1 00:00:05,428 --> 00:00:08,431 KELUARGA STEVENSON 2 00:00:10,599 --> 00:00:13,394 Saya tak sangka akan takut berada di Margrave. 3 00:00:13,477 --> 00:00:15,312 Masih tiada petunjuk? 4 00:00:16,355 --> 00:00:17,773 Tiada yang berguna. 5 00:00:18,858 --> 00:00:22,820 Siasatan yang mereka arahkan macam tak betul saja. 6 00:00:23,738 --> 00:00:25,448 Awak dah tanya Finlay? 7 00:00:26,490 --> 00:00:29,493 Dia sentiasa abaikan saya apabila dia ada. 8 00:00:29,577 --> 00:00:32,413 Selepas Roscoe tumbuk Teale, saya tak nampak dia lagi. 9 00:00:32,496 --> 00:00:34,665 Saya dan Baker bersendirian. 10 00:00:34,749 --> 00:00:38,461 Saya cuba hubungi Paul dan Charlie lagi hari ini. 11 00:00:41,464 --> 00:00:42,923 Mereka takkan jawab. 12 00:00:43,883 --> 00:00:46,844 Mereka melarikan diri atau dah mati. 13 00:00:48,763 --> 00:00:51,182 Saya rasa kita patut pergi. 14 00:00:51,265 --> 00:00:54,351 Walaupun polis dapat selesaikan, sebab En. Kliner dah mati, 15 00:00:54,435 --> 00:00:57,980 bandar ini takkan kembali seperti keadaan sebelum dia tiba. 16 00:00:58,647 --> 00:01:00,858 Ibu bapa saya suka jika kita ke Tupelo. 17 00:01:00,941 --> 00:01:05,529 Saya tahu. Tak lama lagi kita perlukan pengasuh bayi percuma. 18 00:01:07,323 --> 00:01:10,451 -Bila kita nak beritahu orang? -Tak lama lagi. 19 00:01:54,954 --> 00:01:58,874 ANAK SAYA PERGI KE NY DAN SAYA CUMA DAPAT KEMEJA-T BURUK INI 20 00:01:58,958 --> 00:02:00,084 Teksi. 21 00:02:00,835 --> 00:02:02,378 Di sini! Hai. 22 00:02:13,639 --> 00:02:16,100 Jerman. Pengembaraan baru, bukan? 23 00:02:16,183 --> 00:02:18,269 Ini bukan pengembaraan. 24 00:02:18,352 --> 00:02:22,439 -Ini hukuman. Jerman membosankan. -Kali ini pasti berbeza. 25 00:02:25,025 --> 00:02:27,570 Tengoklah anak-anak mak. Kamu nampak keliru. 26 00:02:27,653 --> 00:02:31,490 Kamu nampak orang baik dihukum, orang jahat dapat apa yang mereka mahu 27 00:02:31,574 --> 00:02:33,075 dan kamu tak faham. 28 00:02:33,158 --> 00:02:37,121 Mak nak beritahu sesuatu yang tak begitu masuk akal sekarang, 29 00:02:37,204 --> 00:02:39,957 tapi harapnya kamu akan faham apabila dewasa. 30 00:02:41,000 --> 00:02:44,420 Joe, kamu tak perlu selesaikan semua masalah dalam dunia. 31 00:02:44,503 --> 00:02:46,630 Selesaikan sedikit dah cukup. 32 00:02:46,714 --> 00:02:51,302 Reacher, kamu ada kekuatan tiga orang budak sebaya kamu. 33 00:02:51,385 --> 00:02:53,512 Apa kamu nak buat dengan kekuatan itu? 34 00:02:57,266 --> 00:02:59,476 Kamu akan buat perkara yang wajar. 35 00:03:30,883 --> 00:03:32,009 Cantik baju awak. 36 00:03:32,092 --> 00:03:34,553 Baju saya kena darah. 37 00:03:34,637 --> 00:03:37,681 Sebahagiannya darah saya. Akibat pisau dan pistol. 38 00:03:38,891 --> 00:03:39,892 Konsol tengah. 39 00:03:48,067 --> 00:03:51,612 -Apa yang awak tahu di New York? -Kertas paling penting. 40 00:03:51,695 --> 00:03:53,906 Dakwat mudah diperoleh, plat boleh dibuat. 41 00:03:53,989 --> 00:03:56,742 Mendapatkan kertas mata wang yang tepat paling rumit. 42 00:03:56,825 --> 00:03:59,286 -Selain itu? -Cuma satu tempat di negara ini 43 00:03:59,370 --> 00:04:03,540 yang buat kertas itu dan Joe pastikan kawalannya ketat. Melainkan... 44 00:04:04,166 --> 00:04:06,794 -Melainkan dia tak berjaya. -Ya. 45 00:04:07,920 --> 00:04:11,215 Mungkin ada orang kotor di dalam yang Joe tak tahu. 46 00:04:11,298 --> 00:04:13,968 Hubble pengurus mata wang dan menangani wang tunai. 47 00:04:14,051 --> 00:04:17,805 Mungkin dia bekerja dengan kakitangan pembekal yang disogok. 48 00:04:17,888 --> 00:04:19,890 Okey, ada apa-apa lagi? 49 00:04:19,974 --> 00:04:22,434 Saya terjumpa satu lagi orang Venezuela. 50 00:04:22,518 --> 00:04:24,311 Apa yang berlaku? 51 00:04:24,395 --> 00:04:26,230 Kami main gantung-gantung. 52 00:04:29,817 --> 00:04:33,028 Hantar saya ke bengkel kereta. Saya nak ambil Bentley. 53 00:04:34,571 --> 00:04:38,951 Saya nak singgah di satu tempat. Awak kena duduk dalam kereta. 54 00:04:42,621 --> 00:04:46,625 Tidak ramai saudara sedarah En. Kliner di Margrave. 55 00:04:46,709 --> 00:04:48,877 Cuma anaknya dan anak saudaranya. 56 00:04:48,961 --> 00:04:52,464 Namun saya fikir seluruh penduduk bandar ini keluarganya. 57 00:04:52,548 --> 00:04:56,176 Dia menganggap kita seperti saudaranya sendiri. 58 00:04:56,260 --> 00:05:00,806 "Yang wajar binasa dan tiada siapa mengingatinya. 59 00:05:01,932 --> 00:05:04,143 "Yang warak diambil pergi, 60 00:05:04,977 --> 00:05:10,858 "dan tiada siapa faham yang wajar diambil agar tak diganggu oleh yang jahat. 61 00:05:12,818 --> 00:05:16,447 "Yang jujur memasuki kedamaian, 62 00:05:19,450 --> 00:05:22,578 "mereka memperoleh ketenangan dalam kematian." 63 00:05:56,528 --> 00:06:00,032 -Awak buat apa di sini? -Beri penghormatan. 64 00:06:00,115 --> 00:06:02,659 Betul? Nak tahu apa pendapat saya? 65 00:06:04,036 --> 00:06:05,621 Saya rasa awak bunuh dia. 66 00:06:07,664 --> 00:06:11,293 Awak suka jika saya kelar awak macam awak kelar dia? 67 00:06:15,589 --> 00:06:18,801 Pertama, saya bukan beri penghormatan kepada pak cik awak 68 00:06:18,884 --> 00:06:20,677 sebab saya tak pernah hormat dia. 69 00:06:21,512 --> 00:06:23,889 Namun dia bererti bagi penduduk di sini. 70 00:06:23,972 --> 00:06:26,934 Saya beri penghormatan kepada Margrave sebagai Ketua Detektif. 71 00:06:28,143 --> 00:06:34,108 Kedua, berundur sekarang sebelum dua Kliner masuk dalam kubur itu. 72 00:06:37,236 --> 00:06:38,904 Jumpa lagi, Finlay. 73 00:06:56,505 --> 00:06:58,048 Nampaknya berjalan lancar. 74 00:06:58,882 --> 00:06:59,758 Diamlah. 75 00:07:02,594 --> 00:07:04,263 Mari pergi ambil kereta. 76 00:07:10,561 --> 00:07:12,813 Roscoe ada hubungi awak? 77 00:07:12,896 --> 00:07:15,566 Tidak, tapi Picard patut maklumkan hari ini. 78 00:07:27,161 --> 00:07:31,331 Hei, orang Bentley. Maaf, awak kena datang semula petang ini. 79 00:07:31,415 --> 00:07:33,959 Baru dua tingkap yang digelapkan. 80 00:07:34,042 --> 00:07:34,960 Dah cukup. 81 00:07:35,043 --> 00:07:36,587 Awak terima kerja separa siap? 82 00:07:36,670 --> 00:07:39,506 Hanya penyanyi rock gelapkan keempat-empat tingkap. 83 00:07:39,590 --> 00:07:41,008 Saya bayar harga penuh. 84 00:07:45,220 --> 00:07:47,890 Suka hati awaklah, bos. Saya akan bawakan. 85 00:07:47,973 --> 00:07:50,893 Tim, letak pasir kucing pada tumpahan minyak itu. 86 00:07:53,061 --> 00:07:56,273 Nampaknya awak selesa membelanjakan wang palsu. 87 00:07:56,356 --> 00:07:58,108 Nak saya belikan awak sesuatu? 88 00:07:58,192 --> 00:08:00,819 Seluar jean dan tiket konsert Hall & Oates? 89 00:08:08,535 --> 00:08:10,287 Ya, Kapten Finlay bercakap. 90 00:08:15,125 --> 00:08:17,211 PASIR KUCING 91 00:08:21,924 --> 00:08:23,467 Okey, saya datang segera. 92 00:08:27,763 --> 00:08:29,181 Apa yang berlaku? 93 00:08:43,904 --> 00:08:46,198 Nampaknya soalan kita dah terjawab. 94 00:08:49,159 --> 00:08:50,661 Soalan mana? 95 00:08:50,744 --> 00:08:53,372 Adakah Stevenson polis kotor. Pasti dia terlibat 96 00:08:53,455 --> 00:08:55,666 sebab dia dilayan macam Morrison. 97 00:08:55,749 --> 00:08:57,292 Ini tak sama. 98 00:08:57,376 --> 00:09:00,379 Cara Morrison dibunuh seperti menyampaikan pesanan. 99 00:09:01,421 --> 00:09:03,632 -Ini berbeza. -Berbeza macam mana? 100 00:09:03,715 --> 00:09:06,260 Pertama sekali, alat sulitnya tak diusik. 101 00:09:06,760 --> 00:09:09,221 -Itu yang pertama saya periksa. -Tepat sekali. 102 00:09:09,304 --> 00:09:12,975 Mereka tak nak Stevenson terkejut. Mereka nak dia lemah. 103 00:09:13,058 --> 00:09:14,977 Mereka nak dia melihat. 104 00:09:15,060 --> 00:09:16,603 Ada pita pelekat dan cermin. 105 00:09:16,687 --> 00:09:19,064 Mereka dera isterinya di depan dia. 106 00:09:19,147 --> 00:09:22,484 Dia dapat lihat dari semua arah. Ya Tuhan. 107 00:09:22,567 --> 00:09:24,653 Mereka nak dapatkan maklumat. 108 00:09:25,570 --> 00:09:27,698 Maksudnya Stevenson tak terlibat. 109 00:09:28,156 --> 00:09:30,951 Pasti Dawson sedar lubang pada bumbung traknya 110 00:09:31,034 --> 00:09:32,828 dan tahu kita semakin hampir. 111 00:09:32,911 --> 00:09:36,748 Kita semua tiada, jadi mereka buru sumber terbaik berikutnya. 112 00:09:36,832 --> 00:09:38,834 Stevenson ahli keluarga Hubble. 113 00:09:38,917 --> 00:09:41,378 Dia bercakap dengan Roscoe, awak dan saya. 114 00:09:41,461 --> 00:09:45,757 Kita fikir dia bekerja dengan mereka sedangkan dia bekerja dengan kita. 115 00:09:45,841 --> 00:09:49,219 Jika dia dimaklumkan, mungkin mereka berdua dapat dilindungi. 116 00:09:50,470 --> 00:09:51,346 Bertiga. 117 00:09:54,016 --> 00:09:56,310 Finlay dan Reacher, mari sini sebentar. 118 00:10:11,033 --> 00:10:12,075 Awak nak apa? 119 00:10:14,202 --> 00:10:15,579 Saya nak lepaskan awak. 120 00:10:16,830 --> 00:10:17,914 Atas alasan apa? 121 00:10:17,998 --> 00:10:19,583 Tak mampu menjalankan tugas. 122 00:10:19,666 --> 00:10:21,668 Berapa ramai lagi orang perlu dibunuh 123 00:10:21,752 --> 00:10:24,046 kerana awak pegang jawatan besar? 124 00:10:24,129 --> 00:10:27,257 Awak tak boleh tangkap polis perempuan yang serang saya. 125 00:10:27,341 --> 00:10:29,259 Bandar ini memang dah berpenyakit, 126 00:10:29,343 --> 00:10:31,970 tapi polis baru yang dimarahi? 127 00:10:32,054 --> 00:10:33,430 Saya membantu awak. 128 00:10:33,513 --> 00:10:35,849 Pergi sebelum akibatnya semakin buruk, 129 00:10:35,932 --> 00:10:38,977 dan mungkin awak boleh jadi pengawal keselamatan. 130 00:10:39,061 --> 00:10:41,355 Pergi ke balai dan kemas barang. 131 00:10:41,438 --> 00:10:44,399 Tinggalkan pistol dan lencana di meja saya sebelum keluar. 132 00:10:45,192 --> 00:10:47,694 Awak bukan polis. 133 00:10:48,487 --> 00:10:51,490 Tinggalkan tempat kejadian ini sebelum ditangkap. 134 00:10:51,573 --> 00:10:54,910 Saya tanam seorang lelaki baik dan lihat seorang lagi dibunuh, 135 00:10:54,993 --> 00:10:57,371 bersama isterinya. Jangan cabar saya. 136 00:10:57,454 --> 00:11:00,248 Saya perlu hubungi Daerah Warburton 137 00:11:00,332 --> 00:11:02,501 dan minta mereka hantar polis sebenar. 138 00:11:06,505 --> 00:11:09,966 Jadi dia halau saya tanpa perlu membunuh. 139 00:11:10,050 --> 00:11:12,177 Kita takkan dapat lihat bahan bukti. 140 00:11:12,260 --> 00:11:15,514 Mungkin kita boleh dapat sesuatu daripada Jasper di makmal. 141 00:11:15,597 --> 00:11:16,640 Hei. 142 00:11:16,723 --> 00:11:19,518 Saya kena maklumkan ibu bapa Stevenson. 143 00:11:19,601 --> 00:11:23,105 Walaupun saya bukan lagi polis, tapi dia bawah jagaan saya. 144 00:11:23,188 --> 00:11:25,023 Saya patut pandang mata mereka 145 00:11:25,107 --> 00:11:28,193 dan cakap mereka kehilangan anak dan menantu. 146 00:11:28,276 --> 00:11:29,528 Serta cucu. 147 00:11:31,029 --> 00:11:31,988 Ya. 148 00:11:32,906 --> 00:11:36,034 Saya tahu awak marah. Saya pun marah. 149 00:11:36,952 --> 00:11:39,246 Jangan buat hal mengarut semasa saya tiada. 150 00:11:39,329 --> 00:11:42,207 Ikut rancangan. Lihat apa yang ditemui di rumah Hubble. 151 00:11:43,125 --> 00:11:44,042 Baiklah. 152 00:11:44,126 --> 00:11:47,170 Sebelum itu, saya nak ajak polis terakhir di Margrave makan. 153 00:11:56,555 --> 00:11:58,181 Awak tak sentuh makanan. 154 00:11:59,141 --> 00:12:00,809 Saya tiada selera. 155 00:12:01,643 --> 00:12:03,687 Awak tak sedih tentang Stevenson? 156 00:12:05,063 --> 00:12:07,482 Apa yang awak merepek? 157 00:12:08,859 --> 00:12:11,528 Kami kenal sejak dia masih budak penghantar akhbar. 158 00:12:12,571 --> 00:12:15,949 Mak cik saya ajar isterinya koir di sekolah, cuma... 159 00:12:16,825 --> 00:12:17,826 Cuma apa? 160 00:12:19,661 --> 00:12:22,247 Menangisinya tak bawa kebaikan. 161 00:12:22,873 --> 00:12:27,043 Demi mereka, kita patut cari dan hapuskan pembunuhnya. 162 00:12:29,337 --> 00:12:33,175 Mungkinkah Stevenson bermusuh dengan orang yang dia penjarakan? 163 00:12:33,258 --> 00:12:35,427 Macam yang Teale rasa tentang Morrison? 164 00:12:36,803 --> 00:12:38,138 Awak tak rasa begitu? 165 00:12:38,221 --> 00:12:39,931 Teori Teale mengarut. 166 00:12:41,141 --> 00:12:43,560 -Nak bungkus makanan itu? -Boleh juga. 167 00:12:43,643 --> 00:12:45,270 Saya nak pai pic. 168 00:12:45,353 --> 00:12:46,688 Awak pula? 169 00:12:46,771 --> 00:12:48,648 -Rasanya... -Apa jua kecuali pai. 170 00:12:48,732 --> 00:12:51,318 Pegawai Baker baru pesan pai terakhir. 171 00:12:51,401 --> 00:12:53,403 Siapa leka, dia kalah, Reacher. 172 00:12:53,487 --> 00:12:55,989 Tempat ini jual pai terbaik di negeri ini. 173 00:12:56,072 --> 00:12:57,699 Itu yang saya dengar. 174 00:12:57,782 --> 00:12:59,701 Tiada apa-apa untuk saya. 175 00:13:00,744 --> 00:13:02,913 Jika awak rasa Teale salah, 176 00:13:02,996 --> 00:13:05,832 awak rasa siapa yang bunuh mereka semua? 177 00:13:05,916 --> 00:13:09,169 -Kenapa beritahu saya? -Saya jawab soalan kedua dulu. 178 00:13:12,923 --> 00:13:15,217 Hanya awak yang saya percaya di Margrave. 179 00:13:15,300 --> 00:13:18,220 Tepat sekali. Kenapa awak cakap begitu? 180 00:13:18,303 --> 00:13:22,557 Morrison, Kliner dan Stevenson dibunuh dengan kejam. 181 00:13:22,641 --> 00:13:26,645 Ada orang cuba sampaikan pesanan. Ini yang berlaku jika buat silap. 182 00:13:26,728 --> 00:13:28,939 Mereka memburu Roscoe juga. 183 00:13:29,022 --> 00:13:33,109 Namun awak tahu siapa yang tak diburu? Mereka tak buru awak. 184 00:13:33,193 --> 00:13:35,153 Maksudnya awak tak terlibat. 185 00:13:36,238 --> 00:13:37,822 Mungkin awak yang terlibat. 186 00:13:37,906 --> 00:13:41,076 Semua ini berlaku apabila awak muncul, bukan? 187 00:13:41,159 --> 00:13:42,911 Kenapa saya patut percaya awak? 188 00:13:42,994 --> 00:13:45,372 Biar saya jawab soalan pertama awak. 189 00:13:45,455 --> 00:13:49,834 Siapa yang bunuh mereka? Saya di Memphis semasa Kliner dibunuh. 190 00:13:49,918 --> 00:13:53,463 Di New York semasa Stevenson mati, di Alabama semasa Roscoe diburu, 191 00:13:53,547 --> 00:13:55,674 di Florida semasa Jobling dan Joe mati. 192 00:13:55,757 --> 00:13:58,385 Syarikat bas dan rekod FAA mengesahkannya. 193 00:13:58,468 --> 00:14:01,304 Alibi saya kukuh. Awak boleh periksa sendiri. 194 00:14:03,014 --> 00:14:06,726 Saya dah periksa. Saya sentiasa perhatikan orang luar. 195 00:14:07,769 --> 00:14:08,645 Betul? 196 00:14:09,938 --> 00:14:13,316 Sebab kita tahu bukan saya sahaja orang luar di Margrave. 197 00:14:16,611 --> 00:14:18,613 Saya maksudkan rakan awak, Finlay. 198 00:14:19,239 --> 00:14:20,782 Dia bukan rakan saya. 199 00:14:21,783 --> 00:14:24,494 Saya menggunakannya untuk cari pembunuh Joe. 200 00:14:25,078 --> 00:14:28,957 Namun saya mula terfikir tentang polis kotor. 201 00:14:29,040 --> 00:14:32,877 Awak bersih. Teale hanya jadi ketua selepas pembunuhan bermula. 202 00:14:32,961 --> 00:14:34,504 Hanya Finlay yang tinggal. 203 00:14:34,588 --> 00:14:37,424 Dia di Margrave semasa semua pembunuhan berlaku. 204 00:14:37,507 --> 00:14:41,177 Setiap kali saya ke luar bandar dan dia sendirian, ada orang mati. 205 00:14:43,722 --> 00:14:45,348 Ayuh, Baker. 206 00:14:45,432 --> 00:14:49,436 Sebaik dia masuk ke dalam balai, saya tahu awak saling membenci. 207 00:14:49,519 --> 00:14:52,105 Ada yang tak kena pada Finlay. Awak dapat rasa. 208 00:14:55,275 --> 00:14:56,651 Memang betul. 209 00:14:57,736 --> 00:15:01,781 Satu beg bawa pulang dan sekeping juadah syurgawi. 210 00:15:02,866 --> 00:15:06,202 -Beritahu saya jika nak apa-apa lagi. -Terima kasih. 211 00:15:07,162 --> 00:15:09,831 Finlay terlibat dan saya akan buktikan. 212 00:15:09,914 --> 00:15:13,793 Cuba fikir. Dia jumpa nombor telefon Hubble dalam kasut abang saya. 213 00:15:13,877 --> 00:15:16,504 Kemudian Hubble panik dan mengaku membunuh? 214 00:15:16,588 --> 00:15:18,256 Bunyinya macam mengarut. 215 00:15:20,133 --> 00:15:24,012 Pasti ada sebab Finlay mahu Hubble dituduh membunuh Joe. 216 00:15:24,095 --> 00:15:26,598 Saya akan masuk ke rumah Hubble malam ini 217 00:15:27,682 --> 00:15:30,310 dan geledah habis-habisan 218 00:15:30,393 --> 00:15:34,189 sehingga saya jumpa bukti yang mengaitkan Hubble dengan Finlay. 219 00:15:36,024 --> 00:15:37,025 Bagus. 220 00:15:38,318 --> 00:15:41,821 Jika awak jumpa apa-apa, terus bawa kepada saya. 221 00:15:41,905 --> 00:15:43,365 Baiklah. 222 00:15:44,032 --> 00:15:45,408 Awak tahu saya di mana. 223 00:15:46,743 --> 00:15:47,869 Tepat sekali. 224 00:16:30,787 --> 00:16:31,788 Nak berburu? 225 00:16:32,664 --> 00:16:34,874 -Ya. -Perlukan apa-apa lagi? 226 00:16:34,958 --> 00:16:38,586 -Pemikat rusa baru akan tiba hari ini. -Saya bukan buru rusa. 227 00:16:40,255 --> 00:16:42,173 Saya nak satu cota. 228 00:17:45,528 --> 00:17:47,113 PEMERHATIAN & AMARAN BERWASPADA DENGAN RIBUT KUAT 229 00:17:47,197 --> 00:17:48,740 ...musim ribut Atlantik. 230 00:17:48,823 --> 00:17:52,035 Walaupun keadaan agak senyap tahun ini, 231 00:17:52,118 --> 00:17:54,120 ia mungkin akan berubah. 232 00:17:54,204 --> 00:17:58,166 Pesawat Pemburu Ribut terbang dalam dua misi berbeza hari ini... 233 00:19:36,598 --> 00:19:40,351 Encik dan Puan Stevenson, saya Oscar Finlay. 234 00:19:41,519 --> 00:19:43,021 Saya kerja dengan anak awak. 235 00:20:35,740 --> 00:20:40,244 Amaran banjir kilat juga baru dikeluarkan bagi LaGrange, Carrollton, 236 00:20:40,328 --> 00:20:44,290 Manchester, Margrave, Bandar Peachtree, Woodland, Greenville dan Zebulon. 237 00:20:44,374 --> 00:20:46,834 Kawasan Macon masih dalam pemerhatian, 238 00:20:46,918 --> 00:20:51,464 namun akan berubah sebaik hujan turun sebanyak tiga inci sejam. 239 00:21:20,660 --> 00:21:22,203 ...bahagian pusat bandar. 240 00:21:22,286 --> 00:21:26,165 Kami menerima laporan banjir di beberapa kawasan rendah. 241 00:21:26,249 --> 00:21:29,043 Sentiasa berwaspada, terutamanya dalam gelap. 242 00:21:29,127 --> 00:21:34,007 Sukar untuk mengetahui kedalaman dan kederasan air. 243 00:21:58,197 --> 00:22:03,036 Penonton di Daerah Warburton hantar video tingkat bawah tanahnya banjir. 244 00:22:03,119 --> 00:22:05,788 Katanya takungan pam tidak mampu menampung... 245 00:22:54,712 --> 00:22:56,506 Tengok apa yang dia mahu. 246 00:23:21,197 --> 00:23:24,283 Duduk di rumah. Kilat berbahaya. 247 00:23:24,367 --> 00:23:28,746 Tempat yang selamat termasuklah rumah, pejabat dan kenderaan bumbung keras 248 00:23:28,830 --> 00:23:30,873 dengan tingkap yang ditutup. 249 00:23:30,957 --> 00:23:33,501 Jika anda berada di luar semasa ribut, 250 00:23:33,584 --> 00:23:37,630 jauhi tempat tinggi, jangan berlindung di bawah pokok terpencil... 251 00:23:57,233 --> 00:23:59,110 Terdapat juga amaran banjir kilat 252 00:23:59,193 --> 00:24:02,280 bagi LaGrange, Douglasville, Carrollton, Manchester, 253 00:24:02,363 --> 00:24:05,366 Margrave, Bandar Peachtree, Woodland, Franklin, 254 00:24:05,449 --> 00:24:08,286 Bandar Junction, Union, Weston, Hamilton, 255 00:24:08,369 --> 00:24:12,540 Orchard Hill, Greenville dan Zebulon, serta kawasan Macon. 256 00:24:12,623 --> 00:24:16,460 Kami menambah lagi kawasan di timur laluan I-75 dalam senarai ini. 257 00:28:00,851 --> 00:28:04,855 GARAJ JOBLING FAIL KLINER MILIK GRAY 258 00:28:21,872 --> 00:28:22,915 Reacher. 259 00:28:22,998 --> 00:28:24,500 Saya dah tahu. 260 00:28:24,583 --> 00:28:27,253 Saya tahu cara mereka menghasilkan wang. 261 00:28:27,336 --> 00:28:29,004 Apa? Bagaimana? 262 00:28:29,088 --> 00:28:32,299 Profesor Columbia itu kata, kertas yang paling penting. 263 00:28:32,383 --> 00:28:35,803 Joe tak tahu macam mana mereka dapatkan kertas untuk wang tunai. 264 00:28:35,886 --> 00:28:39,056 Saya banyak mengembara dan guna macam-macam mata wang. 265 00:28:39,140 --> 00:28:41,892 Nak tahu keunikan wang kertas AS? 266 00:28:41,976 --> 00:28:43,769 Saiz semua dolar sama. 267 00:28:43,853 --> 00:28:47,606 Lunturkan dakwat wang dolar dan kertas itu boleh dicetak semula 268 00:28:47,690 --> 00:28:49,316 dalam nilai yang dikehendaki. 269 00:28:49,400 --> 00:28:51,360 Hubble pengurus mata wang mahir. 270 00:28:51,444 --> 00:28:54,196 Dia pastikan Kliner sentiasa ada bekalan wang kertas $1 271 00:28:54,280 --> 00:28:57,116 dari industri tunai yang nak sorok pendapatan. 272 00:28:57,199 --> 00:29:01,662 Pinjaman wang, kasino dan rangkaian kedai di kejiranan imigran. 273 00:29:01,745 --> 00:29:05,458 Wang satu dolar dibawa ke Margrave dari merata tempat. 274 00:29:05,541 --> 00:29:09,587 Jika satu dolar hilang, saya potong tangan awak macam di Arab Saudi. 275 00:29:09,670 --> 00:29:12,923 Pasti Kliner hasilkan cara untuk lunturkan dakwat 276 00:29:13,007 --> 00:29:14,592 tanpa merosakkan kertas. 277 00:29:14,675 --> 00:29:18,095 Sisa proses ini mencemarkan Chester, Mississippi. 278 00:29:18,179 --> 00:29:20,264 Masuk akal apabila ejen EPA dibunuh. 279 00:29:20,347 --> 00:29:23,517 Bagi melindungi operasi pemalsuan besar, dia wajar dibunuh. 280 00:29:23,601 --> 00:29:26,479 Kliner melindunginya dengan cara lain. Makanan haiwan. 281 00:29:27,646 --> 00:29:29,148 Biar betul. 282 00:29:29,231 --> 00:29:32,401 Kenapa pasir kucing digunakan untuk bersihkan tumpahan minyak? 283 00:29:32,485 --> 00:29:34,403 Ia mengandungi tanah berdiatoma. 284 00:29:34,487 --> 00:29:39,200 Agen penggumpalan penyerap yang digunakan dalam pestisid, penapis kolam, malah... 285 00:29:39,283 --> 00:29:41,744 -Makanan haiwan. -Tepat sekali. 286 00:29:41,827 --> 00:29:45,122 Jika banyak tanah berdiatoma dipesan, orang akan syak. 287 00:29:45,206 --> 00:29:48,250 Jika beli makanan lembu ternakan, tiada siapa peduli. 288 00:29:48,334 --> 00:29:52,296 Tanah dikisar menjadi agen pembersih kimia yang efektif bagi sisa kimia. 289 00:29:52,379 --> 00:29:55,299 Oleh sebab dia hampir ditangkap semasa dia buang ke sungaiā€¦ 290 00:29:55,382 --> 00:29:58,594 Dia kambus dalam ladang yang banyak lembu untuk menipu, 291 00:29:58,677 --> 00:30:00,971 tapi tak cukup banyak sampai inspektor datang. 292 00:30:01,055 --> 00:30:04,767 Dia beli banyak barang itu. Pasti operasinya besar. 293 00:30:04,850 --> 00:30:09,647 Mungkin dia ada berpuluh-puluh pekerja yang disogok dan diancam. 294 00:30:09,730 --> 00:30:12,816 Selepas dicuci, wang kertas dikeringkan dan dicetak 295 00:30:12,900 --> 00:30:15,236 di sebelah depan dan sebelah belakang. 296 00:30:15,945 --> 00:30:18,989 Mereka guna wang 100 dolar sebelum tahun 1990-an 297 00:30:19,073 --> 00:30:22,952 supaya tak perlu tambah jalur magnetik keselamatan yang digunakan hari ini. 298 00:30:23,035 --> 00:30:27,623 Wang 100 yang baru dijadikan lusuh, jadi tiada siapa memeriksanya. 299 00:30:27,706 --> 00:30:30,501 Kemudian pemandu trak bawa wang itu ke Florida, 300 00:30:30,584 --> 00:30:33,420 sebelum perjalanan terakhir ke Venezuela. 301 00:30:33,504 --> 00:30:37,508 Ini cuma teori. Untuk laporkan kepada FBI, perlu ada bukti kukuh. 302 00:30:37,591 --> 00:30:40,553 Bukan sekadar wang 100 dalam poket awak. 303 00:30:40,636 --> 00:30:44,723 Kita perlukan wang palsu yang dapat dikaitkan kepada syarikat Kliner. 304 00:30:44,807 --> 00:30:48,060 Ada sebab Joe letak Garaj Jobling dalam senarainya. 305 00:30:48,143 --> 00:30:50,854 Pasti dia ada sorok wang tunai dalam rumahnya. 306 00:30:50,938 --> 00:30:54,149 Isteri Jobling tunjukkan garaj. Kotak-kotak itu kosong. 307 00:30:54,233 --> 00:30:57,778 -Saya akan pergi semula untuk geledah. -Bawa Finlay sekali. 308 00:30:57,861 --> 00:31:00,197 Baiklah. Macam mana keadaan awak? 309 00:31:00,281 --> 00:31:02,491 Kami ada pengalaman mengujakan. 310 00:31:02,575 --> 00:31:03,951 -Awak okey? -Ya. 311 00:31:04,034 --> 00:31:07,162 Sekarang kami okey. Kami di rumah Picard. 312 00:31:07,246 --> 00:31:10,249 Charlie dan anak-anaknya tidur. Saya yang berkawal. 313 00:31:10,332 --> 00:31:13,419 Mungkin dah tiba masa untuk Picard ganti saya. 314 00:31:13,502 --> 00:31:16,297 Berehatlah. Saya akan maklumkan Finlay. 315 00:31:17,214 --> 00:31:18,465 Awak telefon saya dulu? 316 00:31:19,883 --> 00:31:21,051 Ya. 317 00:31:21,135 --> 00:31:23,345 Saya cuma... 318 00:31:25,222 --> 00:31:26,974 Saya rindu berbual dengan awak. 319 00:31:28,517 --> 00:31:29,977 Selamat malam, Roscoe. 320 00:31:33,606 --> 00:31:34,815 Semuanya okey? 321 00:31:36,442 --> 00:31:37,776 Lebih baik daripada okey. 322 00:31:37,860 --> 00:31:41,071 Saya rasa Reacher baru saja membongkar kes ini. 323 00:31:50,080 --> 00:31:51,165 Reacher. 324 00:31:51,248 --> 00:31:54,793 Jumpa saya di rumah Pete Jobling. Kita akan selesaikan kes ini. 325 00:31:57,504 --> 00:31:58,922 Sabar dulu. 326 00:32:03,886 --> 00:32:05,804 -Kita ada masalah. -Masalah apa? 327 00:32:05,888 --> 00:32:06,889 Tiga kaki pukul. 328 00:32:06,972 --> 00:32:10,643 Satu masuk ke pejabat motel. Mungkin nak tahu bilik saya. 329 00:32:10,726 --> 00:32:12,770 Pasti tak lama. Dua orang lagi? 330 00:32:13,812 --> 00:32:17,524 Berdiri di depan dan nampak menakutkan. Macam mana mereka jumpa saya? 331 00:32:17,608 --> 00:32:20,778 Teale mungkin tak suka awak tapi dia kenal awak. 332 00:32:20,861 --> 00:32:23,405 Awak berani jumpa ibu bapa polis yang mati. 333 00:32:23,489 --> 00:32:25,324 Saya guna nama palsu. 334 00:32:25,407 --> 00:32:28,077 Tak mungkin awak letak kereta di depan. 335 00:32:32,748 --> 00:32:33,707 Sudah tentu. 336 00:32:33,791 --> 00:32:35,209 Okey, dengar baik-baik. 337 00:32:35,292 --> 00:32:38,087 Awak nak kata, "Mereka akan belasah awak?" 338 00:32:38,170 --> 00:32:41,840 Saya nak kata, mereka akan bunuh awak jika awak tak ikut arahan saya. 339 00:32:41,924 --> 00:32:43,384 Awak ada pistol? 340 00:32:46,345 --> 00:32:49,890 Ya, senjata sokongan saya. Revolver .32. 341 00:32:49,973 --> 00:32:52,393 Lebih baik daripada menjerit minta tolong. 342 00:32:52,476 --> 00:32:54,103 Okey, apa yang awak nampak? 343 00:32:57,314 --> 00:33:00,025 Saya dalam bahaya. Tak boleh guna pintu depan. 344 00:33:00,109 --> 00:33:02,695 Cari jalan keluar sendiri. Kuatkan suara TV. 345 00:33:04,822 --> 00:33:06,323 Cavendish, letak senjata. 346 00:33:07,658 --> 00:33:10,994 -Awak dekat dengan unit hujung? -Selang satu bilik. 347 00:33:11,078 --> 00:33:13,789 Bagus. Beritahu saya binaan motel itu. 348 00:33:13,872 --> 00:33:18,419 Bangunan kos rendah setingkat. Mungkin sekitar 60-an atau awal 70-an. 349 00:33:18,502 --> 00:33:21,672 Dindingnya murah. Ada ruang 24 inci di antara kerangka. 350 00:33:21,755 --> 00:33:24,091 -Ada pisau lipat? -Awak ingat saya pengakap? 351 00:33:24,174 --> 00:33:27,177 Okey, ambil palang besi dari almari. 352 00:33:27,261 --> 00:33:28,929 Dia penguat kuasa undang-undang. 353 00:33:29,012 --> 00:33:31,390 Penjahat ini akan ambil alih Colby. 354 00:33:31,473 --> 00:33:34,476 -Dia mengakui semua pembunuhan. -Kami dengar. 355 00:33:38,480 --> 00:33:39,940 Saya perlu cepat. 356 00:33:40,023 --> 00:33:42,901 -Pernah lihat iklan Kool-Aid? -Jangan bergurau. 357 00:33:45,529 --> 00:33:46,822 Terima kasih. 358 00:33:46,905 --> 00:33:48,615 Ini dia. 359 00:33:48,699 --> 00:33:49,992 Saya akan ikat dia. 360 00:33:50,075 --> 00:33:54,079 Saya harap mereka akan bertindak, terutamanya dia. 361 00:33:57,040 --> 00:33:59,293 -Apa dah jadi? -Saya polis. Telefon 911. 362 00:34:10,596 --> 00:34:13,515 Jangan lupa. Saya belum dipenjarakan. 363 00:34:13,599 --> 00:34:16,518 Diam. Bercakap sama macam bertindak. 364 00:34:38,415 --> 00:34:40,209 Dia tembak tayar kita! Kejar! 365 00:34:47,132 --> 00:34:48,467 Terima kasih kerana membantu. 366 00:34:48,550 --> 00:34:51,762 Tiada masalah, Finlay. Jumpa di rumah Jobling. 367 00:34:51,845 --> 00:34:53,514 Saya tiba waktu pagi. 368 00:35:00,729 --> 00:35:01,814 Baiklah. 369 00:35:03,148 --> 00:35:04,274 Terima kasih, tuan. 370 00:35:05,734 --> 00:35:09,112 Setahu mereka, tiada siapa di dalam semasa ia terbakar. 371 00:35:09,196 --> 00:35:11,573 Jirannya kata, Judy pergi beberapa hari lalu. 372 00:35:11,657 --> 00:35:13,367 Ketua Polis fikir mungkin arson. 373 00:35:13,450 --> 00:35:16,578 Mungkin bermula pada masa mereka serang saya. 374 00:35:16,662 --> 00:35:18,038 Untuk membuang bukti. 375 00:35:18,121 --> 00:35:20,415 Bahan bukti di dalamnya dah musnah. 376 00:35:20,499 --> 00:35:24,169 Mereka takut selepas kejadian di rumah Hubble malam tadi. 377 00:35:24,253 --> 00:35:25,420 Apa yang berlaku? 378 00:35:25,504 --> 00:35:28,006 Saya bunuh Dawson Kliner dan empat orang lagi. 379 00:35:29,591 --> 00:35:32,094 Okey. Sekarang kita tiada apa-apa. 380 00:35:32,177 --> 00:35:35,556 Mujurlah Pn. Jobling tiada di sini semasa kejadian. 381 00:35:36,098 --> 00:35:37,683 Dia bukan Pn. Jobling. 382 00:35:38,934 --> 00:35:41,186 Dia tak gunakan nama keluarga Pete. 383 00:35:41,937 --> 00:35:45,774 Lihat cara Joe tulis Garaj Jobling. Dia letak koma atas di hujung. 384 00:35:45,858 --> 00:35:47,276 Milikan majmuk. 385 00:35:47,359 --> 00:35:50,237 Joe maksudkan rumah dengan dua orang Jobling. 386 00:35:50,320 --> 00:35:51,488 Rumah ibu bapanya. 387 00:35:51,572 --> 00:35:54,741 -Saya dah cakap... -Ya, perincian penting. Mari pergi. 388 00:35:56,702 --> 00:35:59,955 Jika awak rasa Pete sorok sesuatu di sini, awak boleh cari. 389 00:36:00,038 --> 00:36:04,001 -Jangan lupa kemas selepas itu. -Baiklah, puan. Terima kasih. 390 00:36:07,421 --> 00:36:10,924 Awak tahu anak saya dah mati semasa awak datang sini dulu? 391 00:36:11,008 --> 00:36:12,134 Ya, puan. 392 00:36:13,135 --> 00:36:14,219 Saya tahu. 393 00:36:15,262 --> 00:36:16,805 Kenapa tak beritahu kami? 394 00:36:18,724 --> 00:36:20,392 Awak nampak macam orang baik. 395 00:36:21,768 --> 00:36:23,186 Saya tak sampai hati. 396 00:36:33,614 --> 00:36:36,742 Macam mana kita nak cari di tempat yang bersepah ini? 397 00:36:36,825 --> 00:36:39,828 Sebab itulah Jobling sorok di sini. 398 00:36:39,912 --> 00:36:41,288 Letak di tempat berselerak. 399 00:36:41,371 --> 00:36:43,832 Jadi pokok tak kelihatan di celah hutan. 400 00:36:45,626 --> 00:36:47,836 Begitulah cara saya sorok mercun. 401 00:36:47,920 --> 00:36:50,172 Ibu bapa tak tahu helah anak-anak. 402 00:36:51,548 --> 00:36:53,717 Kita tahu apa yang kita cari. 403 00:36:53,800 --> 00:36:56,762 Kotak macam yang saya dan Roscoe nampak di rumahnya. 404 00:36:59,139 --> 00:37:00,974 INDUSTRI KLINER 405 00:37:03,310 --> 00:37:04,353 Kotak begini? 406 00:37:21,078 --> 00:37:24,957 Telefon Picard. Suruh dia jumpa kita di rumah ladang tempat letak Jaguar. 407 00:37:25,040 --> 00:37:29,336 Dia ada semua bukti untuk jatuhkan Yayasan Kliner dan Teale. 408 00:37:29,419 --> 00:37:31,964 Saya masukkan dalam Bentley. Kita jumpa di sana. 409 00:37:32,047 --> 00:37:33,674 Kita dah dapat mereka, bukan? 410 00:37:34,508 --> 00:37:35,717 Tepat sekali. 411 00:37:42,599 --> 00:37:44,434 MARGRAVE SEPULUH BATU 412 00:37:46,061 --> 00:37:47,020 Neagley. 413 00:37:47,938 --> 00:37:51,441 Saya ada maklumat tentang pembunuh Wilks, ejen EPA itu. 414 00:37:51,525 --> 00:37:52,359 Cakaplah. 415 00:37:52,442 --> 00:37:54,695 Ejen FBI bernama Nittmo uruskan kes itu. 416 00:37:54,778 --> 00:37:57,489 -Ejen yang tutup kes tanpa menyiasat? -Ya. 417 00:37:57,572 --> 00:37:59,825 Katanya kes itu cuma rompakan biasa. 418 00:37:59,908 --> 00:38:01,368 Saya dah siasat Nittmo. 419 00:38:01,451 --> 00:38:05,789 -Ada rumah mahal dan kereta mewah. -Macam Morrison dan Jobling. 420 00:38:05,872 --> 00:38:07,958 Kemewahan melebihi pendapatan. 421 00:38:08,041 --> 00:38:10,252 Saya dapat salinan lencananya. 422 00:38:10,335 --> 00:38:14,172 Tinggi 1.90 meter, berat 100 kilogram, rambut perang muda dan mata biru. 423 00:38:14,256 --> 00:38:16,591 Patutlah orang gelar dia "The Viking." 424 00:38:17,342 --> 00:38:20,429 Nama samaran pembunuh upahan yang bunuh ejen EPA. 425 00:38:20,512 --> 00:38:21,847 Nampaknya ada kemajuan. 426 00:38:21,930 --> 00:38:24,433 Tapi cara awak cakap macam dia dah mati. 427 00:38:24,516 --> 00:38:26,893 Dia mati akibat kanser tiga tahun lalu. 428 00:38:26,977 --> 00:38:30,522 Rakan setugas lamanya masih ada di FBI. Kita boleh soal dia. 429 00:38:30,605 --> 00:38:33,275 Dia bertugas di pejabat lapangan Atlanta. Namanya... 430 00:38:34,568 --> 00:38:35,444 Picard. 431 00:38:37,070 --> 00:38:39,948 -Mana awak tahu? -Saya cuma teka. 432 00:38:42,868 --> 00:38:44,077 Saya kena pergi. 433 00:40:31,518 --> 00:40:33,520 Terjemahan sari kata oleh: Farahiah Senin 434 00:40:33,603 --> 00:40:35,605 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin