1 00:00:09,593 --> 00:00:11,970 Catatan sejarah kehidupan Emily Dickinson, 2 00:00:12,054 --> 00:00:15,849 sehingga perkahwinan Sue dan Austin, 3 00:00:15,933 --> 00:00:19,186 lengkap dan penuh dengan fakta, berbanding dengan catatan berikutnya. 4 00:00:20,854 --> 00:00:24,858 Dalam beberapa tahun seterusnya, tak banyak surat yang terselamat. 5 00:00:25,651 --> 00:00:27,945 HELEN DI TROY AKAN DILUPAKAN, TAPI HELEN DI COLORADO KEKAL ABADI 6 00:00:28,820 --> 00:00:31,657 Hakikat sebenarnya mungkin terselindung di sebalik puisinya. 7 00:01:01,603 --> 00:01:04,355 KEPADA SUE 8 00:01:20,747 --> 00:01:21,915 PERKAHWINAN 9 00:01:29,756 --> 00:01:31,675 STEPHEN MELAWAT "IBUNYA". 10 00:01:48,650 --> 00:01:50,569 HIGGINS & SEITER TEMBIKAR BERKUALITI 11 00:01:56,200 --> 00:01:59,703 KEPADA SUE 12 00:02:29,233 --> 00:02:30,317 Pn. Dickinson. 13 00:02:40,702 --> 00:02:41,954 SI HALUS DI TENGAH RUMPUT MUNCUL SEKALI-SEKALA 14 00:03:01,056 --> 00:03:02,891 Pandang depan. Bertenang. 15 00:03:03,559 --> 00:03:05,978 Okey. Apa pendapat doktor? 16 00:03:06,061 --> 00:03:07,855 - Ia kurang baik. - Saya takkan buta, bukan? 17 00:03:07,938 --> 00:03:10,858 - Awak takkan buta. - Syukurlah. Bagus. 18 00:03:10,941 --> 00:03:13,777 Mata awak masih kabur atau nampak silauan cahaya? 19 00:03:13,861 --> 00:03:18,031 Ya. Kadangkala bahagian tepi kertas seolah-olah hilang ketika saya menulis. 20 00:03:18,115 --> 00:03:19,992 - Awak sering menulis? - Sepanjang masa. 21 00:03:20,075 --> 00:03:23,078 Mungkin awak patut hentikannya. 22 00:03:23,161 --> 00:03:24,496 Berhenti menulis? 23 00:03:24,580 --> 00:03:26,415 Itukah penyebab masalah matanya? 24 00:03:26,498 --> 00:03:27,708 Ia boleh jadi apa saja. 25 00:03:27,791 --> 00:03:31,545 Ya Tuhan, Emily, jangan memburukkan lagi penglihatan awak. 26 00:03:31,628 --> 00:03:33,380 Saya nak ingatkan yang awak takkan buta. 27 00:03:33,463 --> 00:03:37,301 - Tengoklah. - Nampaknya dia menghidapi iritis. 28 00:03:37,759 --> 00:03:40,554 Ia keradangan iris. 29 00:03:40,637 --> 00:03:42,431 Dan rabun jauh yang tak serius. 30 00:03:42,848 --> 00:03:44,141 Baiklah. Apakah rawatannya? 31 00:03:44,224 --> 00:03:46,018 Duduk di dalam bilik yang agak gelap. 32 00:03:46,101 --> 00:03:50,814 Elak matahari dan ingat, jangan percaya segala yang awak lihat. 33 00:03:50,898 --> 00:03:52,524 - Elak matahari? - Ya. 34 00:03:52,608 --> 00:03:53,483 Itu saja? 35 00:03:54,276 --> 00:03:55,777 Tak guna. 36 00:03:55,861 --> 00:03:58,530 Mahalnya nasihat mengarut awak itu. 37 00:03:58,614 --> 00:04:01,158 "Elak matahari"? Dia bukannya kelawar. 38 00:04:01,241 --> 00:04:03,827 Ayah, tak apa. Saya tak perlukan matahari. Bulan masih ada. 39 00:04:03,911 --> 00:04:06,496 Emily, diam. Awak nampak yang ayah sedang marah doktor ini? 40 00:04:06,580 --> 00:04:08,916 Kalau awak nak, tinggallah beberapa hari lagi di sini. 41 00:04:08,999 --> 00:04:11,418 - Saya boleh teruskan pemerhatian. - Saya nak pulang. 42 00:04:11,502 --> 00:04:13,504 Ini bil pemeriksaannya. 43 00:04:16,632 --> 00:04:17,632 Awak penyangak. 44 00:04:17,716 --> 00:04:19,551 Sebenarnya, saya pakar oftalmologi Amerika yang pertama. 45 00:04:19,635 --> 00:04:20,928 Ini dah melampau! 46 00:04:21,011 --> 00:04:24,139 Datang semula dalam masa enam bulan untuk saya periksa kalau ada apa-apa perubahan. 47 00:04:24,223 --> 00:04:26,475 - Doktor rasa ia boleh sembuh? - Tidak. 48 00:04:27,726 --> 00:04:29,102 Ia hanya akan jadi lebih teruk. 49 00:04:35,984 --> 00:04:37,903 Sebelum separuh penglihatanku hilang 50 00:04:49,456 --> 00:04:53,335 Sebelum separuh penglihatanku hilang - Aku juga suka melihat 51 00:04:54,670 --> 00:04:57,965 seperti Makhluk lain yang bisa melihat - sejak azali lagi - 52 00:05:00,634 --> 00:05:03,428 Namun jika aku tahu, Hari ini 53 00:05:03,512 --> 00:05:05,347 Yang langit boleh menjadi 54 00:05:06,974 --> 00:05:10,561 Milikku - ketahuilah bahawa Hatiku Akan hancur berkecai - 55 00:05:11,728 --> 00:05:14,273 Doktor itu cekik darah betul. Ayah sungguh tak sangka. 56 00:05:14,356 --> 00:05:15,941 Perlukah ayah terus mengomel? 57 00:05:16,900 --> 00:05:19,778 Ayah sedang fikir bagaimana kos berjumpa doktor selama tiga hari 58 00:05:19,862 --> 00:05:22,030 sama jumlahnya dengan lawatan ke Eropah. 59 00:05:23,407 --> 00:05:24,950 Maaf kerana ia terlalu mahal. 60 00:05:25,450 --> 00:05:29,162 Masalahnya bukan awak, sayang. Ayah tak banyak belanja untuk awak. 61 00:05:31,582 --> 00:05:33,417 Tapi masalahnya ialah abang awak. 62 00:05:33,500 --> 00:05:35,836 Ayah dah habiskan banyak wang untuk rumahnya. 63 00:05:35,919 --> 00:05:37,796 Dia mahukan kelengkapan yang terbaik. 64 00:05:39,339 --> 00:05:42,384 Apabila pasaran saham jatuh dan syarikat kereta api bankrap... 65 00:05:42,801 --> 00:05:44,636 Boleh saya sambung berfikir? 66 00:05:46,513 --> 00:05:47,347 Tak boleh. 67 00:05:55,063 --> 00:05:58,192 Awak memang seorang penyajak. Awak sentiasa menulis kebelakangan ini. 68 00:06:03,238 --> 00:06:06,617 Apa awak buat dengan semua puisi itu? Awak tak pernah tunjuk kepada ayah. 69 00:06:08,160 --> 00:06:10,078 Saya tak boleh tunjukkan kepada ayah. 70 00:06:10,704 --> 00:06:11,705 Kenapa pula? 71 00:06:12,831 --> 00:06:14,625 Ayah takkan memahaminya. 72 00:06:17,961 --> 00:06:19,630 Mungkin betul juga cakap awak. 73 00:06:20,797 --> 00:06:24,134 Ayah harap awak jumpa seseorang yang boleh memahaminya. 74 00:06:25,511 --> 00:06:29,306 Jangan risau. Ada seseorang yang memahaminya. 75 00:07:03,382 --> 00:07:04,842 Jauhnya perjalanan dari New York. 76 00:07:06,218 --> 00:07:09,012 - Terima kasih kerana datang. - Sama-sama. Biar saya bantu. 77 00:07:09,096 --> 00:07:11,181 Baik. Hati-hati. 78 00:07:11,265 --> 00:07:13,350 Awak tentu terkejut kalau awak tahu harganya. 79 00:07:13,433 --> 00:07:14,726 Sudah tentu. 80 00:07:14,810 --> 00:07:16,436 Saya harap dia menyukainya. 81 00:07:17,145 --> 00:07:18,188 Saya dah memegangnya. 82 00:07:19,648 --> 00:07:20,691 Terima kasih sekali lagi, Henry. 83 00:07:20,774 --> 00:07:24,528 - En. Dickinson, sebelum encik pergi... - Panggil saya Austin. 84 00:07:24,611 --> 00:07:26,697 Ia terasa lebih selesa begini. 85 00:07:26,780 --> 00:07:28,365 - Baik, Austin. - Ya. 86 00:07:28,448 --> 00:07:30,367 - Boleh saya tahu... - Ya? 87 00:07:31,535 --> 00:07:33,745 ...sama ada saya boleh guna bangsal malam ini? 88 00:07:34,663 --> 00:07:37,374 Ya, sudah tentu. 89 00:07:37,457 --> 00:07:38,750 Gunalah sesuka hati awak. 90 00:07:39,251 --> 00:07:40,878 Jadi, bolehkah kalau saya... 91 00:07:40,961 --> 00:07:42,588 Awak buatlah apa awak nak buat, Henry. 92 00:07:42,671 --> 00:07:46,341 Kalau ada orang tanya, suruh mereka berjumpa dengan saya. 93 00:07:47,467 --> 00:07:49,553 - En. Dickinson sangat baik hati. - Austin. 94 00:07:50,137 --> 00:07:51,138 Okey. 95 00:07:54,766 --> 00:07:57,603 Ayah awak terlalu berjimat-cermat kebelakangan ini. 96 00:07:57,686 --> 00:07:59,897 Sekarang, dia merungut tentang semua perbelanjaan. 97 00:08:00,480 --> 00:08:02,733 Dia juga suruh kita sewakan bilik. 98 00:08:03,150 --> 00:08:05,235 - Apa? - Mak pun terkejut juga. 99 00:08:05,319 --> 00:08:09,114 Mak kata, "Habislah reputasi kita jika kita tinggal bersama orang asing." 100 00:08:10,157 --> 00:08:12,492 Mujurlah mak jumpa seseorang yang kita kenal. 101 00:08:12,576 --> 00:08:15,954 Awak ingat rakan sekelas abang awak yang berhenti kolej dulu? 102 00:08:16,038 --> 00:08:17,289 En. Shipley. 103 00:08:17,831 --> 00:08:21,043 - Mak, lelaki yang saya... - Oh, dia dah sampai. 104 00:08:21,126 --> 00:08:22,211 Helo, penyewa. 105 00:08:25,964 --> 00:08:26,965 Apa khabar? 106 00:08:27,591 --> 00:08:29,593 Apa yang sedang berlaku? 107 00:08:43,315 --> 00:08:44,358 Helo. 108 00:08:47,361 --> 00:08:48,529 Saya bercakap seorang diri? 109 00:08:51,323 --> 00:08:53,617 Rasanya saya pernah kenal awak. Siapa nama awak? 110 00:08:55,702 --> 00:08:57,120 Saya bukan sesiapa! 111 00:08:58,664 --> 00:08:59,665 Awak siapa? 112 00:09:00,499 --> 00:09:03,126 Saya Emily Dickinson dari Amherst. 113 00:09:05,712 --> 00:09:09,424 Saya yakin kita pernah berjumpa. Saya macam pernah nampak awak. Saya... 114 00:09:20,060 --> 00:09:21,103 Terima kasih. 115 00:09:26,441 --> 00:09:27,359 Saya... 116 00:09:30,070 --> 00:09:31,405 Hei, siapa awak? 117 00:09:32,906 --> 00:09:36,535 Kereta api ini tiada gerabak makan minum. Patutlah syarikatnya bankrap. 118 00:09:37,661 --> 00:09:39,079 Awak bercakap dengan siapa? 119 00:09:43,458 --> 00:09:44,459 Bukan sesiapa. 120 00:09:52,050 --> 00:09:53,051 Cantik anak patung awak. 121 00:09:56,889 --> 00:09:59,474 Apa awak buat di rumah saya? 122 00:09:59,558 --> 00:10:02,269 Dengar kata, awak terlibat dalam perniagaan wiski haram di Kentucky. 123 00:10:02,352 --> 00:10:04,062 Sebenarnya, saya jual ubat. 124 00:10:04,146 --> 00:10:06,940 Ia antara usaha niaga saya yang berjaya. 125 00:10:07,441 --> 00:10:10,944 Kalau ia begitu berjaya, kenapa awak kembali ke Amherst 126 00:10:11,028 --> 00:10:13,363 dan menyewa bilik di rumah ibu bapa saya? 127 00:10:13,447 --> 00:10:14,865 Mujurlah awak tanya. 128 00:10:14,948 --> 00:10:17,576 Saya datang kerana awak. 129 00:10:19,286 --> 00:10:22,497 - Tak sangka awak masih ingat saya. - Sudah tentu. 130 00:10:22,581 --> 00:10:28,045 Awak gadis paling suci, sederhana, pendiam dan tradisional yang saya pernah kenali. 131 00:10:28,629 --> 00:10:30,130 Sebab itulah... 132 00:10:31,298 --> 00:10:32,758 Saya ingin memperisterikan awak. 133 00:10:35,010 --> 00:10:35,844 Ship. 134 00:10:36,762 --> 00:10:37,846 Kita berasmara sekali, 135 00:10:37,930 --> 00:10:39,848 kemudian awak tiduri gadis lain pada malam itu. 136 00:10:39,932 --> 00:10:42,142 Perbuatan itu memang kurang ajar. 137 00:10:42,226 --> 00:10:45,187 Tapi saya dah berubah, Lavinia. 138 00:10:45,270 --> 00:10:48,774 Saya bukan lagi pelajar tercicir yang mabuk dan meluncur ke dalam tasik. 139 00:10:48,857 --> 00:10:52,528 Saya lelaki dewasa dengan sifat keusahawanan 140 00:10:52,611 --> 00:10:56,073 yang menghormati wanita yang memiliki nilai-nilai tradisional 141 00:10:56,156 --> 00:10:59,493 seperti sedia berserah, menjaga kehormatan diri 142 00:10:59,576 --> 00:11:01,787 dan sanggup melakukan kerja rumah. 143 00:11:03,705 --> 00:11:05,332 Saya langsung tak seperti itu. 144 00:11:05,791 --> 00:11:07,209 Awak Lavinia Dickinson. 145 00:11:08,377 --> 00:11:10,337 Awak adakan majlis minum teh untuk kucing awak. 146 00:11:10,420 --> 00:11:14,132 Ya, tapi saya juga dah berubah. 147 00:11:15,717 --> 00:11:17,302 Berubah dari segi apa? 148 00:11:22,349 --> 00:11:23,684 Saya akan tunjukkan. 149 00:11:24,726 --> 00:11:26,645 Nanti dulu. Apa yang awak buat? 150 00:11:26,728 --> 00:11:29,356 Awak tak rasa kita patut tunggu sehingga kita berkahwin? 151 00:11:31,817 --> 00:11:33,402 Henry "Ship" Shipley... 152 00:11:34,570 --> 00:11:36,989 Saya rasa awak tak kenal saya. 153 00:11:54,756 --> 00:11:56,258 Seronoknya saya dah pulang. 154 00:11:58,552 --> 00:12:00,721 - Kami dah pulang! - Helo? 155 00:12:00,804 --> 00:12:02,264 Mereka dah balik. 156 00:12:03,015 --> 00:12:04,433 Apa yang doktor kata? 157 00:12:04,516 --> 00:12:06,935 Awak tak tahu betapa sukarnya semua ini bagi mak. 158 00:12:07,019 --> 00:12:08,604 Mak, mata saya yang bermasalah. 159 00:12:08,687 --> 00:12:10,564 Tapi anak mak yang mungkin akan buta. 160 00:12:10,647 --> 00:12:12,107 Saya takkan buta. 161 00:12:12,191 --> 00:12:14,443 Ya Tuhan, kenapalah ini menimpa saya? 162 00:12:14,526 --> 00:12:15,986 Masalah ini bukan menimpa mak. 163 00:12:16,069 --> 00:12:17,696 Mak perlu jaga anak yang buta. 164 00:12:17,779 --> 00:12:19,489 Ada penyewa pelik tinggal bersama kita. 165 00:12:19,573 --> 00:12:21,909 - Kertas dinding dah merekah. - Ia baru saja dipasang. 166 00:12:21,992 --> 00:12:24,244 - Ia dah ketinggalan zaman. - Saya takkan buta. 167 00:12:24,328 --> 00:12:26,205 - Jangan risau. - Lega hati abang. 168 00:12:26,288 --> 00:12:28,040 - Saya rindukan kakak. - Kakak pun sama, Vin. 169 00:12:28,123 --> 00:12:29,708 Saya ada banyak gosip untuk kakak. 170 00:12:29,791 --> 00:12:32,628 Maaf. Kakak sibuk. Kakak perlu sambung kerja. 171 00:12:33,962 --> 00:12:35,756 Kenapa awak tergesa-gesa? 172 00:12:35,839 --> 00:12:37,883 Tiga hari awak tiada. Awak tak mahu berbual dulu? 173 00:12:37,966 --> 00:12:39,593 Tidak. Saya mahu menulis. 174 00:12:39,676 --> 00:12:41,345 Saya ada terlalu banyak idea. 175 00:12:41,428 --> 00:12:43,972 Doktor tak benarkan awak menulis. Ia tak elok untuk mata awak. 176 00:12:44,056 --> 00:12:46,183 Kalau begitu, tikamlah mata saya sekarang. 177 00:12:47,017 --> 00:12:49,520 Saya tak perlukan mata untuk melihat. Betul. 178 00:12:49,603 --> 00:12:51,522 Saya hanya perlukan jiwa saya. 179 00:12:51,980 --> 00:12:53,565 Ia membantu saya melihat kebenaran. 180 00:12:54,525 --> 00:12:56,902 Kebenaran boleh dilihat oleh orang buta, maka biarlah saya buta. 181 00:12:56,985 --> 00:12:59,029 Selagi saya ditemani puisi, saya tak takut kegelapan. 182 00:12:59,112 --> 00:13:01,114 Tengoklah. Semuanya pasti tak apa-apa. 183 00:13:01,198 --> 00:13:02,324 Em, tunggu. 184 00:13:02,407 --> 00:13:03,909 - Hai. - Hai. 185 00:13:03,992 --> 00:13:06,119 Sue tanya sama ada awak nak datang ke majlis malam ini? 186 00:13:06,203 --> 00:13:08,830 Tidak. Tapi suruh dia datang berjumpa dengan saya. 187 00:13:08,914 --> 00:13:10,666 Dia sedang bersiap di rumah kami. 188 00:13:10,749 --> 00:13:13,335 - Tapi saya perlu bercakap dengannya. - Ya, dia juga sama. 189 00:13:13,418 --> 00:13:16,755 Sebab itulah dia suruh abang jemput awak ke majlis malam ini. 190 00:13:16,839 --> 00:13:19,591 Okey, beritahu Sue yang saya tak boleh datang. 191 00:13:19,675 --> 00:13:22,094 Beritahu dia yang abang dah jemput saya, 192 00:13:22,177 --> 00:13:23,929 tapi saya nak dia berjumpa saya, tapi... 193 00:13:24,012 --> 00:13:25,722 Abang dah bosan menjadi orang tengah. 194 00:13:25,806 --> 00:13:28,475 Datang sajalah. Kita berjiran. 195 00:13:29,059 --> 00:13:32,271 Kadangkala, laman itu terasa sangat lebar. 196 00:13:37,734 --> 00:13:39,778 Mak juga dijemput ke majlis awak? 197 00:13:39,862 --> 00:13:41,613 Mak, kita semua perlu pergi. 198 00:13:41,697 --> 00:13:43,949 Majlis Sue menjadi buah mulut penduduk New England. 199 00:13:44,032 --> 00:13:45,576 Saya dah hafal artikelnya. 200 00:13:45,659 --> 00:13:50,622 "Pn. Austin Dickinson dari Amherst mempesona dengan majlis terbarunya. 201 00:13:50,706 --> 00:13:53,375 Ruang tamu vila mewahnya, Evergreens, 202 00:13:53,458 --> 00:13:56,920 dipenuhi tetamu yang terkenal dalam masyarakat New England. 203 00:13:57,004 --> 00:14:00,924 Wain Itali dihidangkan dan entah yang mana satu berjalan dengan lebih lancar, 204 00:14:01,008 --> 00:14:03,218 wain atau perbualan." 205 00:14:03,802 --> 00:14:05,053 Ia sangat hebat. 206 00:14:05,804 --> 00:14:07,181 Sue seorang pempengaruh. 207 00:14:07,639 --> 00:14:10,392 Yakah? Tak sangka mak mengenalinya. 208 00:14:10,475 --> 00:14:13,937 - Cuba teka siapa akan datang? - Ithamar Conkey? 209 00:14:14,438 --> 00:14:17,941 Bukan. En. Samuel Bowles. 210 00:14:18,025 --> 00:14:20,402 Ketua editor The Springfield Republican. 211 00:14:21,236 --> 00:14:24,489 Ada kenalan Sue yang mengenalinya. Sue menjemputnya dan dia akan datang. 212 00:14:25,324 --> 00:14:26,742 Mak, dia usahawan media yang berjaya. 213 00:14:26,825 --> 00:14:30,037 Dia boleh tulis tentang kita dalam akhbarnya dan kita akan terkenal. 214 00:14:31,997 --> 00:14:35,459 Saya perlu cari dan pakai baju cantik. 215 00:14:35,542 --> 00:14:36,752 Saya perlu tukar baju. 216 00:14:37,461 --> 00:14:38,962 Kenapa segalanya perlu berubah? 217 00:14:58,273 --> 00:15:02,027 Padang nan hijau - milikku - Gunung-ganang - milikku - 218 00:15:03,612 --> 00:15:06,198 Segenap Hutan - bintang yang tak terkira - 219 00:15:06,281 --> 00:15:08,408 Sebanyak mana sinar yang mampu kulihat - 220 00:15:08,492 --> 00:15:10,661 Dengan pandangan mataku yang terbatas - 221 00:15:11,370 --> 00:15:15,290 Gerak Burung menyambar mangsa - Jalan kuning jingga pada pagi hari - 222 00:15:16,041 --> 00:15:18,377 Milikku - untuk dipandang sesuka hati, 223 00:15:20,629 --> 00:15:22,256 Berita itu pasti memeranjatkan - 224 00:15:27,261 --> 00:15:30,097 Hai, Maggie. Saya tak perasan awak ada di sini. 225 00:15:30,180 --> 00:15:32,182 Pembantu rumah yang bagus hadir tanpa disedari. 226 00:15:33,892 --> 00:15:35,811 Cik banyak menulis. 227 00:15:35,894 --> 00:15:38,105 Kotak ini tentu penuh tak lama lagi. 228 00:15:38,188 --> 00:15:40,399 Kita akan perlukan kotak baru untuk baju tidur cik. 229 00:15:40,816 --> 00:15:42,860 Boleh sembunyikan puisi saya dengan cadar? 230 00:15:44,570 --> 00:15:47,114 Semua ahli keluarga cik tahu yang cik penyajak, bukan? 231 00:15:47,781 --> 00:15:49,867 Saya masih mahu simpan sedikit rahsia. 232 00:15:53,412 --> 00:15:55,247 Saya akan biar cik sambung kerja. 233 00:15:55,747 --> 00:15:59,918 Saya hairan bagaimana cik boleh menulis dengan bunyi bising dari rumah sebelah. 234 00:16:00,002 --> 00:16:02,254 Bunyinya macam mereka menari tarian terbaru. 235 00:16:26,612 --> 00:16:27,446 Ayuh. 236 00:16:34,453 --> 00:16:37,164 Hebatnya tempat ini! Ada tiram! 237 00:16:37,247 --> 00:16:39,791 Tiram murah saja dan mudah didapati. 238 00:16:40,626 --> 00:16:42,878 - Shipley. - Dickinson! 239 00:16:43,420 --> 00:16:46,173 Nampaknya awak dah berjaya. Tengoklah rumah ini. 240 00:16:46,256 --> 00:16:48,300 Ayah saya jadikan saya rakan kongsi di firmanya. 241 00:16:48,383 --> 00:16:50,385 Hebat, kawan. 242 00:16:50,469 --> 00:16:52,054 Saya pun ahli perniagaan. 243 00:16:52,137 --> 00:16:54,014 Kita patut bincangkan pelaburan kita. 244 00:16:54,097 --> 00:16:55,891 Ya, saya harap kita akan berjumpa lagi. 245 00:16:55,974 --> 00:16:59,269 Sudah tentu. Saya tinggal dengan ibu bapa awak. Dan kami dah bertunang. 246 00:16:59,770 --> 00:17:01,021 Itu tak benar. 247 00:17:01,104 --> 00:17:04,273 Kami akan bertunang, tapi kami tak mahu terburu-buru. 248 00:17:04,358 --> 00:17:06,777 - Kerana saya menghormatinya. - Okey. 249 00:17:07,819 --> 00:17:10,030 Abang harap dia lebih baik daripada Joseph Lyman. 250 00:17:10,989 --> 00:17:13,617 - Saya boleh jaga diri. - Lyman! Apa dah jadi kepadanya? 251 00:17:13,700 --> 00:17:14,952 Dia dah pergi ke New Orleans. 252 00:17:15,035 --> 00:17:17,538 Bagus. Nola. 253 00:17:17,621 --> 00:17:19,330 Kota santai itu. 254 00:17:19,414 --> 00:17:22,209 Dengar kata bandar itu sangat tenang. 255 00:17:22,709 --> 00:17:25,546 Dan tembakau di sana sangat murah. 256 00:17:26,213 --> 00:17:28,214 Ya. Disebabkan kegiatan perhambaan. 257 00:17:34,137 --> 00:17:36,098 Saya suka pemain piano itu. 258 00:17:36,181 --> 00:17:38,809 Ini kali pertama saya mendengar muzik ini. Ia karya Handel? 259 00:17:38,892 --> 00:17:40,227 Rasanya. 260 00:17:40,310 --> 00:17:43,146 - Saya tak sukakannya. - Abby. 261 00:17:43,230 --> 00:17:44,106 Okey. 262 00:17:44,189 --> 00:17:45,941 Kita patut mulakan kumpulan pemain alat tali. 263 00:17:46,024 --> 00:17:48,819 Kita dah cuba, tapi Toshiaki tak pernah menghadiri latihan. 264 00:17:48,902 --> 00:17:50,237 Saya buat kaligrafi. 265 00:17:50,320 --> 00:17:52,489 - Jane, awak mainlah secara solo. - Baiklah. 266 00:17:52,906 --> 00:17:54,825 Bagaimana dengan kelab buku? Boleh kita mulakannya? 267 00:17:54,908 --> 00:17:56,410 Boleh, apa yang awak nak baca? 268 00:17:56,493 --> 00:17:57,578 Entahlah. Emerson? 269 00:17:57,661 --> 00:17:58,954 Saya tak suka Emerson. 270 00:17:59,037 --> 00:18:00,831 Okey. Melville? 271 00:18:00,914 --> 00:18:02,207 Bagaimana dengan Hawthorne? 272 00:18:02,291 --> 00:18:04,334 Awak tahu yang mereka tidur antara satu sama lain? 273 00:18:04,418 --> 00:18:06,295 - Hebat. - Memanglah. 274 00:18:06,378 --> 00:18:09,673 Apa pun, saya tiada masa untuk kelab buku. Hidup saya tak tentu arah. 275 00:18:09,756 --> 00:18:11,425 Ya Tuhan. Memang betul, Jane. 276 00:18:11,508 --> 00:18:13,594 Saya ada anak kecil dan saya seorang balu. 277 00:18:13,677 --> 00:18:14,970 Entah bagaimana dia melakukannya. 278 00:18:15,470 --> 00:18:17,973 Tak sangka suami saya mati sejurus selepas saya bersalin. 279 00:18:18,056 --> 00:18:21,268 Awak sangat tabah dan kami bangga dengan awak. 280 00:18:21,351 --> 00:18:23,645 Sebenarnya, saya pengsan semalam. 281 00:18:23,729 --> 00:18:25,814 Sudah tentu awak pengsan. Awak balu. 282 00:18:25,898 --> 00:18:26,982 Betul. 283 00:18:28,317 --> 00:18:29,318 Syabas. 284 00:18:32,154 --> 00:18:33,614 Saya suka baju awak. 285 00:18:33,697 --> 00:18:35,199 Terima kasih. 286 00:18:35,699 --> 00:18:37,576 Betty yang jahitkan untuk awak? 287 00:18:38,577 --> 00:18:40,954 Tidak, saya dah tak beli baju di kedainya. 288 00:18:41,038 --> 00:18:42,247 Ia dari New York. 289 00:18:42,915 --> 00:18:46,001 Sebenarnya, rekaan asalnya berasal dari Vienna. 290 00:18:54,510 --> 00:18:55,511 Beri dia sedikit ruang. 291 00:18:55,594 --> 00:18:57,596 - Dia pengsan. - Hebatnya. 292 00:19:00,516 --> 00:19:01,683 BATU NILAM 293 00:19:14,613 --> 00:19:19,326 SEBELUM SEPARUH PENGLIHATANKU HILANG AKU JUGA SUKA MELIHAT 294 00:19:55,195 --> 00:19:56,488 - Akhbar petang. - Terima kasih. 295 00:19:56,572 --> 00:19:58,198 - Boleh awak pergi ke bangsal nanti? - Mungkin. 296 00:19:58,282 --> 00:19:59,533 Majlis begini selalu habis lambat. 297 00:19:59,616 --> 00:20:01,410 Kami terpaksa kerja sepanjang malam. 298 00:20:01,952 --> 00:20:05,122 Akhbar petang. Ia buat saya teringat, mana En. Bowles? 299 00:20:05,205 --> 00:20:06,832 Dia sepatutnya dah tiba. 300 00:20:07,583 --> 00:20:08,834 Sue, saya nak jumpa awak. 301 00:20:08,917 --> 00:20:10,169 Apa kena dengan mata awak? 302 00:20:10,252 --> 00:20:13,338 Doktor tak pasti. Agaknya ia iritis. 303 00:20:13,422 --> 00:20:16,341 Tidak, Emily. Ada dakwat di sekeliling mata awak. 304 00:20:17,259 --> 00:20:18,343 Mari, ikut saya. 305 00:20:26,310 --> 00:20:29,771 Awak saja yang menghadiri majlis dalam keadaan yang buruk begini. 306 00:20:29,855 --> 00:20:32,983 Saya bukan datang untuk majlis ini. Saya cuma nak jumpa awak. 307 00:20:33,066 --> 00:20:35,360 Selagi saya boleh melihat, saya nak lihat awak. 308 00:20:36,236 --> 00:20:38,780 Tapi saya tuan rumah. 309 00:20:38,864 --> 00:20:41,992 Awak selalu menganjurkan majlis dan buat terlalu banyak benda. 310 00:20:42,075 --> 00:20:45,037 Tolonglah, saya dah tunggu sepanjang hari. Sepanjang minggu. 311 00:20:45,120 --> 00:20:46,455 - Saya perlu tahu. - Emily. 312 00:20:46,538 --> 00:20:48,290 Apa pendapat awak tentang puisi saya? 313 00:20:48,916 --> 00:20:50,000 Saya sukakannya. 314 00:20:51,001 --> 00:20:52,002 Betul? 315 00:20:53,420 --> 00:20:54,421 Oh, syukurlah. 316 00:20:55,380 --> 00:20:56,423 Syukurlah. 317 00:20:56,965 --> 00:21:00,135 Saya memang sukakan puisi awak, tapi puisi awak kebelakangan ini... 318 00:21:01,929 --> 00:21:03,055 - Apa? - Terlampau hebat. 319 00:21:04,348 --> 00:21:07,809 Teruskan. Tolonglah. Ayuh, teruskanlah. 320 00:21:09,144 --> 00:21:12,105 Apabila membacanya, perasaan saya... 321 00:21:13,440 --> 00:21:15,859 Perasaan saya membuak-buak. 322 00:21:16,568 --> 00:21:17,569 Oh, Sue. 323 00:21:18,237 --> 00:21:19,613 Itulah yang saya mahukan. 324 00:21:19,696 --> 00:21:21,156 Itulah yang saya mahu awak rasakan. 325 00:21:23,450 --> 00:21:24,451 Ya. 326 00:21:25,661 --> 00:21:28,455 Kadangkala ia keterlaluan. 327 00:21:29,706 --> 00:21:30,707 Ia... 328 00:21:31,917 --> 00:21:33,502 Ia terlalu memilukan. 329 00:21:35,128 --> 00:21:36,630 Apa maksud awak? 330 00:21:39,842 --> 00:21:42,594 Puisi awak... 331 00:21:43,720 --> 00:21:44,721 Apa? 332 00:21:46,265 --> 00:21:50,352 Ia menimbulkan perasaan yang saya tak ingin rasai. 333 00:21:53,981 --> 00:21:54,982 Perasaan apa? 334 00:21:59,319 --> 00:22:01,238 Perasaan ketika saya keguguran anak. 335 00:22:02,948 --> 00:22:03,949 Oh, Sue. 336 00:22:05,075 --> 00:22:08,328 Mungkin saya tak patut memanggilnya anak. 337 00:22:08,412 --> 00:22:09,621 Tidak. 338 00:22:10,747 --> 00:22:13,166 Ia belum lagi menjadi anak. 339 00:22:14,877 --> 00:22:16,879 Tapi ia memang sesuatu dan... 340 00:22:19,923 --> 00:22:21,133 tiba-tiba ia sudah tiada. 341 00:22:27,723 --> 00:22:32,728 Awak tak pernah bercakap dengan Austin tentangnya? 342 00:22:32,811 --> 00:22:35,105 Tidak, dia tak tahu apa-apa. 343 00:22:35,189 --> 00:22:37,816 - Dan awak dah bersumpah... - Saya tahu. 344 00:22:37,900 --> 00:22:40,694 - ...awak takkan beritahu dia. - Ya, saya takkan beritahu dia. 345 00:22:51,413 --> 00:22:53,665 Aduhai, tengoklah keadaan saya. 346 00:22:54,499 --> 00:22:56,919 Saya sepatutnya melayan tetamu di luar, 347 00:22:57,628 --> 00:22:59,880 sebaliknya, saya hampir menangis di sini. 348 00:23:01,423 --> 00:23:03,342 Kenapa awak selalu buat begini kepada saya? 349 00:23:05,093 --> 00:23:07,846 Saya gembira awak datang malam ini 350 00:23:07,930 --> 00:23:11,225 kerana saya ingin awak berjumpa dengan seorang tetamu. 351 00:23:11,808 --> 00:23:14,436 Malah, saya jemput dia khas untuk memperkenalkan awak. 352 00:23:14,520 --> 00:23:15,771 Apa? Siapa? 353 00:23:16,313 --> 00:23:19,816 Sam Bowles, ketua editor akhbar The Springfield Republican. 354 00:23:19,900 --> 00:23:24,947 Dia sangat berkuasa, sangat arif dan suka menerbitkan karya wanita. 355 00:23:25,781 --> 00:23:28,367 Emily, dia boleh menonjolkan awak. 356 00:23:30,953 --> 00:23:33,372 Maksud awak, dengan menerbitkan puisi saya? 357 00:23:33,455 --> 00:23:37,709 Ya. Emily, inilah masanya. Awak perlu berkongsi puisi awak dengan seluruh dunia. 358 00:23:37,793 --> 00:23:39,920 Saya tak boleh buat begitu. Ayah saya tak suka. 359 00:23:40,003 --> 00:23:42,631 Tolonglah. Jangan beri alasan basi itu. 360 00:23:43,257 --> 00:23:46,301 Awak dah dewasa. Awak perlu buat pilihan sendiri. 361 00:23:46,385 --> 00:23:48,095 Jangan biar ayah awak menghalang awak. 362 00:23:48,178 --> 00:23:49,805 Mana ada. Saya cuma tak boleh. 363 00:23:49,888 --> 00:23:50,973 Boleh! 364 00:23:51,598 --> 00:23:53,642 Puisi awak sangat luar biasa. 365 00:23:54,476 --> 00:23:56,937 Dan awak harus berkongsi puisi awak dengan semua orang. 366 00:23:58,272 --> 00:24:02,109 Itu tak perlu bagi saya. Saya cuma mahu awak... 367 00:24:02,192 --> 00:24:04,403 Saya tak boleh lagi menjadi satu-satunya pembaca awak. 368 00:24:05,529 --> 00:24:08,323 Ia tak lagi mencukupi. Awak perlukan lebih daripada itu. 369 00:24:09,116 --> 00:24:12,411 Sebab itulah saya jemput lelaki itu malam ini. 370 00:24:12,494 --> 00:24:16,290 Dia pasti akan menyukai puisi awak. 371 00:24:25,174 --> 00:24:27,050 En. Bowles dah sampai. 372 00:24:27,509 --> 00:24:30,888 Sudah tentu. Apa khabar, Suzie? Apa perkembangan awak? 373 00:24:31,430 --> 00:24:36,143 Sam, saya ingin memperkenalkan adik ipar saya, Emily Dickinson. 374 00:24:36,226 --> 00:24:40,314 Ya, penyajak yang terkenal itu. Saya dah dengar semuanya tentang awak. 375 00:24:40,397 --> 00:24:42,482 Tiada siapa tahu tentang saya. 376 00:24:43,317 --> 00:24:46,320 Tugas saya adalah untuk mengetahui sesuatu sebelum orang lain. 377 00:24:46,862 --> 00:24:50,657 Saya pemberita. Saya perlu sentiasa peka dan mendahului orang lain. 378 00:24:51,074 --> 00:24:54,119 Dunia pantas berubah, begitu jugalah dengan dunia berita, percayalah. 379 00:24:58,540 --> 00:24:59,666 Apa yang di muka awak itu? 380 00:25:01,251 --> 00:25:02,836 Ia dakwat. 381 00:25:06,089 --> 00:25:07,090 Awak menarik. 382 00:25:08,675 --> 00:25:09,676 Saya tertarik. 383 00:25:14,097 --> 00:25:16,683 Saya berada di lima bandar sepanjang tiga hari lepas, Suzie, 384 00:25:16,767 --> 00:25:20,270 melalui banyak stesen kereta api dan berjumpa ramai orang. 385 00:25:20,896 --> 00:25:23,273 Ini era yang amat mengujakan. 386 00:25:23,690 --> 00:25:26,610 En. Bowles antara orang yang menukarkan The Springfield Republican 387 00:25:26,693 --> 00:25:29,112 daripada akhbar mingguan kepada akhbar harian. 388 00:25:29,196 --> 00:25:30,656 Itulah hasil pembaharuannya. 389 00:25:31,406 --> 00:25:32,866 Buat silap itu perkara biasa. 390 00:25:32,950 --> 00:25:35,619 Saya amat menyukai berita. 391 00:25:37,454 --> 00:25:40,123 Seperti yang saya kata tadi, saya banyak dengar tentang awak. 392 00:25:40,749 --> 00:25:43,126 Orang kata, penulisan awak amat mengagumkan. 393 00:25:43,585 --> 00:25:45,212 Dia sangat pintar, Sam. 394 00:25:45,295 --> 00:25:47,548 Dia pasti akan menjadi penemuan terbaru awak. 395 00:25:49,424 --> 00:25:52,344 Bilakah saya boleh baca puisi awak? 396 00:25:54,805 --> 00:25:58,267 Emily, deklamasikanlah satu puisi untuk kami. 397 00:25:58,350 --> 00:25:59,351 Sekarang. 398 00:25:59,726 --> 00:26:00,769 Saya ingin mendengarnya. 399 00:26:27,754 --> 00:26:28,839 Bukan sesiapa? 400 00:26:33,135 --> 00:26:34,136 Emily? 401 00:26:37,472 --> 00:26:38,974 Ayuh, ini saat awak. 402 00:26:40,642 --> 00:26:42,060 Lebih selamat - 403 00:26:44,104 --> 00:26:46,940 agaknya - jika melihat dengan mata hati 404 00:26:48,358 --> 00:26:49,860 Di kaca jendela 405 00:26:51,778 --> 00:26:53,947 Di mana makhluk lain melihat - 406 00:26:56,950 --> 00:26:59,203 Dengan cuai - akan Sang Suria - 407 00:27:12,799 --> 00:27:15,219 Dia kurang waras. 408 00:27:17,179 --> 00:27:18,180 Lain kali sajalah. 409 00:27:19,473 --> 00:27:21,475 - Tolonglah. - Kalau boleh, saya tak nak buat. 410 00:27:28,023 --> 00:27:30,025 Emily Dickinson memang begitu. 411 00:27:30,108 --> 00:27:31,318 Dia pelik. 412 00:27:43,997 --> 00:27:47,084 Awak mahukan Amerika baru? 413 00:27:47,167 --> 00:27:51,672 Akhbar kami bernama The Constellation. Kami akan membawakan perubahan, revolusi. 414 00:27:51,755 --> 00:27:54,132 Kita semua ada peranan masing-masing. 415 00:28:01,932 --> 00:28:04,226 - Terima kasih kerana datang. - Terima kasih. 416 00:29:38,403 --> 00:29:40,405 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin