1 00:00:17,392 --> 00:00:19,602 Sebelum ini dalam The Dragon Prince… 2 00:00:20,145 --> 00:00:23,231 Itu dia. Pencakar Bintang. 3 00:00:23,982 --> 00:00:27,652 Kami cuma tanggalkan semasa malam tanpa bulan 4 00:00:27,736 --> 00:00:31,489 agar cahaya bintang saja boleh kena mata kami. 5 00:00:31,573 --> 00:00:33,658 Tapi malam tanpa bulan dah berkurun tak berlaku. 6 00:00:33,742 --> 00:00:37,704 Pada setiap malam tanpa bulan, ribut salji mengganas di kayangan. 7 00:00:38,496 --> 00:00:42,333 Ribut ini disebabkan oleh raksasa ais yang marah. 8 00:00:42,417 --> 00:00:44,419 Menurut ramalan Mata Kekal, 9 00:00:44,502 --> 00:00:48,006 "Pahlawan dan penyihir akan menikam jantung raksasa itu 10 00:00:48,089 --> 00:00:50,133 dan meluluh ancamannya." 11 00:00:50,216 --> 00:00:52,969 Ayah perlu hadapi kebenaran 12 00:00:53,595 --> 00:00:55,055 di Katolis. 13 00:00:55,138 --> 00:00:56,639 Dia kembali, Soren. 14 00:00:57,348 --> 00:00:59,601 Ayah kamu ada di sini. 15 00:00:59,684 --> 00:01:01,770 Di dalam kurungan bawah tanah. 16 00:01:59,244 --> 00:02:04,082 BUKU 6 - BINTANG BAB 5 - MALAM TANPA BULAN 17 00:02:15,593 --> 00:02:19,305 Berehatlah Dua Terpilih untuk penuhi ramalan itu. 18 00:02:19,389 --> 00:02:24,686 - Memburu raksasa dalam ribut ais. - Serta lawan tanpa dibaham. 19 00:02:26,146 --> 00:02:28,398 Mahu apa lagi, Dua Terpilih? 20 00:02:28,481 --> 00:02:33,903 - Haiwan kesayangan terpilih? - Tidak. Dua Terpilih ini akan berehat. 21 00:02:37,365 --> 00:02:39,909 - Kamu pasti? - Terima kasih. 22 00:02:41,327 --> 00:02:44,205 Menyelinap sekarang atau pagi nanti? 23 00:02:44,289 --> 00:02:45,540 Kata Tok Ketua, 24 00:02:45,623 --> 00:02:49,794 "Dua Terpilih akan merebut kayangan. Langit akan mengganjari mereka"? 25 00:02:49,878 --> 00:02:51,462 Awak tahu maksudnya? 26 00:02:51,546 --> 00:02:55,008 Awak masih fikirkan ramalan mengarut itu? 27 00:02:55,091 --> 00:02:58,261 Kita bukan Dua Terpilih. Kita tipu. 28 00:02:58,344 --> 00:03:00,680 Mungkin bukan Dua Terpilih, 29 00:03:00,763 --> 00:03:03,892 tapi andai kita berdua masih penting? 30 00:03:03,975 --> 00:03:08,438 Dua yang berguna? Dua yang sedang-sedang saja? 31 00:03:08,521 --> 00:03:10,481 Awak masih fikirkannya? 32 00:03:11,316 --> 00:03:12,358 Fikirkanlah. 33 00:03:12,442 --> 00:03:15,737 "Pahlawan dan penyihir akan menikam jantung raksasa 34 00:03:15,820 --> 00:03:17,572 dan meluluh ancamannya." 35 00:03:17,655 --> 00:03:21,201 Mungkin kita boleh usahakan sesuatu tentangnya. 36 00:03:28,875 --> 00:03:31,711 Helo! Pengawal Mahkota lapor diri. 37 00:03:31,794 --> 00:03:34,714 Tuanku mahu apa-apa sebelum beradu? 38 00:03:34,797 --> 00:03:36,758 Perjalanan esok jauh. 39 00:03:36,841 --> 00:03:41,971 Beta okey, Soren. Beta cuma teruja untuk walimah Mak Cik Amaya. 40 00:03:42,055 --> 00:03:46,643 Tapi bolehkah beta tinggalkan Katolis? Banyak yang berlaku. 41 00:03:46,726 --> 00:03:50,605 Callum dan Rayla belum balik, beta risaukan Zubeia 42 00:03:50,688 --> 00:03:53,942 dan ada seperkara lagi. 43 00:03:54,525 --> 00:03:55,485 Banduan itu. 44 00:03:56,694 --> 00:04:00,073 Usah tuanku khuatiri Viren. 45 00:04:00,156 --> 00:04:01,699 Semuanya akan okey. 46 00:04:01,783 --> 00:04:06,037 Berseronoklah di majlis itu, dan berikan Amaya ini. 47 00:04:08,373 --> 00:04:10,458 Beri apa? 48 00:04:10,541 --> 00:04:11,793 Salah satu… 49 00:04:13,336 --> 00:04:15,755 Laga buku lima? Daripada patik? 50 00:04:15,838 --> 00:04:19,008 Takkanlah patik nak tumbuk raja pula? 51 00:04:19,092 --> 00:04:21,636 Beta laga buku lima untuk kamu. 52 00:04:22,303 --> 00:04:23,471 Serta pelukan. 53 00:04:27,809 --> 00:04:30,311 - Selamat malam. - Selamat malam. 54 00:04:46,244 --> 00:04:47,161 Soren. 55 00:04:48,913 --> 00:04:50,999 Soren, anak ayah… 56 00:04:51,916 --> 00:04:53,167 Kamukah itu? 57 00:04:59,549 --> 00:05:01,175 Perlu apa-apa lagi? 58 00:05:02,176 --> 00:05:05,930 Soren, banyak yang dah terjadi. 59 00:05:06,514 --> 00:05:07,473 Banyak yang… 60 00:05:08,474 --> 00:05:10,810 ayah ingin beritahu kamu. 61 00:05:10,893 --> 00:05:13,646 - Cuma ayah tak tahu… - Dah selesai. 62 00:05:14,480 --> 00:05:16,941 Soren, tunggu. 63 00:05:17,025 --> 00:05:18,151 Soren! 64 00:05:19,736 --> 00:05:25,241 Kita kalahkan raksasa yang mengancam orang bunian selama bergenerasi 65 00:05:25,325 --> 00:05:27,118 dan rebut kayangan. 66 00:05:27,201 --> 00:05:31,831 Tak habis-habis raksasa. Kita tak tahu apa-apa tentangnya. 67 00:05:31,914 --> 00:05:36,878 Saya juga terkejut awak mudah percaya ramalan mengarut, Callum. 68 00:05:36,961 --> 00:05:39,964 Dah lupa "Kita menulis takdir sendiri"? 69 00:05:41,966 --> 00:05:44,761 Ada sebab saya rasa kita boleh buat. 70 00:05:44,844 --> 00:05:48,348 Ingat rune pematah jampi ais Finnegrin? 71 00:05:48,431 --> 00:05:55,021 Jika ia mencairkan ais dalam darah, ia boleh mencairkan ais di luar, bukan? 72 00:05:59,150 --> 00:06:00,818 Terminus ad glacium! 73 00:06:03,029 --> 00:06:05,740 Apa? Rune yang salahkah? 74 00:06:05,823 --> 00:06:08,951 Garis, garis, sempang beralun. 75 00:06:09,035 --> 00:06:10,578 Terminus ad glacium! 76 00:06:13,790 --> 00:06:16,542 Saya tak faham. Kenapa tak menjadi? 77 00:06:19,670 --> 00:06:20,880 Tak apa. 78 00:06:20,963 --> 00:06:22,673 Tak apa, si kecil. 79 00:06:24,467 --> 00:06:27,178 Idea yang bagus, tapi tak berhasil. 80 00:06:27,261 --> 00:06:29,472 Tidur dulu. Esok kita balik. 81 00:06:33,351 --> 00:06:37,605 Walaupun langit gelap malam ini 82 00:06:37,688 --> 00:06:41,901 Aku masih bersinar untukmu, sayang 83 00:06:42,527 --> 00:06:47,115 Bulan bukan sekadar cahayanya 84 00:06:47,824 --> 00:06:52,203 Aku berada dekat, cintaku di sini 85 00:07:05,925 --> 00:07:07,009 Terima kasih. 86 00:07:08,219 --> 00:07:11,139 Kenapa kamu di sini, Soren? 87 00:07:12,390 --> 00:07:16,602 Kamu Pengawal Mahkota. Suruh orang beri banduan makan. 88 00:07:17,603 --> 00:07:20,773 Melainkan kamu mencari sesuatu di sini. 89 00:07:20,857 --> 00:07:26,904 - Kamu nak bercakap dengan ayah? - Saya cuma nak lihat ayah menderita. 90 00:07:28,531 --> 00:07:32,994 Ayah dingin terhadap kamu semasa berjumpa di Hutan Drake. 91 00:07:33,703 --> 00:07:37,415 Seorang ayah tak patut layan anaknya begitu. 92 00:07:38,624 --> 00:07:44,005 Tapi sebagai bapa, ayah dah banyak berdosa, betul tak? 93 00:07:44,797 --> 00:07:48,217 Ayah kejam terhadap kamu. 94 00:07:49,385 --> 00:07:50,636 Serta adik kamu. 95 00:07:50,720 --> 00:07:52,638 Ayah dah tengok Claudia 96 00:07:52,722 --> 00:07:57,393 meniti jalan yang gelap, Soren. 97 00:07:57,477 --> 00:08:00,313 Ayahlah puncanya. 98 00:08:00,396 --> 00:08:02,023 Akhirnya ayah sedar. 99 00:08:02,815 --> 00:08:06,611 Tapi dengan mata yang terbuka, ayah juga nampak 100 00:08:07,737 --> 00:08:09,071 kamu. 101 00:08:09,155 --> 00:08:11,365 Ayah nampak kamu, Soren. 102 00:08:11,449 --> 00:08:15,703 Kamu dah besar. Kamu sangat kuat dan berhati tulus. 103 00:08:15,786 --> 00:08:17,455 Kamu baik hati. 104 00:08:18,080 --> 00:08:22,710 Entah bagaimana, kamu temukan jalan yang betul, 105 00:08:22,793 --> 00:08:25,296 walaupun ayah sendiri terpesong. 106 00:08:27,089 --> 00:08:29,008 Ayah bangga dengan kamu. 107 00:08:29,091 --> 00:08:31,636 - Apa ayah cuba buat? - Soren… 108 00:08:31,719 --> 00:08:32,637 Tidak! 109 00:08:32,720 --> 00:08:35,181 Berhenti! Hentikannya! 110 00:08:35,264 --> 00:08:37,767 Saya tahu ayah siapa! 111 00:08:37,850 --> 00:08:39,143 Ayah berbahaya! 112 00:08:39,894 --> 00:08:42,855 Semua kata-kata ayah dusta! 113 00:08:42,939 --> 00:08:46,609 Saya takkan benarkan ayah pesongkan saya lagi. 114 00:08:46,692 --> 00:08:49,362 Nak, ayah tak menipu. Tolonglah… 115 00:09:16,430 --> 00:09:18,808 Selamat pagi. 116 00:09:18,891 --> 00:09:22,728 Mana awak dapat bongkah ais yang besar itu? 117 00:09:22,812 --> 00:09:26,274 Jangan risau. Jampi itu sepatutnya berkesan. 118 00:09:26,357 --> 00:09:29,944 Puas saya fikir semalaman. Akhirnya saya tahu. 119 00:09:30,027 --> 00:09:32,697 Jawapannya ada dalam ramalan itu. 120 00:09:32,780 --> 00:09:36,784 "Dua Terpilih akan menikam jantung raksasa itu." 121 00:09:37,451 --> 00:09:39,829 - Serta? - Pinjam pedang awak. 122 00:09:43,499 --> 00:09:45,376 Jangan risau. Saya reti… 123 00:09:47,295 --> 00:09:49,630 Hebat. Masih tak kudung. 124 00:09:49,714 --> 00:09:51,340 Okey, tengok saja. 125 00:09:51,424 --> 00:09:54,468 Garis, garis, sempang beralun. 126 00:09:56,596 --> 00:09:58,556 Terminus ad glacium. 127 00:10:02,101 --> 00:10:04,312 Saya lebih suka ia beku. 128 00:10:04,395 --> 00:10:05,771 Nampak? 129 00:10:05,855 --> 00:10:10,067 "Dua Terpilih menikam jantung raksasa dan meluluh ancamannya." 130 00:10:10,151 --> 00:10:12,445 Raksasa itu berjantung ais. 131 00:10:12,528 --> 00:10:16,824 Saya tulis rune di jantungnya, kemudian cairkannya dengan jampi. 132 00:10:17,908 --> 00:10:20,161 Sebab itu kita kena buat. 133 00:10:20,244 --> 00:10:22,580 Pahlawan dan penyihir. 134 00:10:22,663 --> 00:10:24,707 Kita akan penuhi ramalan itu! 135 00:10:25,207 --> 00:10:27,835 Sebaik saya jumpa stoking kering. 136 00:10:35,134 --> 00:10:38,721 Awak ukir garis, garis, sempang beralun. 137 00:10:38,804 --> 00:10:42,892 - Garis, garis… - Sempang beralun. Yalah. 138 00:11:21,305 --> 00:11:23,849 Tengok! Pasti itu jantungnya! 139 00:11:23,933 --> 00:11:27,061 Panjat ke sana dan ukir simbol itu. 140 00:11:27,144 --> 00:11:28,354 Oh, itu saja? 141 00:11:28,437 --> 00:11:32,650 Panjat dan ukir garis, garis, sempang beralun? 142 00:11:32,733 --> 00:11:34,360 Ya, itu saja! 143 00:11:43,536 --> 00:11:45,204 Fulminis ruina! 144 00:11:50,668 --> 00:11:51,669 Rayla, pergi! 145 00:12:16,944 --> 00:12:18,654 Vento tempestas! 146 00:12:47,308 --> 00:12:50,186 Alamak. Ini… 147 00:12:50,269 --> 00:12:53,147 Tunggu apa lagi? Ukir rune, Rayla! 148 00:13:06,702 --> 00:13:07,953 Levare ventum. 149 00:13:16,420 --> 00:13:18,756 Apa dah jadi? Sikit lagi. 150 00:13:18,839 --> 00:13:22,051 Tikam jantung dan luluh ancamannya. 151 00:13:22,134 --> 00:13:26,138 Callum, ia bukan ancaman, ia haiwan peliharaan. 152 00:13:42,196 --> 00:13:45,908 Soren, maaf tentang sebelum ini. Ayah… 153 00:13:46,492 --> 00:13:51,080 Banyak yang ayah nak cakap, tapi kata-kata ayah berserabut… 154 00:13:51,163 --> 00:13:53,249 Ayah cuma nak cakap… 155 00:14:04,051 --> 00:14:05,469 Dengar, Callum. 156 00:14:05,553 --> 00:14:09,014 Raksasa itu bukan makhluk yang bengis. 157 00:14:09,098 --> 00:14:12,768 Ia sunyi dan rindukan tuannya. 158 00:14:12,852 --> 00:14:14,562 Gila! Lihat, Rayla! 159 00:14:21,402 --> 00:14:24,154 Jika ia tak mati, kita yang mati. 160 00:14:24,238 --> 00:14:27,616 Nampak gila, tapi saya tahu ia benar. 161 00:14:27,700 --> 00:14:30,286 Saya yakin. Percayalah. 162 00:14:41,255 --> 00:14:43,257 Saya tak nak sakiti awak. 163 00:14:43,340 --> 00:14:45,092 Awak dalam kesakitan. 164 00:14:50,431 --> 00:14:54,435 Walaupun langit gelap malam ini 165 00:14:55,227 --> 00:14:59,607 Aku masih bersinar untukmu, sayang 166 00:15:00,232 --> 00:15:04,403 Bulan bukan sekadar cahayanya 167 00:15:04,486 --> 00:15:08,824 Aku berada dekat, cintaku di sini 168 00:15:10,367 --> 00:15:15,039 Walaupun kau dirundung kesepian 169 00:15:15,706 --> 00:15:19,752 Oh, sayang, usah takut 170 00:15:20,336 --> 00:15:24,798 Percayalah apa yang kau sentiasa tahu 171 00:15:25,549 --> 00:15:29,428 Aku berada dekat, cintaku di sini 172 00:15:33,974 --> 00:15:38,437 Walaupun wajahku tak dapat dilihat 173 00:15:38,520 --> 00:15:42,650 Jawapannya jelas dalam hatimu 174 00:15:46,195 --> 00:15:50,908 Aku bulan, ratu perak 175 00:15:52,409 --> 00:15:56,914 Aku berada dekat, cintaku di sini 176 00:15:58,374 --> 00:15:59,959 Saya kenal awak. 177 00:16:00,751 --> 00:16:02,044 Esmery. 178 00:16:08,092 --> 00:16:10,260 Saya ingat kisah itu. 179 00:16:10,344 --> 00:16:14,598 Penghulu naga Luna Tenebris ada teman setia. 180 00:16:14,682 --> 00:16:16,850 Itu awak, ya tak ya, Esmery? 181 00:16:20,521 --> 00:16:24,525 Apabila dia hilang, dia tinggalkan awak seorang diri. 182 00:16:25,275 --> 00:16:26,568 Dalam kesakitan. 183 00:16:28,570 --> 00:16:32,199 Awak paling rindukan dia saat malam tanpa bulan. 184 00:16:32,282 --> 00:16:36,161 Ribut itu bukan kemarahan, tapi kesedihan awak. 185 00:16:36,245 --> 00:16:37,621 Kesunyian awak. 186 00:16:44,169 --> 00:16:47,506 Opal bulan? Bila masa awak bawa? 187 00:16:50,342 --> 00:16:52,302 Saya faham perasaan awak. 188 00:16:52,386 --> 00:16:56,181 Saya juga kehilangan orang tersayang. 189 00:16:56,265 --> 00:16:59,059 Orang yang saya amat rindui. 190 00:16:59,143 --> 00:17:03,439 Tapi saya juga tahu walaupun orang tersayang dah tiada, 191 00:17:03,522 --> 00:17:05,524 mereka tak pergi begitu saja. 192 00:17:14,616 --> 00:17:18,037 Cinta Luna bersama awak walaupun tanpa Bulan. 193 00:17:27,296 --> 00:17:29,882 Syabas, Rayla. Saya dah faham. 194 00:17:29,965 --> 00:17:34,511 Kebaikan awak menikam hatinya dan menghentikan ancamannya. 195 00:17:42,936 --> 00:17:45,856 Kalian dengar tak? 196 00:17:47,858 --> 00:17:48,734 Dengar apa? 197 00:17:48,817 --> 00:17:50,277 Keheningan. 198 00:17:50,360 --> 00:17:53,697 Ribut telah berakhir. Langit cerah. 199 00:17:54,865 --> 00:17:57,409 Kamu dah kembalikan bintang kami. 200 00:18:09,505 --> 00:18:14,551 Sekarang, seperti yang dijanjikan, kayangan akan mengganjari kamu. 201 00:18:16,929 --> 00:18:18,305 Apa ini? 202 00:18:18,388 --> 00:18:20,265 Itu Korona Kayangan. 203 00:18:20,349 --> 00:18:23,018 - Itu… - Berlian Kuasar! 204 00:18:23,602 --> 00:18:26,230 Ia boleh kembalikan keluarga awak. 205 00:18:38,367 --> 00:18:39,785 Awak tahu. 206 00:18:39,868 --> 00:18:42,037 Awak tahu ini ganjarannya. 207 00:18:44,331 --> 00:18:45,874 Kenapa rahsiakannya? 208 00:18:45,958 --> 00:18:47,459 Saya kenal awak. 209 00:18:47,543 --> 00:18:52,214 Kalau awak tahu, awak takkan ikut saya demi kepentingan diri. 210 00:18:52,297 --> 00:18:55,926 Jadi saya nak buat sesuatu untuk awak. 211 00:18:56,009 --> 00:18:57,386 Lebih kuranglah. 212 00:19:00,180 --> 00:19:03,433 Saya patut beritahu, tapi janganlah marah… 213 00:19:10,482 --> 00:19:14,736 Kami akan naik ke puncak dan saksikan malam tanpa bulan. 214 00:19:31,670 --> 00:19:35,465 Sudah lama kita tidak menyaksikan bintang. 215 00:19:35,549 --> 00:19:40,554 Saya masih kecil ketika kali terakhir melihat cahaya sebenar kayangan. 216 00:19:41,054 --> 00:19:44,683 Sekarang, mata kita akhirnya akan terbuka. 217 00:20:27,643 --> 00:20:29,478 Itu pun abang saya. 218 00:20:29,561 --> 00:20:31,521 Astrid, kamu cantik. 219 00:20:31,605 --> 00:20:33,398 Jangan terkejut sangat. 220 00:20:33,482 --> 00:20:35,567 Abang boleh nampak kamu. 221 00:20:35,651 --> 00:20:37,611 Abang benar-benar nampak… 222 00:20:43,742 --> 00:20:45,369 Aku nampak segalanya. 223 00:20:46,912 --> 00:20:50,874 Aku nampak seribu bintang, seribu mata. 224 00:20:52,334 --> 00:20:55,462 - Kenapa? - Bintang telah menyentuhnya. 225 00:20:55,545 --> 00:20:57,714 Dia menjadi Mata Kekal. 226 00:21:00,050 --> 00:21:04,805 Cakerawala maha besar, di dalamnya kita penghuni kerdil. 227 00:21:07,683 --> 00:21:08,642 Astrid. 228 00:21:08,725 --> 00:21:12,771 Bintangmu yang lama terhijab kini menerangi langit. 229 00:21:12,854 --> 00:21:15,274 Kamu menjadi dirimu yang azali. 230 00:21:16,149 --> 00:21:19,695 Bintang saya jelas walaupun orang tak nampak. 231 00:21:19,778 --> 00:21:21,738 Saya kenal diri saya. 232 00:21:23,115 --> 00:21:26,410 Puteri Bulan, bintang awak seindah hati awak. 233 00:21:26,493 --> 00:21:31,081 Kemurahan hati awak mendamaikan gelora lautan masa. 234 00:21:31,164 --> 00:21:32,958 Gelora yang belum reda. 235 00:21:33,041 --> 00:21:35,002 Terima kasih. 236 00:21:36,545 --> 00:21:40,132 Tapi awak, bintang awak… 237 00:21:40,757 --> 00:21:44,553 Apa? Beritahu saya. Apa yang awak nampak? 238 00:21:47,389 --> 00:21:48,432 Kegelapan. 239 00:22:05,157 --> 00:22:06,283 Apa? 240 00:22:07,617 --> 00:22:09,286 Soren. 241 00:22:09,369 --> 00:22:11,830 Aduhai, nak. Kamu rupanya. 242 00:22:17,002 --> 00:22:19,546 Kamu tak perlu ampuni ayah. 243 00:22:19,629 --> 00:22:21,798 Ayah bukan kembali 244 00:22:21,882 --> 00:22:27,137 untuk menebus dosa atau menagih belas kasihan. 245 00:22:28,013 --> 00:22:30,015 Ayah sedar ayah tak layak. 246 00:22:31,058 --> 00:22:32,392 Tapi, Soren… 247 00:22:33,727 --> 00:22:36,563 Ketahuilah ayah menyesali dosa ayah. 248 00:22:36,646 --> 00:22:40,525 Ayah nak kamu tahu bahawa kesakitan yang kamu rasa, 249 00:22:41,401 --> 00:22:43,653 kesakitan yang ayah sebabkan, 250 00:22:44,738 --> 00:22:46,782 bukan salah kamu. 251 00:22:47,449 --> 00:22:49,701 Ia bukan sesekali salah kamu. 252 00:22:51,787 --> 00:22:55,415 Jika kamu tak boleh terima sekarang, Soren… 253 00:22:57,793 --> 00:23:00,045 simpanlah kata-kata ayah ini 254 00:23:00,921 --> 00:23:02,172 untuk masa depan 255 00:23:03,757 --> 00:23:05,842 apabila kamu memerlukannya. 256 00:23:20,357 --> 00:23:22,818 Mak. Ayah. 257 00:23:22,901 --> 00:23:27,823 Runaan. Saya sayangkan kalian dan tak pernah lupakan kalian. 258 00:23:27,906 --> 00:23:32,744 Saya boleh selamatkan kalian dan kotakan janji suci saya. 259 00:23:32,828 --> 00:23:36,081 Tunggu sedikit masa lagi, okey? 260 00:23:53,306 --> 00:23:55,684 Penyihir manusia 261 00:23:55,767 --> 00:23:58,770 yang sudah dicemari kegelapan 262 00:23:58,854 --> 00:24:02,816 dan ditakdirkan untuk mengikut telunjuk aku. 263 00:24:11,241 --> 00:24:13,493 Aku tak takut dengan kau. 264 00:24:14,453 --> 00:24:17,247 Kau tak boleh gunakan aku lagi. 265 00:24:17,330 --> 00:24:18,999 Aku tak lagi terikat! 266 00:24:19,082 --> 00:24:21,168 Kau tak boleh gunakan aku. 267 00:24:21,960 --> 00:24:25,255 Kau takkan boleh gunakan aku lagi! 268 00:25:08,298 --> 00:25:12,636 Terjemahan sari kata oleh Jentayu