1 00:00:18,101 --> 00:00:20,437 Awak masih ada selera selepas perbuatan awak? 2 00:00:21,938 --> 00:00:25,400 Marcello tak balas mesej dan tak angkat panggilan saya. 3 00:00:25,400 --> 00:00:27,861 Dia tak mahu ada kaitan dengan saya lagi. 4 00:00:27,861 --> 00:00:28,820 Tolonglah. 5 00:00:28,820 --> 00:00:30,989 Mereka tak perlu jual kepada JVMA. 6 00:00:30,989 --> 00:00:33,158 Mereka musuh awak, bukan saya. 7 00:00:33,950 --> 00:00:38,830 Saya suka Marcello kerana dirinya, bukan jenama yang perlu diselamatkan. 8 00:00:39,581 --> 00:00:41,374 Awak boleh buat kedua-duanya. 9 00:00:41,374 --> 00:00:44,335 Bukan kali pertama awak campur hal peribadi dan kerja, 10 00:00:44,335 --> 00:00:46,504 awak juga mahir menguruskannya. 11 00:00:47,422 --> 00:00:51,176 Sekarang saya mahu pisahkan, seperti yang awak selalu kata. 12 00:00:51,801 --> 00:00:53,011 Atau awak dah berubah? 13 00:00:55,555 --> 00:00:59,642 Dia kata mahu bawa saya ke Solitano, jadi saya nak cari dia di sana. 14 00:01:00,393 --> 00:01:02,687 Untuk yakinkan dia kehadiran awak ke Rom 15 00:01:02,687 --> 00:01:04,481 tiada kaitan dengan saya. 16 00:01:05,315 --> 00:01:07,317 Baiklah, buona giornata. 17 00:01:08,026 --> 00:01:09,903 Arrivederci. 18 00:01:24,459 --> 00:01:28,546 SYLVIE - CIAO, INI SYLVIE. SAYA DI ROM. 19 00:01:45,313 --> 00:01:48,191 @EMILYINPARIS MENDAMBAKAN ITALI 20 00:01:48,191 --> 00:01:49,400 MINDY TELEFON BIMBIT 21 00:01:50,610 --> 00:01:51,861 Selamat pagi, si cantik. 22 00:01:51,861 --> 00:01:54,072 {\an8}Maaflah, angin saya tak baik. 23 00:01:54,906 --> 00:01:56,241 {\an8}Saya dan Nico dah berpisah. 24 00:01:56,241 --> 00:01:57,450 {\an8}Apa yang terjadi? 25 00:01:57,450 --> 00:02:02,497 {\an8}Dia cuma peduli tentang menjadi CEO dan dia cuba mengawal saya. 26 00:02:02,497 --> 00:02:04,624 {\an8}Sama seperti ayah saya. 27 00:02:04,624 --> 00:02:06,709 {\an8}Saya bersimpati, Min. 28 00:02:06,709 --> 00:02:08,128 {\an8}Itu tak cukup teruk. 29 00:02:08,128 --> 00:02:11,798 {\an8}Disebabkan Nico, penyertaan Eurovision kami dibatalkan. 30 00:02:11,798 --> 00:02:12,841 {\an8}Apa? Bagaimana? 31 00:02:12,841 --> 00:02:14,926 {\an8}Dia guna lagu "Mon Soleil" untuk produknya, 32 00:02:14,926 --> 00:02:16,553 {\an8}dan muat naik di Internet. 33 00:02:16,553 --> 00:02:19,305 {\an8}Eurovision tak benarkan penggunaan komersial. 34 00:02:20,807 --> 00:02:21,641 {\an8}Awak boleh saman. 35 00:02:21,641 --> 00:02:25,562 {\an8}Beritahulah kepada juri-juri Eurovision. Kami sudah disingkirkan. 36 00:02:25,562 --> 00:02:28,940 {\an8}Jika Nico buat begitu, Marcello tak patut percayakan dia. 37 00:02:28,940 --> 00:02:30,650 {\an8}Tentulah tak boleh. 38 00:02:31,317 --> 00:02:34,404 {\an8}Saya tak mahu bincangkan lagi. Bagaimana dengan awak? 39 00:02:35,238 --> 00:02:36,948 {\an8}Panjang ceritanya, 40 00:02:36,948 --> 00:02:40,326 {\an8}tapi Sylvie datang tiba-tiba dan rosakkan segalanya. 41 00:02:40,326 --> 00:02:43,163 {\an8}Jika Sylvie datang, boleh saya datang juga? 42 00:02:43,163 --> 00:02:44,998 {\an8}Saya perlu keluar dari Paris. 43 00:02:44,998 --> 00:02:46,291 {\an8}Saya tak rasa itu... 44 00:02:46,291 --> 00:02:47,959 {\an8}Saya akan tempah tiket. 45 00:02:47,959 --> 00:02:50,211 {\an8}Hantar butiran hotel. Sayang awak! 46 00:03:14,777 --> 00:03:15,612 Buongiorno. 47 00:03:16,321 --> 00:03:18,448 Di manakah ibu pejabat Muratori? 48 00:03:18,448 --> 00:03:19,616 Muratori apa? 49 00:03:19,616 --> 00:03:21,075 Pejabat mereka. 50 00:03:21,075 --> 00:03:22,327 Kilang mereka. 51 00:03:23,661 --> 00:03:24,621 Marcello Muratori. 52 00:03:25,288 --> 00:03:27,415 - Marcello Muratori. - Ya. 53 00:03:27,415 --> 00:03:30,335 Silakan duduk. Nak pesan kopi, kroissant, kapucino? 54 00:03:30,335 --> 00:03:31,419 Tak, terima kasih. 55 00:03:31,419 --> 00:03:32,837 Silakan duduk. 56 00:03:51,272 --> 00:03:52,106 Emily? 57 00:03:52,106 --> 00:03:54,734 Oui. Maksud saya, si. 58 00:03:54,734 --> 00:03:58,988 Marcello belum pulang dari Rom, saya sangka kamu akan datang bersama dia. 59 00:03:58,988 --> 00:04:01,908 Ya, sepatutnya begitu, tapi ada perubahan. 60 00:04:02,825 --> 00:04:03,952 Maaf, siapa kamu? 61 00:04:04,786 --> 00:04:08,289 Saya ibunya, Antonia Muratori. Selamat datang. 62 00:04:08,289 --> 00:04:09,791 Gembira dapat berjumpa. 63 00:04:10,541 --> 00:04:13,127 Saya tak sabar nak jumpa Emily 64 00:04:13,127 --> 00:04:15,380 yang Marcello sering sebut-sebutkan. 65 00:04:15,380 --> 00:04:18,841 - Betulkah? Dia cakap tentang saya? - Sejak kamu bertemu. 66 00:04:18,841 --> 00:04:20,802 Tapi kenapa kamu sendirian? 67 00:04:22,762 --> 00:04:25,598 Saya nak buat kejutan untuk dia. 68 00:04:25,598 --> 00:04:28,601 Buatlah sewaktu merarau. Hari ini hari jadi Maria. 69 00:04:28,601 --> 00:04:31,604 Bagusnya. Siapa Maria? 70 00:04:32,188 --> 00:04:35,900 Dia seorang pemotong kain. Sudah lama dia bersama syarikat kami. 71 00:04:35,900 --> 00:04:39,028 Bagusnya. Hari jadi yang istimewa? 72 00:04:39,028 --> 00:04:41,030 Tidak, dia yang istimewa. 73 00:04:41,030 --> 00:04:43,533 Seperti semua pekerja di syarikat kami. 74 00:04:44,284 --> 00:04:45,368 Semua ibarat keluarga. 75 00:04:46,119 --> 00:04:47,287 Emily? 76 00:04:47,912 --> 00:04:49,122 Awak buat apa di sini? 77 00:04:49,122 --> 00:04:50,415 Kejutan untuk awak. 78 00:04:50,415 --> 00:04:52,500 Ibu baru nak bawa dia bersiar-siar. 79 00:04:53,126 --> 00:04:54,502 Okey. 80 00:04:56,379 --> 00:04:58,423 Terima kasih. Biar saya bawa dia. 81 00:04:59,882 --> 00:05:00,717 Jadi... 82 00:05:02,927 --> 00:05:04,220 awak mengekori saya? 83 00:05:05,221 --> 00:05:06,055 Tidak. 84 00:05:06,055 --> 00:05:10,268 Saya datang kerana saya langsung tak tahu 85 00:05:10,268 --> 00:05:12,145 bos saya akan buat begitu. 86 00:05:13,479 --> 00:05:17,358 Saya datang ke Rom dengan satu sebab. Untuk jumpa awak. 87 00:05:17,984 --> 00:05:22,405 Jika awak masih mahu, saya nak lihat kampung halaman awak, seperti dirancang. 88 00:05:23,489 --> 00:05:24,449 Baiklah. 89 00:05:26,284 --> 00:05:27,118 Marilah. 90 00:05:30,455 --> 00:05:32,707 Awak beritahu ibu awak tentang saya? 91 00:05:34,584 --> 00:05:36,919 Okey. Saya ada pengakuan. 92 00:05:38,004 --> 00:05:41,174 Tempoh hari di Megève, saya menyesal tak minta nombor awak. 93 00:05:41,883 --> 00:05:45,595 Saya beritahu ibu yang saya jumpa seorang gadis yang istimewa, 94 00:05:45,595 --> 00:05:47,472 dan saya biar dia terlepas. 95 00:05:48,181 --> 00:05:53,102 Ibu kata, jika sudah ditakdirkan, kita akan berjumpa juga akhirnya. 96 00:05:53,770 --> 00:05:54,604 Itu yang terjadi. 97 00:05:54,604 --> 00:05:57,315 Aduhai. Betulkah? 98 00:05:57,315 --> 00:06:00,068 Ibu saya agak ajaib. Dia ada firasat. 99 00:06:01,194 --> 00:06:02,236 Ayah awak pula? 100 00:06:02,236 --> 00:06:04,530 Dia meninggal sewaktu saya berumur 10 tahun. 101 00:06:05,281 --> 00:06:06,407 Dia sangat hebat. 102 00:06:06,407 --> 00:06:07,325 Maafkan saya. 103 00:06:07,325 --> 00:06:08,701 Tak mengapa. 104 00:06:09,368 --> 00:06:10,870 Banyak yang telah dia capai. 105 00:06:10,870 --> 00:06:13,164 Dia membesar di sini dan mula berniaga. 106 00:06:13,164 --> 00:06:14,248 Kecil-kecilan dahulu. 107 00:06:14,916 --> 00:06:17,126 Bandar ini memang dikenali 108 00:06:17,126 --> 00:06:19,879 dengan kambing yang hasilkan kashmir istimewa. 109 00:06:19,879 --> 00:06:21,672 Awak memang penggembala kambing. 110 00:06:21,672 --> 00:06:22,840 Ya, lebih kurang. 111 00:06:24,509 --> 00:06:29,514 Ayah saya ada falsafah bahawa setiap kejayaan yang dia kecapi, 112 00:06:29,514 --> 00:06:32,016 akan dikongsi dengan seluruh kampung. 113 00:06:32,016 --> 00:06:35,144 Sebab itu semua orang di sini bekerja dengan Muratori. 114 00:06:35,144 --> 00:06:37,313 Kami bertanggungjawab untuk itu. 115 00:06:37,313 --> 00:06:39,565 Selama di sini, kami telah bina sekolah, 116 00:06:39,565 --> 00:06:41,109 perpustakaan dan teater. 117 00:06:41,109 --> 00:06:44,153 Kami mahu semua pekerja di sini gembira. 118 00:06:44,153 --> 00:06:47,657 Sebab jika kerja tak gembira, hidup juga tak bahagia. 119 00:06:47,657 --> 00:06:49,033 Saya setuju. 120 00:06:49,659 --> 00:06:52,995 Saya cuma tak pernah dengar sesiapa menyebutnya begitu. 121 00:06:53,913 --> 00:06:58,042 Salah satu cara paling berkesan untuk bahagia ialah melalui makanan. 122 00:06:58,793 --> 00:07:01,170 Sebab itulah tepat pada pukul satu, 123 00:07:01,170 --> 00:07:07,009 semua orang akan duduk seperti satu keluarga dan makan makanan yang lazat. 124 00:07:08,386 --> 00:07:10,930 Aduhai. 125 00:07:17,520 --> 00:07:19,188 Salute, Maria! 126 00:07:19,772 --> 00:07:21,566 Salute, Maria! 127 00:07:27,447 --> 00:07:28,448 Minum. 128 00:07:29,115 --> 00:07:31,159 Selamat hari jadi dalam bahasa Itali? 129 00:07:31,159 --> 00:07:32,243 Buon compleanno. 130 00:07:32,910 --> 00:07:35,121 Buon compleanno, Maria! 131 00:07:35,121 --> 00:07:36,456 Terima kasih! 132 00:07:43,045 --> 00:07:47,091 Emily, boleh ambil gambar, tapi tolong jangan muat naik. 133 00:07:47,091 --> 00:07:50,428 Terutamanya pakaian. Itu peraturan utama syarikat kami. 134 00:07:50,428 --> 00:07:53,014 Tapi sangat istimewa. Kenapa tak dikongsi? 135 00:07:53,014 --> 00:07:56,767 Kami sengaja biarkan ia sulit. Tiada pengiklanan, media sosial. 136 00:07:56,767 --> 00:07:58,394 Pelanggan akan cari kami. 137 00:07:59,228 --> 00:08:02,440 Maafkan ibu saya. Kadangkala dia agak paranoid. 138 00:08:02,440 --> 00:08:04,775 Bukan paranoid. Melindungi. 139 00:08:04,775 --> 00:08:07,028 Ada yang kata agak berlebihan. 140 00:08:07,945 --> 00:08:09,030 Baiklah, Mamma. 141 00:08:13,659 --> 00:08:15,536 Terima kasih bawa saya ke rumah awak. 142 00:08:15,536 --> 00:08:18,623 Ini bukan rumah saya. Itu langkah seterusnya. 143 00:08:18,623 --> 00:08:21,000 Lawatan ini bersambung nampaknya. 144 00:08:21,667 --> 00:08:22,960 Selepas makan tengah hari. 145 00:08:28,925 --> 00:08:31,385 Tak sangka awak membesar di sini. 146 00:08:31,385 --> 00:08:32,803 Kenapa awak perlu keluar? 147 00:08:32,803 --> 00:08:35,556 Itulah masalahnya. Tiada sesiapa keluar. 148 00:08:39,977 --> 00:08:40,978 Ini ayah saya. 149 00:08:42,855 --> 00:08:44,690 Ini datuk saya. 150 00:08:44,690 --> 00:08:49,987 Ayah saya. Adik-adik saya. Saudara-mara. Saya tak tahu pun semua nama mereka. 151 00:08:50,988 --> 00:08:52,823 Ada banyak sejarah di sini. 152 00:08:52,823 --> 00:08:53,741 Ya. 153 00:08:56,452 --> 00:08:57,578 Apa yang awak fikirkan? 154 00:08:59,080 --> 00:09:01,415 Tentu awak tak mahu mendengarnya. 155 00:09:02,542 --> 00:09:04,669 Saya mahu dengar semua yang awak fikirkan. 156 00:09:14,470 --> 00:09:18,391 Sekarang saya dah lihat Solitano, atau merasainya, 157 00:09:19,934 --> 00:09:21,102 mungkin Sylvie betul. 158 00:09:22,270 --> 00:09:24,730 Saya tahu awak mahu jual kepada JVMA, 159 00:09:24,730 --> 00:09:26,816 dan saya rasa itu kesilapan besar. 160 00:09:26,816 --> 00:09:28,776 Okey. Jadi... 161 00:09:30,027 --> 00:09:31,404 Bagaimana awak tahu? 162 00:09:32,363 --> 00:09:33,364 Khabar angin. 163 00:09:34,490 --> 00:09:37,410 Saya tak mahu masuk campur sebelum datang ke sini, 164 00:09:38,578 --> 00:09:42,873 tapi tempat yang awak dan keluarga dah bina di sini sangat istimewa. 165 00:09:43,916 --> 00:09:45,668 Istimewa dan lapuk. 166 00:09:47,461 --> 00:09:49,463 Ibu saya tak suka perubahan. 167 00:09:50,548 --> 00:09:53,634 Tapi saya tak mahu kami jadi halimunan. 168 00:09:53,634 --> 00:09:56,637 Kami perlu berkembang dan menyertai dunia. 169 00:09:56,637 --> 00:10:00,766 Ya, kami dapat tawaran daripada JVMA dan kami sedang pertimbangkan. 170 00:10:02,184 --> 00:10:04,353 Mereka mahukan jawapan minggu ini. 171 00:10:04,353 --> 00:10:06,355 Saya dah tahu keputusan saya. 172 00:10:06,355 --> 00:10:09,025 Perkara seperti semakin pupus di dunia. 173 00:10:09,025 --> 00:10:12,445 Syarikat awak ada jiwa, saya merasainya di meja itu tadi. 174 00:10:12,445 --> 00:10:17,199 Serta kualiti penghasilan awak. Saya tak mahu awak kehilangannya. 175 00:10:17,908 --> 00:10:19,410 Saya tak merancang begitu. 176 00:10:20,286 --> 00:10:23,706 Saya mahu jenama kami setanding dengan Prada atau Gucci. 177 00:10:23,706 --> 00:10:26,042 Untuk itu, kami perlukan wang. 178 00:10:26,042 --> 00:10:29,003 Tapi saya kenal mereka, dan mereka tak boleh dipercayai. 179 00:10:32,757 --> 00:10:34,383 Tak sangka akan kata begini. 180 00:10:35,718 --> 00:10:37,845 Mungkin awak boleh berjumpa kami? 181 00:10:42,183 --> 00:10:43,434 Itu dia. 182 00:10:44,477 --> 00:10:45,978 Kembali bekerja. 183 00:10:45,978 --> 00:10:49,065 Saya cakap sebab prihatin dan kami boleh bantu. 184 00:10:50,775 --> 00:10:52,193 Dengarlah dulu. 185 00:10:53,653 --> 00:10:55,613 Kami dah tolak semua firma Itali. 186 00:10:55,613 --> 00:10:57,865 Kenapa perlu ambil firma Perancis? 187 00:10:57,865 --> 00:10:59,033 Sebab... 188 00:11:00,451 --> 00:11:02,912 seperti awak, kami juga istimewa. 189 00:11:09,543 --> 00:11:10,419 Emily... 190 00:11:12,755 --> 00:11:14,757 saya rasa awak silap datang ke sini. 191 00:11:15,925 --> 00:11:16,801 Maafkan saya. 192 00:11:17,885 --> 00:11:19,095 Tak, maafkan saya. 193 00:11:20,137 --> 00:11:21,972 Saya patut kata begitu. 194 00:11:21,972 --> 00:11:24,558 Kadangkala, saya tak boleh berhenti. 195 00:11:27,728 --> 00:11:30,398 Biar saya cari orang untuk bawa awak ke Rom. 196 00:11:38,697 --> 00:11:40,825 {\an8}Iklan Renault Cinq. 197 00:12:05,057 --> 00:12:06,475 Berhenti! 198 00:12:07,309 --> 00:12:08,811 Bagus. Mari buat lagi. 199 00:12:10,438 --> 00:12:12,606 Sylvie, tak sangka awak datang. 200 00:12:13,232 --> 00:12:14,442 Ada apa datang ke Rom? 201 00:12:15,067 --> 00:12:16,861 Saya pun tak pasti. 202 00:12:17,653 --> 00:12:19,488 Apa-apa pun, gembira dapat jumpa awak. 203 00:12:20,990 --> 00:12:24,034 Saya ada beberapa jam lagi. Awak nak datang nanti... 204 00:12:24,034 --> 00:12:25,327 Saya akan tunggu. 205 00:12:25,953 --> 00:12:28,247 Bagus juga lihat orang lain bekerja. 206 00:12:28,247 --> 00:12:29,623 Saya akan bawakan kerusi. 207 00:12:30,374 --> 00:12:32,418 Bawa kerusi untuk wanita ini. 208 00:12:32,418 --> 00:12:34,503 Motor-motor Vespa terlewat tadi. 209 00:12:34,503 --> 00:12:36,046 Buat sekali lagi! 210 00:12:37,798 --> 00:12:40,384 Ada sesuatu yang buat awak kembali ke Rom. 211 00:12:40,384 --> 00:12:42,052 Bukankah sudah jelas? 212 00:12:42,845 --> 00:12:45,306 Saya nak fikir saya sebabnya. Tapi bukan. 213 00:12:46,390 --> 00:12:47,933 Bandar ini buat awak kembali. 214 00:12:49,018 --> 00:12:51,437 Mungkin ia menyerlahkan diri sebenar awak. 215 00:12:52,229 --> 00:12:53,230 Apakah itu? 216 00:12:53,230 --> 00:12:54,148 Seorang artis. 217 00:12:54,148 --> 00:12:55,065 Tidak. 218 00:12:55,065 --> 00:12:56,025 Pembikin filem? 219 00:12:57,067 --> 00:13:00,362 Saya ikut kelas kerana saya suka awak dan filem awak. 220 00:13:01,447 --> 00:13:05,618 Memang saya nak belajar, tapi itu cuma angan-angan Mat Jenin. 221 00:13:07,244 --> 00:13:08,204 Begitu rupanya. 222 00:13:08,204 --> 00:13:12,458 Sesetengah wanita buat botox dan ada yang belajar filem di Rom. 223 00:13:13,334 --> 00:13:15,211 Saya tahu kemahiran saya. 224 00:13:15,211 --> 00:13:16,921 Saya juga perlu uruskan pejabat. 225 00:13:17,630 --> 00:13:19,757 Kerja bukan perkara paling penting. 226 00:13:21,133 --> 00:13:22,051 Saya tahu. 227 00:13:23,177 --> 00:13:26,555 Entahlah, datang ke sini mengingatkan saya tentang itu. 228 00:13:26,555 --> 00:13:29,808 Hari ini, saya suruh seorang pekerja Amerika saya 229 00:13:29,808 --> 00:13:33,479 korbankan percintaan demi cita-cita saya dan itu sangat teruk. 230 00:13:34,104 --> 00:13:35,272 Apa yang dia buat? 231 00:13:36,148 --> 00:13:38,484 Dia enggan, memang patut pun. 232 00:13:39,693 --> 00:13:42,613 Sejak buka agensi sendiri, hidup saya hanya kerja. 233 00:13:42,613 --> 00:13:46,617 Malah saya sedang buka kelab di Paris bersama suami saya. 234 00:13:46,617 --> 00:13:48,285 - Awak masih bersama dia? - Oui. 235 00:13:53,916 --> 00:13:57,294 Saya rasa dia hanya pernah cemburu dengan awak. 236 00:14:00,172 --> 00:14:02,007 Jadi bagaimana dengan kita? 237 00:14:03,133 --> 00:14:04,552 Apabila di Rom... 238 00:14:21,860 --> 00:14:25,155 Okey. Khidmat bilik di Rom memang terbaik. 239 00:14:26,073 --> 00:14:29,201 Seronoknya awak ada di sini. 240 00:14:29,910 --> 00:14:33,122 Jadi? Apa yang terjadi dengan Italian Stallion? 241 00:14:37,209 --> 00:14:39,461 Awak putuskan hubungan dengan dia? 242 00:14:39,461 --> 00:14:41,338 Sebaliknya. 243 00:14:43,257 --> 00:14:44,592 Mari kita keluar. 244 00:14:51,599 --> 00:14:55,811 Saya asyik terfikir situasi Eurovision ini semuanya salah saya. 245 00:14:55,811 --> 00:14:58,606 Kenapa fikir begitu? Nico yang sabotaj awak. 246 00:14:58,606 --> 00:15:02,610 Setiap kali saya minta dia pilih saya, dia lakukannya. 247 00:15:03,736 --> 00:15:07,281 Saya patut sedar betapa pentingnya imej diri bagi dia. 248 00:15:07,281 --> 00:15:10,034 Awak tak patut atur hidup atau kerjaya awak 249 00:15:10,034 --> 00:15:11,869 untuk bahagiakan orang lain. 250 00:15:11,869 --> 00:15:13,537 Ya dan saya benci perbuatan dia. 251 00:15:14,371 --> 00:15:18,083 Tapi awak tahu apa yang paling menyakitkan? 252 00:15:18,083 --> 00:15:19,001 Apa? 253 00:15:20,461 --> 00:15:21,629 Saya masih sayang dia. 254 00:15:23,005 --> 00:15:24,465 Saya tahu tak masuk akal. 255 00:15:24,465 --> 00:15:26,050 Tidak, tak perlu pun. 256 00:15:26,717 --> 00:15:30,888 Tapi lihatlah di sekeliling kita. Menakjubkan, bukan? 257 00:15:32,306 --> 00:15:33,682 Memang betul. 258 00:15:33,682 --> 00:15:35,726 Saya lihat bangunan peninggalan ini 259 00:15:35,726 --> 00:15:38,228 yang masih berdiri selepas beribu tahun, 260 00:15:38,228 --> 00:15:40,940 dan saya cuba bayangkan kehidupan pada waktu itu. 261 00:15:42,358 --> 00:15:44,276 Kita akan lupakan masalah kita. 262 00:15:45,069 --> 00:15:46,695 Peninggalan yang indah. 263 00:15:46,695 --> 00:15:47,863 Tepat sekali. 264 00:15:48,447 --> 00:15:53,452 Pekan ini lebih indah dan bernyawa disebabkan pengalaman yang dilalui. 265 00:15:53,452 --> 00:15:55,412 Saya rasa itulah daya tarikannya. 266 00:15:55,412 --> 00:15:56,330 Em, 267 00:15:57,790 --> 00:15:59,208 saya sedang membikin lagu, 268 00:15:59,208 --> 00:16:01,627 untuk menceritakan perasaan saya. 269 00:16:01,627 --> 00:16:02,586 Awak menulis lagu? 270 00:16:02,586 --> 00:16:07,466 Hampir, tapi saya belum jumpa penarik lagu dan awak dah beri saya idea. 271 00:16:12,054 --> 00:16:13,180 Cepat. Mari sini. 272 00:16:13,847 --> 00:16:16,350 Rakam dengan telefon supaya saya tak lupa lirik. 273 00:16:16,350 --> 00:16:17,393 Awak nak buat apa? 274 00:16:18,227 --> 00:16:20,854 - Buona sera. - Buona sera. 275 00:16:20,854 --> 00:16:23,315 Boleh saya ambil alih buat sementara? 276 00:16:23,315 --> 00:16:25,025 Awak boleh ambil wang ini. 277 00:16:25,609 --> 00:16:26,694 Okey. 278 00:16:33,951 --> 00:16:35,119 Okey. 279 00:16:51,176 --> 00:16:54,471 Kita bina kota ini sedikit demi sedikit 280 00:16:54,471 --> 00:16:58,600 Bukankah semua ini agak lucu? 281 00:16:58,600 --> 00:17:03,147 Betapa kita begitu hampir miliki segalanya 282 00:17:05,232 --> 00:17:08,610 Kita berusaha dengan segala kudrat yang ada 283 00:17:08,610 --> 00:17:12,239 Kita bina mahligai milik kita ini 284 00:17:12,239 --> 00:17:17,703 Namun kita juga menjadi saksi kejatuhannya sendiri 285 00:17:23,042 --> 00:17:26,670 Tangisan itu yang mengingatkan kita 286 00:17:26,670 --> 00:17:29,798 Kita masih bernyawa 287 00:17:29,798 --> 00:17:33,510 Rekahan itu yang membenarkan masuknya sinar cahaya 288 00:17:33,510 --> 00:17:38,849 Terkadang aku dapat melihat 289 00:17:38,849 --> 00:17:42,394 Permata di sebalik debu 290 00:17:42,394 --> 00:17:48,150 Wujud keindahan di sebalik runtuhan cinta kita 291 00:17:50,235 --> 00:17:53,572 {\an8}Sayangku, begitulah lumrahnya 292 00:17:53,572 --> 00:17:57,117 Di mana sebuah pintu terbuka, sebuah lagi tertutup 293 00:17:57,117 --> 00:18:01,163 Tiada lagi yang menyedihkan di pengakhirannya 294 00:18:03,999 --> 00:18:07,419 Maka ucapkanlah selamat tinggal 295 00:18:07,419 --> 00:18:10,672 Kerana telah ku bayangkan empayar baru di mindaku 296 00:18:10,672 --> 00:18:16,345 Akan ku bina semuanya semula 297 00:18:21,475 --> 00:18:25,145 Tangisan itu yang mengingatkan kita 298 00:18:25,145 --> 00:18:28,398 Kita masih bernyawa 299 00:18:28,398 --> 00:18:32,152 Rekahan itu yang membenarkan masuknya sinar cahaya 300 00:18:32,152 --> 00:18:35,114 Terkadang 301 00:18:35,114 --> 00:18:40,828 Aku dapat melihat permata di sebalik debu 302 00:18:40,828 --> 00:18:46,041 Wujud keindahan di sebalik runtuhan cinta kita 303 00:19:20,868 --> 00:19:21,994 Buongiorno. 304 00:19:21,994 --> 00:19:23,370 Buongiorno, Emily. 305 00:19:23,370 --> 00:19:24,705 Awak dah dapat hajat awak. 306 00:19:25,372 --> 00:19:27,124 Kami akan jumpa awak esok. 307 00:19:28,125 --> 00:19:30,502 Alamak. Itu sangat bagus. 308 00:19:30,502 --> 00:19:31,879 Kenapa awak ubah fikiran? 309 00:19:32,546 --> 00:19:37,009 Ibu saya terdengar perbualan kita dan dia mahu dengar lebih lagi. 310 00:19:37,009 --> 00:19:39,261 Saya tak tahu apa gunanya jumpa syarikat 311 00:19:39,261 --> 00:19:41,096 yang tiada pejabat di Rom. 312 00:19:42,472 --> 00:19:43,765 Tapi kami ada. 313 00:19:43,765 --> 00:19:45,475 Kami ada pejabat di Rom. 314 00:19:46,268 --> 00:19:48,353 Bavazza ialah klien kami, ingat? 315 00:19:49,354 --> 00:19:51,648 Satu lagi perkara yang awak lupa beritahu. 316 00:19:51,648 --> 00:19:55,903 Beritahu saya alamatnya dan kami akan jumpa awak esok. Pukul 1.00. 317 00:19:57,321 --> 00:19:59,031 Bagus. Baiklah. 318 00:19:59,781 --> 00:20:03,869 Saya akan hantar alamatnya sebentar lagi. Terima kasih. 319 00:20:08,582 --> 00:20:10,500 Awak tak perlu kerja hari ini, bukan? 320 00:20:12,002 --> 00:20:14,046 Saya dah batalkan semua urusan. 321 00:20:15,047 --> 00:20:16,340 Bagus. 322 00:20:17,758 --> 00:20:20,302 Saya cuma mahu bersiar-siar di kota, 323 00:20:20,302 --> 00:20:22,638 makan pasta dan berasmara. 324 00:20:24,014 --> 00:20:25,015 Saya... 325 00:20:29,561 --> 00:20:32,689 Biar saya halau penyibuk ini. Helo, Emily. 326 00:20:32,689 --> 00:20:36,276 Saya dapat aturkan perjumpaan. Tak tahu bagaimana, tapi saya dapat. 327 00:20:37,277 --> 00:20:38,362 Apa? Bagusnya! 328 00:20:38,987 --> 00:20:39,988 Bila dan di mana? 329 00:20:42,074 --> 00:20:44,618 Pukul 1.00 esok di pejabat Rom kita. 330 00:20:46,245 --> 00:20:47,454 Apa dia? 331 00:20:47,454 --> 00:20:49,915 Mereka takkan ambil kita jika tiada pejabat. 332 00:20:50,874 --> 00:20:51,708 Baiklah. 333 00:20:53,001 --> 00:20:54,002 Maaf, sayang. 334 00:20:54,002 --> 00:20:56,255 Saya ada masa 24 jam untuk buat pembentangan, 335 00:20:56,255 --> 00:20:57,839 dan cari pejabat di Rom. 336 00:21:04,096 --> 00:21:04,930 Apa yang terjadi? 337 00:21:06,181 --> 00:21:08,767 Walaupun tak dapat dia, saya dapat perjumpaan. 338 00:21:08,767 --> 00:21:10,602 Em, baguslah. 339 00:21:10,602 --> 00:21:11,937 Ya, begitulah kisahnya. 340 00:21:13,355 --> 00:21:14,231 Alamak. 341 00:21:15,983 --> 00:21:18,068 - Alamak, biar betul. - Ada apa? 342 00:21:18,068 --> 00:21:20,862 Video saya menyanyi di piazza itu tersebar. 343 00:21:20,862 --> 00:21:21,780 Dari akaun saya? 344 00:21:21,780 --> 00:21:24,741 Bukan, ada pelancong muat naik di TikTok. 345 00:21:26,034 --> 00:21:27,536 - Awak tentu tak percaya. - Apa? 346 00:21:27,536 --> 00:21:29,997 Wakil dari Chinese Popstar hubungi saya. 347 00:21:29,997 --> 00:21:32,291 Mereka nak saya kembali sebagai juri, 348 00:21:32,291 --> 00:21:35,544 dan persembahkan lagu ini. Tajuk lagu pun belum ada. 349 00:21:37,629 --> 00:21:39,172 Apa kata, "Beautiful Ruins?" 350 00:21:39,172 --> 00:21:40,841 "Beautiful Ruins." 351 00:21:41,967 --> 00:21:46,388 Sangat bagus. Aduhai, ini lebih baik daripada Eurovision. 352 00:21:46,388 --> 00:21:48,765 Saya perlu pergi ke Paris segera. 353 00:21:48,765 --> 00:21:50,726 Emily, saya telah diselamatkan. 354 00:21:57,274 --> 00:22:01,320 Kita sedang buat reka bentuk untuk Hotel Bulgari yang baharu, 355 00:22:01,320 --> 00:22:03,947 bukan bilik persalinan di Stadium Yankee. 356 00:22:03,947 --> 00:22:06,908 Ayuh! Awak perlu fikirkan. 357 00:22:06,908 --> 00:22:10,454 Apabila tetamu masuk ke lobi, saya mahu dia terkesima. 358 00:22:12,122 --> 00:22:15,917 Terkesima dengan segala keindahannya. 359 00:22:15,917 --> 00:22:17,461 Semua ini tak berguna! 360 00:22:17,461 --> 00:22:19,379 Maaf kerana mengganggu. 361 00:22:20,047 --> 00:22:22,466 Saya kenal dia sewaktu dia masih miskin. 362 00:22:23,300 --> 00:22:24,885 Sylvie Grateau. 363 00:22:26,595 --> 00:22:29,181 Tak sangka. Awak buat saya terpukau. 364 00:22:29,181 --> 00:22:30,974 Awak nampak cantik, sayang. 365 00:22:30,974 --> 00:22:32,267 Awak pun sama. 366 00:22:33,810 --> 00:22:35,687 Ucap helo kepada pasukan hebat saya. 367 00:22:35,687 --> 00:22:37,564 Pasukan impian. 368 00:22:38,356 --> 00:22:41,943 Ini wanita terakhir yang saya tiduri. 369 00:22:43,236 --> 00:22:45,030 Sebelum saya mula meniduri lelaki. 370 00:22:45,614 --> 00:22:48,617 Tolonglah. Saya tak tahu sama ada itu pujian atau hinaan. 371 00:22:50,368 --> 00:22:51,578 Gembira dapat jumpa awak. 372 00:22:51,578 --> 00:22:52,496 Saya pun sama. 373 00:22:52,496 --> 00:22:53,955 Awak ada apa di Rom? 374 00:22:53,955 --> 00:22:56,917 Saya ada urusan perniagaan dan perlukan bantuan. 375 00:22:56,917 --> 00:22:58,627 Sudah tentu. Apa-apa saja. 376 00:22:58,627 --> 00:23:02,589 Saya mencari pejabat cantik untuk mesyuarat penting esok. 377 00:23:02,589 --> 00:23:03,965 Saya berbesar hati. 378 00:23:03,965 --> 00:23:06,093 Ada banyak bangunan di sini. 379 00:23:06,093 --> 00:23:08,887 Sebenarnya, pejabat ini paling bagus. 380 00:23:08,887 --> 00:23:10,013 Pejabat saya? 381 00:23:10,597 --> 00:23:11,890 Hanya pada tengah hari. 382 00:23:11,890 --> 00:23:13,266 Seperkara lagi, 383 00:23:13,266 --> 00:23:16,686 boleh saya alihkan papan nama Girgio Barbieri di pintu? 384 00:23:16,686 --> 00:23:19,981 Saya mahu jadikannya pejabat Agence Grateau di Rom. 385 00:23:19,981 --> 00:23:23,318 Awak memang tak berubah, ya? 386 00:23:23,318 --> 00:23:26,029 Tidak, sejak saya mengubah awak. 387 00:23:32,202 --> 00:23:34,329 Saya nak keluar makan, mungkin lama sikit. 388 00:23:34,329 --> 00:23:36,581 - Jangan biar sesiapa telefon. - Baiklah. 389 00:23:36,581 --> 00:23:38,959 Saya boleh buat sesuka hati saya. 390 00:23:38,959 --> 00:23:40,460 Apa dia? 391 00:23:40,460 --> 00:23:41,586 Saya cakap saja. 392 00:23:41,586 --> 00:23:45,173 Tempah dua tiket penerbangan ke Rom segera. 393 00:23:45,173 --> 00:23:46,133 Apa yang berlaku? 394 00:23:46,133 --> 00:23:50,137 Sylvie baru telefon. Kemas beg awak. Dia mahu kita pergi Rom untuk perjumpaan. 395 00:23:50,137 --> 00:23:51,638 - Rom? Hebatnya. - Ya. 396 00:23:51,638 --> 00:23:53,765 Anggaplah sudah. Saya akan beli baju baru. 397 00:23:53,765 --> 00:23:55,809 Masalahnya, kita perlu kongsi bilik. 398 00:23:55,809 --> 00:23:56,726 - Tidak. - Ya. 399 00:23:56,726 --> 00:24:00,772 Dua katil. Jangan bawa orang masuk bilik. 400 00:24:00,772 --> 00:24:02,023 Awak ingat saya siapa? 401 00:24:02,023 --> 00:24:04,109 Saya kenal awak. 402 00:24:12,200 --> 00:24:14,870 Saya masih tak yakin dengan slogan kempen ini. 403 00:24:14,870 --> 00:24:17,831 "Orang Itali lebih mahir." Saya rasa itu bagus. 404 00:24:17,831 --> 00:24:21,418 Lebih baik daripada tiada, sewaktu kami tiba tadi. 405 00:24:21,418 --> 00:24:24,838 Lupakan dulu. Kita perlu tonjolkan diri kita hari ini. 406 00:24:25,463 --> 00:24:29,301 Inilah impian saya. Akhirnya kita ada pejabat di Rom. 407 00:24:29,301 --> 00:24:32,470 Hanya untuk tengah hari ini. Jangan biasakan diri. 408 00:24:41,146 --> 00:24:43,148 Terima kasih kerana datang. 409 00:24:43,148 --> 00:24:46,359 Saya berbesar hati dapat jumpa awak, Signora Muratori. 410 00:24:46,359 --> 00:24:48,445 Sangat berbesar hati. 411 00:24:48,445 --> 00:24:51,406 Kamu terlalu baik. Jangan berterima kasih dulu. 412 00:24:52,073 --> 00:24:55,493 Seperti yang saya beritahu Emily, kami tak pernah buat pemasaran 413 00:24:55,493 --> 00:24:59,080 dan saya tak pasti jika kami dah bersedia untuk lakukannya. 414 00:24:59,080 --> 00:25:01,458 Saya yakin awak boleh dapat semuanya. 415 00:25:02,125 --> 00:25:05,170 Awak boleh kekalkan operasi yang kecil dan bebas, 416 00:25:05,170 --> 00:25:07,005 tapi beritahu seluruh dunia. 417 00:25:07,005 --> 00:25:10,550 Jika kami mahu sekalipun, kenapa perlu firma pemasaran Perancis? 418 00:25:11,218 --> 00:25:14,095 Kami melihat dari sudut pandangan baharu. 419 00:25:14,804 --> 00:25:17,432 Kami tahu orang Itali lebih mahir. 420 00:25:22,354 --> 00:25:24,231 - Tentulah. - Ya. 421 00:25:24,231 --> 00:25:25,649 Tak nampak lagi? 422 00:25:30,570 --> 00:25:32,447 Itu bukan slogan kami. 423 00:25:32,447 --> 00:25:33,698 - Bukan. - Bukan. 424 00:25:33,698 --> 00:25:34,616 Bukan. 425 00:25:34,616 --> 00:25:37,619 Saya tahu Muratori tak pernah buat iklan, 426 00:25:37,619 --> 00:25:41,081 tapi saya ada idea untuk kempen pemasaran secara senyap. 427 00:25:41,081 --> 00:25:43,083 Tanpa bercakap tentang jenama. 428 00:25:43,083 --> 00:25:48,672 Jangan tonjolkan pakaian kamu, tonjolkan gaya hidup kamu. 429 00:25:48,672 --> 00:25:51,716 Keluarga, kebahagiaan, komuniti. 430 00:25:52,342 --> 00:25:55,971 Di penjuru bawah sebelah kanan, akan ada jenama Umberto Muratori. 431 00:25:56,596 --> 00:26:00,350 Dengan saiz yang begitu kecil, perlu datang rapat untuk lihat. 432 00:26:02,519 --> 00:26:06,773 Semua ini sangat menarik, tapi... 433 00:26:08,858 --> 00:26:10,318 kamu tak patut datang 434 00:26:10,318 --> 00:26:13,363 dan cuba menipu mata seorang wanita Itali. 435 00:26:13,989 --> 00:26:16,283 Saya tak faham maksud awak. 436 00:26:16,283 --> 00:26:19,619 Agence Grateau tiada pejabat di Rom. 437 00:26:19,619 --> 00:26:22,205 Ini pejabat Giorgio Barbieri. 438 00:26:22,205 --> 00:26:23,415 Apa dia? 439 00:26:25,208 --> 00:26:28,503 Maaf, siapa Giorgio? Saya tak pernah dengar. 440 00:26:29,629 --> 00:26:32,507 Saya rasa dia dah berpindah pejabat. 441 00:26:32,507 --> 00:26:34,634 Tolong hentikan. 442 00:26:34,634 --> 00:26:36,261 Kami saling kenal di Rom. 443 00:26:37,804 --> 00:26:38,805 Malah, 444 00:26:38,805 --> 00:26:42,976 saya wanita terakhir yang dia tiduri sebelum dia mula meniduri lelaki. 445 00:26:42,976 --> 00:26:44,728 Apa? 446 00:26:44,728 --> 00:26:48,523 Ingatan saya agak kabur tentang itu. 447 00:26:48,523 --> 00:26:53,445 Awak tak beritahu akan berjumpa dengan Antonia Muratori. 448 00:26:54,988 --> 00:26:57,449 Saya boleh beritahu yang awak hanya membuang masa. 449 00:27:01,036 --> 00:27:03,705 Nanti, Antonia. Maaf, Signora Muratori, 450 00:27:04,497 --> 00:27:09,627 seperti awak, saya sanggup buat apa-apa saja untuk orang yang saya sayang. 451 00:27:10,545 --> 00:27:14,257 Kerana apabila kita sayang sesuatu, itu bukan kerja. 452 00:27:15,467 --> 00:27:17,218 Jadi awak faham. 453 00:27:17,218 --> 00:27:18,470 Awak memahami kami. 454 00:27:20,221 --> 00:27:22,557 Saya juga faham perasaan Marcello. 455 00:27:22,557 --> 00:27:24,517 Dia mahu takluk dunia. 456 00:27:24,517 --> 00:27:28,146 Itu bukan cita-cita saya, tapi kami perlukan wang. 457 00:27:29,272 --> 00:27:34,986 Saya tak mampu untuk jual mahal lagi. 458 00:27:36,321 --> 00:27:37,530 Beri kami enam bulan. 459 00:27:54,798 --> 00:27:57,258 Sudah enam tahun saya tak bayar cukai, 460 00:27:58,218 --> 00:28:00,637 apa salahnya tunggu enam bulan lagi? 461 00:28:00,637 --> 00:28:05,392 Ibu, dalam enam bulan, mungkin tawaran JVMA sudah luput. 462 00:28:05,392 --> 00:28:08,186 Jika mereka mahukan kita, mereka akan tunggu. 463 00:28:08,186 --> 00:28:09,521 Awak ada masa enam bulan. 464 00:28:10,146 --> 00:28:11,439 Antonia. 465 00:28:11,439 --> 00:28:13,525 Saya sangat teruja untuk bekerjasama. 466 00:28:15,819 --> 00:28:18,279 Saya akan adakan parti malam ini untuk raikan 467 00:28:18,279 --> 00:28:21,533 dua wanita kegemaran saya bersama di Rom! 468 00:28:23,660 --> 00:28:24,786 Jadi, akhirnya, 469 00:28:25,829 --> 00:28:28,456 awak memang datang untuk kerja, bukan saya. 470 00:28:29,374 --> 00:28:31,167 Saya dah kata bukan begitu. 471 00:28:31,167 --> 00:28:34,003 Tahniah. Awak dah dapat apa yang awak mahukan. 472 00:28:37,549 --> 00:28:38,383 Marcello. 473 00:28:40,802 --> 00:28:41,719 Maafkan saya. 474 00:28:50,270 --> 00:28:51,229 Agence Grateau. 475 00:28:59,320 --> 00:29:00,447 Aduhai! 476 00:29:01,531 --> 00:29:02,532 Bagusnya! 477 00:29:03,241 --> 00:29:04,409 Saya akan beritahu dia! 478 00:29:05,034 --> 00:29:06,953 Terima kasih banyak. 479 00:29:06,953 --> 00:29:08,288 Terima kasih. 480 00:29:10,790 --> 00:29:11,624 Gabriel! 481 00:29:14,753 --> 00:29:18,131 Gabriel, saya ada berita penting. 482 00:29:18,131 --> 00:29:21,926 Michelin baru beritahu akan umumkan bintang malam ini. 483 00:29:22,510 --> 00:29:23,595 Awak akan dapat satu. 484 00:29:24,971 --> 00:29:26,431 Tak, itu tak benar. 485 00:29:26,431 --> 00:29:28,516 Marianne penyamar. Ada orang tipu awak. 486 00:29:28,516 --> 00:29:30,977 Tidak. Ini benar, saya janji. 487 00:29:30,977 --> 00:29:33,938 Saya bercakap dengan Régie Lombard. 488 00:29:34,564 --> 00:29:36,316 Dia bekerja dengan Michelin. 489 00:29:37,025 --> 00:29:39,319 Mana Emily? Dia patut beritahu saya. 490 00:29:39,319 --> 00:29:41,446 Dia ke Rom untuk jumpa teman lelakinya. 491 00:29:44,449 --> 00:29:46,409 Saya tahu awak dah lama inginkannya. 492 00:29:47,243 --> 00:29:51,414 Awak memang layak. Kita perlu raikannya di sini malam ini. 493 00:29:53,124 --> 00:29:54,501 Ya, betul cakap awak. 494 00:29:54,501 --> 00:29:55,960 Kita akan raikannya. 495 00:29:57,462 --> 00:29:59,339 Saya bangga dengan awak. 496 00:30:03,426 --> 00:30:05,762 Okey. Jumpa awak malam nanti. 497 00:30:05,762 --> 00:30:07,764 Telefon saya asyik berbunyi. 498 00:30:07,764 --> 00:30:09,098 Jumpa malam ini. 499 00:30:09,098 --> 00:30:11,226 Okey, jumpa lagi. 500 00:30:20,527 --> 00:30:23,446 Maaf, dengar sini. Sebentar saja. 501 00:30:24,489 --> 00:30:26,074 Sila diam sebentar. 502 00:30:26,074 --> 00:30:31,955 Saya ingin memberikan ucap selamat kepada dua wanita hebat ini. 503 00:30:33,122 --> 00:30:36,209 Bukan, tiga wanita hebat. 504 00:30:36,918 --> 00:30:38,962 Ini semua jasa Emily. 505 00:30:38,962 --> 00:30:41,422 Tiga wanita hebat! 506 00:30:58,815 --> 00:31:01,526 Saya tahu riak wajah itu. Kenapa? 507 00:31:02,193 --> 00:31:05,280 Mungkin awak tak perasan, tapi kita kurang seorang. 508 00:31:06,322 --> 00:31:07,615 Marcello. 509 00:31:09,993 --> 00:31:13,955 Tak apa. Tuah saya dalam pekerjaan, bukan dalam percintaan. 510 00:31:16,082 --> 00:31:18,251 Maaf, Emily. Saya tak berniat... 511 00:31:18,251 --> 00:31:21,129 Memang itu niat awak. Awak tak kisah pun. 512 00:31:23,631 --> 00:31:25,341 Tapi, saya yang buat keputusan. 513 00:31:25,341 --> 00:31:27,927 Saya tak pasti jika keputusan itu betul. 514 00:31:35,018 --> 00:31:36,269 Mungkin betul. 515 00:31:49,782 --> 00:31:53,036 LAUREN! SAYA DI PARIS, AWAK DI MANA? 516 00:31:53,036 --> 00:31:55,371 SYLVIE DI ROM. 517 00:31:56,247 --> 00:31:58,416 LAURENT CEPATLAH PULANG. SAYA RINDU AWAK. 518 00:32:10,428 --> 00:32:14,641 SAYA NAK SELESAIKAN URUSAN KERJA DI SINI. SAYA AKAN PULANG NANTI. 519 00:32:15,308 --> 00:32:17,644 - Ciao. - Ciao. 520 00:32:24,901 --> 00:32:29,113 Saya risau awak tak datang kerana marahkan saya. 521 00:32:30,156 --> 00:32:34,118 Ibu saya kata awak minta untuk diasingkan daripada akaun ini. 522 00:32:35,870 --> 00:32:37,205 Saya nak tahu sebabnya. 523 00:32:39,082 --> 00:32:41,668 Saya tak mahu kerja bersama awak, Marcello. 524 00:32:43,419 --> 00:32:44,963 Saya mahu bersama awak. 525 00:32:47,924 --> 00:32:49,592 Saya pulang ke Paris esok. 526 00:32:52,220 --> 00:32:57,809 Kalau begitu, lebih baik kita raikan malam terakhir awak di Rom sebaiknya. 527 00:33:22,375 --> 00:33:23,209 Maaf. 528 00:33:23,209 --> 00:33:24,335 Cef Gabriel, 529 00:33:24,335 --> 00:33:26,963 sudah tiga kali saya makan di sini 530 00:33:26,963 --> 00:33:30,633 dan setiap pengalaman di sini lebih baik daripada sebelumnya. 531 00:33:30,633 --> 00:33:32,301 Maaf. Siapa awak? 532 00:33:32,301 --> 00:33:36,055 Cuma seorang yang suka makanan yang lazat 533 00:33:37,306 --> 00:33:38,975 dan terima layanan istimewa. 534 00:33:41,144 --> 00:33:42,395 Tahniah. 535 00:33:44,480 --> 00:33:47,692 Saya tahu awak memang bagus. Saya nampak bakat awak. 536 00:33:47,692 --> 00:33:50,486 Ini milik kamu juga, sebagai rakan kongsi. 537 00:33:51,195 --> 00:33:53,865 Saya takkan berjaya tanpa sokongan kamu. 538 00:33:53,865 --> 00:33:56,200 - Ya, serta wang Antoine. - Ya. 539 00:33:56,993 --> 00:33:58,161 Walaupun kita rugi, 540 00:33:58,161 --> 00:34:00,288 pelaburan ini yang paling seronok. 541 00:34:00,955 --> 00:34:03,499 Tapi lepas ini mungkin akan berubah. 542 00:34:05,293 --> 00:34:08,421 Setelah semuanya, tak sangkat bintang itu nyata. 543 00:34:09,922 --> 00:34:11,257 Emily patut ada. 544 00:34:11,883 --> 00:34:13,551 Rasa kosong tanpa dia. 545 00:34:14,510 --> 00:34:16,387 - Tahniah. - Terima kasih. 546 00:34:17,221 --> 00:34:21,476 Saya gembira untuk awak. Saya rasa awak hebat. 547 00:34:22,894 --> 00:34:23,728 Terima kasih. 548 00:34:24,729 --> 00:34:25,855 Terima kasih. 549 00:34:25,855 --> 00:34:28,149 - Nampaknya dah tak kosong lagi. - Ya. 550 00:34:28,149 --> 00:34:30,026 Boleh kita bercakap sebentar? 551 00:34:30,026 --> 00:34:31,277 Ya. Sudah tentu. 552 00:34:35,406 --> 00:34:38,701 Genevieve, saya tak mahu awak salah anggap. 553 00:34:39,744 --> 00:34:41,746 Kita rasa sesuatu tempoh hari, 554 00:34:41,746 --> 00:34:44,082 tapi itu cuma kebetulan saja. 555 00:34:45,583 --> 00:34:47,668 Awak jiran dan kawan saya, 556 00:34:49,128 --> 00:34:51,464 dan kini kita akan bekerja bersama. 557 00:34:52,173 --> 00:34:53,841 Cukup sekadar itu, okey? 558 00:34:55,176 --> 00:34:56,844 Ya. Tentulah. 559 00:34:58,554 --> 00:35:01,432 Baguslah kita dah jelas. 560 00:35:04,102 --> 00:35:04,936 Maafkan saya. 561 00:35:15,822 --> 00:35:17,573 Bonjour, ini Emily Cooper. 562 00:35:17,573 --> 00:35:19,408 Sila tinggalkan pesanan. 563 00:35:20,451 --> 00:35:22,495 Emily, ini saya. 564 00:35:23,830 --> 00:35:26,916 Akhirnya saya dapat bintang Michelin. 565 00:35:32,213 --> 00:35:33,631 Saya hargai awak. 566 00:35:37,301 --> 00:35:38,302 Untuk semuanya. 567 00:35:45,226 --> 00:35:48,020 Bila saya boleh jumpa awak lagi? 568 00:35:48,980 --> 00:35:51,983 Bergantunglah. Bila awak akan kembali ke Paris? 569 00:35:51,983 --> 00:35:55,695 Tak lama lagi. Tapi sekarang awak ada alasan untuk datang ke Rom. 570 00:35:55,695 --> 00:35:59,824 Asalkan kita dapat berdua-duaan bersama pasta. 571 00:36:01,033 --> 00:36:02,034 Tiga serangkai. 572 00:36:02,702 --> 00:36:05,079 Saya tak sangka awak gadis begitu. 573 00:36:10,084 --> 00:36:11,210 Ciao, bella. 574 00:36:28,186 --> 00:36:30,021 Emily, ini saya. 575 00:36:30,021 --> 00:36:32,899 Akhirnya, saya dapat bintang Michelin. 576 00:36:33,983 --> 00:36:36,027 Terima kasih untuk segalanya. 577 00:36:36,903 --> 00:36:37,737 Bagus! 578 00:36:40,364 --> 00:36:42,575 Maaf saya lewat. Tapi ada berita penting. 579 00:36:42,575 --> 00:36:45,828 Gabriel dapat bintang Michelin. Kali ini memang betul. 580 00:36:45,828 --> 00:36:47,872 Kami sangat gembira untuk dia. 581 00:36:47,872 --> 00:36:49,624 Tapi mari kita uruskan hal kerja. 582 00:36:50,875 --> 00:36:54,378 Agence Grateau akan buka pejabat di Rom secara rasminya, 583 00:36:54,378 --> 00:36:56,088 dan kita perlukan pengurus. 584 00:36:56,088 --> 00:36:57,006 Saya mahu. 585 00:36:58,674 --> 00:37:00,551 Saya yang sepatutnya dapat. 586 00:37:00,551 --> 00:37:04,513 Saya fasih berbahasa Itali dan orang paling senior di sini. 587 00:37:04,513 --> 00:37:06,724 Sebab itu saya perlukan awak di Paris. 588 00:37:06,724 --> 00:37:08,976 Sayalah orangnya. Rom memang impian saya 589 00:37:08,976 --> 00:37:10,770 sejak zaman selepas kolej 590 00:37:10,770 --> 00:37:13,481 menjadi penjaga anjing Valentino, Margot. 591 00:37:13,481 --> 00:37:14,482 Biar betul? 592 00:37:14,482 --> 00:37:17,276 Betul. Tiga bulan kerja di bawah tanah. 593 00:37:17,276 --> 00:37:18,986 Begitulah dunia fesyen. 594 00:37:18,986 --> 00:37:21,280 Kamu terlupa seseorang yang sangat penting? 595 00:37:23,616 --> 00:37:24,450 Saya. 596 00:37:25,409 --> 00:37:29,497 Saya juga fasih berbahasa Itali dan pernah ada kehidupan di sini. 597 00:37:31,040 --> 00:37:33,459 Tapi saya perlu fikirkan yang terbaik untuk klien. 598 00:37:34,710 --> 00:37:37,213 Oleh itu, saya mahu 599 00:37:38,589 --> 00:37:41,550 Emily kekal di Rom dan uruskan pejabat di sini. 600 00:37:42,385 --> 00:37:44,887 - Apa? - Sekejap. Saya? Kenapa? 601 00:37:44,887 --> 00:37:47,848 Antonia terpegun dengan awak pada mesyuarat itu. 602 00:37:47,848 --> 00:37:51,727 Dia persetujui perjanjian kita dengan syarat awak kekal mengurus. 603 00:37:52,728 --> 00:37:53,688 Dia atau anaknya? 604 00:37:53,688 --> 00:37:55,523 Emily tak pandai berbahasa Itali. 605 00:37:55,523 --> 00:37:57,316 Mamma mia! Ini tak patut! 606 00:37:57,316 --> 00:38:00,861 Emily tak pandai berbahasa Perancis. Tapi itu tak menghalangnya. 607 00:38:00,861 --> 00:38:02,655 Jadi apa maksud semua ini? 608 00:38:02,655 --> 00:38:04,115 Awak akan kekal di Rom. 609 00:38:04,740 --> 00:38:06,701 Kami dah atur temu janji untuk awak. 610 00:38:06,701 --> 00:38:09,203 Kirim saja pakaian awak. Jangan bazir masa. 611 00:38:10,454 --> 00:38:13,207 Tahniah, Emily. Awak dah rampas impian saya. 612 00:38:13,207 --> 00:38:14,250 Saya juga. 613 00:38:20,298 --> 00:38:21,841 Awak nak buat apa? 614 00:38:21,841 --> 00:38:23,509 Bukan untuk selamanya. 615 00:38:23,509 --> 00:38:25,970 Mereka akan cari rumah untuk saya. 616 00:38:28,806 --> 00:38:30,766 Cari yang ada bilik tambahan, 617 00:38:30,766 --> 00:38:33,769 sebab saya akan ikut awak selepas pulang dari Shanghai. 618 00:38:33,769 --> 00:38:35,521 Pastikan awak datang. 619 00:38:35,521 --> 00:38:36,439 Saya janji. 620 00:38:37,148 --> 00:38:39,191 Tiba masa untuk saya mengembara juga. 621 00:38:39,900 --> 00:38:40,735 Ciao. 622 00:38:43,279 --> 00:38:45,364 Kenapa kamu semua bangun awal? 623 00:38:45,364 --> 00:38:49,160 Kenapa kami tidur lewat? Kami ada keraian semalam. 624 00:38:50,286 --> 00:38:51,329 Awak dah dengar? 625 00:38:51,912 --> 00:38:53,789 Gabriel dah dapat bintang Michelin. 626 00:38:53,789 --> 00:38:55,458 - Tahniah. - Terima kasih. 627 00:38:55,458 --> 00:38:57,585 Kami rancang untuk kembangkan. 628 00:38:58,502 --> 00:39:01,589 Cadangan saya, Gigi 2, London. 629 00:39:01,589 --> 00:39:02,506 New York. 630 00:39:02,506 --> 00:39:05,634 Mungkin Rom? Setidaknya awak akan dapat jumpa Emily. 631 00:39:05,634 --> 00:39:06,844 Apa maksud awak? 632 00:39:06,844 --> 00:39:10,348 Dia baru telefon saya. Dia akan pindah ke Rom. 633 00:39:11,265 --> 00:39:12,475 Untuk Marcello? 634 00:39:12,475 --> 00:39:14,268 Rasanya untuk kerja. 635 00:39:14,268 --> 00:39:16,395 Uruskan pejabat Agence Grateau di sana. 636 00:39:17,396 --> 00:39:19,857 Ya, Paris takkan sama tanpa dia. 637 00:39:21,359 --> 00:39:22,193 Selamat tinggal. 638 00:39:29,325 --> 00:39:30,534 Awak okey? 639 00:39:33,454 --> 00:39:36,665 Ya, saya cuma terkejut. 640 00:39:39,210 --> 00:39:40,836 Nak dengar pendapat saya? 641 00:39:41,962 --> 00:39:43,839 Awak biar ego dan salah faham 642 00:39:43,839 --> 00:39:45,883 menyisihkan gadis terhebat di dunia. 643 00:39:47,718 --> 00:39:48,803 Saya pun sama. 644 00:39:52,807 --> 00:39:53,641 Mungkin juga. 645 00:39:56,310 --> 00:39:57,269 Saya tak terfikir... 646 00:39:57,269 --> 00:40:00,064 Berhenti berfikir dan rasa dengan hati. 647 00:40:01,816 --> 00:40:03,567 Masih ada masa dapatkan dia. 648 00:40:05,152 --> 00:40:06,612 Bagaimana? Dia ada Marcello. 649 00:40:07,321 --> 00:40:08,823 Sebab dia tak bersama awak. 650 00:40:20,835 --> 00:40:22,461 Saya minta diri sebentar. 651 00:40:26,549 --> 00:40:30,261 EMILY PESANAN SUARA 652 00:40:34,014 --> 00:40:36,308 Bahasa Perancis saya tak bagus. 653 00:40:37,143 --> 00:40:39,770 Tapi saya nak ucapkan tahniah. 654 00:40:40,604 --> 00:40:42,440 Saya sangat bangga dengan awak. 655 00:40:43,357 --> 00:40:46,152 Awak layak dapat semua ini dan lebih lagi. 656 00:40:54,785 --> 00:40:57,621 Seperti kamu nampak, kawasan ini sunyi. 657 00:40:57,621 --> 00:40:59,748 Silakan dulu. 658 00:41:03,544 --> 00:41:05,171 Kita dah sampai. 659 00:41:06,338 --> 00:41:10,217 Apartmen ini ada sejak 1600-an dan sebahagian daripada rumah agam. 660 00:41:10,217 --> 00:41:11,427 Cantiknya. 661 00:41:12,386 --> 00:41:16,682 Agak kecil seperti kebanyakan rumah di Rom, tapi lihatlah pemandangannya. 662 00:41:20,102 --> 00:41:21,312 Menakjubkan. 663 00:41:33,699 --> 00:41:36,869 Cik, saya akan tinggalkan kunci dan kad saya di pintu... 664 00:41:36,869 --> 00:41:38,454 Terima kasih. 665 00:42:06,565 --> 00:42:08,025 Di mana dia sebenarnya? 666 00:42:08,817 --> 00:42:09,818 Dah bersedia? 667 00:42:09,818 --> 00:42:10,778 Sebentar. 668 00:42:15,366 --> 00:42:17,284 Saya rasa awak tentu bahagia di sini. 669 00:42:22,831 --> 00:42:24,124 Saya memang dah bahagia. 670 00:42:26,377 --> 00:42:27,211 Marilah. 671 00:43:59,011 --> 00:44:04,016 Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi