1 00:00:20,980 --> 00:00:24,942 GABRIEL AWAK GANGGU PERHATIAN SAYA 2 00:00:27,653 --> 00:00:34,368 EMILY LEKASLAH SIAPKAN 3 00:00:34,952 --> 00:00:40,124 GABRIEL AWAK ADA TEMPAT LAIN UNTUK DITUJU? 4 00:00:47,507 --> 00:00:50,218 DI KATIL BERSAMA AWAK 5 00:01:01,854 --> 00:01:02,814 Tunggu dulu! 6 00:01:02,897 --> 00:01:05,525 Maaf. Tunggu dulu sebelum awak buka seluar dia. 7 00:01:05,608 --> 00:01:07,110 Alamak, Mindy. Hai. 8 00:01:07,193 --> 00:01:09,987 Saya sangka awak bersama Nicolas malam ini. 9 00:01:10,071 --> 00:01:10,905 Sebenarnya… 10 00:01:12,198 --> 00:01:13,282 Awak okey? 11 00:01:13,366 --> 00:01:14,784 Ya, saya okey. 12 00:01:14,867 --> 00:01:16,661 Saya boleh menangis di tangga. 13 00:01:16,744 --> 00:01:18,121 Apa yang terjadi? 14 00:01:19,038 --> 00:01:21,457 Saya dan Nicolas bergaduh besar dan… 15 00:01:22,917 --> 00:01:26,671 Kamu berdua berbincanglah. Saya tumpang simpati, Mindy. 16 00:01:28,131 --> 00:01:29,173 Terima kasih. 17 00:01:29,257 --> 00:01:30,424 - Maaf. - Tak apa. 18 00:01:36,889 --> 00:01:38,057 Apa yang terjadi? 19 00:01:39,976 --> 00:01:42,895 Selepas rencana tentang bapanya tersebar, 20 00:01:42,979 --> 00:01:45,231 keluarganya cuba pulihkan keadaan 21 00:01:45,314 --> 00:01:47,483 dan dia mahu saya pergi ke majlis amal 22 00:01:47,567 --> 00:01:51,237 dan ambil gambar bersama mereka. Saya kata, "Awak dah gila?" 23 00:01:51,320 --> 00:01:55,533 Saya tak mahu bersubahat dan dia tanya, "Awak rasa saya bersubahat?" 24 00:01:55,616 --> 00:01:58,661 Saya kata, "Mengambil gambar bersama takkan membantu." 25 00:01:58,744 --> 00:02:02,665 Ya. Betul juga cakap awak. 26 00:02:02,748 --> 00:02:04,876 Betul, bukan? Terima kasih. 27 00:02:04,959 --> 00:02:05,960 Kemudian… 28 00:02:07,170 --> 00:02:09,589 Maaf kerana mengganggu awak. 29 00:02:09,672 --> 00:02:12,508 Camille dan Sofia masih tinggal di rumah dia? 30 00:02:13,092 --> 00:02:13,926 Tentulah. 31 00:02:14,927 --> 00:02:16,304 Awak tak kisah? 32 00:02:17,305 --> 00:02:22,602 Saya tahu agak sesak di rumahnya, tapi hanya untuk sementara. 33 00:02:25,021 --> 00:02:27,940 Golongan biseksual, drama ibu mengandung. 34 00:02:28,524 --> 00:02:30,693 Awak dah jadi macam orang Perancis. 35 00:02:32,028 --> 00:02:33,029 Sangat bagus. 36 00:02:56,177 --> 00:02:57,219 Bonjour. 37 00:02:57,303 --> 00:02:59,263 Ada tiga penghuni dalam apartmen ini? 38 00:02:59,347 --> 00:03:01,098 Tak dibenarkan dalam kontrak. 39 00:03:01,182 --> 00:03:02,850 Saya tak faham maksud awak. 40 00:03:02,934 --> 00:03:04,685 Maaf, awak… 41 00:03:06,395 --> 00:03:08,689 Saya selalu nampak gadis ini masuk… 42 00:03:08,773 --> 00:03:09,690 Bonjour. 43 00:03:10,274 --> 00:03:14,820 Bukan, dia cuma seorang kawan! Dia melawat kami dari Greece. 44 00:03:14,904 --> 00:03:16,822 Kawan baik. Ya? 45 00:03:18,574 --> 00:03:20,493 Awak mahu sepotong quiche? 46 00:03:20,576 --> 00:03:22,453 Gabriel yang buat. Sangat enak. 47 00:03:23,454 --> 00:03:25,373 Semoga hari awak baik-baik saja. 48 00:03:25,456 --> 00:03:26,374 Jumpa lagi. 49 00:03:32,922 --> 00:03:34,048 Ya, itu saja. 50 00:03:34,131 --> 00:03:35,007 Jumpa lagi. 51 00:03:40,263 --> 00:03:41,764 Musnah begitu saja. 52 00:03:41,847 --> 00:03:44,183 JVMA tarik balik dana untuk kelab itu. 53 00:03:46,310 --> 00:03:49,772 Kita perlu batalkan pelancaran dan beritahu semua orang. 54 00:03:51,232 --> 00:03:52,233 Maaf, sayang. 55 00:03:52,316 --> 00:03:53,234 Tak perlulah. 56 00:03:55,111 --> 00:03:57,238 Semua ini tiada harapan dari awal lagi. 57 00:03:58,572 --> 00:04:00,491 Kenapa tak beritahu tentang Louis? 58 00:04:01,117 --> 00:04:03,369 Kita mahu kelab ini berjaya. 59 00:04:03,452 --> 00:04:05,329 Tidak, sebelum itu lagi. 60 00:04:05,413 --> 00:04:06,330 Saya suami awak. 61 00:04:08,332 --> 00:04:09,792 Awak boleh beritahu semuanya. 62 00:04:11,043 --> 00:04:12,670 Saya tak nak jadi mangsa. 63 00:04:13,296 --> 00:04:14,839 Kejayaan ini usaha saya. 64 00:04:15,965 --> 00:04:18,009 Saya mahu cipta sejarah sendiri. 65 00:04:19,427 --> 00:04:20,344 Saya faham. 66 00:04:22,263 --> 00:04:24,765 Saya bangga dengan pendirian awak. 67 00:04:30,896 --> 00:04:33,941 Ini lebih baik. Banyak yang terabai di St. Tropez. 68 00:04:47,163 --> 00:04:48,748 Itu dia hero saya! 69 00:04:48,831 --> 00:04:51,000 Dia takkan berdiam diri! 70 00:04:52,001 --> 00:04:55,338 Syarat pelaburan JVMA untuk saya menutup mulut, 71 00:04:55,421 --> 00:04:57,715 jadi Laurent G à Paris dah musnah. 72 00:04:57,798 --> 00:04:58,632 Apa? 73 00:04:59,467 --> 00:05:02,303 Tapi pelancaran kita minggu ini dan orang akan hadir. 74 00:05:02,386 --> 00:05:05,181 Ada lebih daripada 500 jemputan. 75 00:05:05,264 --> 00:05:08,559 Beritahu mereka. Tiada lokasi, tiada parti. 76 00:05:08,642 --> 00:05:10,686 Tak boleh mengalah semudah itu. 77 00:05:10,770 --> 00:05:12,730 Tentu ada tempat lain yang… 78 00:05:12,813 --> 00:05:14,231 Cukup, Emily. 79 00:05:27,620 --> 00:05:28,537 Helo, ibu. 80 00:05:29,246 --> 00:05:31,624 Boleh jumpa untuk makan tengah hari? 81 00:05:52,394 --> 00:05:54,105 Ini sangat teruk. 82 00:05:54,188 --> 00:05:57,066 Beberapa mesyuarat kita minggu ini dibatalkan. 83 00:05:57,149 --> 00:05:58,067 Betulkah? 84 00:05:58,651 --> 00:06:00,444 Agence Grateau terlalu kontroversi. 85 00:06:01,070 --> 00:06:04,865 Klien mahu lihat jenama mereka di media, bukan firma pemasaran. 86 00:06:04,949 --> 00:06:07,952 Kita masih ada satu klien hari ini. 87 00:06:09,328 --> 00:06:10,538 Tentu bukan Perancis. 88 00:06:15,167 --> 00:06:19,088 Seperti kalian tahu, Augustinus Bader, jenama penjagaan kulit terkenal, 89 00:06:19,171 --> 00:06:23,717 sering dikaitkan dengan selebriti macam Victoria Beckham dan Margot Robbie. 90 00:06:24,343 --> 00:06:27,054 Tapi kini, kami ingin merevolusikan kecantikan 91 00:06:27,138 --> 00:06:31,934 dengan syampu baru dirumuskan khas untuk wanita dalam julat umur yang khusus. 92 00:06:32,017 --> 00:06:35,104 Sangat bagus. Apa yang boleh kami bantu? 93 00:06:35,187 --> 00:06:38,858 Kami mencari agensi yang mampu mencari sudut baharu untuk… 94 00:06:38,941 --> 00:06:40,151 Rambut lama. 95 00:06:40,734 --> 00:06:42,653 Bukan "lama", tapi "matang"? 96 00:06:43,279 --> 00:06:45,739 Saya sudah mengimbas fail dan dapat satu idea. 97 00:06:46,824 --> 00:06:50,369 Cyndi Lauper. Biarkan warna sebenarmu menyinar. 98 00:06:50,452 --> 00:06:51,495 Ya. 99 00:06:51,579 --> 00:06:52,705 Lagu kegemaran semua. 100 00:06:53,289 --> 00:06:54,748 Biar saya hentikan. 101 00:06:54,832 --> 00:06:58,377 Saya suka Cyndi, tapi kami mencari sesuatu yang lebih mendalam 102 00:06:58,460 --> 00:07:00,296 untuk menarik klien kami. 103 00:07:00,379 --> 00:07:03,841 Mereka cita rasa tinggi, berjaya, penuh keyakinan. 104 00:07:03,924 --> 00:07:04,758 Berharta. 105 00:07:06,635 --> 00:07:09,430 Okey, berikan kami beberapa hari 106 00:07:09,513 --> 00:07:11,807 dan kami akan bawakan beberapa idea. 107 00:07:12,850 --> 00:07:13,934 Saya tak sabar. 108 00:07:19,440 --> 00:07:21,317 Bonjour, madame. Boleh saya bantu? 109 00:07:21,400 --> 00:07:23,486 Mula dengan bercakap bahasa Perancis. 110 00:07:24,028 --> 00:07:25,696 Saya mahu jumpa anak saya. 111 00:07:27,615 --> 00:07:29,658 Bonjour, Heloíse! Apa khabar? 112 00:07:30,826 --> 00:07:33,204 Awak tahu ini siapa? Inilah ibu Sylvie. 113 00:07:33,287 --> 00:07:34,580 La Reine de la Nuit. 114 00:07:35,789 --> 00:07:37,625 Ratu Malam? 115 00:07:37,708 --> 00:07:38,709 Ya. 116 00:07:38,792 --> 00:07:42,296 Pemilik salah satu kelab malam paling terkenal di Paris. 117 00:07:42,838 --> 00:07:43,839 Ibu. 118 00:07:46,342 --> 00:07:47,593 Apa ibu buat di sini? 119 00:07:47,676 --> 00:07:49,261 Patutnya kita berjumpa di kafe. 120 00:07:49,345 --> 00:07:52,014 Kamu lambat. Ibu tak suka menunggu di jalanan. 121 00:07:53,224 --> 00:07:54,934 - Okey. - Pergi. 122 00:07:55,017 --> 00:07:56,018 Ya. 123 00:08:00,439 --> 00:08:01,941 Itu ibu Sylvie? 124 00:08:02,024 --> 00:08:04,151 Dia sangat popular di zaman 70-an. 125 00:08:04,235 --> 00:08:05,819 Khabarnya dia ada hubungan sulit 126 00:08:05,903 --> 00:08:08,447 dengan Mick Jagger dan Rod Stewart serentak. 127 00:08:09,615 --> 00:08:12,243 Serentak atau "serentak"? 128 00:08:12,910 --> 00:08:13,953 Ya. 129 00:08:18,290 --> 00:08:19,124 Okey. 130 00:08:25,548 --> 00:08:26,966 Kamu tahu ini akan terjadi. 131 00:08:28,551 --> 00:08:30,386 Tak patut jumpa wartawan itu. 132 00:08:31,095 --> 00:08:32,972 Kamu patut jumpa ibu. 133 00:08:33,055 --> 00:08:36,600 Saya yakin ibu tentu beri sokongan kepada saya. 134 00:08:36,684 --> 00:08:39,103 Kamu yang selalu kata tindakan ibu salah. 135 00:08:39,728 --> 00:08:41,772 Tak, bukan tentang ibu. 136 00:08:41,855 --> 00:08:43,440 Atau saya. Ini tentang Laurent. 137 00:08:44,275 --> 00:08:45,526 Apa pula kali ini? 138 00:08:46,360 --> 00:08:49,113 Saya mahu selamatkan pembukaan kelab Laurent. 139 00:08:49,196 --> 00:08:52,449 Ibu ada ruang yang tak digunakan sejak 20 tahun lepas. 140 00:08:53,200 --> 00:08:55,786 Jadi ibu perlu selamatkan dia buat kali kedua? 141 00:08:55,869 --> 00:08:57,204 Ibu tak pernah buat begitu. 142 00:08:57,913 --> 00:08:59,206 Ibu beri dia wang… 143 00:09:00,416 --> 00:09:01,875 untuk kelab di St. Tropez. 144 00:09:01,959 --> 00:09:04,503 Itu pelaburan ibu yang paling berjaya. 145 00:09:05,921 --> 00:09:07,464 Jika dia tak buka kelab ini, 146 00:09:08,299 --> 00:09:09,842 dia tak perlu tinggal di Paris. 147 00:09:11,927 --> 00:09:14,054 Boleh kami guna tempat itu? 148 00:09:14,763 --> 00:09:15,889 Tentulah, sayang. 149 00:09:15,973 --> 00:09:18,809 Ibu jenis apa yang tak bantu anak dalam kesusahan? 150 00:09:19,810 --> 00:09:20,728 Terima kasih. 151 00:09:22,521 --> 00:09:23,397 Tetapi… 152 00:09:25,316 --> 00:09:26,650 Ada beberapa syarat. 153 00:09:36,827 --> 00:09:43,792 Selamat datang dan bersedia menyaksikan Gregory Dupree untuk Pierre Cadault. 154 00:09:43,876 --> 00:09:47,296 Busana couture yang tak pernah dilihat sebelum ini. 155 00:09:47,379 --> 00:09:48,213 Bagus. 156 00:09:50,090 --> 00:09:51,133 Harap begitulah. 157 00:10:31,465 --> 00:10:32,841 Apakah itu? 158 00:10:34,051 --> 00:10:37,346 Alat kelamin lelaki, Nick. 159 00:10:38,097 --> 00:10:44,561 Gregory menginovasi pakaian formal dengan menayangkan perkara di sebaliknya? 160 00:10:44,645 --> 00:10:45,688 Awak dah gila? 161 00:10:46,313 --> 00:10:49,858 Awak tahu ayah saya sedang diawasi media sekarang? 162 00:10:49,942 --> 00:10:51,527 Dialah inspirasi saya. 163 00:10:51,610 --> 00:10:54,029 Lelaki tak mampu sorok kelamin mereka dalam seluar. 164 00:10:54,113 --> 00:10:56,031 Kenapa kita perlu berpura-pura? 165 00:10:56,115 --> 00:10:59,076 Kita takkan buat seluar ini. 166 00:10:59,993 --> 00:11:01,787 Awak belum lihat koleksi wanita. 167 00:11:01,870 --> 00:11:02,788 Saya takkan lihat! 168 00:11:03,747 --> 00:11:04,623 Batalkan. 169 00:11:05,624 --> 00:11:06,458 Semua sekali! 170 00:11:13,716 --> 00:11:14,925 Bedebah. 171 00:11:17,302 --> 00:11:20,973 Julien, apabila awak pulang ke pejabat, ayah saya nak berjumpa. 172 00:11:21,056 --> 00:11:23,350 Seluar kelamin ini bukan idea saya. 173 00:11:23,434 --> 00:11:24,518 Bukan begitu. 174 00:11:24,601 --> 00:11:26,019 Tentang bekas majikan awak. 175 00:11:40,576 --> 00:11:41,410 Emily. 176 00:11:41,493 --> 00:11:43,245 Seronok dapat jumpa ibu kamu. 177 00:11:43,328 --> 00:11:45,038 Saya dah banyak baca tentang dia. 178 00:11:45,122 --> 00:11:47,207 Betulkah dia hampir pecahkan ABBA? 179 00:11:48,208 --> 00:11:49,918 - Diakah ratu tarian? - Okey. 180 00:11:50,002 --> 00:11:52,588 Kosongkan jadual dan sejarah Internet kamu. 181 00:11:52,671 --> 00:11:55,549 - Malam ini. Laurent G diteruskan. - Bagus. 182 00:11:55,632 --> 00:12:00,429 Saya ada hal malam ini dan saya akan tangguhkannya. 183 00:12:00,512 --> 00:12:01,346 - Ya. - Ya. 184 00:12:10,147 --> 00:12:11,648 Macam itulah. 185 00:12:12,357 --> 00:12:13,275 Pendapat kamu? 186 00:12:14,151 --> 00:12:18,071 Saya rasa tempat ini mungkin popular di zaman 70-an. 187 00:12:18,155 --> 00:12:19,781 Tempatnya tidak penting. 188 00:12:19,865 --> 00:12:24,119 Yang penting ialah orang. Kita akan hidupkan semula era disko. 189 00:12:30,959 --> 00:12:32,628 Sangat chic. 190 00:12:34,129 --> 00:12:35,881 Tapi Laurent G ialah kelab pantai. 191 00:12:37,341 --> 00:12:40,260 Mungkin kita boleh mengubahnya. 192 00:12:40,344 --> 00:12:43,764 Kamu ingat pertunjukan Chanel untuk koleksi musim panas 193 00:12:43,847 --> 00:12:44,848 beberapa tahun lalu? 194 00:12:44,932 --> 00:12:48,477 Mereka ubah Grand Palais menjadi Chanel di tepi pantai. 195 00:12:49,561 --> 00:12:50,521 Ya, sangat hebat. 196 00:12:51,813 --> 00:12:54,650 Kita masih ada pasir dan kabana dari lokasi lama. 197 00:12:54,733 --> 00:12:59,655 Kita boleh pancarkan pantai ke dinding, dan ada laluan menuju ke bar. 198 00:12:59,738 --> 00:13:03,158 Mungkin boleh cari mesin ombak untuk lengkapkan ilusi itu. 199 00:13:03,242 --> 00:13:06,286 Betul-betul serupa seperti di luar, tetapi di sini. 200 00:13:07,538 --> 00:13:09,289 Kelab ini boleh tahan air? 201 00:13:09,373 --> 00:13:10,749 Tolonglah. 202 00:13:10,832 --> 00:13:15,212 Carla Bruni hampir lemas sewaktu parti buih di sini pada zaman 80-an. 203 00:13:25,305 --> 00:13:26,181 - Hai. - Hai. 204 00:13:26,890 --> 00:13:27,891 Maaf saya lambat. 205 00:13:27,975 --> 00:13:29,685 Tak mengapa. Marilah. 206 00:13:31,853 --> 00:13:32,938 - Hai, semua. - Hai. 207 00:13:33,480 --> 00:13:35,482 Tak tahu pula kamu pun datang. 208 00:13:35,566 --> 00:13:36,858 Gabriel jemput kami. 209 00:13:38,610 --> 00:13:41,863 Okey. Saya mahu pendapat semua. 210 00:13:41,947 --> 00:13:44,241 Kami perlukan cef pastri untuk bintang Michelin. 211 00:13:45,367 --> 00:13:46,868 Mari kita cuba rasa. 212 00:13:47,536 --> 00:13:48,996 Aiskrim trufel hitam 213 00:13:49,079 --> 00:13:52,374 bersama gateau coklat dengan cili espelette. 214 00:13:52,457 --> 00:13:53,292 Okey. 215 00:14:01,383 --> 00:14:02,217 Sedap? 216 00:14:05,679 --> 00:14:07,764 Kemudian hidang klasik Perancis, 217 00:14:07,848 --> 00:14:10,142 Mont Blanc bersama inti mousse coklat. 218 00:14:13,228 --> 00:14:14,062 Silakan. 219 00:14:19,026 --> 00:14:19,860 Menakjubkan. 220 00:14:21,903 --> 00:14:22,738 Betulkah? 221 00:14:24,364 --> 00:14:25,616 Camille, bagaimana? 222 00:14:25,699 --> 00:14:27,868 Bukankah Mont Blanc kegemaran awak? 223 00:14:27,951 --> 00:14:29,286 Boleh tahan. 224 00:14:29,369 --> 00:14:30,329 Ada yang lebih baik. 225 00:14:30,412 --> 00:14:31,997 Masih ingat kedai di Megève? 226 00:14:32,080 --> 00:14:34,875 Ya, ayah awak tak berhenti minum vin chaud, 227 00:14:35,876 --> 00:14:37,419 dan kita sangat mabuk. 228 00:14:37,502 --> 00:14:39,046 Awak tak berhenti minum! 229 00:14:39,129 --> 00:14:40,380 Ya, itu betul. 230 00:14:42,799 --> 00:14:44,134 Dalam bahasa Inggeris? 231 00:14:45,344 --> 00:14:47,346 Maaf, kami cuma terkenang sesuatu. 232 00:14:48,722 --> 00:14:51,099 Tentang apa? Kami nak tahu juga. 233 00:14:53,018 --> 00:14:56,063 Itu kisah lama. Kembali ke masa kini. Bahasa Inggeris. 234 00:14:57,731 --> 00:15:01,193 Bagus, bukan? Saya suka kita berempat bersama. 235 00:15:02,152 --> 00:15:03,862 Macam mènage à quatre sebenar. 236 00:15:03,946 --> 00:15:06,531 Kita terus melangkau mènage à trois. 237 00:15:09,076 --> 00:15:11,328 Boleh bantu untuk menu satu lagi di dapur? 238 00:15:12,329 --> 00:15:13,288 Ya. 239 00:15:13,372 --> 00:15:14,373 - Maaf. - Ya. 240 00:15:21,964 --> 00:15:23,882 Maaf sebab tak beritahu mereka datang. 241 00:15:23,966 --> 00:15:26,343 Saya tahu kita kurang masa bersendirian. 242 00:15:27,928 --> 00:15:30,639 Ya, saya tahu. Saya faham. 243 00:15:30,722 --> 00:15:32,099 Apa boleh buat? 244 00:15:32,766 --> 00:15:34,476 Saya ada Mindy, awak ada mereka. 245 00:15:35,185 --> 00:15:38,313 Kalaulah kita ada tempat untuk kita berdua saja. 246 00:15:38,397 --> 00:15:40,649 Betul. Saya tak sanggup tunggu lagi. 247 00:15:41,483 --> 00:15:43,402 Mungkin kita boleh cari tempat lain. 248 00:15:43,986 --> 00:15:45,946 Jangan risau. Saya ada rancangan. 249 00:15:47,072 --> 00:15:48,699 Saya akan jumpa awak nanti. 250 00:16:00,127 --> 00:16:01,503 Maaf, dia dah tidur. 251 00:16:02,921 --> 00:16:05,382 Mindy. Maaflah, saya akan ambil beg. 252 00:16:05,465 --> 00:16:07,050 Awak tak perlukannya malam ini. 253 00:16:12,639 --> 00:16:14,599 Kamu berdua berseronoklah. 254 00:16:18,854 --> 00:16:19,938 Kita takkan ke bawah. 255 00:16:21,982 --> 00:16:22,816 Kita naik atas. 256 00:16:39,041 --> 00:16:40,751 Awak yang buat semua ini? 257 00:16:42,210 --> 00:16:43,211 Mengagumkan. 258 00:16:46,048 --> 00:16:47,966 Romantik juga awak rupanya. 259 00:16:50,135 --> 00:16:51,928 Saya cuma mahu bersama awak. 260 00:16:52,012 --> 00:16:53,638 Di mana-mana pun tak apa. 261 00:16:55,182 --> 00:16:57,017 Saya janji ini hanya sementara. 262 00:16:57,934 --> 00:17:00,145 Jika awak terus kreatif begini, 263 00:17:00,228 --> 00:17:03,356 mungkin saya boleh bertahan lebih lama sedikit. 264 00:17:04,900 --> 00:17:07,027 Awak belum tahu betapa kreatifnya saya. 265 00:17:21,958 --> 00:17:23,543 Tak mungkin! 266 00:17:24,127 --> 00:17:25,879 Saya buat sesuatu di luar jangka. 267 00:17:25,962 --> 00:17:29,174 Emily Jane Cooper, awak bukan gadis begitu, 268 00:17:29,257 --> 00:17:32,761 awak suka buat di katil, tutup lampu dengan hamparan tuala. 269 00:17:32,844 --> 00:17:37,599 Mungkin saya lebih daripada itu. Mungkin lebih kompleks daripada itu. 270 00:17:38,183 --> 00:17:40,977 Kompleks? Mahu ceritakan di bilik mandi? 271 00:17:41,061 --> 00:17:42,521 Ingat saya tak berani? 272 00:17:42,604 --> 00:17:46,066 Emily, siapa awak sebenarnya? 273 00:17:46,691 --> 00:17:48,485 Seseorang yang mengambil tindakan 274 00:17:48,568 --> 00:17:51,029 dan bukan hanya mencari-cari jawapan. 275 00:17:51,113 --> 00:17:53,323 Boleh nampak papan iklan dari bumbung? 276 00:17:54,950 --> 00:17:57,702 Bukan semua perkara dilihat dengan hitam putih. 277 00:17:57,786 --> 00:18:01,873 Nampaknya awak melihat dengan kaca mata berwarna-warni. 278 00:18:04,960 --> 00:18:06,211 Atau kelabu. 279 00:18:10,132 --> 00:18:12,008 Ini ialah pelanggan ideal kita. 280 00:18:12,634 --> 00:18:15,929 Mewarnakan rambutnya menjadi perang sepanjang hidupnya. 281 00:18:16,555 --> 00:18:19,683 Tetapi, dengan syampu rambut Augustinus Bader, 282 00:18:19,766 --> 00:18:22,018 dia mampu menjadi dirinya sendiri. 283 00:18:23,353 --> 00:18:24,980 MENERIMA KEKELABUAN-MU 284 00:18:25,063 --> 00:18:27,983 Kempen ini bukan tentang usia, tetapi keyakinan diri. 285 00:18:28,692 --> 00:18:32,696 Apa yang membuat mereka seksi adalah keterimaan pengalaman baharu, 286 00:18:32,779 --> 00:18:35,031 hubungan baharu. 287 00:18:35,115 --> 00:18:38,910 Pembentangan kami ialah tentang menerima kekelabuan itu. 288 00:18:38,994 --> 00:18:40,829 Kekelabuan, sangat menarik. 289 00:18:41,580 --> 00:18:43,665 Bagaimana kita akan tunjukkannya? 290 00:18:44,249 --> 00:18:47,460 Ya, Emily. Bagaimana rupa iklan itu nanti? 291 00:18:48,170 --> 00:18:50,463 Bayangkan klien kita bersama seorang lelaki. 292 00:18:51,339 --> 00:18:55,051 Kamu mungkin fikir itu suaminya, tetapi bukan. 293 00:18:55,135 --> 00:18:56,094 Siapakah dia? 294 00:18:56,178 --> 00:18:59,139 Ini bukan tentang lelaki itu, tetapi wanita itu. 295 00:18:59,222 --> 00:19:02,475 Dia tak mahu mewarnakan rambutnya, dia cuma mahu hidup. 296 00:19:03,101 --> 00:19:06,688 Dia bawa lelaki misteri itu naik ke bumbung apartmennya, 297 00:19:06,771 --> 00:19:10,233 walaupun itu bukan sifat sebenar dirinya, 298 00:19:10,317 --> 00:19:13,612 lalu dia terus berasmara dengan lelaki itu di situ. 299 00:19:13,695 --> 00:19:15,113 Kenapa di bumbung? 300 00:19:16,281 --> 00:19:19,534 Mungkin ada orang di apartmennya? 301 00:19:19,618 --> 00:19:21,703 Atau mungkin dia ada pasangan lain. 302 00:19:22,412 --> 00:19:24,789 Mungkin lebih daripada satu pasangan. 303 00:19:24,873 --> 00:19:28,460 Tapi mereka cuma mahu masa untuk bersendirian bersama. 304 00:19:29,336 --> 00:19:31,963 Saya suka wanita berambut kelabu ini. 305 00:19:33,924 --> 00:19:35,592 Luc. Teruskan, Emily. 306 00:19:36,176 --> 00:19:38,470 Semua ini adalah untuk menyatakan 307 00:19:38,553 --> 00:19:41,973 dengan Augustinus Bader, rambut kelabu tak bermaksud berserah. 308 00:19:42,766 --> 00:19:44,017 Ia bermaksud bersinar. 309 00:19:44,726 --> 00:19:48,021 Lebih berusia, lebih berani, 310 00:19:48,104 --> 00:19:51,483 hidup di antara keintiman dan penonjolan. 311 00:19:52,901 --> 00:19:55,528 Dia hidup dalam kekelabuan. 312 00:19:56,071 --> 00:19:59,616 Saya rasa awak dah jumpa sasaran pelanggan kita. 313 00:19:59,699 --> 00:20:03,453 Saya semua orang akan mahukan pelanggan kamu, 314 00:20:03,536 --> 00:20:04,996 selepas melihat kempen ini. 315 00:20:10,168 --> 00:20:11,753 Syabas di dalam tadi. 316 00:20:11,836 --> 00:20:13,421 Saya agak terkejut. 317 00:20:13,505 --> 00:20:14,547 Kenapa? 318 00:20:14,631 --> 00:20:17,634 Orang Amerika tak suka kekaburan. 319 00:20:18,718 --> 00:20:20,637 Gadis naif yang datang dari Chicago 320 00:20:20,720 --> 00:20:22,722 tak mungkin dapat buat pembentangan itu. 321 00:20:24,307 --> 00:20:26,142 Saya terima itu sebagai pujian. 322 00:20:27,143 --> 00:20:29,938 Saya hidup dalam kekelabuan itu sepanjang hidup saya. 323 00:20:30,021 --> 00:20:33,775 Sejujurnya, saya tak sangka awak akan mula menerimanya. 324 00:20:35,860 --> 00:20:36,736 Saya sedang cuba. 325 00:20:38,405 --> 00:20:39,781 Saya betul-betul mencuba. 326 00:20:40,448 --> 00:20:45,412 Kamu tahu berapa banyak pasir yang mereka bawa ke tingkat bawah kelab itu? 327 00:20:45,495 --> 00:20:48,331 Ada empat lori yang menghalang di Jalan Rivoli. 328 00:20:48,415 --> 00:20:51,167 Kelab ini sama ada akan berjaya atau musnahkan 329 00:20:51,251 --> 00:20:53,169 rumah tangga saya. Atau kedua-duanya. 330 00:20:55,922 --> 00:20:58,091 Mungkin akan jadi kotak buang najis besar. 331 00:21:10,895 --> 00:21:12,439 Okey. Terima kasih. 332 00:21:23,658 --> 00:21:24,576 Julien. 333 00:21:25,869 --> 00:21:27,662 Nampak hebat. 334 00:21:28,204 --> 00:21:29,122 Terima kasih. 335 00:21:29,706 --> 00:21:31,541 Emily kata kamu ada di sini. 336 00:21:32,751 --> 00:21:35,003 Louis de Leon mahu balas dendam. 337 00:21:35,086 --> 00:21:37,672 Saya tahu. Sebab itu kami bina pantai dalam kelab. 338 00:21:37,756 --> 00:21:39,049 Ini lebih teruk. 339 00:21:39,799 --> 00:21:41,426 Dia mahu saya korek rahsia awak. 340 00:21:45,472 --> 00:21:47,057 Apa yang awak beritahu dia? 341 00:21:49,267 --> 00:21:50,143 "Saya berhenti." 342 00:21:53,772 --> 00:21:54,773 Jadi awak ada masa? 343 00:21:55,398 --> 00:21:56,649 Apa yang awak perlukan? 344 00:22:00,695 --> 00:22:02,405 Awak pandai guna cangkul? 345 00:22:03,365 --> 00:22:06,785 Kita ada masa satu malam untuk anjurkan parti terhebat di Paris. 346 00:22:12,665 --> 00:22:16,086 Nicolas, sayang. Marilah kita berbaik. 347 00:22:16,711 --> 00:22:18,963 Apa kata awak datang ke kelab Laurent malam ini? 348 00:22:19,047 --> 00:22:21,299 Mindy, awak tahu saya tak boleh ke sana. 349 00:22:21,383 --> 00:22:24,636 Awak tak patut berada di kelab yang ada kaitan dengan Sylvie. 350 00:22:24,719 --> 00:22:26,763 Nampak seperti kita berpihak-pihak. 351 00:22:27,472 --> 00:22:29,849 Saya rasa lebih baik kita bersifat neutral. 352 00:22:29,933 --> 00:22:34,395 Saya tak suruh awak pilih pihak, saya minta awak pilih saya. 353 00:22:47,200 --> 00:22:48,034 Hei, kalian. 354 00:22:48,118 --> 00:22:49,994 - Hei. - Apa khabar hari ini? 355 00:22:50,078 --> 00:22:52,497 Penat. Kami pergi mencari apartmen. 356 00:22:53,331 --> 00:22:54,332 Jadi bagaimana? 357 00:22:55,625 --> 00:22:58,461 Kami jumpa beberapa prospek, 358 00:22:58,545 --> 00:23:02,882 malangnya, Camille ada masalah dengan kesemuanya. 359 00:23:02,966 --> 00:23:05,218 Awak pun tak suka juga. 360 00:23:05,301 --> 00:23:07,846 Tidak, saya suka yang ada studio lukisan itu. 361 00:23:07,929 --> 00:23:10,390 Ya, tapi jaraknya 45 minit dari bandar. 362 00:23:10,473 --> 00:23:12,976 Saya tak mahu tinggal di Paris jika jauh dari bandar. 363 00:23:13,059 --> 00:23:15,854 Kalau begitu, ada banyak apartmen cantik di Athens. 364 00:23:15,937 --> 00:23:16,980 Sudah tentu. 365 00:23:17,605 --> 00:23:19,149 Saya tak boleh tinggalkan Paris. 366 00:23:19,899 --> 00:23:20,775 Ini hidup saya. 367 00:23:21,943 --> 00:23:23,027 Jumpa lagi. 368 00:23:27,365 --> 00:23:29,409 Nampaknya kami akan terus mencari. 369 00:23:53,349 --> 00:23:55,059 Dah lewat, apa masalahnya? 370 00:23:55,143 --> 00:23:57,437 Tiga orang! Dalam apartmen ini! 371 00:23:58,062 --> 00:24:00,023 - Apa yang awak cakap? - Okey… 372 00:24:01,691 --> 00:24:04,652 Ada tiga orang di apartmen Gabriel. 373 00:24:04,736 --> 00:24:07,739 Okey, terlalu ramai orang. 374 00:24:07,822 --> 00:24:08,823 Terlalu ramai! 375 00:24:10,241 --> 00:24:15,038 Tiga orang! Saya dah agak! Terima kasih! Saya akan uruskan! 376 00:24:46,236 --> 00:24:47,070 Emily. 377 00:24:47,153 --> 00:24:50,740 Sudah lama tiada acara seperti ini di Paris. 378 00:24:50,823 --> 00:24:51,908 Saya faham. 379 00:24:51,991 --> 00:24:54,661 Para wanita di sana fikir itu pantai bogel… 380 00:24:54,744 --> 00:24:57,497 - Janganlah tunjuk, Emily. - Mereka tunjuk saya dulu. 381 00:24:57,580 --> 00:24:59,165 Saya harap Laurent gembira. 382 00:24:59,249 --> 00:25:00,959 Ya, ibu awak nampak gembira. 383 00:25:04,003 --> 00:25:07,257 Itu bukan petanda yang baik. Mereka jarang gembira serentak. 384 00:25:07,799 --> 00:25:10,927 Sylvie! Lihat siapa yang baru saja sampai. 385 00:25:20,478 --> 00:25:23,982 Parti zakar sudah tiba! 386 00:25:30,363 --> 00:25:31,614 Okey, sila ambil tempat. 387 00:25:31,698 --> 00:25:32,740 Jurugambar! 388 00:25:36,786 --> 00:25:38,830 Apakah itu? 389 00:25:38,913 --> 00:25:41,291 Itu Pierre Cadault oleh Gregory Dupree. 390 00:25:44,252 --> 00:25:46,045 JVMA cuba batalkan koleksi ini, 391 00:25:46,129 --> 00:25:49,549 tapi kini gambar ini akan dipapar di setiap tabloid di Paris. 392 00:25:52,135 --> 00:25:54,637 Louis tentu akan mengamuk. 393 00:25:56,014 --> 00:25:56,889 Sama-sama. 394 00:26:12,864 --> 00:26:14,866 Jangan patahkan hatiku 395 00:26:16,326 --> 00:26:18,911 Aku takkan mampu walau aku mencuba 396 00:26:20,455 --> 00:26:23,875 Sayang, jika aku tak senang duduk 397 00:26:24,000 --> 00:26:26,169 Sayangku, kau bukan begitu 398 00:26:28,129 --> 00:26:29,964 Pasangan yang secocok. 399 00:26:31,049 --> 00:26:33,760 Harap-harap dia tak patahkan hatinya. 400 00:26:34,385 --> 00:26:37,680 Itu cuma lakonan saja, mereka bukan pasangan sebenar. 401 00:26:38,765 --> 00:26:42,143 Oh, sayangku, sewaktu kau mengetuk pintuku 402 00:26:42,226 --> 00:26:45,104 Aku berikan kau kunciku 403 00:26:46,022 --> 00:26:49,901 Keserasian di atas pentas begitu tak boleh dibuat-buat. 404 00:26:52,236 --> 00:26:56,032 Sejak dari mula, telah ku berikan kau hatiku 405 00:26:56,115 --> 00:27:01,662 Oh-ho, ku berikan kau hatiku 406 00:27:01,746 --> 00:27:03,998 Ini barulah Laurent G. 407 00:27:05,375 --> 00:27:07,335 Awak dah ada alasan untuk kekal di Paris. 408 00:27:07,418 --> 00:27:09,670 Saya tak perlukan ini untuk kekal di Paris. 409 00:27:14,884 --> 00:27:16,844 Ibu gembira melihat kamu bahagia. 410 00:27:16,928 --> 00:27:20,264 Kami gembira dapat jumpa kamu. Ratu Malam di takhtanya. 411 00:27:20,348 --> 00:27:21,557 Tak boleh dipisah. 412 00:27:21,641 --> 00:27:25,395 Ratu Malam sudah bersara 25 tahun lalu. 413 00:27:25,478 --> 00:27:28,981 Hari ini ialah Laurent G, di Paris. 414 00:27:29,565 --> 00:27:30,650 Jika kamu mahu. 415 00:27:31,818 --> 00:27:33,236 Kamu sangat murah hati. 416 00:27:35,863 --> 00:27:37,615 Kita bincang termanya nanti. 417 00:27:37,698 --> 00:27:39,867 Buat masa ini, simpan satu kabana. 418 00:27:39,951 --> 00:27:41,327 Serta syer dari malam ini. 419 00:27:41,411 --> 00:27:42,745 Kita boleh bincangkan. 420 00:27:44,831 --> 00:27:45,998 - Minum. - Minum. 421 00:27:46,833 --> 00:27:50,545 Sejak dari mula, telah ku berikan kau hatiku 422 00:27:50,628 --> 00:27:56,717 Oh-ho, ku berikan kau hatiku 423 00:27:58,386 --> 00:28:00,930 Jangan kau patahkan hatiku 424 00:28:01,806 --> 00:28:04,267 Aku takkan patahkan hatimu 425 00:28:07,395 --> 00:28:14,277 - Aku takkan patahkan hatimu - Takkan patahkan hatimu 426 00:28:21,200 --> 00:28:22,910 - Syabas. - Ya, awak juga. 427 00:28:37,467 --> 00:28:38,384 Nico! 428 00:28:40,344 --> 00:28:42,305 Tak sangka awak datang. 429 00:28:42,388 --> 00:28:45,099 Saya nak lihat persembahan awak, tapi terlepas. 430 00:28:45,975 --> 00:28:49,270 Bagus. Kami tak begitu bagus malam ini, 431 00:28:49,353 --> 00:28:51,773 tapi yang penting awak datang. 432 00:28:51,856 --> 00:28:53,816 Mindy, saya faham maksud awak. 433 00:28:53,900 --> 00:28:57,278 Saya beritahu lembaga pengarah selagi ayah saya masih CEO, 434 00:28:57,361 --> 00:28:58,863 saya takkan bersama JVMA. 435 00:28:59,447 --> 00:29:01,908 Tidak. Jadi mereka pecat awak? 436 00:29:01,991 --> 00:29:05,244 Tidak. Mereka mahu ayah saya undur diri. 437 00:29:05,328 --> 00:29:07,914 Aduhai. Jadi apa maksudnya? 438 00:29:07,997 --> 00:29:09,123 Saya tak tahu lagi. 439 00:29:11,584 --> 00:29:12,960 Saya bangga dengan awak. 440 00:29:21,928 --> 00:29:24,514 Lupakan bumbung, mari kita ke pantai. 441 00:29:24,597 --> 00:29:26,140 Mungkin di kabana itu? 442 00:29:26,849 --> 00:29:28,100 Saya nak berterus-terang. 443 00:29:31,103 --> 00:29:33,231 Hal bumbung itu hanya sekali saja. 444 00:29:33,314 --> 00:29:34,148 Okey. 445 00:29:34,816 --> 00:29:37,276 Terlalu ramai orang dalam hubungan ini. 446 00:29:37,902 --> 00:29:41,030 Saya sangka saya boleh hidup dalam kekelabuan ini, 447 00:29:41,113 --> 00:29:44,408 dan saya cadangkan kempen berdasarkan keasyikannya, 448 00:29:44,492 --> 00:29:46,202 tapi semakin saya fikir… 449 00:29:46,828 --> 00:29:48,621 saya rasa ini bukan diri saya. 450 00:29:50,164 --> 00:29:51,791 Saya perlu ada batasan. 451 00:29:52,458 --> 00:29:58,047 Perlu ada tatacara hidup, dan siling di atas katil saya. 452 00:29:59,799 --> 00:30:03,719 Saya beritahu penjaga ada tiga orang di apartmen awak. 453 00:30:04,554 --> 00:30:05,763 Saya pun sama. 454 00:30:06,514 --> 00:30:07,515 Apa? 455 00:30:08,224 --> 00:30:11,269 Emily, saya tak mahu hilang awak atau apartmen saya. 456 00:30:15,731 --> 00:30:17,733 Biar saya ambil minuman untuk kita. 457 00:30:22,446 --> 00:30:23,531 Hai, Emily. 458 00:30:23,614 --> 00:30:24,532 Hai. 459 00:30:25,658 --> 00:30:26,576 Maaf terlambat. 460 00:30:26,659 --> 00:30:28,452 Gardienne tak lepaskan kami. 461 00:30:28,536 --> 00:30:29,912 Seseorang beritahu dia 462 00:30:29,996 --> 00:30:32,248 ada tiga orang dalam apartmen kami, 463 00:30:32,331 --> 00:30:34,208 jadi kami perlu keluar esok. 464 00:30:35,626 --> 00:30:36,752 Siapa beritahu? 465 00:30:36,836 --> 00:30:39,088 Siapa pun, dia dah bantu kami, 466 00:30:39,171 --> 00:30:41,173 sebab rupanya ada apartmen kosong 467 00:30:41,257 --> 00:30:42,758 di sebelah rumah Gabriel. 468 00:30:43,384 --> 00:30:46,762 Tak sangka, bukan? Rupa-rupanya ada di depan mata kami saja. 469 00:30:48,389 --> 00:30:50,266 Saya nak beritahu Gabriel. 470 00:30:55,354 --> 00:30:56,188 Gabriel. 471 00:30:56,272 --> 00:30:57,440 - Camille. - Ça va? 472 00:30:58,482 --> 00:31:00,651 Bagus. Ada dengar berita? 473 00:31:03,863 --> 00:31:06,616 Awak dah dengar? Kita akan berjiran. 474 00:31:07,366 --> 00:31:10,786 Sudah. Kebetulan yang indah nampaknya. 475 00:31:12,788 --> 00:31:14,123 Dia bawa bayi Gabriel. 476 00:31:15,958 --> 00:31:19,045 Awak fikir dia akan berpindah jauh dari Gabriel? 477 00:32:09,261 --> 00:32:14,266 Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi