:33:53,120 --> 00:33:58,240 SELEPAS KEMATIAN PAUL HARRIS, TEMAN WANITANYA BERGELUT UNTUK HIDUP 377 00:33:58,240 --> 00:34:03,120 DUA ANAK MEREKA DILETAKKAN DI BAWAH JAGAAN NEGERI 378 00:34:03,120 --> 00:34:06,800 SEHINGGA AHLI KELUARGA MAMPU UNTUK MEMBANTU 379 00:34:11,040 --> 00:34:14,400 Mak cik rasa ini gambar pertama kita berjumpa. 380 00:34:14,400 --> 00:34:17,720 Tengoklah betapa kecilnya kamu. Mak cik tak cam sangat. 381 00:34:17,720 --> 00:34:20,640 Yang itu Brianna sebab rambutnya warna gelap. 382 00:34:21,560 --> 00:34:25,280 Selepas ayah saya meninggal, ibu tak selalu ada dengan kami, 383 00:34:25,280 --> 00:34:30,840 saya dan kembar saya keluar masuk rumah kebajikan selama bertahun-tahun. 384 00:34:31,360 --> 00:34:33,160 Atas tindakan Michael Highley, 385 00:34:33,160 --> 00:34:39,040 {\an8}saya dikelilingi dengan penggunaan dadah, pengabaian, semua itu semasa membesar. 386 00:34:39,640 --> 00:34:44,400 Saya selalu fikir, saya sanggup serahkan apa-apa saja untuk ada keluarga biasa. 387 00:34:45,640 --> 00:34:51,000 Ia buat saya marah sebab kami tak dapat peluang itu 388 00:34:51,000 --> 00:34:53,080 disebabkan pilihan orang lain. 389 00:34:54,440 --> 00:34:56,720 Saya dapat rasa jika ayah ada, 390 00:34:58,080 --> 00:34:59,640 keadaan pasti berbeza. 391 00:35:09,440 --> 00:35:14,440 Tapi saya bersyukur dikurniakan keluarga yang kami ada 392 00:35:14,440 --> 00:35:17,400 dan mereka datang untuk membantu 393 00:35:17,400 --> 00:35:18,320 sebab 394 00:35:20,080 --> 00:35:24,240 melalui macam-macam yang kami lalui semasa kecil... 395 00:35:26,640 --> 00:35:28,560 Saya rasa kami berjaya harungi. 396 00:35:39,560 --> 00:35:42,920 Bagi saya tak penting Michael Highley berubah atau tak. 397 00:35:43,560 --> 00:35:47,320 Sama ada dia menghidap penyakit mental atau masalah dadah. 398 00:35:48,240 --> 00:35:51,680 Saya rasa tiada alasan untuk dia bunuh ayah saya. 399 00:35:55,000 --> 00:36:00,640 MADDIE HADIR DAN BERCAKAP DI BEBERAPA PEMBICARAAN PAROL HIGHLEY 400 00:36:03,400 --> 00:36:05,480 Mereka tak beri saya bercakap lama. 401 00:36:05,480 --> 00:36:10,280 Cuma, "Kenapa cik rasa dia tak patut dibebaskan awal?" 402 00:36:11,200 --> 00:36:17,320 Saya jawab, "Sebab dia rampas ayah saya daripada keluarga kami." 403 00:36:18,160 --> 00:36:22,400 Saya percaya dia patut menerima hukuman setimpal kerana membunuh. 404 00:36:23,480 --> 00:36:25,800 Semua pembicaraan parol akan datang, 405 00:36:25,800 --> 00:36:30,040 saya akan beri keterangan bahawa dia tak patut dibebaskan awal. 406 00:36:49,520 --> 00:36:53,560 {\an8}BANDAR WATFORD, DAKOTA UTARA 407 00:36:58,240 --> 00:36:59,800 Rasa teruk. 408 00:37:00,320 --> 00:37:03,120 Orang telefon dan kata anak saya mati. 409 00:37:03,640 --> 00:37:07,200 Ketakutan setiap ibu ialah kehilangan anak. 410 00:37:10,440 --> 00:37:12,840 Tapi saya dah maafkan Highley. 411 00:37:15,440 --> 00:37:18,240 {\an8}Kita tak boleh terus berdendam begitu 412 00:37:18,240 --> 00:37:21,240 {\an8}sebab ia lebih menyakitkan berbanding orang lain. 413 00:37:27,360 --> 00:37:30,360 Saya Cheryl, ibu Paul Harris. 414 00:37:36,160 --> 00:37:41,400 Saya selalu fikir, "Bagaimana jika Paul tak alihkan basikal itu?" 415 00:37:41,400 --> 00:37:42,920 Adakah Paul masih hidup? 416 00:37:44,560 --> 00:37:46,800 Kalau bukan sebab hal kecil itu. 417 00:37:46,800 --> 00:37:49,120 Maksud saya, ada had 418 00:37:50,080 --> 00:37:54,320 yang kita boleh libatkan dan cuba faham tentang sesuatu yang berlaku. 419 00:37:54,320 --> 00:37:58,000 Percayalah, saya dah lalui seribu kali perkara begitu 420 00:37:58,000 --> 00:37:59,280 dan ia tak membantu. 421 00:38:00,360 --> 00:38:05,560 Percakapan atau perbuatan saya takkan mampu menghidupkan semula anak saya. 422 00:38:06,400 --> 00:38:07,240 Tiada. 423 00:38:11,600 --> 00:38:14,080 Jadi, saya memutuskan untuk maafkan dia 424 00:38:15,120 --> 00:38:19,200 dan saya nak beri dia peluang untuk berubah. 425 00:38:22,640 --> 00:38:25,360 SEMASA HUKUMAN ASAL, 426 00:38:25,360 --> 00:38:31,200 CHERYL MOHON PELUANG UNTUK BERCAKAP SEBAGAI MENYOKONG HIGHLEY 427 00:38:34,200 --> 00:38:38,320 Saya tanya tentang hukuman Michael yang dikurangkan. 428 00:38:38,320 --> 00:38:39,840 Saya tak mahu hukum dia, 429 00:38:39,840 --> 00:38:42,800 cuma kurung dia di situ buat selama-lamanya. 430 00:38:43,880 --> 00:38:46,680 Saya tanya sama ada dia diberi latihan. 431 00:38:46,680 --> 00:38:51,720 Saya cuba mencari kelebihan dia berada di penjara 432 00:38:51,720 --> 00:38:54,800 dan menduduki kelas berbeza serta 433 00:38:56,160 --> 00:38:57,920 kelas yang akan bantu dia. 434 00:39:03,680 --> 00:39:06,360 Saya gembira Michael Highley berubah. 435 00:39:07,880 --> 00:39:10,200 Dia belajar melalui pengalaman. 436 00:39:12,120 --> 00:39:15,280 Tapi dia menerima untuk menjadi transjantina 437 00:39:15,280 --> 00:39:19,040 dan saya rasa sukar untuk dia berada di penjara 438 00:39:19,040 --> 00:39:22,240 dan cuba mencari perubahan dan jawapan itu. 439 00:39:22,240 --> 00:39:24,320 Saya harap dia akan dibebaskan 440 00:39:24,320 --> 00:39:27,400 dan menjalani kehidupan yang layak buat semua orang. 441 00:39:27,400 --> 00:39:30,400 Saya nak yang terbaik buat dia, 442 00:39:31,280 --> 00:39:33,480 tapi dia juga perlu bertindak. 443 00:39:37,960 --> 00:39:44,920 PENJARA NEGERI MONTANA 444 00:39:45,720 --> 00:39:50,520 Semua yang saya lakukan sejak 13 tahun lalu 445 00:39:50,520 --> 00:39:56,680 adalah untuk memperbaiki diri, tapi saya masih dalam proses. 446 00:40:08,760 --> 00:40:11,840 Saya tak patut jadikan mangsa saya 447 00:40:12,600 --> 00:40:14,800 dalam kedudukan menjadi mangsa. 448 00:40:15,520 --> 00:40:20,880 Tapi saya selalu fikir tentang ibunya dan anak-anaknya, 449 00:40:20,880 --> 00:40:27,800 ia amat bermakna buat saya untuk dengar dia maafkan saya. 450 00:40:28,480 --> 00:40:32,880 Hanya wanita kuat saja akan kata begitu. 451 00:40:36,960 --> 00:40:40,680 EMPAT BULAN SELEPAS TEMU BUAL AWAL EZDETH HIGHLEY, 452 00:40:40,680 --> 00:40:43,600 DIA BESETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN SETERUSNYA 453 00:40:45,800 --> 00:40:48,680 Saya mengambil masa yang lama 454 00:40:49,600 --> 00:40:55,560 untuk menerima perbuatan yang saya lakukan pada malam Hari Kesyukuran tahun 1999. 455 00:40:57,040 --> 00:40:59,880 Tapi saya dah berubah. 456 00:41:02,480 --> 00:41:06,960 Peralihan telah membantu saya percaya yang saya boleh pulih 457 00:41:06,960 --> 00:41:10,840 sebab ia beri saya sesuatu untuk diperjuangkan. 458 00:41:12,480 --> 00:41:17,800 Saya tak dapat menjadi orang yang saya idamkan selama ini. 459 00:41:17,800 --> 00:41:21,000 Saya wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. 460 00:41:21,000 --> 00:41:23,240 Saya bukan Michael Highley. 461 00:41:23,880 --> 00:41:25,760 Nama saya Ezdeth. 462 00:41:31,320 --> 00:41:34,720 Highley sudah beberapa kali menjalani parol, 463 00:41:34,720 --> 00:41:37,080 tapi saya rasa apabila anda membunuh, 464 00:41:37,080 --> 00:41:40,680 saya rasa saki baki hidup anda patut dihabiskan di penjara. 465 00:41:41,800 --> 00:41:45,000 Apabila mereka beritahu kami yang dia menukar namanya, 466 00:41:45,000 --> 00:41:48,560 wanita yang menghubungi saya mengeja nama Highley 467 00:41:48,560 --> 00:41:52,200 dan ejaannya EZDETH. 468 00:41:52,200 --> 00:41:54,440 Saya tanya, "Kematian yang mudah?" 469 00:41:55,120 --> 00:41:56,320 Saya terkejut. 470 00:41:56,320 --> 00:42:00,400 Itu satu tamparan buat keluarga mangsa 471 00:42:00,400 --> 00:42:02,760 jika itu benar, jika itu namanya. 472 00:42:07,560 --> 00:42:13,040 Saya bersimpati jika dia anggap begitu 473 00:42:13,040 --> 00:42:17,840 dan saya berharap dia akan berfikiran terbuka 474 00:42:17,840 --> 00:42:20,480 untuk beri saya peluang bagi membuktikan 475 00:42:20,480 --> 00:42:27,520 tujuannya bukan sebagai tamparan kepada mana-mana ahli keluarganya. 476 00:42:27,520 --> 00:42:29,680 Apabila saya fikirkan nama itu, 477 00:42:30,200 --> 00:42:35,280 ia watak rekaan dalam permainan lakon peranan 478 00:42:35,280 --> 00:42:36,600 yang ada... 479 00:42:39,280 --> 00:42:42,840 kualiti yang saya hargai. 480 00:42:42,840 --> 00:42:49,600 Watak yang selalu cuba berdepan dengan situasi melalui cara berkomunikasi. 481 00:42:51,280 --> 00:42:53,840 Watak yang sentiasa cuba cari keseimbangan. 482 00:42:53,840 --> 00:42:58,720 Ia tak sepatutnya memberi makna apa-apa 483 00:42:59,240 --> 00:43:01,160 kepada orang lain kecuali saya. 484 00:43:10,480 --> 00:43:15,400 Melalui perkara yang saya baca dan lihat tentang Ezdeth 485 00:43:15,400 --> 00:43:20,080 ialah dia ada beberapa ciri personaliti antisosial. 486 00:43:20,080 --> 00:43:22,560 Salah satu ciri 487 00:43:22,560 --> 00:43:25,080 yang agak konsisten dengan personaliti antisosial 488 00:43:25,080 --> 00:43:28,960 ialah mementingkan diri atau asyik dengan diri sendiri. 489 00:43:30,640 --> 00:43:32,080 Saya rasa agak menarik 490 00:43:32,080 --> 00:43:36,120 sebab dia jarang berbual tentang mangsa dan keluarga mangsa. 491 00:43:36,120 --> 00:43:39,520 Daripada apa yang saya lihat dan dengar, 492 00:43:39,520 --> 00:43:42,520 dia tak tahu dan tak faham 493 00:43:42,520 --> 00:43:47,440 bahawa dia faktor utama kesusahan hidup anak mangsa ketika zaman kanak-kanak. 494 00:43:57,600 --> 00:44:00,360 Macam mana saya nak minta maaf 495 00:44:01,440 --> 00:44:05,200 sebab merampas orang tersayang? 496 00:44:06,640 --> 00:44:08,320 Macam mana nak minta maaf? 497 00:44:09,640 --> 00:44:12,160 Mungkin sesuatu yang saya perlu buat 498 00:44:12,160 --> 00:44:16,320 ialah belajar perkataan-perkataan indah yang orang akan terima. 499 00:44:17,280 --> 00:44:21,440 Saya kesal sebab mereka membesar tanpa ayah mereka. 500 00:44:21,440 --> 00:44:26,760 Tapi bagi saya, cakap tak serupa bikin. 501 00:44:26,760 --> 00:44:32,240 Dua puluh lima tahun lalu, saya kaki botol yang teruk. 502 00:44:32,240 --> 00:44:34,280 Semuanya tentang saya. 503 00:44:34,280 --> 00:44:36,680 Sekarang saya dah berubah. 504 00:44:37,960 --> 00:44:40,960 Tindakan anda yang harus membuktikan 505 00:44:40,960 --> 00:44:44,520 bahawa anda mendapat pengajaran dan cuba berubah. 506 00:44:44,520 --> 00:44:47,040 Saya mahu keluarga mangsa 507 00:44:47,040 --> 00:44:52,520 mendapat ketenangan dalam kekejaman yang berpunca daripada saya. 508 00:44:54,440 --> 00:44:58,800 Saya nak beberapa ahli keluarga saya yang ada, 509 00:44:59,320 --> 00:45:02,240 cari ketenangan daripada semua benda mengarut ini. 510 00:45:04,600 --> 00:45:07,960 Orang lain takkan menemuinya selagi saya tak jumpa. 511 00:45:09,000 --> 00:45:10,840 Saya buat yang terbaik. 512 00:45:12,240 --> 00:45:14,600 Itu yang saya nak tunjukkan. 513 00:45:49,520 --> 00:45:52,440 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad