1 00:00:05,040 --> 00:00:08,400 EPISOD BERIKUT MENGANDUNGI GAMBARAN GRAFIK KEGANASAN SEKSUAL 2 00:00:08,480 --> 00:00:10,400 YANG MUNGKIN MEMBUAT SESETENGAH PENONTON TIDAK SELESA. 3 00:00:10,480 --> 00:00:11,960 BUDI BICARA PENONTON DINASIHATKAN. 4 00:00:20,840 --> 00:00:24,560 SIRI ASLI NETFLIX 5 00:00:28,840 --> 00:00:33,560 Semua orang kata persahabatan sesuatu yang berharga. 6 00:00:34,640 --> 00:00:39,240 Ia lebih berharga apabila persahabatan itu merentasi darjat. 7 00:00:41,320 --> 00:00:46,560 Tapi apakah nilai persahabatan? 8 00:02:17,240 --> 00:02:22,200 YURI 9 00:02:24,440 --> 00:02:29,760 3 BULAN LALU 10 00:03:32,880 --> 00:03:33,800 Mari. 11 00:03:44,800 --> 00:03:46,120 Yuri, sini. 12 00:03:46,200 --> 00:03:49,720 Buang saja beg lama itu. Awak tak nampakkah ia dah buruk? 13 00:03:51,920 --> 00:03:56,040 Saya tak boleh terima. Semalam awak dah belikan saya aiskrim. 14 00:03:56,600 --> 00:03:59,800 Bukan perkara besar pun. Beg awak buruk sangat. 15 00:03:59,880 --> 00:04:01,400 Ambil saja beg ini. 16 00:04:03,840 --> 00:04:05,600 Ini demi persahabatan kita. 17 00:04:14,760 --> 00:04:17,280 Kenapa Nana dan Tubtim tak berkawan dengan budak kaya? 18 00:04:17,360 --> 00:04:21,640 Yuri tak rasa macam pengemis dapat beg percuma daripada mereka? 19 00:04:21,720 --> 00:04:24,760 Saya tahu. Saya malu nak hidup dengan kebajikan kawan macam itu. 20 00:04:28,880 --> 00:04:30,520 Berani awak cakap begitu? 21 00:04:30,600 --> 00:04:32,280 Minta maaf kepada Yuri sekarang. 22 00:04:35,400 --> 00:04:38,080 Yuri, kalau awak dengar orang cakap begitu lagi, 23 00:04:38,720 --> 00:04:39,760 beritahu kami. 24 00:04:40,400 --> 00:04:42,240 Mereka memang busuk hati. 25 00:05:23,120 --> 00:05:24,160 Maafkan saya. 26 00:05:25,200 --> 00:05:27,560 Saya dan kawan-kawan saya selalu duduk di sini. 27 00:05:29,960 --> 00:05:34,360 Satu, dua, tiga, empat. 28 00:05:35,080 --> 00:05:38,920 Satu, dua, tiga. 29 00:05:39,000 --> 00:05:40,280 Masih ada satu tempat. 30 00:05:40,360 --> 00:05:42,880 Kami bertiga perlukan semua ruang ketika duduk di sini. 31 00:05:42,960 --> 00:05:45,120 Semua ruang? Apa maksud awak? 32 00:05:46,320 --> 00:05:48,240 Nana dan Tubtim perlukan ruang untuk beg. 33 00:05:49,120 --> 00:05:52,440 Begitu. Malang. 34 00:05:54,120 --> 00:05:58,040 Jadi di mana budak baharu seperti saya akan duduk? Tiada tempat duduk lagi. 35 00:05:58,120 --> 00:05:59,720 Ada tempat. 36 00:06:01,480 --> 00:06:02,600 Bukan untuk saya. 37 00:06:02,680 --> 00:06:06,280 Tiada siapa mahu budak baharu macam saya dalam kumpulan mereka. 38 00:06:07,120 --> 00:06:10,080 Tapi kamu bertiga tak sama macam mereka. 39 00:06:10,720 --> 00:06:15,400 Nampaknya persahabatan kamu bukan tentang duit atau darjat 40 00:06:15,480 --> 00:06:17,600 dan kamu mungkin tak kisah dengan muka baharu. 41 00:06:18,200 --> 00:06:19,080 Betul tak? 42 00:06:37,320 --> 00:06:40,120 Nanno, awak pelajar baharu di sini? 43 00:06:40,680 --> 00:06:41,520 Ya. 44 00:06:42,040 --> 00:06:45,520 Saya pelajar baharu. Selamat berkenalan. 45 00:06:47,720 --> 00:06:49,600 Awak patut tahu 46 00:06:49,680 --> 00:06:53,440 kami jarang benarkan orang sembarangan masuk kumpulan kami. 47 00:06:54,680 --> 00:06:56,360 Tapi nampaknya awak baharu di sini, 48 00:06:57,200 --> 00:07:00,280 kami akan beri awak peluang. Macam mana? 49 00:07:01,560 --> 00:07:03,200 Kalau nak masuk kumpulan kami, 50 00:07:03,280 --> 00:07:06,240 awak perlu tunjukkan awak seorang kawan sejati. 51 00:07:07,120 --> 00:07:10,840 Kawan sejati? Saya faham maksudnya. 52 00:07:11,600 --> 00:07:16,880 Tunjuklah yang kita bersepakat tentang apa maksud kawan sejati. 53 00:07:19,000 --> 00:07:21,200 Sudah tentu, kawan. 54 00:07:58,840 --> 00:08:01,760 Nana, saya ada helaian elat. 55 00:08:21,960 --> 00:08:24,480 Awak tak patut buat begitu lagi. 56 00:08:25,080 --> 00:08:27,360 Kita tak buat benda-benda begitu. 57 00:08:28,440 --> 00:08:33,520 Saya fikir kawan sejati sepatutnya saling membantu dalam semua perkara. 58 00:08:33,600 --> 00:08:35,400 Awak hampir timbulkan masalah untuk kita. 59 00:08:36,800 --> 00:08:37,720 Betul. 60 00:08:38,360 --> 00:08:39,600 Saya faham. 61 00:08:42,039 --> 00:08:43,679 Saya dah lapar. 62 00:08:44,880 --> 00:08:47,120 Tangan saya sakit kerana warnakan semua jawapan. 63 00:08:47,200 --> 00:08:50,840 Saya tahu. Tangan saya sakit. Saya letih sangat. 64 00:08:53,720 --> 00:08:56,440 Kamu berdua nak makan apa? Saya boleh belikan untuk awak. 65 00:08:57,000 --> 00:08:58,880 - Saya nak nasi ayam Hainan. - Saya juga. 66 00:09:00,720 --> 00:09:03,440 Nah. Ambil duit ini. Saya belanja. 67 00:09:07,920 --> 00:09:08,760 Terima kasih. 68 00:09:16,600 --> 00:09:19,520 NASI AYAM 69 00:09:31,000 --> 00:09:32,000 Yuri. 70 00:09:32,560 --> 00:09:34,600 Saya nak sos yang sama macam Tubtim. 71 00:09:36,320 --> 00:09:37,760 Okey. Saya ambil lagi satu. 72 00:09:37,840 --> 00:09:38,800 Terima kasih. 73 00:09:40,040 --> 00:09:43,480 Maafkan saya, Yuri. Kenapa sup saya tak ada labu? 74 00:09:45,840 --> 00:09:47,000 Saya ambil yang baharu. 75 00:09:48,520 --> 00:09:50,320 - Okey. Terima kasih. - Terima kasih. 76 00:09:59,880 --> 00:10:01,120 Akhirnya. 77 00:10:06,840 --> 00:10:09,400 Yuri, saya tak makan timun. 78 00:10:10,400 --> 00:10:11,600 Awak nak? 79 00:10:15,160 --> 00:10:17,000 Letak di atas pinggan saya. 80 00:10:18,800 --> 00:10:19,640 Ini dia. 81 00:10:21,680 --> 00:10:22,560 Ambil semua. 82 00:11:32,600 --> 00:11:35,800 Saya tak percaya dia masih berani datang ke sekolah. 83 00:11:35,880 --> 00:11:37,000 Kenapa? 84 00:11:37,600 --> 00:11:38,560 Itu Meen. 85 00:11:39,120 --> 00:11:40,920 Dia goda Tao, teman lelaki Nana. 86 00:11:41,960 --> 00:11:43,640 Yuri sangat marah bagi pihak saya, 87 00:11:44,200 --> 00:11:46,440 jadi Yuri cipta akaun tanpa nama untuk kutuk dia. 88 00:11:47,680 --> 00:11:49,000 Awak memang licik, Yuri. 89 00:11:50,640 --> 00:11:52,200 Meen nampak takut kepada kamu. 90 00:11:55,840 --> 00:11:57,600 Terima kasih banyak, Yuri. 91 00:11:58,320 --> 00:12:01,000 Saya tak tahu nak buat apa tanpa awak. 92 00:12:01,560 --> 00:12:04,240 Betul. Awak juga beri nota untuk peperiksaan. 93 00:12:04,320 --> 00:12:07,120 Yuri sangat pandai meramal soalan ujian. 94 00:12:07,600 --> 00:12:10,360 Bercakap tentang itu, mari kita semak jawapan kita. 95 00:12:10,440 --> 00:12:11,680 Satu, dua, tiga. 96 00:12:11,760 --> 00:12:13,120 - Tiga, empat, dua, - Tiga, empat, dua, 97 00:12:13,200 --> 00:12:16,080 - dua, satu, dua, tiga, satu, empat, satu. - dua, satu, dua, tiga, satu, empat, dua. 98 00:12:21,320 --> 00:12:23,360 Awak jawab "satu" untuk soalan terakhir? 99 00:12:23,440 --> 00:12:25,600 Saya pun jawab "satu". 100 00:12:35,000 --> 00:12:37,120 Saya harap saya boleh ubah jawapan saya. 101 00:12:52,720 --> 00:12:57,520 Tak ada masalah. Kawan sejati saling membantu dalam semua perkara. 102 00:12:57,600 --> 00:12:59,000 Biar saya tolong awak. 103 00:13:40,200 --> 00:13:43,520 Itu dah cukup untuk dapat tempat dalam kumpulan awak? 104 00:13:56,480 --> 00:13:58,000 Selamat jalan, kawan-kawan. 105 00:14:49,480 --> 00:14:53,280 Jadi idea awak untuk jadi kawan sejati ialah menjadi kuli? 106 00:14:54,320 --> 00:14:57,080 Apa maksud awak? Siapa kuli? 107 00:14:57,160 --> 00:14:58,600 Kita semua kawan. 108 00:14:58,680 --> 00:15:00,280 Seorang kawan 109 00:15:00,360 --> 00:15:02,840 yang buat segalanya untuk mereka 110 00:15:03,520 --> 00:15:05,600 dan beri mereka nota untuk peperiksaan. 111 00:15:05,680 --> 00:15:08,840 Seorang kawan yang mengutuk musuh mereka 112 00:15:08,920 --> 00:15:11,080 dan bantu mereka menipu dalam ujian 113 00:15:11,160 --> 00:15:15,400 untuk duit. Itu bukan kulikah? 114 00:15:18,440 --> 00:15:23,680 "Ini duit untuk tukar jawapan ujian saya. XOXO, Nana." 115 00:15:26,360 --> 00:15:28,000 Jangan buat-buat tak tahu, Yuri. 116 00:15:29,800 --> 00:15:33,480 Saya tahu awak pura-pura keberatan 117 00:15:34,080 --> 00:15:36,560 kerana awak mahu naikkan harga 118 00:15:37,360 --> 00:15:41,920 dan awak marah apabila saya tawarkan diri saya dulu. 119 00:15:58,920 --> 00:16:01,720 Jadi? Apa salahnya? 120 00:16:02,640 --> 00:16:06,880 Saya cuma buat kerja. Saya berlagak macam kuli dan biarkan mereka mengarah saya. 121 00:16:09,840 --> 00:16:13,080 Bukan senang nak cari kerja dengan gaji yang lumayan. 122 00:16:17,480 --> 00:16:19,400 Awak agak menarik, Yuri. 123 00:16:20,960 --> 00:16:22,680 Tiada apa yang menarik tentang saya. 124 00:16:24,600 --> 00:16:28,200 Beritahu saya dengan jujur. Penting sangatkah duit bagi awak? 125 00:16:39,320 --> 00:16:40,200 Ya. 126 00:17:07,760 --> 00:17:09,400 Saya dah balik. 127 00:17:12,560 --> 00:17:13,960 Saya Nanno, kawan Yuri. 128 00:17:14,560 --> 00:17:15,600 Helo. 129 00:17:16,319 --> 00:17:17,479 Harap saya tak mengganggu. 130 00:17:17,560 --> 00:17:21,080 Kamu berdua dah makan? Mak masak khinzir goreng dan selasih. 131 00:17:21,160 --> 00:17:22,360 Saya akan makan nanti. 132 00:17:24,680 --> 00:17:26,000 Saya beli telefon untuk mak. 133 00:17:28,640 --> 00:17:31,680 Bukankah ini mahal? Dari mana kamu dapat duit? 134 00:17:32,720 --> 00:17:35,080 Kawan-kawan saya bayar saya untuk ajar mereka. 135 00:17:39,360 --> 00:17:41,160 Marilah. Saya ajar cara menggunakannya. 136 00:17:42,360 --> 00:17:43,360 Nah. 137 00:17:44,480 --> 00:17:49,200 Tengok. Cantik tak? Ini model terkini. 138 00:17:49,280 --> 00:17:53,280 Sekarang mak boleh tengok ini daripada menonton TV saja. 139 00:17:53,800 --> 00:17:55,640 Mak takkan keseorangan masa saya tiada. 140 00:17:57,440 --> 00:17:59,560 Kawan-kawan kamu memang baik. 141 00:18:02,720 --> 00:18:06,200 Akhirnya kita dapat bergambar bersama. 142 00:18:08,360 --> 00:18:09,480 Macam mana nak buat? 143 00:18:09,560 --> 00:18:12,440 Nampak ikon kamera ini? 144 00:18:12,520 --> 00:18:14,520 Mak tekan saja. Senang. Kalau mak nak… 145 00:18:14,600 --> 00:18:16,600 Bukannya saya tak mahu kawan sejati. 146 00:18:19,760 --> 00:18:21,360 Tapi saya tinggal di sini. 147 00:18:22,920 --> 00:18:24,400 Keluarga saya miskin. 148 00:18:27,000 --> 00:18:28,200 Saya tak tahu cara lain 149 00:18:28,280 --> 00:18:30,400 nak hidup lebih selesa kalau saya tak buat begini. 150 00:18:33,920 --> 00:18:37,120 Bukankah ini tanggapan orang kaya terhadap orang miskin? 151 00:18:40,320 --> 00:18:42,520 Mereka layan orang miskin macam kes amal. 152 00:18:44,720 --> 00:18:46,240 Mereka campak saki-baki kepada kita 153 00:18:48,480 --> 00:18:50,760 supaya mereka nampak pemurah. 154 00:18:54,720 --> 00:18:57,760 Tapi mereka tak pernah terima kita sebagai seorang daripada mereka. 155 00:19:04,680 --> 00:19:07,080 Nana dan Tubtim macam orang kaya lain juga. 156 00:19:10,640 --> 00:19:16,520 Mereka buat saya fikir saya ada kawan yang boleh diharapkan. 157 00:19:23,320 --> 00:19:27,640 Saya pernah bayangkan bagaimana rasanya menjadi kaya satu hari nanti. 158 00:19:28,560 --> 00:19:30,160 Kalau saya jadi lebih kaya, 159 00:19:31,800 --> 00:19:34,080 saya akan layan mereka seperti mereka layan saya. 160 00:19:42,920 --> 00:19:48,560 Nah, Nana. Saya dah masukkan duit sebab awak bersihkan najis anjing saya. 161 00:19:50,880 --> 00:19:54,080 Nah, Tubtim. Saya belikan awak beg baharu. 162 00:19:54,160 --> 00:19:57,480 Saya tak tahan tengok awak bawa beg buruk itu. 163 00:20:00,480 --> 00:20:02,840 Atau mungkin saya buat benda yang sama macam mereka. 164 00:20:04,280 --> 00:20:07,120 Nah. Saya baru beri awak duit. 165 00:20:07,960 --> 00:20:10,560 Terima kasih untuk persahabatan awak. 166 00:20:15,520 --> 00:20:17,600 Persahabatan konon. 167 00:20:19,440 --> 00:20:21,400 Awak boleh buat semua itu. 168 00:20:25,960 --> 00:20:27,000 Buat apa? 169 00:20:29,640 --> 00:20:33,840 Awak boleh buat semua yang awak cakap, bukan? 170 00:20:36,960 --> 00:20:40,520 Macam mana saya nak buat? Saya tak ada duit. 171 00:20:40,600 --> 00:20:41,560 Saya tak ada apa-apa. 172 00:20:41,640 --> 00:20:42,560 Awak boleh 173 00:20:43,400 --> 00:20:46,160 kalau awak ada benda yang orang kaya takutkan. 174 00:20:50,160 --> 00:20:51,240 Benda apa? 175 00:20:52,880 --> 00:20:54,040 Rahsia. 176 00:20:57,000 --> 00:20:58,360 Awak tak tahu 177 00:20:59,840 --> 00:21:05,440 Nana dan Tubtim ada rahsia yang mereka tak beritahu sesiapa pun? 178 00:21:17,920 --> 00:21:20,360 Marilah. Mari ambil gambar, Yuri. 179 00:21:21,120 --> 00:21:22,200 Satu, dua, tiga. 180 00:21:23,040 --> 00:21:23,960 Mari lihat. 181 00:21:24,760 --> 00:21:27,320 - Nampak okey? - Ya. 182 00:21:27,400 --> 00:21:28,800 Pergi panggang barbeku, Yuri. 183 00:21:30,360 --> 00:21:31,680 Tolong ambilkan air, Nanno. 184 00:21:31,760 --> 00:21:34,160 Mereka berdua simpan sesuatu dalam komputer riba. 185 00:21:35,960 --> 00:21:38,360 Komputer riba itu ada di bilik Nana di rumah dia, 186 00:21:39,880 --> 00:21:41,960 tapi dia tak pernah benarkan saya sentuh. 187 00:21:47,880 --> 00:21:49,600 Tak susah pun. 188 00:21:50,400 --> 00:21:54,800 Awak cuma perlu alihkan perhatian mereka. 189 00:21:57,000 --> 00:21:58,240 Macam mana? 190 00:21:58,320 --> 00:21:59,480 Aduhai! 191 00:21:59,560 --> 00:22:00,680 Maafkan saya. 192 00:22:01,280 --> 00:22:02,720 Nanno. 193 00:22:02,800 --> 00:22:04,640 Awak nak saya ambilkan baju lain? 194 00:22:05,720 --> 00:22:06,680 Cepat sikit. 195 00:22:07,960 --> 00:22:09,200 Aduhai. 196 00:22:14,840 --> 00:22:16,320 Dia memang cuai. 197 00:22:33,680 --> 00:22:34,520 Yuri. 198 00:22:37,960 --> 00:22:39,280 Masih mentah. 199 00:23:22,800 --> 00:23:24,320 Awak belum masukkan duit? 200 00:25:09,760 --> 00:25:12,280 Hei. Awak dah sedar? 201 00:25:18,680 --> 00:25:19,920 Maafkan saya, Nanno. 202 00:25:22,600 --> 00:25:23,640 Maaf? 203 00:25:26,200 --> 00:25:27,160 Saya benar-benar minta maaf. 204 00:25:27,240 --> 00:25:28,800 Tak perlu minta maaf, Yuri. 205 00:25:30,320 --> 00:25:32,960 Awak tak boleh minta maaf kepada semua yang kita bawa ke sini. 206 00:25:33,560 --> 00:25:35,480 Jadi profesional. 207 00:25:41,760 --> 00:25:44,960 Awak betul-betul fikir Yuri akan mengkhianati kami? 208 00:25:46,880 --> 00:25:49,680 Awak fikir awak membantu dia? 209 00:25:50,720 --> 00:25:55,680 Ini rancangan kami dari awal lagi 210 00:25:57,000 --> 00:25:58,880 sejak kami benarkan awak masuk kumpulan ini. 211 00:26:05,280 --> 00:26:08,880 Awak tak hairan kenapa komputer riba saya tak ada kata laluan? 212 00:26:21,640 --> 00:26:24,160 Awak dapat jadi wira sekejap. 213 00:26:24,680 --> 00:26:26,040 Awak suka? 214 00:26:29,160 --> 00:26:31,040 Bagaimana Yuri boleh mengkhianati kita? 215 00:26:33,000 --> 00:26:37,760 Itu takkan berlaku. Dia anjing yang setia kepada tuannya. 216 00:26:53,160 --> 00:26:54,600 Anjing yang setia? 217 00:26:59,840 --> 00:27:01,480 Dia bukan anjing yang setia. 218 00:27:03,000 --> 00:27:05,400 Dia hanya budak bodoh. 219 00:27:07,560 --> 00:27:09,720 Awak nak jadi anjing seumur hidup awak, Yuri? 220 00:27:10,440 --> 00:27:12,120 Kung-kung. 221 00:27:13,400 --> 00:27:15,200 Awak tak nak jadi tuan? 222 00:27:21,320 --> 00:27:25,040 Kalau awak nak jadi tuan, apa kata saya tolong awak? 223 00:27:41,520 --> 00:27:42,520 Apa yang kelakar? 224 00:27:43,160 --> 00:27:45,000 Saya ketawakan kebodohan awak. 225 00:27:46,600 --> 00:27:48,920 Di mana lelaki yang akan rogol… 226 00:27:49,000 --> 00:27:52,520 Diam! Saya akan panggil dia sekarang. 227 00:27:53,560 --> 00:27:54,520 Cepat sikit. 228 00:27:56,120 --> 00:27:58,360 Awak ingat saya takut nak berasmara dengan lelaki? 229 00:27:58,440 --> 00:28:00,160 Jangan nak cuba kenakan kami. 230 00:28:00,760 --> 00:28:02,720 Hidup awak dalam tangan kami. 231 00:28:05,400 --> 00:28:07,320 Saya rasa sebaliknya. 232 00:28:07,880 --> 00:28:12,120 Saya dah muat naik semua bukti ke Cloud. 233 00:28:14,080 --> 00:28:17,080 Bukan saja video pelajar yang dirogol. 234 00:28:17,840 --> 00:28:20,320 Ada bukti transaksi pemindahan wang 235 00:28:20,400 --> 00:28:24,320 dengan nama kamu semua, Nana, Tubtim dan Yuri, padanya. 236 00:28:24,400 --> 00:28:25,640 Semuanya ada di sana. 237 00:28:26,240 --> 00:28:28,200 Buatlah apa awak mahu. 238 00:28:39,000 --> 00:28:40,720 Kenapa dengan awak ini? 239 00:28:42,280 --> 00:28:43,520 Diam! 240 00:28:45,440 --> 00:28:46,480 Saya kata diam! 241 00:28:50,240 --> 00:28:51,640 Saya kata diam! 242 00:28:52,560 --> 00:28:54,880 Yuri, buatlah sesuatu! 243 00:28:54,960 --> 00:28:55,880 Buat apa? 244 00:28:55,960 --> 00:28:57,240 Suruh dia diam! 245 00:28:57,840 --> 00:28:59,840 Awak nak duit? Adakah 20,000 baht cukup? 246 00:29:00,800 --> 00:29:03,000 - Saya beri 20,000 lagi. - Dah dapat 40,000 baht. 247 00:29:03,080 --> 00:29:06,000 Cukup tak? Jangan berdiri saja! Suruh dia diam! 248 00:29:06,080 --> 00:29:07,360 Cepat. 249 00:29:08,360 --> 00:29:09,760 Pergilah. 250 00:29:10,400 --> 00:29:11,480 Yuri. 251 00:29:16,080 --> 00:29:18,000 Awak tak nampakkah dia senyum? 252 00:29:19,280 --> 00:29:20,320 Awak. 253 00:30:32,720 --> 00:30:36,720 Yuri, uruskan mayat dia. 254 00:30:38,400 --> 00:30:41,520 Letak dia dalam tab mandi dan buat seperti dia bunuh diri. 255 00:30:46,000 --> 00:30:47,160 Tunggu apa lagi? 256 00:30:51,320 --> 00:30:54,080 Kamu berdua yang perlu buang mayat dia. 257 00:30:59,120 --> 00:31:01,160 Sekarang saya ada bukti kamu bunuh orang. 258 00:31:08,160 --> 00:31:10,680 Yuri, awak nak ugut kami? 259 00:31:11,440 --> 00:31:12,880 Jangan melampaui batas. 260 00:31:16,800 --> 00:31:18,600 Selama saya bersama kamu… 261 00:31:21,960 --> 00:31:26,240 kamu nak saya jadi mangsa, jadi saya biarkan saja. 262 00:31:32,200 --> 00:31:34,040 Kamu suka beri saya duit, 263 00:31:36,160 --> 00:31:37,400 jadi saya biarkan saja. 264 00:31:41,560 --> 00:31:46,240 Awak mahu saya jadi gadis lemah untuk pancing orang ke sini. 265 00:31:49,480 --> 00:31:54,600 Awak nak saya jadi anjing yang setia dan itulah saya. 266 00:31:58,760 --> 00:32:00,320 Batas apa saya belum langkau? 267 00:32:08,760 --> 00:32:11,760 Nanno suruh saya cari jalan untuk jatuhkan kamu. 268 00:32:13,680 --> 00:32:15,440 Itu memang itu rancangan saya. 269 00:32:19,520 --> 00:32:20,520 Masuk. 270 00:32:34,400 --> 00:32:35,320 Jangan awak berani. 271 00:32:36,760 --> 00:32:41,760 Sebelum kita berseronok, boleh uruskan mayat dia? 272 00:32:43,600 --> 00:32:46,160 Letak di dalam tab mandi dan buat macam bunuh diri, bukan? 273 00:32:46,800 --> 00:32:47,880 Lakukannya. 274 00:32:55,000 --> 00:32:56,720 Saya cakap dengan kamu, Nana. Tubtim. 275 00:33:03,240 --> 00:33:06,880 Yuri, saya merayu. 276 00:33:08,640 --> 00:33:12,520 Awak dah biasa beri arahan. Sekarang awak boleh buat sendiri. 277 00:33:13,640 --> 00:33:16,360 Tolong jangan apa-apakan kami. Saya merayu. 278 00:33:16,440 --> 00:33:18,080 Saya dah suruh awak buang mayat itu! 279 00:33:24,680 --> 00:33:25,680 Lakukannya. 280 00:34:00,080 --> 00:34:01,320 Berapa yang awak nak? 281 00:34:02,760 --> 00:34:03,800 Berapa awak fikir? 282 00:34:03,880 --> 00:34:05,240 Seratus ribu. 283 00:34:07,160 --> 00:34:09,400 Adakah itu harga kebebasan awak? 284 00:34:10,000 --> 00:34:11,040 Satu juta. 285 00:34:11,600 --> 00:34:13,120 Adakah kebebasan semurah itu? 286 00:34:14,080 --> 00:34:15,120 Sepuluh juta. 287 00:34:16,920 --> 00:34:18,320 Berapa yang awak mahu? 288 00:34:24,120 --> 00:34:26,040 Apa yang kamu buat kepada orang lain 289 00:34:28,000 --> 00:34:29,720 tak boleh diukur dengan duit. 290 00:34:32,600 --> 00:34:34,200 Ia mesti diukur dengan kesakitan. 291 00:34:36,520 --> 00:34:37,960 Berapa banyak video kamu buat? 292 00:34:39,560 --> 00:34:41,800 Berapa ramai orang kamu sakiti? 293 00:34:42,560 --> 00:34:45,760 Satu, dua, tiga, empat. Aduhai. 294 00:34:45,840 --> 00:34:47,680 Terlalu banyak untuk dikira. 295 00:34:51,239 --> 00:34:54,679 Kamu boleh berseronok dengan mereka sepuas hati. Saya cuma mahu video pendek. 296 00:34:54,760 --> 00:34:56,080 Awak tak boleh buat begitu! 297 00:35:03,720 --> 00:35:04,880 Tak boleh? 298 00:35:11,160 --> 00:35:12,360 Macam biasa dengar. 299 00:35:16,880 --> 00:35:19,200 Itu yang saya cakap masa kamu merakam saya. 300 00:35:38,640 --> 00:35:40,160 Apa yang awak cakap? 301 00:35:44,880 --> 00:35:47,200 "Maaf. Salah awak sendiri sebab awak bodoh." 302 00:35:48,600 --> 00:35:49,840 Buatlah apa kamu mahu. 303 00:35:50,640 --> 00:35:51,920 Tidak. 304 00:35:52,000 --> 00:35:53,720 - Tidak. - Yuri, lepaskan saya. 305 00:35:53,800 --> 00:35:55,400 - Tidak! - Tolonglah! 306 00:35:55,480 --> 00:35:56,600 Yuri! 307 00:36:35,200 --> 00:36:39,160 Terima kasih, Nanno. Terima kasih kerana cuba bantu saya. 308 00:36:41,000 --> 00:36:42,560 Tapi saya minta maaf. 309 00:36:43,360 --> 00:36:45,480 Saya tak perlukan bantuan. 310 00:36:46,360 --> 00:36:47,760 Saya hanya perlukan mangsa. 311 00:36:50,240 --> 00:36:53,680 Bodoh? Awak fikir saya bodoh? 312 00:36:56,560 --> 00:37:00,200 Saya bersabar menanggung semua kesakitan dan seksaan 313 00:37:01,520 --> 00:37:05,560 sebab saya menunggu peluang untuk membalas dendam. 314 00:37:13,760 --> 00:37:15,960 Saya tak tipu awak untuk dapatkan komputer riba 315 00:37:18,080 --> 00:37:19,600 kerana saya mahu rakaman. 316 00:37:22,400 --> 00:37:27,600 Saya cuma nak semua maklumat mangsa supaya saya sendiri boleh jual. 317 00:37:32,200 --> 00:37:33,240 Awak faham tak? 318 00:37:34,560 --> 00:37:36,120 Sekarang semuanya milik saya. 319 00:37:45,440 --> 00:37:46,640 Saya akan masukkan duit kamu. 320 00:39:33,520 --> 00:39:35,160 Kalau awak tak bodoh sangat, 321 00:39:36,240 --> 00:39:38,560 semuanya akan jadi lebih menarik. 322 00:39:49,760 --> 00:39:52,000 Persahabatan ada nilainya. 323 00:39:52,760 --> 00:39:55,720 Kadangkala, nilainya lebih tinggi daripada yang disangka. 324 00:39:56,400 --> 00:39:58,800 Nilainya begitu tinggi 325 00:39:59,440 --> 00:40:01,800 sehingga kita mungkin terpaksa korbankan nyawa sendiri. 326 00:41:40,200 --> 00:41:45,200 Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal