1 00:00:38,163 --> 00:00:40,457 Utara Selatan Timur Barat, Di mana Bayi Brian bersembunyi? 2 00:01:03,772 --> 00:01:05,774 BERDASARKAN NOVEL OLEH VICTOR LAVALLE 3 00:01:18,787 --> 00:01:22,040 Di Amerika, kita cipta semula sejarah 4 00:01:23,876 --> 00:01:25,043 dengan memadamnya. 5 00:01:34,344 --> 00:01:37,306 Apa yang awak buat? Berhenti! Perempuan gila! 6 00:01:37,306 --> 00:01:38,724 Okey, awak perlu dipenjarakan! 7 00:01:39,725 --> 00:01:41,268 Apa yang awak buat? 8 00:01:42,144 --> 00:01:43,979 Awak patut dipenjarakan! 9 00:01:43,979 --> 00:01:46,023 Lepaskan saya! Tolonglah. 10 00:01:46,690 --> 00:01:48,108 Ambillah, sayang. 11 00:01:48,108 --> 00:01:50,027 "Ini Apollo. Tinggalkan pesanan." 12 00:01:50,027 --> 00:01:52,070 Dah tiga hari mak cuba telefon kamu. 13 00:01:52,946 --> 00:01:56,283 Mak tak tahu kamu di mana, Apollo. Mak tak tahu kamu di mana. 14 00:02:07,419 --> 00:02:10,172 Manusia hanyut di New York. Secara harfiahnya. 15 00:02:10,964 --> 00:02:11,965 HOTEL ELK 16 00:02:11,965 --> 00:02:15,469 Hotel Elk dah beroperasi selama lebih 100 tahun. 17 00:02:16,678 --> 00:02:19,681 Dibina untuk imigran yang menyeberang melalui pulau Ellis. 18 00:02:21,183 --> 00:02:25,521 Saya datang untuk batalkan perjanjian. 19 00:02:29,483 --> 00:02:32,653 Seratus tahun sememangnya kisah kejayaan Amerika... 20 00:02:34,029 --> 00:02:37,449 memandangkan ia hotel paling teruk di dunia. 21 00:02:37,449 --> 00:02:39,201 ...simfoni Mozart telah ditemui. 22 00:02:39,201 --> 00:02:42,538 Perpustakaan Negeri Bavarian, tempat ia ditemui, 23 00:02:42,538 --> 00:02:46,834 berkata simfoni lengkap itu dijadikan manuskrip oleh ayah Mozart 24 00:02:46,834 --> 00:02:49,211 untuk menjimatkan kos salinan nota. 25 00:02:50,420 --> 00:02:54,258 Simfoni baru ditemui itu akan dipersembahkan pada orang awam pada 17 Mei 26 00:02:54,258 --> 00:02:58,011 - dalam konsert di Bavaria. - Teruk dia cederakan awak. 27 00:02:59,012 --> 00:03:01,598 Penyiasat luar masih cuba mengesahkan 28 00:03:01,598 --> 00:03:03,684 keaslian dokumen tersebut. 29 00:03:03,684 --> 00:03:05,644 Namun, jurucakap perpustakaan... 30 00:03:05,644 --> 00:03:07,062 Saya ingat ini. 31 00:03:07,062 --> 00:03:08,230 Berapa lama? 32 00:03:08,814 --> 00:03:10,440 Semua ini. 33 00:03:10,440 --> 00:03:12,985 - Berapa lama? - Saya nak Bilik 205. 34 00:03:12,985 --> 00:03:14,486 Tak. Lihat harganya. 35 00:03:15,195 --> 00:03:17,114 {\an8}HARGA MINIMUM DUA JAM - TUNAI SAHAJA 36 00:03:17,948 --> 00:03:19,199 Sepanjang malam. 37 00:03:19,199 --> 00:03:21,660 - Sepanjang malam? - Lester kepenatan. 38 00:03:22,452 --> 00:03:24,246 Sudah 20 tahun dia buat kerja itu. 39 00:03:25,247 --> 00:03:29,126 Tugasnya adalah bezakan antara ahli geng dan pembunuh, 40 00:03:29,126 --> 00:03:32,880 berbanding pelacur, pengedar dadah, pelanggan pelacur atau muncikari. 41 00:03:32,880 --> 00:03:36,341 Dia pernah lihat kumpulan samseng berperang di luar pintu ini. 42 00:03:36,925 --> 00:03:40,929 Remaja... Tak, bayi, dibunuh secara tak masuk akal di kaki lima. 43 00:03:40,929 --> 00:03:41,847 Berapa lama? 44 00:03:41,847 --> 00:03:44,808 Pada mulanya, dia akan keluar dan meleraikan. 45 00:03:45,684 --> 00:03:47,227 Sekarang, dia dah lali. 46 00:03:48,729 --> 00:03:49,730 Tujuh puluh lima dolar. 47 00:03:50,564 --> 00:03:53,108 Ahli geng dan pembunuh takkan diberikan bilik. 48 00:03:53,901 --> 00:03:55,694 Awak akan dapat resit semasa daftar keluar. 49 00:03:55,694 --> 00:03:57,154 Yang lain dialu-alukan. 50 00:03:58,947 --> 00:04:01,867 Sudah tentu kemahiran membezakannya bukanlah selalu bagus. 51 00:04:03,202 --> 00:04:05,204 Seperti sewaktu seorang wanita transjantina dicekik, 52 00:04:05,704 --> 00:04:08,457 disumbat bawah katil dengan baju labuci emas, 53 00:04:08,457 --> 00:04:11,210 dan hanya ditemui dua minggu kemudian. 54 00:04:12,336 --> 00:04:14,379 - Ada berapa orang? - Saya saja. 55 00:04:14,379 --> 00:04:15,589 Awak sendirian? 56 00:04:16,298 --> 00:04:19,259 Tiada sesiapa menuntutnya, dikebumikan tanpa nama. 57 00:04:20,052 --> 00:04:21,386 Sendirian. 58 00:04:23,180 --> 00:04:24,890 Ada banyak nama-nama lama dalam buku itu. 59 00:04:35,234 --> 00:04:36,318 Ribut akan melanda. 60 00:04:39,655 --> 00:04:40,781 Ya, betul. 61 00:04:54,503 --> 00:04:57,256 Maaf. Hormati wanita. 62 00:04:59,508 --> 00:05:01,468 Kita jadikan impian sebagai permainan. 63 00:05:02,469 --> 00:05:07,015 Siapa mainkan peranan tertentu supaya yang tak sedar akan sedar? 64 00:05:17,234 --> 00:05:18,819 Siapa mainkan peranan apa? 65 00:05:19,570 --> 00:05:20,571 Apa sebabnya? 66 00:05:22,656 --> 00:05:26,743 Hei! Jangan sentuh. Ia berjangkit. 67 00:05:48,182 --> 00:05:50,601 Lillian tak perlukan kemaafan Apollo. 68 00:05:51,268 --> 00:05:52,561 Cuma kemaafan daripada dirinya. 69 00:05:55,230 --> 00:05:57,149 Ia ada di sebalik pintu itu. 70 00:06:07,242 --> 00:06:10,037 Tahun 1981 merupakan tahun yang teruk di New York. 71 00:06:17,419 --> 00:06:20,047 Lillian sendiri tak terlepas daripada keganasan itu. 72 00:06:28,472 --> 00:06:30,307 Dia nampak sesuatu hari itu. 73 00:06:30,307 --> 00:06:31,225 Jangan, ayah! 74 00:06:31,225 --> 00:06:32,935 Sesuatu yang dia tak dapat lupakan. 75 00:06:32,935 --> 00:06:35,354 Ayah! Jangan! 76 00:06:43,946 --> 00:06:45,989 Ia sekali lagi mengubahnya. 77 00:06:48,158 --> 00:06:53,080 Saya tahu apa yang awak buat, Lillian. Saya tahu. 78 00:06:54,122 --> 00:06:55,832 Jadi, awak nak buat saya terus menunggu? 79 00:06:57,376 --> 00:07:00,712 Ya. Awak tahu awak menyeksa saya? 80 00:07:01,630 --> 00:07:03,882 Ya, sayang. Betul. 81 00:07:06,593 --> 00:07:07,970 Jumpa nanti. 82 00:07:10,597 --> 00:07:15,394 Dia pernah ke sini. Malam itu. Malam yang teruk pada waktu dahulu. 83 00:07:16,603 --> 00:07:19,773 Bilik ini ada rahsia yang dia bersumpah takkan dedahkan. 84 00:07:24,111 --> 00:07:28,907 Tapi rahsia itu mungkin terdedah dan dia akan terima akibatnya. 85 00:07:31,285 --> 00:07:33,287 HOTEL ELK - LILY ANN WEST 86 00:07:33,287 --> 00:07:34,663 JANUARI 1988 87 00:07:35,664 --> 00:07:37,457 Itu kotak ayah kamu. 88 00:07:38,250 --> 00:07:39,626 Seseorang tinggalkannya di pintu. 89 00:07:57,477 --> 00:07:59,062 APABILA PERCAYAKAN SESUATU YANG TAK DIFAHAMI, 90 00:07:59,062 --> 00:07:59,980 ANDA AKAN MENDERITA 91 00:07:59,980 --> 00:08:01,607 Beritahu saya lagi. 92 00:08:02,232 --> 00:08:03,317 Apa lagi saya patut beritahu? 93 00:08:03,317 --> 00:08:05,652 Awak tak boleh tahu apa-apa sehingga tahu semuanya. 94 00:08:05,652 --> 00:08:07,654 Jadi, beritahu semuanya. 95 00:08:07,654 --> 00:08:09,406 {\an8}APABILA AWAK MEMBACANYA SAYA DAH TIADA 96 00:08:10,741 --> 00:08:13,493 Apa yang berlaku kepadanya memang sukar dibayangkan. 97 00:08:37,267 --> 00:08:38,268 Apa pula sekarang, Lillian? 98 00:08:38,769 --> 00:08:41,063 Apa pula sekarang, Lillian? Apa pula? 99 00:08:42,188 --> 00:08:44,816 Beritahu saya tentang hidup anda dan saya akan dedahkan identiti anda. 100 00:08:53,116 --> 00:08:55,536 Itu bukan kali terakhir dia memegang seseorang yang sedang nazak. 101 00:08:56,203 --> 00:09:00,123 Jika anda sukakan statistik, ini yang pertama daripada tiga orang. 102 00:09:01,416 --> 00:09:03,669 Ia permulaan sesuatu yang buruk. 103 00:09:04,253 --> 00:09:06,505 Seseorang beri laluan, bebas, 104 00:09:07,047 --> 00:09:10,676 mewujudkan anjakan seismik dalam keluarga dan dalam tanah. 105 00:09:11,718 --> 00:09:14,304 Tapi apa harga sebuah kebebasan? 106 00:09:14,888 --> 00:09:18,976 Adakah dia bertanggungjawab untuk semua yang berlaku selepas dia lari dari Uganda? 107 00:09:20,143 --> 00:09:21,895 Adakah dia boleh mengubah cerita 108 00:09:21,895 --> 00:09:24,648 sejarah keluarganya jika dia tak larikan diri? 109 00:09:26,316 --> 00:09:27,693 Tapi dia larikan diri. 110 00:09:28,402 --> 00:09:31,738 Selepas itu, Si Diktator merampas kuasa daripada Obote 111 00:09:31,738 --> 00:09:34,449 dan bunuh rakyatnya beramai-ramai. 112 00:09:34,449 --> 00:09:38,662 - ...mereka perlu mati. - Semuanya dah tiada sekarang. 113 00:09:39,538 --> 00:09:41,748 Tuhan apa yang buat manusia menderita begitu? 114 00:09:42,249 --> 00:09:45,711 Tuhan apa yang akan menghukumnya sekarang? 115 00:09:53,552 --> 00:09:54,970 Bukan Tuhan saya. 116 00:10:00,475 --> 00:10:01,602 Arthur. 117 00:10:50,526 --> 00:10:53,153 Lillian dah lama tahu 118 00:10:53,153 --> 00:10:56,782 ada sesuatu yang lebih benar daripada Tuhan. 119 00:11:16,969 --> 00:11:18,762 Dia ingat harapan itu. 120 00:11:18,762 --> 00:11:22,724 Harapan tak terkawal yang semuanya mungkin berbeza di Amerika. 121 00:11:23,433 --> 00:11:27,271 New York telah berikannya harapan. 122 00:11:27,271 --> 00:11:29,064 Dia jumpa ruang untuk bermimpi. 123 00:11:29,940 --> 00:11:33,110 Neneknya selalu cakap suaranya merdu. 124 00:11:33,610 --> 00:11:36,655 Mungkin dia boleh jadi penyanyi ruang rehat dengan gaun berkilau, 125 00:11:36,655 --> 00:11:39,199 menyanyikan lagu sentimental terkenal di salun yang berhabuk. 126 00:11:39,199 --> 00:11:45,122 Mungkin dia akan bertemu seseorang, jatuh cinta, ada ramai anak. 127 00:11:45,747 --> 00:11:49,251 Amerika Yang Hebat. Tanah dijanjikan. 128 00:11:50,377 --> 00:11:54,173 Apollo, mak suka tempat ini. Mak percaya padanya. 129 00:11:55,174 --> 00:11:59,261 Mak boleh lihat impian Amerika dan sanggup membunuh untuk jadi orang Amerika. 130 00:12:00,512 --> 00:12:03,182 Tapi kadangkala, selalunya, 131 00:12:03,974 --> 00:12:06,727 ia buat mak rasa seperti mak tak boleh menyerlah. 132 00:12:07,519 --> 00:12:12,441 Hati-hati apabila bercakap dan tersenyum. Tak boleh berjaya, tak boleh marah. 133 00:12:12,441 --> 00:12:14,359 Awak tak nampak? 134 00:12:15,027 --> 00:12:16,028 Tak boleh jadi perhatian. 135 00:12:16,028 --> 00:12:18,030 Itu bukan anak kita! 136 00:12:18,030 --> 00:12:23,327 Apollo, kamu pernah puas dengar mak cakap, "Mak sayang kamu?" 137 00:12:24,828 --> 00:12:28,248 Mak pernah buat silap di dunia ini. Kamu bukan salah satu kesilapan itu. 138 00:12:30,042 --> 00:12:32,503 Tapi mak susahkan kamu, walaupun di usia muda, 139 00:12:32,503 --> 00:12:36,215 dengan masalah mak sendiri. 140 00:12:37,007 --> 00:12:38,133 Tak tenang. 141 00:12:39,384 --> 00:12:40,385 Ketakutan. 142 00:12:44,723 --> 00:12:47,893 Jangan jadi berjaya. Jangan terlalu bersuara. 143 00:12:48,393 --> 00:12:51,939 Jangan melawak. Jangan terlalu serius juga. 144 00:12:51,939 --> 00:12:54,024 Jangan jadi perhatian. 145 00:12:55,275 --> 00:12:57,027 Jangan mengamuk di kedai. 146 00:12:57,903 --> 00:12:59,696 Jangan buat begitu. 147 00:13:02,366 --> 00:13:07,955 Apollo, di usia empat tahun kamu dah tahu perasaan hidup dalam ketakutan. 148 00:13:09,915 --> 00:13:13,752 Semasa mak empat tahun, perkara yang mak paling suka dalam dunia 149 00:13:14,545 --> 00:13:21,093 adalah nampak nenek di luar, membongkok di periuk besi besar, pusingkan mandazi. 150 00:13:23,470 --> 00:13:28,892 Kamu tak pernah rasa? Awan donat lembut, gebu. 151 00:13:29,393 --> 00:13:31,395 Pedas dan berempah dengan sedikit buah pelaga, 152 00:13:31,395 --> 00:13:33,981 sedikit kulit kayu manis dan banyak santan. 153 00:13:35,440 --> 00:13:38,902 Tak boleh buat mandazi tanpa buat minyak terbakar. 154 00:13:39,653 --> 00:13:42,322 Untuk jadikan rasanya sempurna dalam mulut, 155 00:13:42,322 --> 00:13:47,160 perlu tambah bahan yang sangat penting. 156 00:13:47,160 --> 00:13:49,246 - Kasih sayang. - Kasih sayang. 157 00:13:50,873 --> 00:13:55,085 Dia peramal. Ada pelajaran hidup untuk setiap masa sepanjang hari. 158 00:13:56,170 --> 00:14:01,800 Perkara penting dalam hidup adalah apa kita buat untuk yang tersayang. 159 00:14:02,968 --> 00:14:08,557 Lillian, jangan biarkan lelaki buat kamu jadi gila, sebab dia akan cuba lakukannya. 160 00:14:20,319 --> 00:14:26,033 Lillian, jika kamu putuskan untuk berjaya, singkirkan pesaing. 161 00:14:35,709 --> 00:14:39,630 Jika kita bertuah, kita semua ada memori tentang dapur. 162 00:14:40,214 --> 00:14:44,843 Kemesraan dan aroma sesuatu yang dimasak dengan kasih sayang. 163 00:14:46,970 --> 00:14:49,306 Tak kira siapa kita, dari mana asal kita, 164 00:14:49,806 --> 00:14:54,645 tungku dapur atau periuk besi, kita semua dikurniakan harta pusaka ini. 165 00:14:55,812 --> 00:14:56,813 Jika kita bertuah. 166 00:15:14,081 --> 00:15:15,958 Hanya periuk yang tinggal. 167 00:15:18,544 --> 00:15:20,546 Ambillah, sayang. 168 00:15:22,589 --> 00:15:26,844 Lillian, minta bantuan daripada roh-roh 169 00:15:26,844 --> 00:15:29,555 apabila kamu dah guna semua kekuatan kamu. 170 00:15:30,931 --> 00:15:35,644 Apollo, mak tak pernah buatkan kamu mandazi. Kenapa? 171 00:15:36,311 --> 00:15:39,523 Sebab mak nak kamu suka makanan kanak-kanak Amerika biasa. 172 00:15:39,523 --> 00:15:42,860 Mak nak kamu biasakan diri dengan diet makaroni dan keju, 173 00:15:42,860 --> 00:15:45,696 hot dog serta sandwic roti putih mentega kacang dan jeli. 174 00:15:46,738 --> 00:15:48,115 Tapi mak buat dengan kasih sayang. 175 00:15:54,830 --> 00:15:56,373 Saya tahu apa yang awak buat... 176 00:15:57,916 --> 00:15:59,042 Ribut datang. 177 00:16:01,503 --> 00:16:03,088 Bocor! Baldi! 178 00:16:05,257 --> 00:16:07,593 Ia bocor melalui siling, Lester. Saya ada tetamu. 179 00:16:07,593 --> 00:16:08,719 {\an8}AWAK BERADA DI TEMPAT YANG TEPAT 180 00:16:08,719 --> 00:16:10,679 Itu yang kita gelarkannya sekarang? 181 00:16:10,679 --> 00:16:14,266 Perlu tunggu giliran, Angelica. Saya akan ke sana apabila saya sampai ke sana. 182 00:16:14,266 --> 00:16:17,686 Awak memang begitu, Lester. Awak akan ke sana apabila awak ke sana. 183 00:16:17,686 --> 00:16:20,022 Ambillah masa awak yang lama. 184 00:16:20,022 --> 00:16:21,565 Jika awak tahu, sayang. 185 00:16:21,565 --> 00:16:24,568 Saya faham maksudnya, tak guna! 186 00:16:30,991 --> 00:16:33,327 - Saya nak anak. - Apa? 187 00:16:33,327 --> 00:16:35,704 Saya nak peluang jadi suami yang baik dan ayah yang hebat. 188 00:16:35,704 --> 00:16:38,332 Saya rasa boleh lakukannya. Awak tahu? 189 00:16:43,629 --> 00:16:44,922 Ini dia, sayang. 190 00:16:47,508 --> 00:16:50,511 Pernah jadi nasihat diturunkan daripada wanita kepada wanita, 191 00:16:51,178 --> 00:16:56,058 Daripada pengalamannya sendiri. Cara kami hadapi kesukaran ini. 192 00:16:56,558 --> 00:16:58,227 Mak tanya ibu mak 193 00:16:58,227 --> 00:17:00,020 dan dia pegang tangan mak, 194 00:17:00,020 --> 00:17:02,898 dan dia tanya ibunya pula. 195 00:17:02,898 --> 00:17:06,818 Rantaian maklumat yang bersambungan dari sebelum dan sebelumnya dan sebelum itu. 196 00:17:06,818 --> 00:17:07,819 Lillian. 197 00:17:15,993 --> 00:17:19,164 Ada persefahaman antara kami semasa mak berjumpa ayah kamu. 198 00:17:21,415 --> 00:17:27,923 Kami berasal dari tempat yang jauh, mak dari Uganda dan dia dari Syracuse, 199 00:17:27,923 --> 00:17:30,008 jadi kami boleh jatuh cinta di Bandar Raya New York. 200 00:17:30,717 --> 00:17:31,718 Pembetulan. 201 00:17:32,261 --> 00:17:33,512 Mak sayang ayah kamu. 202 00:17:34,304 --> 00:17:35,305 Pembetulan. 203 00:17:36,306 --> 00:17:39,643 Mak tak boleh jelaskan maksud cinta romantik. 204 00:17:40,853 --> 00:17:43,480 Mak tak pernah rasakan kebahagiaan sebenar atau kepuasan. 205 00:17:44,064 --> 00:17:48,652 Rasa gementar yang semua orang cakap? Mak tak pernah rasa. 206 00:17:49,152 --> 00:17:52,406 Hanya ruang kosong. 207 00:17:53,991 --> 00:17:58,078 Hanya anak mak yang penuhkan semua lubang itu. 208 00:18:01,498 --> 00:18:05,460 Mak tahu itu juga tak bagus, Apollo. 209 00:18:06,545 --> 00:18:08,714 Beri tekanan kepada anak. 210 00:18:09,590 --> 00:18:13,051 Bebankan kamu dengan beban kebahagiaan mak. 211 00:18:13,051 --> 00:18:15,637 Sayangkan kamu lebih daripada mak pernah sayangkan diri sendiri. 212 00:18:15,637 --> 00:18:18,015 Kadangkala... 213 00:18:22,019 --> 00:18:24,730 benci beban menyayangi kamu juga. 214 00:18:26,523 --> 00:18:31,278 Tapi para ibu tak boleh cakap perkara begitu. 215 00:18:31,278 --> 00:18:33,655 Kesukaran rohaniah. 216 00:18:35,407 --> 00:18:38,577 Kesedihan, kesengsaraan, penyesalan. 217 00:18:45,083 --> 00:18:47,628 Kebimbangan menjaga anak. 218 00:18:52,758 --> 00:18:53,926 Adakah mak sempurna? 219 00:18:59,598 --> 00:19:02,726 Kamu sentiasa dalam fikiran mak. 220 00:19:03,727 --> 00:19:08,982 Mak dapati mak dah tak boleh jadi seorang ibu lagi. 221 00:19:13,153 --> 00:19:14,571 Mak boleh jadi ibu yang sempurna? 222 00:19:17,115 --> 00:19:19,910 Tiada pilihan sekarang. 223 00:19:19,910 --> 00:19:22,704 Sebab mak saja yang kamu ada, sayang. 224 00:19:27,793 --> 00:19:31,713 Sudah tentu mak ada harapan dan impian. 225 00:19:34,299 --> 00:19:39,555 Bukankah kita membesar dengan buat hajat pada bintang? 226 00:19:43,684 --> 00:19:45,602 Mak serahkan semua impian kepada kamu. 227 00:19:48,438 --> 00:19:52,860 Okey. Sebelum mak beritahu apa yang mak tak nak beritahu, mak beritahu sifatnya. 228 00:19:57,489 --> 00:20:01,910 Dia individu yang sangat tersakiti oleh ibu yang bencikannya. 229 00:20:03,620 --> 00:20:07,124 Mak fikirkannya dan mak tanam dia dalam fikiran mak. 230 00:20:08,959 --> 00:20:10,627 Ayahnya lebih teruk. 231 00:20:12,796 --> 00:20:18,218 Tapi pengkhianatan si ibu adalah sesuatu yang dia tak boleh lupakan. 232 00:20:23,807 --> 00:20:26,101 Patut menganggapnya sebagai amaran. 233 00:20:29,646 --> 00:20:30,814 Mak tak nampak itu. 234 00:20:34,735 --> 00:20:39,907 Ayah kamu sangat sayangkan kamu, tapi dia juga ada kepuasan 235 00:20:39,907 --> 00:20:43,952 daripada pencapaian dan dunia lain yang tak berhubung dengan kamu. 236 00:20:44,620 --> 00:20:47,956 - Mak cemburukannya. - Pegawai West, tahniah 237 00:20:47,956 --> 00:20:49,583 dan terima kasih untuk prestasi yang mengagumkan. 238 00:20:49,583 --> 00:20:51,668 Ayah kamu simpan banyak barang. 239 00:20:52,252 --> 00:20:54,129 Barang yang berkotak-kotak. 240 00:20:55,172 --> 00:20:58,217 Seperti ia bukti dia menjalani kehidupan bermakna. 241 00:20:59,051 --> 00:21:01,929 Apa yang mengisi kekosongan ditinggalkan ibu bapanya yang tak boleh sayangkan dia. 242 00:21:03,180 --> 00:21:06,808 Orang cakap kita ditakdirkan mengulangi kehidupan kita. 243 00:21:06,808 --> 00:21:10,729 Lihatlah, dia juga pilih wanita yang tak boleh cintakannya. 244 00:21:11,980 --> 00:21:13,398 Tapi mak perlukan dia. 245 00:21:14,608 --> 00:21:16,610 Perlukan dia untuk tutup kesilapan mak. 246 00:21:27,037 --> 00:21:32,376 Ada masanya mak pandang dia dan fikir, "saya benci awak." 247 00:21:34,711 --> 00:21:39,424 Ada masanya pula, dia lelaki yang mak pilih. 248 00:21:39,925 --> 00:21:44,096 Sebab mak tahu dia akan sayangkan kamu. 249 00:21:48,100 --> 00:21:50,602 Menafikan semua gerak hati 250 00:21:51,103 --> 00:21:53,564 yang beritahu mak ada sesuatu yang tak kena dengan dia. 251 00:21:55,274 --> 00:21:56,275 Sesuatu. 252 00:21:57,776 --> 00:22:01,405 Mak tak jumpa isu yang tersembunyi yang membawa kepada masalah besar. 253 00:22:03,740 --> 00:22:06,243 Mak tak tahu sebab dia pilih mak. 254 00:22:12,457 --> 00:22:13,458 Sempurna. 255 00:22:15,919 --> 00:22:16,920 Bukankah awak tahu? 256 00:22:30,475 --> 00:22:31,560 Dia cakap kepada mak... 257 00:22:31,560 --> 00:22:35,772 Awak buat saya sangat marah dan rasa nak tumbuk dinding hingga jari saya hancur! 258 00:22:38,150 --> 00:22:39,318 Dia juga cakap kepada mak... 259 00:22:39,318 --> 00:22:42,738 Awak buat hidup saya jadi bermakna. 260 00:22:43,488 --> 00:22:48,118 Kami hidup setiap hari dengan dua keadaan itu. 261 00:23:29,076 --> 00:23:32,996 Bandar murah yang teruk. Kita bayar cukai untuk apa? 262 00:23:32,996 --> 00:23:35,958 Awak tak pernah bayar cukai sepanjang hidup. 263 00:23:37,292 --> 00:23:38,293 Cik! 264 00:24:11,076 --> 00:24:12,494 Itu anak seseorang. 265 00:24:15,330 --> 00:24:16,331 Saya tahu. 266 00:24:30,971 --> 00:24:32,764 Siapa mainkan setiap peranan? 267 00:24:38,729 --> 00:24:39,730 Apa sebabnya? 268 00:24:48,113 --> 00:24:52,534 Terima kasih. Saya takut gelap. 269 00:24:53,535 --> 00:24:55,287 Waktu siang sentiasa tiba. 270 00:24:56,205 --> 00:24:58,832 Saya mula rasa ia tak wujud. 271 00:25:03,128 --> 00:25:04,129 Ini syurga? 272 00:25:06,340 --> 00:25:07,841 Sebaliknya. 273 00:25:08,342 --> 00:25:09,927 Saya nak duit saya semula. 274 00:25:09,927 --> 00:25:13,096 Saya takkan bayar bilik yang ada lubang di silingnya. 275 00:25:13,096 --> 00:25:14,973 Cahaya dan bara daripada lilin? 276 00:25:14,973 --> 00:25:17,643 Tiada orang lain mahukan awak di tempat mereka, Angelica. 277 00:25:17,643 --> 00:25:22,481 Pergi mati, Lester. Awak dan hotel teruk ini boleh pergi mati. 278 00:25:22,481 --> 00:25:23,565 Di mana ibu awak? 279 00:25:24,149 --> 00:25:25,734 Dia di Massachusetts. 280 00:25:25,734 --> 00:25:27,361 Saya dah bosan dengan tempat ini. 281 00:25:27,361 --> 00:25:30,697 Saya akan berurusan dengan The Duchess. 282 00:25:30,697 --> 00:25:33,283 - Saya takkan rindu awak. - Hotel Elk pelabuhan lindung 283 00:25:33,283 --> 00:25:35,285 untuk najis lipas dan tikus. 284 00:25:35,285 --> 00:25:36,870 Jika sakit di Elk, 285 00:25:36,870 --> 00:25:40,457 ia disebabkan asap dadah dan menghidu kulapuk. 286 00:25:40,958 --> 00:25:43,710 Tiada perkhidmatan. Awak datang ke sini untuk mati. 287 00:25:44,211 --> 00:25:46,547 - Dia tak pernah pergi. - Tempat ini? Ia bukan hotel. 288 00:25:46,547 --> 00:25:51,844 Ini ulasan saya. Kosong bintang, tak guna! 289 00:25:52,511 --> 00:25:56,723 Di tempat asal saya, apabila sakit, ahli keluarga akan jaga saya. 290 00:25:57,349 --> 00:25:59,977 Di tempat asal saya, mereka akan bakar ahli sihir. 291 00:26:02,312 --> 00:26:03,355 Bagaimana awak boleh ada di sini? 292 00:26:04,439 --> 00:26:06,358 Beberapa kesilapan. 293 00:26:07,192 --> 00:26:08,318 Awak tak patut sendirian. 294 00:26:10,529 --> 00:26:12,072 Dah lama saya tak tidur. 295 00:26:14,575 --> 00:26:18,537 Apabila saya tak boleh tidur, saya anggap katil saya seperti bot. 296 00:26:19,913 --> 00:26:22,457 Katilnya hanyut di lautan. 297 00:26:23,292 --> 00:26:28,380 Saya perlu baring di tengah, tiada anggota badan tergantung di sisi, 298 00:26:29,089 --> 00:26:34,219 sebab jika tidak jerung mungkin akan serang dan makan kaki atau tangan. 299 00:26:35,387 --> 00:26:37,598 Bunyinya sangat mencemaskan. 300 00:26:40,017 --> 00:26:41,018 Mungkin tidak. 301 00:26:43,020 --> 00:26:44,188 Kenapa awak menginap di sini? 302 00:26:44,688 --> 00:26:46,064 Saya tahu apa yang awak buat. 303 00:26:53,363 --> 00:26:54,573 Awak nak air? 304 00:26:57,910 --> 00:26:58,911 Nak apa-apa? 305 00:27:00,579 --> 00:27:01,830 Saya rindu ibu saya. 306 00:27:09,171 --> 00:27:10,631 Saya akan mati malam ini. 307 00:27:20,390 --> 00:27:21,391 Saya pun sama. 308 00:27:25,938 --> 00:27:26,939 Datang dengan Bill. 309 00:27:29,399 --> 00:27:32,236 Saya beritahu ibu saya kami nak bersiar-siar. 310 00:27:34,321 --> 00:27:36,198 Bill beritahu isterinya ada hal perniagaan. 311 00:27:37,574 --> 00:27:40,369 Kami dah tahu tentangnya. Perkara yang beri kesan kepada komuniti kami. 312 00:27:40,369 --> 00:27:41,453 Bill takut. 313 00:27:42,913 --> 00:27:45,707 Saya tak beritahu dia yang saya mula rasa tak selesa. 314 00:27:47,084 --> 00:27:51,380 Lebih teruk sebab kami ada tiket untuk menonton Lena. 315 00:27:53,465 --> 00:27:56,552 Barisan ketiga. Di hadapan. 316 00:27:57,344 --> 00:28:00,806 Berfikir tentang tak menonton "Stormy Weather" itu, entahlah. 317 00:28:02,516 --> 00:28:04,101 Penamat impian semakin hampir, 318 00:28:04,101 --> 00:28:07,855 dan tak melihatnya bermaksud semuanya sia-sia. 319 00:28:07,855 --> 00:28:10,232 Semua kemarahan, persembunyian dan kekeliruan. 320 00:28:12,401 --> 00:28:13,819 Kami naik bas. 321 00:28:13,819 --> 00:28:16,613 Orang mungkin fikir dia ayah saya. 322 00:28:19,283 --> 00:28:20,284 Kemudian, ia berlaku. 323 00:28:22,202 --> 00:28:25,455 Ia tiba-tiba, seperti perubahan cuaca. 324 00:28:25,455 --> 00:28:27,082 Cuma, batuk jadi teruk, 325 00:28:27,082 --> 00:28:29,459 dan orang mula merenung saya dengan rupa jijik. 326 00:28:29,960 --> 00:28:32,754 Saya demam, peluh menitik. 327 00:28:33,547 --> 00:28:35,340 Saya boleh nampak pandangan dalam matanya. 328 00:28:36,842 --> 00:28:37,843 Itu dua bulan lalu. 329 00:28:37,843 --> 00:28:40,846 Kami menginap di tempat yang cantik, kemudian isterinya telefon. 330 00:28:40,846 --> 00:28:44,266 Kecemasan. Dia perlu pulang, tapi akan datang semula. 331 00:28:44,266 --> 00:28:46,226 Dia akan datang semula tepat pada masanya untuk tonton Lena. 332 00:28:48,020 --> 00:28:49,021 Apabila dia tak datang semula... 333 00:28:51,064 --> 00:28:53,692 saya musnahkan bilik itu seperti bintang rock yang mabuk, 334 00:28:53,692 --> 00:28:55,027 mencari tiket-tiket itu. 335 00:28:56,945 --> 00:28:58,447 Tak temuinya. 336 00:28:58,447 --> 00:29:01,074 Duit saya tak banyak. Saya asyik pengsan. 337 00:29:01,074 --> 00:29:02,993 Saya tahu saya patut guna apa yang ada. 338 00:29:02,993 --> 00:29:04,077 Saya tahu saya patut gunakannya. 339 00:29:04,077 --> 00:29:06,038 Saya patut naik bas dan pulang. 340 00:29:06,622 --> 00:29:07,748 Tapi saya tak boleh lakukannya. 341 00:29:08,749 --> 00:29:09,750 Saya tak boleh buat. 342 00:29:10,459 --> 00:29:12,085 Saya tak sanggup buat ibu saya begitu. 343 00:29:14,254 --> 00:29:16,131 Bayangkan apa kesannya kepada dia. 344 00:29:16,632 --> 00:29:20,260 Melihat tubuh sempurna yang dia lahirkan 345 00:29:20,260 --> 00:29:21,845 rosak dan berpenyakit. 346 00:29:25,974 --> 00:29:28,977 Saya jumpa tempat ini dan beri semua duit kepada Lester. 347 00:29:32,439 --> 00:29:34,650 Saya tahu dia ada isteri dan semuanya. 348 00:29:36,276 --> 00:29:37,319 Saya faham. 349 00:29:37,945 --> 00:29:38,946 Tapi saya harap... 350 00:29:40,697 --> 00:29:41,990 Saya harap saya boleh... 351 00:29:43,951 --> 00:29:46,578 Saya tak kisah semuanya berakhir dalam bilik ini. 352 00:29:47,162 --> 00:29:49,790 Tapi saya harap dapat menontonnya nyanyikan "Stormy Weather." 353 00:29:51,416 --> 00:29:53,877 Saya harap ada imej itu dalam minda saya... 354 00:29:55,504 --> 00:29:58,549 supaya saya dapat bayangkannya pada saat terakhir. 355 00:29:59,383 --> 00:30:00,384 Awak faham? 356 00:30:02,094 --> 00:30:05,055 Seperti saya dapat bayangkan Lena nyanyikan not terakhir 357 00:30:05,055 --> 00:30:06,723 semasa bidai akhirnya ditutup. 358 00:34:30,152 --> 00:34:31,196 Tidur nyenyak. 359 00:35:27,044 --> 00:35:29,505 Tak. Dia takkan berdoa. 360 00:35:29,505 --> 00:35:30,881 Bukan Tuhan saya. 361 00:35:37,429 --> 00:35:38,430 Angelica! 362 00:35:40,057 --> 00:35:41,058 Angelica! 363 00:35:42,684 --> 00:35:44,728 Tolong saya. 364 00:35:44,728 --> 00:35:46,563 - Hei! Berambus! - Hei! Lepaskan. 365 00:35:46,563 --> 00:35:48,482 - Lepaskan dia. - Ini tiada kaitan dengan awak. 366 00:35:48,482 --> 00:35:50,150 Tiada sesiapa akan jumpa awak lagi. 367 00:35:50,150 --> 00:35:51,652 - Awak akan dapati diri awak... - Saya dah bayar. 368 00:35:51,652 --> 00:35:54,112 ...disumbat dan beg pakaian di dasar sungai. Bangun! 369 00:35:54,112 --> 00:35:56,073 - Bangun! - Hei. 370 00:35:56,073 --> 00:35:57,741 Hei, kawan. Tolonglah. 371 00:35:57,741 --> 00:36:00,494 Hei. Kawan! Buang senjata itu! 372 00:36:00,494 --> 00:36:01,954 Saya beri awak peluang untuk pergi. 373 00:36:01,954 --> 00:36:04,873 Jika awak tak ambil peluang itu, awak nampak kesan kotor di dinding sana? 374 00:36:04,873 --> 00:36:06,708 Awak pun akan jadi begitu. 375 00:36:06,708 --> 00:36:08,335 Pergi sekarang! Pergi! 376 00:36:10,838 --> 00:36:12,881 Angelica. Jangan takut. 377 00:36:12,881 --> 00:36:14,800 Jangan takut. Saya ada. 378 00:36:14,800 --> 00:36:17,177 Jangan takut. Dia dah pergi. 379 00:36:17,177 --> 00:36:18,262 Saya ada. 380 00:36:19,096 --> 00:36:22,558 Siapa akan cari saya? 381 00:36:24,101 --> 00:36:25,477 Saya tak wujud. 382 00:36:25,477 --> 00:36:29,022 Awak wujud. Saya memandang awak. Awak di tempat yang betul. 383 00:36:30,899 --> 00:36:33,735 Saya tolong awak. 384 00:36:35,821 --> 00:36:40,742 JIKA ANDA MENCARI PETANDA INILAH DIA. 385 00:36:42,327 --> 00:36:43,745 Apa yang boleh berlaku kepadanya? 386 00:36:44,246 --> 00:36:45,789 Apa yang dia nak beritahu Apollo? 387 00:36:45,789 --> 00:36:47,165 Bagaimana dia nak beritahu Apollo? 388 00:36:51,211 --> 00:36:52,421 Mak datang! 389 00:36:54,214 --> 00:36:56,133 Siapa akan bantu kamu berlatih bola keranjang? 390 00:36:57,926 --> 00:37:01,471 Siapa nak ajar kamu peraturan semua sukan Amerika? 391 00:37:01,471 --> 00:37:03,724 Mak boleh ajar buat istana pasir. 392 00:37:04,308 --> 00:37:05,767 Tukar mentol. 393 00:37:05,767 --> 00:37:08,187 Buang labah-labah dari tab mandi. 394 00:37:08,187 --> 00:37:11,690 Tapi, projek buatan sendiri untuk Hari Bapa di sekolah? 395 00:37:11,690 --> 00:37:13,317 Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada mak? 396 00:37:14,651 --> 00:37:16,236 Bagaimana jika mak mati pada waktu malam? 397 00:37:16,862 --> 00:37:18,530 Tiada sesiapa akan datang cari kamu. 398 00:37:19,031 --> 00:37:21,241 Sebab tiada sesiapa tahu kamu sendirian. 399 00:37:28,624 --> 00:37:31,877 Bagaimana nak beritahu kanak-kanak yang ayahnya takkan kembali? 400 00:37:37,758 --> 00:37:41,762 Apollo, kamu rasa dia tak mahukan kamu, 401 00:37:42,721 --> 00:37:44,681 tapi ia sebaliknya. 402 00:37:45,766 --> 00:37:47,184 Dia sangat mahukan kamu. 403 00:37:54,316 --> 00:37:58,278 Awak buat hidup saya jadi bermakna. 404 00:37:58,946 --> 00:38:00,239 Mak perlu jelaskan. 405 00:38:00,989 --> 00:38:02,199 Mak perlukan penjelasan. 406 00:38:02,866 --> 00:38:04,243 Hari itu sangat panas. 407 00:38:04,826 --> 00:38:05,827 Ia juga lembab. 408 00:38:06,870 --> 00:38:10,499 Kami naik laluan tram ke Pulau Roosevelt untuk berpiknik. 409 00:38:11,917 --> 00:38:13,168 Salad tuna. 410 00:38:15,254 --> 00:38:16,338 Agak membosankan, bukan? 411 00:38:18,090 --> 00:38:19,007 Apa awak cakap? 412 00:38:19,007 --> 00:38:20,509 Saya tak cakap apa-apa. 413 00:38:20,509 --> 00:38:23,554 Itu kali pertama dia tak cakap perkara-perkara indah, 414 00:38:24,054 --> 00:38:25,722 "Lillian, awak sangat cantik." 415 00:38:26,223 --> 00:38:28,767 "Lillian, awak bunga mawar di timbunan tanah." 416 00:38:28,767 --> 00:38:31,812 Hei, Lillian, awak tahu seluruh pulau ini pernah jadi asilum mental dahulu? 417 00:38:31,812 --> 00:38:33,772 - Tak tahu. - Ya. 418 00:38:34,273 --> 00:38:35,649 Pangsapuri mewah sekarang. 419 00:38:36,441 --> 00:38:37,442 Mungkin berhantu, bukan? 420 00:38:38,735 --> 00:38:39,820 Hei, lihat di sana, 421 00:38:39,820 --> 00:38:41,405 rumah api itu? 422 00:38:41,405 --> 00:38:42,614 Rumah api di sana, 423 00:38:42,614 --> 00:38:45,242 pernah menerangi laluan untuk kapal yang membawa masuk orang-orang gila. 424 00:38:45,826 --> 00:38:47,202 Awak agak gila. 425 00:38:47,703 --> 00:38:49,288 Memang diiktiraf. 426 00:38:49,788 --> 00:38:51,790 Saya boleh masukkan awak. Serius. 427 00:38:51,790 --> 00:38:52,875 Dahulu, 428 00:38:52,875 --> 00:38:56,712 suami akan masukkan isteri mereka ke sana hanya sebab beronani, 429 00:38:56,712 --> 00:38:58,922 masalah kitaran haid atau merokok. 430 00:39:00,632 --> 00:39:02,176 Itu tak kelakar, bukan? 431 00:39:03,177 --> 00:39:04,720 Jika awak salah seorang wanita itu? 432 00:39:04,720 --> 00:39:08,599 Membaca novel, layanan teruk oleh suami, malas, 433 00:39:08,599 --> 00:39:12,186 sukakan politik, lelah, rakan yang bermasalah. 434 00:39:12,686 --> 00:39:16,899 Jika sesuatu seperti itu berlaku kepada awak, tiada sesiapa akan tahu. 435 00:39:18,108 --> 00:39:21,111 Keluarga awak dan semuanya, sebab mereka semua dah mati. 436 00:39:21,987 --> 00:39:22,988 Menyedihkan. 437 00:39:24,990 --> 00:39:26,575 Rasanya seperti ancaman... 438 00:39:27,826 --> 00:39:30,037 dan mak rasa ada pintu dalam diri mak yang ditutup. 439 00:39:31,538 --> 00:39:32,998 Ia salah mak... 440 00:39:35,042 --> 00:39:38,086 sebab tak dengar apa-apa yang dia cakap selepas salad tuna 441 00:39:39,713 --> 00:39:41,632 di tebing Pulau Roosevelt. 442 00:39:42,341 --> 00:39:43,342 Kata-kata dia dan mereka. 443 00:39:43,342 --> 00:39:46,512 Ribut datang. 444 00:39:46,512 --> 00:39:48,096 Ribut datang. 445 00:39:49,473 --> 00:39:50,891 Ribut datang. 446 00:39:52,226 --> 00:39:53,685 Ribut datang. 447 00:39:56,313 --> 00:39:58,190 Jika mak boleh ajar kamu sesuatu, 448 00:40:00,067 --> 00:40:01,485 ia adalah untuk melihat petanda. 449 00:40:03,779 --> 00:40:04,780 Dia cakap... 450 00:40:04,780 --> 00:40:05,948 Awak tak wujud. 451 00:40:05,948 --> 00:40:07,199 Apa? 452 00:40:08,075 --> 00:40:10,327 Mak mula hidup dalam ketakutan. 453 00:40:11,662 --> 00:40:14,122 Dia tak buat salah. 454 00:40:15,249 --> 00:40:16,583 Apollo, ketahuilah. 455 00:40:17,876 --> 00:40:21,964 Tak salah sehingga dia cakap... 456 00:40:37,271 --> 00:40:39,022 Akhirnya Apollo dah tidur. 457 00:40:39,857 --> 00:40:40,941 Ketuk, ketuk. 458 00:40:40,941 --> 00:40:42,025 Siapa itu? 459 00:40:43,360 --> 00:40:44,361 Pisang. 460 00:40:44,361 --> 00:40:45,904 - Kadangkala apabila mak sedih... - Pisang siapa? 461 00:40:45,904 --> 00:40:48,323 - Ketuk, ketuk. - ...dia buat lawak, buat mak senyum. 462 00:40:48,323 --> 00:40:49,908 - Siapa itu? - Pisang. 463 00:40:49,908 --> 00:40:50,993 Pisang siapa? 464 00:40:50,993 --> 00:40:52,911 Dia kelakar dan baik. 465 00:40:52,911 --> 00:40:54,162 Siapa di sana? 466 00:40:54,162 --> 00:40:55,497 Oren. 467 00:40:55,497 --> 00:40:56,582 Oren siapa? 468 00:40:57,499 --> 00:40:59,251 Awak tak gembira saya tak sebut pisang? 469 00:41:01,920 --> 00:41:02,921 Hei, Lillian. 470 00:41:05,841 --> 00:41:07,885 Saya akan kenal awak sehingga kita tua. 471 00:41:09,094 --> 00:41:11,138 Kenapa bunyinya macam ancaman? 472 00:41:11,638 --> 00:41:13,724 Dia jumpa resit itu dan berdepan dengannya. 473 00:41:13,724 --> 00:41:15,267 Dia bersumpah 474 00:41:15,267 --> 00:41:19,479 dia tak tahu dari mana bil penginapan di Hotel Elk pada kali kesembilan dan 42 475 00:41:19,479 --> 00:41:20,564 itu muncul. 476 00:41:20,564 --> 00:41:23,275 - Kita baru bersama, Lillian. - Saya tak tahu itu apa. 477 00:41:23,275 --> 00:41:25,277 Hubungan sulit di hotel murah? 478 00:41:26,111 --> 00:41:26,987 Kelakar. 479 00:41:26,987 --> 00:41:28,655 Dia fikir ia dengan bosnya. 480 00:41:28,655 --> 00:41:29,740 Charles Blackwood. 481 00:41:33,243 --> 00:41:34,244 Mengarut. 482 00:41:34,953 --> 00:41:38,081 Seolah-olah dia setuju untuk habiskan masa di tempat begitu 483 00:41:39,291 --> 00:41:40,918 dengan lelaki begitu. 484 00:41:40,918 --> 00:41:42,294 Dia dah berkahwin. 485 00:41:42,294 --> 00:41:43,504 Dengan dua anak. 486 00:41:43,504 --> 00:41:45,797 Betul? Banyak yang awak tahu tentang dia, bukan? 487 00:41:45,797 --> 00:41:48,258 Dia letak gambar mereka di mejanya. 488 00:41:49,593 --> 00:41:51,970 Kamu mula cakap dia ketuk pintu. 489 00:41:51,970 --> 00:41:53,096 Ketuk, ketuk. 490 00:41:53,889 --> 00:41:55,641 Mak bekerja semula selepas kamu berusia dua bulan. 491 00:41:55,641 --> 00:41:56,725 Mak terpaksa. 492 00:41:57,351 --> 00:41:59,937 Mak kepenatan sebab berjaga sepanjang malam untuk menyusukan kamu, 493 00:41:59,937 --> 00:42:01,563 kemudian bekerja, dan pulang ke rumah. 494 00:42:03,023 --> 00:42:04,066 Mak jadi marah. 495 00:42:04,775 --> 00:42:05,817 Mak marah dia. 496 00:42:06,818 --> 00:42:07,945 Mak berundur. 497 00:42:08,862 --> 00:42:11,281 Mak rancang. Mak rancang larikan diri. 498 00:42:12,407 --> 00:42:15,202 Apollo, jika kamu ada anak, 499 00:42:15,827 --> 00:42:19,456 tindakan paling kejam adalah rampas dia daripada ibunya, di usia masih muda, 500 00:42:19,957 --> 00:42:21,542 dan paksa dia kembali bekerja. 501 00:42:22,960 --> 00:42:24,419 Jangan buat begitu, Apollo. 502 00:42:24,419 --> 00:42:26,046 Melainkan kamu nak melihat kegilaan. 503 00:42:26,046 --> 00:42:27,214 Ketuk, ketuk! 504 00:42:27,756 --> 00:42:28,757 Kami berpisah. 505 00:42:29,258 --> 00:42:30,634 Bahagian itu sangat jelas. 506 00:42:30,634 --> 00:42:32,594 Mak sudah nampak sikap sebenarnya dengan sangat jelas. 507 00:42:33,554 --> 00:42:35,222 Habislah awak. 508 00:42:35,222 --> 00:42:37,474 - Awak akan buat anak saya terjaga. - "Anak saya"? 509 00:42:37,474 --> 00:42:39,643 Mak takut dia akan rampas anak mak. 510 00:42:39,643 --> 00:42:41,270 Mak takkan dapat jumpa kamu lagi. 511 00:42:41,270 --> 00:42:42,813 Mak buntu. 512 00:42:43,897 --> 00:42:45,858 Dia orang Amerika yang sanggup bunuh mak. 513 00:42:47,025 --> 00:42:48,068 Dia ada kuasa. 514 00:42:49,611 --> 00:42:51,029 Awak sama macam ibu saya. 515 00:42:51,029 --> 00:42:52,489 Itu sangat menyakitkan. 516 00:42:52,489 --> 00:42:56,285 Mak ambil parut kecil itu, tambah dalam koleksi parut-parut kecil 517 00:42:56,285 --> 00:42:57,369 dan mak panik. 518 00:42:57,870 --> 00:43:02,249 Dia cakap dengan mak dalam nada hati-hati sebab dia yakinkan dirinya mak gila. 519 00:43:02,249 --> 00:43:05,878 Dia perlu percayakannya, supaya boleh singkirkan mak dan rampas kamu. 520 00:43:06,420 --> 00:43:07,629 Mak nak cakap... 521 00:43:07,629 --> 00:43:09,923 Tak guna! Awak fikir awak siapa? 522 00:43:09,923 --> 00:43:11,008 Tapi tak boleh. 523 00:43:11,508 --> 00:43:13,468 Mak nak tumbuk muka tak guna itu, 524 00:43:13,468 --> 00:43:15,053 tapi dia orang Amerika. 525 00:43:15,053 --> 00:43:17,306 Tiada sesiapa akan selamatkan awak, Lillian. Awak faham? 526 00:43:17,306 --> 00:43:20,851 Mudah. Tiada siapa akan selamatkan awak sebab semua orang awak sayang dah tiada. 527 00:43:23,187 --> 00:43:24,646 Kemarahan meletus. 528 00:43:25,314 --> 00:43:29,902 Dia datang melawat kamu. Ia hari Sabtu dan dia jumpa bil hotel. 529 00:43:30,444 --> 00:43:34,448 Tak dapat bayangkan di mana dia temuinya melainkan dia rancang nak perangkap mak. 530 00:43:34,448 --> 00:43:36,783 Dia mengamuk walaupun kami dah berpisah. 531 00:43:36,783 --> 00:43:38,285 Dia dah gila. 532 00:43:39,203 --> 00:43:42,748 Urat membonjol di lehernya. Matanya penuh kemarahan. 533 00:43:42,748 --> 00:43:45,918 Dia cakap jika dia tak dapat mak, tiada sesiapa boleh dapat. 534 00:43:45,918 --> 00:43:48,378 Tiada lelaki lain boleh besarkan anak saya! 535 00:43:48,378 --> 00:43:49,505 Anak awak? 536 00:43:49,505 --> 00:43:51,632 Anak saya. Saya akan bawa awak ke mahkamah. 537 00:43:51,632 --> 00:43:53,008 Saya akan kalahkan awak, Lillian. 538 00:43:53,008 --> 00:43:55,511 Ucap selamat tinggal. Ia dah berakhir. 539 00:43:55,511 --> 00:43:58,805 Saya takkan buat begitu! Takkan boleh lakukannya! Takkan lakukannya! 540 00:43:59,723 --> 00:44:01,266 Bila saya ada masa nak buat begitu? 541 00:44:01,767 --> 00:44:04,520 Awak fikir apa kelebihan tidur dengan bos saya? 542 00:44:04,520 --> 00:44:07,856 Penipu! 543 00:44:08,440 --> 00:44:09,900 Awak terkenal, Lillian. 544 00:44:09,900 --> 00:44:12,986 Awak cuma muncul dengan rupa yang awak nak orang lihat! 545 00:44:16,323 --> 00:44:18,033 Suatu hari, mak pulang ke rumah. 546 00:44:20,160 --> 00:44:21,870 Mak beli Happy Meal untuk kamu. 547 00:44:22,788 --> 00:44:24,414 Kamu selalu makan jejari kentang dahulu. 548 00:44:26,917 --> 00:44:27,918 Mak pulang... 549 00:44:31,129 --> 00:44:34,258 dan nampak sesuatu yang mak tak boleh lupakan. 550 00:44:38,136 --> 00:44:40,180 Mak tutup lampu. 551 00:44:41,723 --> 00:44:44,434 Katil kita adalah bot apabila kita tak boleh tidur. 552 00:44:44,434 --> 00:44:48,438 Tapi, awak, Lillian, awak jerung. 553 00:44:49,731 --> 00:44:50,732 Polis? 554 00:44:51,400 --> 00:44:53,777 Polis kulit putih Amerika, daripada ramai orang lain? 555 00:44:54,653 --> 00:44:57,489 Mereka akan bunuh dia atas apa yang dia dah buat. Mereka akan hapuskan dia. 556 00:44:58,073 --> 00:44:59,658 Awak penipu! 557 00:44:59,658 --> 00:45:00,909 Tapi dia orang Amerika. 558 00:45:00,909 --> 00:45:04,371 Seperti wanita lain sebelum dia dah ahli sihir lain sebelum mereka. 559 00:45:05,038 --> 00:45:06,373 Mak datang! 560 00:45:17,968 --> 00:45:18,969 Jawapannya adalah tidak. 561 00:45:20,846 --> 00:45:22,222 Mak tak boleh jadi sempurna. 562 00:45:23,891 --> 00:45:27,269 Mak tak boleh jadi ibu yang mak nak jadi. 563 00:45:31,023 --> 00:45:32,900 Semua yang mak dah rampas daripada kamu. 564 00:45:32,900 --> 00:45:34,193 Mak! 565 00:45:35,986 --> 00:45:37,404 Apa yang mak buat kamu lupa. 566 00:45:46,163 --> 00:45:47,873 Mak seorang ibu seperti yang dia cakap... 567 00:45:49,416 --> 00:45:51,126 Mak seorang ibu... 568 00:45:51,126 --> 00:45:53,045 - Mak seorang ibu... - Hei! 569 00:45:54,922 --> 00:45:55,797 Jangan. 570 00:45:56,715 --> 00:45:58,926 Jangan. 571 00:45:59,510 --> 00:46:01,803 Bukan itu cara kisah Lillian berakhir. 572 00:46:02,971 --> 00:46:05,432 Dia masuk dan tutup tingkap. 573 00:46:07,559 --> 00:46:10,771 Bayangkan perlu minta bantuan orang bersihkan sisa badan awak dari kaki lima. 574 00:46:10,771 --> 00:46:13,273 Saya tak boleh. 575 00:46:13,273 --> 00:46:15,442 Dia masuk. Oh Tuhan. 576 00:46:27,246 --> 00:46:28,413 Siapa awak? 577 00:46:28,413 --> 00:46:29,831 Perkara buruk di dunia ini. 578 00:46:30,874 --> 00:46:32,709 Tapi tiada yang terlalu teruk sehingga berbaloi untuk awak terjun. 579 00:46:33,627 --> 00:46:35,128 Brian West kalah! 580 00:46:37,881 --> 00:46:39,591 Hanya jiwa yang gelap. 581 00:46:39,591 --> 00:46:42,553 Lillian dah hilang hubungan dengan rohaniahnya. 582 00:46:44,972 --> 00:46:48,517 Malam yang gelap menyeru respons rohaniah. 583 00:46:49,893 --> 00:46:51,186 Awak Tuhan? 584 00:46:53,355 --> 00:46:54,356 Tuhan wanita? 585 00:46:56,817 --> 00:46:57,818 Saya dah agak. 586 00:47:00,988 --> 00:47:02,447 Awak datang untuk hukum saya? 587 00:47:03,198 --> 00:47:07,369 Lillian, minta bantuan daripada roh-roh 588 00:47:07,369 --> 00:47:10,247 apabila kamu dah guna semua kekuatan kamu. 589 00:47:15,085 --> 00:47:17,296 Awak rasa awak patut dihukum, Lillian? 590 00:47:19,464 --> 00:47:21,133 Bukankah awak selalu rasa begitu? 591 00:47:22,968 --> 00:47:23,969 Sebab awak lari. 592 00:47:27,264 --> 00:47:30,350 Sebab awak selamat. 593 00:47:32,186 --> 00:47:34,771 Disebabkan penipuan yang awak beritahu kepada suami dan anak awak? 594 00:47:37,107 --> 00:47:38,609 Untuk semua yang awak dah buat? 595 00:47:39,359 --> 00:47:40,569 Awak patut dihukum? 596 00:47:42,196 --> 00:47:43,572 Saya akan percaya. 597 00:47:44,281 --> 00:47:46,950 Saya janji saya akan percaya. 598 00:47:48,035 --> 00:47:50,370 Hidup Mary, penuh rahmat. 599 00:47:51,955 --> 00:47:52,956 Tuhan, 600 00:47:53,498 --> 00:47:54,791 Rahmat... 601 00:47:55,876 --> 00:47:57,044 Saya tak tahu yang ini. 602 00:47:57,044 --> 00:47:59,922 Cuba tinggalkan anak awak sendirian di dunia ini? 603 00:48:01,173 --> 00:48:02,341 Awak patut dihukum? 604 00:48:06,929 --> 00:48:08,138 Saya akan buat perjanjian dengan awak. 605 00:48:10,057 --> 00:48:12,809 Tolonglah, saya akan buat apa saja. 606 00:48:15,187 --> 00:48:16,813 Awak datang untuk beritahu apa saya patut buat? 607 00:48:17,731 --> 00:48:21,944 Lillian terfikir, ada wanita lain di tempat lain 608 00:48:21,944 --> 00:48:23,237 sedang melutut, 609 00:48:24,071 --> 00:48:27,950 buat perjanjian untuk anak yang sedang berbaring di bilik 200? 610 00:48:30,911 --> 00:48:31,954 Saya takkan pergi. 611 00:48:34,164 --> 00:48:35,165 Saya ibunya. 612 00:48:37,793 --> 00:48:39,253 Itu saja yang saya perlu jadi. 613 00:48:40,921 --> 00:48:41,922 Saya akan jadi ibu yang baik. 614 00:48:43,465 --> 00:48:44,466 Saya janji. 615 00:48:44,466 --> 00:48:46,093 Saya akan jadi ibu terbaik yang saya boleh jadi. 616 00:48:49,096 --> 00:48:50,138 Saya akan buat apa saja. 617 00:48:53,392 --> 00:48:56,270 Jika awak lepaskan saya. 618 00:49:00,482 --> 00:49:04,152 Jika awak hilangkan semua ini. 619 00:49:06,989 --> 00:49:08,490 Perjanjian yang kita buat, 620 00:49:10,325 --> 00:49:11,326 ia nyata. 621 00:49:14,037 --> 00:49:19,543 Apa yang Lillian tak tahu, 35 tahun dari hari itu, 622 00:49:20,127 --> 00:49:22,754 Apollo Kagwa akan terima balasan 623 00:49:22,754 --> 00:49:25,132 untuk perjanjian yang ibunya buat di bilik itu. 624 00:49:25,132 --> 00:49:26,175 {\an8}BRIAN KAGWA ANAK YANG DISAYANGI 625 00:49:29,219 --> 00:49:30,804 Apa awak cakap? 626 00:49:31,471 --> 00:49:32,472 Tiada apa-apa. 627 00:49:32,973 --> 00:49:34,683 Para dewa akan ambil haknya. 628 00:49:35,225 --> 00:49:37,269 Awak akan dapati diri awak disumbat dalam beg pakaian 629 00:49:37,269 --> 00:49:38,604 di dasar sungai. 630 00:49:45,611 --> 00:49:46,945 Kemudian, Lillian sedar. 631 00:49:47,613 --> 00:49:51,742 Jawapan untuk masalahnya memang berada di bilik ini selama ini. 632 00:49:53,035 --> 00:49:54,661 Dia tak perlu buat pengakuan. 633 00:49:55,621 --> 00:49:57,372 Dia tak perlu hubungi polis. 634 00:49:58,624 --> 00:50:00,542 Dia tak perlu beritahu Apollo. 635 00:50:01,126 --> 00:50:04,338 Dia boleh selesaikannya sendiri. 636 00:50:04,338 --> 00:50:06,381 Saya tahu apa awak buat, Lillian. Saya tahu! 637 00:50:06,381 --> 00:50:07,633 Diam! 638 00:50:07,633 --> 00:50:09,635 Awak takkan menang, tak guna! 639 00:50:12,429 --> 00:50:13,680 Lillian sedar 640 00:50:15,015 --> 00:50:19,561 tiada sesiapa di dunia ini patut tahu. 641 00:50:19,561 --> 00:50:20,771 Selamanya. 642 00:50:21,647 --> 00:50:24,942 Dia akan buat dengan berhati-hati, teliti. 643 00:50:26,068 --> 00:50:27,778 Dia putuskan untuk berjaya, 644 00:50:28,987 --> 00:50:32,533 dan sangat berjaya. 645 00:50:35,953 --> 00:50:37,996 Tapi untuk semua kata-katanya, 646 00:50:37,996 --> 00:50:44,628 tiada sesiapa peduli sama ada Brian hidup atau mati. 647 00:50:50,843 --> 00:50:52,928 Tiada apa kita takkan buat... 648 00:50:52,928 --> 00:50:54,763 Untuk orang tersayang. 649 00:51:01,228 --> 00:51:05,524 Lillian teringat janji lama. 650 00:51:07,025 --> 00:51:08,777 Janji yang dia lupa dia pernah buat. 651 00:51:12,656 --> 00:51:15,158 Saya takkan biarkan apa-apa berlaku kepada awak. 652 00:51:17,995 --> 00:51:21,790 Saya akan lindungi awak dengan nafas dan jiwa saya. 653 00:51:23,333 --> 00:51:25,252 Dengan setiap molekul. 654 00:51:44,271 --> 00:51:45,898 Dia tepati janji itu. 655 00:51:49,151 --> 00:51:51,737 Dia jadi ibu yang dia berikrar untuk jadi. 656 00:51:55,032 --> 00:51:58,619 Lihatlah, matahari dah terbit. 657 00:52:01,288 --> 00:52:03,081 Masa untuk hidupkan lampu semula. 658 00:53:45,976 --> 00:53:48,270 JIKA ANDA MENCARI PETANDA INILAH DIA. 659 00:53:54,026 --> 00:53:58,113 Akhirnya Lillian boleh percaya yang semuanya akan jadi lebih baik 660 00:53:58,113 --> 00:54:02,618 berbanding sejak hari pertama dia jejakkan kaki di tanah negara ini. 661 00:54:03,202 --> 00:54:06,163 Dia rasa dia orang Amerika. 662 00:55:14,815 --> 00:55:17,818 {\an8}Kisah dongeng ini bermula pada 1968 semasa mogok sampah. 663 00:55:17,818 --> 00:55:20,404 {\an8}Pada Februari, pekerja pembersihan Banda Raya New York 664 00:55:20,404 --> 00:55:22,990 {\an8}enggan mengutip sampah selama lapan hari berturut-turut. 665 00:55:22,990 --> 00:55:26,076 {\an8}Seratus ribu tan sampah memenuhi kaki lima, 666 00:55:26,076 --> 00:55:27,661 {\an8}bertaburan di jalanan. 667 00:55:27,661 --> 00:55:29,746 {\an8}Tikus berlari bersama-sama pelari waktu pagi. 668 00:55:29,746 --> 00:55:31,331 {\an8}Kebakaran sampah memenuhi ruang udara. 669 00:55:31,331 --> 00:55:34,418 {\an8}Lima wilayah perbandaran berputus asa untuk yang telah mati... - V 670 00:56:01,778 --> 00:56:05,282 Lebih tepat untuk cakap yang anak sulung Lillian... 671 00:56:05,282 --> 00:56:06,533 dan satu-satunya anaknya... 672 00:56:07,284 --> 00:56:10,913 dilahirkan pada keindahan tahun 1977. 673 00:56:16,084 --> 00:56:20,088 Di Amerika, kita menulis semula sejarah dengan memadamnya. 674 00:56:25,928 --> 00:56:27,930 Tapi sejarah takkan kekal lenyap, 675 00:56:29,014 --> 00:56:30,724 perjanjian tak boleh dibatalkan, 676 00:56:32,017 --> 00:56:33,852 dan para dewa akan ambil haknya. 677 00:57:27,072 --> 00:57:29,074 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid