1 00:00:08,383 --> 00:00:13,347 Sari kata bahasa Jepun berwarna biru. Sari kata bahasa Korea berwarna kuning. 2 00:00:28,820 --> 00:00:30,030 Sedia? 3 00:00:32,908 --> 00:00:33,909 Mari lakukan. 4 00:00:38,288 --> 00:00:41,500 Saya boleh buat, tapi berdiri dekat saya. 5 00:00:43,210 --> 00:00:46,129 Cepat! Nanti tiada tempat dalam kereta api. 6 00:00:56,765 --> 00:00:58,725 Mereka datang. 7 00:00:59,893 --> 00:01:01,019 Serang! 8 00:01:03,939 --> 00:01:05,274 Jangan biar mereka terlepas! 9 00:01:38,724 --> 00:01:40,517 Tembak! 10 00:01:44,563 --> 00:01:48,859 Saya sasarkan jantung awak dan kena pada tembakan pertama! 11 00:01:48,859 --> 00:01:53,363 - Ya, saya nampak! - Mengarut! Kami dah hancurkan kamu dulu! 12 00:01:53,363 --> 00:01:56,325 Sekarang giliran saya pakai topeng gas. 13 00:01:56,325 --> 00:01:57,534 Beri! 14 00:01:57,534 --> 00:01:59,411 Lelaki itu lagi. 15 00:02:10,672 --> 00:02:12,007 Itu rumah saya. 16 00:02:18,764 --> 00:02:19,765 Mak? 17 00:02:31,735 --> 00:02:32,778 Abang nak balik. 18 00:02:33,487 --> 00:02:34,863 Kamu semua pun patut balik. 19 00:02:44,748 --> 00:02:49,336 Mayat ayahnya... Mereka akan dapatnya semula? 20 00:02:51,505 --> 00:02:55,884 Bergantung kepada sisa mayat yang ada. 21 00:03:01,348 --> 00:03:04,852 Tapi, Mozasu, ingat apa Paderi Hu cakap. 22 00:03:04,852 --> 00:03:07,062 Tuhan menjaga kita. 23 00:03:07,062 --> 00:03:09,147 Awak percaya itu, bukan? 24 00:03:09,147 --> 00:03:12,693 Lihat siapa itu. 25 00:03:13,944 --> 00:03:15,445 Bando. 26 00:03:33,714 --> 00:03:34,965 {\an8}(bahasa Korea) Mozasu. 27 00:03:35,966 --> 00:03:37,885 Datang cepat. Tolong mak cik kutip pakaian. 28 00:03:40,220 --> 00:03:43,098 Mak cik, kenapa selalu panggil saya saja? 29 00:03:43,098 --> 00:03:45,058 Tak pernah panggil Noa! 30 00:03:45,058 --> 00:03:47,186 Sebab kamu hanya bermain. 31 00:03:47,186 --> 00:03:48,729 Cepat! 32 00:03:48,729 --> 00:03:52,149 "Kita mesti ingat untuk bersihkan bahasa kita 33 00:03:52,149 --> 00:03:56,403 daripada dicemari imperialisme Amerika. 34 00:03:57,154 --> 00:04:01,992 Apa yang dulu kita panggil 'beruto', sekarang kita panggil 'tali pinggang.' 35 00:04:01,992 --> 00:04:05,996 Cendekiawan kita patut tumpukan pengajian mereka kepada hal ini." 36 00:04:33,690 --> 00:04:34,942 Mak cik! 37 00:04:38,612 --> 00:04:39,863 Awak okey? 38 00:04:41,865 --> 00:04:45,077 Awak faham saya? 39 00:04:48,539 --> 00:04:49,540 Itu kamu, Noa? 40 00:04:55,254 --> 00:04:58,048 - Noa... - Kamu panggil mak cik? 41 00:05:01,051 --> 00:05:02,177 Noa. 42 00:05:03,262 --> 00:05:05,556 Apa berlaku? Siapa dia? 43 00:05:06,056 --> 00:05:07,140 Rasanya... 44 00:05:08,392 --> 00:05:11,687 Rasanya itu dia. 45 00:05:15,566 --> 00:05:16,692 Isak? 46 00:05:27,369 --> 00:05:29,955 Saya sudah balik, Kyunghee. 47 00:05:33,876 --> 00:05:34,960 Saya... 48 00:05:36,753 --> 00:05:38,338 Saya sudah balik. 49 00:05:46,138 --> 00:05:48,015 Saya sudah balik. 50 00:07:13,976 --> 00:07:16,228 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 51 00:07:51,555 --> 00:07:53,307 Hennessy. Keras. 52 00:07:53,807 --> 00:07:56,018 Sedikit air. 53 00:07:59,062 --> 00:08:00,898 Apa awak buat di sini? 54 00:08:05,194 --> 00:08:06,904 Saya datang untuk merayu belas kasihan. 55 00:08:10,866 --> 00:08:14,953 Beritahu saya, apa saya boleh buat? 56 00:08:19,374 --> 00:08:23,629 Mungkin kita berdua sama. 57 00:08:25,380 --> 00:08:27,424 Ayah awak dan ayah saya 58 00:08:28,300 --> 00:08:31,887 sangat berjaya dari segi kewangan. 59 00:08:35,265 --> 00:08:38,602 Seperti awak, sesiapa yang menghalang saya, 60 00:08:39,645 --> 00:08:44,024 saya lepasinya dan bekerja lebih kuat, lebih kotor. 61 00:08:46,276 --> 00:08:48,445 Saya perlu buktikan kepada dunia 62 00:08:48,445 --> 00:08:53,534 saya bukan orang tak penting. 63 00:08:54,993 --> 00:08:56,036 Sekarang? 64 00:08:57,996 --> 00:09:01,124 Ahli Perniagaan Terbaik Jepun Tahun Ini. 65 00:09:04,253 --> 00:09:08,423 Dianugerahkan oleh orang yang pernah cuba musnahkan saya. 66 00:09:12,594 --> 00:09:14,179 Sejak saya jumpa awak, 67 00:09:15,556 --> 00:09:18,517 saya tahu awak akan jadi penghalang saya. 68 00:09:20,227 --> 00:09:23,522 Kegagalan awak sekarang sebab saya. 69 00:09:26,900 --> 00:09:29,319 Jadi saya takkan ada belas kasihan. 70 00:09:30,821 --> 00:09:36,243 Sebab saya gunakan awak untuk hantar pesanan kepada bandar ini. 71 00:09:38,912 --> 00:09:43,125 Saya akan hancurkan awak kalau buat masalah dengan saya. 72 00:10:07,232 --> 00:10:09,776 Mana dia? Dia di dalam? 73 00:10:12,738 --> 00:10:13,822 Sunja. 74 00:10:15,365 --> 00:10:17,034 Awak mesti bersedia. 75 00:10:57,491 --> 00:10:58,534 Siapa itu? 76 00:11:00,285 --> 00:11:01,662 Ini saya. 77 00:11:12,047 --> 00:11:13,382 Ini saya. 78 00:11:14,800 --> 00:11:16,260 Sunja. 79 00:11:16,969 --> 00:11:18,637 Ya, ini saya. 80 00:11:21,765 --> 00:11:24,893 Kenapa buat begini? Mengejutkan semua orang begini. 81 00:11:30,399 --> 00:11:33,777 Saya berdoa untuk awak setiap masa. 82 00:11:34,987 --> 00:11:37,197 Keadaan awak pasti sukar. 83 00:11:41,618 --> 00:11:44,454 Kami bertuah berbanding ramai lagi orang lain. 84 00:11:45,789 --> 00:11:48,500 Saya sangat bersyukur sebab ada abang dan kakak ipar awak. 85 00:11:49,293 --> 00:11:51,587 Mereka sangat baik kepada kami. 86 00:11:51,587 --> 00:11:57,509 Saya dengar abang saya sudah pergi jauh. 87 00:11:59,386 --> 00:12:03,724 Saya nak sangat jumpa dia. 88 00:12:14,318 --> 00:12:18,155 Saya tak mahu awak nampak saya begini. 89 00:12:18,155 --> 00:12:19,781 Atau anak-anak. 90 00:12:23,452 --> 00:12:25,287 Kenapa risaukan hal itu? 91 00:12:27,497 --> 00:12:29,708 Paling penting, awak perlu sembuh. 92 00:12:33,378 --> 00:12:34,379 Ya. 93 00:12:35,005 --> 00:12:36,590 Saya sangat penat. 94 00:12:41,678 --> 00:12:43,180 Tidurlah. 95 00:12:49,436 --> 00:12:51,188 Jangan tinggalkan saya. 96 00:12:53,732 --> 00:12:54,942 Sunja. 97 00:12:56,151 --> 00:12:59,238 Saya akan panggil doktor. 98 00:12:59,988 --> 00:13:01,907 Awak akan sembuh tak lama lagi. 99 00:13:23,971 --> 00:13:25,848 Dia perlukan doktor sekarang juga. 100 00:13:27,099 --> 00:13:29,268 Mana kita mahu cari doktor? 101 00:13:29,268 --> 00:13:32,354 Setahu saya, mereka dihantar ke barisan hadapan... 102 00:13:32,354 --> 00:13:34,189 Mesti masih ada beberapa orang di hospital. 103 00:13:35,023 --> 00:13:36,316 Kita kena cari seorang. 104 00:13:39,194 --> 00:13:40,195 Sunja! 105 00:13:46,118 --> 00:13:47,452 Bagaimana kalau... 106 00:13:48,495 --> 00:13:50,247 Bagaimana kalau sudah terlambat? 107 00:13:50,873 --> 00:13:53,125 Awak patut ada di sisinya, bukan? 108 00:13:53,834 --> 00:13:56,879 Awak tak tahu berapa lama lagi awak dapat bersama dia. 109 00:13:59,006 --> 00:14:02,384 Kyunghee, awak sudah lupa? 110 00:14:03,302 --> 00:14:05,846 Dia berjaya mengelak kematian sebelum ini. 111 00:14:06,805 --> 00:14:10,642 Kalau dia dirawat doktor, dia boleh lakukannya lagi. 112 00:14:12,019 --> 00:14:13,020 Saya yakin. 113 00:14:32,039 --> 00:14:34,958 Awak lagi! Kenapa awak di sini? 114 00:14:35,792 --> 00:14:37,252 Awak tahu sekarang pukul berapa? 115 00:14:37,920 --> 00:14:39,880 - Nenek. - Pergi! 116 00:14:40,464 --> 00:14:42,049 Saya tiada tempat lain lagi. 117 00:14:42,841 --> 00:14:44,343 Tiada orang boleh bantu saya. 118 00:14:49,097 --> 00:14:50,098 Nenek. 119 00:15:05,239 --> 00:15:07,324 KELUAR! 120 00:15:11,036 --> 00:15:13,163 Saya perlu beritahu nenek sesuatu dulu. 121 00:15:16,875 --> 00:15:18,418 Rumah nenek begini 122 00:15:19,753 --> 00:15:20,921 sebab saya. 123 00:15:23,841 --> 00:15:25,300 Awak... 124 00:15:26,134 --> 00:15:29,513 Shiffley's pecat saya selepas suruh nenek jangan tandatangan. 125 00:15:30,806 --> 00:15:32,933 Visa saya dibatalkan. 126 00:15:33,475 --> 00:15:35,227 Saya tak boleh pergi dari sini. 127 00:15:36,562 --> 00:15:38,021 Bukan itu saja, Abe-san buat... 128 00:15:38,021 --> 00:15:40,858 Cukup. Bagaimana dengan rumah nenek? 129 00:15:45,737 --> 00:15:48,574 Saya buat perjanjian dengan seseorang. 130 00:15:49,157 --> 00:15:53,954 Dia guna kenalannya untuk paksa nenek pindah. 131 00:15:55,831 --> 00:15:58,917 Kami akan beli tanah ini, 132 00:16:00,210 --> 00:16:03,338 jual kembali kepada Abe-san dan Shiffley's. 133 00:16:04,715 --> 00:16:06,925 Saya perlukan duit itu untuk teruskan hidup. 134 00:16:08,302 --> 00:16:11,138 - Saya terdesak... - Itu alasan awak? 135 00:16:15,726 --> 00:16:17,895 Ia memang begini, bukan? 136 00:16:19,313 --> 00:16:24,109 Kita semua saling mengkhianati demi meneruskan kehidupan sendiri, 137 00:16:25,319 --> 00:16:27,654 tak sedar kita lakukannya untuk mereka. 138 00:16:29,114 --> 00:16:31,992 Ini yang mereka mahu. 139 00:16:32,534 --> 00:16:34,453 Memaksa kita merayu untuk belas kasihan. 140 00:16:42,503 --> 00:16:43,837 Akhirnya. 141 00:16:45,255 --> 00:16:47,132 Awak sudah faham. 142 00:17:22,251 --> 00:17:25,127 Ini saya. Noa. 143 00:17:38,267 --> 00:17:42,980 Noa, panggil Sexton Hu... 144 00:17:42,980 --> 00:17:45,315 Sekarang dia paderi kami. 145 00:17:47,317 --> 00:17:48,527 Paderi? 146 00:17:49,111 --> 00:17:53,240 Ya. Paderi Yoo meninggal dunia beberapa tahun lalu. 147 00:17:54,908 --> 00:17:56,076 Begitu. 148 00:18:01,999 --> 00:18:03,333 Pergi. 149 00:18:05,252 --> 00:18:06,962 Panggil Paderi Hu ke sini. 150 00:18:08,297 --> 00:18:10,924 Cepat. Boleh kamu panggil dia? 151 00:18:12,342 --> 00:18:13,427 Ya. 152 00:18:21,977 --> 00:18:24,688 Noa, pergi ke pejabat telegram. 153 00:18:25,397 --> 00:18:27,441 Kena hantar mesej kepada pak cik kamu. 154 00:18:27,441 --> 00:18:32,362 Tapi, mak cik, ayah suruh panggil Paderi Hu jumpa dia. 155 00:18:34,781 --> 00:18:35,782 Begitu. 156 00:18:36,992 --> 00:18:38,994 Dia mesti mahu berdoa bersama-sama. 157 00:18:38,994 --> 00:18:40,662 - Pergilah. - Baik. 158 00:18:40,662 --> 00:18:43,916 Bagaimana dengan saya? Saya boleh pergi ke pejabat telegram. 159 00:18:48,629 --> 00:18:50,631 Kamu tahu betapa penting tugas ini? 160 00:18:50,631 --> 00:18:52,216 Saya boleh lakukannya. 161 00:18:52,216 --> 00:18:54,718 Saya akan pastikan pak cik terima mesej itu. 162 00:19:26,416 --> 00:19:30,462 Maaf, saya perlu hantar telegram kepada pak cik saya di Nagasaki. 163 00:19:31,004 --> 00:19:33,382 Ini sangat penting. 164 00:19:39,763 --> 00:19:42,015 Awak boleh bacanya? 165 00:19:51,149 --> 00:19:52,526 Dua puluh satu abjad. 166 00:19:52,526 --> 00:19:53,610 Lapan puluh sen. 167 00:19:57,823 --> 00:20:01,034 Periksa mesej itu untuk pastikan ia betul. 168 00:20:05,747 --> 00:20:08,250 {\an8}ISAK SUDAH PULANG. 169 00:20:08,250 --> 00:20:10,294 {\an8}DIA NAZAK. 170 00:20:23,182 --> 00:20:24,892 Paderi! Dia sudah balik! 171 00:20:24,892 --> 00:20:26,226 Noa. 172 00:20:26,226 --> 00:20:30,189 Selepas bertahun-tahun, akhirnya ayah saya balik. 173 00:20:30,814 --> 00:20:34,026 Dia sangat sakit. 174 00:20:36,028 --> 00:20:39,156 Tolong dia. Saya tahu awak boleh. 175 00:20:39,656 --> 00:20:42,326 Boleh tinggalkan kami sebentar? 176 00:20:44,411 --> 00:20:46,246 Ayah saya akhirnya sudah balik. 177 00:20:47,414 --> 00:20:48,874 Tolong ikut saya. 178 00:20:48,874 --> 00:20:50,459 Doakan dia. 179 00:20:51,335 --> 00:20:53,295 Minta Tuhan sembuhkan dia. 180 00:20:53,962 --> 00:20:56,048 Doa saya tak mencukupi. 181 00:20:56,048 --> 00:20:59,551 Saya tahu Dia akan dengar doa awak. 182 00:21:00,511 --> 00:21:02,262 Noa, awak tahu ia tak semudah itu. 183 00:21:02,262 --> 00:21:03,972 Ia kena begitu! 184 00:21:07,976 --> 00:21:10,229 Saya budak yang baik, 185 00:21:11,230 --> 00:21:12,272 bukan? 186 00:21:13,357 --> 00:21:15,609 Saya cuba sedaya upaya untuk jadi baik. 187 00:21:18,028 --> 00:21:20,614 Tuhan tak boleh mengabaikan kami kali ini. 188 00:21:22,866 --> 00:21:24,660 Sekali lagi. 189 00:21:30,415 --> 00:21:31,708 Saya akan ambil barang saya. 190 00:21:48,392 --> 00:21:51,311 Dia perlukan doktor. 191 00:21:52,521 --> 00:21:54,022 Sebab itu saya datang. 192 00:21:54,022 --> 00:21:56,817 Awak patut keluar dari bandar ini dengan anak-anak. 193 00:21:57,442 --> 00:21:59,903 Awak tak tanya saya minta untuk siapa. 194 00:21:59,903 --> 00:22:01,280 Awak sudah tahu. 195 00:22:02,698 --> 00:22:03,907 Beritahu saya. 196 00:22:05,534 --> 00:22:08,203 Awak boleh keluarkan dia lebih awal? 197 00:22:10,247 --> 00:22:13,041 Saya berjaya keluarkan dia sekarang 198 00:22:13,625 --> 00:22:15,169 sebab saya berjanji dengan pegawai penjara 199 00:22:15,169 --> 00:22:17,880 cara keluar dari bandar ini yang selamat untuk dia dan keluarganya. 200 00:22:18,714 --> 00:22:21,300 Semua orang terdesak mahu keluar. 201 00:22:22,092 --> 00:22:23,343 Semua orang kecuali awak. 202 00:22:28,307 --> 00:22:29,892 Awak mesti terdesak 203 00:22:30,559 --> 00:22:32,102 untuk datang pada saya. 204 00:22:32,686 --> 00:22:33,687 Ya. 205 00:22:43,989 --> 00:22:45,324 Begini. 206 00:22:46,491 --> 00:22:47,951 Saya akan dapatkan doktor. 207 00:22:48,535 --> 00:22:50,370 Doktor terbaik yang masih ada di sini. 208 00:22:50,370 --> 00:22:51,538 Sebagai ganti, 209 00:22:52,706 --> 00:22:56,585 awak dan anak-anak mesti ikut saya. 210 00:22:58,295 --> 00:23:00,172 Dengan dia atau tanpanya. 211 00:23:02,424 --> 00:23:03,967 Janji. 212 00:23:47,845 --> 00:23:52,891 Mudah untuk lupa betapa susahnya masa dulu. 213 00:23:53,517 --> 00:23:55,060 Sekarang lihatlah. 214 00:23:57,521 --> 00:24:00,774 Waktu nenek beli tanah ini selepas perang, 215 00:24:00,774 --> 00:24:03,902 harganya sangat murah. 216 00:24:04,862 --> 00:24:05,863 Apa? 217 00:24:06,655 --> 00:24:07,781 Betul. 218 00:24:07,781 --> 00:24:10,409 Kalau tidak, bagaimana nenek mampu beli? 219 00:24:12,452 --> 00:24:13,453 Kenapa agaknya? 220 00:24:14,663 --> 00:24:17,749 Ada khabar angin pelik tentang tanah ini. 221 00:24:18,584 --> 00:24:19,877 Khabar angin apa? 222 00:24:22,880 --> 00:24:25,257 Nenek perlu beri ia makan lagi. 223 00:24:25,966 --> 00:24:28,343 Ia tak pernah kenyang. 224 00:24:32,014 --> 00:24:35,684 Tunggu, nenek. Khabar angin apa? 225 00:24:36,268 --> 00:24:38,770 Nenek tak ingat semuanya. 226 00:24:39,771 --> 00:24:42,691 Sesuatu tentang sekolah tentera yang pernah ada di sini. 227 00:24:44,443 --> 00:24:46,778 Suatu hari, trak mula datang. 228 00:24:47,613 --> 00:24:48,822 Penuh dengan mayat. 229 00:24:54,036 --> 00:24:56,538 Kenapa bawa mayat ke sekolah tentera? 230 00:24:57,581 --> 00:24:58,665 Entahlah. 231 00:24:59,416 --> 00:25:03,045 Ia semasa perang jadi tiada orang persoalkan. 232 00:25:04,129 --> 00:25:07,049 Itu saja? Khabar angin itu hanya sampai di situ? 233 00:25:08,383 --> 00:25:11,136 Makan perlahan-lahan, kalau tak awak sakit lagi. 234 00:25:11,136 --> 00:25:13,347 - Nenek. - Apa? 235 00:25:13,347 --> 00:25:15,307 Awak masih ada soalan lain? 236 00:25:15,307 --> 00:25:17,017 Nenek sudah cakap! 237 00:25:17,809 --> 00:25:19,478 Ia sudah lama dulu. 238 00:25:20,062 --> 00:25:23,023 Mengganggu orang yang sudah mati... Kenapa mahu buat begitu? 239 00:25:31,949 --> 00:25:34,952 Tulang itu masih ada di sini? 240 00:25:41,542 --> 00:25:42,835 Nenek. 241 00:25:47,631 --> 00:25:49,341 Nenek perlu lupakannya. 242 00:25:50,759 --> 00:25:52,219 Faham? 243 00:25:53,262 --> 00:25:55,430 Nenek cuba sedaya upaya untuk lupakannya. 244 00:25:56,056 --> 00:25:58,809 Kalau tidak, bagaimana nenek boleh tinggal di sini? 245 00:26:01,228 --> 00:26:03,897 Tulang itu mungkin boleh bantu kita. 246 00:26:06,191 --> 00:26:07,192 Apa maksud awak? 247 00:26:08,902 --> 00:26:10,112 Nenek tak faham? 248 00:26:10,612 --> 00:26:12,364 Ini cara kita lawan semula. 249 00:26:14,616 --> 00:26:19,788 Kita hentikan mereka daripada serang kita dengan cara ini. 250 00:26:24,251 --> 00:26:27,504 Lihat! Semasa dia kecil seperti saya, 251 00:26:27,504 --> 00:26:31,842 dia pecahkan rekod buat tekan tubi di rumah sendiri. 252 00:26:31,842 --> 00:26:34,428 Saya pasti dia sangat kaya sekarang. 253 00:26:34,428 --> 00:26:40,142 Jadi kaya sangat penting bagi kamu? 254 00:26:40,809 --> 00:26:46,940 Tentulah! Kalau kita kaya, saya boleh dapatkan doktor terbaik untuk ayah 255 00:26:46,940 --> 00:26:49,276 dan belikan kita rumah lebih besar. 256 00:26:49,860 --> 00:26:52,696 Kalau masih ada duit lebih, 257 00:26:52,696 --> 00:26:58,368 mak cik boleh beli gula di pasar gelap dan buat gula-gula. 258 00:27:04,791 --> 00:27:05,959 Awak okey? 259 00:27:10,297 --> 00:27:17,304 Dulu ayah membesar dalam rumah besar 260 00:27:19,223 --> 00:27:21,016 yang ada banyak bilik. 261 00:27:22,518 --> 00:27:25,270 Walaupun kami tak dibenarkan masuk kebanyakan bilik. 262 00:27:25,270 --> 00:27:28,357 Saya pasti curi masuk. 263 00:27:29,483 --> 00:27:31,360 Ayah pasti kamu akan curi masuk. 264 00:27:32,986 --> 00:27:38,659 Cuma maksud ayah, ayah tak rindukan rumah besar itu, 265 00:27:40,035 --> 00:27:42,829 hanya rindu orang yang tinggal di dalamnya. 266 00:27:43,830 --> 00:27:46,041 Harta sebenar, Mozasu... 267 00:27:47,042 --> 00:27:49,670 Adalah disayangi. 268 00:27:50,838 --> 00:27:55,050 Kenapa perlu pilih, ayah? 269 00:27:55,717 --> 00:27:58,971 Saya mahu jadi disayangi dan kaya. 270 00:28:05,435 --> 00:28:06,854 Apa berlaku? 271 00:28:06,854 --> 00:28:08,355 Bekalan elektrik terputus lagi. 272 00:28:09,147 --> 00:28:11,024 Sekarang hampir setiap malam jadi begini. 273 00:28:11,024 --> 00:28:12,526 Saya akan nyalakan tanglung. 274 00:28:19,825 --> 00:28:21,034 Ambillah. 275 00:28:25,205 --> 00:28:27,583 Supaya ayah tak takut. 276 00:28:41,096 --> 00:28:43,390 Terima kasih, anak ayah. 277 00:28:47,895 --> 00:28:48,896 Mereka sudah sampai! 278 00:28:49,897 --> 00:28:50,981 Ayah. 279 00:29:00,407 --> 00:29:03,744 Gembira dapat berjumpa awak lagi. 280 00:29:05,412 --> 00:29:06,872 Paderi, awak datang. 281 00:29:07,664 --> 00:29:08,665 Sudah tentu. 282 00:29:08,665 --> 00:29:10,542 Untuk lihat dia balik akhirnya... 283 00:29:10,542 --> 00:29:12,878 Saya perlu cakap dengan paderi bersendirian. 284 00:29:17,549 --> 00:29:19,009 Mari. 285 00:29:19,009 --> 00:29:21,386 Noa boleh tunggu. 286 00:29:23,096 --> 00:29:24,348 Ayah. 287 00:29:25,224 --> 00:29:28,018 Mozasu, tolong mak cik nyalakan tanglung. 288 00:29:35,025 --> 00:29:37,694 Kalau apa nenek cakap itu betul, 289 00:29:37,694 --> 00:29:41,698 syarikat seperti Colton takkan mahu tanah ini. 290 00:29:42,324 --> 00:29:44,076 Bagaimana awak boleh fikirkan itu lagi? 291 00:29:44,076 --> 00:29:45,744 Dengar cakap saya dulu. 292 00:29:46,411 --> 00:29:48,956 Selepas jual tanah ini pada Abe-san, 293 00:29:48,956 --> 00:29:51,917 kita sebarkan khabar angin yang tulang itu... 294 00:29:51,917 --> 00:29:54,294 Kita tak tahu jika ia masih ada di sini! 295 00:29:54,294 --> 00:29:59,925 Itu tak penting. Khabar angin begitu akan buat Colton tarik diri. 296 00:30:01,051 --> 00:30:02,511 Saya pasti. 297 00:30:03,095 --> 00:30:07,891 Tanpa mereka, Abe-san akan ditinggalkan dengan pinjaman yang banyak. 298 00:30:07,891 --> 00:30:12,563 Bagaimana awak sanggup mempergunakan orang yang sudah mati? 299 00:30:12,563 --> 00:30:16,733 Saya tak bertanggungjawab dan tiada kaitan dengan masa lampau itu. 300 00:30:17,568 --> 00:30:18,652 Cukup! 301 00:30:28,537 --> 00:30:31,164 Jadi semua ini untuk apa? 302 00:30:32,124 --> 00:30:34,251 Semua kerja tanpa henti itu? 303 00:30:38,297 --> 00:30:41,508 Awak sebenarnya, bukan? 304 00:30:43,969 --> 00:30:46,305 Awak yang khianati saya. 305 00:30:53,353 --> 00:30:54,354 Paderi? 306 00:30:55,731 --> 00:30:58,775 Ya. Awak betul. 307 00:31:00,152 --> 00:31:01,361 Saya orangnya. 308 00:31:03,488 --> 00:31:07,701 Sudah lama saya syak awak tak suka saya. 309 00:31:11,371 --> 00:31:12,539 Kenapa? 310 00:31:16,043 --> 00:31:17,878 Saya bukan tak suka awak. 311 00:31:23,258 --> 00:31:25,052 Saya benci awak. 312 00:31:26,929 --> 00:31:32,142 Awak mudah disayangi. 313 00:31:33,977 --> 00:31:35,187 Saya pula... 314 00:31:38,857 --> 00:31:41,151 ibu bapa saya sendiri buang saya. 315 00:31:43,070 --> 00:31:45,989 Paderi Yoo yang ambil saya 316 00:31:45,989 --> 00:31:48,408 apabila semua orang mahu buang saya. 317 00:31:49,034 --> 00:31:52,746 Dia besarkan saya seperti anak sendiri, sayang saya 318 00:31:52,746 --> 00:31:54,873 sehingga awak datang, 319 00:31:56,083 --> 00:31:57,918 kemudian kasih sayangnya berkurangan. 320 00:32:11,932 --> 00:32:14,017 Jadi saya laporkan awak kepada mereka. 321 00:32:18,605 --> 00:32:21,900 Tapi kepuasan yang saya harapkan... 322 00:32:22,818 --> 00:32:24,611 saya tak rasanya. 323 00:32:25,195 --> 00:32:30,492 Saya berdoa bersungguh-sungguh supaya awak dibebaskan. 324 00:32:30,492 --> 00:32:34,997 Awak fikir saya di sini sebab awak? 325 00:32:37,499 --> 00:32:39,751 Sudah tentu keluarga awak juga berdoa, 326 00:32:39,751 --> 00:32:42,880 tapi percayalah, saya juga mendoakan awak. 327 00:32:42,880 --> 00:32:45,174 Semasa saya cuba menebus kesalahan saya, 328 00:32:45,174 --> 00:32:49,052 bukan hanya pada Tuhan, tapi kepada keluarga awak dan Noa... 329 00:33:01,106 --> 00:33:03,775 Saya cuba sepenuh hati. 330 00:33:10,782 --> 00:33:12,993 Saya tahu itu bukan alasan. 331 00:33:13,702 --> 00:33:14,995 Awak takkan maafkan saya... 332 00:33:14,995 --> 00:33:16,622 Saya maafkan awak. 333 00:33:21,919 --> 00:33:23,587 Saya maafkan awak. 334 00:33:23,587 --> 00:33:24,671 Tak boleh. 335 00:33:25,506 --> 00:33:28,133 Ayah tak boleh maafkan dia! 336 00:33:29,384 --> 00:33:31,011 Bertahun-tahun ini... 337 00:33:31,595 --> 00:33:33,138 Sebab dia... 338 00:33:33,138 --> 00:33:34,932 Percayalah, Noa. 339 00:33:35,682 --> 00:33:38,268 Saya tahu apa saya rampas daripada awak. 340 00:33:38,268 --> 00:33:41,188 Pergi! Jangan dekati kami! 341 00:33:41,188 --> 00:33:43,106 - Noa! - Maafkan saya, Noa. 342 00:33:43,106 --> 00:33:44,316 Saya benar-benar minta maaf! 343 00:33:45,275 --> 00:33:47,444 Apa berlaku, paderi? 344 00:33:48,195 --> 00:33:49,196 Noa. 345 00:33:55,661 --> 00:33:56,745 Ayah. 346 00:34:01,124 --> 00:34:02,251 Kenapa? 347 00:34:08,382 --> 00:34:10,509 Saya tahu. Siapa saya untuk cakapnya? 348 00:34:12,010 --> 00:34:14,638 Apa saya tahu tentang sengsara sebenar? 349 00:34:17,766 --> 00:34:20,476 Apabila fikir perlu tidur dengan perut lapar... 350 00:34:22,396 --> 00:34:24,481 saya tak dapat bayangkan. 351 00:34:29,069 --> 00:34:32,281 Saya ada kehidupan yang mudah. 352 00:34:35,074 --> 00:34:37,452 Saya faham kalau nenek bencikan saya. 353 00:34:41,831 --> 00:34:43,917 Apabila saya tengok cara nenek pandang saya... 354 00:34:46,085 --> 00:34:47,963 Cara nenek saya pandang saya... 355 00:34:50,507 --> 00:34:52,384 Sudah tentu nenek tertanya sendiri... 356 00:34:55,721 --> 00:35:00,350 "Saya lalui semua itu untuk ini?" 357 00:35:05,898 --> 00:35:06,982 Betul? 358 00:35:08,400 --> 00:35:10,903 Sudah tentu nenek akan cakap semuanya sia-sia. 359 00:35:18,493 --> 00:35:21,121 Maaf sebab buat nenek berjaga sehingga lewat malam. 360 00:35:25,834 --> 00:35:28,128 Saya janji saya takkan kembali. 361 00:35:31,048 --> 00:35:34,176 Nenek tak menyesal dengan kehidupan nenek. 362 00:35:38,388 --> 00:35:41,850 Ia kehidupan yang memuaskan. 363 00:35:43,685 --> 00:35:46,647 Anak-anak ayah, badan yang lemah dan tak berdaya... 364 00:35:46,647 --> 00:35:49,441 Ini saja ayah boleh beri kepada kamu. 365 00:35:50,025 --> 00:35:53,195 Namun, ingat ini. 366 00:35:54,530 --> 00:35:56,782 Takdir paderi itu dan takdir kita... 367 00:35:58,075 --> 00:36:00,577 kita dalam keadaan yang sama. 368 00:36:05,332 --> 00:36:06,708 Noa, 369 00:36:08,168 --> 00:36:14,007 belas kasihan bukan hadiah atau kuasa. 370 00:36:14,007 --> 00:36:18,637 Belas kasihan adalah penerimaan. 371 00:36:19,847 --> 00:36:24,685 Pengorbanan diperlukan untuk teruskan kehidupan. 372 00:36:30,732 --> 00:36:34,486 Banyak yang ayah mahu beritahu kamu berdua. 373 00:36:35,863 --> 00:36:38,031 Ingat satu perkara ini. 374 00:36:39,700 --> 00:36:41,952 Walau apa pun... 375 00:36:48,584 --> 00:36:50,294 kamu anak-anak ayah... 376 00:36:53,213 --> 00:36:55,174 dan ayah bapa kamu. 377 00:37:06,852 --> 00:37:07,895 Saya sudah balik! 378 00:37:09,688 --> 00:37:12,191 Saya sudah bawa doktor. Dia akan tolong kita. 379 00:37:12,900 --> 00:37:14,318 Semuanya akan jadi baik-baik saja. 380 00:37:16,028 --> 00:37:19,740 - Ayah! - Ini tak bagus. Keluar dari bilik ini. 381 00:37:20,532 --> 00:37:22,492 Doktor akan tolong dia. 382 00:37:22,492 --> 00:37:24,953 Mozasu, Noa, mari. 383 00:38:16,713 --> 00:38:18,006 Mak! 384 00:38:25,848 --> 00:38:27,307 Saya akan berterus-terang. 385 00:38:28,684 --> 00:38:32,271 Paru-paru suami awak dipenuhi mukus. 386 00:38:33,480 --> 00:38:36,233 Kita boleh keluarkannya di hospital, 387 00:38:37,150 --> 00:38:39,069 tapi keadaan yang lebih merisaukan, 388 00:38:39,653 --> 00:38:42,322 dia alami sepsis. 389 00:38:43,156 --> 00:38:44,241 Saya tak rasa... 390 00:38:47,536 --> 00:38:49,621 dia ada banyak masa lagi. 391 00:38:53,417 --> 00:38:57,212 Mesti awak boleh buat sesuatu. 392 00:38:58,463 --> 00:38:59,882 Tolonglah. 393 00:38:59,882 --> 00:39:02,467 Jangan risau tentang duit. 394 00:39:03,719 --> 00:39:05,512 Beritahu dia. 395 00:39:05,512 --> 00:39:08,557 Saya akan bayar walau berapa kosnya. Dia tak perlu risau. 396 00:39:08,557 --> 00:39:11,018 Saya akan dapatkan duit itu. 397 00:39:11,018 --> 00:39:14,605 Paling lama pun, suami awak 398 00:39:15,522 --> 00:39:17,733 ada beberapa jam lagi. 399 00:39:28,285 --> 00:39:30,704 Apa mereka buat kepadanya... 400 00:39:31,205 --> 00:39:32,956 Ia amat dahsyat. 401 00:39:33,665 --> 00:39:35,083 Saya bersimpati kepadanya. 402 00:39:56,647 --> 00:39:58,607 Maafkan saya. 403 00:40:00,484 --> 00:40:02,611 Saya tak tahu 404 00:40:03,403 --> 00:40:06,406 akan jadi begini. 405 00:40:06,990 --> 00:40:08,784 Tak perlu minta maaf. 406 00:40:10,285 --> 00:40:14,039 Semasa awak tiada, 407 00:40:15,249 --> 00:40:20,045 ramai orang beritahu saya kebaikan awak. 408 00:40:21,463 --> 00:40:24,633 Awak berkorban untuk orang lain. 409 00:40:25,926 --> 00:40:29,596 Itulah lelaki saya jumpa 14 tahun dulu, 410 00:40:30,305 --> 00:40:32,558 dan itulah lelaki saya nampak sekarang. 411 00:40:34,434 --> 00:40:36,478 Dunia mungkin berubah... 412 00:40:38,856 --> 00:40:41,316 tapi awak tak berubah. 413 00:40:46,572 --> 00:40:52,411 Saya mahu lihat anak-anak membesar. 414 00:40:56,123 --> 00:40:58,125 Sunja... 415 00:40:59,376 --> 00:41:04,173 Saya mahu pegang awak, sayang. 416 00:41:05,674 --> 00:41:07,509 Saya... 417 00:41:10,721 --> 00:41:13,223 Saya mahu hidup. 418 00:41:15,475 --> 00:41:17,686 Sangat mahu hidup. 419 00:41:20,105 --> 00:41:23,567 Saya benar-benar mahu hidup. 420 00:41:32,951 --> 00:41:35,245 Apabila saya tiada... 421 00:41:37,706 --> 00:41:41,043 awak kena cari pengganti. 422 00:41:43,754 --> 00:41:46,006 Jangan cakap begitu. 423 00:41:46,965 --> 00:41:53,472 Awak sangat penyayang. 424 00:41:55,098 --> 00:41:56,308 Saya tahu. 425 00:41:57,809 --> 00:42:03,065 Disayangi suami saya, 426 00:42:04,525 --> 00:42:06,360 dihormati oleh awak... 427 00:42:10,155 --> 00:42:12,574 itulah segalanya bagi saya. 428 00:42:17,538 --> 00:42:22,668 Bagaimana awak akan teruskan hidup? 429 00:42:29,341 --> 00:42:31,593 Jangan risau tentang kami. 430 00:42:33,929 --> 00:42:36,139 Saya janji pada awak. 431 00:42:37,933 --> 00:42:39,893 Anak-anak kita... 432 00:42:41,728 --> 00:42:43,939 akan ada kehidupan yang bagus. 433 00:42:46,775 --> 00:42:48,652 Noa dan Mozasu... 434 00:42:51,196 --> 00:42:52,948 akan hidup dengan baik. 435 00:43:54,468 --> 00:43:58,138 Takkan ada lelaki lain seperti ayah kamu. 436 00:44:00,390 --> 00:44:02,267 Kamu jangan lupa itu. 437 00:44:04,269 --> 00:44:05,479 Jangan sesekali lupa. 438 00:45:57,049 --> 00:45:58,759 Apa awak buat di sini? 439 00:45:58,759 --> 00:46:00,135 Urusniaga itu selesai. 440 00:46:00,135 --> 00:46:03,180 Dia akan jual kepada Abe dan Colton dengan harga 1.4 bilion yen. 441 00:46:03,180 --> 00:46:06,642 Kita akan dapat bayaran 10 peratus. 442 00:46:07,392 --> 00:46:10,646 Namun, dengar sini. Hotel itu takkan dibina. 443 00:46:11,688 --> 00:46:13,649 Sebab kita akan buat ia gagal. 444 00:46:14,483 --> 00:46:16,026 Abe-san akan tahu 445 00:46:17,236 --> 00:46:20,864 saya yang buat begini kepadanya. 446 00:46:44,847 --> 00:46:47,724 Ini bukan latihan! Ini serangan udara sebenar! 447 00:46:47,724 --> 00:46:49,601 Cepat ke tempat perlindungan bom! 448 00:46:50,644 --> 00:46:52,729 - Lari cepat! - Cepat! 449 00:46:52,729 --> 00:46:54,189 Apa yang awak buat? Kita kena pergi! 450 00:46:54,189 --> 00:46:55,315 Lari! Mari pergi! 451 00:46:55,315 --> 00:46:57,818 - Kejap, mak saya... - Mak! 452 00:46:57,818 --> 00:46:58,902 Sunja! 453 00:46:59,653 --> 00:47:01,196 - Suami saya! - Lari! 454 00:47:01,196 --> 00:47:04,408 Tak, saya tak boleh tinggalkan suami saya! 455 00:48:27,783 --> 00:48:29,785 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman