1 00:00:05,469 --> 00:00:07,722 FAA masih mengumpulkan maklumat, 2 00:00:07,805 --> 00:00:11,934 namun menegaskan setakat ini semua bukti menunjukkan kepada kegagalan mekanikal. 3 00:00:12,017 --> 00:00:14,687 Potongan bajet Washington akan menghentikan 4 00:00:14,770 --> 00:00:18,733 rondaan Pengawal Pantai di sepanjang pinggir laut Tenggara. 5 00:00:18,816 --> 00:00:23,654 Rondaan itu dikatakan telah berjaya menggeledah dan merampas ratusan 6 00:00:23,738 --> 00:00:25,948 kontraban termasuk... 7 00:00:28,951 --> 00:00:32,705 Awak tak patut biar dia terdampar mati di situ. 8 00:00:34,874 --> 00:00:37,793 -Kita telefon 911. -Tapi... 9 00:00:37,877 --> 00:00:40,004 Kita tak boleh tunggu. 10 00:00:40,087 --> 00:00:44,633 Polis Margrave kotor. Kita tak tahu Polis Atlanta dan Polis Negeri Georgia 11 00:00:44,717 --> 00:00:46,677 juga dibayar oleh Kliner. 12 00:00:46,761 --> 00:00:48,971 Agar kematian Molly Beth tak sia-sia, 13 00:00:49,054 --> 00:00:50,514 kita tangkap pembunuhnya. 14 00:00:50,598 --> 00:00:52,725 Kita tak boleh tangkap jika kita mati 15 00:00:52,808 --> 00:00:55,603 atau dipenjarakan atas tuduhan membunuh dia. 16 00:00:59,398 --> 00:01:00,691 Berhenti di tepi. 17 00:01:08,616 --> 00:01:10,493 Apa yang kita buat? 18 00:01:10,576 --> 00:01:12,620 Panjang ceritanya. Tunggu sebentar. 19 00:01:17,500 --> 00:01:20,419 Tak apa. Apa dia buat kepada kamu? 20 00:01:23,881 --> 00:01:25,216 Kolarnya terlalu ketat. 21 00:01:27,259 --> 00:01:28,636 Saya tak tahan lagi. 22 00:01:30,012 --> 00:01:31,472 Apa yang awak buat? 23 00:01:31,555 --> 00:01:34,600 Anjing ini tak buat salah. 24 00:01:34,683 --> 00:01:38,020 -Ia tak patut dilayan begini. -Jangan datang sini lagi! 25 00:01:40,898 --> 00:01:41,732 Biar betul. 26 00:01:47,112 --> 00:01:48,697 Mungkin awak suka begitu. 27 00:01:51,575 --> 00:01:53,494 -Mari, kawan. -Ayuh. 28 00:02:05,172 --> 00:02:07,716 Jadi apa kita nak buat sekarang? 29 00:02:09,134 --> 00:02:12,805 Bawa anjing ke pusat perlindungan dan hantar saya ke rumah Hubble. 30 00:02:12,888 --> 00:02:13,806 Kenapa? 31 00:02:14,849 --> 00:02:18,519 Kereta dia tempoh hari ditembak teruk. Saya nak kereta baru. 32 00:02:20,563 --> 00:02:23,649 Okey, kita jumpa di tempat letak kereta balai. 33 00:02:27,695 --> 00:02:29,655 Hei, awak okey? 34 00:02:31,574 --> 00:02:33,701 Saya tak patut libatkan dia. 35 00:03:09,945 --> 00:03:11,113 Ini pun boleh. 36 00:04:12,174 --> 00:04:16,679 Kenapa pemilik kamu beli banyak makanan untuk kamu dan rakan-rakan? 37 00:04:23,852 --> 00:04:25,479 Kamu banyak membantu. 38 00:05:04,309 --> 00:05:07,354 PEREMPUAN JALANG 39 00:05:14,361 --> 00:05:15,696 Tak guna. 40 00:05:18,449 --> 00:05:23,746 Jadi saya sumbat benda itu dengan M-80, bom ceri, tin abu. 41 00:05:23,829 --> 00:05:25,748 -Roket botol. -Roket botol. 42 00:05:25,831 --> 00:05:28,584 Dawson nyalakannya, dan kami cabut lari. 43 00:05:28,667 --> 00:05:30,502 Peti surat meletup. 44 00:05:30,586 --> 00:05:33,255 Kertas dan logam terbakar tercampak ke mana-mana. 45 00:05:33,338 --> 00:05:35,632 Enam bulan kemudian, kami di Gas 'N' Such 46 00:05:35,716 --> 00:05:38,886 dan Slattery ditahan di tempat letak kereta. 47 00:05:38,969 --> 00:05:42,014 Dia ditahan sebab tak datang untuk tugas juri. 48 00:05:42,097 --> 00:05:45,350 Sebenarnya ada saman juri dalam peti surat itu. 49 00:05:50,564 --> 00:05:53,650 Itu padahnya sebab buat saya gagal Sastera Inggeris. 50 00:06:02,743 --> 00:06:05,037 Penjenayah perang datang. 51 00:06:07,456 --> 00:06:09,500 Kalau awak lapar, saya boleh belanja, 52 00:06:09,583 --> 00:06:11,543 untuk membantu gelandangan. 53 00:06:12,753 --> 00:06:15,380 Ini orang yang saya beritahu tempoh hari. 54 00:06:16,173 --> 00:06:19,593 Awak dan kawan saya, Emmitt, ada persamaan. 55 00:06:19,676 --> 00:06:21,345 Pemain bola kolej. 56 00:06:22,179 --> 00:06:26,391 Emmitt pemain penyerang Universiti Georgia selama tiga tahun. 57 00:06:26,475 --> 00:06:30,813 Menurut rekod awak, awak bermain satu perlawanan dengan tentera. 58 00:06:32,523 --> 00:06:35,150 Apa dah jadi, kawan? Tak mampu teruskan? 59 00:06:35,234 --> 00:06:37,486 -Saya dibuang pasukan. -Kenapa? 60 00:06:37,569 --> 00:06:39,279 Terlalu ganas. 61 00:06:46,411 --> 00:06:49,873 -Awak ganggu kami makan tengah hari. -Saya nak tanya sesuatu. 62 00:06:50,624 --> 00:06:52,292 Awak lelaki jenis apa? 63 00:06:53,877 --> 00:06:57,089 Lelaki bodoh atau berdendam? 64 00:06:58,507 --> 00:07:03,804 Adakah awak cuma anak manja orang kaya yang menyorok di sebalik wang ayah? 65 00:07:08,058 --> 00:07:09,977 Itu bukan soalan retorik. 66 00:07:10,894 --> 00:07:15,274 Saya cuma nak tahu, lelaki jenis apa suka menakutkan wanita berbadan kecil? 67 00:07:15,983 --> 00:07:20,237 Wanita yang sebenarnya tiada rasa takut. 68 00:07:25,659 --> 00:07:27,786 Rasanya saya tahu. 69 00:07:29,830 --> 00:07:31,832 Awak orang yang tahu macam-macam. 70 00:07:33,167 --> 00:07:36,545 Awak tahu saya akan cari awak selepas awak ganggu Roscoe. 71 00:07:38,255 --> 00:07:41,383 Awak tahu saya akan nampak trak awak di luar. 72 00:07:41,466 --> 00:07:45,512 Trak yang tak pernah bawa benda lain kecuali tong bir. 73 00:07:46,889 --> 00:07:49,641 Awak tahu saya akan masuk ke sini dan cari pasal 74 00:07:49,725 --> 00:07:52,519 yang akan menyusahkan saya. 75 00:07:52,603 --> 00:07:55,022 Tapi nak tahu apa yang awak tak tahu? 76 00:07:55,647 --> 00:07:57,482 Apa? 77 00:07:57,566 --> 00:08:00,485 Apa rasanya apabila saya belasah awak. 78 00:08:00,569 --> 00:08:04,615 Sebab jika awak tahu, awak takkan ambil tin cat itu. 79 00:08:06,491 --> 00:08:07,659 Okey. 80 00:08:09,244 --> 00:08:12,039 Biar saya beritahu awak tentang Roscoe Conklin. 81 00:08:14,666 --> 00:08:16,501 Perempuan jalang itu... 82 00:08:35,729 --> 00:08:37,856 -Letakkannya! -Saya tak suka awak, Dawson, 83 00:08:37,940 --> 00:08:41,193 -jangan paksa saya buktikan. -Letak pisau atau saya tembak. 84 00:08:42,110 --> 00:08:43,528 Letak pisau itu, nak. 85 00:08:56,416 --> 00:08:59,127 -Hal ini belum berakhir. -Bila-bila saja awak mahu. 86 00:08:59,211 --> 00:09:03,382 Sejak lelaki ini tiba di Margrave, dia cuma bawa keganasan. 87 00:09:03,465 --> 00:09:05,092 Sekarang dia serang anak saya? 88 00:09:05,175 --> 00:09:09,638 -Sudah, bawa dia keluar dari sini. -Setahu saya, awak bukan bos saya. 89 00:09:11,056 --> 00:09:15,102 Kapten Finlay, awak budak bandar. 90 00:09:15,185 --> 00:09:17,813 Jadi mungkin awak tak pernah dengar pepatah ini. 91 00:09:19,022 --> 00:09:21,858 Jika awak gali perigi di bawah rumah, 92 00:09:21,942 --> 00:09:23,610 awak takkan jumpa air. 93 00:09:23,694 --> 00:09:27,698 Jadi hentikan perkara mengarut ini sebelum ada orang cedera. 94 00:09:29,116 --> 00:09:31,034 Saya nampak semuanya. 95 00:09:31,493 --> 00:09:33,704 Junior dan rakannya buat hal sendiri. 96 00:09:33,787 --> 00:09:36,748 Lelaki ini datang dan buat kacau di tempat ini. 97 00:09:36,832 --> 00:09:40,335 Terima kasih, Earl, sebab jadi warga Margrave yang baik. 98 00:09:41,670 --> 00:09:42,921 Detektif? 99 00:09:44,756 --> 00:09:46,633 Roscoe, bawa Reacher keluar. 100 00:09:49,511 --> 00:09:51,013 Jumpa lagi, Junior. 101 00:10:12,909 --> 00:10:16,580 Molly Beth mati sebab dia sayang seorang ahli keluarga Reacher. 102 00:10:21,501 --> 00:10:22,794 Ya. 103 00:10:26,631 --> 00:10:27,883 Teale telefon. 104 00:10:29,468 --> 00:10:31,511 Tuan Teale. 105 00:10:31,595 --> 00:10:32,554 Ya. 106 00:10:35,098 --> 00:10:36,767 Saya tak tahu tentang itu. 107 00:10:37,809 --> 00:10:40,312 Pasti saya terlepas pandang. 108 00:10:42,939 --> 00:10:44,232 Apa? 109 00:10:44,316 --> 00:10:47,402 Biar betul. Tidak, saya cuma terkeliru dengan laporan lain. 110 00:10:47,486 --> 00:10:49,988 -Binatang tak guna! -Sabar. Apa dah jadi? 111 00:10:50,072 --> 00:10:51,865 -Teale pecat saya. -Sebab apa? 112 00:10:51,948 --> 00:10:53,950 Laporan tentang kereta Joe. 113 00:10:54,034 --> 00:10:57,162 Saya kata platnya sepadan dengan kereta bekas penjenayah. 114 00:10:57,245 --> 00:11:01,041 Teale semak laporan dan dia nampak kereta itu tiada nombor plat. 115 00:11:01,124 --> 00:11:04,378 Katanya kita menyiasat pembunuhan ketua polis. 116 00:11:04,461 --> 00:11:07,714 Dia tak terima kerja yang cuai dan kemudian memecat saya. 117 00:11:07,798 --> 00:11:10,008 Awak jarang masuk pejabat. 118 00:11:10,092 --> 00:11:12,803 Dia mula cari fail dan semak kerja awak. 119 00:11:12,886 --> 00:11:15,305 -Semakin mencurigakan. -Saya akan jumpa dia. 120 00:11:15,389 --> 00:11:18,892 -Saya takkan serahkan senjata. -Saya pun tak mahu. 121 00:11:18,975 --> 00:11:22,270 -Biar saya cakap dengan dia. -Ini mengarut. 122 00:11:22,354 --> 00:11:24,856 Macam mana dengan dia? Kembali ke penjara? 123 00:11:24,940 --> 00:11:26,525 Kliner tak buat dakwaan. 124 00:11:26,608 --> 00:11:28,443 Sebab dia tak nak naik mahkamah. 125 00:11:28,527 --> 00:11:31,988 Tuntutan mahkamah benarkan saya meminta pencabaran perwatakan KJ. 126 00:11:32,072 --> 00:11:35,200 Dedahkan rekod pekerjaannya dan akaun Industri Kliner? 127 00:11:35,283 --> 00:11:36,368 Mereka takkan mahu. 128 00:11:36,451 --> 00:11:39,079 Apa kita nak buat? Siasatan saya belum selesai. 129 00:11:39,162 --> 00:11:40,872 Teruskan siasat senarai Joe. 130 00:11:40,997 --> 00:11:43,417 Senarai itu cetak biru untuk dia dan kita. 131 00:11:43,500 --> 00:11:45,794 Dua profesor itu masih di luar negara. 132 00:11:45,877 --> 00:11:48,380 Neagley menyiasat kaitan Memphis. 133 00:11:48,463 --> 00:11:52,008 -Tiada apa di garaj. -Jadi cuma tinggal fail Gray. 134 00:11:52,092 --> 00:11:54,136 Dia tak tinggalkan apa-apa. 135 00:11:56,054 --> 00:12:00,892 Sebenarnya ada. Bukan fail. Dia tinggalkan pistol Desert Eagle dia. 136 00:12:00,976 --> 00:12:04,146 -Setahun sebelum dia mati. -Tepat sekali. 137 00:12:04,229 --> 00:12:06,648 Orang yang nak bunuh diri akan serahkan barang kesayangan 138 00:12:06,731 --> 00:12:08,859 tak lama sebelum mati, bukan setahun. 139 00:12:13,113 --> 00:12:15,532 Saya nak tengok kotaknya. 140 00:12:15,615 --> 00:12:18,743 Hati-hati. Barang ini amat bermakna bagi saya. 141 00:12:27,127 --> 00:12:28,753 Kosong. 142 00:12:54,946 --> 00:12:57,240 -Tak guna. -Jaga bahasa awak. 143 00:13:05,916 --> 00:13:09,878 Ada kabinet fail atau kotak berkunci di rumah ini semasa dia mati? 144 00:13:09,961 --> 00:13:11,463 Tiada apa-apa. 145 00:13:11,546 --> 00:13:14,716 Ada tempat lain yang dia simpan barang penting? 146 00:13:14,799 --> 00:13:19,095 Gray cuma habiskan masa di balai dan di rumahnya. 147 00:13:19,179 --> 00:13:20,931 Tak tepat. 148 00:13:21,014 --> 00:13:22,933 Semasa kita di motel di Alabama, 149 00:13:23,016 --> 00:13:24,726 Gray potong rambut seminggu sekali. 150 00:13:24,809 --> 00:13:25,685 Ya. 151 00:13:25,810 --> 00:13:29,189 Kenapa lelaki yang hampir botak potong rambut seminggu sekali? 152 00:13:31,566 --> 00:13:36,446 Gray beritahu saya, berikan benda ini kepada awak sahaja. 153 00:13:36,530 --> 00:13:41,076 Dia juga kata, jika awak mencarinya, 154 00:13:41,159 --> 00:13:45,372 dia nak awak tahu, dia bangga dengan anak buahnya. 155 00:14:16,861 --> 00:14:18,488 Dia tinggalkan bunga daisi. 156 00:14:23,368 --> 00:14:25,453 Menurut resit lelongan ternakan, 157 00:14:25,537 --> 00:14:28,582 Kliner ada 116 lembu yang dibeli sekali gus. 158 00:14:28,665 --> 00:14:31,001 Oh Tuhan. Dia cakap tentang lembu lagi. 159 00:14:31,084 --> 00:14:34,045 Nombor itu pelik. Siapa beli 116 ekor lembu? 160 00:14:34,129 --> 00:14:37,424 -Kita beli dalam lot 20, 50 atau 100 ekor. -Maksud awak? 161 00:14:37,507 --> 00:14:39,801 Entahlah, saya cuma rasa... 162 00:14:39,884 --> 00:14:42,345 Terlalu banyak makanan haiwan. 163 00:14:43,054 --> 00:14:44,472 Memang pun. 164 00:14:45,056 --> 00:14:46,182 Cuba beritahu saya. 165 00:14:46,266 --> 00:14:48,935 Bila ladang keluarga dianggap ladang komersial? 166 00:14:49,019 --> 00:14:50,520 Berapa besar saiznya? 167 00:14:50,604 --> 00:14:52,981 -Ini bukan petunjuk. -Jawab sajalah. 168 00:14:55,025 --> 00:14:56,067 Saya tak tahu. 169 00:14:56,151 --> 00:14:59,613 Saya ingat semasa lembu pak cik saya sebanyak 120 ekor, 170 00:14:59,696 --> 00:15:01,656 dia perlu laporkan pada negeri. Kenapa? 171 00:15:01,740 --> 00:15:03,450 Kliner berhenti pada 116 ekor. 172 00:15:03,533 --> 00:15:06,995 Tak cukup untuk mewajibkan inspektor negeri datang 173 00:15:07,078 --> 00:15:09,289 -dan periksa operasinya. -Operasi apa? 174 00:15:09,372 --> 00:15:13,543 Dia ada lembu dan ternakannya tak banyak. Lupakan saja. 175 00:15:13,627 --> 00:15:17,088 -Tahu apa yang besar? -Kalau awak cakap jumlah makanan haiwan, 176 00:15:17,172 --> 00:15:20,508 saya akan kerat awak sendiri. 177 00:15:20,592 --> 00:15:22,844 Tomato dan mayones. 178 00:15:24,262 --> 00:15:28,266 Saya fikir awak perlukan tenaga. 179 00:15:28,350 --> 00:15:30,602 -Terima kasih, encik. -Terima kasih. 180 00:15:31,519 --> 00:15:35,023 Awak ada makanan atau salad, En. Mosley? 181 00:15:35,106 --> 00:15:38,818 Saya ada salad tomato dengan mayones 182 00:15:38,902 --> 00:15:42,322 di antara dua keping roti di depan mata awak. 183 00:15:43,573 --> 00:15:44,908 Terima kasih. 184 00:15:51,247 --> 00:15:54,209 Awak tak tipu tentang ketelitian kerja Gray. 185 00:15:54,292 --> 00:15:56,086 Memang terperinci. 186 00:15:56,169 --> 00:15:58,838 Dia semak setiap pulangan cukai fail Kliner. 187 00:15:58,922 --> 00:16:01,174 Menyamai perakaunan forensik lengkap. 188 00:16:01,257 --> 00:16:05,053 Banyak wang keluar, tapi tak sepadan dengan aliran pendapatan. 189 00:16:05,136 --> 00:16:07,681 Bolehkah badan amal bawa masuk banyak derma 190 00:16:07,764 --> 00:16:11,935 apabila fokusnya cuma untuk menderma kepada perniagaan dan kumpulan komuniti 191 00:16:12,018 --> 00:16:14,020 -bandar kecil di Georgia? -Tak boleh. 192 00:16:14,104 --> 00:16:17,524 Ia tak perlukan derma jika boleh cetak wang sendiri. 193 00:16:17,607 --> 00:16:21,152 Dia bayar untuk semua orang tutup mulut. Seperti insurans. 194 00:16:21,820 --> 00:16:25,365 Jika penduduk Margrave nampak ada yang tak kena dengan Kliner, 195 00:16:25,448 --> 00:16:28,868 jika mereka cuba menghakimi atau mempersoalkannya, 196 00:16:28,952 --> 00:16:32,455 Kliner dah beli kesetiaan mereka dengan dana Kliner. 197 00:16:32,539 --> 00:16:37,252 Jadi Kliner memiliki Margrave dan penduduknya. Dia kawal semuanya. 198 00:16:37,335 --> 00:16:39,963 -Fail ini cukup untuk mendakwa dia? -Tidak. 199 00:16:40,046 --> 00:16:42,382 Sukar mendakwa kes pulangan cukai. 200 00:16:42,966 --> 00:16:45,218 Nombor itu cuma mewakili tindakan. 201 00:16:45,301 --> 00:16:48,847 Dalam hal ini, dia buat sumbangan amal yang kononnya sah. 202 00:16:48,930 --> 00:16:52,517 Kita perlukan bukti langsung pemalsuan dan kita tak memilikinya. 203 00:16:52,600 --> 00:16:55,937 Banyak tempat untuk dia buat begini. Kenapa Margrave? 204 00:16:57,063 --> 00:16:59,065 Ada banyak bandar yang hampir mati. 205 00:17:03,945 --> 00:17:04,988 Biar saya tunjuk. 206 00:17:09,743 --> 00:17:11,578 Awak buat apa? 207 00:17:12,787 --> 00:17:16,416 Lokasi Margrave amat sempurna untuk pengedaran. 208 00:17:16,499 --> 00:17:19,836 Sistem jalan utama lama merentasi kawasan ini. 209 00:17:19,919 --> 00:17:23,882 Trak Kliner boleh elak laluan antara negeri untuk kebanyakan perjalanan, 210 00:17:23,965 --> 00:17:27,469 dan tak dikesan oleh polis di lebuh raya yang sibuk. 211 00:17:27,552 --> 00:17:30,847 Dia perlu melindungi operasi yang sistematik dan terperinci. 212 00:17:30,930 --> 00:17:33,183 Okey, itu saya faham. 213 00:17:33,767 --> 00:17:36,311 Tapi kenapa dia tiba-tiba bunuh semua musuhnya? 214 00:17:36,394 --> 00:17:39,481 Ejen Khidmat Rahsia yang menyiasat operasinya. 215 00:17:39,564 --> 00:17:40,940 Dia hapuskan ancaman itu. 216 00:17:41,024 --> 00:17:44,486 Kemudian dia bunuh ketua polis, cuba pecat seorang lagi polis, 217 00:17:44,569 --> 00:17:47,405 dan kemudian memburu orang awam, adik ejen itu? 218 00:17:47,489 --> 00:17:50,074 Macam terlalu banyak yang dia nak betulkan. 219 00:17:54,078 --> 00:17:58,416 Sekatan Pengawal Pantai. Sering dilaporkan dalam berita. 220 00:17:58,500 --> 00:18:02,629 Sekatan selama setahun menyebabkan tiada wang haram masuk ke AS. 221 00:18:02,712 --> 00:18:05,465 Jadi banyak timbunan wang palsu di luar negara 222 00:18:05,548 --> 00:18:08,343 hingga keseluruhan operasi mudah ditangkap. 223 00:18:08,426 --> 00:18:10,887 Operasi dalam negeri Kliner kurang bekalan. 224 00:18:10,970 --> 00:18:14,098 Pembelinya mengharapkan wang yang dia gagal sediakan. 225 00:18:14,182 --> 00:18:16,976 Orang yang beli barang begitu tak suka dikecewakan. 226 00:18:17,060 --> 00:18:18,603 Jadi apa dia nak buat? 227 00:18:18,686 --> 00:18:21,523 Mungkin ada orang nak beli sesuatu yang bahaya dan sangat mahal. 228 00:18:21,606 --> 00:18:22,565 Macam bom nuklear. 229 00:18:22,649 --> 00:18:26,236 Mereka tiada wang untuk buat. Jadi mereka cetak sendiri. 230 00:18:26,319 --> 00:18:30,907 Atau mereka mahu mengganggu ekonomi AS atau negara yang uruskan mata wang AS, 231 00:18:30,990 --> 00:18:33,368 seperti Panama, dengan sebahagian besar 232 00:18:33,451 --> 00:18:35,703 perdagangan dunia melaluinya setiap tahun. 233 00:18:35,787 --> 00:18:37,497 Saya tak peduli tentang sebabnya. 234 00:18:37,580 --> 00:18:41,209 Awak dan FBI boleh fikirkannya selepas pembunuh Joe mati. 235 00:18:41,292 --> 00:18:44,879 Gray tak bunuh diri. Mereka bunuh dia. 236 00:18:50,385 --> 00:18:52,136 Biar saya cakap dengan dia. 237 00:19:17,787 --> 00:19:19,664 Saya tak nak buat dan tak nak pergi. 238 00:19:19,747 --> 00:19:21,666 Kamu berdua kena potong rambut, 239 00:19:21,749 --> 00:19:25,295 pakai sut paling kemas dan pergi sana. Keluarga kita bukan demokrasi. 240 00:19:25,378 --> 00:19:27,797 Kamu tiada undi dan tak boleh beri pendapat. 241 00:19:28,715 --> 00:19:31,384 Duduk diam jika tak nak Grace potong telinga. 242 00:19:32,051 --> 00:19:34,345 Dah selesai. Macam mana? 243 00:19:51,029 --> 00:19:52,655 Tuan, puan. 244 00:20:00,663 --> 00:20:01,998 Joe. 245 00:20:06,210 --> 00:20:10,173 Maaf atas semua yang berlaku. Tiada alasan bagi tindakan saya. 246 00:20:10,256 --> 00:20:13,760 Semoga awak maafkan saya, tapi saya faham jika awak enggan. 247 00:20:14,469 --> 00:20:16,095 Giliran kamu, Reacher. 248 00:20:18,348 --> 00:20:19,265 Tidak. 249 00:20:19,349 --> 00:20:22,852 Kamu asyik bergaduh dengan Curtis sejak kita tiba. 250 00:20:22,936 --> 00:20:25,188 -Minta maaf. -Tidak. 251 00:20:25,271 --> 00:20:27,190 Tengok anak saya. 252 00:20:27,607 --> 00:20:30,526 Awak tak sanggup minta maaf? 253 00:20:39,744 --> 00:20:40,745 Saya minta maaf. 254 00:20:42,705 --> 00:20:46,334 Saya minta maaf muka kirinya tak seteruk muka kanannya. 255 00:20:59,931 --> 00:21:02,100 Binatang itu berucap di pengebumiannya. 256 00:21:02,183 --> 00:21:03,017 Roscoe. 257 00:21:03,101 --> 00:21:06,896 Jika awak nak selamatkan bandar dan tuntut bela kematian Gray, baguslah. 258 00:21:06,980 --> 00:21:10,191 Orang jahat perlu terima balasannya. Jangan minta maaf. 259 00:21:13,444 --> 00:21:14,404 Neagley. 260 00:21:18,074 --> 00:21:18,950 Baiklah. 261 00:21:21,494 --> 00:21:22,662 Apa katanya? 262 00:21:22,829 --> 00:21:26,833 Katanya dia nak makan pukul 10.00, tapi dia makan pukul 6.00. 263 00:21:26,916 --> 00:21:28,418 Apa maksudnya? 264 00:21:28,501 --> 00:21:31,504 Kod polis 10-6 bermakna "Hantar polis awam." 265 00:21:31,587 --> 00:21:36,259 Maksudnya dia jumpa maklumat penting dan enggan cakap di telefon. 266 00:21:36,342 --> 00:21:39,345 Dia ambil peluang sebab saya orang awam. 267 00:21:39,429 --> 00:21:41,222 Dia suka membangkitkan kemarahan. 268 00:21:41,305 --> 00:21:43,850 Saya tak boleh pergi ke Memphis sehari dua. 269 00:21:43,933 --> 00:21:47,061 -Nanti Teale syak. -Awak tak perlu ikut. 270 00:21:47,145 --> 00:21:49,397 Neagley tak suka jumpa orang baru. 271 00:21:49,480 --> 00:21:51,607 Macam mana awak nak cari dia? 272 00:21:51,691 --> 00:21:53,401 Tiada masalah. 273 00:21:55,778 --> 00:21:58,114 Dia elak tempat perangkap pelancong. 274 00:21:59,073 --> 00:22:01,492 Maksudnya bukan di sepanjang Jalan Beale. 275 00:22:02,201 --> 00:22:04,370 Juga berhampiran universiti. 276 00:22:04,454 --> 00:22:07,373 Orang yang lebih tua daripada pelajar menyerlah di situ. 277 00:22:08,583 --> 00:22:11,377 Neagley miskin semasa membesar. Jadi dia berjimat. 278 00:22:11,461 --> 00:22:14,130 Tempat tinggalnya bukan hotel mewah. 279 00:22:14,630 --> 00:22:16,883 Dia akan pilih hotel murah yang elok. 280 00:22:16,966 --> 00:22:20,636 Hotel di tengah bandar, dekat dengan pengangkutan awam. 281 00:22:25,892 --> 00:22:28,269 Berhampiran tempat makan yang harga berpatutan 282 00:22:28,352 --> 00:22:30,229 dan bukan restoran rangkaian. 283 00:22:44,285 --> 00:22:45,745 Terima kasih. 284 00:22:47,038 --> 00:22:49,040 Apa khabar, orang besar? 285 00:22:49,749 --> 00:22:50,917 Neagley? 286 00:22:51,542 --> 00:22:53,044 Awak boleh dijejaki. 287 00:22:53,878 --> 00:22:56,798 Jangan mimpi. Saya yang menjejaki awak. 288 00:22:56,881 --> 00:22:59,217 Sepuluh tahun bersama dalam Siasatan Khas. 289 00:22:59,300 --> 00:23:01,219 Saya tahu cara awak fikir. 290 00:23:01,302 --> 00:23:03,846 Saya akan ke tengah bandar, elakkan pelancong, 291 00:23:03,930 --> 00:23:06,557 cari hotel baik berhampiran pengangkutan awam 292 00:23:06,641 --> 00:23:08,392 dan restoran yang elok. 293 00:23:09,060 --> 00:23:12,688 Selepas penerbangan pagi tanpa servis makanan, 294 00:23:12,772 --> 00:23:15,775 orang berbadan besar akan pergi ke dewan mes. 295 00:23:15,858 --> 00:23:18,653 Awak tahu saya akan ke bistro. 296 00:23:18,736 --> 00:23:20,154 Papan tandanya paling besar. 297 00:23:21,197 --> 00:23:24,951 Awak tak rumit. Saya pula nak bijirin Cocoa Puffs. 298 00:23:25,034 --> 00:23:27,703 Jadi awak tak tinggal di hotel seberang jalan? 299 00:23:27,787 --> 00:23:30,331 Tolonglah. Saya menginap di Four Seasons. 300 00:23:32,208 --> 00:23:35,169 Saya pekerja sektor swasta dan ada wang. 301 00:23:36,170 --> 00:23:37,255 Okey. 302 00:23:38,422 --> 00:23:41,384 -Mari. Saya akan ceritakan. -Saya belum makan. 303 00:23:42,718 --> 00:23:45,555 Saya beli beignet. Makan dalam perjalanan. 304 00:23:48,724 --> 00:23:50,184 Tempat ini terbuka. 305 00:23:51,602 --> 00:23:54,063 Orang dengan mikrofon parabola dapat dilihat. 306 00:23:54,147 --> 00:23:56,232 -Bebas untuk bercakap. -Baiklah. 307 00:23:56,315 --> 00:23:58,192 Awak perlu wanita dalam hidup. 308 00:23:59,610 --> 00:24:01,904 Awak maksudkan kes ini? 309 00:24:01,988 --> 00:24:05,283 JW dalam senarai abang awak pernah jadi penyiasat EPA 310 00:24:05,366 --> 00:24:07,660 -dan namanya Jimmy Dupree Wilks. -Pernah? 311 00:24:07,743 --> 00:24:10,371 Ditembak di rumahnya. Ejen persekutuan yang mati. 312 00:24:10,454 --> 00:24:11,914 Jadi FBI masuk campur? 313 00:24:11,998 --> 00:24:14,792 Menurut mereka, dia mati akibat kecurian rawak. 314 00:24:14,876 --> 00:24:16,836 Awak rasa mereka salah. 315 00:24:16,919 --> 00:24:20,673 Senjata pembunuhan kaliber kecil, sembilan milimeter, subsonik. 316 00:24:20,756 --> 00:24:24,093 Pencuri tak guna penyenyap. Kebanyakannya tiada pistol. 317 00:24:24,177 --> 00:24:26,971 Lagipun pencuri akan mencuri. 318 00:24:27,054 --> 00:24:29,432 -Tiada apa-apa diambil. -Tepat sekali. 319 00:24:29,515 --> 00:24:31,142 Ada satu lagi butiran aneh. 320 00:24:31,225 --> 00:24:34,729 Mayat dibelasah macam pinata selepas dia mati. 321 00:24:34,812 --> 00:24:36,939 Perkara itu jarang dilihat. 322 00:24:37,023 --> 00:24:39,233 Sebenarnya ia agak kerap berlaku. 323 00:24:39,317 --> 00:24:40,234 Maksudnya? 324 00:24:41,444 --> 00:24:43,946 Mereka buat begitu kepada abang saya. 325 00:24:44,739 --> 00:24:45,740 Tak guna. 326 00:24:47,241 --> 00:24:50,244 Awak akan bunuh ramai orang, bukan? 327 00:24:50,828 --> 00:24:52,288 Saya dah bermula. 328 00:24:55,625 --> 00:25:00,254 Awak patut tahu, bukan saya sahaja yang fikir perkara itu aneh. 329 00:25:00,338 --> 00:25:03,299 Polis Memphis, Aucoin mengambil kes Wilks 330 00:25:03,382 --> 00:25:06,052 dan menyiasatnya sebelum FBI ambil alih. 331 00:25:06,135 --> 00:25:08,471 Laporan awalnya menyatakan rasa curiganya. 332 00:25:08,554 --> 00:25:10,514 Jadi awak cari dia? 333 00:25:10,598 --> 00:25:14,810 Katanya dia menanti lima tahun untuk orang telefon tentang hal ini. 334 00:25:14,894 --> 00:25:16,938 Dia ajak kita jumpa pemberi maklumat. 335 00:25:17,021 --> 00:25:20,733 Kaki pukul biasa yang mungkin tahu siapa diupah membunuh Wilks. 336 00:25:20,816 --> 00:25:23,277 Penyiasat EPA jarang jadi sasaran. 337 00:25:23,361 --> 00:25:27,073 -Apa yang dia cuba siasat? -Saya memohon untuk lihat rekodnya. 338 00:25:27,156 --> 00:25:30,701 Dia menyiasat tahap pencemaran toksik di Sungai Mississippi. 339 00:25:30,785 --> 00:25:31,744 Sumbernya? 340 00:25:31,827 --> 00:25:36,624 Dua bab pertama laporan Wilks menyatakan keterukan pencemaran. 341 00:25:36,707 --> 00:25:41,462 Bab ketiga, yang menyatakan tentang sumbernya dah hilang. 342 00:25:41,545 --> 00:25:44,674 Biar saya teka. EPA tak dapat cari? 343 00:25:44,757 --> 00:25:48,302 Lenyap macam koloni Roanoke. Macam tak pernah ditulis. 344 00:25:48,386 --> 00:25:52,390 Namun pencemaran yang paling teruk berlaku di Chester, Arkansas. 345 00:25:52,473 --> 00:25:53,766 Kita akan ke sana. 346 00:25:56,894 --> 00:25:58,312 Reacher. 347 00:25:58,396 --> 00:26:01,232 Fail boleh lenyap dalam agensi persekutuan. 348 00:26:01,315 --> 00:26:04,568 Awak bukan memburu korporal yang menumbuk sarjannya. 349 00:26:04,652 --> 00:26:07,780 Mereka ada kaitan dengan pembunuh kejam. 350 00:26:09,782 --> 00:26:11,784 Jika sesuatu berlaku kepada awak, 351 00:26:11,867 --> 00:26:16,038 saya seperti hilang dua orang kawan, sebab saiz awak besar. 352 00:26:23,754 --> 00:26:25,548 Saya nak tanya sesuatu. 353 00:26:25,631 --> 00:26:30,678 Jika orang yang saya siasat memesan makanan haiwan melebihi keperluannya, 354 00:26:30,761 --> 00:26:34,223 awak dapat lihat kaitannya dengan siasatan kita? 355 00:26:34,307 --> 00:26:36,642 Sekarang mungkin belum lagi. 356 00:26:38,894 --> 00:26:41,188 Namun jika terlalu banyak... 357 00:26:43,065 --> 00:26:45,026 Sebab itu saya suka awak, Neagley. 358 00:26:49,155 --> 00:26:51,657 Kenapa awak sangat besar? 359 00:26:52,199 --> 00:26:53,451 Genetik. 360 00:26:56,329 --> 00:26:57,788 Nak beignet? 361 00:27:00,791 --> 00:27:04,128 Kau takkan dapat kejar aku 362 00:27:04,211 --> 00:27:07,798 Tidak. Tak guna. 363 00:27:09,008 --> 00:27:11,010 -Roscoe. -Saya mengganggu awak? 364 00:27:11,093 --> 00:27:15,598 Tidak, saya baru selesai buat pemeriksaan perubatan. 365 00:27:15,681 --> 00:27:17,516 Apa yang saya boleh bantu? 366 00:27:17,600 --> 00:27:20,227 -Tak mungkin ada pembunuhan lain. -Mungkin. 367 00:27:20,311 --> 00:27:21,937 Jawapan "tidak" lebih baik. 368 00:27:23,647 --> 00:27:25,483 Semasa Pegawai Gray mati, 369 00:27:25,566 --> 00:27:30,237 saya ingat pengurus mayat kata mereka perlu tutup luka dengan mekap 370 00:27:30,321 --> 00:27:33,991 sebab dia terlalu mabuk hingga terjatuh semasa bangun dari kerusi 371 00:27:34,075 --> 00:27:37,787 -dan langgar macam-macam lagi. -Saya ingat ada kontusi teruk. 372 00:27:37,870 --> 00:27:41,123 Nampak macam dia terlanggar bucu kerusi atau seumpamanya. 373 00:27:41,207 --> 00:27:44,752 -Boleh dapatkan laporannya? -Ya, okey. 374 00:27:49,173 --> 00:27:51,050 Ini dia. 375 00:28:02,853 --> 00:28:08,359 -Awak nak saya bantu awak mencarinya? -Terima kasih. Saya okey. 376 00:28:13,114 --> 00:28:14,073 Okey. 377 00:28:15,616 --> 00:28:19,203 Jika kepalanya bukan terhantuk sesuatu, 378 00:28:19,286 --> 00:28:21,622 mungkinkah sesuatu menghentam kepalanya? 379 00:28:22,790 --> 00:28:26,419 -Maksudnya dia dipukul? -Ya, itulah maksud saya. 380 00:28:26,502 --> 00:28:27,795 Mungkin juga. 381 00:28:27,878 --> 00:28:31,173 Lukanya dari segi luaran hampir sama. 382 00:28:31,257 --> 00:28:33,634 Namun saya tak periksa kecederaannya begitu. 383 00:28:33,717 --> 00:28:35,970 -Boleh tolong periksa sekarang? -Okey. 384 00:28:36,053 --> 00:28:38,848 Saya boleh zum masuk dan lihat apa yang ada. 385 00:28:42,726 --> 00:28:43,769 Itu dia. 386 00:28:45,688 --> 00:28:47,481 Menarik. 387 00:28:47,565 --> 00:28:50,192 Apabila tingkatkan kontras edema kulit, 388 00:28:50,276 --> 00:28:53,904 terutamanya pada luka di kepala yang menyebabkan pendarahan teruk, 389 00:28:53,988 --> 00:28:55,990 ada luka melecet mikro, 390 00:28:56,073 --> 00:28:59,577 yang dapat menunjukkan bentuk objek penyebab kecederaan. 391 00:28:59,660 --> 00:29:01,579 Saya boleh zum masuk lagi sedikit. 392 00:29:05,416 --> 00:29:08,919 Nampak macam berlian, bukan? 393 00:29:11,964 --> 00:29:13,340 Ya. 394 00:29:16,635 --> 00:29:18,387 Memang betul. 395 00:29:23,934 --> 00:29:25,728 SELAMAT DATANG KE ARKANSAS NEGERI SEMULA JADI 396 00:29:25,811 --> 00:29:27,605 PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR UNTUK KESELAMATAN 397 00:29:37,281 --> 00:29:39,909 Boleh kami tanya soalan tentang sungai ini? 398 00:29:39,992 --> 00:29:43,245 Saya tiada lesen dan takkan bayar denda. 399 00:29:43,996 --> 00:29:46,123 Saya bukan tanya tentang lesen. 400 00:29:47,291 --> 00:29:49,210 Betul? Awak macam orang kerajaan. 401 00:29:50,336 --> 00:29:53,255 Awak bagus, tapi saya tak kisah tempat awak memancing. 402 00:29:53,339 --> 00:29:54,632 Bagus. 403 00:29:58,969 --> 00:30:02,848 Ada tong minyak kosong di situ. 404 00:30:02,932 --> 00:30:05,809 Tong minyak itu lebih bersih daripada sungai ini. 405 00:30:07,061 --> 00:30:09,021 Sebab itu kami datang. 406 00:30:09,104 --> 00:30:12,191 Kami nak tahu apa jadi kepada sungai di Chester. 407 00:30:12,983 --> 00:30:15,694 Syarikat Kimia Clarron. 408 00:30:15,778 --> 00:30:18,906 Bawa najis ke hulu yang terapung ke hilir. 409 00:30:18,989 --> 00:30:20,824 Sekarang cuma tinggal najis. 410 00:30:20,908 --> 00:30:22,660 Siapa Clarron? 411 00:30:22,743 --> 00:30:28,541 Orang kaya berpakaian kemas yang hancurkan bandar kami macam belalang juta. 412 00:30:28,624 --> 00:30:32,628 Mereka ada kaitan dengan makanan haiwan? Menghasilkan atau menjualnya? 413 00:30:32,711 --> 00:30:37,216 Saya kata syarikat Kimia Clarron, bukan Bijirin dan Benih Clarron. 414 00:30:39,593 --> 00:30:42,596 -Awak nak ke mana? -Awak membosankan. 415 00:30:42,680 --> 00:30:44,431 Saya masih ada soalan. 416 00:30:46,892 --> 00:30:51,313 Awak bukan orang pertama yang bertanya tentang sungai kami. 417 00:30:51,397 --> 00:30:54,108 EPA datang bertahun-tahun lalu, cakap tentang 418 00:30:54,191 --> 00:30:56,860 geografi menyebabkan toksin mendap di sini. 419 00:30:56,944 --> 00:30:59,113 Membunuh udang krai dan ikan duri. 420 00:30:59,196 --> 00:31:00,781 Katanya dia nak bersihkan. 421 00:31:00,864 --> 00:31:03,534 Sebab tiada siapa boleh sara hidup dari sungai ini. 422 00:31:03,617 --> 00:31:06,829 -Awak tahu apa dia buat? -Tiada apa-apa. Awak tahu kenapa? 423 00:31:06,912 --> 00:31:09,123 -Tidak. -Dia dibunuh. 424 00:31:10,332 --> 00:31:14,169 Begitu juga dengan bandar ini. 425 00:31:17,506 --> 00:31:19,466 Jika sungai kotor, kenapa memancing? 426 00:31:19,550 --> 00:31:21,802 Apa lagi saya nak buat di sini? 427 00:31:25,848 --> 00:31:28,726 Kimia Clarron dah tak beroperasi bertahun-tahun. 428 00:31:28,809 --> 00:31:31,145 Bukan sebab muflis, cuma dibubarkan. 429 00:31:31,228 --> 00:31:34,857 -Tapi ada syarikat induk. -Industri Kliner. 430 00:31:34,940 --> 00:31:38,569 Nampaknya Kliner hancurkan Chester dan berpindah ke Margrave. 431 00:31:38,652 --> 00:31:41,322 Joe bukan ejen persekutuan pertama yang dibunuh. 432 00:31:41,405 --> 00:31:44,825 Wilks juga dibunuh sebelum pencemaran didedahkan. 433 00:31:44,908 --> 00:31:47,453 -Namun tiada bukti. -Siapa kata? 434 00:31:47,995 --> 00:31:50,956 Aucoin mesej saya. Pemberi maklumatnya nak jumpa. 435 00:31:57,630 --> 00:32:00,257 Cik Conklin, awak datang nak kemas meja? 436 00:32:00,341 --> 00:32:03,302 Lelaki jahanam! Binatang! 437 00:32:03,385 --> 00:32:06,096 -Saya akan bunuh awak! -Hei! 438 00:32:06,180 --> 00:32:08,307 Saya akan bunuh awak! 439 00:32:08,390 --> 00:32:11,060 -Buatlah sesuatu, Finlay! -Diam! 440 00:32:11,185 --> 00:32:13,812 Tolong Datuk Bandar, biar saya uruskan dia. 441 00:32:13,896 --> 00:32:15,522 Mari pergi. 442 00:32:15,606 --> 00:32:18,442 -Tak guna! Matilah awak! -Ambil ini, bos. 443 00:32:18,525 --> 00:32:21,195 Saya ada sapu tangan sendiri, bodoh. 444 00:32:22,029 --> 00:32:24,323 Apa masalah awak? 445 00:32:24,406 --> 00:32:28,327 Mereka curiga tapi sekarang mereka tahu awak tahu sesuatu! 446 00:32:28,410 --> 00:32:31,038 Saya tahu si tua itu bunuh Gray. 447 00:32:31,121 --> 00:32:33,457 Pasti sekarang Teale mahu awak ditahan. 448 00:32:33,540 --> 00:32:35,250 Sebaik awak ditahan, 449 00:32:35,334 --> 00:32:38,921 mereka akan musnahkan awak, macam apa yang berlaku kepada Reacher. 450 00:32:40,923 --> 00:32:45,386 Namun awak tak tinggi dan besar macam kawan kita. 451 00:32:47,179 --> 00:32:48,847 Saya perlu bawa awak keluar. 452 00:32:49,890 --> 00:32:52,434 Jangan tunjukkan muka di Margrave lagi. 453 00:32:59,233 --> 00:33:02,194 Reacher, ini Pegawai Aucoin. 454 00:33:02,277 --> 00:33:04,154 Ini rakan setugas saya, Ribidoux. 455 00:33:05,989 --> 00:33:09,201 -Terima kasih saja. -Dia tak suka sentuhan. 456 00:33:10,536 --> 00:33:13,372 Kita akan jumpa pembunuh upahan kecil-kecilan. 457 00:33:13,455 --> 00:33:15,290 Dia sedar kedudukannya. 458 00:33:15,374 --> 00:33:18,961 Dia takkan bunuh polis persekutuan, tapi gembira untuk beri kerjasama. 459 00:33:19,086 --> 00:33:20,254 Awak rasa dia akan setuju? 460 00:33:20,337 --> 00:33:24,633 Dia pemberi maklumat kami dan nak kekalkan kerjanya demi wang. 461 00:33:24,717 --> 00:33:26,343 Kenapa kita kena buat begini? 462 00:33:27,010 --> 00:33:30,681 Kes ini dah ditutup. Kita ada keluarga. Lupakan saja. 463 00:33:30,764 --> 00:33:31,932 Tak boleh. 464 00:33:32,474 --> 00:33:37,104 Masalah ini bunuh ejen persekutuan. Tak berbaloi untuk kita berkorban. 465 00:33:37,187 --> 00:33:41,024 Jika abang saya terkorban kerananya, pasti berbaloi untuk awak juga. 466 00:33:41,650 --> 00:33:43,110 Aduhai... 467 00:33:45,154 --> 00:33:47,406 Jangan risau tentang dia. 468 00:33:47,489 --> 00:33:50,576 Melainkan dia marah awak. Waktu itu baru awak risau. 469 00:34:00,961 --> 00:34:02,880 Saya akan daftar masuk. 470 00:34:02,963 --> 00:34:06,049 Jika ada orang cari perempuan kulit putih tak betul, 471 00:34:06,133 --> 00:34:09,261 dengan pembantu ganas, mereka takkan tahu dia di sini. 472 00:34:09,344 --> 00:34:12,514 -Berapa lama? -Hingga saya fikir apa patut dibuat. 473 00:34:12,598 --> 00:34:14,850 -Jangan sekat saya. -Awak yang cari pasal. 474 00:34:14,933 --> 00:34:17,644 Saya dah dipecat. Awak bukan bos saya lagi. 475 00:34:17,728 --> 00:34:22,107 Saya bukan buat begini sebagai bos tapi sebagai kawan. 476 00:34:22,900 --> 00:34:25,277 Jangan ke mana-mana. Beri saya lima minit. 477 00:34:36,038 --> 00:34:37,706 Ada apa, Picard? 478 00:34:44,129 --> 00:34:45,589 Sebelum saya cakap apa-apa, 479 00:34:45,672 --> 00:34:48,217 macam mana saya nak tahu ia takkan memakan diri? 480 00:34:48,300 --> 00:34:50,719 Ini bukan siasatan rasmi. 481 00:34:50,803 --> 00:34:53,680 Polis Memphis tak tahu kita di sini. 482 00:34:53,764 --> 00:34:57,309 -Saya janji takkan buru awak. -Ya? Dia pula? 483 00:34:57,392 --> 00:34:59,061 Saya tak peduli tentang awak. 484 00:35:01,438 --> 00:35:02,731 Okey. 485 00:35:02,815 --> 00:35:05,108 Orang jahat hubungi saya 486 00:35:05,234 --> 00:35:07,653 jika mereka ada masalah dengan orang jahat lain. 487 00:35:07,736 --> 00:35:11,281 Saya takkan buat sesuatu yang menonjol dan saya sememangnya 488 00:35:11,365 --> 00:35:14,827 tak nak cari masalah dengan penguat kuasa undang-undang. 489 00:35:14,910 --> 00:35:17,579 Jika awak tak bunuh polis, siapa bunuh? 490 00:35:17,663 --> 00:35:20,499 -Pembunuh dari luar bandar. -Berikan nama. 491 00:35:20,582 --> 00:35:24,002 Saya tak tahu nama sebenarnya. 492 00:35:24,086 --> 00:35:26,547 Namun dia dikenali sebagai "Viking." 493 00:35:26,630 --> 00:35:28,465 Setakat itu saja? 494 00:35:28,549 --> 00:35:30,008 Cuma itu yang saya tahu. 495 00:35:30,092 --> 00:35:32,845 Jika awak jumpa Viking, awak jumpa penembaknya. 496 00:35:32,928 --> 00:35:36,765 Saya nak minta diri. Saya nak dapatkan tarian. 497 00:35:36,849 --> 00:35:41,603 Penari takkan datang ke meja dengan dua polis, perempuan ini 498 00:35:41,687 --> 00:35:43,897 dan gergasi pemarah. Jumpa lagi. 499 00:35:48,861 --> 00:35:51,238 -Ayuh. -Saya tak nak! 500 00:35:56,910 --> 00:35:58,328 -Hei. -Saya tak nak. 501 00:36:04,042 --> 00:36:06,628 Apabila wanita kata dia enggan disentuh, 502 00:36:06,712 --> 00:36:08,422 maksudnya dia enggan disentuh. 503 00:36:12,009 --> 00:36:13,594 Awak berhak ambil ini. 504 00:36:15,637 --> 00:36:17,097 Kita boleh pergi. 505 00:36:27,274 --> 00:36:29,192 Gerakan yang hebat. 506 00:36:30,360 --> 00:36:32,738 Lebih baik daripada orang yang ajar saya. 507 00:36:39,661 --> 00:36:40,704 Ya. 508 00:36:40,787 --> 00:36:42,998 Reacher, ada maklumat baru. 509 00:36:43,081 --> 00:36:45,459 Roscoe tumbuk muka Teale. 510 00:36:45,542 --> 00:36:46,543 Bagus. 511 00:36:46,627 --> 00:36:49,046 Tak bagus. Sekarang dia jadi sasaran. 512 00:36:49,129 --> 00:36:53,258 Teale baru telefon dan mahu keluarkan waran tangkap untuk Roscoe. 513 00:36:53,342 --> 00:36:54,635 Jangan percaya Stevenson. 514 00:36:54,718 --> 00:36:57,179 Saya kata dia mengamuk sebab dipecat, 515 00:36:57,262 --> 00:37:00,140 lompat keluar dari kereta saya dan menghilang. 516 00:37:00,223 --> 00:37:02,225 -Roscoe? -Saya di sini. 517 00:37:05,687 --> 00:37:07,564 Maaf, saya cuma... 518 00:37:08,732 --> 00:37:11,860 -Saya hilang sabar. -Jangan minta maaf. 519 00:37:11,944 --> 00:37:14,237 -Awak kena ke luar bandar. -Dah keluar. 520 00:37:14,321 --> 00:37:17,532 Di motel, tapi kami ada pilihan yang lebih baik. 521 00:37:17,616 --> 00:37:20,619 Picard baru telefon, dan dia mungkin kehilangan kerja 522 00:37:20,702 --> 00:37:24,581 jika tiada sesiapa boleh jaga Charlie dan anak-anaknya. Saya akan ganti dia. 523 00:37:24,665 --> 00:37:27,793 Macam mana dengan Peminat Tweed? 524 00:37:28,418 --> 00:37:31,088 Sedang memikirkan kita perlu tingkatkan usaha. 525 00:37:31,171 --> 00:37:33,924 Fail Gray tiada semua maklumat yang kita perlukan. 526 00:37:34,007 --> 00:37:36,760 Nak tahu siapa yang ada? Kliner. 527 00:37:36,843 --> 00:37:38,762 Saya akan cari sumber itu malam ini, 528 00:37:38,845 --> 00:37:41,139 dan lihat jika boleh dapat bukti. 529 00:37:41,223 --> 00:37:43,266 Tiada kamera keselamatan, bukan? 530 00:37:43,350 --> 00:37:46,311 Budak pengakap nak geledah secara haram? 531 00:37:46,395 --> 00:37:47,980 Kita terdesak. 532 00:37:48,063 --> 00:37:50,649 Lagipun, saya bukannya membunuh. 533 00:37:50,732 --> 00:37:52,067 Awak akan faham nanti. 534 00:37:52,859 --> 00:37:54,653 Macam mana keadaan di sana? 535 00:37:54,736 --> 00:37:57,572 Kami dapat maklumat penembak yang bunuh ejen EPA 536 00:37:57,656 --> 00:37:59,157 yang siasat tentang Kliner. 537 00:37:59,241 --> 00:38:02,035 Tak lama lagi saya akan kerjakan dia. 538 00:38:02,119 --> 00:38:02,995 Hei. 539 00:38:04,121 --> 00:38:07,624 Janji awak takkan hapuskan Teale tanpa saya. 540 00:38:07,708 --> 00:38:10,627 Apabila tiba masanya, saya pegang, awak pukul dia. 541 00:38:13,422 --> 00:38:14,548 Baiklah. 542 00:38:16,091 --> 00:38:19,511 Rasanya kita takkan berjumpa agak lama. 543 00:38:20,762 --> 00:38:21,722 Mungkin juga. 544 00:38:23,807 --> 00:38:27,060 -Selamat tinggal, Reacher. -Selamat tinggal, Roscoe. 545 00:38:32,691 --> 00:38:34,026 Awak suka dia. 546 00:38:35,902 --> 00:38:38,613 Mana awak tahu Roscoe wanita? 547 00:38:38,697 --> 00:38:40,949 Dari cara awak sebut nama dia. 548 00:38:41,033 --> 00:38:43,368 Saya sebut nama dia macam biasa. 549 00:38:43,952 --> 00:38:45,787 -Saya sebut macam biasa. -Ya. 550 00:38:45,871 --> 00:38:47,372 Macam mana saya sebut? 551 00:38:47,456 --> 00:38:50,542 Di balai, kita akan cari pangkalan data nama samaran. 552 00:38:50,625 --> 00:38:52,753 Cari Viking dan lihat apa yang muncul. 553 00:38:52,836 --> 00:38:55,464 Orang yang terlibat ada kenalan. 554 00:38:55,547 --> 00:38:57,883 Kita tak boleh masuk begitu saja. 555 00:38:57,966 --> 00:39:00,218 -Tepat sekali. -Apa awak buat? 556 00:39:00,302 --> 00:39:02,888 -Sabar, Ribidoux. -Tembak dia, Aucoin. 557 00:39:02,971 --> 00:39:05,891 -Letak pistol awak. -Awak kena tembak dia. 558 00:39:05,974 --> 00:39:08,477 -Tembak dia. -Keluarkan senjata dan tembak. 559 00:39:08,560 --> 00:39:11,730 -Keluarkan senjata dan tembak! -Awak tak perlu buat begini! 560 00:39:11,813 --> 00:39:14,024 -Tembak! -Awak tak perlu buat begini! 561 00:39:14,107 --> 00:39:16,735 -Maafkan saya. -Tunggu dulu. 562 00:39:22,949 --> 00:39:24,367 Maafkan saya. 563 00:39:26,745 --> 00:39:28,663 Saya minta maaf. 564 00:39:28,747 --> 00:39:31,083 Saya akan berhenti di tepi hutan. 565 00:39:31,166 --> 00:39:34,920 Buka pintu dan tembak awak berdua dengan segera. 566 00:39:35,003 --> 00:39:37,631 Saya janji kematian segera. 567 00:39:47,099 --> 00:39:48,850 Ya Tuhan! 568 00:39:48,934 --> 00:39:50,560 Tak guna! 569 00:40:04,491 --> 00:40:06,493 Hei! 570 00:40:06,576 --> 00:40:08,620 Tolong keluarkan saya dari sini! 571 00:40:08,703 --> 00:40:11,289 -Siapa ancam awak? -Saya tak tahu. 572 00:40:11,373 --> 00:40:13,834 -Saya perlukan nama! -Beritahu dia! 573 00:40:13,917 --> 00:40:18,713 Saya tak tahu. Saya cuma tahu mereka ada loghat. Tolonglah. 574 00:40:20,841 --> 00:40:22,425 Tolong keluarkan saya. 575 00:40:22,509 --> 00:40:23,802 Tolonglah. 576 00:40:25,804 --> 00:40:28,348 Saya dan kawan saya akan keluar dari sini. 577 00:40:28,431 --> 00:40:30,767 Saya boleh bawa awak, tapi jika awak keluar, 578 00:40:30,851 --> 00:40:33,645 awak akan dipenjarakan dan dibunuh di sana. 579 00:40:34,604 --> 00:40:38,233 Mereka akan buru keluarga awak dan awak tahu apa akan jadi. 580 00:40:38,316 --> 00:40:39,734 Keputusan di tangan awak. 581 00:40:44,364 --> 00:40:47,701 Duhai Madonna, yang penuh kasih. 582 00:40:47,784 --> 00:40:50,579 Tuhan bersamamu, berbahagialah mereka... 583 00:40:50,662 --> 00:40:52,164 Tarik nafas dalam-dalam. 584 00:41:32,329 --> 00:41:36,499 Jangan cari pasal dengan Penyiasat Khas. 585 00:41:36,583 --> 00:41:40,879 Jangan cari pasal dengan Penyiasat Khas. 586 00:41:46,968 --> 00:41:48,386 Cuba ini. 587 00:42:02,359 --> 00:42:03,568 Apa nak buat sekarang? 588 00:42:04,945 --> 00:42:08,990 Jika Kliner paksa polis itu bunuh kita, mungkin dia yang upah Viking. 589 00:42:09,074 --> 00:42:11,910 Finlay akan pecah masuk pejabat Kliner malam ini. 590 00:42:11,993 --> 00:42:14,829 Mungkin benda penting akan keluar. 591 00:42:14,913 --> 00:42:17,040 Saya kena balik ke Margrave. 592 00:42:25,924 --> 00:42:27,300 Biar betul. 593 00:42:32,555 --> 00:42:37,143 Keadaan jadi semakin teruk kepada awak apabila awak setuju membantu. 594 00:42:37,227 --> 00:42:38,853 Tolong saya dan berundur. 595 00:42:38,937 --> 00:42:42,232 Daripada orang yang bunuh abang awak dan cuba bunuh kita? 596 00:42:42,315 --> 00:42:43,483 Ini bukan permintaan. 597 00:42:43,566 --> 00:42:46,653 Awak bukan pegawai pemerintah saya lagi. 598 00:42:46,736 --> 00:42:51,533 Saya nak balik ke Memphis. Siasat tentang Viking. 599 00:42:51,616 --> 00:42:54,244 Saya akan telefon awak jika saya tahu apa-apa. 600 00:42:58,081 --> 00:43:01,459 -Jaga diri, bos. -Awak juga. 601 00:45:46,833 --> 00:45:49,752 Jadi bukan awak yang mengawal semuanya, Kliner? 602 00:47:35,984 --> 00:47:37,986 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 603 00:47:38,069 --> 00:47:40,071 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin