1 00:00:11,177 --> 00:00:16,391 Setsuna Kiryu budak yang dilahirkan sebagai stok organ untuk ayahnya. 2 00:00:17,517 --> 00:00:21,396 Hidup dia macam neraka. 3 00:00:22,981 --> 00:00:27,027 Pada suatu hari, dewa menyelamatkan dia daripada neraka itu. 4 00:00:28,820 --> 00:00:31,448 Setsuna membunuh ayah… 5 00:00:33,658 --> 00:00:35,577 dan kekasihnya. 6 00:00:36,244 --> 00:00:37,078 DAERAH TOKITA 7 00:00:37,162 --> 00:00:39,539 Untuk bersatu semula dengan dewanya, 8 00:00:39,622 --> 00:00:42,917 dia kembali ke Zon Dalam, zon yang diduduki secara haram. 9 00:00:45,128 --> 00:00:49,215 Namun begitu, Ohma, dewa yang Setsuna cari, 10 00:00:49,299 --> 00:00:52,343 telah menjadi orang yang berbeza. 11 00:00:54,012 --> 00:00:55,972 Dalam kesedihannya, 12 00:00:56,473 --> 00:00:59,017 Setsuna mencari kuasa untuk membunuh Niko Tokita, 13 00:00:59,517 --> 00:01:03,605 syaitan yang bertanggungjawab merosakkan dewanya. 14 00:01:04,105 --> 00:01:06,900 Aku takkan biar sesiapa menghalang aku lagi! 15 00:02:49,043 --> 00:02:53,965 EPISOD 7 NERAKA 16 00:02:58,178 --> 00:03:03,683 Tak berkesan? Dia cederakan bahu Nikaido dengan satu putaran di pusingan pertama. 17 00:03:04,267 --> 00:03:05,810 SEN HATSUMI, KAEDE AKIYAMA, LIHITO 18 00:03:05,894 --> 00:03:07,145 Dia tersasar sedikit. 19 00:03:07,729 --> 00:03:10,231 Kalau serangannya beberapa milimeter lebih dalam, 20 00:03:11,107 --> 00:03:14,444 nasib Kuroki mesti sama macam Nikaido. 21 00:03:14,527 --> 00:03:16,237 Beberapa milimeter? 22 00:03:16,321 --> 00:03:18,198 Ya, beberapa milimeter. 23 00:03:19,365 --> 00:03:25,288 Jadi, dia dah jangka gerakan itu? Nampak macam orang tua itu akan menang. 24 00:03:25,371 --> 00:03:29,834 Harapnya begitulah, tapi tak semudah itu nampaknya. 25 00:03:40,511 --> 00:03:41,930 Gerakan itu! 26 00:03:44,557 --> 00:03:47,101 Dia guna Tapak Tangan Rakshasa dengan kaki. 27 00:03:56,319 --> 00:03:59,280 Menggunakan Tapak Tangan Rakshasa dengan kaki untuk bergerak, 28 00:03:59,364 --> 00:04:02,533 kemudian dia gunakannya sebagai pengalih perhatian untuk gunakan Kelip. 29 00:04:02,617 --> 00:04:05,912 Tambahan pula, gaya bertarung itu sama dengan Gaya Niko. 30 00:04:06,412 --> 00:04:09,791 Dia lebih hebat dari Genzan. 31 00:04:12,669 --> 00:04:16,256 Serangan aku semakin berkesan ke atas kau. 32 00:04:17,131 --> 00:04:21,344 Niko Tokita, aku nak bunuh kau 33 00:04:21,427 --> 00:04:24,555 dan dapatkan dewa aku semula! 34 00:04:25,139 --> 00:04:26,641 Lelaki ini… 35 00:04:34,023 --> 00:04:34,941 Dia kuat. 36 00:04:35,775 --> 00:04:41,197 Tapi dia dah hilang akal. 37 00:04:42,699 --> 00:04:46,035 Aku tak rasa dia boleh jadi manusia biasa semula. 38 00:04:54,127 --> 00:04:55,378 Kasihannya. 39 00:04:55,461 --> 00:04:59,674 Aku akan tamatkan nasib malangnya. 40 00:05:01,426 --> 00:05:03,928 Kuroki bersemangat kerana dendamnya. 41 00:05:04,929 --> 00:05:08,433 Setsuna berubah menjadi bentuk yang lebih kejam. 42 00:05:09,392 --> 00:05:12,437 Penamatnya semakin hampir! 43 00:05:13,146 --> 00:05:14,981 Tombak Syaitan di sebelah sana. 44 00:05:16,107 --> 00:05:18,026 Tapak Tangan Rakshasa di sebelah sini. 45 00:05:19,694 --> 00:05:21,321 Adakah tombak akan menang? 46 00:05:21,904 --> 00:05:24,073 Atau putaran tangan itu? 47 00:05:26,159 --> 00:05:29,787 Setsuna menggunakan Tapak Tangan Rakshasa dengan kakinya untuk bergerak pantas. 48 00:05:30,538 --> 00:05:35,501 Ini kali pertama dia menggunakan gerakan itu dalam pertarungan. 49 00:05:35,585 --> 00:05:38,713 Dia sentiasa memantapkan gerakan itu. 50 00:05:41,090 --> 00:05:41,924 Tapi… 51 00:05:45,219 --> 00:05:47,889 Kuroki ada kelebihan. 52 00:05:49,223 --> 00:05:52,643 Tombak itu menembusi lingkaran. 53 00:05:53,227 --> 00:05:56,606 Dia menusuk tapak tangan aku sebelum aku sempat berpusing! 54 00:05:57,106 --> 00:05:59,525 Hebat. 55 00:06:01,069 --> 00:06:02,403 Dia patahkan jari aku. 56 00:06:07,241 --> 00:06:10,161 Setsuna gunakan Tapak Tangan Rakshasa untuk menghentak tanah. 57 00:06:11,371 --> 00:06:13,998 Kuroki hilang keseimbangan! 58 00:06:15,333 --> 00:06:18,378 Dada, kemudian hulu hati! 59 00:06:18,461 --> 00:06:19,379 Tak dalam! 60 00:06:23,091 --> 00:06:27,345 Kuroki, merasakan ada yang tak kena, menghentikan serangannya. 61 00:06:28,638 --> 00:06:31,099 Derianya menjadi sempurna. 62 00:06:32,433 --> 00:06:36,771 Hanya ada satu pendorong Setsuna. 63 00:06:37,647 --> 00:06:41,275 Adakah keinginan untuk menewaskan Kuroki, lelaki di depannya ini? Tidak. 64 00:06:42,110 --> 00:06:45,405 Ilusi Niko? Tidak. 65 00:06:45,988 --> 00:06:51,244 Dia buat segalanya untuk visi idealnya tentang Ohma! 66 00:06:51,869 --> 00:06:55,248 Tangan kanan Kiryu cedera! 67 00:06:55,331 --> 00:06:58,042 Ini mungkin akan menjejaskan Tapak Tangan Rakshasa miliknya! 68 00:06:58,126 --> 00:07:02,422 Nampaknya tangan kanan Kuroki pun cedera juga! 69 00:07:02,505 --> 00:07:08,177 Pertarungan dah hampir ke penghujungnya! Masa bermain dah tamat! 70 00:07:08,761 --> 00:07:12,432 Sesiapa yang mampu menyerang secara berterusan akan menjadi pemenang! 71 00:07:13,683 --> 00:07:17,353 Wah! Kiryu membuka langkah pertama! 72 00:07:17,437 --> 00:07:21,858 Dia guna Tapak Tangan Rakshasa kelajuan tinggi dengan kaki untuk kelirukan Kuroki! 73 00:07:22,775 --> 00:07:24,986 GAYA BAYANGAN MUSANG X GAYA NIKO 74 00:07:25,570 --> 00:07:26,988 GABUNGAN KEDUA-DUA GAYA 75 00:07:31,451 --> 00:07:35,872 Gensai Kuroki sememangnya hebat. Dia dapat mentafsir gerakan itu. 76 00:07:49,594 --> 00:07:51,179 Dia mengubah corak. 77 00:07:52,555 --> 00:07:55,057 Dia terkena serangan! 78 00:08:09,405 --> 00:08:12,533 Dia ditikam! 79 00:08:14,160 --> 00:08:18,581 Gensai Kuroki. Dia berfikir sehingga ke tahap ini. 80 00:08:19,874 --> 00:08:23,711 Setsuna Kiryu mencederakan tangan kanan Kuroki. 81 00:08:24,212 --> 00:08:27,798 Oleh itu, Kuroki mula menyerang hanya dengan tangan kirinya. 82 00:08:28,299 --> 00:08:31,302 Jadi, Setsuna fokus kepada tangan kirinya separa sedar. 83 00:08:32,428 --> 00:08:36,516 Disebabkan tangan kanan Kuroki cedera, 84 00:08:36,599 --> 00:08:39,644 Setsuna gagal menjaga tangan kanannya. 85 00:08:39,727 --> 00:08:42,813 Gensai Kuroki ambil kesempatan ke atas keadaan tu. 86 00:08:43,314 --> 00:08:47,485 Walaupun strategi Kuroki ada peluang besar untuk berjaya, 87 00:08:47,568 --> 00:08:49,612 itu bukan jaminan. 88 00:08:50,446 --> 00:08:53,783 Setsuna memaksa seorang pejuang berpengalaman mengambil risiko. 89 00:08:53,866 --> 00:08:58,746 Aku rasa Setsuna Kiryu pun pejuang yang luar biasa juga. 90 00:08:59,330 --> 00:09:04,168 Kau buat tangan kiri aku cedera teruk. Nyaris-nyaris tadi. 91 00:09:06,587 --> 00:09:11,801 Tapak Tangan Rakshasa menguatkan kuasa belakang, bahu dan lengan atas 92 00:09:12,301 --> 00:09:15,054 dengan memutar lengan bawah. 93 00:09:15,596 --> 00:09:20,226 Serangan itu mengubah kuasa berkenaan menjadi kuasa berputar yang kuat. 94 00:09:21,018 --> 00:09:24,730 Apabila digunakan pada jarak dekat, putaran lengan itu tak mencukupi 95 00:09:24,814 --> 00:09:27,483 dan kuasa serangannya menjadi separuh. 96 00:09:30,861 --> 00:09:33,072 Begitu nampaknya. 97 00:09:33,906 --> 00:09:37,076 Mungkin cara ini akan berjaya. 98 00:09:39,704 --> 00:09:42,373 Dia tumpukan semua kuasanya di hujung jari. 99 00:09:43,082 --> 00:09:46,627 Setsuna Kiryu, terperangkap di satu sudut, 100 00:09:46,711 --> 00:09:50,131 telah mencipta serangan Tapak Tangan Rakshasa yang sebenar! 101 00:09:55,553 --> 00:09:58,180 Bagus! Dia menghalang serangan lawannya. 102 00:10:05,104 --> 00:10:07,023 Aku faham. 103 00:10:07,607 --> 00:10:12,069 Kau menguji aku, 104 00:10:12,153 --> 00:10:14,530 Ohma Tokita? 105 00:10:18,159 --> 00:10:19,285 Aku faham. 106 00:10:20,286 --> 00:10:22,872 Aku akan atasi semua ini. 107 00:10:25,875 --> 00:10:27,043 - Kiryu! - Setsuna! 108 00:10:30,004 --> 00:10:31,922 TOMBAK SYAITAN 109 00:10:32,506 --> 00:10:34,300 Bodohnya. 110 00:10:34,967 --> 00:10:39,263 Serangan sementara itu takkan berkesan ke atas aku. 111 00:10:40,640 --> 00:10:42,767 Pertarungan tamat! 112 00:10:42,850 --> 00:10:48,314 Pemenangnya ialah Gensai Kuroki! 113 00:10:57,031 --> 00:11:00,660 Minta pengampunan Genzan di neraka nanti. 114 00:11:19,011 --> 00:11:20,930 BILIK MAYAT 115 00:11:24,183 --> 00:11:25,559 Kiryu. 116 00:11:26,227 --> 00:11:28,813 Kenapa awak masih hidup lagi? 117 00:11:28,896 --> 00:11:34,318 Shion. Pertubuhan Kengan agak tak bertanggungjawab, bukan? 118 00:11:34,985 --> 00:11:39,615 Saya perlu tunggu di bilik mayat kerana bilik sakit dah penuh. 119 00:11:39,699 --> 00:11:44,286 Sangat sesuai untuk seseorang yang baru sahaja ditikam hatinya. 120 00:11:47,248 --> 00:11:50,918 Matsuda, berapa kali awak nak pengsan? 121 00:11:51,001 --> 00:11:54,296 Peliknya gaya dia. 122 00:11:54,380 --> 00:11:56,841 Kelakar betul. 123 00:12:05,099 --> 00:12:08,352 Bangun, Tomoko. Helo? 124 00:12:08,853 --> 00:12:09,729 Kiryu. 125 00:12:10,604 --> 00:12:14,483 Apa rancangan awak? 126 00:12:23,075 --> 00:12:24,076 Kiryu. 127 00:12:24,160 --> 00:12:26,787 Maafkan saya, Shion. 128 00:12:26,871 --> 00:12:29,582 Saya kalah. 129 00:12:31,459 --> 00:12:34,003 Shion. Tomoko. 130 00:12:35,212 --> 00:12:37,465 Saya sayang awak berdua. 131 00:12:38,340 --> 00:12:40,676 Saya terfikir, 132 00:12:41,677 --> 00:12:46,348 mungkin beginilah rasanya kalau ada kakak dan adik perempuan. 133 00:12:48,184 --> 00:12:51,187 Lelaki yang pernah sayangkan saya. 134 00:12:52,313 --> 00:12:53,981 Guru saya. 135 00:12:54,732 --> 00:12:59,320 Tiada siapa pernah melayan saya dengan baik selain mereka berdua. 136 00:13:02,948 --> 00:13:06,827 Malangnya, mereka berdua dah tiada. 137 00:13:08,704 --> 00:13:10,748 Jaga Tomoko. 138 00:13:12,416 --> 00:13:14,210 Jangan halang saya, okey? 139 00:13:14,835 --> 00:13:19,256 Saya tak nak kehilangan orang yang sayangi lagi. 140 00:13:26,847 --> 00:13:27,848 Aku… 141 00:13:29,475 --> 00:13:31,769 Aku dah jolok sarang tebuan? 142 00:13:39,652 --> 00:13:42,780 Pertarungan yang hebat, bukan? 143 00:13:42,863 --> 00:13:46,283 Aduhai! Aku masih menggigil. 144 00:13:46,367 --> 00:13:49,370 Penonton masih terkejut. 145 00:13:49,870 --> 00:13:51,789 Sudah tentulah. 146 00:13:51,872 --> 00:13:56,252 Lelaki yang jantungnya ditikam itu hidup semula macam tak ada apa berlaku. 147 00:13:57,253 --> 00:14:01,799 Tombak Syaitan Kuroki tepat pada sasaran. Macam mana dia boleh hidup? 148 00:14:02,383 --> 00:14:05,177 Cukuplah. Macam mana dengan lelaki itu? 149 00:14:05,261 --> 00:14:07,179 Si dungu itu. 150 00:14:08,013 --> 00:14:10,808 Awak memang kuat! 151 00:14:10,891 --> 00:14:15,479 Saya tak pernah kagum dengan seseorang. Saya terkejut! 152 00:14:17,606 --> 00:14:21,026 Macam mana awak jadi kuat sangat? Awak berlatih? 153 00:14:21,110 --> 00:14:22,695 Berapa lama? 154 00:14:22,778 --> 00:14:26,657 Gaya awak berbeza daripada karate yang saya tahu… 155 00:14:26,740 --> 00:14:27,616 Kuroki. 156 00:14:28,409 --> 00:14:29,243 Aku tak faham. 157 00:14:29,326 --> 00:14:31,787 KIRIMI TAKAKAZE PRESIDEN SYARIKAT PERMOTORAN MOTOR HEAD 158 00:14:31,871 --> 00:14:34,707 Kenapa budak Tapak Tangan Rakshasa itu masih boleh hidup? 159 00:14:36,250 --> 00:14:38,252 Ichiro, kau tahu kenapa? 160 00:14:38,752 --> 00:14:39,753 Ya! 161 00:14:40,337 --> 00:14:42,506 Saat Tombak Syaitan menikamnya, 162 00:14:42,590 --> 00:14:46,510 Kiryu menggunakan Tapak Tangan Rakshasa ke atas jantungnya sendiri. 163 00:14:46,594 --> 00:14:51,515 Dia kurangkan kuasanya supaya jantungnya beralih daripada impak. 164 00:14:51,599 --> 00:14:55,019 Akibatnya, dia mengelak Tombak Syaitan tepat pada masanya. 165 00:14:55,728 --> 00:14:57,438 Betul tak, tuan? 166 00:14:57,521 --> 00:14:59,440 Aku tak ambil anak murid. 167 00:15:00,316 --> 00:15:03,027 Teori kau hampir betul. 168 00:15:03,110 --> 00:15:07,615 Penglihatan kau agak tajam, Ichiro. 169 00:15:08,115 --> 00:15:10,200 Teruk juga, Kuroki. 170 00:15:10,910 --> 00:15:14,163 Kau nak balas dendam untuk kawan kau, bukan? 171 00:15:15,331 --> 00:15:17,958 Sejujurnya, aku rasa lega. 172 00:15:18,042 --> 00:15:22,546 Tak macam aku, Genzan ambil berat tentang anak muridnya. 173 00:15:23,047 --> 00:15:24,798 Walaupun dia membunuh kawan aku, 174 00:15:24,882 --> 00:15:29,887 aku tetap akan rasa bersalah kerana membunuh anak murid Genzan. 175 00:15:30,763 --> 00:15:31,805 Aku faham. 176 00:15:32,306 --> 00:15:33,599 Hei, tuan! 177 00:15:34,600 --> 00:15:36,685 Bagaimana kecederaan tuan? 178 00:15:36,769 --> 00:15:39,146 Aku dah cakap, aku bukan tuan kau. 179 00:15:39,229 --> 00:15:40,898 Jangan menyampuk. 180 00:15:42,066 --> 00:15:48,113 Dalam Gaya Kaiwan, kami tetap berlatih walaupun tangan kami patah atau putus. 181 00:15:48,197 --> 00:15:52,409 Jari patah bukan masalah besar untuk aku. 182 00:15:52,493 --> 00:15:54,787 Jadi, bagaimana dengan bahu awak? 183 00:15:55,704 --> 00:15:57,498 Kau kena tengok betul-betul. 184 00:15:58,415 --> 00:16:01,210 Tombak Syaitan aku menembusi tangan kanannya. 185 00:16:01,710 --> 00:16:06,382 Memandangkan tangannya cedera, kuasa Tapak Tangan Rakshasa jadi separuh. 186 00:16:06,465 --> 00:16:10,719 Walaupun cedera, aku masih boleh bertarung dalam pusingan seterusnya. 187 00:16:12,012 --> 00:16:14,473 Sejauh mana dia dapat agak? 188 00:16:15,391 --> 00:16:17,184 Macam mana, Ichiro? 189 00:16:17,267 --> 00:16:19,269 Tuan awak hebat, bukan? 190 00:16:19,353 --> 00:16:20,187 Ya! 191 00:16:20,270 --> 00:16:22,731 Aku dah cakap, jangan panggil aku tuan. 192 00:16:24,191 --> 00:16:25,025 Ichiro. 193 00:16:25,859 --> 00:16:30,489 Kau tak cukup pengalaman lagi. Buat masa ini, kau tengok saja dulu. 194 00:16:30,990 --> 00:16:33,534 Kalau kau nak jadi lebih kuat, maaflah. 195 00:16:34,702 --> 00:16:36,620 Aku tak ajar orang. 196 00:16:37,746 --> 00:16:42,960 Namun, kau berhak memilih pertarungan siapa yang kau nak tengok. 197 00:16:43,043 --> 00:16:43,919 Baiklah! 198 00:16:47,047 --> 00:16:50,718 Ohma Tokita masih belum sedar. 199 00:16:51,218 --> 00:16:55,305 Aku tak boleh bergantung kepada seseorang dengan peluang yang nipis. 200 00:16:56,265 --> 00:16:59,601 Maksudnya, Kumpulan Nogi ada satu peluang lagi 201 00:16:59,685 --> 00:17:03,856 dan kaulah peluang itu, Sen. 202 00:17:03,939 --> 00:17:06,734 Betul cakap kau. 203 00:17:07,234 --> 00:17:10,738 Kau panggil aku semata-mata nak cakap tentang hal itu? 204 00:17:10,821 --> 00:17:16,785 Sebab kau tak pernah tunjuk muka kepada majikan kau. 205 00:17:17,327 --> 00:17:20,789 Kau tak ambil serius Kejohanan Hidup atau Mati ini. 206 00:17:21,415 --> 00:17:28,380 Kau tahu betapa banyak masalah yang kita lalui untuk dapat peluang ini? 207 00:17:30,299 --> 00:17:31,967 Ya, aku tahu. 208 00:17:32,551 --> 00:17:36,597 Tapi serius sangat pun takkan membantu kita menang, bukan? 209 00:17:38,182 --> 00:17:42,728 Jadi? Siapa lawan aku? 210 00:17:44,521 --> 00:17:49,735 Syarikat Komunikasi Juoh masih belum umumkan pejuang simpanan mereka. 211 00:17:51,070 --> 00:17:53,822 Pejuang Syarikat Komunikasi Juoh, 212 00:17:53,906 --> 00:18:00,287 Yohei Bando, menang perlawanan sebelumnya, tapi aku yakin dia dah mati. 213 00:18:07,669 --> 00:18:12,466 Agaknya mereka nak mengejutkan kita, lebih kurang macam Seki yang Hebat. 214 00:18:12,549 --> 00:18:15,344 Selagi pejuang simpanan dibenarkan, 215 00:18:15,427 --> 00:18:19,681 Syarikat Komunikasi Juoh takkan lepaskan hak mereka untuk menggunakannya. 216 00:18:19,765 --> 00:18:23,727 Maknanya, kau tak tahu siapa lawan kau 217 00:18:23,811 --> 00:18:28,107 dan tak dapat merancang serangan balas lebih awal. 218 00:18:28,732 --> 00:18:30,442 Aduhai. 219 00:18:31,652 --> 00:18:36,365 Bercakap tentang pejuang simpanan, apa rancangan kau untuk Ohma? 220 00:18:37,783 --> 00:18:42,621 Dia menggunakan Gaya Niko bermaksud dia dari Zon Dalam, bukan? 221 00:18:43,330 --> 00:18:49,336 Aku harap dia dapat tunjukkan beberapa gerakan lagi sebelum digugurkan. 222 00:18:49,419 --> 00:18:54,800 Mesti Yamashita serba salah tapi dia kena buat keputusan. 223 00:18:54,883 --> 00:19:00,597 Aduhai, jangan buat tak faham. Aku simpati dengan Presiden Yamashita. 224 00:19:00,681 --> 00:19:04,434 Kau heret dia ke dalam isu ini dengan memaksa dia berhutang. 225 00:19:05,644 --> 00:19:07,312 Baiklah. 226 00:19:08,230 --> 00:19:11,150 Aku tahu apa kau nak cakap. 227 00:19:11,650 --> 00:19:13,360 Aku dah beritahu kau, 228 00:19:13,443 --> 00:19:17,114 kau akan jadi pengerusi Pertubuhan Kengan yang seterusnya. 229 00:19:18,407 --> 00:19:21,368 Ya. Kalau semuanya berjalan lancar. 230 00:19:22,661 --> 00:19:28,208 Tapi sebenarnya aku risau sebab semuanya bergantung kepada kau. 231 00:19:28,292 --> 00:19:31,503 Aduhai. Janganlah risau sekarang! 232 00:19:32,254 --> 00:19:36,049 Aku takkan kalah selagi aku tak dapat bertarung dengan dia. 233 00:19:36,675 --> 00:19:38,719 Si Taring Metsudo? 234 00:19:53,692 --> 00:19:58,113 Ohma sepatutnya bertarung dalam pertarungan pertama esok. 235 00:19:58,697 --> 00:20:00,616 KAZUO YAMASHITA PRESIDEN SYARIKAT YAMASHITA 236 00:20:00,699 --> 00:20:03,619 Aku perlu buat keputusan dengan cepat. 237 00:20:06,747 --> 00:20:07,581 Tidak. 238 00:20:08,081 --> 00:20:11,126 Kenapa aku teragak-agak? 239 00:20:11,919 --> 00:20:15,130 Masa depan dia masih cerah, tak macam aku. 240 00:20:15,714 --> 00:20:19,051 Aku tak boleh membahayakan nyawanya. 241 00:20:19,551 --> 00:20:20,677 Tapi, 242 00:20:21,178 --> 00:20:24,932 kenapa aku masih teragak-agak? 243 00:20:30,354 --> 00:20:35,442 Kalau Pengarah Nogi menang, matlamat kita akan tercapai. 244 00:20:36,401 --> 00:20:39,321 Asalkan Hatsumi menang. 245 00:20:41,031 --> 00:20:42,241 Jadi… 246 00:20:44,993 --> 00:20:49,039 Pusingan tujuh! Para pejuang, sila masuk ke arena! 247 00:20:49,748 --> 00:20:52,376 Mari kita perincikan kekalahan dia sebelum ini. 248 00:20:52,459 --> 00:20:56,922 Terlajak tidur sembilan kali, ponteng empat kali dan terlupa dua kali! 249 00:20:57,005 --> 00:21:02,010 Lelaki paling tak bertanggungjawab dalam sejarah Pertubuhan Kengan! 250 00:21:02,094 --> 00:21:08,976 Tapi tunggu! Aikido Gaya Hatsumi sememangnya hebat! 251 00:21:09,059 --> 00:21:12,604 Memiliki ketinggian 178 sentimeter dan seberat 84 kilogram, 252 00:21:12,688 --> 00:21:17,150 dia telah memenangi 40 pertarungan Kengan dan kalah sebanyak 15 kali. 253 00:21:17,234 --> 00:21:24,116 Dia menang sejumlah 1,440,182,800,000 yen! 254 00:21:24,616 --> 00:21:26,827 Mewakili Kumpulan Nogi, 255 00:21:27,869 --> 00:21:34,584 Si Awan Terapung, Sen Hatsumi! 256 00:21:43,969 --> 00:21:45,470 Hatsumi! 257 00:21:46,096 --> 00:21:48,473 Tapi kita masih tak tahu lawannya. 258 00:21:48,974 --> 00:21:52,185 Apa rancangan Syarikat Komunikasi Juoh? 259 00:21:57,107 --> 00:21:58,900 Hei, adakah itu… 260 00:21:59,401 --> 00:22:00,777 Tak mungkin. 261 00:22:15,334 --> 00:22:17,419 Kau lambat. 262 00:22:24,259 --> 00:22:29,473 Itu Yohei Bando! 263 00:22:30,390 --> 00:22:34,936 YOHEI BANDO PEJUANG SYARIKAT KOMUNIKASI JUOH 264 00:24:02,357 --> 00:24:04,901 Terjemahan sari kata oleh Gina KH 265 00:24:04,985 --> 00:24:08,405 Bagaimana? Dia sepatutnya dah mati! 266 00:24:08,488 --> 00:24:10,907 Seorang banduan hukuman mati hidup semula! 267 00:24:11,491 --> 00:24:14,161 Tidak dapat dicapai, didekati, dielakkan. 268 00:24:14,870 --> 00:24:17,164 Apa yang Awan Terapung akan buat? 269 00:24:17,247 --> 00:24:19,916 Episod seterusnya: "Kebangkitan Semula".