1 00:00:12,095 --> 00:00:13,096 Kita hendak ke mana? 2 00:00:13,931 --> 00:00:14,932 Berjumpa Sue. 3 00:00:15,015 --> 00:00:16,265 Dia pengurus komuniti kita. 4 00:00:17,100 --> 00:00:20,187 Pengantara di antara kita dan pemain. 5 00:00:21,647 --> 00:00:23,273 Telinga saya berdengung. 6 00:00:23,357 --> 00:00:25,776 Ya, kita jauh di bawah tanah. 7 00:00:25,859 --> 00:00:28,070 Lebih baik dia ada di sini untuk kebaikan semua. 8 00:00:28,153 --> 00:00:29,446 Ia tugas yang sukar. 9 00:00:29,530 --> 00:00:32,741 Menguruskan maklum balas pemain yang marah, rungutan dan kebencian. 10 00:00:32,824 --> 00:00:34,618 Dia mesti sangat tertekan. 11 00:00:36,203 --> 00:00:40,082 Tidak. Itu normal. Ini lebih teruk. 12 00:00:40,165 --> 00:00:42,000 PERHUBUNGAN KOMUNITI SUE GORGON 13 00:00:42,417 --> 00:00:43,752 Pelawat? 14 00:00:44,378 --> 00:00:45,379 Hei, Sue. 15 00:00:45,796 --> 00:00:49,299 David, seronok berjumpa awak. 16 00:00:49,383 --> 00:00:52,052 Siapa gadis awak bawa bersama ini? 17 00:00:52,135 --> 00:00:53,512 Ini pembantu saya, Jo. 18 00:00:54,388 --> 00:00:55,722 - Cakap hai, Jo. - Hai. 19 00:00:55,806 --> 00:00:58,100 Terima kasih sebab datang. 20 00:00:58,183 --> 00:01:01,979 Saya hendak melawat awak semua di atas, tapi kad kunci saya rosak. 21 00:01:02,062 --> 00:01:04,355 Saya sudah beritahu pengawal, tapi mereka... 22 00:01:04,982 --> 00:01:07,276 Mendengar saya berceloteh buat awak bosan. 23 00:01:07,359 --> 00:01:10,571 Baiklah, mari. Duduklah. 24 00:01:10,988 --> 00:01:12,948 Saya tak suka dia. Dia nampak terganggu. 25 00:01:13,031 --> 00:01:14,116 Saya tahu. 26 00:01:15,659 --> 00:01:17,536 Awak sedang menyusun fail? 27 00:01:17,619 --> 00:01:20,581 Tidak, itu maklum balas daripada pemain. 28 00:01:20,664 --> 00:01:24,710 E-mel ada penapis yang menapis bahasa tidak senonoh. 29 00:01:24,793 --> 00:01:27,796 Namun, masih tak dapat menapis tulisan tangan. 30 00:01:27,880 --> 00:01:30,507 Betul. Jadi, Sue, awak kata awak ada berita penting? 31 00:01:30,591 --> 00:01:33,677 Betul. Saya dapat panggilan dari Kotaku pagi ini. 32 00:01:34,344 --> 00:01:35,762 - Kotaku? - Ya. 33 00:01:35,846 --> 00:01:40,475 Mereka ada artikel muka depan tentang MQ dan mereka mahukan komen kita. 34 00:01:40,976 --> 00:01:44,730 "Muka depan"? Boleh tahan. Itu berita baik. Tentang apa? 35 00:01:44,813 --> 00:01:49,234 Nampaknya Mythic Quest ialah permainan peranan dalam talian nombor satu... 36 00:01:49,318 --> 00:01:50,360 Hebat. 37 00:01:50,444 --> 00:01:52,321 ...bagi golongan keagungan berkulit putih. 38 00:02:08,294 --> 00:02:11,965 Baiklah, dengar semua. Ini pengumuman penting. 39 00:02:12,049 --> 00:02:16,220 Bos bercakap kepada pasukannya. Ini hari yang penting. 40 00:02:16,637 --> 00:02:20,724 Ini hari kita melancarkan ciri rangkaian sosial terbaru kita, 41 00:02:20,807 --> 00:02:23,810 yang mempunyai rekaan paling cantik. 42 00:02:24,853 --> 00:02:26,104 Parti Makan Malam. 43 00:02:31,610 --> 00:02:35,197 Kita sudah berusaha kuat dan sekarang cuma perlu... 44 00:02:35,822 --> 00:02:36,949 tekan butang ini. 45 00:02:37,032 --> 00:02:39,701 Di mana Ian? Bukankah dia yang selalu beri ucapan? 46 00:02:39,785 --> 00:02:40,994 Ya, Michelle, betul. 47 00:02:41,078 --> 00:02:43,413 Saya beri ucapan kali ini kerana selepas hal penyodok itu, 48 00:02:43,497 --> 00:02:45,624 akhirnya Ian membenarkan saya memiliki sesuatu. 49 00:02:45,707 --> 00:02:47,835 Ia adalah Parti Makan Malam. 50 00:02:50,254 --> 00:02:52,840 Awak sepatutnya memberi tepukan. Biarlah. 51 00:02:52,923 --> 00:02:54,341 Jangan menyampuk. 52 00:02:54,424 --> 00:02:56,969 Jadi Ian tidak membantu. 53 00:02:57,886 --> 00:02:59,972 Sebab itulah namanya sangat mengelirukan. 54 00:03:00,055 --> 00:03:01,390 Ia tak mengelirukan, Michelle. 55 00:03:01,473 --> 00:03:04,476 Apa lagi yang awak patut panggil ciri yang membenarkan pemain berhubung 56 00:03:04,560 --> 00:03:05,894 dan merancang acara besar? 57 00:03:05,978 --> 00:03:08,730 Awak pernah pergi ke parti makan malam? 58 00:03:09,147 --> 00:03:11,608 Ya. Beratus kali. 59 00:03:11,692 --> 00:03:14,862 Boleh awak berhenti jadi negatif dan jangan menyampuk lagi? 60 00:03:14,945 --> 00:03:18,407 Saya akan terus ke penamat. Mari lancarkannya! 61 00:03:18,490 --> 00:03:20,576 Inilah dia. 62 00:03:20,659 --> 00:03:22,870 Poppy, David mahu berjumpa awak. Ini kecemasan. 63 00:03:22,953 --> 00:03:24,496 Saya sibuk, Jo. 64 00:03:24,580 --> 00:03:27,124 Dia cakap kalau awak tak datang, saya boleh tarik rambut awak. 65 00:03:27,207 --> 00:03:29,251 - David kata begitu? - Lebih kurang begitu. 66 00:03:29,334 --> 00:03:31,753 - Beritahu David saya sibuk. - Awak buat apa? 67 00:03:31,837 --> 00:03:32,838 Menekan butang. 68 00:03:32,921 --> 00:03:34,840 - Ini bukan sekadar butang, Michelle. - Butang ini? 69 00:03:34,923 --> 00:03:36,049 Tidak! 70 00:03:37,593 --> 00:03:41,346 Awak sudah rosakkannya. 71 00:03:41,430 --> 00:03:43,182 Ucapan yang hebat, bos. 72 00:03:43,265 --> 00:03:46,727 Aduhai. Jo, apa yang penting sangat? 73 00:03:47,769 --> 00:03:48,979 MYTHIC QUEST MEMPUNYAI MASALAH NAZI 74 00:03:49,062 --> 00:03:50,439 Ada Nazi dalam permainan kita? 75 00:03:50,522 --> 00:03:52,858 Kotaku menemui kumpulan yang ada lebih kurang 40 ahli 76 00:03:52,941 --> 00:03:56,820 yang mengaku bermain permainan kita mengikut prinsip fasis. 77 00:03:56,904 --> 00:03:57,905 Okey, tunggu sebentar. 78 00:03:57,988 --> 00:03:59,823 Perkataan itu bermaksud "sesiapa tak bersetuju dengan mereka." 79 00:03:59,907 --> 00:04:02,117 Bagaimana kita tahu itu adalah Nazi yang sebenar? 80 00:04:02,201 --> 00:04:03,827 Mereka buat begini dengan penyodok. 81 00:04:05,537 --> 00:04:06,914 - Jadi? - Ya? 82 00:04:06,997 --> 00:04:08,373 Maaf. 83 00:04:10,334 --> 00:04:11,460 Ya, itu adalah Nazi. 84 00:04:11,543 --> 00:04:15,797 Ini bukan kegunaan penyodok. Ia dibuat untuk membunuh. 85 00:04:15,881 --> 00:04:16,882 Serta melukis kemaluan. 86 00:04:16,964 --> 00:04:18,091 Mereka juga buat begitu. 87 00:04:19,259 --> 00:04:20,260 Wah. 88 00:04:20,344 --> 00:04:23,055 Cakap apa pun tentang Nazi. Mereka teliti. 89 00:04:23,138 --> 00:04:24,264 Itu kejuruteraan Jerman. 90 00:04:24,348 --> 00:04:26,975 Ini sangat mengecewakan. 91 00:04:27,059 --> 00:04:31,063 Masalah Nazi ini akan lebih menonjol daripada Parti Makan Malam. 92 00:04:31,146 --> 00:04:32,689 Boleh kita fokus tentang Nazi? 93 00:04:32,773 --> 00:04:34,024 Okey? Kita perlu hapuskan Nazi. 94 00:04:34,107 --> 00:04:36,401 Mungkin kita terburu-buru. 95 00:04:36,902 --> 00:04:39,071 Nazi penjahat yang sesuai. 96 00:04:39,154 --> 00:04:43,367 Adakah kita pernah terfikir untuk menggunakan Nazi di dalam cerita? 97 00:04:44,535 --> 00:04:46,578 Tidak. Kita takkan menggunakan Nazi. 98 00:04:46,662 --> 00:04:49,373 Kita akan buang mereka dan itulah keputusannya. 99 00:04:49,456 --> 00:04:52,709 C.W., tuliskan permohonan maaf. Sekarang juga. 100 00:04:52,793 --> 00:04:53,836 Baiklah. 101 00:04:53,919 --> 00:04:58,257 Kita meminta maaf kepada Nazi atau bagi pihak mereka? 102 00:05:01,760 --> 00:05:02,845 Kedua-duanya bukan. 103 00:05:02,928 --> 00:05:03,929 Tentulah. 104 00:05:04,346 --> 00:05:06,849 Baiklah. Saya akan keluarkan kumpulan Nazi itu. 105 00:05:06,932 --> 00:05:09,268 Tunggu sekejap. Bagaimana dengan Parti Makan Malam? 106 00:05:09,351 --> 00:05:10,352 Saya tak peduli. 107 00:05:11,562 --> 00:05:12,563 Ya, Pop. 108 00:05:12,646 --> 00:05:16,525 Tak siapa pedulikan Parti Makan Malam, tapi tak boleh buang Nazi begitu saja. 109 00:05:16,608 --> 00:05:19,486 Ia akan jadi seperti Pindaan Pertama. 110 00:05:20,070 --> 00:05:21,321 Biar saya fikirkannya. 111 00:05:25,951 --> 00:05:28,829 David. 112 00:05:28,912 --> 00:05:30,664 Mungkin kita patut fikirkannya lagi. 113 00:05:30,747 --> 00:05:33,292 Saya tak mahu pertikaikan, tapi kita patut fikir dulu. 114 00:05:33,375 --> 00:05:35,752 - Saya akan melarang Nazi, Brad. - Saya hormatinya. 115 00:05:35,836 --> 00:05:38,672 Namun kita tak pernah melarang seluruh kumpulan sebelum ini. 116 00:05:38,755 --> 00:05:40,215 Mereka ialah pelanggan berbayar. 117 00:05:40,299 --> 00:05:41,466 Itu memang teruk, Brad. 118 00:05:41,550 --> 00:05:43,719 Maksud saya, kena berhati-hati semasa menguruskannya. 119 00:05:43,802 --> 00:05:45,095 Ya, kita yang menciptanya, 120 00:05:45,179 --> 00:05:47,890 tapi adakah kita yang menentukan siapa perlu dilarang atau tidak? 121 00:05:47,973 --> 00:05:49,725 Facebook dan Twitter juga menghadapinya. 122 00:05:49,808 --> 00:05:51,560 Seseorang perlu hentikannya. 123 00:05:51,643 --> 00:05:53,478 Saya setuju, tetapi mari fikirkannya. 124 00:05:53,562 --> 00:05:55,397 Bagaimana kalau orang tahu 125 00:05:55,480 --> 00:05:58,108 lelaki heteroseksual berkulit putih yang menghentikannya, 126 00:05:58,192 --> 00:06:00,194 membuat undang-undang yang semua orang perlu ikut? 127 00:06:00,277 --> 00:06:03,030 Adakah itu adil? Adakah ia merangkumi semua? 128 00:06:03,780 --> 00:06:04,781 Baiklah, jumpa lagi. 129 00:06:06,325 --> 00:06:09,453 Tunggu. Brad? Saya mahu ia merangkumi semua. 130 00:06:09,536 --> 00:06:12,122 Kita patut minta pelbagai pendapat, seperti awak. 131 00:06:12,206 --> 00:06:13,207 Apa maksud awak? 132 00:06:13,290 --> 00:06:16,335 Ya, sebab awak... Boleh saya kata India? 133 00:06:16,835 --> 00:06:18,462 Kenapa pula tidak? 134 00:06:18,545 --> 00:06:20,339 Saya tidak tahu. Maksud saya,... 135 00:06:20,422 --> 00:06:22,508 - Kenapa dengan India? - Tiada apa-apa. 136 00:06:22,591 --> 00:06:24,426 Saya juga berketurunan Poland, kalau awak selesa begitu. 137 00:06:24,510 --> 00:06:25,511 - Tidak. - Tidak? 138 00:06:25,594 --> 00:06:27,387 Maksud saya, ya. Saya tidak tahu. 139 00:06:27,471 --> 00:06:30,098 Saya cuma ingin buat benda yang betul. 140 00:06:30,182 --> 00:06:31,517 Boleh awak tolong saya? Tolonglah? 141 00:06:31,600 --> 00:06:35,103 Kita boleh tubuhkan jawatankuasa etika. Untuk membuat keputusan bersama. 142 00:06:35,187 --> 00:06:36,355 Okey. Satu jawatankuasa. 143 00:06:36,438 --> 00:06:39,358 Kita juga patut melibatkan perempuan. 144 00:06:39,942 --> 00:06:40,943 Wanita. 145 00:06:41,485 --> 00:06:43,737 "Wanita." Betul. 146 00:06:45,364 --> 00:06:46,573 Hei, wanita. 147 00:06:48,200 --> 00:06:50,285 Rasa pelik betul. Dengar. 148 00:06:50,744 --> 00:06:53,872 Saya dan Brad mahu menubuhkan jawatankuasa etika. 149 00:06:54,331 --> 00:06:58,335 Kami mahukan pandangan unik awak, Dana. 150 00:06:58,418 --> 00:06:59,419 - Bagus. - Ya. 151 00:06:59,503 --> 00:07:00,587 Jadi, awak akan sertai kami? 152 00:07:00,671 --> 00:07:03,715 Boleh saya sertainya? Saya juga mahu membantu. 153 00:07:05,592 --> 00:07:06,844 Itu... 154 00:07:08,345 --> 00:07:09,721 Bagaimana saya mahu katakan? 155 00:07:09,805 --> 00:07:14,268 Tempat awak sudah diisi. 156 00:07:14,351 --> 00:07:15,936 Ya, kami tak perlukan dua wanita berkulit putih. 157 00:07:16,019 --> 00:07:17,521 Tidak, Jo. Bukan begitu. 158 00:07:17,604 --> 00:07:21,608 Ia bukan sebab bangsa. Ia sebab dia... 159 00:07:21,692 --> 00:07:24,152 - Menyakitkan hati. - Boleh kata begitu? 160 00:07:24,236 --> 00:07:25,237 Tak mengapa. 161 00:07:25,320 --> 00:07:26,405 - Yakah? - Ya. 162 00:07:26,488 --> 00:07:28,949 - Saya menyakitkan hati? - Ya. 163 00:07:29,032 --> 00:07:30,784 Jadi, Dana, boleh kita pergi? 164 00:07:30,868 --> 00:07:32,744 - Sekarang? - Ya. Marilah. 165 00:07:32,828 --> 00:07:33,829 Baiklah. 166 00:07:35,414 --> 00:07:36,498 Tolong saya. 167 00:07:38,000 --> 00:07:39,001 Saya homoseksual. 168 00:07:39,960 --> 00:07:41,545 Yakah? Maksud saya, sudah tentu. 169 00:07:41,628 --> 00:07:44,173 Bukan "sudah tentu". Maksud saya, baguslah. 170 00:07:44,256 --> 00:07:48,760 Ya. Ia pandangan saya yang unik. Saya seorang lesbian. 171 00:07:49,386 --> 00:07:50,470 Kita mungkin perlukannya. 172 00:07:50,554 --> 00:07:52,347 "Perlukannya"? Ini memang bagus. 173 00:07:52,431 --> 00:07:55,809 Tidak. Ini tak betul. Ia perlu lebih tinggi dan lebih lurus. 174 00:07:55,893 --> 00:07:59,563 Selalunya, pada tahap ini Poppy akan buat sendiri. 175 00:07:59,646 --> 00:08:02,983 Saya takkan biarkan ia jadi begitu, okey, Michelle? 176 00:08:03,066 --> 00:08:07,196 Sebab saya mahu awak lakukannya. Saya bekerja melalui awak. 177 00:08:07,279 --> 00:08:10,657 Ia seperti saya artis dan awak berus kegemaran saya. 178 00:08:10,741 --> 00:08:12,367 Apa awak buat di sini? 179 00:08:12,451 --> 00:08:15,287 Saya cuba memanipulasi Michelle untuk buat apa saya mahu. 180 00:08:15,370 --> 00:08:17,206 - Dia buat dengan teruk? - Ya, dia teruk. 181 00:08:17,289 --> 00:08:18,582 Ya, kerjanya teruk. 182 00:08:18,665 --> 00:08:22,211 Bangun, Michelle. Pergi ke tepi. Bangun. Terima kasih. 183 00:08:22,878 --> 00:08:24,796 - Apa masalahnya? - Ya, awak lihat di sini. 184 00:08:24,880 --> 00:08:29,009 Saya mahu ia lebih tinggi, panjangkannya lagi dan lebih lurus. 185 00:08:29,092 --> 00:08:32,638 Awak perlu ubah beberapa kerangka kekunci pada animasi dan... 186 00:08:32,721 --> 00:08:34,640 - Lihatlah! - Ya. 187 00:08:34,722 --> 00:08:35,724 Awak yang terbaik! Tengoklah! 188 00:08:35,807 --> 00:08:36,808 - Itu sempurna. - Saya tahu sebab... 189 00:08:36,892 --> 00:08:38,352 - Awak berus kegemaran saya. - Betul. Saya ialah... 190 00:08:38,433 --> 00:08:40,520 - Ya Tuhan. Itu ialah... - Ya. Tabik Nazi. 191 00:08:40,604 --> 00:08:43,815 Ya. Saya memang mahukan dia tabik Hitler. 192 00:08:43,899 --> 00:08:44,900 - Kenapa? - Baiklah. 193 00:08:44,983 --> 00:08:47,152 Ini rancangan saya untuk dapatkan mereka. 194 00:08:47,236 --> 00:08:51,365 Kita akan keluarkannya, kemudian cakap ia satu glic. 195 00:08:51,448 --> 00:08:54,493 Namun peminatnya, mereka pasti tak dapat menahan diri. 196 00:08:54,576 --> 00:08:56,870 Mereka akan berkongsi dengan kawan mereka, 197 00:08:56,954 --> 00:08:58,664 dan mereka takkan bersembunyi lagi. 198 00:08:58,747 --> 00:08:59,790 Ini mengarut. 199 00:09:00,374 --> 00:09:01,375 Saya rasa ia hebat. 200 00:09:01,458 --> 00:09:04,002 Baiklah, dia rasa ia bagus. Apa yang awak faham? 201 00:09:04,086 --> 00:09:06,296 Gaya Nazi, rancangan rahsia, mengumpulkan mereka. 202 00:09:06,380 --> 00:09:07,464 Awak dengar apa awak cakap? 203 00:09:08,757 --> 00:09:10,884 Tidak. Saya harap saya boleh dengar. 204 00:09:10,968 --> 00:09:12,678 Kita patut merakam untuk generasi akan datang. 205 00:09:12,761 --> 00:09:15,013 - Saya sedang merakam. - Bagus. Hantar kepada saya. 206 00:09:15,097 --> 00:09:16,807 Berhenti merakam. Simpan telefon awak. 207 00:09:16,890 --> 00:09:21,186 Awak bukan dalam keadaan yang baik untuk buat keputusan begini. 208 00:09:21,270 --> 00:09:23,647 Lagipun, saya ada rancangan lebih baik. 209 00:09:23,730 --> 00:09:26,316 Kita akan adakan bantahan aman menggunakan... 210 00:09:26,733 --> 00:09:28,193 Parti Makan Malam. 211 00:09:28,277 --> 00:09:30,904 Kita tunjukkan Nazi mereka tak diterima di MQ, 212 00:09:30,988 --> 00:09:33,448 sambil mempromosikan ciri saya. 213 00:09:33,907 --> 00:09:36,869 Awak mahu gunakan Nazi untuk mempromosikan ciri awak? 214 00:09:36,952 --> 00:09:37,995 - Ya. - Teruk. 215 00:09:38,078 --> 00:09:39,246 Saya cuba beritahu dia. 216 00:09:39,329 --> 00:09:40,497 Dia sangat degil, Michelle. 217 00:09:40,581 --> 00:09:41,915 Suka hati awak berdua. 218 00:09:42,457 --> 00:09:45,627 Saya akan buatnya sendiri. Awak tak diundang ke bantahan itu. 219 00:09:45,711 --> 00:09:48,297 Baiklah Michelle. Mari teruskan kerja. 220 00:09:48,964 --> 00:09:50,507 Kerja saya atau awak? 221 00:09:52,092 --> 00:09:53,552 Awak memang perengus. 222 00:09:59,183 --> 00:10:01,310 Selamat datang ke mesyuarat pertama jawatankuasa etika. 223 00:10:01,393 --> 00:10:03,103 Kita ada pelbagai jenis orang. 224 00:10:03,187 --> 00:10:05,189 Perlukah kita perkenalkan diri? 225 00:10:05,272 --> 00:10:06,398 - Tak perlu buat begitu. - Tidak? Baiklah. 226 00:10:06,481 --> 00:10:10,736 Pertama sekali kita perlu fikirkan tatakelakuan. 227 00:10:10,819 --> 00:10:11,820 Masalahnya, 228 00:10:11,904 --> 00:10:14,198 kita tak tahu peraturan mana yang Nazi itu langgar 229 00:10:14,281 --> 00:10:15,490 kerana kita tak ada peraturan. 230 00:10:15,574 --> 00:10:17,367 Jadi, mari tetapkannya. Mudah saja. 231 00:10:17,451 --> 00:10:18,452 - Mudah. - Ya. 232 00:10:18,535 --> 00:10:19,828 Asalkan kita konsisten. 233 00:10:19,912 --> 00:10:22,456 Bila kita mula melarang kumpulan, ia akan memberi kesan buruk. 234 00:10:22,539 --> 00:10:27,878 Bagaimana dengan ini? "Tiada kumpulan pembenci." 235 00:10:27,961 --> 00:10:31,256 Saya tidak mahu pertikaikannya, David, tapi apa itu kumpulan pembenci? 236 00:10:31,340 --> 00:10:32,716 Adakah ia termasuk homofobia? 237 00:10:32,799 --> 00:10:34,092 Ya. Mereka benci homoseksual. 238 00:10:34,176 --> 00:10:36,261 - Bagaimana dengan pembenci wanita? - Ya. Mereka benci wanita. 239 00:10:36,345 --> 00:10:38,305 - Pedofilia? - Tentulah. Mereka benci... 240 00:10:39,723 --> 00:10:40,724 Akil baligh? 241 00:10:40,807 --> 00:10:42,726 Ada masalah pedofilia di dalam permainan itu? 242 00:10:42,809 --> 00:10:45,354 Tidak. Kita pastikan ia takkan jadi masalah. 243 00:10:45,437 --> 00:10:47,981 Maaf. Saya agak keliru sebab... 244 00:10:48,065 --> 00:10:49,149 "Keliru?" 245 00:10:49,233 --> 00:10:52,819 Awak cakap awak seorang lesbian. Kalau tidak, awak perlu pergi. 246 00:10:52,903 --> 00:10:56,448 Saya homoseksual. Saya bangga menjadi wanita homoseksual. 247 00:10:56,532 --> 00:10:58,700 Saya cuma tak faham apa kita sedang buat. 248 00:10:58,784 --> 00:11:03,872 Baiklah. Rachel, boleh awak bercakap dengan lebih perlahan? 249 00:11:03,956 --> 00:11:04,957 Kita semua bangga. 250 00:11:05,040 --> 00:11:09,086 Brad bangga berketurunan India Poland. Awak tahu? Betul, Brad? 251 00:11:10,379 --> 00:11:12,673 Jo pula berbangga... 252 00:11:12,756 --> 00:11:14,591 Orang barat yang konservatif. 253 00:11:15,843 --> 00:11:16,844 Hebat. 254 00:11:16,927 --> 00:11:19,388 Saya bangga sebagai lelaki berkulit putih, tapi saya tak katakannya. 255 00:11:19,471 --> 00:11:21,557 - David. - Maaf. Bukan itu maksud saya. 256 00:11:21,640 --> 00:11:24,351 Saya tidak katakannya. Apa pun, pedofilia termasuk sekali. 257 00:11:24,434 --> 00:11:25,561 Hebat. 258 00:11:25,644 --> 00:11:26,854 Bagus, Jo. 259 00:11:27,604 --> 00:11:29,273 Kita sudah ada perkembangan. 260 00:11:30,774 --> 00:11:32,234 Ya. Bagus. 261 00:11:32,317 --> 00:11:36,280 Mungkin lebih gelap di sini dan lebih bersudut di bawah sini. 262 00:11:36,738 --> 00:11:37,739 Bagus sekali. 263 00:11:40,868 --> 00:11:42,286 Awak panggil saya? 264 00:11:42,369 --> 00:11:44,204 Ya. C.W., tentang permohonan maaf... 265 00:11:44,288 --> 00:11:49,418 Baru saja siap dan saya gembira dengannya. Ia cara berdamai tanpa kelihatan lemah. 266 00:11:49,960 --> 00:11:54,798 Saya mengubah permohonan maaf saya kepada Muzium Wanita San Diego. 267 00:11:57,843 --> 00:11:58,844 Pelik. 268 00:11:59,303 --> 00:12:03,098 Ya. Namun ada perubahan. Kita akan menerima Nazi. 269 00:12:03,807 --> 00:12:06,685 - Hebat. Saya akan mulakan dengan segera. - Bagus. 270 00:12:09,062 --> 00:12:10,147 Sue. 271 00:12:12,858 --> 00:12:14,776 Hei, Sue. 272 00:12:14,860 --> 00:12:17,446 Hai. Maaf kerana mengganggu. 273 00:12:17,529 --> 00:12:21,074 Saya nampak kumpulan Nazi masih lagi bermain. 274 00:12:21,158 --> 00:12:24,369 Jangan risau, Sue. Saya sedang membaikinya. 275 00:12:24,453 --> 00:12:26,455 Ia akan menghalang Nazi? 276 00:12:27,080 --> 00:12:29,333 Tidak. Lencana untuk uniform mereka. 277 00:12:29,416 --> 00:12:30,417 Rio. 278 00:12:33,337 --> 00:12:36,632 Saya rasa lensa saya kotor, 279 00:12:36,715 --> 00:12:40,344 sebab ia nampak seperti tanda SS. 280 00:12:40,427 --> 00:12:41,845 Ya, SS. 281 00:12:41,929 --> 00:12:43,388 Namun ia belum rasmi. 282 00:12:43,472 --> 00:12:48,060 Kita akan umumkan yang ia seperti bentuk kilat berwarna hitam. 283 00:12:48,143 --> 00:12:49,770 Namun Nazi pasti akan sukakannya. 284 00:12:49,853 --> 00:12:52,898 Mereka akan gunakannya. Percayalah, Nazi pasti suka. 285 00:12:52,981 --> 00:12:54,024 Terima kasih, Rio. 286 00:12:54,608 --> 00:12:56,944 Baiklah. Jadi... 287 00:12:58,111 --> 00:13:02,241 Awak tambahkan lebih banyak barang Nazi. 288 00:13:02,324 --> 00:13:06,870 Apa kita perlu buat ialah membuang Nazi. 289 00:13:06,954 --> 00:13:09,498 Sebab kita tak mahu ada Nazi. 290 00:13:09,581 --> 00:13:12,459 Kita tak mahu ada Nazi langsung. 291 00:13:12,543 --> 00:13:13,544 Saya bersetuju. 292 00:13:13,627 --> 00:13:16,672 Namun cara terbaik menangkap Nazi ialah berikan sedikit umpan. 293 00:13:17,297 --> 00:13:21,176 Tidak. Ia perlu cepat. 294 00:13:21,260 --> 00:13:23,387 Ia perlu berakhir hari ini, Ian. Faham? 295 00:13:23,470 --> 00:13:26,473 Ia perlu berakhir hari ini atau Kotaku akan keluarkan artikel lagi 296 00:13:26,557 --> 00:13:27,724 dan ia pasti jadi teruk. 297 00:13:27,808 --> 00:13:32,729 Seteruk ahli alkimia Nazi yang gunakan kemahirannya membuat posyen 298 00:13:32,813 --> 00:13:35,858 yang menghapuskan seluruh bangsa bunian gelap? 299 00:13:35,941 --> 00:13:37,776 Tidak. Itu juga ada dalam permainan? 300 00:13:37,860 --> 00:13:39,611 Tak, tapi ia boleh jadi. 301 00:13:40,028 --> 00:13:42,573 Ia pasti akan jadi sebuah kisah yang hebat. 302 00:13:42,656 --> 00:13:45,075 Saya rasa seperti menjaga kucing. 303 00:13:45,158 --> 00:13:47,160 Saya sukakannya jika pada hujung minggu. 304 00:13:47,244 --> 00:13:49,037 - Okey. Terima kasih, Sue. - Ian, jangan senyapkan saya. 305 00:13:51,540 --> 00:13:55,711 Mari kita undi. Siapa mahu melarang golongan elit? 306 00:13:55,794 --> 00:13:58,422 Siapa setuju dengan lelaki duduk mengangkang? 307 00:13:59,590 --> 00:14:01,175 Baiklah. Itulah keputusannya. 308 00:14:01,258 --> 00:14:02,885 Golongan elit kekal di dalam permainan. 309 00:14:03,552 --> 00:14:05,679 Hei, C.W., awak sudah siapkan permohonan maaf? 310 00:14:05,762 --> 00:14:10,017 Ya. Ini mesyuarat apa? Kenapa saya tak dijemput? 311 00:14:10,100 --> 00:14:12,394 Saya berhak mempertahankan diri saya. 312 00:14:13,562 --> 00:14:14,730 Mesyuarat ini bukan tentang awak. 313 00:14:15,856 --> 00:14:18,692 Tunggu sebentar. Awak mewakili pandangan dari generasi yang berbeza. 314 00:14:18,775 --> 00:14:20,903 Itu menambahkan kepelbagaian jawatankuasa ini, bukan, Brad? 315 00:14:20,986 --> 00:14:23,071 Ya. Silakan duduk. 316 00:14:23,155 --> 00:14:25,991 Jadual saya ada kekosongan. Terangkan kepada saya. 317 00:14:26,074 --> 00:14:27,201 Baiklah, 318 00:14:27,284 --> 00:14:30,204 kami senaraikan beberapa kumpulan yang kami mungkin larang 319 00:14:30,287 --> 00:14:31,663 selain daripada Nazi. 320 00:14:31,747 --> 00:14:34,041 Nampaknya, bilangannya adalah ramai. 321 00:14:34,124 --> 00:14:35,501 92% daripada pemain kita. 322 00:14:35,584 --> 00:14:37,127 Kita tidak boleh membuang mereka semua 323 00:14:37,211 --> 00:14:39,338 kerana tiada siapa akan bermain nanti. 324 00:14:39,421 --> 00:14:44,134 Jadi, kami perlukan cara pantas untuk membuang yang paling teruk. 325 00:14:44,218 --> 00:14:45,886 Kami mereka satu sistem. 326 00:14:48,347 --> 00:14:51,433 Ia adalah idea NCAA tetapi Brad yang mencadangkannya. 327 00:14:51,517 --> 00:14:53,060 - Hebat. - Hei, David. 328 00:14:53,143 --> 00:14:55,521 - Berapa lama lagi mesyuarat ini? - Ia sudah hampir selesai. 329 00:14:55,604 --> 00:14:57,898 Ya. Hanya perlu buat 63 keputusan saja lagi. 330 00:14:57,981 --> 00:15:00,442 62. Lelaki duduk mengangkang dikira. 331 00:15:01,401 --> 00:15:02,402 Baiklah. 332 00:15:03,195 --> 00:15:07,824 Apa akan berlaku jika alihkan ke sini dan saya... 333 00:15:07,908 --> 00:15:09,076 POPPY LI - BERSIARAN SEKARANG! 334 00:15:11,578 --> 00:15:15,457 Hei, semua. Ini Poppy Li. Ketua jurutera di Mythic Quest. 335 00:15:15,541 --> 00:15:17,501 Aduhai. Awak buat apa? 336 00:15:17,960 --> 00:15:22,339 Saya tahu awak semua fikirkan, "Poppy Li, dia nampak hebat." 337 00:15:22,422 --> 00:15:24,049 Tapi awak tahu apa yang tak hebat? 338 00:15:24,925 --> 00:15:25,926 Fasisme. 339 00:15:26,426 --> 00:15:27,553 Ini menyakitkan. 340 00:15:28,929 --> 00:15:32,224 Bukankah hebat kalau ada cara kita boleh berkumpul 341 00:15:32,307 --> 00:15:34,268 dan menyambut kebencian kita pada fasisme? 342 00:15:34,351 --> 00:15:36,061 - Jangan lakukannya. - Mempersembahkan... 343 00:15:36,144 --> 00:15:38,063 - Jangan lakukannya. - Parti Makan Malam. 344 00:15:38,146 --> 00:15:39,565 PARTI MAKAN MALAM - BANTAHAN AMAN POPPY MENENTANG FASISME. 345 00:15:40,732 --> 00:15:41,733 Dia buat gaya tangan. 346 00:15:41,817 --> 00:15:46,989 Saya akan gunakan Parti Makan Malam itu untuk menjemput semua ke bantahan aman. 347 00:15:47,072 --> 00:15:52,661 Mari tunjukkan kepada Nazi tak guna yang mereka tak patut ada di MQ. 348 00:15:52,744 --> 00:15:57,583 Menggunakan mekanik intuitif PMM mudah dan menyeronokkan! 349 00:15:57,666 --> 00:15:59,668 PMM? Jangan panggilnya "PMM." 350 00:15:59,751 --> 00:16:01,295 Jadi, nantikan jemputan itu 351 00:16:01,378 --> 00:16:04,798 dan pastikan peti masuk awak terbuka untuk aksi PMM pada masa akan datang. 352 00:16:04,882 --> 00:16:06,884 Aduhai. 353 00:16:16,310 --> 00:16:18,395 Anda menyertai Parti Makan Malam. 354 00:16:18,478 --> 00:16:19,688 KUMPULAN - SERANGAN - PENCARIAN 355 00:16:24,776 --> 00:16:28,405 Ini memang hebat. 356 00:16:28,488 --> 00:16:31,992 Beratus orang berkumpul demi keamanan. 357 00:16:32,534 --> 00:16:34,912 Saya tambahkan sedikit muzik untuk menghidupkan suasana. 358 00:16:36,121 --> 00:16:37,331 Ya. 359 00:16:37,414 --> 00:16:43,128 Saya tahu ada antara awak ingat Parti Makan Malam takkan berjaya. 360 00:16:43,837 --> 00:16:46,298 Saya gembira untuk katakan yang awak salah, Michelle. 361 00:16:47,549 --> 00:16:50,552 Hei, Michelle. Awak salah dan saya betul. 362 00:16:50,636 --> 00:16:52,054 Berhenti membeli belah atas talian. 363 00:16:52,137 --> 00:16:54,598 Sebenarnya, saya melihat ini. 364 00:16:55,807 --> 00:16:59,436 Kumpulan Nazi menggunakan parti itu untuk sertai kumpulan lain 365 00:16:59,520 --> 00:17:02,231 untuk membentuk satu kumpulan penyerang yang besar. 366 00:17:02,314 --> 00:17:03,607 Apa saja. Boleh awak tutupnya? 367 00:17:03,690 --> 00:17:06,318 Saya tak mahu tengok Nazi. Saya mahu tumpu pada bantahan itu. 368 00:17:06,401 --> 00:17:08,612 Mereka pergi ke bantahan itu. 369 00:17:08,694 --> 00:17:10,906 - Apa? - Biar saya tunjukkan kepada awak. 370 00:17:14,201 --> 00:17:16,161 Mereka ada muzik sendiri. 371 00:17:18,413 --> 00:17:22,916 Nampaknya mereka duduk diam di sana tanpa pertahanan, 372 00:17:23,335 --> 00:17:28,214 sementara mereka ini penuh dengan senjata. 373 00:17:29,049 --> 00:17:33,720 Kenapa mereka mahu bawa senjata ke bantahan keamanan? 374 00:17:34,388 --> 00:17:36,348 Kita akan ketahuinya nanti. 375 00:17:36,431 --> 00:17:38,475 Mungkin saya boleh pujuk mereka. 376 00:17:41,353 --> 00:17:42,980 Rasanya tidak. 377 00:17:46,733 --> 00:17:48,986 Ini perhimpunan yang aman! 378 00:17:50,904 --> 00:17:52,447 Tolonglah, awak semua. 379 00:17:53,657 --> 00:17:54,783 Kenapa awak buat begini? 380 00:17:54,867 --> 00:17:56,285 Tolong! 381 00:17:56,368 --> 00:17:57,828 Kenapa? 382 00:18:08,338 --> 00:18:09,673 Ya Tuhan. 383 00:18:14,970 --> 00:18:15,971 Hebat! 384 00:18:16,680 --> 00:18:19,683 Parti Makan Malam yang hebat. 385 00:18:23,020 --> 00:18:24,438 PARTI MAKAN MALAM SERANG: KUMPULAN POPPY LI YANG LEMAH 386 00:18:24,521 --> 00:18:26,773 PESERTA 387 00:18:29,067 --> 00:18:31,153 Poppy! 388 00:18:33,197 --> 00:18:34,198 Pergilah. 389 00:18:34,823 --> 00:18:37,451 Poppy, saya nampak serangan itu. Ia memang hebat. 390 00:18:39,161 --> 00:18:40,537 Jangan cakap lagi. 391 00:18:40,621 --> 00:18:43,540 Parti Makan Malam sudah gagal. Saya akan tamatkannya. 392 00:18:43,624 --> 00:18:46,668 - Tidak, Poppy. Jangan. - Pergilah. 393 00:18:46,752 --> 00:18:50,172 Pop, awak tak faham. Awak seorang genius. 394 00:18:52,758 --> 00:18:53,759 Teruskan. 395 00:18:53,842 --> 00:18:57,846 Awak berjaya buat sesuatu yang saya tak boleh buat sepanjang hari. 396 00:18:57,930 --> 00:18:59,348 Awak bawa mereka keluar. 397 00:18:59,431 --> 00:19:01,600 Jadi, ia bukan hanya 40 Nazi, 398 00:19:01,683 --> 00:19:03,602 tetapi ada 4,000 Nazi di dalam MQ. 399 00:19:04,436 --> 00:19:05,854 Hebat? 400 00:19:05,938 --> 00:19:08,106 - Ya. Ia sangat hebat. - Betul? 401 00:19:08,190 --> 00:19:10,943 Ya! Sebab kita berjaya mengeluarkan mereka dari tempat persembunyian. 402 00:19:11,026 --> 00:19:12,027 Baiklah, hebat. 403 00:19:12,110 --> 00:19:14,154 Sekarang awak boleh bunuh mereka, 404 00:19:14,238 --> 00:19:16,240 tumbuk mak mereka atau buat apa saja awak mahu. 405 00:19:16,323 --> 00:19:19,117 Tidak. Poppy, awak tak faham. 406 00:19:19,201 --> 00:19:21,745 Keganasan bukan jawapannya. 407 00:19:21,828 --> 00:19:25,541 Keganasan ialah jawapan awak. Awak ada kapak di dalam pejabat. 408 00:19:26,583 --> 00:19:27,584 Memang betul. 409 00:19:27,668 --> 00:19:29,962 Selalunya keganasan ialah jawapannya. 410 00:19:30,045 --> 00:19:32,422 Namun bukan dengan Nazi. 411 00:19:33,006 --> 00:19:36,969 Walaupun ia cara terbaik menguruskan Nazi menurut sejarah. 412 00:19:37,052 --> 00:19:39,680 Awak patut gunakan keganasan dengan kebanyakan orang. 413 00:19:39,763 --> 00:19:40,931 Tapi ini berbeza, okey? 414 00:19:41,014 --> 00:19:43,976 Nazi mahu kita melawan mereka. Ia buat mereka lagi kuat. 415 00:19:44,059 --> 00:19:46,186 Ia berikan mereka sebab untuk berlawan. 416 00:19:46,270 --> 00:19:49,273 Jadi kita akan buat sesuatu yang lebih teruk. 417 00:19:56,864 --> 00:19:59,950 Baiklah. Kita ada jawapan. 418 00:20:00,033 --> 00:20:01,952 NAZI 419 00:20:03,579 --> 00:20:04,997 Ia adalah Nazi. Tak guna. 420 00:20:05,455 --> 00:20:08,208 Ia perkara yang sama seperti sebelum ini. 421 00:20:08,292 --> 00:20:09,960 Tapi awak tahu? Kita dapatnya dengan cara betul, 422 00:20:10,043 --> 00:20:11,545 dan itu yang penting. 423 00:20:11,628 --> 00:20:14,464 Saya belajar apabila membuat keputusan... 424 00:20:14,548 --> 00:20:17,509 Apa perumpamaannya? "Ada banyak cara menguliti kucing"? 425 00:20:18,010 --> 00:20:19,011 "Menguliti kucing." 426 00:20:19,094 --> 00:20:22,389 Saya tak mahu pertikaikan, David, tetapi kita terlupa pendera haiwan. 427 00:20:22,472 --> 00:20:24,474 - Mari letakkannya sekali. - Tidak. 428 00:20:24,558 --> 00:20:26,101 Kita tak mahu PETA mengganggu kita. 429 00:20:26,185 --> 00:20:28,395 Tidak, Brad. 430 00:20:28,478 --> 00:20:30,397 Saya tahu apa awak buat, dan ia perlu berhenti. 431 00:20:30,480 --> 00:20:32,649 Kita dah menemui penyelesaiannya. Ini dia! 432 00:20:34,776 --> 00:20:36,278 Jawatankuasa Etika bersurai. 433 00:20:40,991 --> 00:20:41,992 Baiklah. Selamat malam. 434 00:20:45,245 --> 00:20:47,706 - Tengoklah ini. - Ya. 435 00:20:48,665 --> 00:20:49,666 Ya! 436 00:20:51,376 --> 00:20:53,754 Itupun awak. Berita baik. 437 00:20:53,837 --> 00:20:56,673 Selepas berfikir panjang, saya sudah membuat keputusan. 438 00:20:56,757 --> 00:20:58,217 Kita akan menghalau Nazi. 439 00:20:58,300 --> 00:20:59,384 Kami sudah uruskan Nazi. 440 00:21:02,095 --> 00:21:04,223 Mereka masih di dalam permainan. Mereka sangat ramai. 441 00:21:04,306 --> 00:21:06,892 Kami hubungkan akaun mereka kepada satu pelayan yang diasingkan. 442 00:21:06,975 --> 00:21:08,143 Ia tindakan yang bijak. 443 00:21:08,227 --> 00:21:10,229 Begini mereka boleh mengarut sepanjang hari 444 00:21:10,312 --> 00:21:11,438 dan tiada siapa mendengarnya. 445 00:21:11,522 --> 00:21:14,483 Namun mereka masih berlawan dan mencaci. 446 00:21:14,566 --> 00:21:16,151 Mereka tak tahu mereka bersendirian? 447 00:21:16,944 --> 00:21:19,571 Tidak. Ia ruang gema Nazi. 448 00:21:19,655 --> 00:21:20,822 Ia sebuah penjara. 449 00:21:21,240 --> 00:21:24,451 Mereka boleh buat apa yang mereka mahu, tapi kepada satu sama lain. 450 00:21:24,535 --> 00:21:26,370 - Diamlah, tak guna. - Awak yang tak guna! 451 00:21:26,453 --> 00:21:28,497 - Kembali ke negara awak. - Saya berdarah suci. 452 00:21:28,580 --> 00:21:32,042 Kami dapat menangkap mereka semua. 453 00:21:32,125 --> 00:21:35,504 Semuanya disebabkan Parti Makan Malam Poppy. 454 00:21:35,587 --> 00:21:38,340 - Awak buat tangan itu. Ya. - Tentulah saya yang buat tangan itu. 455 00:21:38,423 --> 00:21:39,466 Apa itu "tangan"? 456 00:21:39,550 --> 00:21:42,261 - David, jangan menyibuk. - Ini antara kami. 457 00:21:42,344 --> 00:21:43,720 - Sertai kami. - Apa sajalah. Saya tak peduli. 458 00:21:43,804 --> 00:21:45,097 Saya gembira ia sudah berakhir. 459 00:21:45,180 --> 00:21:46,473 Hei, ini satu teka-teki. 460 00:21:46,557 --> 00:21:50,936 Jika Nazi membuat swastika di hutan dan tiada siapa nampaknya, 461 00:21:52,563 --> 00:21:53,730 adakah ia penting? 462 00:21:54,147 --> 00:21:55,816 Tidak. Ia tak penting. 463 00:21:56,942 --> 00:21:58,110 Boleh berikan saya wain? 464 00:21:58,193 --> 00:22:00,612 Ya. Duduklah. 465 00:22:02,406 --> 00:22:03,657 Hei. 466 00:22:03,740 --> 00:22:08,078 Wain, makanan, perbualan dengan kawan. 467 00:22:08,161 --> 00:22:11,123 Ini hampir sama seperti parti makan malam. 468 00:22:11,206 --> 00:22:13,667 - Parti makan malam pertama Poppy! - Tengoklah! 469 00:22:13,750 --> 00:22:16,086 - Saya selalu menghadirinya. - Hebat. 470 00:22:16,170 --> 00:22:18,463 Saya akan keluarkan senarai pertukaran hadiah. 471 00:22:18,547 --> 00:22:21,049 Dia tak pernah ke parti makan malam. Ini yang pertama untuk dia. 472 00:22:21,133 --> 00:22:23,677 - Ini yang pertama. Menyedihkan. - Ya, memang betul. 473 00:22:33,353 --> 00:22:36,982 PENJARA NAZI 474 00:24:02,818 --> 00:24:04,736 TERJEMAHAN SARI KATA OLEH NUR DIYANA OSMAN