1 00:01:44,333 --> 00:01:45,666 Pilihlah dengan bijak. 2 00:01:45,750 --> 00:01:48,333 Bison terbang teman hidup kamu. 3 00:01:57,291 --> 00:01:58,708 Aku bawa epal untuk kau. 4 00:01:58,791 --> 00:02:00,500 Cantiknya! 5 00:02:18,750 --> 00:02:19,916 Nah. 6 00:02:21,125 --> 00:02:22,958 - Sambut! - Tunggu! 7 00:02:29,000 --> 00:02:30,375 Dia ikut saya buat! 8 00:02:31,916 --> 00:02:33,500 Sini! Turun sini! 9 00:03:17,791 --> 00:03:20,541 Nampak gayanya, kita akan sentiasa bersama. 10 00:03:44,458 --> 00:03:45,333 Appa. 11 00:03:59,750 --> 00:04:01,291 Mana dia pergi? 12 00:04:02,208 --> 00:04:03,208 Cari dia! 13 00:04:18,625 --> 00:04:24,125 TERPUTUSNYA SESUATU 14 00:04:27,458 --> 00:04:30,000 Lepas aku boleh gerak nanti, siaplah kamu. 15 00:04:30,083 --> 00:04:32,458 Aku akan ingat kau, but berdecit. 16 00:04:34,333 --> 00:04:35,833 Kau pun sama, malaun. 17 00:04:35,916 --> 00:04:38,916 Kau malas nak angkat, ya? Kau heret aku macam ini. 18 00:04:40,625 --> 00:04:42,625 Tak ada hati perut langsung! 19 00:04:43,708 --> 00:04:46,500 Apa? Tunggu, mari sini! Jangan pergi! 20 00:04:46,583 --> 00:04:47,708 Kau tak boleh… 21 00:04:49,250 --> 00:04:50,250 Kau dah pergi. 22 00:04:50,916 --> 00:04:52,625 Kau tinggalkan aku macam ini. 23 00:04:59,125 --> 00:05:00,125 Siapa itu? 24 00:05:00,791 --> 00:05:01,750 Siapa? 25 00:05:03,125 --> 00:05:04,041 Sokka. 26 00:05:04,125 --> 00:05:04,958 Sai? 27 00:05:05,041 --> 00:05:05,958 Awak hidup? 28 00:05:06,041 --> 00:05:08,666 Sokka! Saya ingat kita takkan jumpa lagi. 29 00:05:08,750 --> 00:05:10,875 Merata-rata kami cari awak. 30 00:05:10,958 --> 00:05:13,666 Awak ada nampak Amita? Teo ada berhubung? 31 00:05:14,541 --> 00:05:16,500 Tak, mungkin mereka rampas surat. 32 00:05:16,583 --> 00:05:19,083 Tapi Sokka, saya gembira dapat jumpa awak. 33 00:05:19,166 --> 00:05:20,250 Gembira betul! 34 00:05:20,333 --> 00:05:21,875 - Sai? - Ya? 35 00:05:22,625 --> 00:05:24,125 Boleh terbalikkan saya? 36 00:05:24,750 --> 00:05:28,083 Jadi, mak nak cakap yang mak dan ayah tak tahu 37 00:05:28,166 --> 00:05:30,208 senjata itu untuk Negara Api? 38 00:05:33,166 --> 00:05:35,833 Mak tahu kami ada kontrak dengan Negara Api? 39 00:05:35,916 --> 00:05:36,916 Ya. 40 00:05:37,833 --> 00:05:40,583 Tapi mak ingat ia untuk alatan pertanian. 41 00:05:41,541 --> 00:05:43,583 - Perniagaan tak kenal… - Sempadan. 42 00:05:43,666 --> 00:05:45,000 Saya dah sedar. 43 00:05:48,250 --> 00:05:49,916 Kontrak itu akan dibatalkan. 44 00:05:51,375 --> 00:05:52,208 Betulkah? 45 00:05:52,291 --> 00:05:53,916 Mak akan uruskannya segera. 46 00:05:54,750 --> 00:05:57,708 Mak memang berharap kamu akan ambil alih nanti, 47 00:05:58,500 --> 00:06:01,208 jadi kamu tengoklah apa yang patut dibuat. 48 00:06:04,916 --> 00:06:06,250 Maksud mak, 49 00:06:06,791 --> 00:06:08,541 pilihlah apa yang kamu nak. 50 00:06:12,750 --> 00:06:16,583 Mak dengar kamu dah latih Avatar jadi pengolah tanah yang handal. 51 00:06:18,208 --> 00:06:22,000 Kalau kamu beritahu lebih awal, mungkin mak takkan marah sangat. 52 00:06:22,083 --> 00:06:24,833 Ini bukan rundingan perniagaan, mak. 53 00:06:24,916 --> 00:06:28,250 Cubalah cakap dengan saya macam saya anak mak. Saya… 54 00:06:30,583 --> 00:06:32,750 Mak tak tahu caranya. 55 00:06:32,833 --> 00:06:34,791 Anggaplah saya macam orang lain. 56 00:06:34,875 --> 00:06:36,666 Tapi kamu bukan orang lain. 57 00:06:36,750 --> 00:06:37,958 Kamu anak yang lemah… 58 00:06:38,041 --> 00:06:39,333 Saya tak lemah. 59 00:06:39,416 --> 00:06:40,375 Tolonglah. 60 00:06:40,458 --> 00:06:42,500 Dengar dulu. 61 00:06:50,000 --> 00:06:51,416 Apabila kita ada anak, 62 00:06:53,000 --> 00:06:56,958 kita rasa kita akan membimbing mereka untuk menghadapi dunia. 63 00:06:58,458 --> 00:07:02,250 Berkongsi semua yang kita pelajari daripada kehidupan sendiri. 64 00:07:04,250 --> 00:07:05,958 Sejak saat kamu lahir lagi, 65 00:07:06,041 --> 00:07:10,833 mak tahu kamu akan menempuhi dugaan yang mak tak mampu bayangkan. 66 00:07:11,666 --> 00:07:16,125 Sebab mak tak tahu macam mana rasanya menjadi seorang 67 00:07:17,500 --> 00:07:18,375 yang buta. 68 00:07:20,041 --> 00:07:21,708 Selepas kamu pergi, 69 00:07:22,625 --> 00:07:23,666 mak terfikir… 70 00:07:26,166 --> 00:07:29,666 "Mungkin aku yang lemah." 71 00:07:31,416 --> 00:07:35,625 Kamu mengharungi dunia ini dengan lebih tabah, 72 00:07:36,500 --> 00:07:40,250 yakin dan berhemah berbanding Beifong sebelum ini. 73 00:07:41,166 --> 00:07:42,208 Sebenarnya, 74 00:07:43,166 --> 00:07:44,541 saya taklah berhemah. 75 00:07:44,625 --> 00:07:46,625 Kenapa kamu cakap macam itu? 76 00:07:46,708 --> 00:07:48,083 Entahlah. 77 00:07:48,166 --> 00:07:51,458 Pernah tak mak rasa macam orang anggap 78 00:07:51,541 --> 00:07:53,916 kita ada sikap tertentu sebab nama kita? 79 00:07:55,708 --> 00:07:58,250 Itulah yang mak rasa selama mak hidup. 80 00:08:03,333 --> 00:08:05,875 Saya bergaduh dengan kawan-kawan saya. 81 00:08:07,083 --> 00:08:08,166 Avatar? 82 00:08:08,666 --> 00:08:09,708 Ya. 83 00:08:09,791 --> 00:08:12,625 Saya ingat mereka faham saya, tapi saya… 84 00:08:14,250 --> 00:08:15,250 Saya tak tahulah. 85 00:08:16,500 --> 00:08:17,458 Beginilah. 86 00:08:18,458 --> 00:08:20,416 Saya tahu mak nak saya balik. 87 00:08:20,500 --> 00:08:21,791 Memang pun. 88 00:08:22,291 --> 00:08:24,625 Sebab itulah mak datang. 89 00:08:25,291 --> 00:08:26,583 Mak janji, 90 00:08:27,583 --> 00:08:29,250 semuanya akan berubah. 91 00:08:36,291 --> 00:08:37,583 Saya belum sedia. 92 00:08:39,791 --> 00:08:42,333 Saya kena cakap dengan mereka dulu. 93 00:08:43,083 --> 00:08:44,583 Cuba betulkan keadaan. 94 00:08:48,458 --> 00:08:50,708 Kamu buatlah apa yang patut. 95 00:08:51,291 --> 00:08:53,666 Kereta kuda mak dah menunggu, jadi… 96 00:08:55,000 --> 00:08:56,833 - Ikut kesediaan kamu. - Jangan… 97 00:08:58,333 --> 00:08:59,833 Jangan tunggu saya. 98 00:09:00,666 --> 00:09:02,083 Mungkin lama. 99 00:09:04,958 --> 00:09:07,208 Tak kisahlah lama mana pun. 100 00:09:21,083 --> 00:09:24,916 Mari kita sama-sama habiskan teh. 101 00:09:27,291 --> 00:09:28,500 Macam dulu-dulu. 102 00:09:47,791 --> 00:09:52,583 Banyak betul lamaran perkahwinan yang saya dapat sejak sampai di sini. 103 00:09:54,625 --> 00:09:56,583 Lelaki memang teruk, bukan? 104 00:10:01,000 --> 00:10:04,166 Macam dua lelaki bebal yang ayah kamu hantar. 105 00:10:04,250 --> 00:10:05,625 Mak, saya tak… 106 00:10:08,041 --> 00:10:10,875 Saya rasa lain macam. 107 00:10:12,583 --> 00:10:14,666 Mak sepatutnya datang sendiri. 108 00:10:25,541 --> 00:10:28,125 Kita boleh buat begini lama dulu. 109 00:10:58,291 --> 00:10:59,250 Maafkan aku. 110 00:11:00,083 --> 00:11:01,750 Salah aku kita kena tangkap. 111 00:11:08,208 --> 00:11:09,291 Siapa kau? 112 00:11:11,958 --> 00:11:13,416 Kau tak nak tahu. 113 00:11:15,583 --> 00:11:18,916 Kau kena tangkap sebab tolong aku. Mestilah aku nak tahu. 114 00:11:19,833 --> 00:11:21,375 Aku nak berterima kasih. 115 00:11:23,250 --> 00:11:24,333 Takkan. 116 00:11:27,583 --> 00:11:29,250 Cepatlah pusing. 117 00:11:39,666 --> 00:11:40,708 Zuko? 118 00:11:45,541 --> 00:11:47,500 Apa nak buat? Lawan sampai mati? 119 00:11:47,583 --> 00:11:48,750 Aku takkan lawan. 120 00:11:48,833 --> 00:11:50,375 Wah. 121 00:11:50,875 --> 00:11:51,833 Kau. 122 00:11:52,750 --> 00:11:53,916 Kau! 123 00:11:56,708 --> 00:11:58,833 - Aku memang bodoh. - Kau tak bodoh. 124 00:12:00,375 --> 00:12:03,041 - Aku ingat kau baik. Aku… - Aku cuba. 125 00:12:03,125 --> 00:12:04,458 Betul cakap Aang. 126 00:12:06,833 --> 00:12:08,083 Betul cakap mereka. 127 00:12:09,250 --> 00:12:11,750 Aku buat kerja bodoh. 128 00:12:11,833 --> 00:12:13,166 Aku pentingkan diri. 129 00:12:14,125 --> 00:12:17,375 Aku bahayakan kami semua. Ini yang selayaknya untuk aku. 130 00:12:17,458 --> 00:12:20,041 Kena kurung di gua dengan binatang. 131 00:12:30,708 --> 00:12:32,500 Kawan-kawan, 132 00:12:32,583 --> 00:12:35,458 tentu kamu tertanya-tanya kenapa saya panggil. 133 00:12:35,541 --> 00:12:38,125 Raja Tanah mendapati ada rancangan sulit 134 00:12:38,208 --> 00:12:40,708 untuk menjejaskan keselamatan kota ini. 135 00:12:40,791 --> 00:12:43,875 Baginda mengarahkan saya menyingkirkan dalangnya, 136 00:12:43,958 --> 00:12:46,291 sebahagian ada di meja ini. 137 00:12:46,375 --> 00:12:47,541 Mana Jeneral Sung? 138 00:12:47,625 --> 00:12:49,666 Dia ditahan kerana khianat. 139 00:12:49,750 --> 00:12:50,666 Khianat? 140 00:12:50,750 --> 00:12:53,708 Raja Tanah arahkan Dai Li untuk ambil alih tentera… 141 00:12:53,791 --> 00:12:54,750 Ini rampasan kuasa! 142 00:12:54,833 --> 00:12:57,958 - …kerana Pemerintah Tertinggi membelot. - Mana raja? 143 00:12:58,041 --> 00:12:59,666 Kami nak cakap dengan raja. 144 00:12:59,750 --> 00:13:02,625 Baru kita boleh lihat siapa sebenarnya berkuasa. 145 00:13:02,708 --> 00:13:04,958 Biar aku tolong jelaskan. 146 00:13:05,958 --> 00:13:10,083 Apa kaitan Srikandi Kyoshi dengan hal ehwal Ba Sing Se? 147 00:13:11,291 --> 00:13:12,333 Tak ada kaitan. 148 00:13:13,416 --> 00:13:14,708 Jangan! 149 00:13:28,541 --> 00:13:30,541 Aku ubah fikiran pasal janji kita. 150 00:13:34,166 --> 00:13:35,583 Aku akan ambil pelarian… 151 00:13:37,583 --> 00:13:39,125 Avatar 152 00:13:40,375 --> 00:13:41,666 dan kota ini. 153 00:13:44,000 --> 00:13:46,500 Ba Sing Se milik Negara Api sekarang. 154 00:13:49,125 --> 00:13:51,000 Ada apa-apa kau nak cakap? 155 00:13:53,041 --> 00:13:54,041 Tak ada, 156 00:13:55,875 --> 00:13:57,041 Puteri. 157 00:14:01,166 --> 00:14:02,250 Teruskan. 158 00:14:12,208 --> 00:14:13,416 Apa jadi? 159 00:14:32,625 --> 00:14:33,458 Bagus namanya. 160 00:14:35,166 --> 00:14:36,333 Tenang, 161 00:14:36,416 --> 00:14:37,541 tapi garang. 162 00:14:38,583 --> 00:14:41,416 Nama sesuatu benda melambangkan impian masa depan 163 00:14:41,500 --> 00:14:43,583 dan tempatnya di dunia ini. 164 00:14:44,583 --> 00:14:45,833 Bo! Yize! 165 00:14:45,916 --> 00:14:48,750 Selamat datang ke Naga Jasmin. Pesanan biasa? 166 00:14:48,833 --> 00:14:51,708 Bagi teh istimewa, Mushi. Saya tak tidur semalam. 167 00:14:51,791 --> 00:14:55,291 Dai Li tangkap orang di luar. Mereka jumpa Gadis Bersolek. 168 00:14:55,375 --> 00:14:56,333 Teman dia juga. 169 00:14:56,416 --> 00:14:58,708 Ya, lelaki bertopeng biru itu pun. 170 00:14:58,791 --> 00:15:01,208 - Padah buat baik. - Mushi, saya nak… 171 00:15:01,291 --> 00:15:02,416 Mushi? 172 00:15:03,791 --> 00:15:04,875 Teh saya. 173 00:15:35,333 --> 00:15:36,791 Kawasan ini selamat. 174 00:15:37,375 --> 00:15:38,375 Buat masa ini. 175 00:15:41,916 --> 00:15:43,708 Terima kasih sebab sorok kami. 176 00:15:43,791 --> 00:15:46,000 Semua tempat penuh dengan Dai Li. 177 00:15:46,083 --> 00:15:49,041 Gadis Bersolek kena tangkap malam tadi. 178 00:15:49,125 --> 00:15:49,958 Katara? 179 00:15:50,041 --> 00:15:52,958 Disebabkan dialah kita masih berjuang. 180 00:15:54,250 --> 00:15:57,250 Toph Beifong dah berangkat dengan mak dia pagi tadi. 181 00:15:57,333 --> 00:15:58,708 Apa? 182 00:15:58,791 --> 00:15:59,791 Entahlah. 183 00:16:01,041 --> 00:16:02,041 Sokka pula? 184 00:16:02,125 --> 00:16:03,708 Saya tak nampak dia. 185 00:16:07,708 --> 00:16:10,291 Dai Li ada penjara rahsia di bawah tanah. 186 00:16:10,375 --> 00:16:11,791 Mesti mereka di sana. 187 00:16:11,875 --> 00:16:14,583 Orang Omashu boleh ekori ejen Dai Li. 188 00:16:14,666 --> 00:16:16,333 Kami semua nak tolong. 189 00:16:16,416 --> 00:16:17,708 Terlalu bahaya. 190 00:16:19,416 --> 00:16:22,083 Saya pindah dari Senlin ke Gaipan, 191 00:16:22,583 --> 00:16:24,208 kemudian perang menyusul. 192 00:16:24,291 --> 00:16:28,125 Saya pindah ke Omashu dan perang menyusul. Sekarang kami di sini. 193 00:16:29,333 --> 00:16:31,875 Kami takkan boleh lari daripada bahaya. 194 00:16:32,375 --> 00:16:33,791 Kami kena hadapinya. 195 00:16:35,166 --> 00:16:36,083 Okey. 196 00:16:37,166 --> 00:16:38,708 Tapi biar saya uruskannya. 197 00:16:40,250 --> 00:16:41,125 Okey. 198 00:16:43,500 --> 00:16:47,125 Tapi tolonglah, hati-hati, Aang. 199 00:16:47,208 --> 00:16:48,208 Baik. 200 00:16:49,583 --> 00:16:52,416 Apabila awak jumpa Sai, tolong beritahu dia. 201 00:16:53,000 --> 00:16:53,916 Ya. 202 00:16:54,958 --> 00:16:55,791 Baik. 203 00:16:58,208 --> 00:16:59,416 Terima kasih. 204 00:17:05,500 --> 00:17:08,541 Dai Li sudah ambil alih pimpinan pengawal tembok, 205 00:17:08,625 --> 00:17:11,583 maksudnya kini tentera di bawah pemerintahan kita… 206 00:17:11,666 --> 00:17:13,500 Pemerintahan tuanku. 207 00:17:14,000 --> 00:17:17,166 Kami juga sudah tangkap semua sahabat Avatar, 208 00:17:17,250 --> 00:17:19,625 tapi dia berjaya melarikan diri. 209 00:17:20,583 --> 00:17:22,708 Dia akan selamatkan kawan-kawan dia. 210 00:17:27,458 --> 00:17:29,791 Ada orang lain kena tangkap malam tadi. 211 00:17:32,291 --> 00:17:33,541 Dia bawa benda ini. 212 00:17:36,250 --> 00:17:37,250 Mana dia? 213 00:17:37,333 --> 00:17:38,666 Tasik Laogai. 214 00:17:49,375 --> 00:17:52,166 Dia kata dia nak bunuh Zuko. 215 00:17:52,708 --> 00:17:53,708 Ya. 216 00:17:54,375 --> 00:17:56,250 Kau beri pedang itu kepada dia. 217 00:17:57,916 --> 00:17:58,875 Ya. 218 00:17:59,625 --> 00:18:01,833 Kau beritahu dia Zuko ada di mana. 219 00:18:07,791 --> 00:18:08,750 Ya. 220 00:18:10,416 --> 00:18:13,083 Simbol penyatuan rakyat kita. 221 00:18:19,958 --> 00:18:22,333 Bukankah kau sayang Zuko? 222 00:18:27,375 --> 00:18:28,750 Aku sayang kau juga. 223 00:18:31,583 --> 00:18:33,208 Tapi aku sanggup bunuh kau. 224 00:18:34,541 --> 00:18:35,458 Ya. 225 00:18:37,250 --> 00:18:38,541 Betul. 226 00:18:58,500 --> 00:18:59,875 Aku boleh buka. 227 00:19:01,000 --> 00:19:02,416 Mesti tak susah sangat. 228 00:19:10,958 --> 00:19:13,041 Mungkin susah juga. 229 00:19:21,375 --> 00:19:22,750 Panglima Iroh. 230 00:19:24,541 --> 00:19:25,666 Kenapa kau di sini? 231 00:19:25,750 --> 00:19:26,916 Aku bukan panglima. 232 00:19:27,416 --> 00:19:28,541 Bukan lagi. 233 00:19:30,458 --> 00:19:31,833 Tujuan kita sama. 234 00:19:32,708 --> 00:19:34,041 Misi menyelamat. 235 00:19:37,208 --> 00:19:38,250 Okey. 236 00:19:40,041 --> 00:19:41,458 Kita boleh bekerjasama. 237 00:19:43,041 --> 00:19:45,791 Tapi ini bukan kerja mudah. 238 00:19:47,291 --> 00:19:50,208 Kawan baru aku kata ada jalan masuk lain. 239 00:19:50,291 --> 00:19:52,750 Pintu rahsia yang Avatar Kyoshi bina. 240 00:19:54,000 --> 00:19:55,666 Okey. Marilah. 241 00:20:06,500 --> 00:20:07,541 Nak aku tolong? 242 00:20:08,041 --> 00:20:09,083 Tak nak. 243 00:20:09,166 --> 00:20:11,083 Cara itu takkan bebaskan kita. 244 00:20:11,166 --> 00:20:12,500 Yakah? 245 00:20:12,583 --> 00:20:16,750 Kita takkan bebas padahal kau yang sepatutnya masuk penjara, bukan aku. 246 00:20:17,625 --> 00:20:18,666 Aku percaya kau. 247 00:20:20,083 --> 00:20:22,458 Inikah rancangan kau selama ini? 248 00:20:23,333 --> 00:20:25,166 Dah lama kau tahu aku orangnya? 249 00:20:25,791 --> 00:20:28,708 Kau intip aku untuk cari Aang? Ini cuma perangkap? 250 00:20:28,791 --> 00:20:31,208 Kau ingat dia akan datang selamatkan aku, 251 00:20:31,291 --> 00:20:33,583 dan kau akhirnya boleh tangkap dia. 252 00:20:35,791 --> 00:20:38,583 Itu lagi rumit daripada yang aku pernah rancang. 253 00:20:39,791 --> 00:20:41,291 Aku tak ada rancangan. 254 00:20:42,041 --> 00:20:45,625 Aku cuma nak tolong kau lawan Dai Li. Sebab itu aku di sini. 255 00:20:45,708 --> 00:20:46,750 Yalah itu. 256 00:20:47,291 --> 00:20:50,958 Aku patut percaya saja yang anak Raja Api berniat suci. 257 00:20:51,625 --> 00:20:55,208 Perang, keganasan dan kebencian dah sebati dalam diri kau. 258 00:20:55,791 --> 00:21:00,083 Begitu banyak generasi dihapuskan sebab keluarga kau tamakkan kuasa. 259 00:21:01,125 --> 00:21:02,708 Hutan dibakar. 260 00:21:03,208 --> 00:21:04,625 Keluarga dipisahkan. 261 00:21:05,125 --> 00:21:07,375 Nyawa orang terkorban. 262 00:21:08,791 --> 00:21:10,291 Disebabkan kau, 263 00:21:10,916 --> 00:21:12,250 ayah kau, 264 00:21:12,833 --> 00:21:13,708 ayah dia 265 00:21:13,791 --> 00:21:16,333 dan semua penyangak keji sejak zaman Sozin. 266 00:21:19,625 --> 00:21:23,416 Setiap pengolah air dalam puak aku ditangkap atau dibunuh. 267 00:21:23,916 --> 00:21:26,250 Budak kecil pun kena tangkap. 268 00:21:27,750 --> 00:21:29,208 Kecuali aku. 269 00:21:32,000 --> 00:21:33,541 Aku sempat menyorok. 270 00:21:34,166 --> 00:21:37,208 Setiap hari aku tanggung rasa bersalah. 271 00:21:37,291 --> 00:21:40,291 Aku rasa bersalah sebab aku hidup. 272 00:21:41,791 --> 00:21:42,791 Apa kau rasa? 273 00:21:49,958 --> 00:21:50,958 Tak ada apa-apa? 274 00:21:54,125 --> 00:21:55,458 Tergamak betul kau! 275 00:21:56,500 --> 00:21:59,750 Kau tak tahu betapa deritanya aku disebabkan perang ini. 276 00:22:01,041 --> 00:22:02,416 Hidup aku sendiri. 277 00:22:05,833 --> 00:22:08,416 Negara Api rampas mak aku daripada aku. 278 00:22:15,750 --> 00:22:16,875 Aku bersimpati. 279 00:22:18,625 --> 00:22:20,333 Samalah nasib kita. 280 00:22:27,291 --> 00:22:29,833 Dah berabad-abad pintu ini tak digunakan. 281 00:22:30,833 --> 00:22:32,958 Jadi, macam mana Zuko kena tangkap? 282 00:22:34,333 --> 00:22:36,708 Dia kena tangkap semasa buat benda baik. 283 00:22:38,666 --> 00:22:40,166 Aku tahu dia memang baik. 284 00:22:41,041 --> 00:22:44,083 Pandangan seorang Avatar sememangnya lebih mendalam. 285 00:22:47,708 --> 00:22:50,583 Aku masih bertahan sebab kawan-kawan aku, tapi, 286 00:22:52,041 --> 00:22:54,125 aku sisihkan mereka, dan mereka ditangkap. 287 00:22:54,708 --> 00:22:57,416 Itulah pandangan Avatar. 288 00:22:57,500 --> 00:22:59,041 Bukan semuanya salah kau. 289 00:22:59,125 --> 00:23:00,125 Memang salah aku. 290 00:23:00,208 --> 00:23:02,958 Aku pentingkan diri sendiri. 291 00:23:03,041 --> 00:23:05,041 Aku cuma fikirkan keperluan aku. 292 00:23:06,291 --> 00:23:07,125 Tapi… 293 00:23:09,333 --> 00:23:10,500 aku akan berubah. 294 00:23:12,125 --> 00:23:15,375 Aku akan tebus kesilapan aku dengan kawan-kawan aku. 295 00:23:15,458 --> 00:23:17,416 Jadi orang yang mereka perlukan. 296 00:23:17,916 --> 00:23:19,125 Tak. 297 00:23:19,208 --> 00:23:22,958 Bukan saja tak patut, malah aku yakin kau tak mampu buat begitu. 298 00:23:23,541 --> 00:23:26,208 Kalau kau cuba, kau takkan membantu mereka. 299 00:23:26,291 --> 00:23:28,500 Kau cuma akan kehilangan diri kau. 300 00:23:28,583 --> 00:23:31,666 Persahabatan sebenar mampu menghadapi kebenaran. 301 00:23:31,750 --> 00:23:34,125 Persahabatan terbaik mekar daripadanya. 302 00:23:34,791 --> 00:23:36,875 Kau perlu jadi diri kau, 303 00:23:36,958 --> 00:23:40,916 tapi kau perlu biarkan mereka jadi diri mereka sendiri. 304 00:23:43,416 --> 00:23:46,791 Macam mana kalau mereka tak suka diri aku yang sebenar? 305 00:23:48,583 --> 00:23:50,541 Itu di luar kawalan kau. 306 00:23:54,291 --> 00:23:56,083 Kau mampu buat begitu? 307 00:23:56,583 --> 00:23:59,458 Jadi diri kau yang sebenar selama ini? 308 00:24:02,000 --> 00:24:04,041 Ia berterusan sepanjang hayat. 309 00:24:04,125 --> 00:24:05,833 Aku masih berusaha. 310 00:24:29,333 --> 00:24:30,625 Sebenarnya, 311 00:24:31,250 --> 00:24:35,375 Kyoshi guna penjara ini juga pada zaman dia ratusan tahun lalu. 312 00:24:40,083 --> 00:24:41,416 Ini pintu Avatar. 313 00:24:42,958 --> 00:24:45,041 Kita kena olah keempat-empat unsur. 314 00:24:45,875 --> 00:24:47,666 Nasib baik kita terserempak. 315 00:25:19,958 --> 00:25:21,208 Tunggu di sini, Momo. 316 00:25:25,916 --> 00:25:27,375 Tak, itulah! 317 00:25:27,458 --> 00:25:29,666 Perempuan yang menyamar jadi Kyoshi. 318 00:25:29,750 --> 00:25:33,541 Dia buat sesuatu pada otot saya. Sebab itu saya tak boleh gerak. 319 00:25:34,083 --> 00:25:35,333 - Ya. - Tentulah. 320 00:25:35,416 --> 00:25:37,833 - Mujurlah awak ada, Sai. - Betul. 321 00:25:38,333 --> 00:25:41,208 - Kita boleh lari dari sini. - Mustahil. 322 00:25:41,291 --> 00:25:44,666 Apa maksud awak? Tiada yang mustahil bagi kita. Bagi awak! 323 00:25:44,750 --> 00:25:47,000 - Awak cukup bijak. - Saya dah cuba. 324 00:25:47,083 --> 00:25:49,250 Bersungguh-sungguh, sedaya upaya. 325 00:25:50,458 --> 00:25:53,458 Waktu saya ditangkap, mereka soal siasat di istana, 326 00:25:53,541 --> 00:25:54,875 tapi saya senyap saja. 327 00:25:55,375 --> 00:25:57,791 Jadi, saya dikurung di menara tertinggi. 328 00:25:57,875 --> 00:25:59,500 Saya minta nak jumpa raja. 329 00:26:00,541 --> 00:26:03,458 Saya faham hal diraja. Saya pun ada kedudukan. 330 00:26:03,541 --> 00:26:04,875 Mereka kata tak boleh. 331 00:26:04,958 --> 00:26:07,416 Saya kata saya tahu benda yang boleh selamatkan dunia. 332 00:26:07,500 --> 00:26:09,125 Tapi mereka ketawakan saya. 333 00:26:10,708 --> 00:26:14,333 Mereka hempas pintu guna olahan. Sangat kuat dan meresahkan. 334 00:26:15,125 --> 00:26:17,958 Saya tanya kepada diri saya, apa Teo akan buat? 335 00:26:18,041 --> 00:26:21,833 Walaupun tak ada semangat, saya beranikan diri untuk cuba lari. 336 00:26:21,916 --> 00:26:22,916 Macam mana? 337 00:26:23,000 --> 00:26:25,458 Saya ikat cadar dan keluar ikut tingkap. 338 00:26:25,541 --> 00:26:27,250 - Bijak. Guna apa ada. - Bala. 339 00:26:27,333 --> 00:26:29,208 - Silap kira jarak. - Tidak. 340 00:26:29,291 --> 00:26:31,666 Saya cuba lagi dengan bahan letupan. 341 00:26:31,750 --> 00:26:33,541 - Bom jeli? - Buatan sendiri. 342 00:26:33,625 --> 00:26:36,166 Macam terlebih pun ada. Kening baru tumbuh. 343 00:26:36,250 --> 00:26:37,583 Kemudian? 344 00:26:37,666 --> 00:26:39,125 Ilham tiba-tiba muncul. 345 00:26:39,916 --> 00:26:41,375 - Saya menyamar. - Ya! 346 00:26:41,458 --> 00:26:42,916 - Terus tertangkap. - Tidak! 347 00:26:44,250 --> 00:26:47,291 Ya, rupa-rupanya, muka saya senang dibezakan. 348 00:26:47,791 --> 00:26:50,083 - Sai, tolong! - Boleh, boleh! 349 00:26:51,958 --> 00:26:52,833 Jadi… 350 00:26:54,541 --> 00:26:56,458 Awak buat rancangan baru, bukan? 351 00:26:58,666 --> 00:26:59,625 Tak. 352 00:27:00,416 --> 00:27:02,083 Mereka alihkan saya ke sini. 353 00:27:04,875 --> 00:27:06,708 Saya pun terus putus asa. 354 00:27:12,750 --> 00:27:14,958 Anak saya berperang di luar sana. 355 00:27:18,166 --> 00:27:19,125 Amita. 356 00:27:20,666 --> 00:27:23,916 Kami baru saja bersama, tapi saya dah kehilangan dia. 357 00:27:24,833 --> 00:27:27,083 Apabila awak dan Avatar perlukan saya… 358 00:27:31,000 --> 00:27:32,208 saya gagal. 359 00:27:33,208 --> 00:27:34,833 Tapi itulah lumrah sains. 360 00:27:36,250 --> 00:27:37,208 Awak gagal. 361 00:27:38,375 --> 00:27:41,291 Setiap kegagalan satu peluang untuk belajar. 362 00:27:42,291 --> 00:27:45,625 Kita kena gagal seratus kali untuk jumpa cara yang betul. 363 00:27:45,708 --> 00:27:49,083 Gagal seratus kali lagi untuk jumpa langkah seterusnya. 364 00:27:49,166 --> 00:27:53,458 Kita kena gagal seribu kali, kemudian barulah kita boleh berjaya. 365 00:27:55,958 --> 00:27:57,208 Tengoklah sekeliling. 366 00:27:57,708 --> 00:28:00,166 Dindingnya batu. Pintunya pula logam. 367 00:28:03,125 --> 00:28:04,833 Kita bukan pengolah. 368 00:28:05,708 --> 00:28:06,958 Kita akan mati. 369 00:28:14,333 --> 00:28:16,708 Bukan batu sepenuhnya. Ada kristal juga. 370 00:28:23,541 --> 00:28:26,208 Betul. Bukan semuanya batu. 371 00:28:26,291 --> 00:28:28,500 Sifat kimia kristal lain dengan batu. 372 00:28:28,583 --> 00:28:29,416 Ya. 373 00:28:29,500 --> 00:28:30,333 Ya! 374 00:28:30,416 --> 00:28:32,000 - Boleh larutkan. - Ya! 375 00:28:32,083 --> 00:28:34,875 - Cari jalan keluar. - Ya! Mari kita mula! 376 00:28:34,958 --> 00:28:37,416 Sokka, awaklah pelajar terbaik saya. 377 00:28:38,208 --> 00:28:39,666 Mungkin guru terbaik. 378 00:28:39,750 --> 00:28:41,750 - Mari. Cepat. - Ya! 379 00:28:45,541 --> 00:28:46,916 Mak aku baik. 380 00:28:48,666 --> 00:28:50,541 Dia nampak kebaikan orang lain. 381 00:28:52,625 --> 00:28:53,708 Termasuk aku. 382 00:28:57,500 --> 00:28:59,875 Dia pergi sebelum rupa aku jadi begini. 383 00:29:03,458 --> 00:29:04,500 Parut ini. 384 00:29:06,791 --> 00:29:09,958 Setiap kali orang nampak, ada saja andaian mereka. 385 00:29:10,500 --> 00:29:13,916 Mereka reka cerita, jadi mudah bawa diri di Kerajaan Tanah. 386 00:29:16,250 --> 00:29:17,916 Aku nampak macam mangsa. 387 00:29:20,250 --> 00:29:22,541 Cerita-cerita rekaan mereka itu 388 00:29:24,041 --> 00:29:27,500 tak cukup dahsyat macam apa yang sebenarnya berlaku. 389 00:29:35,166 --> 00:29:37,375 Ayah aku yang buat aku macam ini. 390 00:29:40,208 --> 00:29:44,875 Kau tahu betapa susahnya untuk pengolah api terbakar? 391 00:29:47,125 --> 00:29:48,416 Terbakar teruk. 392 00:29:49,916 --> 00:29:50,916 Berparut 393 00:29:51,791 --> 00:29:53,000 seumur hidup. 394 00:29:54,166 --> 00:29:56,500 Dia perlu lepaskan pertahanan asas, 395 00:29:56,583 --> 00:29:59,166 naluri yang dilahirkan bersamanya. 396 00:30:01,791 --> 00:30:03,416 Macam pengolah air lemas. 397 00:30:07,166 --> 00:30:08,958 Ayah aku buat aku berparut… 398 00:30:11,541 --> 00:30:12,750 tapi dalam hati aku… 399 00:30:16,750 --> 00:30:19,666 sebahagian diri aku rasa 400 00:30:20,958 --> 00:30:22,458 aku memang patut kena. 401 00:30:35,125 --> 00:30:36,625 Itulah puncanya. 402 00:30:58,583 --> 00:31:00,333 Sebab ayah aku bencikan aku, 403 00:31:01,375 --> 00:31:03,041 orang lain pun bencikan aku. 404 00:31:04,250 --> 00:31:06,291 Pembelot-pembelot Negara Api itu? 405 00:31:07,166 --> 00:31:10,250 Mereka akan benci aku kalau mereka tahu aku siapa. 406 00:31:17,833 --> 00:31:19,541 Kenapa pertahankan mereka? 407 00:31:20,500 --> 00:31:22,333 Sebab mereka tak berdaya. 408 00:31:23,375 --> 00:31:24,625 Kau pula? 409 00:31:27,250 --> 00:31:28,458 Samalah. 410 00:31:33,791 --> 00:31:36,666 Selama ini, setiap kali nampak muka musuh… 411 00:31:38,833 --> 00:31:40,208 aku terbayang muka kau. 412 00:31:46,833 --> 00:31:48,625 Setakat mana pun 413 00:31:49,875 --> 00:31:52,041 kau bencikan muka ini, Katara… 414 00:31:54,291 --> 00:31:56,500 aku lebih bencikannya. 415 00:31:59,583 --> 00:32:01,375 Bukan itu yang aku nampak sekarang. 416 00:32:03,541 --> 00:32:05,458 Aku nampak orang yang keperitan. 417 00:32:07,666 --> 00:32:09,500 Orang yang perlu disembuhkan. 418 00:32:19,666 --> 00:32:21,833 Ini air Oasis Roh. 419 00:32:22,791 --> 00:32:27,125 Ia mampu menyembuhkan sedalam-dalam dan separah-parah luka pun. 420 00:32:28,916 --> 00:32:31,916 Mungkin luka yang diwarisi sejak turun-temurun juga. 421 00:32:41,708 --> 00:32:42,625 Boleh aku… 422 00:32:45,083 --> 00:32:46,500 cuba sembuhkan kau? 423 00:32:54,458 --> 00:32:57,541 Semua pegawai mesti lengkap dengan pakaian kebesaran. 424 00:32:59,708 --> 00:33:01,666 Itu pun kamu, Menteri Kebudayaan. 425 00:33:02,250 --> 00:33:03,875 Ini Jeneral Vinh Tran. 426 00:33:04,375 --> 00:33:06,875 Dia akan jaga Ba Sing Se semasa beta tiada. 427 00:33:08,125 --> 00:33:10,333 Hormat dia seperti kamu hormat beta. 428 00:33:19,083 --> 00:33:20,375 Menteri Kebudayaan. 429 00:33:20,458 --> 00:33:23,333 Pastikan tak ada halangan di jalan utama 430 00:33:23,416 --> 00:33:25,666 dan penjaja bergerak dijauhkan. 431 00:33:25,750 --> 00:33:30,041 Kami tak mahu ada sebarang gangguan ketika angkatan kami berangkat masuk. 432 00:33:32,791 --> 00:33:34,166 Menteri Kebudayaan? 433 00:33:38,041 --> 00:33:39,291 Saya akan uruskannya. 434 00:33:41,500 --> 00:33:45,000 Setibanya angkatan kami, orang kamu perlu hormat orang saya. 435 00:33:45,500 --> 00:33:47,333 Tanpa mengira pangkat. 436 00:33:49,250 --> 00:33:51,208 Tak ada perang di Ba Sing Se. 437 00:33:51,291 --> 00:33:53,916 Tak ada perang di Ba Sing Se. 438 00:33:54,416 --> 00:33:56,875 Tak ada perang di Ba Sing Se. 439 00:33:56,958 --> 00:33:59,125 Tak ada perang di Ba Sing Se. 440 00:34:00,000 --> 00:34:02,500 Tak ada perang di Ba Sing Se. 441 00:34:02,583 --> 00:34:04,833 Tak ada perang di Ba Sing Se. 442 00:34:04,916 --> 00:34:07,500 Tak ada perang di Ba Sing Se. 443 00:34:07,583 --> 00:34:09,708 Tak ada perang di Ba Sing Se. 444 00:34:10,291 --> 00:34:12,666 Tak ada perang di Ba Sing Se. 445 00:34:12,750 --> 00:34:14,750 Tak ada perang di Ba Sing Se. 446 00:34:14,833 --> 00:34:17,875 Tak ada perang di Ba Sing Se. 447 00:34:17,958 --> 00:34:20,625 Tak ada perang di Ba Sing Se. 448 00:34:20,708 --> 00:34:23,416 Tak ada perang di Ba Sing Se. 449 00:34:26,333 --> 00:34:27,500 Tidak. 450 00:34:27,583 --> 00:34:30,541 Tak ada perang di Ba Sing Se. 451 00:34:37,958 --> 00:34:39,708 Tak ada perang 452 00:34:40,875 --> 00:34:42,791 di Ba Sing Se. 453 00:34:44,500 --> 00:34:48,333 Tak ada perang di Ba Sing Se. 454 00:34:49,083 --> 00:34:53,458 Tak ada perang di Ba Sing Se. 455 00:34:53,958 --> 00:34:58,458 Tak ada perang di Ba Sing Se! 456 00:34:59,416 --> 00:35:01,833 Kamu perlu duduk lama lagi di bawah ini. 457 00:35:01,916 --> 00:35:02,916 Tolonglah! 458 00:35:03,000 --> 00:35:04,625 Jangan tinggalkan saya! 459 00:35:05,500 --> 00:35:07,333 Tolonglah! 460 00:35:07,875 --> 00:35:11,166 Saya boleh buat apa-apa kerja untuk menteri! 461 00:35:11,791 --> 00:35:14,291 Tak ada perang di Ba Sing Se. 462 00:35:14,375 --> 00:35:17,125 Tak ada perang di Ba Sing Se. 463 00:35:17,208 --> 00:35:19,708 Okey, pastikan tepat kalau tak nak buta. 464 00:35:19,791 --> 00:35:24,000 Kita perlukan seketul kristal untuk teliti dan kaji dengan apa yang ada. 465 00:35:24,083 --> 00:35:25,083 Bagus. 466 00:35:25,166 --> 00:35:26,166 Ya. 467 00:35:28,250 --> 00:35:29,583 Ini idea yang baik? 468 00:35:30,416 --> 00:35:32,416 Inilah idea terbaik yang kita ada. 469 00:35:32,500 --> 00:35:34,500 - Sokka! - Nanti, Aang! 470 00:35:35,375 --> 00:35:36,416 - Aang! - Aang? 471 00:35:37,958 --> 00:35:40,416 - Gembiranya dapat jumpa awak! - Samalah. 472 00:35:42,791 --> 00:35:44,458 - Sokka… - Saya tahu. 473 00:35:44,958 --> 00:35:46,083 Tak apa. Kita okey. 474 00:35:46,666 --> 00:35:47,708 Kita okey, bukan? 475 00:35:49,666 --> 00:35:51,500 Dia tolong kita. Percayalah. 476 00:35:52,458 --> 00:35:53,666 Zuko pun ditangkap. 477 00:35:53,750 --> 00:35:57,750 Aku tahu susah nak percaya, tapi anak saudara aku baik dalamannya. 478 00:35:57,833 --> 00:35:59,500 Tak guna kalau jahat luaran. 479 00:35:59,583 --> 00:36:00,666 Sokka… 480 00:36:01,916 --> 00:36:03,166 Katara ada di sini. 481 00:36:06,875 --> 00:36:09,416 Tolong cari kawan kami dan bawa kami keluar, 482 00:36:09,500 --> 00:36:10,500 baru aku percaya. 483 00:36:12,041 --> 00:36:13,916 Baiklah, mari pergi. 484 00:36:14,416 --> 00:36:18,000 Mungkin ini sebabnya aku diberikan air ini. 485 00:36:19,250 --> 00:36:20,833 Ia ditakdirkan untuk kau. 486 00:36:22,833 --> 00:36:24,083 Aku tak layak. 487 00:36:27,125 --> 00:36:28,333 Kau akan layak. 488 00:36:45,291 --> 00:36:46,625 Hei, lepaskan dia! 489 00:36:46,708 --> 00:36:50,416 Abang, jangan! Dia tolong saya. Sebab itu dia kena tangkap. 490 00:36:50,500 --> 00:36:51,583 Apa? 491 00:36:51,666 --> 00:36:54,166 Baik lepas sebelum aku bakar tangan kau. 492 00:36:54,250 --> 00:36:56,250 Zuko. Kamu berdua. 493 00:36:57,041 --> 00:36:59,208 Dia tolong orang. Saya nampak. 494 00:37:14,333 --> 00:37:15,666 - Maaf. - Maaf. 495 00:37:21,791 --> 00:37:22,875 Terkena. 496 00:37:23,791 --> 00:37:25,250 Kawasan ini selamat. 497 00:37:25,333 --> 00:37:28,000 Ini saja atau ada lagi perlu diselamatkan? 498 00:37:28,875 --> 00:37:32,708 Toph dah ikut mak dia balik, tapi Appa dikurung di bawah ini. 499 00:37:32,791 --> 00:37:33,916 Kita akan cari dia. 500 00:37:35,750 --> 00:37:37,250 Apa kamu berdua nak buat? 501 00:37:40,208 --> 00:37:42,083 Dia tolong pak cik cari kamu. 502 00:37:46,916 --> 00:37:48,291 Kita patut keluar. 503 00:37:57,000 --> 00:37:58,250 Katara… 504 00:38:00,541 --> 00:38:02,166 Saya cuma nak minta maaf. 505 00:38:02,958 --> 00:38:05,791 Saya tak adil. Saya tak patut sisihkan awak. 506 00:38:06,375 --> 00:38:07,375 Tak apa. 507 00:38:08,625 --> 00:38:09,833 Saya pun minta maaf. 508 00:38:11,083 --> 00:38:12,958 - Marilah. - Nanti dulu. 509 00:38:14,416 --> 00:38:15,708 Saya kena cakap. 510 00:38:17,166 --> 00:38:20,666 Kalau semua ini tak ada, saya bukan Avatar, 511 00:38:20,750 --> 00:38:24,750 awak bukan pengolah air, dan kita tak perlu selamatkan dunia, 512 00:38:26,166 --> 00:38:27,125 saya… 513 00:38:34,583 --> 00:38:37,208 Kita tetap akan berkawan. 514 00:38:40,375 --> 00:38:41,583 Mestilah. 515 00:38:42,583 --> 00:38:44,541 Walaupun kita banyak bertengkar. 516 00:38:45,291 --> 00:38:46,291 Ya. 517 00:38:47,833 --> 00:38:50,041 Saya dapat rasa. Appa di sana. 518 00:38:52,333 --> 00:38:53,291 Pengawal. 519 00:38:53,375 --> 00:38:54,375 Menyorok! 520 00:39:10,583 --> 00:39:11,708 Joo Dee. 521 00:39:12,958 --> 00:39:15,208 Hei, kami boleh bawa awak keluar. 522 00:39:15,791 --> 00:39:17,250 Awak boleh ikut kami. 523 00:39:22,958 --> 00:39:26,625 Avatar ada di sini! Jangan biarkan dia terlepas! 524 00:39:26,708 --> 00:39:28,666 Avatar ada di sini! 525 00:39:28,750 --> 00:39:30,250 Dia di sini! 526 00:39:42,208 --> 00:39:43,375 Pisahkan mereka! 527 00:39:59,750 --> 00:40:01,958 Mak bagi saya racun! 528 00:40:02,041 --> 00:40:04,208 Itu cuma bunga popi lark berjambul. 529 00:40:04,708 --> 00:40:07,500 Untuk tidur tambah seri. Jangan nak berdrama. 530 00:40:07,583 --> 00:40:10,291 Saya anak mak, tapi mak culik saya? 531 00:40:10,375 --> 00:40:11,291 Ya. 532 00:40:12,583 --> 00:40:13,708 Kamu anak mak. 533 00:40:14,458 --> 00:40:16,000 Eloklah kamu sedar. 534 00:40:17,125 --> 00:40:19,958 Lambat-laun, kamu akan bersyukur mak buat begini. 535 00:40:21,041 --> 00:40:23,750 Mak gigih merancang, mencari alasan 536 00:40:23,833 --> 00:40:28,291 dan berusaha melindungi anak tunggal mak daripada diri dia sendiri. 537 00:40:30,541 --> 00:40:32,291 Saya bukan hak milik mak! 538 00:40:34,625 --> 00:40:35,833 Mak bohong! 539 00:40:36,458 --> 00:40:38,041 Mak bohong! 540 00:40:38,791 --> 00:40:40,041 Mak tak peduli. 541 00:40:40,958 --> 00:40:42,291 Mak tak pernah peduli. 542 00:40:43,791 --> 00:40:45,291 Mak tak nak saya. 543 00:40:50,166 --> 00:40:51,583 Mak malu dengan saya. 544 00:40:53,666 --> 00:40:55,125 Kenapa? 545 00:40:56,333 --> 00:40:58,375 Mak tak kenal saya pun. 546 00:41:02,458 --> 00:41:04,000 Mak tak kenal diri saya. 547 00:41:13,416 --> 00:41:14,458 Mereka kenal. 548 00:41:19,791 --> 00:41:21,375 Mereka kenal. 549 00:41:25,916 --> 00:41:28,125 Mereka kenal diri saya. 550 00:41:39,500 --> 00:41:42,708 Saya kenal diri saya! 551 00:41:54,333 --> 00:41:56,375 Tak mungkin! 552 00:41:56,458 --> 00:42:00,041 Saya Toph Beifong, dan saya dah cipta olahan logam. 553 00:42:17,166 --> 00:42:20,041 Akulah pengolah tanah terhandal di dunia! 554 00:42:49,125 --> 00:42:50,500 Dia ada di dalam sana. 555 00:42:54,166 --> 00:42:55,708 Aku awasi dia. 556 00:42:58,458 --> 00:43:01,500 Kita boleh sama-sama keluar dari sini. 557 00:43:03,250 --> 00:43:04,083 Apa? 558 00:43:06,208 --> 00:43:08,666 Puteri Azula dah takluk kota ini. 559 00:43:09,333 --> 00:43:10,458 Azula? 560 00:43:11,041 --> 00:43:12,208 Azula ada di sini? 561 00:43:12,291 --> 00:43:13,291 Macam mana? 562 00:43:13,375 --> 00:43:14,833 Dia datang cari kau. 563 00:43:15,583 --> 00:43:18,416 Aku cuba melindungi kau daripada dia. 564 00:43:20,000 --> 00:43:21,833 Tentera kami dah tumbang. 565 00:43:23,000 --> 00:43:26,916 Dia akan buka pintu gerbang, dan Negara Api akan berarak ke istana. 566 00:43:28,000 --> 00:43:29,750 Harapan yang ada sekarang 567 00:43:30,250 --> 00:43:33,541 hanyalah lari dan lawan pada lain hari. 568 00:43:36,041 --> 00:43:38,833 Kau ingat aku nak percayakan kau lagi? 569 00:43:39,875 --> 00:43:41,458 Kau dah khianati kami. 570 00:43:41,541 --> 00:43:44,125 Kau yang salah kalau Azula takluk kota ini. 571 00:43:44,708 --> 00:43:49,208 Aku cuma nak melindungi kota ini supaya perang tak melepasi tembok kami! 572 00:43:49,708 --> 00:43:52,750 Disebabkan akulah orang Ba Sing Se dapat hidup aman! 573 00:43:53,750 --> 00:43:56,833 Aku tanggung bebanan! Aku buat apa yang perlu dibuat! 574 00:43:57,500 --> 00:44:00,625 Kau faham perkara itu. 575 00:44:01,791 --> 00:44:02,625 Tak. 576 00:44:04,125 --> 00:44:06,250 Sebab aku pedulikan orang ramai. 577 00:44:06,791 --> 00:44:11,083 Kau pula cuma tamakkan kuasa dan nak selamatkan diri kau. 578 00:44:12,083 --> 00:44:15,166 Aku takkan tolong kau larikan diri. 579 00:44:15,875 --> 00:44:17,250 Aku takkan lari. 580 00:44:18,000 --> 00:44:20,541 Aku akan tinggal dan hentikan Azula. 581 00:44:20,625 --> 00:44:22,875 Kau takkan boleh kalahkan dia. 582 00:44:23,708 --> 00:44:25,958 Kau terlalu baik, 583 00:44:26,041 --> 00:44:28,583 dan itu menjadikan kau lemah. 584 00:44:39,958 --> 00:44:42,791 Kau akan sedar nanti yang aku betul, Aang. 585 00:44:43,916 --> 00:44:46,500 Kau takkan boleh menang. 586 00:44:49,958 --> 00:44:53,416 Larilah. Lari selagi peluang masih ada. 587 00:45:21,708 --> 00:45:22,750 Appa! 588 00:45:33,416 --> 00:45:35,125 Aku betul-betul rindukan kau. 589 00:45:46,500 --> 00:45:47,541 Aku tahu. 590 00:46:05,750 --> 00:46:07,583 Aku kena selamatkan yang lain. 591 00:46:07,666 --> 00:46:09,958 Nanti aku kejar kau. 592 00:46:10,458 --> 00:46:12,125 Kita akan bersama selamanya. 593 00:46:14,208 --> 00:46:15,250 Aku janji. 594 00:46:25,291 --> 00:46:26,375 Aku akan selamat. 595 00:46:28,708 --> 00:46:29,583 Appa. 596 00:46:30,125 --> 00:46:30,958 Pergilah. 597 00:46:57,541 --> 00:47:00,166 Kenapa kau tak duduk diam-diam di bilik? 598 00:47:27,291 --> 00:47:28,708 Okey, saya menyerah. 599 00:47:32,541 --> 00:47:33,750 Bumerang! 600 00:47:34,583 --> 00:47:35,833 Kau sentiasa datang balik. 601 00:47:37,541 --> 00:47:38,875 Ada orang lain datang. 602 00:47:40,583 --> 00:47:41,416 Aang! 603 00:47:41,500 --> 00:47:43,458 Awak selamat. Mana Appa? 604 00:47:43,541 --> 00:47:45,833 Saya dah hantar dia ke permukaan. 605 00:47:45,916 --> 00:47:48,875 - Mana Iroh dan Zuko? - Kami terpisah. Macam-macam jadi. 606 00:47:48,958 --> 00:47:51,125 Jom keluar. Pandai-pandai merekalah. 607 00:47:51,208 --> 00:47:53,000 Tak. Kota ini tak selamat. 608 00:47:53,083 --> 00:47:56,083 Azula dan Negara Api dah ambil alih. Kita kena hentikan dia. 609 00:47:56,166 --> 00:47:57,125 Azula? 610 00:47:57,708 --> 00:47:59,708 Itu pun kamu. Saya jumpa jalan. 611 00:48:00,416 --> 00:48:01,250 Mari. 612 00:48:01,333 --> 00:48:02,333 Okey. 613 00:48:40,958 --> 00:48:43,166 Sampai bila kita nak macam ini, Zuko? 614 00:48:43,875 --> 00:48:46,125 Sampai bila nak ikut permainan dia? 615 00:48:46,208 --> 00:48:47,500 Berlawan sesama kita. 616 00:48:48,291 --> 00:48:50,541 Sampai salah seorang menang. 617 00:48:54,125 --> 00:48:55,875 Bonda anggap aku binatang. 618 00:48:55,958 --> 00:48:59,541 Jangan sekali-kali cakap pasal dia. 619 00:49:18,166 --> 00:49:20,916 Semua ini takkan jadi kalau dia tak ditangkap. 620 00:49:24,958 --> 00:49:25,958 Aku minta maaf. 621 00:49:27,125 --> 00:49:30,083 Maaf sebab tak diam di dalam kereta kuda malam itu. 622 00:49:31,083 --> 00:49:32,708 Itu memang salah aku. 623 00:49:36,708 --> 00:49:39,000 Tapi dia nak kita sentiasa bersama. 624 00:49:41,208 --> 00:49:43,333 Agar kita ada untuk satu sama lain. 625 00:49:54,541 --> 00:49:56,375 Mungkin boleh, Zuko. 626 00:49:58,291 --> 00:49:59,750 Aku dah takluk kota ini. 627 00:50:00,958 --> 00:50:04,458 Angkatan tentera kita tengah berarak masuk sekarang. 628 00:50:04,958 --> 00:50:07,750 Kerajaan Tanah akan tumbang. 629 00:50:08,750 --> 00:50:11,375 Ini hari gemilang dalam sejarah negara kita. 630 00:50:16,500 --> 00:50:18,291 Kita boleh kongsi. 631 00:50:26,625 --> 00:50:29,625 Tapi aku takkan paksa kalau kau tak nak balik. 632 00:50:33,416 --> 00:50:34,833 Kau pilihlah sendiri. 633 00:50:52,625 --> 00:50:53,958 Inilah jalan keluar. 634 00:50:54,541 --> 00:50:55,541 Saya dapat rasa. 635 00:51:01,541 --> 00:51:02,833 Saya bawa Sai keluar! 636 00:51:21,250 --> 00:51:22,083 Tunduk! 637 00:52:29,416 --> 00:52:30,791 Mujur dah boleh gerak. 638 00:52:30,875 --> 00:52:32,666 - Ya, sebab terjun tadi. - Ya. 639 00:52:33,750 --> 00:52:34,666 Okey. 640 00:52:35,583 --> 00:52:36,958 Alamak, berkunci. 641 00:52:54,916 --> 00:52:56,416 Rindu saya, Kaki Dengkur? 642 00:52:57,250 --> 00:52:58,666 Awak boleh olah logam? 643 00:52:58,750 --> 00:53:01,208 Nanti-nantilah kalau nak puji saya. 644 00:53:01,291 --> 00:53:03,333 Jom cepat. Appa tunggu di luar. 645 00:53:04,041 --> 00:53:05,166 Kaki Dengkur? 646 00:53:06,708 --> 00:53:07,958 Nanti saya cerita. 647 00:53:55,541 --> 00:53:57,541 Aku ingat kau dah berubah! 648 00:54:05,916 --> 00:54:07,375 Memang aku dah berubah. 649 00:54:56,208 --> 00:54:58,333 Menyerah sajalah, Avatar. 650 00:54:59,083 --> 00:55:00,500 Aku dah pun menang. 651 00:55:01,666 --> 00:55:05,791 Persoalannya sekarang, setakat mana kau sanggup korbankan? 652 00:55:14,291 --> 00:55:18,833 Aku takkan korbankan sesiapa. 653 00:58:21,625 --> 00:58:23,833 Kalau kau mati dalam Semangat Avatar, 654 00:58:25,208 --> 00:58:27,291 kitaran akan terhenti. 655 00:58:28,708 --> 00:58:32,416 Keseimbangan dunia juga akan hilang selama-lamanya. 656 00:59:07,583 --> 00:59:08,750 Bawa dia keluar! 657 01:01:37,583 --> 01:01:38,458 Aang. 658 01:01:45,708 --> 01:01:46,708 Aang? 659 01:01:56,458 --> 01:01:57,416 Aang! 660 01:02:01,416 --> 01:02:02,333 Aang! 661 01:02:05,416 --> 01:02:06,375 Aang! 662 01:04:12,416 --> 01:04:15,333 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi