1 00:00:06,125 --> 00:00:08,833 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:10,583 --> 00:00:11,750 H.P. Lovecraft, 3 00:00:12,250 --> 00:00:15,791 penulis cerita hari ini, takut akan alam semesta. 4 00:00:16,291 --> 00:00:20,333 Beliau percaya dunia ini ibarat sebuah rumah hantu 5 00:00:20,416 --> 00:00:23,708 yang dihuni jembalang di setiap pelosok dan penjuru… 6 00:00:25,958 --> 00:00:29,708 menjelmakan realiti baharu, impian dan mimpi ngeri. 7 00:00:31,000 --> 00:00:34,666 Terutamanya bagi mereka yang menemui kunci itu. 8 00:00:35,541 --> 00:00:38,916 Tajuk cerita kita malam ini ialah Mimpi di Rumah Penyihir 9 00:00:39,000 --> 00:00:41,708 yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke. 10 00:00:44,416 --> 00:00:47,833 MIMPI DI RUMAH PENYIHIR 11 00:01:52,666 --> 00:01:56,041 Ini kisah tentang kasih sayang dan kehidupan. 12 00:01:56,125 --> 00:01:57,875 Kisah dua insan, 13 00:01:57,958 --> 00:02:00,500 yakni diri aku sendiri dan aku sendiri. 14 00:02:01,000 --> 00:02:04,083 Jangan risau. Aku akan cerita segala-galanya. 15 00:02:04,583 --> 00:02:07,416 Aku jamin pengakhirannya pasti menggembirakan. 16 00:02:34,708 --> 00:02:37,500 BERDASARKAN CERPEN OLEH H.P. LOVECRAFT 17 00:02:50,583 --> 00:02:51,666 Walt. 18 00:02:53,625 --> 00:02:54,458 Kenapa? 19 00:02:58,333 --> 00:03:00,583 Epperley, kenapa ini? 20 00:03:01,208 --> 00:03:02,083 Ia… 21 00:03:02,958 --> 00:03:03,875 Ia datang. 22 00:03:04,458 --> 00:03:06,375 Apa maksud awak? Siapa datang? 23 00:03:06,458 --> 00:03:07,333 Hantu. 24 00:03:07,416 --> 00:03:09,041 Saya tak nak ikut mereka. 25 00:03:09,666 --> 00:03:11,750 Saya tak nak pergi. 26 00:03:12,333 --> 00:03:13,208 Dengar sini. 27 00:03:13,833 --> 00:03:16,541 Awak takkan ke mana-mana. Saya takkan izinkan. 28 00:03:18,625 --> 00:03:20,000 Saya takut, Walt. 29 00:03:20,708 --> 00:03:21,541 Pandang saya. 30 00:03:22,541 --> 00:03:24,541 Saya janji akan lindungi awak. 31 00:03:25,166 --> 00:03:26,458 Awak tak lupa, bukan? 32 00:03:29,125 --> 00:03:31,541 Epperley, awak ingat? 33 00:03:34,458 --> 00:03:35,291 Epperley? 34 00:03:36,000 --> 00:03:36,875 Hei. 35 00:03:37,541 --> 00:03:40,333 Epperley? 36 00:03:46,791 --> 00:03:48,666 Epperley, saya dah janji! 37 00:04:18,250 --> 00:04:19,333 Biar betul? 38 00:04:20,375 --> 00:04:21,583 Saya di mana? 39 00:04:22,916 --> 00:04:23,916 Apa yang berlaku? 40 00:04:27,958 --> 00:04:30,125 Itu… 41 00:04:30,791 --> 00:04:31,625 Walt. 42 00:04:32,625 --> 00:04:33,625 Saya dah jadi… 43 00:04:35,708 --> 00:04:36,791 Hantu! 44 00:04:40,625 --> 00:04:41,666 Awak dengar itu? 45 00:04:42,416 --> 00:04:43,333 Tak. 46 00:04:49,500 --> 00:04:50,958 Walt, tolong saya! 47 00:04:51,041 --> 00:04:52,375 Tolong saya! 48 00:04:54,250 --> 00:04:56,041 Tolong saya! 49 00:04:57,583 --> 00:04:58,750 Tolong! 50 00:04:58,833 --> 00:04:59,791 Epperley! 51 00:05:11,625 --> 00:05:14,583 Selamat petang, warga Boston. 52 00:05:15,083 --> 00:05:20,000 Kami hargai minat anda terhadap alam lain. 53 00:05:20,583 --> 00:05:23,583 Jambatan antara alam. 54 00:05:24,833 --> 00:05:26,458 Apakah ia? 55 00:05:27,166 --> 00:05:29,375 Di manakah ia? 56 00:05:29,458 --> 00:05:34,208 Siapa yang berkuasa untuk memecahkan temboknya? 57 00:05:36,750 --> 00:05:42,250 Dia dilahirkan dengan keupayaan untuk masuk ke alam lain. 58 00:05:42,333 --> 00:05:47,333 Dia boleh menyeberangi jambatan itu dan mengantarai dua alam berbeza. 59 00:05:49,708 --> 00:05:51,125 Tuan-tuan. 60 00:05:52,375 --> 00:05:54,291 Dialah orangnya. 61 00:05:55,125 --> 00:05:56,666 Puan Levine! 62 00:05:57,375 --> 00:05:58,500 TEATER PEMUJAAN 63 00:06:06,250 --> 00:06:12,208 Saksikan dia berhubung dengan mendiang anak pasangan ini. 64 00:06:14,166 --> 00:06:16,208 PUAN LEVINE DEWI MISTERI 65 00:06:16,291 --> 00:06:17,958 Anakku sayang, 66 00:06:18,875 --> 00:06:22,291 yang meninggal dunia kerana demam panas, 67 00:06:22,875 --> 00:06:24,458 aku seru namamu. 68 00:06:30,708 --> 00:06:31,625 Dia dah datang. 69 00:06:38,583 --> 00:06:41,291 Bertenang! Jangan takut! 70 00:06:57,875 --> 00:06:59,875 Ektoplasma. 71 00:07:01,291 --> 00:07:02,875 Puan Levine, awak okey? 72 00:07:02,958 --> 00:07:04,791 Puan Levine, awak boleh dengar? 73 00:07:06,416 --> 00:07:07,750 Hadirin sekalian. 74 00:07:08,541 --> 00:07:11,500 Jangan lupa peristiwa yang anda saksikan malam ini. 75 00:07:12,375 --> 00:07:15,208 Jambatan itu wujud. 76 00:07:18,833 --> 00:07:21,708 Cenderahati dan buku atur cara dijual di lobi. 77 00:07:21,791 --> 00:07:23,625 Saya boleh jumpa adik saya. 78 00:07:23,708 --> 00:07:25,166 Kita mesti jumpa dia. 79 00:07:25,833 --> 00:07:26,666 Jangan. 80 00:07:27,875 --> 00:07:29,625 Walter. 81 00:07:30,791 --> 00:07:31,791 Walter. 82 00:07:42,708 --> 00:07:43,708 Maaf. 83 00:07:45,625 --> 00:07:46,458 Walter! 84 00:07:52,208 --> 00:07:55,375 Serban ini ketat nak mampus. 85 00:07:56,291 --> 00:07:59,666 Tiada duit nak beli yang baharu. Ini pun balik modal saja. 86 00:07:59,750 --> 00:08:01,750 Banyak tempat duduk kosong. 87 00:08:01,833 --> 00:08:04,500 Saya dah berlakon sehabis baik. 88 00:08:04,583 --> 00:08:06,458 Saya betul-betul dirasuk tadi. 89 00:08:07,416 --> 00:08:09,791 Saya hampir muntah di atas pentas. 90 00:08:09,875 --> 00:08:12,250 Sebab putih telur. Kita takkan guna lain kali. 91 00:08:12,833 --> 00:08:14,875 Bukan sebab putih telur, 92 00:08:14,958 --> 00:08:20,125 tapi tisu hanyir yang direndam di dalam puding plastisin. 93 00:08:20,875 --> 00:08:25,208 Apa kata awak sumbat tisu ini ke dalam mulut awak? 94 00:08:28,916 --> 00:08:30,500 Ektoplasma konon. 95 00:08:36,000 --> 00:08:37,083 Maaf, Walter. 96 00:08:37,750 --> 00:08:39,708 Saya tahu awak kecewa. 97 00:08:39,791 --> 00:08:43,041 Saya tahu alam lain wujud. Saya pernah lihatnya. 98 00:08:44,500 --> 00:08:46,916 Masalahnya, macam mana saya nak buktikan? 99 00:08:49,291 --> 00:08:50,125 Dengar sini. 100 00:08:51,916 --> 00:08:54,750 Kenalan keluarga saya kerja untuk majalah Time. 101 00:08:55,583 --> 00:08:58,666 Ibu saya ajak dia makan malam dan dia… 102 00:08:59,666 --> 00:09:02,708 Dia ajak saya kerja dengan dia. 103 00:09:05,125 --> 00:09:06,750 Kerja biasa saja. 104 00:09:06,833 --> 00:09:09,000 Buat pemfailan dan menaip, tapi… 105 00:09:11,875 --> 00:09:15,166 Saya perlukan kerja tetap untuk sara hidup saya. 106 00:09:16,291 --> 00:09:18,708 Persatuan Pewasitah dah tiada dana. 107 00:09:20,458 --> 00:09:23,958 Mungkin inilah masanya untuk kita mulakan hidup baharu. 108 00:09:24,583 --> 00:09:27,208 Saya tak nak buat kerja lain. 109 00:09:27,958 --> 00:09:29,750 Saya ingat awak percaya. 110 00:09:30,375 --> 00:09:34,125 Saya percaya, tapi saya tak nak hidup susah sampai tua. 111 00:09:34,208 --> 00:09:36,500 Okey, semuanya sebab duit? 112 00:09:36,583 --> 00:09:37,833 Bukan macam itu. 113 00:10:28,375 --> 00:10:30,375 Dayung laju-laju 114 00:10:30,458 --> 00:10:32,958 Umpama camar di angkasa 115 00:10:33,041 --> 00:10:37,083 "Maju…" 116 00:10:43,291 --> 00:10:46,833 jerit kelasi 117 00:11:32,791 --> 00:11:39,583 PERSATUAN PEWASITAH 118 00:11:40,250 --> 00:11:42,750 Salam Maria, penuh rahmat, Tuhan bersamamu. 119 00:11:42,833 --> 00:11:45,958 Berbahagialah dalam kalangan wanita dan anakmu, Jesus. 120 00:11:46,041 --> 00:11:49,166 Santa Maria, Ibu Tuhan, doakanlah kami, para pendosa… 121 00:11:50,958 --> 00:11:53,166 Salam Maria, penuh rahmat, Tuhan bersamamu. 122 00:11:53,250 --> 00:11:56,375 Berbahagialah dalam kalangan wanita dan anakmu… 123 00:11:56,458 --> 00:12:00,875 Ia terbina daripada barisan lei. Rumah itu ada kuasa ghaib. 124 00:12:00,958 --> 00:12:02,625 Biar kami bincang dulu. 125 00:12:02,708 --> 00:12:06,500 Mungkin kami boleh siasat, tapi saya tak berani jamin apa-apa. 126 00:12:06,583 --> 00:12:08,791 Simpan dan pamerkan lukisan ini. 127 00:12:08,875 --> 00:12:11,583 Lambat-laun, ia akan kembali kepada saya. 128 00:12:11,666 --> 00:12:14,833 - Lukisan ini penting. - Okey, saya janji. 129 00:12:17,791 --> 00:12:20,041 Dia tentu faham visi saya. 130 00:12:20,125 --> 00:12:23,458 Visi awak ialah bisikan syaitan. Jangan cari saya lagi! 131 00:12:29,708 --> 00:12:30,708 Encik Gilman. 132 00:12:31,458 --> 00:12:32,583 Apa halnya itu? 133 00:12:33,500 --> 00:12:34,333 Dia pelukis. 134 00:12:34,416 --> 00:12:38,291 Dia sewa bilik di rumah Keziah Mason. 135 00:12:38,375 --> 00:12:39,833 - Ahli sihir itu? - Ya. 136 00:12:39,916 --> 00:12:43,458 Dia cakap macam-macam. Kononnya ada portal ke alam lain. 137 00:12:44,416 --> 00:12:46,916 Sejujurnya, saya rasa dia gila. 138 00:12:47,000 --> 00:12:50,708 Kita patut berurusan dengan orang yang ada kredibiliti, bukan? 139 00:12:50,791 --> 00:12:52,083 Betul itu, tuan. 140 00:12:52,166 --> 00:12:54,916 Saya jumpa dua perantara yang boleh dipercayai, 141 00:12:55,416 --> 00:12:57,041 tapi di luar Massachusetts. 142 00:12:57,750 --> 00:13:00,208 Dua lawatan saja, Encik Labuschagne. 143 00:13:00,291 --> 00:13:04,083 Edward Brace di New York dan Ellen Blackman di Baltimore. 144 00:13:04,166 --> 00:13:05,000 Hidu. 145 00:13:06,833 --> 00:13:07,666 Bukan. 146 00:13:08,375 --> 00:13:12,541 Ada lebih 50 orang saksi yang boleh memperakui kuasa Blackman. 147 00:13:13,375 --> 00:13:15,708 Saya dah kata, Gilman. Kita tiada dana. 148 00:13:15,791 --> 00:13:21,166 Sir Callahan rasa tak berbaloi untuk terus biaya persatuan kita. 149 00:13:21,250 --> 00:13:24,083 Tuan, kita hampir jumpa perantara sebenar. 150 00:13:24,583 --> 00:13:27,583 Masalahnya, ramai sangat penipu. 151 00:13:27,666 --> 00:13:28,916 Disebabkan itulah, 152 00:13:29,000 --> 00:13:32,666 para penaja keberatan untuk terus membiayai kegagalan kita. 153 00:13:34,541 --> 00:13:35,416 Dengar sini. 154 00:13:36,375 --> 00:13:38,541 Mungkin kita terpaksa terima hakikat 155 00:13:38,625 --> 00:13:42,000 pejabat Persatuan Pewasitah di Massachusetts akan ditutup. 156 00:13:43,291 --> 00:13:47,416 Buat masa ini, semua kerja lapangan yang berbayar ditangguhkan. 157 00:13:50,333 --> 00:13:51,791 Maafkan saya, Gilman. 158 00:13:52,583 --> 00:13:56,916 Awak masih buat kerja sambilan, bukan? 159 00:13:58,791 --> 00:14:00,083 Ini bourbon awak. 160 00:14:00,166 --> 00:14:02,083 - Simpan bakinya. - Terima kasih. 161 00:14:11,500 --> 00:14:12,333 Tumpang lalu. 162 00:14:26,333 --> 00:14:27,333 Tahniah. 163 00:14:28,500 --> 00:14:31,750 Saya tak tahu kekecohan di Eropah sedang memuncak. 164 00:14:33,625 --> 00:14:37,500 Awak tahu ada seorang diktator yang semakin berkuasa di Jerman? 165 00:14:38,000 --> 00:14:39,083 Kecoh betul. 166 00:14:39,166 --> 00:14:40,833 Tahniah, Frank. 167 00:14:42,458 --> 00:14:44,958 - Ada kerja kosong. - Tak berminat. 168 00:14:45,958 --> 00:14:47,541 Tolonglah, Walter. 169 00:14:49,333 --> 00:14:51,166 Rendahkanlah ego awak itu. 170 00:14:51,250 --> 00:14:53,750 Kita masih boleh membaca dan mengkaji. 171 00:14:53,833 --> 00:14:57,083 - Yang penting, ada kerja tetap. - Minum atau berambus. 172 00:15:09,125 --> 00:15:10,000 Awak tahu? 173 00:15:10,500 --> 00:15:13,000 Awak lebih pentingkan hantu adik awak daripada hidup. 174 00:15:23,375 --> 00:15:24,583 Dia ada duit. 175 00:15:24,666 --> 00:15:25,916 Yiyíistś áá. 176 00:15:26,416 --> 00:15:29,083 Dia percaya dia boleh masuk ke alam lain. 177 00:15:29,750 --> 00:15:32,041 Kita boleh masuk hutan itu, tapi jangan buat kecoh. 178 00:15:33,041 --> 00:15:34,666 Alam lain? Apa maksud awak? 179 00:15:37,291 --> 00:15:41,041 Saya pernah lihat hutan yang memerangkap roh orang mati. 180 00:15:49,541 --> 00:15:50,750 Ia wujud, bukan? 181 00:15:51,416 --> 00:15:53,666 Bukan di sini. Kita cakap di luar. 182 00:15:53,750 --> 00:15:57,708 THE BLACK HORN SEJAK 1872 183 00:16:05,208 --> 00:16:07,125 Nama saya Walter Gilman. 184 00:16:07,208 --> 00:16:10,208 Saya penyelidik Persatuan Pewasitah. 185 00:16:11,041 --> 00:16:14,166 Seorang lagi penjajah yang cuba korek rahsia peribumi. 186 00:16:14,250 --> 00:16:15,708 Tak, saya… 187 00:16:16,291 --> 00:16:17,708 Saya nak cari adik saya. 188 00:16:19,333 --> 00:16:20,625 Kami kembar. 189 00:16:21,333 --> 00:16:25,500 Saya di sisinya semasa dia mati dan saya nampak roh dia. 190 00:16:25,583 --> 00:16:28,833 Dia ditarik ke dalam sebuah vorteks. 191 00:16:29,958 --> 00:16:32,166 Saya intai dan nampak banyak pokok. 192 00:16:32,250 --> 00:16:34,625 Itu hutan untuk roh yang sesat. 193 00:16:35,375 --> 00:16:37,791 Roh orang yang belum bersedia untuk mati. 194 00:16:38,291 --> 00:16:41,083 - Awak pernah masuk hutan itu? - Ya. 195 00:16:41,166 --> 00:16:42,166 Macam mana? 196 00:16:44,916 --> 00:16:45,916 Boleh bawa saya? 197 00:16:48,625 --> 00:16:49,916 Awak ada duit? 198 00:17:45,708 --> 00:17:47,708 Diekstrak daripada bunga kaktus. 199 00:17:48,208 --> 00:17:49,625 Óola ditléé. 200 00:17:50,291 --> 00:17:51,875 Maksudnya, "emas cair". 201 00:17:54,458 --> 00:17:55,291 Bahayakah? 202 00:17:56,166 --> 00:17:58,375 Awak betul-betul nak jumpa adik awak? 203 00:18:01,916 --> 00:18:02,791 Ingat. 204 00:18:02,875 --> 00:18:04,833 Jangan buat kecoh di hutan itu. 205 00:20:17,708 --> 00:20:18,708 Epperley! 206 00:20:31,625 --> 00:20:32,583 Epperley! 207 00:20:34,416 --> 00:20:35,250 Walt. 208 00:20:42,625 --> 00:20:43,916 Walt! 209 00:20:52,375 --> 00:20:54,541 Lain kali, lapik dengan bantal. 210 00:21:01,875 --> 00:21:02,708 Frank! 211 00:21:04,458 --> 00:21:05,375 Apa… 212 00:21:06,791 --> 00:21:07,625 Sekejap. 213 00:21:11,375 --> 00:21:14,000 - Saya jumpa dia. - Sekarang pukul 2.00 pagi. 214 00:21:14,083 --> 00:21:15,333 Saya jumpa Epperley. 215 00:21:15,416 --> 00:21:17,083 Apa maksud awak? 216 00:21:17,166 --> 00:21:20,666 Saya jumpa seorang lelaki di pub yang boleh masuk alam lain. 217 00:21:20,750 --> 00:21:23,291 Dia tak tipu, Frank. Ia berkesan. 218 00:21:23,375 --> 00:21:25,166 Bertenang. 219 00:21:25,666 --> 00:21:27,000 Dia bawa saya ke satu tempat. 220 00:21:27,708 --> 00:21:30,250 Mereka jual cecair yang dinamakan Emas Cair. 221 00:21:30,333 --> 00:21:31,791 Maksud awak, dadah? 222 00:21:31,875 --> 00:21:33,708 - Awak dah gilakah? - Tak. 223 00:21:33,791 --> 00:21:37,375 Saya dah jumpa kunci untuk masuk ke alam lain! 224 00:21:37,458 --> 00:21:38,833 Maksud awak, 225 00:21:38,916 --> 00:21:42,916 awak minum cecair yang dijual oleh orang tak dikenali? 226 00:21:43,000 --> 00:21:45,708 - Awak dah gila? - Minum dulu, baru awak tahu. 227 00:21:46,916 --> 00:21:49,666 Kita mesti ke sana sekarang dan beli lagi. 228 00:21:49,750 --> 00:21:52,666 Tak! Kita takkan ke mana-mana. 229 00:21:52,750 --> 00:21:53,666 Pulangkan… 230 00:21:53,750 --> 00:21:56,250 Saya perlu sedarkan awak. 231 00:21:57,083 --> 00:21:58,416 Awak tak dengar! 232 00:21:59,083 --> 00:22:01,250 Saya jumpa adik saya. 233 00:22:02,250 --> 00:22:04,416 Umur dia masih sama ketika dia mati. 234 00:22:04,500 --> 00:22:06,416 Dia pakai gaun yang sama. 235 00:22:07,291 --> 00:22:08,541 Dia terperangkap. 236 00:22:12,041 --> 00:22:13,583 Awak ingat saya khayal? 237 00:22:14,250 --> 00:22:15,750 Saya rasa awak terdesak. 238 00:22:17,666 --> 00:22:20,208 Saya rasa awak sanggup buat apa-apa saja 239 00:22:20,291 --> 00:22:22,916 untuk buktikan pendirian awak. 240 00:22:25,375 --> 00:22:27,458 Awak tak pernah percaya, bukan? 241 00:22:29,208 --> 00:22:30,750 Saya tak pernah nampak apa-apa. 242 00:22:34,166 --> 00:22:36,458 Awak pernah nampak macam-macam, tapi… 243 00:22:38,666 --> 00:22:40,083 saya tak nampak apa-apa. 244 00:22:53,250 --> 00:22:54,291 Epperley! 245 00:22:55,875 --> 00:22:56,833 Epperley! 246 00:23:06,000 --> 00:23:07,333 Apa awak buat di sini? 247 00:23:14,041 --> 00:23:15,333 Rumah ahli sihir itu. 248 00:23:22,041 --> 00:23:23,000 Walt! 249 00:23:24,500 --> 00:23:25,333 Epperley! 250 00:23:31,083 --> 00:23:33,166 - Walt! - Saya tahu kita akan jumpa. 251 00:23:33,250 --> 00:23:36,625 - Akhirnya! - Tak sangka kita boleh jumpa lagi. 252 00:23:38,625 --> 00:23:42,083 Awak langsung tak berubah. 253 00:23:44,291 --> 00:23:45,416 Awak dah besar. 254 00:23:46,250 --> 00:23:47,166 Maafkan saya. 255 00:23:48,000 --> 00:23:51,083 Maafkan saya kerana gagal lindungi awak. 256 00:23:51,583 --> 00:23:52,708 Ajal saya dah tiba. 257 00:23:53,708 --> 00:23:54,750 Saya reda. 258 00:23:55,958 --> 00:23:59,833 Kalaulah saya tak terlalu takut, saya takkan terperangkap di sini. 259 00:24:01,333 --> 00:24:03,750 Awak dapat masuk Orkestra Simfoni Boston? 260 00:24:08,333 --> 00:24:10,500 Saya berhenti main sejak awak mati. 261 00:24:12,083 --> 00:24:14,291 Dah lama saya tak sentuh piano. 262 00:24:14,375 --> 00:24:16,833 Walt, awak sangat berbakat. 263 00:24:16,916 --> 00:24:20,000 Saya tak boleh buat apa-apa selagi tak jumpa awak. 264 00:24:21,583 --> 00:24:23,333 Itu saja yang saya fikir. 265 00:24:24,083 --> 00:24:25,208 Cari awak. 266 00:24:27,083 --> 00:24:28,500 Tunggu. Belum lagi. 267 00:24:29,416 --> 00:24:30,583 Ikut saya balik. 268 00:24:30,666 --> 00:24:33,333 - Tak boleh! Saya dah cuba. - Saya takkan tinggalkan awak. 269 00:25:02,833 --> 00:25:05,416 "Alam di sebalik mata itu wujud. 270 00:25:06,125 --> 00:25:07,458 Keziah Mason. 271 00:25:09,875 --> 00:25:14,375 Keziah Mason ialah seorang dukun pada hujung abad ke-17. 272 00:25:14,458 --> 00:25:18,166 Mason mendakwa dirinya mampu menyeberang ke alam lain. 273 00:25:19,458 --> 00:25:22,333 Dia guna sebilah belati purba sebagai kunci. 274 00:25:26,833 --> 00:25:30,416 Dia dituduh mengamalkan sihir dan digantung di pokok depan rumahnya. 275 00:25:31,666 --> 00:25:35,666 Mayatnya tergantung selama tiga malam sebelum diturunkan orang ramai. 276 00:25:36,291 --> 00:25:38,041 Mayatnya tak pernah ditemui. 277 00:25:41,916 --> 00:25:43,375 Rumah Ahli Sihir. 278 00:25:44,375 --> 00:25:46,541 Nombor 33, Jalan Osgood. 279 00:25:46,625 --> 00:25:48,833 Kira-kira 27 kilometer dari Boston." 280 00:25:51,666 --> 00:25:53,666 Saya mesti pergi ke rumah itu. 281 00:26:04,791 --> 00:26:06,583 Percayalah cakap saya. 282 00:26:07,208 --> 00:26:10,000 Ini cebisan gaun malam adik saya. 283 00:26:10,083 --> 00:26:13,166 Cukup! Awak sedar kesan kelakuan awak? 284 00:26:15,375 --> 00:26:16,208 Tuan. 285 00:26:17,041 --> 00:26:20,083 Kalau tuan minum Emas Cair itu… 286 00:26:20,166 --> 00:26:21,916 Cukup. 287 00:26:24,416 --> 00:26:28,083 Keadaan dah cukup teruk, Gilman. Kredibiliti kita dipersoalkan. 288 00:26:28,625 --> 00:26:32,333 Awak datang dalam keadaan khayal dan minta dana pula? 289 00:26:35,541 --> 00:26:38,541 Keahlian awak dalam Persatuan Pewasitah dibatalkan. 290 00:26:39,666 --> 00:26:40,500 Apa? 291 00:26:41,916 --> 00:26:42,791 Pergi. 292 00:26:46,958 --> 00:26:49,666 Datang semula selepas berhenti ambil dadah. 293 00:27:25,208 --> 00:27:27,625 BILIK SEWA MURAH 294 00:27:52,958 --> 00:27:55,750 Bilik ini penuh dengan akar. 295 00:27:55,833 --> 00:27:57,333 Jangan potongnya. 296 00:28:01,791 --> 00:28:04,000 Ada pelukis menyewa di sini, bukan? 297 00:28:04,083 --> 00:28:06,041 Bilik dia di hujung sana. 298 00:28:08,666 --> 00:28:10,000 Dia tak keluar bilik. 299 00:28:13,083 --> 00:28:14,416 Ada tikus di sini? 300 00:28:14,916 --> 00:28:17,791 Tikus, kelawar dan macam-macam lagi. 301 00:28:24,416 --> 00:28:25,250 Nampak lembap. 302 00:28:27,666 --> 00:28:28,541 Saya tahu. 303 00:29:03,666 --> 00:29:04,750 Tak guna. 304 00:29:13,875 --> 00:29:18,041 "Kewujudan alam lain ialah hakikat yang tidak boleh disangkal. 305 00:29:19,458 --> 00:29:23,375 Alam yang hanya boleh dimasuki dalam keadaan kesedaran terubah." 306 00:29:23,458 --> 00:29:25,500 Kesedaran terubah. 307 00:29:29,875 --> 00:29:33,666 "Penemuan seterusnya ialah peralihan jirim. 308 00:29:35,250 --> 00:29:36,416 Ada satu kunci." 309 00:29:36,500 --> 00:29:37,666 Kunci… 310 00:29:39,083 --> 00:29:45,041 Kunci yang membolehkan jirim dari alam lain dibawa pulang ke dunia ini. 311 00:31:03,125 --> 00:31:03,958 Kunci itu. 312 00:31:05,750 --> 00:31:08,375 Epperley, inikah kuncinya? 313 00:32:32,541 --> 00:32:36,083 "ALAM DI SEBALIK MATA ITU WUJUD" KEZIAH MASON 314 00:33:33,208 --> 00:33:35,250 Bau dia macam bau orang miskin. 315 00:33:45,083 --> 00:33:46,416 Kembar. 316 00:33:47,416 --> 00:33:49,416 Jenkins Brown. 317 00:33:49,916 --> 00:33:52,458 Diakah yang kita tunggu-tunggu, Keziah? 318 00:33:52,958 --> 00:33:54,875 Dia datang untuk bebaskan kita? 319 00:35:37,541 --> 00:35:38,708 Itulah kuncinya. 320 00:35:41,166 --> 00:35:42,125 Kembar. 321 00:36:27,416 --> 00:36:29,875 Diakah yang kita tunggu-tunggu, Keziah? 322 00:36:29,958 --> 00:36:34,083 Peralihan jirim dari alam lain untuk dibawa pulang ke dunia ini. 323 00:36:34,875 --> 00:36:36,375 Pulang. 324 00:37:34,625 --> 00:37:35,750 Walt! 325 00:37:35,833 --> 00:37:37,625 Awak mesti pergi sekarang. 326 00:37:37,708 --> 00:37:40,583 Ada sesuatu menghendap dan mengekori awak. 327 00:37:42,333 --> 00:37:45,458 Awak dah ganggu hutan ini dan timbulkan kekecohan. 328 00:37:45,541 --> 00:37:47,291 - Oh, Tuhan. - Lari. 329 00:38:13,416 --> 00:38:14,333 Sorok! 330 00:38:29,291 --> 00:38:32,083 - Dia dah pergi. - Awak tak patut datang lagi. 331 00:38:32,166 --> 00:38:35,208 Dengar sini, Epperley. Saya boleh bawa awak balik. 332 00:38:35,291 --> 00:38:36,416 Apa? 333 00:38:36,500 --> 00:38:40,958 Cebisan gaun awak yang tercarik ikut saya balik ke dunia nyata. 334 00:38:41,541 --> 00:38:43,708 - Mustahil. - Kita kembar. 335 00:38:43,791 --> 00:38:47,041 Kitalah kunci peralihan jirim antara alam. 336 00:38:47,125 --> 00:38:48,958 Itu yang Keziah Mason tulis. 337 00:38:49,541 --> 00:38:50,500 Keziah Mason? 338 00:38:51,875 --> 00:38:53,541 Dia pun nak balik. 339 00:38:53,625 --> 00:38:56,166 Saya janji akan lindungi awak. 340 00:38:56,958 --> 00:38:59,750 - Awak mesti ikut saya balik. - Apa? Balik? 341 00:38:59,833 --> 00:39:03,750 Aku lebih rela lihat keajaiban dunia daripada terperuk di rumah. 342 00:39:03,833 --> 00:39:07,791 Minum, menari dan menikmati kehidupan. 343 00:39:08,541 --> 00:39:10,708 Keziah, mereka menyorok di sini! 344 00:39:22,333 --> 00:39:23,208 Tidak! 345 00:39:23,291 --> 00:39:26,833 Kamu tak boleh lari! Kamu takkan ke mana-mana! 346 00:39:30,916 --> 00:39:32,166 Berambus! 347 00:39:35,125 --> 00:39:35,958 Pergi! 348 00:39:36,041 --> 00:39:37,458 Kau milikku. 349 00:39:58,166 --> 00:39:59,583 Walt! Tidak! 350 00:40:00,250 --> 00:40:01,416 Lepaskan dia! 351 00:40:01,500 --> 00:40:02,666 Dia milik aku! 352 00:40:03,416 --> 00:40:05,833 Tidak! 353 00:40:20,666 --> 00:40:21,708 Epperley. 354 00:40:32,833 --> 00:40:34,208 Awak bawa saya balik. 355 00:40:34,916 --> 00:40:36,083 Ini salah. 356 00:40:54,333 --> 00:40:55,416 Hati-hati. 357 00:41:03,000 --> 00:41:04,500 Hai, Walter. 358 00:41:04,583 --> 00:41:05,583 Pergi. 359 00:41:06,833 --> 00:41:07,666 Lari! 360 00:41:08,916 --> 00:41:11,250 Kau tak boleh lari daripada aku! 361 00:41:17,833 --> 00:41:18,958 Buka pintu ini! 362 00:41:20,666 --> 00:41:23,416 - Nak apa? - Saya menyewa di hujung sana. 363 00:41:23,500 --> 00:41:25,708 Ada sesuatu cuba menyakiti kami. 364 00:41:28,041 --> 00:41:29,250 Ia bukan manusia. 365 00:41:42,541 --> 00:41:44,041 Saya pernah jumpa awak. 366 00:41:44,666 --> 00:41:46,916 Awak ganggu urusan Keziah Mason. 367 00:41:48,291 --> 00:41:51,375 Dia tinggal di rumah ini, di dalam bilik awak. 368 00:41:52,875 --> 00:41:55,666 Saya dapat rasa amarahnya yang masih tersisa. 369 00:41:57,166 --> 00:41:58,833 Dia diseksa di Salem. 370 00:41:59,916 --> 00:42:02,833 Mereka cucuk badan dia untuk pastikan dia manusia. 371 00:42:04,958 --> 00:42:09,083 Dia paksa saya lukis semua visi saya. 372 00:42:14,541 --> 00:42:16,125 Apa maksud lukisan ini? 373 00:42:16,833 --> 00:42:18,000 Oh, Tuhan. 374 00:42:20,250 --> 00:42:21,375 Saya cam awak. 375 00:42:33,250 --> 00:42:34,333 Awaklah orangnya. 376 00:42:36,458 --> 00:42:38,875 - Apa awak dah buat? - Dia tak berbahaya. 377 00:42:40,083 --> 00:42:42,291 Dia adik saya. Nama dia Epperley. 378 00:42:43,208 --> 00:42:44,666 Awak buka pintu itu? 379 00:42:46,125 --> 00:42:48,458 Awak buka pintu di dalam rumah ini? 380 00:42:49,791 --> 00:42:51,583 Jangan cakap Keziah ikut awak. 381 00:42:53,458 --> 00:42:55,250 Awak bawa dia balik? 382 00:42:55,333 --> 00:42:56,666 Awak buat kecoh? 383 00:42:58,708 --> 00:43:00,500 Saya nak selamatkan adik saya. 384 00:43:01,958 --> 00:43:02,791 Nampak? 385 00:43:03,333 --> 00:43:04,666 Dia semakin kuat. 386 00:43:05,291 --> 00:43:06,625 Adik awak dah mati! 387 00:43:07,166 --> 00:43:08,708 Awak tak fahamkah? 388 00:43:20,666 --> 00:43:22,041 Awaklah orangnya. 389 00:43:27,916 --> 00:43:30,000 Saling melengkapi. 390 00:43:30,708 --> 00:43:31,541 Apa? 391 00:43:31,625 --> 00:43:34,916 Adik awak dan Keziah dalam satu bulatan. 392 00:43:36,916 --> 00:43:38,333 Awak dalam bulatan lain. 393 00:43:39,125 --> 00:43:40,416 Dua roh yang sesat… 394 00:43:42,458 --> 00:43:43,666 dan satu nyawa. 395 00:43:45,833 --> 00:43:47,625 Mereka saling melengkapi. 396 00:43:51,000 --> 00:43:52,708 Untuk si mati hidup semula, 397 00:43:54,166 --> 00:43:55,583 yang hidup mesti mati. 398 00:43:59,208 --> 00:44:01,375 Walter, saya tak minta semua ini. 399 00:44:02,375 --> 00:44:04,000 Mesti ada cara lain. 400 00:44:04,083 --> 00:44:05,041 Tak. 401 00:44:07,500 --> 00:44:09,333 Lukisan saya tak pernah menipu. 402 00:44:12,291 --> 00:44:16,583 Ahli sihir itu akan bunuh awak menjelang matahari terbit. 403 00:44:23,625 --> 00:44:26,125 Epperley? 404 00:44:28,333 --> 00:44:29,416 Apa kita nak buat? 405 00:44:31,125 --> 00:44:32,291 Ikut saya. 406 00:44:32,791 --> 00:44:33,625 Cepat. 407 00:44:56,500 --> 00:44:57,333 Awak? 408 00:44:57,833 --> 00:45:00,125 Saya dah larang awak datang ke sini. 409 00:45:00,708 --> 00:45:03,083 Sister, kami perlukan perlindungan. 410 00:45:03,166 --> 00:45:06,458 Awak pilih untuk bersekongkol dengan syaitan! 411 00:45:06,541 --> 00:45:09,583 Keluar sekarang sebelum saya seret awak. 412 00:45:14,416 --> 00:45:15,583 Awak pula… 413 00:45:18,166 --> 00:45:20,958 Syaitan apa yang awak dah seru? 414 00:45:22,583 --> 00:45:23,958 Mereka nakkan awak. 415 00:45:25,041 --> 00:45:27,416 Jangan bawa mereka ke sini. 416 00:45:27,916 --> 00:45:30,250 Sister, tolonglah kami. 417 00:45:30,916 --> 00:45:33,000 Kami tak mampu lawannya sendiri. 418 00:45:36,375 --> 00:45:39,041 Kami tak pilih untuk tunduk kepada syaitan. 419 00:45:39,125 --> 00:45:42,125 Bimbinglah kami ke jalan yang benar. 420 00:45:45,125 --> 00:45:46,041 Tolonglah. 421 00:45:46,833 --> 00:45:49,500 Bukankah semua makhluk berhak dikasihani? 422 00:45:58,458 --> 00:46:02,083 Saya boleh beri perlindungan dan berdoa untuk kamu, 423 00:46:02,666 --> 00:46:04,083 tapi kamu patut tahu 424 00:46:04,583 --> 00:46:07,458 yang rumah Tuhan pun tak mampu halang mereka. 425 00:46:11,166 --> 00:46:14,375 Saya harap kamu sedar bala yang kamu bawa ke dunia ini. 426 00:46:15,500 --> 00:46:16,750 Terima kasih, sister. 427 00:46:18,375 --> 00:46:19,416 Awak memang baik. 428 00:46:20,500 --> 00:46:22,500 Jangan kotorkan lantai. 429 00:46:25,458 --> 00:46:26,708 Boleh pinjam telefon? 430 00:46:35,208 --> 00:46:36,083 Walter? 431 00:46:37,416 --> 00:46:38,291 Frank! 432 00:46:38,875 --> 00:46:40,041 Walter! 433 00:46:51,458 --> 00:46:52,500 Frank. 434 00:46:54,750 --> 00:46:57,125 Walter, kenapa ini? 435 00:46:57,208 --> 00:46:58,791 Mereka nak ambil roh dia. 436 00:46:59,416 --> 00:47:01,416 Mereka ikut dia dari Alam Barzakh. 437 00:47:01,500 --> 00:47:02,583 Dia dah balik. 438 00:47:03,333 --> 00:47:04,958 Epperley dah balik. 439 00:47:05,458 --> 00:47:06,666 Jom pergi hospital. 440 00:47:06,750 --> 00:47:09,458 Tak, percayalah cakap saya. 441 00:47:10,041 --> 00:47:13,083 Dia menyorok kerana dia cuba lindungi saya. 442 00:47:13,791 --> 00:47:16,875 Dia tahu saya mesti mati supaya dia boleh hidup. 443 00:47:16,958 --> 00:47:18,083 Saling melengkapi. 444 00:47:18,166 --> 00:47:20,375 Jangan mengarut. Jom pergi hospital. 445 00:47:20,458 --> 00:47:23,000 Jangan! Dia tak selamat di sana. 446 00:47:23,083 --> 00:47:24,000 Diam! 447 00:47:24,083 --> 00:47:27,291 Walter. 448 00:47:28,041 --> 00:47:30,166 - Dia cuba masuk. - Siapa? 449 00:47:30,666 --> 00:47:32,750 - Keziah Mason. - Walter. 450 00:47:32,833 --> 00:47:35,500 Dia nak bunuh Gilman untuk menurun jasadnya. 451 00:47:36,083 --> 00:47:37,833 Saling melengkapi. 452 00:47:38,875 --> 00:47:40,791 Datanglah kepadaku. 453 00:47:47,000 --> 00:47:50,625 Walter, izinkan aku masuk. 454 00:47:51,208 --> 00:47:52,041 Pegang dia! 455 00:47:52,833 --> 00:47:54,875 Kau mesti mati 456 00:47:55,583 --> 00:47:58,375 supaya adik kau boleh hidup. 457 00:47:59,458 --> 00:48:00,458 Pegang dia! 458 00:48:01,708 --> 00:48:06,708 Walter! 459 00:48:07,375 --> 00:48:10,458 Datanglah kepadaku. 460 00:48:10,541 --> 00:48:12,458 Nyah kau, syaitan! 461 00:48:22,125 --> 00:48:26,208 Walter! 462 00:48:26,291 --> 00:48:28,291 Keluar dari gereja aku! 463 00:49:27,458 --> 00:49:28,875 Tolong saya! 464 00:49:39,750 --> 00:49:42,000 Tidak! 465 00:49:57,916 --> 00:49:58,750 Epperley. 466 00:50:35,375 --> 00:50:36,375 Tolong! 467 00:50:37,125 --> 00:50:38,375 Tolong saya! 468 00:50:40,750 --> 00:50:41,875 Saya tak boleh tolong. 469 00:50:53,458 --> 00:50:55,166 Cucuk mata dia, Keziah! 470 00:50:55,666 --> 00:50:57,041 Bebaskan kita berdua! 471 00:51:01,000 --> 00:51:01,958 Berhenti! 472 00:51:02,541 --> 00:51:03,375 Tidak! 473 00:51:33,208 --> 00:51:36,375 Epperley, saya tak sanggup kehilangan awak lagi. 474 00:51:45,791 --> 00:51:47,250 Saya tak takut lagi. 475 00:51:49,250 --> 00:51:50,500 Lepaskan saya. 476 00:51:51,625 --> 00:51:55,291 Saya sayang awak sepenuh hati saya. 477 00:52:05,583 --> 00:52:07,041 Saya sayang awak, Walt. 478 00:52:20,458 --> 00:52:22,208 Saya dah bebas, Walt. 479 00:52:47,000 --> 00:52:49,875 Ia dah berakhir. 480 00:53:01,000 --> 00:53:03,541 Tiada sesiapa akan tahu kejadian malam tadi. 481 00:53:05,750 --> 00:53:08,458 Dia patut mati menjelang matahari terbit. 482 00:53:11,958 --> 00:53:13,416 Syukurlah saya silap. 483 00:53:18,250 --> 00:53:22,666 Dah tujuh tahun saya bekerja di Persatuan Pewasitah. 484 00:53:24,000 --> 00:53:28,375 Sekali pun saya tak pernah nampak hantu. 485 00:53:33,666 --> 00:53:35,250 Betul cakap awak. 486 00:53:45,791 --> 00:53:46,750 Apa itu? 487 00:53:50,375 --> 00:53:51,708 Hulurkan lampu itu. 488 00:54:03,041 --> 00:54:04,833 Di loteng. 489 00:54:06,166 --> 00:54:07,250 Hati-hati. 490 00:54:28,000 --> 00:54:29,041 Masih basah. 491 00:54:36,916 --> 00:54:38,125 Bau bangkai. 492 00:55:11,125 --> 00:55:12,291 Itu dia. 493 00:56:10,583 --> 00:56:12,166 Rangka mereka. 494 00:56:12,250 --> 00:56:13,958 Itu tengkorak manusia. 495 00:56:15,208 --> 00:56:18,000 Ia ada di dalam badan saya! 496 00:56:19,166 --> 00:56:21,208 Walter! 497 00:56:28,375 --> 00:56:29,666 - Walter? - Walter! 498 00:56:30,666 --> 00:56:33,208 Oh, Tuhan! Kenapa ini? 499 00:56:36,666 --> 00:56:39,333 Walter. 500 00:56:39,416 --> 00:56:41,666 Apa yang berlaku? Apa kita nak buat? 501 00:56:41,750 --> 00:56:42,583 Dia dah mati? 502 00:56:50,958 --> 00:56:52,166 Saya dengar sesuatu. 503 00:56:54,166 --> 00:56:55,083 Denyutan jantung. 504 00:57:11,125 --> 00:57:13,541 Nasi dah jadi bubur! 505 00:57:30,791 --> 00:57:32,541 Walter. 506 00:57:33,458 --> 00:57:34,666 Panggil doktor. 507 00:57:37,166 --> 00:57:38,750 Kita perlukan bantuan. 508 00:57:40,625 --> 00:57:41,875 Telefon doktor! 509 00:57:43,541 --> 00:57:44,791 Awak akan selamat. 510 00:57:45,708 --> 00:57:46,583 Awak okey. 511 00:57:49,666 --> 00:57:51,791 Cukup! Kita tak boleh buat apa-apa. 512 00:57:53,041 --> 00:57:54,958 - Panggil doktor. - Tengok. 513 00:57:57,916 --> 00:57:59,750 Lukisan saya tak pernah menipu. 514 00:58:02,375 --> 00:58:03,333 Dia menang. 515 00:58:06,375 --> 00:58:07,833 - Tapi… - Tengok. 516 00:58:29,500 --> 00:58:32,375 Aku dah cakap kau tak boleh lari daripada aku. 517 00:59:07,750 --> 00:59:12,250 Inilah sebuah pengakhiran yang menggembirakan. 518 00:59:31,958 --> 00:59:35,666 Rumahku syurgaku. 519 00:59:39,958 --> 00:59:42,625 Aku akan menghuni jasad ini selama mungkin. 520 00:59:42,708 --> 00:59:46,458 Lagipun, dia tak pernah menghargainya. 521 01:00:58,500 --> 01:01:01,000 Terjemahan sari kata oleh Saffura