1 00:00:12,053 --> 00:00:16,349 Pemenangnya, mewakili Kumpulan Nikmat Keemasan, 2 00:00:16,433 --> 00:00:20,437 Rei Mikazuchi! 3 00:00:21,021 --> 00:00:22,147 GUNJI KITO PENJAGA HAYAMI 4 00:00:22,230 --> 00:00:24,065 Apa yang Saw Paing buat? 5 00:00:25,025 --> 00:00:26,067 LONG MIN PENJAGA HAYAMI 6 00:00:26,151 --> 00:00:29,320 Bidak kita semuanya dah tiada. 7 00:00:33,283 --> 00:00:38,747 Julius tewas dan dah dua hari Nikaido dan yang lain senyap tanpa berita. 8 00:00:38,830 --> 00:00:41,916 Mungkin mereka dibunuh atau dah cabut lari. 9 00:00:42,000 --> 00:00:47,213 Peluang terakhir kita, Saw Paing Yoroizuka tewas kepada Rei Mikazuchi. 10 00:00:47,797 --> 00:00:50,341 Secara zahirnya, kita dah tewas. 11 00:00:50,425 --> 00:00:55,597 Berapa lama aku nak bersabar dengan si tua ini agaknya? 12 00:00:56,181 --> 00:01:00,018 Jangan fikir begitu, Gunji. Awak akan menyesal nanti. 13 00:01:01,019 --> 00:01:05,231 Tak ada masalah pun. Semuanya seperti yang kita rancang. 14 00:01:05,774 --> 00:01:09,527 Walau apa pun yang berlaku, kita akan menang. 15 00:01:10,862 --> 00:01:16,326 Betul. Semuanya berjalan lancar. 16 00:01:16,409 --> 00:01:22,373 Sementara semua orang masih teruja, inilah peluang kita. 17 00:01:24,209 --> 00:01:25,668 Aduhai. 18 00:01:26,169 --> 00:01:30,590 Selang masa antara pertarungan terlalu lama. 19 00:01:31,174 --> 00:01:33,468 Nampak macam semakin panjang. 20 00:01:33,551 --> 00:01:34,928 KEN OHYA 21 00:01:35,011 --> 00:01:35,970 Sementara menunggu, 22 00:01:36,554 --> 00:01:39,849 kita dapat menikmati arak terbaik dari seluruh dunia. 23 00:01:39,933 --> 00:01:41,935 Takkan awak tak suka? 24 00:01:43,478 --> 00:01:46,689 Kenapa awak macam tak risau? 25 00:01:48,691 --> 00:01:49,692 Apa? 26 00:01:52,278 --> 00:01:57,408 Siapa mereka? Awak pernah nampak mereka? 27 00:01:59,035 --> 00:02:04,207 Alamak! Itu tentera peribadi Presiden Hayami, Penjaga! 28 00:02:04,290 --> 00:02:05,125 Apa? 29 00:02:05,625 --> 00:02:08,545 Saya tak pernah nampak mereka. 30 00:02:08,628 --> 00:02:13,550 Mereka nampak macam ganas. Kita tak patut terlibat. 31 00:02:13,633 --> 00:02:15,677 Baiklah. 32 00:02:26,396 --> 00:02:31,985 Ohma. Tiga pejuang lagi, nanti kita bertemu di pusingan akhir. 33 00:02:34,362 --> 00:02:37,490 Lama betul nak sampai ke sini. 34 00:02:38,533 --> 00:02:43,663 Kita akan saling berbunuhan di depan semua orang ini! 35 00:02:43,746 --> 00:02:47,625 Ini pentas yang sempurna untuk kita bertarung. 36 00:02:47,709 --> 00:02:50,503 Aku kena tunggu tiga pertarungan lagi? 37 00:02:51,087 --> 00:02:54,007 Aku dah tak tahan lagi. 38 00:02:54,966 --> 00:02:56,467 Ohma! 39 00:02:57,594 --> 00:03:00,513 Ohma! 40 00:04:31,020 --> 00:04:35,942 EPISOD 6 KAWAN LAMA 41 00:04:36,526 --> 00:04:37,860 Terima kasih kerana menunggu! 42 00:04:37,944 --> 00:04:39,612 SAYAKA KATAHARA ANAK METSUDO KATAHARA 43 00:04:39,696 --> 00:04:44,200 Pusingan kedua, pertarungan keenam. Pejuang, sila masuk ke arena! 44 00:04:45,201 --> 00:04:47,078 BLOK C, PERTARUNGAN KEENAM, PENTAS KEDUA 45 00:04:47,161 --> 00:04:50,915 Bukan saja kecantikannya itu satu dosa, malah kekuatannya juga. 46 00:04:50,999 --> 00:04:54,919 Aduhai, si raksasa cantik yang bercakap tentang Rakshasa. 47 00:04:55,003 --> 00:04:59,048 Kewujudan awak pun satu dosa juga! 48 00:04:59,632 --> 00:05:03,052 Memiliki ketinggian 180 sentimeter dan seberat 75 kilogram, 49 00:05:03,136 --> 00:05:06,597 dia dah menang pertarungan Kengan sebanyak dua kali dan belum pernah kalah. 50 00:05:06,681 --> 00:05:12,312 Dia memenangi sejumlah 25,072,000,000 yen. 51 00:05:12,395 --> 00:05:15,481 Mewakili Kumpulan Pendidikan Kouou, 52 00:05:15,565 --> 00:05:21,779 inilah Raksasa Cantik, Setsuna Kiryu! 53 00:05:27,577 --> 00:05:29,495 SETSUNA KIRYU KUMPULAN PENDIDIKAN KOUOU 54 00:05:33,082 --> 00:05:34,375 Setsuna! 55 00:05:34,459 --> 00:05:37,670 Aduhai, peminat dia lain macam. 56 00:05:37,754 --> 00:05:38,880 JERRY TYSON (TERSINGKIR) 57 00:05:40,256 --> 00:05:43,217 Setsuna, awak boleh! 58 00:05:43,718 --> 00:05:45,845 Matsuda, awak nampak seronok. 59 00:05:45,928 --> 00:05:48,056 SHION SORYUIN PENGARAH KUMPULAN PENDIDIKAN KOUOU 60 00:05:48,139 --> 00:05:50,141 Macam awak dalam permainan besbol. 61 00:05:50,224 --> 00:05:52,143 Betulkah? 62 00:05:52,643 --> 00:05:55,271 Pengarah, nak bir juga? 63 00:05:57,857 --> 00:06:00,109 Dia okey? 64 00:06:00,610 --> 00:06:04,405 Dia nampak pelik sejak pertarungan Ohma Tokita. 65 00:06:08,076 --> 00:06:11,329 Dia tak berminat dengan yang lemah. 66 00:06:11,412 --> 00:06:16,167 Dia hanya mencari lawan yang kuat! 67 00:06:16,250 --> 00:06:23,049 Dia dewa berjanggut yang mengabdikan dirinya ke jalan Pembunuh Kenpo! 68 00:06:23,132 --> 00:06:27,303 Memiliki ketinggian 185 sentimeter dan seberat 96 kilogram, 69 00:06:27,387 --> 00:06:31,015 dia menang pertarungan Kengan sekali dan belum pernah kalah. 70 00:06:31,099 --> 00:06:34,811 Mewakili Syarikat Permotoran Motor Head, 71 00:06:34,894 --> 00:06:37,522 inilah dia Tombak Syaitan, 72 00:06:37,605 --> 00:06:42,819 Gensai Kuroki! 73 00:06:49,575 --> 00:06:52,578 GENSAI KUROKI PEJUANG SYARIKAT PERMOTORAN MOTOR HEAD 74 00:06:53,454 --> 00:06:55,248 Itu si tua Kuroki. 75 00:06:57,125 --> 00:07:01,462 Mari kita tengok betapa kuat Gaya Kaiwan kau. 76 00:07:02,880 --> 00:07:04,549 Anak muda. 77 00:07:05,133 --> 00:07:08,177 Kau tahu Gaya Bayangan Musang, bukan? 78 00:07:08,886 --> 00:07:10,638 Aku tahu aku betul. 79 00:07:11,264 --> 00:07:16,727 Gerakan itu sama dengan gerakan kawan aku, Genzan Taira. 80 00:07:17,228 --> 00:07:22,316 Aku dengar salah seorang anak muridnya berpaling tadah dan membunuhnya. 81 00:07:23,192 --> 00:07:26,571 Anak muda, kau pembunuhnya? 82 00:07:27,071 --> 00:07:30,199 Apa? Siapa kau? 83 00:07:31,784 --> 00:07:35,955 Angin aku tengah tak baik sekarang ini. 84 00:07:36,789 --> 00:07:41,711 Aku nak balas dendam untuk kawan aku. 85 00:07:41,794 --> 00:07:47,091 Kita dah nampak betapa kuatnya kedua-dua pejuang ini di pusingan pertama. 86 00:07:47,175 --> 00:07:49,719 Adakah Tombak akan menembusi Raksasa? 87 00:07:49,802 --> 00:07:53,222 Atau Raksasa menggigit Tombak sehingga patah dua? 88 00:07:53,931 --> 00:07:55,850 Mari kita lihat! 89 00:07:55,933 --> 00:07:57,185 Mulakan! 90 00:07:58,936 --> 00:08:03,065 Kuroki bersedia dengan langkah kucing. 91 00:08:03,149 --> 00:08:06,652 Bagaimana agaknya reaksi Kiryu? 92 00:08:09,447 --> 00:08:11,616 GAYA BAYANGAN MUSANG KELIP 93 00:08:59,497 --> 00:09:01,499 Kau membuang masa, anak muda. 94 00:09:02,583 --> 00:09:05,962 Kelip mengambil kesempatan ke atas titik buta pihak lawan. 95 00:09:06,504 --> 00:09:09,549 Dengan menyelaraskan pergerakan kau dengan kelipan mata lawan, 96 00:09:09,632 --> 00:09:14,720 ilusi kau menghilang dari mata mereka akan terhasil. 97 00:09:15,263 --> 00:09:20,935 Teknik yang sama wujud dalam salah satu gaya karate sentuhan penuh. 98 00:09:21,561 --> 00:09:26,440 Aku tahu muslihat itu, jadi teknik itu tak berkesan ke atas aku. 99 00:09:28,693 --> 00:09:31,904 Gaya Bayangan Musang tiada sejarah. 100 00:09:33,864 --> 00:09:39,412 Sejarah? Tapi Gaya Bayangan Musang sudah wujud sejak 400 tahun lalu. 101 00:09:40,246 --> 00:09:41,706 GENZAI TAIRA GAYA BAYANGAN MUSANG 102 00:09:41,789 --> 00:09:43,457 Kalau ikut sejarah, memang betul. 103 00:09:44,000 --> 00:09:48,170 Tapi realitinya, kebanyakan pengikutnya telah pun mati semasa perang terakhir 104 00:09:49,005 --> 00:09:52,425 dan teknik itu pupus bersama kematian mereka. 105 00:09:53,467 --> 00:09:57,847 Sebagai keturunan keluarga utama, aku kumpul manuskrip purba 106 00:09:57,930 --> 00:10:00,975 untuk mencipta semula teknik-teknik itu. 107 00:10:01,559 --> 00:10:05,438 Tapi nampaknya hanya beberapa teknik yang masih boleh digunakan. 108 00:10:07,064 --> 00:10:13,988 Memang betul. Teknik berubah seiring dengan zaman. 109 00:10:15,448 --> 00:10:19,577 Tapi bukan semuanya begitu. 110 00:10:19,660 --> 00:10:24,373 Sekarang, hanya ada dua teknik yang masih boleh digunakan hari ini. 111 00:10:25,207 --> 00:10:28,878 Kelip, gerakan yang mengambil kesempatan atas kelipan mata pihak lawan 112 00:10:28,961 --> 00:10:33,382 dan Tapak Tangan Rakshasa, pukulan tapak tangan berpusing. 113 00:10:35,468 --> 00:10:39,639 Kau tak kisah menceritakan rahsia kau kepada ahli seni bela diri lain macam aku? 114 00:10:40,222 --> 00:10:41,766 Janganlah merendah diri. 115 00:10:44,143 --> 00:10:49,523 Ketepikan Tapak Tangan Rakshasa, aku tahu Kelip tak berkesan ke atas kau. 116 00:10:50,441 --> 00:10:53,110 Kami cuma ada dua teknik sekarang, 117 00:10:53,694 --> 00:10:57,657 tapi aku akan cipta sistem baharu. 118 00:10:59,075 --> 00:11:01,661 Baru-baru ini aku ambil seorang pelajar. 119 00:11:02,703 --> 00:11:06,082 Anak ini ada banyak potensi. 120 00:11:07,249 --> 00:11:11,837 Aku rasa bersalah sebab hanya ada dua teknik untuk diajar kepadanya. 121 00:11:14,006 --> 00:11:18,010 Gensai. Gaya Bayangan Musang hanya akan bertambah kuat. 122 00:11:19,261 --> 00:11:23,057 Genzan, anggapan kau terhadap anak murid kau salah. 123 00:11:28,145 --> 00:11:29,772 Bunuh… 124 00:11:29,855 --> 00:11:33,025 Bunuh Gaya Niko. 125 00:11:35,903 --> 00:11:37,196 TAPAK TANGAN RAKSHASA 126 00:11:41,617 --> 00:11:43,994 Aku kena berjaga-jaga dengan Tapak Tangan Rakshasa. 127 00:11:44,537 --> 00:11:49,750 Teknik ini mempunyai pusingan lebih dalam daripada teknik asal Genzan, 128 00:11:49,834 --> 00:11:51,544 jadi lebih berbahaya jadinya. 129 00:11:51,627 --> 00:11:52,878 SETSUNA 130 00:11:52,962 --> 00:11:57,133 Kalau aku halang dengan cara yang salah, teruk jadinya nanti. 131 00:11:58,050 --> 00:12:01,303 Kiryu menyerang tanpa henti! 132 00:12:01,387 --> 00:12:04,014 Kuroki hanya boleh mempertahankan dirinya! 133 00:12:04,098 --> 00:12:09,895 Sengit nampaknya! Pertarungan ini akan ambil masa yang lama! 134 00:12:11,731 --> 00:12:15,317 Apa ini? Ada sesuatu yang tak kena. 135 00:12:16,152 --> 00:12:17,236 Apa… 136 00:12:17,319 --> 00:12:19,321 Apa itu? 137 00:12:19,405 --> 00:12:24,201 Tak mungkin. Lelaki itu sukar ditewaskan. 138 00:12:24,285 --> 00:12:26,746 Apa maksud awak? 139 00:12:27,288 --> 00:12:29,623 Biar betul! 140 00:12:29,707 --> 00:12:33,919 Itulah garisan yang dia buat semasa dia menggerakkan kakinya. 141 00:12:34,503 --> 00:12:39,717 Ren Nikaido, pejuang luar biasa Penumbuk Serigala Syurga pun ditewaskan 142 00:12:39,800 --> 00:12:42,428 oleh Setsuna Kiryu. 143 00:12:42,511 --> 00:12:46,682 Walaupun dengan Kiryu sebagai lawannya, 144 00:12:46,766 --> 00:12:50,686 dia menghalang semua serangan tanpa keluar dari bulatan itu! 145 00:12:58,778 --> 00:13:00,905 Tapak Tangan Rakshasa versi kau 146 00:13:00,988 --> 00:13:06,702 ada gerakan lebih besar dari versi Genzan, sebab itulah agak berbahaya jadinya. 147 00:13:07,787 --> 00:13:11,582 Maksudnya, gerakan versi kau itu menunjukkan potensi sebenarnya 148 00:13:11,665 --> 00:13:14,084 apabila digabungkan dengan Kelip. 149 00:13:14,877 --> 00:13:20,758 Tapi aku tahu muslihat Kelip kau. Serangan kau takkan berkesan ke atas aku. 150 00:13:37,358 --> 00:13:39,777 Dia berada di tahap yang berbeza! 151 00:13:43,072 --> 00:13:46,867 Jangan lupa diri, anak muda. 152 00:14:11,475 --> 00:14:12,351 Aku dah agak. 153 00:14:12,434 --> 00:14:13,269 KAEDE AKIYAMA 154 00:14:13,352 --> 00:14:17,565 Gerakan itu Gaya Niko milik Ohma. 155 00:14:20,568 --> 00:14:23,279 Aku nak tanya kau. 156 00:14:24,238 --> 00:14:26,740 Siapa ajar kau gerakan itu? 157 00:14:32,663 --> 00:14:34,290 Gaya dia berubah! 158 00:14:43,799 --> 00:14:47,970 Anak muda, siapa kau sebenarnya? 159 00:14:54,143 --> 00:14:56,145 Aku takkan 160 00:14:57,396 --> 00:14:59,857 benarkan sesiapa menghalang aku! 161 00:15:08,240 --> 00:15:12,286 Semuanya bermula pada hari itu. 162 00:15:13,579 --> 00:15:19,668 Ohma Tokita. Hari aku bertemu dewa. 163 00:15:26,008 --> 00:15:28,761 KAWASAN DIDUDUKI SECARA HARAM ATAU "ZON DALAM", WAD SHIKI 164 00:15:29,720 --> 00:15:32,765 Setsuna Kiryu, 11 tahun. 165 00:15:33,474 --> 00:15:35,517 Dia dikurung 166 00:15:35,601 --> 00:15:39,939 di tempat persembunyian sindiket penyeludupan organ di Zon Dalam. 167 00:15:40,522 --> 00:15:43,901 Arahan datang dari ayahnya sendiri. 168 00:15:44,902 --> 00:15:49,031 Ayahnya sakit tenat. 169 00:15:49,823 --> 00:15:52,660 Walaupun pemindahan organ berjaya, 170 00:15:53,160 --> 00:15:56,163 kadar berulangnya sangat tinggi. 171 00:15:56,246 --> 00:15:59,124 Ayahnya ada idea. 172 00:15:59,208 --> 00:16:03,963 Dia mengupah seorang pelacur untuk melahirkan anaknya 173 00:16:04,964 --> 00:16:10,678 dan dia dilahirkan sebagai stok organ untuk ayahnya. 174 00:16:12,513 --> 00:16:18,435 Apabila dia membesar, dia mulai fikir dirinya seorang pendosa 175 00:16:18,519 --> 00:16:22,731 dan layak untuk mati. 176 00:16:23,774 --> 00:16:27,486 Ibunya telah pun dibunuh untuk menutup mulut. 177 00:16:28,570 --> 00:16:32,408 Sekarang, tiba masanya untuk dia dibedah. 178 00:16:37,496 --> 00:16:38,831 Kemudian, 179 00:16:39,331 --> 00:16:42,793 ketika itulah dia bertemu Ohma Tokita. 180 00:16:57,599 --> 00:16:58,934 Gerakan kaki itu. 181 00:16:59,852 --> 00:17:02,354 Itu Api Kilat Gaya Niko. 182 00:17:03,856 --> 00:17:07,026 Itulah gerakan yang Ohma gunakan dalam pusingan pertamanya. 183 00:17:07,109 --> 00:17:11,030 Nampaknya Setsuna Kiryu tahu cara menggunakan Gaya Niko. 184 00:17:11,113 --> 00:17:12,448 Lelaki itu… 185 00:17:13,073 --> 00:17:14,992 Apa yang berlaku? 186 00:17:24,126 --> 00:17:25,335 Dia berdarah! 187 00:17:25,419 --> 00:17:27,171 Tidak, lukanya tak dalam! 188 00:17:31,967 --> 00:17:32,968 WILLOW 189 00:17:36,472 --> 00:17:40,893 Pertemuan mereka secara kebetulan. 190 00:17:41,935 --> 00:17:46,440 Pencetusnya, sindiket penyeludupan organ yang menculik Setsuna. 191 00:17:47,941 --> 00:17:53,572 Semuanya bermula apabila sindiket itu cuba ambil alih kawasan Ohma 192 00:17:53,655 --> 00:17:57,451 atau apa yang Ohma anggap sebagai kawasannya. 193 00:17:58,160 --> 00:18:04,416 Ohma menyerang ibu pejabat sindiket itu sebagai tindakan untuk membalas dendam. 194 00:18:05,209 --> 00:18:09,129 Sebenarnya, Ohma tak sedar pun kehadiran Setsuna di situ. 195 00:18:09,213 --> 00:18:13,509 Dia tak peduli dan terus tinggalkan tempat kejadian. 196 00:18:15,677 --> 00:18:19,431 Namun begitu, pandangan Setsuna berbeza. 197 00:18:20,140 --> 00:18:22,226 Setsuna menyangka 198 00:18:22,726 --> 00:18:28,565 budak itu dewa yang menghukum manusia yang berdosa. 199 00:18:30,567 --> 00:18:35,364 Setsuna melarikan diri apabila sindiket itu mulai huru-hara. 200 00:18:35,864 --> 00:18:38,450 Atau sebenarnya, dia mengejar Ohma. 201 00:18:38,992 --> 00:18:42,579 Setsuna memilih untuk tinggal di Zon Dalam 202 00:18:43,288 --> 00:18:46,792 dengan harapan dia akan bertemu dewanya sekali lagi. 203 00:18:48,961 --> 00:18:53,382 Setsuna memilih untuk hidup sebagai pelacur lelaki. 204 00:18:55,092 --> 00:18:58,095 Dia buat begitu untuk mencari seseorang yang akan melindunginya. 205 00:19:00,222 --> 00:19:05,477 Setsuna pergi ke dunia luar bersama lelaki yang menjadi kekasihnya. 206 00:19:06,770 --> 00:19:11,275 Dia menuju ke kediaman ayahnya, lelaki yang mengarahkan dia diculik. 207 00:19:12,568 --> 00:19:19,449 Ayahnya sangat kaya. Setsuna membunuh ayahnya dan merampas semua harta. 208 00:19:19,533 --> 00:19:23,704 Dia ambil alih pengaruh dan kekayaan ayahnya, 209 00:19:23,787 --> 00:19:27,749 lalu dia gunakan untuk membiayai pencarian Ohma. 210 00:19:29,084 --> 00:19:35,465 Selepas dua tahun, akhirnya Setsuna menemui dewanya itu. 211 00:19:35,966 --> 00:19:39,052 Tak boleh, tak bagus. 212 00:19:39,136 --> 00:19:43,223 Kau sepatutnya bertenang apabila menggunakan Bentuk Kawalan Aliran. 213 00:19:43,307 --> 00:19:46,810 Ohma, bahu kau terlalu tegang. 214 00:19:46,894 --> 00:19:48,103 Diam. 215 00:19:48,187 --> 00:19:52,983 Buat macam yang aku suruh. Aku tolong kau nanti. 216 00:19:54,401 --> 00:19:56,445 Apa ini? 217 00:19:57,654 --> 00:20:01,408 Begitukah rupa dewa sebenarnya? 218 00:20:03,285 --> 00:20:07,831 Adakah ini dewa yang aku cari selama ini? 219 00:20:08,624 --> 00:20:11,919 Ayuh. Jangan merungut dan cuba cepat. 220 00:20:14,796 --> 00:20:16,340 Jadi, kaulah orangnya. 221 00:20:17,633 --> 00:20:21,303 Kau yang merosakkan dewa aku. 222 00:20:23,222 --> 00:20:28,936 Hari itu, Setsuna ghaib mencari kuasa. 223 00:20:30,437 --> 00:20:34,608 SETSUNA KIRYU, 14 TAHUN 224 00:20:36,151 --> 00:20:38,403 Budak, kau boleh bergerak? 225 00:20:39,529 --> 00:20:41,365 Kalau tak boleh, jangan bangun. 226 00:20:41,448 --> 00:20:43,492 GENZAN TAIRA GAYA BAYANGAN MUSANG, LINGKARAN 227 00:20:43,575 --> 00:20:46,203 Kalau kau masih nak jadi anak murid aku, bangun sekarang. 228 00:20:48,705 --> 00:20:53,085 Itu Kelip dari Gaya Bayangan Musang? 229 00:20:54,378 --> 00:20:58,715 Hebatnya. Aku pun nak gerakan itu. 230 00:20:59,925 --> 00:21:01,593 Kalau nak, cuba ambil. 231 00:21:18,443 --> 00:21:20,445 Kau berbakat. 232 00:21:21,363 --> 00:21:25,450 Kau nampak gerakan Kelip aku dengan melihat tapak kaki di pasir. 233 00:21:26,743 --> 00:21:31,456 Taktik Dalaman melibatkan penglihatan. Deria kau sangat tajam. 234 00:21:33,000 --> 00:21:36,378 Budak, aku ada satu soalan. 235 00:21:38,213 --> 00:21:41,383 Kau tahu cara guna Taktik Dalaman, bukan? 236 00:21:42,175 --> 00:21:43,844 Kau tak boleh sorok daripada aku. 237 00:21:44,553 --> 00:21:47,556 Pergerakan kau bukannya amatur. 238 00:21:48,849 --> 00:21:52,436 Cakaplah. Kenapa kau tak guna sebarang gerakan? 239 00:21:55,272 --> 00:21:56,481 Tak kisahlah. 240 00:21:57,024 --> 00:22:02,529 Sebagai pengamal seni bela diri, kita patut ada muslihat yang tersimpan. 241 00:22:04,823 --> 00:22:07,659 Kita mulakan latihan sebenar esok. 242 00:22:08,618 --> 00:22:10,078 Pergilah berehat. 243 00:22:17,002 --> 00:22:22,799 Aku takkan biar sesiapa menghalang aku lagi. 244 00:24:02,441 --> 00:24:04,943 Terjemahan sari kata oleh Gina KH 245 00:24:05,527 --> 00:24:07,571 Adakah Tombak Syaitan akan menembusinya? 246 00:24:08,405 --> 00:24:10,574 Atau Tapak Tangan Rakshasa akan menepisnya? 247 00:24:11,283 --> 00:24:13,785 Adakah pengamal seni bela diri itu akan membalas dendam? 248 00:24:13,869 --> 00:24:16,663 Dapatkah Raksasa itu mencari keselamatan? 249 00:24:17,247 --> 00:24:19,958 Episod seterusnya: "Neraka".