1 00:00:06,543 --> 00:00:08,876 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:55,626 --> 00:01:00,668 Apabila masa semakin suntuk, banduan 573 tiada pilihan. 3 00:01:01,418 --> 00:01:03,876 Terima kasih kerana menonton KPOC. 4 00:01:03,959 --> 00:01:07,293 Saya Tully Hart, menyampaikan kisah sebenar. 5 00:01:08,126 --> 00:01:08,959 Selamat malam. 6 00:01:11,293 --> 00:01:15,959 Mari dapatkan tanggapan pertama. Mulakan. 7 00:01:16,043 --> 00:01:19,501 Saya suka dia. Boleh dipercayai. Saya suka keyakinan dia. 8 00:01:20,084 --> 00:01:22,084 Boleh dipercayai dan yakin! 9 00:01:22,168 --> 00:01:26,584 Saya tak percayakan dia untuk kopi saya. Saya tak suka suaranya. 10 00:01:26,668 --> 00:01:27,918 Suaranya sangat… 11 00:01:28,459 --> 00:01:30,293 - Menjengkelkan? - Bising. 12 00:01:30,376 --> 00:01:31,751 Suara dia nyaring. 13 00:01:31,834 --> 00:01:33,876 - Tentang mulutnya. - Betul. 14 00:01:33,959 --> 00:01:37,793 Dia gunakan bibirnya seperti menggoda. 15 00:01:37,876 --> 00:01:41,376 Ini siaran berita atau burlesk? Suami saya tak boleh tonton. 16 00:01:41,459 --> 00:01:44,084 Dia banyak kelipkan mata. 17 00:01:44,168 --> 00:01:47,584 Saya rasa dia kurang berkelip. Macam pertandingan merenung. 18 00:01:49,376 --> 00:01:52,751 Rambut keriting halus itu? Gunakan pengeriting rambut. 19 00:01:53,543 --> 00:01:57,251 Bagaimana tentang kata penutupnya? "Menyampaikan kisah sebenar." 20 00:01:57,334 --> 00:01:59,834 Kami faham nama awak Tully Heart. 21 00:02:04,293 --> 00:02:05,459 Ini yang saya takut. 22 00:02:05,543 --> 00:02:07,751 Stan, mereka merapu. 23 00:02:07,834 --> 00:02:11,418 Saya takkan boleh banyak berkelip dan kemudian tak cukup. 24 00:02:11,501 --> 00:02:15,209 Penarafan kita menurun 15 peratus dan kita perlu tahu sebabnya. 25 00:02:15,293 --> 00:02:18,834 Penarafan turun jika ada perubahan. Orang suka perkara biasa. 26 00:02:18,918 --> 00:02:21,168 Kumpulan fokus memang akan kritik. 27 00:02:21,251 --> 00:02:23,418 - Orang mahu rasa berguna. - Ya. 28 00:02:23,501 --> 00:02:26,043 Puncanya peneraju berita wanita. 29 00:02:26,126 --> 00:02:28,418 Jangan jadikan wanita sebagai sebab. 30 00:02:28,501 --> 00:02:31,293 Jean Enersen peneraju berita terbaik di Seattle. 31 00:02:32,834 --> 00:02:34,709 Saya kenal Jean Enersen. 32 00:02:35,876 --> 00:02:38,168 Saya pernah bekerja dengan Jean Enersen. 33 00:02:38,251 --> 00:02:39,834 Awak bukan Jean Enersen. 34 00:02:40,334 --> 00:02:43,084 Kita dah buat kajian. Mari kita gunakannya. 35 00:02:44,001 --> 00:02:46,168 Inilah tujuan kumpulan fokus ini. 36 00:02:46,251 --> 00:02:48,501 Bantu kita fokus pada usaha pembaikan. 37 00:02:48,584 --> 00:02:50,834 Tiga minggu untuk naikkan penarafan. 38 00:02:51,668 --> 00:02:55,334 Jika tak, saya terpaksa buat perubahan. 39 00:02:59,459 --> 00:03:00,293 Tull… 40 00:03:01,543 --> 00:03:03,959 Mereka kasar. Saya minta maaf. 41 00:03:04,043 --> 00:03:04,876 Tak apa. 42 00:03:05,459 --> 00:03:06,418 Saya boleh buat. 43 00:03:07,168 --> 00:03:09,668 Saya akan anggap ia seperti cerita. 44 00:03:09,751 --> 00:03:11,668 Melihat semua sudut pandangan. 45 00:03:11,751 --> 00:03:15,751 Apabila selesai, saya akan kaji pita itu. Saya akan bermalam di sini. 46 00:03:15,834 --> 00:03:17,501 Saya akan tunggu sehingga… 47 00:03:19,001 --> 00:03:22,918 perkara yang saya perlu buat malam ini. 48 00:03:23,001 --> 00:03:25,376 Saya akan batalkannya. Ini lebih penting. 49 00:03:25,459 --> 00:03:26,959 Tidak! Pergilah. 50 00:03:27,043 --> 00:03:28,834 Saya boleh buat. Pergilah. 51 00:03:28,918 --> 00:03:31,793 Berseronoklah. 52 00:03:33,793 --> 00:03:37,418 Tak perlu berselindung. Tak apa kalau awak ada janji temu. 53 00:03:38,543 --> 00:03:39,668 Tiada masalah. 54 00:03:39,751 --> 00:03:43,709 Tak apa… 55 00:03:44,834 --> 00:03:46,751 Saya gembira awak berjanji temu! 56 00:03:46,834 --> 00:03:49,043 Saya tak kisah. 57 00:03:49,668 --> 00:03:52,543 Tak perlu rasa janggal. 58 00:03:54,126 --> 00:03:55,751 Okey. Bagus. 59 00:03:57,876 --> 00:03:59,418 Ini sangat menyeksakan. 60 00:04:00,376 --> 00:04:02,751 Hanya ambil jalur filem seterusnya. 61 00:04:02,834 --> 00:04:04,209 Saya tak pasti… 62 00:04:04,751 --> 00:04:06,668 Sepanjang harilah kita di sini. 63 00:04:07,418 --> 00:04:08,793 Okey, terima kasih. 64 00:04:08,876 --> 00:04:10,876 Dah nak siap. 65 00:04:11,418 --> 00:04:15,043 Esok kita junior! Ini tahun kita, Mularkey. 66 00:04:15,668 --> 00:04:17,793 - Kita dah terkenal. - Apa awak buat? 67 00:04:17,876 --> 00:04:20,209 Saya buat buku tahunan. Nak mula awal. 68 00:04:21,543 --> 00:04:24,501 Kate, boleh kita bercakap berdua? 69 00:04:25,001 --> 00:04:25,959 Okey. 70 00:04:32,376 --> 00:04:36,126 Saya tertanya-tanya. 71 00:04:37,501 --> 00:04:40,459 Saya perasan awak tak bercakap dengan saya lagi. 72 00:04:41,293 --> 00:04:45,126 Taklah. Kita sedang bercakap sekarang ini. 73 00:04:45,209 --> 00:04:48,001 Sejak Empat Julai, 74 00:04:48,084 --> 00:04:50,501 awak seperti mengelak daripada saya. 75 00:04:52,876 --> 00:04:56,459 Adakah saya tak pandai bercium… 76 00:04:56,543 --> 00:04:59,126 Jika ya, saya boleh jadi lebih baik… 77 00:04:59,209 --> 00:05:01,376 Awak hebat… 78 00:05:01,459 --> 00:05:04,584 - Ciuman itu hebat. - Sungguh? 79 00:05:07,959 --> 00:05:08,918 Ya. 80 00:05:09,001 --> 00:05:10,126 Ia lebih kepada… 81 00:05:11,251 --> 00:05:13,376 Begini, dengan sekolah bermula esok 82 00:05:13,459 --> 00:05:16,626 dan kelab AV. Lebih baik kita kekal profesional. 83 00:05:17,918 --> 00:05:18,751 Profesional? 84 00:05:18,834 --> 00:05:20,834 Saya tak mahu hubungan kita 85 00:05:20,918 --> 00:05:22,876 mengganggu urusan rasmi Kelab AV. 86 00:05:24,918 --> 00:05:27,584 Ya, betul juga. 87 00:05:27,668 --> 00:05:28,501 Ya. 88 00:05:29,293 --> 00:05:30,209 Terima kasih. 89 00:05:31,293 --> 00:05:32,793 Itu jalur filem terakhir. 90 00:05:33,501 --> 00:05:37,334 Kelab AV secara rasmi bersedia untuk semester musim luruh 1976! 91 00:05:40,209 --> 00:05:42,876 Bagaimana nak raikan? Burger Planet AS? 92 00:05:42,959 --> 00:05:44,751 Tak nak. Saya bekerja di sana. 93 00:05:44,834 --> 00:05:46,251 Kalian, dengar sini. 94 00:05:46,334 --> 00:05:49,959 Tadi saya berada di gim dan pintu ke kolam terbuka. 95 00:05:50,459 --> 00:05:53,168 - Kita boleh pergi berenang. - Pasti seronok. 96 00:05:53,251 --> 00:05:54,876 Tiada penyelamat. 97 00:05:55,709 --> 00:05:59,251 - Betul cakap dia. Nanti ada masalah. - Eugene, jangan takut. 98 00:05:59,334 --> 00:06:02,126 - Siapa yang lewat ada telur busuk! - Ya! Ayuh! 99 00:06:03,084 --> 00:06:05,751 - Kamu nak pergi? - Tak. Itu tindakan bodoh. 100 00:06:06,418 --> 00:06:08,793 Ya, kita boleh hadapi banyak masalah. 101 00:06:08,876 --> 00:06:10,001 Apa masalahnya? 102 00:06:10,543 --> 00:06:13,043 Digantung sekolah? Sekolah belum bermula. 103 00:06:13,126 --> 00:06:16,251 Ini hari terakhir musim panas. Kita patut berseronok. 104 00:06:17,334 --> 00:06:19,834 Mularkey, bila saya suruh awak buat salah? 105 00:06:20,459 --> 00:06:21,293 Saya… 106 00:06:24,959 --> 00:06:26,751 Baiklah. 107 00:06:26,834 --> 00:06:28,459 - Terima kasih. - Okey, jom. 108 00:06:39,209 --> 00:06:42,001 Mularkey, marilah. Cepat! 109 00:06:42,668 --> 00:06:43,959 Ayuh, Wonder Woman! 110 00:06:56,626 --> 00:06:58,751 Gadis Firefly Lane selamanya! 111 00:07:14,293 --> 00:07:16,084 - Sini. - Awak masih mabuk? 112 00:07:16,168 --> 00:07:17,793 Awak akan hadiri pemulihan? 113 00:07:17,876 --> 00:07:20,459 Bagaimana rasanya hampir bunuh gadis remaja? 114 00:07:20,959 --> 00:07:22,584 - Apa awak cakap? - Sini! 115 00:07:22,668 --> 00:07:23,543 Ceritakanlah. 116 00:07:23,626 --> 00:07:25,751 Dah cakap dengan keluarga gadis itu? 117 00:07:26,251 --> 00:07:27,418 Awak teladan baik? 118 00:07:27,501 --> 00:07:29,501 Ulasan tentang salah guna alkohol? 119 00:07:29,584 --> 00:07:31,668 Cik Hart tidak memberikan ulasan 120 00:07:31,751 --> 00:07:34,876 tentang penahanan kerana memandu ketika mabuk, 121 00:07:34,959 --> 00:07:37,751 melibatkan penumpang remaja yang cedera parah. 122 00:07:38,709 --> 00:07:41,459 Tolonglah, Kate. Lambat laun awak perlu jawab. 123 00:07:41,543 --> 00:07:43,043 Semua ini akan dilupakan. 124 00:07:43,126 --> 00:07:47,918 Hei, Sean, telefon saya apabila awak dapat mesej ini. 125 00:07:48,001 --> 00:07:49,501 Kita ada perjanjian, Jim. 126 00:07:49,584 --> 00:07:52,251 Awak akan lancarkan rancangan bual Tully Hart. 127 00:07:52,334 --> 00:07:55,459 Saya ada kontrak bertandatangan yang catat sebaliknya. 128 00:07:55,543 --> 00:08:00,334 Margie, tolonglah. Saya tahu awak di sana. Angkat telefon dan cakap dengan saya. 129 00:08:00,418 --> 00:08:04,418 Ya, dia mabuk secara sah, tapi dia tak bersalah atas kemalangan itu. 130 00:08:04,501 --> 00:08:07,251 Pemandu kenderaan lain mengaku bersalah. 131 00:08:07,334 --> 00:08:09,501 Bud, saya tahu awak tak semak mesej, 132 00:08:09,584 --> 00:08:14,376 tapi jika awak dengar mesej ini, hubungi saya semula. 133 00:08:14,459 --> 00:08:19,418 Episod pertama boleh fokus kepada bahaya memandu ketika mabuk. 134 00:08:19,501 --> 00:08:21,334 Saya rasa itu baik untuk semua. 135 00:08:21,418 --> 00:08:23,918 Maaf, peti mel suara yang anda dail penuh… 136 00:08:24,001 --> 00:08:24,918 Tak guna! 137 00:08:30,918 --> 00:08:32,418 Mereka ini. 138 00:08:32,501 --> 00:08:36,418 Mereka agak marah, tapi saya boleh suruh mereka hormati kontrak. 139 00:08:36,501 --> 00:08:39,293 Jika buat episod pertama tentang kemalangan itu. 140 00:08:39,376 --> 00:08:42,876 Saya tak nak guna mimpi ngeri ini untuk kepentingan sendiri. 141 00:08:42,959 --> 00:08:46,251 Awak guna mimpi ngeri kanak-kanak untuk dokumentari khas 142 00:08:46,334 --> 00:08:47,834 dan hasilnya agak hebat. 143 00:08:51,376 --> 00:08:53,959 Maafkan saya. Itu tak wajar. 144 00:08:54,043 --> 00:08:57,751 Saya asyik bergaduh sepanjang hari dan saya minta maaf. 145 00:08:57,834 --> 00:09:01,584 Tak apa. Saya tak boleh fikir tentang rancangan bual bodoh. 146 00:09:01,668 --> 00:09:02,876 Marah cedera. 147 00:09:02,959 --> 00:09:04,793 Saya tak tahu keadaannya. 148 00:09:04,876 --> 00:09:06,001 Saya perlukan Kate. 149 00:09:06,084 --> 00:09:09,543 Saya cuma perlu bercakap dengan Kate. 150 00:09:14,959 --> 00:09:16,626 Bagaimana saya boleh bantu? 151 00:09:17,126 --> 00:09:18,501 Syukurlah. 152 00:09:18,584 --> 00:09:19,918 Saya perlukan awak. 153 00:09:20,001 --> 00:09:23,334 Apa nak buat dengan rambut saya? Dia kata keriting halus. 154 00:09:23,834 --> 00:09:25,084 Rambut awak sempurna. 155 00:09:25,918 --> 00:09:29,251 Saya terfikir nak cuba rupa baru. 156 00:09:29,334 --> 00:09:32,293 Bukan untuk mereka. Saya boleh cuba rupa yang baru. 157 00:09:32,376 --> 00:09:36,084 Rambut awak okey. Awak akan bakar pejabat untuk puaskan mereka. 158 00:09:36,918 --> 00:09:39,126 - Awak rasa rambut saya okey? - Tull! 159 00:09:39,209 --> 00:09:43,043 Awak lebih baik daripada ini. Jangan biar mereka meragukan awak. 160 00:09:43,126 --> 00:09:44,793 Okey. 161 00:09:45,918 --> 00:09:49,293 Bagaimana dengan orang British seksi itu? 162 00:09:49,376 --> 00:09:52,626 Malam ini janji temu keempat. Tull, dia hebat. 163 00:09:53,293 --> 00:09:55,626 Dia seperti lelaki idaman saya. 164 00:09:56,168 --> 00:10:00,418 Dulu Johnny lelaki idaman saya, tapi dia jadi mimpi ngeri. 165 00:10:00,501 --> 00:10:04,501 Saya gembira, tapi kami tiada masa depan. 166 00:10:04,584 --> 00:10:07,501 Dengan Theo, dia ada semuanya. 167 00:10:08,084 --> 00:10:10,126 Dia seksi dan baik. 168 00:10:10,209 --> 00:10:12,709 Kami mahu semua perkara yang sama. 169 00:10:12,793 --> 00:10:16,751 Dia ada loghat yang seksi. Lebih seksi daripada loghat Johnny. 170 00:10:16,834 --> 00:10:19,459 Saya nampak masa depan yang besar dengan dia. 171 00:10:19,543 --> 00:10:22,418 Saya sangat gembira. 172 00:10:22,501 --> 00:10:24,334 Awak tak boleh lupakan Johnny? 173 00:10:24,418 --> 00:10:25,501 Tak boleh. 174 00:10:26,876 --> 00:10:29,876 Tak juga. 175 00:10:29,959 --> 00:10:33,584 Apabila bersama Theo, saya sangat gembira. 176 00:10:33,668 --> 00:10:37,084 Tapi apabila saya sendirian… 177 00:10:37,168 --> 00:10:39,668 Saya tahu awak teringat Johnny 178 00:10:39,751 --> 00:10:41,918 apabila mainan seks muncul. 179 00:10:42,001 --> 00:10:45,001 - Nampak sangatkah? - Saya boleh baca fikiran awak! 180 00:10:45,084 --> 00:10:48,209 - Saya boleh dengar awak melalui dinding. - Ya Tuhan. 181 00:10:49,501 --> 00:10:52,459 Bukannya saya tak puas hati dengan Theo. 182 00:10:52,543 --> 00:10:58,334 Saya sangat berpuas hati. 183 00:10:58,418 --> 00:10:59,959 Baiklah. Bertenang. 184 00:11:00,501 --> 00:11:03,626 Tapi Johnny masih menghantui fikiran saya, 185 00:11:03,709 --> 00:11:06,751 menyebabkan saya ragu-ragu dan rasa bagai nak gila. 186 00:11:06,834 --> 00:11:07,709 Saya faham. 187 00:11:08,543 --> 00:11:10,751 Kumpulan fokus ini menghantui saya. 188 00:11:11,418 --> 00:11:13,293 Menyebabkan saya ragu-ragu. 189 00:11:13,918 --> 00:11:15,001 Tak pernah begini. 190 00:11:15,543 --> 00:11:19,126 Mereka semua tak guna. Diri awak sempurna seadanya. 191 00:11:19,626 --> 00:11:22,418 Terima kasih. Tolong saya ubah segalanya. 192 00:11:31,168 --> 00:11:34,584 Aktivis hukuman mati membantah di luar Penjara Duffy. 193 00:11:34,668 --> 00:11:38,209 Aktivis hukuman mati membantah di luar Penjara Duffy. 194 00:11:38,293 --> 00:11:42,626 Aktivis hukuman mati membantah di luar Penjara Duffy, meningkat kesedaran. 195 00:11:43,126 --> 00:11:45,959 - Mereka tahu saya bukan orang selatan. - Senyum. 196 00:11:46,043 --> 00:11:49,126 Lebih lebar. Sedikit saja! Sedikit lagi gigi. 197 00:11:49,209 --> 00:11:51,584 Sedikit lagi. Lebih banyak gigi. 198 00:11:52,293 --> 00:11:53,751 Itu berlebihan. Maaf. 199 00:11:58,043 --> 00:12:02,043 Saya dah hilang arah. Saya tak kenal siapa saya lagi. 200 00:12:02,126 --> 00:12:03,793 Makan Pop-Tart, boleh ingat. 201 00:12:03,876 --> 00:12:05,209 Dah makan empat. 202 00:12:07,043 --> 00:12:09,334 Saya kagum dengan awak sekarang. 203 00:12:09,418 --> 00:12:13,543 Semua maklum balas bodoh daripada kumpulan fokus bodoh itu 204 00:12:14,043 --> 00:12:16,876 dan awak tak kecewa. Awak lebih berazam. 205 00:12:16,959 --> 00:12:19,668 Keghairahan dan dedikasi awak untuk kerja ini? 206 00:12:20,334 --> 00:12:22,043 Saya tak boleh buat begitu. 207 00:12:23,376 --> 00:12:26,209 Terima kasih. Saya takkan berjaya tanpa awak. 208 00:12:27,334 --> 00:12:28,293 Serius. 209 00:12:29,584 --> 00:12:31,501 Nak dengar ayat penutup saya? 210 00:12:32,001 --> 00:12:34,543 - Boleh, selagi Theo belum sampai. - Okey. 211 00:12:36,918 --> 00:12:37,751 Okey. 212 00:12:38,543 --> 00:12:40,959 Saya Tully Hart. 213 00:12:42,251 --> 00:12:43,709 Jumpa lagi, Seattle. 214 00:12:43,793 --> 00:12:45,876 Tolonglah. Saya ingat itu bagus. 215 00:12:45,959 --> 00:12:48,293 Saya suka "Menyampaikan kisah sebenar." 216 00:12:48,376 --> 00:12:49,751 Ia berkesan sebab awak. 217 00:12:50,626 --> 00:12:54,126 Awak kawan baik idaman gadis. 218 00:12:56,918 --> 00:12:58,001 Saya Tully Hart. 219 00:12:58,626 --> 00:13:00,293 Anda telah dimaklumkan. 220 00:13:01,751 --> 00:13:04,834 Saya Tully Hart. Teruskan bersinar, Seattle. 221 00:13:05,334 --> 00:13:07,709 - Helo. Harap saya tak mengganggu. - Hei. 222 00:13:07,793 --> 00:13:09,459 Hei, Theo. Taklah. 223 00:13:09,543 --> 00:13:10,376 - Hai. - Hai. 224 00:13:10,876 --> 00:13:11,918 Bagaimana ini? 225 00:13:12,001 --> 00:13:15,251 Saya Tully Hart. Itulah beritanya. 226 00:13:16,168 --> 00:13:18,501 Sesuai dengan orang Amerika. Saya suka. 227 00:13:18,584 --> 00:13:20,126 - Okey! - Apa semua ini? 228 00:13:20,209 --> 00:13:23,126 Kita boleh berkelah dengan romantik di bawah bintang. 229 00:13:23,209 --> 00:13:26,126 Balik ke rumah. Tonton filem kegemaran awak, Love Story. 230 00:13:26,209 --> 00:13:29,709 Tak pernah tonton, tapi saya tak sabar. 231 00:13:29,793 --> 00:13:33,209 Awak tahu apa yang Kate Mularkey mahu. 232 00:13:33,293 --> 00:13:36,209 Saya sedang belajar di Universiti Mularkey. 233 00:13:36,293 --> 00:13:38,918 Saya akui. Saya sangat suka profesor saya. 234 00:13:42,084 --> 00:13:46,043 - Awak tak kisah kami keluar? - Tak, pergilah. Saya tak apa-apa. 235 00:13:46,626 --> 00:13:48,168 Awak berdua berseronoklah. 236 00:13:50,543 --> 00:13:54,168 Kita boleh berada di sini saja. 237 00:13:55,209 --> 00:13:57,876 Berkelah di sini. Jika dia perlukan awak. 238 00:13:58,626 --> 00:14:01,584 Jika ada VCR, kita masih boleh tonton filem. 239 00:14:02,084 --> 00:14:03,501 - Serius? - Ya. 240 00:14:04,001 --> 00:14:06,543 - Awak nak? - Saya cuma nak bersama awak. 241 00:14:07,376 --> 00:14:08,584 Tak kisah tempatnya. 242 00:14:12,126 --> 00:14:12,959 Terima kasih. 243 00:14:15,876 --> 00:14:17,709 Tunggang saya, gadis koboi! 244 00:14:17,793 --> 00:14:18,751 Jangan mimpilah. 245 00:14:19,834 --> 00:14:23,168 - Kenapa semua pandang kita? - Sebab but koboi baru kita. 246 00:14:23,251 --> 00:14:24,876 Kerja musim panas berbaloi. 247 00:14:26,626 --> 00:14:28,084 Orang ketawakan kita? 248 00:14:28,168 --> 00:14:30,918 Entah. Saya selalu rasa orang ketawakan saya. 249 00:14:31,001 --> 00:14:32,918 Di mana laso awak, Wonder Woman? 250 00:14:34,626 --> 00:14:36,668 Tully, apa maksud dia? 251 00:14:38,043 --> 00:14:41,043 Underoos cantik! Saya pakai ketika lapan tahun! 252 00:14:42,209 --> 00:14:44,959 - Ya Tuhan. - Siapa yang buat? 253 00:14:46,751 --> 00:14:50,501 Diamlah. Kamu semua tak guna. Ini tak kelakar. 254 00:14:52,793 --> 00:14:55,501 Kamu berdua, ke pejabat saya, sekarang. 255 00:15:00,376 --> 00:15:02,668 Semalam ada pecah masuk di kampus. 256 00:15:02,751 --> 00:15:05,459 Ada orang berenang di kolam tanpa kebenaran. 257 00:15:06,418 --> 00:15:09,459 Pelaku tinggalkan sampah merata-rata, 258 00:15:09,543 --> 00:15:12,584 dan saya fikir awak tahu. 259 00:15:13,084 --> 00:15:14,668 Pengetua Miller, kami… 260 00:15:14,751 --> 00:15:16,459 Tiada sesiapa pecah masuk. 261 00:15:16,543 --> 00:15:19,168 - Pintu terbuka. - Awak mengaku ada di sana? 262 00:15:19,251 --> 00:15:22,126 Ada gambar, tapi kami tak bersendirian. 263 00:15:22,209 --> 00:15:24,293 Ada ramai. Kami tak kotorkan kolam. 264 00:15:24,376 --> 00:15:26,418 Saya tak buang sampah merata-rata. 265 00:15:26,501 --> 00:15:29,376 Malangnya, tiada bukti untuk menyokong cerita itu 266 00:15:29,459 --> 00:15:31,834 sebab kamu berdua saja dalam gambar. 267 00:15:31,918 --> 00:15:35,209 Ada orang lain. Kami tak boleh ambil gambar itu sendiri. 268 00:15:35,293 --> 00:15:36,668 - Tully. - Mengarut. 269 00:15:36,751 --> 00:15:38,834 Ada perhimpunan di auditorium 270 00:15:38,918 --> 00:15:40,959 dan kamu berdua akan minta maaf. 271 00:15:41,043 --> 00:15:44,584 Eugene mesti minta maaf. Dia tak patut ambil gambar saya. 272 00:15:44,668 --> 00:15:47,751 Kenapa terkinja-kinja separuh bogel di depan lelaki? 273 00:15:47,834 --> 00:15:49,126 Kami tak buat begitu. 274 00:15:49,209 --> 00:15:52,251 Awak buka baju di depannya. Salahkan diri sendiri. 275 00:15:52,334 --> 00:15:54,418 Saya takkan minta maaf 276 00:15:54,501 --> 00:15:56,543 jika Eugene tak dihukum langsung. 277 00:15:56,626 --> 00:15:59,668 Baiklah. Jangan minta maaf. Kelas tahanan seminggu. 278 00:15:59,751 --> 00:16:02,751 Datang hari Sabtu, bersihkan bilik lokar perempuan. 279 00:16:02,834 --> 00:16:05,209 - Ini sangat teruk. - Tahanan dua minggu! 280 00:16:05,293 --> 00:16:07,918 - Eugene terlepas? - Dia tiada dalam gambar. 281 00:16:08,001 --> 00:16:09,668 Cikgu tak tahu guna kamera. 282 00:16:09,751 --> 00:16:12,959 - Tiga minggu! - Kami mohon maaf. Betul, Tully? 283 00:16:13,043 --> 00:16:15,751 - Kami tak patut ke kolam. - Saya tak menyesal. 284 00:16:15,834 --> 00:16:17,084 Tully, berhenti! 285 00:16:22,959 --> 00:16:24,793 Awak tahu tak? Itu tak benar. 286 00:16:25,293 --> 00:16:26,126 Maaf. 287 00:16:27,209 --> 00:16:30,876 Saya minta maaf sebab Pengetua Miller tak guna! 288 00:16:30,959 --> 00:16:32,209 - Tully! - Cukup. 289 00:16:32,793 --> 00:16:35,834 Kamu berdua digantung dan dibuang daripada Kelab AV. 290 00:16:35,918 --> 00:16:37,251 Kami tak peduli. 291 00:16:37,334 --> 00:16:40,293 Tak perlu tunggu lagi sebab kita digantung. 292 00:16:40,376 --> 00:16:42,709 Boleh sertai Kelab AV semester depan? 293 00:16:42,793 --> 00:16:44,084 Keluar. 294 00:16:47,793 --> 00:16:49,626 - Apa hal tadi? - Dia teruk. 295 00:16:49,709 --> 00:16:51,626 Boleh terlepas jika minta maaf. 296 00:16:51,709 --> 00:16:54,959 - Saya marah. - Saya pun, tapi awak memburukkan keadaan. 297 00:17:04,626 --> 00:17:06,043 Saya boleh jelaskan! 298 00:17:06,626 --> 00:17:07,501 Kate! 299 00:17:08,251 --> 00:17:09,543 Tolong buka pintu. 300 00:17:11,668 --> 00:17:14,793 Saya takkan pergi sampai kita bercakap. 301 00:17:16,668 --> 00:17:18,209 Akhirnya, syukurlah. 302 00:17:18,293 --> 00:17:20,834 Bagaimana Marah? Saya telefon hospital. 303 00:17:20,918 --> 00:17:24,084 Dia mengalami konkusi ringan. Dua tulang rusuk patah. 304 00:17:24,959 --> 00:17:28,293 Pembedahan di bahunya berjalan lancar. Dia akan sembuh. 305 00:17:29,459 --> 00:17:30,376 Syukurlah. 306 00:17:32,668 --> 00:17:34,709 Mana Kate? Saya perlu jelaskan. 307 00:17:34,793 --> 00:17:38,251 Tiada apa yang boleh dijelaskan. Dia tak nak jumpa awak. 308 00:17:38,334 --> 00:17:40,709 Ke tepi. Ini antara saya dan Kate. 309 00:17:41,293 --> 00:17:44,793 Benarkan anak 15 tahun saya ke parti persaudaraan? 310 00:17:45,668 --> 00:17:48,709 Memandu mabuk dengan anak saya tak berkaitan saya? 311 00:17:48,793 --> 00:17:52,001 Saya boleh jelaskan semua itu. Kepada Kate. 312 00:17:52,876 --> 00:17:54,251 Saya perlu jumpa dia. 313 00:17:54,334 --> 00:17:56,293 Ini bukan tentang keperluan awak. 314 00:17:57,584 --> 00:17:58,834 Awak bukan mangsa. 315 00:17:58,918 --> 00:18:00,918 Saya cuma minta lima minit saja. 316 00:18:01,001 --> 00:18:02,001 Awak perlu pergi. 317 00:18:03,918 --> 00:18:05,918 - Dia tak nak jumpa awak. - Johnny! 318 00:18:08,626 --> 00:18:09,501 Kate! 319 00:18:11,918 --> 00:18:12,793 Tolonglah! 320 00:18:15,543 --> 00:18:16,543 Buka pintu. 321 00:18:20,168 --> 00:18:21,084 Maafkan saya! 322 00:18:22,668 --> 00:18:23,501 Jangan! 323 00:18:25,459 --> 00:18:27,751 Sayang bermakna tak perlu minta maaf. 324 00:18:27,834 --> 00:18:30,001 Ayat terbaik dalam filem. 325 00:18:30,918 --> 00:18:33,418 Tak! Filem terbaik, ayat paling teruk. 326 00:18:33,501 --> 00:18:35,001 Awak mengarut. 327 00:18:35,918 --> 00:18:39,418 Awak suka sebab ia mewajarkan awak tak pernah minta maaf. 328 00:18:39,501 --> 00:18:43,293 A, itu mengarut. B, saya selalu minta maaf. 329 00:18:43,376 --> 00:18:44,918 - Bila? - Apabila perlu. 330 00:18:45,001 --> 00:18:46,501 - Bila? - Jika saya salah. 331 00:18:46,584 --> 00:18:48,834 - Bila? - Saya akan cakap jika berlaku. 332 00:18:48,918 --> 00:18:51,043 - Terbukti. - Saya bantah, Yang Arif. 333 00:18:51,126 --> 00:18:53,501 Sayang bermakna tak perlu minta maaf. 334 00:18:53,584 --> 00:18:56,418 Apabila sayang, seperti Jenny sayang kekasihnya, 335 00:18:56,501 --> 00:18:59,376 tiada apa-apa yang mengubah sayang itu. 336 00:18:59,459 --> 00:19:00,709 - Tiada? - Tiada. 337 00:19:00,793 --> 00:19:02,084 Macam saya dan Kate. 338 00:19:03,001 --> 00:19:06,834 Tiada apa yang dia boleh buat sehingga saya tak jadi kawan dia. 339 00:19:06,918 --> 00:19:09,418 Dia buat silap, dia tak perlu minta maaf. 340 00:19:09,501 --> 00:19:11,293 Begitulah kuatnya ikatan kami. 341 00:19:11,918 --> 00:19:15,168 Inilah kasih sayang yang kita patut ada, tanpa syarat. 342 00:19:16,001 --> 00:19:20,834 Betul. Tapi minta maaf dengan ikhlas sesekali perlu. 343 00:19:22,001 --> 00:19:23,418 Maaf dinilai berlebihan. 344 00:19:24,084 --> 00:19:26,959 Hanya untuk peminta maaf berasa lebih baik. 345 00:19:27,043 --> 00:19:28,168 Saya tak setuju. 346 00:19:28,251 --> 00:19:31,751 Maaf membuat pihak yang bersedih rasa dikasihi dan difahami. 347 00:19:32,501 --> 00:19:35,626 Bagi saya, sayang bermaksud sentiasa perlu minta maaf. 348 00:19:35,709 --> 00:19:38,876 - Terima kasih. - Itu menyedihkan. 349 00:19:38,959 --> 00:19:41,209 Kita perlu bersetuju untuk tak setuju. 350 00:19:41,293 --> 00:19:46,084 Saya akan sambung kerja. Saya kembali selepas 45 minit atau lebih. 351 00:19:46,834 --> 00:19:48,709 Teruskan berseronok. 352 00:19:50,793 --> 00:19:54,251 Sukar untuk saya tinggalkan wajah ini selama enam minggu. 353 00:19:54,334 --> 00:19:59,334 Tiada sesiapa yang suruh awak pergi dan merayau ke seluruh Eropah. 354 00:19:59,418 --> 00:20:02,334 Saya buat rancangan itu sebelum kita berjumpa. 355 00:20:04,876 --> 00:20:05,751 Tapi… 356 00:20:07,293 --> 00:20:11,668 Mungkin awak nak ikut saya. 357 00:20:11,751 --> 00:20:12,959 Pergi ke Paris. 358 00:20:14,126 --> 00:20:18,084 Jumpa keluarga saya. Bermain-main di pantai separuh bogel di Greece. 359 00:20:18,584 --> 00:20:20,334 Bukan pada masa yang sama. 360 00:20:21,251 --> 00:20:23,584 Saya tahu masih awal, tapi… 361 00:20:23,668 --> 00:20:24,501 Wah. 362 00:20:25,001 --> 00:20:27,626 Saya rasa pasti seronok. 363 00:20:27,709 --> 00:20:31,501 Saya nak bermain-main dengan awak 364 00:20:31,584 --> 00:20:33,168 dan jumpa keluarga awak… 365 00:20:35,126 --> 00:20:37,459 Cuma awak lambat beritahu. 366 00:20:37,543 --> 00:20:41,418 Saya tak pasti boleh dapat cuti. 367 00:20:42,001 --> 00:20:43,293 Ya. Saya faham. 368 00:20:44,376 --> 00:20:45,459 Sudah tentu. 369 00:20:47,168 --> 00:20:48,001 Mari sini. 370 00:20:56,876 --> 00:20:59,293 Tully ada… 371 00:20:59,376 --> 00:21:01,543 Dia beri isyarat. Takkan ganggu kita. 372 00:21:02,084 --> 00:21:04,876 Apabila Tully bekerja, dia sangat fokus. 373 00:21:06,043 --> 00:21:09,209 Ini untuk dedikasi Tully. 374 00:21:12,251 --> 00:21:15,251 Apabila masa semakin suntuk, 375 00:21:15,334 --> 00:21:21,584 banduan 573 tiada pilihan. 376 00:21:22,209 --> 00:21:25,084 Apabila masa semakin suntuk, banduan 57… 377 00:21:26,084 --> 00:21:32,501 Apabila masa semakin suntuk, banduan 573 tiada pilihan. 378 00:21:32,584 --> 00:21:33,709 Saya Tully Hart… 379 00:21:35,209 --> 00:21:36,418 menyampaikan berita… 380 00:21:38,084 --> 00:21:39,418 terus kepada anda. 381 00:21:39,501 --> 00:21:41,418 Bagus. 382 00:21:45,084 --> 00:21:46,084 Saya… 383 00:21:48,168 --> 00:21:49,043 Tak guna. 384 00:21:55,376 --> 00:21:58,126 Saya Tully… 385 00:22:02,126 --> 00:22:03,751 Rambut saya keriting halus. 386 00:22:08,584 --> 00:22:10,751 Saya Tully Hart, 387 00:22:10,834 --> 00:22:13,668 menyampaikan berita terus kepada anda. 388 00:22:15,376 --> 00:22:16,334 Bagus. 389 00:22:17,001 --> 00:22:18,376 Saya Tully… Oh! 390 00:22:18,459 --> 00:22:22,709 Hart, nak bakar pejabat dengan pengeriting. 391 00:22:26,209 --> 00:22:31,709 Saya Tully Hart, menyampaikan berita terus kepada anda. 392 00:22:32,751 --> 00:22:35,043 Ya. 393 00:22:35,126 --> 00:22:35,959 Bagus. 394 00:22:37,126 --> 00:22:43,126 Saya Tully Hart, menyampaikan berita terus kepada anda. 395 00:22:43,959 --> 00:22:45,959 Terlalu berlebihan, saya tak suka. 396 00:22:47,251 --> 00:22:49,834 Kopi hangus lebih baik daripada tiada kopi. 397 00:22:49,918 --> 00:22:53,543 Api! 398 00:22:56,459 --> 00:23:01,251 Tidak! Oh Tuhan, Kate! Oh Tuhan! 399 00:23:01,918 --> 00:23:04,168 - Apa yang berlaku? - Alamak! 400 00:23:04,751 --> 00:23:06,793 - Oh Tuhan! - Di mana pemadam api? 401 00:23:06,876 --> 00:23:09,501 Carol guna! Carol cuba segmen memadam api! 402 00:23:09,584 --> 00:23:11,084 - Alamak! - Telefon bomba. 403 00:23:11,168 --> 00:23:12,168 Okey! 404 00:23:12,251 --> 00:23:14,043 - Aduhai! - Oh Tuhan! 405 00:23:18,834 --> 00:23:20,334 Kita patut minta maaf. 406 00:23:20,418 --> 00:23:22,418 Lupakan. Kita tak buat salah. 407 00:23:22,501 --> 00:23:24,584 Kita tak patut berada di kolam. 408 00:23:24,668 --> 00:23:25,959 Jadi? 409 00:23:26,043 --> 00:23:30,209 Apa yang Eugene buat kepada kita lebih teruk. Ini tak adil. 410 00:23:30,293 --> 00:23:32,126 Lebih baik awak biasakan diri. 411 00:23:32,209 --> 00:23:35,959 Wanita selalu menjadi rakyat kelas kedua di negara ini. 412 00:23:36,751 --> 00:23:38,876 Pindaan Hak Sama Rata pun tak lulus. 413 00:23:39,501 --> 00:23:41,126 Memang betul. 414 00:23:41,209 --> 00:23:44,126 Gambar kami diambil tanpa kebenaran 415 00:23:44,209 --> 00:23:46,001 dan kami yang hadapi masalah? 416 00:23:47,543 --> 00:23:49,501 Sebab awak tahu siapa ketua? 417 00:23:50,126 --> 00:23:51,251 Lelaki itu. 418 00:23:51,334 --> 00:23:52,584 Lelaki itu. 419 00:23:52,668 --> 00:23:54,584 Lelaki tak guna! 420 00:23:54,668 --> 00:23:56,043 Ya, lelaki bodoh. 421 00:23:58,876 --> 00:24:00,418 Ibu nak ambil bahan bakar. 422 00:24:03,126 --> 00:24:05,793 Tak sangka kita dibuang daripada Kelab AV. 423 00:24:06,959 --> 00:24:08,793 Tiada siaran berita lagi, saya… 424 00:24:10,459 --> 00:24:13,959 Maafkan saya, Tull. Saya tahu betapa pentingnya bagi awak. 425 00:24:14,043 --> 00:24:16,459 Tolonglah, Mularkey, bukan salah awak. 426 00:24:16,543 --> 00:24:20,709 Lagipun, sayang bermakna tak perlu minta maaf. 427 00:24:42,293 --> 00:24:43,126 Hei! 428 00:24:43,209 --> 00:24:44,376 - Semua okey? - Ya. 429 00:24:44,459 --> 00:24:48,334 Semua baik. Ada baiknya. Dapat janji temu dengan ahli bomba. 430 00:24:48,418 --> 00:24:50,251 - Tak lucu. - Saya tak bergurau. 431 00:24:50,334 --> 00:24:52,668 Stan dalam perjalanan dan dia marah. 432 00:24:52,751 --> 00:24:55,043 Apa dia nak buat? Pecat saya? 433 00:24:55,126 --> 00:24:56,668 - Mungkin. - Itu mengarut. 434 00:24:56,751 --> 00:24:58,751 Saya tak boleh dipecat kerana ini. 435 00:24:58,834 --> 00:25:01,334 - Ia kemalangan. - Dia tak suka awak. 436 00:25:01,418 --> 00:25:04,251 - Awak degil dan keras kepala. - Saya bersuara. 437 00:25:04,334 --> 00:25:06,918 Dia suka alasan untuk lepaskan awak. 438 00:25:07,001 --> 00:25:09,209 Baik mula menyembah apabila dia tiba. 439 00:25:09,293 --> 00:25:11,501 Saya takkan menyembah. Saya tak salah. 440 00:25:11,584 --> 00:25:14,084 Biar kami yang bercakap, okey? 441 00:25:14,876 --> 00:25:16,376 Apa yang berlaku? 442 00:25:16,459 --> 00:25:18,918 Berita baik tiada sesiapa tercedera. 443 00:25:19,793 --> 00:25:21,501 - Saya punca kebakaran. - Apa? 444 00:25:21,584 --> 00:25:23,959 Maaf. Tertinggal kertas di atas ketuhar. 445 00:25:24,043 --> 00:25:27,959 Mularkey, berhenti. Itu tak benar. Dia melindungi saya. Salah saya. 446 00:25:28,043 --> 00:25:29,376 Tully melindungi saya. 447 00:25:29,459 --> 00:25:32,876 Dia sedang semak kumpulan fokus. Saya bersama teman lelaki. 448 00:25:32,959 --> 00:25:35,043 - Ini Theo. - Helo. 449 00:25:36,293 --> 00:25:38,959 - Saya sangka kamu berdua pasangan. - Ya. 450 00:25:39,043 --> 00:25:41,543 Dah putus. Kami terganggu semasa menonton. 451 00:25:41,626 --> 00:25:42,959 Ini salah saya. 452 00:25:43,043 --> 00:25:45,418 - Itu tak benar. - Tully, hentikan. 453 00:25:45,501 --> 00:25:47,876 Saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya. 454 00:25:47,959 --> 00:25:50,751 Stan, saya minta maaf. 455 00:25:51,293 --> 00:25:53,251 Awak tak berbaju? 456 00:25:56,126 --> 00:25:57,293 Sebahagiannya, ya. 457 00:25:57,376 --> 00:26:00,626 Maaf, Mularkey. Jelas sekali, awak dipecat. 458 00:26:01,459 --> 00:26:02,918 Baiklah, saya faham. 459 00:26:03,001 --> 00:26:04,959 Berhenti. Ini mengarut! 460 00:26:05,043 --> 00:26:06,834 Dia melindungi saya. 461 00:26:06,918 --> 00:26:10,126 Tiada sesiapa perlu dipecat. Ia kemalangan. 462 00:26:10,209 --> 00:26:12,543 Salah saya. Tully tiada kaitan. 463 00:26:12,626 --> 00:26:14,543 Dia lindungi saya, betul Theo? 464 00:26:14,626 --> 00:26:19,001 Salah saya. Saya yang letak kertas itu pada pembakar roti… 465 00:26:19,084 --> 00:26:21,043 Saya tak pernah jumpa awak. 466 00:26:21,126 --> 00:26:24,626 Saya dah selesai. Maaf kerana kehilangan awak, Mularkey. 467 00:26:25,501 --> 00:26:30,168 Stan! Ini gila! Saya takkan biarkan awak lepaskan kerja awak demi saya. 468 00:26:30,251 --> 00:26:33,918 Kenapa? Apabila difikirkan, ia cuma kerja. 469 00:26:34,709 --> 00:26:36,709 Tapi untuk awak, ini kerjaya awak. 470 00:26:36,793 --> 00:26:39,793 Lupakan kumpulan fokus. Awak pengganti Jean Enersen. 471 00:26:42,126 --> 00:26:43,918 Mularkey, saya… 472 00:26:45,793 --> 00:26:48,084 Sayang bermakna tak perlu minta maaf. 473 00:26:51,834 --> 00:26:52,793 Tak guna. 474 00:26:59,626 --> 00:27:01,334 Saya pujuk Stan semalaman. 475 00:27:01,418 --> 00:27:02,668 Dia tak ubah fikiran. 476 00:27:03,751 --> 00:27:04,709 Saya minta maaf. 477 00:27:05,793 --> 00:27:07,876 Berita bukannya kerjaya untuk saya. 478 00:27:07,959 --> 00:27:11,209 Masa untuk buat perubahan. Saya cuma perlu desakan. 479 00:27:12,168 --> 00:27:15,376 Tak boleh bayangkan datang kerja dan tak jumpa awak. 480 00:27:16,001 --> 00:27:16,834 Ya. 481 00:27:18,001 --> 00:27:19,376 Pasti rasa pelik. 482 00:27:20,751 --> 00:27:21,584 Hei. 483 00:27:22,126 --> 00:27:23,543 - Dah siap kemas? - Ya. 484 00:27:24,084 --> 00:27:27,584 Tak sangka hidup saya selama empat tahun muat sekotak kecil. 485 00:27:27,668 --> 00:27:29,751 Saya akan bawa awak minum. 486 00:27:29,834 --> 00:27:32,959 Saya akan yakinkan awak untuk percutian ke Eropah. 487 00:27:33,043 --> 00:27:35,293 Kalendar saya baru saja terbuka. 488 00:27:36,168 --> 00:27:38,001 Menariknya. 489 00:27:39,376 --> 00:27:43,751 Saya akan gari diri di meja Stan untuk membantah. 490 00:27:43,834 --> 00:27:45,126 Jangan. Saya okey. 491 00:27:45,209 --> 00:27:48,918 Saya gari awak di meja saya supaya awak tak boleh pergi. 492 00:27:50,876 --> 00:27:53,334 Saya pun akan rindu awak. 493 00:27:53,418 --> 00:27:55,918 - Apa saya nak buat tanpa awak? - Entahlah. 494 00:27:57,251 --> 00:27:59,876 Kita masih tinggal bersama. Saya rasa. 495 00:28:00,751 --> 00:28:02,834 Betul. Tapi tak sama. 496 00:28:08,834 --> 00:28:11,168 - Masa untuk ucap selamat tinggal. - Ya. 497 00:28:13,543 --> 00:28:15,251 - Ya. Maafkan saya. - Ia… 498 00:28:19,834 --> 00:28:20,959 Selamat tinggal. 499 00:28:22,084 --> 00:28:22,918 Okey. 500 00:28:23,001 --> 00:28:24,293 - Nak pergi? - Ya. 501 00:28:24,376 --> 00:28:25,293 - Ya. - Okey. 502 00:28:25,834 --> 00:28:27,459 - Terima kasih. - Sama-sama. 503 00:28:28,668 --> 00:28:30,418 - Awak ada itu. - Ya. 504 00:28:33,626 --> 00:28:35,959 Terima kasih, Phil, untuk laporan cuaca. 505 00:28:36,459 --> 00:28:37,334 Seterusnya, 506 00:28:37,418 --> 00:28:41,459 kru pembinaan di koridor I-5 sekali lagi ditangguhkan. 507 00:28:41,543 --> 00:28:42,709 Dia dengar nasihat. 508 00:28:43,293 --> 00:28:44,293 Buat perubahan. 509 00:28:45,084 --> 00:28:49,709 Awak dengar dia ada penutup baru? "Menyampaikan berita terus kepada anda." 510 00:28:50,709 --> 00:28:52,584 Akhirnya dia bekerjasama. 511 00:28:52,668 --> 00:28:53,501 Saya suka. 512 00:28:56,501 --> 00:28:59,168 Terima kasih kerana menonton KPOC. 513 00:28:59,251 --> 00:29:03,251 Saya Tully Hart, menyampaikan kisah sebenar. 514 00:29:04,126 --> 00:29:04,959 Selamat malam. 515 00:29:05,043 --> 00:29:09,001 MENYAMPAIKAN BERITA TERUS KEPADA ANDA. SELAMAT MALAM. 516 00:29:19,209 --> 00:29:22,001 Adakah saya atau pencuci ini menambah bau busuk? 517 00:29:22,084 --> 00:29:23,709 Saya khayal hidu wasapnya. 518 00:29:28,876 --> 00:29:30,543 Awak buat apa di sini? 519 00:29:30,626 --> 00:29:32,501 Saya cuma guna bilik gelap. 520 00:29:33,001 --> 00:29:36,126 Ya. Gambar sumbang lagi, Eugene? 521 00:29:36,209 --> 00:29:40,084 Tidak, bukan begitu. Saya perlu sediakan filem untuk Kelab AV. 522 00:29:40,168 --> 00:29:42,876 Kami dibuang daripada Kelab AV sebab awak. 523 00:29:42,959 --> 00:29:43,918 Harap awak suka. 524 00:29:44,001 --> 00:29:46,168 - Saya tak suka. - Bagus. Awak teruk. 525 00:29:47,418 --> 00:29:49,126 Saya dengar awak digantung. 526 00:29:51,626 --> 00:29:54,793 Kate, boleh kita bercakap? 527 00:29:55,834 --> 00:29:56,668 Berdua? 528 00:30:08,376 --> 00:30:12,209 Saya nak awak tahu saya tak berniat untuk semua ini berlaku. 529 00:30:12,709 --> 00:30:14,376 Saya suka awak, Kate. 530 00:30:14,459 --> 00:30:15,501 Awak tahu. 531 00:30:15,584 --> 00:30:16,668 Apa yang berlaku? 532 00:30:16,751 --> 00:30:21,376 Saya tunjuk gambar itu kepada Mike C. Dia ambil filem itu dan buat salinan. 533 00:30:21,459 --> 00:30:24,293 Saya tiada kaitan dengannya. 534 00:30:24,376 --> 00:30:27,668 Awak ambil gambar itu. Kemudian tunjuk kepada Mike C. 535 00:30:27,751 --> 00:30:29,751 Walaupun awak tak buat salinan, 536 00:30:29,834 --> 00:30:32,793 semua ini takkan berlaku jika awak tak mulakan. 537 00:30:32,876 --> 00:30:35,459 - Tapi awak yang mulakan. - Bagaimana? 538 00:30:35,543 --> 00:30:37,584 Meninggalkan saya tanpa sebab! 539 00:30:37,668 --> 00:30:40,334 Jadi awak berhak ambil gambar saya begitu? 540 00:30:40,418 --> 00:30:43,168 Bukan begitu. Awak memutar belit cakap saya. 541 00:30:43,751 --> 00:30:45,918 Satu-satunya sebab kita di sana 542 00:30:46,001 --> 00:30:47,293 ialah Tully. 543 00:30:47,376 --> 00:30:48,876 Itu bukan idea dia! 544 00:30:48,959 --> 00:30:52,418 Tully tak suruh awak buat apa-apa. Awak memang tak guna. 545 00:30:52,501 --> 00:30:55,459 Saya takkan merayu jika awak tak dengar alasan. 546 00:30:57,084 --> 00:30:59,459 Lagipun, ciuman awak teruk. 547 00:31:03,543 --> 00:31:05,376 Wah, dari mana awak belajar? 548 00:31:05,459 --> 00:31:08,709 Saya teringat kata-kata awak, kemudian saya cakap. 549 00:31:09,459 --> 00:31:10,793 Lega rasanya. 550 00:31:10,876 --> 00:31:11,751 Sudah tentu. 551 00:31:13,459 --> 00:31:14,459 Saya ada idea. 552 00:31:29,668 --> 00:31:31,043 Kate, ini saya. 553 00:31:32,668 --> 00:31:35,668 Saya tak tahu jika awak dengar mesej ini, 554 00:31:35,751 --> 00:31:42,209 tapi saya perlu jelaskan apa yang berlaku. 555 00:31:42,293 --> 00:31:45,959 Jika saya boleh jelaskan kepada awak, awak akan faham. 556 00:31:47,751 --> 00:31:49,668 Tolonglah. 557 00:31:51,376 --> 00:31:53,001 Tolong telefon saya semula. 558 00:32:02,876 --> 00:32:03,834 KATE 559 00:32:07,668 --> 00:32:10,001 DANNY PERIKSA PINTU DEPAN AWAK 560 00:32:21,459 --> 00:32:25,626 "Masih di Atlanta. Harap saya ada di sana. Kuatkan semangat. Danny." 561 00:32:51,543 --> 00:32:57,293 Saya rasa ini yang paling lama kita tak bercakap, sejak bila? 562 00:32:58,709 --> 00:32:59,709 Tahun 70-an? 563 00:33:01,001 --> 00:33:03,251 Tolong telefon saya semula. 564 00:33:13,418 --> 00:33:15,334 Hei. Ini saya. 565 00:33:17,543 --> 00:33:19,168 Saya tonton Love Story. 566 00:33:21,043 --> 00:33:23,834 Saya teringat setiap kali kita tonton bersama. 567 00:33:23,918 --> 00:33:25,084 Ingat bila… 568 00:33:28,626 --> 00:33:29,584 Apa pun… 569 00:33:30,793 --> 00:33:32,001 Telefon saya semula. 570 00:34:05,251 --> 00:34:07,251 KATE JUMPA SAYA DI RUMAH SAYA 571 00:34:11,209 --> 00:34:12,251 Ya Tuhan. 572 00:34:19,209 --> 00:34:20,084 Mak Cik Tully. 573 00:34:20,168 --> 00:34:21,459 Marah. 574 00:34:22,501 --> 00:34:24,834 Sayang. Ya Tuhan. 575 00:34:28,209 --> 00:34:29,418 Bagaimana bahu awak? 576 00:34:30,626 --> 00:34:32,543 Sakit, tapi sembuhlah nanti. 577 00:34:33,834 --> 00:34:35,126 Ashley rasa bersalah. 578 00:34:35,209 --> 00:34:38,584 Dia cuba berbaik, tapi saya suruh dia berambus. 579 00:34:38,668 --> 00:34:40,251 Dia bukan kawan saya. 580 00:34:40,334 --> 00:34:41,251 Baguslah. 581 00:34:42,876 --> 00:34:45,209 - Mana ibu awak? - Ibu akan turun nanti. 582 00:34:48,709 --> 00:34:50,959 Tunggu di sini. Saya akan panggil ibu. 583 00:34:51,043 --> 00:34:51,918 Terima kasih. 584 00:34:52,001 --> 00:34:54,543 Sudah tentu. Saya sayang Mak Cik Tully. 585 00:34:55,459 --> 00:34:56,793 Saya sayang awak juga. 586 00:35:11,459 --> 00:35:13,209 Marah, awak nak piza? 587 00:35:13,293 --> 00:35:14,126 Kate. 588 00:35:16,001 --> 00:35:17,501 Apa awak buat di sini? 589 00:35:21,668 --> 00:35:22,543 Saya… 590 00:35:24,126 --> 00:35:26,793 Saya rasa Marah mesej saya guna telefon awak. 591 00:35:27,834 --> 00:35:28,834 Saya sangka awak. 592 00:35:29,626 --> 00:35:31,209 Tak sangka sungguh. 593 00:35:31,293 --> 00:35:34,543 Saya tahu. Saya dah ada di sini, boleh kita berbincang? 594 00:35:36,084 --> 00:35:39,209 Bolehkah awak mengakui kewujudan saya? 595 00:35:39,293 --> 00:35:40,876 Kate! Tolonglah. 596 00:35:40,959 --> 00:35:43,293 Ibu, tolonglah. Bincang dengan dia. 597 00:35:51,334 --> 00:35:53,834 Okey, awak nak berbincang? Kita berbincang. 598 00:36:09,334 --> 00:36:10,751 Baiklah, cakaplah. 599 00:36:11,626 --> 00:36:16,959 Saya ada penjelasan untuk semuanya. 600 00:36:17,043 --> 00:36:20,834 Beritahu apa yang awak paling marah dan saya akan mula dari situ. 601 00:36:22,001 --> 00:36:23,793 Saya takkan buat untuk awak. 602 00:36:23,876 --> 00:36:26,001 Sama ada awak nak cakap atau tidak. 603 00:36:26,084 --> 00:36:28,293 Okey. 604 00:36:31,459 --> 00:36:32,584 Parti persaudaraan. 605 00:36:33,334 --> 00:36:38,168 Saya sangka Marah akan menonton wayang dengan Ashley. 606 00:36:39,001 --> 00:36:41,501 Selepas saya beritahu awak dia dihukum. 607 00:36:42,376 --> 00:36:43,459 Ya. 608 00:36:43,543 --> 00:36:48,168 Awak patut lihat wajahnya apabila Ashley ajak dia. 609 00:36:48,251 --> 00:36:50,418 Dia kelihatan sangat gembira. 610 00:36:52,168 --> 00:36:54,293 Dia nak sangat pergi. 611 00:36:55,834 --> 00:36:57,084 Dia jatuh cinta. 612 00:36:57,876 --> 00:37:00,543 Saya faham perasaan dikecewakan 613 00:37:00,626 --> 00:37:02,418 dan ketika itu nampak tak apa. 614 00:37:02,501 --> 00:37:08,543 Saya cuma nak dia gembira. 615 00:37:08,626 --> 00:37:10,959 Awak memandu mabuk, membawa anak saya. 616 00:37:11,043 --> 00:37:12,168 Saya tak mabuk. 617 00:37:12,751 --> 00:37:14,168 Tak. Saya… 618 00:37:16,459 --> 00:37:20,668 Semasa dia telefon saya dari parti itu, saya bertindak mengikut naluri. 619 00:37:20,751 --> 00:37:25,626 Saya boleh dengar betapa takutnya dia dan saya perlu selamatkan dia. 620 00:37:25,709 --> 00:37:27,793 Daripada bahaya disebabkan awak. 621 00:37:27,876 --> 00:37:29,584 Saya sangka dia di panggung! 622 00:37:29,668 --> 00:37:32,168 Tapi dia diganggu budak lelaki mabuk. 623 00:37:32,251 --> 00:37:33,959 Awak pula ambil dia mabuk. 624 00:37:34,043 --> 00:37:35,168 Jesus. 625 00:37:35,959 --> 00:37:37,084 Saya tak mabuk. 626 00:37:37,168 --> 00:37:39,168 Saya cuma minum sedikit. 627 00:37:39,251 --> 00:37:40,834 Saya tak mabuk langsung. 628 00:37:40,918 --> 00:37:43,043 Saya cuma tahu saya perlu cari dia. 629 00:37:43,126 --> 00:37:47,168 Awak boleh hubungi khidmat kereta, polis atau saya. Saya ibunya. 630 00:37:48,168 --> 00:37:50,293 Awak hanya fikir tentang diri awak. 631 00:37:50,376 --> 00:37:52,334 Menutup salah awak daripada saya. 632 00:37:52,418 --> 00:37:54,376 Marah yang terima balasan. 633 00:37:57,293 --> 00:38:01,001 Saya pun terima balasan, Kate. 634 00:38:02,001 --> 00:38:06,293 Kerjaya saya mungkin dah tamat. Mereka gugurkan rancangan bual saya. 635 00:38:06,376 --> 00:38:10,209 Gambar wajah saya merata-rata dan tiada sesiapa yang mengakui 636 00:38:10,293 --> 00:38:12,959 kemalangan itu bukan salah saya. 637 00:38:14,334 --> 00:38:15,418 Tapi paling teruk, 638 00:38:17,251 --> 00:38:19,334 saya mungkin kehilangan kawan baik. 639 00:38:21,168 --> 00:38:23,668 Saya keseorangan. 640 00:38:25,918 --> 00:38:29,251 Hanya Justine yang bercakap dengan saya, 641 00:38:29,334 --> 00:38:30,959 sebab saya bayar dia, 642 00:38:31,043 --> 00:38:32,876 dan Cloud. 643 00:38:32,959 --> 00:38:34,584 Ya, itu awak, Tully. 644 00:38:34,668 --> 00:38:37,418 Awak tolak semua orang. 645 00:38:37,501 --> 00:38:39,751 Salahkan mereka apabila mereka pergi. 646 00:38:40,626 --> 00:38:43,584 Saya dah bosan. Saya bosan bertolak ansur 647 00:38:43,668 --> 00:38:45,293 selesaikan masalah awak. 648 00:38:45,376 --> 00:38:47,959 Saya dah buat selama 30 tahun dan dah muak. 649 00:38:50,876 --> 00:38:53,709 Bagaimana dengan semua yang saya buat untuk awak? 650 00:38:54,209 --> 00:38:58,793 Saya penyokong terbesar awak. Bagaimana dengan kerja yang saya beri? 651 00:38:59,751 --> 00:39:01,501 Sebab awak perlukan saya. 652 00:39:01,584 --> 00:39:04,209 Awak tak boleh sendirian. Tak pedulikan saya. 653 00:39:04,293 --> 00:39:05,376 Tak benar. 654 00:39:06,751 --> 00:39:08,834 Awak saja yang saya peduli. 655 00:39:08,918 --> 00:39:11,251 Awak hanya peduli tentang diri sendiri. 656 00:39:11,876 --> 00:39:14,834 Saya tahu awak pentingkan diri sejak hari pertama. 657 00:39:14,918 --> 00:39:18,126 Tapi saya tak peduli. Itu harga jadi kawan awak. 658 00:39:19,959 --> 00:39:23,001 Saya tak sangka harganya termasuk anak saya. 659 00:39:25,668 --> 00:39:26,584 Kate… 660 00:39:30,001 --> 00:39:34,251 Saya tak berniat semua ini berlaku. 661 00:39:34,334 --> 00:39:38,334 Saya sangka saya buat perkara yang betul. Ia kemalangan! 662 00:39:38,418 --> 00:39:39,251 Jadi? 663 00:39:41,834 --> 00:39:42,668 Jadi… 664 00:39:46,459 --> 00:39:47,543 Awak memang betul. 665 00:39:50,251 --> 00:39:51,251 Betul cakap awak. 666 00:39:52,709 --> 00:39:54,126 Tentang segalanya. Saya… 667 00:39:57,001 --> 00:39:58,209 Saya buat kesilapan. 668 00:39:59,543 --> 00:40:01,084 Saya buat kesilapan besar. 669 00:40:03,251 --> 00:40:06,751 Saya akan buat apa saja untuk betulkannya. 670 00:40:08,751 --> 00:40:12,293 Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tolonglah… 671 00:40:14,293 --> 00:40:15,126 Maafkan saya. 672 00:40:16,793 --> 00:40:19,959 Saya benar-benar minta maaf. 673 00:40:23,376 --> 00:40:25,751 Saya tahu betapa sukarnya bagi awak. 674 00:40:28,376 --> 00:40:29,751 Saya pun rindukan awak. 675 00:40:31,668 --> 00:40:34,168 Setiap pagi, saya terasa nak telefon awak. 676 00:40:34,251 --> 00:40:35,084 Saya juga. 677 00:40:37,126 --> 00:40:38,793 Saya hilang arah tanpa awak. 678 00:40:42,418 --> 00:40:43,334 Saya tak boleh… 679 00:40:45,209 --> 00:40:46,876 Saya tak boleh maafkan awak. 680 00:40:47,459 --> 00:40:49,918 Saya nak sangat maafkan. 681 00:40:52,418 --> 00:40:54,418 Tapi setiap kali saya tengok awak, 682 00:40:55,418 --> 00:40:57,751 saya teringat menerima panggilan itu. 683 00:40:59,334 --> 00:41:00,668 Marah di hospital. 684 00:41:02,668 --> 00:41:04,168 Awak bersalah kepada dia. 685 00:41:04,834 --> 00:41:05,668 Kepada saya. 686 00:41:06,668 --> 00:41:07,501 Kepada kita. 687 00:41:11,043 --> 00:41:12,709 Saya tak boleh maafkan awak. 688 00:41:23,418 --> 00:41:24,543 Begitu saja? 689 00:41:26,709 --> 00:41:31,668 Tiga puluh tahun berakhir begitu saja? 690 00:41:42,293 --> 00:41:43,168 Maafkan saya. 691 00:42:34,126 --> 00:42:36,293 Terjemahan sari kata oleh Idariyana