1 00:00:06,006 --> 00:00:09,006 Dialog bahasa Jepun bersari kata biru Dialog bahasa Korea bersari kata kuning 2 00:00:09,343 --> 00:00:12,303 (berbahasa Korea) Namanya Koh Hansu. 3 00:00:14,306 --> 00:00:18,556 Orang cakap tangannya penuh darah. 4 00:00:20,395 --> 00:00:26,935 Dia buat kerja kotor untuk seorang lelaki berkuasa di Jepun. 5 00:00:27,903 --> 00:00:30,993 Khabar begitu buat kita tertanya, 6 00:00:31,740 --> 00:00:33,990 adakah sekarang dia salah seorang daripada mereka? 7 00:00:34,743 --> 00:00:37,253 Atau dia masih orang Korea? 8 00:00:37,329 --> 00:00:42,039 Tiada sesiapa tahu hal itu. Saya cuma tahu harganya adil. 9 00:00:42,125 --> 00:00:46,295 Dia tak mengganggu dan bersabar dengan orang bermasalah. 10 00:00:47,214 --> 00:00:49,094 Wanita yang masak untuknya di sini 11 00:00:49,174 --> 00:00:52,014 cakap dia tak pernah pakai baju yang sama dua kali. 12 00:00:52,094 --> 00:00:54,644 Dia guna sekali dan buangnya. 13 00:00:54,721 --> 00:00:58,351 Boleh awak bayangkan? Dia ingat dia siapa? 14 00:00:58,433 --> 00:01:01,403 Dia lelaki beradab. 15 00:01:01,478 --> 00:01:05,478 Sudah dua kali dia datang beri penghormatan kepada ayah saya. 16 00:01:05,566 --> 00:01:08,186 Mereka sudah saling menyukai. 17 00:01:08,277 --> 00:01:11,777 Tapi, Jiyun, ayah awak fikir dia akan tinggal di sini? 18 00:01:11,864 --> 00:01:14,204 Atau dia akan kembali ke Osaka? 19 00:01:14,992 --> 00:01:17,952 Mungkin jika dia ada rumah di sini… 20 00:01:19,079 --> 00:01:21,329 dia akan tinggal di sini. 21 00:01:22,124 --> 00:01:23,464 Rasanya begitu. 22 00:01:44,229 --> 00:01:47,729 - Diam! - Tapi ayah, peraturannya sehasta. 23 00:01:49,860 --> 00:01:51,570 Sehasta mengikut lengan saya! 24 00:01:56,116 --> 00:01:58,906 Awak ingat saya tetapkan harga 25 00:01:58,994 --> 00:02:00,794 mengikut lengan kanak-kanak yang merepek? 26 00:02:01,413 --> 00:02:02,963 Tolong, tuan. 27 00:02:03,040 --> 00:02:04,920 Jangan masuk campur. 28 00:02:07,711 --> 00:02:10,011 Anak awak perlu bertanggungjawab sebab biadab. 29 00:02:12,633 --> 00:02:14,973 Tapi kalau awak mahu, saya boleh panjangkan lengan awak. 30 00:02:25,521 --> 00:02:26,731 Saya akan beli ikan ini. 31 00:02:26,813 --> 00:02:28,193 Lima yen untuk 20 ekor gelama. 32 00:02:28,273 --> 00:02:30,193 Tanda berterima kasih saya. 33 00:02:31,318 --> 00:02:32,318 Alihkannya. 34 00:02:38,408 --> 00:02:40,038 En. Koh Hansu! 35 00:04:04,912 --> 00:04:06,662 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 36 00:04:43,700 --> 00:04:47,000 (berhasa Inggeris) Anda semua bergembira? 37 00:04:47,663 --> 00:04:51,543 Saya baru lihat ibu bapa pengantin. 38 00:04:51,625 --> 00:04:56,795 Sekarang saya tahu dari mana mereka dapat rupa mereka yang elok! 39 00:04:56,880 --> 00:04:58,840 Semua orang mahu lihat saya gagal. 40 00:04:58,924 --> 00:05:03,474 Itu tak benar. Jangan selalu fikir buruk tentang kami. 41 00:05:03,554 --> 00:05:04,564 Saya akan cuba. 42 00:05:04,638 --> 00:05:07,638 Negara ini sudah banyak berubah sejak awak ke Amerika. 43 00:05:07,724 --> 00:05:11,314 Ramai orang menjadi kaya dengan cepat. 44 00:05:11,395 --> 00:05:13,645 Orang yang tak dikenali beberapa tahun lalu. 45 00:05:13,730 --> 00:05:18,070 Mungkin mereka yang negara ini perlukan. 46 00:05:18,151 --> 00:05:19,781 Seperti anak lelaki pemilik pachinko? 47 00:05:21,446 --> 00:05:24,196 Saya bergurau! Kita kawan lama. 48 00:05:26,159 --> 00:05:29,499 Saya teringat sesuatu yang awak cakap semasa kita kecil. 49 00:05:29,580 --> 00:05:31,160 Apa? 50 00:05:32,207 --> 00:05:34,627 Awak cakap ayah awak beritahu 51 00:05:34,710 --> 00:05:36,750 yang orang Korea mesti dibesarkan oleh anjing. 52 00:05:36,837 --> 00:05:39,167 Kalau tidak kenapa kami mengasak muka kami ke dalam mangkuk 53 00:05:39,256 --> 00:05:41,716 dan bukan mengangkat mangkuk seperti kamu? 54 00:05:41,800 --> 00:05:44,930 - Saya cakap perkara teruk begitu? - Ya. 55 00:05:45,929 --> 00:05:47,429 Dulu kita masih budak-budak. 56 00:05:47,514 --> 00:05:49,394 Pasti saya salah dengar cakap ayah. 57 00:05:51,226 --> 00:05:54,556 Syarikat awak bijak sebab jadikan Colton rakan kongsi Abe-san. 58 00:05:54,646 --> 00:05:57,396 Dia pemaju terbaik di sini. Dia ada pengaruh yang kuat. 59 00:05:57,482 --> 00:06:00,322 Sudah pasti apabila separuh Kementerian Kewangan 60 00:06:00,402 --> 00:06:02,572 menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Itu membantu. 61 00:06:02,654 --> 00:06:04,874 Ya, ramai orang kami di sini. 62 00:06:04,948 --> 00:06:09,448 Jangan risau. Awak boleh sesuaikan diri dengan tali leher begitu. 63 00:06:10,037 --> 00:06:11,037 Biar saya teka. 64 00:06:12,414 --> 00:06:13,424 Armani. 65 00:06:15,667 --> 00:06:17,667 Hermès. Lihat, awak sudah berjaya. 66 00:06:17,753 --> 00:06:21,173 Pendapat Abe-san tentang awak tentu menarik. 67 00:06:23,759 --> 00:06:30,059 Menarilah lagi 68 00:06:49,368 --> 00:06:52,788 Satu, dua, tiga, senyum! 69 00:06:53,914 --> 00:06:55,004 Dekat lagi. 70 00:07:12,266 --> 00:07:14,936 Awak masih muda semasa tinggalkan Jepun, bukan? 71 00:07:16,937 --> 00:07:17,937 Saya 14 tahun. 72 00:07:19,189 --> 00:07:21,979 Saya dengar awak juga belajar di Amerika Syarikat. 73 00:07:22,651 --> 00:07:23,941 Ya, Cambridge. 74 00:07:24,027 --> 00:07:26,027 Harvard. 75 00:07:26,113 --> 00:07:27,113 Sekolah perniagaan. 76 00:07:27,197 --> 00:07:29,867 Bagaimana keadaan di Sekolah Perniagaan Harvard? 77 00:07:30,909 --> 00:07:33,869 Tempat yang bagus untuk belajar pemikiran orang Amerika. 78 00:07:33,954 --> 00:07:35,584 Maksud awak? 79 00:07:35,664 --> 00:07:37,124 Amerika sukakan permainan. 80 00:07:37,207 --> 00:07:39,287 Semuanya jadi permainan. 81 00:07:39,376 --> 00:07:41,956 Jadi apabila saya berjumpa seseorang, kebanyakan lelaki 82 00:07:42,045 --> 00:07:44,295 mahu cuba teka, 83 00:07:44,381 --> 00:07:45,381 "Saya orang Asia mana?" 84 00:07:45,465 --> 00:07:48,005 Itu biasa. Selalunya Cina dulu. 85 00:07:49,511 --> 00:07:51,511 Mujurlah Jepun selalunya di tempat kedua. 86 00:07:51,597 --> 00:07:53,847 Sekurang-kurangnya awak hanya perlu lalui dua negara. 87 00:07:53,932 --> 00:07:56,272 Saya bertuah kalau Korea berada di empat pilihan pertama. 88 00:07:56,894 --> 00:07:59,734 Jika saya bosan, saya angguk saja apabila mereka cakap Jepun. 89 00:07:59,813 --> 00:08:02,073 Itu tidak salah sepenuhnya, bukan? 90 00:08:02,816 --> 00:08:05,066 Tidak. Masih betul. 91 00:08:06,236 --> 00:08:08,526 - Tom-san! - Abe-san! 92 00:08:13,493 --> 00:08:19,373 Menantu awak kelihatan seperti pencari nafkah yang bagus. Awak bertuah! 93 00:08:19,458 --> 00:08:22,918 Demi anak saya, saya harap begitu. 94 00:08:23,003 --> 00:08:26,173 Biar saya perkenalkan ahli terbaharu pasukan kami. 95 00:08:26,715 --> 00:08:29,675 Ini Baek-san dari pejabat New York kami. 96 00:08:29,760 --> 00:08:31,300 Terima kasih sebab menjemput saya. Ia satu penghormatan. 97 00:08:32,929 --> 00:08:35,309 Apa jenis darah awak? 98 00:08:39,311 --> 00:08:40,351 Saya jenis O. 99 00:08:42,231 --> 00:08:44,691 Saya faham. Jadi seorang yang optimis. 100 00:08:47,819 --> 00:08:51,069 Naluri untuk hidup dalam dunia ini. 101 00:08:51,698 --> 00:08:53,368 Mari lihat kebaikannya untuk awak. 102 00:08:53,450 --> 00:08:56,700 Sila berseronok di majlis ini. 103 00:09:08,382 --> 00:09:11,512 Hei. Apa berlaku tadi? 104 00:09:14,221 --> 00:09:16,721 Rasanya dia risaukan kesetiaan saya. 105 00:09:17,224 --> 00:09:20,274 Ya. Masalah Korea dan Jepun. 106 00:09:21,979 --> 00:09:24,479 Kenapa orang tak lupakan saja? 107 00:09:24,565 --> 00:09:26,645 Ia sudah berlalu. Sudah selesai. 108 00:09:28,235 --> 00:09:31,235 Awak boleh yakinkan Abe-san yang dia tak perlu risau tentang saya. 109 00:09:31,989 --> 00:09:33,659 Kesetiaan saya milik Shiffley's. 110 00:09:33,740 --> 00:09:35,280 Sebab mereka bayar saya gaji. 111 00:09:53,677 --> 00:09:55,097 Kyunghee, bangun. 112 00:09:58,098 --> 00:10:01,058 Masa makan lewat malam. 113 00:10:02,394 --> 00:10:03,814 Mana Solomon? 114 00:10:03,896 --> 00:10:07,896 Awak ingat dia ke Tokyo? Selesaikan urusan penting. 115 00:10:07,983 --> 00:10:11,653 Sunja. Kita sudah tahu dari dulu, bukan? 116 00:10:11,737 --> 00:10:14,697 Dia yang akan berjaya. 117 00:10:15,616 --> 00:10:18,446 Dia budak baik. 118 00:10:19,536 --> 00:10:20,746 Sekarang mari makan. 119 00:10:22,581 --> 00:10:24,501 Awak tak bosan menjaga saya? 120 00:10:25,334 --> 00:10:27,094 Jangan cakap begitu. 121 00:10:32,549 --> 00:10:35,679 Lihat, saya masak makanan kegemaran awak. 122 00:10:37,846 --> 00:10:40,426 Awak tak boleh makan ubat dengan perut kosong. 123 00:10:43,477 --> 00:10:45,307 Berhenti buat begini. 124 00:10:45,395 --> 00:10:47,015 Sunja, 125 00:10:47,814 --> 00:10:49,984 saya tak mahu makan ubat. 126 00:10:50,067 --> 00:10:51,987 Apa yang awak mengarut? 127 00:10:52,069 --> 00:10:54,609 Awak dengar cakap doktor. 128 00:10:54,696 --> 00:10:56,316 Awak perlu lawan sakit awak. 129 00:10:56,406 --> 00:11:00,036 Sunja, kita sudah lama berlawan, bukan? 130 00:11:00,118 --> 00:11:02,158 Awak mengarut. 131 00:11:02,746 --> 00:11:04,536 Bagaimana ini berlaku? 132 00:11:05,666 --> 00:11:09,916 Bagaimana masa berlalu begitu pantas? 133 00:11:10,003 --> 00:11:12,383 Awak masih boleh hidup lama. 134 00:11:12,464 --> 00:11:14,304 Jangan cakap begitu. 135 00:11:15,843 --> 00:11:18,223 Dulu awak sentiasa berterus-terang. 136 00:11:19,137 --> 00:11:22,467 Awak tetap cakap kebenaran walaupun ia menyakitkan. 137 00:11:28,313 --> 00:11:31,403 Saya nampak semua muka itu lagi, 138 00:11:31,483 --> 00:11:34,073 dalam mimpi saya. 139 00:11:34,570 --> 00:11:38,160 Semua yang kita cuba lupakan. 140 00:11:38,740 --> 00:11:41,580 Mungkin sebab masa saya sudah hampir berakhir, 141 00:11:41,660 --> 00:11:46,620 tapi saya mahu ingat mereka semua. 142 00:11:47,457 --> 00:11:49,627 Nama mereka, 143 00:11:49,710 --> 00:11:51,340 rupa mereka… 144 00:11:53,422 --> 00:11:59,142 Kalaulah saya boleh balik buat kali terakhir. 145 00:12:06,602 --> 00:12:08,312 Tapi, Sunja, 146 00:12:08,395 --> 00:12:10,185 berterus-terang dengan saya. 147 00:12:11,273 --> 00:12:12,363 Lelaki itu, 148 00:12:13,275 --> 00:12:16,525 awak memang tak pernah fikirkan dia? 149 00:12:18,572 --> 00:12:24,082 Atau terfikir bagaimana kehidupan awak 150 00:12:24,161 --> 00:12:27,081 jika awak buat pilihan berbeza? 151 00:12:45,599 --> 00:12:46,979 Awak memang dungu. 152 00:12:48,560 --> 00:12:50,600 Saya boleh campak awak dan seluruh keluarga awak ke dalam lautan. 153 00:12:50,687 --> 00:12:52,397 Dia tak bersalah, tuan. 154 00:12:52,481 --> 00:12:54,021 Dia tak jual ikan ini. 155 00:12:55,901 --> 00:12:57,241 Saya sendiri nampak. 156 00:12:57,319 --> 00:12:59,739 Saya ada beberapa biji tangerin. Kami bertukar hasil. 157 00:13:00,322 --> 00:13:02,622 Lihat, saya tak ambil duitnya! 158 00:13:02,699 --> 00:13:05,159 Jangan salahkan dia. Dia tak buat kesalahan. 159 00:13:06,745 --> 00:13:07,865 Beritahu saya, 160 00:13:09,498 --> 00:13:11,288 kenapa kita tak jual ikan kecil? 161 00:13:14,211 --> 00:13:15,921 Jika kita tangkap sebelum ia bertelur, 162 00:13:16,922 --> 00:13:18,172 kita akan sentiasa rugi. 163 00:13:18,257 --> 00:13:19,967 Maksudnya hasil kita takkan cukup 164 00:13:20,050 --> 00:13:22,010 dan kita saling berebut hasil yang tinggal. 165 00:13:22,094 --> 00:13:25,514 Kita sudah buat begitu sekarang, bukan? 166 00:13:34,064 --> 00:13:35,114 Pergi. 167 00:14:14,479 --> 00:14:16,899 Sunja, kenapa lama sangat? 168 00:14:16,982 --> 00:14:18,232 Kami risau. 169 00:14:18,317 --> 00:14:20,737 Kenapa? Ada sesuatu berlaku, Donghee? 170 00:14:21,445 --> 00:14:22,445 Tidak. 171 00:14:22,529 --> 00:14:23,859 Pn. Kim. 172 00:14:24,907 --> 00:14:26,577 Kali ini betul. 173 00:14:26,658 --> 00:14:28,658 En. Rhee sendiri nampak. 174 00:14:28,744 --> 00:14:30,544 Awak sudah habis bergosip? 175 00:14:30,621 --> 00:14:34,121 Sekarang mungkin awak boleh siapkan kerja. 176 00:14:34,208 --> 00:14:35,958 Saya bukan sengaja curi tulang. 177 00:14:42,674 --> 00:14:44,804 Pn. Kim percaya 178 00:14:44,885 --> 00:14:47,005 tentang cerita kanak-kanak Jepun di bandar 179 00:14:47,095 --> 00:14:49,175 membaling lumpur dan najis 180 00:14:49,264 --> 00:14:52,524 pada wanita Korea yang masih berani berpakaian putih. 181 00:14:52,601 --> 00:14:54,441 Saya tak nampak perkara begitu. 182 00:14:54,520 --> 00:14:56,810 Awak tahu cara dia suka bergosip. 183 00:15:00,275 --> 00:15:05,315 Tapi demi keselamatan awak, Sunja, mak tak mahu awak keluar bersendirian. 184 00:15:05,906 --> 00:15:08,406 Mungkin bawa Donghee atau Bokhee bersama awak? 185 00:15:08,492 --> 00:15:11,042 Cuba mak fikir. 186 00:15:11,119 --> 00:15:13,329 Saya sudah ke sana sendirian sejak berusia sembilan tahun. 187 00:15:13,413 --> 00:15:16,883 - Tapi… - Kita ada banyak kerja di sini. 188 00:15:16,959 --> 00:15:19,749 Mak upah Bokhee dan Donghee untuk tolong mak. 189 00:15:19,837 --> 00:15:24,797 Pn. Kim perempuan dungu sebab suka mereka cerita. 190 00:15:24,883 --> 00:15:27,683 Dengarlah cara awak bercakap. Ia akan beri awak masalah. 191 00:15:31,223 --> 00:15:33,273 Menurut kata Pn. Kim, 192 00:15:33,350 --> 00:15:37,060 orang tengah nelayan baharu daerah ini sangat kacak. 193 00:15:37,688 --> 00:15:39,568 Sunja, awak pernah nampak dia? 194 00:15:40,774 --> 00:15:43,574 Kecoh betul! Tak ada yang istimewa tentang dia. 195 00:16:15,767 --> 00:16:18,437 Ia menyusahkan saya selama tiga tahun ini. 196 00:16:18,520 --> 00:16:21,520 Kru pembinaan sudah mula pecahkan tanah di sekelilingnya. 197 00:16:21,607 --> 00:16:23,187 Abe-san selalu mendesak saya. 198 00:16:23,275 --> 00:16:25,565 Selain itu, pegawai di tingkat 43 hubungi saya setiap hari 199 00:16:25,652 --> 00:16:27,652 kerana mahu tahu bila dia mahu jual. 200 00:16:27,738 --> 00:16:30,658 Kami sudah buat tiga tawaran tinggi melebihi nilai pasaran. 201 00:16:30,741 --> 00:16:33,741 Tawaran pertama kami 295 juta yen… 202 00:16:33,827 --> 00:16:35,827 Terima kasih, saya sudah baca laporan. Saya tahu sejarahnya. 203 00:16:35,913 --> 00:16:37,753 - Hen Gunge. - Han Geumja. 204 00:16:37,831 --> 00:16:41,421 Dia berpindah ke Jepun dari Korea pada 1929. 205 00:16:41,502 --> 00:16:44,302 Dia dan keluarganya tinggal di Tokyo sebaik saja perang berakhir. 206 00:16:44,379 --> 00:16:47,129 Dia pencari nafkah dengan perniagaan dobi. 207 00:16:47,216 --> 00:16:51,006 Pada 1955, keluarga itu membeli petak tanah itu dengan harga 4000 yen. 208 00:16:51,094 --> 00:16:53,644 Makanan sedap di sini sekarang lebih mahal daripada itu. 209 00:16:53,722 --> 00:16:56,142 Baginya, ia bukan tentang duit. 210 00:16:56,225 --> 00:16:59,475 Tentulah ia tentang duit, Naomi. Ia sentiasa tentang… 211 00:16:59,561 --> 00:17:00,561 Boleh awak terangkan? 212 00:17:00,646 --> 00:17:03,936 Awak sudah tahu semuanya dan tak perlukan bantuan saya, 213 00:17:04,566 --> 00:17:05,686 jadi saya akan sambung kerja saya. 214 00:17:14,159 --> 00:17:15,329 Ia rumit. 215 00:17:15,410 --> 00:17:16,540 - Saya nampak. - Ya. 216 00:17:16,619 --> 00:17:19,959 Fokus saja kepada urusan ini. Pastikan ia berjaya. 217 00:17:20,665 --> 00:17:21,915 Itu yang saya mahu. 218 00:17:22,000 --> 00:17:26,880 Seramai 200,000 orang mengharungi cuaca 219 00:17:26,964 --> 00:17:30,934 untuk menghadiri pengebumian Maharaja. 220 00:17:33,011 --> 00:17:34,391 Orang muda dan tua memberi penghormatan… 221 00:17:34,471 --> 00:17:36,521 Awak pernah marah saya. 222 00:17:36,598 --> 00:17:38,428 - Tahun pertama saya sebagai juruanalisis. - Awak patut dimarah? 223 00:17:38,517 --> 00:17:39,807 …dan ucap selamat tinggal kepada Maharaja. 224 00:17:39,893 --> 00:17:42,353 - Ya, saya patut dimarahi. - Baguslah awak mengaku. 225 00:17:42,437 --> 00:17:44,857 Kami hormati awak, semua pekerja semasa tahun pertama saya. 226 00:17:46,358 --> 00:17:48,028 Saya dengar kala lampau. 227 00:17:48,110 --> 00:17:49,280 Saya tak maksudkan begitu. 228 00:17:49,361 --> 00:17:50,701 Ya, tak mengapa. 229 00:17:51,363 --> 00:17:52,533 Saya tahu topik perbualan itu. 230 00:17:52,614 --> 00:17:55,454 Siapa dapat perjanjian terbesar atau siapa sebabkan kerugian terbesar? 231 00:17:55,534 --> 00:17:58,164 Siapa dinaikkan pangkat ke tingkat 43? 232 00:17:58,245 --> 00:18:02,165 Saya mengaku dulu saya selalu cakap begitu. 233 00:18:02,249 --> 00:18:03,749 Saya dengar kala lampau. 234 00:18:10,340 --> 00:18:14,470 Awak tahu kenapa saya datang saya ke sini? Apa yang berlaku? 235 00:18:14,970 --> 00:18:17,100 Ya. Saya ingin tahu. 236 00:18:20,475 --> 00:18:21,885 Saya berkahwin. 237 00:18:22,811 --> 00:18:24,231 Mempunyai dua orang anak. 238 00:18:24,313 --> 00:18:26,483 Membeli rumah di bandar dan pekan. 239 00:18:28,066 --> 00:18:30,736 Tanpa saya sedar, jumlah duit yang saya dapat 240 00:18:30,819 --> 00:18:32,819 sudah tak rasa seperti satu permainan. 241 00:18:34,364 --> 00:18:35,704 Ia seperti cara untuk bertahan. 242 00:18:40,037 --> 00:18:41,247 Jadi… 243 00:18:42,831 --> 00:18:44,171 Saya buat beberapa keputusan salah… 244 00:18:46,043 --> 00:18:47,213 keuntungan saya mula jatuh. 245 00:18:47,294 --> 00:18:49,134 Jadi risau, buat lebih banyak keputusan salah. 246 00:18:49,213 --> 00:18:50,513 Semasa semua itu berlaku, 247 00:18:50,589 --> 00:18:53,299 isteri saya dengan ijazah Princeton dan tak pernah bekerja, 248 00:18:53,383 --> 00:18:56,053 mula merungut saya selalu tiada di rumah. 249 00:18:56,136 --> 00:18:58,556 Saya tidak fokus apabila di rumah. 250 00:19:07,814 --> 00:19:09,404 Jadi pada satu pagi, 251 00:19:09,483 --> 00:19:12,693 saya memasuki kereta untuk memandu selama 49 minit ke tempat kerja, 252 00:19:12,778 --> 00:19:14,198 titiskan Visine dalam mata saya, 253 00:19:14,279 --> 00:19:16,949 dia beritahu saya dia menceraikan saya. 254 00:19:19,701 --> 00:19:21,201 Saya cakap kami akan berbincang nanti, 255 00:19:21,286 --> 00:19:23,326 dia cakap sudah tiada apa-apa untuk dibincangkan. 256 00:19:25,040 --> 00:19:28,420 Saya tanya dia bagaimana dia sanggup bercerai selepas sepuluh tahun? 257 00:19:28,502 --> 00:19:30,712 Dia tanya saya bagaimana saya tak perasan 258 00:19:30,796 --> 00:19:33,836 dia bertukar warna rambut dari warna perang ke perang muda. 259 00:19:35,008 --> 00:19:38,468 Ya, perkahwinan saya musnah. 260 00:19:38,554 --> 00:19:41,434 Kemudian kerjaya saya. Jadi, saya ada di sini. 261 00:19:51,024 --> 00:19:52,994 Apa pendapat awak, Godzilla atau Superman? 262 00:19:53,485 --> 00:19:55,355 Jepun akhirnya berjaya jatuhkan 263 00:19:55,445 --> 00:19:57,065 Amerika? 264 00:19:57,155 --> 00:20:00,025 Sebenarnya, saya tak berminat dengan soalan itu. 265 00:20:00,576 --> 00:20:03,906 Awak bergurau? Kita sedang bercakap tentang gaji awak, Solomon. 266 00:20:05,205 --> 00:20:07,205 Jepun membeli dolar, 267 00:20:07,291 --> 00:20:09,331 AS mengambil deutsche mark, 268 00:20:09,418 --> 00:20:12,048 Jerman mengumpul sterling dan begitulah seterusnya. 269 00:20:12,129 --> 00:20:14,669 Semua itu jadikan duit bertukar tangan begitu pantas 270 00:20:14,756 --> 00:20:17,336 sehingga mata wang hampir jadi tak relevan. 271 00:20:17,426 --> 00:20:20,676 - Beritahu itu kepada jabatan mata wang. - Negara jadi tak relevan. 272 00:20:21,180 --> 00:20:22,850 Apa maksud awak? 273 00:20:22,931 --> 00:20:24,431 Perkara yang penting, 274 00:20:24,516 --> 00:20:27,476 akhirnya kita tak alami kerugian. 275 00:20:27,561 --> 00:20:29,151 Sebab itu awak ada di sini? 276 00:20:29,980 --> 00:20:31,110 Mengubah takdir? 277 00:20:51,376 --> 00:20:53,376 Awak buat begini pada semua mesin? 278 00:20:54,838 --> 00:20:56,128 Saya sudah tak buat. 279 00:20:56,798 --> 00:20:59,218 Kami ada pekerja yang datang pada waktu malam. 280 00:21:00,219 --> 00:21:02,259 Tapi tak mengapa buat begini? 281 00:21:03,722 --> 00:21:08,892 Saya tanya soalan yang sama semasa Goto-san beritahu saya hal ini. 282 00:21:08,977 --> 00:21:10,807 Saya juga sebaya awak. 283 00:21:12,272 --> 00:21:13,362 Mengubah paku ini. 284 00:21:14,024 --> 00:21:15,944 Semua orang lakukannya. 285 00:21:16,777 --> 00:21:18,947 Kita tak boleh jadi si dungu yang ketinggalan. 286 00:21:20,781 --> 00:21:24,951 Ramai orang anggap mereka akan menang jika mengawal pemegang dengan baik. 287 00:21:25,744 --> 00:21:29,294 Tapi mereka tidak dapat kawal keputusannya. 288 00:21:29,373 --> 00:21:30,923 Kita juga sama. 289 00:21:31,834 --> 00:21:36,134 Mengubah paku tak ubah kebarangkalian. Kita tak buat begitu. 290 00:21:36,213 --> 00:21:38,763 Kita hanya beri sedikit galakan. Itu saja. 291 00:21:39,716 --> 00:21:44,046 Tapi Goto selalu cakap, "Jangan tamak." 292 00:21:45,722 --> 00:21:48,772 Apabila mereka kalah, rasa kekecewaan mereka. 293 00:21:49,893 --> 00:21:52,523 Apabila mereka menang, rasa kegembiraan mereka. 294 00:21:55,691 --> 00:21:58,241 Mari lihat hasil awak. 295 00:22:02,239 --> 00:22:03,449 Selamat datang! 296 00:22:42,821 --> 00:22:45,491 Bando-san, saya bawa dokumen pinjaman. 297 00:22:46,491 --> 00:22:47,951 Saya perlu uruskan hal ini. 298 00:22:53,624 --> 00:22:56,424 Tolong periksa jumlahnya. 299 00:22:57,419 --> 00:22:59,209 Empat bilion yen. Jumlahnya betul. 300 00:23:02,799 --> 00:23:05,389 Saya akan terus bawanya ke bank. 301 00:23:05,469 --> 00:23:08,219 Awak rasa ada masalah dengan pinjaman ini? 302 00:23:08,305 --> 00:23:10,015 Tiada. 303 00:23:10,098 --> 00:23:13,228 Awak boleh mula bina bangunan di hartanah itu dalam beberapa minggu. 304 00:23:13,810 --> 00:23:14,940 Tahniah. 305 00:23:15,020 --> 00:23:16,400 Terima kasih. 306 00:24:20,169 --> 00:24:21,379 Jadi… 307 00:24:23,297 --> 00:24:25,467 sebidang tanah kecil ini… 308 00:24:29,178 --> 00:24:30,428 satu bilion. 309 00:24:34,266 --> 00:24:35,596 Awak bergurau? 310 00:24:35,684 --> 00:24:38,564 Dia menolak tiga tawaran. Masa tawar-menawar sudah tamat. 311 00:24:38,645 --> 00:24:41,355 Beri dia tawaran yang dia tak boleh tolak. 312 00:24:45,611 --> 00:24:48,451 Lima tahun yang lalu, awak takkan teragak-agak. 313 00:24:51,158 --> 00:24:52,368 Awak tahu itu betul. 314 00:24:55,412 --> 00:24:57,922 Ya. Baiklah. 315 00:25:01,835 --> 00:25:03,995 Sebentar. Kita tak mahu masuk dan bercakap dengan dia? 316 00:25:04,087 --> 00:25:05,957 Ya, tapi saya takkan masuk dengan awak. 317 00:25:14,348 --> 00:25:16,428 Sunja! 318 00:25:17,935 --> 00:25:20,515 Puan, duit saya tak cukup hari ini. 319 00:25:21,230 --> 00:25:23,730 Ini hadiah daripada dia. 320 00:25:23,815 --> 00:25:25,065 Siapa? 321 00:25:25,150 --> 00:25:27,110 Orang tengah nelayan yang baharu. 322 00:25:27,194 --> 00:25:31,164 Lelaki yang digilai ramai gadis. 323 00:25:31,240 --> 00:25:32,410 Saya pun terkejut. 324 00:25:32,491 --> 00:25:35,331 Saya tak tahu adat di Jepun, tapi buat begitu di sini… 325 00:25:35,410 --> 00:25:38,000 sangat tak memalukan. 326 00:25:38,080 --> 00:25:42,130 - Pada gadis baik seperti awak. - Puan, hati-hati dengan kata-kata awak. 327 00:25:42,209 --> 00:25:43,709 Saya tak kenal lelaki ini. 328 00:25:43,794 --> 00:25:45,344 Saya tak kenal dia. 329 00:25:45,420 --> 00:25:47,800 Saya tak boleh terima hadiah ini. 330 00:26:05,482 --> 00:26:08,822 Saya mahu balik ke Tokyo dan tonton perlawanan. 331 00:26:08,902 --> 00:26:11,492 Ada seorang pemain sebagus Babe Ruth! 332 00:26:11,572 --> 00:26:14,202 - Saya tak pernah dengar pemain begitu. - Sebab awak tak tahu apa-apa. 333 00:26:14,908 --> 00:26:18,618 Hei. Awak mahu ke mana? Barang awak nampak berat. 334 00:26:19,955 --> 00:26:21,075 Awak comel. 335 00:26:22,249 --> 00:26:23,579 Mahu saya bawakan barang awak? 336 00:26:26,211 --> 00:26:30,011 Maaf, saya tak faham. Saya perlu naik feri. 337 00:26:30,090 --> 00:26:32,970 Dengar. Bahasa mereka pun meloyakan saya. 338 00:26:33,969 --> 00:26:35,299 Apa ada dalam beg itu? 339 00:26:35,387 --> 00:26:38,557 Ibu saya akan risau. Saya perlu balik. 340 00:26:38,640 --> 00:26:40,060 Berhenti! 341 00:26:40,767 --> 00:26:43,437 Saya sudah faham. Kamu berbau sebab makan ini. 342 00:26:43,520 --> 00:26:45,400 Anjing kami pun tak mahu makanan begini. 343 00:26:45,480 --> 00:26:46,610 Siapa nak bertaruh? 344 00:26:46,690 --> 00:26:50,280 Buah ini atau dia? Mana satu lebih besar? 345 00:26:50,360 --> 00:26:51,950 Mari lihat. 346 00:26:52,029 --> 00:26:53,489 Apa kamu buat? Berhenti! 347 00:26:53,572 --> 00:26:55,162 - Hei, apa awak buat? - Lepaskan dia! 348 00:26:55,240 --> 00:26:56,950 Berhenti! 349 00:27:04,917 --> 00:27:07,247 Tolonglah sesiapa yang ada! Tolong! 350 00:27:08,420 --> 00:27:11,720 Berhenti! Jangan! 351 00:27:14,092 --> 00:27:15,432 Lepaskan saya! 352 00:27:21,558 --> 00:27:22,768 Si nakal. 353 00:27:23,268 --> 00:27:24,388 Kamu mahu mati? 354 00:27:25,312 --> 00:27:27,062 Kalau kamu berdua mati di sini, 355 00:27:27,814 --> 00:27:30,074 tiada orang akan meratapi kamu. 356 00:27:32,486 --> 00:27:34,316 Cepat. Minta maaf. 357 00:27:34,404 --> 00:27:36,034 Atau kamu tahu apa akan berlaku. 358 00:27:40,577 --> 00:27:42,197 Rendah lagi. 359 00:27:43,622 --> 00:27:45,082 Tolong maafkan kami. 360 00:27:47,918 --> 00:27:49,458 Kami tak berguna! 361 00:27:49,545 --> 00:27:51,705 Tolong benarkan kami balik. 362 00:27:51,797 --> 00:27:53,377 Kami minta maaf! 363 00:27:56,718 --> 00:27:58,548 Beritahu saya jika awak tak puas hati. 364 00:27:58,637 --> 00:28:00,257 Saya akan suruh mereka menyungkur sehingga awak puas hati. 365 00:28:05,352 --> 00:28:06,562 Pergi. 366 00:28:13,277 --> 00:28:15,107 Mereka takkan ganggu awak lagi. 367 00:28:20,784 --> 00:28:24,004 Apa awak beritahu mereka? 368 00:28:24,079 --> 00:28:27,209 Saya akan bunuh mereka kalau mereka ganggu awak lagi 369 00:28:27,291 --> 00:28:29,291 dan bagi anjing makan mayat mereka. 370 00:28:33,881 --> 00:28:35,761 Saya cakap begini supaya awak bertenang. 371 00:28:47,394 --> 00:28:49,484 Saya sudah terlupa betapa indahnya negara ini, 372 00:28:51,148 --> 00:28:52,438 cekal, 373 00:28:53,859 --> 00:28:55,489 kuat. 374 00:29:07,039 --> 00:29:08,749 Sudah berapa lama awak pergi? 375 00:29:10,167 --> 00:29:11,587 Empat belas tahun. 376 00:29:12,294 --> 00:29:14,424 Saya di sana lebih lama berbanding di sini. 377 00:29:46,078 --> 00:29:47,618 Jangan risau, saya takkan susahkan awak. 378 00:29:53,085 --> 00:29:54,455 Awak akan buang baju ini? 379 00:29:55,879 --> 00:29:56,919 Kenapa pula? 380 00:30:01,593 --> 00:30:03,473 Awak gadis yang aneh. 381 00:30:05,138 --> 00:30:08,308 Bukan saya yang cakap mahu bagi anjing makan orang. 382 00:30:13,438 --> 00:30:18,778 Bawanya ke suak esok. Saya akan basuh sebelum makan tengah hari. 383 00:31:37,689 --> 00:31:38,689 Nenek, 384 00:31:38,774 --> 00:31:41,494 maaf sebab mengganggu, tapi saya mahu berbual dengan nenek. 385 00:31:42,528 --> 00:31:43,528 Apa yang awak jual? 386 00:31:43,612 --> 00:31:44,782 Saya pembeli. 387 00:31:47,199 --> 00:31:49,989 Penjahat itu mesti terdesak. 388 00:31:50,077 --> 00:31:52,117 Mana mereka jumpa orang seperti awak? 389 00:31:53,080 --> 00:31:54,920 Saya yang pergi kepada mereka. 390 00:31:57,167 --> 00:31:58,627 Kenapa awak buat begitu? 391 00:32:02,339 --> 00:32:04,379 Awak memang mendesak. 392 00:32:04,466 --> 00:32:05,466 Tolong bukanya. 393 00:32:13,934 --> 00:32:15,484 Ia tumbuh dengan bentuk begitu. 394 00:32:16,436 --> 00:32:17,726 Tumbuh? 395 00:32:17,813 --> 00:32:19,193 Rasanya teruk. 396 00:32:19,273 --> 00:32:20,773 Tapi harganya 9000 yen. 397 00:32:21,275 --> 00:32:22,475 Sembilan ribu yen! 398 00:32:23,318 --> 00:32:24,698 Awak mesti tak waras. 399 00:32:30,617 --> 00:32:31,987 Nenek. 400 00:32:33,161 --> 00:32:36,871 Nenek beli tanah ini dengan harga 4000 yen pada 1955. 401 00:32:38,417 --> 00:32:40,787 Itu kurang daripada separuh harga tembikai ini. 402 00:32:43,130 --> 00:32:44,590 Jika nenek setuju untuk jual, 403 00:32:45,174 --> 00:32:47,054 kami akan bagi satu bilion yen. 404 00:32:59,521 --> 00:33:02,441 Awak fasih berbahasa Korea walaupun muda. 405 00:33:03,775 --> 00:33:05,855 Saya sudah tak begitu fasih selepas pergi ke Amerika. 406 00:33:08,322 --> 00:33:10,282 Awak lebih fasih berbanding anak-anak nenek. 407 00:33:12,868 --> 00:33:15,038 Suami nenek meninggal dunia beberapa tahun lalu. 408 00:33:15,746 --> 00:33:18,076 Dia tak mahu anak-anak kami belajar bahasa Korea. 409 00:33:19,583 --> 00:33:21,753 Sekarang anak-anak nenek 410 00:33:21,835 --> 00:33:24,705 tak tahu bahasa ibunda ibu mereka. 411 00:33:26,798 --> 00:33:27,928 Itu pasti buat nenek sedih. 412 00:33:31,595 --> 00:33:33,175 Siapa ajar awak berbahasa Korea? 413 00:33:34,473 --> 00:33:36,023 Nenek saya. 414 00:33:38,936 --> 00:33:41,096 Ibu saya meninggal dunia semasa saya kecil. 415 00:33:41,980 --> 00:33:44,900 Ayah saya selalu bekerja. 416 00:33:45,609 --> 00:33:47,489 Nenek saya yang membesarkan saya. 417 00:33:48,654 --> 00:33:50,824 Rasanya kehidupan dia juga sukar. 418 00:33:54,451 --> 00:33:56,291 Untuk menyara keluarga dia, 419 00:33:56,787 --> 00:34:00,037 dia perlu bekerja menolak pedati sepanjang hari, 420 00:34:00,123 --> 00:34:01,883 menjual kimchi. 421 00:34:01,959 --> 00:34:03,249 Tangannya pijar sebab cili. 422 00:34:03,335 --> 00:34:04,745 Sudahlah. 423 00:34:05,587 --> 00:34:07,587 Keluarga mana yang tidak sengsara? 424 00:34:09,925 --> 00:34:11,255 Berterus-terang saja. 425 00:34:11,885 --> 00:34:14,255 Apabila orang tua bercakap tentang sengsara, 426 00:34:14,346 --> 00:34:15,846 ia membosankan, bukan? 427 00:34:18,934 --> 00:34:21,604 Itulah tujuannya, bukan? 428 00:34:23,938 --> 00:34:25,188 Supaya kami rasa terbeban? 429 00:34:33,614 --> 00:34:37,244 Fikirkan tentang anak-anak nenek. Terima tawaran ini. 430 00:35:04,104 --> 00:35:05,114 Pernah bersekolah? 431 00:35:06,023 --> 00:35:07,983 Awak pandai membaca dan menulis? 432 00:35:08,650 --> 00:35:11,150 Ayah pernah bertegas mahu hantar saya, 433 00:35:11,236 --> 00:35:12,856 tapi mak cakap tiada gunanya. 434 00:35:13,530 --> 00:35:14,570 Sayang betul. 435 00:35:15,073 --> 00:35:16,833 Kalau awak ada kemahiran, 436 00:35:17,951 --> 00:35:20,001 awak boleh tinggalkan tempat ini. 437 00:35:20,078 --> 00:35:21,788 Kenapa saya mahu buat begitu? 438 00:35:22,456 --> 00:35:26,036 Saya lahir di sini, di sini rumah ibu bapa saya. 439 00:35:26,627 --> 00:35:28,047 Itu takdir yang awak mahukan? 440 00:35:33,842 --> 00:35:36,222 Tak sangka awak begitu terasa dengan kata-kata saya. 441 00:35:37,137 --> 00:35:39,767 Saya tahu saya miskin dan jahil. 442 00:35:39,848 --> 00:35:42,518 Saya takkan miliki harta mewah seperti awak dan Jiyun, 443 00:35:42,601 --> 00:35:44,851 tapi awak tiada hak untuk ketawakan saya. 444 00:35:45,812 --> 00:35:47,152 Saya takkan benarkan. 445 00:35:48,607 --> 00:35:50,067 Saya tak patut berada di sini. 446 00:35:50,150 --> 00:35:51,240 Jangan marah. 447 00:35:55,364 --> 00:35:57,494 Saya cuma tanya jika awak ada impian. 448 00:35:58,575 --> 00:36:00,485 Saya pernah miskin seperti awak. 449 00:36:02,955 --> 00:36:04,115 Saya lebih miskin, 450 00:36:05,040 --> 00:36:06,500 kalau awak tak percaya. 451 00:36:08,669 --> 00:36:11,509 Tapi saya masih mempunyai impian. 452 00:36:11,588 --> 00:36:13,968 Saya tak biarkan sesiapa rampasnya daripada saya. 453 00:36:25,561 --> 00:36:27,101 Kita berada di Yeongdo. 454 00:36:29,189 --> 00:36:30,189 Ini Jepun. 455 00:36:31,233 --> 00:36:32,653 Osaka di sini. 456 00:36:32,734 --> 00:36:34,324 Saya tinggal di sana. 457 00:36:34,820 --> 00:36:36,410 Awak boleh dapat semuanya di sana. 458 00:36:39,616 --> 00:36:41,736 Oren paling manis dari Amerika. 459 00:36:41,827 --> 00:36:43,617 Pisang dari Taiwan. 460 00:36:43,704 --> 00:36:45,464 Gula-gula paling cantik dari Perancis. 461 00:36:46,540 --> 00:36:48,130 Hampir semua rumah ada elektrik. 462 00:36:48,709 --> 00:36:51,039 Pemanas elektrik untuk musim sejuk. 463 00:36:51,753 --> 00:36:53,923 Kereta api elektrik untuk ke seluruh bandar. 464 00:36:55,465 --> 00:36:58,215 Pada waktu malam, lampu menyala, 465 00:36:58,969 --> 00:37:02,009 menghasilkan pantulan paling menakjubkan. 466 00:37:03,473 --> 00:37:04,983 Ia sangat mengagumkan. 467 00:37:08,520 --> 00:37:10,610 Bayangkan jika Osaka ada semua itu, 468 00:37:11,857 --> 00:37:13,687 apa yang seluruh dunia ada? 469 00:37:17,988 --> 00:37:18,988 Manchuria. 470 00:37:20,574 --> 00:37:21,784 China. 471 00:37:22,910 --> 00:37:23,910 Eropah. 472 00:37:24,828 --> 00:37:26,368 Kemudian jauh dari situ… 473 00:37:33,086 --> 00:37:34,126 Amerika. 474 00:37:46,725 --> 00:37:47,805 Saya pernah ke sana sekali. 475 00:37:56,109 --> 00:37:57,689 Bagaimana keadaan di sana? 476 00:38:01,073 --> 00:38:04,663 Ada segala-galanya, tapi tak penting. 477 00:38:13,919 --> 00:38:15,589 Apa awak nampak? 478 00:38:26,056 --> 00:38:27,716 Awak kata ini Jepun? 479 00:38:29,309 --> 00:38:30,979 Ini pula kita? 480 00:38:34,189 --> 00:38:35,399 Menarik. 481 00:38:35,482 --> 00:38:36,482 Apa? 482 00:38:38,151 --> 00:38:39,241 Rasanya… 483 00:38:41,154 --> 00:38:43,874 saya bayangkan Jepun jauh lebih besar daripada Korea. 484 00:38:45,158 --> 00:38:48,078 Seperti mulut yang sedia untuk menelan. 485 00:38:49,788 --> 00:38:51,328 Apa awak faham daripada lukisan ini? 486 00:38:54,376 --> 00:38:56,626 Ini tak semestinya jadi takdir kita. 487 00:38:59,131 --> 00:39:00,841 Kita boleh kalahkan mereka. 488 00:39:14,062 --> 00:39:15,312 Sunja, 489 00:39:18,400 --> 00:39:19,940 Saya mahu datang lagi. 490 00:39:20,027 --> 00:39:21,527 Semasa awak mencuci kain. 491 00:39:23,906 --> 00:39:25,116 Boleh? 492 00:40:09,451 --> 00:40:12,121 Hari ini rasanya berbeza. 493 00:40:15,541 --> 00:40:17,791 Rasa pahit. 494 00:40:26,677 --> 00:40:28,547 Awak sebut tentang Jiyun sebelum ini. 495 00:40:29,054 --> 00:40:30,064 Kenapa? 496 00:40:30,556 --> 00:40:31,596 Saya tak patut sebut. 497 00:40:32,599 --> 00:40:35,729 Saya tak patut salahkan dia untuk kekurangan saya. 498 00:40:36,520 --> 00:40:37,520 Kenapa tidak? 499 00:40:38,689 --> 00:40:40,939 Dia bukan dapatkannya sendiri. 500 00:40:41,942 --> 00:40:45,532 Jiyun dan orang seperti dia akan alami kesedaran mengejutkan. 501 00:40:46,697 --> 00:40:47,907 Kenapa awak kata begitu? 502 00:40:47,990 --> 00:40:50,870 Estet ayahnya banyak berhutang cukai. 503 00:40:50,951 --> 00:40:53,291 Hanya tunggu masa untuk tanah mereka dirampas. 504 00:40:54,246 --> 00:40:56,576 Tiada sesiapa yang patut dirampas hartanya. 505 00:40:57,708 --> 00:40:59,708 Awak dungu sama seperti mereka semua. 506 00:41:00,210 --> 00:41:01,880 Awak langsung tiada sifat kesetiaan? 507 00:41:02,462 --> 00:41:03,842 Tidak. 508 00:41:03,922 --> 00:41:05,512 Awak juga patut begitu. 509 00:41:05,591 --> 00:41:07,051 Semua orang jahat. 510 00:41:08,343 --> 00:41:09,433 Jadi… 511 00:41:11,305 --> 00:41:12,715 kenapa awak berada di sini 512 00:41:13,932 --> 00:41:15,642 jika Jepun rumah awak sekarang? 513 00:41:17,311 --> 00:41:19,561 Saya pergi sehelai sepinggang semasa kecil. 514 00:41:19,646 --> 00:41:21,606 Selepas saya berjaya, saya mahu pulang… 515 00:41:24,526 --> 00:41:26,526 untuk lihat jika diri saya yang lama… 516 00:41:27,821 --> 00:41:29,491 masih di sini. 517 00:41:30,616 --> 00:41:31,906 Mungkin ia dungu. 518 00:41:32,409 --> 00:41:34,789 Jadi diri awak yang lama masih di sini? 519 00:41:47,049 --> 00:41:48,299 Apa awak buat? 520 00:41:50,385 --> 00:41:51,925 Semasa saya kecil, 521 00:41:52,012 --> 00:41:54,772 saya dan ayah hanya ada sepasang pakaian. 522 00:41:55,474 --> 00:41:59,144 Setiap malam, saya yang basuh dan jemurnya semalaman. 523 00:41:59,228 --> 00:42:01,358 Kami perlu pakai pakaian lembap pada waktu pagi. 524 00:42:01,855 --> 00:42:02,855 Pada satu hari, 525 00:42:03,649 --> 00:42:06,069 saya dapat idea untuk letak pakaian basah berdekatan api 526 00:42:06,818 --> 00:42:07,858 supaya cepat kering. 527 00:42:10,239 --> 00:42:12,369 Kemudian saya masak makanan tengah malam. 528 00:42:14,159 --> 00:42:15,869 Saya masih ingat dengan jelas. 529 00:42:16,828 --> 00:42:20,748 Kita perlu sentiasa kacau barli supaya tak hangit. 530 00:42:21,500 --> 00:42:23,500 Tapi semasa mengacau, saya terbau sesuatu. 531 00:42:23,585 --> 00:42:25,205 Apabila saya berlari keluar, 532 00:42:25,712 --> 00:42:26,802 ada lubang sebesar ini… 533 00:42:28,715 --> 00:42:29,715 pada lengan baju ayah. 534 00:42:31,260 --> 00:42:32,260 Ia berlubang sebab terbakar. 535 00:42:35,973 --> 00:42:37,723 Saya dimarah teruk malam itu. 536 00:42:41,186 --> 00:42:43,646 Mana ayah awak? 537 00:42:47,067 --> 00:42:48,067 Dia sudah tiada. 538 00:42:48,735 --> 00:42:50,445 Sudah dilupakan lama dulu. 539 00:43:20,976 --> 00:43:22,936 Kenapa selalu sangat hujan? 540 00:43:24,354 --> 00:43:26,064 Kenapa mesti hujan di Yeongdo? 541 00:43:27,399 --> 00:43:28,729 Kenapa bukan di Seoul? 542 00:43:28,817 --> 00:43:29,817 Atau Jepun? 543 00:43:30,402 --> 00:43:31,612 Atau China? 544 00:43:35,616 --> 00:43:36,736 Sunja! 545 00:43:38,160 --> 00:43:39,450 Mari tolong kami. 546 00:43:51,507 --> 00:43:52,757 Kenapa dengan awak? 547 00:43:59,348 --> 00:44:02,388 Anak awak tak mahu ditemui, 548 00:44:02,476 --> 00:44:05,646 jika tidak, saya pasti sudah temui sesuatu. 549 00:44:07,564 --> 00:44:08,984 Jadi tiada maklumat? 550 00:44:11,818 --> 00:44:14,448 Tapi pasti ada sesuatu. 551 00:44:14,530 --> 00:44:15,990 Apa-apa saja! 552 00:44:16,949 --> 00:44:19,409 Tiada maklumat yang berguna. 553 00:44:21,620 --> 00:44:24,500 Dia hilang begitu saja? 554 00:44:26,708 --> 00:44:28,878 Etsuko, tunggu saya dalam kereta. 555 00:44:29,461 --> 00:44:30,551 Saya akan bayarnya. 556 00:44:31,129 --> 00:44:35,379 Saya tahu saya tak patut berharap, tapi membazir duit kita. 557 00:44:36,552 --> 00:44:38,472 Biar saya uruskannya. 558 00:44:41,098 --> 00:44:42,768 Terima kasih sebab tolong. 559 00:44:51,233 --> 00:44:52,483 Jadi… 560 00:44:53,986 --> 00:44:55,316 apa yang awak tahu? 561 00:44:58,156 --> 00:44:59,776 Petang ini, 562 00:44:59,867 --> 00:45:04,537 Maharaja dikebumikan bersebelahan ibu bapanya mengikut tradisi. 563 00:45:04,621 --> 00:45:09,291 Mayatnya terbaring dalam tiga keranda bersama beberapa barangan peribadi. 564 00:45:15,090 --> 00:45:17,380 Dia dilihat kali terakhir di Tokyo lapan bulan lalu. 565 00:45:20,387 --> 00:45:21,427 Apa? 566 00:45:25,350 --> 00:45:26,640 Apa maksudnya? 567 00:45:27,227 --> 00:45:28,517 Jadi… 568 00:45:31,732 --> 00:45:33,942 dia bekerja di rumah sabun. 569 00:45:35,777 --> 00:45:39,317 Dia ada ramai pelanggan. 570 00:46:07,309 --> 00:46:08,309 Ya? 571 00:46:11,605 --> 00:46:12,685 Helo? 572 00:46:15,901 --> 00:46:17,071 Helo? 573 00:46:17,152 --> 00:46:21,112 Pelik mendengar suara awak sekarang. 574 00:46:23,367 --> 00:46:24,827 Hana, itu awak? 575 00:46:24,910 --> 00:46:27,200 Awak sudah lupa suara saya? 576 00:46:28,413 --> 00:46:30,423 Kenapa dengan loghat awak? 577 00:46:32,501 --> 00:46:35,211 Hana, saya rindukan awak. 578 00:46:35,295 --> 00:46:37,205 Berhenti bergurau. 579 00:46:37,297 --> 00:46:41,127 Awak pasti tak teringatkan saya sebelum ini. 580 00:46:43,136 --> 00:46:44,556 Itu tak benar. 581 00:46:52,020 --> 00:46:54,440 Ini saja kelebihan hujan. 582 00:46:54,523 --> 00:46:56,283 Hutan akan penuh dengan cendawan. 583 00:46:57,401 --> 00:46:58,401 Sekarang? 584 00:46:59,570 --> 00:47:00,950 Kenapa tidak? 585 00:47:01,697 --> 00:47:04,367 Bawa pulang sedikit untuk ibu awak buat sup. 586 00:47:05,409 --> 00:47:06,619 Tapi pakaian kotor ini. 587 00:47:06,702 --> 00:47:07,912 Sekarang kita berdua. 588 00:47:08,662 --> 00:47:10,042 Ia takkan ambil masa lama. 589 00:47:10,581 --> 00:47:12,711 Bagaimana awak jumpa nombor saya? 590 00:47:13,417 --> 00:47:16,247 Semua orang pandang rendah pada saya. 591 00:47:17,337 --> 00:47:18,337 Termasuk awak. 592 00:47:18,839 --> 00:47:20,589 Awak pergi ke mana? 593 00:47:20,674 --> 00:47:22,184 Soalan yang membosankan. 594 00:47:23,051 --> 00:47:26,261 Tanyalah saya jika saya masih cantik. 595 00:47:28,307 --> 00:47:29,517 Awak masih cantik? 596 00:47:31,351 --> 00:47:32,811 Jika saya tutup mata, 597 00:47:33,687 --> 00:47:37,227 kadangkala saya masih boleh nampak kita berdua. 598 00:47:39,109 --> 00:47:41,699 Dulu kita penuh dengan harapan, bukan? 599 00:47:42,362 --> 00:47:43,782 Kita masih kecil. 600 00:47:44,990 --> 00:47:46,660 Itu tak betul. 601 00:47:47,618 --> 00:47:49,658 Dulu kita bijak dan bebas. 602 00:47:54,041 --> 00:47:57,251 Tolong beritahu saya lokasi awak. 603 00:47:58,128 --> 00:48:01,668 Jika saya beritahu, awak tetap tak tahu cara untuk ke sini. 604 00:48:01,757 --> 00:48:03,377 Saya akan cari awak. 605 00:48:03,467 --> 00:48:07,547 Saya kemurungan, Solomon. 606 00:48:09,348 --> 00:48:14,018 Sudah lama saya begini, saya tak tahu cara untuk sembuh. 607 00:48:16,104 --> 00:48:17,194 Awak pun… 608 00:48:18,815 --> 00:48:20,975 takkan temui saya. 609 00:48:35,290 --> 00:48:38,880 Etsuko-san mencari awak. 610 00:48:38,961 --> 00:48:40,551 Jangan beritahu dia apa-apa. 611 00:48:41,171 --> 00:48:43,471 Jika tidak, saya pasti takkan hubungi awak lagi. 612 00:48:43,549 --> 00:48:45,219 Tapi dia masih bermimpikan awak. 613 00:48:45,300 --> 00:48:46,640 Saya akan letak telefon! Betul. 614 00:48:47,219 --> 00:48:50,259 Kenapa awak pergi dan tinggalkan kami? 615 00:48:51,974 --> 00:48:55,024 Awak tahu itu bukan pilihan saya! 616 00:48:55,102 --> 00:48:56,602 Saya tak mahu pergi. 617 00:48:56,687 --> 00:48:58,057 Saya tak mahu tinggalkan awak! 618 00:48:58,146 --> 00:49:00,856 Tapi baguslah awak pergi. 619 00:49:00,941 --> 00:49:02,991 Sekarang awak kedengaran seperti orang Amerika. 620 00:49:04,486 --> 00:49:07,776 Wanita di sebelah awak pula, 621 00:49:07,865 --> 00:49:11,025 awak sukakan dia, bukan? 622 00:49:11,702 --> 00:49:14,122 Tapi saya benci wanita begitu. 623 00:49:14,746 --> 00:49:16,206 Awak sedang perhatikan saya sekarang? 624 00:49:17,499 --> 00:49:19,079 Tidak, bukan sekarang. 625 00:49:20,294 --> 00:49:21,964 Saya mengantuk. 626 00:49:22,045 --> 00:49:23,045 Tunggu! 627 00:49:24,590 --> 00:49:26,260 Ada banyak perkara saya mahu beritahu awak. 628 00:49:27,718 --> 00:49:29,178 Saya tak boleh beritahu orang lain. 629 00:49:30,179 --> 00:49:34,139 Baguslah awak masih perlukan saya. 630 00:49:35,392 --> 00:49:36,392 Saya rasa lega. 631 00:49:37,936 --> 00:49:39,266 Awak di mana? 632 00:49:39,354 --> 00:49:40,984 Saya akan hubungi awak lagi. 633 00:49:41,064 --> 00:49:42,614 Bila? 634 00:49:42,691 --> 00:49:44,031 Apabila saya ada masa. 635 00:49:47,821 --> 00:49:48,821 Hana? 636 00:49:50,449 --> 00:49:51,529 Hana? 637 00:52:08,128 --> 00:52:10,128 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman