1 00:00:15,766 --> 00:00:17,768 - (bahasa Jepun) Minum. - Minum. 2 00:00:24,191 --> 00:00:25,651 Air ini keras. 3 00:00:28,195 --> 00:00:29,613 Tapi sedap, bukan? 4 00:00:31,031 --> 00:00:32,491 Margarita? 5 00:00:32,491 --> 00:00:33,575 Ya. 6 00:00:41,166 --> 00:00:43,544 Cecah kerepek tortilla dalam pencecah ini. 7 00:00:52,427 --> 00:00:54,763 - Sedap. - Ya, sedap. 8 00:01:00,978 --> 00:01:02,312 Helo. 9 00:01:02,312 --> 00:01:03,939 Lama tak jumpa. 10 00:01:07,651 --> 00:01:10,112 (bahasa Korea) Sini. Ambil ini. 11 00:01:10,112 --> 00:01:12,614 Kenapa mak pergi lama? 12 00:01:14,032 --> 00:01:15,993 Kita hampir kehabisan semuanya. 13 00:01:17,077 --> 00:01:18,412 Terima kasih. 14 00:01:19,246 --> 00:01:20,998 Nenek! Saya mahu sedikit kimchi. 15 00:01:20,998 --> 00:01:22,165 Mari. 16 00:01:29,381 --> 00:01:31,175 Chuka soba! 17 00:01:36,305 --> 00:01:38,140 Ini sos salsa. 18 00:01:38,140 --> 00:01:40,350 - Salsa. - Salsa. 19 00:01:44,980 --> 00:01:46,190 Terima kasih. 20 00:01:49,193 --> 00:01:50,569 Awak nampak tadi? 21 00:01:50,569 --> 00:01:55,574 Tak perlu buat apa-apa, semuanya tersedia. 22 00:02:16,929 --> 00:02:18,639 Biar saya buat. 23 00:02:28,232 --> 00:02:30,484 Saya rasa aneh. 24 00:02:30,984 --> 00:02:34,029 Rasa sangat panas. 25 00:02:35,197 --> 00:02:38,158 Mungkin tak patut minum margarita kedua tadi. 26 00:02:38,158 --> 00:02:40,118 Kita berdua mungkin agak mabuk. 27 00:02:41,787 --> 00:02:43,372 Kenapa cakap begitu? 28 00:02:46,625 --> 00:02:51,755 Makan malam sebelum ini pun awak yang bayar. 29 00:02:51,755 --> 00:02:54,174 Saya yang ajak awak ke sini. 30 00:02:55,717 --> 00:02:58,136 Awak bayar yang seterusnya. 31 00:03:02,015 --> 00:03:05,143 - Berapa? - Jumlahnya 3,326 yen. 32 00:03:11,358 --> 00:03:13,777 - Awak terima kad kredit? - Ya. 33 00:03:17,406 --> 00:03:19,032 Boleh beri saya resit? 34 00:03:21,368 --> 00:03:24,246 Penantian ini sukar. 35 00:03:25,789 --> 00:03:29,334 Namun, saya tak tahu sama ada saya mahu esok tiba lebih awal 36 00:03:29,334 --> 00:03:30,752 atau tidak tiba langsung. 37 00:03:31,753 --> 00:03:33,547 Berhenti mengarut! 38 00:03:34,882 --> 00:03:35,883 Dia lulus. 39 00:03:36,466 --> 00:03:38,677 Noa akan belajar di Waseda. 40 00:03:38,677 --> 00:03:40,470 Bagaimana awak begitu yakin? 41 00:03:40,470 --> 00:03:42,598 Orang dungu seperti saya pun tahu. 42 00:03:42,598 --> 00:03:44,766 Dia sudah belajar bersungguh-sungguh... 43 00:03:44,766 --> 00:03:46,435 Cukup! 44 00:03:47,019 --> 00:03:49,062 Apa gunanya terus cakap begini? 45 00:03:49,605 --> 00:03:52,858 Tak boleh buat apa-apa lagi, kenapa masih fikirkannya? 46 00:03:57,946 --> 00:03:59,531 Kita akan tahu esok. 47 00:04:01,867 --> 00:04:03,327 Tiada apa-apa kita boleh buat. 48 00:04:06,538 --> 00:04:12,127 Chuka soba! Harga murah! Mari! Selamat datang! 49 00:04:12,127 --> 00:04:17,716 Chuka soba! Harga murah! Selamat datang! 50 00:04:17,716 --> 00:04:19,134 Mi sedap! 51 00:04:20,469 --> 00:04:23,263 Mereka cuma mahu memerah keringat kita. 52 00:04:23,263 --> 00:04:24,556 Betul! 53 00:04:25,933 --> 00:04:32,606 Keringat yang sudah membina empayar mereka yang gagal! 54 00:04:34,107 --> 00:04:38,278 Namun, mereka tetap robohkan sekolah kita, 55 00:04:38,278 --> 00:04:41,448 paksa kita daftar nama dalam pendaftaran awam mereka. 56 00:04:42,407 --> 00:04:44,576 Kita dibiarkan tak berdaya. 57 00:04:44,576 --> 00:04:45,869 Betul! 58 00:04:47,204 --> 00:04:48,705 Memalukan! 59 00:04:52,251 --> 00:04:56,505 Kita berjuang demi kelangsungan sendiri. 60 00:04:57,631 --> 00:05:02,010 Perang mereka mungkin sudah berakhir, tapi perang kita masih diteruskan! 61 00:05:04,513 --> 00:05:08,350 Bukan saja di sini, tapi di tanah air kita juga. 62 00:05:08,350 --> 00:05:12,563 Kuasa kapitalis yang makan suap mengancam negara kita. 63 00:05:12,563 --> 00:05:17,276 - Ya! - Lihat apa berlaku di Jeju! 64 00:05:17,276 --> 00:05:19,945 Jeju! 65 00:05:19,945 --> 00:05:22,155 Kita ada hak untuk marah! 66 00:05:22,155 --> 00:05:23,782 Betul! 67 00:05:24,366 --> 00:05:28,620 Sudah tentu kita marah apabila seluruh kampung dibunuh! 68 00:05:29,413 --> 00:05:31,707 Anak-anak kita dibunuh. 69 00:05:31,707 --> 00:05:38,380 Darah ibu bapa kita ditumpahkan oleh bangsa kita sendiri. 70 00:05:41,800 --> 00:05:46,096 Walaupun begitu, kita tak patut salahkan saudara sebangsa kita. 71 00:05:46,680 --> 00:05:50,642 Mereka telah dipengaruhi oleh orang Amerika yang jahat 72 00:05:50,642 --> 00:05:53,520 yang panggil diri mereka sebagai pembebas kita! 73 00:05:54,104 --> 00:05:55,814 Betul! 74 00:05:55,814 --> 00:05:58,233 Masa telah tiba untuk berjuang! 75 00:05:58,233 --> 00:06:01,111 - Mari lawan! - Demi negara kita! 76 00:06:01,695 --> 00:06:04,239 Kita mesti berjuang! 77 00:06:05,365 --> 00:06:07,034 Demi orang Korea! 78 00:06:07,659 --> 00:06:09,620 Oleh orang Korea! 79 00:06:10,287 --> 00:06:11,997 Demi satu negara! 80 00:06:12,873 --> 00:06:15,501 Mari kita jeritkan! 81 00:06:16,376 --> 00:06:23,217 - Hidup Korea! - Hidup Korea! 82 00:07:56,602 --> 00:07:58,854 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 83 00:08:40,229 --> 00:08:42,397 En. Kim! Tolong dengar cakap saya... 84 00:08:42,397 --> 00:08:43,482 Awak orangnya. 85 00:08:45,859 --> 00:08:48,987 Awak tahu keadaan isteri saya. Dia masih sakit. 86 00:08:49,738 --> 00:08:51,657 Saya buntu! 87 00:08:53,367 --> 00:08:54,368 Tolong! 88 00:09:08,799 --> 00:09:12,177 PHILOPON 89 00:09:12,177 --> 00:09:13,762 - Hei. - Ya, tuan. 90 00:09:14,555 --> 00:09:15,764 Bawa ke belakang. 91 00:09:15,764 --> 00:09:18,267 Kira untuk pastikan cukup. 92 00:09:18,267 --> 00:09:19,351 Baik, tuan. 93 00:09:28,902 --> 00:09:30,320 Duduk. 94 00:09:30,320 --> 00:09:32,322 Saya mahu balik kalau tiada apa-apa lagi. 95 00:09:32,322 --> 00:09:33,615 Saya suruh duduk. 96 00:09:45,878 --> 00:09:47,296 Itu yang terakhir. 97 00:09:48,463 --> 00:09:51,049 Saya pasti awak sudah ada urusan lain. 98 00:09:51,592 --> 00:09:53,343 Saya tak risau tentang awak. 99 00:09:54,094 --> 00:09:56,638 Awak fikir apa berlaku selepas Amerika pergi? 100 00:09:56,638 --> 00:09:58,473 Kurang pelacur di jalanan. 101 00:09:59,600 --> 00:10:01,560 Pelacur sentiasa ada di jalanan. 102 00:10:02,686 --> 00:10:04,396 Walau apa pun, 103 00:10:04,897 --> 00:10:07,858 negara ini tiada pilihan selain berdikari. 104 00:10:08,358 --> 00:10:10,444 Saya tak peduli tentang negara ini. 105 00:10:10,444 --> 00:10:12,112 Jangan cakap begitu. 106 00:10:12,613 --> 00:10:14,031 Awak pun tahu 107 00:10:14,990 --> 00:10:16,450 ia akan beri kesan buruk. 108 00:10:16,450 --> 00:10:19,536 Keadaan akan kembali seperti sebelum perang. 109 00:10:19,536 --> 00:10:21,079 Jadi ia tetap teruk. 110 00:10:22,497 --> 00:10:24,750 Kita tak boleh kembali kepada keadaan itu. 111 00:10:27,628 --> 00:10:29,463 Ia tetap satu peluang kepada kita. 112 00:10:31,840 --> 00:10:35,052 Kita ada pasaran gelap dan saya ada rancangan. 113 00:10:35,886 --> 00:10:37,346 Untuk awak juga. 114 00:10:38,931 --> 00:10:41,517 Tak lama lagi awak bukan saja kaki pukul untuk saya. 115 00:10:44,186 --> 00:10:45,479 Saya faham. 116 00:10:47,272 --> 00:10:49,483 - Yuki. - Saya tak perlukannya. 117 00:10:50,025 --> 00:10:51,401 Awak tetap bernafsu. 118 00:10:55,781 --> 00:10:57,741 Layan dia dengan baik. 119 00:10:58,575 --> 00:11:00,744 Buat dia lupa masalahnya. 120 00:12:34,630 --> 00:12:35,672 Sugihara-san. 121 00:12:35,672 --> 00:12:37,883 Maaf sebab tiba-tiba ke sini. 122 00:12:39,218 --> 00:12:43,096 Yoshii-san minta hantarkan pesanan. 123 00:12:54,316 --> 00:12:55,359 Apa pesanannya? 124 00:12:56,860 --> 00:12:59,947 Yoshii-san minta maaf. 125 00:13:01,240 --> 00:13:07,996 Dia percaya lebih baik awak faham keadaan awak sepenuhnya. 126 00:13:08,664 --> 00:13:10,707 Itu pendapatnya. 127 00:13:10,707 --> 00:13:12,167 Keadaan saya? 128 00:13:24,346 --> 00:13:27,683 Nama dia Kunizane Tsuyoshi. 129 00:13:29,017 --> 00:13:31,019 Anak lelaki sulung keluarga Kunizane. 130 00:13:36,233 --> 00:13:37,234 Jadi... 131 00:13:38,443 --> 00:13:40,821 Bekas teman lelaki? 132 00:13:40,821 --> 00:13:44,783 Tidak. Gambar itu diambil beberapa hari lalu. 133 00:13:47,244 --> 00:13:48,287 Tepat sekali. 134 00:13:49,538 --> 00:13:51,999 Yoshii-san fikir awak tak tahu hal ini. 135 00:13:54,293 --> 00:13:56,795 Baik awak tanya dia apa dia buat petang ini... 136 00:13:56,795 --> 00:13:58,088 Yoshii-san beritahu saya 137 00:13:58,755 --> 00:14:02,217 dia sudah tiada kaitan dengan dunia datuknya. 138 00:14:03,385 --> 00:14:07,306 Awak fikir hanya Yakuza guna helah kotor begini? 139 00:14:08,307 --> 00:14:11,810 Mempergunakan kekurangan juga sebahagian daripada cara dunia awak. 140 00:14:14,479 --> 00:14:16,481 Itulah sifat manusia. 141 00:14:18,525 --> 00:14:21,445 Siapa awak sebenarnya? 142 00:14:33,081 --> 00:14:35,792 Bahasa Korea saya tak sefasih awak. 143 00:14:36,543 --> 00:14:39,796 Saya hanya tahu bercakap sedikit saja. 144 00:14:40,631 --> 00:14:42,466 Awak Zainichi? 145 00:14:43,967 --> 00:14:45,761 Seperti keluarga awak, 146 00:14:46,553 --> 00:14:49,890 datuk dan nenek saya ke sini sebelum perang. 147 00:14:51,308 --> 00:14:52,351 Namun... 148 00:14:53,644 --> 00:14:56,271 itu saja persamaan kita. 149 00:14:58,899 --> 00:15:00,567 Dengar sini. 150 00:15:02,319 --> 00:15:04,696 Sudah lama saya kenal Yoshii-san. 151 00:15:05,280 --> 00:15:08,575 Dia berpendirian tetap dan bukan suka bertaruh. 152 00:15:08,575 --> 00:15:12,663 Dia juga tak suka kekacauan dan ketidakpastian. 153 00:15:13,205 --> 00:15:17,209 Jika dia sangsi, dia akan putuskan hubungan. 154 00:15:17,209 --> 00:15:21,797 Jika dia rasa terjejas... 155 00:15:23,757 --> 00:15:25,676 dia akan buat lebih teruk. 156 00:15:28,095 --> 00:15:31,390 Yoshii-san mahu padang golf itu. 157 00:15:48,407 --> 00:15:51,326 Tsutomu Miyazaki ditangkap minggu lepas 158 00:15:51,326 --> 00:15:54,329 bagi pembunuhan kejam empat gadis, 159 00:15:54,329 --> 00:15:56,874 kepala salah seorang daripada mereka dipenggal. 160 00:15:56,874 --> 00:15:59,751 - Helo. - Ini saya. 161 00:16:00,252 --> 00:16:03,046 Saja telefon untuk dengar suara awak. 162 00:16:03,547 --> 00:16:04,882 Saya rindukan awak. 163 00:16:04,882 --> 00:16:06,258 Saya juga. 164 00:16:06,258 --> 00:16:10,429 Fail ini ambil masa yang lebih lama. 165 00:16:10,429 --> 00:16:12,139 Awak perlu berehat. 166 00:16:12,139 --> 00:16:14,850 Mahu makan malam ringan malam ini? 167 00:16:16,435 --> 00:16:21,231 Mahu, tapi saya perlu tunggu sehingga semuanya dicetak. 168 00:16:22,524 --> 00:16:24,443 Bagaimana kalau hujung minggu ini? 169 00:16:24,443 --> 00:16:26,028 Baiklah. 170 00:16:26,695 --> 00:16:29,156 Saya perlu sambung kerja. 171 00:16:30,115 --> 00:16:31,491 Saya hubungi awak nanti. 172 00:16:36,705 --> 00:16:38,207 PENTING 173 00:16:38,207 --> 00:16:39,917 BANK CCI INTERNATIONAL 174 00:16:51,386 --> 00:16:55,724 TUNTUTAN BAYARAN. DENDA BAYARAN LEWAT. 175 00:16:57,726 --> 00:16:59,019 Mozasu. 176 00:16:59,019 --> 00:17:02,773 Mak beli makanan untuk kamu dari kedai mi yang kamu suka. 177 00:17:02,773 --> 00:17:04,608 Kamu tak lapar? Makan. 178 00:17:06,944 --> 00:17:10,446 Mak masih kenyang lepas makan tengah hari. 179 00:17:10,446 --> 00:17:12,366 Mungkin kenyang selama berhari-hari. 180 00:17:13,325 --> 00:17:15,243 Mak makan apa tengah hari tadi? 181 00:17:15,953 --> 00:17:18,579 Mak pergi restoran makanan Mexico dengan kawan. 182 00:17:18,579 --> 00:17:21,208 Restoran makanan Mexico? Mak? 183 00:17:21,750 --> 00:17:22,876 Ya, mak. 184 00:17:23,794 --> 00:17:25,712 Itu sangat mengejutkan? 185 00:17:26,672 --> 00:17:28,089 Siapa kawan mak? 186 00:17:31,260 --> 00:17:33,679 Kawan yang sama-sama beri makan burung. 187 00:17:33,679 --> 00:17:35,347 Kamu takkan faham. 188 00:17:35,848 --> 00:17:37,099 Burung? 189 00:17:38,517 --> 00:17:41,979 Apa maksud mak? Mak sedang bercinta? 190 00:17:43,021 --> 00:17:44,940 Mak kenal dia di kedai runcit. 191 00:17:45,732 --> 00:17:47,943 Dia lelaki yang sangat baik. 192 00:17:47,943 --> 00:17:52,322 Kamu kena cuba restoran Mexico itu. 193 00:17:52,322 --> 00:17:54,199 Makanannya pedas. 194 00:17:54,199 --> 00:17:57,369 Margarita pula... 195 00:17:57,911 --> 00:17:59,621 Sangat keras. 196 00:18:00,497 --> 00:18:02,040 Mak akan pergi bersihkan di belakang. 197 00:18:11,675 --> 00:18:14,428 Boleh masuk ikut arah sini. 198 00:18:16,430 --> 00:18:18,223 Jangan saling menolak. 199 00:18:20,100 --> 00:18:21,476 Berdiri mengikut barisan. 200 00:18:25,898 --> 00:18:27,482 Mana dia? 201 00:18:27,482 --> 00:18:29,401 Dia patut sudah ada di sini. 202 00:18:29,401 --> 00:18:32,821 Kamu yang suruh tunggu saja, bukan? 203 00:18:38,243 --> 00:18:39,745 Dia akan sampai nanti. 204 00:18:57,888 --> 00:19:00,098 SENARAI PENERIMAAN UNIVERSITI WASEDA 205 00:19:30,420 --> 00:19:31,797 Mak! 206 00:19:37,052 --> 00:19:38,971 Hidup Korea! 207 00:19:43,684 --> 00:19:45,018 Itu pun kamu. 208 00:20:01,159 --> 00:20:02,286 SENARAI KURSUS PELAJAR BAHARU 209 00:20:02,286 --> 00:20:03,787 Mak cik sangat bangga. 210 00:20:03,787 --> 00:20:06,164 Ini senarai kelas yang ditawarkan untuk pelajar tahun satu. 211 00:20:06,164 --> 00:20:07,666 Kenapa mak cik gemuruh? 212 00:20:10,711 --> 00:20:14,339 Sejarah Eropah dan Amerika. Berkenaan Romantisisme. 213 00:20:14,339 --> 00:20:17,467 - Teori Bon Kerajaan. - Bunyinya seperti penyeksaan. 214 00:20:17,467 --> 00:20:19,428 Abang pasti mahu ambil kursus itu? 215 00:20:20,637 --> 00:20:22,764 Berhenti bercakap dan makan saja. 216 00:20:22,764 --> 00:20:25,559 Kamu cuma pandai cakap mengarut. 217 00:20:25,559 --> 00:20:28,812 Mungkin saya patut lari ke Tokyo dengan abang. 218 00:20:28,812 --> 00:20:33,317 Kelas yang membosankan itu mesti lebih bagus berbanding diseksa di sini. 219 00:20:33,317 --> 00:20:35,444 Apa kamu cakap? 220 00:20:36,486 --> 00:20:38,572 Noa. Kenapa? 221 00:20:40,532 --> 00:20:42,284 Ada senarai kos lain. 222 00:20:43,869 --> 00:20:45,120 Kos apa? 223 00:20:45,913 --> 00:20:47,372 Yuran kemasukan, 224 00:20:47,998 --> 00:20:50,501 yuran buku, aktiviti pelajar, 225 00:20:51,084 --> 00:20:53,629 latihan eksperimen, kos peralatan... 226 00:20:54,129 --> 00:20:55,422 Berapa jumlahnya? 227 00:20:57,174 --> 00:20:58,926 Lebih kurang 2,400 yen. 228 00:21:01,970 --> 00:21:04,848 Maksud kamu selain daripada yuran pengajian dan tempat tinggal? 229 00:21:08,560 --> 00:21:09,978 Bagaimana? 230 00:21:12,356 --> 00:21:14,775 Mungkin boleh minta bantuan En. Koh. 231 00:21:14,775 --> 00:21:18,320 Tidak. Saya tak mahu duit orang lain. 232 00:21:19,530 --> 00:21:22,741 Noa. Kita akan bayar semua sekali. 233 00:21:23,867 --> 00:21:26,036 Mesti ada pejabat telegraf berdekatan universiti. 234 00:21:26,036 --> 00:21:28,121 Saya boleh kerja di sana. 235 00:21:28,121 --> 00:21:29,206 Tidak. 236 00:21:30,207 --> 00:21:32,668 Mak nampak kesukaran kamu selama dua tahun ini. 237 00:21:32,668 --> 00:21:34,545 Kamu kena fokus pada pelajaran. 238 00:21:34,545 --> 00:21:38,173 - Mak, yuran itu... - Kita akan dapatkan duit itu. 239 00:21:39,049 --> 00:21:40,968 Tanpa ambil duit daripada En. Koh. 240 00:21:40,968 --> 00:21:42,344 Bagaimana? 241 00:21:42,344 --> 00:21:44,972 Kamu tak perlu risau tentang hal itu. 242 00:21:46,265 --> 00:21:48,350 Sekarang makan. Sebelum makanan sejuk. 243 00:21:49,893 --> 00:21:52,271 Ya, makan. 244 00:21:53,230 --> 00:21:54,314 Ambil ini. 245 00:22:07,828 --> 00:22:10,581 KEDAI BARANGAN KULIT BUATAN TANGAN SAKAI 246 00:23:50,556 --> 00:23:51,807 Selamat datang. 247 00:23:52,307 --> 00:23:54,726 Saya tak pasti jika ini tempatnya. 248 00:23:55,435 --> 00:23:56,812 Apa nama pelanggan itu? 249 00:23:59,773 --> 00:24:00,774 Tuan? 250 00:24:07,155 --> 00:24:09,116 - Minum. - Minum. 251 00:25:01,877 --> 00:25:03,253 Apa kamu buat? 252 00:25:04,171 --> 00:25:05,339 Mak. 253 00:25:10,761 --> 00:25:11,970 Apa semua ini? 254 00:25:12,804 --> 00:25:16,808 Saya ingat kita ada gula daripada urusniaga beberapa bulan lepas. 255 00:25:17,351 --> 00:25:20,395 Ia patut cukup untuk buat gula-gula. 256 00:25:20,395 --> 00:25:24,274 Kalau ia laris dijual, saya boleh cuba dapatkan gula lagi. 257 00:25:27,444 --> 00:25:30,364 Kita boleh buka gerai kedua berdekatan hentian bas. 258 00:25:30,364 --> 00:25:34,117 Ada ramai orang muda dan keluarga yang naik bas di sana. 259 00:25:39,706 --> 00:25:42,459 Bagaimana dengan restoran kamu? 260 00:25:50,008 --> 00:25:51,385 Kita akan tunggu beberapa tahun lagi. 261 00:25:52,219 --> 00:25:53,762 Apabila Noa tamat pengajian. 262 00:25:54,972 --> 00:25:57,724 Ya, baiklah. 263 00:26:11,113 --> 00:26:12,447 Mak. 264 00:26:12,447 --> 00:26:14,283 Tidur. Saya boleh buat. 265 00:26:14,283 --> 00:26:17,286 Kamu fikir mak boleh tidur? 266 00:26:22,082 --> 00:26:23,417 Cepat bawa ke sini. 267 00:26:38,849 --> 00:26:42,436 Kalau saya tahu awak tak tahu hal ini, 268 00:26:42,936 --> 00:26:44,813 saya takkan buat begini. 269 00:26:44,813 --> 00:26:48,775 Kami dengar awak dan keluarga awak menarik diri daripada pasaran gelap. 270 00:26:49,902 --> 00:26:50,903 Siapa yang beritahu? 271 00:26:51,612 --> 00:26:53,113 Itu yang semua orang cakap. 272 00:26:56,200 --> 00:26:59,286 Orang yang cuba ambil alih, 273 00:26:59,286 --> 00:27:00,704 siapa namanya? 274 00:27:06,793 --> 00:27:08,337 Awak takut dengan dia? 275 00:27:09,463 --> 00:27:11,381 Saya ada dengar khabar angin. 276 00:27:11,381 --> 00:27:14,301 Tolong, saya tak mahu terbabit. 277 00:27:21,600 --> 00:27:22,893 Yoshii Isamu. 278 00:27:23,560 --> 00:27:25,312 Sumpah itu saja yang saya tahu. 279 00:27:33,362 --> 00:27:36,114 Dapatkan semua maklumat tentang lelaki ini. 280 00:27:36,615 --> 00:27:39,993 Jangan tinggalkan satu maklumat pun. Saya mahu semuanya. 281 00:28:05,644 --> 00:28:07,437 Sudah berapa lama kamu bercinta? 282 00:28:07,437 --> 00:28:09,398 Bukan begitu. 283 00:28:10,190 --> 00:28:11,692 Jadi apa berlaku? 284 00:28:13,360 --> 00:28:16,488 Keluarga kami sudah lama berkawan. 285 00:28:19,032 --> 00:28:20,242 Sejak kami kecil, 286 00:28:20,242 --> 00:28:23,787 ibu bapa kami fikir yang kami pasangan sempurna. 287 00:28:24,496 --> 00:28:26,331 Dia pun fikir begitu? 288 00:28:28,417 --> 00:28:30,711 Dia hanya menurut ibu bapanya. 289 00:28:34,464 --> 00:28:35,716 Awak pula? 290 00:28:37,885 --> 00:28:41,305 Saya pernah cuba yakinkan diri saya begitu. 291 00:28:44,266 --> 00:28:45,851 Sekarang tidak lagi. 292 00:28:47,227 --> 00:28:48,854 Tapi, awak... 293 00:28:50,022 --> 00:28:51,523 Awak biarkan saja. 294 00:28:52,024 --> 00:28:53,817 Mereka ibu bapa saya. 295 00:28:53,817 --> 00:28:55,444 Apa saya patut buat? 296 00:28:55,944 --> 00:28:59,740 Saya tahu saya patut beritahu awak. 297 00:29:01,700 --> 00:29:03,327 Ya, awak patut beritahu. 298 00:29:09,416 --> 00:29:13,212 Hubungan kita tak boleh diselamatkan? 299 00:29:15,464 --> 00:29:20,469 Boleh berjanji yang awak takkan berpaling lagi? 300 00:29:21,261 --> 00:29:22,471 Sekali pun. 301 00:29:24,640 --> 00:29:25,974 Boleh? 302 00:29:27,518 --> 00:29:29,311 Saya mahu cuba. 303 00:29:32,314 --> 00:29:34,149 Itu tak cukup bagus. 304 00:29:38,946 --> 00:29:41,865 Mungkin dalam kehidupan lain. 305 00:29:43,116 --> 00:29:46,203 Atau jika kita berdua 306 00:29:47,996 --> 00:29:49,665 orang yang berbeza. 307 00:29:51,708 --> 00:29:53,752 Betul, bukan? 308 00:30:14,648 --> 00:30:15,858 Saya mahu awak... 309 00:30:19,486 --> 00:30:22,030 dapatkan semula pinjaman Abe-san. 310 00:30:23,532 --> 00:30:24,867 Abe-san? 311 00:30:25,367 --> 00:30:26,827 Kenapa? 312 00:30:33,417 --> 00:30:34,501 Tidak. 313 00:30:34,501 --> 00:30:37,629 Awak yang bocorkan berita tentang tulang itu? 314 00:30:37,629 --> 00:30:39,548 Saya tak berniat mahu babitkan awak. 315 00:30:40,716 --> 00:30:41,717 Awak kena percaya. 316 00:30:42,384 --> 00:30:45,554 Sekarang ia bukan hanya sebab duit. 317 00:30:45,554 --> 00:30:47,306 Saya mahu dia tahu. 318 00:30:47,806 --> 00:30:48,891 Tidak. 319 00:30:48,891 --> 00:30:52,853 Saya mahu semua orang tahu saya wujud. 320 00:30:52,853 --> 00:30:54,271 Walaupun awak cakap begitu... 321 00:30:54,271 --> 00:30:55,898 Saya perlu minta. Tolong. 322 00:30:55,898 --> 00:30:57,524 Awak tak boleh minta begitu! 323 00:30:59,359 --> 00:31:03,113 Walaupun ia musnahkan Abe-san, khabar angin tentang saya akan tersebar. 324 00:31:03,113 --> 00:31:04,865 Seluruh industri akan tahu. 325 00:31:04,865 --> 00:31:06,450 Maaf, saya tak boleh. 326 00:31:07,201 --> 00:31:08,535 Awak pun tahu. 327 00:31:13,207 --> 00:31:17,127 Saya akan cari cara lain. Awak tahu saya akan buat begitu. 328 00:31:18,212 --> 00:31:24,718 Saya pula terpaksa halang awak. 329 00:32:40,252 --> 00:32:41,795 Ayah mahu jumpa saya? 330 00:33:00,689 --> 00:33:02,107 Alihkan ini. 331 00:33:10,490 --> 00:33:12,117 Apa doktor baharu cakap? 332 00:33:13,285 --> 00:33:14,912 Ayah sudah tak peduli. 333 00:33:21,251 --> 00:33:26,798 Kita selalu berterus-terang, bukan? 334 00:33:29,343 --> 00:33:35,182 Ayah yang ajar saya kuasa bercakap secara terus-terang. 335 00:33:36,183 --> 00:33:38,310 Saya menghargainya. 336 00:33:39,770 --> 00:33:40,896 Ya. 337 00:33:42,689 --> 00:33:45,275 Sekarang ini ramai yang terlalu banyak bercakap. 338 00:33:46,693 --> 00:33:49,029 Mereka bercakap tanpa henti tentang banyak perkara. 339 00:33:50,113 --> 00:33:52,866 Namun, Amerika takkan lama di sini. 340 00:33:54,284 --> 00:33:56,703 Waktu itu, bintang yang meningkat akan mengambil alih. 341 00:33:57,204 --> 00:33:59,289 Kurogane-san. 342 00:33:59,289 --> 00:34:02,668 Jelas sekali kamu tak suka dia. 343 00:34:02,668 --> 00:34:06,046 Namun, dia faham perkara yang perlu dibuat. 344 00:34:07,297 --> 00:34:10,801 Dia masih muda, tapi mempunyai masa depan cerah. 345 00:34:10,801 --> 00:34:12,636 Dia bercita-cita. 346 00:34:14,137 --> 00:34:18,308 Saya rasa ayah keliru antara keduanya. 347 00:34:20,018 --> 00:34:21,770 Parti itu masih mentah. 348 00:34:21,770 --> 00:34:25,482 Kesetiaan akan berubah. 349 00:34:25,482 --> 00:34:26,483 Tepat sekali. 350 00:34:28,569 --> 00:34:30,237 Sebab itu... 351 00:34:33,447 --> 00:34:36,577 ayah mahu hubungan keluarga. 352 00:34:40,414 --> 00:34:45,085 Kesetiaan kamu pun ayah dapatkan dengan cara begitu. 353 00:34:46,920 --> 00:34:50,924 Dia sanggup terima Keiko, walaupun dia berdarah campur, 354 00:34:50,924 --> 00:34:55,637 itu buktikan keyakinan dia pada keluarga kita. 355 00:34:55,637 --> 00:34:57,054 Saya takkan benarkan. 356 00:34:57,054 --> 00:34:59,141 Keiko anak saya! 357 00:35:02,227 --> 00:35:06,148 Sudah terlambat untuk kamu berpura-pura pedulikan anak kamu. 358 00:35:08,233 --> 00:35:11,153 Kita berdua tahu 359 00:35:11,153 --> 00:35:15,866 kamu hanya pentingkan seorang anak lelaki saja. 360 00:35:15,866 --> 00:35:19,536 Kehidupan yang kamu sorok itu. 361 00:35:20,537 --> 00:35:22,206 Ingat. 362 00:35:22,998 --> 00:35:25,459 Sebab kamu, 363 00:35:26,877 --> 00:35:30,005 ayah tak pernah ganggu keluarga itu. 364 00:35:31,173 --> 00:35:35,260 Jangan sampai ayah berubah fikiran. 365 00:35:54,238 --> 00:35:55,572 Mak. 366 00:35:57,115 --> 00:35:58,116 Noa. 367 00:35:58,909 --> 00:36:00,410 Kenapa bangun begitu awal? 368 00:36:05,415 --> 00:36:07,125 Saya mahu cakap sesuatu. 369 00:36:08,544 --> 00:36:09,962 Apa? 370 00:36:09,962 --> 00:36:11,505 Kamu tak sihat? 371 00:36:15,259 --> 00:36:16,593 Saya takkan pergi ke Waseda. 372 00:36:17,803 --> 00:36:19,972 Mak sudah cakap jangan risau tentang duit. 373 00:36:20,639 --> 00:36:22,057 Mak akan uruskan. 374 00:36:22,933 --> 00:36:23,976 Tak mahu. 375 00:36:25,477 --> 00:36:27,312 Kalau ia menghalang impian mak. 376 00:36:27,980 --> 00:36:29,231 Saya takkan buat begitu. 377 00:36:32,526 --> 00:36:33,527 Noa... 378 00:36:35,529 --> 00:36:39,992 restoran itu cuma percaturan sia-sia. 379 00:36:41,076 --> 00:36:42,286 Mak sudah sedar. 380 00:36:42,286 --> 00:36:43,871 Saya tak percaya. 381 00:36:43,871 --> 00:36:46,415 Saya bertanggungjawab menjaga keluarga ini. 382 00:36:46,415 --> 00:36:49,668 Kenapa kamu tak bertanggungjawab kalau pergi ke universiti? 383 00:36:51,753 --> 00:36:55,799 Noa, ini bukan untuk kamu saja. 384 00:36:56,884 --> 00:36:59,094 Ia untuk kita semua. 385 00:37:00,429 --> 00:37:01,889 Saya akan pergi bertahun-tahun lama. 386 00:37:01,889 --> 00:37:04,183 Tempoh itu sekejap saja berbanding pengalaman kita... 387 00:37:04,183 --> 00:37:05,726 Saya tak boleh. 388 00:37:07,186 --> 00:37:09,104 Biarkan mak sendirian menanggung semua beban itu... 389 00:37:09,104 --> 00:37:10,439 Cukup. 390 00:37:11,732 --> 00:37:14,193 Mak ada nenek dan mak cik kamu. 391 00:37:17,779 --> 00:37:18,989 Saya tahu mak kecewa... 392 00:37:18,989 --> 00:37:20,782 Mak kecewa untuk kamu! 393 00:37:21,283 --> 00:37:22,993 Kamu berhak dapat lebih baik. 394 00:37:23,869 --> 00:37:25,329 Saya akan lupakannya. 395 00:37:27,247 --> 00:37:29,291 Ini rumah saya. 396 00:37:30,209 --> 00:37:31,919 Saya perlu kekal di sini. 397 00:37:32,461 --> 00:37:33,712 Noa. 398 00:37:34,338 --> 00:37:35,422 Noa! 399 00:37:45,516 --> 00:37:47,768 Dia risau tentang yuran dan tinggalkan kami di sini... 400 00:37:47,768 --> 00:37:49,228 Apa maksud awak? 401 00:37:51,146 --> 00:37:52,856 Pergi ke Waseda bukan satu pilihan. 402 00:37:53,482 --> 00:37:54,691 Buat dia faham. 403 00:37:56,693 --> 00:37:58,362 Awak fikir saya tak cuba? 404 00:38:02,157 --> 00:38:03,867 Dia takkan ubah fikiran. 405 00:38:04,368 --> 00:38:06,245 Sebab dia tak faham. 406 00:38:06,245 --> 00:38:10,207 Waktu kami kelaparan tanpa makanan untuk mengisi perut. 407 00:38:11,792 --> 00:38:15,921 Saya menggigit jari ayah saya untuk bayangkan ada makanan. 408 00:38:17,673 --> 00:38:19,258 Tak boleh begini. 409 00:38:20,384 --> 00:38:21,718 Dia mesti pergi. 410 00:38:21,718 --> 00:38:24,263 Saya tahu, tapi bagaimana? 411 00:38:24,263 --> 00:38:26,056 Awak kena buat dia faham dengan jelas. 412 00:38:27,391 --> 00:38:30,060 Buka matanya. 413 00:38:31,520 --> 00:38:34,898 Buat dia sedar tentang realiti kehidupan. 414 00:38:34,898 --> 00:38:37,317 Saya akan yakinkan dia kalau awak tak berjaya. 415 00:38:53,292 --> 00:38:54,960 Dia takkan berubah fikiran? 416 00:38:56,086 --> 00:38:57,504 Dia menolak. 417 00:38:58,797 --> 00:39:00,424 Okey, jadi bagaimana sekarang? 418 00:39:00,424 --> 00:39:03,302 Saya tak boleh yakinkan pengarah jika dia menghalang. 419 00:39:06,263 --> 00:39:08,473 Jadi kita perlu keluarkan dia, bukan? 420 00:39:09,641 --> 00:39:11,059 Apa maksud awak? 421 00:39:16,190 --> 00:39:17,816 Syarikat Kewangan Yotsuba. 422 00:39:17,816 --> 00:39:19,610 Salah laku kewangan. 423 00:39:21,570 --> 00:39:23,197 Awak tahu caranya, Tom. 424 00:40:19,545 --> 00:40:21,255 KATO TATSUMI 425 00:40:29,555 --> 00:40:32,599 Tak, kali ini bukan orang hilang. 426 00:40:33,100 --> 00:40:35,185 Saya tahu tempat dia berada. 427 00:40:35,185 --> 00:40:41,650 Saya mahu awak cari semua maklumat tentang lelaki ini. 428 00:40:43,485 --> 00:40:44,653 Nama dia... 429 00:40:47,656 --> 00:40:49,283 Kato Tatsumi. 430 00:40:50,075 --> 00:40:51,743 Dia orang Jepun. 431 00:40:52,327 --> 00:40:54,872 Apa-apa saja maklumat awak jumpa. 432 00:40:55,455 --> 00:40:56,456 Ya. 433 00:40:56,999 --> 00:40:58,500 Ini penting. 434 00:40:58,500 --> 00:41:00,711 Saya akan bayar lebih. 435 00:41:02,671 --> 00:41:03,672 Jumpa lagi. 436 00:41:33,744 --> 00:41:34,786 Mak. 437 00:41:50,469 --> 00:41:52,429 Sejak kamu bawa balik tauhu itu, 438 00:41:52,429 --> 00:41:55,766 mak ingin tahu cara mereka buatnya. 439 00:42:04,608 --> 00:42:05,609 Puan! 440 00:42:08,654 --> 00:42:10,697 Sudah lama saya mahu datang. 441 00:42:10,697 --> 00:42:12,282 Saya dengar Noa selalu ke sini. 442 00:42:13,617 --> 00:42:15,369 Biar saya sediakan dua hidangan. 443 00:42:15,369 --> 00:42:17,704 Tak perlu susahkan diri. 444 00:42:17,704 --> 00:42:20,791 Tak menyusahkan. 445 00:42:21,708 --> 00:42:23,752 - Silakan duduk. - Baiklah. 446 00:42:33,428 --> 00:42:35,514 Kenapa mak bawa saya ke sini? 447 00:42:36,723 --> 00:42:41,562 Mak mahu lihat sendiri perkara lain yang kamu fikirkan. 448 00:42:44,189 --> 00:42:45,899 Bukan begitu. 449 00:42:46,817 --> 00:42:49,444 Lihatlah tangan dia. 450 00:42:50,988 --> 00:42:53,240 Masih begitu lembut dan licin. 451 00:43:01,707 --> 00:43:06,837 Mak teringat masa mak baru di sini apabila melihat dia. 452 00:43:07,754 --> 00:43:10,132 Tak sangka mak akan tinggal lama di sini. 453 00:43:12,801 --> 00:43:16,972 Ayah kamu ajak mak ikut dia walaupun kami tak mengenali. 454 00:43:18,265 --> 00:43:22,311 Apabila kami datang, banyak kami tak tahu tentang kehidupan. 455 00:43:23,937 --> 00:43:25,314 Lebih-lebih lagi mak. 456 00:43:25,939 --> 00:43:28,108 Dulu Yeongdo paling penting pada mak. 457 00:43:30,861 --> 00:43:35,699 Apabila ayah kamu mula ajar mak tentang agamanya, 458 00:43:36,366 --> 00:43:38,702 semuanya kedengaran sangat pelik. 459 00:43:41,455 --> 00:43:43,916 Ia sukar untuk mak pada mulanya. 460 00:43:47,544 --> 00:43:52,633 Kemudian, ayah beritahu tentang syurga... 461 00:43:55,260 --> 00:43:56,929 dan mak mula faham semuanya. 462 00:44:00,182 --> 00:44:01,475 Apabila mak... 463 00:44:03,852 --> 00:44:07,731 Apabila mak fikir tentang syurga, mak nampak Yeongdo. 464 00:44:10,025 --> 00:44:13,862 Mak tak tahu maksud syurga pada kamu, tapi mak tahu maksudnya untuk mak. 465 00:44:15,197 --> 00:44:16,823 Bukan ini. 466 00:44:17,658 --> 00:44:19,409 Kalau kamu tak pergi... 467 00:44:22,829 --> 00:44:26,875 kamu akan duduk sini dan menyesali keputusan kamu. 468 00:44:29,419 --> 00:44:31,421 Mak tak boleh biarkan. 469 00:44:31,421 --> 00:44:34,091 Mak sudah berjanji pada ayah kamu. 470 00:44:38,470 --> 00:44:40,013 Walau apa pun, 471 00:44:42,182 --> 00:44:44,685 kamu dan adik kamu mesti berjaya. 472 00:44:51,900 --> 00:44:54,278 Mak mahu tunaikan janji itu. 473 00:45:00,617 --> 00:45:02,911 Maaf sebab perlu tunggu. 474 00:45:05,873 --> 00:45:08,041 Saya harap awak suka. 475 00:45:08,625 --> 00:45:09,835 Biar saya cuba. 476 00:45:13,964 --> 00:45:14,965 Sedap. 477 00:45:14,965 --> 00:45:17,759 Boleh rasa semua usaha untuk buatnya. 478 00:45:17,759 --> 00:45:18,844 Terima kasih. 479 00:45:20,596 --> 00:45:24,141 Sudah tentu tauhu di Tokyo lebih sedap. 480 00:45:24,641 --> 00:45:26,018 Ia bandar yang besar. 481 00:45:29,646 --> 00:45:34,776 Saya harap awak ingat kami semasa makan tauhu itu. 482 00:45:36,904 --> 00:45:39,573 Tak mungkin ia lebih sedap daripada tauhu ini. 483 00:45:42,326 --> 00:45:43,744 Apabila saya di sana... 484 00:45:45,078 --> 00:45:46,914 saya tahu saya akan rindukan tauhu di sini. 485 00:46:58,569 --> 00:47:00,571 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman