1 00:01:38,270 --> 00:01:40,397 -Finlay. -Awak berjaya menjejaki Spivey? 2 00:01:40,940 --> 00:01:42,983 Jalan mati. Awak pula? 3 00:01:43,067 --> 00:01:46,904 Hubble menipu isterinya. Dah setahun dia tak bekerja di bank itu. 4 00:01:46,987 --> 00:01:50,157 Nampaknya ada satu lagi perkara mengarut yang ditemui. 5 00:01:50,241 --> 00:01:53,077 -Ada apa-apa lagi? -Maklumat tentang kereta sewa. 6 00:01:53,160 --> 00:01:57,998 Ada laporan kenderaan terbakar beberapa ratus ela di arah barat Batu 97 7 00:01:58,082 --> 00:02:00,501 di Laluan Luar Bandar Sembilan. Saya akan pergi. 8 00:02:00,584 --> 00:02:03,462 -Siapa lagi yang tahu? -Orang yang patut tahu. 9 00:02:19,520 --> 00:02:21,814 Nampaknya awak singgah beli snek. 10 00:02:22,648 --> 00:02:25,776 Saya rasa lapar dan ia dalam perjalanan. 11 00:02:25,860 --> 00:02:27,111 Terima kasih saja. 12 00:02:27,194 --> 00:02:28,445 Awak yang terlepas. 13 00:02:28,529 --> 00:02:30,364 Ya, terlepas sakit jantung. 14 00:02:30,447 --> 00:02:33,033 Ditemui oleh petani yang mengejar khinzirnya. 15 00:02:33,117 --> 00:02:36,120 Roscoe beritahu Teale plat sepadan dengan tahanan Morrison 16 00:02:36,203 --> 00:02:37,204 agar dia tak syak. 17 00:02:38,622 --> 00:02:40,374 -Tiada nombor plat. -Ya. 18 00:02:41,417 --> 00:02:45,963 Disembunyikan daripada jalan dengan semak tapi hujan membuang penyamarannya. 19 00:02:46,046 --> 00:02:48,257 Joe perlu bawa SUV agar selesa. 20 00:02:48,340 --> 00:02:49,884 Tak bermakna ia milik Joe. 21 00:02:49,967 --> 00:02:52,261 Ada banyak kereta. Mungkin kereta curi. 22 00:02:52,344 --> 00:02:54,013 Kereta curi pasti dilaporkan. 23 00:03:01,186 --> 00:03:03,355 Api bukan dari enjin atau tangki minyak. 24 00:03:03,439 --> 00:03:06,108 Paling gelap di tengah dan merebak. 25 00:03:06,191 --> 00:03:07,526 Perebak api dan mancis. 26 00:03:15,159 --> 00:03:16,577 Itu Roscoe. 27 00:03:18,662 --> 00:03:19,997 Hei! 28 00:03:21,081 --> 00:03:24,460 Ini apa? Kereta Joe? 29 00:03:24,543 --> 00:03:27,212 Mungkin. Tak dapat dipastikan. 30 00:03:32,426 --> 00:03:34,136 Rentung agak teruk. 31 00:03:34,845 --> 00:03:37,348 Mungkin ada sisa Nombor Pengenalan Kenderaan. 32 00:03:41,477 --> 00:03:43,771 Hantar gambar kepada forensik. 33 00:03:43,854 --> 00:03:45,230 Helah tentera lama. 34 00:03:48,442 --> 00:03:51,570 Jika tiada minyak senjata, asid asetik dalam sos tomato 35 00:03:51,654 --> 00:03:55,783 dan garam untuk pelelasan bagus untuk membersihkan logam. 36 00:04:02,373 --> 00:04:04,166 Awak makan benda itu? 37 00:04:05,793 --> 00:04:06,835 Rasanya enak. 38 00:04:08,295 --> 00:04:10,714 Saya akan minta Picard semak nombor itu. 39 00:04:10,798 --> 00:04:14,593 FBI dapat keputusan lebih cepat daripada mana-mana detektif. 40 00:04:15,135 --> 00:04:16,804 Macam mana keadaan di Blue Cat? 41 00:04:16,887 --> 00:04:19,264 Orang Amerika Selatan dapat Spivey lebih awal. 42 00:04:19,348 --> 00:04:21,392 -Ditemui dalam but kereta. -Tak guna. 43 00:04:21,475 --> 00:04:24,353 Awak kata "jalan mati", bukan "orang mati". 44 00:04:24,436 --> 00:04:27,481 Ayuh cari mereka sebelum lebih ramai petunjuk mati. 45 00:04:27,564 --> 00:04:30,192 Saya tahu mana nak cari tapi mereka takkan cakap. 46 00:04:30,275 --> 00:04:31,694 Saya pandai soal siasat. 47 00:04:31,777 --> 00:04:32,987 Tak cukup pandai. 48 00:04:36,865 --> 00:04:38,117 Tujuh. 49 00:04:38,200 --> 00:04:40,744 Tujuh mayat sejak awak tiba di bandar ini. 50 00:04:40,828 --> 00:04:43,038 Mereka serang saya dan bersenjata. 51 00:04:43,122 --> 00:04:45,332 Baiklah, saya faham. 52 00:04:45,416 --> 00:04:48,585 Lapan orang. Hubble pun dah mati cuma tak ditemui. 53 00:04:48,669 --> 00:04:52,047 Awak cuma bercakap apabila nak menyakitkan hati saya. 54 00:04:52,131 --> 00:04:55,759 Kita hilang peluang untuk tahu siapa hantar orang Amerika Selatan. 55 00:04:56,635 --> 00:04:59,346 -Awak nak ke mana? -Buang mayat-mayat itu. 56 00:04:59,430 --> 00:05:01,223 Jangan musnahkan bukti. 57 00:05:01,306 --> 00:05:04,601 Jika mereka ditemui, ramai polis negeri dan daerah akan datang. 58 00:05:04,685 --> 00:05:06,311 Entah siapa boleh dipercayai. 59 00:05:06,395 --> 00:05:08,814 Kita sorok hingga kita tahu pembunuh Joe. 60 00:05:08,897 --> 00:05:11,567 Jadi siasatan cuma antara kita bertiga. 61 00:05:13,861 --> 00:05:16,196 Baik, saya akan perhatikan dia. 62 00:05:23,871 --> 00:05:25,956 Oh Tuhan, kakinya. 63 00:05:30,127 --> 00:05:31,628 Saya yang buat. 64 00:05:33,047 --> 00:05:34,131 Macam Tetris. 65 00:05:41,680 --> 00:05:43,307 Itu luka keluar. 66 00:05:44,099 --> 00:05:45,934 Awak tembak dari belakang. 67 00:05:46,018 --> 00:05:48,103 Awak beritahu Finlay awak diserang. 68 00:05:48,187 --> 00:05:50,397 Saya beritahu apa yang Finlay nak dengar. 69 00:05:50,481 --> 00:05:54,109 Ini bukan filem. Saya dapat peluang dan saya bunuh. 70 00:05:58,405 --> 00:06:00,199 Apa yang berlaku di Baghdad? 71 00:06:02,367 --> 00:06:03,994 Awak bercakap dengan KJ. 72 00:06:04,578 --> 00:06:08,957 Dia yang bercakap dengan saya, tapi jangan tukar topik. 73 00:06:09,041 --> 00:06:13,003 Jika kita nak selesaikan kes ini, saya kena tahu rakan setugas saya. 74 00:06:13,087 --> 00:06:16,423 Jadi apa yang berlaku di Baghdad, Reacher? 75 00:06:21,261 --> 00:06:22,429 Bukan Baghdad. 76 00:06:22,513 --> 00:06:24,890 Kampung kecil 40 kilometer di arah utara. 77 00:06:25,557 --> 00:06:27,434 Saya menjejaki askar yang hilang. 78 00:06:28,393 --> 00:06:30,604 Sekumpulan budak, 10 hingga 11 tahun, 79 00:06:30,687 --> 00:06:33,023 main bola di runtuhan hangar setiap hari. 80 00:06:35,109 --> 00:06:38,320 Setiap kali nampak saya, mereka lambai dan saya balas. 81 00:06:39,071 --> 00:06:41,657 Suatu malam, dah lewat tapi mereka tak balik. 82 00:06:42,950 --> 00:06:47,079 Sebab ada pemberontak dan bom, saya nak pastikan mereka selamat. 83 00:06:47,162 --> 00:06:50,791 Saya kembali ke hangar agar mereka tak balik sendirian. 84 00:06:50,874 --> 00:06:53,710 Tiga lelaki kampung mengganggu budak-budak itu. 85 00:06:54,253 --> 00:06:55,963 Kemudian awak fikirlah sendiri. 86 00:06:56,797 --> 00:07:00,509 Saya suruh budak-budak balik, tapi beri lelaki itu peluang. 87 00:07:00,592 --> 00:07:03,679 Serah diri pada polis Iraq atau jawab dengan saya. 88 00:07:05,931 --> 00:07:07,891 Saya tahu mereka akan buru saya. 89 00:07:10,269 --> 00:07:12,896 Apabila mereka tiba, saya dah sedia. 90 00:07:23,240 --> 00:07:24,950 Macam mana KJ tahu? 91 00:07:25,033 --> 00:07:28,370 Kliner ada wang. Wang boleh beli akses dan maklumat. 92 00:07:30,539 --> 00:07:31,415 Jadi, 93 00:07:32,624 --> 00:07:36,170 awak ada masalah sebab saya bunuh pendera kanak-kanak? 94 00:07:36,837 --> 00:07:40,174 Sebab saya pun nak tahu tentang rakan setugas saya. 95 00:07:44,887 --> 00:07:46,013 Tidak. 96 00:07:48,265 --> 00:07:49,766 Rasanya tidak. 97 00:07:51,268 --> 00:07:54,980 Bagus. Mari kita ke lapangan terbang dan buang mayat ini. 98 00:08:15,751 --> 00:08:17,586 Tak guna. 99 00:09:54,933 --> 00:09:55,934 Selesai. 100 00:09:58,145 --> 00:09:59,146 Apa? 101 00:10:00,605 --> 00:10:01,606 Tiada apa-apa. 102 00:10:03,317 --> 00:10:04,359 Cuma... 103 00:10:05,861 --> 00:10:08,780 Apabila saya tanya Mosely jenis perniagaan Kliner, 104 00:10:08,864 --> 00:10:11,533 dia sebut pengangkutan trak, hartanah dan kimia. 105 00:10:11,616 --> 00:10:14,911 Tahu apa yang dia tak sebut? Pertanian. 106 00:10:16,204 --> 00:10:19,416 Saya dah kata, penghantaran begitu agak biasa di sini. 107 00:10:20,208 --> 00:10:21,251 Tak kisahlah. 108 00:10:22,377 --> 00:10:24,629 Makanan haiwan itu terlalu banyak. 109 00:10:33,388 --> 00:10:35,057 Perlukah kita buat begini? 110 00:10:35,140 --> 00:10:38,602 Banyak Jaguar di sini, tapi cuma satu nombor plat dikenali. 111 00:10:58,246 --> 00:11:01,083 Kami nak bilik. Sebaiknya tingkat tiga hingga tujuh. 112 00:11:01,166 --> 00:11:03,168 -Katil raja atau ratu? -Dua ratu. 113 00:11:07,422 --> 00:11:09,716 Cuma tinggal suite dengan dua katil ratu. 114 00:11:10,926 --> 00:11:12,010 Tiada masalah. 115 00:11:13,845 --> 00:11:14,846 Baiklah. 116 00:11:14,930 --> 00:11:17,057 Saya nak lihat kad pengenalan. 117 00:11:17,140 --> 00:11:21,478 Letak bawah nama Pegawai Welty. Nama pertama Eudora. E-U-D-O-R-A. 118 00:11:26,608 --> 00:11:28,485 Mana awak dapat wang tunai itu? 119 00:11:28,568 --> 00:11:30,404 Daripada mayat dalam but. 120 00:11:30,987 --> 00:11:32,948 Bayarannya mahal untuk bunuh saya. 121 00:11:33,031 --> 00:11:36,868 Jika mereka pemalsu wang, awak bayar dengan wang palsu. 122 00:11:37,577 --> 00:11:38,745 Bukan masalah saya. 123 00:11:43,208 --> 00:11:47,462 -Eudora Welty? Awak minat karyanya? -Tak sangka awak kenal dia. 124 00:11:47,546 --> 00:11:50,048 Saya suka cerpen. Tak melalut. 125 00:11:50,132 --> 00:11:51,383 Tak mengarut. 126 00:11:51,466 --> 00:11:54,803 Awak biasa guna Welty. Jika mengembara awak guna Margaret Mitchell. 127 00:11:54,886 --> 00:11:58,598 -Prosanya panjang berjela. -Anak jati Georgia, macam saya. 128 00:11:58,682 --> 00:12:00,976 Awak pernah kerja untuk talian psikik? 129 00:12:01,059 --> 00:12:03,687 Manusia boleh dikenali daripada nama samaran. 130 00:12:03,770 --> 00:12:07,691 Saya suka Naib Presiden lama dan penjaga tapak kedua Yankees. 131 00:12:07,774 --> 00:12:11,278 Kalau saya tahu, saya akan guna nama Willie Randolph. 132 00:12:23,165 --> 00:12:25,500 Awal pagi kita ke rumah Pete Jobling. 133 00:12:25,584 --> 00:12:30,172 Mungkin kita boleh tahu kenapa pembunuh Jobling nak bunuh abang saya. 134 00:12:30,255 --> 00:12:31,923 Bagus bunyinya. 135 00:12:37,345 --> 00:12:39,139 Awak buat apa? 136 00:12:39,222 --> 00:12:42,309 Melengahkan masa. Jika ada orang mengekori kita, 137 00:12:42,392 --> 00:12:46,813 ini dapat melambatkan mereka dan saya ada lebih masa untuk membidik. 138 00:12:53,403 --> 00:12:56,698 -Jika pengemas bilik yang masuk? -Pasti dia kuat. 139 00:13:02,829 --> 00:13:04,664 Kita di tingkat tujuh. 140 00:13:04,748 --> 00:13:07,334 Tiada orang cukup tinggi untuk capai tingkap itu. 141 00:13:07,417 --> 00:13:11,046 Penembak hendap boleh bunuh kita dari tingkat 15. 142 00:13:11,671 --> 00:13:14,758 Jangan tidur dengan kepala di tempat yang boleh diduga. 143 00:13:24,226 --> 00:13:25,477 Molly Beth. 144 00:13:25,560 --> 00:13:28,563 Maaf menelefon lewat malam. Harapnya awak belum tidur. 145 00:13:28,647 --> 00:13:30,148 Tak, saya menunggu. 146 00:13:30,232 --> 00:13:34,486 Saya cari fail Joe tentang kes ini. 147 00:13:34,569 --> 00:13:37,822 Saya tak tahu jika ia lengkap, tapi failnya banyak. 148 00:13:37,906 --> 00:13:40,867 Saya akan buat salinan dan kumpulkan sebelum pagi. 149 00:13:40,951 --> 00:13:44,162 -Saya tiba di Atlanta 5.00 petang. -Jangan jumpa di situ. 150 00:13:44,246 --> 00:13:45,914 Lapangan terbang banyak kamera. 151 00:13:45,997 --> 00:13:50,001 Awak langgar undang-undang dengan menyerahkannya. Jangan ada rekod. 152 00:13:50,085 --> 00:13:54,005 Naik kereta api ke stesen Five Points. Tiada pengawal di situ. 153 00:13:54,089 --> 00:13:56,091 Saya tak sabar nak jumpa awak. 154 00:13:56,508 --> 00:13:59,719 Bukan dalam keadaan begini, tapi... 155 00:14:00,804 --> 00:14:02,597 Joe banyak cerita tentang awak. 156 00:14:04,307 --> 00:14:05,809 -Jumpa esok. -Hei. 157 00:14:06,518 --> 00:14:07,561 Tunggu sekejap. 158 00:14:07,644 --> 00:14:11,648 Dia terbang merentasi negara untuk hantar dokumen yang boleh dipos. 159 00:14:11,731 --> 00:14:15,610 Awak pun tak sabar nak jumpa dia untuk berbual tentang Joe. 160 00:14:15,694 --> 00:14:17,571 Kenapa tunggu? Berbual saja. 161 00:14:26,496 --> 00:14:27,539 Hai. 162 00:14:30,333 --> 00:14:34,004 Pasti awak berdua rapat jika dia pernah ceritakan tentang saya. 163 00:14:35,505 --> 00:14:37,090 Berapa lama kamu kerja bersama? 164 00:14:38,967 --> 00:14:41,261 Saya mula bekerja dua tahun lalu. 165 00:14:41,344 --> 00:14:44,598 Joe dah lama bekerja di sini pada masa itu. 166 00:14:44,681 --> 00:14:46,600 Dia sudah dikenali di sini. 167 00:14:47,475 --> 00:14:51,605 Semua orang menghormati dia sebab dia memimpin dengan teladan. 168 00:14:54,190 --> 00:14:55,025 Ya, saya tahu. 169 00:14:56,359 --> 00:14:58,445 Dia selalu cakap awak bijak. 170 00:14:59,195 --> 00:15:01,823 Kadangkala terlalu bijak hingga menyusahkan diri. 171 00:15:02,824 --> 00:15:05,076 Awak juga kadangkala menyusahkan dia. 172 00:15:07,370 --> 00:15:09,289 Namun dia kata awak orang baik, 173 00:15:10,040 --> 00:15:14,502 dan walaupun awak adiknya, dia pandang tinggi terhadap awak. 174 00:15:15,378 --> 00:15:17,505 Namun sebaliknya bagi saya. 175 00:15:19,549 --> 00:15:21,968 Saya hanya rasa kerdil jika saya bersama dia. 176 00:15:23,845 --> 00:15:25,847 Saya gembira dia jumpa awak. 177 00:15:25,930 --> 00:15:28,808 Abang saya orang yang cerewet. 178 00:15:29,517 --> 00:15:32,812 Dia tak mudah menerima seseorang. Pasti awak istimewa. 179 00:15:34,522 --> 00:15:36,775 Pasti dia amat menyayangi awak. 180 00:15:37,442 --> 00:15:40,945 Saya menyayangi dia juga. 181 00:15:42,614 --> 00:15:43,990 Sangat menyayanginya. 182 00:15:46,076 --> 00:15:50,747 Saya patut teruskan kerja. Kita jumpa esok. 183 00:15:51,873 --> 00:15:53,083 Selamat malam. 184 00:15:54,084 --> 00:15:55,293 Selamat malam. 185 00:16:01,341 --> 00:16:02,175 Awak okey? 186 00:16:04,135 --> 00:16:05,345 Saya okey. 187 00:16:18,066 --> 00:16:20,402 Kehilangan ahli keluarga memeritkan. 188 00:16:24,030 --> 00:16:26,950 Semasa ibu bapa saya mati, saya cukup besar untuk ingat 189 00:16:27,033 --> 00:16:29,536 tapi masih muda untuk memahaminya. 190 00:16:33,665 --> 00:16:37,377 Awak mengalami keperitan tapi awak masih menenangkan Molly Beth. 191 00:16:45,135 --> 00:16:46,594 Betuk kata Joe. 192 00:16:48,179 --> 00:16:49,889 Awak orang baik. 193 00:16:58,273 --> 00:16:59,566 Saya nak mandi. 194 00:17:02,986 --> 00:17:06,531 Jangan pesan makanan atau minta kemas bilik. 195 00:17:06,614 --> 00:17:09,909 Tembak sesiapa saja yang cuba masuk melalui pintu itu. 196 00:17:46,196 --> 00:17:47,822 Siapa memerhatikan pintu? 197 00:18:16,768 --> 00:18:20,063 Mungkin isteri Jobling enggan beri kerjasama. 198 00:18:20,146 --> 00:18:23,691 Suaminya dibunuh dan tiada petunjuk. Jadi dia tak suka polis. 199 00:18:23,775 --> 00:18:25,109 Baiklah. 200 00:18:25,193 --> 00:18:26,402 Biar saya bercakap. 201 00:18:26,486 --> 00:18:27,654 Okey. 202 00:18:32,784 --> 00:18:33,701 Hei. 203 00:18:37,747 --> 00:18:41,543 Tentang malam tadi, setahu saya tiada apa yang berubah. 204 00:18:42,836 --> 00:18:44,295 Kita ada tugas. 205 00:18:45,004 --> 00:18:46,130 Okey. 206 00:18:59,894 --> 00:19:01,020 Selamat pagi, puan. 207 00:19:01,104 --> 00:19:04,190 -Ini rumah Pete Jobling? -Ya, boleh saya bantu? 208 00:19:04,482 --> 00:19:07,569 Kami polis. Pegawai Welty dan Randolph. 209 00:19:07,652 --> 00:19:09,571 Kami nak tanya tentang Pete. 210 00:19:09,654 --> 00:19:12,699 -Ada masalah? -Kami cuma nak berbual sebentar. 211 00:19:12,782 --> 00:19:15,285 Kita boleh berbual di luar jika awak selesa. 212 00:19:15,368 --> 00:19:19,330 Tak apa, awak boleh masuk. Pete ada di dapur. 213 00:19:23,167 --> 00:19:26,629 Ada pegawai polis nak berbual dengan awak, Pete. 214 00:19:28,590 --> 00:19:29,883 Semuanya okey? 215 00:19:31,718 --> 00:19:33,386 Awak Pete Senior? 216 00:19:33,887 --> 00:19:35,638 Awak mencari anak kami? 217 00:19:35,722 --> 00:19:38,808 -Adakah Petey okey? -Dia okey, puan. 218 00:19:39,267 --> 00:19:42,937 Ada beberapa rampasan berlaku di syarikat trak dia. 219 00:19:43,021 --> 00:19:44,606 Dia tak terlibat. 220 00:19:44,689 --> 00:19:48,818 Kami nak tanya dia soalan kalau-kalau dia boleh bantu siasatan. 221 00:19:48,902 --> 00:19:51,279 Syukurlah. Awak buat saya takut. 222 00:19:51,779 --> 00:19:55,366 Orang ramai kadangkala keliru dengan Pete dalam keluarga ini. 223 00:19:55,909 --> 00:20:00,663 Dah lama Junior tak tinggal dengan kami. Dia di Brookhaven dengan isterinya, Judy. 224 00:20:00,747 --> 00:20:02,332 Ini alamat dia. 225 00:20:02,415 --> 00:20:04,167 -Terima kasih. -Terima kasih. 226 00:20:09,839 --> 00:20:11,132 Kenapa awak tipu? 227 00:20:11,633 --> 00:20:14,552 Keadaan boleh jadi emosional. Kita tiada masa. 228 00:20:14,636 --> 00:20:17,388 Saya ingat selepas Charlie Hubble dan Molly Beth, 229 00:20:17,472 --> 00:20:20,141 awak nak berehat daripada menyampaikan berita buruk. 230 00:20:20,683 --> 00:20:22,226 Kita tiada masa. 231 00:20:30,485 --> 00:20:33,154 -Tuan nak jumpa saya? -Masuklah, kapten. 232 00:20:37,742 --> 00:20:40,161 Tak perlu duduk. Sekejap saja. 233 00:20:41,621 --> 00:20:44,707 Khabarnya awak mengganggu En. Kliner. 234 00:20:44,791 --> 00:20:48,461 Saya menyiasat pembunuhan Morrison seperti arahan tuan. 235 00:20:48,544 --> 00:20:52,799 Katanya awak mengancam untuk memukul bahagian badannya. 236 00:20:53,383 --> 00:20:55,259 Awak nak belasah dia? 237 00:20:56,761 --> 00:21:00,264 Malangnya keadaan jadi tak terkawal. Saya tak bangga dengannya. 238 00:21:00,348 --> 00:21:02,767 Mari saya jelaskan kepada awak. 239 00:21:03,726 --> 00:21:08,272 Kliner salah seorang penduduk Margrave yang paling penting. Jadi kita layan dia 240 00:21:08,356 --> 00:21:10,775 dan keluarganya dengan penuh hormat. 241 00:21:11,818 --> 00:21:15,905 Peraturan itu tak boleh dipatahkan seperti tongkat saya ini. Faham? 242 00:21:16,990 --> 00:21:18,074 Faham. 243 00:21:20,243 --> 00:21:23,204 Dia mencadangkan awak dibuang kerja. 244 00:21:23,287 --> 00:21:26,833 Namun agak ironi sebab dermanya membolehkan kami 245 00:21:26,916 --> 00:21:30,086 bayar gaji tinggi yang awak minta semasa kami ambil awak. 246 00:21:30,169 --> 00:21:32,171 Saya amat menghargainya, tuan. 247 00:21:32,630 --> 00:21:33,881 Jadi tunjukkannya. 248 00:21:35,717 --> 00:21:37,510 Fail itu mengandungi rekod jenayah 249 00:21:37,593 --> 00:21:40,388 ramai bekas penjenayah yang berdendam dengan Morrison. 250 00:21:40,471 --> 00:21:44,392 Ada ramai pengundi resah di bandar ini yang menanti keamanan dikembalikan. 251 00:21:44,475 --> 00:21:46,769 Teliti rekod itu, 252 00:21:46,853 --> 00:21:49,105 dan cari pembunuh rakan sekerja kita. 253 00:21:50,565 --> 00:21:53,818 Mungkin kita dapat lihat gaji awak yang dah besar itu 254 00:21:53,901 --> 00:21:55,987 dapat dinaikkan lagi. 255 00:21:56,696 --> 00:21:57,822 Faham cakap saya? 256 00:21:59,449 --> 00:22:00,616 Benar-benar faham. 257 00:22:00,700 --> 00:22:05,079 Pesanan terakhir ini saya perlu jelaskan seperti mengajar budak tadika. 258 00:22:05,580 --> 00:22:10,460 Jangan buat apa-apa pun tentang kes ini tanpa kebenaran saya. 259 00:22:10,543 --> 00:22:12,712 Langgar satu arahan, awak ditarik dari kes. 260 00:22:12,795 --> 00:22:15,465 Langgar dua arahan, awak akan dipecat. 261 00:22:17,175 --> 00:22:20,928 Terpulang pada awak untuk patuh atau ingkar. 262 00:22:23,556 --> 00:22:25,183 Maaf kerana mengganggu, tuan. 263 00:22:25,266 --> 00:22:27,894 Finlay, ayah awak telefon. Katanya mustahak. 264 00:22:32,815 --> 00:22:35,068 Tuan benarkan saya jawab panggilan itu? 265 00:22:35,151 --> 00:22:36,277 Jangan mengejek saya. 266 00:22:52,085 --> 00:22:53,669 -Hei, ayah. -Hei. 267 00:22:53,753 --> 00:22:55,421 Ayah dapat resipi yang kamu nak. 268 00:22:55,505 --> 00:22:59,342 Ayah tak boleh baca bahannya. Jadi ayah akan hantar salinan. 269 00:22:59,425 --> 00:23:02,804 Walaupun saya nak jumpa ayah, saya tak boleh ke sana. 270 00:23:02,887 --> 00:23:06,057 -Namun kawan saya ada di situ. -Suruh mereka datang. 271 00:23:06,557 --> 00:23:09,060 Dua S dan Tiga B dari tempat ayah dalam sejam. 272 00:23:09,143 --> 00:23:12,480 Macam mana mak dengan adik saya? 273 00:23:12,563 --> 00:23:15,108 -Mereka okey. -Itu yang saya nak dengar. 274 00:23:15,858 --> 00:23:17,401 -Kita berbual lagi nanti. -Ya. 275 00:23:22,031 --> 00:23:24,033 Saya baru telefon Kapten Finlay. 276 00:23:24,117 --> 00:23:26,994 -Semuanya okey? Ada khabar? -Tak perlu risau. 277 00:23:27,078 --> 00:23:31,374 Saya perlu sampaikan maklumat sensitif tentang siasatan. 278 00:23:32,041 --> 00:23:33,167 Secara bersemuka. 279 00:23:36,754 --> 00:23:38,714 Ada orang ganti awak di sini? 280 00:23:38,798 --> 00:23:41,300 Kita tak boleh melibatkan lebih ramai orang. 281 00:23:41,384 --> 00:23:43,386 Saya cuma pergi beberapa jam. 282 00:23:45,721 --> 00:23:49,642 Tak apa. Tiada sesiapa tahu awak di sini. 283 00:23:53,729 --> 00:23:55,982 Saya tak patut buat begini. 284 00:23:57,608 --> 00:23:59,652 Awak tahu cara menggunakan benda ini? 285 00:23:59,735 --> 00:24:01,654 Ayah saya bawa saya ke ladang. 286 00:24:02,697 --> 00:24:06,492 Jika ada keperluan, jangan teragak-agak untuk gunakannya. 287 00:24:06,576 --> 00:24:08,619 Teragak-agak boleh membunuh. 288 00:24:20,047 --> 00:24:21,507 Nak krim atau gula? 289 00:24:21,591 --> 00:24:23,718 Kopi O untuk kami berdua. 290 00:24:23,801 --> 00:24:24,969 Ini dia. 291 00:24:29,765 --> 00:24:30,933 Jadi... 292 00:24:32,518 --> 00:24:34,854 -Tentang suami awak. -Dia dah mati, kan? 293 00:24:36,022 --> 00:24:37,023 Ya. 294 00:24:37,607 --> 00:24:40,610 -Ya, saya bersimpati. -Saya tak rasa begitu. 295 00:24:41,152 --> 00:24:45,531 Okey, kami tak menduga reaksi begini, Pn. Jobling. 296 00:24:45,615 --> 00:24:47,783 Saya Miller. Saya tak guna nama dia. 297 00:24:47,867 --> 00:24:51,329 Cik Miller, kenapa awak tak kisah suami awak mati? 298 00:24:51,412 --> 00:24:53,956 Bukannya saya tak kisah, saya tak rasa simpati. 299 00:24:54,040 --> 00:24:56,792 Saya dah beri amaran, perkara ini memakan dirinya. 300 00:24:56,876 --> 00:24:57,752 Perkara apa? 301 00:24:57,835 --> 00:25:00,087 Ada pemandu trak lain dengan rumah begini 302 00:25:00,171 --> 00:25:02,548 dan mampu langsaikan gadai janji ibu bapanya? 303 00:25:04,759 --> 00:25:07,094 -Awak tak bercakap? -Cuma bila saya mahu. 304 00:25:07,178 --> 00:25:11,849 Awak syak suami awak terlibat dalam aktiviti haram? 305 00:25:11,933 --> 00:25:14,393 Dia mencuri daripada syarikatnya, Kliner. 306 00:25:14,477 --> 00:25:17,021 Dia bawa penyaman udara ke Miami. 307 00:25:17,104 --> 00:25:19,523 Dia enggan mengaku, tapi berdasarkan gajinya, 308 00:25:19,607 --> 00:25:23,194 saya rasa tak semua penyaman udara dibawa ke tempat yang sepatutnya. 309 00:25:23,277 --> 00:25:25,321 Dia akan buat orang marah. 310 00:25:25,404 --> 00:25:29,575 Orang itu tembak suami awak dari belakang dan biarkan dia mati di ladang. 311 00:25:31,369 --> 00:25:33,496 Awak bercakap untuk beritahu hal begitu? 312 00:25:33,579 --> 00:25:35,998 Ya, orang yang saya sayang juga dibunuh. 313 00:25:37,208 --> 00:25:40,378 Jika awak nak kongsi apa-apa, kongsi sekarang. 314 00:25:46,259 --> 00:25:47,843 Saya boleh tunjuk kotaknya. 315 00:25:52,765 --> 00:25:56,352 Berdasarkan kerjanya, saya rasa dia ambil unit itu, bungkus semula, 316 00:25:56,435 --> 00:26:00,231 dan jual di pasaran gelap. Ada kotak dibawa keluar dan masuk. 317 00:26:00,314 --> 00:26:04,193 Kita memang mudah bertahan dengan suami yang hebat memuaskan kita. 318 00:26:06,112 --> 00:26:09,490 Pada malam Pete dibunuh, awak tahu dia jumpa siapa? 319 00:26:09,573 --> 00:26:13,703 Tidak. Dia selalu dapat panggilan, terus keluar dan tak balik berhari-hari. 320 00:26:13,786 --> 00:26:16,664 Dulu saya tanya, tapi ia mengundang pergaduhan. 321 00:26:16,747 --> 00:26:21,210 -Sebab itu awak tak laporkan dia hilang? -Sebab itu dan sebab saya tak peduli. 322 00:26:21,836 --> 00:26:23,629 Kesabaran wanita ada hadnya. 323 00:26:23,713 --> 00:26:27,717 Awak boleh tanam dia di mana-mana padang. Saya akan pergi esok. 324 00:26:27,800 --> 00:26:30,219 Tinggal dengan ibu bapa hingga rumah ini dijual. 325 00:26:30,303 --> 00:26:33,514 Saya dah tak tahan dengan Georgia dan lelaki tak guna itu. 326 00:26:37,518 --> 00:26:38,519 Finlay. 327 00:26:40,187 --> 00:26:42,064 Dua S dan Tiga B. Baiklah. 328 00:26:42,148 --> 00:26:43,524 Kami dalam perjalanan. 329 00:26:43,607 --> 00:26:46,736 Kita kena pergi. Awak perlu tukar uniform. 330 00:26:52,283 --> 00:26:56,579 Pasti Jobling curi sangat banyak penyaman udara untuk beli rumah itu. 331 00:26:56,662 --> 00:26:58,956 Dia cuma mengangkut wang palsu Kliner. 332 00:26:59,040 --> 00:27:01,667 Molly Beth kata Joe hentikan pemalsuan di AS. 333 00:27:01,751 --> 00:27:05,838 Wang kertas dihasilkan di Amerika Selatan oleh orang yang saya bunuh tadi, 334 00:27:05,921 --> 00:27:09,050 dan dihantar ke Florida. Jobling bawa penyaman udara sebenar, 335 00:27:09,133 --> 00:27:12,762 isi kotak dengan wang palsu dan bawa balik ke Margrave. 336 00:27:12,845 --> 00:27:15,056 Namun dia ambil sedikit wang itu. 337 00:27:15,139 --> 00:27:16,474 Awak macam yakin. 338 00:27:16,557 --> 00:27:19,643 Ini teori saya. Saya harap fail Joe mengesahkannya. 339 00:27:23,022 --> 00:27:24,607 Kita di tempat yang betul? 340 00:27:24,690 --> 00:27:28,194 Dua S, Tiga B. Dua blok ke selatan, tiga ke barat dari pejabat Picard. 341 00:27:28,277 --> 00:27:29,737 Kita di tempat yang betul. 342 00:27:30,863 --> 00:27:31,989 Dia datang. 343 00:27:34,867 --> 00:27:36,702 Kira sampai empat dan ikut. 344 00:27:46,545 --> 00:27:48,089 Semua orang okey? 345 00:27:48,172 --> 00:27:49,298 Ya, kami okey. 346 00:27:49,382 --> 00:27:51,342 Siapa jaga Charlie dan anaknya? 347 00:27:51,425 --> 00:27:54,053 Tiada sesiapa. Dia boleh jaga diri seketika. 348 00:27:54,136 --> 00:27:55,679 Apa maklumat kenderaan itu? 349 00:27:55,763 --> 00:27:58,933 Kereta Chevy Equinox milik syarikat sewa kereta. 350 00:27:59,016 --> 00:28:00,851 Ada orang ambil minggu lepas. 351 00:28:00,935 --> 00:28:04,230 Plat dikesan di motel 40 batu di luar Margrave. 352 00:28:04,313 --> 00:28:08,567 Masalahnya kereta dan motel disewa atas nama Ron Hassey. 353 00:28:08,651 --> 00:28:11,779 Itu Joe. Dia guna nama penangkap bola simpanan Yankees. 354 00:28:11,862 --> 00:28:13,531 Mujur nama itu sukar dikenali. 355 00:28:13,614 --> 00:28:15,950 Mungkin dia tak sempat daftar keluar. 356 00:28:16,033 --> 00:28:18,828 -Mungkin dia tinggalkan barang penting. -Mungkin juga. 357 00:28:18,911 --> 00:28:21,580 Dia simpan rekod terperinci dan banyak nota. 358 00:28:22,456 --> 00:28:26,585 Alamat motel, 1517, Jalan Oglethorpe. Hafal dan buang. 359 00:28:27,211 --> 00:28:29,839 Tolong saya dengan menutup kes ini segera. 360 00:28:29,922 --> 00:28:32,675 Situasi saya sukar dan saya mungkin dipecat. 361 00:28:32,758 --> 00:28:34,051 Saya hargai bantuan awak. 362 00:28:41,559 --> 00:28:44,145 Ron Hassey menginap di sini. Kenapa awak tanya? 363 00:28:44,228 --> 00:28:46,647 Dia ada tinggalkan barang peribadi? 364 00:28:46,730 --> 00:28:51,026 Ada, beg bimbit dan beg pakaian. Sudah diambil kira-kira 20 minit lalu. 365 00:28:51,694 --> 00:28:53,696 -Siapa yang ambil? -Ron Hassey. 366 00:28:54,155 --> 00:28:55,489 Macam mana rupanya? 367 00:28:56,240 --> 00:29:00,369 Sederhana tinggi, bangsa asing, mungkin Sepanyol. 368 00:29:02,705 --> 00:29:06,125 Mereka 20 minit lebih awal dan boleh pergi ke mana-mana arah. 369 00:29:06,208 --> 00:29:08,586 -Beg bimbit dah tiada. -Beg itu tak penting. 370 00:29:08,669 --> 00:29:10,588 -Awak kata dia ambil nota. -Ya. 371 00:29:10,671 --> 00:29:13,591 Dia tahu dirinya diburu. Jadi dia sembunyikannya. 372 00:29:14,049 --> 00:29:17,344 Jika awak keluar dengan barangan Joe, apa awak akan buat? 373 00:29:17,428 --> 00:29:19,472 Pergi sebelum adiknya jumpa saya. 374 00:29:19,555 --> 00:29:23,851 Awak akan bergerak pantas. Bawa beg bimbit dan buang beg pakaian. 375 00:29:25,269 --> 00:29:26,187 Biar betul. 376 00:29:27,438 --> 00:29:30,900 Okey, Joe. Ayuh lihat jika awak bijak seperti jangkaan saya. 377 00:29:47,541 --> 00:29:48,876 Tak mungkin. 378 00:29:50,211 --> 00:29:52,379 GARAJ JOBLING FAIL KLINER MILIK GRAY 379 00:29:53,714 --> 00:29:55,216 Ia macam senarai tugasan. 380 00:29:55,466 --> 00:29:56,467 Berlindung! 381 00:30:01,889 --> 00:30:02,932 Tayar dah pecah. 382 00:30:03,015 --> 00:30:05,434 Apabila saya tembak, lari ke arah bertentangan. 383 00:30:05,518 --> 00:30:07,436 Kita sukar ditembak jika berpecah. 384 00:30:07,520 --> 00:30:10,314 Dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga. 385 00:30:16,070 --> 00:30:17,988 Kertas itu pada dia! Kejar dia! 386 00:30:51,564 --> 00:30:53,065 Tak guna! 387 00:31:14,128 --> 00:31:15,379 Mateo! 388 00:32:03,761 --> 00:32:05,929 Awak bunuh sepupu saya. 389 00:32:06,013 --> 00:32:09,141 Saya akan cat tanah ini dengan tengkorak awak. 390 00:32:20,861 --> 00:32:22,071 Terima kasih. 391 00:32:23,113 --> 00:32:26,241 Awak umpan mereka agar ikut awak sebab awak ada nota Joe. 392 00:32:26,325 --> 00:32:27,493 Ya, agar awak selamat. 393 00:32:27,576 --> 00:32:31,205 Tak perlu jaga saya. Saya polis. Bukan gadis yang perlu bantuan. 394 00:32:31,288 --> 00:32:32,122 Sememangnya. 395 00:32:32,206 --> 00:32:35,501 Kita setuju malam tadi tak ubah apa-apa. Apa awak fikir? 396 00:32:42,007 --> 00:32:46,303 Saya fikir selepas Joe mati tiada lagi orang yang saya sayang di dunia ini. 397 00:32:46,387 --> 00:32:47,638 Perasaan itu teruk. 398 00:32:48,472 --> 00:32:49,848 Kemudian kita bertemu. 399 00:32:50,933 --> 00:32:52,267 Saya rasa lebih lega. 400 00:32:55,938 --> 00:32:58,273 Ayuh, kita kena tukar tayar. 401 00:33:13,038 --> 00:33:13,914 Finlay. 402 00:33:14,415 --> 00:33:15,582 Awak jumpa apa-apa? 403 00:33:15,666 --> 00:33:17,876 Ya, kemudian dua lelaki jumpa kami. 404 00:33:17,960 --> 00:33:19,253 Ada mayat lagi? 405 00:33:20,379 --> 00:33:21,588 Saya nak tahu 406 00:33:21,672 --> 00:33:24,508 macam mana mereka tiba di hotel itu sebelum kami? 407 00:33:25,801 --> 00:33:30,347 Stevenson angkat panggilan Picard dan sambungkan ke talian utama. 408 00:33:30,973 --> 00:33:33,976 -Mungkin dia dengar. -Sesiapa saja di balai boleh dengar. 409 00:33:34,810 --> 00:33:35,811 Ataupun... 410 00:33:35,894 --> 00:33:39,440 Entahlah, mungkin sikap baik Stevenson cuma lakonan. 411 00:33:40,107 --> 00:33:43,527 Picard pernah telefon balai kita beberapa kali tahun lalu. 412 00:33:43,610 --> 00:33:47,239 Mungkin Stevenson cam suaranya dan mentafsirkan lokasi pertemuan. 413 00:33:47,322 --> 00:33:50,242 Kliner dah hantar orangnya semasa awak tiba. 414 00:33:50,325 --> 00:33:53,746 Semasa saya jumpa mayat Spivey, dia ada alat peninjauan. 415 00:33:53,829 --> 00:33:56,540 Mungkin mereka mendengar dengan mikrofon parabola. 416 00:33:56,623 --> 00:33:58,917 Saya tak sangka Stevenson korup. 417 00:33:59,001 --> 00:34:02,546 Namun dia tanya banyak soalan, 418 00:34:03,338 --> 00:34:05,966 kononnya risau tentang keluarga Hubble. 419 00:34:06,383 --> 00:34:08,427 Budak tak guna. 420 00:34:09,052 --> 00:34:14,016 Mungkin dia tahu nama samaran Joe dan motel itu, dan datang lebih awal. 421 00:34:14,099 --> 00:34:17,102 Namun kita yang selamat. 422 00:34:17,811 --> 00:34:20,022 Kita perlu semak barang yang awak jumpa. 423 00:34:20,105 --> 00:34:23,317 -Bukan melalui telefon. -Saya tahu rumah ladang terbiar. 424 00:34:23,400 --> 00:34:26,153 Di luar Margrave, terpencil. Saya akan hantar lokasi. 425 00:34:26,528 --> 00:34:28,030 Baiklah. Jumpa nanti. 426 00:34:29,198 --> 00:34:31,825 Mujurlah kita berhati-hati dengan Stevenson. 427 00:34:36,371 --> 00:34:37,915 Awak masih marah saya? 428 00:34:40,834 --> 00:34:44,463 Saya tahu awak tak perlu perlindungan tapi saya ikut gerak hati. 429 00:34:47,257 --> 00:34:48,884 Seperti yang diajar. 430 00:34:49,927 --> 00:34:53,222 Dia bukan budak biasa. 431 00:34:53,347 --> 00:34:55,766 Anak awak belasah anak Brigadier Jeneral. 432 00:34:55,849 --> 00:34:58,811 Anak Bishop bawa masalah sejak kami pindah ke Okinawa. 433 00:34:58,894 --> 00:35:00,979 Anak saya mempertahankan Billy Docette. 434 00:35:01,063 --> 00:35:02,564 Mereka enggan terlibat. 435 00:35:02,648 --> 00:35:05,484 Ayahnya fikir kerjaya. Awak juga patut buat begitu. 436 00:35:05,567 --> 00:35:07,611 Ini cuma perbalahan budak-budak. 437 00:35:07,694 --> 00:35:10,948 Betul, tapi anak awak hentam muka budak lain. 438 00:35:11,031 --> 00:35:12,741 Apa hukumannya? 439 00:35:12,825 --> 00:35:14,952 Joe bawah umur. Tak banyak boleh dibuat. 440 00:35:15,035 --> 00:35:18,288 Namun Bishop akan menyusahkan hidup Stan. 441 00:35:18,372 --> 00:35:19,706 Apa yang awak dengar? 442 00:35:19,790 --> 00:35:22,626 Dia nak cari alasan untuk turunkan pangkat awak, 443 00:35:22,709 --> 00:35:27,422 potong gaji awak dan pindahkan awak dari Okinawa ke tugasan teruk di Jerman. 444 00:35:27,506 --> 00:35:28,382 Ya Tuhan. 445 00:35:28,465 --> 00:35:31,718 Stanley tak buat salah. Pasti ada cara untuk baikinya. 446 00:35:31,802 --> 00:35:34,012 Saya akan bantu jika boleh, Josephine. 447 00:35:34,638 --> 00:35:37,474 Namun Bishop kuat berdendam sejak dulu lagi. 448 00:35:38,267 --> 00:35:40,352 Dia akan hancurkan kerjaya awak. 449 00:35:40,435 --> 00:35:44,565 Maaf sebab sampaikan berita buruk. Saya cuma nak awak tahu lebih awal. 450 00:35:45,274 --> 00:35:47,693 Terima kasih, Butch. Awak orang baik. 451 00:35:54,116 --> 00:35:55,158 Anak-anak, mari. 452 00:36:01,540 --> 00:36:02,791 Betulkah kata-katanya? 453 00:36:03,792 --> 00:36:04,710 Ya. 454 00:36:06,753 --> 00:36:09,756 -Tak adil jika ayah dihukum. -Betul. 455 00:36:11,133 --> 00:36:14,511 Kamu patut fikirkannya sebelum buat tindakan itu. 456 00:36:26,607 --> 00:36:27,858 Dia benci saya. 457 00:36:34,072 --> 00:36:36,408 -Biar saya uruskan. -Jangan! 458 00:36:36,491 --> 00:36:39,494 Tak boleh. Awak baru 12 tahun. Saya tak nak awak terlibat. 459 00:36:39,578 --> 00:36:40,495 Tapi, Joe... 460 00:36:40,579 --> 00:36:42,789 Gerak hati awak kata, tutup mulut. 461 00:36:42,873 --> 00:36:44,249 Itu tindakan yang betul. 462 00:36:45,167 --> 00:36:46,418 Jadi jangan masuk campur. 463 00:36:58,472 --> 00:37:01,767 "E unum pluribus." Satu jadi banyak. 464 00:37:01,892 --> 00:37:05,270 Sepatutnya "E pluribus unum", "banyak jadi satu". Ini terbalik. 465 00:37:05,354 --> 00:37:06,563 Jadi ini kesilapan? 466 00:37:06,647 --> 00:37:08,690 Joe tak buat silap. 467 00:37:08,774 --> 00:37:11,151 Pasti "P.H." merujuk pada Paul Hubble. 468 00:37:11,234 --> 00:37:14,237 "W.B"? Siapa tahu kod kawasan itu? 469 00:37:14,321 --> 00:37:15,614 Entahlah. 470 00:37:15,697 --> 00:37:17,991 Seterusnya "S.C." di New York. 471 00:37:18,075 --> 00:37:21,411 Saya ketuai siasatan dengan Pengawal Kebangsaan udara di Memphis. 472 00:37:21,495 --> 00:37:23,705 Saya rasa kod 901 J.W. untuk kawasan itu. 473 00:37:23,789 --> 00:37:27,250 Dua ini saya belum faham. Garaj Jobling, fail Kliner milik Gray. 474 00:37:27,334 --> 00:37:29,378 Kami dah pergi ke garaj Jobling. 475 00:37:29,461 --> 00:37:32,089 Cuma kotak kosong dan tiada maklumat baru. 476 00:37:32,172 --> 00:37:36,176 Gray tiada fail Kliner. Semasa dia mati, saya periksa pejabat dan rumahnya. 477 00:37:36,259 --> 00:37:38,929 Saya kemas semuanya. Tiada fail Kliner. 478 00:37:39,012 --> 00:37:41,306 Ayuh buat carian untuk nombor ini. 479 00:37:41,390 --> 00:37:43,058 Atau kita boleh telefon. 480 00:37:43,558 --> 00:37:44,685 Boleh juga. 481 00:37:46,436 --> 00:37:48,355 Saya ambil nombor misteri ini. 482 00:37:48,438 --> 00:37:50,107 Saya cuba New York. 483 00:37:50,190 --> 00:37:51,358 Memphis. 484 00:37:59,449 --> 00:38:02,119 Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. 485 00:38:02,202 --> 00:38:03,829 Nak hubungi siapa? 486 00:38:04,496 --> 00:38:05,539 Helo? 487 00:38:05,622 --> 00:38:09,835 Okey, W.B. ialah William Bryant. Profesor ekonomi di Princeton. 488 00:38:09,918 --> 00:38:13,839 Menurut mel suara, dia ada persidangan di Eropah dan balik tiga hari lagi. 489 00:38:13,922 --> 00:38:15,048 Dia tak periksa mesej. 490 00:38:15,132 --> 00:38:18,760 Aneh. Nombor saya disambungkan ke jabatan ekonomi Columbia. 491 00:38:18,844 --> 00:38:21,138 S.C. ialah Profesor Stephanie Castillio, 492 00:38:21,221 --> 00:38:24,808 juga dalam persidangan di Eropah dan balik tiga hari lagi. 493 00:38:25,517 --> 00:38:27,894 -Awak telefon Universiti Memphis? -Tidak. 494 00:38:27,978 --> 00:38:29,980 Pejabat EPA di Memphis. 495 00:38:30,063 --> 00:38:32,399 Apa kaitan semua ini dengan pemalsuan? 496 00:38:32,482 --> 00:38:35,235 Apa kaitannya dengan nombor Hubble? 497 00:38:35,318 --> 00:38:37,320 Atau Amerika Selatan dan makanan haiwan? 498 00:38:37,404 --> 00:38:39,698 Okey, lupakan tekaan terakhir itu. 499 00:38:39,781 --> 00:38:42,325 Makanan haiwan itu terlalu banyak. 500 00:38:42,409 --> 00:38:45,120 Kita kena cari petunjuk di EPA Memphis segera. 501 00:38:45,245 --> 00:38:49,374 Ejen persekutuan yang jahat lebih bawa keburukan berbanding profesor. 502 00:38:49,458 --> 00:38:52,335 Awak tak boleh pergi. Molly Beth mendarat sejam lagi. 503 00:38:52,419 --> 00:38:55,422 Mungkin ada trengkas pada fail itu yang cuma awak faham. 504 00:38:55,505 --> 00:38:58,884 Ya, awak berdua juga perlu berpura-pura di depan Teale. 505 00:39:02,304 --> 00:39:04,056 Ada penyiasat yang boleh bantu. 506 00:39:04,139 --> 00:39:05,390 Dia boleh dipercayai? 507 00:39:05,474 --> 00:39:08,060 Dah banyak kali dia selamatkan nyawa saya. 508 00:39:08,143 --> 00:39:09,811 Dia tak pernah menghampakan. 509 00:39:14,608 --> 00:39:17,652 -Reacher! -Helo, Neagley. Mana awak tahu ini saya? 510 00:39:17,736 --> 00:39:20,864 Cuma awak ada nombor peribadi saya selain ayah saya. 511 00:39:20,989 --> 00:39:25,869 Sekarang dia menikmati tarikan undang-undang Judge Judy. 512 00:39:27,954 --> 00:39:30,499 Dah seminit setengah berlalu. Ada apa? 513 00:39:31,166 --> 00:39:33,627 Saya akan jelaskan dengan pantas. Sedia? 514 00:39:34,419 --> 00:39:36,838 -Silakan. -Abang saya anggota Khidmat Rahsia. 515 00:39:36,922 --> 00:39:38,882 Dia siasat pemalsuan wang di Georgia. 516 00:39:38,965 --> 00:39:41,676 Dia terlalu hampir dengan kebenaran dan dibunuh. 517 00:39:42,385 --> 00:39:43,303 Alamak. 518 00:39:44,387 --> 00:39:45,388 Awak okey? 519 00:39:45,472 --> 00:39:47,099 Abang saya dibunuh, bukan saya. 520 00:39:47,182 --> 00:39:49,559 Maaf, saya terlupa saya cakap dengan awak. 521 00:39:49,643 --> 00:39:53,438 Nota Joe ada nombor pejabat EPA Memphis dan parap J.W. 522 00:39:53,522 --> 00:39:56,108 -Cuma ada nombor dan parap. -Itu dah cukup. 523 00:39:56,191 --> 00:39:58,610 Saya akan uruskan. Hei, bos. 524 00:40:00,070 --> 00:40:01,404 Jika awak nak berbual... 525 00:40:01,488 --> 00:40:02,572 Kita baru berbual. 526 00:40:04,032 --> 00:40:07,285 Awak pandai buang emosi. Berhentilah berselindung. 527 00:40:07,702 --> 00:40:08,870 Selamat malam, Neagley. 528 00:40:09,538 --> 00:40:11,540 Dia selalu cakap begitu dengan awak? 529 00:40:11,623 --> 00:40:13,458 Tak, kadangkala dia terus terang. 530 00:40:13,542 --> 00:40:16,503 Kita kena pergi. Molly Beth hampir mendarat. 531 00:40:16,586 --> 00:40:19,548 Tinggalkan Jaguar. Lubang peluru menarik perhatian. 532 00:40:19,631 --> 00:40:22,134 Biar saya pandu. Harap awak suka muzik 38 Special. 533 00:40:24,594 --> 00:40:25,512 Awak serius? 534 00:40:30,600 --> 00:40:33,603 Katanya, pesawat Molly Beth mendarat 15 minit lagi. 535 00:40:33,687 --> 00:40:36,356 Dia cuma hantar dokumen dan tak daftar bagasi. 536 00:40:36,439 --> 00:40:39,359 Sepuluh minit untuk turun, lima minit di tandas, 537 00:40:39,442 --> 00:40:42,237 sepuluh minit jalan ke tren, dua minit beli tiket. 538 00:40:42,320 --> 00:40:45,782 Tren berlepas setiap lima minit. Berapa minit ke Five Points? 539 00:40:45,866 --> 00:40:47,701 -Kira-kira 15 hingga 20 minit. -Okey. 540 00:40:47,784 --> 00:40:51,288 Kita kena tiba di sana satu hingga enam minit lebih awal. 541 00:40:54,416 --> 00:40:56,168 Kita tak tahu rupa dia. 542 00:40:56,251 --> 00:40:59,629 -Macam mana dia nak cari kita? -Dia tahu rupa Joe. 543 00:40:59,713 --> 00:41:01,047 Rupa saya macam Joe. 544 00:41:04,509 --> 00:41:08,555 Saya tahu awak peminat blues, Reacher, tapi cubalah rasai muzik ini. 545 00:41:10,599 --> 00:41:11,600 Tidak. 546 00:41:20,192 --> 00:41:21,193 Okey. 547 00:41:24,196 --> 00:41:28,783 Dia naik tren Merah atau Emas ke utara. Tren itu tiba di platform berbeza. 548 00:41:37,125 --> 00:41:38,251 Kita dah jumpa dia. 549 00:41:41,713 --> 00:41:44,591 Dia nak jumpa kita di atas eskalator. 550 00:41:52,849 --> 00:41:54,100 Mana dia? 551 00:41:54,184 --> 00:41:56,228 Pasti dia terlepas dan terus jalan. 552 00:41:56,311 --> 00:41:58,438 Tiada siapa akan terlepas saya. 553 00:42:02,567 --> 00:42:03,693 Ada masalah. 554 00:42:04,277 --> 00:42:07,447 Ayuh berpecah. Awak ikut tangga, awak ikut lif. 555 00:42:08,949 --> 00:42:10,242 -Maaf. -Hei. 556 00:42:15,872 --> 00:42:16,957 Tak guna. 557 00:42:51,866 --> 00:42:52,701 Okey. 558 00:42:54,286 --> 00:42:56,830 Hei! Oh Tuhan. 559 00:43:02,502 --> 00:43:03,545 Joe. 560 00:45:03,623 --> 00:45:05,625 Terjemahan sari kata oleh: Farahiah Senin 561 00:45:05,708 --> 00:45:07,710 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin