1 00:00:06,840 --> 00:00:12,640 Dialog bahasa Jepun bersari kata biru Dialog bahasa Korea bersari kata kuning 2 00:00:53,595 --> 00:00:56,055 (berbahasa Korea) Apa yang awak buat? Potong kimchi. 3 00:00:56,139 --> 00:00:57,349 Mereka sangat lapar! 4 00:01:22,875 --> 00:01:24,995 Makanan sudah dihidang! 5 00:01:26,670 --> 00:01:28,630 Mari makan! 6 00:01:29,381 --> 00:01:30,921 Masa makan! 7 00:01:34,011 --> 00:01:36,891 Saya paling suka kimchi yang baru dibuat. 8 00:01:36,972 --> 00:01:39,522 Kita masih boleh rasa daun bawang putih. 9 00:01:39,600 --> 00:01:42,520 Awak suka semua makanan. 10 00:01:51,778 --> 00:01:53,778 Sunja, awak okey? 11 00:02:02,289 --> 00:02:03,329 Ini untuk awak. 12 00:02:03,415 --> 00:02:04,415 Terima kasih. 13 00:02:05,959 --> 00:02:08,999 Beritahu mak cik Kyunghee saya akan singgah kedai video. 14 00:02:11,840 --> 00:02:12,840 Berseronoklah. 15 00:02:13,383 --> 00:02:14,803 Kerja dengan baik. 16 00:02:39,910 --> 00:02:43,410 Semalam saya mimpi kek beras. 17 00:02:43,497 --> 00:02:44,497 Betul? 18 00:02:44,581 --> 00:02:46,421 Penuh sepinggan. 19 00:02:46,500 --> 00:02:49,550 - Saya berkongsi dengan awak. - Ia sedap? 20 00:03:12,818 --> 00:03:15,398 Kyunghee, bangun. 21 00:03:21,743 --> 00:03:22,833 Kyunghee. 22 00:03:26,874 --> 00:03:27,884 Kyung… 23 00:03:34,506 --> 00:03:35,506 Kyung… 24 00:03:42,055 --> 00:03:43,965 Sunja, kenapa? 25 00:03:47,561 --> 00:03:48,851 Perut saya. 26 00:03:50,147 --> 00:03:52,897 Semalam saya makan kima yang sudah busuk? 27 00:03:54,151 --> 00:03:55,241 Itu teruk. 28 00:03:56,278 --> 00:03:58,778 Mungkin ia petanda awak akan datang bulan? 29 00:03:59,781 --> 00:04:01,371 Bulan lepas awak tidak datang bulan. 30 00:04:03,869 --> 00:04:05,909 Saya akan rebuskan doraji untuk awak. 31 00:05:26,118 --> 00:05:27,868 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 32 00:07:18,438 --> 00:07:22,028 Beritahu ibu awak saya minta maaf sebab harga naik. 33 00:07:23,026 --> 00:07:27,406 Keadaan jadi huru-hara apabila Koh Hansu tiada. 34 00:07:27,489 --> 00:07:29,239 Dia sepatutnya sudah balik, bukan? 35 00:07:29,324 --> 00:07:31,494 Saya dengar dia sepatutnya pergi seminggu saja. 36 00:07:31,577 --> 00:07:32,577 Betul. 37 00:07:33,078 --> 00:07:36,078 Tiada sesiapa tahu. Mungkin dia takkan kembali. 38 00:07:37,291 --> 00:07:38,501 Kenapa awak cakap begitu? 39 00:07:39,042 --> 00:07:42,342 Lelaki seperti Koh Hansu ada pilihan. 40 00:07:42,838 --> 00:07:45,968 Dia pasti ada impian lebih besar selain jadi orang tengah nelayan di Busan. 41 00:07:47,176 --> 00:07:51,256 Saya tak suka fikir keadaan akan kembali seperti dulu. 42 00:07:51,346 --> 00:07:55,176 Dia mungkin tegas, tapi bayarannya adil. 43 00:07:55,267 --> 00:07:58,347 Kita perlu terima kenyataan ia sudah berakhir, bukan? 44 00:08:00,647 --> 00:08:02,317 Tengok di sini! 45 00:08:04,776 --> 00:08:07,276 Mari! Harga murah! 46 00:08:38,977 --> 00:08:39,977 Siapa yang datang? 47 00:08:40,729 --> 00:08:42,019 Saya akan pergi lihat. 48 00:08:48,028 --> 00:08:49,568 Bagaimana kalau letak di sini? 49 00:08:49,655 --> 00:08:50,945 Dia akan bersama semua memori. 50 00:08:52,658 --> 00:08:54,908 Itu terlalu ketara, bukan? 51 00:08:54,993 --> 00:08:56,203 Nenek, 52 00:08:56,286 --> 00:08:58,706 tak perlu terlalu risau tentang hal ini. 53 00:08:59,331 --> 00:09:01,421 Penanda kubur akan siap tak lama lagi. 54 00:09:03,418 --> 00:09:04,498 Aduhai! 55 00:09:04,586 --> 00:09:06,506 Awak tak perlu datang ke sini. 56 00:09:06,588 --> 00:09:08,378 Kenapa cakap begitu? 57 00:09:08,465 --> 00:09:09,585 Sudah tentu saya perlu 58 00:09:09,675 --> 00:09:10,925 lihat keadaan awak. 59 00:09:12,094 --> 00:09:14,184 Paderi Rhee datang melawat dari Korea. 60 00:09:14,763 --> 00:09:17,353 Dia bersama kami di gereja selama beberapa bulan. 61 00:09:17,432 --> 00:09:21,192 Kami sangat bertuah sebab dia ada di sini. 62 00:09:22,396 --> 00:09:23,606 Sila duduk. 63 00:09:26,400 --> 00:09:27,860 Kyunghee, 64 00:09:28,402 --> 00:09:30,452 saya tak kenal dia lama, 65 00:09:30,529 --> 00:09:32,529 tapi saya tahu dia seorang yang istimewa. 66 00:09:32,614 --> 00:09:34,994 Dia suka buat orang lain gembira, bukan? 67 00:09:36,410 --> 00:09:40,870 Kalaulah awak boleh jumpa dia sebelum kanser melemahkan dia. 68 00:09:41,915 --> 00:09:44,705 Walaupun dia berusia, 69 00:09:44,793 --> 00:09:47,633 awak pasti jatuh hati dengan dia. 70 00:09:50,465 --> 00:09:53,675 Saya nampak dia seorang yang baik hati. 71 00:09:55,429 --> 00:09:59,179 Itu yang kita perlu lihat pada seseorang. 72 00:10:01,226 --> 00:10:03,686 Awak sangat fasih. 73 00:10:04,313 --> 00:10:06,233 Awak boleh menulis buku. 74 00:10:09,193 --> 00:10:10,993 Boleh saya alihkan bekas abu ini? 75 00:10:11,069 --> 00:10:12,399 Ya, silakan. 76 00:10:26,335 --> 00:10:28,455 Dia patut bersama orang dia sayang. 77 00:10:28,545 --> 00:10:30,335 Di sana lebih bagus. 78 00:10:31,423 --> 00:10:33,343 Mahu berdoa bersama-sama? 79 00:10:34,134 --> 00:10:35,264 Cepat. 80 00:10:46,855 --> 00:10:48,315 Wahai Tuhan, 81 00:10:49,316 --> 00:10:51,146 kami berkumpul hari ini 82 00:10:51,235 --> 00:10:54,485 untuk mengingati hambamu yang sudah kembali kepadamu. 83 00:10:55,739 --> 00:11:00,489 Terima kasih kerana menerima orang kami sayang kembali ke limpah kurniamu. 84 00:11:00,577 --> 00:11:01,577 Amen. 85 00:11:24,685 --> 00:11:27,645 Sunja, cepat balik. Tidak lama lagi ribut melanda. 86 00:11:27,729 --> 00:11:29,109 Ini tugasan terakhir saya. 87 00:11:30,399 --> 00:11:32,729 Kita tidak tahu kesan ribut itu nanti. 88 00:11:37,489 --> 00:11:38,739 Koh Hansu! 89 00:11:40,450 --> 00:11:43,500 Kami mula fikir awak sudah tinggalkan kami. 90 00:11:43,579 --> 00:11:45,249 Awak buat kami risau! 91 00:12:27,706 --> 00:12:29,496 Bagi menebus ketiadaan saya. 92 00:12:30,000 --> 00:12:31,920 Bungkusan ini terlalu cantik untuk dikoyak. 93 00:12:33,587 --> 00:12:35,797 Awak perlu belajar untuk jadi kurang sentimental. 94 00:12:48,727 --> 00:12:51,147 Saya tak tahu baca masa. 95 00:12:51,730 --> 00:12:53,070 Saya akan ajar awak. 96 00:12:54,733 --> 00:12:57,573 Awak seorang yang bijak. Awak akan cepat belajar. 97 00:13:13,669 --> 00:13:14,799 Saya… 98 00:13:17,881 --> 00:13:19,171 Saya mengandung. 99 00:13:29,184 --> 00:13:30,814 Awak perlu cakap sesuatu. 100 00:13:33,814 --> 00:13:34,904 Awak pasti? 101 00:13:42,072 --> 00:13:43,242 Sunja. 102 00:13:47,619 --> 00:13:48,949 Awak beri saya anak lelaki. 103 00:13:50,122 --> 00:13:52,252 Awak tidak tahu jika dia anak lelaki. 104 00:13:52,833 --> 00:13:54,253 Saya tahu. 105 00:13:54,334 --> 00:13:55,544 Saya pasti. 106 00:13:58,213 --> 00:14:01,053 Awak akan kecewa jika dia anak perempuan. 107 00:14:01,133 --> 00:14:02,933 Awak tetap perlu sayangi dia. 108 00:14:04,344 --> 00:14:06,764 Kalau dia anak perempuan, saya akan beli gaun cantik. 109 00:14:07,472 --> 00:14:09,522 Serta berharap dia sebijak ibunya. 110 00:14:18,192 --> 00:14:20,362 Bila awak akan melawat ibu saya? 111 00:14:21,403 --> 00:14:23,533 Dia pasti akan terkejut. 112 00:14:23,614 --> 00:14:25,954 Dia akan berasa lega kalau kita berkahwin cepat. 113 00:14:27,367 --> 00:14:29,617 Kenapa tiba-tiba cakap tentang perkahwinan? 114 00:14:29,703 --> 00:14:31,583 Saya sangka awak tahu maksud hubungan kita. 115 00:14:33,790 --> 00:14:34,920 Tahu? 116 00:14:36,585 --> 00:14:38,835 Apa maksud awak? 117 00:14:40,589 --> 00:14:41,839 Kita tak boleh berkahwin. 118 00:14:41,924 --> 00:14:43,014 Saya sudah berkeluarga. 119 00:14:47,346 --> 00:14:48,926 Saya ada isteri di Osaka 120 00:14:49,014 --> 00:14:50,224 dan tiga anak perempuan. 121 00:14:51,808 --> 00:14:53,848 Kami bukan berkahwin atas dasar cinta, 122 00:14:54,770 --> 00:14:56,520 tapi sebab keperluan. 123 00:14:57,022 --> 00:14:58,482 Keperluan? 124 00:14:59,024 --> 00:15:02,654 Keperluan untuk urusan perniagaan. Kami tiada perasaan cinta. 125 00:15:05,364 --> 00:15:07,454 Awak, ibu awak 126 00:15:07,533 --> 00:15:10,413 dan anak kita akan dapat segalanya. 127 00:15:11,578 --> 00:15:13,748 Saya akan beli rumah terbesar di Yeongdo. 128 00:15:13,830 --> 00:15:15,370 Bagaimana dengan rumah Jiyun? 129 00:15:15,958 --> 00:15:18,498 Mereka sudah tidak mampu memilikinya. 130 00:15:20,587 --> 00:15:22,457 Awak akan belajar membaca 131 00:15:22,548 --> 00:15:23,968 dan tahu masa. 132 00:15:24,633 --> 00:15:27,393 Kita akan ada lebih ramai anak dan hidup dengan gembira. 133 00:15:27,469 --> 00:15:28,599 Serta anak perempuan. 134 00:15:37,938 --> 00:15:39,308 Awak juga tahu 135 00:15:40,566 --> 00:15:42,276 keadaan dunia sekarang. 136 00:15:44,027 --> 00:15:45,777 Kanak-kanak yang tidur, 137 00:15:47,072 --> 00:15:48,702 tapi tak terjaga. 138 00:15:49,950 --> 00:15:52,700 Gadis yang perlu menjual kehormatan demi semangkuk mi. 139 00:15:55,330 --> 00:15:58,080 Orang tua mahu cepat mati secara senyap 140 00:15:58,166 --> 00:16:00,996 supaya orang muda cukup makan. 141 00:16:05,007 --> 00:16:06,007 Sunja. 142 00:16:09,094 --> 00:16:12,394 Perkahwinan cuma satu aturan. 143 00:16:14,433 --> 00:16:16,443 Awak akan faham kebaikan cadangan saya. 144 00:16:18,103 --> 00:16:19,693 Apa maksud awak? 145 00:16:21,398 --> 00:16:22,688 Bagi orang seperti kita, 146 00:16:24,234 --> 00:16:25,994 itulah cara kita bertahan. 147 00:16:41,793 --> 00:16:43,053 Sunja. 148 00:16:52,471 --> 00:16:53,601 Jadi… 149 00:16:55,307 --> 00:16:57,517 ini rancangan awak dari awal? 150 00:16:59,895 --> 00:17:01,975 Memaksa saya mengahwini awak 151 00:17:03,023 --> 00:17:04,613 sebab tiada orang lain yang mahu? 152 00:17:06,484 --> 00:17:07,784 Lagipun, 153 00:17:08,403 --> 00:17:10,613 siapa mahu kahwini anak lelaki tempang… 154 00:17:10,696 --> 00:17:12,696 Jangan cakap tentang ayah saya. 155 00:17:12,782 --> 00:17:14,912 Anak saya mungkin warisi kecacatan ayah awak. 156 00:17:16,161 --> 00:17:17,251 Saya ada hak, bukan? 157 00:17:17,329 --> 00:17:19,959 Jadi beritahu saya, siapa yang membawa malang? 158 00:17:28,715 --> 00:17:30,125 Sunja. 159 00:17:33,637 --> 00:17:35,097 Kembali ke sini. 160 00:17:37,766 --> 00:17:38,766 Kembali sekarang! 161 00:17:55,117 --> 00:17:56,287 Awak tak apa-apa? 162 00:17:57,077 --> 00:17:58,327 Saya tak apa-apa. 163 00:18:01,999 --> 00:18:03,459 Boleh tunjukkan saya 164 00:18:03,542 --> 00:18:09,302 arah rumah penginapan yang diuruskan oleh balu si tempang? 165 00:18:09,381 --> 00:18:12,341 Awak perlu berjalan 40 minit. 166 00:18:14,219 --> 00:18:15,349 Saya boleh berjalan. 167 00:19:11,527 --> 00:19:12,737 Mak. 168 00:19:36,844 --> 00:19:37,854 Nenek. 169 00:19:38,512 --> 00:19:41,682 Berehat sehari dua. 170 00:19:42,182 --> 00:19:46,102 Awak ingat semua ini akan buat nenek patah jiwa? 171 00:19:46,770 --> 00:19:49,060 Ini cuma barang. 172 00:19:50,274 --> 00:19:54,074 Rumah ini juga sama. Sebuah bumbung, beberapa dinding, 173 00:19:54,152 --> 00:19:55,402 itu saja. 174 00:20:02,536 --> 00:20:06,496 (berbahasa Jepun) Tokoh yang dikaitkan dengan jenayah terancang 175 00:20:06,582 --> 00:20:09,042 meninggalkan harta yang banyak selepas meninggal dunia. 176 00:20:09,126 --> 00:20:11,796 Sekarang Mamoru Yoshii juga disyaki terlibat dengan rasuah 177 00:20:11,879 --> 00:20:15,009 dan perdagangan orang dalam. 178 00:20:30,022 --> 00:20:33,192 Susah untuk nenek menjadi ibu dulu. 179 00:20:34,985 --> 00:20:40,315 Bekerja 14 jam sehari, tujuh hari seminggu. 180 00:20:42,743 --> 00:20:45,623 Nenek tidak tahu apa akan jadi jika mak cik awak tiada. 181 00:20:49,249 --> 00:20:50,829 Nenek jangan terlalu memaksa diri. 182 00:20:51,335 --> 00:20:52,955 Sudah masanya nenek jaga diri sendiri. 183 00:20:54,004 --> 00:20:58,434 Awak bercakap seperti kehidupan begini susah. 184 00:20:59,384 --> 00:21:02,014 Sudah. Pergi kembali bekerja. 185 00:21:02,095 --> 00:21:04,635 Apa gunanya awak memuaskan hati wanita tua? 186 00:21:05,432 --> 00:21:07,432 Nenek tak perlu risau tentang itu. 187 00:21:07,518 --> 00:21:09,018 Mereka faham situasi ini. 188 00:21:11,897 --> 00:21:14,527 Lagipun, tiada apa-apa boleh dibuat. 189 00:21:15,567 --> 00:21:18,447 Pemilik tanah itu menolak tawaran kami sekali lagi. 190 00:21:18,529 --> 00:21:19,949 Apa? 191 00:21:20,030 --> 00:21:21,280 Tolak duit sebanyak itu? 192 00:21:22,241 --> 00:21:26,081 Bayangkan semua yang dia boleh beri kepada anak-anaknya. 193 00:21:26,578 --> 00:21:29,158 Ia bukan duit haram. 194 00:21:29,998 --> 00:21:33,128 Kenapa dengan dia? 195 00:21:36,964 --> 00:21:39,344 Jadi bagaimana dengan awak? 196 00:21:41,510 --> 00:21:44,100 Rasanya rekod saya akan buruk untuk sementara waktu. 197 00:21:47,349 --> 00:21:49,429 Saya perlu berusaha untuk ke atas semula. 198 00:21:50,018 --> 00:21:51,438 Saya tiada pilihan lain. 199 00:21:52,813 --> 00:21:55,153 Urusan itu sudah gagal. 200 00:21:59,403 --> 00:22:02,823 Nenek harap nenek faham 201 00:22:02,906 --> 00:22:07,326 sebab sesetengah orang tidak dapat lupakan kenangan lama. 202 00:22:07,411 --> 00:22:09,411 Apa gunanya buat begitu? 203 00:22:11,582 --> 00:22:14,672 Orang yang sudah mati takkan kembali, bukan? 204 00:22:17,880 --> 00:22:19,050 Nenek. 205 00:22:21,717 --> 00:22:22,927 Mari ikut saya ke Tokyo. 206 00:22:23,635 --> 00:22:24,715 Apa? 207 00:22:24,803 --> 00:22:26,183 Saya mahu nenek jumpa dia. 208 00:22:27,639 --> 00:22:28,849 Nenek? 209 00:22:28,932 --> 00:22:30,482 Apa nenek perlu cakap? 210 00:22:32,102 --> 00:22:33,812 Beritahu dia kata-kata nenek tadi. 211 00:22:34,813 --> 00:22:37,983 Jika nenek melihat sebuah rumah, ia cuma bumbung dan dinding. 212 00:22:38,066 --> 00:22:40,276 Serta orang yang sudah mati takkan kembali. 213 00:22:42,821 --> 00:22:45,371 Tolong saya, nenek. 214 00:22:59,379 --> 00:23:02,669 Apa mereka bualkan? Awak dengar? 215 00:23:11,350 --> 00:23:13,480 Beritahu kami jika dia akan hidup? 216 00:23:17,064 --> 00:23:19,904 Dia pernah hadapinya sebelum ini. 217 00:23:20,734 --> 00:23:23,904 Dia pernah hampir mati. 218 00:23:25,614 --> 00:23:27,874 Kasihan dia berada jauh daripada keluarganya. 219 00:23:28,450 --> 00:23:30,330 Adakah ibu bapanya masih hidup? 220 00:23:32,329 --> 00:23:33,619 - Beg itu miliknya? - Ya. 221 00:23:35,958 --> 00:23:37,628 Mari cuba cari nama. 222 00:23:44,508 --> 00:23:48,258 - Pakaian ini nampak mahal. - Lihatlah semua buku ini! 223 00:23:48,929 --> 00:23:51,769 Pasti susah untuk dia bawa beg seberat ini. 224 00:24:00,315 --> 00:24:01,815 Apa ditulis di sini? 225 00:24:09,700 --> 00:24:11,450 "Mak dan ayah yang disayangi, 226 00:24:11,994 --> 00:24:14,584 saya sudah tiba di Busan dengan selamat." 227 00:24:14,663 --> 00:24:19,173 "Saya tak sabar mahu ke Osaka untuk berkhidmat kepada Tuhan 228 00:24:19,251 --> 00:24:24,171 dan mulakan kehidupan baru bersama Yoseb dan Kyunghee." 229 00:24:24,256 --> 00:24:26,756 "Jangan risau. 230 00:24:26,842 --> 00:24:28,842 Saya sihat. 231 00:24:29,553 --> 00:24:31,813 Anakmu yang tersayang, Isak." 232 00:24:33,265 --> 00:24:35,515 Isak? Nama apa begitu? 233 00:24:36,435 --> 00:24:38,185 Rasanya itu nama Kristian. 234 00:24:39,688 --> 00:24:41,188 Lihat, dia dari Pyongyang. 235 00:24:43,442 --> 00:24:45,942 Salah seorang Kristian dari Utara. 236 00:24:49,031 --> 00:24:51,201 Awak perlu anggap penyakitnya serius. 237 00:24:51,283 --> 00:24:52,283 Ini tuberkulosis. 238 00:24:52,367 --> 00:24:53,487 Kita perlu laporkan. 239 00:24:55,495 --> 00:24:57,705 Bagaimana mahu suruh dia keluar jika dia begini? 240 00:24:57,789 --> 00:24:58,829 Puan… 241 00:25:01,418 --> 00:25:03,088 fikir tentang anak awak 242 00:25:04,046 --> 00:25:05,416 dan penginap. 243 00:25:07,966 --> 00:25:12,796 Mari lihat jika dia selamat malam ini. 244 00:25:27,653 --> 00:25:29,913 - Helo. - Kenapa awak datang lagi? 245 00:25:30,989 --> 00:25:31,989 Ini siapa? 246 00:25:32,658 --> 00:25:34,448 Maaf sebab mengganggu awak. 247 00:25:34,535 --> 00:25:36,155 Saya nenek dia. 248 00:25:36,245 --> 00:25:39,245 Boleh berbual dengan kami sebentar? 249 00:25:47,422 --> 00:25:51,472 - Tolong, jangan susahkan diri… - Tiada masalah. 250 00:25:52,344 --> 00:25:53,934 Saya baru mahu makan. 251 00:25:59,059 --> 00:26:00,269 - Amen. - Amen. 252 00:26:05,232 --> 00:26:08,112 Awak ada cucu di rumah ini? 253 00:26:08,193 --> 00:26:10,323 Alat tulis itu? 254 00:26:10,404 --> 00:26:12,324 Saya yang belajar. 255 00:26:23,625 --> 00:26:25,875 Sekolah baru saja beri saya ini. 256 00:26:26,503 --> 00:26:28,513 Diploma saya sebab tamat gred enam. 257 00:26:31,133 --> 00:26:34,933 Awak belajar di sekolah dengan kanak-kanak? 258 00:26:35,012 --> 00:26:38,182 Ya. Kebanyakannya budak yang baik, 259 00:26:38,265 --> 00:26:40,225 tapi ada beberapa budak yang nakal. 260 00:26:40,893 --> 00:26:44,653 Kenapa awak kembali bersekolah? 261 00:26:45,272 --> 00:26:47,232 Saya tak tahu keadaan awak, 262 00:26:48,066 --> 00:26:49,686 tapi keluarga saya sangat miskin, 263 00:26:49,776 --> 00:26:52,776 anak lelaki pun tak mampu bersekolah. 264 00:26:53,322 --> 00:26:54,412 Puan, 265 00:26:54,990 --> 00:26:58,830 mak saya rasa tiada guna hantar anak perempuan ke sekolah. 266 00:26:58,911 --> 00:27:01,331 Jadi awak faham. 267 00:27:01,413 --> 00:27:05,423 Rasa begitu terasing daripada orang lain. 268 00:27:06,502 --> 00:27:09,632 Saya selalu malu atau takut. 269 00:27:10,214 --> 00:27:14,134 Saya marah anak sendiri sebab belajar membaca. 270 00:27:14,218 --> 00:27:17,468 Saya risau mereka pandang rendah pada saya. 271 00:27:18,805 --> 00:27:21,925 Namun lihat, saya di tempat ketiga dalam kelas! 272 00:27:22,017 --> 00:27:23,767 Saya hampir dapat nombor dua. 273 00:27:38,242 --> 00:27:39,832 Awak boleh rasanya, bukan? 274 00:27:42,496 --> 00:27:43,576 Bagaimana awak dapat? 275 00:27:44,081 --> 00:27:46,961 Seorang wanita saya kenal melawat anaknya setiap beberapa bulan. 276 00:27:47,042 --> 00:27:50,842 Dia selalu bawa pulang dua beg penuh dengan beras. 277 00:27:51,421 --> 00:27:52,801 Kenapa, nenek? 278 00:27:52,881 --> 00:27:54,881 Rasa nasi itu sekali lagi. 279 00:28:02,224 --> 00:28:03,984 Lihatlah! 280 00:28:04,059 --> 00:28:06,899 Orang muda tidak tahu perbezaannya. 281 00:28:07,980 --> 00:28:10,190 Ini beras ditanam di negara kita. 282 00:28:11,191 --> 00:28:12,321 Bagaimana nenek tahu? 283 00:28:12,401 --> 00:28:13,691 Rasanya lebih kuat. 284 00:28:13,777 --> 00:28:16,067 Lebih manis sedikit dan lebih kenyal. 285 00:28:17,990 --> 00:28:20,620 Dulu nasi putih satu kemewahan. 286 00:28:20,701 --> 00:28:24,251 Kita yang tanam, tapi mereka ambil semua sekali. 287 00:28:26,331 --> 00:28:28,961 Sekarang kita makan nasi putih pada setiap hidangan, 288 00:28:29,042 --> 00:28:30,752 sehingga kita tidak perasan. 289 00:28:32,129 --> 00:28:34,379 Awak rasa itu bagus? 290 00:28:42,139 --> 00:28:44,099 Semasa kali pertama tiba di negara ini, 291 00:28:44,975 --> 00:28:46,555 duit kami sangat sikit. 292 00:28:47,811 --> 00:28:49,691 Kami tinggal di Osaka. 293 00:28:51,315 --> 00:28:54,225 Saya berjalan di gerai makanan berdekatan stesen kereta api, 294 00:28:54,860 --> 00:28:58,410 saya akan cuba bayangkan rasa setiap hidangan. 295 00:28:59,781 --> 00:29:02,371 Saya tentu membayangkannya dengan baik. 296 00:29:03,076 --> 00:29:05,746 Mulut saya berair. 297 00:29:05,829 --> 00:29:09,369 Seperti kali pertama saya bau kopi. 298 00:29:10,292 --> 00:29:14,632 Saya rasa itu bau paling sedap. 299 00:29:14,713 --> 00:29:18,093 Saya dapat minum selepas bertahun-tahun… 300 00:29:18,175 --> 00:29:21,215 - Sangat pahit! - Betul! 301 00:29:21,303 --> 00:29:23,853 Sangat berbeza. 302 00:29:31,939 --> 00:29:33,439 Kebelakangan ini, 303 00:29:33,982 --> 00:29:35,532 saya sudah tak rasa lapar. 304 00:29:36,193 --> 00:29:37,533 Saya makan sebab ikut masa. 305 00:29:39,613 --> 00:29:41,743 Saya sudah tidak buat kimchi sendiri. 306 00:29:42,241 --> 00:29:44,991 Saya beli sebekas dengan harga 300 yen. 307 00:29:46,787 --> 00:29:47,997 Dulu… 308 00:29:50,290 --> 00:29:56,050 saya perlu jual semua kimchi saya untuk dapat sebanyak itu. 309 00:30:01,260 --> 00:30:02,890 Nasi ini mengingatkan saya… 310 00:30:03,929 --> 00:30:05,719 Ia ingatkan saya pada mak saya 311 00:30:06,890 --> 00:30:08,980 semasa hari perkahwinan saya. 312 00:30:16,859 --> 00:30:17,899 Nenek, 313 00:30:17,985 --> 00:30:19,485 kenapa? 314 00:30:22,823 --> 00:30:25,663 Nenek cuma mengarut. 315 00:30:26,743 --> 00:30:30,463 - Maaf. Kami tak patut datang… - Jangan pandang rendah tangisannya. 316 00:30:31,665 --> 00:30:33,375 Dia berhak untuk menangis. 317 00:31:17,211 --> 00:31:20,051 Awak tak kenal saya… 318 00:31:23,509 --> 00:31:24,719 tapi jangan risau. 319 00:31:25,677 --> 00:31:27,757 Saya akan jaga awak sebaik mungkin. 320 00:31:38,190 --> 00:31:40,190 Awak pernah balik Korea? 321 00:31:41,193 --> 00:31:43,033 Dua kali. 322 00:31:43,111 --> 00:31:46,031 Sekali semasa 70-an, kemudian beberapa tahun lalu. 323 00:31:46,532 --> 00:31:47,872 Awak? 324 00:31:50,536 --> 00:31:53,036 Pada mulanya, saya tiada duit, 325 00:31:53,121 --> 00:31:55,921 kemudian saya tiada masa. 326 00:31:57,334 --> 00:31:59,214 Sekarang sudah tiada gunanya. 327 00:31:59,294 --> 00:32:02,594 Saya dengar semua sudah berubah. 328 00:32:03,632 --> 00:32:06,552 Ya, banyak sudah berubah. 329 00:32:08,554 --> 00:32:12,024 Tapi berjalan di sana dan dengar bahasa kita sendiri, 330 00:32:12,099 --> 00:32:14,519 menghidu makanan kita. 331 00:32:15,561 --> 00:32:17,941 Perasaan di sana berbeza. 332 00:32:19,481 --> 00:32:21,941 Pada waktu itulah jiwa kita tahu… 333 00:32:24,361 --> 00:32:30,281 inilah tempat asal kita. 334 00:32:32,452 --> 00:32:34,452 Kita pergi atas sebab itu. 335 00:32:40,627 --> 00:32:41,877 Kakak ipar saya… 336 00:32:42,588 --> 00:32:45,918 Kakak ipar saya meninggal dunia beberapa hari lalu. 337 00:32:47,509 --> 00:32:49,849 Dia seorang yang sangat baik. 338 00:32:51,972 --> 00:32:54,142 Walaupun banyak benda yang dia mahu, 339 00:32:54,224 --> 00:32:56,984 dia pentingkan kami dulu. 340 00:33:00,439 --> 00:33:01,689 Kakak ipar saya… 341 00:33:02,941 --> 00:33:04,151 Kakak ipar saya, 342 00:33:05,068 --> 00:33:07,608 kalau dia dapat balik sekali lagi. 343 00:33:08,197 --> 00:33:10,407 Dia pasti sangat gembira. 344 00:33:14,786 --> 00:33:15,996 Sekarang… 345 00:33:16,747 --> 00:33:19,287 Sekarang sudah terlambat. 346 00:33:23,879 --> 00:33:27,379 Awak masih belum terlambat. 347 00:33:29,301 --> 00:33:30,931 Betul cakap saya, bukan? 348 00:33:40,395 --> 00:33:41,935 Awak. 349 00:33:42,022 --> 00:33:44,152 Awak langsung tak tanya tentang negara kita. 350 00:33:44,650 --> 00:33:49,070 Awak bawa nenek ke sini untuk memujuk saya menjual tanah ini? 351 00:33:52,491 --> 00:33:53,491 Ya. 352 00:33:57,037 --> 00:33:58,867 Awak tidak ada belas kasihan. 353 00:34:00,249 --> 00:34:02,379 Awak tak malu? 354 00:34:04,002 --> 00:34:06,052 Saya bukan mencuri daripada awak. 355 00:34:06,129 --> 00:34:07,629 Tiada sesiapa mahu tipu awak. 356 00:34:07,714 --> 00:34:09,304 Kami tawarkan duit yang banyak. 357 00:34:11,552 --> 00:34:13,552 Awak tak berterima kasih, 358 00:34:13,637 --> 00:34:15,467 malah, awak anggap ia tidak adil. 359 00:34:18,391 --> 00:34:19,771 Sekarang keadaan berbeza. 360 00:34:21,103 --> 00:34:24,273 Sekarang giliran mereka membayar kita. 361 00:34:28,068 --> 00:34:31,818 Awak benar-benar percayanya? 362 00:34:34,449 --> 00:34:35,659 Ya. 363 00:35:20,162 --> 00:35:21,502 Mak. 364 00:35:22,372 --> 00:35:23,542 Demamnya kebah. 365 00:35:25,000 --> 00:35:26,630 Kita patut buatkan bubur. 366 00:35:27,127 --> 00:35:28,457 Mak… 367 00:35:32,090 --> 00:35:33,970 saya perlu bercakap dengan mak. 368 00:35:36,428 --> 00:35:37,718 Apa? 369 00:35:45,729 --> 00:35:47,019 Siapa yang lakukannya? 370 00:35:50,400 --> 00:35:51,610 Beritahu namanya! 371 00:35:56,823 --> 00:35:57,953 Beritahu mak. 372 00:35:58,784 --> 00:36:00,914 Dia paksa awak? 373 00:36:03,372 --> 00:36:04,542 Tidak. 374 00:36:06,458 --> 00:36:07,458 Ia bukan begitu… 375 00:36:07,543 --> 00:36:09,173 Kenapa tak beritahu siapa dia? 376 00:36:11,296 --> 00:36:15,506 Siapa pengecut yang buat begini, tapi tak mahu bertanggungjawab? 377 00:36:26,228 --> 00:36:30,688 Mak yang salah sebab sangka awak pandai berfikir. 378 00:36:33,110 --> 00:36:35,530 Kenapa awak begitu dungu? 379 00:36:39,449 --> 00:36:40,699 Mak… 380 00:36:44,037 --> 00:36:45,657 Maafkan saya. 381 00:37:04,683 --> 00:37:06,693 Awak tahu apa berlaku kepada awak sekarang? 382 00:37:10,105 --> 00:37:11,185 Kepada bayi ini. 383 00:37:15,194 --> 00:37:16,244 Awak tahu? 384 00:37:29,750 --> 00:37:30,750 Sunja… 385 00:37:33,962 --> 00:37:36,762 tidak ada cara untuk suruh dia kahwini awak? 386 00:37:41,136 --> 00:37:44,556 Tiada cara lagi, mak. 387 00:37:47,059 --> 00:37:48,309 Dia sudah pergi. 388 00:37:52,689 --> 00:37:54,069 Saya dungu. 389 00:38:03,867 --> 00:38:05,237 Sekarang nenek faham. 390 00:38:07,079 --> 00:38:10,999 Wanita itu mahu mati dalam rumah itu. 391 00:38:11,083 --> 00:38:12,383 Awak tak sedar? 392 00:38:12,459 --> 00:38:13,709 Nenek yang cakap, 393 00:38:13,794 --> 00:38:17,804 duit itu pasti berguna untuk anak-anaknya. 394 00:38:18,924 --> 00:38:19,974 Jadi, 395 00:38:20,801 --> 00:38:23,511 itu tugas kami? 396 00:38:23,595 --> 00:38:25,675 Sentiasa berkorban untuk anak kami? 397 00:38:26,390 --> 00:38:28,350 Bila ia akan berhenti? 398 00:38:29,101 --> 00:38:30,561 Apabila kami mati? 399 00:38:32,646 --> 00:38:34,186 Nenek mahu saya buat apa? 400 00:38:35,023 --> 00:38:36,693 Nenek perlu berterus-terang. 401 00:38:40,737 --> 00:38:43,697 Awak tak boleh berjaya 402 00:38:43,782 --> 00:38:46,832 tanpa mengganggu dia? 403 00:38:47,995 --> 00:38:49,195 Tidak. 404 00:38:49,288 --> 00:38:51,038 Itu kerja saya. 405 00:38:51,123 --> 00:38:52,883 Itu cara saya mencari nafkah. 406 00:38:58,213 --> 00:39:01,433 Maaf saya bukan paderi yang disayangi seperti Paderi Rhee. 407 00:39:02,009 --> 00:39:04,339 Apa kaitannya dengan hal ini? 408 00:39:07,389 --> 00:39:10,019 Dia ingatkan nenek pada seseorang. 409 00:39:11,143 --> 00:39:12,523 Itu saja. 410 00:39:14,938 --> 00:39:16,938 Nenek perlu pergi. Kereta api sudah tiba. 411 00:39:17,024 --> 00:39:18,484 Saya akan hantar ke kereta api. 412 00:39:23,530 --> 00:39:25,990 Nenek tahu awak budak baik. 413 00:39:27,075 --> 00:39:29,235 Nenek tahu nenek besarkan awak dengan baik. 414 00:40:10,994 --> 00:40:12,704 Berhenti mengutip nasi! 415 00:40:12,788 --> 00:40:14,618 Awak tahu ia bawa nasib malang. 416 00:40:22,214 --> 00:40:23,844 Kenapa? 417 00:40:23,924 --> 00:40:25,594 Ada orang mati? 418 00:40:26,218 --> 00:40:27,468 Apa yang berlaku? 419 00:40:28,971 --> 00:40:30,471 Apa? 420 00:40:46,405 --> 00:40:47,405 Makan. 421 00:40:54,329 --> 00:40:55,909 Solomon Baek. 422 00:40:57,749 --> 00:40:59,919 Peguamnya hubungi saya sejam lalu. 423 00:41:02,462 --> 00:41:03,672 Awak berjaya. 424 00:41:05,340 --> 00:41:07,180 Menggunakan nenek awak. 425 00:41:07,259 --> 00:41:08,639 Itu bijak. 426 00:41:08,719 --> 00:41:09,759 Ya. 427 00:41:13,182 --> 00:41:14,982 Okey, semua orang. 428 00:41:15,058 --> 00:41:18,478 Naomi, Arimoto, awak juga. Kita akan raikannya. 429 00:41:18,562 --> 00:41:21,442 Château Budweisers untuk semua! 430 00:41:24,276 --> 00:41:25,776 Tahniah. 431 00:41:25,861 --> 00:41:26,991 Terima kasih. 432 00:41:27,654 --> 00:41:30,494 Saya mengaku saya sangka awak takkan berjaya. 433 00:41:31,283 --> 00:41:32,623 Saya salah anggap awak. 434 00:41:35,037 --> 00:41:37,407 Tom panggil kita. Mahu pergi? 435 00:41:38,040 --> 00:41:39,420 Saya akan datang nanti. 436 00:41:51,720 --> 00:41:52,930 Helo? 437 00:41:55,557 --> 00:41:56,677 Helo? 438 00:41:57,559 --> 00:42:01,189 Beritahu saya awak rindukan saya. 439 00:42:03,315 --> 00:42:06,525 - Atau tipu dengan baik. - Saya menunggu panggilan awak. 440 00:42:07,110 --> 00:42:08,610 Awak tak tunggu. 441 00:42:08,695 --> 00:42:10,485 Saya hubungi awak empat kali hari ini. 442 00:42:11,406 --> 00:42:12,946 Saya balik kampung beberapa hari. 443 00:42:14,993 --> 00:42:16,623 Apa berlaku? 444 00:42:16,703 --> 00:42:17,963 Ada parti di sana? 445 00:42:19,748 --> 00:42:20,918 Solomon! 446 00:42:21,458 --> 00:42:23,378 Saya berjaya selesaikan urusan penting. 447 00:42:23,460 --> 00:42:24,670 Kami meraikannya. 448 00:42:24,753 --> 00:42:27,713 Sudah tentu awak berjaya. 449 00:42:28,882 --> 00:42:30,682 Nampaknya hantar awak ke Amerika 450 00:42:30,759 --> 00:42:33,009 memang pilihan yang betul. 451 00:42:33,095 --> 00:42:34,925 Impian awak jadi kenyataan. 452 00:42:35,931 --> 00:42:39,181 Tapi awak pernah terfikir tentang semua yang hilang? 453 00:42:40,227 --> 00:42:42,187 Awak sepatutnya gembira untuk saya. 454 00:42:42,271 --> 00:42:43,441 Tak mahu. 455 00:42:44,398 --> 00:42:46,438 Sekurang-kurangnya saya jujur. 456 00:42:47,734 --> 00:42:51,864 Tentu ada orang bencikan awak atas kejayaan awak. 457 00:42:53,198 --> 00:42:54,828 Bila saya boleh jumpa awak? 458 00:42:55,951 --> 00:42:59,791 Mungkin awak takkan dapat jumpa saya. 459 00:42:59,872 --> 00:43:01,462 Awak masih tak berubah. 460 00:43:02,124 --> 00:43:04,504 Awak dan helah awak menyedihkan. 461 00:43:04,585 --> 00:43:06,125 Awak salah. 462 00:43:06,920 --> 00:43:11,220 Saya sudah banyak berubah. 463 00:43:23,270 --> 00:43:24,690 Awak sakit? 464 00:43:27,608 --> 00:43:28,898 Hana! 465 00:43:34,364 --> 00:43:35,494 Puan? 466 00:43:36,366 --> 00:43:37,406 Puan? 467 00:43:39,369 --> 00:43:40,579 Bagaimana keadaan awak? 468 00:43:42,623 --> 00:43:43,833 Saya masih hidup sebab awak. 469 00:43:45,083 --> 00:43:47,293 Ahli Farmasi Chu cakap awak semakin sembuh. 470 00:43:48,462 --> 00:43:50,262 Lega saya mendengarnya. 471 00:43:50,339 --> 00:43:53,179 Ibu bapa saya juga pasti lega. 472 00:43:53,258 --> 00:43:54,638 Saya… 473 00:43:54,718 --> 00:43:56,848 Saya mahu hantar telegram kepada mereka di pekan. 474 00:43:56,929 --> 00:43:59,179 Saya akan suruh budak hantar pesanan itu. 475 00:43:59,848 --> 00:44:01,598 Saya mahu pergi sendiri. 476 00:44:02,851 --> 00:44:03,851 Uji kaki saya. 477 00:44:04,686 --> 00:44:07,056 Awak tak patut berjalan jauh begitu cepat. 478 00:44:07,940 --> 00:44:09,900 Saya perlu jadi lebih kuat jika mahu ke Osaka. 479 00:44:09,983 --> 00:44:11,443 Awak perlu ke sana? 480 00:44:11,527 --> 00:44:13,987 Saya tahu ada gereja menunggu awak, 481 00:44:15,197 --> 00:44:17,117 tapi kalau awak mati di sana, 482 00:44:18,408 --> 00:44:20,158 awak sangat jauh dari rumah… 483 00:44:20,953 --> 00:44:22,793 Sudah banyak kali saya hampir mati. 484 00:44:22,871 --> 00:44:24,041 Saya sudah biasa. 485 00:44:25,457 --> 00:44:26,787 Saya tak takutkan kematian. 486 00:44:27,668 --> 00:44:29,248 Sebaliknya, kehidupan 487 00:44:29,878 --> 00:44:31,508 yang sukar bagi saya. 488 00:44:36,051 --> 00:44:37,931 Jadi biar anak saya temankan awak. 489 00:44:38,512 --> 00:44:39,722 Tak mengapa… 490 00:44:39,805 --> 00:44:41,305 Saya tak mahu susahkan sesiapa. 491 00:44:41,974 --> 00:44:43,524 Awak tak boleh pergi sendiri. 492 00:44:43,600 --> 00:44:46,600 Tunggu sekejap. Saya panggil dia. 493 00:44:48,272 --> 00:44:49,442 Sunja! 494 00:44:51,441 --> 00:44:54,781 Maaf sebab susahkan awak dan ibu awak. 495 00:44:55,404 --> 00:44:57,414 Biar saya belanja awak makan tengah hari. 496 00:44:59,533 --> 00:45:01,703 Ini tak menyusahkan. 497 00:45:02,536 --> 00:45:04,616 Mungkin ada kedai makan di pasar. 498 00:45:07,916 --> 00:45:09,916 Ada sebuah kedai mi. 499 00:45:11,336 --> 00:45:12,876 Saya dengar orang memujinya. 500 00:45:13,630 --> 00:45:15,130 Ia tak jauh dari sini. 501 00:45:17,134 --> 00:45:18,224 Bagus. 502 00:45:18,302 --> 00:45:19,512 Kalau begitu, 503 00:45:20,637 --> 00:45:22,467 kita hantar telegram saya selepas makan. 504 00:45:25,726 --> 00:45:27,136 Saya sudah beritahu awak. 505 00:45:29,855 --> 00:45:30,855 Buang itu. 506 00:45:33,317 --> 00:45:34,607 Ini apa? 507 00:45:38,363 --> 00:45:39,413 Tulis. 508 00:45:39,907 --> 00:45:43,037 Saya banyak dengar tentang pasar ini. Ia menakjubkan. 509 00:45:48,040 --> 00:45:49,210 Ia sangat besar. 510 00:46:02,262 --> 00:46:03,472 Mari pergi. 511 00:46:12,439 --> 00:46:14,979 Berhenti buat begini… 512 00:46:15,067 --> 00:46:16,107 Solomon. 513 00:46:16,193 --> 00:46:19,203 - Tidak, hei… Tom. - Maaf, dia akan hubungi awak semula. 514 00:46:19,279 --> 00:46:20,569 Tom, jangan putuskan… 515 00:46:20,656 --> 00:46:22,406 Saya bos awak. 516 00:46:22,491 --> 00:46:24,281 Mari keluar dan raikannya. 517 00:46:24,368 --> 00:46:25,578 Genius. 518 00:46:28,413 --> 00:46:29,673 Hei. 519 00:46:30,791 --> 00:46:31,921 Mari minum. 520 00:46:32,000 --> 00:46:33,750 Mari minum! 521 00:46:40,384 --> 00:46:41,724 Itu… 522 00:47:01,738 --> 00:47:02,908 Mak, 523 00:47:02,990 --> 00:47:04,580 apa mak buat di sini? 524 00:47:04,658 --> 00:47:06,788 Dia mahu pulang, 525 00:47:06,869 --> 00:47:08,789 melihat negara kita sekali lagi. 526 00:47:08,871 --> 00:47:10,621 Apa yang mak cakap? 527 00:47:11,331 --> 00:47:14,541 Mak tak mahu tanam abu mak cik awak di sini. 528 00:47:14,626 --> 00:47:16,456 Mak mahu bawanya pulang. 529 00:47:17,379 --> 00:47:19,669 Mak juga mahu pulang. 530 00:47:31,643 --> 00:47:33,603 Ini kali pertama saya di restoran. 531 00:47:36,899 --> 00:47:38,649 Cepat betul! 532 00:47:40,277 --> 00:47:42,947 Kami tak mahu pelanggan tertunggu. 533 00:47:49,661 --> 00:47:52,041 Siapa ajar awak berbahasa Jepun dengan baik? 534 00:47:52,873 --> 00:47:56,343 Saya ada pengajar semasa kecil. 535 00:47:56,418 --> 00:47:57,628 Shimizu-san. 536 00:47:58,879 --> 00:48:00,549 Kami berkawan baik. 537 00:48:00,631 --> 00:48:02,301 Saya nampak semua buku awak. 538 00:48:02,382 --> 00:48:04,512 Awak mesti tahu banyak perkara. 539 00:48:04,593 --> 00:48:06,183 Saya tak fikir begitu. 540 00:48:06,261 --> 00:48:07,891 Semakin saya berusia, 541 00:48:08,680 --> 00:48:10,520 saya sedar banyak saya tak tahu. 542 00:48:11,767 --> 00:48:12,977 Sebenarnya, 543 00:48:13,769 --> 00:48:15,979 kebanyakan masa saya rasa saya dungu. 544 00:48:18,440 --> 00:48:19,980 Awak mahu berdoa dengan saya? 545 00:48:27,449 --> 00:48:30,869 Tuhan, terima kasih untuk makanan yang kami akan makan. 546 00:48:31,912 --> 00:48:34,792 Terima kasih sebab melindungi kami, 547 00:48:34,873 --> 00:48:38,043 membawa kami ke arah yang betul. 548 00:48:39,920 --> 00:48:42,260 Kami berdoa dengan nama Tuhan. 549 00:48:42,339 --> 00:48:43,339 Amen. 550 00:48:47,970 --> 00:48:50,890 Sunja, awak boleh buka mata sekarang. 551 00:49:04,778 --> 00:49:05,948 Sedap. 552 00:49:17,958 --> 00:49:20,168 Saya rasa seperti tidak jujur 553 00:49:20,252 --> 00:49:21,672 untuk terus memendamnya. 554 00:49:23,672 --> 00:49:25,302 Saya tahu awak mengandung. 555 00:49:30,387 --> 00:49:33,017 Saya bukan mahu mengecam awak. 556 00:49:33,098 --> 00:49:35,268 Saya hanya sebutnya sebab… 557 00:49:35,350 --> 00:49:37,310 mungkin membantu 558 00:49:38,812 --> 00:49:41,652 jika awak ada kawan sekarang. 559 00:49:43,775 --> 00:49:45,185 Maaf sebab bertanya. 560 00:49:46,737 --> 00:49:48,067 Anak itu, 561 00:49:48,155 --> 00:49:50,695 awak ada terfikir untuk serahkan dia kepada keluarga lain? 562 00:49:54,119 --> 00:49:55,829 Mungkin pada pasangan yang tiada anak. 563 00:49:58,207 --> 00:50:00,037 Saya tahu ia sukar, tapi… 564 00:50:00,125 --> 00:50:01,495 Apa yang awak cakap? 565 00:50:05,631 --> 00:50:08,761 Kesan membesarkan sendiri anak itu… 566 00:50:08,842 --> 00:50:11,392 Saya faham takdir saya. 567 00:50:13,805 --> 00:50:16,805 Saya faham saya dan anak saya akan dipulaukan… 568 00:50:18,936 --> 00:50:21,936 dan kami perlu tinggalkan rumah penginapan demi perniagaan mak. 569 00:50:23,732 --> 00:50:25,032 Saya tahu semua ini. 570 00:50:27,903 --> 00:50:29,153 Namun… 571 00:50:30,197 --> 00:50:31,317 Saya… 572 00:50:33,784 --> 00:50:37,004 Saya disayangi oleh orang yang dipulaukan. 573 00:50:39,623 --> 00:50:40,753 Ayah saya. 574 00:50:42,960 --> 00:50:45,710 Pelik kerana saya banyak fikir tentang dia sekarang. 575 00:50:47,798 --> 00:50:50,878 Hampir sepanjang hidupnya, dia diberitahu dia takkan berkahwin 576 00:50:50,968 --> 00:50:52,638 atau mempunyai anak sendiri. 577 00:50:52,719 --> 00:50:54,009 Tapi saya dilahirkan. 578 00:50:57,015 --> 00:50:59,095 Saya lahir walaupun ia tak sepatutnya begitu. 579 00:51:03,438 --> 00:51:04,688 Sekarang… 580 00:51:06,483 --> 00:51:11,743 anak saya akan lahir walaupun ia tak sepatutnya begitu. 581 00:51:14,449 --> 00:51:16,289 Dia akan disayangi. 582 00:51:19,079 --> 00:51:22,499 Walaupun saya perlu bekerja sehingga kuku saya patah, 583 00:51:23,584 --> 00:51:26,554 belakang saya sakit dan perut saya lapar, 584 00:51:27,838 --> 00:51:29,168 anak saya… 585 00:51:32,092 --> 00:51:33,932 dia akan dapat segala-galanya. 586 00:51:37,264 --> 00:51:38,644 Itu janji saya kepadanya. 587 00:51:42,978 --> 00:51:44,098 Ayah saya… 588 00:51:51,236 --> 00:51:53,236 itu janjinya pada saya semasa saya lahir. 589 00:52:01,371 --> 00:52:02,581 Tidak. 590 00:52:06,043 --> 00:52:07,213 Saya takkan… 591 00:52:10,297 --> 00:52:11,417 serahkan anak ini. 592 00:52:18,722 --> 00:52:20,182 Maafkan saya, Sunja. 593 00:52:24,228 --> 00:52:25,688 Saya salah. 594 00:52:29,149 --> 00:52:33,069 Sepanjang hidup saya, saya selalu sakit. 595 00:52:37,491 --> 00:52:39,281 Ya, saya tahu tentang buku. 596 00:52:40,702 --> 00:52:42,622 Tapi saya tak tahu tentang orang. 597 00:52:47,501 --> 00:52:49,801 Mendengar kata-kata awak… 598 00:52:52,047 --> 00:52:53,417 saya jadi malu. 599 00:52:54,299 --> 00:52:55,589 Bukan itu niat saya. 600 00:52:56,552 --> 00:52:57,642 Tidak. 601 00:52:58,554 --> 00:53:00,264 Saya berterima kasih kepada awak. 602 00:53:04,226 --> 00:53:05,306 Berterima kasih? 603 00:53:14,903 --> 00:53:16,073 Lelaki itu… 604 00:53:18,949 --> 00:53:20,279 awak boleh lupakan dia? 605 00:53:33,881 --> 00:53:35,301 Saya mahu lupakan. 606 00:53:38,010 --> 00:53:39,260 Jika begitu, 607 00:53:41,054 --> 00:53:44,684 awak rasa awak boleh sayang lelaki lain? 608 00:53:46,810 --> 00:53:48,690 Apa gunanya? 609 00:53:50,230 --> 00:53:51,730 Tiada lelaki mahu kahwini saya. 610 00:53:52,357 --> 00:53:53,857 Tapi jika ada yang mahu… 611 00:53:58,071 --> 00:53:59,531 Jika ada lelaki mengajak awak… 612 00:54:02,326 --> 00:54:04,286 untuk tinggalkan rumah awak… 613 00:54:08,081 --> 00:54:09,711 dan mulakan kehidupan baharu… 614 00:54:12,127 --> 00:54:13,377 awak mahu? 615 00:54:21,595 --> 00:54:22,755 Tapi… 616 00:54:25,307 --> 00:54:26,847 awak tahu saya… 617 00:54:26,934 --> 00:54:28,894 Awak mengandungkan anak lelaki lain. 618 00:54:29,478 --> 00:54:30,478 Saya faham. 619 00:54:30,979 --> 00:54:32,519 Saya tanya awak sama ada, 620 00:54:33,857 --> 00:54:35,227 mungkin… 621 00:54:37,861 --> 00:54:39,281 dengan masa yang cukup… 622 00:54:42,950 --> 00:54:45,450 awak boleh cuba menyayangi lelaki lain? 623 00:55:57,608 --> 00:55:59,608 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman