1 00:00:06,043 --> 00:00:08,418 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:16,334 --> 00:00:19,793 Tuhan, tunjukkan kuasa kau. 3 00:00:23,334 --> 00:00:27,584 Untuk itu, saya akan korbankan harta saya yang paling berharga. 4 00:00:30,334 --> 00:00:31,418 Anak sulung saya. 5 00:00:59,543 --> 00:01:00,376 Runa? 6 00:01:03,043 --> 00:01:04,209 Runa. 7 00:01:05,459 --> 00:01:07,001 Kenapa tergesa-gesa? 8 00:01:11,418 --> 00:01:13,876 Sumpah. Sebelum pertempuran besar. 9 00:01:16,168 --> 00:01:20,001 Saya minta para dewa bantu tuntut bela keluarga dan bebaskan puak saya. 10 00:01:21,709 --> 00:01:23,876 Bagusnya. Mereka dah jawab. 11 00:01:26,584 --> 00:01:28,501 Saya dah janji saya akan 12 00:01:29,584 --> 00:01:31,418 korbankan anak sulung saya. 13 00:01:36,043 --> 00:01:39,251 Apa saya perlu buat untuk batalkan sumpah ini! 14 00:01:42,251 --> 00:01:43,168 Runa! 15 00:01:46,626 --> 00:01:50,001 Apa saja. Saya bersedia untuk buat apa saja. 16 00:01:53,168 --> 00:01:56,751 Apa saja, ya? Untuk tarik balik sumpah awak? 17 00:01:59,876 --> 00:02:03,293 Awak nak tawar-menawar, tapi para dewa tak tawar-menawar. 18 00:02:05,626 --> 00:02:06,459 Apa saja? 19 00:02:09,168 --> 00:02:11,501 Para dewa ambil apa yang mereka mahu. 20 00:02:37,834 --> 00:02:39,459 Ari tak boleh dipercayai. 21 00:02:40,626 --> 00:02:43,293 Awak tahu kenapa dia melutut, bukan? 22 00:02:44,084 --> 00:02:47,043 Itu helah untuk menyerang tentera awak. 23 00:02:49,334 --> 00:02:51,834 Dia umpan awak dengan kuasa yang awak ada. 24 00:02:51,918 --> 00:02:54,376 Awak perlu selesaikan masalah puak. 25 00:02:54,459 --> 00:02:58,626 - Saya tak boleh tinggalkan puak sekarang. - Mari kita balik. 26 00:02:59,709 --> 00:03:02,668 Jangan hancurkan hubungan baik kita dengan Rom. 27 00:03:16,376 --> 00:03:19,126 Awak melutut kepada lelaki yang jual awak kepada orang Rom? 28 00:03:21,501 --> 00:03:22,668 Ia pilihan terbaik. 29 00:03:23,959 --> 00:03:26,334 Kini kita perlu raikan bersama dia juga? 30 00:03:27,418 --> 00:03:29,959 Layan dia. Di kampung kita. 31 00:03:30,709 --> 00:03:32,126 Saya tiada pilihan lain. 32 00:03:33,001 --> 00:03:34,418 Pilihan sentiasa ada. 33 00:04:13,209 --> 00:04:15,334 Orang Rom bunuh abang saya! 34 00:04:15,418 --> 00:04:18,084 Saya anak Segimer, saudara Reik Ari! Hormat saya. 35 00:04:18,168 --> 00:04:19,751 Flavus! Pak cik! 36 00:04:20,584 --> 00:04:21,418 Gaius! 37 00:04:23,959 --> 00:04:25,168 Awak okey. 38 00:04:28,334 --> 00:04:29,418 Ke tepi! 39 00:04:32,209 --> 00:04:35,334 - Apa awak buat di sini? - Saya ada misi diplomatik. 40 00:04:37,084 --> 00:04:38,418 Boleh kita bercakap? 41 00:04:51,043 --> 00:04:53,043 Hadiah daripada Jeneral Tiberius. 42 00:04:53,876 --> 00:04:57,334 Sebagai tanda kesetiaan dan kepercayaannya 43 00:04:58,584 --> 00:05:00,043 pada pakatan baru kita. 44 00:05:07,834 --> 00:05:09,168 Serta mesej. 45 00:05:11,918 --> 00:05:14,334 Untuk awak. Mesej peribadi. 46 00:05:34,251 --> 00:05:35,626 Apa awak buat di sini? 47 00:05:38,043 --> 00:05:39,668 Saya melindunginya. 48 00:05:42,168 --> 00:05:44,334 Flavus datang sebagai utusan Rom. 49 00:06:22,209 --> 00:06:23,668 Saya tak nak bergaduh. 50 00:06:25,209 --> 00:06:26,626 Apa yang awak nak? 51 00:06:28,293 --> 00:06:30,209 Saya tak tahu apa yang awak nak. 52 00:06:30,293 --> 00:06:33,959 Perang dengan Marcomanni? Itulah yang Rom nak. 53 00:06:35,043 --> 00:06:38,709 - Nak kita berpecah. - Jadi awak melutut di depan Marbod? 54 00:06:40,126 --> 00:06:44,043 - Dia rasa dia boleh berdamai dengan Rom. - Tiada keamanan dengan Rom. 55 00:06:44,126 --> 00:06:45,959 Dia akan sedar nanti. 56 00:06:46,043 --> 00:06:47,959 Apa akibatnya kepada kita? 57 00:06:48,709 --> 00:06:51,251 Apa lagi akan berlaku sebelum dia sedar? 58 00:06:53,293 --> 00:06:56,709 Awak dah biarkan Marbod tentukan masa depan kita. 59 00:06:58,918 --> 00:07:00,793 Saya tahu keamanan dengan Rom. 60 00:07:01,418 --> 00:07:05,126 Saya ada di sana masa orang awak menyalib keluarga Folkwin. 61 00:07:07,751 --> 00:07:10,001 Semasa mereka melumpuhkan abang saya! 62 00:07:11,751 --> 00:07:12,793 Di sana… 63 00:07:14,043 --> 00:07:15,793 Dido mati kerana awak. 64 00:07:16,876 --> 00:07:20,459 Di sebelah, saudara pengkhianat awak datang sebagai tetamu. 65 00:07:22,459 --> 00:07:24,168 Marbod raja semua puak? 66 00:07:24,251 --> 00:07:26,668 Keamanan dengan Rom? Awak tak sedar? 67 00:07:27,876 --> 00:07:29,209 Berilah cadangan. 68 00:07:30,584 --> 00:07:33,209 Cadangkan sesuatu yang lebih baik! 69 00:07:34,543 --> 00:07:36,876 Daripada menentang segalanya. 70 00:07:36,959 --> 00:07:38,668 Saya tak ada penyelesaian. 71 00:07:38,751 --> 00:07:40,376 Sudah tentu tak ada! 72 00:07:41,043 --> 00:07:43,751 Sebab awak tak tahu ertinya jadi reik. 73 00:07:45,501 --> 00:07:47,251 Pikul tanggungjawab! 74 00:07:47,334 --> 00:07:51,668 Saya reik dan apabila saya buat keputusan, saya buat keputusan! 75 00:07:53,501 --> 00:07:55,751 Saya korbankan segalanya. 76 00:07:57,793 --> 00:08:01,459 Saya terpaksa tinggalkan anak saya untuk bebaskan awak semua. 77 00:08:07,543 --> 00:08:11,084 Saya rasa awak tak ada masalah untuk tinggalkan orang awak. 78 00:08:13,334 --> 00:08:14,459 Apa? 79 00:08:15,126 --> 00:08:17,126 Awak tinggalkan anak awak. 80 00:08:17,709 --> 00:08:22,126 Macam awak tinggalkan puak awak dan awak tinggalkan saya hari ini! 81 00:08:22,209 --> 00:08:23,918 Sebab awak pengkhianat! 82 00:08:24,543 --> 00:08:25,668 Jaga mulut awak. 83 00:08:25,751 --> 00:08:27,918 Awak khianati ayah angkat awak! 84 00:08:28,001 --> 00:08:31,001 Awak pimpin beribu orang yang percaya awak dan mereka mati. 85 00:08:31,084 --> 00:08:33,959 Untuk siapa? Untuk orang yang awak khianati hari ini. 86 00:08:34,043 --> 00:08:36,293 Hati-hati dengan kata-kata awak! 87 00:08:52,334 --> 00:08:54,834 Saya dah tak tahu siapa awak sebenarnya. 88 00:09:32,834 --> 00:09:34,293 Mak? 89 00:09:37,959 --> 00:09:39,918 Thusnelda. Gembira jumpa awak. 90 00:09:43,209 --> 00:09:44,834 Jadi kamu pencuri sekarang? 91 00:09:44,918 --> 00:09:49,001 Ya. Inilah mak sekarang. Pencuri. 92 00:09:52,501 --> 00:09:55,668 Thusnelda, tolonglah. Benarkan kami masuk puak. 93 00:09:56,584 --> 00:09:58,459 Maafkan kami. Tunjuk belas ihsan. 94 00:09:59,376 --> 00:10:02,459 Kami tinggal di dalam gua dan musim sejuk akan tiba. 95 00:10:03,834 --> 00:10:06,043 Fikirkan adik awak. Dia lapar. 96 00:10:13,834 --> 00:10:15,459 Bawa dia kepada saya. 97 00:10:17,501 --> 00:10:19,168 Saya boleh jaga dia. 98 00:10:20,668 --> 00:10:22,084 Sesuai dengan keperluannya. 99 00:10:22,793 --> 00:10:24,459 Dijaga dengan sepatutnya. 100 00:10:30,834 --> 00:10:32,959 Mak boleh datang ke kampung juga. 101 00:10:34,668 --> 00:10:36,334 Kamu berdua tak perlu kebuluran. 102 00:10:38,334 --> 00:10:39,709 Atau mencuri. 103 00:10:45,168 --> 00:10:46,459 Segestes? 104 00:10:48,584 --> 00:10:50,084 Dia ayah awak. 105 00:10:50,168 --> 00:10:51,918 Sebab itu saya kenal dia. 106 00:10:54,334 --> 00:10:57,251 Saya tak nak dia menyebarkan racun di sini. 107 00:10:59,168 --> 00:11:04,376 Ayah awak takkan biar mak dan adik awak tinggal di sini tapi dia diusir. 108 00:11:05,418 --> 00:11:06,293 Baiklah. 109 00:11:10,293 --> 00:11:11,168 Keputusan mak. 110 00:11:35,168 --> 00:11:36,793 Mak tahu tempat nak cari saya. 111 00:11:53,084 --> 00:11:55,543 Tak sangka cepat kita jumpa semula. 112 00:12:02,293 --> 00:12:04,043 Saya gembira awak okey. 113 00:12:05,418 --> 00:12:09,209 Tiberius cukup bijak untuk tahu pakatan dengan awak penting. 114 00:12:11,501 --> 00:12:13,834 Saya selamat bawah perlindungan awak. 115 00:12:17,084 --> 00:12:18,543 Sila berehat. 116 00:12:20,293 --> 00:12:22,751 - Orang saya akan lindungi awak. - Terima kasih. 117 00:12:26,793 --> 00:12:28,168 Saya akan kembali. 118 00:12:38,959 --> 00:12:41,001 Tiada sesiapa masuk atau keluar. 119 00:13:05,876 --> 00:13:07,793 Mereka mahu kepala Flavus 120 00:13:08,668 --> 00:13:10,418 sebagai tanda kesetiaan awak. 121 00:13:12,251 --> 00:13:14,501 Mereka akan tunaikan permintaan awak. 122 00:13:14,584 --> 00:13:17,043 Tiberius tahu Flavus kawan. 123 00:13:22,543 --> 00:13:23,626 Satu pengorbanan 124 00:13:24,959 --> 00:13:26,959 untuk masa depan orang awak? 125 00:13:31,876 --> 00:13:33,376 Masa depan kita, Marbod. 126 00:13:37,459 --> 00:13:39,168 Awak akan buat perkara yang betul. 127 00:14:18,209 --> 00:14:19,084 Dido. 128 00:14:23,959 --> 00:14:27,043 Rohnya dalam perjalanan supaya badannya boleh sembuh. 129 00:14:34,668 --> 00:14:35,751 Patutkah saya 130 00:14:37,168 --> 00:14:39,376 buat pengorbanan? 131 00:14:39,876 --> 00:14:42,334 Lebih baik selesaikan hutang lama awak 132 00:14:44,168 --> 00:14:46,793 sebelum buat perjanjian baru dengan dewa. 133 00:15:07,168 --> 00:15:08,668 Para dewa, 134 00:15:09,334 --> 00:15:14,126 terima kasih sebab mengalahkan Rom dan menuntut bela keluarga saya. 135 00:15:14,209 --> 00:15:17,459 Tapi apa gunanya kehidupan kanak-kanak kecil kepada kau 136 00:15:17,543 --> 00:15:21,376 dalam perjalanan melalui hutan dan langit malam gelap? 137 00:15:21,459 --> 00:15:23,459 Atau kehidupan orang yang tak percaya? 138 00:15:35,918 --> 00:15:37,501 Saya tinggalkan… 139 00:15:39,543 --> 00:15:41,209 anak sulung saya. 140 00:15:43,126 --> 00:15:44,584 Saya buang dia 141 00:15:46,459 --> 00:15:47,793 daripada hidup saya 142 00:15:49,293 --> 00:15:50,126 dan… 143 00:15:52,251 --> 00:15:53,709 dari hati saya. 144 00:15:59,793 --> 00:16:02,501 Jika nyawa manusia yang kau perlukan… 145 00:16:07,043 --> 00:16:08,376 maka ambil nyawa saya. 146 00:16:15,043 --> 00:16:17,793 Kalau begitu, ambil nyawa saya! 147 00:16:21,626 --> 00:16:25,709 Ambil nyawa saya! 148 00:16:45,126 --> 00:16:46,126 Ambil nyawa saya. 149 00:17:20,793 --> 00:17:23,626 Bersatu dalam keamanan dan pertempuran. 150 00:17:25,584 --> 00:17:28,959 Disebabkan pakatan kita dengan Rom, kita akan jadi kaya. 151 00:17:32,751 --> 00:17:33,584 Kita semua. 152 00:17:36,293 --> 00:17:39,918 Perang mahal dan menjejaskan perniagaan. 153 00:17:40,501 --> 00:17:42,501 Ada kekayaan, ada peperangan. 154 00:17:42,584 --> 00:17:43,751 Sayang, 155 00:17:44,584 --> 00:17:50,001 akhirnya awak juga akan sedar tak semua yang Rom tawarkan buruk. 156 00:17:51,209 --> 00:17:52,793 Suami awak, contohnya. 157 00:17:58,543 --> 00:18:00,334 Rom tak mencari kawan. 158 00:18:01,334 --> 00:18:03,043 Rom cari orang bawahan. 159 00:18:04,209 --> 00:18:08,376 Kenapa mereka nak kongsi apa yang mereka boleh ambil secara paksa? 160 00:18:10,876 --> 00:18:11,793 Nak daging? 161 00:18:12,543 --> 00:18:13,418 Tak nak. 162 00:18:17,876 --> 00:18:19,293 Tajam. 163 00:18:21,001 --> 00:18:22,709 Hadiah daripada Tiberius. 164 00:18:25,751 --> 00:18:26,709 Untuk Flavus. 165 00:19:19,959 --> 00:19:21,418 Apa yang Tiberius mahu? 166 00:19:46,001 --> 00:19:47,584 Ikut saya ke timur. 167 00:19:50,543 --> 00:19:52,251 Saya akan beri awak tanah. 168 00:19:54,501 --> 00:19:56,501 Awak boleh jadi tuan sendiri. 169 00:20:00,418 --> 00:20:02,751 Semuanya seperti yang kita harapkan. 170 00:20:05,793 --> 00:20:07,209 Saya orang Rom, Marbod. 171 00:20:11,084 --> 00:20:12,418 Seorang pegawai juga. 172 00:20:14,543 --> 00:20:18,501 Saya nak minum wain di bar selepas menang kempen tentera. 173 00:20:20,209 --> 00:20:24,918 Saya nak jalan-jalan di tempat kita pernah berjalan bersama. 174 00:20:30,543 --> 00:20:32,334 Bukan duduk sendiri di pondok 175 00:20:33,459 --> 00:20:35,293 dengan seribu kawanan khinzir. 176 00:21:06,709 --> 00:21:08,043 Awak anggap begitu? 177 00:21:11,709 --> 00:21:12,959 Kawanan khinzir. 178 00:21:21,543 --> 00:21:24,251 Semua orang ada tempat mereka, Marbod. 179 00:21:27,251 --> 00:21:28,084 Ya. 180 00:21:57,334 --> 00:21:59,584 Jangan sentuh saya, Barbarian! 181 00:22:02,251 --> 00:22:03,501 Saya utusan Rom! 182 00:22:14,209 --> 00:22:16,043 Cuba berseronok sikit. 183 00:22:19,376 --> 00:22:20,876 Khinzir itu sedap. 184 00:22:20,959 --> 00:22:22,043 Saya tak lapar. 185 00:22:27,084 --> 00:22:29,834 Kalau begitu, minum sampai mabuk malam ini. 186 00:22:29,918 --> 00:22:31,084 Saya benci arak. 187 00:22:39,126 --> 00:22:41,043 Flavus akan bawa saya ke Rom. 188 00:22:42,709 --> 00:22:43,918 Awak boleh pergi. 189 00:22:47,209 --> 00:22:49,293 Tapi sebelum awak putuskan untuk… 190 00:22:52,918 --> 00:22:54,293 ikut ayah ke perhimpunan. 191 00:22:58,834 --> 00:23:01,168 Apa yang berlaku di sana? 192 00:23:01,793 --> 00:23:05,834 Kita pilih pahlawan muda kita yang paling berani. 193 00:23:07,251 --> 00:23:08,834 Orang macam awak. 194 00:23:09,793 --> 00:23:12,668 Kemudian korbankan dia kepada Wodan. 195 00:23:25,668 --> 00:23:26,626 Tak, kita… 196 00:23:27,918 --> 00:23:30,626 Kita akan pilih Marbod sebagai raja semua puak. 197 00:23:32,418 --> 00:23:34,043 Kenapa saya perlu ke sana? 198 00:23:40,543 --> 00:23:43,001 Ayah nak awak nyalakan obor Cheruscan. 199 00:23:44,876 --> 00:23:46,459 Penghormatan yang hebat. 200 00:23:47,043 --> 00:23:47,918 Penghormatan? 201 00:23:59,834 --> 00:24:02,626 Ayah tahan saudara ayah seperti binatang 202 00:24:03,876 --> 00:24:05,418 dan cakap tentang penghormatan? 203 00:24:07,751 --> 00:24:09,084 Rom menipu kita. 204 00:24:11,918 --> 00:24:13,876 Katanya kita bodoh dan primitif. 205 00:24:15,668 --> 00:24:18,584 Penaklukan perkara terbaik untuk kita. 206 00:24:18,668 --> 00:24:21,709 Sama seperti orang British, Gaul, Pannonia. 207 00:24:25,793 --> 00:24:28,668 Rom ialah raksasa liar yang perlu dimusnahkan. 208 00:24:50,459 --> 00:24:51,626 Apa ini? 209 00:24:51,709 --> 00:24:53,209 Gigi serigala. 210 00:24:54,001 --> 00:24:55,626 Memori sejak kecil. 211 00:24:57,543 --> 00:25:00,126 Hidup di sini sukar, sederhana. 212 00:25:02,459 --> 00:25:04,543 Tapi zaman kecil ayah bahagia. 213 00:25:07,709 --> 00:25:09,001 Ayah juga 214 00:25:10,043 --> 00:25:11,543 mahu awak bahagia. 215 00:25:17,626 --> 00:25:18,709 Cuba awak fikir. 216 00:25:49,709 --> 00:25:50,751 Folkwin. 217 00:25:53,876 --> 00:25:54,709 Awak… 218 00:25:55,209 --> 00:25:57,459 Awak minta saya… 219 00:26:01,709 --> 00:26:02,876 jaga 220 00:26:03,376 --> 00:26:06,084 Thumelicus, jika apa-apa berlaku kepada awak. 221 00:26:08,251 --> 00:26:09,668 Saya dah tak boleh jaga. 222 00:26:13,876 --> 00:26:18,376 Sebelum pertarungan Varus, kita bersedia untuk berjuang dan 223 00:26:19,334 --> 00:26:20,418 saya juga begitu. 224 00:26:24,001 --> 00:26:25,293 Apa awak buat? 225 00:26:25,376 --> 00:26:28,584 Saya janji dengan dewa untuk korbankan anak sulung saya. 226 00:26:30,876 --> 00:26:33,001 Saya tak tahu awak… 227 00:26:33,501 --> 00:26:36,418 - Kalau awak pandang dia… - Saya takkan jumpa dia lagi. 228 00:26:40,543 --> 00:26:42,001 Saya dah tinggalkan dia. 229 00:26:46,168 --> 00:26:48,668 Saya tawarkan nyawa saya kepada dewa. 230 00:27:00,251 --> 00:27:01,668 Saya akan tinggalkan semua ini. 231 00:27:05,876 --> 00:27:07,876 Ini bukan ancaman, 232 00:27:08,918 --> 00:27:11,126 ini tanda perpisahan. 233 00:27:24,084 --> 00:27:25,209 Ini perpisahan. 234 00:28:01,001 --> 00:28:02,334 Berseronok? 235 00:28:08,418 --> 00:28:10,668 Saya tahu kekecewaan 236 00:28:11,501 --> 00:28:14,418 dikelilingi oleh orang bawahan. 237 00:28:23,126 --> 00:28:24,793 Jangan risau. 238 00:28:25,459 --> 00:28:27,459 Awak masih muda. 239 00:28:28,293 --> 00:28:30,793 Awak akan jumpa tempat awak. 240 00:28:32,543 --> 00:28:34,376 Tempat saya di Rom. 241 00:28:36,168 --> 00:28:37,793 Flavus akan bawa saya ke sana. 242 00:28:40,668 --> 00:28:46,709 Saya pasti awak akan kembali ke Rom suatu hari nanti. 243 00:28:48,084 --> 00:28:51,043 Awak bijak. 244 00:28:55,168 --> 00:28:57,668 Tapi saya tak pasti tentang pak cik awak. 245 00:29:00,001 --> 00:29:01,418 Apa maksud awak? 246 00:29:07,584 --> 00:29:08,626 Tak ada maksud. 247 00:29:09,668 --> 00:29:11,668 Saya nak minum. 248 00:29:47,001 --> 00:29:48,709 Flavus? Flavus! 249 00:29:49,418 --> 00:29:51,418 - Awak perlu pergi. - Gaius. 250 00:30:04,751 --> 00:30:08,209 Peninjau belum nampak pergerakan tentera yang lebih besar. 251 00:30:10,084 --> 00:30:12,168 Tak ada legion Rom dari jauh. 252 00:30:18,084 --> 00:30:18,918 Ya. 253 00:30:21,501 --> 00:30:25,959 Apa maksudnya, Ketua Arminius yang hebat? 254 00:30:28,834 --> 00:30:29,793 Mari. 255 00:30:32,376 --> 00:30:33,418 Beritahu kami. 256 00:30:35,376 --> 00:30:36,418 Beritahu kami! 257 00:30:40,126 --> 00:30:42,334 Di mana kita nak lawan orang Rom? 258 00:30:43,084 --> 00:30:44,126 Di kampung? 259 00:30:46,084 --> 00:30:47,209 Di pondok? 260 00:30:48,043 --> 00:30:50,376 Atau di tempat buang najis? 261 00:30:51,793 --> 00:30:53,668 Tunggu. Saya tahu. 262 00:30:54,418 --> 00:30:55,293 Di sini. 263 00:30:56,709 --> 00:30:57,543 Di sini. 264 00:30:58,459 --> 00:30:59,501 Di sini. 265 00:31:00,126 --> 00:31:01,543 Di bawah meja. 266 00:31:08,209 --> 00:31:09,459 Ya, ketawa. 267 00:31:18,459 --> 00:31:19,376 Tak. 268 00:31:20,084 --> 00:31:24,293 Kita takkan melawan orang Rom lagi. 269 00:31:25,376 --> 00:31:26,334 Sebab saya. 270 00:31:36,168 --> 00:31:37,876 Saya tahu bertindak. 271 00:31:48,084 --> 00:31:49,126 Muzik! 272 00:32:26,376 --> 00:32:29,334 Kenapa awak kurung saya di sini, Marbod? 273 00:32:32,668 --> 00:32:34,168 Tiberius tak suka 274 00:32:35,168 --> 00:32:37,126 awak layan utusannya begini. 275 00:32:38,376 --> 00:32:39,543 Tiberius. 276 00:32:47,126 --> 00:32:47,959 Ini dia. 277 00:32:49,543 --> 00:32:50,584 Bacalah. 278 00:32:52,793 --> 00:32:53,668 Baca! 279 00:33:04,126 --> 00:33:05,751 Dia nak saya bunuh awak. 280 00:33:07,584 --> 00:33:09,251 Ya, itu yang dia mahu. 281 00:33:19,001 --> 00:33:20,543 Tapi awak takkan bunuh. 282 00:33:23,418 --> 00:33:24,959 Fikirkan kita berdua. 283 00:33:30,959 --> 00:33:33,626 Bila awak akan tahu awak membazir hidup awak? 284 00:33:37,709 --> 00:33:39,626 Orang Rom mempermainkan awak. 285 00:33:43,709 --> 00:33:45,126 Mereka ketawakan awak. 286 00:33:47,251 --> 00:33:48,543 Mereka benci awak. 287 00:33:52,043 --> 00:33:53,834 Sebab awak orang kami. 288 00:34:01,751 --> 00:34:03,001 Awak memang bodoh. 289 00:34:03,793 --> 00:34:04,959 Degil juga. 290 00:34:09,209 --> 00:34:10,459 Rom 291 00:34:11,876 --> 00:34:12,959 tak nak awak. 292 00:34:21,043 --> 00:34:22,626 Rom tak sayang awak. 293 00:35:18,001 --> 00:35:20,001 Marbod! 294 00:35:41,501 --> 00:35:42,834 Apa yang berlaku? 295 00:35:46,793 --> 00:35:47,918 Flavus terlepas. 296 00:35:50,876 --> 00:35:52,459 Ada orang tolong dia. 297 00:35:52,543 --> 00:35:55,626 Orang? Siapa nak tolong dia selain awak? 298 00:35:58,959 --> 00:36:00,293 Pecah dan takluk. 299 00:36:02,251 --> 00:36:04,043 Tiberius mahu perpecahan. 300 00:36:09,376 --> 00:36:10,376 Berehatlah. 301 00:36:12,793 --> 00:36:14,126 Esok hari penting. 302 00:36:15,543 --> 00:36:16,709 Masa untuk perhimpunan. 303 00:37:17,668 --> 00:37:18,543 Gaius. 304 00:37:22,418 --> 00:37:24,834 Mari. Ayah akan bawa awak ke katil awak. 305 00:37:29,168 --> 00:37:30,043 Saya… 306 00:37:32,584 --> 00:37:34,668 Saya akan ke perhimpunan esok. 307 00:37:40,501 --> 00:37:41,334 Ayuh. 308 00:38:12,293 --> 00:38:15,418 Saya boleh buat awak rasa seronok! 309 00:38:19,543 --> 00:38:21,084 Tunggu di sini, si kacak. 310 00:38:21,168 --> 00:38:22,626 Awak nak berasmara? 311 00:38:22,709 --> 00:38:24,334 Marilah! 312 00:38:24,418 --> 00:38:26,501 Tunjukkan kehebatan awak! 313 00:38:26,584 --> 00:38:29,418 Kenapa dengan awak? Zakar kecil atau apa? 314 00:38:42,959 --> 00:38:44,626 Hei! Siapa awak? 315 00:38:45,209 --> 00:38:47,001 - Saya buat silap. - Berambus. 316 00:38:48,709 --> 00:38:50,043 Saya minta maaf. 317 00:39:58,126 --> 00:40:00,126 Apa awak buat di sini? 318 00:40:01,584 --> 00:40:04,918 Kenapa kepala itu masih di bahu awak? 319 00:40:05,668 --> 00:40:10,126 Kerana ia lebih berguna untuk Rom di bahu saya berbanding di pancang. 320 00:40:11,543 --> 00:40:13,334 Saya mahu buat tawaran. 321 00:40:18,501 --> 00:40:21,668 Saya akan serah kepala ketua reik kepada Tiberius. 322 00:40:23,751 --> 00:40:27,501 Malam ini di perhimpunan, Marbod akan dijadikan raja. 323 00:40:28,001 --> 00:40:31,084 Semua reik akan berada di sana. Tak bersenjata. 324 00:40:33,209 --> 00:40:34,709 Saya boleh bawa awak. 325 00:40:43,459 --> 00:40:45,293 Bagaimana awak tahu? 326 00:40:45,376 --> 00:40:48,793 Saya dapat bantuan orang Rom sebenar. 327 00:41:02,293 --> 00:41:03,501 Tak perlu gementar. 328 00:41:06,209 --> 00:41:07,543 Saya tak gementar. 329 00:41:11,793 --> 00:41:13,043 Saya tak sabar. 330 00:41:45,126 --> 00:41:46,209 Awak dah bangun? 331 00:41:46,918 --> 00:41:48,334 Apa khabar? 332 00:41:49,834 --> 00:41:52,584 Lebih baik. Itu bukan sebab untuk tampar saya. 333 00:42:02,543 --> 00:42:04,626 Mari kita keluar malam ini. 334 00:42:18,126 --> 00:42:19,209 Ansgar, hentikan. 335 00:42:23,126 --> 00:42:25,418 Mungkin keadaan semakin baik. 336 00:42:25,501 --> 00:42:29,793 Ari akan umumkan Marbod sebagai raja di perhimpunan hari ini. 337 00:42:29,876 --> 00:42:31,418 Siapa cakap begitu? 338 00:42:32,126 --> 00:42:35,043 Dia letak pedang di kakinya, di depan pahlawannya. 339 00:42:38,709 --> 00:42:40,126 Apa rancangan awak? 340 00:42:40,209 --> 00:42:44,584 Kita akan ke perhimpunan. Saya akan cakap dengan Marbod. Dia kawan Rom. 341 00:42:44,668 --> 00:42:48,418 Dia perlu pemimpin yang pandai berunding dengan orang Rom. 342 00:42:49,459 --> 00:42:50,959 Mari kita pergi. 343 00:42:57,251 --> 00:42:59,168 Ayuh, cepat! 344 00:43:03,293 --> 00:43:06,126 - Ansgar, tunggu. - Budak tak guna itu. 345 00:43:06,209 --> 00:43:07,626 Ansgar! 346 00:43:09,709 --> 00:43:12,126 Ansgar. Apa awak buat? 347 00:43:13,876 --> 00:43:15,376 - Awak berdarah. - Bangun! 348 00:43:15,459 --> 00:43:17,543 - Ayuh! Bangun! - Jangan ganggu dia! 349 00:43:17,626 --> 00:43:18,501 Bangun! 350 00:43:30,084 --> 00:43:31,668 Mari. Ayuh. 351 00:43:31,751 --> 00:43:33,709 Kita tak boleh terus begini. 352 00:43:33,793 --> 00:43:35,126 Tak ada masa. 353 00:43:35,959 --> 00:43:36,918 Awak teruskan. 354 00:43:37,001 --> 00:43:37,876 Awak pula? 355 00:43:42,584 --> 00:43:45,543 Saya akan bawa dia ke kampung Cheruscan. Dekat. 356 00:43:46,751 --> 00:43:47,626 Pergilah. 357 00:44:28,126 --> 00:44:29,501 Hei! 358 00:44:31,543 --> 00:44:32,751 Apa yang berlaku? 359 00:44:32,834 --> 00:44:34,709 Kami bersembunyi daripada orang Rom. 360 00:44:36,834 --> 00:44:38,668 Awak pertahankan mak awak? 361 00:44:41,209 --> 00:44:42,418 Orang mati. 362 00:44:43,043 --> 00:44:45,251 Mereka menuju ke barat. 363 00:44:50,293 --> 00:44:51,459 Perhimpunan. 364 00:45:34,168 --> 00:45:40,168 Kadangkala keamanan yang buruk lebih baik daripada perang yang baik. 365 00:45:42,543 --> 00:45:47,001 Sebagai raja kita, Reik Marbod akan tunjukkan 366 00:45:47,543 --> 00:45:51,543 keadaan sebenar keamanan kita dengan Rom. 367 00:46:12,293 --> 00:46:14,501 Saya tak percaya keamanan dengan Rom. 368 00:46:14,584 --> 00:46:15,793 Awak hipokrit. 369 00:46:18,418 --> 00:46:21,168 Awak melutut di depan Reik Marbod, Ari! 370 00:46:21,709 --> 00:46:24,793 Kamu dah rasa keamanan dengan Rom. 371 00:46:26,126 --> 00:46:27,668 Tapi kamu masih percaya. 372 00:46:29,043 --> 00:46:31,043 Marbod percaya. 373 00:46:36,043 --> 00:46:37,001 Saya tak. 374 00:46:39,918 --> 00:46:42,251 Saya sokong Marbod sebagai raja. 375 00:46:44,793 --> 00:46:46,418 Saya sokong Marbod 376 00:46:47,959 --> 00:46:49,959 bukan sebab saya percayakan orang Rom… 377 00:46:53,001 --> 00:46:54,918 tapi sebab saya percayakan kita. 378 00:46:56,959 --> 00:46:58,084 Dengan Marbod, 379 00:46:59,626 --> 00:47:01,418 kita bukan hanya Cherusci. 380 00:47:02,668 --> 00:47:05,001 Atau Marcomanni. Atau Marsi. 381 00:47:05,834 --> 00:47:06,751 Mulai hari ini, 382 00:47:08,459 --> 00:47:12,626 kita akan bersama sebagai puak-puak yang bersatu. 383 00:47:19,709 --> 00:47:20,834 Para dewa 384 00:47:22,793 --> 00:47:24,126 akan sokong kita. 385 00:47:29,293 --> 00:47:30,709 Orang Rom 386 00:47:31,834 --> 00:47:34,584 akan menggigil ketakutan. 387 00:47:40,876 --> 00:47:42,293 Sebab mulai hari ini, 388 00:47:43,209 --> 00:47:45,668 mereka takkan berdepan dengan satu puak. 389 00:47:47,209 --> 00:47:50,918 Kita dah musnahkan rantai mereka yang membelenggu kita. 390 00:47:51,709 --> 00:47:55,126 Sekarang kita menempa pedang yang hebat. 391 00:47:56,459 --> 00:48:00,251 Rom akan menggeletar di depan pedang kita. 392 00:48:01,793 --> 00:48:04,251 Dalam perang dan dalam keamanan! 393 00:52:47,668 --> 00:52:52,668 Terjemahan sari kata oleh Firdaus