1 00:00:24,608 --> 00:00:27,653 GADIS TAHUN LOMPAT 2 00:00:27,736 --> 00:00:31,323 30 DISEMBER RUANG UDARA AMERIKA SYARIKAT 3 00:00:37,412 --> 00:00:39,414 Okey. Mari cuba lagi. 4 00:00:39,498 --> 00:00:42,292 Bayangkan awak dalam kereta api yang sedang melalui terowong. 5 00:00:42,793 --> 00:00:45,671 Di sebelah kanan, ada kereta api selari yang sama dengan kereta api awak, 6 00:00:45,754 --> 00:00:48,215 cuma ia satu saat lebih pantas. 7 00:00:48,298 --> 00:00:51,301 Jadi bilangan kereta api yang banyak bergerak di kanan dan kiri kita, 8 00:00:51,385 --> 00:00:53,846 semuanya lebih jauh sedikit mengikut masa. Okey? 9 00:00:53,929 --> 00:00:56,431 Sekarang bayangkan awak boleh hubungi kereta api lain, 10 00:00:56,515 --> 00:00:58,475 berbual dengan versi realiti yang serupa, 11 00:00:58,559 --> 00:01:00,394 cuma dari masa lampau atau masa hadapan. 12 00:01:00,477 --> 00:01:02,187 Ya. Itu akan jadi... 13 00:01:02,271 --> 00:01:05,022 rasanya itu pasti sangat berguna apabila saya berada di Vegas lain kali. 14 00:01:05,107 --> 00:01:08,026 Tidak. Maaf. Saya Dr. Burman. 15 00:01:08,110 --> 00:01:09,653 Tuan, fabrik alam semesta kita 16 00:01:09,736 --> 00:01:13,240 bergantung kepada peristiwa dalam kereta api itu supaya kekal serupa. 17 00:01:13,323 --> 00:01:15,367 Ia seperti gelombang bunyi, bergetar dengan harmoni. 18 00:01:15,450 --> 00:01:16,994 Ya. Malangnya, 19 00:01:17,077 --> 00:01:20,247 semua panggilan kami baru mainkan tadi telah menyebabkan kekacauan ketara. 20 00:01:20,330 --> 00:01:21,999 Maaf. Siapa yang aturkan panggilan ini? 21 00:01:22,082 --> 00:01:23,375 Maggie, awak masih di talian? 22 00:01:23,458 --> 00:01:26,336 Tuan, sebuah kapal terbang baru buat pendaratan kecemasan di luar Phoenix. 23 00:01:26,420 --> 00:01:30,757 Kapten kapal terbang itu beritahu telah menerima panggilan daripada tuan dan saya. 24 00:01:30,841 --> 00:01:33,802 Panggilan daripada masa hadapan, meminta dia nahaskan kapal terbang itu. 25 00:01:33,886 --> 00:01:36,763 Saya tak hubungi mana-mana juruterbang sistem penerbangan. 26 00:01:36,847 --> 00:01:39,308 Saya tahu. Saya juga tidak berbual dengan dia. 27 00:01:39,391 --> 00:01:41,101 Sekurang-kurangnya bukan dalam versi diri saya di sini, 28 00:01:41,185 --> 00:01:44,021 dalam dimensi ini, atau mengikut kata lain, dalam kereta api ini. 29 00:01:44,104 --> 00:01:47,816 Sekarang penumpang penerbangan itu sedang pulang ke rumah, 30 00:01:47,900 --> 00:01:50,611 mereka berinteraksi dengan orang, menyebabkan kesan riak yang pesat. 31 00:01:50,694 --> 00:01:53,488 Tepat sekali. Kita sedang berhadapan dengan kepupusan, Jeneral. 32 00:01:53,572 --> 00:01:56,408 - Dalam masa beberapa hari. Mungkin jam. - Baiklah. 33 00:01:56,491 --> 00:02:00,829 Baiklah. Tunggu dulu. Apa sebenarnya awak nak daripada saya? 34 00:02:00,913 --> 00:02:04,291 Saya menyokong sains, tapi saya perlukan sesuatu yang khusus. 35 00:02:04,374 --> 00:02:07,252 Kami percaya pihak kerajaan adalah dalang di sebalik kejadian ini. 36 00:02:07,961 --> 00:02:11,131 Okey. Susah untuk saya anggap panggilan ini serius. 37 00:02:11,215 --> 00:02:13,592 Dengar, awak mungkin tak melakukannya secara sengaja, 38 00:02:13,675 --> 00:02:17,513 tapi saya pasti, awak melakukan sesuatu yang membuka rekahan ini. 39 00:02:17,596 --> 00:02:19,473 Kenapa awak rasa begitu, doktor? 40 00:02:19,556 --> 00:02:22,226 Ayah saya seorang saintis 41 00:02:22,309 --> 00:02:24,645 bekerja dengan kerajaan persekutuan pada tahun 70-an. 42 00:02:24,728 --> 00:02:27,564 Dia mengetuai beberapa projek pengintipan semasa Perang Dingin, 43 00:02:27,648 --> 00:02:30,400 semuanya berkaitan komunikasi antara dimensi. 44 00:02:30,484 --> 00:02:34,112 Dia temui jalan buntu dulu, tapi sudah jelas seseorang sudah berjaya hari ini. 45 00:02:34,196 --> 00:02:36,698 Jadi kenapa tak berbincang dengan ayah awak? 46 00:02:36,782 --> 00:02:38,992 Dia mungkin lebih tahu tentang hal ini berbanding saya. 47 00:02:39,076 --> 00:02:41,328 Saya... Sebab... 48 00:02:41,411 --> 00:02:44,164 Sebentar, tuan. Tolong. Tuan perlu anggapnya serius. 49 00:02:44,248 --> 00:02:47,084 Dengar sini. Saya hanya dengar banyak "kemungkinan." 50 00:02:47,167 --> 00:02:50,087 Saya melihat di luar tingkap saya, matahari bersinar, burung berkicauan 51 00:02:50,170 --> 00:02:52,381 dan alam semesta tidak musnah dengan sendirinya. 52 00:02:52,464 --> 00:02:56,260 Tapi jika saya nampak apa-apa meledak, kamu berdua orang pertama saya hubungi. 53 00:02:56,343 --> 00:02:58,095 Boleh begitu? Selamat tahun baru. 54 00:02:58,178 --> 00:02:59,805 - Sebentar. - Sebentar. 55 00:03:00,305 --> 00:03:01,390 Itu berjalan lancar. 56 00:03:01,473 --> 00:03:04,309 Okey. Awak berjanji kalau itu tak berjaya, awak akan hubungi dia. 57 00:03:04,393 --> 00:03:05,727 Jadi mari hubungi dia. 58 00:03:05,811 --> 00:03:07,145 Tidak. Saya takkan buat begitu. 59 00:03:07,229 --> 00:03:09,356 Tolong ketepikan masalah awak dengan ayah awak, okey? 60 00:03:09,439 --> 00:03:10,899 Takdir dunia bergantung kepadanya. 61 00:03:10,983 --> 00:03:13,694 Pertama sekali, perlu ada ayah untuk ada masalah dengan ayah. 62 00:03:13,777 --> 00:03:15,487 Okey, ya. Saya tak rasa begitu caranya. 63 00:03:15,571 --> 00:03:17,155 Saya tak tahu kenapa saya perlu ingatkan awak 64 00:03:17,239 --> 00:03:20,325 yang Dr. Robert Wheating ialah seorang yang sangat teruk 65 00:03:20,409 --> 00:03:23,287 yang meluangkan seluruh hidupnya dalam makmal, gagal dalam segalanya, 66 00:03:23,370 --> 00:03:26,999 termasuk, tapi tidak terhad kepada asas keibubapaan dan kesopanan manusia. 67 00:03:27,082 --> 00:03:30,127 Sebentar. Kita sudah ada perbualan yang sama semalam, 68 00:03:30,210 --> 00:03:32,045 perkara yang sama, selepas kita berbual dengan jeneral. 69 00:03:32,129 --> 00:03:33,505 Kita baru saja berbual dengan jeneral. 70 00:03:33,589 --> 00:03:36,175 - Hari ini hari apa? - Hari ini Rabu. 71 00:03:36,258 --> 00:03:39,761 Tak guna. Okey, kita dalam glic. Sekarang. 72 00:03:39,845 --> 00:03:41,388 - Apa? - Di sini hari Khamis. 73 00:03:41,471 --> 00:03:44,016 - Ini malam tahun baru. - Tak guna. Ia dah semakin teruk. 74 00:03:44,099 --> 00:03:45,559 Okey. Beri saya nombornya, 75 00:03:45,642 --> 00:03:47,644 saya akan hubungi ayah awak yang tak berguna itu. 76 00:03:48,353 --> 00:03:50,981 Okey, baiklah. Tapi jangan cakap awak kenal saya. 77 00:03:51,064 --> 00:03:52,900 - Ya Tuhan, Rachel. - Jangan! 78 00:03:52,983 --> 00:03:54,109 Helo? 79 00:03:54,776 --> 00:03:57,362 Hai. Saya mahu berbual dengan En. Wheating. 80 00:03:57,446 --> 00:03:59,323 Maafkan saya. 81 00:03:59,406 --> 00:04:03,076 Pihak bank merampas rumah ini lebih kurang lima atau enam tahun lalu. 82 00:04:03,160 --> 00:04:05,370 Hei! Berhenti! 83 00:04:05,454 --> 00:04:08,707 Saya hanya jumpa dia sekejap sebelum dia diusir. 84 00:04:08,790 --> 00:04:11,126 Dia menjerit beberapa perkataan yang sangat kesat kepada saya. 85 00:04:11,210 --> 00:04:12,419 Ya, dia memang begitu. 86 00:04:12,503 --> 00:04:15,422 Boleh tak... Awak tahu ke mana dia pergi? 87 00:04:15,506 --> 00:04:17,798 Saya pernah nampak dia tidur di tepi jalan 88 00:04:17,882 --> 00:04:19,426 beberapa minggu selepas itu. 89 00:04:19,510 --> 00:04:20,928 Apa? Dia jadi gelandangan? 90 00:04:21,011 --> 00:04:23,305 Rasanya. Entahlah. 91 00:04:23,847 --> 00:04:26,725 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Boleh saya bantu? 92 00:04:26,808 --> 00:04:30,270 Hai. Kami mencari Robert Wheating. 93 00:04:30,354 --> 00:04:32,689 Dia diusir beberapa tahun lalu di Riverside. 94 00:04:32,773 --> 00:04:35,734 Okey. Awak seorang kawan? Orang tersayang? 95 00:04:36,777 --> 00:04:39,696 Orang tersayang? Tidak. Saya cuma anaknya. 96 00:04:40,405 --> 00:04:43,158 Okey. Maksud awak, Robert M. Wheating? 97 00:04:43,242 --> 00:04:44,993 - Ya. - Ya, itulah dia. 98 00:04:45,077 --> 00:04:50,040 Maaf, tapi En. Wheating meninggal pada hujung Januari tahun ini. 99 00:04:50,541 --> 00:04:52,125 Saya sangat bersimpati. 100 00:04:53,877 --> 00:04:57,130 Dia meninggal di tepi jalan? 101 00:04:57,714 --> 00:05:02,886 Tak. Alamat berdaftar terakhirnya di Azusa, Rumah Jagaan Sunny Valley. 102 00:05:02,970 --> 00:05:06,265 Okey. Bagus. Terima kasih. 103 00:05:06,348 --> 00:05:08,767 Sama-sama. Selamat hari minggu. 104 00:05:09,726 --> 00:05:11,603 Sebentar. "Selamat hari minggu." 105 00:05:12,354 --> 00:05:14,648 Bukankah awak patut ucap "Selamat Tahun Baru"? 106 00:05:14,731 --> 00:05:16,775 Saya pasti ucap begitu kalau dua bulan lepas. 107 00:05:18,068 --> 00:05:19,820 - Dia dari masa hadapan. - Apa? 108 00:05:19,903 --> 00:05:22,030 Okey, maksudnya ayah awak mungkin masih hidup. 109 00:05:22,114 --> 00:05:23,615 Betul. Baguslah. 110 00:05:24,283 --> 00:05:26,743 Maksud saya, ya. Baguslah begitu. 111 00:05:27,286 --> 00:05:29,329 Okey. Terima kasih, encik. Selamat tinggal. 112 00:05:31,373 --> 00:05:33,709 Okey. Saya akan hubungi Rumah Jagaan Sunny Valley. 113 00:05:33,792 --> 00:05:36,336 Tidak. Sebentar. 114 00:05:37,296 --> 00:05:38,338 Rachel? 115 00:05:38,422 --> 00:05:41,884 Rasanya, saya boleh hubungi dia. 116 00:05:42,926 --> 00:05:45,387 Okey. Awak pasti? 117 00:05:45,470 --> 00:05:48,307 Ya. Entahlah. Saya... 118 00:05:48,390 --> 00:05:52,686 Saya baru dapat tahu dia sudah meninggal. Tak mengapa. Saya akan hubungi dia. 119 00:05:52,769 --> 00:05:56,481 Baiklah. Ya. Tanya dia siapa teruskan kerjanya. 120 00:05:56,565 --> 00:05:58,525 Mesti ada sebuah mesin atau antena, 121 00:05:58,609 --> 00:06:01,278 sesuatu yang boleh ditutup dan hentikan kegagalan ini. 122 00:06:01,361 --> 00:06:06,200 Ya. Saya harap begitu. Ya Tuhan. Okey. Saya akan hubungi dia. 123 00:06:06,283 --> 00:06:07,910 Baiklah, semoga berjaya. 124 00:06:12,998 --> 00:06:15,417 Rumah Jagaan Sunny Valley. Siapa di talian? 125 00:06:16,376 --> 00:06:19,379 Saya... Nama saya Rachel Wheating. 126 00:06:19,463 --> 00:06:22,049 Saya mencari ayah saya, Robert Wheating. 127 00:06:22,674 --> 00:06:23,884 Dr. Wheating? 128 00:06:23,967 --> 00:06:25,802 Ya. Dia. 129 00:06:27,179 --> 00:06:29,389 Saya tak tahu dia ada saudara. 130 00:06:29,473 --> 00:06:31,934 Ya, saya saja saudaranya. 131 00:06:32,017 --> 00:06:33,810 Kami tak begitu rapat. 132 00:06:33,894 --> 00:06:34,937 Maaf, 133 00:06:35,020 --> 00:06:37,648 tapi saya tak boleh sambungkan kecuali saya pasti awak benar-benar mengenalinya. 134 00:06:37,731 --> 00:06:38,732 Kenapa? 135 00:06:38,815 --> 00:06:41,527 Penipu. Mereka cuba mengambil kesempatan terhadap warga tua. 136 00:06:41,610 --> 00:06:43,320 Saya bukan... Ya, saya bukan penipu. 137 00:06:43,403 --> 00:06:45,864 Jadi kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ini? 138 00:06:45,948 --> 00:06:48,492 Tiada siapa pernah melawat Dr. Wheating. 139 00:06:49,785 --> 00:06:50,953 Saya... 140 00:06:51,787 --> 00:06:54,831 saya tak tahu di mana dia berada, puan. Serta... 141 00:06:54,915 --> 00:06:57,459 - Awak tak tahu di mana ayah awak? - Tidak. 142 00:06:57,543 --> 00:06:59,503 Okey. Anak Mithali, nampaknya. 143 00:06:59,586 --> 00:07:01,463 Dengar, sebab dia lelaki tak guna yang pentingkan diri, 144 00:07:01,547 --> 00:07:03,715 tak pernah sayangkan sesiapa kecuali dirinya atau kerjanya, faham? 145 00:07:03,799 --> 00:07:08,720 Jadi tiada siapa peduli dia dan sebab itu dia mati bersendirian. Tak lama lagi. 146 00:07:09,263 --> 00:07:11,431 Okey. Rasanya awak bukan penipu. 147 00:07:11,515 --> 00:07:14,685 Itu memang seperti dia. Baiklah, saya akan sambungkan awak. Sila tunggu. 148 00:07:20,774 --> 00:07:22,860 Ini mengarut... Helo? 149 00:07:22,943 --> 00:07:24,778 - Hai. - Helo. Bercakaplah. 150 00:07:24,862 --> 00:07:27,656 Hai. Saya Rachel. Saya... 151 00:07:27,739 --> 00:07:29,533 Rachel. Saya tak kenal sesiapa bernama Rachel. Selamat tinggal. 152 00:07:29,616 --> 00:07:31,159 Saya sedang menonton perlawanan. 153 00:07:31,243 --> 00:07:32,911 Ini saya. Rachel. 154 00:07:35,372 --> 00:07:38,000 Saya hubungi ayah sebab saya perlukan... 155 00:07:39,376 --> 00:07:40,794 Saya perlukan bantuan ayah. 156 00:07:40,878 --> 00:07:42,796 - Rachel? - Ya. 157 00:07:42,880 --> 00:07:45,924 Anak saya? Rachel? Rachel saya yang cantik? 158 00:07:46,008 --> 00:07:49,011 Telefon untuk tanya khabar ayahnya? 159 00:07:49,803 --> 00:07:52,598 Mungkin mahu minta saya hantarkan duit ke satu tempat, bukan? 160 00:07:52,681 --> 00:07:57,102 Ya, saya takkan tertipu sekali lagi, penipu. Letak telefon itu! 161 00:07:57,186 --> 00:07:58,896 Ya Tuhan. Okey, dengar sini. 162 00:07:58,979 --> 00:08:01,273 Saya Rachel dan kita saling membenci. 163 00:08:01,356 --> 00:08:05,110 Kali terakhir kita berbual, ayah cakap semua kajian saya membuang masa 164 00:08:05,194 --> 00:08:08,155 sebab ayah percaya tiada wanita pernah lakukan apa-apa penemuan penting 165 00:08:08,238 --> 00:08:09,323 dalam dunia fizik. 166 00:08:09,406 --> 00:08:13,160 Jadi untuk fikir yang saya mungkin berbeza adalah delusi secara statistik. 167 00:08:15,621 --> 00:08:18,582 Ayah cakap begitu sebab itulah kebenarannya. 168 00:08:18,665 --> 00:08:19,750 Tidak. 169 00:08:19,833 --> 00:08:23,295 Curie, Goeppert Mayer, Strickland, Ghez. Bagaimana dengan mereka? 170 00:08:23,378 --> 00:08:25,464 Baiklah. Empat orang. 171 00:08:25,547 --> 00:08:28,300 Itu adalah empat Hadiah Nobel fizik 172 00:08:28,383 --> 00:08:30,969 berbanding lebih daripada seratus yang dimenangi lelaki. 173 00:08:31,053 --> 00:08:33,679 Jadi ayah tetap cakap ia satu delusi dari segi statistik. 174 00:08:33,764 --> 00:08:34,932 Ya Tuhan. Okey, baiklah. 175 00:08:35,015 --> 00:08:39,227 Jadi Hadiah Nobel menjadi paras ayah untuk pencapaian bagi sesebuah bidang? Tak guna! 176 00:08:39,311 --> 00:08:41,480 Beginilah. Aduhai, apa yang saya lakukan? 177 00:08:41,563 --> 00:08:43,857 - Awak membazirkan masa awak. - Ya, betul. 178 00:08:43,941 --> 00:08:47,569 Sebab masa sudah terhad. Dunia akan berakhir. Hari ini. 179 00:08:49,363 --> 00:08:50,989 Dunia takkan berakhir. 180 00:08:51,073 --> 00:08:56,245 Orang mati. Spesies pupus. Tapi dunia sentiasa wujud. 181 00:08:56,328 --> 00:08:58,121 Maksud saya, kita semua akan mati. 182 00:08:58,205 --> 00:09:01,333 Itu sudah tentu. Beritahu ayah perkara baru. 183 00:09:01,416 --> 00:09:03,919 Ya Tuhan. Kenapa ayah sangat... 184 00:09:05,462 --> 00:09:06,547 Okey. 185 00:09:06,630 --> 00:09:09,925 Seseorang ambil kajian ayah tentang komunikasi antara dimensi 186 00:09:10,008 --> 00:09:11,635 dan selesaikan kerja ayah, 187 00:09:11,718 --> 00:09:15,556 membuka talian dalam masa dan menyebabkan kekacauan besar. 188 00:09:15,639 --> 00:09:17,599 Kita sudah hampir sampai ke titik kemuncaknya. 189 00:09:17,683 --> 00:09:20,644 Itu mustahil. 190 00:09:20,727 --> 00:09:25,190 Kajian itu temui jalan buntu. Kalau ayah tak boleh, tiada siapa boleh. 191 00:09:25,274 --> 00:09:28,318 - Ayah salah. - Tidak! Boleh ayah sambung menonton? 192 00:09:28,402 --> 00:09:30,070 Dengar cakap saya! Saya bukan... 193 00:09:30,696 --> 00:09:32,990 Tunggu sebentar. Perlawanan apa yang ayah sedang tonton? 194 00:09:33,073 --> 00:09:35,993 Dodgers melawan Astros. Ia perlawanan besbol. 195 00:09:36,076 --> 00:09:39,997 Okey. Jadi tandanya ayah berada di dua bulan lepas. 196 00:09:40,080 --> 00:09:42,332 - Sudahlah. - Di sini malam tahun baru. 197 00:09:42,416 --> 00:09:45,836 - Berhenti mengarut, boleh? - Sebentar. Diam. Saya cuba mendengar. 198 00:09:47,921 --> 00:09:49,131 Okey. 199 00:09:49,631 --> 00:09:51,466 Itu pusingan kesembilan. Maksudnya... 200 00:09:52,634 --> 00:09:56,555 Altuve akan buat dua pukulan lari habis. Maaf, pasukan ayah kalah. 201 00:09:56,638 --> 00:09:59,349 Ya. Altuve... 202 00:09:59,433 --> 00:10:01,852 Maaf, cik masa hadapan, 203 00:10:01,935 --> 00:10:04,563 tapi jelas sekali awak langsung tak tahu tentang besbol, 204 00:10:04,646 --> 00:10:07,232 sebab si dungu itu, Altuve, dia tak boleh pukul... 205 00:10:08,984 --> 00:10:10,944 Jika ia kekal dalam garisan, ia mungkin... 206 00:10:11,028 --> 00:10:12,237 - lari habis! - Apa? 207 00:10:12,321 --> 00:10:13,363 Itu satu kemenangan... 208 00:10:13,447 --> 00:10:16,200 Itu tak mungkin. Tidak. 209 00:10:16,283 --> 00:10:18,702 Dua penamat lari habis untuk si lelaki kecil, José Altuve. 210 00:10:18,785 --> 00:10:20,746 Kerja ayah tak temui jalan buntu. 211 00:10:20,829 --> 00:10:22,956 Saya perlu tahu siapa yang mewarisi projek ayah 212 00:10:23,040 --> 00:10:25,876 dan perlu suruh dia berhenti perkara yang mereka sedang lakukan. 213 00:10:27,628 --> 00:10:29,296 Helo? Ayah di talian? 214 00:10:29,379 --> 00:10:32,466 Tiada siapa warisi projek ayah. 215 00:10:32,883 --> 00:10:37,471 Tapi ada sebuah mesin yang ayah cipta 216 00:10:37,554 --> 00:10:39,223 yang mungkin sebabkan hal ini. 217 00:10:39,306 --> 00:10:41,058 Okey. Di mana mesin itu? 218 00:10:41,141 --> 00:10:43,894 - Bukan "di mana." - Apa maksud ayah? 219 00:10:43,977 --> 00:10:46,480 Apa Einstein katakan apabila kawannya, Besso, meninggal dunia? 220 00:10:46,563 --> 00:10:48,774 Ya Tuhan. Kita tiada masa untuk ini! 221 00:10:48,857 --> 00:10:52,569 Dia berkata, "Sekarang, dia sudah berangkat dari dunia aneh ini, 222 00:10:52,653 --> 00:10:54,071 lebih cepat sedikit berbanding saya. 223 00:10:54,154 --> 00:10:55,906 Itu tiada makna. 224 00:10:55,989 --> 00:10:59,034 Orang seperti kami, yang percayakan fizik, 225 00:10:59,117 --> 00:11:03,705 tahu perbezaan antara masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan..." 226 00:11:03,789 --> 00:11:05,832 "Hanyalah satu ilusi degil yang berterusan." 227 00:11:05,916 --> 00:11:08,544 Hanya sebuah ilusi. Tepat sekali. 228 00:11:08,627 --> 00:11:11,755 - Ia bukan tentang di mana ia. - Ia tentang bila. 229 00:11:11,839 --> 00:11:14,341 Ya Tuhan. Ayah memang berjaya. 230 00:11:14,424 --> 00:11:16,927 Betul. 231 00:11:17,010 --> 00:11:20,681 Ayah tak tahu pada waktu itu. Ayah pasang mesin itu dan tiada apa-apa berlaku. 232 00:11:20,764 --> 00:11:24,351 Ya, tapi ia berjaya. Ia beri kesan dari masa dulu kepada kita sekarang. 233 00:11:25,519 --> 00:11:30,190 Ayah ada tetapkan satu talian khas. Ayah masih ingat nombor telefon itu. 234 00:11:30,274 --> 00:11:35,279 Ya Tuhan. Ada versi ayah sekarang ini, pada tahun 1978, 235 00:11:35,362 --> 00:11:39,324 terduduk di mejanya, berfikir yang dia sudah gagal habis, 236 00:11:39,408 --> 00:11:41,326 menunggu telefonnya berdering. 237 00:11:41,410 --> 00:11:45,080 Tahniah. Mesin ayah sebenarnya berfungsi. 238 00:11:45,163 --> 00:11:48,375 Ayah bukan hanya bercakap tentang kerja ayah. 239 00:11:48,458 --> 00:11:50,085 Ayah bercakap tentang awak. 240 00:11:50,169 --> 00:11:54,131 Tiada siapa perasan apa yang berlaku, tapi awak sedarinya. 241 00:11:54,214 --> 00:11:57,759 Itu satu pencapaian menakjubkan. 242 00:11:57,843 --> 00:11:59,678 Ayah juga tak gagal dengan awak. 243 00:11:59,761 --> 00:12:01,763 Percayalah, ayah gagal. 244 00:12:01,847 --> 00:12:06,977 Saya bukan salah satu kajian ayah. Jadi pencapaian saya bukan hak ayah. 245 00:12:08,187 --> 00:12:13,442 Saya seorang manusia, yang banyak kali perlukan seorang ayah! 246 00:12:13,525 --> 00:12:15,777 Ayah sudah gagal teruk dengan saya. 247 00:12:17,654 --> 00:12:18,822 Betul. 248 00:12:19,823 --> 00:12:22,201 Ayah tahu. Ayah... 249 00:12:24,244 --> 00:12:26,205 minta maaf. 250 00:12:26,288 --> 00:12:31,293 Maaf sebab ayah tinggalkan awak dan ibu awak dahulu. 251 00:12:31,877 --> 00:12:34,171 Ayah minta maaf untuk segalanya. 252 00:12:34,254 --> 00:12:36,924 Boleh awak maafkan ayah? 253 00:12:39,259 --> 00:12:41,178 Tidak. Saya takkan maafkan. 254 00:12:41,970 --> 00:12:46,642 Ia sudah terlewat untuk itu. Terlewat untuk apa saja. 255 00:12:48,268 --> 00:12:49,603 Ayah faham. 256 00:12:50,938 --> 00:12:52,523 Jadi apa akan berlaku sekarang? 257 00:12:53,941 --> 00:12:57,277 Perkara pertama yang akan hilang adalah medan graviti. 258 00:12:57,361 --> 00:12:59,530 Kita semua akan terapung. 259 00:12:59,613 --> 00:13:01,990 - Itu cara yang baik untuk pergi. - Ya. 260 00:13:02,074 --> 00:13:05,953 Kemudian berlaku sesuatu seperti aurora borealis. 261 00:13:06,036 --> 00:13:07,788 Warna-warni di langit. 262 00:13:07,871 --> 00:13:08,872 Ya Tuhan. 263 00:13:08,956 --> 00:13:13,293 Kemudian pada waktu itu, hanya ada dua hasil yang mungkin. 264 00:13:13,377 --> 00:13:15,712 Hasil apa? 265 00:13:15,796 --> 00:13:17,256 Besar kemungkinan, 266 00:13:17,339 --> 00:13:20,926 penamat segalanya dalam sekelip mata. 267 00:13:21,927 --> 00:13:23,011 Satu lagi? 268 00:13:23,095 --> 00:13:26,014 Alam semesta akan betul semula, membaiki dirinya. 269 00:13:26,098 --> 00:13:30,018 Orang akan kembali kepada kehidupan mereka tanpa tahu apa yang berlaku. 270 00:13:30,102 --> 00:13:35,357 Tapi itu takkan berlaku kecuali diri ayah pada 1978 tutup mesin itu. 271 00:13:35,440 --> 00:13:37,317 Ya, itu takkan berlaku. 272 00:13:37,401 --> 00:13:40,445 Ayah fikir kita berdua takkan berbual lagi. 273 00:13:40,529 --> 00:13:41,989 Serta ayah akan mati bersendirian. 274 00:13:42,072 --> 00:13:47,661 Tapi kita sedang berbual tentang sains semasa semuanya hampir-hampir tamat. 275 00:13:47,744 --> 00:13:49,830 Ya. Hebat. 276 00:13:49,913 --> 00:13:54,668 Rachel, boleh awak tolong ingatkan ayah hari jadi awak? 277 00:13:54,751 --> 00:13:57,629 Apa? Ayah tak tahu hari jadi saya? 278 00:13:57,713 --> 00:14:00,799 Ayah memang susah mahu ingat tarikh. 279 00:14:02,467 --> 00:14:03,719 29 Februari. 280 00:14:03,802 --> 00:14:05,095 Februari... Sudah tentu. 281 00:14:05,179 --> 00:14:07,639 Awak gadis tahun lompat ayah. 282 00:14:08,765 --> 00:14:12,936 Ayah perlu minta diri dulu, Rachel, 283 00:14:13,020 --> 00:14:14,479 ayah perlu buat satu panggilan telefon. 284 00:14:14,563 --> 00:14:15,731 Panggilan telefon? 285 00:14:15,814 --> 00:14:18,609 Ayah faham kenapa awak bencikan ayah. 286 00:14:18,692 --> 00:14:22,571 Perhubungan, kadangkala ia melepasi peringkat yang tak boleh ditarik balik. 287 00:14:22,654 --> 00:14:26,158 Perhubungan kita pastinya sudah sampai ke tahap itu. 288 00:14:27,201 --> 00:14:30,037 Tapi mungkin bukan begitu bagi takdir dunia. 289 00:14:30,120 --> 00:14:35,083 Jadi ayah mahu beritahu awak, Rachel, yang ayah... 290 00:14:35,876 --> 00:14:36,877 ayah... 291 00:14:37,711 --> 00:14:41,965 Ayah mahu beritahu awak yang ayah sayangkan awak. 292 00:14:42,633 --> 00:14:47,095 Ayah juga bangga dengan awak, gadis tahun lompat ayah. 293 00:14:48,972 --> 00:14:50,933 - Selamat tinggal. - Sebentar, ayah? 294 00:14:52,601 --> 00:14:53,602 Ayah? 295 00:14:56,480 --> 00:14:57,731 Saya juga sayangkan ayah. 296 00:15:16,542 --> 00:15:18,001 Helo? 297 00:15:18,085 --> 00:15:19,753 Ia berjaya. 298 00:15:19,837 --> 00:15:21,338 Siapa di talian? 299 00:15:21,421 --> 00:15:22,506 Saya ialah awak. 300 00:15:23,549 --> 00:15:25,843 Buktikan. Apa kodnya? 301 00:15:25,926 --> 00:15:29,888 0229. Hari jadi anak kita. 302 00:15:30,973 --> 00:15:34,643 Mesin kita berfungsi. 303 00:15:35,269 --> 00:15:38,438 Saya di masa hadapan berbeza lebih 40 tahun. 304 00:15:41,316 --> 00:15:44,528 Ia berjaya! Saya sudah agak! 305 00:15:44,611 --> 00:15:49,074 Ya Tuhan. Ini mengubah segalanya. 306 00:15:49,157 --> 00:15:51,493 Saya berjaya! Saya sudah agak. 307 00:15:51,577 --> 00:15:54,371 Berhenti. Awak tak buat apa-apa. 308 00:15:54,454 --> 00:15:57,624 Saya... Apa maksud awak? 309 00:15:57,708 --> 00:15:59,960 Saya 86 tahun. 310 00:16:00,043 --> 00:16:06,008 Saya akan mati bersendirian di rumah jagaan, muflis, tanpa kawan, 311 00:16:06,091 --> 00:16:08,552 dengan seorang anak yang bencikan saya. 312 00:16:09,094 --> 00:16:11,972 Jadi apa yang kita sudah lakukan? 313 00:16:14,725 --> 00:16:15,767 Saya... 314 00:16:16,727 --> 00:16:20,564 Dengar, saya minta maaf, tapi ini terlalu sukar untuk saya fahami. 315 00:16:20,647 --> 00:16:24,276 Tutup mesin itu sekarang dan balik ke rumah. 316 00:16:24,359 --> 00:16:26,737 Peluk anak dan isteri awak, 317 00:16:26,820 --> 00:16:29,865 dan beritahu betapa awak sayangkan mereka. 318 00:16:29,948 --> 00:16:31,325 Mulai sekarang, 319 00:16:31,408 --> 00:16:36,538 awak jadikan mereka yang paling utama dalam setiap hari hidup awak. 320 00:16:36,622 --> 00:16:41,376 Tiada apa lebih penting daripada mereka. Awak faham? 321 00:16:42,169 --> 00:16:46,507 - Saya... - Beritahu saya yang awak akan lakukannya! 322 00:16:46,590 --> 00:16:47,591 Tapi... 323 00:16:48,675 --> 00:16:51,178 Bagaimana dengan mereka? 324 00:16:51,261 --> 00:16:53,889 Saya tak boleh tutup mesin ini. 325 00:16:53,972 --> 00:16:55,891 Awak tahu apa mereka mampu lakukan, 326 00:16:55,974 --> 00:16:59,728 apa mereka akan buat kepada keluarga kita jika saya tutup mesin ini. 327 00:17:00,479 --> 00:17:02,814 Kita takkan ada keluarga langsung... 328 00:17:03,690 --> 00:17:08,904 kalau awak tak tutup mesin itu sekarang. 329 00:17:10,113 --> 00:17:13,575 Ya Tuhan. Ada gempa bumi. 330 00:17:13,659 --> 00:17:17,704 Ia sudah bermula. Penamat segalanya. 331 00:17:17,788 --> 00:17:20,665 Ya Tuhan. Apa yang kita sudah lakukan? 332 00:17:20,749 --> 00:17:24,127 Tutup saja mesin itu. 333 00:17:24,211 --> 00:17:28,464 Tolonglah. Beri kita semua peluang kedua. 334 00:17:28,549 --> 00:17:33,136 Langit terbuka. Ya Tuhan. 335 00:17:33,220 --> 00:17:36,431 Warna-warni itu. 336 00:17:37,391 --> 00:17:38,809 Awak nampaknya? 337 00:17:40,644 --> 00:17:44,106 Minta bantuan. Ini Kapten Perry. Kami mengalami kerosakan enjin yang teruk. 338 00:17:44,189 --> 00:17:45,983 Ayah akan menyanyi untuk saya malam ini? 339 00:17:46,066 --> 00:17:48,360 Pada malam 12 Februari 2015, 340 00:17:48,443 --> 00:17:50,362 mak akan alami kemalangan teruk. 341 00:17:50,445 --> 00:17:53,991 - Pergilah! - Buka pintu! 342 00:17:54,074 --> 00:17:56,743 Jadi glic itu patut berlaku lebih kurang sekarang. 343 00:17:56,827 --> 00:17:59,204 Dunia yang melakukannya. 344 00:17:59,288 --> 00:18:01,707 Saya nampak dia hancur dengan sendirinya, 345 00:18:01,790 --> 00:18:04,126 seolah-olah ada kuasa halimunan yang makan dia hidup-hidup. 346 00:18:04,209 --> 00:18:08,714 Bagaimana dia telefon saya dan mati atas saya pada masa yang sama? 347 00:18:08,797 --> 00:18:11,049 Apa yang dah berlaku? 348 00:18:11,133 --> 00:18:12,718 Panggilan yang tak masuk akal. 349 00:18:12,801 --> 00:18:15,804 Rasa seperti mata dan hidung saya sedang mencair. 350 00:18:16,763 --> 00:18:18,682 Tulang saya sedang patah. 351 00:18:18,765 --> 00:18:20,475 - Ia benar. - Apa yang benar? 352 00:18:20,559 --> 00:18:21,560 Semuanya. 353 00:18:21,643 --> 00:18:23,061 Awak percaya ada kuasa ajaib dalam dunia ini, Patrick? 354 00:18:23,145 --> 00:18:27,441 Di mana saja awak berada, di tempat atau masa yang berbeza. 355 00:18:27,524 --> 00:18:30,819 Saya tahu akan ada awak saja apabila saya sampai ke rumah. 356 00:18:33,822 --> 00:18:35,616 - Hei, sayang. - Hei! 357 00:18:35,699 --> 00:18:38,493 Jadi bagaimana dengan New York? 358 00:18:39,620 --> 00:18:43,707 Ia agak membosankan. Ia... Sebentar, bagaimana persembahan itu? 359 00:18:43,790 --> 00:18:45,959 - Saya batalkannya. - Apa? 360 00:18:46,710 --> 00:18:48,795 Ia akan hanya jadi teruk. 361 00:18:48,879 --> 00:18:52,758 Saya fikir pengurus itu hanya mahu berasmara dengan saya. Ia... 362 00:18:52,841 --> 00:18:54,927 Akhirnya. Awak sudah sedar. 363 00:18:55,010 --> 00:18:58,555 Ya. Ia agak mengujakan, tapi... 364 00:18:58,639 --> 00:18:59,681 Tak, saya bergurau. 365 00:19:00,265 --> 00:19:02,267 Sebentar. Awak di mana? 366 00:19:04,394 --> 00:19:05,729 Lihatlah di luar tingkap. 367 00:19:06,271 --> 00:19:10,067 Ya Tuhan! Tim, awak buat saya terkejut. 368 00:19:11,860 --> 00:19:13,987 - Apa? - Kejutan! 369 00:19:14,071 --> 00:19:16,281 - Awak datang? - Saya janji akan datang, bukan? 370 00:19:17,574 --> 00:19:19,034 Sebentar, saya datang. 371 00:19:19,117 --> 00:19:20,410 Okey. 372 00:19:23,705 --> 00:19:25,791 - Hei. - Selamat tahun baru, sayang. 373 00:19:27,960 --> 00:19:29,294 Selamat tahun baru. 374 00:20:31,565 --> 00:20:33,567 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman