1 00:00:18,393 --> 00:00:20,479 (berbahasa Korea) Saya balik. 2 00:00:28,612 --> 00:00:30,405 Hansu, awak balik lambat lagi. 3 00:00:31,323 --> 00:00:34,243 Saya perlu merentas bandar untuk hantar pesanan. 4 00:00:35,452 --> 00:00:37,788 Awak guru peribadi, bukan budak suruhan. 5 00:00:38,372 --> 00:00:40,582 Lebih baik awak ingatkan mereka. 6 00:00:41,750 --> 00:00:42,876 Baiklah. 7 00:00:44,086 --> 00:00:46,296 Ayuh! Ayah lapar. 8 00:00:46,380 --> 00:00:48,215 Mari cari makanan mewah. 9 00:00:51,385 --> 00:00:52,594 Mari pergi. 10 00:01:38,640 --> 00:01:41,852 Hansu! 11 00:01:53,238 --> 00:01:55,741 (berbahasa Jepun) Betul apa ayah awak beritahu saya? 12 00:01:56,325 --> 00:01:59,453 Awak lebih pandai mengira berbanding dia? 13 00:02:02,664 --> 00:02:05,417 Saya terkejut dia kata begitu 14 00:02:05,959 --> 00:02:08,044 sebab dia hanya nampak kesalahan saya. 15 00:02:09,170 --> 00:02:10,797 Tandanya ayah awak bagus. 16 00:02:11,590 --> 00:02:14,384 Orang dungu saja puji anak mereka tanpa sebab. 17 00:02:21,808 --> 00:02:23,894 Bila awak boleh mula bekerja untuk saya? 18 00:02:25,020 --> 00:02:28,524 Saya ada banyak perniagaan yang perlu diuruskan. 19 00:02:29,191 --> 00:02:31,610 Saya sedang cari seseorang yang pantas menggunakan sempoa. 20 00:02:31,693 --> 00:02:34,238 Dia pasti sangat bertuah jika bekerja untuk tuan, 21 00:02:35,072 --> 00:02:38,033 tapi dia sudah bekerja sebagai guru peribadi matematik 22 00:02:38,116 --> 00:02:40,661 untuk keluarga Amerika yang kaya. 23 00:02:41,537 --> 00:02:42,663 Awak juga tahu, 24 00:02:43,288 --> 00:02:47,042 kerja begini satu peluang jarang didapati orang seperti kami. 25 00:02:48,877 --> 00:02:51,046 Awak juga mengampu orang Amerika? 26 00:02:51,547 --> 00:02:55,425 Keluarga Holmes baik dengan saya. 27 00:02:55,509 --> 00:02:56,718 Sudah tentu. 28 00:02:57,427 --> 00:03:00,180 Mudah untuk jadi baik jika tak beri apa-apa kesan. 29 00:03:00,848 --> 00:03:02,057 Sayang betul. 30 00:03:06,436 --> 00:03:07,563 Bahasa Jepun awak, 31 00:03:08,355 --> 00:03:10,023 ada banyak peningkatan. 32 00:03:12,192 --> 00:03:15,696 Tapi awak perlu berusaha lebih lagi jika mahu diterima oleh kami. 33 00:03:23,787 --> 00:03:26,081 Genta, awak semakin bagus. 34 00:05:01,426 --> 00:05:04,638 Awak bersikap dungu seperti yang orang katakan. 35 00:05:05,222 --> 00:05:08,892 Awak perlu berusaha jika mahu berjaya dalam kehidupan. 36 00:05:08,976 --> 00:05:10,394 Tanya ayah awak. 37 00:05:10,894 --> 00:05:14,106 Jika boleh, saya tak mahu pilih kesengsaraan yang menjatuhkan maruah. 38 00:05:14,189 --> 00:05:15,774 Awak sudah sengsara? 39 00:05:15,858 --> 00:05:18,610 Boleh awak tunggu sehingga masa minum koktel? 40 00:05:18,694 --> 00:05:20,654 Mak lebih mudah terima kesengsaraan awak pada waktu itu. 41 00:05:20,737 --> 00:05:22,698 Mak mengusik saya, tapi saya memang bimbang. 42 00:05:23,198 --> 00:05:26,034 Betul? Apa yang awak bimbangkan? 43 00:05:26,702 --> 00:05:28,537 Awak tak cukup makanan? 44 00:05:28,620 --> 00:05:30,831 Amat perlukan tempat berlindung? 45 00:05:30,914 --> 00:05:34,293 Mungkin awak ada penyakit yang tiada penawar? 46 00:05:34,376 --> 00:05:37,129 - Mak perlu panggilkan doktor? - Saya tak suka mak buat begini. 47 00:05:37,212 --> 00:05:38,589 Mak perlu buat begini. 48 00:05:39,173 --> 00:05:44,219 Suruh tukang masak hidang makan malam pada pukul sembilan. 49 00:05:44,303 --> 00:05:48,557 Kami ada tetamu penting malam ini. Semua perlu berjalan lancar. 50 00:05:52,519 --> 00:05:54,563 "Essays on the Theory of Numbers." 51 00:05:54,646 --> 00:05:56,857 Hansu, awak boleh faham buku ini? 52 00:05:58,108 --> 00:05:59,359 Rasanya saya faham. 53 00:06:00,527 --> 00:06:02,863 Menakjubkan. Saya tertawan. 54 00:06:05,991 --> 00:06:09,036 Saya ada berfikir, mak. Bagaimana jika kita bawa Hansu bersama? 55 00:06:09,703 --> 00:06:12,331 Dia pasti boleh bantu saya di Yale tahun depan. 56 00:06:12,831 --> 00:06:15,083 Jika tidak, saya akan gagal. Mak pun tahu. 57 00:06:15,167 --> 00:06:16,543 Itu idea yang bagus. 58 00:06:19,713 --> 00:06:21,340 Dia akan beritahu ayah. 59 00:06:22,299 --> 00:06:23,592 Cakap tentang ayah, 60 00:06:24,510 --> 00:06:27,095 Hansu, boleh hantarkan pesanan ini kepada dia? 61 00:06:29,014 --> 00:06:30,015 Mak pergi dulu. 62 00:06:30,098 --> 00:06:33,185 Awak pula perlu berhenti berfikiran negatif. 63 00:06:33,769 --> 00:06:34,978 Boleh awak cubanya? 64 00:07:27,155 --> 00:07:28,991 Saya tak faham sebab awak keberatan. 65 00:07:29,074 --> 00:07:31,326 Awak bercakap tentang modal yang banyak 66 00:07:31,410 --> 00:07:33,954 dilaburkan pada negara yang bukan milik kita. 67 00:07:34,037 --> 00:07:36,415 Saya tertanya jika mereka mahu kita ada di sini atau duit kita. 68 00:07:36,498 --> 00:07:37,708 Apa masalahnya? 69 00:07:37,791 --> 00:07:39,585 Asalkan kita yang dapat keuntungan. 70 00:07:39,668 --> 00:07:41,044 Tapi sampai bila? 71 00:07:41,128 --> 00:07:44,006 Yokohama mungkin boleh terima cara kita, tapi seluruh negara ini? 72 00:07:44,089 --> 00:07:46,550 Dulu mereka berpeluang untuk mengelak pengaruh kita. 73 00:07:46,633 --> 00:07:49,094 Sekarang, 74 00:07:49,178 --> 00:07:52,347 setelah mereka menerimanya, bagaimana mereka mahu patah balik? 75 00:07:52,431 --> 00:07:54,933 Dengar, jangan jadi si dungu 76 00:07:55,017 --> 00:07:57,269 yang melawan perkembangan. 77 00:07:57,352 --> 00:07:59,563 Awak tahu apa berlaku pada orang begitu? 78 00:07:59,646 --> 00:08:02,566 Kami yang akhirnya mendapat semua keuntungan. 79 00:08:03,984 --> 00:08:04,985 Lihatlah. 80 00:08:05,068 --> 00:08:08,488 Siapa pemuda yang datang menyelamatkan saya? 81 00:08:08,572 --> 00:08:09,615 Satu lagi pesanan. 82 00:08:18,749 --> 00:08:21,210 Pesanan diterima. 83 00:08:21,293 --> 00:08:22,461 Beritahu saya, 84 00:08:23,086 --> 00:08:25,631 bagaimana keadaan anak saya sekarang? 85 00:08:25,714 --> 00:08:28,342 Dia cuba yang terbaik, tuan. 86 00:08:29,301 --> 00:08:32,179 Jadi masih belum mengagumkan. 87 00:08:34,765 --> 00:08:35,974 Berseronoklah petang ini. 88 00:08:40,938 --> 00:08:42,481 Dia seorang yang bijak. 89 00:08:42,563 --> 00:08:44,942 Pasti menarik untuk lihat kejayaannya nanti. 90 00:09:01,834 --> 00:09:04,586 Kita dah disumpah tiada pemain hebat sendiri? 91 00:09:05,170 --> 00:09:09,174 Jangan fikirkan benda mengarut begitu. 92 00:09:09,258 --> 00:09:12,219 Ingat, awak bukan seperti mereka. 93 00:09:13,720 --> 00:09:16,932 Kenapa orang Amerika ada banyak kepakaran? 94 00:09:17,599 --> 00:09:19,852 Awak perlu pandai satu perkara saja. 95 00:09:19,935 --> 00:09:21,061 Satu. 96 00:09:21,144 --> 00:09:24,231 Tapi pastikan awak yang terbaik dalam apa saja bidang awak pilih. 97 00:09:24,815 --> 00:09:26,400 Sempoa bidang yang ayah kuasai? 98 00:09:27,067 --> 00:09:28,485 Itu cuma alatan. 99 00:09:28,986 --> 00:09:31,780 Bukan, ayah pandai memberi keuntungan kepada orang lain. 100 00:09:32,739 --> 00:09:35,242 Ayah boleh buat kita jadi kaya? 101 00:09:36,118 --> 00:09:37,619 Apa ayah cakap tadi? 102 00:09:38,203 --> 00:09:41,206 Seseorang perlu pandai dalam satu perkara saja. 103 00:09:42,708 --> 00:09:45,627 Jadi bidang apa saya patut pilih? 104 00:09:47,337 --> 00:09:49,965 Awak fikir awak ada pilihan? 105 00:09:50,549 --> 00:09:53,427 Selalunya, sama ada awak mahu atau tidak, 106 00:09:53,510 --> 00:09:54,553 ia tak boleh ditolak. 107 00:09:56,847 --> 00:09:58,432 Ayah makan dulu. 108 00:10:02,394 --> 00:10:05,022 Ayah tahu kepakaran ayah semasa sebaya saya? 109 00:10:07,900 --> 00:10:10,611 Ayah sangka ayah akan jadi nelayan seperti datuk awak. 110 00:10:11,737 --> 00:10:13,655 Dulu memang begitu. 111 00:10:17,576 --> 00:10:19,286 Tapi awak, 112 00:10:19,369 --> 00:10:21,205 awak tak boleh jadi nelayan. 113 00:10:22,956 --> 00:10:25,125 Awak juga tak boleh bekerja 114 00:10:25,209 --> 00:10:26,919 seperti ayah di dewan tinju. 115 00:10:27,836 --> 00:10:31,715 Walau apa pun kepakaran awak, ia akan bantu kita keluar dari sana. 116 00:10:39,848 --> 00:10:44,228 Rasanya mereka akan ajak saya ke Amerika dengan mereka. 117 00:10:44,311 --> 00:10:45,312 Pergi ke Yale. 118 00:10:46,063 --> 00:10:47,523 Mereka akan menampung pelajaran awak? 119 00:10:47,606 --> 00:10:48,649 Bukan. 120 00:10:48,732 --> 00:10:51,401 Bukan untuk saya, tapi Andrew. 121 00:10:51,485 --> 00:10:53,320 Anak mereka yang dungu itu? 122 00:10:55,197 --> 00:10:58,534 Dia pasti tak dapat bertahan jika bukan sebab keistimewaannya. 123 00:11:02,329 --> 00:11:07,251 Sebaliknya, anak ayah yang dibebani kekurangan itu. 124 00:11:13,423 --> 00:11:14,466 Tapi, ayah, 125 00:11:15,300 --> 00:11:18,887 di Amerika, dengarnya orang seperti kita pun boleh berjaya. 126 00:11:22,140 --> 00:11:23,183 "Orang seperti kita." 127 00:11:24,893 --> 00:11:27,771 Mereka menipu kita dengan buat kita pertaruhkan 128 00:11:28,647 --> 00:11:31,525 harapan dan impian kita sendiri. 129 00:11:39,908 --> 00:11:41,159 Walaupun begitu, 130 00:11:41,869 --> 00:11:43,787 ayah mahu awak buat pertaruhan itu. 131 00:11:44,663 --> 00:11:46,206 Awak akan ke Amerika. 132 00:11:47,624 --> 00:11:48,959 Bagaimana dengan ayah? 133 00:11:50,169 --> 00:11:51,211 Kenapa dengan ayah? 134 00:11:51,753 --> 00:11:53,422 Ayah selalu cakap kita sepasukan, 135 00:11:54,006 --> 00:11:56,133 kita akan sentiasa bersama. 136 00:11:59,970 --> 00:12:03,098 Mungkin sudah sampai masa kita ubah pandangan kita. 137 00:12:03,807 --> 00:12:07,519 Kenapa tahan diri awak sedangkan awak boleh capai lebih banyak kejayaan? 138 00:12:08,729 --> 00:12:11,481 Sekarang masa untuk awak melihat lebih jauh. 139 00:12:13,317 --> 00:12:14,526 Hansu, 140 00:12:15,068 --> 00:12:19,990 awak ada peluang membuat sesuatu yang ayah tak dapat buat. 141 00:12:27,581 --> 00:12:30,501 Ada dua bintang di langit pada waktu malam. 142 00:12:31,418 --> 00:12:35,714 Kedua-duanya nampak dekat, tapi sebenarnya ia sangat jauh. 143 00:12:37,341 --> 00:12:40,719 Jarak yang tak mungkin kita boleh duga. 144 00:12:41,678 --> 00:12:43,222 Namun, 145 00:12:43,305 --> 00:12:44,890 dari sini, 146 00:12:46,391 --> 00:12:48,435 ia nampak seperti tak boleh dipisahkan, 147 00:12:49,645 --> 00:12:50,812 bukan? 148 00:13:06,745 --> 00:13:07,746 Minum ucap selamat. 149 00:13:47,119 --> 00:13:48,620 Apa awak dah buat? 150 00:13:48,704 --> 00:13:50,372 Saya tak pernah buat begini sebelum ini. 151 00:13:50,455 --> 00:13:51,498 Saya bersumpah. 152 00:13:52,749 --> 00:13:54,751 Saya pinjam sedikit duit. 153 00:13:54,835 --> 00:13:58,130 Saya mahu pulangkan sebaik saja saya dapat gaji. 154 00:13:59,006 --> 00:14:01,091 Saya perlukan duit pada waktu itu, 155 00:14:01,175 --> 00:14:03,802 jika tidak, saya pasti minta daripada awak. 156 00:14:03,886 --> 00:14:05,387 Saya sangat malu. 157 00:14:06,221 --> 00:14:09,433 Tolong beri saya beberapa jam. Saya akan dapatkan duit itu. 158 00:14:10,434 --> 00:14:12,394 Awak tahu akibatnya jika awak lari. 159 00:14:12,477 --> 00:14:14,188 Saya mahu lari ke mana? 160 00:14:14,897 --> 00:14:16,148 Saya ada anak lelaki. 161 00:14:16,940 --> 00:14:20,360 Saya takkan biarkan dia nampak saya lari. 162 00:14:21,195 --> 00:14:23,530 Awak ada masa sebelum loceng tengah hari berbunyi. 163 00:14:24,198 --> 00:14:25,991 Ya, sebelum tengah hari. 164 00:14:26,658 --> 00:14:27,659 Saya janji. 165 00:14:29,203 --> 00:14:31,872 Saya dah beritahu awak wanita itu bermasalah. 166 00:14:47,387 --> 00:14:48,764 Ayah. 167 00:14:51,850 --> 00:14:53,018 Ayah! 168 00:14:55,729 --> 00:14:56,813 Berapa duit ayah ambil? 169 00:14:57,648 --> 00:14:58,690 Dua ratus yen. 170 00:14:59,274 --> 00:15:00,943 Awak dengar tadi. 171 00:15:01,026 --> 00:15:02,736 Ayah akan bayar hari ini. 172 00:15:04,404 --> 00:15:05,989 Ayah curi duit itu. 173 00:15:06,782 --> 00:15:07,783 Tidak. 174 00:15:08,784 --> 00:15:10,494 Dia merayu pada ayah. Apa ayah patut buat? 175 00:15:10,577 --> 00:15:12,621 Ayah patut menolak. 176 00:15:16,208 --> 00:15:18,377 Semuanya sangat mudah bagi awak 177 00:15:19,294 --> 00:15:21,421 sebab awak tak pernah bersama wanita. 178 00:15:22,881 --> 00:15:24,675 Suatu hari nanti, awak akan jatuh cinta, 179 00:15:24,758 --> 00:15:28,303 awak juga akan hilang kawalan diri sebab dia. 180 00:15:33,600 --> 00:15:34,810 Saya takkan buat seperti ayah. 181 00:15:36,270 --> 00:15:37,312 Takkan buat. 182 00:15:46,613 --> 00:15:49,157 Maaf sebab banyak menyusahkan awak. 183 00:15:52,536 --> 00:15:56,206 Saya tak sangka awak akan buat begitu. 184 00:15:59,585 --> 00:16:02,462 Awak tahu saya miskin. 185 00:16:10,470 --> 00:16:11,513 Ya. 186 00:16:11,597 --> 00:16:13,348 Jadi, 187 00:16:13,432 --> 00:16:14,808 ia dah pun berlaku. 188 00:16:15,601 --> 00:16:17,686 Tapi saya perlu pulangkan duit itu sekarang juga. 189 00:16:20,105 --> 00:16:21,190 Berapa yang masih ada? 190 00:16:28,405 --> 00:16:30,115 Boleh awak pulangkan barang awak beli? 191 00:16:30,199 --> 00:16:32,201 Duit itu bukan untuk saya. 192 00:16:35,245 --> 00:16:38,081 Ia untuk kawan saya. 193 00:16:38,165 --> 00:16:39,499 Awak pinjamkan duit itu? 194 00:16:41,835 --> 00:16:43,170 Bukan. 195 00:16:44,379 --> 00:16:46,548 Saya takkan dapat duit itu semula. 196 00:16:47,382 --> 00:16:50,802 Dia memang begitu. 197 00:16:59,269 --> 00:17:03,899 Awak lelaki paling bijak saya kenal, tapi awak… 198 00:17:14,492 --> 00:17:16,161 Saya akan jumpa En. Holmes. 199 00:17:17,329 --> 00:17:18,329 Jangan. 200 00:17:18,955 --> 00:17:20,374 Jika saya beritahu dia hal ini, 201 00:17:20,457 --> 00:17:21,959 dia akan beri saya pinjam duit. 202 00:17:25,212 --> 00:17:27,297 Bagaimana kalau dia tak bawa awak ke Amerika? 203 00:17:28,382 --> 00:17:30,008 Siapa peduli tentang hal itu sekarang? 204 00:17:31,552 --> 00:17:34,012 Ayah faham betapa bahayanya lelaki seperti Ryochi? 205 00:17:34,805 --> 00:17:37,349 Awak akan ke Amerika. Itu muktamad. 206 00:17:37,975 --> 00:17:38,976 Saya takkan pergi. 207 00:17:39,643 --> 00:17:41,228 Anak tak kenang budi! 208 00:17:41,311 --> 00:17:44,189 Awak berani mengingkari ayah setelah ayah berkorban untuk awak? 209 00:17:45,190 --> 00:17:46,191 Ayah. 210 00:17:47,276 --> 00:17:48,694 Pada pandangan awak, 211 00:17:49,528 --> 00:17:52,781 awak nampak ayah sebagai lelaki yang dungu. 212 00:17:55,492 --> 00:17:57,077 Saya tak anggap ayah begitu. 213 00:17:57,160 --> 00:17:59,162 Pergi! 214 00:17:59,663 --> 00:18:01,415 Ayah mahu awak naik kapal itu 215 00:18:01,498 --> 00:18:03,292 dan keluar dari tempat yang teruk ini! 216 00:18:04,793 --> 00:18:06,128 Saya takkan pergi! 217 00:18:06,211 --> 00:18:07,462 Dengar! 218 00:18:08,630 --> 00:18:09,923 Pergi. 219 00:18:12,134 --> 00:18:13,927 Jangan kembali. 220 00:18:14,428 --> 00:18:15,429 Jangan! 221 00:18:18,056 --> 00:18:19,057 Saya tak mahu pergi. 222 00:18:21,977 --> 00:18:23,854 Saya takkan tinggalkan ayah. 223 00:18:32,362 --> 00:18:33,906 Ayah tak nak jumpa awak lagi, faham? 224 00:18:34,656 --> 00:18:37,409 Awak perlu berdikari! Pergi dari sini! 225 00:18:42,873 --> 00:18:43,916 Ayah! 226 00:18:45,042 --> 00:18:46,418 Mulai sekarang… 227 00:18:48,921 --> 00:18:50,839 awak mesti lupakan ayah. 228 00:18:53,967 --> 00:18:55,969 Itu lebih baik untuk awak. 229 00:19:01,850 --> 00:19:03,769 Itu saja caranya. 230 00:19:26,124 --> 00:19:27,793 Berhenti. Awak tak mahu tengoknya. 231 00:19:41,932 --> 00:19:45,644 Saya akan kerja di sini sehingga hutang ayah saya selesai. 232 00:19:48,647 --> 00:19:50,023 Ini tiada kaitan dengan dia. 233 00:19:51,984 --> 00:19:53,277 Tolong biarkan dia pergi. 234 00:19:59,241 --> 00:20:01,159 Saya akan kerja selama yang perlu. 235 00:20:01,243 --> 00:20:02,661 Awak tak perlu bayar gaji saya. 236 00:20:04,496 --> 00:20:07,583 Tapi jangan libatkan anak saya dalam hal ini. 237 00:20:10,210 --> 00:20:11,628 Awak fikir apa akan jadi 238 00:20:12,296 --> 00:20:16,884 apabila orang dengar awak mencuri duit saya, tapi saya berdiam diri? 239 00:20:19,219 --> 00:20:23,682 Dalam dunia ini, pandangan orang paling penting. 240 00:20:24,183 --> 00:20:27,561 Orang takkan lupa perbuatan awak yang memalukan. 241 00:20:28,353 --> 00:20:30,606 Saya tak peduli tentang diri saya. 242 00:20:31,106 --> 00:20:33,650 Saya cuma fikirkan anak saya. 243 00:20:34,234 --> 00:20:38,322 Keluarga pelajarnya akan bawa dia ke Amerika. 244 00:20:40,324 --> 00:20:42,534 Saya sanggup mati jika awak suruh! 245 00:20:42,618 --> 00:20:44,119 Tapi dia takkan dapat peluang ini lagi. 246 00:20:44,203 --> 00:20:45,287 Tolong lepaskan dia. 247 00:20:45,370 --> 00:20:47,414 Saya yang perlu bayar hutang ini. 248 00:20:48,582 --> 00:20:49,583 Tuan! 249 00:20:50,292 --> 00:20:51,418 Ayah. 250 00:20:52,753 --> 00:20:53,754 Berdiri, ayah. 251 00:20:54,838 --> 00:20:56,048 Genta. 252 00:21:04,806 --> 00:21:07,184 Kasih sayang seorang ayah sesuatu yang mulia. 253 00:21:08,143 --> 00:21:09,853 Saya juga seorang ayah. 254 00:21:11,730 --> 00:21:13,232 Tapi lelaki yang berkuasa 255 00:21:13,732 --> 00:21:17,152 perlu mengawal keadaan, walaupun ia hanya ilusi. 256 00:21:21,698 --> 00:21:26,411 Saya percaya budi baik boleh jadi lebih berkuasa. 257 00:21:31,041 --> 00:21:34,336 Mari lihat jika awak boleh berjaya dengan budi baik. 258 00:21:38,131 --> 00:21:39,550 Apa… 259 00:21:44,805 --> 00:21:47,182 Pergi dari sini! Lari, Hansu! 260 00:21:50,269 --> 00:21:51,311 Hansu! 261 00:22:04,032 --> 00:22:05,158 Hansu! 262 00:22:08,203 --> 00:22:09,329 Hansu! 263 00:22:17,421 --> 00:22:18,630 Hansu. 264 00:22:18,714 --> 00:22:20,007 Hansu! 265 00:22:21,842 --> 00:22:23,218 Hansu! 266 00:22:29,558 --> 00:22:33,520 12:10 TENGAH HARI 267 00:23:55,227 --> 00:23:58,313 Sedarlah! Pergi! 268 00:23:58,397 --> 00:23:59,690 Pergi ke tempat lebih tinggi! 269 00:24:01,024 --> 00:24:03,902 Mungkin ada gegar penghujung. Lari! 270 00:24:09,491 --> 00:24:10,701 Arah sini! 271 00:24:30,762 --> 00:24:32,931 Kita perlu tunggu ia reda. 272 00:24:49,948 --> 00:24:52,159 Awak akan lakukannya? 273 00:24:54,286 --> 00:24:55,871 Awak akan bunuh ayah saya? 274 00:24:57,623 --> 00:24:59,333 Demi maruahnya, 275 00:25:00,209 --> 00:25:02,753 dia ada hutang perlu dibayar. 276 00:25:05,506 --> 00:25:07,716 Tapi kematian dia tadi… 277 00:25:12,763 --> 00:25:14,264 Sejak datang ke sini, 278 00:25:16,141 --> 00:25:21,855 saya perlu lihat ayah saya bertahan dengan banyak perkara memalukan. 279 00:25:24,733 --> 00:25:27,945 Saya pula tinggalkan dia begitu saja… 280 00:25:38,539 --> 00:25:42,125 Saya tahu ayah awak perlu lupakan maruahnya untuk bekerja dengan saya. 281 00:25:43,460 --> 00:25:45,629 Jadi jangan sia-siakan pengorbanannya. 282 00:25:46,338 --> 00:25:47,422 Awak tahu perkara awak perlu buat. 283 00:25:50,926 --> 00:25:53,178 Ikut keluarga Amerika itu, faham? 284 00:25:53,846 --> 00:25:56,348 Lupakan semua ini dan ayah awak. 285 00:26:02,271 --> 00:26:04,147 Saya tak tahu mahu buat apa. 286 00:26:04,731 --> 00:26:06,441 Dia ayah saya. 287 00:26:06,525 --> 00:26:08,777 - Dia saja yang saya ada! - Berdiri! 288 00:26:11,488 --> 00:26:12,823 Lihat betul-betul! 289 00:26:15,742 --> 00:26:17,578 Bukan awak saja sengsara hari ini. 290 00:26:18,954 --> 00:26:21,415 Hari ini, ramai yang jadi anak yatim. 291 00:26:22,624 --> 00:26:24,251 Tapi pada masa begini, 292 00:26:24,960 --> 00:26:26,920 seseorang menempa takdirnya. 293 00:26:28,422 --> 00:26:30,507 Ada yang sengsara dan teruskan hidup, 294 00:26:32,426 --> 00:26:34,845 dan orang yang akan tenggelam dalam kesengsaraannya. 295 00:26:37,639 --> 00:26:39,433 Jangan jadi seperti si dungu itu. 296 00:26:41,810 --> 00:26:43,187 Saya akan cari keluarga saya. 297 00:26:43,270 --> 00:26:44,771 Awak pergi cepat. 298 00:26:45,355 --> 00:26:47,107 Pergi dapatkan kehidupan baharu awak. 299 00:27:10,631 --> 00:27:11,924 Hansu? 300 00:27:12,007 --> 00:27:13,008 Andrew. 301 00:27:14,510 --> 00:27:16,470 Lihatlah awak. Aduhai. 302 00:27:17,596 --> 00:27:18,931 Mana ayah awak? 303 00:27:21,099 --> 00:27:22,267 Hansu. 304 00:27:23,018 --> 00:27:24,353 Itu teruk. 305 00:27:25,604 --> 00:27:27,356 Awak tetap akan ikut kami, bukan? 306 00:27:28,899 --> 00:27:30,609 Kami takkan kembali ke sini. 307 00:27:32,486 --> 00:27:33,779 Saya mahu ikut. 308 00:27:35,239 --> 00:27:36,907 Tolong masukkan semuanya. 309 00:27:37,699 --> 00:27:41,286 Andrew, kaki lilin perak. Ia ada di pantri butler. 310 00:27:42,538 --> 00:27:44,289 Dia tak boleh masuk rumah. 311 00:27:44,373 --> 00:27:46,208 Dia akan masuk cepat, bukan? 312 00:27:46,959 --> 00:27:48,627 Tolong saya. 313 00:27:51,713 --> 00:27:53,048 Sebentar. 314 00:28:07,980 --> 00:28:09,439 Ya, kita kena pergi. 315 00:28:11,400 --> 00:28:12,776 En. Holmes? 316 00:28:12,860 --> 00:28:14,111 Dia… 317 00:28:14,194 --> 00:28:17,197 Dia dah pergi untuk sediakan bot. Kita akan terus belayar. 318 00:28:17,281 --> 00:28:18,866 Tinggalkan pedati di sini. 319 00:28:18,949 --> 00:28:20,742 Jalan sudah musnah. 320 00:28:20,826 --> 00:28:22,953 Bagaimana kita mahu pergi ke pelabuhan? 321 00:28:26,290 --> 00:28:29,126 - Kita tak boleh turun ke sana. - Itu saja caranya. 322 00:28:31,712 --> 00:28:33,380 Biarkan pedati ini. 323 00:28:34,256 --> 00:28:35,757 Jalan dah musnah. 324 00:28:36,717 --> 00:28:38,302 Pergi cari keluarga kamu. 325 00:29:45,244 --> 00:29:47,079 - Mak? - Andrew! 326 00:29:48,413 --> 00:29:50,666 - Mak! - Pn. Holmes! 327 00:29:54,586 --> 00:29:56,338 Mak! Hansu! 328 00:29:56,421 --> 00:29:57,422 Andrew! 329 00:30:18,360 --> 00:30:20,362 Mak, cepat! Arah sini! Lari! 330 00:31:21,840 --> 00:31:23,175 Awak. 331 00:31:39,024 --> 00:31:45,572 8:48 MALAM 332 00:33:24,630 --> 00:33:26,089 Kenapa? 333 00:33:46,401 --> 00:33:48,654 Apa kamu buat? 334 00:34:25,440 --> 00:34:26,817 Kamu boleh keluar sekarang. 335 00:34:27,525 --> 00:34:29,235 Kamu dah tak perlu menyorok. 336 00:34:30,279 --> 00:34:31,362 Keluar sekarang. 337 00:34:32,197 --> 00:34:34,241 Saya di sini. 338 00:34:39,996 --> 00:34:40,998 Sila duduk. 339 00:34:49,172 --> 00:34:51,007 Awak ada sake? 340 00:34:51,091 --> 00:34:55,012 Semua dah tumpah. 341 00:34:55,094 --> 00:34:57,181 Kami boleh hidangkan teh. 342 00:35:54,947 --> 00:35:57,407 Keluarga awak selamat? 343 00:35:58,575 --> 00:36:03,288 Saya tak dapat balik. Jambatan di tepi tokong dah runtuh. 344 00:36:05,582 --> 00:36:07,876 Jalan di belakang stesen terbakar. 345 00:36:09,753 --> 00:36:12,923 Saya dalam perjalanan ke jambatan di taman semasa terjumpa awak. 346 00:36:15,259 --> 00:36:18,846 Jika saya terus ikut jalan ini, saya patut sampai kepada mereka. 347 00:36:20,597 --> 00:36:21,932 Saya harap mereka selamat. 348 00:36:34,236 --> 00:36:36,655 Kenapa? Apa berlaku? 349 00:36:37,823 --> 00:36:40,868 Ramai banduan melarikan diri dari Penjara Negishi. 350 00:36:41,577 --> 00:36:44,538 Tiga ratus daripada pelarian itu banduan Korea. 351 00:36:45,122 --> 00:36:47,374 Sekarang mereka menuju ke sini. 352 00:36:47,457 --> 00:36:51,295 Dengarnya mereka dah lama rancang untuk melarikan diri. 353 00:36:51,378 --> 00:36:54,798 Sekarang mereka gunakan bencana ini sebagai peluang mereka. 354 00:36:54,882 --> 00:36:56,717 Apa mereka patut buat? 355 00:36:56,800 --> 00:36:58,510 Mati terbakar? 356 00:36:59,094 --> 00:37:02,931 Tapi kita tak tahu jika mereka akan timbulkan masalah. 357 00:37:03,015 --> 00:37:05,017 Wanita dan anak-anak kita ada di jalanan. 358 00:37:05,100 --> 00:37:07,186 Bagaimana mahu lindungi mereka daripada bahaya begitu? 359 00:37:07,269 --> 00:37:08,854 Bertenang. 360 00:37:10,814 --> 00:37:12,858 Awak ada dengar? Sekumpulan banduan Korea dah terlepas! 361 00:37:13,442 --> 00:37:17,446 Mereka akan ambil masa lama untuk berjalan ke sini… 362 00:37:17,529 --> 00:37:19,615 Mereka dah tiba dan saya dengar mereka menjarah. 363 00:37:19,698 --> 00:37:22,951 Cik dengar berita ini dari mana? 364 00:37:23,035 --> 00:37:25,954 - Siapa awak? - Orang yang bertanya. Jawablah. 365 00:37:27,039 --> 00:37:29,166 Jangan minum air dari perigi. 366 00:37:29,249 --> 00:37:31,126 Mereka cakap orang Korea dah racunnya. 367 00:37:31,210 --> 00:37:32,711 Berhenti sebarkan khabar angin tak berasas. 368 00:37:32,794 --> 00:37:35,088 Ayuh. Saya perlu cari keluarga saya. 369 00:37:36,381 --> 00:37:38,217 Terima kasih. Berapa saya perlu bayar? 370 00:37:38,300 --> 00:37:40,052 Hari ini tak perlu bayar. 371 00:37:45,641 --> 00:37:49,186 Sesuatu berlaku. Jangan pergi jauh. 372 00:37:55,359 --> 00:37:57,569 Dia orang Jepun. Dia boleh dipercayai? 373 00:37:57,653 --> 00:37:59,780 Tolong kami! 374 00:37:59,863 --> 00:38:01,490 Saya kenal pemilik bangsal itu. 375 00:38:01,573 --> 00:38:03,075 Pergi ke bangsal itu. 376 00:38:03,158 --> 00:38:05,410 Dia akan benarkan kamu menyorok di sana. 377 00:38:05,911 --> 00:38:07,996 Pergi cepat! 378 00:38:08,080 --> 00:38:10,290 - Apa dia cakap? - Dia cakap dia kenal pemiliknya. 379 00:38:10,791 --> 00:38:12,167 Dia suruh pergi ke bangsal itu. Cepat! 380 00:38:21,718 --> 00:38:23,512 Awak juga patut menyorok bersama mereka. 381 00:38:24,680 --> 00:38:26,807 Tak sempat. Cepat naik pedati! 382 00:38:28,225 --> 00:38:29,518 Cepat! 383 00:38:37,943 --> 00:38:39,862 Jangan bergerak. Tahan nafas. 384 00:38:46,285 --> 00:38:48,537 - Cepat! - Cari mereka. 385 00:38:51,039 --> 00:38:53,834 Empat lelaki lari ke sini. Mereka ke mana? 386 00:38:55,586 --> 00:38:56,753 Apa mereka buat? 387 00:38:56,837 --> 00:38:59,756 Saya dengar orang Korea merusuh di seluruh bandar. 388 00:38:59,840 --> 00:39:00,924 Bukan itu saja. 389 00:39:01,550 --> 00:39:04,553 Mereka masuk dalam runtuhan rumah, curi semua barang berharga. 390 00:39:04,636 --> 00:39:06,930 Kita kena tangkap mereka atau mereka akan ambil semuanya. 391 00:39:09,224 --> 00:39:10,976 Orang tak beradab. 392 00:39:13,103 --> 00:39:14,813 Berani mereka buat begini pada kita? 393 00:39:15,564 --> 00:39:17,649 Kita terima mereka, 394 00:39:18,233 --> 00:39:20,152 beri mereka kerja, 395 00:39:20,986 --> 00:39:22,738 ini balasan kita dapat. 396 00:39:22,821 --> 00:39:25,407 Awak nampak mereka atau tidak? Beritahu saya. 397 00:39:25,490 --> 00:39:26,575 Mereka akan terlepas. 398 00:39:28,619 --> 00:39:30,454 Ya, kami nampak mereka. 399 00:39:31,371 --> 00:39:33,207 Ada empat orang. 400 00:39:42,090 --> 00:39:43,217 Mereka ke sana! 401 00:39:45,636 --> 00:39:46,803 Mari pergi! 402 00:39:48,555 --> 00:39:50,015 Apa ada di sana? 403 00:39:52,100 --> 00:39:53,519 Cuma ada bangsal. 404 00:39:55,437 --> 00:39:57,814 Mujurlah pemiliknya tiada di sana. 405 00:39:57,898 --> 00:40:02,611 Tapi dia akan terkejut melihat semua ini apabila pulang nanti. 406 00:40:09,409 --> 00:40:10,452 Mari periksanya. 407 00:40:12,412 --> 00:40:15,541 Awak tak dengar cakap pak cik ini? Dia cakap mereka tak pergi ke sana. 408 00:40:17,292 --> 00:40:19,294 Mungkin mereka menyelinap semasa awak tak nampak. 409 00:40:20,003 --> 00:40:21,588 Mereka licik. 410 00:40:25,676 --> 00:40:27,928 Saya jumpa mereka! Mereka di sini! 411 00:40:28,428 --> 00:40:29,513 Ayuh! 412 00:40:35,102 --> 00:40:36,812 Bakarnya! 413 00:40:51,034 --> 00:40:52,202 Kita kena pergi. 414 00:40:53,370 --> 00:40:54,621 Tiada apa awak boleh buat. 415 00:40:54,705 --> 00:40:56,331 Mereka akan campak awak ke dalam sana. 416 00:41:50,636 --> 00:41:55,098 2:12 PAGI 417 00:42:16,787 --> 00:42:18,413 Saya kenal beberapa orang itu. 418 00:42:30,759 --> 00:42:31,969 Ayah! 419 00:42:39,685 --> 00:42:42,896 Kami tunggu awak, kami fikir awak dah mati. 420 00:42:43,605 --> 00:42:47,150 Awak pasti harap begitu. 421 00:42:47,901 --> 00:42:49,236 Maaf sebab kecewakan awak. 422 00:42:49,319 --> 00:42:51,822 Bagaimana awak boleh bergurau pada waktu begini? 423 00:42:55,450 --> 00:42:56,869 Sebab kita sudah bersatu semula. 424 00:43:17,764 --> 00:43:20,309 Hansu, mari. 425 00:43:26,440 --> 00:43:28,358 Kita akan jaga dia untuk sementara waktu. 426 00:43:32,529 --> 00:43:34,865 Awak masih perlu bayar hutang ayah awak. 427 00:45:41,575 --> 00:45:43,076 PADA 1 SEPTEMBER 1923, 428 00:45:43,160 --> 00:45:47,623 GEMPA BUMI PADA MAGNITUD 7.9 MELETUS DI KAWASAN KANTO. 429 00:45:49,666 --> 00:45:54,546 LEBIH DARIPADA 100,000 NYAWA TERKORBAN, 430 00:45:56,465 --> 00:45:58,175 TERMASUK ORANG KOREA TAK BERSALAH 431 00:45:58,258 --> 00:46:00,928 YANG DIPERSALAHKAN BAGI KEMUSNAHAN YANG BERLAKU SELEPAS ITU 432 00:46:01,011 --> 00:46:02,846 OLEH ORANG JEPUN YANG MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI. 433 00:46:05,098 --> 00:46:09,686 TERDAPAT PERTIKAIAN TENTANG JUMLAH ORANG KOREA YANG TERBUNUH… 434 00:46:12,022 --> 00:46:17,402 TAPI RAMAI AHLI SEJARAH MENGANGGARKAN ADA BERIBU MANGSA. 435 00:46:25,869 --> 00:46:27,829 BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE 436 00:47:37,858 --> 00:47:39,860 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman