1 00:00:06,125 --> 00:00:08,833 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,458 --> 00:00:14,875 Apa jadi kalau si pengumpul dijadikan barang yang dikumpul 3 00:00:14,958 --> 00:00:20,541 atau pemburu kejam menemui seseorang mahupun sesuatu yang keinginannya 4 00:00:20,625 --> 00:00:23,125 melangkaui keinginan pemburu itu sendiri? 5 00:00:23,916 --> 00:00:28,875 Kad jemputan ke sebuah pameran dicetak timbul pada sekeping kertas tebal 6 00:00:28,958 --> 00:00:30,791 dan bersaiz agak besar. 7 00:00:30,875 --> 00:00:33,791 Malam mengujakan bagi mereka yang meminatinya 8 00:00:33,875 --> 00:00:36,666 dan mungkin malam terakhir dalam hidup mereka. 9 00:00:36,750 --> 00:00:39,666 Tajuk cerita kita malam ini ialah Pameran 10 00:00:40,458 --> 00:00:43,375 yang diarahkan oleh Panos Cosmatos. 11 00:00:45,000 --> 00:00:48,291 PAMERAN 12 00:01:54,208 --> 00:01:57,541 "Lionel Lassiter menjemput anda 13 00:01:57,625 --> 00:02:00,958 ke sebuah pameran di Rumah Sandpiper. 14 00:02:02,500 --> 00:02:07,291 Sabtu, 22 September 1979. 15 00:02:07,375 --> 00:02:09,208 Arahan adalah seperti berikut." 16 00:03:34,500 --> 00:03:35,833 Maaf kerana lambat. 17 00:03:35,916 --> 00:03:38,041 Yalah. Kita tunggu apa sebenarnya? 18 00:03:39,291 --> 00:03:42,041 Kamu semua nak ke pameran itu, bukan? 19 00:03:42,541 --> 00:03:44,958 Ya, kami dijemput ke pameran itu. 20 00:03:45,750 --> 00:03:49,541 Kami bertiga pernah dijemput ke rancangan temu bual lewat malam. 21 00:03:49,625 --> 00:03:50,791 Awak? 22 00:03:51,375 --> 00:03:52,625 Saya? Saya… 23 00:03:52,708 --> 00:03:53,541 Pernah. 24 00:03:54,041 --> 00:03:54,875 Saya… 25 00:03:55,875 --> 00:03:57,541 - Peliknya. - Ya. 26 00:03:57,625 --> 00:04:01,458 Mungkin hos kita suka tonton rancangan temu bual lewat malam. 27 00:04:01,541 --> 00:04:04,791 Orang yang jarang keluar rumah memang suka tengok TV. 28 00:04:06,041 --> 00:04:07,041 Ya… 29 00:04:08,541 --> 00:04:09,791 Nama saya Charlotte. 30 00:04:09,875 --> 00:04:11,750 Ya, saya boleh rasa. 31 00:04:11,833 --> 00:04:13,208 Saya Targ Reinhard. 32 00:04:14,500 --> 00:04:15,708 Selamat berkenalan. 33 00:04:15,791 --> 00:04:18,291 - Saya Randall. - Saya kenal awak. 34 00:04:18,875 --> 00:04:21,125 Saya peminat setia awak. Awak hebat. 35 00:04:36,208 --> 00:04:38,083 Hai, saya Hector. 36 00:04:39,666 --> 00:04:40,583 Naiklah. 37 00:04:54,750 --> 00:04:55,958 Hei, ada rokok? 38 00:04:56,041 --> 00:04:57,416 Mestilah. 39 00:04:57,958 --> 00:04:58,791 Bagus. 40 00:05:10,083 --> 00:05:10,916 Terima kasih. 41 00:05:17,041 --> 00:05:18,958 Teruja betul rasanya. 42 00:05:19,041 --> 00:05:21,250 Saya boleh rasa. 43 00:05:21,333 --> 00:05:26,125 Masalahnya, saya tak boleh baca hos misteri kita. 44 00:05:27,625 --> 00:05:29,125 Yakah? Dramatiknya. 45 00:05:29,208 --> 00:05:32,791 Ramai orang kaya dan berkuasa yang tak suka akan publisiti. 46 00:05:32,875 --> 00:05:36,375 Saya tahu, tapi dulu semua orang kenal dia. 47 00:05:37,250 --> 00:05:41,125 Selebriti macam kita yang sentiasa menjadi tumpuan utama 48 00:05:41,208 --> 00:05:44,916 tahu betapa payahnya nak keluar daripada dunia populariti. 49 00:05:46,125 --> 00:05:47,250 Kuat perasan. 50 00:05:51,125 --> 00:05:52,791 Apa kerja awak, Charlotte? 51 00:05:53,625 --> 00:05:56,583 Saya ahli astrofizik. 52 00:05:57,916 --> 00:06:02,250 Mungkin ini soalan bodoh, tapi apa pendapat awak tentang horoskop? 53 00:06:03,375 --> 00:06:07,583 Sejujurnya, saya tak percaya horoskop. 54 00:06:08,583 --> 00:06:10,208 Awak Kaprikorn. 55 00:06:10,708 --> 00:06:13,875 - Yakah? - Ya, tapi apa kedudukan bintang dia? 56 00:06:14,583 --> 00:06:16,500 Itulah kuasa sebenar astrologi. 57 00:06:18,166 --> 00:06:21,375 Kamu tak dibenarkan berbual sepanjang perjalanan. 58 00:06:21,458 --> 00:06:23,250 Dengar saja program audio ini. 59 00:06:27,750 --> 00:06:28,583 Apa? 60 00:07:44,291 --> 00:07:45,500 Awak nak yang mana? 61 00:07:46,708 --> 00:07:47,750 Lebih lembut? 62 00:07:50,875 --> 00:07:52,000 Lebih cair… 63 00:07:58,125 --> 00:07:59,333 atau lebih tulen? 64 00:08:05,208 --> 00:08:06,291 Awak pilih. 65 00:09:32,166 --> 00:09:33,958 Selamat datang ke Rumah Sandpiper. 66 00:09:45,708 --> 00:09:47,958 Wanginya bau. 67 00:09:48,041 --> 00:09:49,958 Bunga apa ini? 68 00:09:50,458 --> 00:09:52,333 Ini bunga lili Stargazer. 69 00:09:52,416 --> 00:09:54,916 Ia cuma hidup selama empat tahun. 70 00:09:55,000 --> 00:09:58,291 Sebelum ini, bunga lili kembang menghadap ke tanah. 71 00:09:59,041 --> 00:10:00,291 Disebabkan itu, 72 00:10:00,375 --> 00:10:04,500 ramai yang menyangka bunganya layu atau mati, 73 00:10:05,291 --> 00:10:07,041 jadi orang tak suka tanamnya. 74 00:10:07,791 --> 00:10:10,458 Seorang wanita di California mengacuknya 75 00:10:10,541 --> 00:10:13,958 sehingga bunga lili kembang menghadap ke atas, 76 00:10:14,041 --> 00:10:15,583 merenung ke langit. 77 00:10:15,666 --> 00:10:19,166 Rupa dan kisahnya mengagumkan. 78 00:10:19,666 --> 00:10:22,708 Tuan Lassiter cuba kekalkan habitat semula jadinya 79 00:10:22,791 --> 00:10:26,000 dan mengintegrasikannya dengan seni bina rumah ini. 80 00:10:26,708 --> 00:10:28,750 Wah, muzik ini mengkhayalkan. 81 00:10:29,625 --> 00:10:31,208 Saya suka muzik ini. 82 00:10:31,291 --> 00:10:32,541 Tipikal. 83 00:10:33,541 --> 00:10:34,958 Apa maksud awak? 84 00:10:35,041 --> 00:10:40,125 Muzik ini macam bunyi dengung kristal dalam rawatan pseudosaintifik. 85 00:11:38,333 --> 00:11:39,166 Silakan. 86 00:11:40,750 --> 00:11:42,125 Nak duduk di mana? 87 00:11:42,625 --> 00:11:44,833 Ikut minuman kegemaran masing-masing. 88 00:11:56,916 --> 00:11:57,958 Saya Charlotte. 89 00:12:19,500 --> 00:12:21,875 Bak orang mengantuk disorongkan bantal. 90 00:12:21,958 --> 00:12:24,333 Sedap betul bir ini. 91 00:12:25,416 --> 00:12:29,208 Sejuk dan menyegarkan macam saya suka. 92 00:12:32,375 --> 00:12:36,041 Wah, ale halia. Minuman kegemaran saya. 93 00:12:38,000 --> 00:12:39,500 Awak tak minum arak? 94 00:12:39,583 --> 00:12:41,958 Apa? Awak fikir saintis kera sumbang? 95 00:12:52,541 --> 00:12:54,833 Teh lapsang souchong. 96 00:12:56,666 --> 00:13:01,666 Suhunya sempurna dengan madu yang secukup rasa. 97 00:13:03,083 --> 00:13:06,000 Macam mana dia tahu aku suka teh lapsang souchong? 98 00:13:11,541 --> 00:13:13,041 Oh, Tuhan. 99 00:13:14,833 --> 00:13:15,958 Saya cuba berhenti, 100 00:13:16,041 --> 00:13:22,291 tapi ini rokok mentol Tibet idaman saya yang sangat sukar ditemui. 101 00:13:22,375 --> 00:13:27,416 Kalau awak serius nak berhenti merokok, kenapa rokok itu ada di situ? 102 00:13:30,083 --> 00:13:32,375 Saya takkan tunduk pada nafsu. 103 00:13:34,750 --> 00:13:38,125 Helo dan selamat datang, semua. Maaf buat kamu menunggu. 104 00:13:39,416 --> 00:13:42,541 Buatlah macam di rumah sendiri dan kalau nak apa-apa, 105 00:13:42,625 --> 00:13:46,875 Hector atau Doktor Zahra sedia melayani kamu. 106 00:13:59,125 --> 00:14:02,833 Saya rasa kita belum betul-betul berkenalan. 107 00:14:05,333 --> 00:14:07,416 Dia penulis novel, Guy Landon. 108 00:14:08,125 --> 00:14:12,833 Kelakarkah kalau novel saya lebih laris daripada corn dog di pesta ria? 109 00:14:16,166 --> 00:14:18,666 Seni binanya luar biasa. 110 00:14:18,750 --> 00:14:22,166 Gaya seni bina Brutalisme, ala tradisi Mueller, 111 00:14:22,250 --> 00:14:25,625 tapi dengan suntikan pengaruh Aztek. 112 00:14:26,458 --> 00:14:27,791 Aztek? 113 00:14:27,875 --> 00:14:30,333 Awak pakar seni bina Aztek sekarang? 114 00:14:31,208 --> 00:14:33,500 Itu salah satu tamadun purba 115 00:14:33,583 --> 00:14:37,416 yang melangkaui teknologi zaman mereka, ya. 116 00:14:39,125 --> 00:14:43,500 Saya sangka awak cuma terkenal kerana bengkokkan sudu guna kuasa minda. 117 00:15:04,000 --> 00:15:04,916 Selamat petang. 118 00:15:05,791 --> 00:15:08,000 Saya harap semuanya okey. 119 00:15:11,291 --> 00:15:15,166 Ini wiski malt Tetsuro Hara yang berusia 50 tahun. 120 00:15:16,416 --> 00:15:20,500 Kilang penyulingannya dibuka pada tahun 1921 di subbandar Kyoto. 121 00:15:20,583 --> 00:15:22,500 Ketulenan airnya sangat tinggi. 122 00:15:22,583 --> 00:15:27,750 Sejak dulu lagi pakar teh pergi ke sana untuk menyempurnakan teknik mereka. 123 00:15:28,416 --> 00:15:31,750 Botol ini terselamat walaupun kilang itu dibom 124 00:15:31,833 --> 00:15:34,208 semasa Perang Dunia Kedua. 125 00:15:34,708 --> 00:15:40,166 Botol ini juga terselamat daripada gempa bumi Nankaido 1946, 126 00:15:40,250 --> 00:15:42,791 jadi botolnya sumbing sedikit. 127 00:15:42,875 --> 00:15:44,791 Bagaimanapun, ia tetap utuh. 128 00:15:45,291 --> 00:15:48,291 Ia berjaya bertahan daripada semua kekacauan 129 00:15:48,791 --> 00:15:54,125 dan kemusnahan itu jauh lebih lama daripada kebanyakan manusia 130 00:15:54,208 --> 00:15:57,833 untuk sampai ke tangan kita malam ini pada tahun 1979, 131 00:15:58,416 --> 00:16:04,250 untuk dikongsi dan dinikmati. 132 00:16:41,291 --> 00:16:45,208 Lima belas jam kemudian, kita terjaga dalam keadaan terpinga-pinga. 133 00:17:21,958 --> 00:17:23,333 Berbaloi-baloi. 134 00:17:30,875 --> 00:17:31,708 Guy Landon. 135 00:17:32,375 --> 00:17:36,583 Awak antara penulis novel paling berbakat pada zaman ini. 136 00:17:37,250 --> 00:17:40,916 Malam ini, saya akan beri awak satu pengalaman unik. 137 00:17:41,000 --> 00:17:45,458 Satu insentif untuk mengembalikan kreativiti awak. 138 00:17:46,875 --> 00:17:50,166 Saya nak tahu pendapat awak tentang benda itu. 139 00:17:51,041 --> 00:17:52,166 Wah. 140 00:17:52,250 --> 00:17:55,083 Sekarang, awak buat saya rasa lebih teruja. 141 00:17:56,250 --> 00:17:57,375 Targ Reinhard. 142 00:17:57,458 --> 00:18:00,375 Saya dengar hasil eksperimen makmal 143 00:18:00,458 --> 00:18:04,458 tentang pengamatan luar awak mengagumkan. 144 00:18:04,541 --> 00:18:08,125 Daripada saya terus bertekak dengan komuniti sains, 145 00:18:08,208 --> 00:18:12,583 saya cuba libatkan mereka dan hasilnya memang menakjubkan. 146 00:18:14,708 --> 00:18:17,666 Bak kata awak, penilaian saintifiknya juga penting. 147 00:18:17,750 --> 00:18:19,541 Charlotte Xie. 148 00:18:19,625 --> 00:18:23,833 Seorang ahli astrofizik yang mencetuskan kontroversi 149 00:18:23,916 --> 00:18:28,500 dengan persamaan pembiakan makhluk asing dan teori panspermia, 150 00:18:28,583 --> 00:18:30,625 tapi saya percaya awak, Charlotte. 151 00:18:30,708 --> 00:18:34,541 Hidup ialah satu kitaran yang takkan berhenti. 152 00:18:34,625 --> 00:18:39,625 Dia buktikan hakikat yang menyakitkan tentang alam semesta dan kemanusiaan. 153 00:18:39,708 --> 00:18:44,625 Sama macam Ptolemy, pendukung stoisisme, Cicero, Giotto, Gutenberg, 154 00:18:44,708 --> 00:18:48,458 Leonardo, Magellan, Copernicus, Galileo, 155 00:18:48,541 --> 00:18:51,791 semua perintis falsafah, seni dan sains yang agung. 156 00:18:51,875 --> 00:18:56,000 Sebenarnya, itu draf awalan pertama saya. 157 00:18:56,083 --> 00:18:59,125 - Saya tak sehebat mereka. - Awak memang hebat. 158 00:18:59,208 --> 00:19:02,916 Cabar potensi minda awak yang unik itu, Charlotte. 159 00:19:03,583 --> 00:19:04,708 Randall. 160 00:19:05,916 --> 00:19:10,500 Mungkinkah kami boleh belajar sesuatu daripada kebolehan auditori awak? 161 00:19:11,000 --> 00:19:12,750 Entahlah. 162 00:19:12,833 --> 00:19:14,958 Susah nak gambarkannya. 163 00:19:15,041 --> 00:19:16,083 Ya. 164 00:19:16,166 --> 00:19:18,833 Saya tahu, tapi kita akan cuba. 165 00:19:18,916 --> 00:19:24,166 Randall Roth, bintang segala bintang. Penggubah lagu-lagu hangat masa kini. 166 00:19:24,791 --> 00:19:30,458 Lagu-lagu awak berkumandang di setiap corong radio. 167 00:19:31,750 --> 00:19:35,041 Penggubah lagu artis-artis rakaman terkenal. 168 00:19:35,125 --> 00:19:40,291 Malam-malam saya lebih ceria dengan alunan muzik awak. 169 00:19:40,375 --> 00:19:44,791 Terima kasih banyak kerana sudi hadir malam ini. 170 00:19:48,041 --> 00:19:50,125 Macam mana pula perasaan awak? 171 00:19:50,208 --> 00:19:52,500 Saya rasa dia maksudkannya. 172 00:19:53,083 --> 00:19:54,250 Betul itu. 173 00:19:54,333 --> 00:19:56,000 Kita bercakap tentang muzik. 174 00:19:58,000 --> 00:19:59,166 Muzik. 175 00:20:00,333 --> 00:20:03,250 Semua seni lahir daripada muzik. 176 00:20:04,416 --> 00:20:07,875 Saya nak dengar semua lagu yang digubah oleh Randall Roth. 177 00:20:08,458 --> 00:20:10,791 Album seterusnya mungkin mengecewakan. 178 00:20:10,875 --> 00:20:15,125 Oh, Tuhan. Awak ketandusan idea, Randy? 179 00:20:15,208 --> 00:20:17,708 Tolonglah. Jangan panggil saya Randy. 180 00:20:17,791 --> 00:20:18,791 Kita baru kenal. 181 00:20:19,291 --> 00:20:20,958 Jangan kurang ajar, Landon. 182 00:20:21,458 --> 00:20:23,000 Randall mendominasi carta 183 00:20:23,083 --> 00:20:25,750 dan saya yakin album baharunya pasti meletup. 184 00:20:27,791 --> 00:20:29,000 Entahlah. 185 00:20:29,958 --> 00:20:31,958 Kali ini, saya kurang pasti. 186 00:20:32,625 --> 00:20:34,000 Apa konsepnya? 187 00:20:34,083 --> 00:20:36,291 Konsepnya mudah. Satu perkataan saja. 188 00:20:36,375 --> 00:20:37,291 Fantasi. 189 00:20:38,416 --> 00:20:40,125 Album itu takkan berjaya. 190 00:20:40,208 --> 00:20:42,208 Saya jamin ia akan berjaya. 191 00:20:42,291 --> 00:20:45,000 Saya tak setuju, Encik Lassiter. 192 00:20:45,083 --> 00:20:48,541 Menurut sains, tiada apa-apa yang pasti. 193 00:20:48,625 --> 00:20:50,166 Saya setuju, Charlotte, 194 00:20:50,250 --> 00:20:55,041 tapi dengan sedikit insentif, saya boleh ubah penetapan minda seseorang. 195 00:20:55,625 --> 00:20:58,000 Okey, mungkin itulah masalah saya. 196 00:20:58,916 --> 00:21:03,541 Patutkah saya berkarya dari hati atau ikut saja kehendak industri? 197 00:21:03,625 --> 00:21:07,041 Mungkin sebenarnya awak nak kawal industri. 198 00:21:46,125 --> 00:21:47,166 Minumlah. 199 00:21:49,666 --> 00:21:51,083 Awak saja belum minum. 200 00:21:56,375 --> 00:21:57,500 Minumlah, Randall. 201 00:22:02,541 --> 00:22:03,583 Silakan. 202 00:22:58,333 --> 00:23:00,750 Saya betul-betul suka bilik ini. 203 00:23:03,333 --> 00:23:06,750 Sedap juga muzik ini. 204 00:23:06,833 --> 00:23:09,333 Susah nak jumpa muzik yang sesuai 205 00:23:09,416 --> 00:23:13,125 dengan dinamik strukturnya, jadi saya upah penggubah lagu Itali. 206 00:23:13,208 --> 00:23:14,125 Siapa? 207 00:23:14,208 --> 00:23:17,625 Penggubah lagu dari Venice bernama Massimo Contini. 208 00:23:17,708 --> 00:23:19,750 Dia penggubah lagu peribadi saya. 209 00:23:19,833 --> 00:23:22,916 Maksudnya, muzik ini tiada dalam pasaran? 210 00:23:24,000 --> 00:23:25,000 Tak. 211 00:23:25,083 --> 00:23:28,333 Randall, jangan ambil hati kerana saya tak pilih awak 212 00:23:28,416 --> 00:23:30,416 untuk gubah muzik Rumah Sandpiper. 213 00:23:30,500 --> 00:23:31,625 Saya tak kisah. 214 00:23:31,708 --> 00:23:35,291 Saya akan upah awak untuk cipta seluruh dinamik bunyi 215 00:23:35,375 --> 00:23:37,500 rumah baharu saya di Ecuador. 216 00:23:37,583 --> 00:23:39,000 Sama macam rumah ini? 217 00:23:39,083 --> 00:23:43,083 Yang sama cuma kelainan semula jadinya yang luar biasa. 218 00:23:43,166 --> 00:23:44,166 Saya baru ingat. 219 00:23:44,250 --> 00:23:47,791 Targ ada idea hebat tentang seni bina bilik ini. 220 00:23:47,875 --> 00:23:51,083 Targ, awak cakap apa tadi? 221 00:23:51,166 --> 00:23:54,458 Ya, saya nampak motif Aztek dan… 222 00:23:54,541 --> 00:23:56,541 Jangan malukan diri sendiri, Targ. 223 00:23:56,625 --> 00:24:01,208 Tiada sesiapa kenal arkiteknya. 224 00:24:02,583 --> 00:24:04,583 Saya kumpul benda yang tak boleh dikumpul. 225 00:24:04,666 --> 00:24:06,500 Maksudnya, awak kumpul orang? 226 00:24:08,041 --> 00:24:10,416 Macam mana? Awak beli mereka? 227 00:24:10,500 --> 00:24:11,500 Duit tak relevan. 228 00:24:11,583 --> 00:24:16,208 Saya cuma ikut cita rasa dan cita rasa tak terbatas. 229 00:24:18,000 --> 00:24:20,541 Boleh saya tanya satu soalan? 230 00:24:23,416 --> 00:24:27,166 Encik Lassiter, semua orang nak tahu. Macam mana awak jadi kaya? 231 00:24:27,791 --> 00:24:31,708 Soalan yang biadab, tapi saya akan jawab, Guy Landon. 232 00:24:33,583 --> 00:24:38,708 Saya beli dan kumpul uranium sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. 233 00:24:38,791 --> 00:24:42,083 Bukankah ia melanggar undang-undang antarabangsa? 234 00:24:42,166 --> 00:24:43,250 Saya terkecuali. 235 00:24:43,333 --> 00:24:45,083 Maksudnya, awak saintis? 236 00:24:46,166 --> 00:24:50,458 Tak, tapi awak tak tahu jumlah pelaburan saya untuk jadi sekaya ini. 237 00:24:58,083 --> 00:25:00,000 Benda itu buat saya paranoid. 238 00:25:00,083 --> 00:25:02,083 Percayalah, ini tak sama. 239 00:25:03,375 --> 00:25:05,083 Ia tak buat saya paranoid. 240 00:25:14,458 --> 00:25:15,333 Baiklah. 241 00:25:28,041 --> 00:25:29,125 Hisaplah, Randall. 242 00:25:52,666 --> 00:25:55,541 Randall, saya nak awak buat muzik untuk saya. 243 00:25:56,375 --> 00:25:58,291 Apa awak nak sebagai balasan? 244 00:25:58,875 --> 00:26:01,583 Awak dapat jawapan setiap kali tanya macam itu? 245 00:26:06,916 --> 00:26:08,416 Apa awak nak sebenarnya? 246 00:26:11,166 --> 00:26:12,791 Saya tak nak apa-apa. 247 00:26:15,916 --> 00:26:18,000 Saya nak sesuatu yang tak wujud. 248 00:26:18,083 --> 00:26:19,708 Apa dia? 249 00:26:22,708 --> 00:26:24,625 Ada kelompangan dalam jiwa saya 250 00:26:25,791 --> 00:26:27,458 dan semua orang. 251 00:26:29,208 --> 00:26:30,916 Jurang yang amat dalam. 252 00:26:31,916 --> 00:26:34,708 Setiap benda yang kita kumpul, 253 00:26:34,791 --> 00:26:37,208 setiap kejayaan, 254 00:26:38,083 --> 00:26:41,000 semua yang kita lakukan untuk isi kelompangan itu, 255 00:26:42,208 --> 00:26:43,250 semuanya sia-sia. 256 00:26:43,333 --> 00:26:44,500 Macam… 257 00:26:45,625 --> 00:26:47,250 Macam lohong hitam. 258 00:26:50,583 --> 00:26:52,791 Semua orang ada lohong hitam. 259 00:26:54,333 --> 00:26:57,791 Saya tak nak hanyut dalam kelompangan itu. 260 00:27:10,458 --> 00:27:14,125 Habis rosak angin saya. 261 00:27:22,583 --> 00:27:24,333 Saya tak sentuh benda itu. 262 00:27:27,083 --> 00:27:30,083 Apa cerita di sebalik AK emas itu? 263 00:27:30,166 --> 00:27:32,583 Senapang emas itu? Biar Hector cerita. 264 00:27:32,666 --> 00:27:33,500 Hector! 265 00:27:43,083 --> 00:27:46,333 Kami jadikannya sebagai perhiasan 266 00:27:46,416 --> 00:27:50,041 untuk buktikan ia tak berbahaya. 267 00:27:53,125 --> 00:27:55,250 Oh, pencinta keamanan. 268 00:27:56,500 --> 00:27:58,250 Awak mesti undi Carter. 269 00:28:00,000 --> 00:28:01,000 Undi? 270 00:28:02,291 --> 00:28:03,208 Jijiknya. 271 00:28:04,416 --> 00:28:07,458 Kita hidup dalam paranoia. Kebenaran lebih kejam. 272 00:28:07,541 --> 00:28:11,666 Apa lagi yang kita harapkan kalau kebenaran asyik dirahsiakan? 273 00:28:12,583 --> 00:28:14,958 Macamlah kita bodoh sangat. 274 00:28:15,875 --> 00:28:22,208 Saya pernah tengok benda yang boleh buat awak hilang akal. 275 00:28:24,083 --> 00:28:27,666 Apa kata awak ceritakannya kepada kami? 276 00:28:30,083 --> 00:28:31,041 Baiklah. 277 00:28:31,708 --> 00:28:34,416 Tengok Doktor Zahra… 278 00:28:36,583 --> 00:28:37,958 dan tengok saya. 279 00:28:38,041 --> 00:28:40,291 Orang sangka dia kerja untuk saya. 280 00:28:41,083 --> 00:28:44,666 Cerita dia jauh lebih menarik berbanding cerita saya. 281 00:28:44,750 --> 00:28:46,833 Saya nak dengar daripada mulut dia. 282 00:28:46,916 --> 00:28:47,916 Semoga berjaya. 283 00:28:50,375 --> 00:28:52,250 Saya ada ijazah hematologi. 284 00:28:54,416 --> 00:28:58,250 Suatu masa dulu, saya doktor peribadi Kolonel Gaddafi. 285 00:29:00,291 --> 00:29:01,208 Wah. 286 00:29:02,333 --> 00:29:04,416 Bukan senang dia nak bercerita. 287 00:29:05,000 --> 00:29:07,125 Saya suka Charlotte. 288 00:29:08,125 --> 00:29:10,083 Mungkin dia boleh faham saya. 289 00:29:11,375 --> 00:29:12,666 Mudah-mudahan. 290 00:29:16,000 --> 00:29:18,041 Ceritalah tentang Gaddafi. 291 00:29:21,291 --> 00:29:24,458 Buat apa nak cerita kalau awak memang prejudis? 292 00:29:25,958 --> 00:29:27,916 Kamu tahu dia sokong pembebasan? 293 00:29:31,375 --> 00:29:32,708 Dia juga baik hati. 294 00:29:35,666 --> 00:29:39,125 Dia tak suka doktor, jadi dia anggap saya sebagai artis. 295 00:29:39,208 --> 00:29:41,375 Dia tunaikan semua permintaan saya. 296 00:29:45,166 --> 00:29:48,291 Sebagai doktor, saya nampak darah dan air matanya. 297 00:29:54,750 --> 00:29:56,666 Percaya atau tidak, ada kalanya, 298 00:29:57,791 --> 00:29:59,833 dia akan menangis tanpa sebab… 299 00:30:02,208 --> 00:30:04,958 macam budak kehilangan emak. 300 00:30:09,166 --> 00:30:10,875 Kasihan. 301 00:30:15,250 --> 00:30:17,375 Saya juga pernah nampak… 302 00:30:20,416 --> 00:30:25,208 walau satu kesilapan kecil atau perkataan yang dia tak suka 303 00:30:26,333 --> 00:30:29,375 mengubahnya menjadi manusia paling kejam. 304 00:30:33,416 --> 00:30:34,666 Dia pembunuh. 305 00:30:37,500 --> 00:30:38,958 "Ceritalah tentang dia?" 306 00:30:42,041 --> 00:30:43,958 Kadang-kadang, ketika sendirian, 307 00:30:44,041 --> 00:30:48,375 dia pakai baju macam bintang rock dari masa depan. 308 00:30:52,166 --> 00:30:53,833 Awak patut kerja dengan dia. 309 00:30:55,041 --> 00:30:56,000 Boleh juga. 310 00:30:56,625 --> 00:30:59,250 Siapalah saya tanpa Doktor Zahra? 311 00:31:00,416 --> 00:31:02,291 Dialah nyawa saya. 312 00:31:02,375 --> 00:31:04,416 Saya sanggup mati demi dia. 313 00:31:06,541 --> 00:31:08,875 Semua yang saya ada ialah milik dia. 314 00:31:10,083 --> 00:31:11,291 Bagi saya, 315 00:31:12,875 --> 00:31:14,208 dialah tuan saya. 316 00:31:27,875 --> 00:31:29,958 Sekarang, izinkan saya layan kamu. 317 00:31:47,791 --> 00:31:48,833 Dari Peru, 318 00:31:50,458 --> 00:31:51,708 dikisar guna tangan, 319 00:31:52,625 --> 00:31:54,458 ditanam di hutan persendirian. 320 00:31:54,958 --> 00:31:56,916 Pembeli terpilih saja boleh beli. 321 00:31:57,000 --> 00:31:59,750 Tahap ketulenan tertinggi pernah direkodkan. 322 00:31:59,833 --> 00:32:03,458 Setahun sekali, bot carter akan tiba di Pulau Catalina. 323 00:32:03,541 --> 00:32:06,000 Itu kokain? 324 00:32:06,583 --> 00:32:08,333 Apa lagi? 325 00:32:09,500 --> 00:32:13,666 Saya tak pernah sentuhnya. Ia menumpulkan kebolehan psikik saya. 326 00:32:14,250 --> 00:32:17,791 Maaflah, Targ. Saya tak sangka awak masih bawah umur. 327 00:32:17,875 --> 00:32:19,125 Hei, Targ. 328 00:32:19,916 --> 00:32:23,708 Macam mana kalau ia boleh menajamkan kebolehan awak? 329 00:32:27,041 --> 00:32:29,375 Hei, apa benda itu? 330 00:32:30,333 --> 00:32:32,625 Jangan takut. 331 00:32:35,125 --> 00:32:37,458 Saya ciptanya di makmal saya. 332 00:32:39,458 --> 00:32:41,416 Saintis harus saling mempercayai. 333 00:32:41,500 --> 00:32:44,833 Saya cuma nak tahu bahan yang saya akan hisap. 334 00:32:44,916 --> 00:32:46,666 Ia akan buat awak rasa yakin 335 00:32:46,750 --> 00:32:49,875 tanpa dihambat rasa cemas, murung… 336 00:32:52,875 --> 00:32:54,041 atau paranoia. 337 00:32:56,708 --> 00:32:59,500 Ini bukan dadah biasa. 338 00:33:00,000 --> 00:33:02,041 Ini istimewa. 339 00:33:02,125 --> 00:33:05,833 Ia dihasilkan daripada ubat untuk menghentikan pendarahan. 340 00:33:05,916 --> 00:33:09,416 Sepertimana sains, ia ada kegunaan lain. 341 00:33:10,916 --> 00:33:15,125 Saya sedang bereksperimen untuk meningkatkan potensi manusia. 342 00:33:18,000 --> 00:33:19,041 Terima kasih. 343 00:33:21,625 --> 00:33:23,166 Jangan malu-malu. 344 00:33:24,250 --> 00:33:27,583 Nikmatilah air tangan Doktor Zahra. 345 00:33:27,666 --> 00:33:29,041 Ia mengubah hidup saya. 346 00:33:37,583 --> 00:33:39,125 Awak nak uji kamikah? 347 00:33:39,916 --> 00:33:41,125 Ya. 348 00:33:51,208 --> 00:33:53,916 Ujian sedut kokain? 349 00:33:55,000 --> 00:33:56,666 Saya pasti lulus. 350 00:34:03,041 --> 00:34:03,875 Beres. 351 00:34:10,875 --> 00:34:13,208 Maaf, tapi saya tak berani. 352 00:34:13,291 --> 00:34:17,041 Kalau awak tak pernah cuba kokain, sekaranglah masanya. 353 00:34:34,041 --> 00:34:36,000 Guna lubang hidung saja. 354 00:34:42,250 --> 00:34:43,291 Randall. 355 00:34:45,625 --> 00:34:47,583 Saya tahu awak pernah buat. 356 00:34:48,416 --> 00:34:50,625 Itulah masalahnya. 357 00:34:51,125 --> 00:34:56,125 Saya cuma nak memaksimumkan tahap kebolehan awak. 358 00:34:56,208 --> 00:34:59,916 Kamu semua dipilih untuk hadir pada malam ini 359 00:35:00,000 --> 00:35:04,000 untuk ambil bahagian dalam detik menakjubkan ini. 360 00:35:04,500 --> 00:35:06,000 Kita mesti segerak. 361 00:35:07,833 --> 00:35:09,291 Macam kumpulan muzik. 362 00:35:14,000 --> 00:35:16,791 Apa lagu paling sedap awak pernah dengar? 363 00:35:22,708 --> 00:35:23,916 Tahun 1969. 364 00:35:26,000 --> 00:35:30,208 Saya jumpa sekumpulan hipi yang buat muzik psikedelik di Greece. 365 00:35:31,833 --> 00:35:34,458 Salah seorang daripada mereka main satu lagu. 366 00:35:34,541 --> 00:35:37,125 Lagu itu tak pernah dirakamkan. 367 00:35:38,708 --> 00:35:42,541 Ia menggamit nostalgia yang tak pernah berlaku, 368 00:35:43,916 --> 00:35:45,833 yang wujud pada masa itu saja. 369 00:35:46,666 --> 00:35:48,166 Saya tak ingat pun. 370 00:35:50,625 --> 00:35:54,791 Yang lalu, biarlah berlalu. 371 00:35:56,333 --> 00:35:59,166 - Kita lebih kurang saja. - Apa? Kita? 372 00:36:00,083 --> 00:36:01,458 Entahlah. 373 00:36:01,541 --> 00:36:03,916 Randall, ada satu pepatah lama Zen. 374 00:36:04,916 --> 00:36:06,041 Macam ini bunyinya. 375 00:36:06,125 --> 00:36:07,958 "Semua orang ada dua kehidupan 376 00:36:08,041 --> 00:36:11,750 dan kehidupan kedua bermula sejurus kita sedar yang selama ini, 377 00:36:11,833 --> 00:36:13,333 kita cuma hidup sekali." 378 00:36:19,458 --> 00:36:20,333 Lantaklah. 379 00:36:28,291 --> 00:36:30,041 Oh, Tuhan. Saya suka kokain. 380 00:36:32,291 --> 00:36:34,750 Oh, Tuhan. Biar betul? 381 00:36:34,833 --> 00:36:36,625 Charlotte, kami perlukan awak. 382 00:36:37,333 --> 00:36:42,833 Dengan otak geliga awak yang dirangsang oleh ciptaan Doktor Zahra, 383 00:36:43,333 --> 00:36:46,666 penilaian awak tentang benda itu akan lebih mendalam. 384 00:36:47,416 --> 00:36:49,541 Awak tak nak rasa apa saya rasa? 385 00:36:56,208 --> 00:36:58,458 Saya harap ia berbaloi. 386 00:36:58,541 --> 00:36:59,833 Saya jamin. 387 00:37:01,500 --> 00:37:02,708 Ia pasti berbaloi. 388 00:38:25,916 --> 00:38:28,375 Kamu tentu masih tertanya-tanya 389 00:38:28,458 --> 00:38:31,333 tujuan saya jemput kamu ke sini malam ini. 390 00:38:33,208 --> 00:38:38,416 Dengan latar belakang dan kepakaran setiap daripada kamu, 391 00:38:40,083 --> 00:38:43,666 kamu boleh beri persepsi dan penaakulan yang holistik 392 00:38:43,750 --> 00:38:46,000 tentang benda yang saya akan tunjuk. 393 00:38:48,791 --> 00:38:53,416 Benda yang saya akan tunjuk itu… 394 00:38:57,000 --> 00:39:01,541 diperolehi dengan susah payah 395 00:39:02,750 --> 00:39:04,791 dan dibayar dengan harga tinggi. 396 00:39:10,250 --> 00:39:11,500 Dah tiba masanya. 397 00:41:09,625 --> 00:41:11,833 Ini totem kuasa purba. 398 00:41:13,833 --> 00:41:16,041 Tak, seriuslah. Apa benda ini? 399 00:41:19,458 --> 00:41:20,583 Saya tak tahu. 400 00:41:22,625 --> 00:41:26,625 Ciri dan penstriaannya sama dengan serpihan meteorit, 401 00:41:26,708 --> 00:41:28,791 tapi mustahil sebesar ini. 402 00:41:29,541 --> 00:41:33,500 Tiada kesan terbakar akibat geseran semasa memasuki atmosfera Bumi. 403 00:41:33,583 --> 00:41:35,708 Dah analisis jisimnya? 404 00:41:35,791 --> 00:41:39,375 Kami dah X-ray, tapi tak nampak apa-apa. 405 00:41:39,458 --> 00:41:43,208 Kita tak tahu asal usul benda ini. 406 00:41:43,291 --> 00:41:47,250 Randall, jangan merokok di dalam Bilik Obelisk. 407 00:41:48,250 --> 00:41:49,958 Maafkan saya. 408 00:41:50,041 --> 00:41:52,291 Analisis spektrometer jisim? 409 00:41:52,375 --> 00:41:53,916 Tiada apa-apa. 410 00:41:54,000 --> 00:41:57,208 Asingkannya di dalam sangkar Faraday dan guna elektrik… 411 00:41:57,291 --> 00:41:59,375 Ya! Medan elektromagnet. 412 00:41:59,458 --> 00:42:02,208 Tiada medan magnet. Pentarikhan karbon sia-sia. 413 00:42:02,291 --> 00:42:07,458 Malah, tiada apa-apa unsur yang sama dalam jadual berkala. 414 00:42:09,208 --> 00:42:10,416 Mengarutlah. 415 00:42:10,500 --> 00:42:11,416 Randall. 416 00:42:13,166 --> 00:42:15,708 Randall, jangan merokok di sini. 417 00:42:15,791 --> 00:42:17,583 Ini ganja, bukan tembakau. 418 00:42:17,666 --> 00:42:20,916 Sama saja. Awak tak boleh merokok di sini. 419 00:42:21,791 --> 00:42:24,583 Awak pernah jemput psikik atau telekinetik? 420 00:42:26,583 --> 00:42:28,458 Ya. Awaklah. 421 00:42:29,875 --> 00:42:33,458 Saya dapat rasa tenaga yang luar biasa yang terpendam. 422 00:42:33,541 --> 00:42:35,958 Oh, Tuhan. Betulkah? 423 00:42:36,041 --> 00:42:37,750 Tolonglah. 424 00:42:38,250 --> 00:42:41,625 Terima kasih untuk kokain tadi. Ia memang menakjubkan, 425 00:42:41,708 --> 00:42:45,833 tapi awak jemput saya untuk tunjuk batu buruk ini? 426 00:42:47,250 --> 00:42:49,708 Saya rasa ia memukau. 427 00:42:49,791 --> 00:42:51,000 Randall. 428 00:42:51,083 --> 00:42:53,583 Jangan merokok di dalam Bilik Obelisk. 429 00:43:00,291 --> 00:43:01,375 Nampak itu? 430 00:43:01,458 --> 00:43:03,750 Relaks, ia cuma batu. 431 00:43:03,833 --> 00:43:06,916 Awak tak dengar apa kami cakap tadi? 432 00:43:07,000 --> 00:43:11,708 Batu ini tak sama macam batu lain yang manusia pernah jumpa. 433 00:43:39,833 --> 00:43:44,416 Ia sangat cantik. 434 00:43:49,750 --> 00:43:51,750 Kita rasa macam kita pandangnya, 435 00:43:52,791 --> 00:43:54,791 tapi sebenarnya ia pandang kita. 436 00:43:55,916 --> 00:43:57,000 Betul. 437 00:44:21,958 --> 00:44:23,916 Saya dah rosakkan batu awak. 438 00:45:45,333 --> 00:45:48,791 Ia buat saya bersawai. 439 00:46:52,333 --> 00:46:57,833 Ia mencucuk-cucuk tubuh saya! 440 00:47:06,125 --> 00:47:07,791 Tolong! 441 00:48:05,250 --> 00:48:08,291 Tak guna! Lari! 442 00:48:08,375 --> 00:48:10,000 Tak guna! 443 00:48:14,583 --> 00:48:15,958 Oh, Tuhan! Kepala saya! 444 00:48:20,166 --> 00:48:21,083 Hei! 445 00:48:21,166 --> 00:48:24,125 Dia cakap kita dipilih. Apa maksud dia? 446 00:48:24,208 --> 00:48:27,083 Biar betul? Kita mesti pergi sekarang! 447 00:48:27,166 --> 00:48:29,375 - Okey! - Kita mesti cari trak itu! 448 00:48:29,458 --> 00:48:32,541 - Celaka! Tak guna! - Cari trak itu! 449 00:48:34,125 --> 00:48:34,958 Kepala saya! 450 00:48:37,041 --> 00:48:37,875 Lari! 451 00:48:43,333 --> 00:48:44,208 Lantaklah. 452 00:49:54,708 --> 00:49:57,708 - Hentikan muzik itu! - Awak mesti kuatkan semangat! 453 00:49:58,916 --> 00:50:01,375 Oh, Tuhan! 454 00:50:28,125 --> 00:50:31,291 Tolong saya. 455 00:50:49,166 --> 00:50:51,291 Tak guna! 456 00:50:52,166 --> 00:50:53,416 Masuk! 457 00:50:54,208 --> 00:50:55,916 Oh, Tuhan. 458 00:50:56,000 --> 00:50:56,916 Tak guna. 459 00:51:05,166 --> 00:51:06,666 Tak guna! 460 00:52:41,041 --> 00:52:41,875 Oh, Tuhan. 461 00:53:39,000 --> 00:53:40,500 Saya tak bermimpi, bukan? 462 00:53:41,291 --> 00:53:42,125 Tak. 463 00:55:30,291 --> 00:55:33,458 Terjemahan sari kata oleh Saffura