1 00:00:28,570 --> 00:00:29,612 Semuanya okey? 2 00:00:29,696 --> 00:00:33,366 Saya rasa ini adunan paling enak saya pernah buat. 3 00:00:33,450 --> 00:00:34,492 Nak cuba? 4 00:00:35,493 --> 00:00:37,912 Adunan kek cawan? Mestilah saya nak cuba. 5 00:00:39,539 --> 00:00:41,166 Baiklah. Jujur dengan saya. 6 00:00:45,712 --> 00:00:46,588 Wah. 7 00:00:47,672 --> 00:00:48,965 Ada perisa lemon? 8 00:00:49,049 --> 00:00:52,093 Itu senang sangat. Apa lagi perisa yang ada? 9 00:00:54,471 --> 00:00:55,346 Lavender? 10 00:00:57,140 --> 00:01:00,769 Menakjubkan. Budak-budak itu langsung tak boleh teka. 11 00:01:00,852 --> 00:01:02,228 Sedap sangat, George. 12 00:01:02,312 --> 00:01:03,146 Terima kasih. 13 00:01:03,980 --> 00:01:07,317 Kita mesti tak sempat siapkan sebelum majlis kahwin esok. 14 00:01:07,400 --> 00:01:08,902 Katherine, jangan risau. 15 00:01:08,985 --> 00:01:09,819 Yakah? 16 00:01:09,903 --> 00:01:12,072 Ya, semuanya dah diaturkan. 17 00:01:12,155 --> 00:01:15,867 Boleh ingatkan saya sebab kita akan buat majlis itu di sini? 18 00:01:15,950 --> 00:01:18,620 - Kerana anak kita mahu. - Ya, saya ingat. 19 00:01:18,703 --> 00:01:20,622 Jackie juga kata dia akan aturkannya. 20 00:01:20,705 --> 00:01:23,083 Ya, kerana itu saya terhutang budi kepada awak. 21 00:01:23,166 --> 00:01:26,294 Jangan risau, saya suka mengaturkan acara. 22 00:01:27,670 --> 00:01:28,671 Okey. 23 00:01:34,385 --> 00:01:35,386 Hei! 24 00:01:35,970 --> 00:01:37,889 Jom kita berbual. Dah lama kita tak jumpa. 25 00:01:37,972 --> 00:01:39,682 Okey, tapi sekejap saja. 26 00:01:47,357 --> 00:01:49,484 Saya sibuk sangat sekarang. 27 00:01:49,567 --> 00:01:51,069 Saya perlu pasang hiasan, 28 00:01:51,152 --> 00:01:54,405 periksa pesanan bunga dan telefon kedai cetak. 29 00:01:55,782 --> 00:01:56,991 Semua orang harapkan saya. 30 00:01:57,951 --> 00:01:58,952 Mesti awak suka. 31 00:01:59,744 --> 00:02:00,578 Mestilah. 32 00:02:02,747 --> 00:02:03,665 Semuanya okey? 33 00:02:04,666 --> 00:02:05,500 Okey. 34 00:02:06,835 --> 00:02:08,002 Saya akan rindukan awak. 35 00:02:08,086 --> 00:02:09,129 Beberapa minggu saja. 36 00:02:09,212 --> 00:02:11,840 Awak pun mesti sibuk dengan latihan amali. 37 00:02:11,923 --> 00:02:13,633 Saya belum terima jawapan. 38 00:02:13,716 --> 00:02:14,968 Mestilah awak dapat. 39 00:02:15,051 --> 00:02:19,180 Mungkin? Atau mungkin semasa awak tiada, saya akan lepak di sini 40 00:02:19,264 --> 00:02:20,223 dan belajar. 41 00:02:20,306 --> 00:02:22,225 Ya, semuanya mesti okey. 42 00:02:22,308 --> 00:02:23,685 Kita pun mesti okey. 43 00:02:24,769 --> 00:02:27,105 - Sudah tentu. - Sudah tentu. 44 00:02:31,860 --> 00:02:34,445 Okey. Saya nak teruskan kerja. 45 00:02:40,910 --> 00:02:43,621 Nampaknya masalah itu dah selesai sendiri. 46 00:03:07,103 --> 00:03:09,189 Kita tak perlu berbincang sekarang. 47 00:03:09,272 --> 00:03:13,735 Saya tak kisah. Saya pun nak alihkan fikiran saya. 48 00:03:15,153 --> 00:03:16,654 - Awak gelisah? - Taklah. 49 00:03:19,199 --> 00:03:20,158 Adalah sikit. 50 00:03:21,534 --> 00:03:25,538 Terima kasih sekali lagi. Saya terharu kami boleh berkahwin di sini. 51 00:03:25,622 --> 00:03:27,123 Ia juga bermakna bagi kami. 52 00:03:27,207 --> 00:03:29,959 Inilah penutup yang terbaik untuk tempat ini. 53 00:03:30,710 --> 00:03:33,463 Tentang hal itu, saya dah baca dokumen ini dan 54 00:03:33,963 --> 00:03:36,174 semuanya nampak sangat bagus, tapi… 55 00:03:36,841 --> 00:03:38,468 Ini yang ayah mahukan? 56 00:03:40,386 --> 00:03:42,639 - Ayah tak boleh tarik balik. - Ya. 57 00:03:42,722 --> 00:03:44,140 Tapi kami tiada pilihan. 58 00:03:46,392 --> 00:03:49,354 Saya tahu situasi kewangan ibu dan ayah tak begitu baik, 59 00:03:49,437 --> 00:03:51,439 tapi tak sangka ia seteruk ini. 60 00:03:51,522 --> 00:03:52,482 Ya. 61 00:03:53,316 --> 00:03:54,692 Banyak perkara berlaku. 62 00:03:57,779 --> 00:03:58,613 Ayah. 63 00:03:59,572 --> 00:04:00,907 Apa ayah selalu cakap? 64 00:04:01,491 --> 00:04:05,036 Semua jalan berbonggol. Kita cuma perlu tahu cara melaluinya. 65 00:04:07,664 --> 00:04:10,917 Kita tak perlu tandatangan atau beritahu anak-anak dulu. 66 00:04:11,000 --> 00:04:12,252 Kita berseronok dulu. 67 00:04:12,335 --> 00:04:14,170 Ya, betul. 68 00:04:14,254 --> 00:04:16,422 Kita boleh fikir kemudian. 69 00:04:18,132 --> 00:04:21,469 Mesti apartmen Richard sangat selesa. 70 00:04:22,136 --> 00:04:25,223 Awak akan berseronok dengan budak-budak hipster. 71 00:04:25,306 --> 00:04:28,935 Saya tak rasa ada hipster tinggal di Upper West Side. 72 00:04:32,730 --> 00:04:33,564 Awak okey? 73 00:04:34,607 --> 00:04:35,441 Ya. 74 00:04:36,734 --> 00:04:39,028 Maksud saya, awak akan ke New York. 75 00:04:39,612 --> 00:04:41,698 Alex akan menyertai kem latihan. 76 00:04:42,323 --> 00:04:44,075 Will akan berkahwin. 77 00:04:44,575 --> 00:04:47,287 Saya pula sedang buat apa? 78 00:04:48,579 --> 00:04:49,747 Janganlah begitu. 79 00:04:49,831 --> 00:04:52,166 - Kembara Jalan Raya Amerika. - Ya. 80 00:04:52,250 --> 00:04:56,462 Memandu di lebuh raya sambil angin meniup rambut kita. 81 00:04:56,546 --> 00:04:58,548 Hidup dalam keadaan serba santai. 82 00:04:58,631 --> 00:05:01,801 Semua itu memang menyeronokkan. Langsung tak pedulikan apa-apa, 83 00:05:01,884 --> 00:05:04,512 selain memikirkan masa depan saya. 84 00:05:06,764 --> 00:05:07,849 Awak nak ke mana? 85 00:05:09,100 --> 00:05:10,184 Sekolah. 86 00:05:10,268 --> 00:05:11,644 Hari ini hari Sabtu. 87 00:05:11,728 --> 00:05:13,187 Saya nak buat sesuatu. 88 00:05:13,271 --> 00:05:15,023 Boleh saya ikut awak? 89 00:05:15,982 --> 00:05:17,817 Tertinggal barang di lokar. 90 00:05:17,900 --> 00:05:18,860 Lima minit lagi. 91 00:05:20,528 --> 00:05:24,699 Saya betul-betul minta maaf, Tara. Saya tak berniat nak sakiti awak. 92 00:05:24,782 --> 00:05:26,576 Apa awak nak saya cakap? 93 00:05:27,368 --> 00:05:28,828 Awak masih akan pergi, bukan? 94 00:05:33,750 --> 00:05:35,001 - Maafkan saya. - Jangan! 95 00:05:35,752 --> 00:05:37,128 Jangan minta maaf lagi. 96 00:05:39,839 --> 00:05:42,925 Saya mungkin akan ikut awak jika awak ajak… 97 00:05:44,344 --> 00:05:45,261 tapi awak tak ajak. 98 00:05:46,637 --> 00:05:50,433 Mungkin itu salah saya. Saya sangka hubungan kita istimewa. 99 00:05:51,059 --> 00:05:51,893 Tara. 100 00:05:54,771 --> 00:05:55,980 Awak nak ke mana? 101 00:05:56,064 --> 00:05:56,898 Sekolah. 102 00:05:56,981 --> 00:05:59,484 Sekarang? Tak boleh. Majlis lagi empat jam. 103 00:05:59,567 --> 00:06:02,612 - Jangan keluar. - Saya terpaksa. Ada kerja rumah. 104 00:06:03,988 --> 00:06:04,822 Yakah? 105 00:06:10,620 --> 00:06:11,454 Wah. 106 00:06:14,415 --> 00:06:15,249 Okey. 107 00:06:17,710 --> 00:06:18,628 Jangan lambat. 108 00:06:18,711 --> 00:06:19,545 Jangan risau. 109 00:06:20,505 --> 00:06:21,798 - Saya janji. - Janji? 110 00:06:22,298 --> 00:06:23,132 Janji. 111 00:06:23,758 --> 00:06:24,592 Okey. 112 00:06:25,760 --> 00:06:26,803 Ibu serius, Cole! 113 00:06:27,303 --> 00:06:28,137 Saya tahu. 114 00:06:37,021 --> 00:06:37,980 Awak okey? 115 00:06:39,273 --> 00:06:44,362 Ya, cuma ada banyak kerja. Saya nak majlis ini berjalan lancar. 116 00:06:44,445 --> 00:06:45,279 Mestilah. 117 00:06:50,576 --> 00:06:51,619 Pergi dulu. 118 00:06:52,954 --> 00:06:54,789 Awak nak bersedia untuk kembara itu? 119 00:06:55,498 --> 00:06:58,376 Sebenarnya, saya nak hantar kerja kepada En. C. 120 00:06:59,502 --> 00:07:00,461 Awak siapkan esei? 121 00:07:00,545 --> 00:07:03,297 Mungkin saya patut cuba lulus subjek itu. 122 00:07:04,549 --> 00:07:06,259 Buku itu pun bagus. 123 00:07:11,848 --> 00:07:14,183 - Okey, saya nak… - Ya, saya… 124 00:07:14,725 --> 00:07:16,144 Jumpa nanti, New York. 125 00:07:29,657 --> 00:07:31,909 Will? Kenapa awak belum bersiap? 126 00:07:33,077 --> 00:07:33,953 Jackie. 127 00:07:35,037 --> 00:07:38,666 Semasa awak sampai, apa pandangan awak tentang tempat ini? 128 00:07:40,001 --> 00:07:41,085 Senang saja. 129 00:07:41,794 --> 00:07:43,629 Langit di sini luas terbentang. 130 00:07:46,132 --> 00:07:46,966 Sejujurnya, 131 00:07:47,758 --> 00:07:50,970 tiada tempat seindah tempat ini di dunia. 132 00:07:51,554 --> 00:07:52,513 Ia istimewa. 133 00:07:53,890 --> 00:07:56,017 Keindahannya sangat jelas. 134 00:07:57,602 --> 00:07:58,436 Kenapa? 135 00:08:37,391 --> 00:08:38,226 Entahlah, Jim. 136 00:08:38,309 --> 00:08:40,645 Saya dah cakap saya nak dua kotak. 137 00:08:40,728 --> 00:08:43,940 Boleh hantar selebihnya dalam masa sejam? Terima kasih. 138 00:08:44,565 --> 00:08:46,651 - Bagus, semua orang ada. - Sekejap saja. 139 00:08:46,734 --> 00:08:50,279 Hei, apa awak buat? Jangan ponteng. Kita semua terlibat. 140 00:08:50,363 --> 00:08:51,364 Okey. 141 00:08:51,447 --> 00:08:54,534 Okey. Nathan, awak dah sediakan muzik dan lain-lain? 142 00:08:54,617 --> 00:08:55,451 Sudah tentu. 143 00:08:57,912 --> 00:08:59,872 Alex? Awak penyambut tetamu. 144 00:08:59,956 --> 00:09:02,792 Bawa tetamu ke tempat mereka dan beri kertas atur cara. 145 00:09:02,875 --> 00:09:03,876 Sudah tentu. 146 00:09:03,960 --> 00:09:06,462 Bawalah keluar sekarang supaya awak boleh bersedia. 147 00:09:06,546 --> 00:09:07,838 Jim dari kedai cetak 148 00:09:07,922 --> 00:09:10,633 akan hantar sekotak lagi kertas atur cara. 149 00:09:10,716 --> 00:09:11,551 Saya tahu. 150 00:09:15,555 --> 00:09:17,473 Lee, boleh pasang sarung kerusi? 151 00:09:17,557 --> 00:09:19,559 - Sarung? - Ya, di belakang kerusi. 152 00:09:19,642 --> 00:09:21,727 - Kenapa? - Kerana ia nampak cantik. 153 00:09:21,811 --> 00:09:23,604 Ada dengan alas meja. Isaac… 154 00:09:23,688 --> 00:09:26,315 Saya tahu. Saya perlu pasang alas meja? 155 00:09:30,444 --> 00:09:32,655 Saya tak faham. Kenapa kerusi perlu ada sarung? 156 00:09:32,738 --> 00:09:35,283 SEKOLAH TINGGI SILVER FALLS 157 00:09:36,659 --> 00:09:40,246 …ada juga rangka ikan paus yang tergantung di siling. 158 00:09:40,329 --> 00:09:42,123 Ya, ia mesti menyeronokkan. 159 00:09:42,873 --> 00:09:44,542 Nanti saya datang. 160 00:09:49,755 --> 00:09:50,590 Hei. 161 00:09:52,758 --> 00:09:53,634 Hai. 162 00:09:56,929 --> 00:09:58,347 Apa awak buat di sini? 163 00:09:59,348 --> 00:10:01,642 Ibu saya suruh saya kemas barang dia. 164 00:10:11,152 --> 00:10:12,361 - Saya nak… - Tunggu. 165 00:10:12,445 --> 00:10:13,321 Saya… 166 00:10:14,572 --> 00:10:16,365 Saya tak patut tidur dengan Olivia. 167 00:10:16,949 --> 00:10:19,952 - Saya tak patut buat begitu. - Ia memalukan. 168 00:10:20,036 --> 00:10:24,248 Saya marah diri sendiri kerana tak kisah hubungan kita sekejap-sekejap. 169 00:10:25,041 --> 00:10:27,752 Dah lama saya tak layan awak dengan baik. 170 00:10:30,171 --> 00:10:31,672 Apa yang berlaku, Cole? 171 00:10:34,300 --> 00:10:36,260 Dulu hubungan kita sangat baik. 172 00:10:36,844 --> 00:10:38,387 Saya bukan macam dulu. 173 00:10:40,681 --> 00:10:42,391 Saya nak jadi begitu semula. 174 00:10:43,517 --> 00:10:45,311 Maaf kerana lukakan hati awak. 175 00:10:46,437 --> 00:10:48,814 Cole yang saya kenal takkan minta maaf, 176 00:10:49,690 --> 00:10:51,108 walau apa pun. 177 00:10:54,403 --> 00:10:55,946 Saya suka Cole yang baru. 178 00:11:10,252 --> 00:11:11,504 SERTAILAH KELAB SENI! 179 00:11:16,175 --> 00:11:17,009 Cole. 180 00:11:17,593 --> 00:11:19,261 Apa awak buat di sini? 181 00:11:19,929 --> 00:11:20,888 Saya nak hantar. 182 00:11:25,559 --> 00:11:29,313 Biar lambat asalkan hantar. Apa pandangan awak tentang buku itu? 183 00:11:30,773 --> 00:11:34,819 Saya rasa saya faham sebab dia selalu rasa marah. 184 00:11:35,861 --> 00:11:36,946 Dia rasa 185 00:11:37,822 --> 00:11:39,824 tak berdaya dan tak dipedulikan. 186 00:11:39,907 --> 00:11:43,828 Heathcliff? Ya, tapi dia juga buat perkara yang teruk. 187 00:11:44,412 --> 00:11:47,331 Ya, tapi kerana itu situasinya jadi lebih teruk. 188 00:11:48,624 --> 00:11:51,085 Saya bersimpati dengan lelaki itu. 189 00:11:52,086 --> 00:11:53,796 Esei ini mesti menarik. 190 00:11:53,879 --> 00:11:55,381 Maksudnya saya lulus? 191 00:11:58,050 --> 00:11:58,884 Ya. 192 00:11:59,385 --> 00:12:00,219 Boleh juga. 193 00:12:02,054 --> 00:12:03,806 Boleh saya sertai kursus musim panas? 194 00:12:03,889 --> 00:12:04,807 Sudah tentu. 195 00:12:05,725 --> 00:12:07,435 Bukankah awak ada rancangan? 196 00:12:09,270 --> 00:12:10,813 Amerika boleh tunggu saya. 197 00:12:17,319 --> 00:12:19,822 Ramainya anak-anak Walter di sini. 198 00:12:20,573 --> 00:12:22,950 Ya, itu satu kebiasaan di pekan ini. 199 00:12:24,535 --> 00:12:28,289 Saya pergi dulu. Ibu dah tunggu. Semoga berjaya di Juilliard. 200 00:12:29,123 --> 00:12:32,376 Terima kasih. Semoga musim panas awak menyeronokkan. 201 00:12:33,836 --> 00:12:34,754 Terima kasih. 202 00:12:36,046 --> 00:12:37,423 Awak boleh mesej saya, 203 00:12:37,923 --> 00:12:38,758 jika awak nak, 204 00:12:39,300 --> 00:12:41,343 tentang New York atau apa saja. 205 00:12:57,443 --> 00:12:59,653 - Hei, Jackie. - Hei. Tak sangka awak kerja. 206 00:12:59,737 --> 00:13:03,616 Cuma untuk jamuan kerana Will minta. Nak letak di mana? 207 00:13:03,699 --> 00:13:05,284 Boleh letak di khemah? 208 00:13:05,367 --> 00:13:06,744 - Ya. - Terima kasih. 209 00:13:06,827 --> 00:13:08,245 Awak tunggu parti tak? 210 00:13:12,541 --> 00:13:13,918 Ya, boleh juga. 211 00:13:18,005 --> 00:13:21,133 Cantiknya! Boleh letak di sini? Terima kasih. 212 00:13:28,724 --> 00:13:29,892 Hei, kamu sibuk? 213 00:13:29,975 --> 00:13:30,935 - Tak. - Ya. 214 00:13:32,728 --> 00:13:33,646 Tak. 215 00:13:34,230 --> 00:13:37,191 Boleh tolong saya? Letak aising atas kek cawan ini. 216 00:13:37,274 --> 00:13:40,945 Sudahlah, Jackie. Kami pun perlukan masa untuk bersiap. 217 00:13:41,028 --> 00:13:42,321 Demi Will? Tolonglah. 218 00:13:42,404 --> 00:13:43,322 Marilah. 219 00:13:44,782 --> 00:13:46,116 Baiklah. 220 00:13:46,200 --> 00:13:47,243 Terima kasih. 221 00:13:50,037 --> 00:13:52,581 Awak patut letak aising sebelum gula urai. 222 00:13:52,665 --> 00:13:53,666 Tengok ini. 223 00:13:55,125 --> 00:13:56,085 Lucu sangatkah? 224 00:13:56,168 --> 00:13:57,253 - Ya. - Gila betul. 225 00:13:57,336 --> 00:13:58,462 Lucu, bukan? 226 00:13:58,546 --> 00:13:59,380 Hei, sudahlah! 227 00:13:59,463 --> 00:14:01,340 Kita dah kesuntukan masa. 228 00:14:05,261 --> 00:14:06,095 Jackie… 229 00:14:23,237 --> 00:14:24,947 Hei, Richard. 230 00:14:25,447 --> 00:14:27,032 Baguslah awak dapat datang. 231 00:14:27,116 --> 00:14:28,784 - Tahniah. - Terima kasih. 232 00:14:28,868 --> 00:14:31,787 - Boleh saya bantu awak? - Tak apa, jangan risau. 233 00:14:33,873 --> 00:14:36,000 Saya terlupa keindahan tempat ini. 234 00:14:36,625 --> 00:14:37,501 Jackie ada? 235 00:14:38,002 --> 00:14:39,879 Ya, tapi entah di mana. 236 00:14:39,962 --> 00:14:42,923 Dia dalam mod pertempuran, jadi jangan ganggu dia. 237 00:14:43,007 --> 00:14:44,091 Saya faham. 238 00:14:44,675 --> 00:14:48,095 Richard, ada sesuatu saya nak bincangkan dengan awak. 239 00:14:49,179 --> 00:14:52,308 Ada agenda. Sudah tentu. Apa yang awak nak bincangkan? 240 00:14:52,892 --> 00:14:55,436 Jom ke khemah awak dulu supaya awak selesa. 241 00:14:55,519 --> 00:14:57,021 Tunjuklah jalannya. 242 00:15:02,776 --> 00:15:04,612 Kedai kami dah tutup, sila… 243 00:15:05,487 --> 00:15:06,363 Tak dijawab. 244 00:15:07,281 --> 00:15:09,992 Saya mesti takkan jumpa penjual bunga lain. 245 00:15:10,075 --> 00:15:11,285 Apa yang berlaku? 246 00:15:11,869 --> 00:15:13,537 Albert makan bunga Hayley. 247 00:15:14,121 --> 00:15:16,206 Perlukah dia bawa bunga? 248 00:15:16,290 --> 00:15:17,124 Untuk kahwin? 249 00:15:17,207 --> 00:15:19,627 Ya, Lee. Dia perlukannya. 250 00:15:19,710 --> 00:15:20,836 Apa saya nak buat? 251 00:15:21,962 --> 00:15:23,547 Saya boleh dapatkan bunga. 252 00:15:23,631 --> 00:15:27,051 Dari mana? Bunga apa? Awak tahu ada tema, bukan? 253 00:15:27,134 --> 00:15:28,636 Ya, saya bukan bodoh. 254 00:15:28,719 --> 00:15:31,180 Kalau awak tak percaya, ikutlah saya. 255 00:15:31,680 --> 00:15:33,390 Lama tak? 256 00:15:33,474 --> 00:15:35,184 Paling lama, 30 minit. 257 00:15:37,394 --> 00:15:39,980 Melainkan awak ada idea yang lebih baik. 258 00:15:40,564 --> 00:15:43,984 Saya harap ini berbaloi, Cole. Lee, tolong uruskan sekejap. 259 00:15:44,068 --> 00:15:45,319 - Betulkah? - Ya. 260 00:15:45,986 --> 00:15:49,406 Tolong jangan lupa siapkan hiasan kek cawan, okey? 261 00:15:49,490 --> 00:15:51,659 Kamu dengar cakap dia. Marilah. 262 00:15:51,742 --> 00:15:53,494 - Siapkan hiasan! - Melebih betul. 263 00:15:53,577 --> 00:15:54,912 - Saya pun? - Ya. 264 00:15:55,454 --> 00:15:59,333 Awak nampak khemah-khemah ini? Ia boleh jadi tempat penginapan. 265 00:15:59,917 --> 00:16:02,169 Mereka boleh berkelah dan masak-masak, 266 00:16:02,252 --> 00:16:06,298 ada lawatan langit gelap, membuat sider, laluan kuda berpandu. 267 00:16:06,382 --> 00:16:10,010 Gabungan pengalaman desa dan percutian spa mewah. 268 00:16:10,094 --> 00:16:14,098 Dengan bantuan kewangan, ia boleh siap dalam masa setahun. 269 00:16:14,181 --> 00:16:16,266 Bagaimana dengan perniagaan ayah awak? 270 00:16:16,934 --> 00:16:21,730 Jangan risau. Tempat ini sangat luas. Semua ini akan terpisah daripada ladang. 271 00:16:22,690 --> 00:16:23,816 Siapa akan uruskan? 272 00:16:25,109 --> 00:16:25,943 Nampaknya… 273 00:16:28,112 --> 00:16:29,863 sayalah orangnya. 274 00:16:34,118 --> 00:16:36,996 Jackie sedang menunggang kuda? 275 00:16:37,079 --> 00:16:39,164 Ya, dengan Cole. 276 00:16:42,751 --> 00:16:43,961 Dia nampak gembira. 277 00:16:45,713 --> 00:16:46,922 Dia gembira tak? 278 00:16:47,673 --> 00:16:48,674 Saya rasa begitu. 279 00:16:49,925 --> 00:16:51,552 Tempat ini menyeronokkan. 280 00:16:52,970 --> 00:16:54,555 Ya, saya dah mula faham. 281 00:17:28,630 --> 00:17:29,465 Jadi, 282 00:17:30,549 --> 00:17:33,469 awak dah tulis ucapan untuk majlis nanti? 283 00:17:34,887 --> 00:17:35,804 Sedang ditulis. 284 00:17:37,139 --> 00:17:39,141 Entah kenapa Will pilih saya. 285 00:17:39,224 --> 00:17:41,477 Danny atau Alex mesti lebih sesuai. 286 00:17:41,560 --> 00:17:44,396 Dia pilih awak kerana dia nak dengar ucapan awak. 287 00:17:44,980 --> 00:17:48,776 Berterus teranglah daripada hati awak, ia mesti berjalan lancar. 288 00:17:51,111 --> 00:17:51,987 Ini dia! 289 00:17:53,822 --> 00:17:55,908 Cole, cantiknya bunga ini. 290 00:17:56,408 --> 00:17:57,451 Ya. 291 00:17:57,534 --> 00:17:58,994 Ini bunga kegemaran ibu saya. 292 00:18:00,370 --> 00:18:01,330 Terima kasih. 293 00:18:16,053 --> 00:18:19,556 Nampaknya saya akan berada di sini semasa cuti musim panas. 294 00:18:20,849 --> 00:18:21,725 Yakah? 295 00:18:22,392 --> 00:18:23,519 Kursus musim panas. 296 00:18:24,144 --> 00:18:27,648 Cole! Baguslah. Saya dah agak. 297 00:18:27,731 --> 00:18:29,650 Awak mesti akan jumpa jalannya. 298 00:18:29,733 --> 00:18:31,610 Okey, jangan teruja sangat. 299 00:18:31,693 --> 00:18:33,112 Ia cuma kursus musim panas. 300 00:18:35,072 --> 00:18:39,660 Okey, mari kita sambung kerja. Kita dah kesuntukan masa. 301 00:19:05,519 --> 00:19:09,690 Hei, tentang malam tempoh hari semasa trak saya rosak. 302 00:19:11,900 --> 00:19:13,068 Ia… 303 00:19:13,735 --> 00:19:18,532 Cuaca pun sejuk dan saya letih serta sedih selepas temu duga saya. 304 00:19:18,615 --> 00:19:21,660 Ya, dan saya juga tahu awak sedang menghindari saya. 305 00:19:23,245 --> 00:19:24,329 Tak perlulah. 306 00:19:25,330 --> 00:19:28,208 Lupakan saja semua perkara yang saya katakan. 307 00:19:29,001 --> 00:19:31,211 Saya tak maksudkan apa-apa, okey? 308 00:19:34,131 --> 00:19:35,340 Ya. 309 00:19:37,217 --> 00:19:38,093 Saya tahu. 310 00:19:40,304 --> 00:19:41,138 Dan… 311 00:19:42,556 --> 00:19:45,934 Saya gembira hubungan awak dan Alex dah jadi semakin baik. 312 00:19:46,977 --> 00:19:48,562 Kamu berdua sangat serasi. 313 00:20:10,626 --> 00:20:14,379 Okey, kami perlu beri awak benda lama, benda baru 314 00:20:14,463 --> 00:20:16,381 benda dipinjam dan benda biru. 315 00:20:16,465 --> 00:20:17,966 Betulkah? 316 00:20:18,050 --> 00:20:20,135 Mestilah. Ini tradisi kita. 317 00:20:20,928 --> 00:20:23,555 Okey, ini gaun perkahwinan ibu. 318 00:20:24,223 --> 00:20:25,140 Jadi, ia lama. 319 00:20:27,559 --> 00:20:29,019 Ibu boleh belikan gaun baru. 320 00:20:29,603 --> 00:20:31,480 Ya, saya dah beli gaun baru. 321 00:20:32,147 --> 00:20:33,106 Ini lebih baik. 322 00:20:35,484 --> 00:20:37,611 Saya nak pinjamkan ini kepada awak. 323 00:20:38,111 --> 00:20:39,571 Jika awak sudi. 324 00:20:39,655 --> 00:20:42,241 - Cantiknya. - Saya pakai semasa majlis saya. 325 00:20:43,617 --> 00:20:45,410 Boleh pakaikan untuk saya? 326 00:20:45,494 --> 00:20:48,914 Betulkah? Saya ramai anak lelaki. Inilah impian saya. 327 00:20:50,165 --> 00:20:51,041 Okey. 328 00:20:52,334 --> 00:20:54,169 - Di sini sesuai tak? - Ya. 329 00:20:55,337 --> 00:20:56,463 Terima kasih. 330 00:20:58,840 --> 00:21:00,717 Okey, itu barang dipinjam. 331 00:21:00,801 --> 00:21:04,179 Di dalam ini pula, 332 00:21:05,681 --> 00:21:07,766 ialah benda biru. 333 00:21:07,849 --> 00:21:08,684 Ya Tuhan. 334 00:21:08,767 --> 00:21:10,143 Ia biru dan baru. 335 00:21:11,061 --> 00:21:13,063 Okey, ia agak… 336 00:21:13,146 --> 00:21:14,439 - Kodi. - Seksi. 337 00:21:14,523 --> 00:21:17,442 Saya rasa awak maksudkan seksi kerana Will mesti akan suka. 338 00:21:17,526 --> 00:21:18,860 Berilah kepada saya. 339 00:21:18,944 --> 00:21:20,487 Maaf, para ibu. 340 00:21:24,992 --> 00:21:25,826 Hayley? 341 00:21:28,704 --> 00:21:31,039 Ibu tahu ibu dan ayah tak setuju sangat 342 00:21:31,123 --> 00:21:34,209 semasa kami dapat tahu awak dan Will nak berkahwin. 343 00:21:34,293 --> 00:21:37,546 Kami cuma risau kerana awak masih muda 344 00:21:37,629 --> 00:21:39,715 dan awak masih belum habis belajar. 345 00:21:39,798 --> 00:21:40,716 Saya tahu, ibu. 346 00:21:41,383 --> 00:21:42,509 Tak apa. 347 00:21:43,844 --> 00:21:48,390 Ibu tahu kamu berdua saling mencintai dan kami sangat gembira untuk kamu. 348 00:21:50,392 --> 00:21:51,935 Tapi jangan beranak lagi. 349 00:21:52,019 --> 00:21:52,853 - Ibu. - Betul. 350 00:21:52,936 --> 00:21:55,689 Belajar sampai habis dan cari rumah lain dulu. 351 00:21:55,772 --> 00:21:58,066 - Sebelum kamu mula… - Terima kasih. 352 00:21:58,150 --> 00:22:02,154 Saya cuma nak kamu tahu saya takkan beranak dalam masa terdekat. 353 00:22:02,237 --> 00:22:04,698 Entahlah. Jika awak pakai baju seksi itu… 354 00:22:04,781 --> 00:22:07,200 - Tak boleh jamin. - Jika dia boleh buka. 355 00:22:10,287 --> 00:22:11,997 Terima kasih jadi tuan rumah. 356 00:22:12,748 --> 00:22:14,750 Dan kerana menyayangi Hayley. 357 00:22:15,542 --> 00:22:16,585 Sudah tentu. 358 00:22:17,502 --> 00:22:20,881 Hayley dah jadi keluarga kami sejak dia datang sini. 359 00:22:20,964 --> 00:22:22,382 Kami sayangkan dia. 360 00:22:25,927 --> 00:22:26,762 Awak okey? 361 00:22:29,973 --> 00:22:32,184 Saya beritahu Nik saya boleh ikut dia ke London. 362 00:22:33,060 --> 00:22:34,019 Apa dia cakap? 363 00:22:34,102 --> 00:22:36,938 Tiada apa-apa. Sunyi. Senyap. 364 00:22:38,357 --> 00:22:41,318 Dia minta maaf lagi. 365 00:22:43,779 --> 00:22:44,613 Terima kasih. 366 00:22:46,490 --> 00:22:47,991 Maaf, saya okey. 367 00:22:48,075 --> 00:22:49,785 Tak apa. Saya okey. 368 00:22:49,868 --> 00:22:50,744 Ya. 369 00:22:50,827 --> 00:22:51,745 Champagne! 370 00:22:52,913 --> 00:22:53,997 Okey. 371 00:22:54,081 --> 00:22:55,791 - Dia okey. Awak okey. - Saya okey. 372 00:22:56,583 --> 00:22:58,668 Opa! Okey. 373 00:23:07,886 --> 00:23:10,347 DILARANG MASUK 374 00:23:10,430 --> 00:23:12,933 Parker, pergilah siap. Majlis dah nak mula. 375 00:23:13,016 --> 00:23:14,226 Saya tak nak pakai. 376 00:23:23,777 --> 00:23:24,611 Kenapa? 377 00:23:26,405 --> 00:23:29,366 Saya nampak bodoh. Semua orang akan ketawakan saya. 378 00:23:30,784 --> 00:23:31,743 Semua orang? 379 00:23:33,328 --> 00:23:34,413 Abang-abang awak? 380 00:23:36,540 --> 00:23:38,333 Mereka ejek saya kerana saya perempuan. 381 00:23:39,543 --> 00:23:41,628 Kenapa saya tak boleh berpakaian macam mereka? 382 00:23:41,711 --> 00:23:44,089 Awak boleh pakai sut kalau awak nak. 383 00:23:45,340 --> 00:23:47,342 Tapi walaupun awak pakai gaun, 384 00:23:47,426 --> 00:23:49,511 awak masih diri awak. 385 00:23:52,931 --> 00:23:54,015 Saya janji. 386 00:23:54,516 --> 00:23:58,562 Tiada siapa akan ketawakan awak dan awak akan nampak cantik. 387 00:24:00,397 --> 00:24:01,648 Awak nak cuba dulu? 388 00:24:04,693 --> 00:24:08,613 Okey, tapi saya tak nak pakai kasut itu. 389 00:24:40,562 --> 00:24:41,605 Awak nampak cantik. 390 00:24:43,273 --> 00:24:44,608 Terima kasih. Awak pun segak. 391 00:24:44,691 --> 00:24:45,609 Terima kasih. 392 00:24:46,234 --> 00:24:48,904 Tak sangka awak pun boleh nampak menawan, New York. 393 00:24:49,571 --> 00:24:50,989 Awak pun sama, Colorado. 394 00:24:56,328 --> 00:24:57,996 Ayuh, mari kita pergi. 395 00:24:59,498 --> 00:25:00,332 - Hei. - Hei. 396 00:25:12,093 --> 00:25:12,969 Awak okey? 397 00:25:14,513 --> 00:25:15,347 Ya. 398 00:25:21,895 --> 00:25:23,355 Parker, cantiknya awak. 399 00:25:29,277 --> 00:25:30,529 Mana awak… 400 00:25:30,612 --> 00:25:32,781 Benda pertama saya buat di majlis kahwin? 401 00:25:32,864 --> 00:25:34,533 Berkawan dengan pelayan bar. 402 00:25:34,616 --> 00:25:36,076 Awak James Bond? 403 00:25:36,993 --> 00:25:39,120 Saya takkan menolak. Terima kasih. 404 00:25:39,621 --> 00:25:40,789 Awak Tara, bukan? 405 00:25:41,414 --> 00:25:43,208 - Ya, hai. - Hai. 406 00:25:44,000 --> 00:25:45,710 Richard, pak cik Jackie. 407 00:25:47,170 --> 00:25:48,547 - Richard? - Ya. 408 00:25:48,630 --> 00:25:50,757 Richard itu? Wah. Hai. 409 00:25:51,258 --> 00:25:52,759 Takkan saya teruk sangat. 410 00:26:42,475 --> 00:26:43,435 Sayang awak. 411 00:26:46,605 --> 00:26:47,439 Hai. 412 00:26:49,024 --> 00:26:50,108 Terima kasih. 413 00:27:00,702 --> 00:27:03,204 Selamat datang, keluarga dan kawan-kawan. 414 00:27:03,288 --> 00:27:06,541 Kita berkumpul di sini untuk menyaksikan dan meraikan 415 00:27:06,625 --> 00:27:09,252 perkahwinan Hayley Althea Young 416 00:27:10,295 --> 00:27:12,297 dan William John Jefferson Walter. 417 00:27:13,256 --> 00:27:17,886 Hayley dan Will telah memutuskan untuk memulakan babak hidup baru. 418 00:27:17,969 --> 00:27:23,266 Hari ini, mereka akan sahkan hubungan itu dan mulakan hidup baru mereka bersama. 419 00:27:23,850 --> 00:27:25,852 Semua orang gembira berada di sini 420 00:27:25,935 --> 00:27:30,565 untuk menyaksikan kasih sayang dan komitmen kamu kepada satu sama lain. 421 00:27:32,150 --> 00:27:36,946 Hayley dan Will akan menandakan hari ini dengan meraikan cinta mereka 422 00:27:37,030 --> 00:27:40,992 dan menghargai kasih sayang antara semua orang di sini. 423 00:27:42,118 --> 00:27:45,914 Ibu bapa, adik-beradik, keluarga, kawan. Kasih sayang itu menjadikan hari ini 424 00:27:45,997 --> 00:27:48,375 istimewa dan penuh kegembiraan. 425 00:27:49,167 --> 00:27:51,086 Benny, serahkan cincin. 426 00:27:56,091 --> 00:27:59,469 Cincin ialah bulatan yang tak putus dan tak berpenghujung. 427 00:28:00,303 --> 00:28:04,474 Ia simbol ketakterhinggaan dan cinta abadi kamu berdua. 428 00:28:06,059 --> 00:28:08,770 Pandang satu sama lain dan lafazkan ikrar kamu. 429 00:28:11,690 --> 00:28:12,524 Hayley. 430 00:28:13,400 --> 00:28:15,860 Awak gadis yang paling cantik, 431 00:28:15,944 --> 00:28:18,321 paling bijak dan baik yang saya kenal. 432 00:28:19,823 --> 00:28:23,326 Awak buat saya rasa nak jadi seseorang yang lebih baik. 433 00:28:24,953 --> 00:28:26,246 Awak buah hati saya, 434 00:28:26,955 --> 00:28:29,416 pengarang jantung saya, tempat saya berlindung… 435 00:28:31,126 --> 00:28:32,252 dan segala-galanya. 436 00:28:33,211 --> 00:28:35,338 Saya bertuah kerana menemui awak. 437 00:28:36,297 --> 00:28:39,801 Saya tak sabar nak mulakan hidup kita bersama. 438 00:28:42,220 --> 00:28:43,054 Will. 439 00:28:44,389 --> 00:28:48,101 Sejak janji temu pertama kita, saya tahu awaklah orangnya. 440 00:28:50,729 --> 00:28:53,273 Awak sangat berbakat, 441 00:28:54,065 --> 00:28:57,402 kelakar, bijak, bersemangat… 442 00:28:58,820 --> 00:29:01,156 dan sangat menakjubkan. 443 00:29:04,075 --> 00:29:06,411 Perjalanan kita baru bermula, dan… 444 00:29:07,662 --> 00:29:09,789 saya nak melaluinya bersama awak. 445 00:29:13,960 --> 00:29:17,714 Will, sudikah awak terima Hayley menjadi isteri awak yang sah? 446 00:29:18,465 --> 00:29:19,424 Ya. 447 00:29:26,639 --> 00:29:30,393 Hayley, sudikah awak terima Will menjadi suami awak yang sah? 448 00:29:30,894 --> 00:29:31,978 Sudah tentu. 449 00:29:34,522 --> 00:29:35,482 Maksud saya, ya. 450 00:29:37,859 --> 00:29:39,152 Sudah tentulah. 451 00:29:41,863 --> 00:29:42,906 Hayley dan Will. 452 00:29:43,865 --> 00:29:45,116 Kamu boleh berciuman. 453 00:30:16,856 --> 00:30:19,526 Jackie, awak aturkan segalanya dengan baik. 454 00:30:19,609 --> 00:30:20,944 Semua orang tolong. 455 00:30:21,027 --> 00:30:24,531 Ya Tuhan. Semasa bunga itu dimakan, saya betul-betul takut. 456 00:30:24,614 --> 00:30:27,116 Ya, tapi jambak yang awak buat itu cantik. 457 00:30:27,909 --> 00:30:29,661 Awak tahu, nenek saya kata 458 00:30:29,744 --> 00:30:32,705 bunga ini ialah simbol cinta tak berbalas. 459 00:30:34,415 --> 00:30:35,625 Ya. 460 00:30:36,417 --> 00:30:38,962 - Semua orang okey? - Ya. 461 00:30:39,045 --> 00:30:40,922 Awak dah sedia nak beri ucapan? 462 00:30:41,589 --> 00:30:44,008 - Mestilah. - Baguslah. Mari kita pergi. 463 00:30:46,052 --> 00:30:49,430 Ceritalah kepada saya. Apa yang berlaku kepada bunga itu? 464 00:30:50,181 --> 00:30:51,307 Ia dimakan. 465 00:30:58,606 --> 00:31:00,483 Jangan minum banyak sangat. Nanti mabuk. 466 00:31:00,567 --> 00:31:02,735 Macam minum Sunshine. 467 00:31:05,947 --> 00:31:10,493 Saya cuma nak awak tahu saya gembira awak dan Cole dah berbaik. 468 00:31:11,369 --> 00:31:12,203 Ya. 469 00:31:12,829 --> 00:31:13,788 Saya pun sama. 470 00:31:22,839 --> 00:31:24,549 Tuan-tuan dan puan-puan. 471 00:31:24,632 --> 00:31:25,466 Hai. 472 00:31:26,342 --> 00:31:29,470 Semasa Will suruh saya beri ucapan pada malam ini, 473 00:31:29,554 --> 00:31:31,097 dia minta dua benda saja. 474 00:31:31,180 --> 00:31:34,350 Jangan berucap panjang dan jangan malukan dia. 475 00:31:35,727 --> 00:31:38,187 Saya bersetuju dengan permintaannya. 476 00:31:39,230 --> 00:31:40,732 Kerana itulah, 477 00:31:41,316 --> 00:31:42,734 saya takkan ceritakan tentang… 478 00:31:43,234 --> 00:31:44,319 Danny. 479 00:31:44,402 --> 00:31:45,904 …fasa Goth dia. 480 00:31:45,987 --> 00:31:47,280 Tak guna. 481 00:31:48,114 --> 00:31:51,409 Dia cat biliknya warna ungu dan warnakan rambutnya hitam. 482 00:31:52,827 --> 00:31:54,996 Saya juga takkan ceritakan tentang 483 00:31:55,079 --> 00:31:58,082 semasa ayah kami nampak dia merokok belakang kandang. 484 00:31:58,166 --> 00:31:59,334 Apa? 485 00:32:01,044 --> 00:32:04,505 Itu bukan rokok biasa, jika kamu faham maksud saya. 486 00:32:05,131 --> 00:32:06,341 Dia tak hisap ganja. 487 00:32:06,841 --> 00:32:13,473 Saya juga takkan sesekali beritahu bekas Pengetua Sykes, 488 00:32:13,556 --> 00:32:15,516 oh ya, seronok jumpa cikgu, 489 00:32:16,100 --> 00:32:19,479 bahawa memang benarlah William John Jefferson Walter 490 00:32:19,562 --> 00:32:22,941 yang "hias" pejabatnya dengan tisu tandas enam tahun lalu. 491 00:32:23,650 --> 00:32:24,651 Saya dah agak! 492 00:32:26,361 --> 00:32:28,738 Saya takkan ceritakan tentang semua itu. 493 00:32:30,990 --> 00:32:32,617 Saya akan bercerita tentang 494 00:32:34,160 --> 00:32:38,122 sebab-sebab Will merupakan seorang abang yang baik kepada kami. 495 00:32:38,206 --> 00:32:40,667 Dia yang ajar saya main bola sepak. 496 00:32:40,750 --> 00:32:43,503 Dia tak pernah bosan bantu Danny hafal skrip, 497 00:32:44,253 --> 00:32:47,715 atau dengar Nathan main gitar, 498 00:32:48,341 --> 00:32:49,717 bantu Alex menunggang, 499 00:32:50,551 --> 00:32:52,637 ajar Jordan cara guna kamera, 500 00:32:52,720 --> 00:32:57,350 main hoki dengan Parker, papan selaju dengan Lee, permainan video dengan Isaac, 501 00:32:58,184 --> 00:33:00,269 dan baca cerita kepada Benny. 502 00:33:00,770 --> 00:33:02,271 Dia memang begitu. 503 00:33:02,355 --> 00:33:06,275 Sentiasa ada untuk keluarganya dan sentiasa utamakan orang lain. 504 00:33:08,319 --> 00:33:11,239 Saya akan ceritakan kisah semasa mereka bertemu. 505 00:33:13,116 --> 00:33:15,702 Will kenal Hayley selepas tahun baru. 506 00:33:15,785 --> 00:33:20,540 Kami semua tak tahu sebab dia sanggup berjanji temu dalam cuaca sejuk. 507 00:33:21,457 --> 00:33:25,795 Atau sebab dia meredah salji tebal untuk menemuinya keesokan hari. 508 00:33:26,462 --> 00:33:28,339 Dan keesokan harinya lagi. 509 00:33:29,382 --> 00:33:32,010 Apabila kami kenal Hayley, baru kami faham. 510 00:33:33,761 --> 00:33:37,598 Apabila kita jumpa buah hati kita, semua perkara boleh diharungi. 511 00:33:41,644 --> 00:33:42,603 Jadi, Hayley, 512 00:33:43,688 --> 00:33:48,484 entah macam mana awak bertahan dengan Will atau dengan kami semua, 513 00:33:50,862 --> 00:33:52,488 tapi kami gembira awak sanggup. 514 00:33:54,323 --> 00:33:56,451 Selamat menyertai keluarga kami. 515 00:33:57,035 --> 00:33:57,994 Terima kasih. 516 00:33:58,661 --> 00:34:00,079 Mari kita angkat gelas. 517 00:34:01,205 --> 00:34:03,374 Untuk Will dan Hayley. 518 00:34:04,208 --> 00:34:05,752 Untuk Will dan Hayley. 519 00:34:09,714 --> 00:34:12,091 Sekarang, masa untuk tarian pertama. 520 00:34:53,382 --> 00:34:55,510 Mari kita pergi! Ayuh! Tara. 521 00:35:07,063 --> 00:35:08,981 Hei, awak dengar ucapan Cole? 522 00:35:09,065 --> 00:35:09,899 Ya. 523 00:35:11,025 --> 00:35:12,527 Ya, ia sangat bagus. 524 00:35:13,528 --> 00:35:14,403 Jom. 525 00:35:15,613 --> 00:35:17,615 Jom, saya nak menari dengan awak. 526 00:35:27,166 --> 00:35:28,000 Hei. 527 00:35:30,128 --> 00:35:30,962 Hei. 528 00:35:35,633 --> 00:35:36,634 Jom. 529 00:35:37,927 --> 00:35:39,095 Sudahlah. 530 00:35:40,263 --> 00:35:41,514 Mari kita menari. 531 00:35:42,056 --> 00:35:43,975 Tak payahlah menari dengan saya. 532 00:35:44,559 --> 00:35:46,227 Kenapa? Awak tak pandai? 533 00:35:47,603 --> 00:35:48,855 Lebih kurang. 534 00:35:56,988 --> 00:35:58,114 Suka hati awaklah. 535 00:36:20,887 --> 00:36:21,721 Jackie? 536 00:36:22,305 --> 00:36:23,139 Ya? 537 00:36:24,390 --> 00:36:25,516 Saya cintakan awak. 538 00:36:31,063 --> 00:36:32,148 Hei, tak apa. 539 00:36:33,733 --> 00:36:35,526 Awak tak perlu balas. 540 00:36:39,238 --> 00:36:41,032 Saya tahu ia agak mengejut. 541 00:36:42,742 --> 00:36:44,285 Saya cuma nak awak tahu. 542 00:36:46,579 --> 00:36:47,413 Tak apa. 543 00:36:48,122 --> 00:36:48,956 Tak apa. 544 00:37:07,266 --> 00:37:09,727 - Tahniah sekali lagi. - Terma kasih kerana datang. 545 00:37:24,075 --> 00:37:25,284 Nanti saya datang balik. 546 00:37:27,703 --> 00:37:28,746 Alex, sudahlah. 547 00:37:28,829 --> 00:37:32,166 Sudah-sudahlah minum. Awak jarang mabuk. 548 00:37:33,501 --> 00:37:35,836 Kenapa dia tak cakap dia cintakan saya? 549 00:37:35,920 --> 00:37:37,880 Awak kata awak cintakan dia? 550 00:37:37,964 --> 00:37:39,715 Ya, betul. 551 00:37:41,259 --> 00:37:42,134 Ia benar. 552 00:37:42,635 --> 00:37:45,054 Kiles, saya cintakan dia. 553 00:37:46,847 --> 00:37:48,641 Awak rasa dia cintakan saya? 554 00:37:48,724 --> 00:37:50,851 Dia tak cakap apa-apa. 555 00:37:53,688 --> 00:37:54,647 Okey. 556 00:37:55,898 --> 00:37:57,441 - Jangan minum lagi. - Hei! 557 00:37:57,942 --> 00:37:58,776 Jom. 558 00:37:59,485 --> 00:38:00,486 Jom. 559 00:38:05,658 --> 00:38:08,536 Majlis ini sangat menyeronokkan. Tahniah sekali lagi. 560 00:38:08,619 --> 00:38:10,621 Terima kasih. Jackie yang aturkan. 561 00:38:10,705 --> 00:38:12,790 Dia banyak membantu kami. 562 00:38:14,875 --> 00:38:17,962 Terima kasih ajak Danny duduk dengan awak di sana. 563 00:38:18,045 --> 00:38:20,589 Semasa Jackie tanya, saya gembira nak tolong 564 00:38:20,673 --> 00:38:22,800 dan tak sabar nak terbang kelas ekonomi. 565 00:38:23,509 --> 00:38:24,844 Tapi saya mengaku 566 00:38:24,927 --> 00:38:28,931 saya terkejut yang awak dan George sanggup hantar anak kamu duduk 567 00:38:29,015 --> 00:38:31,225 dengan kaki perempuan macam saya. 568 00:38:31,309 --> 00:38:34,270 Sejujurnya, kami harap awak boleh contohi dia. 569 00:38:38,482 --> 00:38:41,027 Oh ya, Katherine, 570 00:38:42,153 --> 00:38:43,988 apa yang berlaku semasa Hari Kesyukuran… 571 00:38:45,531 --> 00:38:47,992 Saya cuma nak yang terbaik untuk Jackie. 572 00:38:48,075 --> 00:38:49,785 Sudah tentu. Saya faham. 573 00:38:49,869 --> 00:38:54,206 Nampaknya dia benar-benar serasi dengan tempat ini. 574 00:38:57,710 --> 00:38:59,462 Jika rancangan Will berjaya, 575 00:38:59,545 --> 00:39:01,756 awak akan selalu jumpa saya di sini. 576 00:39:02,548 --> 00:39:03,382 Yakah? 577 00:39:07,094 --> 00:39:08,137 Hei. 578 00:39:08,220 --> 00:39:11,140 Tengoklah senyuman awak. Ibu nak picit muka awak. 579 00:39:15,603 --> 00:39:16,437 Ya. 580 00:39:17,605 --> 00:39:19,482 Jackie sangat hebat. 581 00:39:19,982 --> 00:39:21,525 Betul. Dia sangat hebat. 582 00:39:21,609 --> 00:39:22,985 Ya, Alex. Dia hebat. 583 00:39:24,236 --> 00:39:26,530 Kenapa dia tak balas balik? 584 00:39:27,782 --> 00:39:28,741 Saya tak tahu. 585 00:39:29,241 --> 00:39:30,368 Tanyalah dia. 586 00:39:33,287 --> 00:39:35,122 Ya, baiklah. 587 00:39:35,206 --> 00:39:37,541 - Saya nak tanya dia. - Bukan malam ini. 588 00:39:38,042 --> 00:39:38,876 Esok. 589 00:39:39,919 --> 00:39:40,753 Okey. 590 00:39:42,421 --> 00:39:44,173 Okey, esok. 591 00:39:48,427 --> 00:39:49,512 Baiklah. 592 00:39:50,096 --> 00:39:51,680 Saya akan ambilkan air. 593 00:39:51,764 --> 00:39:53,808 - Okey. - Awak pula perlu tidur. 594 00:39:54,642 --> 00:39:59,355 Esok, semuanya akan rasa lebih baik, okey? 595 00:40:16,247 --> 00:40:17,373 Kiley. 596 00:40:23,754 --> 00:40:24,672 Kiles. 597 00:40:29,510 --> 00:40:31,053 Awak sangat hebat. 598 00:40:31,637 --> 00:40:33,597 Awak macam seorang kawan lelaki. 599 00:41:02,001 --> 00:41:03,002 Jom balik khemah. 600 00:41:04,170 --> 00:41:06,881 Ada tiga khemah di sebelah kiri. 601 00:41:07,381 --> 00:41:10,885 Satu, dua. Susahnya nak bezakan kiri dan kanan. 602 00:41:10,968 --> 00:41:12,094 Susah sangat. 603 00:41:12,887 --> 00:41:14,555 Dalam kotak pun boleh sesat. 604 00:41:15,306 --> 00:41:16,682 Saya perlukan peta. 605 00:41:17,850 --> 00:41:18,726 Ya Tuhan. 606 00:41:22,021 --> 00:41:25,191 Alamak, ini bukan khemah saya. 607 00:41:25,274 --> 00:41:27,151 - Hai. - Hai balik. 608 00:41:28,694 --> 00:41:30,362 Nak saya tolong cari khemah? 609 00:41:30,446 --> 00:41:31,864 Tak apa, saya okey. 610 00:41:34,408 --> 00:41:37,620 Wah, saya sangka khemah ini akan roboh. 611 00:41:39,121 --> 00:41:39,955 Maafkan saya. 612 00:41:47,046 --> 00:41:48,631 Maafkan saya. 613 00:41:50,716 --> 00:41:53,594 Saya baru saja berpisah. 614 00:41:54,678 --> 00:41:55,513 Tak apa. 615 00:41:56,680 --> 00:41:57,515 Awak okey? 616 00:41:59,475 --> 00:42:00,434 Ya, saya okey. 617 00:42:01,894 --> 00:42:04,772 Saya pergi dulu. Saya keluar dulu. 618 00:42:04,855 --> 00:42:08,859 Selamat malam kepada awak. Maaf masuk hemah awak. 619 00:42:08,943 --> 00:42:13,197 Khemah hemah… Kelakar betullah. Saya pergi dulu. Selamat malam. 620 00:42:13,781 --> 00:42:15,032 Gembira bertemu awak. 621 00:42:17,910 --> 00:42:20,162 Jangan cari masalah lainlah. 622 00:42:20,663 --> 00:42:23,207 Aduhai, saya harap ini khemah saya. 623 00:42:23,707 --> 00:42:24,542 Khemah hemah. 624 00:42:27,795 --> 00:42:28,671 Ya Tuhan. 625 00:42:30,798 --> 00:42:31,632 Ya Tuhan. 626 00:42:35,177 --> 00:42:36,554 Saya tak sanggup pergi. 627 00:42:37,596 --> 00:42:39,390 Bagaimana dengan kerja awak? 628 00:42:39,473 --> 00:42:41,433 Saya e-mel mereka. Saya tolak. 629 00:42:42,101 --> 00:42:44,478 Ya Tuhan. Awak akan duduk sini? 630 00:43:03,080 --> 00:43:06,625 Apa awak buat? Tak payah. Nanti saya dan George akan kemas. 631 00:43:07,543 --> 00:43:09,086 Hari ini seronok, bukan? 632 00:43:09,169 --> 00:43:12,464 Ia sangat menyeronokkan dan segalanya kerana awak. 633 00:43:13,215 --> 00:43:15,718 - Semua orang bantu. - Tapi tak semua rajin. 634 00:43:17,761 --> 00:43:19,054 Hei, Katherine. 635 00:43:19,138 --> 00:43:22,600 Saya cuma nak ucapkan terima kasih 636 00:43:23,350 --> 00:43:24,268 atas segalanya. 637 00:43:26,228 --> 00:43:28,564 Kerana terima saya beberapa bulan lalu. 638 00:43:29,565 --> 00:43:32,526 Awak tahu saya tak nak datang, tapi… 639 00:43:33,777 --> 00:43:35,404 awak alu-alukan kedatangan saya. 640 00:43:35,487 --> 00:43:37,656 Kami yang patut berterima kasih. 641 00:43:38,324 --> 00:43:40,492 Awak bawa tuah kepada keluarga ini. 642 00:43:42,036 --> 00:43:43,829 Cole akan hadiri kursus musim panas. 643 00:43:44,747 --> 00:43:48,083 Danny akan ke Juilliard, Alex akan pergi kem, dan… 644 00:43:48,834 --> 00:43:52,963 Nathan sangat rapat dengan awak dan Benny serta Jordan sayang awak. 645 00:43:53,047 --> 00:43:55,883 Isaac dan Lee belajar banyak benda daripada awak. 646 00:43:56,383 --> 00:43:59,094 Selain itu, awak macam kakak kepada Parker. 647 00:44:03,766 --> 00:44:06,727 Saya rasa saya dah jumpa keluarga baru saya. 648 00:44:07,936 --> 00:44:08,937 Betul, Jackie. 649 00:44:18,489 --> 00:44:20,574 Ibu dan ayah awak mesti bangga. 650 00:44:22,534 --> 00:44:23,452 Terima kasih. 651 00:44:33,003 --> 00:44:35,339 Awak dah banyak bantu dia. 652 00:44:35,422 --> 00:44:39,051 Saya tak buat apa-apa. Dia seorang gadis yang luar biasa. 653 00:44:39,134 --> 00:44:40,928 Ya, tapi dia perlukan ibu. 654 00:44:42,471 --> 00:44:43,889 Awak dah jadi ibu dia. 655 00:44:52,815 --> 00:44:54,441 Awak menyesal? 656 00:44:56,360 --> 00:44:57,194 Mungkin juga. 657 00:44:57,820 --> 00:45:00,197 Perkahwinan kita masih boleh dibatalkan? 658 00:45:01,281 --> 00:45:03,534 Saya rasa tak boleh, kerana kita dah… 659 00:45:05,119 --> 00:45:05,994 Betul. 660 00:45:07,538 --> 00:45:11,041 Saya cuma terfikir nak berterima kasih kepada Jackie esok. 661 00:45:11,750 --> 00:45:13,335 Dia bekerja keras. 662 00:45:13,419 --> 00:45:15,713 Ya, dia sangat menakjubkan. 663 00:45:15,796 --> 00:45:16,755 Ya. 664 00:45:16,839 --> 00:45:18,090 Pak cik dia pun sama. 665 00:45:18,966 --> 00:45:23,679 Jika semuanya berjalan lancar, kita boleh mulakan perniagaan sendiri. 666 00:45:23,762 --> 00:45:24,596 Sayang. 667 00:45:25,556 --> 00:45:26,390 Ya? 668 00:45:28,016 --> 00:45:29,101 Malam ini saja. 669 00:45:30,060 --> 00:45:30,894 Okey? 670 00:45:32,020 --> 00:45:32,855 Okey. 671 00:45:43,991 --> 00:45:45,826 SATU MESEJ DARIPADA MORGAN 672 00:45:45,909 --> 00:45:46,744 Siapa mesej? 673 00:45:50,873 --> 00:45:51,999 Cuma Tara. 674 00:45:54,126 --> 00:45:56,211 Apa kita cakap tadi, suami? 675 00:45:56,295 --> 00:45:57,963 - Suami? - Suami saya. 676 00:46:43,091 --> 00:46:44,009 Hei. 677 00:46:44,510 --> 00:46:46,595 Hei. Awak okey? 678 00:46:46,678 --> 00:46:51,475 Tak, saya tak tahu nak bawa apa. Baju-baju saya tak sesuai untuk New York. 679 00:46:51,558 --> 00:46:55,938 Apa? Bawalah pakaian biasa. Saya pakar kemas, jadi biar saya tolong. 680 00:46:57,356 --> 00:46:58,190 Okey. 681 00:47:00,025 --> 00:47:04,029 Awak nampak baju biru saya? Ia ada jalur dan berbutang. 682 00:47:06,240 --> 00:47:08,700 Baju berjalur biru. 683 00:47:09,201 --> 00:47:10,035 Ya. 684 00:47:11,411 --> 00:47:12,329 Nah. 685 00:47:12,830 --> 00:47:13,664 Terima kasih. 686 00:47:25,133 --> 00:47:29,513 SEMUA BENDA YANG ROSAK MESTI BOLEH DIBAIKI 687 00:47:48,574 --> 00:47:49,491 Jackie. 688 00:47:50,701 --> 00:47:51,785 Saya… 689 00:48:08,051 --> 00:48:09,052 Cole? 690 00:48:09,136 --> 00:48:10,220 Apa semua ini? 691 00:48:10,304 --> 00:48:13,098 Ia perlu dibaiki selepas ia rosak tempoh hari. 692 00:48:13,932 --> 00:48:15,893 Saya pun dah bosan dengan majlis. 693 00:48:15,976 --> 00:48:18,020 Bukan, maksud saya ini. 694 00:48:19,021 --> 00:48:20,314 Apa ini? 695 00:48:30,407 --> 00:48:31,617 Ia tak bermakna. 696 00:48:32,326 --> 00:48:33,577 Okey? Cuma… 697 00:48:34,786 --> 00:48:36,163 Saya tahu awak rindu mereka. 698 00:48:38,582 --> 00:48:39,666 Awak yang simpan… 699 00:48:40,417 --> 00:48:41,418 selama ini? 700 00:48:44,212 --> 00:48:45,839 Saya nak bagi awak. 701 00:48:47,424 --> 00:48:48,258 Tapi… 702 00:50:41,329 --> 00:50:42,622 Ya Tuhan. 703 00:51:25,248 --> 00:51:27,250 - Kepala awak okey? - Jangan tanya. 704 00:51:29,336 --> 00:51:30,545 Sarapan minta maaf? 705 00:51:32,255 --> 00:51:34,883 Hei, Jackie tak lari dengan awak tadi? 706 00:51:34,966 --> 00:51:37,177 Tak. Saya rasa dia nak bangun lambat. 707 00:52:03,328 --> 00:52:05,747 Hei. Dah… 708 00:52:58,425 --> 00:53:01,303 - Hei, apa hal? - Apa awak buat? 709 00:53:02,095 --> 00:53:03,013 Apa? 710 00:53:06,683 --> 00:53:09,227 SAYA MINTA MAAF - J 711 00:53:11,813 --> 00:53:13,982 Betul, ia tiada kaitan dengan saya. 712 00:53:15,734 --> 00:53:17,319 Nanti saya telefon awak. 713 00:53:20,655 --> 00:53:21,740 Awak pasti? 714 00:53:28,205 --> 00:53:32,542 Selamat datang ke Penerbangan 345 menuju ke lapangan terbang di New York. 715 00:53:32,626 --> 00:53:34,044 Sila pasang tali keledar 716 00:53:34,127 --> 00:53:37,214 dan matikan alat elektronik sebelum pesawat berlepas. 717 00:54:38,650 --> 00:54:42,070 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali