1 00:00:15,923 --> 00:00:18,003 Saya sepatutnya dah lama mati. 2 00:00:20,643 --> 00:00:23,323 Semua orang dalam keluarga dah mati, kecuali saya. 3 00:00:25,123 --> 00:00:26,603 Saya selalu hairan. 4 00:00:28,203 --> 00:00:29,643 Kenapa saya masih hidup? 5 00:00:31,043 --> 00:00:32,883 Saya kambing hitam keluarga. 6 00:00:33,923 --> 00:00:35,723 Hanya saya yang timbulkan masalah. 7 00:00:41,883 --> 00:00:48,763 DI AMERIKA LEBIH DARIPADA 135,000 ORANG DIPENJARAKAN SEBAB MEMBUNUH 8 00:00:50,163 --> 00:00:57,123 LEBIH 25 PERATUS DIDIAGNOS DENGAN PENYAKIT MENTAL YANG SERIUS 9 00:00:58,243 --> 00:01:04,443 INI KISAH BANDUAN #1585559 10 00:01:05,843 --> 00:01:08,763 Saya rasa ada orang lain selain daripada saya 11 00:01:08,843 --> 00:01:11,283 yang mengganggu fikiran saya. 12 00:01:13,563 --> 00:01:17,363 Saya boleh kata bahawa perkara yang saya lakukan… 13 00:01:18,883 --> 00:01:22,003 Banyak yang saya tak ingat atau cara saya terlibat. 14 00:01:26,923 --> 00:01:30,003 Seolah-olah saya mendengar suara lain berkata, 15 00:01:30,923 --> 00:01:32,203 "Ya, kau yang buat." 16 00:01:32,283 --> 00:01:33,243 Begitulah. 17 00:01:34,883 --> 00:01:36,883 Saya kata, "Tak, aku tak buat." 18 00:01:37,683 --> 00:01:40,283 Ia seperti saya bermain dengan diri sendiri. 19 00:01:44,603 --> 00:01:46,083 SEBUAH SIRI NETFLIX 20 00:01:57,083 --> 00:02:02,083 ORANG LAIN 21 00:02:31,043 --> 00:02:31,883 Ya. 22 00:02:42,803 --> 00:02:48,963 PADA 2 APRIL 1988, DERYL MADISON MENIKAM MATI BEULAH JOLIVET, 81 TAHUN 23 00:02:49,043 --> 00:02:49,883 Baiklah. 24 00:02:51,043 --> 00:02:54,523 MADISON MENDAKWA DIA GILA KETIKA ITU 25 00:02:54,603 --> 00:02:55,643 Tak mengapa, ya. 26 00:03:04,803 --> 00:03:07,443 Nama saya Deryl Wayne Madison. 27 00:03:08,923 --> 00:03:12,883 Lahir pada 29 Ogos 1958 di Monroe, Louisiana. 28 00:03:15,203 --> 00:03:18,763 Saya dipenjarakan sejak 33 tahun lalu 29 00:03:20,363 --> 00:03:22,323 bagi jenayah yang saya lakukan 30 00:03:22,843 --> 00:03:24,323 di kawasan kejiranan saya 31 00:03:25,043 --> 00:03:27,043 pada tahun 1988. 32 00:03:37,603 --> 00:03:39,323 Saya membesar di Texas. 33 00:03:40,723 --> 00:03:42,083 Ibu saya 34 00:03:43,683 --> 00:03:45,443 seorang jururawat berdaftar. 35 00:03:46,043 --> 00:03:49,003 Dia wanita yang rajin bekerja, wanita Kristian. 36 00:03:50,163 --> 00:03:52,763 Saya lebih rapat dengan mak berbanding ayah. 37 00:03:54,123 --> 00:03:57,723 Saya dan ayah tak sebulu sejak umur saya lima tahun. 38 00:03:58,243 --> 00:04:00,603 Saya tak pernah serasi dengannya. 39 00:04:03,523 --> 00:04:05,883 Saya kerap disebat oleh ayah. 40 00:04:06,643 --> 00:04:07,483 Banyak kali. 41 00:04:09,403 --> 00:04:11,883 Perentas pemanjangan dan papan, selalunya. 42 00:04:12,403 --> 00:04:16,123 Banyak kali saya lari dan tak balik-balik. 43 00:04:17,523 --> 00:04:18,363 Biasalah… 44 00:04:20,723 --> 00:04:23,283 Ia jadi semakin teruk. 45 00:04:30,803 --> 00:04:32,563 Kali pertama saya membakar, 46 00:04:33,763 --> 00:04:36,123 saya bakar kalendar pada dinding. 47 00:04:36,203 --> 00:04:37,083 Saya bakar. 48 00:04:39,803 --> 00:04:41,723 Saya cuma duduk dan tengok. 49 00:04:43,283 --> 00:04:45,923 Sejak daripada itu, 50 00:04:47,403 --> 00:04:48,883 saya obses dengan api. 51 00:04:52,323 --> 00:04:55,603 Saya tak tahu sama ada keagresifan, 52 00:04:55,683 --> 00:04:58,923 melepaskan marah terhadap ayah atau disebabkan ayah, entah. 53 00:04:59,603 --> 00:05:00,683 Namun, ia… 54 00:05:02,283 --> 00:05:03,563 Saya jadi tak keruan. 55 00:05:07,603 --> 00:05:09,363 Menjelang zaman remaja, 56 00:05:10,283 --> 00:05:11,883 berumur 12, 13 tahun, 57 00:05:12,883 --> 00:05:15,163 banyak bangunan yang saya bakar, 58 00:05:15,243 --> 00:05:16,643 banyak rumah kosong. 59 00:05:20,843 --> 00:05:22,483 Semasa sedang terbakar, 60 00:05:24,043 --> 00:05:26,483 ada orang fikir saya gila, tapi 61 00:05:27,003 --> 00:05:29,243 saya boleh melancap waktu kebakaran berlaku. 62 00:05:29,883 --> 00:05:31,363 Apabila saya dah selesai, 63 00:05:31,963 --> 00:05:32,843 saya okey. 64 00:05:33,763 --> 00:05:35,243 Saya okey dan beredar. 65 00:05:35,963 --> 00:05:36,803 Begitulah. 66 00:05:37,323 --> 00:05:38,483 Itu agak pelik. 67 00:05:39,123 --> 00:05:41,363 Saya akan berdiri di tengah-tengah api 68 00:05:42,283 --> 00:05:44,843 dan melancap semasa kebakaran. 69 00:05:45,363 --> 00:05:46,443 Siapa buat begitu? 70 00:05:47,763 --> 00:05:48,843 Faham maksud saya? 71 00:05:53,443 --> 00:05:56,683 Seolah-olah saya mendengar suara lain berkata, 72 00:05:56,763 --> 00:05:58,123 "Masa membakar." Betul? 73 00:05:58,963 --> 00:06:01,083 Seperti, "Masa membakar." 74 00:06:04,803 --> 00:06:06,843 Saya nak kata angkara orang lain. 75 00:06:08,443 --> 00:06:09,403 Terasa seperti 76 00:06:10,483 --> 00:06:14,043 ada orang lain dalam diri saya, selain saya. 77 00:06:19,723 --> 00:06:21,923 Saya pernah bakar rumah saya sendiri. 78 00:06:22,723 --> 00:06:24,523 Semua orang pergi ke gereja. 79 00:06:26,683 --> 00:06:29,083 Saya bakar, sambung tidur 80 00:06:29,603 --> 00:06:30,603 dan baring. 81 00:06:31,683 --> 00:06:33,003 Saya tak ke mana-mana. 82 00:06:34,003 --> 00:06:38,643 Tanpa disedari, ahli bomba capai saya dari katil dan heret saya keluar, 83 00:06:38,723 --> 00:06:40,283 saya sedut banyak asap. 84 00:06:42,163 --> 00:06:45,323 Mereka tanya, "Siapa bakar?" Saya jawab, "Tak tahu." 85 00:06:47,723 --> 00:06:49,363 Rupa-rupanya angkara saya. 86 00:06:52,483 --> 00:06:54,483 Adakah saya atau orang lain? 87 00:06:55,283 --> 00:06:57,123 Entah, saya pun tak tahu. 88 00:06:59,243 --> 00:07:00,843 Saya tak buat begitu. 89 00:07:01,363 --> 00:07:04,123 Pasti orang lain, saya tak buat. 90 00:07:13,123 --> 00:07:18,323 Saya mula hisap ganja dan teguk wain ketika berusia 12 tahun. 91 00:07:19,643 --> 00:07:22,683 Kemudian saya mula ambil Valium dan dadah, 92 00:07:24,363 --> 00:07:26,323 berjalan di atas bangunan. 93 00:07:28,283 --> 00:07:32,403 Seolah-olah saya berani buat begitu. 94 00:07:32,483 --> 00:07:35,483 Terasa diri ini dah besar dan mula buat macam-macam. 95 00:07:42,363 --> 00:07:44,003 Menjelang umur 16 tahun, 96 00:07:45,043 --> 00:07:48,043 saya berjalan di jalanan-jalanan Houston. 97 00:07:49,043 --> 00:07:51,643 Saya teruja dengan macam-macam. 98 00:07:52,803 --> 00:07:55,603 Saya masuk kedai dan mencuri barang atau 99 00:07:55,683 --> 00:07:58,323 curi duit orang lain, saya buat. 100 00:08:02,963 --> 00:08:08,243 PADA TAHUN 1977, MADISON, 19 TAHUN, DIPENJARAKAN KERANA RANGKAIAN JENAYAH 101 00:08:10,123 --> 00:08:11,803 Saya bebas pada tahun 1983. 102 00:08:14,403 --> 00:08:17,683 Saya bekerja di kompleks pangsapuri. 103 00:08:19,683 --> 00:08:23,763 Ia lama bertahan, tapi waktu itulah saya mula hisap ganja. 104 00:08:27,043 --> 00:08:29,283 Untuk saya meneruskan tabiat itu, 105 00:08:30,403 --> 00:08:33,603 saya merompak dan mencuri macam orang gila ketika itu. 106 00:08:36,523 --> 00:08:38,763 Ketika itulah hidup saya musnah. 107 00:08:43,163 --> 00:08:48,163 TAHUN 1988, MADISON TINGGAL DI FIFTH WARD, BERJIRAN DENGAN BEULAH JOLIVET, 81 TAHUN 108 00:08:55,323 --> 00:08:56,603 Pada hari tersebut, 109 00:08:58,323 --> 00:08:59,323 pada bulan April. 110 00:09:01,443 --> 00:09:03,003 Saya berjalan di tepi jalan. 111 00:09:03,083 --> 00:09:05,603 Saya ada 1,800 dolar di dalam poket. 112 00:09:06,283 --> 00:09:11,563 Ada tiga auns dadah, kokaina di dalam poket saya. 113 00:09:14,043 --> 00:09:16,603 Cik Jolivet sedang duduk di anjungnya. 114 00:09:16,683 --> 00:09:18,683 Saya melambai dan dia balas lambaian. 115 00:09:19,323 --> 00:09:22,243 Saya panjat pagar dan duduk di anjung dengan dia. 116 00:09:24,803 --> 00:09:27,883 Kami berbual tentang cuaca, keadaan semasa. 117 00:09:27,963 --> 00:09:30,003 Keadaan kebun dan sebagainya. 118 00:09:30,083 --> 00:09:33,843 Dulu saya tolong bersihkan garaj dan barang, bersihkan laman. 119 00:09:35,443 --> 00:09:38,083 Saya tak perlukan apa-apa pada hari itu. 120 00:09:38,603 --> 00:09:40,123 Saya ada semua yang saya nak. 121 00:09:40,643 --> 00:09:42,203 Saya cuma duduk di situ. 122 00:09:44,043 --> 00:09:47,643 Tiba-tiba saya tersentak, saya terfikir. 123 00:09:48,723 --> 00:09:51,883 Dia bangun dan tanya, "Dah nak pergi?" dan saya jawab, "Okey." 124 00:09:52,603 --> 00:09:55,443 Saya bangun, bantu dia masuk, tahan pintu untuk dia 125 00:09:56,363 --> 00:09:57,963 dan atas sebab tertentu, 126 00:09:58,643 --> 00:10:01,203 saya tolak dia masuk ke dalam rumah. 127 00:10:02,483 --> 00:10:03,563 Begitulah. 128 00:10:04,643 --> 00:10:07,323 Saya tolak dia masuk, dia jatuh ke lantai. 129 00:10:09,883 --> 00:10:11,843 Saya pukul dia tiga, empat kali. 130 00:10:14,123 --> 00:10:15,323 Dia menjerit. 131 00:10:17,643 --> 00:10:19,403 Saya heret dia ke belakang, 132 00:10:19,483 --> 00:10:22,483 saya meluru masuk, ambil pisau dari laci dapur 133 00:10:23,003 --> 00:10:24,443 dan tikam dia dua kali. 134 00:10:26,043 --> 00:10:27,643 Cuma begitu, seperti… 135 00:10:32,043 --> 00:10:35,243 Saya tak tahu apa berlaku, tak tahu sebab saya buat. 136 00:10:39,283 --> 00:10:41,283 Kemudian saya duduk di lantai. 137 00:10:42,083 --> 00:10:45,283 Saya duduk di sebelahnya, saya duduk saja. 138 00:10:51,523 --> 00:10:55,043 Saya diberitahu saya buat macam-macam, saya rosakkan rumah… 139 00:10:55,563 --> 00:10:59,043 Saya tak percaya sebab saya tak rosakkan rumah sesiapa. 140 00:11:00,843 --> 00:11:03,403 Sekurang-kurangnya saya tak rasa saya rosakkan rumah itu. 141 00:11:05,123 --> 00:11:09,443 Saya ambil banyak dadah, entah apa saya buat, saya pun tak tahu. 142 00:11:22,523 --> 00:11:25,683 Saya lari sehingga saya tak larat nak lari lagi. 143 00:11:27,363 --> 00:11:28,923 Saya duduk di susur jalan… 144 00:11:30,963 --> 00:11:33,163 Jalan Tuam dan Main, saya duduk di situ. 145 00:11:37,523 --> 00:11:40,003 Saya terfikir yang saya dah bunuh orang. 146 00:11:42,883 --> 00:11:44,563 Tak, saya tak bunuh sesiapa. 147 00:11:45,523 --> 00:11:47,403 Saya tak boleh bunuh sesiapa, bukan? 148 00:12:31,243 --> 00:12:34,523 Fifth Ward merupakan sebuah komuniti lama 149 00:12:34,603 --> 00:12:39,203 yang ditubuhkan di Houston sejak bertahun lamanya. 150 00:12:40,963 --> 00:12:43,443 Pada tahun 1968 ketika pembunuhan ini berlaku, 151 00:12:43,523 --> 00:12:47,323 ia merupakan kawasan pengedaran dadah yang agak sibuk 152 00:12:47,923 --> 00:12:53,003 dan saya tak pasti banyak perubahan beberapa tahun ini. 153 00:12:57,443 --> 00:12:59,883 Nama saya Sarjan Sharon Evans 154 00:12:59,963 --> 00:13:05,803 dan saya antara detektif yang ditugaskan dalam kes pembunuhan Beulah Jolivet. 155 00:13:07,403 --> 00:13:13,083 MAYAT BEULAH JOLIVET DITEMUI DUA HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 156 00:13:20,363 --> 00:13:22,123 Sebagai penyiasat, 157 00:13:22,963 --> 00:13:24,923 kami merupakan wakil mangsa 158 00:13:25,003 --> 00:13:27,243 untuk semua jenayah yang kami uruskan. 159 00:13:30,323 --> 00:13:32,003 Jadi, semasa buat begini, 160 00:13:32,083 --> 00:13:35,483 saya terasa saya wakil Cik Jolivet. 161 00:13:41,163 --> 00:13:43,323 Perkara yang kami tahu tentang Cik Jolivet, 162 00:13:43,403 --> 00:13:45,883 hasil daripada siasatan ini, 163 00:13:45,963 --> 00:13:49,083 dia sudah lama menetap di sini, 164 00:13:49,163 --> 00:13:51,643 dihormati dan dikenali oleh jiran tetangga. 165 00:13:54,963 --> 00:13:58,723 Bagi saya, siasatan bermula dari saat saya keluar dari kereta, 166 00:13:58,803 --> 00:14:00,123 berjalan ke pintu depan 167 00:14:00,203 --> 00:14:01,723 dan apabila saya buka pintu, 168 00:14:01,803 --> 00:14:05,603 tugas saya adalah memperincikan segalanya di dalam rumah itu. 169 00:14:06,123 --> 00:14:07,363 Semuanya. 170 00:14:10,723 --> 00:14:14,043 Sejurus saya masuk, saya tahu ini perbuatan kejam. 171 00:14:16,123 --> 00:14:18,163 Ada darah di atas lantai. 172 00:14:18,243 --> 00:14:21,003 Ada beberapa gigi mangsa 173 00:14:21,083 --> 00:14:25,323 yang dapat dilihat terkena darah berada di atas lantai. 174 00:14:25,403 --> 00:14:28,163 Kemudian, ada palitan darah dari situ 175 00:14:28,243 --> 00:14:31,203 ke laluan masuk dan terus masuk ke dalam rumah. 176 00:14:32,723 --> 00:14:34,923 Radio di tepi katilnya hilang, 177 00:14:35,003 --> 00:14:38,083 dia gunakan kord radio itu untuk mencekik leher, 178 00:14:38,163 --> 00:14:39,283 kord itu masih di situ. 179 00:14:40,323 --> 00:14:43,683 Juga ada pisau yang ada kesan darah dekat dengan mangsa 180 00:14:44,203 --> 00:14:47,523 yang digunakan untuk tikam sebanyak dua kali di belakang. 181 00:14:47,603 --> 00:14:49,323 Menurut autopsi, 182 00:14:49,403 --> 00:14:52,923 dua tikaman itu yang membawa maut. 183 00:14:53,443 --> 00:14:58,203 Apabila anda tahu dia bertindak kejam dengan Cik Jolivet di dalam rumahnya, 184 00:14:58,283 --> 00:15:01,643 menendang, memukul dan mencekiknya dengan kord 185 00:15:01,723 --> 00:15:04,923 dan letakkan pemanas pada kakinya, 186 00:15:05,003 --> 00:15:07,803 bukan itu yang membunuhnya. 187 00:15:07,883 --> 00:15:11,563 Itu kejadian-kejadian kejam yang berlaku di rumahnya sendiri. 188 00:15:14,243 --> 00:15:16,963 Dia geledah semua barang di rumah Cik Jolivet 189 00:15:17,043 --> 00:15:19,643 untuk mencari barang yang dia fikir boleh dijual. 190 00:15:20,243 --> 00:15:22,923 Dia tutup tirai di dalam setiap bilik, 191 00:15:23,003 --> 00:15:25,763 supaya dia boleh habiskan masa ikut sesuka hati 192 00:15:25,843 --> 00:15:28,643 di dalam rumah, geledah semua barang mangsa. 193 00:15:29,643 --> 00:15:33,843 Paling kurang Deryl keluar masuk rumah sebanyak tiga kali 194 00:15:33,923 --> 00:15:37,723 kemudian dia pergi ke beberapa buah rumah lain di situ 195 00:15:37,803 --> 00:15:41,443 dan jual barang-barang tersebut kepada pengedar dadah di sini. 196 00:15:44,203 --> 00:15:47,323 Dia tiada masalah untuk keluar masuk rumah tersebut 197 00:15:47,403 --> 00:15:50,163 walaupun dia baru membunuh mangsa dengan kejam. 198 00:15:58,043 --> 00:16:00,003 Perincian tersebut sangat penting 199 00:16:00,083 --> 00:16:02,803 untuk memahami dirinya dan sebab dia bertindak begitu. 200 00:16:04,003 --> 00:16:05,803 Ia bukan perkara seketika. 201 00:16:06,723 --> 00:16:10,083 Dia tak pukul sekali sampai kepalanya terhantuk di meja kopi lalu mati. 202 00:16:12,123 --> 00:16:15,203 Pada pendapat saya, Deryl Madison sangat sadis. 203 00:16:15,723 --> 00:16:17,563 Dia rancang dalam fikirannya 204 00:16:17,643 --> 00:16:20,243 atau semasa di dalam rumah atau kedua-duanya, 205 00:16:20,323 --> 00:16:22,283 tapi dia tak tergesa-gesa. 206 00:16:30,683 --> 00:16:37,283 MADISON DIKENAL PASTI OLEH JIRANNYA DAN DITANGKAP PADA 9 APRIL 1988 207 00:16:46,363 --> 00:16:52,643 SEMASA PERBICARAAN, JURI MENDAPATI MADISON BERSALAH KERANA MEMBUNUH 208 00:16:54,123 --> 00:17:00,643 UNIVERSITI TEXAS A&M 209 00:17:07,723 --> 00:17:12,643 BERIKUTAN KEPUTUSAN BERSALAH, MAHKAMAH MEMBERIKAN FASA HUKUMAN 210 00:17:13,403 --> 00:17:17,203 BANGUNAN PSIKOLOGI 211 00:17:17,283 --> 00:17:19,963 Okey, terima kasih kerana hadir hari ini. 212 00:17:20,043 --> 00:17:22,563 Apa yang kita akan sentuh di dalam kelas, 213 00:17:22,643 --> 00:17:26,243 adalah gambaran ringkas hukuman mati 214 00:17:26,323 --> 00:17:29,043 dan peranan yang dimainkan oleh bukti kesihatan mental 215 00:17:29,123 --> 00:17:30,883 dalam kes-kes begini. 216 00:17:31,003 --> 00:17:34,843 DI TEXAS, HUKUMAN MATI DIANGGAP UNTUK SEMUA KES BUNUH 217 00:17:34,923 --> 00:17:39,803 …ia tentang bukti untuk ringankan hukuman yang boleh dipertimbangkan juri 218 00:17:39,883 --> 00:17:43,923 untuk memutuskan bahawa seseorang itu tak layak dihukum mati. 219 00:17:45,523 --> 00:17:47,723 Nama saya John Edens. 220 00:17:47,803 --> 00:17:50,603 Saya pakar psikologi forensik terlatih 221 00:17:50,683 --> 00:17:53,883 dan saya profesor universiti di Universiti Texas A&M, 222 00:17:54,363 --> 00:17:58,683 saya buat kajian dan berunding tentang kes hukuman mati 223 00:17:58,763 --> 00:18:01,003 sejak 20 tahun lalu. 224 00:18:01,523 --> 00:18:04,603 Anda bercakap tentang seseorang yang telah dihukum 225 00:18:04,683 --> 00:18:08,723 sama ada mati atau penjara seumur hidup tanpa parol. 226 00:18:08,803 --> 00:18:11,523 PEGUAM MADISON SERAHKAN BUKTI YANG BOLEH RINGANKAN HUKUMAN 227 00:18:11,603 --> 00:18:14,203 BAGI MEMPERDEBATKAN HUKUMAN MATI 228 00:18:14,283 --> 00:18:19,483 IA MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG KISAH SILAM MADISON YANG BERMASALAH 229 00:18:20,723 --> 00:18:24,203 Jadi, dalam kes besar seperti ini, 230 00:18:24,283 --> 00:18:27,643 peranan pihak pembelaan biasanya fokus kepada 231 00:18:27,723 --> 00:18:30,723 faktor psikologi, jika ada, 232 00:18:30,803 --> 00:18:34,203 yang menunjukkan pihak defendan lebih positif. 233 00:18:34,963 --> 00:18:37,243 Kita tak cakap tentang bebaskan sesiapa, 234 00:18:37,323 --> 00:18:40,083 atau kata mereka tak bersalah atau tak patut dihukum, 235 00:18:40,163 --> 00:18:42,523 tapi mengatakan mereka tak layak mati, 236 00:18:42,603 --> 00:18:45,723 berdasarkan statut hukuman yang digunakan oleh Texas. 237 00:18:45,803 --> 00:18:47,603 BUKTI UTAMA UNTUK PEMBELAAN 238 00:18:47,683 --> 00:18:51,243 MERUPAKAN LAPORAN OLEH AHLI PSIKOLOGI DR. WENDALL DICKERSON 239 00:18:51,323 --> 00:18:54,323 DIA MEMERIKSA MADISON SEBELUM HUKUMAN 240 00:18:54,403 --> 00:18:59,803 DAN MENDAPATI MADISON MENGHIDAP BEBERAPA MASALAH KESIHATAN MENTAL YANG EKSTREM 241 00:19:01,603 --> 00:19:03,723 Pada asasnya Dr. Dickerson 242 00:19:03,803 --> 00:19:07,123 kata Deryl mengalami gangguan identiti personaliti. 243 00:19:07,203 --> 00:19:11,563 …DIA MENGALAMI GANGGUAN PERSONALITI YANG SANGAT TERUK… 244 00:19:11,643 --> 00:19:13,603 Pada asasnya, simptom utama 245 00:19:13,683 --> 00:19:15,643 ialah kehadiran sekurang-kurangnya dua 246 00:19:15,723 --> 00:19:19,283 personaliti terpisah yang ada dalam diri orang yang sama, 247 00:19:19,803 --> 00:19:23,203 yang sebahagian besarnya akan bertindak 248 00:19:23,283 --> 00:19:25,843 secara berasingan daripada satu sama lain. 249 00:19:26,443 --> 00:19:31,283 Ramai orang menganggap ini sebagai gangguan personaliti berganda. 250 00:19:32,363 --> 00:19:36,443 …SUKAR MEMAHAMI HUBUNGAN ANTARA PERASAANNYA DAN PERBUATANNYA… 251 00:19:36,523 --> 00:19:39,083 Berdasarkan penilaian Dr. Dickerson, 252 00:19:39,163 --> 00:19:42,323 personaliti Deryl sedang berpecah 253 00:19:42,403 --> 00:19:46,003 menjadi bahagian yang berbeza dan keupayaanya untuk mengawal kelakuan 254 00:19:46,083 --> 00:19:48,283 jelas nampak lemah. 255 00:20:04,443 --> 00:20:06,003 Ketika itu saya 14 tahun. 256 00:20:07,643 --> 00:20:08,843 Saya di dalam kelas. 257 00:20:09,803 --> 00:20:12,323 Semua orang di dalam kelas merenung saya. 258 00:20:12,403 --> 00:20:14,123 Jadi, cikgu tanya, 259 00:20:14,203 --> 00:20:16,123 "Awak bercakap dengan siapa?" Saya jawab, 260 00:20:16,883 --> 00:20:19,123 "Saya tak bercakap dengan sesiapa." 261 00:20:19,203 --> 00:20:22,083 Semua orang di dalam kelas pandang saya, saya bercakap, 262 00:20:22,163 --> 00:20:24,723 tapi saya tak sedar saya sedang 263 00:20:24,803 --> 00:20:25,643 bercakap. 264 00:20:26,163 --> 00:20:27,843 Saya tak tahu saya bercakap. 265 00:20:29,123 --> 00:20:31,923 Saya tahu pasti ada personaliti lain. 266 00:20:32,483 --> 00:20:34,763 Ia muncul secara tiba-tiba. 267 00:20:39,443 --> 00:20:45,803 Dia menunjukkan simptom berkaitan pemisahan dan depersonalisasi. 268 00:20:45,883 --> 00:20:52,763 Hakikat yang dia bercakap sendiri dan tak menyedarinya, ia agak luar biasa. 269 00:20:52,843 --> 00:20:57,083 Ia menunjukkan seseorang itu terpisah 270 00:20:57,163 --> 00:20:59,723 atau berpecah daripada bahagian dirinya. 271 00:21:01,803 --> 00:21:03,923 Entah kenapa saya bunuh Cik Jolivet. 272 00:21:05,363 --> 00:21:06,683 Saya memang tak tahu. 273 00:21:08,363 --> 00:21:10,123 Ia ibarat satu keberangan. 274 00:21:12,243 --> 00:21:14,603 Keberangan yang muncul entah dari mana. 275 00:21:15,523 --> 00:21:18,643 Dia tak pernah buat apa-apa kepada saya. Tapi… 276 00:21:19,643 --> 00:21:21,083 Kenapa saya bunuh dia? 277 00:21:26,923 --> 00:21:29,363 Isunya adakah Deryl salah dari segi moral 278 00:21:29,443 --> 00:21:31,523 sehinggakan dia patut dihukum mati? 279 00:21:32,043 --> 00:21:35,803 Sekiranya saya ambil nilai muka 280 00:21:35,883 --> 00:21:40,603 cara Dr. Dickerson menerangkan keadaan mental Deryl, 281 00:21:40,683 --> 00:21:46,323 bagi saya, nampaknya ia akan jadi faktor besar yang boleh meringankan hukuman 282 00:21:46,403 --> 00:21:48,243 yang juri patut ambil kira. 283 00:21:50,243 --> 00:21:52,043 Saya pasti sukar 284 00:21:52,123 --> 00:21:54,163 menguruskan kes ini, dalam fikiran saya, 285 00:21:54,243 --> 00:21:57,523 orang ini sesuai diberi hukuman mati. 286 00:21:59,883 --> 00:22:03,123 Jika saya ada tongkat sakti dan nak letak Deryl di tempat 287 00:22:03,203 --> 00:22:06,043 yang saya rasa sesuai untuk orang seperti dia, 288 00:22:06,643 --> 00:22:09,603 tempatnya ialah hospital psikiatrik forensik, 289 00:22:09,683 --> 00:22:12,003 lebih elok daripada sistem penjara. 290 00:22:12,523 --> 00:22:14,443 Namun, saya tiada tongkat sakti. 291 00:22:19,083 --> 00:22:23,083 BERDASARKAN BUKTI TERSEBUT, JURI PERLU MEMUTUSKAN 292 00:22:23,163 --> 00:22:26,763 SAMA ADA MADISON MERUPAKAN BAHAYA YANG BERTERUSAN KEPADA PENDUDUK 293 00:22:46,923 --> 00:22:51,963 Statut hukum mati di Texas hampir unik di Amerika Syarikat 294 00:22:52,043 --> 00:22:55,963 dan juri perlu jawab dua soalan tertentu. 295 00:22:57,043 --> 00:23:01,243 Satu ialah, "Adakah perbuatan defendan 296 00:23:01,323 --> 00:23:05,003 disengajakan? Adakah ia menyebabkan kematian individu?" 297 00:23:06,323 --> 00:23:09,883 Langkah seterusnya ialah juri perlu sebulat suara 298 00:23:09,963 --> 00:23:15,163 bahawa defendan merupakan ancaman berterusan kepada masyarakat. 299 00:23:15,243 --> 00:23:18,403 Jika mereka setuju dengan isu khas pertama dan kedua, 300 00:23:18,483 --> 00:23:20,923 secara automatik hukuman mati dijalankan. 301 00:23:23,483 --> 00:23:28,883 Ia seperti antara hidup atau mati. Itu saja. 302 00:23:28,963 --> 00:23:33,563 KAPTEN 303 00:23:33,643 --> 00:23:35,803 Nama saya James W. Marquart 304 00:23:35,883 --> 00:23:39,043 dan saya ahli sosiologi, ahli jenayah terlatih. 305 00:23:39,923 --> 00:23:43,163 Saya beri keterangan dalam kes Deryl Madison 306 00:23:43,243 --> 00:23:47,003 sebagai pakar dalam bidang tertentu tentang bahaya masa depan. 307 00:23:50,643 --> 00:23:54,563 Pertama, Deryl bertanggungjawab atas pembunuhan ini. 308 00:23:54,643 --> 00:23:56,643 Tak syak lagi. 309 00:23:56,723 --> 00:23:57,563 Namun, 310 00:23:57,643 --> 00:24:02,363 ada faktor yang boleh meringankan hukuman? 311 00:24:02,443 --> 00:24:05,163 Saya benar-benar percaya ya, ada. 312 00:24:05,243 --> 00:24:07,243 SEL PERTAMA YANG KOSONG 313 00:24:07,323 --> 00:24:10,723 Deryl membesar dalam keluarga Afrika-Amerika yang miskin. 314 00:24:10,803 --> 00:24:14,043 Ayahnya suka mencaci maki 315 00:24:14,123 --> 00:24:17,363 dan dia ada tiga adik-beradik lain, jadi ada empat anak 316 00:24:17,443 --> 00:24:19,403 dan mereka dilayan dengan buruk. 317 00:24:19,483 --> 00:24:22,563 Saya rasa ada antara mereka yang mati pada usia muda. 318 00:24:23,603 --> 00:24:26,123 Dia tak pernah bersosial 319 00:24:26,203 --> 00:24:28,003 untuk menjadi manusia. 320 00:24:28,083 --> 00:24:31,683 Jadi, dia sukar menyesuaikan diri dalam kehidupan biasa 321 00:24:31,763 --> 00:24:34,203 dan itu yang menyebabkan 322 00:24:34,723 --> 00:24:36,483 dia tak berpeluang bergaul. 323 00:24:36,563 --> 00:24:38,003 Dia tiada peluang. 324 00:24:45,323 --> 00:24:50,443 Jika anda lihat keadaan Houston ketika kesalahan itu berlaku, 325 00:24:51,163 --> 00:24:54,003 Houston kebanjiran kokaina. 326 00:24:55,963 --> 00:24:59,523 Anda boleh nampak wabak jenayah keganasan di bandar itu. 327 00:25:00,923 --> 00:25:02,763 Saya pernah tonton berita. 328 00:25:02,843 --> 00:25:06,243 Setiap malam ada sahaja pembunuhan yang berlaku. 329 00:25:06,323 --> 00:25:08,683 Ia berlaku setiap hari. 330 00:25:10,323 --> 00:25:14,643 Ibarat bola salji atau kereta api menuruni bukit tanpa pemandu. 331 00:25:14,723 --> 00:25:16,723 Dia hanyut dengan semua itu. 332 00:25:20,523 --> 00:25:23,203 Jika saya duduk di tempat juri ketika itu, 333 00:25:23,283 --> 00:25:26,523 dengan semua pembunuhan yang berlaku di bandar, 334 00:25:26,603 --> 00:25:30,363 saya mungkin terfikir, "Aku takkan beri peluang." 335 00:25:37,603 --> 00:25:40,763 SETELAH MENDENGAR BUKTI YANG BOLEH RINGANKAN HUKUMAN PADA 23 JUN 1989, 336 00:25:40,843 --> 00:25:46,563 JURI TETAP MENJATUHKAN HUKUMAN MATI TERHADAP DERYL MADISON 337 00:25:56,643 --> 00:25:58,123 Percaya atau tak, 338 00:25:58,203 --> 00:26:01,603 saya tiada perasaan ketika mereka menjatuhkan hukuman mati. 339 00:26:03,083 --> 00:26:06,443 Saya tak tahu nak rasa apa. Saya tak rasa apa-apa. 340 00:26:06,523 --> 00:26:08,163 Entah kenapalah begitu. 341 00:26:08,683 --> 00:26:11,323 Semasa ibu saya, adik-beradik saya mati 342 00:26:11,963 --> 00:26:13,923 saya tak pernah menangis pun. 343 00:26:17,043 --> 00:26:18,963 Saya tak tahu apa perasaan 344 00:26:19,843 --> 00:26:21,283 disayangi oleh orang. 345 00:26:21,923 --> 00:26:24,403 Saya tak tahu. Saya tak tahu perasaan itu. 346 00:26:25,723 --> 00:26:27,483 Saya tak boleh beritahu anda. 347 00:26:39,883 --> 00:26:42,123 Dia menghadapi banyak rintangan 348 00:26:42,203 --> 00:26:45,923 hampir sejak dia lahir sebab dia ada masalah di sekolah, 349 00:26:46,003 --> 00:26:47,003 masalah di rumah. 350 00:26:47,883 --> 00:26:51,323 Jika mengalami ketagihan dan perkara begini, anda paranoid. 351 00:26:51,403 --> 00:26:55,443 Orang yang ketagihan kokaina mempunyai tingkah laku berisiko. 352 00:26:56,083 --> 00:27:02,123 Di dalam fikirannya, itu yang menjadi penampan atau penghalang. 353 00:27:02,203 --> 00:27:06,043 Dia anggap mangsa sebagai sasaran dan terus serang, dia tak fikir. 354 00:27:06,123 --> 00:27:08,123 Dia mengikut gerak hati, 355 00:27:09,243 --> 00:27:10,883 keputusan ikut gerak hati 356 00:27:10,963 --> 00:27:14,163 tanpa memikirkan sebarang kesan yang boleh merumitkan. 357 00:27:15,843 --> 00:27:18,563 Dia bukan penjenayah profesional. 358 00:27:18,643 --> 00:27:22,563 Dia tak teratur dan esok mungkin mencuri barang kedai. 359 00:27:23,123 --> 00:27:26,883 Dia tiada kecenderungan bertindak ganas 360 00:27:26,963 --> 00:27:29,283 yang menjadikan dia ancaman masa depan. 361 00:27:29,363 --> 00:27:30,963 ANUGERAH SIR BRUCE SMITH 362 00:27:31,043 --> 00:27:34,523 Saya faham, dia melakukan jenayah dahsyat. 363 00:27:34,603 --> 00:27:39,163 Namun, hukuman mati bukan hukuman yang sesuai pada masa itu. 364 00:27:39,243 --> 00:27:41,083 Pada saya tak sesuai. 365 00:27:49,083 --> 00:27:54,203 SELAMAT DATANG KE KATY 366 00:27:54,283 --> 00:27:57,803 SELAMAT DATANG KE TEX-MEX GRINGO YANG HEBAT 367 00:28:03,443 --> 00:28:04,803 Sebagai penyiasat, 368 00:28:05,523 --> 00:28:08,123 saya percaya dengan sistem keadilan kita. 369 00:28:10,123 --> 00:28:12,923 Kami jalankan siasatan dengan sebaik mungkin. 370 00:28:13,003 --> 00:28:15,763 Pendakwa melalui proses perbicaraan 371 00:28:15,843 --> 00:28:18,883 dan semua bukti dibentangkan kepada juri. 372 00:28:20,483 --> 00:28:24,043 Juri mendengar kedua-dua pihak dan semua yang dibentangkan, 373 00:28:24,123 --> 00:28:25,523 lalu mereka buat keputusan. 374 00:28:25,603 --> 00:28:28,603 Mereka tiada masalah mendapati dia bersalah 375 00:28:28,683 --> 00:28:30,483 dan menjatuhkan hukuman mati. 376 00:28:36,243 --> 00:28:42,803 BEULAH JOLIVET HIDUP SEBATANG KARA 377 00:28:49,363 --> 00:28:52,523 Saya masih boleh bayangkan Cik Jolivet terbaring di atas lantai 378 00:28:52,603 --> 00:28:54,563 dengan keadaannya begitu. 379 00:28:55,203 --> 00:28:59,403 Itulah yang membantu saya berada di sini dan bercakap bagi pihaknya. 380 00:29:00,003 --> 00:29:04,003 Pada masa ini, kami sahaja yang mewakili Cik Jolivet. 381 00:29:07,123 --> 00:29:10,363 Saya tahu keadaannya pada saat-saat akhir nyawanya 382 00:29:11,083 --> 00:29:13,563 dan saya tak mahu bahagian itu dilupakan. 383 00:29:27,043 --> 00:29:32,243 FORMIA, ITALI 384 00:29:33,163 --> 00:29:35,163 TIKET 385 00:29:38,603 --> 00:29:41,403 Saya menyaksikan dua pelaksanaan hukuman mati. 386 00:29:42,723 --> 00:29:48,483 Saya wanita Itali pertama yang menyaksikan hukuman itu di Amerika. 387 00:29:50,003 --> 00:29:52,723 Ia sangat sukar 388 00:29:52,803 --> 00:29:55,723 sebab anda boleh melihat, 389 00:29:56,283 --> 00:30:00,083 tapi anda tak boleh buat apa-apa untuk orang yang nak mati. 390 00:30:01,843 --> 00:30:03,283 Ia satu pengalaman 391 00:30:03,363 --> 00:30:09,323 yang akan terpahat pada minda dan hati sepanjang hidup anda. 392 00:30:14,163 --> 00:30:15,523 Nama saya Michela Mancini, 393 00:30:15,603 --> 00:30:20,123 saya Naib Presiden Kerajaan Campuran Itali bagi Memansuhkan Hukuman Mati. 394 00:30:24,843 --> 00:30:29,963 Sebagai Kerajaan Campuran Itali, kami cuba membantu ramai banduan, 395 00:30:30,043 --> 00:30:32,643 terutamanya di Amerika Syarikat 396 00:30:32,723 --> 00:30:38,483 kerana ia demokrasi terakhir yang menggunakan hukuman mati. 397 00:30:40,243 --> 00:30:43,163 Niat kami ialah pergi ke sana, 398 00:30:43,243 --> 00:30:46,883 bantu mereka untuk faham bahawa mungkin 399 00:30:47,403 --> 00:30:50,043 ia bukan penyelesaian yang betul. 400 00:30:51,323 --> 00:30:53,043 Kita rakyat dunia. 401 00:30:54,643 --> 00:30:56,643 Kita mesti risau 402 00:30:57,523 --> 00:31:00,603 tentang perkara yang berlaku di negara lain. 403 00:31:02,283 --> 00:31:04,563 SEJAK 30 TAHUN LEPAS, 404 00:31:04,643 --> 00:31:07,603 MICHELA DAH MEMBANTU RAMAI BANDUAN PENJARA MAUT 405 00:31:07,683 --> 00:31:12,523 SELEPAS TERDENGAR HASIL KERJA MICHELA, MADISON MENULIS SURAT KEPADANYA 406 00:31:14,923 --> 00:31:18,323 Kali pertama saya terima surat daripada Deryl Madison, 407 00:31:18,403 --> 00:31:22,403 ia pada tahun 1995. 408 00:31:23,403 --> 00:31:25,923 Saya mula balas surat kepadanya. 409 00:31:26,523 --> 00:31:28,963 Selepas itu, kami saling mengirim surat. 410 00:31:29,883 --> 00:31:32,803 Kemudian pada tahun 1996, 411 00:31:33,643 --> 00:31:36,043 saya melawatnya buat kali pertama. 412 00:31:38,723 --> 00:31:40,203 Sejak itu, 413 00:31:41,843 --> 00:31:44,043 dia jadi sebahagian keluarga saya. 414 00:31:47,923 --> 00:31:50,283 Perkara yang meyakinkan saya 415 00:31:50,363 --> 00:31:53,963 untuk membantu dia 416 00:31:54,043 --> 00:31:58,363 adalah sebab Deryl sebatang kara 417 00:31:58,883 --> 00:32:02,883 dan tiada orang yang menjaganya. 418 00:32:05,123 --> 00:32:11,283 Satu-satunya detik saya tak sanggup merenung mata Deryl 419 00:32:12,563 --> 00:32:16,523 adalah pada hari selepas saya melihat 420 00:32:16,603 --> 00:32:19,683 gambar wanita yang dibunuh itu. 421 00:32:21,323 --> 00:32:25,203 Kalau ada sesiapa bunuh nenek saya… 422 00:32:28,243 --> 00:32:32,963 saya nak orang itu meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya. 423 00:32:34,403 --> 00:32:37,243 Namun, semasa lawatan itu, 424 00:32:38,803 --> 00:32:41,643 apabila bercakap dan mendengar 425 00:32:41,723 --> 00:32:43,843 perkara yang dia cakap, 426 00:32:44,603 --> 00:32:47,763 saya faham, ketika itu, 427 00:32:47,843 --> 00:32:50,603 orang yang berada di depan saya 428 00:32:50,683 --> 00:32:55,363 bukan lagi orang yang melakukan jenayah itu. 429 00:32:55,923 --> 00:32:57,603 Dia kawan saya Deryl. 430 00:33:00,523 --> 00:33:04,683 PADA TAHUN 2001, SELEPAS LIMA TAHUN BERSAHABAT, 431 00:33:04,763 --> 00:33:09,563 MICHELA MENDAPAT TAHU MADISON AKAN DIJATUHKAN HUKUMAN LAGI SEBULAN 432 00:33:11,043 --> 00:33:14,763 Niat saya adalah untuk selamatkan nyawanya. 433 00:33:16,723 --> 00:33:18,403 Saya tak peduli caranya. 434 00:33:20,643 --> 00:33:24,003 Tiga minggu sebelum tarikh pelaksanaan hukuman mati, 435 00:33:24,803 --> 00:33:29,683 kami dengan pantas cuba mencari peguam yang baik, 436 00:33:29,763 --> 00:33:31,763 seseorang yang boleh tolong dia, 437 00:33:32,483 --> 00:33:34,363 dengan cara yang konkrit. 438 00:33:35,123 --> 00:33:39,523 Kami sangat bertuah sebab kami jumpa Mayer dan Brown, 439 00:33:39,603 --> 00:33:44,283 yang berhasrat untuk membantu secara percuma. 440 00:33:45,643 --> 00:33:48,163 Apabila mereka ada semua dokumen, 441 00:33:48,243 --> 00:33:50,323 mereka terus faham, 442 00:33:50,403 --> 00:33:56,123 mungkin mereka boleh buat sesuatu yang berguna untuk Deryl. 443 00:33:56,723 --> 00:34:00,403 PEGUAM BAHARU MADISON BERJAYA MEMPERDEBATKAN 444 00:34:00,483 --> 00:34:04,043 AGAR BUKTI YANG BOLEH RINGANKAN HUKUMAN DIPERTIMBANGKAN SEMASA PERBICARAAN 445 00:34:13,323 --> 00:34:17,363 MADISON DIBERIKAN PELUANG UNTUK PERBICARAAN HUKUMAN BAHARU 446 00:34:17,443 --> 00:34:22,443 ATAU MEMILIH UNTUK MENGHABISKAN SISA HIDUPNYA DI DALAM PENJARA 447 00:34:25,523 --> 00:34:27,203 Deryl sangat takut. 448 00:34:30,723 --> 00:34:34,843 Apabila seseorang itu berasa takut, 449 00:34:35,443 --> 00:34:37,723 amatlah sukar 450 00:34:38,963 --> 00:34:44,203 untuk berfikir, memilih dan membuat keputusan. 451 00:34:45,203 --> 00:34:49,403 Namun, jelas sekali risikonya ialah ada juri lain 452 00:34:49,483 --> 00:34:52,803 boleh sahkan hukuman mati. 453 00:34:56,123 --> 00:34:58,443 Dia tak mahu kembali ke perbicaraan. 454 00:34:58,963 --> 00:35:03,003 Jadi, setelah berfikir panjang, 455 00:35:03,683 --> 00:35:09,723 dia menerima hukuman dipenjarakan seumur hidup. 456 00:35:12,843 --> 00:35:16,003 PADA TAHUN 2009, SELEPAS 20 TAHUN DI PENJARA MAUT, 457 00:35:16,083 --> 00:35:21,323 DERYL MADISON DIJATUHKAN SEMULA HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP TANPA PAROL 458 00:35:43,643 --> 00:35:46,883 Saya terkejut apabila hukumannya diubah. 459 00:35:48,283 --> 00:35:49,523 Saya kecewa 460 00:35:50,043 --> 00:35:53,603 sebab saya rasa kami ada kes yang bagus ketika itu. 461 00:36:08,843 --> 00:36:10,923 Sebagai seorang yang waras, saya takkan buat. 462 00:36:11,683 --> 00:36:12,523 Tahu tak? 463 00:36:14,283 --> 00:36:17,283 Saya rasa ada orang lain selain saya. 464 00:36:17,363 --> 00:36:19,563 Mungkin saya ambil dadah 465 00:36:19,643 --> 00:36:20,483 iaitu 466 00:36:22,043 --> 00:36:23,963 personaliti lain saya ini 467 00:36:24,043 --> 00:36:25,163 selalunya muncul. 468 00:36:26,883 --> 00:36:30,043 Seolah-olah saya dapat dengar suara lain berkata, 469 00:36:30,883 --> 00:36:32,883 "Ya, kau yang buat." Begitulah. 470 00:36:34,723 --> 00:36:36,803 Saya kata, "Tak, aku tak buat." 471 00:36:37,723 --> 00:36:40,443 Macam saya bermain dengan diri sendiri. 472 00:36:50,723 --> 00:36:55,723 Pada pendapat saya, Deryl dan banduan lain yang dipenjarakan, 473 00:36:55,803 --> 00:36:58,603 terutama yang berada di penjara maut 474 00:36:58,683 --> 00:37:02,763 belajar daripada sistem tentang perkara yang mereka nak cakap. 475 00:37:05,963 --> 00:37:09,003 Ia perkara biasa bagi orang yang kita penjarakan 476 00:37:09,083 --> 00:37:12,803 untuk kata ia masalah mental mereka atau cara mereka dibesarkan 477 00:37:12,883 --> 00:37:15,283 atau diperlakukan dengan kejam semasa kecil, 478 00:37:15,363 --> 00:37:19,803 ada tabiat dadah, macam-macam alasan yang mereka berikan selepas itu 479 00:37:19,883 --> 00:37:21,923 berkaitan perbuatan mereka. 480 00:37:39,923 --> 00:37:45,123 Pendapat peribadi saya tentang Deryl mengatakan dia sakit mental ketika itu 481 00:37:45,203 --> 00:37:47,683 dan dia fikir ada orang lain, 482 00:37:47,763 --> 00:37:50,803 saya rasa itu mungkin cara dia melihatnya sekarang 483 00:37:50,883 --> 00:37:53,123 berbeza dengan cara dia lihat ketika itu. 484 00:37:53,643 --> 00:37:55,803 Mungkin dia menyesal sekarang, 485 00:37:56,723 --> 00:37:59,243 tapi itu takkan menghidupkan semula Cik Jolivet. 486 00:37:59,323 --> 00:38:01,803 Itu tak membolehkan dia hidup seumur hidup. 487 00:38:01,883 --> 00:38:04,763 Itu takkan hilangkan kesengsaraan dan kekejaman 488 00:38:04,843 --> 00:38:06,923 yang ditanggung olehnya 489 00:38:07,443 --> 00:38:09,523 ketika dia melakukan perbuatan ini. 490 00:38:13,323 --> 00:38:15,883 Cik Jolivet berasa 491 00:38:16,723 --> 00:38:19,123 hukuman mati itu sesuai dengan perbuatan Deryl. 492 00:38:19,203 --> 00:38:22,523 kerana itulah jenayah membunuh yang Deryl lakukan. 493 00:38:24,723 --> 00:38:28,323 Pada pendapat saya, dia tak wajar hidup tanpa parol. 494 00:38:46,203 --> 00:38:50,603 BERIKUTAN MANDATORI REHAT 90 HARI JABATAN PENJARA TEXAS 495 00:38:50,683 --> 00:38:53,403 MEMBENARKAN TEMU RAMAH KEDUA BERSAMA DERYL MADISON 496 00:38:55,323 --> 00:38:57,563 Semasa perbicaraan, selepas melalui semuanya, 497 00:38:57,643 --> 00:38:59,923 selepas mendengar semua testimoni 498 00:39:00,003 --> 00:39:01,683 dan saya imbas kembali hidup saya, 499 00:39:03,123 --> 00:39:04,443 perbuatan saya, 500 00:39:06,123 --> 00:39:09,443 ya, ketika itu saya memang patut dihukum mati. 501 00:39:10,323 --> 00:39:12,163 Anda tak boleh bunuh 502 00:39:12,723 --> 00:39:14,883 orang yang dah lama hidup. 503 00:39:15,603 --> 00:39:17,643 Anda patut dihukum. 504 00:39:17,723 --> 00:39:20,083 Saya layak dihukum mati atas perbuatan saya. 505 00:39:20,163 --> 00:39:21,603 Ya, saya faham. 506 00:39:22,523 --> 00:39:24,483 Begitulah undang-undang. 507 00:39:26,523 --> 00:39:29,883 Saya dipenjarakan seumur hidup. Takkan dibebaskan. 508 00:39:33,363 --> 00:39:34,203 Awak tahu 509 00:39:34,283 --> 00:39:35,843 saya bukan jahat, bukan? 510 00:39:36,363 --> 00:39:38,083 Namun, saya melakukan jenayah 511 00:39:38,603 --> 00:39:40,283 dan saya tanggung akibatnya. 512 00:39:45,643 --> 00:39:49,523 Deryl sekurang-kurangnya keluar masuk rumah sebanyak tiga kali, 513 00:39:49,603 --> 00:39:54,603 dia beredar dan jual barang-barang itu kepada salah seorang pengedar dadah. 514 00:39:57,323 --> 00:40:00,483 Pada pendapat saya, Deryl Madison sangat sadis. 515 00:40:01,163 --> 00:40:02,883 Dia rancang dalam fikirannya 516 00:40:02,963 --> 00:40:06,043 atau merancangnya semasa di rumah atau kedua-duanya, 517 00:40:06,123 --> 00:40:07,923 tapi dia tak tergesa-gesa. 518 00:40:12,003 --> 00:40:14,523 Dia detektif dalam kes saya, bukan? 519 00:40:15,403 --> 00:40:17,003 Mereka asyik tanya saya 520 00:40:18,283 --> 00:40:20,923 dan saya beritahu perkara yang saya buat. 521 00:40:21,723 --> 00:40:23,043 Saya tak tipu apa-apa. 522 00:40:24,003 --> 00:40:26,003 Saya ada ambil barang dari rumah. 523 00:40:26,083 --> 00:40:28,323 Saya tak rancang begitu sebelum itu, 524 00:40:29,043 --> 00:40:31,603 tapi semasa saya masuk dan selepas dia mati, 525 00:40:31,683 --> 00:40:34,043 saya mula ambil barang. 526 00:40:35,283 --> 00:40:37,403 Saya jual untuk beli dadah. 527 00:40:38,003 --> 00:40:41,323 Saya terfikir macam orang jahat. Saya tak waras. 528 00:40:42,363 --> 00:40:44,443 Saya memang jahat. Saya mahu dadah. 529 00:40:45,163 --> 00:40:46,443 Itu saja. 530 00:40:49,643 --> 00:40:52,683 Saya tiada rancangan nak bunuh Cik Jolivet. 531 00:40:53,363 --> 00:40:58,043 Itu berlaku semasa saya di sana, bukan? Tiba-tiba saja, 532 00:40:58,883 --> 00:41:00,203 ia jadi lain. 533 00:41:00,283 --> 00:41:01,803 Sebaik saja saya di sana, 534 00:41:01,883 --> 00:41:05,283 seluruh minda saya berubah. 535 00:41:08,003 --> 00:41:10,643 Saya tak anggap diri saya jahat, tapi 536 00:41:11,683 --> 00:41:13,003 kita kena langsaikan 537 00:41:13,923 --> 00:41:17,123 hutang kepada masyarakat apabila buat salah. 538 00:41:19,683 --> 00:41:21,123 Saya mungkin tak suka, 539 00:41:21,723 --> 00:41:25,003 tapi bak kata pepatah, "Inilah jalan yang kau pilih." 540 00:41:29,603 --> 00:41:32,683 Bubba ialah nama yang nenek beri semasa saya lahir. 541 00:41:33,483 --> 00:41:35,843 Itulah gelaran personaliti satu lagi. 542 00:41:38,923 --> 00:41:40,043 Bubba ialah… 543 00:41:41,603 --> 00:41:44,483 Saya tak nak kata alter ego saya, tapi 544 00:41:46,323 --> 00:41:48,523 seperti Jekyll dan Hyde. 545 00:41:49,843 --> 00:41:53,003 Bubba menyusahkan saya. Begitulah. 546 00:41:53,723 --> 00:41:54,563 Dia… 547 00:41:55,483 --> 00:41:58,483 Ibarat saya tanya soalan kepada diri sendiri, bukan? 548 00:41:59,003 --> 00:42:02,163 Seperti, "Kenapa kau buat begitu?" 549 00:42:03,763 --> 00:42:07,363 Saya akan bangun tengah malam, mundar-mandir di dalam sel. 550 00:42:08,003 --> 00:42:09,083 Bubba akan tanya, 551 00:42:10,843 --> 00:42:11,923 "Tak boleh tidur?" 552 00:42:13,203 --> 00:42:15,883 Gila betul. Entahlah… 553 00:42:18,523 --> 00:42:21,203 Saya harap dia tak buat kerja bodoh nanti. 554 00:42:24,763 --> 00:42:27,243 Anda tak takut sebab saya di sini, bukan? 555 00:42:28,123 --> 00:42:30,083 Jika saya di luar sana, lain ceritanya. 556 00:43:01,323 --> 00:43:04,243 Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad