1 00:00:09,927 --> 00:00:13,639 Hai, semua. Biar saya ceritakan cara wanita ini hancurkan keluarga ini. 2 00:00:14,515 --> 00:00:16,017 Ini adik saya. 3 00:00:16,809 --> 00:00:18,686 Ini tunangnya pada waktu itu. 4 00:00:18,770 --> 00:00:22,023 Mereka adakan majlis pertunangan di vila keluarga kami. 5 00:00:22,106 --> 00:00:24,525 Kemudian dia melamar adik saya malam itu. 6 00:00:24,609 --> 00:00:28,738 Dia setuju, namun dia tahu bahawa tunangnya mencintai wanita ini 7 00:00:28,821 --> 00:00:30,948 dan lari pada hari persandingannya. 8 00:00:31,032 --> 00:00:32,909 Ini ialah Emily. 9 00:00:33,701 --> 00:00:37,580 Ini lelaki yang kononnya Emily cintai, tapi sebenarnya tidak. 10 00:00:37,663 --> 00:00:40,625 Ini juga bukan kali pertama dia mengancam keluarga ini. 11 00:00:40,708 --> 00:00:43,503 Sebelum ini, lelaki ini hampir kehilangan jari. 12 00:00:44,545 --> 00:00:47,048 Dia memang penglipur lara yang hebat. 13 00:00:47,131 --> 00:00:49,884 Sebelum itu pula, dia kecewakan seorang jejaka 14 00:00:49,967 --> 00:00:51,969 yang cintakan dia sepenuh hatinya. 15 00:00:52,053 --> 00:00:54,055 Untuk kisah itu, ikuti Bahagian Dua. 16 00:00:56,599 --> 00:00:59,811 Nasib baik dia tak cakap tentang Alfie kata saya curang 17 00:00:59,894 --> 00:01:01,354 di hadapan semua tetamu 18 00:01:01,437 --> 00:01:03,648 dan pergi sebelum saya sempat jelaskan. 19 00:01:03,731 --> 00:01:05,316 Mungkin di Bahagian Dua. 20 00:01:05,399 --> 00:01:07,193 Saya tak buat salah. 21 00:01:07,276 --> 00:01:09,529 Ini tentang hubungan Camille dan Sofia 22 00:01:09,612 --> 00:01:12,198 yang dia sengaja tak sebut dalam ucapannya. 23 00:01:12,281 --> 00:01:16,285 Saya nak jelaskan kepada Alfie tapi dia tak balas mesej saya. 24 00:01:16,369 --> 00:01:17,578 Tapi bagus juga, 25 00:01:17,662 --> 00:01:21,249 kerana dia dah buka jalan untuk awak bersama dengan Gabriel. 26 00:01:22,500 --> 00:01:25,336 Maksud awak, lelaki yang bakal menimang zuriat 27 00:01:25,419 --> 00:01:27,672 bersama wanita yang mencintai wanita lain, 28 00:01:27,755 --> 00:01:30,842 dan saya seorang saja yang tahu? Tak mengapalah. 29 00:01:30,925 --> 00:01:32,468 Tiada hubungan yang sempurna. 30 00:01:32,552 --> 00:01:33,678 Awak serius? 31 00:01:33,761 --> 00:01:35,471 Umpama dia sudah merestuinya. 32 00:01:35,555 --> 00:01:36,931 Sebenarnya, sebaliknya. 33 00:01:38,099 --> 00:01:40,309 Dia sudah menyumpah saya. Di gereja. 34 00:01:40,893 --> 00:01:43,688 Saya cuma nak cari hikmahnya sekarang. 35 00:01:43,771 --> 00:01:45,147 Tiada hikmah. 36 00:01:45,231 --> 00:01:47,692 Gabriel bukan pilihan dan Alfie pula menghilang. 37 00:01:48,234 --> 00:01:51,320 Jadi, saya cuma akan fokus terhadap kerja. 38 00:01:52,196 --> 00:01:53,197 Okey. Jumpa lagi. 39 00:01:53,281 --> 00:01:54,157 Jumpa lagi. 40 00:01:57,243 --> 00:01:58,411 Ini ialah Bahagian Dua. 41 00:02:07,587 --> 00:02:08,421 Hei. 42 00:02:09,463 --> 00:02:10,381 Hei. 43 00:02:11,507 --> 00:02:12,341 Awak okey? 44 00:02:12,967 --> 00:02:16,137 Ya. Tangan saya melecur di restoran. 45 00:02:16,220 --> 00:02:18,139 Aduhai. Biar saya tolong awak. 46 00:02:18,222 --> 00:02:19,056 Terima kasih. 47 00:02:29,400 --> 00:02:30,234 Terima kasih. 48 00:02:37,700 --> 00:02:39,410 Awak tak perlu buat. Saya boleh… 49 00:02:39,493 --> 00:02:41,746 Cukup. Biar saya buatkan. 50 00:02:41,829 --> 00:02:42,663 Okey. 51 00:02:46,209 --> 00:02:50,213 Awak ada dengar khabar daripada Camille? 52 00:02:50,880 --> 00:02:55,301 Tidak. Dia berada di vila keluarganya dan kami langsung tak bercakap. 53 00:02:58,721 --> 00:02:59,889 Alfie bagaimana? 54 00:03:00,890 --> 00:03:01,724 Tidak juga. 55 00:03:02,934 --> 00:03:04,518 Tak tahulah sampai bila. 56 00:03:06,145 --> 00:03:08,022 Maaflah. Ini semua salah saya. 57 00:03:08,105 --> 00:03:11,817 Saya tak patut terburu-buru untuk kahwin. Saya ingat itu perkara yang betul. 58 00:03:12,693 --> 00:03:15,154 Tak salah untuk buat perkara yang betul. 59 00:03:16,155 --> 00:03:18,658 Saya rasa kita berdua selalu buat begitu. 60 00:03:18,741 --> 00:03:20,368 Lalu memakan diri. 61 00:03:20,451 --> 00:03:21,619 - Berhenti. - Okey. 62 00:03:21,702 --> 00:03:24,705 Biarlah orang lain pula yang masak untuk awak. 63 00:03:24,789 --> 00:03:26,165 Okey. 64 00:03:33,756 --> 00:03:36,092 Saya nak betulkan keadaan antara awak dan Alfie. 65 00:03:37,635 --> 00:03:40,054 Lihatlah. Awak cuba betulkan keadaan lagi. 66 00:03:40,805 --> 00:03:43,641 Alfie bukan masalah awak. Camille bukan masalah saya. 67 00:03:45,142 --> 00:03:48,646 Banyak yang kamu perlu bincangkan dan ia bukan tentang saya. 68 00:03:48,729 --> 00:03:50,898 Walaupun dia buat nampak begitu. 69 00:03:55,486 --> 00:03:57,488 Sila keluar dari dapur saya. 70 00:03:57,571 --> 00:03:58,739 Api itu terlalu besar. 71 00:04:01,659 --> 00:04:03,786 Awak tak patut buat begitu dahulu. 72 00:04:04,954 --> 00:04:06,080 - Okey. - Cakap saja. 73 00:04:07,540 --> 00:04:09,542 Awak tahu apa yang awak buat? 74 00:04:11,502 --> 00:04:13,796 SYLVIE KAMU DAH LIHAT TIKTOK? DATANG SEKARANG. 75 00:04:13,879 --> 00:04:18,050 Tak, saya tak tahu. Saya harus pergi. Maafkan saya. 76 00:04:18,134 --> 00:04:20,511 Apa? Emily. 77 00:04:27,810 --> 00:04:31,272 Jadi, kamu dah lihat video TikTok itu? 78 00:04:31,355 --> 00:04:34,608 Ya, Luc yang beritahu. Lebih baik kita tak bincangkan. 79 00:04:34,692 --> 00:04:37,236 AMI akan datang pukul 10.00. Ini klien Julien, 80 00:04:37,320 --> 00:04:39,071 tapi mereka mahu kamu sertai. 81 00:04:39,155 --> 00:04:43,284 Saya tak boleh datang, tapi saya mohon, ferme ton clapet. 82 00:04:43,367 --> 00:04:44,660 Saya tahu maksudnya. 83 00:04:45,453 --> 00:04:46,620 Tutup mulut kamu. 84 00:04:46,704 --> 00:04:48,331 - Ya. - Jangan masuk campur. 85 00:04:48,414 --> 00:04:50,166 Saya tak mahu beri Julien alasan 86 00:04:50,249 --> 00:04:52,001 untuk tinggalkan syarikat ini. 87 00:04:53,502 --> 00:04:55,338 Emily, awak dah sampai. 88 00:04:56,630 --> 00:04:58,466 Saya risau awak dah keluar negara 89 00:04:58,549 --> 00:05:01,552 selepas pendedahan Timothée, siapa boleh halang? 90 00:05:02,762 --> 00:05:03,763 Apa maksud dia? 91 00:05:03,846 --> 00:05:05,681 Awak tak tengok TikTok itu? 92 00:05:05,765 --> 00:05:06,849 Saya tiada TikTok. 93 00:05:07,641 --> 00:05:10,686 Pegawai eksekutif AMI sedang tunggu di bilik mesyuarat. 94 00:05:10,770 --> 00:05:13,773 Ini klien awak. Saya tak perlu hadir pun. 95 00:05:13,856 --> 00:05:15,066 Awak perlu hadir. 96 00:05:15,149 --> 00:05:17,568 Kerana ini ada kaitan dengan awak. 97 00:05:24,367 --> 00:05:25,534 CINTA MULA BERPUTIK 98 00:05:35,628 --> 00:05:37,213 Cinta mula berputik 99 00:05:39,632 --> 00:05:41,509 Cinta mula berputik 100 00:05:43,469 --> 00:05:46,806 Kami teruja untuk pelancaran kempen "Cinta Mula Berputik" 101 00:05:46,889 --> 00:05:49,100 dibintangi oleh Emily Cooper. 102 00:05:49,183 --> 00:05:51,519 Kami menilai semua pasangan dalam semua belon 103 00:05:51,602 --> 00:05:53,896 dan skor kamu berdua paling tinggi. 104 00:05:53,979 --> 00:05:55,815 Tak nampak seperti dibuat-buat. 105 00:05:55,898 --> 00:06:00,736 Kempen luar kita akan dilancarkan hari ini di Paris, New York dan Seoul, 106 00:06:00,820 --> 00:06:02,363 kita juga akan lancarkan iklan 107 00:06:02,446 --> 00:06:04,949 pada skrin besar di Roland-Garros esok 108 00:06:05,032 --> 00:06:09,120 dan letakkan pasangan bahagia ini di petak AMI di tepi gelanggang. 109 00:06:09,203 --> 00:06:11,705 Kamu berdua perlu ada. Kami mahu ia interaktif. 110 00:06:11,789 --> 00:06:14,917 Pasangan AMI hadir, dilamun cinta, ditayang di skrin besar. 111 00:06:15,584 --> 00:06:18,045 Semua orang harus melihatnya. 112 00:06:18,129 --> 00:06:20,756 Tak perlu berbisik. Semua orang boleh dengar. 113 00:06:20,840 --> 00:06:22,007 Saya ada idea. 114 00:06:23,217 --> 00:06:26,720 Jika kamu mahu interaktif, libatkan semua orang di stadium. 115 00:06:27,721 --> 00:06:31,058 Biar kamera bergerak dan cari pasangan lain dilamun cinta. 116 00:06:31,142 --> 00:06:32,810 Seperti kamera ciuman. 117 00:06:32,893 --> 00:06:34,228 Apa itu kamera ciuman? 118 00:06:34,311 --> 00:06:36,689 Ya, Emily. Apa? 119 00:06:36,772 --> 00:06:38,774 Cari pasangan dalam kalangan penonton, 120 00:06:38,858 --> 00:06:41,110 dan mereka akan bercium di Jumbotron. 121 00:06:41,193 --> 00:06:42,444 Seperti dalam besbol. 122 00:06:42,528 --> 00:06:44,405 Betul, seperti caméra bisous… 123 00:06:44,488 --> 00:06:45,948 Ya, semua orang bercium. 124 00:06:46,031 --> 00:06:46,991 Betul. 125 00:06:47,074 --> 00:06:49,410 Lebih baik daripada saya dan Alfie. 126 00:06:49,493 --> 00:06:50,828 Kamu tak perlukan kami. 127 00:06:50,911 --> 00:06:54,165 Tak, kamu juga perlu bercium. Di hadapan satu dunia. 128 00:06:54,248 --> 00:06:56,083 Betul, Emily. 129 00:06:56,167 --> 00:07:00,129 Kempen AMI berkisar tentang kisah cinta awak dan Alfie. 130 00:07:00,212 --> 00:07:01,172 Tepat sekali. 131 00:07:08,137 --> 00:07:11,515 Tak guna. Kenapa awak tak cakap apa-apa? 132 00:07:12,141 --> 00:07:15,352 Saya tak mahu ganggu klien awak. Seperti yang saya janji. 133 00:07:15,436 --> 00:07:19,148 Tak mengganggu? Awak dah libatkan diri dalam kempen ini. 134 00:07:19,231 --> 00:07:23,360 Ya, tapi siapa sangka keadaan akan menjadi seteruk ini? 135 00:07:23,444 --> 00:07:24,445 Apa yang terjadi? 136 00:07:24,528 --> 00:07:26,655 AMI mahu dia dan Alfie di petak mereka, 137 00:07:26,739 --> 00:07:28,574 tapi semua tahu mereka dah berpisah. 138 00:07:28,657 --> 00:07:30,993 Saya dah beri amaran tentang ini, Emily. 139 00:07:31,076 --> 00:07:34,663 Kamu tayang hubungan kamu kepada umum 140 00:07:34,747 --> 00:07:36,540 dan kini bisnes saya terancam. 141 00:07:36,624 --> 00:07:40,961 Saya akan cuba betulkan, tapi saya tak pasti tentang Alfie. 142 00:07:41,670 --> 00:07:43,964 Dia tak mahu bercakap dengan saya 143 00:07:44,048 --> 00:07:46,175 dan sekat nombor dan Instagram saya. 144 00:07:46,258 --> 00:07:50,179 Setelah dimalukan begitu, siapa boleh salahkan dia? 145 00:07:50,262 --> 00:07:51,138 Okey, sudahlah. 146 00:07:51,222 --> 00:07:52,932 Saya perlu ke Maison Lavaux. 147 00:07:54,642 --> 00:07:55,518 Baiki keadaan. 148 00:08:03,484 --> 00:08:04,318 Voila. 149 00:08:04,902 --> 00:08:07,821 Kolaborasi pertama Maison Lavaux dan Baccarat. 150 00:08:09,573 --> 00:08:11,075 Sangat cantik. 151 00:08:11,617 --> 00:08:12,701 Wangiannya pula? 152 00:08:17,289 --> 00:08:18,207 Mengagumkan. 153 00:08:18,707 --> 00:08:20,376 Awak masih berbisa. 154 00:08:20,459 --> 00:08:21,377 Sudah ada nama? 155 00:08:22,127 --> 00:08:24,505 Mereka mahu nama Inggeris dan saya akur. 156 00:08:24,588 --> 00:08:25,965 "Crystal Heart" 157 00:08:28,175 --> 00:08:29,009 Kenapa? 158 00:08:29,093 --> 00:08:32,012 "Crystal Heart" seperti nama penari bogel Amerika. 159 00:08:32,096 --> 00:08:33,347 Malah murahan pula. 160 00:08:33,430 --> 00:08:34,390 Nama komersial. 161 00:08:34,473 --> 00:08:35,891 Nama itu teruk, Antoine. 162 00:08:36,892 --> 00:08:38,936 Apa pendapat Catherine? Tentu dia setuju. 163 00:08:40,229 --> 00:08:41,564 Catherine tak terlibat. 164 00:08:42,606 --> 00:08:44,066 Dia mahu bercerai. 165 00:08:44,650 --> 00:08:45,568 Merde. 166 00:08:46,694 --> 00:08:47,528 Saya simpati. 167 00:08:48,612 --> 00:08:49,530 Saya terkejut. 168 00:08:50,114 --> 00:08:51,365 Betulkah? 169 00:08:51,448 --> 00:08:52,533 Tak juga. 170 00:08:55,369 --> 00:08:56,912 Maison Lavaux bagaimana? 171 00:08:56,996 --> 00:08:58,414 Keluarganya melabur… 172 00:08:58,497 --> 00:09:01,041 Sebab itu Crystal Heart harus berjaya. 173 00:09:01,125 --> 00:09:02,251 Bukan dengan nama itu. 174 00:09:02,334 --> 00:09:03,168 Baik, Sylvie, 175 00:09:03,252 --> 00:09:07,423 jika awak tak boleh buat, mungkin saya patut cari orang lain… 176 00:09:08,716 --> 00:09:12,720 Maaf. Saya tak berniat untuk mengganggu. 177 00:09:12,803 --> 00:09:13,887 Tak mengapa. 178 00:09:14,680 --> 00:09:17,057 Alfie, saya nak berbincang dengan kamu. 179 00:09:17,141 --> 00:09:18,726 Kamu ingat tentang AMI, 180 00:09:18,809 --> 00:09:22,271 klien kami yang kamu dan Emily guna untuk umumkan hubungan? 181 00:09:22,354 --> 00:09:24,982 Itu idea dia, bukan saya. 182 00:09:25,065 --> 00:09:27,234 Saya tahu kamu berdua tak bertegur, 183 00:09:27,318 --> 00:09:30,529 tapi AMI ada permintaan berkaitan kempen mereka 184 00:09:30,613 --> 00:09:33,032 yang melibatkan kamu dan Emily. 185 00:09:33,115 --> 00:09:35,951 Itu bukan masalah saya. 186 00:09:36,702 --> 00:09:38,787 Kamu bercinta dengan rakan sekerja. 187 00:09:41,081 --> 00:09:43,208 Saya bukan yang pertama buat begitu. 188 00:09:43,292 --> 00:09:44,501 Betul, bukan? 189 00:09:44,585 --> 00:09:48,005 Bukankah kamu berdua juga pernah bersama suatu masa dahulu? 190 00:09:48,672 --> 00:09:52,509 Alfie, jangan biar emosi mempengaruhi keputusan kamu. 191 00:09:53,302 --> 00:09:56,013 Ini mungkin akan menghancurkan Emily. 192 00:09:56,096 --> 00:09:57,139 Betul cakap dia. 193 00:09:57,222 --> 00:09:58,807 Mungkin kamu tawar hati sekarang, 194 00:09:58,891 --> 00:10:01,727 tapi siapa tahu perasaan itu akan kembali nanti. 195 00:10:03,270 --> 00:10:05,648 Okey. Jumpa lagi. 196 00:10:07,066 --> 00:10:08,692 Saya percayakan kamu. 197 00:10:20,079 --> 00:10:21,163 Pertama sekali, 198 00:10:21,246 --> 00:10:25,376 tahniah kerana terpilih mewakili Perancis ke Eurovision. 199 00:10:25,459 --> 00:10:27,378 - Merci. Terima kasih. - Merci. 200 00:10:27,461 --> 00:10:29,046 Tahniah dah selesai. 201 00:10:29,838 --> 00:10:31,048 Masa untuk bekerja. 202 00:10:31,131 --> 00:10:34,134 Banyak yang kamu perlu buat menjelang pertandingan. 203 00:10:34,218 --> 00:10:37,680 Kamu perlu rakam lagu, cipta konsep pentas, 204 00:10:37,763 --> 00:10:40,057 upah koreografer, penari. 205 00:10:40,849 --> 00:10:42,601 Kamu ada pakar piroteknik? 206 00:10:42,685 --> 00:10:43,602 Piro… 207 00:10:44,687 --> 00:10:45,521 Tiada. 208 00:10:45,604 --> 00:10:46,522 Cari sekarang. 209 00:10:46,605 --> 00:10:48,399 - Okey. - Tumpang tanya. 210 00:10:48,482 --> 00:10:50,359 Semua ini menarik, tapi… 211 00:10:50,442 --> 00:10:52,236 Berapa bajet yang kami ada? 212 00:10:52,319 --> 00:10:53,153 Betul. 213 00:10:53,237 --> 00:10:54,571 Kamu yang patut beritahu, 214 00:10:57,241 --> 00:10:58,867 Kami perlu bayar sendiri? 215 00:10:59,493 --> 00:11:02,162 Langkah penjimatan bermaksud dana kita terhad. 216 00:11:03,122 --> 00:11:04,790 Rakyat merusuh demi pencen, 217 00:11:04,873 --> 00:11:07,876 tapi mengapa tiada rusuhan untuk dana Eurovision? 218 00:11:10,879 --> 00:11:12,005 Entahlah. 219 00:11:13,340 --> 00:11:15,259 Puan, soalan yang bagus. 220 00:11:16,885 --> 00:11:20,264 Jika kamu ada masalah dana, beritahu saya sekarang. 221 00:11:20,347 --> 00:11:23,392 - Tidak, jangan risau. Kami akan usahakan. - Ya. 222 00:11:23,475 --> 00:11:24,518 Apa? Bagaimana? 223 00:11:26,728 --> 00:11:29,148 Tak sangka betul. Apa kita nak buat? 224 00:11:29,231 --> 00:11:32,192 Tiada bantuan kerajaan? Adakah ini Amerika? 225 00:11:32,943 --> 00:11:34,903 Kalian, kita boleh lakukannya. 226 00:11:34,987 --> 00:11:39,450 Kita perlu busking lebih banyak lagi. Lima, enam hari seminggu. Malam juga. 227 00:11:39,533 --> 00:11:40,742 Mulai malam ini? 228 00:11:40,826 --> 00:11:42,411 Saya nak jumpa Nicolas. 229 00:11:42,494 --> 00:11:43,954 Mintalah duit dari dia. 230 00:11:44,037 --> 00:11:45,205 Dia bukan ATM. 231 00:11:45,289 --> 00:11:48,125 Bapa dia seorang jutawan, Mindy. 232 00:11:48,208 --> 00:11:51,170 Walaupun dia kacak, awak tetap boleh kikis dia. 233 00:11:51,253 --> 00:11:52,546 Sambil menyelam minum air. 234 00:11:52,629 --> 00:11:55,215 Kita tak perlu duit dia. Kita usaha sendiri. 235 00:11:55,299 --> 00:11:57,509 Ya. Tak apa. Saya akan fikir sesuatu. 236 00:12:12,357 --> 00:12:14,193 Alfie. Hai. 237 00:12:14,276 --> 00:12:15,402 Apakah ini, Cooper? 238 00:12:15,486 --> 00:12:18,739 Bila awak nak beritahu yang muka saya akan terpampang, 239 00:12:18,822 --> 00:12:21,366 melihat awak seperti saya dilamun cinta? 240 00:12:21,450 --> 00:12:24,161 Saya pun terkejut juga. 241 00:12:24,244 --> 00:12:25,287 Tolong turunkan. 242 00:12:25,370 --> 00:12:27,080 Bukan saya tak mahu. Tapi… 243 00:12:27,789 --> 00:12:29,458 Alfie, boleh kita bercakap? 244 00:12:29,541 --> 00:12:31,835 Ia berada di luar gimnasium saya. 245 00:12:31,919 --> 00:12:34,171 Ini saja tempat saya boleh lupakan awak. 246 00:12:34,838 --> 00:12:37,758 Tolonglah padam iklan itu. 247 00:12:52,231 --> 00:12:53,065 Alfie! 248 00:12:54,149 --> 00:12:55,651 Alfie, kita perlu berbincang. 249 00:12:55,734 --> 00:12:57,027 Cooper. Apa yang… 250 00:12:59,112 --> 00:13:00,781 Alamak, awak okey? 251 00:13:01,406 --> 00:13:04,117 Ais! Kami perlukan ais! Glace. 252 00:13:04,952 --> 00:13:06,620 Alamak, bukan, itu aiskrim. 253 00:13:07,746 --> 00:13:08,914 Awak tak apa-apa? 254 00:13:13,001 --> 00:13:14,836 Tak apa, saya tak perlukan itu. 255 00:13:14,920 --> 00:13:17,297 Nanti bengkak pula. Biar saya tolong. 256 00:13:22,052 --> 00:13:24,930 Awak cuma tak mahu saya bengkak depan kamera esok. 257 00:13:26,265 --> 00:13:27,307 Begitukah? 258 00:13:27,391 --> 00:13:28,225 Apa? 259 00:13:28,308 --> 00:13:32,145 Sylvie beritahu saya tentang Roland-Garros. AMI? 260 00:13:33,814 --> 00:13:35,107 Saya tak datang sebab itu. 261 00:13:35,190 --> 00:13:36,316 Betulkah? 262 00:13:37,693 --> 00:13:39,319 Lupakan tentang AMI. 263 00:13:40,112 --> 00:13:42,698 Itu masalah saya, biar saya uruskan. Okey? 264 00:13:42,781 --> 00:13:43,865 Awak… 265 00:13:44,449 --> 00:13:46,827 Awak lebih penting daripada kempen itu. 266 00:13:46,910 --> 00:13:49,997 Saya tahu awak marah, tapi boleh kita cakap tentang insiden itu? 267 00:13:51,206 --> 00:13:52,040 Okey, baiklah. 268 00:13:53,417 --> 00:13:54,251 Saya cuma… 269 00:13:56,378 --> 00:13:57,754 Saya perlukan masa. 270 00:13:59,840 --> 00:14:00,757 Okey? 271 00:14:02,175 --> 00:14:03,010 Baiklah. 272 00:14:06,013 --> 00:14:08,348 Janji awak takkan hilangkan diri? 273 00:14:09,891 --> 00:14:10,934 Awak takkan benarkan. 274 00:14:12,019 --> 00:14:13,604 Saya minta maaf sangat. 275 00:14:15,147 --> 00:14:17,774 Saya tak pernah terfikir untuk sakiti awak. 276 00:14:34,166 --> 00:14:36,209 Selamat datang ke Laurent G à Paris! 277 00:14:36,293 --> 00:14:37,210 Ini tempatnya? 278 00:14:37,294 --> 00:14:38,128 Ya. 279 00:14:40,172 --> 00:14:42,966 Dipilih sendiri oleh Louis de Leon. 280 00:14:44,217 --> 00:14:48,388 Dia kenal pemiliknya dan dapat tawaran yang baik. 281 00:14:49,306 --> 00:14:50,140 Cantik. 282 00:14:51,642 --> 00:14:53,185 Awak masih belum nampak. 283 00:14:53,769 --> 00:14:56,396 Ini bukan kelab pantai, lebih seperti kelab layar. 284 00:14:56,480 --> 00:14:57,731 Apa pun… 285 00:14:57,814 --> 00:14:58,774 kabana, 286 00:14:59,650 --> 00:15:00,567 kerusi lipat, 287 00:15:00,651 --> 00:15:02,819 pelayan seksi 288 00:15:02,903 --> 00:15:04,488 dengan pakaian ditempah khas… 289 00:15:05,238 --> 00:15:06,573 oleh pereka JVMA. 290 00:15:06,657 --> 00:15:07,491 Ya. 291 00:15:08,533 --> 00:15:11,203 Louis banyak berbelanja untuk ini. 292 00:15:11,995 --> 00:15:13,163 Apa maksud awak? 293 00:15:13,246 --> 00:15:16,416 Saya dah beritahu apa terjadi kali terakhir kami bekerjasama. 294 00:15:16,500 --> 00:15:18,001 Saya tahu dia tak suka saya, 295 00:15:18,085 --> 00:15:20,170 saya tak mahu dia hukum awak pula. 296 00:15:20,253 --> 00:15:22,172 Awak tak rasa itu keterlaluan? 297 00:15:22,798 --> 00:15:24,967 Louis de Leon ialah jutawan. Dia tak kisah. 298 00:15:25,050 --> 00:15:27,427 Saya tak tahu apa antara kamu berdua, tapi 299 00:15:28,679 --> 00:15:31,014 saya yakin dia sudah lupakannya. 300 00:15:32,015 --> 00:15:32,975 Mungkin betul. 301 00:15:34,851 --> 00:15:36,395 Saya masih tak yakin. 302 00:15:36,478 --> 00:15:38,438 Jadi marilah bercakap dengan dia. 303 00:15:38,522 --> 00:15:42,776 Dia jemput kita ke bilik khas JVMA di Roland-Garros esok. 304 00:15:42,859 --> 00:15:44,361 Klien saya juga di situ. 305 00:15:44,945 --> 00:15:47,155 Saya tahu awak sibuk. 306 00:15:47,239 --> 00:15:50,158 Beri kami sepuluh minit saja. Boleh? 307 00:15:50,242 --> 00:15:51,785 Tolonglah, Sylvie. 308 00:15:52,744 --> 00:15:54,579 - Baik. - Saya perlukan awak. 309 00:15:54,663 --> 00:15:56,873 Baiklah. Saya akan datang. 310 00:16:03,714 --> 00:16:06,258 Awak boleh cari duit lebih dengan kerja gig. 311 00:16:06,341 --> 00:16:07,759 Seperti menghantar surat. 312 00:16:07,843 --> 00:16:10,387 Tidak, ekonomi gig hanya penipuan, Em. 313 00:16:10,470 --> 00:16:13,724 Bukan saja pekerja, malah syarikat juga tak untung. 314 00:16:13,807 --> 00:16:15,809 Boleh jual gambar kaki, tapi… 315 00:16:16,685 --> 00:16:19,730 saya tak sanggup buat seperti di zaman sekolah lagi. 316 00:16:19,813 --> 00:16:22,482 Awak memang banyak pengalaman. 317 00:16:23,233 --> 00:16:25,193 Awak tak mahu tanya Nico? 318 00:16:25,277 --> 00:16:26,611 Tidak, rasa janggal. 319 00:16:27,112 --> 00:16:30,907 Lagipun, dia sudah beri saya hadiah mahal sewaktu makan malam. 320 00:16:32,075 --> 00:16:32,909 Saya tahu. 321 00:16:32,993 --> 00:16:33,952 Busana couture. 322 00:16:35,746 --> 00:16:37,789 "Peraturan bilik JVMA pada Terbuka Perancis 323 00:16:37,873 --> 00:16:40,125 ialah semua harus memakai rekaan JVMA." 324 00:16:40,208 --> 00:16:41,334 "Sayang, Nicolas." 325 00:16:42,210 --> 00:16:43,879 Aduhai, "Sayang"? 326 00:16:43,962 --> 00:16:46,006 Itu ialah istilah tenis. 327 00:16:46,089 --> 00:16:48,508 Jangan berangan tentang pakaian pengapit. 328 00:16:49,217 --> 00:16:51,803 Apa-apa pun, awak suka baju ini? 329 00:16:51,887 --> 00:16:54,389 Nampak seperti gaya Kate Middleton, tapi, 330 00:16:54,473 --> 00:16:55,724 tetap busana couture. 331 00:16:55,807 --> 00:16:57,017 Awak nak pakai apa? 332 00:16:57,976 --> 00:16:59,770 Saya tak risau tentang itu. 333 00:16:59,853 --> 00:17:02,731 Jika kempen ini gagal, mungkin Julien akan berhenti. 334 00:17:02,814 --> 00:17:05,275 Saya tak tahu jika Alfie akan datang. 335 00:17:05,358 --> 00:17:09,112 Tak sangka awak cuba yakinkan bekas kekasih demi rakan sekerja. 336 00:17:09,196 --> 00:17:11,073 Pergantungan korporat itu penyakit. 337 00:17:11,156 --> 00:17:12,741 Dia bukan bekas kekasih saya. 338 00:17:13,658 --> 00:17:14,618 Belum lagi. 339 00:17:14,701 --> 00:17:18,413 Saya bukan terlalu bergantung, saya cuma sangat berdedikasi. 340 00:17:19,372 --> 00:17:21,708 - Lihat. Ini dipanggil Zepeto. - Apa? 341 00:17:21,792 --> 00:17:25,253 Aplikasi realiti maya yang saya guna untuk buat saya dan Alfie bercium 342 00:17:25,337 --> 00:17:27,714 supaya kami boleh berada di sana secara maya, 343 00:17:27,798 --> 00:17:29,257 jika dia tak datang. 344 00:17:30,258 --> 00:17:32,511 Avatar Alfie tak bencikan awak. 345 00:17:32,594 --> 00:17:34,137 Kalaulah itu benar. 346 00:17:34,221 --> 00:17:37,682 Hei, jika dia tak datang dan awak perlu cium seseorang, 347 00:17:37,766 --> 00:17:38,934 saya boleh buat. 348 00:17:39,017 --> 00:17:40,352 Berapa AMI akan bayar? 349 00:17:40,435 --> 00:17:42,437 Tak cukup untuk dana Eurovision. 350 00:17:42,521 --> 00:17:43,688 Malang sekali. 351 00:17:43,772 --> 00:17:44,981 Saya tetap sanggup. 352 00:17:45,065 --> 00:17:46,608 Awak memang baik hati. 353 00:17:58,078 --> 00:17:59,454 Alfie. 354 00:17:59,538 --> 00:18:01,748 Kenapa dengan mata awak? Awak okey? 355 00:18:03,208 --> 00:18:04,793 Awak kata awak kawan saya. 356 00:18:07,671 --> 00:18:09,422 Kemudian awak tipu saya. 357 00:18:12,926 --> 00:18:13,927 Saya tak tipu awak. 358 00:18:15,137 --> 00:18:18,265 Selepas awak dan Emily bersama, kami tiada apa-apa. 359 00:18:18,348 --> 00:18:19,182 Saya bersumpah. 360 00:18:19,266 --> 00:18:20,142 Camille kata… 361 00:18:20,225 --> 00:18:22,102 Camille cuma mengarut saja. 362 00:18:22,185 --> 00:18:24,604 Emily dan saya sudah lama tiada hubungan. 363 00:18:24,688 --> 00:18:25,939 Sebelum kamu bertemu lagi. 364 00:18:28,942 --> 00:18:30,652 Awak tiada perasaan terhadap dia? 365 00:18:31,278 --> 00:18:34,489 Alfie, saya memang kawan awak, dan kawan Emily. 366 00:18:35,198 --> 00:18:37,742 Saya mahu kamu bahagia. Awak patut bersama dia. 367 00:18:37,826 --> 00:18:39,661 Tapi bukan itu soalan saya. 368 00:18:46,376 --> 00:18:50,255 Perasaan saya tak penting. 369 00:18:51,631 --> 00:18:54,301 Saya takkan masuk campur. Muktamad. 370 00:18:57,304 --> 00:18:59,306 Maaf, saya perlu tutup restoran. 371 00:19:30,921 --> 00:19:33,381 Mindy Chen. Gembira dapat berjumpa awak. 372 00:19:33,465 --> 00:19:36,551 Terima kasih kerana jemput saya. Bilik ini cantik. 373 00:19:36,635 --> 00:19:37,719 Kamu pun sama. 374 00:19:37,802 --> 00:19:39,179 Adakah ini rekaan kita? 375 00:19:39,262 --> 00:19:42,265 Ya. Hadiah daripada anak kamu yang baik hati. 376 00:19:42,891 --> 00:19:44,976 Citarasa yang bagus, Nicolas. 377 00:19:45,852 --> 00:19:47,187 Saya pun fikir begitu. 378 00:19:48,271 --> 00:19:52,317 Mari kita ambil gambar bersama sebelum adik kamu jumpa bar. 379 00:19:53,401 --> 00:19:54,277 Marilah. 380 00:20:07,374 --> 00:20:08,333 Emily, bonjour. 381 00:20:09,626 --> 00:20:10,460 Boleh saya duduk? 382 00:20:10,543 --> 00:20:13,630 Ini tempat Alfie. Jika dia datang. 383 00:20:15,924 --> 00:20:18,218 Maaf. Saya sedikit tertekan. 384 00:20:18,301 --> 00:20:19,761 Mahu saya ambil minuman? 385 00:20:20,345 --> 00:20:22,389 Boleh juga. Terima kasih. 386 00:20:24,516 --> 00:20:27,185 Emily? Georges mahu ucap helo. 387 00:20:27,894 --> 00:20:28,728 Hai. 388 00:20:28,812 --> 00:20:29,854 Bonjour, Emily. 389 00:20:30,814 --> 00:20:33,817 Terima kasih untuk tempat ini. Saya suka tenis. 390 00:20:33,900 --> 00:20:35,235 Semua orang suka. 391 00:20:35,318 --> 00:20:36,319 Di mana Alfie? 392 00:20:37,529 --> 00:20:39,656 Kesesakan trafik. Dia akan sampai. 393 00:20:39,739 --> 00:20:41,366 Harap-harap tak lama lagi. 394 00:20:41,950 --> 00:20:45,120 Terima kasih sekali lagi untuk idea kamera itu. 395 00:20:45,203 --> 00:20:48,248 Ia ada di sana. Awak boleh nampak? 396 00:20:49,958 --> 00:20:52,544 Ya, memang tepat ke arah muka kita. 397 00:20:54,212 --> 00:20:56,589 Jumpa awak di skrin besar nanti. 398 00:21:03,596 --> 00:21:05,765 Saya tak pasti Alfie akan datang. 399 00:21:05,849 --> 00:21:06,975 Apa? 400 00:21:07,058 --> 00:21:10,103 Tapi tak mengapa, kerana saya rancangan sandaran. 401 00:21:10,186 --> 00:21:12,397 Saya gunakan aplikasi realiti maya 402 00:21:12,480 --> 00:21:15,400 untuk cipta avatar Alfie dan saya bercium di tempat duduk. 403 00:21:15,483 --> 00:21:16,943 Sangat comel. Nampak? 404 00:21:18,695 --> 00:21:20,488 Itu bukan comel. Itu teruk. 405 00:21:21,072 --> 00:21:24,784 Saya boleh cakap dengan Georges. Ini kesalahan saya. 406 00:21:25,452 --> 00:21:28,413 Tidak, jangan dekati klien saya. 407 00:21:29,914 --> 00:21:34,502 Emily, ini kali terakhir awak masuk campur urusan saya. 408 00:21:43,053 --> 00:21:44,554 Dia sangat menarik, Nicolas. 409 00:21:44,637 --> 00:21:46,264 Saya tahu, Papa. Saya dah kata. 410 00:21:47,015 --> 00:21:52,979 Maaf kerana gagal fokus sewaktu kita berjumpa sebelum ini. 411 00:21:53,063 --> 00:21:55,231 Dia separuh bogel di kedai Cadault. 412 00:21:55,315 --> 00:21:57,942 Nasib baik kali ini dia berpakaian elok. 413 00:21:58,860 --> 00:22:00,570 Terima kasih kepada kamu. 414 00:22:02,530 --> 00:22:03,365 Syabas. 415 00:22:04,240 --> 00:22:06,951 Itu pun dia. Kami baru bercakap tentang kamu. 416 00:22:10,955 --> 00:22:12,165 Jangan salah sangka. 417 00:22:12,248 --> 00:22:14,834 Jangan tipu saya. Sangkaan saya tepat. 418 00:22:14,918 --> 00:22:19,923 Awak beri saya pakaian ini supaya nampak lebih sopan di depan ayah awak? 419 00:22:20,006 --> 00:22:20,840 Tidak. 420 00:22:22,634 --> 00:22:23,510 Bukan begitu. 421 00:22:23,593 --> 00:22:24,594 Okey. 422 00:22:24,677 --> 00:22:28,056 Dia terlalu taasub dengan imej baik keluarga kami, 423 00:22:28,139 --> 00:22:29,724 dan ramai wartawan di sini. 424 00:22:30,934 --> 00:22:34,270 Dia ada cakap perkara tak baik tentang pakaian awak 425 00:22:34,354 --> 00:22:35,897 semasa pelancaran Cadault, 426 00:22:35,980 --> 00:22:37,941 saya tak mahu itu berlaku lagi. 427 00:22:38,900 --> 00:22:39,984 Maafkan saya. 428 00:22:40,068 --> 00:22:41,528 Selepas ini, kita akan… 429 00:22:41,611 --> 00:22:46,157 Jadi, awak tak pertahankan saya, malah awak fikir saya yang bermasalah? 430 00:22:47,117 --> 00:22:48,284 Baguslah. 431 00:22:48,409 --> 00:22:51,538 Tak sangka saya rasa murah dengan pakaian semahal ini. 432 00:22:52,831 --> 00:22:54,040 Mindy, tunggu dulu. 433 00:22:54,124 --> 00:22:57,961 Awak tak mahu saya berada di sini dalam keadaan marah dan mabuk. 434 00:22:58,628 --> 00:23:01,965 Tapi selepas ini, saya akan pakai sesuka hati saya. 435 00:23:06,845 --> 00:23:10,807 Terima kasih untuk hari yang sangat membuka mata ini. 436 00:23:26,447 --> 00:23:30,660 EMILY AWAK TAK JADI DATANG? 437 00:23:33,079 --> 00:23:33,913 Tengok. 438 00:23:35,039 --> 00:23:36,791 Itu dia. Musuh ketat awak. 439 00:23:36,875 --> 00:23:38,126 Saya perlukan minuman. 440 00:23:40,253 --> 00:23:41,087 Merci. 441 00:23:43,631 --> 00:23:45,300 Apa yang saya buat ini? 442 00:23:46,176 --> 00:23:48,511 Kenapa Julien ada di bilik JVMA? 443 00:23:48,595 --> 00:23:50,263 Awak membuat keputusan yang tepat. 444 00:23:50,346 --> 00:23:53,516 Harap begitulah. Sylvie banyak bantu saya. Tentu dia marah. 445 00:23:53,600 --> 00:23:55,101 Adakah kesetiaan awak dibalas? 446 00:23:56,311 --> 00:23:58,479 Sylvie seorang yang mementingkan diri. 447 00:24:00,565 --> 00:24:01,399 Tak. 448 00:24:01,482 --> 00:24:03,276 Betul cakap awak. Dia nampak marah. 449 00:24:04,110 --> 00:24:06,487 Saya akan pergi ke sana. 450 00:24:10,700 --> 00:24:11,534 Apa semua ini? 451 00:24:12,952 --> 00:24:14,287 JVMA tawarkan saya kerja. 452 00:24:14,370 --> 00:24:16,664 Kenaikan pangkat. Lebih banyak wang. 453 00:24:18,166 --> 00:24:19,834 Ini memang cara mereka. 454 00:24:19,918 --> 00:24:21,544 Mulanya melabur kelab suami… 455 00:24:22,545 --> 00:24:23,379 …sekarang ini. 456 00:24:23,922 --> 00:24:25,423 Mereka mahu hukum saya. 457 00:24:25,506 --> 00:24:26,341 Hukum kamu? 458 00:24:27,342 --> 00:24:28,301 Ya, kerana Pierre. 459 00:24:28,384 --> 00:24:30,136 Itu saja sebab mereka mahukan saya? 460 00:24:30,220 --> 00:24:31,596 Tidak, kamu sangat berbakat. 461 00:24:31,679 --> 00:24:33,389 Untung siapa yang dapat kamu. 462 00:24:33,473 --> 00:24:34,557 Tapi ini… 463 00:24:34,641 --> 00:24:36,309 Mereka tak mahukan saya sebab itu. 464 00:24:36,392 --> 00:24:37,310 Ini tentang kamu. 465 00:24:37,393 --> 00:24:39,187 Semuanya tentang kamu, bukan? 466 00:24:39,270 --> 00:24:41,773 Julien, bukan begitu. 467 00:24:41,856 --> 00:24:43,483 Ini sangat mudah rupanya. 468 00:24:43,566 --> 00:24:44,692 Saya berhenti. 469 00:24:44,776 --> 00:24:46,069 Semoga berjaya dengan AMI. 470 00:24:46,152 --> 00:24:47,820 Emily dah rosakkan semuanya. 471 00:24:50,365 --> 00:24:52,992 Emily - SYLVIE, MAAFKAN SAYA ALFIE TAKKAN DATANG 472 00:24:54,202 --> 00:24:55,036 Awak dah sedia? 473 00:24:55,119 --> 00:24:56,496 Tak, saya nak ke bilik AMI. 474 00:24:56,579 --> 00:24:57,455 Ada masalah. 475 00:25:06,047 --> 00:25:07,465 Cinta mula berputik 476 00:25:08,466 --> 00:25:10,301 Di mana pun aku melihat 477 00:25:13,721 --> 00:25:15,473 Cinta sedang berputik 478 00:25:16,140 --> 00:25:19,018 Semua yang ku lihat dan dengari 479 00:25:21,521 --> 00:25:24,816 Aku tak tahu jika aku sedang buat perkara bodoh 480 00:25:25,900 --> 00:25:28,152 Tak tahu jika aku sedang buat perkara bijak 481 00:25:28,236 --> 00:25:30,989 - Bonjour, Cooper. - Awak datang. 482 00:25:31,572 --> 00:25:33,491 Dia dah sampai. Beritahu Julien. 483 00:25:35,243 --> 00:25:36,828 Saya sangat berterima kasih. 484 00:25:36,911 --> 00:25:41,040 Mereka akan mainkan iklan kita dan kita perlu bercium. 485 00:25:41,624 --> 00:25:44,669 Sebenarnya, saya mahu cakap dengan awak. 486 00:25:45,878 --> 00:25:48,715 Okey. Kita ada 30 saat. 487 00:25:48,798 --> 00:25:51,217 Begini, reaksi saya memang keterlaluan. 488 00:25:51,301 --> 00:25:53,136 Saya tak patut lari begitu. 489 00:25:53,219 --> 00:25:55,346 Awak tak perlu minta maaf. 490 00:25:55,430 --> 00:25:57,432 Tapi, apa yang Camille katakan itu… 491 00:25:58,599 --> 00:26:02,645 Saya akan sentiasa berjaga-jaga dalam hubungan ini. 492 00:26:03,354 --> 00:26:05,523 Takut kehilangan awak, kepada dia. 493 00:26:06,858 --> 00:26:09,360 Saya pernah ada perasaan terhadap Gabriel, 494 00:26:10,403 --> 00:26:11,904 tapi lihatlah kita. 495 00:26:13,072 --> 00:26:14,032 Itu nyata. 496 00:26:14,115 --> 00:26:15,825 Bukan dibuat-buat. 497 00:26:15,908 --> 00:26:17,035 Cinta mula berputik 498 00:26:19,787 --> 00:26:21,080 Cinta mula berputik 499 00:26:27,420 --> 00:26:28,880 Alfie, awak okey? 500 00:26:31,716 --> 00:26:34,677 Saya sangka saya boleh lupakannya. 501 00:26:36,012 --> 00:26:37,847 Saya memang mahu. 502 00:26:39,140 --> 00:26:40,183 Tapi tak boleh. 503 00:26:40,850 --> 00:26:44,270 Saya sentiasa akan rasa perkara buruk akan berlaku. 504 00:26:47,148 --> 00:26:48,149 Maafkan saya. 505 00:26:51,444 --> 00:26:52,570 Jadi ini… 506 00:26:52,653 --> 00:26:54,447 Ini kesudahannya? 507 00:26:54,530 --> 00:26:55,948 Hubungan kita dah berakhir? 508 00:26:56,866 --> 00:26:59,327 Kita akan sentiasa jadi pasangan AMI. 509 00:27:00,912 --> 00:27:05,833 Saya tak pandai bahasa Perancis, tapi saya pun tahu "ami" bermaksud kawan. 510 00:27:12,882 --> 00:27:18,596 CINTA MULA BERPUTIK KAMERA CIUMAN - AMI 511 00:27:49,252 --> 00:27:53,673 Tahniah, Alfie. Iklan itu berjaya. 512 00:27:53,756 --> 00:27:56,134 Kamu dan Emily adalah simbol percintaan. 513 00:27:56,217 --> 00:27:59,095 Tidak. Sebenarnya, kami dah putus. 514 00:28:00,638 --> 00:28:03,266 Itu bukan percintaan, itu cuma… 515 00:28:05,017 --> 00:28:05,852 kekecewaan. 516 00:28:19,740 --> 00:28:20,575 Bonjour. 517 00:28:20,658 --> 00:28:22,118 Selamat datang ke Vestiaire. 518 00:28:22,201 --> 00:28:23,953 - Nama kamu? - Mindy Chen. 519 00:28:24,036 --> 00:28:27,331 Saya ada temu janji. Emily Cooper yang berikan nama saya. 520 00:28:27,415 --> 00:28:29,250 Baiklah. Mari kita lihat. 521 00:28:30,251 --> 00:28:32,795 Sungguh cantik. Ini busana couture, bukan? 522 00:28:32,879 --> 00:28:35,131 Ya. Belum dijual di kedai lagi. 523 00:28:35,214 --> 00:28:36,841 Berapa saya boleh dapat untuk ini? 524 00:28:36,924 --> 00:28:40,928 Saya perlu tanya pengurus, tapi rasanya tak kurang daripada €3,000. 525 00:28:41,888 --> 00:28:42,722 Tunggu sebentar. 526 00:28:50,062 --> 00:28:54,442 MINDY - SAYA MUNGKIN DAPAT SEDIKIT WANG UNTUK EUROVISION 527 00:28:58,112 --> 00:29:01,324 BAYARAN MASUK! SEJUMLAH €3258.00 AKAN DIMASUKKAN 528 00:29:05,495 --> 00:29:07,121 TAK DIJAWAB 2 MESEJ BAHARU 529 00:29:08,956 --> 00:29:10,666 ANTOINE BAGAIMANA DENGAN HEARTBREAK? 530 00:29:11,751 --> 00:29:14,003 SYLVIE SAYA BOLEH JUAL NAMA ITU. 531 00:29:14,837 --> 00:29:16,422 MEL SUARA TIDAK DIKENALI 532 00:29:17,882 --> 00:29:21,177 Helo, Cik Grateau. Saya Noëlle Regnier dari Le Monde. 533 00:29:21,260 --> 00:29:23,346 Saya sedang mengkaji tentang Louis de Leon. 534 00:29:23,429 --> 00:29:27,058 Nampaknya dia pernah ada sejarah "rumit" dengan pekerja wanita. 535 00:29:27,141 --> 00:29:31,312 Saya tahu awak pernah bekerja dengannya dahulu dan baru-baru ini. 536 00:29:31,395 --> 00:29:34,023 Saya ingin bertanya tentang pengalaman awak. 537 00:29:49,163 --> 00:29:50,122 Saya tak tahu… 538 00:29:50,206 --> 00:29:52,124 Saya akan telefon semula nanti. 539 00:29:52,208 --> 00:29:53,251 Saya tak tahu. 540 00:29:53,793 --> 00:29:54,627 Okey. 541 00:29:56,170 --> 00:29:57,255 Okey. Merci. 542 00:29:59,006 --> 00:29:59,841 Oui. 543 00:30:02,301 --> 00:30:03,261 Semuanya okey? 544 00:30:04,011 --> 00:30:06,389 Ibu Camille telefon. Dia tidak keruan. 545 00:30:07,890 --> 00:30:10,017 - Tiada sesiapa tahu dia di mana. - Apa? 546 00:30:10,101 --> 00:30:13,271 Itu tiga hari lalu. Tentu ada orang dah jumpa dia. 547 00:30:13,354 --> 00:30:15,940 Awak tak faham, Emily. Camille dah hilang. 548 00:30:18,526 --> 00:30:19,360 Alamak. 549 00:30:58,190 --> 00:31:03,195 Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi