1 00:00:06,048 --> 00:00:11,929 Sari kata bahasa Jepun berwarna biru. Sari kata bahasa Korea berwarna kuning. 2 00:01:03,355 --> 00:01:06,149 (bahasa Jepun) Koh-san! Selamat pulang. 3 00:01:07,985 --> 00:01:10,070 - Bawa turun muatan. - Baik, tuan. 4 00:01:10,070 --> 00:01:11,822 Bawa turun sekarang. 5 00:01:13,031 --> 00:01:16,326 Perjalanan awak membuahkan hasil. 6 00:01:17,077 --> 00:01:18,704 Untuk siapa? 7 00:01:18,704 --> 00:01:21,415 Soviet atau Amerika? 8 00:01:23,125 --> 00:01:24,710 Belum tahu. 9 00:01:24,710 --> 00:01:28,213 Saya mahu awak tunggu. Perhatikan pekerja. 10 00:01:29,339 --> 00:01:31,633 Pastikan tiada orang mencuri. 11 00:01:31,633 --> 00:01:34,595 Semuanya akan mengikut arahan awak. 12 00:01:34,595 --> 00:01:36,096 Jangan risau. 13 00:02:17,804 --> 00:02:22,518 "Kita tunjuk kepada dunia kekuatan negara kita. 14 00:02:23,477 --> 00:02:27,189 Tentera kita yang berani menggempur medan perang..." 15 00:02:27,189 --> 00:02:28,982 Jangan sengaja kalah! 16 00:02:28,982 --> 00:02:31,401 "...musuh kita yang penakut berundur ketakutan." 17 00:02:44,498 --> 00:02:45,541 Mozasu! 18 00:02:50,337 --> 00:02:51,839 (bahasa Korea) Abang! 19 00:02:51,839 --> 00:02:52,965 Cepat! 20 00:02:57,469 --> 00:03:00,055 Mari dapatkan rasa kampung halaman! 21 00:03:00,055 --> 00:03:03,350 - Selamat pagi! - Abang! Tunggu! 22 00:03:03,350 --> 00:03:05,978 Cubanya dengan beras catuan kamu! 23 00:03:05,978 --> 00:03:08,313 Rasa lebih sedap, perut lebih kenyang! 24 00:03:08,313 --> 00:03:11,733 Mari dapatkan rasa kampung halaman! 25 00:03:11,733 --> 00:03:14,695 - Kimchi! Kimchi sedap untuk dijual! - Abang menang! 26 00:03:14,695 --> 00:03:17,406 - Tak adil! Abang! - Noa... 27 00:03:17,406 --> 00:03:21,201 - Abang selalu menang. - Abang dah suruh sentiasa berwaspada. 28 00:03:21,201 --> 00:03:22,995 Kenapa kamu layan perangainya? 29 00:03:22,995 --> 00:03:26,707 Mak, kalau tak buat begini, dia takkan keluar rumah awal. 30 00:03:27,332 --> 00:03:29,001 Boleh beri saya kimchi? 31 00:03:30,294 --> 00:03:33,005 En. Kim, gembira jumpa awak. Lama tak jumpa. 32 00:03:33,005 --> 00:03:34,131 Ya. 33 00:03:35,924 --> 00:03:38,010 Saya risau awak sudah berpindah. 34 00:03:38,010 --> 00:03:42,472 Bagaimana saya mahu berpindah? Kimchi awak tiada tandingan. 35 00:03:43,599 --> 00:03:45,017 Awak sibuk? 36 00:03:45,893 --> 00:03:47,477 Ya, agak sibuk. 37 00:03:49,563 --> 00:03:53,275 Kimchi awak dah sedikit. Saya harap maksudnya jualan awak bagus. 38 00:03:53,275 --> 00:03:56,195 Kalaulah begitu. 39 00:03:56,195 --> 00:04:00,073 Bekalan kubis berkurangan. 40 00:04:01,241 --> 00:04:03,535 Ini kimchi saya yang terakhir. 41 00:04:03,535 --> 00:04:08,290 Kakak ipar saya cari apa-apa saja untuk dijeruk di pasar, tapi... 42 00:04:09,625 --> 00:04:10,792 Jadi bagaimana? 43 00:04:12,586 --> 00:04:14,171 Kami akan cuba cari caranya. 44 00:04:14,171 --> 00:04:15,756 Kami selalu temui caranya. 45 00:04:18,634 --> 00:04:19,635 Ambil. 46 00:04:20,344 --> 00:04:23,222 Awak nampak seperti pandai menguruskan duit. 47 00:04:23,222 --> 00:04:26,016 Baguslah. Saya memang nak jadi sangat kaya. 48 00:04:27,643 --> 00:04:29,811 Awak ada anak yang boleh diharap. 49 00:04:29,811 --> 00:04:32,272 - Terima kasih. Jaga diri. - Saya akan datang lagi. 50 00:04:32,773 --> 00:04:34,066 Pergi dulu. 51 00:04:39,947 --> 00:04:43,408 Pak cik itu mesti seorang perisik atau sesuatu. 52 00:04:45,202 --> 00:04:47,329 Kamu tak boleh cakap begitu walaupun hanya bergurau. 53 00:04:48,247 --> 00:04:49,414 Siapa yang dengar? 54 00:04:49,915 --> 00:04:52,584 Kita tak tahu. Bukan dalam masa begini. 55 00:04:52,584 --> 00:04:56,004 - Lihat! - Apa itu? Di atas sana! 56 00:05:04,429 --> 00:05:06,348 - Mak? - Pesawat Amerika! 57 00:05:13,981 --> 00:05:15,566 Mak, tengok! 58 00:05:16,066 --> 00:05:17,276 Ada benda jatuh. 59 00:05:33,125 --> 00:05:35,335 Dapat! Apa ini? 60 00:05:36,336 --> 00:05:37,963 Apa katanya, Noa? 61 00:05:37,963 --> 00:05:40,215 "Kepada rakyat Jepun, 62 00:05:40,215 --> 00:05:44,678 kemukakan petisyen kepada maharaja kamu untuk hentikan perang yang kejam ini. 63 00:05:45,470 --> 00:05:49,433 Kalau Jepun tak menyerah, keadaan akan jadi lebih teruk. 64 00:05:50,058 --> 00:05:53,729 Kami menggesa kamu untuk terima kesannya 65 00:05:53,729 --> 00:05:58,609 dan mula membina Jepun baharu yang lebih baik dan cintakan keamanan." 66 00:05:59,359 --> 00:06:00,611 Apa maksudnya? 67 00:06:01,445 --> 00:06:02,905 Bagaimana keadaan boleh jadi lebih teruk? 68 00:06:03,488 --> 00:06:07,409 Mak tak faham? Amerika akan datang. 69 00:06:28,096 --> 00:06:31,683 PERANG DUNIA KEDUA 70 00:07:57,227 --> 00:07:59,479 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 71 00:08:15,579 --> 00:08:17,998 Dengan dana 500 juta yen 72 00:08:17,998 --> 00:08:20,459 daripada pelabur bijak seperti kamu, 73 00:08:20,459 --> 00:08:22,753 saya boleh guna pengalaman saya sebelum ini. 74 00:08:23,712 --> 00:08:25,881 Berapa yang awak sudah ada? 75 00:08:25,881 --> 00:08:27,841 Saya sudah hampir capai matlamat saya. 76 00:08:27,841 --> 00:08:29,801 Pelabur sangat teruja. 77 00:08:30,385 --> 00:08:33,764 Dengan pelaburan rendah, risiko terhad, 78 00:08:33,764 --> 00:08:37,142 khususnya dalam pasaran tak terkawal begini, 79 00:08:37,142 --> 00:08:39,394 potensi pulangan adalah cukup tinggi. 80 00:08:39,394 --> 00:08:42,397 Awak rancang untuk uruskan dana itu sendiri? 81 00:08:42,397 --> 00:08:44,024 Itu akan pastikan overhed rendah. 82 00:08:44,525 --> 00:08:45,984 Selain itu, 83 00:08:45,984 --> 00:08:48,403 saya neutral. 84 00:08:49,071 --> 00:08:51,698 Sama ada dolar atau yen yang berada di atas, 85 00:08:51,698 --> 00:08:53,242 sama saja bagi saya. 86 00:08:53,242 --> 00:08:57,538 Awak tak neutral semasa di Shiffley's. 87 00:08:58,247 --> 00:08:59,873 Kami tahu. 88 00:08:59,873 --> 00:09:05,546 Awak terjejas sebab simpati awak kepada pemilik tanah itu. 89 00:09:08,298 --> 00:09:12,803 Rundingan itu gagal sebab kami terlalu beremosi tentangnya. 90 00:09:13,887 --> 00:09:17,975 Wanita itu tak mahu jual. 91 00:09:18,517 --> 00:09:21,103 Bukan kepada Abe-san atau Hotel Colton. 92 00:09:22,521 --> 00:09:24,523 Maksud saya 93 00:09:24,523 --> 00:09:28,527 bahaya uruskan perniagaan berdasarkan kesetiaan. 94 00:09:33,699 --> 00:09:36,201 Hubungan awak dengan Mamoru Yoshii... 95 00:09:37,202 --> 00:09:38,829 Kami ada isu tentangnya. 96 00:09:41,123 --> 00:09:42,708 Khususnya, 97 00:09:43,417 --> 00:09:44,960 perhubungannya. 98 00:09:50,257 --> 00:09:53,677 Sekarang Tokyo ialah metropolis dengan 11 juta penduduk, 99 00:09:55,220 --> 00:09:57,639 tapi masih rasa seperti kampung. 100 00:10:00,976 --> 00:10:02,311 Jangan risau. 101 00:10:03,145 --> 00:10:05,314 Saya tiada kaitan dengan dia. 102 00:10:32,758 --> 00:10:35,761 Brock, dengar. Ini bukan gembar-gembur. 103 00:10:36,637 --> 00:10:38,388 Lihatlah Nikkei! 104 00:10:40,349 --> 00:10:41,475 Tolonglah. 105 00:10:41,475 --> 00:10:44,019 Awak akan bekerja dengan Goldman Sachs 106 00:10:44,019 --> 00:10:46,855 kalau bukan sebab saya paksa awak belajar semasa di kolej? 107 00:10:48,690 --> 00:10:51,568 Saya bukan minta pelaburan besar. Cuma... 108 00:10:55,948 --> 00:10:58,825 Saya tak tahu apa awak dengar, tapi... 109 00:11:02,955 --> 00:11:04,164 Ya, kita berbual lagi nanti. 110 00:11:53,964 --> 00:11:55,132 Hei! 111 00:11:56,216 --> 00:11:59,553 Makanan busuk apa awak makan hari ini? 112 00:12:13,275 --> 00:12:17,070 Dengar! Kamu juga perlu belajar ini. 113 00:12:18,071 --> 00:12:19,740 Ini beoseot gangjeong. 114 00:12:19,740 --> 00:12:21,742 Selalunya ia lebih pedas, 115 00:12:21,742 --> 00:12:23,911 tapi dah tak ada lada. Tapi... 116 00:12:30,834 --> 00:12:32,961 Sedap. Saya boleh makan sangat banyak. 117 00:12:34,254 --> 00:12:35,756 Neulgeun hobakjeon. 118 00:12:35,756 --> 00:12:40,427 Musim luruh lepas, mak cik saya pergi ke ladang di kampung 119 00:12:40,427 --> 00:12:44,598 dan beli labu besar. 120 00:12:44,598 --> 00:12:48,602 Lima kali ganda lebih besar daripada kepala abang saya! 121 00:12:48,602 --> 00:12:53,482 Mak cik cakap kena makan sepanjang musim sejuk jadi nikmati setiap gigitan. 122 00:12:53,482 --> 00:12:55,192 Jadi saya nikmatinya! 123 00:12:59,530 --> 00:13:02,658 Bando-kun! Turun dari meja awak! 124 00:13:04,743 --> 00:13:05,994 Turun! 125 00:13:08,747 --> 00:13:09,748 Hadap dinding! 126 00:13:23,178 --> 00:13:25,013 Hei, Bando. 127 00:13:25,973 --> 00:13:27,099 Betulkah? 128 00:13:28,684 --> 00:13:30,602 Gosip tentang awak. 129 00:13:34,439 --> 00:13:35,607 Hei, nafas bawang putih. 130 00:13:36,483 --> 00:13:37,651 Saya cakap dengan awak. 131 00:13:43,115 --> 00:13:45,826 Saya dengar keluarga awak tinggal dengan khinzir. 132 00:13:46,535 --> 00:13:49,454 Khinzir itu tidur dalam rumah awak. Betul? 133 00:13:52,165 --> 00:13:53,876 Dia tak nafikan! 134 00:13:54,501 --> 00:13:57,004 Kalau salah, dia pasti nafikan, bukan? 135 00:14:05,554 --> 00:14:07,764 Dia biarkan pembuli ejek saya! 136 00:14:08,849 --> 00:14:11,310 Saya tahu pembuli itu cuba menjengkelkan saya, 137 00:14:11,310 --> 00:14:12,978 tapi tolonglah! 138 00:14:13,645 --> 00:14:16,064 Saya akan tumbuk muka dia suatu hari nanti... 139 00:14:16,064 --> 00:14:17,191 Noa. 140 00:14:18,775 --> 00:14:20,944 Saya faham perasaan awak. 141 00:14:22,362 --> 00:14:25,324 Bukan awak saja begitu. Kita semua rasa kemarahan itu. 142 00:14:25,324 --> 00:14:26,867 Khususnya di sini. 143 00:14:28,493 --> 00:14:29,912 Lihat sekeliling. 144 00:14:30,495 --> 00:14:33,790 Suami marah menjerit kata-kata kesat kepada isteri mereka. 145 00:14:34,541 --> 00:14:38,128 Ibu yang penat marah anak-anak. Adik-beradik saling membenci. 146 00:14:38,128 --> 00:14:39,463 Tapi, Noa, 147 00:14:40,214 --> 00:14:44,301 kemarahan itu datang daripada rasa tak berupaya di sini. 148 00:14:45,469 --> 00:14:47,721 Begitulah keadaannya. 149 00:14:48,555 --> 00:14:50,098 Kalau awak tak suka... 150 00:14:51,600 --> 00:14:54,102 jangan jadi orang Korea, Noa. 151 00:14:54,686 --> 00:14:57,689 Walaupun hanya dalam bayangan awak. 152 00:15:14,248 --> 00:15:15,666 Minum! 153 00:15:15,666 --> 00:15:18,168 Saya harap sekarang awak puas hati. 154 00:15:18,168 --> 00:15:21,672 Dengan sumbangan besar bekalan ketenteraan kami. 155 00:15:21,672 --> 00:15:24,550 Ya. Semua orang gembira. 156 00:15:25,259 --> 00:15:30,305 Adakah ini bermaksud dalam kontrak selepas ini, 157 00:15:30,305 --> 00:15:31,932 kesetiaan kami akan diberi ganjaran? 158 00:15:31,932 --> 00:15:34,101 Jika tidak, 159 00:15:34,101 --> 00:15:38,021 kami mungkin buat awak marah, Koh-san. 160 00:15:38,021 --> 00:15:42,067 Semua orang di Osaka tahu apa berlaku apabila awak marah. 161 00:15:42,651 --> 00:15:46,113 Saya sendiri tak mahu kehilangan anggota badan saya. 162 00:15:49,533 --> 00:15:54,746 Mari berseronok berbanding risau tentang menyenangkan hati menantu saya. 163 00:15:55,455 --> 00:15:59,793 Lagipun, dia juga terkenal dengan sifat murah hatinya. Silakan. 164 00:16:02,671 --> 00:16:06,717 Inoue-san. Kami ada banyak beras di tanah jajahan kami, 165 00:16:06,717 --> 00:16:09,344 tapi mustahil untuk dihantar kepada kami sekarang. 166 00:16:09,344 --> 00:16:10,429 Ya. 167 00:16:10,429 --> 00:16:14,224 Mari ikat beras pada belakang orang Korea dan suruh mereka berenang ke sini. 168 00:16:15,350 --> 00:16:17,811 Padan muka lipas pemalas itu. 169 00:16:29,364 --> 00:16:31,617 Pergi cari dua orang tetamu itu. 170 00:16:33,493 --> 00:16:35,746 Sudah lama mereka pergi. 171 00:16:42,920 --> 00:16:44,630 Jadi ia akan berlaku? 172 00:16:44,630 --> 00:16:46,840 Belum dipastikan. 173 00:16:47,716 --> 00:16:49,760 Tapi ada pesanan yang dipintas. 174 00:16:50,844 --> 00:16:53,347 Ada khabar angin pengeboman akan berlaku tak lama lagi. 175 00:16:53,347 --> 00:16:54,640 Tak lama lagi? 176 00:16:55,349 --> 00:16:56,558 Dalam beberapa hari. 177 00:16:57,684 --> 00:17:00,312 Cepat bawa keluarga awak keluar dari bandar ini. 178 00:17:01,980 --> 00:17:06,693 Keluarga saya sudah dihantar ke kampung. Saya akan ke sana pagi nanti. 179 00:17:09,154 --> 00:17:13,659 Sebelum itu, tak boleh pergi tanpa makan semua makanan sedap itu. 180 00:17:14,409 --> 00:17:19,830 Koh-san memang hebat sebab dapat semua makanan itu. 181 00:17:28,841 --> 00:17:31,385 Awak memang mencari nahas. 182 00:17:31,385 --> 00:17:33,595 Abe-san mahu membalas. 183 00:17:34,471 --> 00:17:35,889 Percayalah, saya boleh rasa. 184 00:17:36,390 --> 00:17:38,600 Malam ini majlis anugerah pentingnya. 185 00:17:38,600 --> 00:17:41,812 Ahli Perniagaan Terbaik Jepun Tahun Ini. Itu satu penghormatan besar. 186 00:17:42,813 --> 00:17:44,481 Sampaikan ucapan tahniah daripada saya. 187 00:17:54,366 --> 00:17:56,952 Beritahu saya yang sebenar. 188 00:17:56,952 --> 00:17:58,620 Berapa dana yang awak sudah dapat? 189 00:18:02,457 --> 00:18:03,500 Mustahil. Kosong? 190 00:18:06,128 --> 00:18:07,754 - Kosong. - Selar kuning. 191 00:18:12,801 --> 00:18:14,261 Awak patut minta daripada saya. 192 00:18:15,304 --> 00:18:16,763 Apa yang awak mengarut? 193 00:18:16,763 --> 00:18:18,307 Saya tak mahu simpati awak. 194 00:18:19,391 --> 00:18:20,601 Saya mahu tolong awak. 195 00:18:21,935 --> 00:18:22,936 Awak serius? 196 00:18:24,688 --> 00:18:27,774 Tak sangka dulu saya cemburukan awak. 197 00:18:29,401 --> 00:18:32,112 Jangan buka luka lama, Tetsuya. 198 00:18:32,112 --> 00:18:33,572 Saya sedar saya menjengkelkan. 199 00:18:34,198 --> 00:18:36,783 Itu memang kelebihan awak, jadi menjengkelkan. 200 00:18:40,245 --> 00:18:41,538 Dua ratus juta. 201 00:18:43,498 --> 00:18:46,502 Lagipun, awak kawan saya paling lama. 202 00:18:47,127 --> 00:18:48,712 Saya masih ingat 203 00:18:49,296 --> 00:18:53,717 semasa saya berpindah ke sekolah itu, awak baik dengan saya. 204 00:18:54,343 --> 00:18:58,430 Awak boleh layan saya dengan buruk seperti mereka yang lain. 205 00:18:59,806 --> 00:19:01,850 Budak baharu selalu jadi sasaran mudah. 206 00:19:03,101 --> 00:19:04,269 Tapi awak... 207 00:19:07,731 --> 00:19:09,942 Awak tak pernah buli saya. 208 00:19:09,942 --> 00:19:11,318 Ia perbuatan yang dungu. 209 00:19:12,611 --> 00:19:13,612 Betul. 210 00:19:20,244 --> 00:19:21,245 Terima kasih. 211 00:19:22,120 --> 00:19:23,247 Abalone. 212 00:19:33,882 --> 00:19:35,133 Sedia? 213 00:19:37,678 --> 00:19:38,679 Satu! 214 00:19:42,140 --> 00:19:43,141 Dua! 215 00:19:44,560 --> 00:19:45,561 Tiga! 216 00:19:47,688 --> 00:19:50,440 Apabila orang Amerika tak guna itu jejakkan kaki di negara kita, 217 00:19:50,440 --> 00:19:53,360 mereka akan menjarah dan mencemarkan empayar hebat kita, 218 00:19:53,360 --> 00:19:55,320 membakar semua tempat! 219 00:19:55,988 --> 00:19:59,992 Jadi kita perlu melawan penjahat itu, bukan? 220 00:20:11,920 --> 00:20:13,922 Sangat bagus. 221 00:20:16,675 --> 00:20:18,552 Dengar dengan baik. 222 00:20:19,761 --> 00:20:23,265 Kita bukan hanya menikam patung jerami. 223 00:20:24,433 --> 00:20:26,185 Ini musuh! 224 00:20:26,810 --> 00:20:29,479 Bedebah itu akan bakar rumah kita, 225 00:20:29,479 --> 00:20:32,191 culik anak kita, 226 00:20:32,191 --> 00:20:37,571 kita tak tahu apa lagi perkara menakutkan yang mereka akan buat pada kita. 227 00:20:37,571 --> 00:20:39,740 Jadi saya tanya kamu semua, 228 00:20:40,324 --> 00:20:43,744 kamu akan biarkan orang Amerika yang jahat itu datang kepada kamu? 229 00:20:43,744 --> 00:20:45,120 Tidak! 230 00:20:45,746 --> 00:20:49,708 Kamu akan biarkan saja mereka pisahkan keluarga kamu? 231 00:20:49,708 --> 00:20:50,959 Tidak! 232 00:20:51,793 --> 00:20:53,295 Jadi serang! 233 00:21:00,344 --> 00:21:04,139 Kenapa rosakkannya? Nanti tak boleh guna lagi. 234 00:21:04,139 --> 00:21:05,516 Itu yang kita kena buat, mak! 235 00:21:05,516 --> 00:21:09,394 Jatuhkan musuh supaya mereka tak boleh bangun lagi. 236 00:21:11,813 --> 00:21:12,814 Pergilah. 237 00:21:22,699 --> 00:21:25,244 Fokus pada sasaran! Fokus! 238 00:21:30,541 --> 00:21:33,293 Banyak saya ingin tahu tentang awak. 239 00:21:36,213 --> 00:21:40,467 Keadaan awak, sama ada bagus atau tidak. 240 00:21:43,929 --> 00:21:46,181 Awak kahwini pastor, bukan? 241 00:21:46,723 --> 00:21:48,225 Pastor yang sakit. 242 00:21:48,225 --> 00:21:51,061 Dia sembuh daripada penyakitnya, 243 00:21:53,105 --> 00:21:54,648 dan kehidupan kami baik dalam beberapa tahun. 244 00:21:56,942 --> 00:21:57,943 Kemudian... 245 00:22:00,487 --> 00:22:02,155 polis tangkap dia. 246 00:22:02,865 --> 00:22:04,241 Sebab apa? 247 00:22:04,825 --> 00:22:07,911 Sebab bantu pekerja berjuang dapatkan gaji lebih baik. 248 00:22:10,038 --> 00:22:13,750 Sudah tujuh tahun sejak kejadian itu. 249 00:22:15,711 --> 00:22:19,464 Jadi bagaimana awak teruskan kehidupan? 250 00:22:20,841 --> 00:22:26,013 Saya masih anggap saya bertuah. Saya ada abang ipar. 251 00:22:27,097 --> 00:22:30,809 Dia dikerah bekerja di kilang senjata di Nagasaki tahun lepas. 252 00:22:32,936 --> 00:22:36,982 Duit yang dia hantar amat membantu, 253 00:22:36,982 --> 00:22:40,194 tapi kebelakangan ini, dia dibayar menggunakan nota janji. 254 00:22:41,612 --> 00:22:45,282 Kimchi saya juga hampir habis. Selepas jualnya... 255 00:22:49,369 --> 00:22:51,205 Kemudian tentang ibu saya pula. 256 00:22:51,788 --> 00:22:54,374 Kenapa? Ada sesuatu berlaku kepada ibu awak? 257 00:22:54,958 --> 00:22:57,753 Sudah tiga bulan dia tak hantar surat. 258 00:22:59,838 --> 00:23:01,089 Ibu saya... 259 00:23:04,384 --> 00:23:05,761 dia bersendirian. 260 00:23:08,847 --> 00:23:12,226 Memang sukar, bukan? 261 00:23:13,143 --> 00:23:16,605 Walaupun begitu, saya tetap tersenyum. 262 00:23:18,398 --> 00:23:21,693 Jika tidak, anak-anak saya, 263 00:23:22,402 --> 00:23:24,905 mereka akan hanya nampak tangisan seorang ibu. 264 00:23:26,198 --> 00:23:27,574 Saya tak mahu begitu. 265 00:23:33,163 --> 00:23:34,706 Tapi, Sunja... 266 00:23:39,878 --> 00:23:45,592 Saya dengar ada wanita di sini buat wain beras untuk dijual di pasar gelap. 267 00:23:46,301 --> 00:23:47,553 Mungkin kita berdua boleh... 268 00:23:47,553 --> 00:23:49,721 Itu salah, bukan? 269 00:23:50,305 --> 00:23:55,185 Awak sendiri cakap awak tiada apa-apa untuk dijual. 270 00:23:56,436 --> 00:23:59,231 Tiada orang ada duit untuk upah saya basuh pakaian mereka. 271 00:24:03,861 --> 00:24:06,280 Sunja, saya... 272 00:24:10,033 --> 00:24:11,618 saya terdesak. 273 00:24:17,583 --> 00:24:19,126 Jangan salah faham. 274 00:24:21,211 --> 00:24:23,172 Saya bukan marah awak, 275 00:24:23,172 --> 00:24:24,756 tapi dengan keadaan saya... 276 00:24:24,756 --> 00:24:26,133 Lupakan saja. 277 00:24:35,559 --> 00:24:37,895 Anak-anak awak membesar dengan baik. 278 00:24:57,998 --> 00:25:00,000 PEMBUKAAN BESAR-BESARAN 279 00:25:15,724 --> 00:25:16,767 Nenek! 280 00:25:17,351 --> 00:25:18,602 Kamu datang! 281 00:25:18,602 --> 00:25:21,480 Setidaknya kamu sampai sebelum pembukaan. 282 00:25:23,357 --> 00:25:25,275 Kamu patut gosoknya. 283 00:25:27,694 --> 00:25:29,738 Kemudian kamu pelik sebab nenek risau. 284 00:25:30,447 --> 00:25:31,990 - Solomon! - Ayah! 285 00:25:32,616 --> 00:25:35,577 - Bagaimana rupa ayah? - Sangat bergaya! 286 00:25:35,577 --> 00:25:37,829 Kamu berdua sangat bergaya! 287 00:25:37,829 --> 00:25:39,206 Betul, bukan? 288 00:25:39,206 --> 00:25:41,959 Perniagaan baharu dengan pemilik baharu. 289 00:25:42,459 --> 00:25:43,460 Sempurna, bukan? 290 00:25:44,044 --> 00:25:45,212 Tahniah. 291 00:25:46,338 --> 00:25:49,091 Semuanya berjalan lancar. Ayah lega. 292 00:25:50,384 --> 00:25:52,970 Bagaimana dengan kutipan dana? 293 00:25:53,846 --> 00:25:56,098 Saya dapat peluang besar hari ini. 294 00:25:56,849 --> 00:25:58,433 Ingat Tetsuya? 295 00:25:59,893 --> 00:26:03,021 Budak manja yang selalu korek hidung? 296 00:26:03,689 --> 00:26:05,649 Sekarang tak lagi. 297 00:26:06,149 --> 00:26:08,193 Dia baru buktikan dia kawan sejati. 298 00:26:08,694 --> 00:26:12,197 Jika seseorang seperti dia melabur, semuanya akan jadi kenyataan. 299 00:26:12,197 --> 00:26:13,282 Betul? 300 00:26:14,324 --> 00:26:15,325 Dengar. 301 00:26:16,952 --> 00:26:19,413 Nenek kamu dan ayah sudah berbincang. 302 00:26:20,414 --> 00:26:25,752 Kami tak mahu terlepas peluang membuat duit yang banyak. 303 00:26:33,886 --> 00:26:35,470 Apa ini? 304 00:26:35,470 --> 00:26:36,930 Buka. 305 00:26:41,602 --> 00:26:44,313 TUJUH RATUS RIBU DOLAR 306 00:26:49,276 --> 00:26:50,944 Mana nenek dan ayah dapat duit ini? 307 00:26:51,987 --> 00:26:54,615 Ayah ambil pinjaman dengan mencagarkan kedai ini. 308 00:26:54,615 --> 00:26:59,077 Jadi ayah tambah hutang lagi? 309 00:26:59,703 --> 00:27:01,496 Apa masalahnya? 310 00:27:01,496 --> 00:27:04,917 Sekarang bank beri pinjaman dengan mudah. 311 00:27:04,917 --> 00:27:06,585 Bunga sangat rendah. 312 00:27:07,961 --> 00:27:10,839 Ini tetap hutang. 313 00:27:10,839 --> 00:27:12,090 Apa ini? 314 00:27:12,674 --> 00:27:15,552 Kami buat begini untuk kamu, tapi kamu hanya merungut? 315 00:27:16,136 --> 00:27:17,346 Bukan begitu. 316 00:27:18,013 --> 00:27:21,892 Jika sesuatu berlaku... Jika saya gagal, duit ini... 317 00:27:21,892 --> 00:27:23,977 Kamu anak ayah. 318 00:27:26,313 --> 00:27:28,899 Kalau ayah tak percayakan kamu, 319 00:27:29,608 --> 00:27:32,402 siapa lagi akan percaya? 320 00:27:34,071 --> 00:27:38,617 Buat yang terbaik. Kamu akan berjaya. 321 00:27:40,619 --> 00:27:44,039 Tanaka Akio. Yoshida Isamu. 322 00:27:44,706 --> 00:27:47,459 Tempat kedua, Nakamura Minoru. 323 00:27:48,836 --> 00:27:50,462 Tempat pertama... 324 00:27:52,005 --> 00:27:53,465 Bando Nobuo. 325 00:27:59,179 --> 00:28:01,598 Kita akan sambung pelajaran minggu lepas. 326 00:28:18,365 --> 00:28:19,700 Bando. 327 00:28:20,826 --> 00:28:22,327 Cikgu mahu cakap sebentar. 328 00:28:33,547 --> 00:28:36,383 Buku apa awak baca dalam kelas? 329 00:28:38,927 --> 00:28:40,762 Pengembaraan Tom Sawyer. 330 00:28:41,513 --> 00:28:42,848 Buku Amerika? 331 00:28:43,599 --> 00:28:45,934 Awak tahu itu tak dibenarkan. 332 00:28:47,352 --> 00:28:48,353 Maafkan saya. 333 00:28:51,315 --> 00:28:53,525 Cuba lebihkan usaha. 334 00:28:53,525 --> 00:28:55,110 Fikiran awak... 335 00:28:55,694 --> 00:28:57,779 ia boleh beri awak banyak peluang. 336 00:28:58,572 --> 00:28:59,698 Peluang apa? 337 00:29:00,199 --> 00:29:03,118 Peluang untuk keluar dari tempat yang sesak dan kotor ini. 338 00:29:03,619 --> 00:29:05,245 Mungkin universiti. 339 00:29:05,871 --> 00:29:08,290 Cikgu belajar di Waseda, Tokyo... 340 00:29:08,290 --> 00:29:09,917 Saya tak mahu keluar dari sini. 341 00:29:10,834 --> 00:29:14,129 Saya mahu kekal di sini dan jadi pastor. 342 00:29:18,967 --> 00:29:22,012 Cikgu dengar ayah kamu sudah tiada di rumah. 343 00:29:22,012 --> 00:29:23,222 Dia akan kembali. 344 00:29:24,223 --> 00:29:25,224 Apa? 345 00:29:26,892 --> 00:29:27,893 Ayah saya, 346 00:29:28,644 --> 00:29:30,103 dia akan balik rumah. 347 00:29:31,897 --> 00:29:33,148 Sebab itu saya perlu ada di sini. 348 00:29:35,442 --> 00:29:38,612 Bagaimana kalau dia tak balik? 349 00:29:39,530 --> 00:29:40,822 Saya sudah cakap. 350 00:29:40,822 --> 00:29:42,324 Saya takkan pergi. 351 00:29:56,797 --> 00:29:57,798 Ambil. 352 00:29:59,675 --> 00:30:02,344 Cikgu sudah tak perlukannya. 353 00:30:02,344 --> 00:30:04,680 UNIVERSITI WASEDA UJIAN LATIHAN PEPERIKSAAN KEMASUKAN 354 00:30:04,680 --> 00:30:06,682 Tapi saya tak... 355 00:30:08,016 --> 00:30:09,017 Awak tahu. 356 00:30:10,018 --> 00:30:11,812 Cikgu tahu identiti sebenar awak. 357 00:30:13,981 --> 00:30:15,399 Noa Baek. 358 00:30:29,788 --> 00:30:33,375 BUKU INI MILIK OGAWA EIICHI (GO YOUNG HO) 359 00:30:53,520 --> 00:30:55,272 Itu arak haram. 360 00:30:55,272 --> 00:30:57,858 Tapi, Kyunghee, apa lagi pilihan kita? 361 00:30:58,442 --> 00:31:01,195 Simpanan kita sudah habis dan tiada pendapatan. 362 00:31:01,195 --> 00:31:03,906 Sunja, kalau apa-apa berlaku kepada awak... 363 00:31:03,906 --> 00:31:05,115 Saya akan berhati-hati. 364 00:31:05,908 --> 00:31:10,078 Saya dengar Polis Ekonomi ada pemberi maklumat di sana. 365 00:31:10,662 --> 00:31:12,539 Maaf, tapi ini sangat bahaya! 366 00:31:13,248 --> 00:31:14,416 Saya takkan benarkan. 367 00:31:15,375 --> 00:31:16,960 Jadi kita patut mati kebuluran? 368 00:31:18,962 --> 00:31:20,631 Awak tahu siapa yang buat begitu? 369 00:31:20,631 --> 00:31:21,965 Orang yang lapar. 370 00:31:23,342 --> 00:31:25,594 Ibu bapa yang ada anak kelaparan. 371 00:31:29,806 --> 00:31:30,807 Kyunghee... 372 00:31:33,560 --> 00:31:39,858 Saya dengar perut Mozasu berbunyi semasa dia tidur semalam. 373 00:31:44,279 --> 00:31:46,365 Anak-anak kita juga lapar. 374 00:31:54,414 --> 00:31:56,333 Awak fikir saya tak tahu? 375 00:31:59,336 --> 00:32:04,591 Saya jumpa cacing dalam beras catuan sebelum ini. Cacing! 376 00:32:09,346 --> 00:32:11,014 Lebih teruk daripada itu, 377 00:32:12,307 --> 00:32:17,229 saya fikir mahu biarkan supaya dapat kenyangkan mereka. 378 00:32:19,857 --> 00:32:21,900 Tak perlu rasa malu tentang itu. 379 00:32:23,235 --> 00:32:25,779 Kita belum sampai tahap itu. 380 00:32:29,783 --> 00:32:31,034 Kyunghee. 381 00:32:32,744 --> 00:32:37,082 Buat masa sekarang, kita patut elak beri anak kita makan cacing, bukan? 382 00:32:44,089 --> 00:32:46,008 Janji saya satu perkara. 383 00:32:47,676 --> 00:32:51,680 Awak kena balik rumah setiap malam. 384 00:32:55,058 --> 00:32:56,435 Sudah tentu. 385 00:32:57,519 --> 00:32:59,146 Sudah tentu. 386 00:33:41,480 --> 00:33:43,815 Itu cuma latihan. Teruskan bekerja. 387 00:35:17,034 --> 00:35:18,076 Pergi. 388 00:35:18,076 --> 00:35:19,620 Jangan risau. 389 00:35:19,620 --> 00:35:21,079 Saya akan uruskan. 390 00:35:21,622 --> 00:35:23,165 Maaf saya buat awak pergi sendirian. 391 00:35:23,165 --> 00:35:25,709 Tak apa. Saya pandai menjual. 392 00:35:26,376 --> 00:35:28,629 Pergi cepat sebelum suami awak lebih marah. 393 00:35:34,092 --> 00:35:35,093 Jangan lupa. 394 00:35:35,969 --> 00:35:37,846 Hanya tunjukkan senyuman. 395 00:35:57,741 --> 00:36:00,327 - Solomon? - Tetsuya. Sekarang saya di Osaka. 396 00:36:00,327 --> 00:36:01,411 Ada apa? 397 00:36:01,912 --> 00:36:03,121 Abe- san... 398 00:36:05,249 --> 00:36:07,793 Dia dengar tentang pelaburan saya. 399 00:36:10,045 --> 00:36:11,088 Tapi... 400 00:36:11,088 --> 00:36:13,549 Dia ugut mahu hancurkan kita berdua. 401 00:36:13,549 --> 00:36:15,384 Dia cakap awak tipu saya. 402 00:36:15,968 --> 00:36:17,553 Apa maksud awak, Tetsuya? 403 00:36:19,555 --> 00:36:21,598 Maaf. Saya tak boleh. 404 00:36:22,891 --> 00:36:23,892 Solomon? 405 00:36:25,477 --> 00:36:27,354 - Awak masih di talian? - Jangan risau. 406 00:36:28,355 --> 00:36:30,065 Saya faham. 407 00:36:30,065 --> 00:36:31,608 Maafkan saya, Solomon. 408 00:36:31,608 --> 00:36:32,943 Saya tahu. 409 00:36:39,741 --> 00:36:42,494 Solomon. Apa kamu buat di sana? 410 00:36:43,203 --> 00:36:44,538 Ikut nenek pergi ke kedai. 411 00:36:46,498 --> 00:36:48,917 - Apa? - Kedai runcit di hujung jalan. 412 00:36:48,917 --> 00:36:50,544 Kek itu sudah siap. 413 00:36:50,544 --> 00:36:51,962 Kita juga perlukan cawan. 414 00:36:51,962 --> 00:36:55,090 Nenek beritahu ayah kamu jangan hidangkan jus anggur. 415 00:36:59,928 --> 00:37:01,638 Kenapa berdiri saja di sana? 416 00:37:02,139 --> 00:37:03,307 Nenek nak pergi. 417 00:37:57,569 --> 00:38:01,198 Mungkin orang yang ambil pesanan awak tak faham. 418 00:38:02,324 --> 00:38:04,284 Mereka tak faham "50"? 419 00:38:04,284 --> 00:38:06,203 Nenek, kenapa? 420 00:38:06,787 --> 00:38:10,666 Nenek pesan kek untuk 50 orang, tapi ini yang dia beri. 421 00:38:12,125 --> 00:38:13,919 Ini kesilapan awak, bukan? 422 00:38:14,545 --> 00:38:17,297 Ini pesanan khas. 423 00:38:17,840 --> 00:38:19,174 Ia ditulis di sini. 424 00:38:19,174 --> 00:38:21,260 Ini bukan yang kami pesan. 425 00:38:23,011 --> 00:38:24,638 Walau apa pun, 426 00:38:24,638 --> 00:38:28,225 jangan salahkan saya sebab tak faham bahasa Jepun yang teruk. 427 00:38:28,225 --> 00:38:29,518 Teruk? 428 00:38:30,769 --> 00:38:33,730 Kalau mahu tinggal di negara ini, 429 00:38:33,730 --> 00:38:37,067 awak patut belajar bahasa kami dengan baik. 430 00:38:40,237 --> 00:38:41,280 Mari pergi. 431 00:38:41,280 --> 00:38:44,449 Ini bukan tentang kek itu, bukan? 432 00:38:44,449 --> 00:38:46,702 Saya tak faham maksud awak, 433 00:38:46,702 --> 00:38:48,787 tapi kalau tak suka perkhidmatan kami, 434 00:38:48,787 --> 00:38:50,956 pergi beli di kedai lain. 435 00:38:50,956 --> 00:38:54,209 Ada kedai untuk orang seperti kamu, bukan? 436 00:38:54,793 --> 00:38:56,628 Apa yang awak cakap? 437 00:39:00,090 --> 00:39:02,676 Jangan pergi. Jawab soalan saya. 438 00:39:02,676 --> 00:39:05,804 Awak fikir awak siapa? 439 00:39:06,930 --> 00:39:10,350 Saya juga dilahirkan di sini seperti awak. 440 00:39:10,934 --> 00:39:14,188 Saya belajar di Universiti Yale. Awak faham? 441 00:39:14,771 --> 00:39:17,983 Gaji bulanan awak bersamaan gaji sehari saya! 442 00:39:17,983 --> 00:39:21,820 Awak tiada hak merendahkan kami! Si dungu! 443 00:39:48,305 --> 00:39:50,599 Ada sesiapa di rumah? 444 00:39:52,768 --> 00:39:54,853 Ada serbuan di pasar gelap. 445 00:39:57,397 --> 00:39:59,316 Sunja ditangkap. 446 00:40:00,025 --> 00:40:01,860 Mereka bawa dia pergi! 447 00:40:01,860 --> 00:40:02,945 Apa? 448 00:40:04,154 --> 00:40:08,033 Mana dia sekarang? Mereka bawa dia ke mana? 449 00:40:14,831 --> 00:40:19,545 Mari berharap kita dapat hakim lebih tua itu. Setidaknya dia adil. 450 00:40:21,088 --> 00:40:23,423 Semoga kita tak dapat hakim muda itu. 451 00:40:23,423 --> 00:40:25,717 Lelaki itu kejam. 452 00:40:42,025 --> 00:40:43,735 IMPIAN 453 00:41:14,558 --> 00:41:18,478 Solomon, kamu buat nenek takut malam ini. 454 00:41:21,565 --> 00:41:23,108 Maaf saya buat nenek takut. 455 00:41:24,151 --> 00:41:25,402 Tapi, nenek... 456 00:41:29,323 --> 00:41:30,490 Sekarang... 457 00:41:32,534 --> 00:41:33,994 Sekarang sangat sukar. 458 00:41:37,414 --> 00:41:38,957 Saya tak boleh teruskan. 459 00:41:40,042 --> 00:41:41,043 Saya... 460 00:41:43,587 --> 00:41:48,217 Saya tak boleh hidup dengan sentiasa rasa kasihan pada nenek. 461 00:42:30,759 --> 00:42:32,010 Masa untuk bangun. 462 00:42:35,389 --> 00:42:37,933 Mak cik, apa polis cakap? 463 00:42:41,061 --> 00:42:45,899 Belum ada berita, tapi polis itu janji untuk periksanya. 464 00:42:52,656 --> 00:42:56,535 Boleh kami tinggal di rumah hari ini dan tunggu dengan mak cik? 465 00:42:59,454 --> 00:43:02,249 Ibu awak pasti mahu awak ke sekolah. 466 00:43:03,041 --> 00:43:04,251 Awak pun tahu. 467 00:43:20,475 --> 00:43:22,728 Mozasu, bangun. 468 00:43:28,066 --> 00:43:30,402 Dia datang. Sedia. 469 00:43:30,402 --> 00:43:31,778 Apa berlaku? 470 00:43:32,404 --> 00:43:33,405 Dia sampai. 471 00:43:44,708 --> 00:43:45,959 Nama? 472 00:43:45,959 --> 00:43:47,294 Ryu Kimiko. 473 00:43:48,712 --> 00:43:51,715 Kesalahan kali ketiga. Baiklah. 474 00:43:51,715 --> 00:43:54,551 Dia cuba lari tanpa membayar! 475 00:43:54,551 --> 00:43:56,053 Hukuman dua bulan. 476 00:43:56,053 --> 00:43:57,179 Dua bulan? 477 00:43:59,515 --> 00:44:01,600 - Nama? - Hayashi Asuka. 478 00:44:01,600 --> 00:44:03,894 Kesalahan pertama. Hukuman tiga minggu. 479 00:44:06,480 --> 00:44:07,481 Nama? 480 00:44:10,692 --> 00:44:11,902 Bando Nobuko. 481 00:44:14,029 --> 00:44:18,367 Awak. 482 00:44:23,997 --> 00:44:25,165 Awak boleh pergi. 483 00:44:36,635 --> 00:44:38,679 Awak takkan bernasib baik lagi selepas ini. 484 00:44:43,100 --> 00:44:45,519 Ingat itu. 485 00:44:51,942 --> 00:44:53,026 Seterusnya. 486 00:44:54,152 --> 00:44:55,320 Nama? 487 00:45:03,829 --> 00:45:10,252 Ia satu penghormatan untuk menerima anugerah ini. 488 00:45:10,252 --> 00:45:13,130 Saya rasa rendah diri 489 00:45:13,130 --> 00:45:18,385 apabila fikir saya tak buat apa-apa yang bernilai untuk dapat penghargaan ini 490 00:45:18,385 --> 00:45:22,890 berbanding ramai rakyat Jepun lain yang saya kagumi. 491 00:45:36,695 --> 00:45:40,073 Seperti yang saya cakap, 492 00:45:40,073 --> 00:45:43,243 ia satu penghormatan menerima anugerah ini. 493 00:45:43,243 --> 00:45:48,290 Mengingat kembali cabaran kita perlu lalui untuk ada di sini hari ini... 494 00:45:49,124 --> 00:45:52,294 Negara yang pernah dihancurkan. 495 00:45:52,294 --> 00:45:57,424 Namun, dari abu itu, kita bangkit... 496 00:46:04,056 --> 00:46:05,057 En. Kim. 497 00:46:07,643 --> 00:46:09,144 Saya pergi ke balai, 498 00:46:09,645 --> 00:46:11,563 tapi mereka cakap awak sudah dibebaskan. 499 00:46:12,940 --> 00:46:16,360 Bagaimana awak tahu saya di sana? 500 00:46:18,028 --> 00:46:19,530 Mari ikut saya. 501 00:46:22,908 --> 00:46:24,826 Awak mahu saya naik kereta itu? 502 00:46:26,161 --> 00:46:27,788 Awak mahu bawa saya ke mana? 503 00:46:29,081 --> 00:46:30,874 Saya tak boleh cakap. 504 00:48:28,825 --> 00:48:31,787 Mineral yang ditemui dalam perut bumi. 505 00:48:31,787 --> 00:48:33,288 Namanya tungsten. 506 00:48:33,288 --> 00:48:36,124 Selepas diproses, ia tahan karat. 507 00:48:37,751 --> 00:48:42,548 Berguna untuk pesawat, misil, bom tangan dan sebagainya. 508 00:48:43,215 --> 00:48:45,926 Perang boleh berlaku sebab adanya ini. 509 00:48:53,267 --> 00:48:54,852 Bagaimana awak jumpa saya? 510 00:48:57,437 --> 00:49:00,566 Saya tak perlu cari awak. Saya tak pernah kehilangan awak. 511 00:49:03,318 --> 00:49:05,946 En. Kim kerja untuk saya. 512 00:49:07,364 --> 00:49:10,909 Bertahun dulu saya arahkan dia perhatikan awak dan anak-anak. 513 00:49:11,451 --> 00:49:12,452 Khususnya Noa. 514 00:49:17,249 --> 00:49:18,667 Dia budak yang bijak, 515 00:49:19,835 --> 00:49:21,670 tapi tak gunakan kebijaksanaan itu. 516 00:49:27,759 --> 00:49:29,469 Apa awak mahu? 517 00:49:34,349 --> 00:49:35,475 Tempat ini akan dibom. 518 00:49:36,351 --> 00:49:37,811 Sudah bertahun-tahun kami dengar itu. 519 00:49:37,811 --> 00:49:39,229 Kali ini ia benar. 520 00:49:40,647 --> 00:49:41,982 Ia akan berlaku tak lama lagi. 521 00:49:43,066 --> 00:49:45,736 Bukan bom kecil yang sasarkan kilang. 522 00:49:45,736 --> 00:49:47,738 Mereka akan bom seluruh bandar. 523 00:49:48,488 --> 00:49:50,949 Amerika mahu semua tempat terbakar. 524 00:49:51,533 --> 00:49:53,493 Bagaimana awak begitu pasti tentang itu? 525 00:49:57,414 --> 00:49:59,333 Bagaimana saya tahu awak buat wain beras? 526 00:50:00,959 --> 00:50:04,838 Atau guru Noa ialah orang Korea yang berpura-pura menjadi sebaliknya? 527 00:50:05,923 --> 00:50:08,133 Saya perlu tahu perkara orang lain tak tahu. 528 00:50:08,884 --> 00:50:11,178 Itu cara saya belajar bertahan. 529 00:50:11,178 --> 00:50:12,596 Awak juga patut buat begitu. 530 00:50:14,389 --> 00:50:16,600 Saya sudah uruskan untuk awak, kakak ipar awak 531 00:50:16,600 --> 00:50:18,727 dan dua budak itu berlindung di kawasan kampung. 532 00:50:20,312 --> 00:50:22,231 Saya takkan tinggalkan suami saya di penjara. 533 00:50:22,231 --> 00:50:23,690 Awak faham maksud saya? 534 00:50:25,025 --> 00:50:28,487 Amerika hantar pesawat mereka untuk musnahkan bandar ini! 535 00:50:29,446 --> 00:50:31,365 Semua yang awak tahu akan musnah. 536 00:50:32,491 --> 00:50:34,326 Awak sangka awak faham maksudnya. 537 00:50:36,453 --> 00:50:37,454 Tidak. 538 00:50:38,497 --> 00:50:39,581 Awak tak tahu. 539 00:50:40,874 --> 00:50:42,084 Saya tahu. 540 00:50:42,668 --> 00:50:43,961 Saya sudah beritahu awak. 541 00:50:45,754 --> 00:50:46,755 Itu tak mungkin. 542 00:50:47,673 --> 00:50:52,427 Awak sanggup risikokan anak awak untuk lelaki tak guna yang ditangkap? 543 00:50:52,427 --> 00:50:54,221 Saya takkan tinggalkan dia. 544 00:50:56,265 --> 00:50:57,307 Takkan. 545 00:51:03,146 --> 00:51:04,147 Awak... 546 00:51:07,276 --> 00:51:09,236 Awak memang peduli tentang dia. 547 00:51:11,780 --> 00:51:12,990 Bukan? 548 00:52:36,907 --> 00:52:38,909 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman