1 00:00:16,057 --> 00:00:17,726 Topi ini mesti sesuai dengan awak. 2 00:00:18,309 --> 00:00:19,602 Nah, cubalah. 3 00:00:21,688 --> 00:00:22,814 Saya tak nak pergi. 4 00:00:22,897 --> 00:00:23,732 Pergilah. 5 00:00:23,815 --> 00:00:27,527 Pesta rakyat ini sebahagian daripada kehidupan di Silver Falls. 6 00:00:27,610 --> 00:00:28,945 Gaya kenalah sesuai. 7 00:00:29,029 --> 00:00:32,824 Saya tak rasa Alex peduli sama ada pakaian saya sesuai. 8 00:00:33,408 --> 00:00:35,869 Ada perkara yang lebih penting bagi dia. 9 00:00:35,952 --> 00:00:38,121 - Contohnya? - Contohnya, bertanding. 10 00:00:38,955 --> 00:00:41,791 Dan sebab dia masih marahkan saya. 11 00:00:41,875 --> 00:00:44,586 Masih marah? Sejak malam anugerah itu? 12 00:00:44,669 --> 00:00:45,587 Itu kisah lama. 13 00:00:45,670 --> 00:00:49,340 Lebih teruk lagi, semuanya disebabkan Cole. 14 00:00:49,424 --> 00:00:51,551 Orang cakap benda buruk apabila mabuk. 15 00:00:51,634 --> 00:00:53,094 Tak, mereka jadi jujur. 16 00:00:53,178 --> 00:00:56,347 Cole kata saya tak patut pindah ke sini. 17 00:00:57,140 --> 00:00:59,559 Mungkin ia sama macam 18 00:01:00,268 --> 00:01:03,229 apabila budak lelaki tarik rambut awak. Kerana dia suka awak. 19 00:01:03,313 --> 00:01:05,106 Harap bukan begitu. 20 00:01:05,190 --> 00:01:07,400 Apa pun, saya bersama Alex. 21 00:01:08,151 --> 00:01:09,903 Setidaknya, saya rasa begitu. 22 00:01:09,986 --> 00:01:11,404 Cakaplah dengan dia. 23 00:01:11,488 --> 00:01:12,572 Saya dah cuba. 24 00:01:12,655 --> 00:01:13,698 Cuba lagi. 25 00:01:16,201 --> 00:01:17,952 Okey, saya ada satu idea. 26 00:01:18,036 --> 00:01:20,538 Lihat, ini sesuai dengan awak. 27 00:01:23,041 --> 00:01:24,542 Cubalah. Mari kita lihat. 28 00:01:25,043 --> 00:01:28,713 Ini tak sesuai untuk saya. Mungkin awak patut pakai. 29 00:01:28,797 --> 00:01:32,467 Pesta rakyat ini satu-satunya waktu ibu bapa saya izinkan saya balik lambat, 30 00:01:32,550 --> 00:01:34,886 jadi saya perlu pilih baju yang sesuai. 31 00:01:34,969 --> 00:01:35,804 Kalau begitu, 32 00:01:37,180 --> 00:01:39,349 bagaimana dengan… 33 00:01:43,478 --> 00:01:44,312 ini? 34 00:01:46,606 --> 00:01:49,984 Ini milik Lucy. Mesti dia pun nak awak pakai. 35 00:01:50,068 --> 00:01:51,653 Ya Tuhan. Awak pasti? 36 00:01:52,904 --> 00:01:53,863 Terima kasih. 37 00:01:56,199 --> 00:01:59,911 Okey, saya akan pakai ini jika awak pakai ini. 38 00:02:18,596 --> 00:02:20,223 - Hai, ibu. - Hai, sayang. 39 00:02:20,723 --> 00:02:23,852 - Dah makan ubat? - Ibu tak perlu tanya setiap hari. 40 00:02:23,935 --> 00:02:26,312 Ibu tahu, cuma… Okey. 41 00:02:26,396 --> 00:02:27,814 Betul, maafkan ibu. 42 00:02:41,411 --> 00:02:43,204 Ibu, kami nak pergi pesta. 43 00:02:43,288 --> 00:02:45,248 Hai, Dr. Walter. Selamat tinggal. 44 00:02:45,331 --> 00:02:47,167 Panggil saya Katherine, Skylar. 45 00:02:47,250 --> 00:02:48,751 Okey, Dr. Katherine. 46 00:02:49,794 --> 00:02:51,588 - Awak dah cas telefon? - Ya. 47 00:02:51,671 --> 00:02:54,299 Okey. Terima kasih tolong jaga dia. 48 00:02:54,382 --> 00:02:55,508 - Ibu. - Maaf. 49 00:02:57,093 --> 00:02:58,094 Terima kasih. 50 00:03:01,598 --> 00:03:02,432 Sayang. 51 00:03:03,224 --> 00:03:04,392 Dia mesti okey. 52 00:03:09,230 --> 00:03:10,398 Ini baru sampai. 53 00:03:20,408 --> 00:03:21,910 Ahli neurologi mesti kaya-raya. 54 00:03:21,993 --> 00:03:23,912 Ya, itu cuma untuk 20 minit. 55 00:03:25,788 --> 00:03:27,749 Mungkin saya perlu telefon kawan Mato. 56 00:03:28,541 --> 00:03:29,375 Pemaju itu. 57 00:03:30,627 --> 00:03:32,295 Tengok apa dia cakap. 58 00:03:39,052 --> 00:03:42,847 Kalium berperanan penting dalam mencapai prestasi terbaik atlet. 59 00:03:44,265 --> 00:03:46,059 Menurut buku kimia saya. 60 00:03:49,562 --> 00:03:50,605 Tak lapar. 61 00:03:51,231 --> 00:03:53,441 Okey. Dengar sini. 62 00:03:53,524 --> 00:03:57,862 Saya nak awak tahu saya buat begitu pada majlis anugerah itu 63 00:03:57,946 --> 00:03:59,739 untuk ibu awak, bukan Cole. 64 00:03:59,822 --> 00:04:02,700 Saya tak nak malam anugerah dia rosak. 65 00:04:02,784 --> 00:04:05,119 Itu sebabnya. Tiada sebab lain. 66 00:04:05,828 --> 00:04:07,747 Bukan kerana awak pilih Cole? 67 00:04:07,830 --> 00:04:10,625 Tak, sumpah. Saya pilih ibu awak. 68 00:04:10,708 --> 00:04:12,168 Tapi bukan itu saja. 69 00:04:15,630 --> 00:04:18,424 Awak tak beritahu saya tugasan itu untuk dia. 70 00:04:18,508 --> 00:04:20,051 Saya fikir ia untuk awak. 71 00:04:20,134 --> 00:04:23,054 En. Choudhry minta saya beri kepada dia. 72 00:04:23,137 --> 00:04:24,389 Apa saya boleh buat? 73 00:04:24,472 --> 00:04:26,557 Awak patut jujur dengan saya. 74 00:04:26,641 --> 00:04:28,059 Bolehkah? 75 00:04:28,142 --> 00:04:30,436 Awak dan Cole asyik bergaduh. 76 00:04:30,520 --> 00:04:31,354 Saya cuma… 77 00:04:33,189 --> 00:04:35,817 Saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan. 78 00:04:35,900 --> 00:04:38,945 Awak fikir saya teruk sangat sampai awak tak boleh jujur? 79 00:04:40,613 --> 00:04:43,616 Saya tak cakap apa-apa. 80 00:04:51,666 --> 00:04:58,006 Tapi, memang sukar berada di tengah-tengah pergaduhan awak dan Cole. 81 00:04:58,506 --> 00:05:01,426 - Awak kena lupakannya. - Tak semudah itu. 82 00:05:02,010 --> 00:05:02,844 Kenapa? 83 00:05:07,849 --> 00:05:11,477 Okey, walau apa pun, 84 00:05:12,478 --> 00:05:16,482 saya ada di sini dan saya pilih awak. 85 00:05:22,113 --> 00:05:25,533 KAFE LARK 86 00:05:34,292 --> 00:05:37,628 SURAT BERDAFTAR DOKUMEN PENTING - WILL WALTER 87 00:06:04,489 --> 00:06:05,323 Hei. 88 00:06:07,450 --> 00:06:09,369 Kakinya disapu ubat pagi tadi. 89 00:06:09,452 --> 00:06:11,537 Makanannya ada elektrolit. Ia dah bersedia. 90 00:06:11,621 --> 00:06:14,707 Awak pakaikan but jalannya dalam perjalanan ke sini? 91 00:06:14,791 --> 00:06:16,292 Saya dah biasa buatlah. 92 00:06:16,376 --> 00:06:19,253 Awak tak patut jadi penjaga kuda saya. Awak tak serius. 93 00:06:19,337 --> 00:06:21,631 Saya buat semua perkara dalam senarai awak. 94 00:06:21,714 --> 00:06:25,551 Okey? Cakaplah, "Terima kasih Cole kerana bekerja sepanjang pagi." 95 00:06:29,013 --> 00:06:31,349 Ia pakai but dalam perjalanan ke sini. 96 00:06:52,954 --> 00:06:54,455 Patutlah ada bau tahi. 97 00:06:56,624 --> 00:06:59,877 Wah. Calamity Jane betul-betul bergaya hari ini. 98 00:07:02,797 --> 00:07:04,215 Sesuai dengan awak. 99 00:07:04,298 --> 00:07:05,133 Cole. 100 00:07:05,842 --> 00:07:06,717 Jangan. 101 00:07:11,431 --> 00:07:12,265 Okey. 102 00:07:13,599 --> 00:07:14,851 Apa lagi masalahnya? 103 00:07:16,018 --> 00:07:17,562 Macamlah awak tak tahu. 104 00:07:20,815 --> 00:07:22,316 Kata-kata awak kepada saya? 105 00:07:24,360 --> 00:07:26,195 Semasa malam anugerah ibu awak. 106 00:07:28,156 --> 00:07:30,199 Saya tak ingat malam itu. 107 00:07:32,743 --> 00:07:36,706 Semua orang gunakannya sebagai alasan, tapi saya tak percaya. 108 00:07:36,789 --> 00:07:39,333 Walaupun awak mabuk, janganlah cakap ikut suka awak. 109 00:07:46,924 --> 00:07:52,388 Seterusnya, kita ada nombor lapan, Alex Walter. 110 00:08:05,526 --> 00:08:06,360 Hei. 111 00:08:07,236 --> 00:08:08,779 Dia ada di ruang tamu. 112 00:08:13,701 --> 00:08:14,702 Hei. 113 00:08:17,497 --> 00:08:18,664 Hei. 114 00:08:18,748 --> 00:08:22,126 Maaf. Awak tahu saya selalu menangis menonton filem sedih. 115 00:08:26,547 --> 00:08:27,882 Dr. Strangelove? 116 00:08:27,965 --> 00:08:30,384 Tak sangka ia sangat menyedihkan. 117 00:08:37,725 --> 00:08:39,185 Awak buat apa di sini? 118 00:08:39,268 --> 00:08:43,105 Saya nak hantar ini kepada awak. Kebetulan saya lalu sini, jadi… 119 00:08:43,856 --> 00:08:45,983 - Sampai sini? - Saya nak berjalan. 120 00:08:47,693 --> 00:08:48,653 Awak nak… 121 00:08:49,862 --> 00:08:50,947 Maksud saya, jika… 122 00:08:52,240 --> 00:08:54,075 Maaf. Awak nak ikut saya? 123 00:08:54,825 --> 00:08:57,662 Kita perlu bincang tentang sewa apartmen. 124 00:08:59,121 --> 00:09:00,039 Ya. 125 00:09:00,540 --> 00:09:02,542 Mungkin saya perlukan udara segar. 126 00:09:02,625 --> 00:09:03,459 Apa? 127 00:09:04,544 --> 00:09:06,337 Saya nak tukar baju. 128 00:09:06,420 --> 00:09:07,255 Okey. 129 00:09:08,798 --> 00:09:11,717 Hebatnya. 130 00:09:11,801 --> 00:09:14,053 Saya rasa saya tahan nafas tadi. 131 00:09:14,136 --> 00:09:15,721 Saya pun sama. 132 00:09:15,805 --> 00:09:16,806 Yakah? 133 00:09:16,889 --> 00:09:19,267 Ya. Saya risau saya terlalu lambat 134 00:09:19,350 --> 00:09:21,602 dan saya tak biasa diperhatikan orang. 135 00:09:21,686 --> 00:09:23,771 Saya langsung tak perasan. 136 00:09:24,272 --> 00:09:25,690 Awak nampak profesional. 137 00:09:26,190 --> 00:09:28,568 Saya pun gembira hari ini. 138 00:09:28,651 --> 00:09:31,195 Saya ada temu duga untuk latihan amali musim panas 139 00:09:31,279 --> 00:09:33,489 dengan alumni Princeton. 140 00:09:34,740 --> 00:09:35,950 Hebatnya. 141 00:09:36,534 --> 00:09:37,868 Kerja itu di Lockwood, 142 00:09:37,952 --> 00:09:42,373 tapi mereka ada pejabat di Denver, Chicago, New York, Houston. 143 00:09:44,625 --> 00:09:48,504 Tapi temu duga itu esok, semasa pertandingan awak. 144 00:09:49,297 --> 00:09:50,631 Tak apa. 145 00:09:50,715 --> 00:09:53,259 Saya tahu betapa pentingnya Princeton untuk awak. 146 00:09:54,010 --> 00:09:55,469 Saya bangga dengan awak. 147 00:10:00,933 --> 00:10:03,477 Saya tak larat nak tulis apa-apa lagi. 148 00:10:03,561 --> 00:10:07,106 - Saya pun sama. Nak berhenti? - Nak sambung esok pagi? 149 00:10:07,189 --> 00:10:10,318 Ya, saya nak siapkan sebelum konsert. 150 00:10:10,985 --> 00:10:14,322 Awak pergi konsert itu? Hebatnya, mesti seronok. 151 00:10:16,949 --> 00:10:17,908 Kegemaran awak. 152 00:10:18,451 --> 00:10:20,995 Latte berganda, vanila dan madu tambahan. 153 00:10:21,078 --> 00:10:23,164 Hai, Olivia. Kami nak balik. 154 00:10:25,082 --> 00:10:25,916 Erin. 155 00:10:26,917 --> 00:10:28,919 Jangan begini. Lima minit saja. 156 00:10:29,003 --> 00:10:31,505 Jika awak masih benci saya, saya takkan ganggu awak. 157 00:10:36,469 --> 00:10:38,929 Saya dah cuba segalanya. Saya dah buntu. 158 00:10:39,013 --> 00:10:41,474 Dua perkataan, Olivia. Kod gadis. 159 00:10:41,974 --> 00:10:44,352 Jangan tidur dengan kekasih kawan baik awak. 160 00:10:44,435 --> 00:10:47,772 Awak perlukan lebih daripada latte percuma untuk berbaik dengannya. 161 00:10:49,357 --> 00:10:51,317 Itu lebih daripada dua perkataan. 162 00:10:51,817 --> 00:10:53,903 Lebih baik jadi bodoh daripada pengkhianat. 163 00:11:07,583 --> 00:11:09,835 - Hei, saya nak! - Biar betul? 164 00:11:10,419 --> 00:11:14,048 Ia macam ditampung oleh pita penutup dan skru berkarat. 165 00:11:14,131 --> 00:11:15,549 - Jangan risau. - Nathan! 166 00:11:17,510 --> 00:11:18,344 Apa? 167 00:11:21,722 --> 00:11:22,765 Saya dah sedia. 168 00:11:40,991 --> 00:11:42,410 Oh Tuhan. Awak okey? 169 00:11:42,493 --> 00:11:44,286 - Awak terhantuk? - Tak. 170 00:11:45,246 --> 00:11:46,080 Saya okey. 171 00:11:46,664 --> 00:11:48,374 - Bahaya sangat. - Kenapa? 172 00:11:48,457 --> 00:11:51,585 - Sebab saya menghidap epilepsi? - Tak, ia memang berbahaya. 173 00:11:52,294 --> 00:11:53,170 Untuk sesiapa. 174 00:12:02,638 --> 00:12:06,183 Saya mengaku saya malu awak nampak saya begitu tadi. 175 00:12:07,268 --> 00:12:08,561 Jangan rasa begitu. 176 00:12:08,644 --> 00:12:11,522 Dah 500 kali saya dengar lagu kita. 177 00:12:11,605 --> 00:12:14,608 Saya boleh menyanyi "All of Me" lebih baik daripada John Legend. 178 00:12:15,443 --> 00:12:16,652 Itu bukan lagu kita. 179 00:12:18,028 --> 00:12:18,946 Yalah. 180 00:12:20,030 --> 00:12:22,032 Lagu kita ialah "Let My Love Open the Door". 181 00:12:22,533 --> 00:12:23,909 - Apa? - Ya. 182 00:12:24,577 --> 00:12:26,078 Ya, daripada kembara jalan raya. 183 00:12:26,579 --> 00:12:27,580 Apa? 184 00:12:27,663 --> 00:12:28,998 Ke Telluride. 185 00:12:29,623 --> 00:12:30,624 Ingat? 186 00:12:31,125 --> 00:12:34,795 Betullah. Awak ingat liriknya "Biar Marlo buka pintu". 187 00:12:34,879 --> 00:12:38,257 Itu bukan salah saya. Pete Townsend tak sebut betul-betul. 188 00:12:38,340 --> 00:12:39,258 Dia ada loghat. 189 00:12:40,342 --> 00:12:43,596 Ia lebih masuk akal jika Marlo yang buka pintu, 190 00:12:43,679 --> 00:12:44,847 bukannya cinta. 191 00:12:44,930 --> 00:12:46,766 - Tapi okey, Pete. - Okey, Pete. 192 00:12:47,266 --> 00:12:48,976 - Suka hati awak. - Suka hati awak. 193 00:12:49,852 --> 00:12:51,437 Tak sangka saya terlupa. 194 00:12:56,275 --> 00:12:58,194 Kenapa awak hentikan Lark Lewat Senja? 195 00:12:58,903 --> 00:13:01,614 - Itu idea awak. - Itu idea kita berdua. 196 00:13:01,697 --> 00:13:04,241 Ya, tapi awak lebih sukakannya. 197 00:13:06,744 --> 00:13:09,121 Sukar berada di sana tanpa awak. 198 00:13:10,873 --> 00:13:12,291 Saya rosakkan semuanya. 199 00:13:13,250 --> 00:13:15,628 Tak. Bukan awak saja. 200 00:13:17,880 --> 00:13:19,465 Tapi saya keliru. 201 00:13:19,965 --> 00:13:22,635 Awak pilih Lark, kemudian awak berhenti. 202 00:13:23,344 --> 00:13:25,554 Awak masih jadi ejen hartanah. 203 00:13:25,638 --> 00:13:27,640 - Awak benci kerja itu. - Ya. 204 00:13:28,599 --> 00:13:31,310 Saya tak tahu nak buat apa. 205 00:13:32,353 --> 00:13:34,438 Saya terlalu tua untuk jadi begini. 206 00:13:34,939 --> 00:13:37,107 Okey, pertama sekali, awak tak tua. 207 00:13:38,484 --> 00:13:40,110 Awak akan jumpa jawapannya. 208 00:13:44,031 --> 00:13:46,033 Ada satu perkara saya dah sedar. 209 00:13:48,661 --> 00:13:51,872 Awak lebih penting bagi saya berbanding apa-apa kerja. 210 00:13:53,123 --> 00:13:55,334 Kita lebih penting daripada apa-apa kerja. 211 00:13:56,168 --> 00:13:59,964 Saya tak patut tunggu kita berpisah baru nak sedar semua itu. 212 00:14:03,217 --> 00:14:07,096 Bagaimana jika kita belajar berkomunikasi dengan lebih baik? 213 00:14:09,056 --> 00:14:12,142 Seimbangkan kerja dan kehidupan. 214 00:14:14,353 --> 00:14:16,146 Kita cuba perlahan-lahan. 215 00:14:19,108 --> 00:14:24,071 Tapi jika kita nak lakukannya, kita perlu sama-sama mahukannya. 216 00:14:24,154 --> 00:14:27,116 Hayley, saya benar-benar mahukannya. 217 00:14:32,538 --> 00:14:34,748 - Jadi apa yang kita tunggu? - Apa? 218 00:14:35,374 --> 00:14:39,753 Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak kahwin dengan awak sejak dulu. 219 00:14:40,629 --> 00:14:46,343 Jadi kita boleh masuk kolam cetek dulu atau terus terjun ke tempat dalam 220 00:14:46,427 --> 00:14:48,137 dan walaupun ia berisiko, 221 00:14:48,220 --> 00:14:50,931 kita dah biasa kerana dah lama kita berenang di situ. 222 00:14:51,015 --> 00:14:52,933 Melampau sangatkah metafora kolam ini? 223 00:14:53,017 --> 00:14:54,310 - Boleh tahan. - Maaf. 224 00:14:54,852 --> 00:14:58,272 - Majlis itu pun satu masalah. - Tak perlu buat besar-besar. 225 00:14:58,355 --> 00:15:00,316 Tak apa. Kita boleh ke mahkamah. 226 00:15:00,399 --> 00:15:03,819 Saya nak lakukannya secepat mungkin supaya kita boleh hidup bersama. 227 00:15:03,903 --> 00:15:09,116 Okey, tapi ibu kita takkan maafkan kita jika kita kahwin di mahkamah. 228 00:15:09,199 --> 00:15:10,034 Betul. 229 00:15:12,244 --> 00:15:13,078 Awak tahu… 230 00:15:15,581 --> 00:15:18,751 seronok juga tinggal di rumah itu semula. 231 00:15:19,835 --> 00:15:21,795 Berhubung dengan alam dan sebagainya. 232 00:15:23,047 --> 00:15:24,548 Ia sangat indah. 233 00:15:25,758 --> 00:15:28,260 Tunggu, awak nak kahwin di ladang? 234 00:15:28,344 --> 00:15:31,263 Kita buat majlis ringkas dan minta Lark buat katering. 235 00:15:31,347 --> 00:15:34,058 Budak-budak boleh tolong. Kek cawan ayah sedap. 236 00:15:34,141 --> 00:15:36,977 Tapi ada banyak perkara perlu diaturkan. 237 00:15:37,061 --> 00:15:38,604 Bagaimana kita nak… 238 00:15:40,064 --> 00:15:40,898 Jackie. 239 00:15:40,981 --> 00:15:44,151 - Ya. - Awak fikir ibu bapa awak kisah? 240 00:15:44,234 --> 00:15:45,945 Mereka mesti suka. 241 00:15:48,155 --> 00:15:49,073 Sayang awak. 242 00:15:51,158 --> 00:15:52,159 Sayang awak juga. 243 00:16:15,057 --> 00:16:16,392 Terima kasih datang. 244 00:16:24,984 --> 00:16:25,859 Jaga diri. 245 00:16:36,286 --> 00:16:38,288 DAERAH AURELITA KESERONOKAN 246 00:16:55,931 --> 00:16:56,765 Hai. 247 00:16:58,392 --> 00:16:59,226 Hei. 248 00:17:09,361 --> 00:17:11,572 Ibu awak suruh saya tengokkan awak. 249 00:17:12,156 --> 00:17:15,075 - Memalukan betul. - Dia risaukan awak. 250 00:17:15,159 --> 00:17:16,368 Ya, saya tahu. 251 00:17:16,452 --> 00:17:19,663 Saya cuma nak buktikan saya masih boleh buat sesuatu. 252 00:17:19,747 --> 00:17:21,123 Kepada siapa? 253 00:17:21,206 --> 00:17:23,250 Mungkin kepada diri saya. 254 00:17:23,751 --> 00:17:27,629 Saya faham, tapi awak tak perlu buktikannya kepada saya. 255 00:17:28,505 --> 00:17:29,798 Awak tahu, bukan? 256 00:17:31,884 --> 00:17:32,760 Yakah? 257 00:17:33,927 --> 00:17:34,762 Ya. 258 00:17:36,138 --> 00:17:36,972 Okey. 259 00:17:45,105 --> 00:17:46,106 Cik Howard, 260 00:17:46,190 --> 00:17:49,568 apa yang menjadikan awak unik untuk firma berprestij kami? 261 00:17:50,444 --> 00:17:55,032 Saya ada etika kerja yang sangat baik dan saya sangat teratur. 262 00:17:57,785 --> 00:17:58,619 Masuklah. 263 00:18:00,913 --> 00:18:04,041 - Hei, awak sibuk? - Saya berlatih untuk temu duga. 264 00:18:10,130 --> 00:18:11,006 Adakah itu… 265 00:18:11,090 --> 00:18:13,884 Ya. Surat dari Juilliard. 266 00:18:18,806 --> 00:18:20,015 Saya tak nak buka. 267 00:18:23,936 --> 00:18:24,937 Awak pasti? 268 00:18:25,437 --> 00:18:26,313 Ya. 269 00:18:38,534 --> 00:18:41,787 - Saya diterima? - Awak diterima. Ya! 270 00:18:41,870 --> 00:18:42,830 Apa? 271 00:18:48,919 --> 00:18:49,795 Kenapa? 272 00:18:55,926 --> 00:18:59,638 Saya tak tahu jika saya boleh pergi. 273 00:19:00,222 --> 00:19:03,851 Saya perlukan tempat tinggal dan saya perlu bayar yuran. 274 00:19:04,434 --> 00:19:08,355 Saya akan telefon Pak Cik Richard. Rumahnya ada banyak bilik. 275 00:19:08,438 --> 00:19:11,567 Dia boleh carikan kerja supaya awak boleh bayar yuran. 276 00:19:11,650 --> 00:19:13,068 - Yakah? - Sudah tentu. 277 00:19:13,152 --> 00:19:15,571 Awak kena pergi. 278 00:19:16,738 --> 00:19:18,699 - Okey. Terima kasih. - Okey. 279 00:19:21,702 --> 00:19:22,703 Ya. 280 00:19:29,585 --> 00:19:30,419 Okey. 281 00:19:41,680 --> 00:19:43,056 Awak okey? 282 00:19:43,140 --> 00:19:44,349 Saya rasa gementar. 283 00:19:44,933 --> 00:19:45,893 Awak gementar? 284 00:19:46,560 --> 00:19:49,229 Tak, saya cuma perlu tunggang macam semalam. 285 00:19:49,313 --> 00:19:50,397 Awak mesti menang. 286 00:19:50,480 --> 00:19:53,567 Ya. Saya lebih teruja nak pergi konsert malam ini. 287 00:19:53,650 --> 00:19:55,777 Saya tak pernah pergi pesta rakyat. 288 00:19:55,861 --> 00:19:58,447 Awak tak pernah berseronok. Jumpa di sana? 289 00:19:58,530 --> 00:20:00,699 Ya. Danny akan jemput saya selepas temu duga. 290 00:20:00,782 --> 00:20:02,117 Selepas awak berjaya. 291 00:20:13,962 --> 00:20:14,963 Hei. 292 00:20:15,047 --> 00:20:16,131 - Hai. - Hai. 293 00:20:16,215 --> 00:20:18,717 Awak nak naik roda Ferris atau buaian dulu? 294 00:20:18,800 --> 00:20:21,929 Buaian, tapi awak nak tengok sesuatu dulu? 295 00:20:22,012 --> 00:20:23,430 - Okey. - Okey, sedia? 296 00:20:23,513 --> 00:20:24,640 Okey. 297 00:20:24,723 --> 00:20:27,517 - Grace! - Saya tahu. Cantik, bukan? Tunggu. 298 00:20:29,394 --> 00:20:30,229 Wah, okey. 299 00:20:30,312 --> 00:20:33,398 Pakaian awak terlalu cantik untuk main di karnival. 300 00:20:33,482 --> 00:20:39,613 Tapi kita akan ke konsert dan baju ini sesuai untuk siang dan malam. 301 00:20:39,696 --> 00:20:41,865 - Okey, Cik Carrie Bradshaw. Ayuh. - Ayuh. 302 00:20:44,785 --> 00:20:49,414 Seterusnya ialah Alex Walter, nombor lapan, 303 00:20:49,498 --> 00:20:51,500 yang sangat menakjubkan semalam. 304 00:20:51,583 --> 00:20:54,378 Beri tepukan gemuruh atas kemunculannya semula. 305 00:21:24,324 --> 00:21:26,785 Alamak, teruknya. 306 00:21:26,868 --> 00:21:28,704 Nampaknya tali dia putus. 307 00:21:29,538 --> 00:21:33,292 Peserta baru ini beraksi dengan cemerlang sebelum ini, 308 00:21:33,375 --> 00:21:38,046 tapi kejadian ini pasti mengecewakan Alex Walter. 309 00:21:42,301 --> 00:21:43,427 Syabas, Alex. 310 00:21:51,643 --> 00:21:54,146 Hei. Tak apa. 311 00:21:54,229 --> 00:21:56,023 - Awak nak bunuh saya? - Apa? 312 00:21:57,816 --> 00:21:59,776 Awak tak periksa tali. 313 00:22:00,986 --> 00:22:01,903 Ia terputus. 314 00:22:02,821 --> 00:22:04,740 Saya periksa tiga kali. 315 00:22:04,823 --> 00:22:07,284 Penunggang pun perlu periksa juga. 316 00:22:07,367 --> 00:22:08,368 Saya dah periksa. 317 00:22:08,994 --> 00:22:10,537 Jadi awak tahu tiada masalah. 318 00:22:10,620 --> 00:22:11,580 Apa-apalah. 319 00:22:11,663 --> 00:22:14,875 Pergilah. Ia dah habis, saya tak perlukan bantuan awak. 320 00:22:14,958 --> 00:22:17,461 Tengok di sini. Kulitnya dah nipis. 321 00:22:17,961 --> 00:22:21,173 Ia mungkin putus semasa awak pusing, tapi awak takkan mengaku. 322 00:22:21,256 --> 00:22:22,799 Kerana awak nak salahkan saya. 323 00:22:22,883 --> 00:22:26,303 Tak sangka orang tak bertanggungjawab boleh cakap begitu. 324 00:22:26,386 --> 00:22:28,513 Saya tahu awak pandang rendah pada saya, 325 00:22:28,597 --> 00:22:30,974 tapi awak patut tahu saya takkan buat apa-apa 326 00:22:31,058 --> 00:22:33,018 untuk sengaja sakiti adik saya. 327 00:22:33,101 --> 00:22:34,061 Yakah? 328 00:22:34,144 --> 00:22:36,730 Itulah yang awak buat sepanjang hidup saya. 329 00:22:36,813 --> 00:22:38,648 Apa maksud awak? 330 00:22:38,732 --> 00:22:40,984 Hal Paige, bukan? Itu sudah lama. 331 00:22:41,068 --> 00:22:44,154 Dia teman wanita pertama saya. Sampai hati awak? 332 00:22:44,237 --> 00:22:46,323 Saya tak tahu kamu bersama. 333 00:22:46,865 --> 00:22:49,618 Kenapa awak langsung tak percaya cakap saya? 334 00:22:49,701 --> 00:22:52,037 Awak selalu sangka buruk pada saya. 335 00:22:52,120 --> 00:22:53,205 Saya tak tahu. 336 00:22:53,288 --> 00:22:56,500 - Saya tiada sepanjang musim panas. - Sepanjang musim panas. Saya tahu. 337 00:22:58,001 --> 00:23:01,421 Awak bersama Jackie sekarang, bukan? Apa masalahnya? 338 00:23:01,505 --> 00:23:04,674 Ia bukan sekadar hal Paige itu dan awak pun tahu. 339 00:23:04,758 --> 00:23:07,260 Ini tentang betapa mudahnya hidup awak. 340 00:23:07,344 --> 00:23:10,972 Tiap kali benda baik berlaku kepada saya, awak musnahkannya. 341 00:23:11,765 --> 00:23:14,643 Tentang cara awak datang dan buat apa awak nak 342 00:23:14,726 --> 00:23:16,937 tanpa memikirkan perasaan orang lain. 343 00:23:20,273 --> 00:23:24,986 Saya hidup dalam bayangan awak. Awak tahu betapa susahnya hidup saya? 344 00:23:25,070 --> 00:23:27,948 Awak dapat perhatian. Awak yang paling menawan. 345 00:23:28,031 --> 00:23:30,450 Semua orang nak lepak dengan atlet hebat. 346 00:23:30,534 --> 00:23:32,119 Budak popular di sekolah. 347 00:23:32,202 --> 00:23:35,372 Teman wanita saya pun bantu awak semasa awak mabuk 348 00:23:35,455 --> 00:23:36,957 dan rosakkan malam ibu. 349 00:23:37,040 --> 00:23:40,377 Saya menyesali malam itu, okey? Saya menyesali semuanya. 350 00:23:41,128 --> 00:23:43,088 Awak tak boleh bayangkan, 351 00:23:43,171 --> 00:23:47,467 tapi awak tak tahu rasanya hidup dalam bayangan awak. 352 00:23:47,551 --> 00:23:48,802 - Bayangan saya? - Ya. 353 00:23:49,344 --> 00:23:50,637 Bayangan awak. 354 00:23:50,720 --> 00:23:52,848 Alex Walter yang sempurna, 355 00:23:52,931 --> 00:23:57,185 sangat bijak, baik dan boleh diharap. 356 00:23:57,269 --> 00:23:59,104 Anak emas ibu dan ayah. 357 00:24:00,647 --> 00:24:04,276 Awak tahu betapa kerapnya saya berharap nak jadi macam awak? 358 00:24:07,988 --> 00:24:09,239 Lihatlah saya. 359 00:24:10,782 --> 00:24:12,742 Gred saya semakin teruk. 360 00:24:12,826 --> 00:24:14,661 Kaki saya dah tak sempurna. 361 00:24:14,744 --> 00:24:16,163 Bola sepak peluang saya. 362 00:24:17,998 --> 00:24:19,124 Tapi ia dah hilang. 363 00:24:20,125 --> 00:24:22,627 Saya takkan dapat sebarang biasiswa lagi. 364 00:24:23,295 --> 00:24:26,089 Awak yang cakap. Saya cuma terkenal di sekolah. 365 00:24:32,554 --> 00:24:35,765 - Hei, Cole. Saya tak maksudkannya. - Betul cakap awak. 366 00:24:37,934 --> 00:24:39,269 Saya memang tak guna. 367 00:24:40,687 --> 00:24:43,315 Duit ibu dan ayah habis kerana rawatan saya. 368 00:24:45,150 --> 00:24:46,026 Untuk apa? 369 00:24:48,153 --> 00:24:50,697 Saya cuma orang yang gagal dan mengecewakan. 370 00:24:52,532 --> 00:24:54,117 - Saya beban. - Mana ada. 371 00:24:56,536 --> 00:24:57,496 Awak dengar tak? 372 00:24:58,914 --> 00:25:00,415 Awak tak gagal. 373 00:25:00,916 --> 00:25:03,460 Awak tak mengecewakan. 374 00:25:03,543 --> 00:25:04,961 Awak juga bukan beban. 375 00:25:06,588 --> 00:25:10,592 Awak Cole Walter dan awak abang saya. 376 00:25:11,551 --> 00:25:13,762 Kadangkala saya nak bunuh awak, 377 00:25:13,845 --> 00:25:16,598 tapi tiada apa yang akan mengubahnya. 378 00:25:18,266 --> 00:25:20,769 Saya tahu awak takkan percaya cakap saya. 379 00:25:24,272 --> 00:25:25,524 Tapi saya minta maaf. 380 00:25:30,070 --> 00:25:31,279 Saya pun minta maaf. 381 00:25:40,038 --> 00:25:41,498 Mari kita tanggalkannya. 382 00:25:41,998 --> 00:25:45,835 Pencapaian awak cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. 383 00:25:45,919 --> 00:25:48,922 Awak berminat dengan mana-mana jawatan kepimpinan? 384 00:25:49,005 --> 00:25:52,342 Betul. Saya akan realisasikannya pada tahun ketiga. 385 00:25:52,425 --> 00:25:53,593 Saya tak terkejut. 386 00:25:53,677 --> 00:25:55,470 Ayah awak ketua yang hebat. 387 00:25:57,639 --> 00:25:58,890 Awak kenal ayah saya? 388 00:25:59,641 --> 00:26:03,103 Tak rapat. Bilik kami berhampiran semasa tahun pertama di Princeton. 389 00:26:06,356 --> 00:26:07,357 Ya Tuhan. 390 00:26:08,692 --> 00:26:10,944 Saya terdengar tentang kemalangan itu. 391 00:26:11,027 --> 00:26:13,238 Saya bersimpati atas kehilangan awak. 392 00:26:15,240 --> 00:26:16,157 Terima kasih. 393 00:26:18,285 --> 00:26:22,497 Saya nak tamatkan sesi ini dengan satu soalan, sekadar suka-suka. 394 00:26:26,251 --> 00:26:30,005 Bagaimana awak nak gambarkan warna emas kepada orang buta? 395 00:26:36,428 --> 00:26:37,262 Jackie? 396 00:26:39,848 --> 00:26:44,019 Saya minta maaf. Apa soalannya? 397 00:26:44,811 --> 00:26:49,316 Bagaimana awak nak gambarkan warna emas kepada orang buta? 398 00:26:58,241 --> 00:26:59,200 Saya… 399 00:27:03,038 --> 00:27:03,872 Saya tak tahu. 400 00:27:08,918 --> 00:27:11,004 Biar saya ambil barang lain. 401 00:27:11,504 --> 00:27:12,756 Saya boleh ambil. 402 00:27:16,259 --> 00:27:18,595 Jadi Perang Dunia Walter dah tamat? 403 00:27:19,554 --> 00:27:20,555 Nampaknya begitu. 404 00:27:21,389 --> 00:27:23,808 Ayah tak nak tanya, tapi ayah gembira. 405 00:27:24,934 --> 00:27:25,769 Ya. 406 00:27:26,269 --> 00:27:27,812 Awak bernasib malang tadi. 407 00:27:28,730 --> 00:27:29,856 Ya, nasib malang. 408 00:27:31,066 --> 00:27:34,736 Ia tak berjalan lancar, tapi awak masih mengawal keadaan. 409 00:27:34,819 --> 00:27:36,738 Awak pentingkan kuda awak. 410 00:27:37,489 --> 00:27:38,531 Ayah rasa bangga. 411 00:27:40,784 --> 00:27:41,618 Terima kasih. 412 00:27:42,494 --> 00:27:44,829 Dengar sini. Selepas giliran awak tadi, 413 00:27:44,913 --> 00:27:48,041 wakil Persatuan Penunggang Antara Kolej jumpa ayah. 414 00:27:48,124 --> 00:27:49,084 Dia nak jumpa awak. 415 00:27:49,167 --> 00:27:50,835 Pusingan saya tak habis. 416 00:27:50,919 --> 00:27:53,546 Tak apa. Mereka nak orang yang berpotensi. 417 00:27:54,923 --> 00:27:55,799 Syabas. 418 00:27:59,761 --> 00:28:01,012 Ya. Bagus. 419 00:28:05,684 --> 00:28:07,477 - Terima kasih. - Terima kasih. 420 00:28:07,977 --> 00:28:09,270 Saya lapar. 421 00:28:09,771 --> 00:28:12,440 - Saya belum makan. - Saya mungkin tak lapar. 422 00:28:14,359 --> 00:28:18,238 Kami patut bincang tentang London, tapi dia dah buat keputusan. 423 00:28:18,321 --> 00:28:19,739 Dia nak pergi. 424 00:28:21,199 --> 00:28:23,034 Dia cakap dengan tenang, macam… 425 00:28:23,868 --> 00:28:25,787 saya mudah dicari ganti. 426 00:28:25,870 --> 00:28:29,958 Macam dia boleh cari orang lain di mana-mana saja, tiada masalah. 427 00:28:31,042 --> 00:28:32,460 Awak tahu itu tak betul. 428 00:28:33,044 --> 00:28:34,462 Awak tak boleh diganti. 429 00:28:35,630 --> 00:28:37,799 Tapi sekurang-kurangnya, 430 00:28:38,383 --> 00:28:40,552 kita boleh menangis bersama, bukan? 431 00:28:41,636 --> 00:28:42,804 Kawan berpisah? 432 00:28:44,013 --> 00:28:45,598 Ya, sebenarnya… 433 00:28:46,641 --> 00:28:47,517 Saya… 434 00:28:48,309 --> 00:28:49,936 Saya jumpa Will semalam. 435 00:28:50,687 --> 00:28:51,688 Pelik tak? 436 00:28:51,771 --> 00:28:53,523 Ya, sangat pelik. 437 00:28:54,524 --> 00:28:55,483 Pada mulanya. 438 00:28:57,026 --> 00:29:02,574 Tapi kemudian, kami… Entahlah, kami sedar kami tak nak berpisah 439 00:29:03,491 --> 00:29:05,535 dan kami nak berkahwin. 440 00:29:07,036 --> 00:29:08,913 Kami akan berkomunikasi dengan baik 441 00:29:08,997 --> 00:29:11,708 dan dia takkan bekerja sepanjang masa lagi. 442 00:29:11,791 --> 00:29:13,835 Okey. Boleh kami pesan minuman? 443 00:29:13,918 --> 00:29:17,589 Tapi kami nak lakukannya sekarang. Kami boleh kahwin di ladang, 444 00:29:17,672 --> 00:29:18,923 dengan segera. 445 00:29:19,507 --> 00:29:21,009 - Ya Tuhan. - Saya tahu. 446 00:29:21,092 --> 00:29:22,886 Di mana pelayan? 447 00:29:24,053 --> 00:29:25,054 - Hai. - Hai. 448 00:29:25,138 --> 00:29:26,973 Kami nak sebotol champagne. 449 00:29:27,056 --> 00:29:28,141 - Okey. - Sebotol? 450 00:29:28,224 --> 00:29:29,142 Ya, sebotol. 451 00:29:29,934 --> 00:29:31,978 Kita perlu rancang parti bujang. 452 00:29:36,483 --> 00:29:37,692 Di sini, New York. 453 00:29:41,237 --> 00:29:43,448 Di mana Danny? Dia patut… 454 00:29:43,531 --> 00:29:48,244 Tumpangkan awak, saya tahu. Benny minta dia baca buku cerita, 455 00:29:48,328 --> 00:29:49,704 kerana itu saya datang. 456 00:29:52,957 --> 00:29:55,627 Tak nak cakap apa-apa tentang trak ini? 457 00:29:55,710 --> 00:29:57,420 Saya nak jumpa Alex di pesta. 458 00:29:57,921 --> 00:30:01,591 Hampir setahun saya bina semula enjin. Akhirnya, ia berfungsi. 459 00:30:01,674 --> 00:30:04,594 - Kami akan ke konsert malam ini. - Ya, saya tahu. 460 00:30:05,136 --> 00:30:06,763 Saya nak bawa awak ke sana. 461 00:30:06,846 --> 00:30:08,932 Alex tahu? 462 00:30:09,015 --> 00:30:10,683 Bertenang. Dia tahu. 463 00:30:11,643 --> 00:30:12,811 Kami berbual tadi. 464 00:30:13,728 --> 00:30:14,562 Tentang apa? 465 00:30:14,646 --> 00:30:15,772 Segala-galanya. 466 00:30:27,242 --> 00:30:28,159 Cik. 467 00:30:46,052 --> 00:30:48,805 Saya tonton acara awak tadi. Awak ada bakat. 468 00:30:49,973 --> 00:30:50,890 Terima kasih. 469 00:30:51,432 --> 00:30:52,892 Awak sertai acara lain? 470 00:30:52,976 --> 00:30:54,644 Tak, tapi saya berminat. 471 00:30:54,727 --> 00:30:57,230 Jumlah biasiswa kami semakin meningkat. 472 00:30:57,313 --> 00:30:59,858 Kami nak cari budak yang pandai menunggang. 473 00:30:59,941 --> 00:31:01,609 Bukan orang yang nak berseronok. 474 00:31:02,193 --> 00:31:04,821 - Awak berminat? - Macam biasiswa kolej? 475 00:31:06,155 --> 00:31:07,866 Ya, kami berminat. 476 00:31:08,366 --> 00:31:11,828 Okey, saya boleh dapatkan tempat untuk kem musim panas. 477 00:31:11,911 --> 00:31:13,663 - Terima kasih. - Terima kasih, Chet. 478 00:31:13,746 --> 00:31:16,082 Awak boleh luangkan cuti di Montana? 479 00:31:17,750 --> 00:31:19,085 Sepanjang musim panas? 480 00:31:39,564 --> 00:31:43,401 Ia agak membosankan jika tiada sesiapa bercakap, jadi… 481 00:31:45,695 --> 00:31:47,655 Okey. Pertandingan Alex okey? 482 00:31:48,239 --> 00:31:49,991 - Teruk. - Kenapa? 483 00:31:50,074 --> 00:31:51,200 Apa yang berlaku? 484 00:31:51,826 --> 00:31:53,036 Dia gagal. 485 00:31:54,621 --> 00:31:56,164 Tak apa, kerana dia… 486 00:31:57,874 --> 00:32:00,001 Mesti dia sendiri nak beritahu awak. 487 00:32:04,881 --> 00:32:05,882 Alamak. 488 00:32:10,553 --> 00:32:12,180 Tidak. 489 00:32:32,450 --> 00:32:33,660 Aduhai. 490 00:32:33,743 --> 00:32:34,827 Boleh betulkan? 491 00:32:34,911 --> 00:32:36,704 Saya tiada kotak alatan. 492 00:32:36,788 --> 00:32:39,207 Saya baru nak ambil semasa saya disuruh datang sini. 493 00:32:39,290 --> 00:32:41,501 Begitu. Jadi ini salah saya. 494 00:32:41,584 --> 00:32:43,836 Tentu awak harap saya tak pindah sini. 495 00:32:43,920 --> 00:32:46,297 Awak takkan terperangkap dengan saya. 496 00:32:49,217 --> 00:32:50,927 Saya akan suruh Will datang. 497 00:33:21,165 --> 00:33:24,627 - Saya tak boleh naik. - Ia akan patah kalau kita naik. 498 00:33:25,420 --> 00:33:27,296 Ia dari tahun 1800-an. Hai. 499 00:33:30,216 --> 00:33:31,300 Apa hal, Olivia? 500 00:33:31,384 --> 00:33:35,763 Seperti awak kata, saya perlukan lebih daripada minuman percuma. 501 00:33:38,516 --> 00:33:40,852 - Saya faham. - Semua layak dapat peluang kedua. 502 00:33:42,478 --> 00:33:44,022 - Ikut sini. - Siapa tanya? 503 00:34:00,038 --> 00:34:01,914 Saya cuma nak jelaskan. 504 00:34:01,998 --> 00:34:03,499 Awak dah jelaskan. 505 00:34:04,292 --> 00:34:07,253 Saya patut sedar perbuatan saya menyakiti awak, 506 00:34:07,837 --> 00:34:09,756 tapi saya tak sedar kerana… 507 00:34:11,049 --> 00:34:12,258 Saya tak nak sedar. 508 00:34:13,051 --> 00:34:16,512 Kerana menerima perhatian daripada Cole umpama dadah 509 00:34:17,096 --> 00:34:19,766 yang memudaratkan saya, tapi menyeronokkan. 510 00:34:21,476 --> 00:34:23,436 Saya dapat pura-pura jadi hebat, 511 00:34:24,062 --> 00:34:25,646 popular dan sebagainya, 512 00:34:26,773 --> 00:34:27,774 walaupun sekejap. 513 00:34:28,733 --> 00:34:30,568 Semua itu sukar untuk ditolak. 514 00:34:33,237 --> 00:34:35,740 Kita berkawan sejak gred tiga, Erin. 515 00:34:36,240 --> 00:34:38,034 Awak tak rindu masa lalu? 516 00:34:38,910 --> 00:34:42,955 Ia dah dikaburi oleh masa pengkhianat-yang-rampas-kekasih. 517 00:34:50,797 --> 00:34:56,177 Hei, ingat tak makanan di kem musim panas tak sedap, 518 00:34:56,761 --> 00:35:00,306 jadi kita menyelinap dan berjalan ke pandu lalu McDonald's 519 00:35:00,389 --> 00:35:01,974 sehingga buku lali awak terseliuh? 520 00:35:02,767 --> 00:35:06,604 Atau tahun kita buat kostum M&M sendiri untuk Halloween. 521 00:35:06,687 --> 00:35:07,522 Ingat tak? 522 00:35:09,315 --> 00:35:11,275 Awak kacang dan saya kosong. 523 00:35:11,359 --> 00:35:12,193 Ya. 524 00:35:18,157 --> 00:35:19,325 Saya minta maaf. 525 00:35:20,535 --> 00:35:21,744 Tolong maafkan saya. 526 00:35:22,995 --> 00:35:25,123 Saya rindu kawan baik saya. 527 00:35:36,467 --> 00:35:40,054 Saya tahu Cole bersama gadis lain, jadi saya tak… 528 00:35:41,764 --> 00:35:44,267 Saya tiada hak nak salahkan awak. 529 00:35:44,851 --> 00:35:47,103 Awak boleh salahkan saya sedikit. 530 00:35:47,603 --> 00:35:48,563 Bukan selamanya. 531 00:35:52,567 --> 00:35:55,153 Janji kita takkan gaduh kerana lelaki lagi? 532 00:35:56,362 --> 00:35:57,196 Saya janji. 533 00:36:07,123 --> 00:36:09,625 Sedar tak semua memori kita tentang makanan? 534 00:36:10,293 --> 00:36:12,044 Saya lapar sangat. 535 00:36:12,128 --> 00:36:15,047 Saya keluar barisan untuk datang ke sini. 536 00:36:15,131 --> 00:36:17,258 - Okey, jom kita makan. - Okey. 537 00:36:17,341 --> 00:36:19,552 Saya nak ubi yang berputar itu. 538 00:36:19,635 --> 00:36:21,888 - Ubi cucuk lidi? - Ubi tornado? 539 00:36:27,977 --> 00:36:29,520 - Hei. - Hei. 540 00:36:30,521 --> 00:36:32,315 Maaf ia tak berjalan lancar. 541 00:36:33,065 --> 00:36:36,152 Saya mungkin akan ke kem latihan musim panas. 542 00:36:37,236 --> 00:36:38,070 Mungkin? 543 00:36:38,571 --> 00:36:41,157 Saya perlu tinggalkan Jackie sepanjang musim panas, 544 00:36:41,240 --> 00:36:42,950 jadi saya nak tanya dia dulu. 545 00:36:45,620 --> 00:36:48,164 Awak patut buat apa yang awak nak, Alex. 546 00:36:49,916 --> 00:36:50,958 Saya tahu. 547 00:36:51,626 --> 00:36:54,128 Kamu nak pergi tak? Dah nak mula. 548 00:36:54,962 --> 00:36:55,796 Ya. 549 00:36:57,173 --> 00:36:58,007 Cepatlah. 550 00:36:58,507 --> 00:36:59,508 Alex? 551 00:37:01,510 --> 00:37:03,012 Saya akan tunggu sini. 552 00:37:04,013 --> 00:37:05,973 Jackie dah nak sampai. 553 00:37:06,057 --> 00:37:07,016 Okey. 554 00:37:08,059 --> 00:37:08,893 Jom. 555 00:38:08,828 --> 00:38:09,745 Terima kasih. 556 00:38:10,579 --> 00:38:13,207 Enjinnya masih hangat sampai sekarang. 557 00:38:14,500 --> 00:38:15,876 Awak boleh cuba. 558 00:38:16,877 --> 00:38:18,421 Supaya tak mati kesejukan. 559 00:38:21,173 --> 00:38:22,174 Saya okey. 560 00:38:24,969 --> 00:38:25,803 Terpulang. 561 00:38:52,204 --> 00:38:54,415 Saya gembira Will dan Hayley berbaik. 562 00:38:55,249 --> 00:38:56,959 Nanti ada majlis di sini. 563 00:38:57,960 --> 00:38:58,836 Seronoknya. 564 00:39:03,924 --> 00:39:05,885 Ingat semasa kita pindah ke sini? 565 00:39:08,512 --> 00:39:13,392 Seingat saya, awak tak gembira berpindah ke rumah ibu bapa saya. 566 00:39:13,476 --> 00:39:15,603 Saya nak duduk rumah sendiri. 567 00:39:17,271 --> 00:39:19,982 Rupanya rumah kita di mana saja kita bersama. 568 00:39:21,734 --> 00:39:23,069 Dah 20 tahun berlalu. 569 00:39:26,364 --> 00:39:28,282 Ada pasang surut. 570 00:39:28,366 --> 00:39:30,659 Tiada siapa boleh ambil semua itu. 571 00:39:35,414 --> 00:39:37,917 Awak berusaha jaga ladang ini. 572 00:39:40,378 --> 00:39:41,629 Awak patut berbangga. 573 00:39:48,260 --> 00:39:50,513 Tawaran pemaju itu sangat lumayan. 574 00:40:01,941 --> 00:40:03,609 Saya rasa kita perlu terima. 575 00:40:12,993 --> 00:40:14,995 - Sikit saja. - Ya Tuhan. 576 00:40:18,457 --> 00:40:19,291 Paige? 577 00:40:21,836 --> 00:40:23,337 Cakaplah dengan dia. 578 00:40:23,421 --> 00:40:24,755 Cakap saja dengan dia. 579 00:40:28,134 --> 00:40:28,968 Hai, Alex. 580 00:40:31,762 --> 00:40:32,680 Terima kasih. 581 00:40:40,062 --> 00:40:40,896 Hai. 582 00:40:42,440 --> 00:40:43,274 Hai. 583 00:40:44,358 --> 00:40:46,277 Tak apa jika awak benci saya. 584 00:40:46,360 --> 00:40:48,779 - Saya betul-betul… - Saya tak benci awak. 585 00:40:51,782 --> 00:40:53,534 Awak boleh buat apa saja. 586 00:40:54,994 --> 00:40:58,330 Saya memang bukan Cole Walter, tapi saya seseorang. 587 00:41:00,207 --> 00:41:02,543 Seseorang yang sukakan awak dulu. 588 00:41:03,919 --> 00:41:05,254 Dan awak terlepas. 589 00:41:08,549 --> 00:41:09,383 Saya tahu. 590 00:41:13,262 --> 00:41:15,347 Tapi semuanya berakhir dengan baik. 591 00:41:18,267 --> 00:41:19,143 Jumpa lagi. 592 00:41:20,186 --> 00:41:21,020 Jumpa lagi. 593 00:41:51,926 --> 00:41:53,177 Betulkah ia hangat? 594 00:41:54,678 --> 00:41:55,679 Cubalah sendiri. 595 00:42:24,959 --> 00:42:26,460 Sekejap lagi Will sampai. 596 00:42:31,924 --> 00:42:33,342 Bagaimana temu duga itu? 597 00:42:36,345 --> 00:42:37,221 Teruk. 598 00:42:38,264 --> 00:42:40,641 Saya tak boleh jawab soalan terakhir. 599 00:42:40,724 --> 00:42:43,394 Ada soalan yang Jackie Howard tak boleh jawab? 600 00:42:47,523 --> 00:42:51,443 Dia tanya macam mana nak gambarkan warna emas kepada orang buta. 601 00:42:52,236 --> 00:42:53,153 Apa awak cakap? 602 00:42:53,988 --> 00:42:56,907 Tiada apa-apa. Saya tak boleh fikir. 603 00:43:03,497 --> 00:43:05,708 Tapi saya patut cakap… 604 00:43:07,126 --> 00:43:10,421 ia nampak macam rasa madu hangat. 605 00:43:11,547 --> 00:43:16,468 Atau bunyinya macam suara Nina Simone semasa dia menyanyi 606 00:43:16,552 --> 00:43:18,012 "I Put A Spell On You". 607 00:43:20,472 --> 00:43:22,308 Atau rasanya seperti 608 00:43:23,267 --> 00:43:25,144 sinaran matahari di wajah awak. 609 00:43:28,439 --> 00:43:33,611 Tapi saya tak boleh cakap semua itu sebab saya fikirkan perkara lain. 610 00:43:34,445 --> 00:43:35,654 Saya terganggu. 611 00:43:39,366 --> 00:43:41,118 Saya tak suka terganggu. 612 00:43:44,788 --> 00:43:47,499 Saya tak nak awak fikir saya tak suka kehadiran awak. 613 00:43:49,501 --> 00:43:51,587 Awak kata awak tak ingat. 614 00:43:51,670 --> 00:43:54,173 Awak pergi sebelum saya habis cakap. 615 00:43:59,803 --> 00:44:00,638 Dengar sini. 616 00:44:03,265 --> 00:44:06,810 Situasi saya dan Alex dah teruk sebelum awak datang ke sini. 617 00:44:07,478 --> 00:44:09,438 Okey? Saya cuba nak betulkannya. 618 00:44:11,357 --> 00:44:14,318 Kemudian, awak muncul dan jadikannya lebih sukar. 619 00:44:14,401 --> 00:44:17,613 Tapi awak kata hubungan awak dan Alex dah pulih? 620 00:44:18,197 --> 00:44:20,240 Ya, akhirnya. 621 00:44:21,325 --> 00:44:23,535 Ia tak bermakna ia tak rumit. 622 00:44:25,621 --> 00:44:28,207 Saya takkan sakiti adik saya lagi, tapi… 623 00:44:31,794 --> 00:44:33,295 saya masih mahukan awak. 624 00:44:55,401 --> 00:44:56,652 Apa masalahnya? 625 00:44:57,486 --> 00:45:00,280 Masalah rantai pemasaan. Ia perlu ditunda. 626 00:45:00,781 --> 00:45:01,865 - Hei. - Hei. 627 00:45:03,826 --> 00:45:05,077 Tak tengok konsert? 628 00:45:05,953 --> 00:45:07,913 Ya. Taklah seronok sangat. 629 00:45:10,332 --> 00:45:11,333 Semuanya okey? 630 00:45:12,876 --> 00:45:13,711 Ya. 631 00:45:16,130 --> 00:45:17,047 Hei, Jackie. 632 00:45:17,923 --> 00:45:20,968 Awak nak cuba jadi perancang perkahwinan? 633 00:45:22,428 --> 00:45:23,262 Apa? 634 00:45:23,762 --> 00:45:25,180 - Ia akan berlaku. - Apa? 635 00:45:25,264 --> 00:45:26,265 Ya. 636 00:45:26,348 --> 00:45:27,891 Ya Tuhan. 637 00:45:27,975 --> 00:45:31,395 - Tahniah, Will. - Wah. Akhirnya. 638 00:45:34,606 --> 00:45:35,524 Ya! 639 00:45:41,697 --> 00:45:43,407 Saya suka majlis perkahwinan. 640 00:46:31,747 --> 00:46:35,167 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali