1
00:00:00,418 --> 00:00:01,793
Sebelum ini dalam Reacher…
2
00:00:01,794 --> 00:00:03,586
Dia hantar alamat ke Anna.
3
00:00:03,587 --> 00:00:05,380
Tingkat satu ialah restoran terbiar.
4
00:00:05,381 --> 00:00:07,257
Nampaknya ada pengubahsuaian.
5
00:00:07,258 --> 00:00:08,551
Itu destinasi kita.
6
00:00:10,302 --> 00:00:12,137
Ada mangsa tembakan di dada!
7
00:00:12,138 --> 00:00:13,596
Periksa Russell Plum.
8
00:00:13,597 --> 00:00:15,890
Saya minta maaf
tinggalkan dia di perpustakaan.
9
00:00:15,891 --> 00:00:20,103
Pada malam kakak saya mati,
dia bawa pemacu berisi gambar lama.
10
00:00:20,104 --> 00:00:22,689
Jeneral Putra mahu bergambar dengan kita.
11
00:00:22,690 --> 00:00:25,483
Papan putih di latar belakang, kabur.
12
00:00:25,484 --> 00:00:28,987
AI yang baru dibangunkan
boleh memfokuskan semula imej.
13
00:00:28,988 --> 00:00:30,113
Ia berfungsi.
14
00:00:30,114 --> 00:00:33,367
Ia mengandungi formula untuk senjata kimia
pemusnah besar-besaran.
15
00:00:34,285 --> 00:00:37,620
Jika hantar pengebom berani mati
dengan senjata itu di Times Square
16
00:00:37,621 --> 00:00:39,664
semua orang dalam lingkungan 10 blok mati.
17
00:00:39,665 --> 00:00:41,291
Buat untuk bunuh ribuan orang.
18
00:00:41,292 --> 00:00:45,003
Lila lelong pemacu itu di web gelap
pada pukul 10 pagi esok.
19
00:00:45,004 --> 00:00:47,255
Mereka bunuh orang malam ini
untuk buktikannya.
20
00:00:47,256 --> 00:00:49,924
Semasa Delta buru dan bunuh Jeneral Putra,
21
00:00:49,925 --> 00:00:51,801
saya yang menembaknya.
22
00:00:51,802 --> 00:00:54,597
Amisha nampak saya lakukannya.
23
00:00:55,181 --> 00:00:56,931
Mereka nak serang di tempat saya.
24
00:00:56,932 --> 00:00:58,057
Ia sedang berlaku.
25
00:00:58,058 --> 00:01:01,019
Mereka belum tahu kita tahu.
Lebih baik gagalkan serangan.
26
00:01:01,020 --> 00:01:02,229
Bagaimana?
27
00:01:23,375 --> 00:01:24,751
Berhenti, tak guna!
28
00:01:24,752 --> 00:01:26,378
Jangan bergerak!
29
00:01:28,464 --> 00:01:29,381
Masuk!
30
00:01:30,466 --> 00:01:31,342
Jalan!
31
00:01:36,972 --> 00:01:38,223
Apa yang berlaku?
32
00:01:38,224 --> 00:01:40,433
Sampson terkam pengebom ke sungai.
33
00:01:40,434 --> 00:01:42,728
Air halang toksin daripada tersebar.
34
00:01:43,813 --> 00:01:44,730
Sampson dah mati.
35
00:01:45,564 --> 00:01:46,523
Alamak.
36
00:01:46,524 --> 00:01:48,191
Dia selamatkan banyak nyawa.
37
00:01:48,192 --> 00:01:49,275
Buat masa ini.
38
00:01:49,276 --> 00:01:51,986
Bom itu tak dapat dijual
tanpa bukti ia berkesan.
39
00:01:51,987 --> 00:01:53,363
Mereka akan cuba lagi.
40
00:01:53,364 --> 00:01:54,697
Kita tak tahu di mana.
41
00:01:54,698 --> 00:01:57,283
Esok pagi di lebuh raya
seperti yang dijangka.
42
00:01:57,284 --> 00:01:58,952
Mungkin di tempat lain.
43
00:01:58,953 --> 00:02:00,829
Entah, tapi ia akan berlaku nanti.
44
00:02:00,830 --> 00:02:02,455
Perlu beritahu sesiapa.
45
00:02:02,456 --> 00:02:04,749
Siapa? Mereka akan salahkan kita.
46
00:02:04,750 --> 00:02:06,918
Kita di tempat pengeboman, kemudian lari
47
00:02:06,919 --> 00:02:08,878
selepas hantar polis ke sana sia-sia?
48
00:02:08,879 --> 00:02:10,755
Mereka fikir kita alih perhatian.
49
00:02:10,756 --> 00:02:12,091
Perlu tinggalkan van ini.
50
00:02:14,260 --> 00:02:15,636
Cari restoran yang sibuk.
51
00:02:25,396 --> 00:02:29,567
Puan perlu beredar
andai berlaku serangan kedua.
52
00:02:34,613 --> 00:02:36,866
Ada rakaman video kru untuk acara itu.
53
00:02:37,575 --> 00:02:40,494
Saya nak lihat setiap bingkai
sebelum polis dapat.
54
00:02:42,371 --> 00:02:45,916
Entah siapa boleh dipercayai
dan saya takkan biar perkara ini ditutup.
55
00:02:48,127 --> 00:02:49,670
Kita akan cari pembunuh John…
56
00:02:52,047 --> 00:02:53,966
dan kita akan balas dendam.
57
00:03:14,069 --> 00:03:15,486
Dah lama sangat.
58
00:03:15,487 --> 00:03:16,947
Saya tak suka dia yang buat.
59
00:03:18,365 --> 00:03:22,660
Dia takkan tarik perhatian.
Dia polis kampung, tapi dia berkebolehan.
60
00:03:22,661 --> 00:03:24,954
Awak tahu dia mahu bunuh Lila dan Amisha,
61
00:03:24,955 --> 00:03:26,539
atau apa pun nama mereka?
62
00:03:26,540 --> 00:03:28,959
Bagus. Dunia lebih baik tanpa mereka.
63
00:03:30,586 --> 00:03:33,796
Ya, sukar untuk kembali ke Mayfield
64
00:03:33,797 --> 00:03:36,341
selepas bunuh seseorang,
walaupun mereka patut mati.
65
00:03:36,342 --> 00:03:40,345
Mereka dah bunuh Anna dan Ben.
Mereka tak patut bunuh dia juga.
66
00:03:40,346 --> 00:03:42,056
Saya tak nak dia terlibat.
67
00:03:44,058 --> 00:03:44,892
Itu dia.
68
00:03:55,069 --> 00:03:58,488
Pilihan yang baik.
Kereta popular, warna gelap.
69
00:03:58,489 --> 00:03:59,530
Kita takkan menonjol.
70
00:03:59,531 --> 00:04:01,783
Nasib baik saya pandai curi kereta.
71
00:04:01,784 --> 00:04:02,701
Pergi ke DC.
72
00:04:04,119 --> 00:04:05,036
Tempat Plum?
73
00:04:05,037 --> 00:04:07,705
FBI dan polis dah geledah tempat itu.
74
00:04:07,706 --> 00:04:10,291
Plum di hospital.
Kita tiada sebab untuk kembali.
75
00:04:10,292 --> 00:04:11,960
Tempat terakhir untuk orang cari.
76
00:04:11,961 --> 00:04:13,128
Jangan bawa laju.
77
00:04:13,837 --> 00:04:16,674
- Susah kalau kita ditahan nanti.
- Baik.
78
00:04:23,055 --> 00:04:27,558
Hujan lebat dijangka berterusan
sepanjang malam.
79
00:04:27,559 --> 00:04:30,395
Kami juga memantau
jumlah panahan kilat yang tinggi
80
00:04:30,396 --> 00:04:32,563
di kawasan pinggir sistem cuaca ini
81
00:04:32,564 --> 00:04:35,858
dan jumlah itu dijangka meningkat
apabila ribut menghampiri bandar.
82
00:04:35,859 --> 00:04:38,611
Kami akan terus
memberi perkembangan terkini.
83
00:04:38,612 --> 00:04:42,783
Teruskan bersama kami,
sambil kami memantau ribut luar biasa ini.
84
00:04:43,575 --> 00:04:44,575
Tak guna.
85
00:04:44,576 --> 00:04:48,121
Berita terkini tentang serangan
yang membunuh Wakil Carolina Utara
86
00:04:48,122 --> 00:04:52,166
dan calon presiden yang baru
diumumkan, John Sampson.
87
00:04:52,167 --> 00:04:53,084
Alamak.
88
00:04:53,085 --> 00:04:55,753
Kru kamera yang buat liputan
acara Suap Amerika
89
00:04:55,754 --> 00:04:59,799
di kawasan dermaga telah merakam
Ahli Kongres Sampson
90
00:04:59,800 --> 00:05:02,677
menerkam pengebom berani mati itu
ke dalam air,
91
00:05:02,678 --> 00:05:06,264
mengorbankan dirinya
demi menyelamatkan banyak nyawa.
92
00:05:06,265 --> 00:05:08,976
Amaran, rakaman ini
mungkin mengganggu anda.
93
00:05:17,026 --> 00:05:19,444
Balu Ahli Kongres Sampson,
Elspeth Sampson…
94
00:05:19,445 --> 00:05:20,528
PENGEBOM TAK DIKENALI
95
00:05:20,529 --> 00:05:22,947
…meminta sesiapa
yang tahu tentang lelaki ini
96
00:05:22,948 --> 00:05:26,451
atau rakan subahatnya untuk hubungi
97
00:05:26,452 --> 00:05:29,787
ketua keselamatan Ahli Kongres Sampson
di nombor ini.
98
00:05:29,788 --> 00:05:31,414
PASPORT
99
00:05:31,415 --> 00:05:33,083
"Tomas Waberi".
100
00:06:10,621 --> 00:06:11,538
Okey.
101
00:06:16,001 --> 00:06:16,835
Alamak.
102
00:06:18,295 --> 00:06:19,254
Okey.
103
00:06:30,974 --> 00:06:32,141
Apa?
104
00:06:32,142 --> 00:06:33,226
Maaf.
105
00:06:33,227 --> 00:06:34,812
Tolong angkat dia.
106
00:06:36,772 --> 00:06:39,942
Awak baru dibedah.
Apa yang awak cuba buat?
107
00:06:46,573 --> 00:06:47,449
Naik.
108
00:06:49,827 --> 00:06:51,245
Awak cuba hubungi siapa?
109
00:06:53,997 --> 00:06:55,998
Saya bukan di pihak yang salah.
110
00:06:55,999 --> 00:06:58,709
Jacob Merrick minta saya
datang periksa awak.
111
00:06:58,710 --> 00:07:00,711
Dia menyesal tinggalkan awak.
112
00:07:00,712 --> 00:07:02,172
Entah apa maksudnya.
113
00:07:03,257 --> 00:07:04,133
Apa yang berlaku?
114
00:07:05,968 --> 00:07:08,177
Tomas Waberi.
115
00:07:08,178 --> 00:07:09,512
Awak nak telefon dia?
116
00:07:09,513 --> 00:07:15,769
Tak, pengebom berani mati itu.
117
00:07:18,772 --> 00:07:22,567
- Awak pasti?
- Saya pasti.
118
00:07:22,568 --> 00:07:24,820
- Okey, saya ambil alih.
- Okey.
119
00:07:25,988 --> 00:07:27,072
Bagus, Plum.
120
00:07:42,880 --> 00:07:43,714
Selamat!
121
00:07:45,257 --> 00:07:46,091
Selamat!
122
00:07:46,633 --> 00:07:48,009
- Selamat!
- Dahsyat.
123
00:07:48,010 --> 00:07:49,761
Selamat!
124
00:07:53,390 --> 00:07:54,600
Tak guna.
125
00:08:03,609 --> 00:08:04,859
Docherty, ada apa?
126
00:08:04,860 --> 00:08:07,653
Plum beritahu kami
nama lelaki yang bunuh Sampson.
127
00:08:07,654 --> 00:08:08,905
Russell okey?
128
00:08:08,906 --> 00:08:10,907
Dia mamai, tapi masih hidup.
129
00:08:10,908 --> 00:08:12,408
Hampir cederakan dirinya
130
00:08:12,409 --> 00:08:15,286
ketika cuba beri nama pengebom itu
kepada kami. Tomas Waberi.
131
00:08:15,287 --> 00:08:17,788
Kami dah periksa.
Dia sewa kereta semasa dia mendarat.
132
00:08:17,789 --> 00:08:21,667
Agensi sewaan guna GPS
untuk mengesannya ke sebuah gudang.
133
00:08:21,668 --> 00:08:24,212
Kereta ada di parkir, tapi gudang kosong.
134
00:08:24,213 --> 00:08:25,755
Mereka hanya tinggalkan
135
00:08:25,756 --> 00:08:29,550
tong 45 gelen bertutup
dengan mayat seseorang di dalamnya.
136
00:08:29,551 --> 00:08:31,385
Tak pernah lihat benda begini.
137
00:08:31,386 --> 00:08:32,970
Mereka uji toksin padanya.
138
00:08:32,971 --> 00:08:34,680
Ada petunjuk ke mana mereka pergi?
139
00:08:34,681 --> 00:08:36,807
Kad kredit yang beli tiket Waberi
140
00:08:36,808 --> 00:08:39,769
beli 13 tiket lagi
untuk penerbangan lewat malam ini.
141
00:08:39,770 --> 00:08:41,688
Dua kelas pertama, 11 kelas ekonomi.
142
00:08:42,356 --> 00:08:44,440
Lila dan Amisha di kelas pertama.
143
00:08:44,441 --> 00:08:47,526
Sebelas orang lagi itu,
mungkin pakar komputer, ahli kimia,
144
00:08:47,527 --> 00:08:49,528
dan orang yang pasang bom pada jaket itu.
145
00:08:49,529 --> 00:08:51,155
Yang lain pembunuh terlatih.
146
00:08:51,156 --> 00:08:53,366
Guna bantuan apabila keadaan huru-hara.
147
00:08:53,367 --> 00:08:55,660
Kami sedang jejak identiti mereka.
148
00:08:55,661 --> 00:08:57,662
Semua anggota dikerah di PHL.
149
00:08:57,663 --> 00:08:58,580
Mereka tak datang.
150
00:08:59,456 --> 00:09:01,290
- Kenapa?
- Serangan itu gagal.
151
00:09:01,291 --> 00:09:03,751
Demonstrasi senjata kimia itu gagal.
152
00:09:03,752 --> 00:09:06,170
Beritahu kepada ikan di Delaware.
153
00:09:06,171 --> 00:09:08,422
Atau beritahu kepada John Sampson.
154
00:09:08,423 --> 00:09:10,758
Percayalah, mereka dah
buktikan tujuan mereka.
155
00:09:10,759 --> 00:09:12,885
Mereka mahu tunjuk senjata kimia
156
00:09:12,886 --> 00:09:16,138
yang boleh membunuh di kawasan terbuka.
Mereka takkan ke mana-mana.
157
00:09:16,139 --> 00:09:17,723
Mereka dapat apa mereka mahu.
158
00:09:17,724 --> 00:09:20,893
Mereka cuma perlu cabut dari sini
dan kaut untung.
159
00:09:20,894 --> 00:09:23,020
Kami akan tunggu mereka
di lapangan terbang.
160
00:09:23,021 --> 00:09:25,940
Bersembunyi sehingga kami tahan mereka.
161
00:09:25,941 --> 00:09:28,526
Kamu ada ketika ahli kongres meletup.
162
00:09:28,527 --> 00:09:32,656
Semua fikir kamu subahat dengan mereka.
Jangan jadi wira.
163
00:09:37,661 --> 00:09:39,912
Awak yakin Lila dan Amisha tak lari?
164
00:09:39,913 --> 00:09:40,913
Lebih kurang.
165
00:09:40,914 --> 00:09:43,541
Kita perlu cari mereka.
Sebab polis tak cari.
166
00:09:43,542 --> 00:09:44,835
Mereka mungkin di mana-mana.
167
00:09:46,503 --> 00:09:49,672
Tak juga.
Mereka perlukan tempat untuk buat racun.
168
00:09:49,673 --> 00:09:51,716
Tempat yang mereka boleh dituju cepat.
169
00:09:51,717 --> 00:09:53,343
Tempat yang tak disangka.
170
00:09:54,511 --> 00:09:55,512
Tak guna.
171
00:09:57,431 --> 00:09:59,098
Mereka buat macam kita.
172
00:09:59,099 --> 00:10:01,435
Balik ke tempat yang polis dah geledah.
173
00:10:02,144 --> 00:10:04,855
- Bangunan restoran kosong itu?
- Pusing balik.
174
00:10:39,848 --> 00:10:42,976
Kelompok pertama dah siap.
Sejam lagi kita akan dapat produknya.
175
00:10:43,727 --> 00:10:44,561
Bagus.
176
00:10:45,312 --> 00:10:46,772
Jangan kecewakan Amisha, ya?
177
00:11:08,668 --> 00:11:10,544
{\an8}Sejam lagi.
178
00:11:10,545 --> 00:11:11,462
{\an8}Ada perkembangan?
179
00:11:11,463 --> 00:11:16,842
{\an8}Syarikat sewaan pesawat penyembur tanaman
kira-kira 40 kilometer dari bandar.
180
00:11:16,843 --> 00:11:18,386
{\an8}Sesuai untuk keperluan kita.
181
00:11:18,387 --> 00:11:20,347
{\an8}Ribut akan melanda.
182
00:11:20,680 --> 00:11:23,682
{\an8}Hujan akan kurangkan kepulan
racun, hadkan korban.
183
00:11:23,683 --> 00:11:30,649
{\an8}Ramalan cuaca kata ia akan reda
menjelang waktu puncak pagi.
184
00:11:31,858 --> 00:11:35,403
{\an8}Bertenang. Esok kita akan jadi kaya.
185
00:11:35,404 --> 00:11:36,905
Hei, berikan kepada saya.
186
00:11:43,245 --> 00:11:46,247
Apabila dia selesai,
tembak komputer ribanya.
187
00:11:46,248 --> 00:11:47,915
Saya boleh padam pemacu keras.
188
00:11:47,916 --> 00:11:50,335
Kami perlu pastikan
hanya kami ada formula ini.
189
00:12:01,763 --> 00:12:03,014
Semasa Ben kecil,
190
00:12:04,391 --> 00:12:07,644
saya ajar dia mengira saat
antara guruh dengan kilat…
191
00:12:08,603 --> 00:12:09,771
dan bahagi lima.
192
00:12:11,940 --> 00:12:14,109
Itulah jarak ribut.
193
00:12:16,611 --> 00:12:19,030
Supaya dia tahu benda yang menakutkannya
194
00:12:20,490 --> 00:12:22,033
tak sedekat yang dia sangka.
195
00:12:27,038 --> 00:12:28,999
Dia pasti hidup dalam ketakutan…
196
00:12:30,584 --> 00:12:32,294
hingga ke saat terakhirnya.
197
00:12:35,338 --> 00:12:39,676
Perkara yang paling ditakutinya
berada betul-betul di depannya.
198
00:12:45,474 --> 00:12:49,393
Jika awak masuk ke sana dengan kebencian,
199
00:12:49,394 --> 00:12:51,271
awak akan mati dulu.
200
00:12:52,814 --> 00:12:54,149
Fokus.
201
00:12:54,858 --> 00:12:55,734
Okey?
202
00:13:01,990 --> 00:13:03,699
- Mereka ada di sana.
- Nampak mereka?
203
00:13:03,700 --> 00:13:06,285
Melalui celah-celah papan lapis itu,
204
00:13:06,286 --> 00:13:08,537
nampak Lila dan kira-kira
enam orang samseng.
205
00:13:08,538 --> 00:13:11,790
Peduli apa? Mereka ada di sana.
Kita ada kelebihan serangan mengejut.
206
00:13:11,791 --> 00:13:15,002
Tiga belas lawan tiga.
Bagus kalau ada bantuan.
207
00:13:15,003 --> 00:13:17,922
Kita masih diburu. Mereka takkan tarik
208
00:13:17,923 --> 00:13:20,174
anggota dari lapangan terbang
kerana cakap kita.
209
00:13:20,175 --> 00:13:21,842
Jika Elspeth Sampson?
210
00:13:21,843 --> 00:13:23,178
Boleh dia buat mereka dengar?
211
00:13:23,929 --> 00:13:25,596
Dia takkan jawab panggilan saya.
212
00:13:25,597 --> 00:13:27,848
Tapi jika dia jawab dan percayakan kita,
213
00:13:27,849 --> 00:13:30,226
mereka takkan tarik ejen FBI
dari lapangan terbang
214
00:13:30,227 --> 00:13:32,479
selepas tahu siapa pemberi maklumat.
215
00:13:33,396 --> 00:13:34,689
Kita bersendirian.
216
00:13:39,194 --> 00:13:40,862
- Sedia.
- Nah.
217
00:13:43,490 --> 00:13:44,366
Awak pula?
218
00:13:45,534 --> 00:13:46,618
Saya dapatkan sendiri.
219
00:14:06,888 --> 00:14:11,643
Satu, dua, tiga, empat, lima.
220
00:14:24,656 --> 00:14:28,076
Satu, dua, tiga, empat…
221
00:15:00,150 --> 00:15:01,735
Saya periksa kotak fius.
222
00:15:28,762 --> 00:15:29,678
Tak apa.
223
00:15:29,679 --> 00:15:32,265
Kehilangan kuasa membawa lif
kembali ke tingkat bawah.
224
00:15:33,600 --> 00:15:35,809
Saya akan naik dan tarik seramai mungkin.
225
00:15:35,810 --> 00:15:37,269
Kamu bunuh orang yang ada
226
00:15:37,270 --> 00:15:39,772
dan ambil racun yang dah dibuat di sini.
227
00:15:39,773 --> 00:15:41,024
Bagaimana nak tarik mereka?
228
00:15:42,609 --> 00:15:44,110
Tarik perhatian mereka.
229
00:15:46,863 --> 00:15:48,155
Mereka akan nampak awak.
230
00:15:48,156 --> 00:15:49,324
Saya tak masuk ke dalam.
231
00:16:14,307 --> 00:16:16,767
{\an8}Jambatan Betsy Ross nampak berpotensi.
232
00:16:16,768 --> 00:16:21,355
{\an8}Jika trafik sesak,
orang tiada cara untuk melarikan diri.
233
00:16:21,356 --> 00:16:24,566
{\an8}Bagaimana dengan bahagian I-676 ini?
Ia lebih panjang.
234
00:16:24,567 --> 00:16:27,195
{\an8}Jumlah kematian lebih tinggi.
235
00:16:36,538 --> 00:16:37,539
Pergi periksa.
236
00:17:47,650 --> 00:17:48,526
Itu isyarat kita.
237
00:17:50,320 --> 00:17:52,030
Pergi siasat.
238
00:17:56,117 --> 00:17:57,285
Reacher.
239
00:17:59,829 --> 00:18:00,663
Lila!
240
00:18:02,415 --> 00:18:04,750
{\an8}Apa saya cakap di jambatan?
241
00:18:04,751 --> 00:18:06,752
{\an8}Tak boleh guna duit jika kita mati.
242
00:18:06,753 --> 00:18:09,630
{\an8}Ada sebab kita bayar mereka mahal.
243
00:18:09,631 --> 00:18:11,382
Awak cari Reacher.
244
00:18:12,550 --> 00:18:13,717
Bagaimana nak kenal?
245
00:18:13,718 --> 00:18:16,179
Dia yang bunuh semua orang! Ayuh!
246
00:19:32,422 --> 00:19:33,506
Lindungi saya!
247
00:19:39,721 --> 00:19:42,223
Tiga, dua, satu.
248
00:19:52,483 --> 00:19:54,192
Berhenti!
249
00:19:54,193 --> 00:19:56,321
Awak tembak toksin, kita semua mati!
250
00:19:57,363 --> 00:19:58,781
Berikan kepada saya!
251
00:20:01,075 --> 00:20:03,243
- Apa dia?
- Ada merkuri fulminat
252
00:20:03,244 --> 00:20:04,120
untuk jaket.
253
00:20:15,673 --> 00:20:17,216
Sekarang ambil toksin.
254
00:20:18,760 --> 00:20:20,428
Jangan biar dia bunuh saya!
255
00:20:36,653 --> 00:20:37,612
Dia habis peluru!
256
00:22:09,912 --> 00:22:10,913
Alamak!
257
00:22:22,508 --> 00:22:23,342
Tak guna!
258
00:23:59,188 --> 00:24:00,523
Ayuh, tak guna.
259
00:24:23,671 --> 00:24:25,463
Apa yang berlaku di bawah?
260
00:24:25,464 --> 00:24:26,716
Ahli kimia itu mati.
261
00:24:27,425 --> 00:24:30,928
Ambil semua toksin yang ada.
Cari orang ramai dan gunakan.
262
00:24:32,013 --> 00:24:32,929
Kelab malam!
263
00:24:32,930 --> 00:24:34,724
Tapi perlu digunakan di luar!
264
00:24:36,684 --> 00:24:38,143
Ini tengah malam!
265
00:24:38,144 --> 00:24:40,563
Di mana nak cari orang ramai di luar?
266
00:24:41,564 --> 00:24:43,983
Dengar baik-baik.
267
00:24:44,775 --> 00:24:47,944
Saya perlu tunjukkan
jumlah mayat kepada pembeli.
268
00:24:47,945 --> 00:24:51,406
Sekarang ambil alat pernafasan
dan lakukannya
269
00:24:51,407 --> 00:24:56,204
atau saya pastikan semua orang yang
awak sayang akan mati menjelang pagi!
270
00:25:32,281 --> 00:25:33,199
Tamara!
271
00:25:37,954 --> 00:25:41,122
Hei!
272
00:25:41,123 --> 00:25:42,207
Hei. Tamara.
273
00:25:42,208 --> 00:25:43,917
Tamara. Hei.
274
00:25:43,918 --> 00:25:44,834
Pandang saya.
275
00:25:44,835 --> 00:25:46,796
Okey. Awak okey.
276
00:25:49,298 --> 00:25:50,341
Awak okey.
277
00:25:55,054 --> 00:25:57,514
{\an8}Pembida akan dapat persembahan mereka.
278
00:25:57,515 --> 00:25:59,224
{\an8}Mari kita tamatkan.
279
00:25:59,225 --> 00:26:01,727
Nanti. Saya cuma juruteknik AI.
Jangan tinggalkan saya.
280
00:26:02,395 --> 00:26:03,562
Betul kata awak.
281
00:26:09,110 --> 00:26:10,902
RESTORAN GIUSEPPES
282
00:26:10,903 --> 00:26:11,821
Arah sini!
283
00:26:16,242 --> 00:26:17,076
Tak guna!
284
00:26:36,679 --> 00:26:37,763
Tidak!
285
00:26:39,432 --> 00:26:40,433
Tidak!
286
00:27:27,897 --> 00:27:30,191
Awak patut buat hal sendiri
dalam tren itu.
287
00:27:31,192 --> 00:27:32,610
Ramai yang cakap begitu.
288
00:28:09,897 --> 00:28:11,857
Mana satu lampu belakang dia?
289
00:28:17,238 --> 00:28:18,864
Alamak! Di mana dia?
290
00:29:04,827 --> 00:29:06,454
Kita akan berseronok.
291
00:29:53,542 --> 00:29:55,084
Awak kehilangan banyak darah.
292
00:29:55,085 --> 00:29:56,420
Awak semakin lemah.
293
00:29:57,171 --> 00:30:01,424
Nanti awak pengsan. Kemudian,
kami ikat awak di meja seperti anak Anna.
294
00:30:01,425 --> 00:30:04,970
Kemudian keseronokan bermula.
295
00:30:05,888 --> 00:30:08,349
Awak patut dengar budak itu
memanggil ibunya.
296
00:30:10,976 --> 00:30:12,394
Awak akan begitu juga?
297
00:31:07,408 --> 00:31:08,450
Tidak!
298
00:31:40,274 --> 00:31:42,109
Hei, tak boleh letak kereta di situ!
299
00:32:11,472 --> 00:32:12,514
Saya tak nampak dia.
300
00:32:18,562 --> 00:32:20,147
Itu kereta dia!
301
00:32:21,023 --> 00:32:22,316
Jumpa pun!
302
00:32:27,363 --> 00:32:28,238
Polis Philadelphia!
303
00:32:28,822 --> 00:32:29,657
Ke tepi!
304
00:32:53,764 --> 00:32:54,682
Di atas!
305
00:33:03,941 --> 00:33:04,858
Letakkan!
306
00:33:08,737 --> 00:33:10,239
Saya akan tembak kepala awak!
307
00:33:11,990 --> 00:33:14,618
Dia jatuhkan balang itu,
semua orang di sini mati.
308
00:33:42,438 --> 00:33:43,564
Jom pergi ambil.
309
00:33:45,858 --> 00:33:46,734
Ya.
310
00:35:22,454 --> 00:35:23,622
Tak guna.
311
00:36:13,297 --> 00:36:15,298
Entah mana yang saya lebih suka.
312
00:36:15,299 --> 00:36:17,676
Berasmara atau bunuh awak!
313
00:36:41,283 --> 00:36:43,285
Saya tahu mana yang saya lebih suka.
314
00:38:31,852 --> 00:38:34,187
Saya kagum, Reacher.
315
00:38:35,272 --> 00:38:37,232
Awak bunuh semua orang di sana?
316
00:38:39,985 --> 00:38:42,237
Teruk juga mereka belasah awak.
317
00:38:56,043 --> 00:38:57,335
Terkejut melihat saya?
318
00:38:59,921 --> 00:39:01,506
Selepas kali terakhir kita lawan,
319
00:39:03,175 --> 00:39:05,886
saya fikir tindakan bijak adalah…
320
00:39:07,763 --> 00:39:09,264
ikut awak ke mana-mana.
321
00:39:09,890 --> 00:39:11,808
Tunggu awak bawa pemacu itu.
322
00:39:17,981 --> 00:39:19,691
Terima kasih urus bahagian susah.
323
00:40:37,185 --> 00:40:40,939
Kakak dan anak saudara awak
mati seperti pengecut.
324
00:40:41,815 --> 00:40:43,233
Saya takkan mati begitu.
325
00:40:44,484 --> 00:40:45,986
Pergi matilah!
326
00:41:16,266 --> 00:41:18,810
Awak ditahan atas pembunuhan…
327
00:41:20,645 --> 00:41:25,609
Atas pembunuhan John Sampson,
Benjamin Merrick dan Anna Merrick.
328
00:41:27,068 --> 00:41:29,528
Awak berhak berdiam diri.
329
00:41:29,529 --> 00:41:31,447
Semua yang awak katakan
330
00:41:31,448 --> 00:41:34,993
boleh dan akan digunakan
terhadap awak di mahkamah.
331
00:41:35,660 --> 00:41:37,454
Awak berhak dapatkan peguam.
332
00:41:38,455 --> 00:41:42,291
Jika awak tak mampu,
peguam akan dilantik untuk awak.
333
00:41:42,292 --> 00:41:44,878
Jika awak jawab soalan sekarang…
334
00:42:20,914 --> 00:42:21,831
Awak dah sedar.
335
00:42:23,083 --> 00:42:24,167
Mana pemacu itu?
336
00:42:25,126 --> 00:42:26,044
Di tangan awak.
337
00:42:29,256 --> 00:42:32,258
Awak hampir bunuh paramedik
yang cuba ambil daripada awak.
338
00:42:32,259 --> 00:42:33,468
Kenapa saya tak digari?
339
00:42:34,135 --> 00:42:35,053
Tiada dakwaan.
340
00:42:35,887 --> 00:42:38,056
Banyak mayat boleh dikesan kepada saya.
341
00:42:39,516 --> 00:42:41,308
Darah saya di bangunan itu.
342
00:42:41,309 --> 00:42:43,602
Balu Sampson tak boleh dicabar.
343
00:42:43,603 --> 00:42:47,189
Jabatan Pertahanan ambil alih,
reka cerita tentang serbuan.
344
00:42:47,190 --> 00:42:48,565
Tak sebut nama awak.
345
00:42:48,566 --> 00:42:50,818
Saya rasa awak lebih suka begitu.
346
00:42:50,819 --> 00:42:53,363
Tapi saya dan Jacob dapat pujian.
347
00:42:55,323 --> 00:42:56,240
Dia apa khabar?
348
00:42:56,241 --> 00:42:57,533
Okey.
349
00:42:57,534 --> 00:42:58,410
Rasanya.
350
00:42:59,411 --> 00:43:01,912
Bertukar syif dengan saya, menjaga awak.
351
00:43:01,913 --> 00:43:03,415
Bagaimana dengan awak?
352
00:43:04,499 --> 00:43:05,416
Sejujurnya?
353
00:43:05,417 --> 00:43:08,086
Kita dah tak perlu menipu satu sama lain.
354
00:43:09,838 --> 00:43:10,839
Saya rasa bagus.
355
00:43:12,173 --> 00:43:13,758
Lebih bagus berbanding dulu.
356
00:43:15,427 --> 00:43:18,596
- Dah sedia untuk jadi polis lagi.
- Persaraan awak?
357
00:43:20,056 --> 00:43:21,474
Tanya lagi dalam 20 tahun.
358
00:43:28,189 --> 00:43:30,108
- Apa awak buat?
- Pergi.
359
00:43:32,861 --> 00:43:34,321
Apa encik buat ini?
360
00:43:34,821 --> 00:43:37,614
- Nak pergi.
- Itu bukan arahan doktor.
361
00:43:37,615 --> 00:43:39,951
Tak terima arahan
selepas tinggalkan tentera.
362
00:43:40,660 --> 00:43:42,037
Saya panggil Dr. Newhook.
363
00:43:43,455 --> 00:43:46,124
- Mana baju saya?
- Ada barang baharu untuk awak.
364
00:43:47,042 --> 00:43:49,543
But baharu ada di atas
meja kecil di penjuru.
365
00:43:49,544 --> 00:43:52,297
Pakai cepat.
Tak perlu lihat punggung awak.
366
00:43:54,507 --> 00:43:56,843
Doktor kata parut besar itu
selamatkan nyawa awak.
367
00:43:57,552 --> 00:44:00,095
Tisu parut tebal buat bilahnya cetek.
368
00:44:00,096 --> 00:44:02,473
Jika tak, awak takkan berada di sini.
369
00:44:02,474 --> 00:44:03,433
Bertuahnya saya.
370
00:44:10,398 --> 00:44:12,900
Beg kecil awak semasa mereka tahan awak.
371
00:44:12,901 --> 00:44:15,361
Pasport, berus gigi,
telefon pakai buang dan duit.
372
00:44:15,362 --> 00:44:18,072
Saya beri beberapa dolar tambahan.
Awak miskin, Reacher.
373
00:44:18,073 --> 00:44:19,115
Terima kasih.
374
00:44:20,116 --> 00:44:21,409
Saya perlu bantuan lain.
375
00:44:22,035 --> 00:44:24,621
- Apa?
- Tolong ambil sesuatu untuk saya.
376
00:44:32,420 --> 00:44:33,670
Dia dah daftar keluar.
377
00:44:33,671 --> 00:44:35,756
Encik?
378
00:44:35,757 --> 00:44:37,175
Tak boleh bawa haiwan!
379
00:44:39,552 --> 00:44:40,428
Reacher.
380
00:44:41,179 --> 00:44:42,389
Saya bawa sesuatu.
381
00:44:44,557 --> 00:44:45,474
Milik awak.
382
00:44:45,475 --> 00:44:46,393
Apa?
383
00:44:49,521 --> 00:44:50,647
Hei.
384
00:44:51,856 --> 00:44:54,109
Saya namakan awak Walter Cron-Cat.
385
00:44:56,069 --> 00:44:57,861
Awak nampak tak sihat.
386
00:44:57,862 --> 00:44:59,030
Awak juga.
387
00:45:00,990 --> 00:45:03,659
Jacob dan Tamara datang.
388
00:45:03,660 --> 00:45:05,078
Mereka kata ia dah berakhir.
389
00:45:06,204 --> 00:45:10,250
Belum lagi. Saya kata saya tahu
apa nak buat apabila saya jumpa ini.
390
00:45:13,253 --> 00:45:14,295
Tulis cerita awak.
391
00:45:15,422 --> 00:45:16,464
Dapatkan Pulitzer.
392
00:45:24,764 --> 00:45:25,890
Jaga kucing itu.
393
00:45:27,392 --> 00:45:29,144
Jaga diri, Reacher.
394
00:45:30,395 --> 00:45:31,353
Hei.
395
00:45:31,354 --> 00:45:34,232
Saya dah kata
pen lebih kuat daripada pedang.
396
00:45:38,153 --> 00:45:39,529
Pedang juga ada peranannya.
397
00:45:51,291 --> 00:45:52,167
Helo?
398
00:45:52,959 --> 00:45:53,793
Ya.
399
00:45:55,962 --> 00:45:57,338
Jumpa 15 minit lagi.
400
00:46:01,217 --> 00:46:02,093
Krim dan gula?
401
00:46:02,677 --> 00:46:03,511
Tak perlu.
402
00:46:04,179 --> 00:46:08,099
Saya juga. Dah sedap tanpa krim dan gula.
403
00:46:09,684 --> 00:46:12,353
Terima kasih jumpa saya di sini
di saat akhir.
404
00:46:13,271 --> 00:46:15,314
Terima kasih kerana elakkan saya didakwa.
405
00:46:15,315 --> 00:46:18,193
Hebat betul nama suami saya
dipandang tinggi sekarang.
406
00:46:19,611 --> 00:46:22,404
Dia hanya perlu mati sebagai wira.
407
00:46:22,405 --> 00:46:25,575
Washington dipenuhi orang yang pandai
bercakap dan tabur janji kosong.
408
00:46:26,367 --> 00:46:28,077
Tak ramai yang mengagumkan saya.
409
00:46:28,786 --> 00:46:29,913
John mengagumkan.
410
00:46:31,623 --> 00:46:32,457
Awak pun sama.
411
00:46:33,166 --> 00:46:34,542
Senang mendengarnya.
412
00:46:35,585 --> 00:46:37,962
Sebab saya cadang nak
meneruskan perjuangannya.
413
00:46:39,339 --> 00:46:41,674
Dua ahli politik beretika
daripada keluarga sama.
414
00:46:42,675 --> 00:46:43,760
Siapa sangka?
415
00:46:45,136 --> 00:46:46,512
Awak akan undi saya?
416
00:46:46,513 --> 00:46:47,597
Tak berdaftar.
417
00:46:48,932 --> 00:46:50,016
Tiada kediaman.
418
00:46:55,104 --> 00:46:56,731
Jadi, Reacher,
419
00:46:57,565 --> 00:47:00,360
ada satu hal lagi kita perlu bincangkan…
420
00:47:01,319 --> 00:47:02,487
Di mana pemacu itu?
421
00:47:03,404 --> 00:47:04,280
Selamat.
422
00:47:05,114 --> 00:47:06,866
Tapi cerita itu akan keluar.
423
00:47:07,909 --> 00:47:08,826
Bagus.
424
00:47:09,869 --> 00:47:12,162
Jika suami saya tahu hal itu
sejak tahun 1998,
425
00:47:12,163 --> 00:47:14,206
dia pasti dah bertindak waktu itu.
426
00:47:14,207 --> 00:47:16,124
Dia takkan mahu ia disembunyikan.
427
00:47:16,125 --> 00:47:18,378
Sebab itu dia akan jadi
presiden yang hebat.
428
00:47:19,587 --> 00:47:20,755
Awak pun boleh jadi.
429
00:47:23,675 --> 00:47:24,551
Reacher.
430
00:47:24,926 --> 00:47:25,843
Springfield.
431
00:47:26,302 --> 00:47:28,637
Puan, wartawan mahu menemu bual puan.
432
00:47:28,638 --> 00:47:29,763
Okey, terima kasih.
433
00:47:29,764 --> 00:47:31,140
Saya minta diri dulu.
434
00:47:33,184 --> 00:47:34,352
Mahu tumpang?
435
00:47:36,312 --> 00:47:37,272
Boleh saja.
436
00:47:51,703 --> 00:47:52,954
Kamu tunggu saya?
437
00:47:53,788 --> 00:47:57,374
Bos kami hantar pasukan B
untuk soal siasat awak.
438
00:47:57,375 --> 00:47:59,460
- Itu takkan berlaku, bukan?
- Tidak.
439
00:48:01,170 --> 00:48:02,462
Boleh tolong kami sekali?
440
00:48:02,463 --> 00:48:04,590
Kami cuma perlu tanda satu kotak
441
00:48:04,591 --> 00:48:07,217
yang mengatakan kami dah tanya
satu soalan tertentu.
442
00:48:07,218 --> 00:48:08,385
Tanyalah.
443
00:48:08,386 --> 00:48:11,847
Adakah awak menerima
atau memiliki pemacu itu
444
00:48:11,848 --> 00:48:14,433
semasa pertemuan terakhir awak
dengan dua wanita
445
00:48:14,434 --> 00:48:17,020
yang guna nama samaran
Lila dan Amisha Hoth?
446
00:48:19,439 --> 00:48:20,273
Tidak.
447
00:48:23,568 --> 00:48:24,569
Cukup bagus.
448
00:48:27,864 --> 00:48:30,574
Terima kasih atas jasa awak
untuk negara ini, Reacher.
449
00:48:30,575 --> 00:48:31,618
Sama-sama…
450
00:48:32,452 --> 00:48:33,369
McMichaels.
451
00:48:34,245 --> 00:48:35,079
McMichaels.
452
00:48:36,998 --> 00:48:37,874
Jarvis.
453
00:48:38,916 --> 00:48:39,916
Terima kasih.
454
00:48:39,917 --> 00:48:41,085
Sama-sama, Jarvis.
455
00:48:42,253 --> 00:48:45,131
- Terima kasih, Reacher.
- Sama-sama, Buhner.
456
00:48:52,180 --> 00:48:53,222
Kekal dalam pasukan B.
457
00:48:54,182 --> 00:48:55,350
Mereka tak ditembak.
458
00:49:29,550 --> 00:49:31,386
Supaya kamu boleh bersama selamanya.
459
00:50:40,872 --> 00:50:43,874
Atas tindakannya
yang melangkaui tuntutan tugas,
460
00:50:43,875 --> 00:50:47,753
saya berbesar hati menyampaikan
kepada Tamara Green
461
00:50:47,754 --> 00:50:54,468
Pingat Keberanian Sarjan Robert Wilson III
Jabatan Polis Philadelphia.
462
00:50:54,469 --> 00:50:57,305
JATA NEGERI PHILADELPHIA
463
00:50:58,097 --> 00:51:00,182
Saya juga berbesar hati
464
00:51:00,183 --> 00:51:05,146
untuk menugaskan awak serta-merta
ke Bahagian Homisid sebagai detektif.
465
00:51:11,110 --> 00:51:14,447
Dia memang layak.
Dah lama patut dapat. Akhirnya.
466
00:51:17,325 --> 00:51:18,450
Tembak!
467
00:51:18,451 --> 00:51:20,619
Sedia, bidik.
468
00:51:20,620 --> 00:51:21,496
Tembak!
469
00:51:39,472 --> 00:51:40,348
Whiz Wit.
470
00:55:30,161 --> 00:55:32,245
Terjemahan sari kata oleh Farhana Mohar
471
00:55:32,246 --> 00:55:34,248
Penyelia Kreatif
NHAzizan