1 00:00:11,094 --> 00:00:12,346 Sunja? 2 00:00:14,848 --> 00:00:16,140 Sunja? 3 00:00:25,275 --> 00:00:26,401 (berbahasa Korea) Sunja? 4 00:00:30,447 --> 00:00:31,573 Kita sudah sampai. 5 00:00:55,264 --> 00:00:57,641 Saya tahu ini perjalanan yang sukar, 6 00:00:57,724 --> 00:00:59,309 tapi kita akan sampai ke rumah abang saya tak lama lagi. 7 00:01:07,985 --> 00:01:09,027 Isak! 8 00:01:09,111 --> 00:01:10,237 Abang! 9 00:01:12,823 --> 00:01:13,824 Yoseb! 10 00:01:21,498 --> 00:01:23,709 Bagaimana awak boleh jadi begitu tinggi? 11 00:01:23,792 --> 00:01:26,044 Awak masih kecil waktu saya pergi. 12 00:01:26,128 --> 00:01:29,298 Awak curi ketinggian saya! 13 00:01:29,381 --> 00:01:31,049 Saya banyak berdoa supaya tinggi. 14 00:01:32,426 --> 00:01:33,635 Abang, 15 00:01:34,178 --> 00:01:36,513 ini isteri saya, Sunja. 16 00:01:42,603 --> 00:01:47,065 Saya dan Kyunghee memang terkejut apabila mendengar berita itu. 17 00:01:47,149 --> 00:01:48,692 Dia juga sudah mengandung. 18 00:01:49,193 --> 00:01:50,402 Kami bertuah. 19 00:01:50,485 --> 00:01:52,154 Kami anggapnya begitu. 20 00:01:54,781 --> 00:01:56,408 Awak apa khabar? 21 00:01:56,491 --> 00:01:58,577 Saya lega dapat berada di daratan semula, 22 00:02:00,245 --> 00:02:02,289 dan berterima kasih sebab diterima ke rumah awak… 23 00:02:02,372 --> 00:02:04,833 Tak perlu berterima kasih. Kita sudah jadi keluarga. 24 00:02:05,417 --> 00:02:06,418 Kita kena pergi. 25 00:02:06,502 --> 00:02:09,588 Kyunghee akan marah saya kalau tak bawa kamu balik cepat. 26 00:02:11,840 --> 00:02:13,300 Tidak. 27 00:02:13,383 --> 00:02:15,260 Saya akan bawanya. 28 00:02:16,637 --> 00:02:17,763 Mari pergi. 29 00:03:07,980 --> 00:03:11,024 Lihatlah tempat ini! 30 00:03:13,944 --> 00:03:15,237 Itu trem kita. 31 00:03:47,227 --> 00:03:49,188 Awak masih bekerja di kilang itu? 32 00:03:49,271 --> 00:03:51,398 Lebih baik berbahasa Jepun di tempat awam. 33 00:03:52,024 --> 00:03:54,234 (berbahasa Jepun) Sekarang saya mandur di kilang biskut. 34 00:03:54,318 --> 00:03:56,445 Bos percayakan saya. 35 00:03:57,487 --> 00:03:59,072 Hei, lihat di sana! 36 00:03:59,656 --> 00:04:01,241 Mereka sedang bina laluan kereta api bawah tanah. 37 00:04:01,825 --> 00:04:04,828 Tokyo buka laluan pertamanya beberapa tahun lalu, 38 00:04:04,912 --> 00:04:07,497 jadi Osaka akan ada laluan kedua di seluruh Asia. 39 00:04:08,457 --> 00:04:10,542 Ia akan mengubah segala-galanya. 40 00:04:11,543 --> 00:04:14,838 Rasa seperti kita sudah melompat ke masa depan. 41 00:04:24,223 --> 00:04:25,557 Lihatlah! 42 00:04:26,517 --> 00:04:29,603 Mak boleh tangkap abalone lebih besar daripada ini semasa tujuh tahun. 43 00:04:31,271 --> 00:04:34,233 Harganya sangat mahal! 44 00:04:34,316 --> 00:04:38,362 Ayah mak akan tengok mak menyelam untuk kutipnya. 45 00:04:44,826 --> 00:04:46,411 Beri saya dua. 46 00:04:46,495 --> 00:04:47,829 Saya tak mahu. 47 00:04:48,455 --> 00:04:49,831 Siapa cakap mak mahu beri? 48 00:04:51,959 --> 00:04:55,671 Mak tak lapar selepas makan bufet sarapan di hotel, 49 00:04:55,754 --> 00:04:57,172 tapi mak tak dapat menahan diri. 50 00:04:57,256 --> 00:04:58,799 Sudah tentu mak perlu makannya. 51 00:04:59,299 --> 00:05:03,971 Mak, saya sudah cakap bufet itu termasuk dalam harga bilik. 52 00:05:04,054 --> 00:05:06,056 Ia dipanggil kos hangus. 53 00:05:06,139 --> 00:05:08,934 Hanya orang yang membesar kaya fikir benda mengarut begitu. 54 00:05:12,896 --> 00:05:16,149 Ayuh. Mari pergi tabur abu mak cik awak. 55 00:05:17,150 --> 00:05:18,151 Mak! 56 00:05:29,872 --> 00:05:31,123 Cepat! 57 00:05:31,748 --> 00:05:33,083 Ikut mak! 58 00:05:42,676 --> 00:05:44,052 Yoseb, 59 00:05:44,678 --> 00:05:46,096 ini tempat apa? 60 00:05:47,556 --> 00:05:48,974 Ini Ikaino, 61 00:05:49,600 --> 00:05:51,185 kejiranan kita. 62 00:05:55,314 --> 00:05:56,982 Dengar dengan baik, Isak. 63 00:05:57,900 --> 00:05:59,318 Masih ada perisik di sini. 64 00:05:59,860 --> 00:06:01,069 Saya pasti di gereja juga ada. 65 00:06:01,612 --> 00:06:04,948 Awak tak boleh lalai, faham? 66 00:06:06,533 --> 00:06:09,828 Saya menakutkan awak pada malam pertama awak. 67 00:06:12,497 --> 00:06:17,628 Awak tak boleh bayangkan kedahsyatan tahun pertama kami di sini. 68 00:06:19,213 --> 00:06:21,507 Tengok sekeliling, awak akan faham. 69 00:06:22,966 --> 00:06:26,220 Ramai orang kelaparan, tapi tiada kerja. 70 00:06:26,303 --> 00:06:28,305 Mereka terdesak. 71 00:06:29,806 --> 00:06:32,100 Awak tahu berapa kali rumah kami dipecah masuk? 72 00:06:32,184 --> 00:06:35,646 Kami laporkan pada polis, mereka tak ambil tindakan. 73 00:06:35,729 --> 00:06:38,482 Mereka tak peduli tentang orang Korea di sini. 74 00:06:41,318 --> 00:06:42,945 Tapi apabila fikirkan semuanya, 75 00:06:43,946 --> 00:06:46,073 kami masih bernasib baik. 76 00:06:51,870 --> 00:06:54,498 Berambus! Pergi! 77 00:06:54,581 --> 00:06:57,251 Saya sudah cakap jangan biarkan khinzir awak berkeliaran! 78 00:07:00,587 --> 00:07:02,047 Tak guna! 79 00:07:06,718 --> 00:07:07,803 Kami sudah balik! 80 00:07:09,847 --> 00:07:11,098 Kyunghee! 81 00:07:11,181 --> 00:07:16,019 Selepas Perang Pertama China-Jepun dan Rusia-Jepun, 82 00:07:16,103 --> 00:07:19,106 Manchuria dan Mongolia menjadi tali keselamatan bagi negara kita… 83 00:07:25,904 --> 00:07:27,614 Isak! 84 00:07:27,698 --> 00:07:29,241 Lihatlah awak. 85 00:07:29,324 --> 00:07:31,827 Awak langsung tak berubah. 86 00:07:32,369 --> 00:07:34,037 Tak berubah? 87 00:07:34,121 --> 00:07:35,622 Saya sudah tua sekarang. 88 00:07:41,044 --> 00:07:42,671 Awak Sunja, bukan? 89 00:07:43,172 --> 00:07:45,424 Awak mesti penat selepas perjalanan yang jauh. 90 00:07:46,049 --> 00:07:47,676 Bagaimana keadaan awak? 91 00:07:48,802 --> 00:07:50,095 Saya tak apa-apa. 92 00:07:50,179 --> 00:07:52,389 Tolong jangan susahkan diri awak. 93 00:07:53,932 --> 00:07:55,309 Tapi awak lapar, bukan? 94 00:07:55,392 --> 00:07:56,643 Duduk. 95 00:08:05,360 --> 00:08:07,237 Hari ini, awak makan saja. 96 00:08:08,113 --> 00:08:10,282 Saya ada hidangan istimewa untuk raikan peristiwa ini. 97 00:09:48,046 --> 00:09:49,882 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 98 00:10:31,632 --> 00:10:33,383 Awak datang! 99 00:10:35,219 --> 00:10:38,263 Saya nampak pandangan awak. Awak sudah dengar? 100 00:10:38,347 --> 00:10:40,057 Saya cuma gembira awak di sini. 101 00:10:40,140 --> 00:10:42,142 Biar saya perkenalkan tunang saya. 102 00:10:43,560 --> 00:10:45,771 Perkenalkan Solomon, rakan sekelas saya dari sekolah antarabangsa. 103 00:10:45,854 --> 00:10:47,981 Kawan awak yang berjaya di Amerika. 104 00:10:48,065 --> 00:10:49,691 Apa pendapat awak tentang Tokyo sekarang? 105 00:10:49,775 --> 00:10:53,695 Bandar yang amat kaya tapi tiada masa untuk berbelanja. 106 00:10:53,779 --> 00:10:54,780 Bandar terbaik. 107 00:10:54,863 --> 00:10:57,449 Dia sentiasa menarik perhatian gadis. 108 00:10:58,325 --> 00:11:01,370 Ia satu misteri kenapa dia masih berpaut pada gadis itu. 109 00:11:01,453 --> 00:11:02,829 Gadis yang terlalu serius… 110 00:11:02,913 --> 00:11:04,581 - Hana. - Ya, Hana. 111 00:11:04,665 --> 00:11:05,874 Apa berlaku padanya? 112 00:11:06,834 --> 00:11:09,211 Dia menghilangkan diri. 113 00:11:09,294 --> 00:11:12,089 Jika awak suka gadis begitu, awak tahu tempat untuk cari mereka. 114 00:11:12,172 --> 00:11:13,924 Kumiko bersendirian lagi. 115 00:11:15,133 --> 00:11:17,135 Saya sudah cakap jangan jemput dia. 116 00:11:17,219 --> 00:11:18,929 Dia cuma mahukan perhatian awak. 117 00:11:22,224 --> 00:11:23,684 Kakak dia, 118 00:11:23,767 --> 00:11:25,936 dia penyebab kami perlu tunda majlis pertunangan. 119 00:11:26,019 --> 00:11:30,065 Ibu bapanya mahu kahwinkan dia dahulu, tapi tiada sesiapa mahu. 120 00:11:32,609 --> 00:11:34,403 Jadi apa yang berlaku? 121 00:11:35,612 --> 00:11:38,574 Abe-san menghasut semua bank di Tokyo supaya menolak awak. 122 00:11:39,700 --> 00:11:42,661 Siapa peduli? Saya akan balik ke New York. 123 00:11:42,744 --> 00:11:44,538 Awak pasti? 124 00:11:44,621 --> 00:11:45,789 Apa yang awak tahu? 125 00:11:46,957 --> 00:11:49,459 Tiada apa-apa. 126 00:11:50,711 --> 00:11:53,088 Tapi Tom Andrews, 127 00:11:53,922 --> 00:11:55,924 jangan terlalu percayakan dia. 128 00:11:56,008 --> 00:11:59,011 Dia sibuk menebus kesilapan sendiri. 129 00:11:59,094 --> 00:12:02,139 Kewangan yang bermasalah, aset klien. 130 00:12:03,140 --> 00:12:04,975 Tak mungkin. Dia bukan begitu. 131 00:12:05,058 --> 00:12:07,686 Mungkin sebab itu ibu pejabat New York hantar dia ke Tokyo. 132 00:12:08,270 --> 00:12:09,730 Supaya ia tak diketahui. 133 00:12:11,231 --> 00:12:12,232 Walau apa pun, 134 00:12:12,316 --> 00:12:14,610 dia tak boleh rosakkan kerjayanya lagi. 135 00:12:14,693 --> 00:12:17,613 Awak fikir dia akan pecat saya? 136 00:12:17,696 --> 00:12:19,198 Awak akan buat begitu, bukan? 137 00:12:20,365 --> 00:12:23,535 Saya akan cuba yang terbaik untuk pertahankan reputasi awak. 138 00:12:24,494 --> 00:12:28,123 Tapi saya masih tak faham sebab awak buat begitu. 139 00:12:31,335 --> 00:12:32,336 Saya juga sama. 140 00:12:35,506 --> 00:12:39,092 Saya perlu menyapa tetamu lain, tapi saya akan jumpa awak nanti. 141 00:12:40,427 --> 00:12:41,470 Hei, 142 00:12:41,553 --> 00:12:43,514 apa maksud awak, 143 00:12:43,597 --> 00:12:45,474 saya patut tahu tempat untuk cari Hana? 144 00:12:46,350 --> 00:12:47,684 Saya patut cari di mana? 145 00:12:48,435 --> 00:12:49,645 Bagi perkara begitu, 146 00:12:50,229 --> 00:12:51,522 rasanya kawasan Yoshiwara, 147 00:12:51,605 --> 00:12:52,981 berdekatan stesen Uguisudani. 148 00:12:58,987 --> 00:13:00,239 Hai. 149 00:13:24,137 --> 00:13:26,223 Apa yang dia fikirkan? 150 00:13:26,974 --> 00:13:28,517 Perlahankan suara awak. 151 00:13:30,227 --> 00:13:32,020 Kenapa dia mengahwini gadis begitu? 152 00:13:35,107 --> 00:13:36,525 Dia masih muda. 153 00:13:38,026 --> 00:13:39,695 Biar dia biasakan diri di sini. 154 00:13:41,321 --> 00:13:45,158 Kita lebih tua semasa datang dulu? Usia kita sebaya mereka. 155 00:13:47,578 --> 00:13:51,832 Kita sengsara dulu. Awak tak ingat? 156 00:13:55,586 --> 00:13:57,546 Saya bukan cakap tentang itu saja. 157 00:13:59,756 --> 00:14:01,967 Kandungannya lebih sarat daripada yang saya sangka. 158 00:14:03,093 --> 00:14:04,845 Awak juga nampak, bukan? 159 00:14:08,056 --> 00:14:11,894 Isak pula mudah terpengaruh dengan kecenderungan idealistik. 160 00:14:12,686 --> 00:14:14,104 Gadis begitu… 161 00:14:15,439 --> 00:14:17,649 dia mungkin mahu perangkap Isak. 162 00:14:18,775 --> 00:14:19,776 Yoseb. 163 00:14:19,860 --> 00:14:21,904 Kita terima seseorang yang kita langsung tak kenal. 164 00:14:22,487 --> 00:14:24,072 Awak tak risau? 165 00:14:33,916 --> 00:14:36,001 Nampaknya mereka kecewa dengan saya. 166 00:14:48,555 --> 00:14:52,267 Mereka akan berubah fikiran. Jangan risau. 167 00:14:59,066 --> 00:15:00,901 Tapi tempat ini… 168 00:15:03,237 --> 00:15:05,989 kita seperti tidak sesuai di sini. 169 00:15:11,912 --> 00:15:13,664 Saya juga rasa begitu. 170 00:15:19,378 --> 00:15:20,754 Sudah lama 171 00:15:20,838 --> 00:15:22,506 saya mahu tinggalkan Korea. 172 00:15:24,299 --> 00:15:25,884 Apabila sudah ke sini… 173 00:15:29,346 --> 00:15:33,016 Sunja, saya risau awak bencikan saya. 174 00:15:33,934 --> 00:15:35,269 Bencikan awak? 175 00:15:37,271 --> 00:15:40,023 Bagaimana saya mahu benci orang yang selamatkan saya? 176 00:15:40,107 --> 00:15:42,442 Saya tak mahu awak berasa terhutang budi. 177 00:15:43,569 --> 00:15:45,320 Awak tidak berhutang dengan saya. 178 00:15:48,073 --> 00:15:49,658 Awak sendiri cakap. 179 00:15:52,035 --> 00:15:53,829 Masa depan saya suram. 180 00:15:53,912 --> 00:15:56,039 Tapi awak tak takut menghadapinya. 181 00:15:56,123 --> 00:15:57,916 Awak salah. 182 00:15:58,000 --> 00:15:59,334 Saya amat takut. 183 00:16:03,881 --> 00:16:05,424 Awak memang tak nampaknya, 184 00:16:07,217 --> 00:16:08,260 bukan? 185 00:16:16,351 --> 00:16:20,105 Awak sangat tabah. 186 00:16:23,567 --> 00:16:26,653 Begitu tabah sehingga ketabahan awak beri saya keberanian 187 00:16:28,197 --> 00:16:29,990 dan ketabahan itu masih tidak terjejas. 188 00:16:36,747 --> 00:16:38,415 Anak ini… 189 00:16:40,751 --> 00:16:42,669 anak yang saya akan beri nama saya, 190 00:16:44,171 --> 00:16:45,756 dia akan selamatkan saya. 191 00:16:49,176 --> 00:16:51,303 Saya takkan mati. 192 00:16:53,931 --> 00:16:59,311 Jadi walau apa pun abang dan kakak ipar saya percaya, mereka salah. 193 00:17:00,938 --> 00:17:03,524 Saya yang tidak patut membebankan awak. 194 00:17:50,237 --> 00:17:52,197 Awak juga gemuruh. 195 00:18:54,510 --> 00:18:56,803 Saya nampak awak 196 00:18:57,346 --> 00:18:59,306 menari di plaza pada hari itu. 197 00:19:01,433 --> 00:19:02,726 Awak ada di sana? 198 00:19:06,688 --> 00:19:08,857 Kenapa awak tiba-tiba menari? 199 00:19:09,441 --> 00:19:11,026 Entahlah. 200 00:19:13,737 --> 00:19:15,906 Selepas keluar bilik mesyuarat, 201 00:19:16,740 --> 00:19:19,201 saya sangat kecewa. 202 00:19:20,118 --> 00:19:22,955 Tapi apabila saya keluar dan dengar muzik itu… 203 00:19:23,789 --> 00:19:25,415 Ia sukar untuk diterangkan. 204 00:19:27,084 --> 00:19:29,711 Saya rasa seperti boleh terbang. 205 00:19:31,713 --> 00:19:33,465 Saya berasa sangat hebat. 206 00:19:34,424 --> 00:19:36,051 Tapi awak tidak terbang. 207 00:19:36,969 --> 00:19:38,971 Rasanya graviti menang. 208 00:19:44,226 --> 00:19:46,144 Mungkin ada sebab lain? 209 00:19:47,229 --> 00:19:49,439 Mungkin sebab Hana? 210 00:19:51,942 --> 00:19:53,527 Dinding pejabat tak tebal. 211 00:19:54,069 --> 00:19:57,072 Awak dengar semuanya? 212 00:19:58,156 --> 00:19:59,449 Maaf. 213 00:19:59,533 --> 00:20:01,660 Saya bukan mahu mencuri dengar. 214 00:20:04,496 --> 00:20:06,415 Tapi saya mengaku, 215 00:20:08,250 --> 00:20:09,960 saya ingin tahu. 216 00:20:12,838 --> 00:20:14,423 Dia mesti sangat bermakna pada awak. 217 00:20:16,967 --> 00:20:19,011 Ya, 218 00:20:20,596 --> 00:20:22,139 tapi sudah lama saya tak jumpa dia. 219 00:20:24,266 --> 00:20:26,560 Sebenarnya, saya sudah mula lupakan dia. 220 00:20:28,979 --> 00:20:31,607 Tapi dia hubungi saya selepas sekian lama. 221 00:20:33,275 --> 00:20:36,486 Awak takkan begitu terkesan jika sudah tiada perasaan. 222 00:20:40,407 --> 00:20:42,117 Sejak kali pertama kami berjumpa, 223 00:20:42,201 --> 00:20:44,119 dia sentiasa di hati saya. 224 00:20:47,664 --> 00:20:49,374 Saya 14 tahun. 225 00:20:51,543 --> 00:20:53,504 Dia anak kekasih ayah saya. 226 00:20:54,171 --> 00:20:56,381 Saya tahu keadaan itu aneh. 227 00:20:56,465 --> 00:21:00,135 Tapi mungkin itu antara tarikannya. 228 00:21:03,055 --> 00:21:04,389 Sesetengah orang… 229 00:21:06,225 --> 00:21:10,395 boleh buat kita terlalu memikirkan dia. 230 00:21:14,233 --> 00:21:15,734 Hana boleh buat begitu. 231 00:21:18,612 --> 00:21:20,072 Kenapa kamu berpisah? 232 00:21:21,573 --> 00:21:23,158 Saya pergi Amerika. 233 00:21:24,493 --> 00:21:25,911 Tidak lama selepas itu… 234 00:21:28,789 --> 00:21:30,457 dia lari dari rumah. 235 00:21:32,584 --> 00:21:34,127 Awak boleh cuba cari dia. 236 00:21:35,587 --> 00:21:38,882 Saya tak pasti jika saya mahu buat begitu. 237 00:21:40,425 --> 00:21:43,262 Rasanya dia tak suka diri saya sekarang. 238 00:21:45,305 --> 00:21:48,100 Awak suka wanita yang rumit, Baek-san. 239 00:21:49,560 --> 00:21:51,520 Seperti pemilik tanah itu. 240 00:21:52,688 --> 00:21:54,606 Kenapa cakap tentang itu? 241 00:21:55,190 --> 00:21:59,152 Dia tetap takkan jual tidak kira berapa harganya. 242 00:22:02,656 --> 00:22:05,033 Jadi awak fikir itu memang rancangannya? 243 00:22:06,577 --> 00:22:07,661 Rancangan apa? 244 00:22:08,745 --> 00:22:10,539 Memalukan awak. 245 00:22:12,541 --> 00:22:14,710 Ia jelas apabila kita fikirkannya. 246 00:22:25,888 --> 00:22:27,973 Naomi-san, memang malang 247 00:22:28,056 --> 00:22:30,017 dilahirkan sebagai wanita, 248 00:22:31,351 --> 00:22:32,769 lebih-lebih lagi di negara ini. 249 00:22:34,730 --> 00:22:38,901 Meluangkan semua masa dan usaha untuk kerja yang tak mahukan kita… 250 00:22:40,986 --> 00:22:45,741 awak anggap itu kemenangan? 251 00:22:54,166 --> 00:22:56,293 Baek-san, pasti menarik 252 00:22:57,377 --> 00:22:58,795 untuk lihat masa depan awak. 253 00:23:13,435 --> 00:23:18,857 SEBULAN KEMUDIAN 254 00:23:37,584 --> 00:23:39,378 Maafkan saya. 255 00:23:39,461 --> 00:23:41,255 Saya terlambat bangun lagi. 256 00:23:41,338 --> 00:23:44,216 Ibu perlu tidur secukupnya jika mahu bayi membesar dengan kuat. 257 00:23:45,592 --> 00:23:47,261 Biar saya jemur pakaian. 258 00:23:52,391 --> 00:23:53,684 Perlahan-lahan. 259 00:23:53,767 --> 00:23:55,644 Jangan paksa diri awak. 260 00:23:59,481 --> 00:24:02,067 Saya langsung tak dengar Isak keluar pagi ini. 261 00:24:02,985 --> 00:24:05,153 Semakin lama, dia bangun semakin awal. 262 00:24:05,737 --> 00:24:07,781 Nampaknya kerja di gereja sesuai dengan dia. 263 00:24:25,841 --> 00:24:26,884 Kenapa? 264 00:24:26,967 --> 00:24:28,051 Awak sakit? 265 00:24:31,680 --> 00:24:37,227 Awak sudah cuci dan hilangkan baunya. 266 00:24:41,607 --> 00:24:44,568 Sudah berminggu ia tak dibasuh dan baunya amat busuk. 267 00:24:44,651 --> 00:24:47,279 Saya tak tahu… 268 00:24:48,071 --> 00:24:51,116 Ini saja yang saya masih ada. 269 00:24:54,494 --> 00:24:57,372 Sedikit masa saja lagi… 270 00:24:58,999 --> 00:25:01,293 Saya perlukannya sedikit masa saja lagi. 271 00:25:03,629 --> 00:25:05,422 Sunja. 272 00:25:07,883 --> 00:25:10,052 Bila ia akan hilang? 273 00:25:12,763 --> 00:25:14,389 Rasa sakit ini, 274 00:25:16,266 --> 00:25:19,645 bila ia akan hilang? 275 00:25:25,359 --> 00:25:27,528 Ia takkan hilang. 276 00:25:33,033 --> 00:25:35,494 Tapi awak akan belajar bertahan. 277 00:25:38,121 --> 00:25:39,164 Percayalah. 278 00:26:42,352 --> 00:26:43,979 Mak pasti ia di sini? 279 00:26:45,939 --> 00:26:47,983 Ini tempat ayah mak dikebumikan? 280 00:26:48,066 --> 00:26:49,526 Apa maksud awak? 281 00:26:49,610 --> 00:26:51,904 Bagaimana mak boleh lupa tempat mak kebumikan ayah mak? 282 00:26:53,488 --> 00:26:54,740 Ini tempatnya. 283 00:26:55,741 --> 00:26:59,745 Jadi mereka pindahkan kuburnya semasa bina tempat letak kereta. 284 00:27:04,166 --> 00:27:05,292 Mak, 285 00:27:05,375 --> 00:27:08,003 mereka pasti pindahkan dengan baik. 286 00:27:08,086 --> 00:27:10,047 Jangan risau. Kita akan carinya. 287 00:27:13,258 --> 00:27:14,301 Maafkan saya. 288 00:27:14,384 --> 00:27:16,094 Saya tak tahu tentang hal ini. 289 00:27:17,012 --> 00:27:19,681 Awak perlu cakap dengan suami saya. Dia tiada di rumah. 290 00:27:21,433 --> 00:27:23,519 Kami sudah cakap dengan suami awak. 291 00:27:24,978 --> 00:27:27,314 Tapi sebab dia tiada duit, 292 00:27:27,397 --> 00:27:30,359 keluarganya perlu bayar hutang 160 yen. 293 00:27:32,361 --> 00:27:34,071 Cop itu, 294 00:27:34,154 --> 00:27:35,948 itu cop suami awak, bukan? 295 00:27:39,451 --> 00:27:40,619 Ya. 296 00:27:42,246 --> 00:27:44,790 Kami tak mahu menyusahkan awak. 297 00:27:46,375 --> 00:27:48,168 Bagi kami 20 yen kalau ada. 298 00:27:49,086 --> 00:27:50,546 Bos kami, 299 00:27:50,629 --> 00:27:53,131 dia akan berpuas hati dengan jumlah itu untuk minggu ini. 300 00:27:55,092 --> 00:27:56,176 160 yen, 301 00:27:57,094 --> 00:27:58,470 itu saja jumlahnya? 302 00:27:58,554 --> 00:27:59,555 Saya akan uruskannya. 303 00:27:59,638 --> 00:28:02,808 Termasuk faedah, ia sudah dua kali ganda. 304 00:28:09,314 --> 00:28:10,983 Bila dia buat pinjaman itu? 305 00:28:12,609 --> 00:28:13,861 Dua bulan lalu. 306 00:28:13,944 --> 00:28:16,113 Dia cakap adiknya baru berkahwin. Dia perlukan duit lebih. 307 00:28:20,617 --> 00:28:22,494 Kami akan ada duit itu dalam beberapa jam. 308 00:28:22,578 --> 00:28:25,247 - Kami perlu bayar kepada siapa? - Awak tak faham… 309 00:28:25,330 --> 00:28:28,709 Jangan buang masa. Beritahu saja tempat untuk saya hantar duit itu. 310 00:28:28,792 --> 00:28:29,793 Berdekatan dok, 311 00:28:29,877 --> 00:28:32,129 ada pejabat di atas kedai membaiki jaring. 312 00:28:32,880 --> 00:28:35,048 Awak akan ada 20 yen itu nanti? 313 00:28:35,132 --> 00:28:36,758 Kami boleh beritahu bos kami? 314 00:28:36,842 --> 00:28:38,677 Beritahu dia, dia akan dapat semua sekali. 315 00:28:51,190 --> 00:28:52,316 Tapi Sunja… 316 00:28:53,901 --> 00:28:55,736 Mana awak dapat jam begini? 317 00:28:58,822 --> 00:29:00,824 Ibu saya beri kepada saya. 318 00:29:01,408 --> 00:29:03,410 Dia mahu saya ada sesuatu untuk kecemasan. 319 00:29:05,204 --> 00:29:07,915 Kyunghee, hutang itu perlu dibayar sekarang juga. 320 00:29:09,541 --> 00:29:11,001 Kita patut biarkan Yoseb uruskannya. 321 00:29:11,084 --> 00:29:12,920 Saya pasti dia cuba yang terbaik, 322 00:29:14,421 --> 00:29:18,300 tapi jumlah bayaran sekarang terlalu banyak. 323 00:29:18,383 --> 00:29:20,427 Saya sudah lihat banyak kali. 324 00:29:21,094 --> 00:29:26,183 Di Busan, ramai petani meminjam selepas musim yang teruk 325 00:29:26,266 --> 00:29:27,851 untuk beli benih atau peralatan. 326 00:29:27,935 --> 00:29:29,269 Ramai kehilangan rumah mereka. 327 00:29:29,353 --> 00:29:31,146 Kenapa dia buat begini? 328 00:29:31,230 --> 00:29:33,565 Pergi meminjam daripada mereka. 329 00:29:34,399 --> 00:29:37,361 Dia ada pilihan lain? 330 00:29:41,448 --> 00:29:43,283 Ini hutang saya. 331 00:29:44,910 --> 00:29:47,454 Saya yang perlu bayarnya. 332 00:29:49,456 --> 00:29:55,087 Boleh awak yakinkan saya yang kuburnya dipindahkan dengan baik 333 00:29:55,170 --> 00:29:58,090 dan dia selamat di satu tempat? 334 00:29:59,299 --> 00:30:00,759 Saya faham awak risau, 335 00:30:00,843 --> 00:30:03,011 tapi tanpa fail itu, saya tak tahu apa-apa. 336 00:30:04,721 --> 00:30:07,766 Mari mulakan dengan membuat permohonan untuk laporan itu. 337 00:30:08,475 --> 00:30:09,768 Siapa nama awak? 338 00:30:10,477 --> 00:30:14,773 Kim Sunja. Nama Jepun saya Bando Nobuko. 339 00:30:15,774 --> 00:30:17,359 Awak salah seorang daripada mereka. 340 00:30:17,901 --> 00:30:20,028 Bila awak pindah ke sana? 341 00:30:20,571 --> 00:30:22,364 1931. 342 00:30:22,447 --> 00:30:25,367 Jadi awak ada kerakyatan Jepun? 343 00:30:27,327 --> 00:30:28,704 Tidak. 344 00:30:28,787 --> 00:30:31,999 - Saya penduduk tetap. - Tapi awak bawa pasport Korea Selatan. 345 00:30:32,082 --> 00:30:34,126 Kami cuma mahu cari kubur datuk saya… 346 00:30:59,484 --> 00:31:00,777 Mak? 347 00:31:03,989 --> 00:31:05,157 Mak, 348 00:31:05,866 --> 00:31:06,867 bertenang. 349 00:31:06,950 --> 00:31:08,327 Mereka akan cari lokasinya. 350 00:31:08,410 --> 00:31:10,579 Mana awak tahu? 351 00:31:10,662 --> 00:31:12,372 Tempat ini sudah banyak berubah. 352 00:31:12,456 --> 00:31:14,374 Sukar untuk cari orang masih hidup, 353 00:31:14,458 --> 00:31:16,627 apalagi yang sudah mati. 354 00:31:17,252 --> 00:31:18,420 Maaf! 355 00:31:19,838 --> 00:31:22,132 Saya jumpa satu nota semasa mencari dalam fail kami 356 00:31:22,216 --> 00:31:24,343 berkaitan permohonan pemindahan lokasi. 357 00:31:24,426 --> 00:31:26,220 Mungkin awak kenal nama 358 00:31:26,303 --> 00:31:27,971 Shin Bokhee? 359 00:32:45,174 --> 00:32:47,259 Awak kenal orang ini? 360 00:32:47,885 --> 00:32:49,678 Dia kakak saya. 361 00:32:49,761 --> 00:32:52,097 Sudah lama kami cari dia. 362 00:32:53,056 --> 00:32:55,809 Sekarang dia 29 tahun. 363 00:32:57,186 --> 00:32:58,854 Seseorang datang ke sini sekali seminggu 364 00:32:58,937 --> 00:33:00,439 dengan kisah yang sama. 365 00:33:01,481 --> 00:33:02,816 Saya tak menipu. 366 00:33:04,151 --> 00:33:06,195 Itu yang mereka cakap. 367 00:33:06,278 --> 00:33:07,988 Walau apa pun, 368 00:33:08,071 --> 00:33:09,990 maaf, tapi saya tak boleh tolong. 369 00:33:18,207 --> 00:33:19,208 Haruki-san? 370 00:33:25,756 --> 00:33:27,007 Solomon? 371 00:33:42,981 --> 00:33:44,566 Saya datang! 372 00:33:48,403 --> 00:33:49,947 Ada apa? 373 00:33:50,030 --> 00:33:52,157 Apa awak mahu jual kepada saya hari ini? 374 00:33:54,868 --> 00:33:56,703 Saya sudah begitu banyak berubah? 375 00:33:56,787 --> 00:33:58,830 Rasanya begitu. 376 00:34:04,127 --> 00:34:05,921 Sunja? 377 00:34:08,382 --> 00:34:11,092 Sunja, ini memang awak? 378 00:34:11,176 --> 00:34:12,844 Kakak! Ini saya. 379 00:34:12,928 --> 00:34:15,054 Bokhee, kakak saya! 380 00:34:15,138 --> 00:34:16,681 Awak sudah kembali. 381 00:34:23,063 --> 00:34:25,274 Ia memang jam yang bagus. 382 00:34:26,733 --> 00:34:28,652 Tapi maaf 383 00:34:29,527 --> 00:34:32,239 tiada permintaan bagi jam begini di kejiranan ini. 384 00:34:33,364 --> 00:34:36,659 Lelaki muda sekarang suka jam yang boleh dipakai di pergelangan tangan. 385 00:34:37,995 --> 00:34:39,705 Saya boleh bagi awak 40 yen. 386 00:34:43,625 --> 00:34:46,378 Maaf sebab mengganggu awak. Pergi dulu. 387 00:34:46,962 --> 00:34:49,547 Saya nak tolong awak sebab awak mengandung. 388 00:34:49,630 --> 00:34:51,967 Saya sanggup bayar sebanyak 50 yen, 389 00:34:53,051 --> 00:34:56,388 walaupun saya tak pasti saya boleh dapatnya kembali. 390 00:34:56,471 --> 00:34:58,473 Ia bernilai sekurang-kurangnya 300 yen. 391 00:34:59,057 --> 00:35:00,601 Ia dari Switzerland. 392 00:35:00,684 --> 00:35:02,728 Jam terbaik dihasilkan di sana. 393 00:35:02,811 --> 00:35:05,480 Tapi awak bukan di Switzerland. 394 00:35:09,026 --> 00:35:10,694 Saya faham. 395 00:35:10,777 --> 00:35:12,279 Selamat tinggal. 396 00:35:14,239 --> 00:35:15,908 Awak dari Busan. 397 00:35:17,242 --> 00:35:19,494 Saya boleh tahu dari loghat awak. 398 00:35:20,829 --> 00:35:22,956 Apa kerja ibu bapa awak di sana? 399 00:35:23,498 --> 00:35:25,125 Ibu saya saja. 400 00:35:25,209 --> 00:35:26,835 Dia uruskan rumah penginapannya. 401 00:35:27,711 --> 00:35:30,172 Dia mesti ahli perniagaan yang bijak. 402 00:35:31,340 --> 00:35:32,799 Baiklah. 403 00:35:34,218 --> 00:35:35,636 Dua ratus dua puluh lima yen. 404 00:35:35,719 --> 00:35:36,762 Tiga ratus yen. 405 00:35:37,596 --> 00:35:38,972 Itu harga saya. 406 00:36:11,421 --> 00:36:13,882 Kyunghee, kenapa? 407 00:36:15,217 --> 00:36:17,219 Kita tak boleh ke sana. 408 00:36:17,302 --> 00:36:18,971 Ia tak dianggap sopan. 409 00:36:19,054 --> 00:36:21,348 Tapi perlu hantar duit ini untuk bayar pinjaman. 410 00:36:22,891 --> 00:36:25,143 Kita tak boleh bagi pada Yoseb? 411 00:36:26,520 --> 00:36:29,481 Kerja kotor begini tugas lelaki, bukan kita. 412 00:36:31,108 --> 00:36:33,652 Awak fikir dia akan ambil duit ini daripada saya? 413 00:36:41,201 --> 00:36:44,788 Saya akan pergi. Tunggu saya di rumah. 414 00:36:48,208 --> 00:36:49,459 Awak tak boleh pergi! 415 00:36:53,046 --> 00:36:54,214 Jika saya tak pergi, 416 00:36:54,923 --> 00:36:56,175 apa akan berlaku? 417 00:37:02,055 --> 00:37:03,807 Awak tak tahu… 418 00:37:05,809 --> 00:37:08,145 sebelum saya ke sini, 419 00:37:08,228 --> 00:37:10,480 saya tak pernah memasak atau basuh pakaian sendiri. 420 00:37:12,941 --> 00:37:16,028 Saya tak pernah bercakap dengan sesiapa yang ibu bapa saya tak kenal. 421 00:37:17,321 --> 00:37:19,281 Tak pernah uruskan duit sendiri. 422 00:37:21,533 --> 00:37:24,244 Belajar melakukan semuanya, 423 00:37:24,328 --> 00:37:26,538 ia sangat sukar, Sunja. 424 00:37:28,207 --> 00:37:29,750 Kemudian saya lihat awak. 425 00:37:31,376 --> 00:37:33,795 Awak baru saja di sini beberapa minggu. 426 00:37:36,089 --> 00:37:37,382 Saya rasa dungu. 427 00:37:42,721 --> 00:37:44,681 Pagi ini, awak tanya saya 428 00:37:44,765 --> 00:37:46,642 bila rasa sakit itu akan hilang. 429 00:37:49,144 --> 00:37:53,732 Sebenarnya, saya sentiasa takut di sini. 430 00:37:56,193 --> 00:37:57,861 Rasa takut berterusan ini… 431 00:38:01,698 --> 00:38:04,159 berapa lama lagi saya perlu hidup dengannya? 432 00:38:13,752 --> 00:38:17,548 Mari jadi takut bersama-sama. 433 00:38:19,383 --> 00:38:21,844 Mungkin kita akan rasa sedikit kekuatan. 434 00:38:24,555 --> 00:38:25,639 Awak rasa begitu? 435 00:38:27,015 --> 00:38:28,267 Ya. 436 00:38:47,494 --> 00:38:48,829 Sila ke tepi. 437 00:38:55,878 --> 00:38:57,171 Makanlah. 438 00:39:13,520 --> 00:39:15,439 Selepas awak pergi… 439 00:39:18,233 --> 00:39:21,111 rasa seperti ada kehilangan besar dalam kehidupan kami. 440 00:39:23,197 --> 00:39:27,367 Lebih-lebih lagi, ibu awak, dia amat merasainya. 441 00:39:29,870 --> 00:39:33,874 Sukar untuk saya dan Donghee 442 00:39:33,957 --> 00:39:37,711 melihat dia begitu. 443 00:39:41,215 --> 00:39:47,304 Kemudian perang bermula, keadaan jadi lebih sukar. 444 00:39:52,059 --> 00:39:55,729 Kami tahu kami membebankan ibu awak. 445 00:39:58,690 --> 00:39:59,816 Tapi walaupun begitu, 446 00:39:59,900 --> 00:40:01,401 dia tetap tak mahu kami pergi. 447 00:40:05,614 --> 00:40:11,203 Kemudian, pada suatu hari, saya dan Donghee jumpa seorang lelaki… 448 00:40:13,247 --> 00:40:19,336 yang janjikan kami kerja kilang yang bagus di Manchuria. 449 00:40:21,839 --> 00:40:26,969 Kami tak mahu tinggalkan ibu awak bersendirian di sini… 450 00:40:29,596 --> 00:40:35,978 tapi berapa lama lagi dia boleh menjaga kami? 451 00:40:36,687 --> 00:40:39,439 Lagipun, dengan pemergian awak, 452 00:40:40,107 --> 00:40:45,571 kami sedar betapa kecilnya kehidupan kami di sini. 453 00:40:47,239 --> 00:40:49,992 Lebih-lebih lagi Donghee, 454 00:40:50,534 --> 00:40:52,870 dia benar-benar mahu melihat dunia luar. 455 00:40:58,166 --> 00:41:01,253 Kami kembali selepas perang 456 00:41:02,421 --> 00:41:04,339 dan dapati ibu awak sudah tiada. 457 00:41:05,299 --> 00:41:07,134 Sebenarnya, 458 00:41:07,217 --> 00:41:08,886 saya bersyukur. 459 00:41:10,929 --> 00:41:13,390 Saya tak mahu dia lihat 460 00:41:13,473 --> 00:41:14,975 kami sudah banyak berubah. 461 00:41:19,771 --> 00:41:24,776 Saya gembira dapat balik walaupun tiada banyak benda di sini. 462 00:41:27,487 --> 00:41:29,573 Tapi bagi Donghee, 463 00:41:29,656 --> 00:41:31,658 kegembiraan itu hilang dengan cepat… 464 00:41:36,496 --> 00:41:39,416 apabila dia sedar dia tak mungkin… 465 00:41:41,710 --> 00:41:44,004 boleh kembali kepada kehidupan dia semasa muda 466 00:41:45,631 --> 00:41:47,633 seperti dulu. 467 00:41:53,430 --> 00:41:55,432 Ingat tempat kita membasuh pakaian? 468 00:41:58,143 --> 00:41:59,228 Saya… 469 00:42:02,439 --> 00:42:03,649 jumpa dia di sana. 470 00:42:20,415 --> 00:42:23,335 Kita sedar yang sesetengah orang 471 00:42:23,877 --> 00:42:28,757 hidup dalam mimpi mereka. 472 00:42:31,260 --> 00:42:35,597 Mereka tak dapat bertahan dalam kesusahan. 473 00:43:02,541 --> 00:43:04,960 Awak tinggal di sini? 474 00:43:25,189 --> 00:43:26,815 Saya terserempak dengannya. 475 00:43:28,150 --> 00:43:30,027 Dia Solomon. 476 00:43:30,110 --> 00:43:32,070 Saya kenal dia sejak dia masih bayi. 477 00:43:33,197 --> 00:43:34,781 Sila menyambutnya. 478 00:43:35,866 --> 00:43:36,992 Itu Noriko. 479 00:43:38,869 --> 00:43:40,078 Adiknya, Takashi. 480 00:43:43,040 --> 00:43:44,541 Masako. 481 00:43:44,625 --> 00:43:46,543 Lelaki muda yang sangat kacak. 482 00:43:46,627 --> 00:43:48,754 Dia hadiah untuk saya? 483 00:43:49,630 --> 00:43:52,508 Awak tak rasa dia agak tua untuk awak? 484 00:43:52,591 --> 00:43:55,552 Betul, tapi saya boleh buat pengecualian 485 00:43:55,636 --> 00:43:57,221 untuk lelaki yang sangat kacak. 486 00:43:59,473 --> 00:44:00,474 Dia pula, 487 00:44:01,725 --> 00:44:03,519 dia Satoru. 488 00:44:06,271 --> 00:44:08,524 Dia anak Mozasu. 489 00:44:15,906 --> 00:44:18,450 Saya masih selalu berbual dengan ayah awak. 490 00:44:19,576 --> 00:44:22,913 Dia kawan terbaik saya dan pernah selamatkan nyawa saya. 491 00:44:24,414 --> 00:44:26,375 Tapi semua itu sudah lama. 492 00:44:28,293 --> 00:44:31,380 Sekarang ini rumah saya. 493 00:44:50,607 --> 00:44:52,192 Bagi saya nota janji itu. 494 00:45:30,355 --> 00:45:32,232 Saya sudah cukup. Awak makanlah. 495 00:45:32,816 --> 00:45:34,985 Awak tetamu kami. 496 00:45:35,861 --> 00:45:37,029 Terima kasih. 497 00:45:38,030 --> 00:45:39,448 Masakan ini sedap. 498 00:45:39,948 --> 00:45:41,533 Ada apa di dalamnya? 499 00:45:44,661 --> 00:45:45,996 Makan saja. 500 00:45:58,675 --> 00:46:01,136 Jika bukan sebab Bokhee… 501 00:46:03,180 --> 00:46:09,061 kubur ayah mak mesti jadi salah satu kubur tak bertanda. 502 00:46:10,604 --> 00:46:14,900 Mak tak tahu cara untuk balas budi baiknya. 503 00:46:18,070 --> 00:46:21,990 Dia lakukannya untuk mak. 504 00:46:29,915 --> 00:46:33,043 Akhirnya, 505 00:46:33,126 --> 00:46:34,753 mak yang bertuah. 506 00:46:38,632 --> 00:46:39,842 Tapi… 507 00:46:41,885 --> 00:46:44,805 dalam hati mak, mak tak selesa. 508 00:46:46,640 --> 00:46:49,184 Dapat bertahan bukan sesuatu memalukan, mak. 509 00:46:56,441 --> 00:47:00,612 Dulu, seseorang pernah beritahu mak, 510 00:47:01,405 --> 00:47:04,950 "Bagi setiap langkah ke depan, 511 00:47:05,868 --> 00:47:08,996 orang lain perlu ke belakang." 512 00:47:10,622 --> 00:47:12,833 Dulu mak tak percaya. 513 00:47:15,627 --> 00:47:17,588 Tapi sekarang mak terfikir… 514 00:47:19,548 --> 00:47:22,509 mungkin dia betul. 515 00:47:28,056 --> 00:47:32,227 Saya tak tahu siapa yang beritahu mak perkara begitu, 516 00:47:33,937 --> 00:47:37,399 tapi bagi saya dia salah. 517 00:47:46,700 --> 00:47:47,701 Hei, 518 00:47:49,494 --> 00:47:51,330 mari balik. 519 00:47:51,413 --> 00:47:52,414 Betul? 520 00:47:53,207 --> 00:47:55,417 Tapi kita masih ada dua hari lagi di sini. 521 00:47:57,836 --> 00:47:59,546 Mak boleh datang balik. 522 00:48:01,840 --> 00:48:03,967 Mak sudah tahu sekarang. 523 00:48:25,197 --> 00:48:27,282 Apabila awak menghilang, ayah meratapi awak, 524 00:48:27,991 --> 00:48:32,246 begitu juga isteri dan abang awak. 525 00:48:35,415 --> 00:48:38,752 Saya tahu saya dah melukakan ramai orang. 526 00:48:38,836 --> 00:48:41,004 Bukan itu maksud saya. 527 00:48:41,880 --> 00:48:43,507 Maksud saya, 528 00:48:44,091 --> 00:48:46,718 awak sangat disayangi. 529 00:48:47,636 --> 00:48:49,555 Itu betul… 530 00:48:51,390 --> 00:48:52,766 tapi… 531 00:48:53,475 --> 00:48:56,144 Haruki yang mereka sayang seorang lelaki berbeza. 532 00:48:57,437 --> 00:48:59,523 Sekarang saya tak boleh hidup seperti dulu. 533 00:49:01,191 --> 00:49:06,947 Saya mungkin tidak berharta di sini, tapi saya boleh jadi diri sendiri. 534 00:49:13,912 --> 00:49:15,455 Ambillah. 535 00:49:26,550 --> 00:49:27,634 Maafkan saya. 536 00:49:30,804 --> 00:49:32,389 Apa yang saya buat? 537 00:49:39,605 --> 00:49:42,357 Saya sentiasa kasihani awak. 538 00:49:44,109 --> 00:49:45,694 Awak membesar 539 00:49:45,777 --> 00:49:47,863 dibebani harapan dan impian keluarga awak. 540 00:49:47,946 --> 00:49:50,073 Itu pasti sukar. 541 00:49:52,075 --> 00:49:53,827 Tapi, 542 00:49:54,536 --> 00:49:57,247 rasa seperti tidak kena jika mengasihani 543 00:49:58,040 --> 00:50:00,167 seseorang yang memiliki banyak kelebihan. 544 00:50:03,921 --> 00:50:08,008 Saya cuma harap kita berdua boleh gembira. 545 00:50:50,884 --> 00:50:51,969 Sunja… 546 00:50:54,263 --> 00:50:56,265 kita lakukan perkara yang salah? 547 00:51:04,690 --> 00:51:07,359 Boleh saya tanya 548 00:51:07,442 --> 00:51:11,864 bagaimana awak tahu dia akan datang untuk jual jam itu? 549 00:51:16,994 --> 00:51:18,579 Dia mengahwini orang suka berkhayal. 550 00:51:21,081 --> 00:51:25,210 Lelaki yang lebih lemah daripadanya. Oleh sebab itu, dia akan terima balasan. 551 00:51:28,922 --> 00:51:31,049 Tiga ratus sepuluh yen, untuk bantuan awak. 552 00:51:52,196 --> 00:51:58,243 UNTUK DIJUAL OLEH PERUSAHAAN KUROHANA 553 00:52:10,631 --> 00:52:13,050 Tom, dengar, saya tahu awak marahkan saya, 554 00:52:13,133 --> 00:52:15,260 tapi ada sesuatu memusykilkan dengan Mamoru Yoshii. 555 00:52:15,344 --> 00:52:17,638 Saya dengar dia jual banyak hartanah. 556 00:52:17,721 --> 00:52:19,681 Hei, saya gembira awak hubungi saya. 557 00:52:19,765 --> 00:52:21,892 - Saya memang mahu hubungi awak. - Kenapa? 558 00:52:22,392 --> 00:52:24,478 Shiffley's pecat awak. Okey? 559 00:52:24,561 --> 00:52:27,147 Colton dan Abe-san banyak mendesak mereka. 560 00:52:27,231 --> 00:52:28,690 Awak tak boleh biarkan mereka. 561 00:52:29,274 --> 00:52:31,944 Percaya atau tidak, saya sudah cuba membantu awak. 562 00:52:32,027 --> 00:52:34,571 Tom, visa saya ditaja oleh Shiffley's. 563 00:52:34,655 --> 00:52:36,448 Maknanya saya tak boleh balik. 564 00:52:37,491 --> 00:52:39,743 Jadi awak patut terus hubungi peguam awak. 565 00:52:39,826 --> 00:52:41,954 Saya tak tahu jika mereka boleh bantu, tapi mereka… 566 00:52:42,037 --> 00:52:43,705 Saya ada panggilan lain. Jangan putuskan talian. 567 00:52:44,790 --> 00:52:46,083 Helo, ada apa? 568 00:52:46,166 --> 00:52:50,128 Solomon, saya tak mahu mati sendirian. 569 00:52:50,212 --> 00:52:51,380 Saya tak mahu! 570 00:52:51,463 --> 00:52:52,840 Hana, 571 00:52:52,923 --> 00:52:54,049 apa berlaku? 572 00:52:57,010 --> 00:52:58,095 Hana! 573 00:52:58,178 --> 00:52:59,429 Awak kena datang! 574 00:53:01,181 --> 00:53:02,766 Datang sekarang… 575 00:53:05,185 --> 00:53:06,812 sebelum terlambat. 576 00:54:05,495 --> 00:54:07,497 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman