1 00:00:06,125 --> 00:00:08,833 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,208 --> 00:00:12,625 Siaran TV larut malam. 3 00:00:13,833 --> 00:00:15,625 Imej dan suara dalam gelap, 4 00:00:16,208 --> 00:00:17,416 dalam kepala kita. 5 00:00:17,500 --> 00:00:20,791 Sebuah kabinet keingintahuan elektronik, 6 00:00:20,875 --> 00:00:24,625 membuatkan kita gagal membezakan antara realiti dengan fantasi, 7 00:00:25,125 --> 00:00:28,541 antara wajah kita yang sebenar dengan ilusi. 8 00:00:29,208 --> 00:00:32,625 Kita boleh jadi sempurna dengan mendail nombor bebas tol 9 00:00:33,125 --> 00:00:37,583 dan kabinet ini dikawal oleh sebatang tongkat ajaib 10 00:00:38,291 --> 00:00:41,375 yang penuh butang nombor dan dibuat daripada plastik. 11 00:00:42,416 --> 00:00:46,458 Ia selesa dipegang dan sukar untuk dilepaskan. 12 00:00:46,958 --> 00:00:49,916 Tajuk cerita kita hari ini ialah Rupa Luaran 13 00:00:50,000 --> 00:00:53,000 yang diarahkan oleh Ana Lily Amirpour. 14 00:00:54,291 --> 00:00:57,666 RUPA LUARAN 15 00:02:33,000 --> 00:02:35,666 BERDASARKAN CERPEN OLEH EMILY CARROLL 16 00:03:17,666 --> 00:03:19,291 Selamat Hari Krismas! 17 00:03:23,875 --> 00:03:28,208 Saya suka daging dada kerana ia berlemak, berjus dan sedap dipanggang. 18 00:03:28,291 --> 00:03:32,833 Anda boleh lumurkannya dengan perapan klasik Santa Maria… 19 00:03:32,916 --> 00:03:35,000 …biasa dalam kalangan wanita 65 tahun ke atas. 20 00:03:35,083 --> 00:03:36,083 Tiada selera makan, 21 00:03:36,166 --> 00:03:40,583 tangan terketar-ketar, mulut kering, dahaga, kerap kencing, kurang libido… 22 00:03:41,083 --> 00:03:46,166 Nak tahu takdir hidup anda? Hubungi 1-900-860-1111 sekarang. 23 00:03:46,250 --> 00:03:50,208 Penulis dan ahli numerologi, Jean Simpson, akan baca kad tarot anda. 24 00:03:50,916 --> 00:03:53,208 Kuasa minda manusia sangat hebat. 25 00:03:53,291 --> 00:03:57,458 Anda berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. 26 00:03:57,541 --> 00:04:00,083 Hubungi sekarang. Kebahagiaan menanti anda. 27 00:04:00,166 --> 00:04:05,000 Belum cuba belum tahu. Hubungi 1-900-860-1111 sekarang. 28 00:04:50,208 --> 00:04:51,541 Ada nampak sesiapa? 29 00:05:34,541 --> 00:05:37,333 Balai Polis Glen Ellyn, Chapman bercakap. 30 00:05:37,416 --> 00:05:39,875 Keith, saya dengar bunyi itu lagi. 31 00:05:39,958 --> 00:05:41,666 Kenapa tak tidur lagi, Stace? 32 00:05:42,250 --> 00:05:45,791 - Macam mana kalau ada orang masuk? - Tiada sesiapa. 33 00:05:46,625 --> 00:05:48,166 Boleh awak tenangkan saya? 34 00:05:48,250 --> 00:05:51,625 Awak dengar bunyi pada waktu malam kerana ia rumah lama. 35 00:05:52,458 --> 00:05:54,583 Setiap kali awak dengar bunyi itu, 36 00:05:55,375 --> 00:05:57,875 awak pernah nampak sesiapa di dalam rumah? 37 00:05:58,458 --> 00:05:59,500 Tak pernah. 38 00:05:59,583 --> 00:06:00,500 Tak pernah. 39 00:06:02,250 --> 00:06:03,083 Okey. 40 00:06:04,416 --> 00:06:06,291 Tidurlah, okey? 41 00:06:06,375 --> 00:06:07,833 Kita jumpa pagi nanti. 42 00:06:07,916 --> 00:06:10,333 Macam mana kalau betul-betul ada orang? 43 00:06:21,916 --> 00:06:22,750 Entahlah. 44 00:06:22,833 --> 00:06:26,916 Dia makan donat selepas berhabis 25 ribu dolar untuk sedut lemak. 45 00:06:27,000 --> 00:06:28,791 Dia tak jaga makan. 46 00:06:29,500 --> 00:06:31,958 Awak tahu suami dia tidur dengan Nancy? 47 00:06:32,041 --> 00:06:36,000 Dia suka tengok buah dada saya, jadi saya tak hairan. 48 00:06:36,083 --> 00:06:37,208 Siapa Nancy? 49 00:06:37,291 --> 00:06:41,208 Alahai. Si Nancy yang buat implan buntut itu. 50 00:06:41,291 --> 00:06:42,375 Menyedihkan. 51 00:06:43,125 --> 00:06:45,500 - Dia tak boleh hidup tanpa Xanax. - Ya. 52 00:06:45,583 --> 00:06:48,500 Mata dia kuyu sepanjang masa, tapi bukan itu saja. 53 00:06:48,583 --> 00:06:51,791 Suami dia lari dengan budak semasa belayar makan angin. 54 00:06:51,875 --> 00:06:53,708 Dasar jantan tak guna! 55 00:06:53,791 --> 00:06:56,916 - Budak itu tukang urut. - Ya! Bayangkanlah. 56 00:06:57,000 --> 00:07:00,541 Kalau Peter tinggalkan saya, saya akan kerat buah pelir dia. 57 00:07:00,625 --> 00:07:02,750 Saya akan tuntut rumah dan separuh pencen dia. 58 00:07:02,833 --> 00:07:05,458 Dia akan makan makanan sejuk beku dan Viagra 59 00:07:05,541 --> 00:07:07,791 untuk memenuhi nafsu kekasih mudanya. 60 00:07:07,875 --> 00:07:09,583 - Hei, semua. - Cassidy! 61 00:07:09,666 --> 00:07:10,916 - Hai, Cassidy. - Hai. 62 00:07:11,000 --> 00:07:11,833 Hei. 63 00:07:12,958 --> 00:07:14,083 Nampak? 64 00:07:14,666 --> 00:07:16,708 Dia suka tengok buah dada saya. 65 00:07:17,208 --> 00:07:18,583 Saya rasa dia lesbian. 66 00:07:19,875 --> 00:07:23,291 - Saya tak kisah. Buah dada saya cantik. - Betul itu. 67 00:07:23,375 --> 00:07:26,375 - Ya, terutamanya hari ini. - Tegang. 68 00:07:26,458 --> 00:07:27,291 Ya. 69 00:07:27,375 --> 00:07:32,333 Apa-apa pun, semasa di parti Jensen, Sam cuba mengurat saya. 70 00:07:34,041 --> 00:07:34,875 Biar betul? 71 00:07:34,958 --> 00:07:37,791 Dia minum beberapa gelas martini, 72 00:07:38,291 --> 00:07:41,333 buka zip seluar dan tunjuk kemaluan dia. 73 00:07:41,416 --> 00:07:42,250 Apa? 74 00:07:42,333 --> 00:07:43,166 Ya. 75 00:08:05,833 --> 00:08:07,750 - Hei, Stacey. - Hei. 76 00:08:07,833 --> 00:08:11,250 - Saya ingat awak dah balik. - Belum, sekejap lagi. 77 00:08:11,333 --> 00:08:12,583 Nah, yang terakhir. 78 00:08:13,958 --> 00:08:14,833 Yang terakhir? 79 00:08:14,916 --> 00:08:18,125 Santa Rahsia untuk parti Gina esok. Awak belum pilih. 80 00:08:20,750 --> 00:08:22,625 Ini untuk awak, Stacey. 81 00:08:23,375 --> 00:08:24,375 Saya? 82 00:08:25,333 --> 00:08:26,166 Okey. 83 00:08:26,708 --> 00:08:28,625 Baiklah. 84 00:08:30,666 --> 00:08:32,833 Okey, jumpa di parti esok. 85 00:08:33,666 --> 00:08:35,625 Jangan balik lambat sangat, okey? 86 00:08:36,708 --> 00:08:37,541 Okey. 87 00:08:38,041 --> 00:08:39,291 Jumpa di parti esok! 88 00:10:05,041 --> 00:10:06,916 - Hei, sayang. - Hai! 89 00:10:08,083 --> 00:10:12,000 Cuba teka siapa dijemput ke parti Santa Rahsia di rumah Gina Kapov? 90 00:10:12,083 --> 00:10:12,958 Gina? 91 00:10:16,250 --> 00:10:18,250 Dia yang bela anjing gila itu? 92 00:10:18,333 --> 00:10:21,250 Ya, tapi dia Gina Kapov. 93 00:10:22,958 --> 00:10:24,666 Bukankah awak benci mereka? 94 00:10:24,750 --> 00:10:26,833 Benci? Apa maksud awak? 95 00:10:27,458 --> 00:10:28,291 Maksud saya, 96 00:10:29,041 --> 00:10:31,666 dah bertahun-tahun awak kerja di situ, 97 00:10:31,750 --> 00:10:34,416 tapi baru sekarang mereka ajak awak berparti? 98 00:10:34,500 --> 00:10:35,833 Biasalah, perempuan. 99 00:10:35,916 --> 00:10:38,958 Mereka perlukan masa untuk terima orang macam saya. 100 00:10:39,041 --> 00:10:41,583 Orang macam awak? 101 00:10:41,666 --> 00:10:44,416 Yalah. Awak pun tahu saya pelik. 102 00:10:45,208 --> 00:10:46,041 Ya. 103 00:10:46,833 --> 00:10:50,750 Sebab itu saya suka awak, Stace. 104 00:10:50,833 --> 00:10:52,416 Hei, dengar sini. 105 00:10:53,083 --> 00:10:54,250 Itu dulu. 106 00:10:54,333 --> 00:10:56,458 Dia ajak saya ke parti Santa Rahsia. 107 00:10:56,541 --> 00:10:58,666 Saya tak sabar nak tengok rumah dia. 108 00:10:58,750 --> 00:11:02,125 Rumah dia mesti cantik macam dalam katalog. 109 00:11:02,208 --> 00:11:04,416 Hidup dia pun macam dalam katalog. 110 00:11:05,416 --> 00:11:09,000 Kulit dia cantik, rambut dia berkilat-kilat. 111 00:11:09,083 --> 00:11:12,333 Dia boleh berkawan dengan semua orang di mana-mana saja. 112 00:11:13,000 --> 00:11:13,958 Bayangkanlah. 113 00:11:16,541 --> 00:11:19,250 Awak datang ke balai dan berkawan dengan saya, bukan? 114 00:11:28,083 --> 00:11:29,250 Wah. 115 00:11:30,583 --> 00:11:31,500 Cantiknya. 116 00:11:35,541 --> 00:11:36,458 Awak lapar? 117 00:11:37,208 --> 00:11:40,375 Saya nak habiskan kepak ayam ini sambil tengok poker. 118 00:11:40,458 --> 00:11:42,166 Tak, saya nak siapkannya. 119 00:11:45,583 --> 00:11:46,458 Okey. 120 00:11:46,958 --> 00:11:48,833 Ada tiga jenis kad. 121 00:11:52,750 --> 00:11:56,583 Kad keempat ialah tiga kelawar. Martini perlukan satu lagi kad. 122 00:11:56,666 --> 00:11:59,666 Diselimuti udara dingin 123 00:11:59,750 --> 00:12:04,000 Masa untuk meraikan Inilah saatnya 124 00:12:04,083 --> 00:12:07,666 Untuk bergembira sepanjang malam… 125 00:12:33,791 --> 00:12:35,916 Delilah! 126 00:12:36,000 --> 00:12:38,083 Jangan! 127 00:12:38,166 --> 00:12:40,750 Berhenti! 128 00:12:41,458 --> 00:12:43,125 Saya tahu kamu teruja. 129 00:12:43,875 --> 00:12:46,458 Masuklah. Maaf, ia terlalu teruja. 130 00:12:46,541 --> 00:12:49,208 Kamu akan dikurung di bilik bawah tanah. 131 00:12:49,291 --> 00:12:51,750 Kemudian, dia tanggal seluar 132 00:12:53,041 --> 00:12:55,958 dan melibas-libas pelir dia yang besar itu. 133 00:12:56,541 --> 00:13:00,000 - Besar nak mampus. - Besar mana? 134 00:13:00,083 --> 00:13:01,208 Besar mana? 135 00:13:01,291 --> 00:13:04,000 Mungkin saya boleh masuk hospital. 136 00:13:04,083 --> 00:13:07,416 Itulah yang seronoknya kalau bercerai. 137 00:13:07,500 --> 00:13:11,208 Saya tak perlu hadap pelir kontot bekas suami saya lagi. 138 00:13:13,666 --> 00:13:16,041 - Jom minum untuk raikannya. - Jom! 139 00:13:16,125 --> 00:13:18,833 - Minum! - Ya. 140 00:13:18,916 --> 00:13:20,041 Minum. 141 00:13:22,958 --> 00:13:25,875 Sejak Peter ambil ubat antidepresan, 142 00:13:25,958 --> 00:13:28,166 pelir dia lembik macam spageti basah. 143 00:13:28,250 --> 00:13:30,750 - Teruknya. - Langsung tak boleh tegang. 144 00:13:31,583 --> 00:13:33,416 Itulah yang paling teruk. 145 00:13:33,500 --> 00:13:36,375 - Pelir spageti basah memang teruk. - Tragiknya. 146 00:13:36,458 --> 00:13:40,875 Ya, dia mati pucuk dan suruh saya jolok vibrator ke dalam duburnya. 147 00:13:40,958 --> 00:13:43,250 Awak jolok ke dalam… 148 00:13:43,333 --> 00:13:44,500 Dalam dubur dia. 149 00:13:44,583 --> 00:13:48,666 - Dia suka? - Mestilah, Lisa. Semua lelaki suka. 150 00:13:48,750 --> 00:13:52,291 - Saya tak suka. - Peter suka vibrator saya. 151 00:13:52,375 --> 00:13:54,791 Saya pun suka vibrator saya, jadi… 152 00:13:54,875 --> 00:13:57,333 Kalaulah ia wujud 20 tahun dulu. 153 00:13:57,875 --> 00:13:59,875 Vibrator dan filler, betul? 154 00:13:59,958 --> 00:14:00,791 Setuju. 155 00:14:00,875 --> 00:14:03,458 Oh, Tuhan. Filler sangat popular sekarang. 156 00:14:03,541 --> 00:14:07,500 Gina, kulit awak nampak mulus. Apa rahsia awak? 157 00:14:07,583 --> 00:14:09,291 Terima kasih. 158 00:14:10,583 --> 00:14:13,208 Okey, kamu mesti jumpa Doktor Ramesh. 159 00:14:13,291 --> 00:14:17,791 Dia ada filler Ruboderm baharu dan hasilnya selembut kulit bayi. 160 00:14:17,875 --> 00:14:19,375 - Wah. - Saya suka filler. 161 00:14:19,458 --> 00:14:20,666 - Saya pun. - Ya. 162 00:14:20,750 --> 00:14:24,166 Saya nak tegangkan kulit muka, kemudian minta cerai. 163 00:14:24,250 --> 00:14:27,333 Awak boleh buat rawatan biasa untuk tegangkan kulit 164 00:14:27,416 --> 00:14:28,958 atau rawatan satah. 165 00:14:29,041 --> 00:14:32,000 Doktor akan potong ligamen di bawah kulit muka awak 166 00:14:32,083 --> 00:14:34,500 dan tariknya untuk tegangkan kulit muka. 167 00:14:34,583 --> 00:14:35,750 Hebatnya. 168 00:14:35,833 --> 00:14:38,583 - Kosnya 25 ribu dolar, bukan? - Ya. 169 00:14:38,666 --> 00:14:40,083 - Apa? - Saya dah daftar. 170 00:14:40,166 --> 00:14:42,000 - Awak dah daftar? - Ya. 171 00:14:42,083 --> 00:14:43,708 Saya kata… Ya. 172 00:14:43,791 --> 00:14:48,875 Apa-apa pun, dah tiba masa untuk buka hadiah! 173 00:14:51,541 --> 00:14:52,916 Duduk, semua. 174 00:14:53,000 --> 00:14:54,333 Duduk. 175 00:14:54,416 --> 00:14:58,041 - Bukankah kita patut tukar-tukar hadiah? - Entahlah. 176 00:14:58,125 --> 00:15:01,500 - Saya ingat ini parti Santa Rahsia. - Taklah. 177 00:15:01,583 --> 00:15:04,541 Saya tahu hajat kamu semua, jadi Jill. 178 00:15:04,625 --> 00:15:06,541 - Terima kasih! - Bukan rahsia? 179 00:15:06,625 --> 00:15:07,458 Terima kasih. 180 00:15:08,333 --> 00:15:10,541 Kita tahu hadiah yang semua orang nak, jadi… 181 00:15:10,625 --> 00:15:13,291 - Kathy. - Terima kasih. 182 00:15:13,375 --> 00:15:14,750 Seterusnya, Jill… 183 00:15:14,833 --> 00:15:16,041 Terima kasih. 184 00:15:16,583 --> 00:15:20,541 - Sama-sama. Nah, Cassidy. - Terima kasih. 185 00:15:20,625 --> 00:15:22,416 Sama-sama. 186 00:15:22,500 --> 00:15:23,875 Ini pula untuk Lisa. 187 00:15:23,958 --> 00:15:25,166 Terima kasih. 188 00:15:27,375 --> 00:15:29,291 Ini pula untuk awak, Stacey. 189 00:15:30,458 --> 00:15:32,625 Terima kasih, Gina. 190 00:15:35,500 --> 00:15:36,791 Bukalah! 191 00:15:42,958 --> 00:15:45,458 - Oh, Tuhan! Sukanya saya. - Biar betul? 192 00:15:47,958 --> 00:15:49,166 Sama-sama! 193 00:15:49,250 --> 00:15:51,041 - Gina! - Terima kasih! 194 00:15:52,583 --> 00:15:55,333 - Awak pernah cuba losen ini? - Tak, saya tak… 195 00:15:56,666 --> 00:15:59,875 - Saya suka losen ini. - Hebatnya. 196 00:15:59,958 --> 00:16:02,375 - Alo Glo. - Alo Glo. 197 00:16:03,875 --> 00:16:05,083 Ya, saya tahu. 198 00:16:05,166 --> 00:16:08,583 Harga set ini sangat mahal dan tiada dalam pasaran, 199 00:16:08,666 --> 00:16:09,833 jadi sama-sama. 200 00:16:09,916 --> 00:16:11,791 Wanginya bau. 201 00:16:13,000 --> 00:16:16,583 Saya tahu ia sangat cantik. Ia memang menakjubkan. 202 00:16:16,666 --> 00:16:18,166 Ini hadiah awak, Gina. 203 00:16:22,833 --> 00:16:24,333 - Besarnya. - Wah. 204 00:16:24,416 --> 00:16:27,833 - Saya suka yang besar-besar. - Saya suka benda besar! 205 00:16:27,916 --> 00:16:29,666 Apa isinya? 206 00:16:29,750 --> 00:16:30,750 Okey. 207 00:16:30,833 --> 00:16:37,833 - Buka! - Buka! 208 00:16:39,666 --> 00:16:40,625 - Buka! - Buka! 209 00:16:41,875 --> 00:16:43,541 Okey, saya buka. 210 00:16:43,625 --> 00:16:47,041 Apa isinya, ya? 211 00:16:47,875 --> 00:16:48,875 Saya tak… 212 00:16:48,958 --> 00:16:51,083 Saya tak tahu apa nak… 213 00:16:51,750 --> 00:16:53,875 - cakap… - Biar saya tolong. 214 00:16:53,958 --> 00:16:55,791 - Jangan takut. - …atau buat. 215 00:17:00,166 --> 00:17:01,166 Itu itik sebenar? 216 00:17:01,250 --> 00:17:02,375 Ya. 217 00:17:03,375 --> 00:17:04,208 Nah. 218 00:17:04,708 --> 00:17:07,125 - Awak bunuh itik ini? - Ya, saya tembak. 219 00:17:07,208 --> 00:17:10,541 Saya dah keluarkan isi perutnya supaya ia tak busuk. 220 00:17:10,625 --> 00:17:13,000 Kemudian, saya basuh bersih-bersih. 221 00:17:13,083 --> 00:17:15,541 Selepas itu, saya jahitnya semula. 222 00:17:15,625 --> 00:17:19,375 Saya sumbatnya dengan stirofoam dan dawai. 223 00:17:19,458 --> 00:17:22,958 Saya gantikan matanya dengan manik kaca. 224 00:17:24,208 --> 00:17:26,250 - Okey. - Awak boleh simpan sampai bila-bila. 225 00:17:26,333 --> 00:17:27,458 Tak apa. 226 00:17:27,541 --> 00:17:28,375 Okey. 227 00:17:31,458 --> 00:17:33,958 - Terima kasih, Stacey. - Sama-sama. 228 00:17:35,500 --> 00:17:39,666 Biar saya letaknya semula di dalam kotak itu. 229 00:17:39,750 --> 00:17:40,750 Tutup elok-elok. 230 00:17:43,791 --> 00:17:45,750 Alihkannya dari pandangan. 231 00:17:45,833 --> 00:17:49,500 - Jauh-jauh sikit. - Eloklah begitu, G. 232 00:17:51,500 --> 00:17:53,625 - Peliknya. - Ia memang pelik. 233 00:17:55,750 --> 00:17:57,416 Macam mana dengan losen itu? 234 00:17:57,500 --> 00:17:59,166 Cubalah! 235 00:17:59,250 --> 00:18:03,041 Harganya sangat mahal dan stoknya terhad! 236 00:18:03,125 --> 00:18:07,958 - Di mana awak beli? - Biarlah rahsia. 237 00:18:13,583 --> 00:18:15,041 Ini formula saintifik. 238 00:18:20,125 --> 00:18:21,625 Semakin banyak awak sapu… 239 00:18:25,166 --> 00:18:26,000 Wah. 240 00:18:32,541 --> 00:18:33,708 Lembutnya. 241 00:18:35,000 --> 00:18:36,583 Oh, Tuhan. Ya. 242 00:18:39,166 --> 00:18:41,125 Wah. 243 00:19:03,000 --> 00:19:04,166 Baunya menenangkan. 244 00:19:06,416 --> 00:19:07,416 Awak rasa? 245 00:19:07,500 --> 00:19:09,208 Ya, saya rasa hangat. 246 00:19:11,041 --> 00:19:11,875 Alamak. 247 00:19:12,458 --> 00:19:14,541 Stacey, muka awak. 248 00:19:14,625 --> 00:19:15,750 Kenapa? 249 00:19:15,833 --> 00:19:18,000 - Alamak. - Ia memang hangat. 250 00:19:18,916 --> 00:19:21,250 - Kulit muka awak merah. - Oh, Tuhan. 251 00:19:21,833 --> 00:19:23,125 - Apa? - Muka awak merah. 252 00:19:23,208 --> 00:19:26,125 - Merah? - Merah padam. Gelinya. 253 00:19:26,208 --> 00:19:27,458 - Ya. - Terukkah? 254 00:19:27,541 --> 00:19:29,000 - Ya. - Ia agak teruk. 255 00:19:29,083 --> 00:19:30,916 - Boleh tahan. - Teruk juga. 256 00:19:31,000 --> 00:19:32,166 Oh, Tuhan. 257 00:19:32,250 --> 00:19:34,000 - Muka saya… - Macam ruam. 258 00:19:36,000 --> 00:19:39,041 Terima kasih untuk pek ais ini. Saya akan pulangkan. 259 00:19:39,125 --> 00:19:41,500 Tak apa, ambil saja. 260 00:19:43,333 --> 00:19:46,208 - Maaf kerana rosakkan parti awak. - Taklah. 261 00:19:46,750 --> 00:19:47,875 Bukan salah awak. 262 00:19:49,750 --> 00:19:51,916 Cuaca sangat sejuk. Baliklah. 263 00:19:57,833 --> 00:19:59,083 Selamat Hari Krismas… 264 00:20:09,250 --> 00:20:10,875 Saya rasa awak alah. 265 00:20:13,166 --> 00:20:16,541 Kenapalah saya alah dengan losen terbaik di dunia? 266 00:20:16,625 --> 00:20:20,541 Kalau ia losen terbaik di dunia, muka awak takkan merah padam. 267 00:20:22,000 --> 00:20:24,291 Orang lain pakai elok saja. 268 00:20:24,791 --> 00:20:25,958 Awak sensitif. 269 00:20:26,958 --> 00:20:28,583 Kulit awak sensitif, Stace. 270 00:20:29,750 --> 00:20:33,416 Ingat minyak wangi lavender yang awak nak Krismas tahun lepas? 271 00:20:33,500 --> 00:20:35,625 Ia buat leher awak bertompok-tompok. 272 00:20:38,250 --> 00:20:39,541 Saya yang bermasalah. 273 00:20:39,625 --> 00:20:40,750 Saya hodoh. 274 00:20:41,416 --> 00:20:43,833 Dahlah hodoh, bodoh pula itu. 275 00:20:44,625 --> 00:20:47,166 Hei, jangan cakap macam itu. 276 00:22:14,000 --> 00:22:15,041 Pagi, sayang. 277 00:22:20,250 --> 00:22:22,375 Pemanas Tangan Zippo… 278 00:22:25,666 --> 00:22:29,875 Anda tak perlu ke meja bedah untuk kejar kesempurnaan. 279 00:22:31,000 --> 00:22:33,166 Sapu saja Alo Glo. 280 00:22:34,250 --> 00:22:38,083 Ubah diri anda daripada itik hodoh menjadi swan yang rupawan, 281 00:22:38,166 --> 00:22:40,833 pada harga serendah 199.99 dolar. 282 00:22:41,458 --> 00:22:43,416 Alo Glo ialah jawapannya. 283 00:22:43,500 --> 00:22:46,041 Hubungi nombor yang tertera pada skrin anda. 284 00:22:46,125 --> 00:22:48,625 Alo Glo satu-satunya produk penjagaan kulit 285 00:22:48,708 --> 00:22:51,583 yang mampu mengubah tubuh, minda dan jiwa anda. 286 00:22:52,208 --> 00:22:54,625 Kalau anda impikan kulit selembut sutera, 287 00:22:54,708 --> 00:22:57,916 mendambakan perhatian, berhasrat menyesuaikan diri 288 00:22:58,416 --> 00:23:02,958 atau tutup mulut kawan-kawan di bank yang suka ketawakan anda. 289 00:23:04,625 --> 00:23:06,250 Anda tahu cara mereka memandang. 290 00:23:06,333 --> 00:23:09,458 Lebih tepat lagi, mereka langsung tak pandang anda. 291 00:23:10,333 --> 00:23:11,458 Jom kita ubahnya. 292 00:23:13,666 --> 00:23:15,541 Apa yang sedang berlaku? 293 00:23:16,875 --> 00:23:18,500 Ayuh, Stacey. 294 00:23:20,375 --> 00:23:22,708 Bukankah ini yang awak impikan? 295 00:23:24,625 --> 00:23:27,916 Kenapa nak kekal hodoh sedangkan awak boleh jadi cantik? 296 00:23:28,416 --> 00:23:30,791 Hubungi nombor yang tertera sekarang. 297 00:23:30,875 --> 00:23:31,708 HUBUNGI SEKARANG 298 00:23:31,791 --> 00:23:34,166 - Kesan sampingan termasuk… - Gila betul. 299 00:23:34,250 --> 00:23:38,416 …perubahan emosi, sakit sendi, halusinasi, kurang libido, 300 00:23:38,500 --> 00:23:42,750 kekosongan jiwa, tidak bermaya, kurang keperibadian 301 00:23:42,833 --> 00:23:44,833 dan kurang keyakinan diri. 302 00:23:44,916 --> 00:23:49,125 Anda akan hilang minat terhadap aktiviti kesukaan anda, 303 00:23:49,208 --> 00:23:50,875 tapi semuanya berbaloi. 304 00:23:50,958 --> 00:23:52,500 Bodohnya! 305 00:23:53,208 --> 00:23:54,833 Apa jadahnya ini? 306 00:23:56,041 --> 00:23:58,125 Apa yang kelakar, Stacey? 307 00:23:58,708 --> 00:24:01,250 Tak, saya tak nak cakap dengan TV. 308 00:24:02,208 --> 00:24:05,583 Awak tak cakap dengan TV, tapi dengan saya. 309 00:24:07,958 --> 00:24:11,458 Saya boleh ubah hidup awak dan bukan itu saja. 310 00:24:12,291 --> 00:24:16,250 Saya boleh beri awak ketenangan dan status dalam masyarakat. 311 00:24:17,375 --> 00:24:20,750 Percayalah, Alo Glo boleh ubah hidup awak. 312 00:24:21,958 --> 00:24:24,958 Saya nampak tiub Alo Glo di atas meja di depan awak, 313 00:24:25,458 --> 00:24:27,333 tapi awak tak gunanya. 314 00:24:28,458 --> 00:24:31,125 Saya dah sapu, tapi ia tak berkesan. 315 00:24:31,208 --> 00:24:33,208 Tengoklah. Habis merah kulit saya. 316 00:24:33,291 --> 00:24:36,791 Awak perlu guna sampai habis dan satu tiub tak memadai. 317 00:24:37,375 --> 00:24:39,916 Awak nak ubah dari hujung rambut ke hujung kaki. 318 00:24:41,666 --> 00:24:45,041 Ya, tapi pedih. Ia buat kulit saya gatal-gatal. 319 00:24:45,125 --> 00:24:46,875 Mestilah pedih. 320 00:24:46,958 --> 00:24:48,916 Maksudnya, ia berkesan. 321 00:24:49,583 --> 00:24:52,416 Kulit gatal-gatal kerana ia nak sembuh. 322 00:24:52,500 --> 00:24:55,208 Semakin teruk gatalnya, semakin cepat sembuh. 323 00:24:55,291 --> 00:24:58,125 Tempoh penyembuhan awak panjang, Stacey. 324 00:24:59,375 --> 00:25:00,750 Angkat gagang telefon. 325 00:25:02,208 --> 00:25:03,916 Fikirlah, Stacey. 326 00:25:04,000 --> 00:25:06,666 Keluarlah daripada kepompong itu 327 00:25:06,750 --> 00:25:09,833 kerana tiada sesiapa nak berkawan dengan awak. 328 00:25:10,625 --> 00:25:13,333 Tiada sesiapa nak tengok muka awak, 329 00:25:14,041 --> 00:25:15,375 tapi tak lama lagi, 330 00:25:15,458 --> 00:25:18,166 awak akan capai kesempurnaan yang awak impikan. 331 00:25:19,083 --> 00:25:22,916 Sahabat sejati, kebahagiaan, ketenangan dan kemasyhuran. 332 00:25:23,000 --> 00:25:24,875 Semua itu cuma dusta. 333 00:25:26,041 --> 00:25:28,416 Semua orang nak jadi cantik. 334 00:25:30,000 --> 00:25:32,375 Sedarlah daripada lamunan. 335 00:25:32,458 --> 00:25:36,875 Keluar daripada kepompong dan sapulah Alo Glo. 336 00:25:36,958 --> 00:25:38,583 Masukkan nombor kad kredit. 337 00:25:38,666 --> 00:25:41,250 Dengan keajaiban retinol dan peptida, 338 00:25:41,333 --> 00:25:44,541 ia meresap jauh ke dalam lapisan dermis kulit anda. 339 00:25:44,625 --> 00:25:47,041 - Membuatkan kulit licin… - Terima kasih. 340 00:25:47,125 --> 00:25:49,458 Kini, anda selangkah lebih cantik. 341 00:25:49,541 --> 00:25:52,083 Alo Glo melahirkan diri anda yang baharu. 342 00:25:52,166 --> 00:25:56,208 Jangan lupa. Ia takkan berkesan kalau anda tak guna. 343 00:27:40,791 --> 00:27:42,833 PANDUAN POKER UNTUK ORANG BIASA 344 00:27:52,250 --> 00:27:53,208 Stace? 345 00:27:54,291 --> 00:27:55,666 Ada orang ketuk pintu? 346 00:27:58,375 --> 00:28:00,000 Awak tak kerja hari ini? 347 00:28:00,875 --> 00:28:02,166 Saya cuti sakit. 348 00:28:04,041 --> 00:28:06,083 Teruknya muka awak! 349 00:28:08,666 --> 00:28:09,875 Sikit saja. 350 00:28:10,708 --> 00:28:11,583 Ya. 351 00:28:12,541 --> 00:28:13,916 Ia nampak agak teruk. 352 00:28:15,541 --> 00:28:17,166 Gatal-gatal saja. 353 00:28:19,375 --> 00:28:21,708 Awak patut berhenti guna losen itu. 354 00:28:22,625 --> 00:28:25,458 Ini satu proses. Gatal-gatal sebab nak sembuh. 355 00:28:27,416 --> 00:28:31,916 Awak tahu berapa banyak mereka untung dengan jual krim, bedak dan losen itu? 356 00:28:33,375 --> 00:28:35,541 Kononnya ada yang tak kena dengan awak. 357 00:28:36,291 --> 00:28:38,125 Memang ada yang tak kena. 358 00:28:39,500 --> 00:28:40,833 Awak baik-baik saja. 359 00:28:42,625 --> 00:28:43,583 Semuanya okey. 360 00:28:43,666 --> 00:28:47,250 Kalau ada yang tak kena dengan awak, maksudkan saya pun sama. 361 00:28:47,750 --> 00:28:48,583 Tak. 362 00:28:49,750 --> 00:28:50,916 Awak okey. 363 00:28:51,500 --> 00:28:52,875 Awak sentiasa okey. 364 00:28:52,958 --> 00:28:54,000 Nak tahu kenapa? 365 00:28:54,875 --> 00:28:56,041 Sebab awak lelaki. 366 00:28:57,083 --> 00:29:02,041 Lelaki boleh jadi gemuk, berbulu, hodoh, pengotor, tua dan tiada sesiapa peduli. 367 00:29:02,125 --> 00:29:04,875 Semua orang suka dan nak cakap dengan awak. 368 00:29:05,791 --> 00:29:08,208 Saya tak nak cakap dengan semua orang. 369 00:29:08,791 --> 00:29:10,750 Saya cuma nak cakap dengan awak. 370 00:29:12,416 --> 00:29:15,375 Terima kasih, sayang. Saya hargainya. 371 00:29:17,875 --> 00:29:19,083 Saya nak berubah. 372 00:29:20,666 --> 00:29:24,500 Ia satu proses, jadi awak patut sokong saya. 373 00:29:26,541 --> 00:29:29,583 Sokong awak? 374 00:29:29,666 --> 00:29:31,458 Saya nak awak sokong saya. 375 00:29:38,041 --> 00:29:39,708 Berhenti menggaru, sayang. 376 00:30:02,583 --> 00:30:06,875 Bina dan kuatkan otot anda dengan mesin kecergasan Full Fit. 377 00:30:06,958 --> 00:30:10,000 Tiada gim yang setanding Full Fit. 378 00:30:10,083 --> 00:30:13,375 Mesin Full Fit kompak, mudah digunakan dan direka khas… 379 00:30:13,458 --> 00:30:14,708 …bertatahkan berlian… 380 00:30:14,791 --> 00:30:16,416 …seekor mamalia yang rajin. 381 00:30:16,500 --> 00:30:19,583 Beaver rajin membaiki kebocoran benteng sarangnya. 382 00:30:19,666 --> 00:30:23,250 Rahsia purba kad tarot mistik yang menilik masa depan anda. 383 00:30:23,333 --> 00:30:28,333 Nak tahu takdir hidup anda? Hubungi 1-900-860-1111 sekarang. 384 00:30:28,416 --> 00:30:30,625 Penulis dan ahli numerologi… 385 00:30:30,708 --> 00:30:32,541 Alo Glo produk penjagaan kulit 386 00:30:32,625 --> 00:30:35,583 yang mampu mengubah tubuh, minda dan jiwa anda. 387 00:30:36,166 --> 00:30:40,041 Kalau anda impikan kulit selembut sutera, mendambakan perhatian 388 00:30:40,125 --> 00:30:43,958 atau kelihatan semakin muda, Alo Glo ialah jawapannya 389 00:30:44,041 --> 00:30:47,166 pada harga serendah 299.99 dolar. 390 00:30:47,250 --> 00:30:49,666 Hubungi nombor yang tertera sekarang. 391 00:30:50,250 --> 00:30:51,875 Tunggu apa lagi? 392 00:30:52,458 --> 00:30:54,208 Realisasikan impian anda. 393 00:30:54,708 --> 00:30:56,208 Alo Glo cepat dan mudah. 394 00:30:56,833 --> 00:30:58,625 Melaburlah untuk diri sendiri. 395 00:31:17,250 --> 00:31:18,125 Sayang. 396 00:31:20,125 --> 00:31:21,208 Awak menggaru. 397 00:31:22,375 --> 00:31:24,875 Awak patut berhenti menggaru semasa tidur. 398 00:31:26,208 --> 00:31:28,166 Merahnya kulit awak. 399 00:31:29,666 --> 00:31:30,500 Berhenti. 400 00:31:30,583 --> 00:31:32,166 Dia kata ia berkesan. 401 00:31:32,250 --> 00:31:34,416 Kalau gatal, maksudnya ia berkesan. 402 00:31:36,958 --> 00:31:39,166 Pergi ambil miten di dapur. 403 00:31:39,666 --> 00:31:40,916 Pakainya dan tidur. 404 00:31:53,583 --> 00:31:55,083 Helo? 405 00:31:58,250 --> 00:31:59,416 Helo? 406 00:32:03,541 --> 00:32:05,166 Helo, Stacey. 407 00:32:06,041 --> 00:32:07,416 Gembira jumpa awak. 408 00:32:11,750 --> 00:32:12,791 Mari sini. 409 00:32:17,458 --> 00:32:18,458 Dekat lagi. 410 00:32:21,500 --> 00:32:24,416 Biar saya tengok perkembangan awak. 411 00:32:29,375 --> 00:32:32,875 Tak banyak pun. Sebaliknya, ia semakin teruk. 412 00:32:33,875 --> 00:32:35,375 Keith kata saya alah. 413 00:32:35,875 --> 00:32:38,291 Taklah, awak tak alah. 414 00:32:38,791 --> 00:32:40,333 Maknanya, ia berkesan. 415 00:32:40,916 --> 00:32:42,583 Awak perlu biar ia menjelma. 416 00:32:44,541 --> 00:32:45,750 Apa yang menjelma? 417 00:32:46,416 --> 00:32:47,750 Diri awak yang baharu, 418 00:32:48,916 --> 00:32:50,708 tapi awak mesti percaya saya. 419 00:32:51,833 --> 00:32:53,791 Awak mesti percaya formulanya. 420 00:32:54,833 --> 00:32:59,291 Masalahnya, saya rasa awak tak percaya saya. 421 00:33:02,375 --> 00:33:04,958 Tidak, tunggu. Nanti dulu. Jangan pergi. 422 00:33:05,041 --> 00:33:05,875 Tunggu! 423 00:33:06,625 --> 00:33:07,708 Jangan pergi. 424 00:33:08,791 --> 00:33:09,625 Helo? 425 00:33:10,750 --> 00:33:11,583 Helo? 426 00:33:14,416 --> 00:33:16,375 Awak tahu maksud percaya, Stacey? 427 00:33:17,708 --> 00:33:18,541 Ya. 428 00:33:20,375 --> 00:33:21,458 Hulur tangan awak. 429 00:33:30,416 --> 00:33:32,250 Jangan berhenti separuh jalan. 430 00:33:36,166 --> 00:33:37,208 Ada soalan? 431 00:33:42,583 --> 00:33:43,416 Sakitkah? 432 00:33:46,833 --> 00:33:47,666 Awak rasa? 433 00:33:49,000 --> 00:33:51,333 Awak tak sakit hati apabila disisihkan? 434 00:33:53,083 --> 00:33:54,500 Apabila dipandang sinis? 435 00:33:55,875 --> 00:33:58,708 Apabila mereka ejek dan ketawakan awak? 436 00:34:01,250 --> 00:34:02,083 Sakit. 437 00:34:03,958 --> 00:34:06,166 Awak nak rasa macam mana jadi cantik? 438 00:34:08,166 --> 00:34:09,666 - Nak. - Bagus. 439 00:34:11,458 --> 00:34:13,000 Awak percaya saya, Stacey? 440 00:34:18,791 --> 00:34:21,125 - Ya. - Ya, awak percaya saya. 441 00:34:21,208 --> 00:34:24,541 - Saya percaya awak. - Baguslah kalau macam itu. 442 00:34:24,625 --> 00:34:27,458 Awak dah bersedia, Stacey. 443 00:34:27,541 --> 00:34:31,208 Awak dah bersedia untuk serap keajaiban retinol dan peptida. 444 00:34:31,291 --> 00:34:35,041 Biarkan ia meresap, Stacey. Ia dah pun ada dalam tubuh awak. 445 00:34:36,208 --> 00:34:37,333 Apa maksud awak? 446 00:34:37,875 --> 00:34:40,208 Hidup baharu yang awak impikan. 447 00:34:41,041 --> 00:34:46,041 Ia dah pun hidup di bawah lapisan dermis kulit awak. 448 00:34:50,583 --> 00:34:51,791 Di bawah kulit saya? 449 00:34:55,208 --> 00:34:56,250 Sapu lagi. 450 00:36:05,166 --> 00:36:06,000 Keith. 451 00:36:09,791 --> 00:36:12,000 Boleh awak ambil cuti esok? 452 00:36:14,958 --> 00:36:17,833 Tak, awak tahu saya tak boleh cuti. 453 00:38:12,791 --> 00:38:13,625 Stace? 454 00:38:15,458 --> 00:38:16,375 Awak dah balik? 455 00:38:22,416 --> 00:38:23,250 Stace? 456 00:38:26,250 --> 00:38:27,083 Awak lapar? 457 00:39:16,625 --> 00:39:18,708 Jadilah pemanggil bertuah yang terpilih… 458 00:39:21,166 --> 00:39:22,166 Stace? 459 00:39:23,916 --> 00:39:25,583 One-Eyed Jacks dah mula. 460 00:39:26,291 --> 00:39:27,125 Sayang? 461 00:39:38,250 --> 00:39:41,625 Saya akan turun, tapi tolong jangan cakap apa-apa 462 00:39:41,708 --> 00:39:43,833 kerana saya tahu awak akan berleter. 463 00:39:47,875 --> 00:39:48,708 Okey. 464 00:40:07,166 --> 00:40:08,083 Dah nak sembuh. 465 00:40:09,625 --> 00:40:11,083 Sembuh? 466 00:40:11,666 --> 00:40:13,541 Sayang, ia semakin teruk. 467 00:40:14,583 --> 00:40:16,125 Jom jumpa Doktor Sneider. 468 00:40:16,208 --> 00:40:18,916 Tak apa, saya okey. Percayalah. 469 00:40:19,416 --> 00:40:21,916 Ini cuma sebahagian daripada proses. 470 00:40:22,000 --> 00:40:23,833 Lama-lama nanti, sembuhlah. 471 00:40:25,375 --> 00:40:28,083 Ini bukan alahan macam yang awak sangka. 472 00:40:28,166 --> 00:40:31,208 Sebenarnya, ia sedang tumbuh di bawah kulit saya. 473 00:40:31,291 --> 00:40:34,750 - Macam itulah cara ia menyembuh. - Stacey, apa awak cakap? 474 00:40:34,833 --> 00:40:36,333 Saya rasa ia berkesan. 475 00:40:37,291 --> 00:40:40,500 Kenapa awak marah? Awak pun tahu saya… 476 00:40:41,416 --> 00:40:43,416 Losen ini akan ubah hidup saya. 477 00:40:43,958 --> 00:40:45,458 Saya akan berubah. 478 00:40:47,083 --> 00:40:48,875 Awak tak perlu ubah apa-apa. 479 00:40:50,375 --> 00:40:52,500 Awak takkan faham. 480 00:40:52,583 --> 00:40:54,625 Ada peptida dan retinol. 481 00:40:54,708 --> 00:40:58,916 Formula luar biasanya berasaskan enam bahan yang dilindungi paten. 482 00:40:59,500 --> 00:41:01,291 Awak dah makan hari ini? 483 00:41:05,125 --> 00:41:05,958 Dah? 484 00:41:07,166 --> 00:41:08,500 Makan roti sosej ini. 485 00:41:12,500 --> 00:41:13,333 Nah. 486 00:41:21,083 --> 00:41:23,583 Ya. 487 00:41:25,750 --> 00:41:26,583 Nampak? 488 00:41:28,083 --> 00:41:29,041 Macam itulah. 489 00:41:33,208 --> 00:41:34,458 Awak patut… 490 00:41:35,500 --> 00:41:37,750 Bawa bertenang. 491 00:41:38,250 --> 00:41:39,083 Okey? 492 00:41:42,000 --> 00:41:43,208 Awak okey saja. 493 00:41:44,333 --> 00:41:45,708 Awak cantik. 494 00:41:47,000 --> 00:41:48,250 Dalaman dan luaran. 495 00:41:51,125 --> 00:41:55,125 Awak kata dalaman, maksudnya luaran saya tak cantik. 496 00:41:55,208 --> 00:41:56,708 Tak, ia… 497 00:41:56,791 --> 00:41:57,875 Awak cantik. 498 00:41:57,958 --> 00:42:00,000 Awak cantik luar dan dalam. 499 00:42:01,333 --> 00:42:04,541 Kalau macam itu, kenapa saya nak carik-carik kulit saya 500 00:42:04,625 --> 00:42:06,833 dan buangnya ke tong sampah? 501 00:42:11,125 --> 00:42:13,791 - Awak nak pergi mana? - Saya nak turun. 502 00:42:13,875 --> 00:42:15,875 Jangan sentuh lagi losen itu. 503 00:42:16,375 --> 00:42:17,750 Saya serius, Stace. 504 00:45:14,666 --> 00:45:16,000 Apa awak dah buat? 505 00:45:17,375 --> 00:45:18,416 Biar betul? 506 00:45:21,208 --> 00:45:23,458 Apa yang dah merasuk awak? 507 00:45:24,000 --> 00:45:24,875 Tak. 508 00:45:25,916 --> 00:45:29,625 Saya sangat teruja dan tak pernah rasa macam ini. 509 00:45:32,708 --> 00:45:35,916 - Ini bukan awak, Stace. - Jangan menilai orang, Keith. 510 00:45:36,000 --> 00:45:37,541 Tak baik dan kejam. 511 00:45:39,500 --> 00:45:40,333 Tak. 512 00:45:42,125 --> 00:45:47,583 Awak Stacey Elizabeth Chapman. 513 00:45:48,291 --> 00:45:49,958 Kenapa saya suka awak? 514 00:45:50,041 --> 00:45:51,916 Awak suka tengok filem seram. 515 00:45:52,666 --> 00:45:55,833 Awak beranikan diri tontonnya kerana tak boleh tidur. 516 00:45:56,416 --> 00:45:57,500 Awak sangat bijak. 517 00:45:58,416 --> 00:45:59,750 Awak pandai matematik. 518 00:46:00,708 --> 00:46:02,333 Awak pencinta alam. 519 00:46:02,833 --> 00:46:04,583 Awak suka taksidermi. 520 00:46:08,125 --> 00:46:09,166 Awak artis. 521 00:46:09,833 --> 00:46:13,208 Orang lain nampak bangkai, tapi awak nampak seni. 522 00:46:14,583 --> 00:46:15,833 Seni yang indah. 523 00:46:16,541 --> 00:46:18,041 Awak buat ia jadi cantik. 524 00:46:19,708 --> 00:46:20,708 Awak baik hati… 525 00:46:22,833 --> 00:46:23,666 kelakar 526 00:46:25,208 --> 00:46:26,458 dan bertimbang rasa. 527 00:46:29,833 --> 00:46:31,583 Awak sempurna di mata saya. 528 00:46:34,333 --> 00:46:36,458 Itulah masalah awak, Keith. 529 00:46:37,416 --> 00:46:38,250 Cukup! 530 00:46:41,083 --> 00:46:44,833 Saya nak awak berhenti mengarut sekarang. 531 00:46:45,416 --> 00:46:46,333 Faham? 532 00:46:48,250 --> 00:46:52,250 Awak tak faham proses perubahan diri saya. 533 00:46:52,833 --> 00:46:55,250 Sebab saya dah penat dan muak. 534 00:46:57,958 --> 00:46:59,250 Dah terlambat, Keith. 535 00:47:01,208 --> 00:47:02,875 Dia dah menjelma. 536 00:47:05,750 --> 00:47:06,583 Siapa? 537 00:47:08,125 --> 00:47:09,416 Siapa yang menjelma? 538 00:47:11,041 --> 00:47:12,166 Siapa dia? 539 00:47:13,500 --> 00:47:15,291 Selepas saya berubah… 540 00:47:15,875 --> 00:47:16,708 Cukup! 541 00:47:17,958 --> 00:47:19,208 Okey, relakslah. 542 00:47:19,291 --> 00:47:21,708 Tiada apa-apa yang berubah! 543 00:47:23,708 --> 00:47:25,416 Okey. 544 00:47:29,375 --> 00:47:30,291 Sebenarnya… 545 00:47:32,416 --> 00:47:34,583 awak tak nak berubah… 546 00:47:37,458 --> 00:47:39,791 dan awak tak nak saya pun berubah. 547 00:47:40,416 --> 00:47:41,250 Betul? 548 00:47:41,333 --> 00:47:43,000 Saya tak nak awak berubah. 549 00:47:44,041 --> 00:47:47,250 Itulah harapan saya selagi saya masih hidup. 550 00:48:10,166 --> 00:48:11,583 Apa jadahnya ini, Stace? 551 00:48:16,291 --> 00:48:17,708 Awak tikam dahi saya. 552 00:48:26,416 --> 00:48:27,458 Dalamkah? 553 00:48:30,291 --> 00:48:31,166 Sayang… 554 00:48:31,750 --> 00:48:32,875 Saya minta maaf. 555 00:48:34,000 --> 00:48:35,250 Patutkah saya cabut? 556 00:48:36,458 --> 00:48:37,583 Saya nak cabut. 557 00:48:38,416 --> 00:48:39,250 Okey. 558 00:48:43,083 --> 00:48:45,541 - Oh, Tuhan. - Banyaknya darah. 559 00:48:46,291 --> 00:48:48,458 Alamak. 560 00:48:49,333 --> 00:48:50,500 Terukkah? 561 00:48:51,333 --> 00:48:53,625 Ya. Teruk juga, sayang. 562 00:48:56,958 --> 00:48:58,666 Habis cermin mata saya. 563 00:49:00,166 --> 00:49:02,291 Sayang, banyaknya darah. 564 00:49:03,416 --> 00:49:04,583 Teruk ini. 565 00:49:04,666 --> 00:49:06,041 Saya nak tuala. 566 00:49:06,125 --> 00:49:08,041 - Boleh ambilkan tuala? - Okey. 567 00:49:09,375 --> 00:49:10,208 Boleh? 568 00:49:10,833 --> 00:49:11,666 Okey. 569 00:49:12,875 --> 00:49:16,208 Biar saya hubungi balai. Ya. Okey. 570 00:49:27,000 --> 00:49:29,541 Masuk? 571 00:49:29,625 --> 00:49:31,750 - Terima, Chapman, teruskan. - Saya… 572 00:49:32,416 --> 00:49:33,875 Saya Chapman. 573 00:49:34,416 --> 00:49:36,416 Ada kod 10-33… 574 00:49:38,500 --> 00:49:40,166 Sila jawab, Chapman. 575 00:49:42,916 --> 00:49:45,041 Talian dibuka. Teruskan, Chapman. 576 00:49:48,250 --> 00:49:49,791 Ada benda hempap saya. 577 00:49:50,291 --> 00:49:52,500 Talian dibuka. Teruskan, Chapman. 578 00:50:37,875 --> 00:50:39,958 Mari kita uji kehebatan awak. 579 00:54:43,708 --> 00:54:46,541 Tengok! Keith, tengok ini. 580 00:54:46,625 --> 00:54:48,791 Tengoklah! Saya dah cakap! 581 00:54:49,583 --> 00:54:50,500 Pandang saya! 582 00:54:51,041 --> 00:54:52,541 Tengok? 583 00:54:53,208 --> 00:54:55,208 Keith? 584 00:56:38,791 --> 00:56:40,750 Saya pergi dulu. Berseronoklah. 585 00:57:11,416 --> 00:57:13,291 Tak, awak tak faham! 586 00:57:13,375 --> 00:57:16,708 Dia perlukan seorang ayah untuk bimbing dia. 587 00:57:17,291 --> 00:57:20,333 Sebab itu tanggungjawab seorang ayah. 588 00:57:20,416 --> 00:57:21,833 …ada komplikasi. 589 00:57:21,916 --> 00:57:24,416 - Biar betul? - Ya, dia dah tiada pelir. 590 00:57:24,500 --> 00:57:25,583 Apa perasaan awak? 591 00:57:26,500 --> 00:57:28,833 Ya. Ia bukan terapi, tapi… 592 00:57:30,000 --> 00:57:31,791 Kenapa dengan Encik Rogers? 593 00:57:32,583 --> 00:57:34,166 Jangan jadi bodoh. 594 00:57:36,083 --> 00:57:37,250 Awak memang bodoh. 595 00:57:39,791 --> 00:57:40,916 Cik Chapman? 596 00:57:42,125 --> 00:57:43,375 Selamat pagi, Ronnie. 597 00:57:44,291 --> 00:57:46,500 Awak nampak cantik. 598 00:57:46,583 --> 00:57:47,791 Terima kasih. 599 00:57:47,875 --> 00:57:51,000 - Oh, Tuhan. Itu Stacey? - Nampak apa saya nampak? 600 00:57:51,666 --> 00:57:52,750 Sambung nanti. 601 00:57:52,833 --> 00:57:55,416 - Nampak itu? - Entahlah. Apa awak nampak? 602 00:57:55,500 --> 00:57:56,958 Saya tanya awak dulu. 603 00:58:02,250 --> 00:58:03,125 Oh, Tuhan. 604 00:58:04,500 --> 00:58:06,083 Seolah-olah kita kehausan 605 00:58:06,166 --> 00:58:09,000 di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, 606 00:58:09,083 --> 00:58:11,208 tiba-tiba, munculnya cahaya yang… 607 00:58:11,291 --> 00:58:13,416 - Logamayalah, bodoh. - Ya, logamaya. 608 00:58:13,500 --> 00:58:15,875 Kita bukan di padang pasir, Jill. 609 00:58:17,875 --> 00:58:19,458 Cantiknya dia. 610 00:58:20,500 --> 00:58:21,416 Wah. 611 00:58:23,250 --> 00:58:24,083 Hai, semua. 612 00:58:24,166 --> 00:58:25,000 - Hai. - Hai. 613 00:58:30,083 --> 00:58:31,416 Oh, Tuhan. Wanginya. 614 00:58:31,500 --> 00:58:32,875 Wanginya dia. 615 00:58:33,750 --> 00:58:35,416 - Wah! - Mengujakan betul. 616 00:58:36,166 --> 00:58:37,833 Awak nampak cantik. 617 00:58:37,916 --> 00:58:40,000 Susah nak percaya. 618 00:58:41,875 --> 00:58:43,875 Dia tak busuk macam dulu. 619 00:58:44,666 --> 00:58:48,666 Peliknya. 620 00:58:48,750 --> 00:58:50,416 Hai, Stacey. 621 00:58:50,500 --> 00:58:51,541 Hai. 622 00:58:51,625 --> 00:58:52,541 Hai, Gina. 623 00:58:53,875 --> 00:58:55,708 Awak ada buat sesuatu? 624 00:58:56,541 --> 00:58:57,958 Ada. 625 00:58:58,458 --> 00:59:00,333 Saya potong rambut. 626 00:59:01,125 --> 00:59:03,750 - Cantik? - Awak nampak cantik. 627 00:59:03,833 --> 00:59:05,541 - Saya cantik, bukan? - Ya. 628 00:59:05,625 --> 00:59:07,833 Awak nampak sangat cantik. 629 00:59:08,708 --> 00:59:09,750 Macam mana awak… 630 00:59:12,041 --> 00:59:14,583 Maksud saya, awak sangat… 631 00:59:14,666 --> 00:59:17,291 - Berbeza? - Berbeza! Ya, awak nampak lain. 632 00:59:17,791 --> 00:59:21,166 Ya, maksud saya awak nampak sangat… 633 00:59:21,250 --> 00:59:23,916 Saya nampak sangat apa? 634 00:59:24,916 --> 00:59:25,833 Cakaplah. 635 00:59:25,916 --> 00:59:28,833 Awak nampak sangat cantik. 636 00:59:28,916 --> 00:59:30,083 Ya. 637 00:59:32,541 --> 00:59:33,458 Terima kasih. 638 00:59:34,125 --> 00:59:36,125 Cantik macam model. 639 00:59:36,208 --> 00:59:37,041 Ya. 640 00:59:37,125 --> 00:59:38,625 Tengoklah dekat-dekat. 641 00:59:39,166 --> 00:59:41,208 Tengok betul-betul. 642 00:59:41,958 --> 00:59:42,791 Okey. 643 00:59:45,541 --> 00:59:46,583 Ini baju baharu? 644 00:59:47,250 --> 00:59:49,541 Taklah, ini baju lama. Awak suka? 645 00:59:51,291 --> 00:59:52,125 Ya. 646 00:59:57,958 --> 01:00:02,750 Kamu tahu Donald Crenshaw ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk? 647 01:00:02,833 --> 01:00:04,916 Dia terbabas ke timbunan salji. 648 01:00:05,000 --> 01:00:07,875 Oh, Tuhan. Manalah isteri dia nak letak muka? 649 01:00:07,958 --> 01:00:09,958 Judy pun bukan baik sangat. 650 01:00:10,041 --> 01:00:12,583 Ya, Judy pun kuat minum arak. 651 01:00:12,666 --> 01:00:13,875 Kaki botol. 652 01:00:13,958 --> 01:00:17,041 Nafas dia berbau schnapps setiap kali tunaikan cek. 653 01:00:17,791 --> 01:00:19,708 Schnapps murah. 654 01:00:19,791 --> 01:00:22,916 Cakap pasal schnapps, kita patut minum di Giuseppe. 655 01:00:23,000 --> 01:00:25,083 Ya! Masa riang ria! 656 01:00:25,166 --> 01:00:27,000 Gimlet di situ paling sedap. 657 01:00:27,083 --> 01:00:28,458 Betul itu. 658 01:00:28,541 --> 01:00:30,166 Awak pasti suka, Stacey. 659 01:00:30,250 --> 01:00:32,541 Salad Cobb di situ pun sedap. 660 01:00:32,625 --> 01:00:33,916 Saya suka salad Cobb. 661 01:02:49,166 --> 01:02:52,083 Terjemahan sari kata oleh Saffura