1 00:00:06,125 --> 00:00:08,833 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,250 --> 00:00:15,666 Tahi bintang melintasi langit malam yang luas terbentang. 3 00:00:16,333 --> 00:00:20,125 Mungkin ia membawa jawapan kepada soalan kita selama ini. 4 00:00:20,208 --> 00:00:22,458 Adakah kita bersendirian di alam ini? 5 00:00:24,166 --> 00:00:26,458 Dirakamkan oleh peranti biasa, 6 00:00:26,541 --> 00:00:28,416 dilumuri darah dan kematian, 7 00:00:29,000 --> 00:00:33,375 jawapannya ialah "tidak". 8 00:00:34,833 --> 00:00:37,333 Tajuk cerita kita hari ini ialah Autopsi 9 00:00:37,416 --> 00:00:39,708 yang diarahkan oleh David Prior. 10 00:00:40,583 --> 00:00:44,041 AUTOPSI 11 00:03:23,208 --> 00:03:24,333 Apa awak buat? 12 00:03:24,416 --> 00:03:26,666 Joe, apa awak buat? 13 00:03:26,750 --> 00:03:29,541 Bahayalah! Awak dah gilakah? 14 00:03:29,625 --> 00:03:31,875 Apa masalah awak? 15 00:03:31,958 --> 00:03:33,208 Awak nak bunuh kami? 16 00:03:44,541 --> 00:03:46,041 Nanti. Apa benda itu? 17 00:04:33,750 --> 00:04:36,000 MILLBROOK PEJABAT POS 18 00:04:36,083 --> 00:04:38,166 HILANG RONALD HANLEY 19 00:04:38,250 --> 00:04:40,083 HILANG SHARON STARKER 20 00:04:43,833 --> 00:04:46,291 BERDASARKAN CERPEN OLEH MICHAEL SHEA 21 00:06:04,083 --> 00:06:07,458 UNDANG-UNDANG BAILEY BERDAULAT 22 00:06:10,541 --> 00:06:11,416 Kurusnya awak. 23 00:06:13,916 --> 00:06:15,583 Macam lidi. 24 00:06:15,666 --> 00:06:16,833 Apa rahsia awak? 25 00:06:16,916 --> 00:06:20,125 - Biasalah, biologi. - Hei, Carl. Gembira jumpa awak. 26 00:06:20,208 --> 00:06:22,833 - Samalah. Lama tak jumpa. - Beri beg awak. 27 00:06:24,666 --> 00:06:25,750 Awak tentu penat. 28 00:06:27,291 --> 00:06:29,583 Dah makan? Saya boleh pesan sesuatu. 29 00:06:29,666 --> 00:06:31,875 Tak apa, kopi saja. 30 00:06:34,500 --> 00:06:35,333 Emma sihat? 31 00:06:36,708 --> 00:06:37,583 Dia sihat. 32 00:06:39,166 --> 00:06:40,125 Anak-anak awak? 33 00:06:40,875 --> 00:06:43,916 Masing-masing dah ada hidup sendiri. Syukurlah. 34 00:06:45,166 --> 00:06:47,416 Cindy sedang mabuk cinta. 35 00:06:48,375 --> 00:06:51,916 Nate Jr. nak jadi peguam. 36 00:06:54,125 --> 00:06:55,791 Betul awak tak nak makan? 37 00:06:57,166 --> 00:06:59,000 Apa yang berlaku sebenarnya? 38 00:07:00,041 --> 00:07:01,708 Apa orang cakap di Montague? 39 00:07:02,291 --> 00:07:04,458 Tak banyak. Sepuluh orang mati. 40 00:07:05,375 --> 00:07:06,333 Sembilan orang 41 00:07:07,333 --> 00:07:10,000 dan seorang manusia bertopengkan syaitan. 42 00:07:11,791 --> 00:07:13,666 Apa gelaran untuk orang yang… 43 00:07:16,500 --> 00:07:17,541 Teruk sangatkah? 44 00:07:21,041 --> 00:07:22,583 Apa Wadleton akan buat? 45 00:07:24,541 --> 00:07:27,000 Pejabat koroner yang beri kata putus, 46 00:07:27,083 --> 00:07:32,083 tapi undang-undang buruh jelas bahawa pampasan kematian berakru 47 00:07:32,166 --> 00:07:37,291 kalau pencarum meninggal dunia ketika sedang bekerja, 48 00:07:37,375 --> 00:07:40,416 bukan di luar waktu kerja walaupun di tempat kerja. 49 00:07:42,750 --> 00:07:44,958 Kematian akibat keganasan tak dikira. 50 00:07:46,000 --> 00:07:50,791 Saya baru dapat arahan untuk buat autopsi kedua di bandar. 51 00:07:50,875 --> 00:07:52,625 Itu kata Fordham Mutual. 52 00:07:53,125 --> 00:07:53,958 Betul itu. 53 00:07:54,625 --> 00:07:56,958 Mereka melobi dalam semua pilihan raya. 54 00:07:57,041 --> 00:08:00,791 Kalau boleh, mereka tak nak bayar sesen pun kepada waris mangsa. 55 00:08:01,541 --> 00:08:02,750 Tak berhati perut. 56 00:08:04,000 --> 00:08:05,750 Apa saya akan jumpa, Nate? 57 00:08:05,833 --> 00:08:07,291 Betulkah ada bom? 58 00:08:07,375 --> 00:08:13,166 Pasukan penyiasat menyimpulkan ada bukti kukuh berlakunya ledakan bom. 59 00:08:13,708 --> 00:08:15,625 Itu teori terbaik mereka? 60 00:08:19,083 --> 00:08:21,791 - Apa pendapat awak? - Mungkin saya dilaknat. 61 00:08:22,625 --> 00:08:23,916 Dilaknat? 62 00:08:24,000 --> 00:08:28,875 Ya, saya dah dilaknat kerana kelalaian dan ketidakcekapan saya. 63 00:08:29,750 --> 00:08:34,291 Orang tak bersalah dihukum dan saya rasa sangat berdosa. 64 00:08:35,916 --> 00:08:38,291 Saya yakin Tuhan dah laknat saya. 65 00:08:38,875 --> 00:08:41,208 Nate, kita dah kenal 40 tahun. 66 00:08:41,291 --> 00:08:44,666 Sejujurnya, awak taklah seistimewa itu. 67 00:08:45,750 --> 00:08:46,666 Jangan perasan. 68 00:08:46,750 --> 00:08:50,541 Siapa awak untuk angkat diri awak sebagai hamba paling berdosa? 69 00:08:51,250 --> 00:08:53,791 Mustahil hamba sesalih awak dilaknat Tuhan. 70 00:08:56,833 --> 00:08:59,583 Saya betul-betul maksudkannya. 71 00:09:04,541 --> 00:09:07,041 Betul juga. Mungkin saya terlalu beremosi. 72 00:09:12,041 --> 00:09:12,875 Carl. 73 00:09:14,083 --> 00:09:17,833 Kes ini lain daripada lain. 74 00:09:19,500 --> 00:09:21,708 Kes macam ini susah nak diselesaikan. 75 00:09:23,333 --> 00:09:24,791 Ceritalah kronologinya. 76 00:09:27,041 --> 00:09:28,083 Dua bulan lalu… 77 00:09:30,250 --> 00:09:31,583 seorang lelaki hilang. 78 00:09:33,958 --> 00:09:35,166 Ronald Hanley. 79 00:09:36,458 --> 00:09:40,041 Pekerja kilang, pentingkan keluarga, hilang tanpa jejak. 80 00:09:42,375 --> 00:09:46,791 Kira-kira seminggu kemudian, pemilik kedai dobi layan diri pun hilang. 81 00:09:48,458 --> 00:09:52,750 Enam orang hilang dalam tempoh satu bulan. 82 00:09:53,958 --> 00:09:54,916 Ikut sini! 83 00:10:02,666 --> 00:10:04,166 Saya dan timbalan saya… 84 00:10:04,250 --> 00:10:07,583 Kami gagal jalankan tugas, jadi datang tak datang sama saja. 85 00:10:10,083 --> 00:10:13,250 Pencarian di sebelah barat buntu walaupun sukarelawan… 86 00:10:13,333 --> 00:10:15,041 Sini! Mereka jumpa sesuatu. 87 00:10:17,125 --> 00:10:20,250 Akhirnya, kami jumpa satu mayat. 88 00:10:40,041 --> 00:10:42,041 Bukalah! Tunggu apa lagi? 89 00:10:57,875 --> 00:11:00,958 Bukan kerja haiwan, tapi kerja manusia. 90 00:11:04,250 --> 00:11:07,500 Kulitnya disiat dengan kemas, 91 00:11:07,583 --> 00:11:10,458 tapi daging tetap berdarah walaupun dah busuk. 92 00:11:11,375 --> 00:11:14,250 Masalahnya, tiada setitis pun darah. 93 00:11:14,916 --> 00:11:16,750 Dagingnya pucat macam isi ikan. 94 00:11:17,541 --> 00:11:18,833 Macam jerki daging? 95 00:11:19,583 --> 00:11:21,083 Ya. 96 00:11:21,666 --> 00:11:25,708 Macam letak daging panggang di dalam bekas ais untuk buat sandwic. 97 00:11:27,041 --> 00:11:28,208 Sekeping lagi. 98 00:11:28,291 --> 00:11:29,333 Gambar tangan. 99 00:11:30,708 --> 00:11:31,708 Cukup. 100 00:11:31,791 --> 00:11:35,166 Okey, bungkus mayat ini dan ikatnya semula ke pokok itu. 101 00:11:36,041 --> 00:11:36,875 Baik, tuan. 102 00:11:36,958 --> 00:11:39,000 Kamu berdua pemburu? 103 00:11:39,083 --> 00:11:40,166 - Ya, tuan. - Ya. 104 00:11:40,250 --> 00:11:42,750 Anggaplah ini khidmat komuniti. 105 00:11:43,458 --> 00:11:45,625 Pembunuh itu akan datang semula. 106 00:11:45,708 --> 00:11:49,208 - Saya nak salah seorang daripada kamu… - Jim Dodge. 107 00:11:49,291 --> 00:11:50,166 - Dodge? - Ya. 108 00:11:51,208 --> 00:11:53,916 Boleh awak berkawal di rabung sana? 109 00:11:54,000 --> 00:11:55,916 - Bagus. Awak… - Owens. 110 00:11:56,000 --> 00:11:57,166 - Owens. - Owens. 111 00:11:57,750 --> 00:12:01,125 Saya nak awak berkawal di sebelah selatan sana, okey? 112 00:12:01,208 --> 00:12:05,750 Saya rasa situ lebih baik. Sudut pandangannya lebih jelas. 113 00:12:05,833 --> 00:12:09,250 Okey, baiklah. Syukurlah kamu berdua sudi membantu. 114 00:12:09,750 --> 00:12:11,708 Kamu akan berkawal dulu. 115 00:12:11,791 --> 00:12:14,208 Lawrence, Davis. Beri mereka jaket kamu. 116 00:12:14,291 --> 00:12:17,500 Cuaca malam ini sejuk. Beri mereka walkie-talkie. 117 00:12:17,583 --> 00:12:20,208 Saya hantar filem itu untuk dicuci 118 00:12:20,291 --> 00:12:25,041 dan minta Sophie hantar cap jari ke semua balai polis di Pennsylvania. 119 00:12:25,125 --> 00:12:26,833 Kami nak balik ke balai. 120 00:12:26,916 --> 00:12:31,083 Kalau apa-apa berlaku, perhatikan saja. Jangan bertindak, faham? 121 00:12:32,083 --> 00:12:34,000 Kami akan datang lima jam lagi. 122 00:12:34,083 --> 00:12:37,000 Dipendekkan cerita, kami kembali ke lokasi. 123 00:12:59,708 --> 00:13:00,541 Owens. 124 00:13:05,416 --> 00:13:06,291 Dodge? 125 00:13:11,916 --> 00:13:12,750 Dodge. 126 00:13:15,541 --> 00:13:16,833 Dodge, awak dengar? 127 00:13:22,416 --> 00:13:23,416 Jawab, Dodge. 128 00:13:28,625 --> 00:13:30,125 Tak guna. 129 00:13:52,916 --> 00:13:54,541 Hilang tanpa jejak? 130 00:13:56,791 --> 00:13:59,750 Saya betul-betul marah dan bengang. 131 00:14:01,333 --> 00:14:04,875 Keesokan paginya, syerif di Rakehell telefon saya. 132 00:14:05,791 --> 00:14:09,250 Dia kata mayat itu mirip lelaki bernama Abel Dougherty, 133 00:14:10,166 --> 00:14:12,250 seorang pekerja kilang di Conwood. 134 00:14:12,916 --> 00:14:14,750 Dia pun dilaporkan hilang. 135 00:14:14,833 --> 00:14:18,375 Kali terakhir dia dilihat di bar Trucker's Tavern 136 00:14:18,458 --> 00:14:20,583 pada hujung musim bunga lalu. 137 00:14:37,875 --> 00:14:41,583 - Beri saya Maggie's Farm sejuk. - Okey! 138 00:14:41,666 --> 00:14:44,333 - Dengan segelas bir Hamm. - Baiklah. 139 00:14:44,958 --> 00:14:45,791 Trucker's. 140 00:14:50,791 --> 00:14:52,750 Hei, Travis! Telefon! 141 00:14:54,000 --> 00:14:55,000 Sykes? 142 00:14:57,500 --> 00:14:59,500 - Maafkan saya? - Eddie Sykes. 143 00:15:00,083 --> 00:15:01,750 Apa awak buat di sini? 144 00:15:01,833 --> 00:15:05,000 Saya rasa awak salah orang. Nama saya Joe Allen. 145 00:15:05,083 --> 00:15:07,416 Jangan kelentong. Awak Eddie Sykes. 146 00:15:08,333 --> 00:15:11,416 Dah bertahun-tahun kita sama-sama kerja di Conwood. 147 00:15:12,125 --> 00:15:13,625 Ke mana awak menghilang? 148 00:15:13,708 --> 00:15:16,041 Saya rasa awak dah mabuk. 149 00:15:16,125 --> 00:15:19,583 Awak janji nak ikut kami memancing dua bulan lalu. 150 00:15:19,666 --> 00:15:21,291 Saya suka memancing. 151 00:15:23,041 --> 00:15:24,041 Awak tak datang. 152 00:15:25,250 --> 00:15:27,291 Awak ingat saya siapa tadi? 153 00:15:30,833 --> 00:15:32,291 Saya fikir kita kawan. 154 00:15:32,375 --> 00:15:33,875 Ya, kita kawan. 155 00:15:35,125 --> 00:15:39,875 - Ke mana awak pergi, Eddie? Tiba-tiba… - Nama saya Joe Allen. 156 00:15:41,958 --> 00:15:43,041 Awak keliru. 157 00:15:45,958 --> 00:15:47,750 Kenapa awak tak nak mengaku? 158 00:15:49,000 --> 00:15:51,708 Saya boleh cerita, tapi bukan di sini. 159 00:15:52,583 --> 00:15:56,125 Apa kata awak ikut saya? Lagipun, kita tak nak mereka dengar. 160 00:15:58,333 --> 00:15:59,458 Ini rahsia. 161 00:16:01,291 --> 00:16:03,125 Kita kawan, bukan? 162 00:16:04,166 --> 00:16:06,375 Kawan baik. 163 00:16:07,375 --> 00:16:09,875 Awak yang cakap tadi, bukan? 164 00:16:10,666 --> 00:16:12,750 Mungkin kita boleh jadi kawan baik. 165 00:16:15,166 --> 00:16:17,583 - Saya… - Tolak gelas bir ke lantai. 166 00:16:18,083 --> 00:16:19,625 Buat-buat gelabah. 167 00:16:21,000 --> 00:16:22,250 Mengaku kita kawan. 168 00:16:24,333 --> 00:16:26,250 Suruh saya hantar awak balik. 169 00:16:28,333 --> 00:16:29,166 Balik? 170 00:16:30,291 --> 00:16:31,541 Tolak sekarang. 171 00:16:42,375 --> 00:16:43,375 Oh, Tuhan. 172 00:16:44,125 --> 00:16:46,791 Awak dah mabuk. Biar saya hantar awak balik. 173 00:16:46,875 --> 00:16:49,333 - Tak nak. - Beri saya kunci kereta awak. 174 00:16:50,833 --> 00:16:51,708 Cepat. 175 00:16:55,000 --> 00:16:56,375 Saya hantar awak balik. 176 00:17:12,875 --> 00:17:16,083 Sykes suka tukar-tukar kerja. 177 00:17:16,833 --> 00:17:18,875 Dia hilang sembilan bulan lalu. 178 00:17:19,541 --> 00:17:22,833 Kawannya kata dia pergi mendaki di hutan. 179 00:17:23,625 --> 00:17:25,958 Dia nak tengok pancuran meteor… 180 00:17:39,041 --> 00:17:40,375 dan hilang sejak itu. 181 00:17:42,875 --> 00:17:48,083 Seminggu kemudian, dia muncul di Bailey sebagai Joe Allen. 182 00:17:58,041 --> 00:18:01,000 Ada sesiapa bernama Joe Allen menyewa di sini? 183 00:18:01,083 --> 00:18:05,041 Ada, tapi dia di tempat kerja. Tuan boleh masuk dan… 184 00:18:06,666 --> 00:18:07,500 Encik Allen! 185 00:18:10,000 --> 00:18:11,041 Saya syerif! 186 00:18:13,083 --> 00:18:13,916 Saya masuk! 187 00:18:23,041 --> 00:18:28,375 - Mak awak tak ajar awak berkongsi? - Maaf. Tak cukup untuk awak. 188 00:18:28,458 --> 00:18:30,458 Saya akan makan sampai habis. 189 00:18:39,458 --> 00:18:41,333 Aduhai! 190 00:18:52,000 --> 00:18:53,708 Sedapnya. 191 00:18:53,791 --> 00:18:55,791 Tapi saya masih lapar. 192 00:18:56,416 --> 00:18:58,416 Ya? Saya juga. 193 00:18:59,166 --> 00:19:01,000 JOSEPH H. ALLEN PASPORT BRITISH 194 00:19:03,458 --> 00:19:05,166 ABEL DOUGHERTY PEKERJA KILANG 195 00:19:26,583 --> 00:19:27,500 Apa benda ini? 196 00:19:28,083 --> 00:19:29,416 Saya tak tahu. 197 00:19:30,166 --> 00:19:32,041 Dia kata benda itu… 198 00:19:32,125 --> 00:19:36,083 Saya nampak dia bawa balik. Katanya dia jumpa di hutan. 199 00:19:39,291 --> 00:19:40,250 Di hutan? 200 00:19:41,083 --> 00:19:42,166 Betul. 201 00:19:42,250 --> 00:19:44,541 Dia jumpanya semasa pancuran meteor. 202 00:19:45,583 --> 00:19:46,666 Saya tak suka. 203 00:19:47,875 --> 00:19:49,458 Baunya busuk dan berbulu. 204 00:19:50,416 --> 00:19:53,333 Saya suruh dia buang, tapi dia jeling saya. 205 00:20:00,750 --> 00:20:03,416 Sekejap lagi ada pertukaran syif di Braddock, bukan? 206 00:20:03,500 --> 00:20:04,625 Sepuluh minit lagi. 207 00:20:09,166 --> 00:20:13,791 Lawrence, saya Craven. Datang ke Lombong Braddock Forks sekarang. 208 00:20:13,875 --> 00:20:17,208 Bawa sesiapa saja yang ada. Sophie, minta bantuan. 209 00:20:17,291 --> 00:20:21,500 Suspek ialah pelombong bernama Joe Allen atau Edward Sykes. 210 00:20:21,583 --> 00:20:25,166 Sejurus tiba di lokasi, tutup perimeter dan kepung dia. 211 00:20:42,416 --> 00:20:46,458 Joe Allen bertugas hari ini? 212 00:20:46,541 --> 00:20:47,541 Joe Allen? Ya. 213 00:20:48,500 --> 00:20:51,041 Apa kami boleh bantu, syerif? 214 00:20:52,291 --> 00:20:55,625 LOMBONG BATU ARANG BRADDOCK BAILEY, PENNSYLVANIA 215 00:21:13,250 --> 00:21:14,625 Syerif? 216 00:21:18,708 --> 00:21:20,291 Itu dia. 217 00:21:21,333 --> 00:21:22,416 Joe Allen! 218 00:21:23,208 --> 00:21:25,250 - Hei! Jangan bergerak! - Tunggu. 219 00:21:28,500 --> 00:21:29,916 Hei! 220 00:21:34,041 --> 00:21:35,250 Tangkap dia! 221 00:21:35,958 --> 00:21:37,083 Hei! 222 00:21:49,875 --> 00:21:50,708 Arah mana? 223 00:21:59,125 --> 00:22:00,250 Apa awak buat? 224 00:22:01,041 --> 00:22:03,458 Joe? Apa awak buat? 225 00:22:03,541 --> 00:22:05,625 Tak guna! Tutup semua pintu keluar! 226 00:22:07,833 --> 00:22:10,250 Hei! Hentikan lif itu! 227 00:22:11,458 --> 00:22:12,291 Naikkannya… 228 00:22:12,375 --> 00:22:16,041 Lif ke kedalaman 80 meter. Saya tak boleh naikkannya semula! 229 00:22:16,125 --> 00:22:18,333 Saya tak peduli! Naikkannya sekarang! 230 00:22:18,416 --> 00:22:22,083 Dia dah terkepung. Syaf ini satu-satunya jalan keluar. 231 00:22:22,166 --> 00:22:23,375 Beri laluan! 232 00:22:59,291 --> 00:23:01,583 Awak rasa Allen pengebom itu? 233 00:23:01,666 --> 00:23:03,000 Saya yakin. 234 00:23:03,083 --> 00:23:05,583 Mungkin ia disengajakan, mungkin tidak. 235 00:23:06,416 --> 00:23:09,291 Mungkin ia ada kaitan dengan bola pelik itu. 236 00:23:10,708 --> 00:23:12,500 Bola itu hilang tanpa kesan. 237 00:23:14,250 --> 00:23:18,333 Yang hairannya, macam mana dia tahu bola itu ada di dalam kereta saya? 238 00:23:19,125 --> 00:23:21,208 Dia boleh lari selamatkan diri, 239 00:23:21,291 --> 00:23:24,583 tapi dia patah balik dan ambil bola itu 240 00:23:26,291 --> 00:23:28,208 sedangkan dia tahu dia dikepung. 241 00:23:29,625 --> 00:23:30,583 Tak masuk akal. 242 00:23:35,958 --> 00:23:37,041 Dengar sini, Carl. 243 00:23:40,291 --> 00:23:41,833 Saya tak boleh minta awak… 244 00:24:06,458 --> 00:24:07,958 Jauhkah sungai dari sini? 245 00:24:09,416 --> 00:24:11,000 Lebih kurang 90 meter. 246 00:24:11,500 --> 00:24:13,416 Musim ini, airnya deras. 247 00:24:14,041 --> 00:24:17,916 Kita boleh pergi sama-sama selepas kes ini selesai. 248 00:24:19,916 --> 00:24:20,833 Boleh. 249 00:24:25,333 --> 00:24:26,166 Carl. 250 00:24:27,708 --> 00:24:28,833 Apa masalahnya? 251 00:24:34,208 --> 00:24:35,875 Saya menghidap kanser perut. 252 00:24:36,958 --> 00:24:38,750 Saya ada enam bulan saja lagi. 253 00:24:40,958 --> 00:24:41,916 Oh, Tuhan. 254 00:24:42,000 --> 00:24:43,000 Tak apa. 255 00:24:43,666 --> 00:24:44,791 Dah takdir. 256 00:24:45,291 --> 00:24:46,708 Tiada gunanya merungut. 257 00:24:51,208 --> 00:24:53,833 Awak reda dengan ketentuan ini? 258 00:24:54,375 --> 00:24:57,458 Apa saya boleh buat? Saya tak boleh buat apa-apa. 259 00:24:58,708 --> 00:25:01,125 Semua yang hidup pasti mati, Nate. 260 00:25:02,791 --> 00:25:05,416 Ada yang mati awal, tapi akhirnya… 261 00:25:07,416 --> 00:25:09,458 kita semua akan mati. 262 00:25:14,458 --> 00:25:21,458 SYARIKAT AIS DAN PENYEJUKAN PENNSYLVANIA 263 00:25:41,666 --> 00:25:43,583 Davis, ini Dr. Winters. 264 00:25:43,666 --> 00:25:46,458 Dr. Winters, syerif. Semuanya dah sedia. 265 00:25:46,541 --> 00:25:48,250 Berapa rendah suhunya? 266 00:25:48,333 --> 00:25:51,208 Setakat 2 darjah Celcius saja. Ada kebocoran. 267 00:25:51,291 --> 00:25:52,833 Itu cukup sejuk. 268 00:25:54,500 --> 00:25:56,791 Saya pinjam meja dan pengusung beroda. 269 00:25:56,875 --> 00:25:59,500 Terima kasih banyak, Timbalan Davis. 270 00:25:59,583 --> 00:26:00,708 Awak boleh balik. 271 00:26:00,791 --> 00:26:02,125 Datang awal pagi esok. 272 00:26:03,541 --> 00:26:06,041 Maaf, kami serba kekurangan. 273 00:26:08,083 --> 00:26:11,583 Saya pinjam generator lombong dan beberapa biji lampu. 274 00:26:22,458 --> 00:26:25,208 Saya tahu ia tak kondusif, tapi… 275 00:26:28,625 --> 00:26:29,583 Ini pun boleh. 276 00:26:31,291 --> 00:26:33,750 Kami cuba sediakan yang terbaik. 277 00:26:34,875 --> 00:26:38,625 Telefon tiada kabel, tapi ada telefon awam di stesen minyak. 278 00:26:40,625 --> 00:26:43,541 Ini dah memadai bagi saya. 279 00:26:45,500 --> 00:26:48,458 Dah sedia nak tengok mayat mereka? 280 00:26:50,833 --> 00:26:51,666 Ya. 281 00:26:58,916 --> 00:27:03,208 Saya suruh timbalan saya tanggalkan pakaian mereka. 282 00:27:05,541 --> 00:27:08,416 Malangnya, mereka tanggalkan but saja. 283 00:27:09,500 --> 00:27:11,166 Terima kasihlah. 284 00:27:15,166 --> 00:27:16,750 Kecuali mayat ini. 285 00:27:18,875 --> 00:27:20,583 Tiada sesiapa nak sentuh dia. 286 00:27:21,291 --> 00:27:22,416 Dasar binatang. 287 00:27:23,708 --> 00:27:26,041 Saya tak sedap hati, Carl. 288 00:27:27,125 --> 00:27:28,250 Abaikannya, Nate. 289 00:27:32,708 --> 00:27:34,000 Awak patut balik. 290 00:27:34,750 --> 00:27:36,250 Ya, betul cakap awak. 291 00:27:36,750 --> 00:27:39,250 Sebenarnya, saya tak nak tinggalkan awak. 292 00:27:39,333 --> 00:27:42,791 - Betul awak nak saya balik? - Baliklah dan berehat. 293 00:27:44,416 --> 00:27:47,750 Saya akan buat perlahan-lahan. 294 00:27:47,833 --> 00:27:49,791 Awak boleh tolong saya pagi esok. 295 00:27:52,125 --> 00:27:52,958 Okey. 296 00:27:55,666 --> 00:27:56,500 Selamat malam. 297 00:28:22,583 --> 00:28:24,541 Saya Dr. Carl Winters, 298 00:28:24,625 --> 00:28:28,125 pegawai patologi Pejabat Koroner Daerah Montague, 299 00:28:28,208 --> 00:28:30,291 merakamkan dapatan awal saya 300 00:28:30,375 --> 00:28:33,750 tentang sepuluh mayat insiden Lombong Braddock Fork. 301 00:28:33,833 --> 00:28:35,875 Rakaman ini khas untuk awak, Nate. 302 00:28:35,958 --> 00:28:39,125 Saya akan buat laporan bertulis sebagai rekod rasmi. 303 00:28:39,208 --> 00:28:44,000 Kluster mayat pertama ditemui 27 meter dari mayat suspek, Allen. 304 00:28:44,083 --> 00:28:48,833 Mayat Jackson dan Brady ditemui berdekatan mayat Allen. 305 00:28:48,916 --> 00:28:52,541 Mayat Miller ditemui sendirian di antara dua kluster itu. 306 00:28:52,625 --> 00:28:55,416 Kalaulah ada serpihan bom terbenam pada mayat, 307 00:28:56,500 --> 00:28:59,333 saya yakin ia pada Miller. Saya mula dengan dia. 308 00:29:05,666 --> 00:29:07,375 HUDSON MILLER 309 00:29:56,000 --> 00:29:59,083 Maafkan saya atas keaiban ini, kawan. 310 00:29:59,666 --> 00:30:02,291 Semua ini demi keadilan untuk awak. 311 00:30:39,416 --> 00:30:40,333 Saya lagi, Nate. 312 00:30:40,416 --> 00:30:43,208 Walaupun autolisis dan pembusukan dah bermula, 313 00:30:43,791 --> 00:30:47,583 tiada tanda-tanda yang konsisten dengan kematian akibat asfiksia. 314 00:30:47,666 --> 00:30:52,458 Saya akan periksa organ dalamannya untuk bina satu garis dasar. 315 00:30:54,791 --> 00:30:58,208 Kalau saya jumpa apa-apa anomali pada fizikal mayat lain, 316 00:30:58,916 --> 00:31:00,583 kita akan bincangnya nanti. 317 00:31:17,041 --> 00:31:21,791 Ada mukus ternoda darah yang meleleh sebelum dia mati. 318 00:31:26,875 --> 00:31:29,416 Kukunya patah dan penuh tanah. 319 00:31:30,208 --> 00:31:32,333 Mungkin dia mencakar. 320 00:31:38,000 --> 00:31:39,958 Maafkan saya, Encik Miller. 321 00:32:10,416 --> 00:32:13,208 Paru-paru menunjukkan ekimosis subpleura, 322 00:32:13,291 --> 00:32:15,541 konsisten dengan trauma tumpul, 323 00:32:16,416 --> 00:32:18,333 mungkin akibat letupan itu. 324 00:32:22,458 --> 00:32:25,916 Sebelah kanan jantung kembang dan segah dengan darah beku, 325 00:32:26,000 --> 00:32:28,750 begitu juga di dalam arteri koronari kanan. 326 00:32:29,416 --> 00:32:33,000 Ini bagus, Nate. Saya nampak tanda-tanda sesak nafas, 327 00:32:33,083 --> 00:32:36,291 trauma konkusi, tapi tiada tanda-tanda kena bom. 328 00:32:36,375 --> 00:32:40,333 Tiada tanda yang menafikan punca kematian akibat asfiksia. 329 00:32:40,416 --> 00:32:44,000 Tiada apa-apa yang menarik perhatian Waddleton. 330 00:33:20,958 --> 00:33:22,166 Lari. 331 00:33:22,250 --> 00:33:23,416 Keluar. 332 00:33:23,500 --> 00:33:24,333 Sekarang. 333 00:33:27,333 --> 00:33:28,416 Lari daripada apa? 334 00:33:46,416 --> 00:33:49,041 WALTER LOU JACKSON 335 00:34:06,541 --> 00:34:07,708 Mayat seterusnya. 336 00:34:07,791 --> 00:34:09,875 Walter Lou Jackson. 337 00:34:11,208 --> 00:34:15,250 Berdasarkan gambar awak, mayat Jackson ditemui di sebelah Allen. 338 00:34:16,125 --> 00:34:17,458 Nate, saya terfikir… 339 00:34:20,291 --> 00:34:23,583 macam mana kalau letupan itu bukan helah untuk lari? 340 00:34:23,666 --> 00:34:26,875 Macam mana kalau objek sfera itu bukan bom? 341 00:34:28,958 --> 00:34:32,333 Macam mana kalau dia memang nak objek sfera itu meletup? 342 00:34:34,083 --> 00:34:35,416 Bukan selamatkan diri? 343 00:34:53,875 --> 00:34:57,958 Saya jumpa satu luka kecil di bawah tulang dada Jackson. 344 00:34:59,333 --> 00:35:00,291 Lukanya dalam. 345 00:35:01,500 --> 00:35:03,958 Laluannya melengkung melepasi diafragma 346 00:35:05,458 --> 00:35:06,458 ke jantung. 347 00:35:17,375 --> 00:35:18,458 Maafkan saya. 348 00:35:18,541 --> 00:35:21,708 Saya terpaksa bedah awak untuk kenal pasti luka ini. 349 00:35:38,041 --> 00:35:40,166 Laluan luka itu terus ke jantung. 350 00:35:40,250 --> 00:35:43,083 Paru-paru dan jantung kecut dan pucat lesi. 351 00:35:45,958 --> 00:35:48,500 Tiada setitis pun darah. 352 00:36:09,666 --> 00:36:16,666 PENYEJUKAN PASTIKAN PINTU INI SENTIASA DITUTUP 353 00:37:34,416 --> 00:37:36,375 Kes Brady pun sama. 354 00:37:46,666 --> 00:37:48,166 Jackson, Brady… 355 00:37:53,333 --> 00:37:54,166 Allen. 356 00:38:27,000 --> 00:38:29,083 Saya mula fikir bukan-bukan, Nate. 357 00:38:30,208 --> 00:38:31,083 Saya fikir… 358 00:38:32,541 --> 00:38:35,375 Saya rasa darah mereka ada di dalam perut Allen. 359 00:38:42,666 --> 00:38:44,000 Saya akan periksa dia. 360 00:40:49,333 --> 00:40:50,416 Tolong saya. 361 00:40:53,125 --> 00:40:54,583 Terperangkap di dalam 362 00:40:55,458 --> 00:40:56,375 jasad ini. 363 00:40:56,875 --> 00:40:57,875 Kelaparan. 364 00:40:59,458 --> 00:41:00,833 Siapa awak? 365 00:41:00,916 --> 00:41:01,875 Saya pengembara. 366 00:41:03,875 --> 00:41:05,791 - Angkasa lepas. - Saya tak… 367 00:41:05,875 --> 00:41:07,791 Bentuk asal saya kecil saja. 368 00:41:08,416 --> 00:41:11,208 Manusia tak suka bentuk saya. 369 00:41:12,000 --> 00:41:13,416 Saya takut mati. 370 00:41:14,708 --> 00:41:15,875 Letupan itu… 371 00:41:17,000 --> 00:41:18,750 Mati ialah jalan keluar awak. 372 00:41:20,833 --> 00:41:22,875 Mungkin awak tak perlukan oksigen. 373 00:41:25,083 --> 00:41:28,166 Oksigen kurang penting untuk sistem metabolisma kami. 374 00:41:36,791 --> 00:41:38,291 Adakah sfera itu… 375 00:41:38,375 --> 00:41:39,416 Kapal saya? 376 00:41:40,791 --> 00:41:44,250 Kemusnahannya ialah mukadimah misi penemuan kami. 377 00:41:45,791 --> 00:41:49,125 Tiada jalan pulang. Saya terperangkap di dalam jasad ini, 378 00:41:49,208 --> 00:41:52,291 jadi syaf itu satu-satunya peluang saya. 379 00:41:53,041 --> 00:41:55,375 Kenapa kapal awak mesti dimusnahkan? 380 00:41:55,875 --> 00:41:58,041 Kami tak nak difahami. 381 00:41:58,125 --> 00:41:58,958 Kenapa? 382 00:42:00,500 --> 00:42:01,875 Letak pisau itu. 383 00:42:03,625 --> 00:42:04,833 Sekarang. 384 00:42:04,916 --> 00:42:06,833 Kita kawan, doktor. 385 00:42:06,916 --> 00:42:10,416 Mangsa tak patut faham pemangsa yang memakannya? 386 00:42:11,000 --> 00:42:14,375 Jangan risau. Saya akan fahamkan awak. 387 00:42:14,458 --> 00:42:15,875 Itu penting. 388 00:42:19,750 --> 00:42:22,833 Saya boleh hidu kanser awak, doktor. 389 00:42:23,833 --> 00:42:25,666 Sedapnya. 390 00:42:27,333 --> 00:42:31,333 Biar saya buang sel-sel kanser awak. Saya akan jaga awak. 391 00:42:33,250 --> 00:42:37,000 Jangan harap. Saya takkan jadi perumah awak. 392 00:43:14,458 --> 00:43:15,625 Darah busuk. 393 00:43:16,375 --> 00:43:17,500 Kurang berkhasiat. 394 00:43:18,416 --> 00:43:21,625 Bukan senang jadi bangkai bernyawa dan memahamkan awak. 395 00:43:21,708 --> 00:43:24,791 Selepas kita bersatu, saya akan lapar lagi. 396 00:43:59,291 --> 00:44:02,666 Tapi awak perumah terbaik, Dr. Winters. 397 00:44:03,458 --> 00:44:06,875 Dengan awak, saya boleh makan tanpa perlu membunuh. 398 00:44:07,500 --> 00:44:10,416 Mayat akan dihantar kepada awak panas-panas. 399 00:44:11,875 --> 00:44:14,333 Apa awak buat? 400 00:44:14,416 --> 00:44:19,291 Kita tak nak orang syak, jadi kita mesti ikut SOP forensik. 401 00:44:24,375 --> 00:44:28,000 Saya tak boleh kerat otot pektoral atau saya akan lumpuh. 402 00:44:35,166 --> 00:44:36,416 Kenapa tak ikat tangan saya? 403 00:44:37,083 --> 00:44:40,375 Sebab pencantuman saraf memerlukan motor deria standard 404 00:44:40,458 --> 00:44:42,166 untuk selaraskan otak kita. 405 00:44:43,333 --> 00:44:44,791 Anggota lain lumpuh, 406 00:44:44,875 --> 00:44:47,750 tapi selepas selesai, saya akan lepaskan awak 407 00:44:47,833 --> 00:44:49,958 dan kita akan bebas bersama-sama. 408 00:44:52,291 --> 00:44:56,750 Awak nak tinggalkan Allen dan masuk ke dalam badan saya? 409 00:44:58,041 --> 00:44:58,875 Betul. 410 00:45:00,625 --> 00:45:01,458 Macam mana? 411 00:45:02,500 --> 00:45:04,791 Biasanya melalui salur alimentari. 412 00:45:06,500 --> 00:45:07,875 Berkurun-kurun lamanya, 413 00:45:07,958 --> 00:45:14,125 kami dah menyempurnakan teknik untuk memasuki jasad perumah. 414 00:45:14,208 --> 00:45:18,208 Dalam fasa larva, saya masuk mulut Eddie Sykes semasa dia tidur. 415 00:45:18,875 --> 00:45:20,916 Sejak itu, saya semakin besar. 416 00:45:21,583 --> 00:45:23,458 Saya dah besar. 417 00:45:24,083 --> 00:45:26,250 Kita perlu buat insisi. 418 00:45:27,458 --> 00:45:31,500 Awak akan guna pisau awak untuk toreh badan awak. 419 00:45:32,250 --> 00:45:36,791 Selepas awak tinggalkan Allen, bukankah awak akan mati? 420 00:45:38,500 --> 00:45:42,666 Saya lebih arif tentang fisiologi manusia berbanding awak, doktor. 421 00:45:43,541 --> 00:45:46,333 Saya tahu apa yang boleh dan tak boleh dipotong. 422 00:45:49,333 --> 00:45:53,666 Adaptasi terhebat lahir daripada unsur yang tak penting. 423 00:45:53,750 --> 00:45:58,125 Perumah kami boleh melihat, mendengar, merasa dan bergerak, 424 00:45:59,083 --> 00:46:02,416 jadi kami tak perlukan semua deria itu. 425 00:46:03,041 --> 00:46:04,625 Fisiologi kami ringkas. 426 00:46:04,708 --> 00:46:07,958 Tiada sirip, tangkai, bulu pelepah, 427 00:46:08,041 --> 00:46:12,000 paruh, sesungut atau jari. 428 00:46:12,750 --> 00:46:16,416 Kami tak perlukan semua itu kerana kami berevolusi. 429 00:46:19,791 --> 00:46:21,583 Kenapa awak ketawa? 430 00:46:22,458 --> 00:46:24,500 Awak memang kuat perasan. 431 00:46:25,250 --> 00:46:26,958 Awak cuba lengahkan masa. 432 00:46:27,041 --> 00:46:28,500 Dah terlambat. 433 00:46:29,166 --> 00:46:30,750 Awak tak sedar, bukan? 434 00:46:31,250 --> 00:46:33,458 - Sedar apa? - Awak cemburu. 435 00:46:35,375 --> 00:46:36,291 Mengarut. 436 00:46:36,375 --> 00:46:38,416 Awak tiada deria sendiri. 437 00:46:39,125 --> 00:46:41,000 Awak terpaksa curinya. 438 00:46:41,083 --> 00:46:43,416 Dah berabad kami tumpang jasad manusia. 439 00:46:44,291 --> 00:46:46,791 Kami dah runtuhkan banyak empayar. 440 00:46:48,375 --> 00:46:51,208 - Kami mencorak… - Awak cuma pandai mencuri. 441 00:46:51,791 --> 00:46:53,958 Awak cuma pencuri dan pembunuh. 442 00:46:54,041 --> 00:46:55,583 Awak parasit. Menyedihkan. 443 00:46:56,291 --> 00:46:59,125 Awak cuma kanser yang bercakap besar. 444 00:47:00,666 --> 00:47:02,791 Kawan awak akan sampai sekejap lagi. 445 00:47:03,500 --> 00:47:05,000 Awal pagi. 446 00:47:05,916 --> 00:47:08,708 Dia boleh jadi hidangan pertama kita. 447 00:47:09,500 --> 00:47:12,541 Dagingnya menyihatkan kita dan penderitaan awak 448 00:47:12,625 --> 00:47:15,333 semasa kita makan dia ialah santapan roh saya 449 00:47:15,416 --> 00:47:18,583 dan awak tak mampu buat apa-apa. 450 00:47:20,875 --> 00:47:23,000 Sekarang, dari mana kita nak mula? 451 00:47:23,583 --> 00:47:25,500 Ini masalah besar. 452 00:47:25,583 --> 00:47:29,583 Kalau kita siat kulit kaki dan tangannya nipis-nipis, 453 00:47:29,666 --> 00:47:34,416 tanpa potong arteri utamanya, manusia boleh hidup berjam-jam lamanya 454 00:47:35,041 --> 00:47:38,958 atau lapah daging dia sampai ke pangkal koksa sebelum dia mati. 455 00:47:39,583 --> 00:47:43,083 Kita boleh dapat zat jasmani dan rohaninya. 456 00:47:43,166 --> 00:47:46,250 Akhir sekali, kita boleh ratah semua arterinya. 457 00:47:46,833 --> 00:47:50,958 Masalahnya, daging kaki dan tangan liat. 458 00:47:51,666 --> 00:47:53,083 Selain daging punggung, 459 00:47:53,166 --> 00:47:55,958 organ dalamanlah yang paling sedap, 460 00:47:56,708 --> 00:47:58,916 tapi manusia akan mati lebih cepat. 461 00:48:00,041 --> 00:48:02,791 Awak fikirlah dulu. Beritahu saya pilihan awak. 462 00:48:03,833 --> 00:48:04,833 Apa-apa pun, 463 00:48:04,916 --> 00:48:08,500 sedang saya guna tangan awak untuk rentap esofagus dia 464 00:48:08,583 --> 00:48:10,875 dan mulut awak untuk teguk darahnya, 465 00:48:10,958 --> 00:48:17,083 kita akan nikmati orgasma dengan loin awak berulang kali. 466 00:48:19,125 --> 00:48:21,916 Awak gelar diri awak sebagai mangsa kami, 467 00:48:22,666 --> 00:48:24,583 tapi awak lebih daripada itu. 468 00:48:25,583 --> 00:48:29,375 Saya boleh hidup dua minggu dengan makan Brady dan Jackson, 469 00:48:29,958 --> 00:48:33,625 tapi saya labur semula separuh tenaga daripada darah mereka 470 00:48:33,708 --> 00:48:36,041 untuk pastikan otak mereka hidup. 471 00:48:36,125 --> 00:48:40,458 Dengan itu, saya boleh berbisik terus ke saraf kranial kelapan mereka. 472 00:48:40,541 --> 00:48:45,416 Saya nak pastikan mereka faham apa yang saya buat kepada mereka. 473 00:48:46,791 --> 00:48:48,083 Eddie Sykes pula? 474 00:48:48,833 --> 00:48:51,916 Oh, ya! Dia ada di sini dengan kita. 475 00:48:52,000 --> 00:48:56,375 Bisu dan tak berdaya seraya saya keluarkan isi perut dia. 476 00:49:03,625 --> 00:49:05,000 Awak terlupa sesuatu. 477 00:49:05,916 --> 00:49:07,666 Saya tak pernah lupa. 478 00:49:09,208 --> 00:49:11,541 Keangkuhan awak buat awak bodoh. 479 00:49:11,625 --> 00:49:14,916 Apa yang saya lupa, doktor? 480 00:49:16,708 --> 00:49:17,666 Tak apalah. 481 00:49:18,875 --> 00:49:23,125 Saya akan tahu semua perkara yang awak fikir sekejap lagi. 482 00:49:24,125 --> 00:49:29,791 Semua memori, deria dan ketakutan awak. 483 00:49:30,916 --> 00:49:32,625 Kesengsaraan awak… 484 00:49:35,166 --> 00:49:37,458 Semuanya milik saya. 485 00:49:46,041 --> 00:49:48,458 Semuanya milik saya. 486 00:50:23,250 --> 00:50:24,833 Semuanya milik saya. 487 00:50:46,625 --> 00:50:50,500 Sykes tahu awak akan buta dan pekak sebaik tinggalkan jasad dia, 488 00:50:50,583 --> 00:50:52,791 dasar parasit tak guna. 489 00:51:06,375 --> 00:51:08,208 Pasti ada cara. 490 00:51:12,291 --> 00:51:14,041 Bukan untuk hidup, tapi… 491 00:53:26,500 --> 00:53:27,666 Apa awak dah buat? 492 00:53:28,208 --> 00:53:32,583 Kita sedang berkomunikasi melalui saraf kranial kelapan saya, bukan? 493 00:53:32,666 --> 00:53:34,125 Di mana saya? 494 00:53:34,708 --> 00:53:39,250 Awak di dalam perumah baharu awak, tapi awak akan mati. 495 00:53:39,791 --> 00:53:42,416 Saya rasa ada deria yang rosak. 496 00:53:42,500 --> 00:53:43,833 Saya dah buta. 497 00:53:43,916 --> 00:53:47,291 Saya juga dah pekak. 498 00:53:47,916 --> 00:53:50,083 Saya masih boleh buat awak bergerak. 499 00:53:52,125 --> 00:53:54,666 Kita akan tunggu kawan awak datang. 500 00:53:55,708 --> 00:53:58,125 Apabila dia datang dekat, saya akan… 501 00:53:58,208 --> 00:54:02,208 Saya terlupa nak beritahu yang arteri saya dah bocor. 502 00:54:04,041 --> 00:54:08,291 Awak cuma ada beberapa minit sebelum saya mati. 503 00:54:09,125 --> 00:54:11,625 Saya akan hidup. 504 00:54:16,791 --> 00:54:18,916 Saya akan hidup. 505 00:54:21,458 --> 00:54:24,041 Awak tak nak tahu apa yang awak lupa? 506 00:54:25,083 --> 00:54:29,291 Selama awak memaksa Sykes untuk keluarkan isi perutnya sendiri, 507 00:54:29,375 --> 00:54:31,083 awak sedang dirakam. 508 00:54:31,166 --> 00:54:32,166 Tidak. 509 00:54:32,250 --> 00:54:33,916 Mesin pita saya merakam. 510 00:54:34,000 --> 00:54:35,208 Tidak. 511 00:54:35,708 --> 00:54:37,583 Pitanya dah lama habis, 512 00:54:38,125 --> 00:54:40,833 tapi saya yakin bahagian yang sempat dirakam 513 00:54:40,916 --> 00:54:45,625 akan membongkar rahsia awak selama ini. 514 00:54:47,000 --> 00:54:51,750 Lepaskan saya! 515 00:55:23,791 --> 00:55:24,625 Carl. 516 00:55:41,416 --> 00:55:43,833 MAIN PITA BAKAR SAYA 517 00:55:52,291 --> 00:55:53,791 Saya Dr. Carl Winters, 518 00:55:53,875 --> 00:55:56,458 pegawai patologi Pejabat Koroner Daerah Montague, 519 00:55:57,000 --> 00:55:59,166 Rakaman ini khas untuk awak, Nate. 520 00:55:59,750 --> 00:56:02,250 Saya akan buat laporan bertulis sebagai rekod rasmi. 521 00:56:59,250 --> 00:57:02,166 Terjemahan sari kata oleh Saffura