1 00:00:07,132 --> 00:00:09,972 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:26,943 --> 00:00:30,993 HALSTON III UNTUK JCPENNEY 3 00:00:40,790 --> 00:00:42,750 Tali pinggang itu tak kena. Sini. 4 00:00:45,045 --> 00:00:45,995 Okey. Pergi. 5 00:01:00,852 --> 00:01:01,692 Pergi. 6 00:01:28,505 --> 00:01:30,875 Jadi, ia dah sampai ke tahap ini, Sassy? 7 00:01:31,591 --> 00:01:33,301 Pertunjukan itu mengagumkan. 8 00:01:33,384 --> 00:01:37,644 Bukankah patut ada 100 orang di sini yang kata begitu? 9 00:01:37,722 --> 00:01:41,022 Berjaga sampai lewat malam, berseronok tak ingat dunia. 10 00:01:42,602 --> 00:01:44,442 Tapi ada awak dan saya saja. 11 00:01:44,521 --> 00:01:47,271 Awak pula dibayar untuk temani saya. 12 00:02:03,164 --> 00:02:05,674 Awak dah dapat ulasan, bukan? 13 00:02:10,797 --> 00:02:12,217 Saya tak nak dengar. 14 00:02:14,384 --> 00:02:18,264 Mereka cemburu sejak saya jadi bintang besar. 15 00:02:19,722 --> 00:02:21,142 Saya mengelirukan orang. 16 00:02:22,016 --> 00:02:23,686 Mereka tonton saya dalam Donahue, 17 00:02:23,768 --> 00:02:28,518 nampak saya keluar dengan Barbara Walters, Andy Warhol atau Cher. 18 00:02:28,606 --> 00:02:30,476 Saya faham. Saya amat bertuah. 19 00:02:30,567 --> 00:02:32,067 Saya pun akan benci diri sendiri. 20 00:02:36,322 --> 00:02:38,532 Awak rasa apa kritikan utama? 21 00:02:40,410 --> 00:02:45,420 Saya rasa, pada suatu masa dulu, awak mencipta semula fesyen wanita. 22 00:02:46,374 --> 00:02:48,334 Selubungi wanita dengan perasaan. 23 00:02:48,835 --> 00:02:50,125 Ikut cita rasa awak. 24 00:02:51,546 --> 00:02:55,426 Sekarang, semuanya baju panas, zip… 25 00:02:55,508 --> 00:02:56,798 Diamlah. 26 00:02:56,885 --> 00:02:58,675 Bukan saya, mereka yang kata. 27 00:02:58,761 --> 00:03:00,561 Saya bergurau saja. 28 00:03:08,271 --> 00:03:09,231 Bacakan satu. 29 00:03:14,485 --> 00:03:15,315 Okey. 30 00:03:25,079 --> 00:03:28,169 "Koleksi baru Halston untuk JCPenney…" 31 00:03:28,666 --> 00:03:29,576 Teruskan. 32 00:03:31,044 --> 00:03:33,384 "…menunjukkan kejatuhan mutu jenama ini 33 00:03:33,463 --> 00:03:36,473 dan tidak melambangkan hasil kerja pereka ini." 34 00:03:39,385 --> 00:03:40,345 Satu lagi. 35 00:03:47,310 --> 00:03:49,980 "Koleksi mega Halston untuk pusat beli-belah Amerika ini 36 00:03:50,063 --> 00:03:52,153 dijejaskan oleh potongan yang cuai. 37 00:03:52,815 --> 00:03:55,025 Sut kain jersi merah dan hitam…" 38 00:03:55,109 --> 00:03:56,399 Saya tak dengar! 39 00:03:56,486 --> 00:03:59,276 "…dikenakan pada model yang pendek dan berisi 40 00:03:59,364 --> 00:04:02,124 tapi potongan yang cincai menelan tubuhnya." 41 00:04:02,200 --> 00:04:04,040 Sebaliknya, gaun ungu garang 42 00:04:04,118 --> 00:04:07,158 terlalu seksi untuk dibawa ke jamuan rasmi, 43 00:04:07,247 --> 00:04:10,207 malah bar orang bujang yang terdekat." 44 00:04:21,094 --> 00:04:22,434 Ulasan tak penting. 45 00:04:36,150 --> 00:04:37,820 Selamat pagi. Apa khabar? 46 00:04:41,364 --> 00:04:42,574 Selamat pagi, semua. 47 00:04:44,325 --> 00:04:45,405 Hai. 48 00:04:54,961 --> 00:04:55,921 Apa khabar? 49 00:05:12,937 --> 00:05:14,517 Saya cakap dengan awak, dengarlah! 50 00:05:16,941 --> 00:05:20,451 - Itu pasu Moser, bodoh. - Saya tak peduli. 51 00:05:20,528 --> 00:05:24,118 Awak cuma sayang barang awak. Sangat berharga dan bernilai. 52 00:05:24,198 --> 00:05:27,288 Awak tahu apa milik awak yang paling berharga? Saya. 53 00:05:27,368 --> 00:05:29,908 Ya, awak penyokong terbesar saya, bukan? 54 00:05:29,996 --> 00:05:30,866 Tak guna. 55 00:05:31,789 --> 00:05:34,959 Victor. Apa saya perlu buat supaya awak pergi? 56 00:05:35,043 --> 00:05:36,383 Macamlah awak sanggup. 57 00:05:36,461 --> 00:05:39,511 Awak akan menangis. "Tolonglah, jangan pergi. 58 00:05:39,589 --> 00:05:42,009 Awak bijak. Saya berjaya kerana awak." 59 00:05:42,091 --> 00:05:43,761 Saya tak pernah kata begitu. 60 00:05:43,843 --> 00:05:46,683 Mengarut! Memang awak yang dipuji dan dapat duit. 61 00:05:46,763 --> 00:05:49,393 Tapi awak tahu semuanya hasil otak ini. 62 00:05:49,474 --> 00:05:52,774 Pernahkah saya dipuji? Tak, awak layan saya macam anjing. 63 00:05:52,852 --> 00:05:53,692 Victor. 64 00:05:54,395 --> 00:05:56,895 Apa awak nak daripada saya? 65 00:06:00,276 --> 00:06:01,396 Sejuta dolar. 66 00:06:03,321 --> 00:06:05,951 Saya mahu studio besar. Macam Warhol. 67 00:06:06,032 --> 00:06:08,082 Untuk saya tingkatkan hasil kerja. 68 00:06:08,159 --> 00:06:11,079 Semua orang buatkan kerja Andy. Itu yang saya nak. 69 00:06:11,162 --> 00:06:13,752 Awak akan dapat pulangan dalam masa setahun. 70 00:06:14,832 --> 00:06:15,752 Ia menguntungkan. 71 00:06:15,833 --> 00:06:18,543 - Awak dah hilang akal. - Saya berhak dibayar. 72 00:06:18,628 --> 00:06:23,298 Bukan itu yang awak berhak dapat tapi saya nak awak pergi. 73 00:06:25,385 --> 00:06:26,885 Jangan cari pasal. 74 00:06:26,969 --> 00:06:28,889 Saya tahu rahsia awak, Halston. 75 00:06:28,971 --> 00:06:31,641 Semua rakaman dan video sendiri? 76 00:06:31,724 --> 00:06:35,734 Awak fikir wanita tua di JCPenney nak dengar awak beraksi di ranjang? 77 00:06:35,812 --> 00:06:36,942 Jangan berani! 78 00:06:37,021 --> 00:06:38,151 Saya akan buat. 79 00:06:38,231 --> 00:06:40,651 Jika awak tak bayar, saya hantar kepada Donahue. 80 00:06:44,404 --> 00:06:46,074 Awak peras ugut saya? 81 00:06:46,155 --> 00:06:49,365 Selepas bertahun-tahun saya lindungi dan tanggung awak? 82 00:06:49,450 --> 00:06:50,950 Ini yang saya dapat? 83 00:06:51,035 --> 00:06:53,365 Keluar dari sini dan jangan kembali. 84 00:06:53,454 --> 00:06:56,294 Awak patahkan hidung saya! Saya akan saman awak! 85 00:07:20,982 --> 00:07:21,902 Susan! 86 00:07:25,361 --> 00:07:27,361 Ada kiraan yang tak betul. 87 00:07:27,447 --> 00:07:30,907 Takkan dia habiskan 40,000 dolar tahun lepas untuk orkid? 88 00:07:30,992 --> 00:07:34,292 - Betul. - Belanja perjalanan ini pula? 89 00:07:34,370 --> 00:07:37,870 Di sini. 354,000 dolar dalam setahun? 90 00:07:37,957 --> 00:07:39,997 Ada orang tambah satu sifar? 91 00:07:40,084 --> 00:07:43,754 Dia naik limousin merata-rata. Itu sudah 5,000 dolar sebulan. 92 00:07:43,838 --> 00:07:45,338 Bulan lepas, 93 00:07:45,423 --> 00:07:48,223 Martha Graham dapat anugerah di Paris, 94 00:07:48,301 --> 00:07:50,681 jadi Halston beli set bagasi Goyard, 95 00:07:50,761 --> 00:07:54,891 naik jet peribadi dengan 11 staf dan semuanya menginap di Ritz. 96 00:07:54,974 --> 00:07:57,354 Kenapa dia ke Paris untuk Martha Graham? 97 00:07:57,435 --> 00:08:00,095 Dia kawan lamanya. Halston biaya kumpulan tariannya. 98 00:08:00,188 --> 00:08:02,318 Bukan, kenapa Esmark perlu bayar? 99 00:08:05,693 --> 00:08:09,413 Fabrik ujian. 750,000 dolar. 100 00:08:09,489 --> 00:08:13,579 Mesti ada orang curi duit. Berapa harga muslin? Lima dolar? 101 00:08:13,659 --> 00:08:16,159 Dia tak guna muslin semasa buat rekaan. 102 00:08:16,913 --> 00:08:19,873 Jika gaun itu akan guna satin, dia reka guna satin. 103 00:08:20,416 --> 00:08:22,746 Saya faham. Daya penariknya ialah kain. 104 00:08:22,835 --> 00:08:24,545 Cara ia terletak. 105 00:08:25,046 --> 00:08:27,466 Dia artis. Fabrik ialah mediumnya. 106 00:08:27,548 --> 00:08:28,968 Itulah hakikatnya. 107 00:08:32,220 --> 00:08:35,140 Apa jadi jika saya jumpa lembaga pengarah Esmark, 108 00:08:35,223 --> 00:08:36,773 syarikat milik awam, 109 00:08:36,849 --> 00:08:39,479 dan kata, divisyen yang saya perlu perbaik 110 00:08:39,560 --> 00:08:42,900 tak boleh kawal kosnya kerana "itulah keadaannya"? 111 00:08:42,980 --> 00:08:45,480 - Apa akan berlaku? - Awak dipecat? 112 00:08:48,945 --> 00:08:52,025 - Halston! Saya suka. - Dia sedang guna telefon! 113 00:08:52,114 --> 00:08:54,284 Maaf, Liza. Saya perlu pergi. 114 00:08:54,367 --> 00:08:57,197 Sandwic salad telur baru masuk ke pejabat saya. 115 00:08:57,286 --> 00:08:59,656 - Alamak. Telefon nanti. - Sayang awak. 116 00:09:02,500 --> 00:09:05,920 Perbelanjaan awak tinggi melangit. Awak janji nak kawal. 117 00:09:06,003 --> 00:09:08,673 Saya rasa awak tipu diri sendiri. 118 00:09:08,756 --> 00:09:10,166 Saya tak kata begitu. 119 00:09:10,258 --> 00:09:14,508 Saya membuat rekaan untuk syarikat pada skala besar-besaran. 120 00:09:14,595 --> 00:09:17,265 Kos itu mencerminkan cara untuk mencapainya. 121 00:09:17,348 --> 00:09:20,138 Saya sudah reka beg pakaian, cermin mata hitam. 122 00:09:20,226 --> 00:09:22,266 Pakaian kait. Tali pinggang. 123 00:09:22,853 --> 00:09:27,613 Mana pakaian lelaki? Kelengkapan rumah? Awak kata ia siap tiga minggu lalu. 124 00:09:27,692 --> 00:09:30,322 - Di mana? - Ini bukan produk bertin, Carl. 125 00:09:30,403 --> 00:09:32,663 Produk bertin bukan divisyen saya. 126 00:09:32,738 --> 00:09:36,448 Saya pengurus besar divisyen Playtex di Esmark, 127 00:09:36,534 --> 00:09:39,704 sekarang saya pengarah urusan Halston. 128 00:09:39,787 --> 00:09:42,247 Saya tak reka tampon, Carl. 129 00:09:42,331 --> 00:09:44,461 Walaupun saya pasti awak akan suruh. 130 00:09:44,959 --> 00:09:48,049 Saya bekerja sekuat mungkin. Tujuh hari seminggu. 131 00:09:48,129 --> 00:09:52,839 Saya tahu. Awak kerja hingga lewat malam. Saya tahu cara awak lakukannya. 132 00:09:53,426 --> 00:09:55,006 Tukang cuci datang pada waktu malam 133 00:09:55,094 --> 00:09:58,854 dan ambil gambar sisa kokaina di atas meja awak. 134 00:10:00,266 --> 00:10:01,346 Awak nak tengok? 135 00:10:01,434 --> 00:10:02,394 Tidak. 136 00:10:07,940 --> 00:10:09,650 Awak ada masalah dadah. 137 00:10:10,234 --> 00:10:12,034 Atau dadah dan alkohol. Entahlah. 138 00:10:12,111 --> 00:10:15,661 Yang saya tahu, jika awak kembali normal, 139 00:10:15,740 --> 00:10:18,330 kita boleh pastikan tempat ini cemerlang. 140 00:10:18,409 --> 00:10:19,409 Normal? 141 00:10:21,746 --> 00:10:23,366 Apa maksud normal, Carl? 142 00:10:24,123 --> 00:10:25,503 Awak normal? 143 00:10:28,878 --> 00:10:32,968 Tolonglah setujui kontrak Mexico itu. Awak tak perlu sebut ya. 144 00:10:33,049 --> 00:10:35,259 Lambai tangan sudah cukup. 145 00:10:36,469 --> 00:10:37,679 Semuanya dah sedia. 146 00:10:37,762 --> 00:10:41,182 Tiga puluh juta dolar di sana. Awak boleh terus berbelanja. 147 00:10:43,559 --> 00:10:44,689 Tidak. 148 00:10:44,769 --> 00:10:47,559 Jangan menolak tanpa tahu perkara yang ditolak. 149 00:10:47,647 --> 00:10:50,647 Saya tahu perkara itu. Keputusan ini muktamad. 150 00:10:50,733 --> 00:10:53,403 Cukuplah awak binasakan jenama saya. 151 00:10:53,486 --> 00:10:59,116 Saya takkan letak nama dan legasi saya pada rekaan orang lain! 152 00:10:59,200 --> 00:11:01,490 Orang yang saya tak kenal atau pilih! 153 00:11:01,577 --> 00:11:04,287 Saya tolak habis-habisan! Sekarang keluar! 154 00:11:08,876 --> 00:11:10,796 Lambai tangan, Halston. 155 00:11:11,337 --> 00:11:12,587 Angguk kepala saja. 156 00:11:13,464 --> 00:11:14,974 Tengok kepala saya, Carl. 157 00:11:16,967 --> 00:11:17,967 Tak bergerak. 158 00:11:33,567 --> 00:11:35,107 Tak apa, terima kasih. 159 00:11:35,194 --> 00:11:37,034 Sudah cukuplah saya minum. 160 00:11:44,620 --> 00:11:45,580 Halston. 161 00:11:46,997 --> 00:11:48,457 Awak nampak penat. 162 00:11:49,125 --> 00:11:50,625 Dah tua, Martha. 163 00:11:51,752 --> 00:11:53,172 Kubur sudah kata mari. 164 00:11:55,089 --> 00:11:58,049 Saya bergurau. Saya hadapi banyak tekanan. 165 00:12:01,011 --> 00:12:03,431 Boleh saya cakap sesuatu? Niat saya baik. 166 00:12:05,850 --> 00:12:08,600 Maafkan saya kerana cakap tentang pengkritik 167 00:12:08,686 --> 00:12:11,356 tapi awak tahu kata orang tentang pengkritik, bukan? 168 00:12:11,439 --> 00:12:13,019 Mereka dah tak suka saya. 169 00:12:13,107 --> 00:12:14,017 Saya tahu. 170 00:12:14,942 --> 00:12:17,032 Apa boleh buat? Sayang sekali. 171 00:12:17,111 --> 00:12:22,321 Ya, tapi Halston, saya rasa awak pun dah tak suka diri sendiri. 172 00:12:22,408 --> 00:12:25,748 Itulah isunya. Saya tahu kemampuan awak. 173 00:12:25,828 --> 00:12:28,538 Awak boleh kagumkan mereka lagi jika awak mahu. 174 00:12:28,622 --> 00:12:30,042 Saya tahu awak boleh. 175 00:12:31,167 --> 00:12:33,087 Saya dah tak peduli. 176 00:12:35,671 --> 00:12:38,171 Saya kenal diri saya. Saya tahu diri saya. 177 00:12:39,175 --> 00:12:40,295 Saya karyawan. 178 00:12:41,343 --> 00:12:43,893 Tapi saya cuma pedulikan wang pada masa ini. 179 00:12:44,430 --> 00:12:48,390 Buat duit sebanyak mungkin sebelum menghilang selamanya. 180 00:12:50,686 --> 00:12:51,556 Apa? 181 00:12:52,730 --> 00:12:56,480 Awak baru saja gabungkan "saya karyawan" 182 00:12:56,567 --> 00:13:00,357 dan "saya hanya pentingkan wang" dalam satu ayat. 183 00:13:00,446 --> 00:13:02,196 Apa yang awak nak saya buat? 184 00:13:02,281 --> 00:13:04,031 Sesuatu yang berbeza. 185 00:13:04,116 --> 00:13:05,366 Cari inspirasi. 186 00:13:05,451 --> 00:13:08,951 Demi Tuhan, buatlah sesuatu yang tiada kaitan dengan duit. 187 00:13:09,038 --> 00:13:10,368 Seperti apa? 188 00:13:12,291 --> 00:13:15,131 Awak boleh reka kostum untuk tarian baru saya. 189 00:13:16,378 --> 00:13:19,338 Disebabkan artritis, saya tak boleh buat sendiri. 190 00:13:20,508 --> 00:13:22,088 Jadilah tangan saya. 191 00:13:25,012 --> 00:13:27,392 Saya ingin persembahkan Persephone. 192 00:13:27,473 --> 00:13:28,683 Persephone. 193 00:13:29,725 --> 00:13:32,135 Saya diambil alih oleh Esmark, Martha. 194 00:13:32,228 --> 00:13:35,058 Hidup saya memang dah macam neraka. 195 00:13:35,147 --> 00:13:37,267 Awak diberi kebebasan sepenuhnya. 196 00:13:37,942 --> 00:13:40,032 Ia boleh membantu awak. 197 00:13:44,824 --> 00:13:45,784 Pencuci mulut? 198 00:13:47,660 --> 00:13:48,580 Mohammed? 199 00:13:50,037 --> 00:13:51,577 Martha mahu pencuci mulut. 200 00:13:52,248 --> 00:13:53,538 Awak teruklah. 201 00:13:56,001 --> 00:13:57,421 Ini baru diterima. 202 00:13:59,839 --> 00:14:03,129 200,000 dolar untuk tiket kapal terbang? 203 00:14:03,217 --> 00:14:04,467 Halston naik Concorde. 204 00:14:04,552 --> 00:14:08,222 Dia tangguh bil selama enam bulan supaya tak masuk laporan. 205 00:14:09,807 --> 00:14:10,717 Tak guna! 206 00:14:20,860 --> 00:14:21,990 Hubungi Betty Ford. 207 00:14:22,570 --> 00:14:23,820 Guna telefon Halston. 208 00:14:26,323 --> 00:14:27,373 Helo? 209 00:14:27,449 --> 00:14:29,869 Helo, Pn. Ford. Ini Carl Epstein. 210 00:14:29,952 --> 00:14:31,252 Saya tak kenal. 211 00:14:31,328 --> 00:14:32,658 Betty, saya Halston. 212 00:14:32,746 --> 00:14:34,576 Halston, awak okey? 213 00:14:34,665 --> 00:14:35,495 Halston 214 00:14:35,583 --> 00:14:38,043 ketagih kokaina dan alkohol. 215 00:14:38,627 --> 00:14:39,707 Dia tak terkawal. 216 00:14:39,795 --> 00:14:43,415 Ia menyebabkan dia gagal memenuhi kewajipan kontraknya. 217 00:14:43,507 --> 00:14:46,137 Tolonglah, biar Halston bercakap. 218 00:14:46,218 --> 00:14:49,468 - Saya di sini. - Halston, awak perlukan bantuan? 219 00:14:49,555 --> 00:14:50,805 Sudah tentu. 220 00:14:51,432 --> 00:14:55,482 Saya nak sepuluh jam tambahan setiap hari tapi awak tak boleh bantu 221 00:14:55,561 --> 00:14:58,151 dan saya nak lepas daripada kontrak Esmark. 222 00:14:58,230 --> 00:15:00,520 Bagi syarikat yang buat lampin dewasa, 223 00:15:00,608 --> 00:15:03,108 mereka cemas sampai asyik terkencing. 224 00:15:04,194 --> 00:15:05,284 Tapi terus terang, 225 00:15:05,362 --> 00:15:06,912 saya okey. Cuma ada masalah sikit. 226 00:15:06,989 --> 00:15:09,069 Saya cuma penat tapi percayalah. 227 00:15:09,158 --> 00:15:11,988 Jika saya perlu bantuan, saya cari awak dulu. 228 00:15:12,077 --> 00:15:17,167 Awak masih ingat gaun yang awak pakai pada hari jadi Bianca di Studio 54? 229 00:15:17,249 --> 00:15:19,499 Ya. Saya benar-benar ingat. 230 00:15:20,127 --> 00:15:22,667 - Seronoknya zaman itu. - Memang seronok. 231 00:15:23,589 --> 00:15:28,049 Tapi hari-hari hebat akan datang. Kirim salam kepada Gerry. Selamat tinggal. 232 00:15:32,598 --> 00:15:33,768 Berani awak? 233 00:15:35,809 --> 00:15:37,519 Awak fikir saya siapa? 234 00:15:37,603 --> 00:15:40,313 Kalau awak buat begitu lagi, saya bunuh awak! 235 00:15:40,397 --> 00:15:42,817 Awak dengar, si bodoh jari gemuk? 236 00:15:42,900 --> 00:15:45,690 Pergilah jual kacang panggang dalam tin semula! 237 00:15:48,447 --> 00:15:51,987 Tuan-tuan, situasi Halston semakin teruk. 238 00:15:52,493 --> 00:15:54,333 Penyalahgunaan dadahnya teruk. 239 00:15:54,411 --> 00:15:56,501 Sifat tak hormatnya, teruk. 240 00:15:57,331 --> 00:16:00,461 Keengganan untuk tandatangan kontrak pelesenan 241 00:16:00,542 --> 00:16:02,632 yang mampu selamatkan divisyen ini? 242 00:16:03,462 --> 00:16:06,512 Maaf, kita di tahap paling rendah. 243 00:16:08,509 --> 00:16:11,759 Halston tiba di pejabat pada pukul 6 petang. 244 00:16:11,845 --> 00:16:15,095 Ini selepas bangun pada pukul 4 petang. 245 00:16:15,599 --> 00:16:16,519 Selamat petang. 246 00:16:16,600 --> 00:16:19,350 Dia terus masuk ke pejabatnya dan guna kokaina. 247 00:16:20,396 --> 00:16:22,606 - Dia tak keruan. - …sutera. 248 00:16:22,690 --> 00:16:24,440 Pukul 7, dia makan sedikit. 249 00:16:24,525 --> 00:16:26,895 Kopi dan lelaki pilihannya ada persamaan. 250 00:16:27,486 --> 00:16:32,366 Sebelum buat apa-apa kerja. Masih belum beritahu sesiapa rancangannya. 251 00:16:32,449 --> 00:16:34,369 "Kami tiada kopi gay." 252 00:16:35,661 --> 00:16:38,711 Warna yang kita mahu di sini ialah oren kemerahan. 253 00:16:39,331 --> 00:16:41,291 - Saya nak lihat nanti. - Okey. 254 00:16:42,668 --> 00:16:44,088 - Sekarang? - Bukan. 255 00:16:44,753 --> 00:16:46,593 Cukuplah buat kerja hari ini. 256 00:16:47,256 --> 00:16:48,756 Saya tak dapat ilham. 257 00:16:50,467 --> 00:16:53,677 Sementara itu, staf sudah sampai sejak pukul 8 pagi. 258 00:16:55,180 --> 00:16:59,520 Jelas bagi saya keputusan yang kita perlu buat. 259 00:17:07,860 --> 00:17:11,820 - Maaf, saya cuba hubungi awak. - Saya biar gagang telefon di tepi. 260 00:17:13,282 --> 00:17:14,372 Saya sakit kepala. 261 00:17:30,257 --> 00:17:31,087 Siapa awak? 262 00:17:32,634 --> 00:17:34,014 Saya John David Ridge. 263 00:17:34,887 --> 00:17:36,097 Kenapa awak di sini? 264 00:17:36,180 --> 00:17:39,640 Saya diupah membuat rekaan untuk kejar tarikh akhir. 265 00:17:44,229 --> 00:17:48,649 Saya nak bercakap dengan John David Ridge secara peribadi. 266 00:18:10,422 --> 00:18:13,342 Tentu awak faham kenapa ini mimpi ngeri saya. 267 00:18:15,803 --> 00:18:16,803 Ya. 268 00:18:17,387 --> 00:18:18,847 Ia memalukan. 269 00:18:21,558 --> 00:18:22,558 Rasa dikhianati. 270 00:18:26,522 --> 00:18:29,942 Membina sesuatu dengan nama sendiri 271 00:18:30,734 --> 00:18:31,864 tapi digantikan. 272 00:18:31,944 --> 00:18:33,284 Awak tak diganti… 273 00:18:35,239 --> 00:18:37,909 Ya, saya boleh bayangkan kesukarannya. 274 00:18:40,994 --> 00:18:42,624 Saya serba salah nak sebut. 275 00:18:44,206 --> 00:18:47,036 Tapi saya berbesar hati berada di sini. 276 00:18:48,001 --> 00:18:49,131 Untuk pengetahuan awak. 277 00:18:49,211 --> 00:18:51,711 Bekerja dengan awak macam impian jadi nyata 278 00:18:51,797 --> 00:18:52,837 dan… 279 00:18:55,467 --> 00:18:56,387 aneh. 280 00:18:57,803 --> 00:19:00,433 Saya mengagumi awak selama ini. 281 00:19:07,146 --> 00:19:08,436 Di mana mereka jumpa awak? 282 00:19:08,939 --> 00:19:10,609 Saya pereka kostum. 283 00:19:11,316 --> 00:19:12,396 Broadway. 284 00:19:12,484 --> 00:19:14,494 Kita buat kostum sekarang, ya? 285 00:19:16,321 --> 00:19:19,071 Tapi fesyen memang hanya kostum, bukan? 286 00:19:22,744 --> 00:19:25,414 Kita bergaya untuk jadi orang lain. 287 00:19:26,331 --> 00:19:28,041 Topi Jackie Kennedy. 288 00:19:28,125 --> 00:19:30,415 Itu memang macam kostum. 289 00:19:40,679 --> 00:19:42,389 Tolong saya baikinya. 290 00:19:43,182 --> 00:19:44,812 Apa yang kita nak baiki? 291 00:19:47,227 --> 00:19:48,097 Nama saya. 292 00:19:50,522 --> 00:19:51,652 Itu satu penghormatan. 293 00:19:54,776 --> 00:19:57,196 Saya teringin nak buat koleksi percutian. 294 00:19:57,946 --> 00:20:01,066 Dengan rona Caribbean. Mungkin berhasil. Awak rasa? 295 00:20:01,158 --> 00:20:02,118 Warna akuamarin. 296 00:20:02,618 --> 00:20:03,538 Ya. 297 00:20:04,328 --> 00:20:05,868 Boleh letak tali pinggang. 298 00:20:07,539 --> 00:20:09,829 - Saya suka kerja awak. - Terima kasih. 299 00:20:12,252 --> 00:20:13,342 GIGOLO HALSTON 300 00:20:13,420 --> 00:20:14,710 Saya tak percaya. 301 00:20:15,631 --> 00:20:17,171 Ini fitnah! 302 00:20:17,257 --> 00:20:20,337 Saya terlalu gementar. Boleh awak bacakan? 303 00:20:20,427 --> 00:20:21,717 Tidak! 304 00:20:21,803 --> 00:20:23,603 Liza, kalau awak sayang saya, 305 00:20:23,680 --> 00:20:25,600 bacakan kepada saya, okey? 306 00:20:26,183 --> 00:20:27,103 Baiklah. 307 00:20:33,023 --> 00:20:36,743 "Bukan rahsia bahawa Halston, pereka selebriti, suka perhatian. 308 00:20:36,818 --> 00:20:39,068 Sumber terdekat ikon fesyen ini 309 00:20:39,154 --> 00:20:41,704 menggambarkan pereka yang semakin terganggu. 310 00:20:42,241 --> 00:20:46,501 Pengguna dadah tegar ketika berparti di Studio 54 yang penuh skandal, 311 00:20:46,578 --> 00:20:50,078 penggunaan kokaina Halston kini terbawa-bawa ke tempat kerja 312 00:20:50,165 --> 00:20:53,585 di studio bercerminnya di Menara Olimpik Midtown." 313 00:20:53,669 --> 00:20:54,959 Itulah, inilah. 314 00:20:55,045 --> 00:20:59,415 "Pelukis, Victor Hugo, ialah kekasih pereka ini sejak dulu 315 00:20:59,508 --> 00:21:05,138 tetapi Halston turut mengupah pelacur lelaki termahal di Manhattan. 316 00:21:05,931 --> 00:21:09,731 Gigolo kegemarannya dikatakan mengunjungi pereka ghairah ini…" 317 00:21:09,810 --> 00:21:10,770 Cukup. 318 00:21:11,270 --> 00:21:12,600 Memang teruk, okey? 319 00:21:13,146 --> 00:21:15,516 Tapi cuba pandang dari sudut ini… 320 00:21:15,607 --> 00:21:16,817 Ini kerja Victor. 321 00:21:17,818 --> 00:21:19,028 Ia takkan berhenti. 322 00:21:22,406 --> 00:21:23,946 Dia ada pita video, Liza. 323 00:21:24,992 --> 00:21:27,912 Rakaman saya dan dia dengan… 324 00:21:27,995 --> 00:21:29,285 Halston. 325 00:21:30,330 --> 00:21:31,960 Kenapa awak buat begitu? 326 00:21:32,624 --> 00:21:35,464 Jangan biarkan diri awak terdedah. Awak terkenal. 327 00:21:35,544 --> 00:21:37,004 Saya tahu. 328 00:21:38,338 --> 00:21:40,258 Saya terlalu khayal setiap kali. 329 00:21:41,300 --> 00:21:42,510 Saya percayakan dia. 330 00:21:44,386 --> 00:21:47,426 Baiklah. Ini yang awak perlu buat. 331 00:21:47,514 --> 00:21:49,224 - Bayar dia. - Tidak. 332 00:21:49,308 --> 00:21:50,268 Halston. 333 00:21:50,767 --> 00:21:51,687 Bayar dia! 334 00:21:51,768 --> 00:21:55,938 Dia akan tinggalkan hidup awak, kemudian awak boleh teruskan hidup. 335 00:21:56,606 --> 00:21:59,396 Saya takkan beri dia satu sen pun. 336 00:22:01,862 --> 00:22:03,532 Dia dah banyak rugikan saya. 337 00:22:16,501 --> 00:22:17,711 6572? 338 00:22:18,962 --> 00:22:20,462 6572? 339 00:22:34,186 --> 00:22:35,596 Boleh saya merokok? 340 00:22:42,319 --> 00:22:45,449 - Berapa lama saya boleh hidup? - Susah nak cakap. 341 00:22:46,615 --> 00:22:49,115 Awak ada simptom seperti pneumonia? 342 00:22:49,910 --> 00:22:51,580 Tompokan gelap pada kulit? 343 00:22:53,497 --> 00:22:54,747 Itu khabar baik. 344 00:22:55,665 --> 00:22:57,375 Awak perlukan kaunselor? 345 00:23:05,467 --> 00:23:06,337 Tidak. 346 00:23:07,928 --> 00:23:10,138 Saya perlu cakap dengan ejen PR saya. 347 00:23:11,765 --> 00:23:13,885 Sebenarnya, saya tak menghidap AIDS. 348 00:23:17,396 --> 00:23:19,896 Saya ada kanser hati, kalau orang tanya. 349 00:23:19,981 --> 00:23:21,781 Maaf, saya fikir sambil cakap. 350 00:23:29,699 --> 00:23:31,369 Page Six ada gosip baru? 351 00:23:31,451 --> 00:23:34,621 Tidak, tapi ada sesuatu yang awak patut tahu. 352 00:23:35,747 --> 00:23:36,617 Awak. 353 00:23:37,249 --> 00:23:40,999 Awak suruh saya percayakan awak. Awak kata awak sokong saya. 354 00:23:41,086 --> 00:23:42,956 Saya tak faham maksud awak. 355 00:23:43,463 --> 00:23:45,843 Awak hantar lakaran kepada Epstein diam-diam! 356 00:23:45,924 --> 00:23:48,894 Kita ketinggalan lapan minggu. Dia perlukan rekaan. 357 00:23:48,969 --> 00:23:51,259 Saya gagal cari awak. Awak tak jawab telefon. 358 00:23:51,346 --> 00:23:53,176 Awak tak kerja semalam. Saya buntu. 359 00:23:53,265 --> 00:23:54,925 - Berani awak! - Berani awak! 360 00:23:57,102 --> 00:23:59,022 Berani awak tak bertanggungjawab 361 00:23:59,104 --> 00:24:01,984 terhadap empayar yang awak usahakan selama ini? 362 00:24:02,691 --> 00:24:04,901 Awak cuai dengan jenama sendiri. 363 00:24:05,777 --> 00:24:06,897 Nama awak sendiri. 364 00:24:07,654 --> 00:24:11,584 Awak orang paling berbakat saya kenal tapi awak bazirkan peluang. 365 00:24:12,284 --> 00:24:14,204 Saya takkan faham sebabnya. 366 00:24:20,542 --> 00:24:21,962 Suruh semua orang balik. 367 00:24:41,813 --> 00:24:43,443 Awak tak boleh berhenti. 368 00:24:43,523 --> 00:24:44,863 Ya, boleh. 369 00:24:44,941 --> 00:24:46,441 Saya berhenti. Itu saja. 370 00:24:47,486 --> 00:24:50,106 Berhenti ertinya melanggar kontrak. 371 00:24:50,197 --> 00:24:52,737 Awak akan hutang kami 925 juta dolar. 372 00:24:52,824 --> 00:24:56,914 Awak luluskan rekaan tanpa izin saya, jadi awak langgar kontrak kita. 373 00:24:56,995 --> 00:25:00,535 Awak yang berhutang 925 juta dengan saya. 374 00:25:00,624 --> 00:25:02,964 Ini tak berkesan. Awak sendiri cakap. 375 00:25:03,043 --> 00:25:06,763 Kami cuba sedaya upaya untuk susun semula kontrak 376 00:25:06,838 --> 00:25:08,668 supaya kita sama-sama gembira. 377 00:25:08,757 --> 00:25:10,087 Saya tak gembira. 378 00:25:10,675 --> 00:25:12,005 Kontrak ini bagus. 379 00:25:12,093 --> 00:25:16,353 Kami cuma minta 20 hari setiap tahun. 380 00:25:16,431 --> 00:25:18,811 Sepuluh untuk JCPenney. Sepuluh untuk minyak wangi. 381 00:25:18,892 --> 00:25:20,312 Kami uruskan selebihnya. 382 00:25:20,393 --> 00:25:24,193 Ada 345 hari lagi untuk awak tak buat apa-apa. 383 00:25:24,272 --> 00:25:25,902 Kenapa awak tak gembira? 384 00:25:25,982 --> 00:25:27,282 Misteri, bukan? 385 00:25:27,359 --> 00:25:29,529 Nick, boleh awak pujuk klien awak? 386 00:25:29,611 --> 00:25:30,741 Ini tawaran saya. 387 00:25:30,820 --> 00:25:33,200 Awak boleh pergi mati. 388 00:25:33,865 --> 00:25:36,615 Awak pergi mati, awak, awak dan awak. 389 00:25:36,701 --> 00:25:39,961 Pergi mati. Saya akan bekerja dengan orang baru. 390 00:25:40,038 --> 00:25:43,668 Orang yang tahu kendalikan bakat. Awak tak tahu caranya, Carl. 391 00:25:44,251 --> 00:25:45,631 Percayalah. 392 00:25:45,710 --> 00:25:49,880 Saya akan mula dari awal. Setahun lagi, saya akan semakin besar. 393 00:25:49,965 --> 00:25:51,755 Mengalahkan Calvin Klein. 394 00:25:51,841 --> 00:25:52,721 Tahu kenapa? 395 00:25:52,801 --> 00:25:55,101 Saya ada dua perkara yang awak tiada. 396 00:25:55,178 --> 00:25:57,888 Bakat dan nama saya. 397 00:26:03,562 --> 00:26:07,982 Mari kita berehat supaya En. Lewin boleh membiasakan kliennya 398 00:26:08,066 --> 00:26:11,026 dengan asas logik dan undang-undang kontrak. 399 00:26:23,790 --> 00:26:25,630 DILARANG MENCEROBOH 400 00:26:25,709 --> 00:26:28,459 Saya cepat melenting, Nick. Saya mengaku. 401 00:26:28,545 --> 00:26:31,085 Mengusir awak, beritahu media. 402 00:26:31,172 --> 00:26:32,672 Awak fikir apa mereka akan buat? 403 00:26:32,757 --> 00:26:34,587 Awak lenyapkan kelebihan kita. 404 00:26:34,676 --> 00:26:37,296 Kontrak baru ini 100 kali lebih teruk. 405 00:26:37,387 --> 00:26:40,177 Nick, saya tahu, saya mengamuk. 406 00:26:40,807 --> 00:26:43,887 Tapi saya tandatangan kontrak dan saya dah berubah. 407 00:26:43,977 --> 00:26:45,977 Dah dua minggu saya bebas dadah. 408 00:26:46,062 --> 00:26:49,402 Saya nampak lebih sihat. Terima kasih kerana sedar. 409 00:26:49,482 --> 00:26:53,782 Hasilnya, dapat sejuta dolar setahun tapi saya tak perlu buat apa-apa. 410 00:26:54,446 --> 00:26:57,276 Tak semudah itu. 411 00:26:58,074 --> 00:27:01,124 Memang jumlahnya kecil daripada biasa tapi tak apa. 412 00:27:01,202 --> 00:27:04,292 Saya akan mula dari awal. Atur mesyuarat di seluruh bandar. 413 00:27:04,372 --> 00:27:05,672 Cari penaung baru. 414 00:27:05,749 --> 00:27:07,669 Awak tak boleh kerja untuk orang lain. 415 00:27:07,751 --> 00:27:09,881 Mereka tak boleh tahan saya. 416 00:27:09,961 --> 00:27:12,261 Mestilah boleh. Itu perjanjiannya. 417 00:27:12,339 --> 00:27:13,629 Okey, batalkannya. 418 00:27:13,715 --> 00:27:15,585 Awak jual nama awak, Halston. 419 00:27:16,134 --> 00:27:19,144 Apa-apa saja yang awak buat atau cuba jual 420 00:27:19,220 --> 00:27:20,510 jadi milik Esmark. 421 00:27:22,849 --> 00:27:24,349 Berapa lama? Setahun? 422 00:27:25,143 --> 00:27:26,103 Lima tahun? 423 00:27:27,312 --> 00:27:28,732 Seumur hidup awak. 424 00:27:30,023 --> 00:27:31,863 Awak bukan Halston lagi. 425 00:27:32,942 --> 00:27:33,992 Mereka Halston. 426 00:27:44,454 --> 00:27:47,044 Lain kali, sebelum saya tandatangan kontrak, 427 00:27:47,123 --> 00:27:48,923 saya akan baca dulu. 428 00:27:56,800 --> 00:27:58,010 Apa saya boleh buat? 429 00:27:58,093 --> 00:28:02,063 Reka gaun untuk kawan awak. Mereka tak boleh kata itu gaun Halston. 430 00:28:02,138 --> 00:28:06,178 Saya buat dua gaun Oscar untuk Anjelica Huston dan Geraldine Page. 431 00:28:06,267 --> 00:28:09,147 Awak perlu keluarkan duit sendiri. 432 00:28:09,229 --> 00:28:11,729 Mereka tak boleh kata mereka pakai gaun Halston. 433 00:28:16,403 --> 00:28:18,743 Kejam, tapi itu hak mereka. 434 00:28:19,239 --> 00:28:22,489 Itu yang awak korbankan untuk sejuta dolar setahun 435 00:28:22,575 --> 00:28:23,945 tanpa bekerja langsung. 436 00:28:26,621 --> 00:28:28,371 Victor juga satu hal. 437 00:28:29,457 --> 00:28:31,037 Dia ugut kita. 438 00:28:32,210 --> 00:28:36,420 Jika kita tak bayar, dia akan hantar rakaman itu kepada majalah People. 439 00:28:40,176 --> 00:28:41,586 Beri dia duit. 440 00:28:59,863 --> 00:29:01,073 Saya rindu awak. 441 00:29:03,408 --> 00:29:06,238 Saya dengar tentang hal itu. Mereka kenakan awak. 442 00:29:07,704 --> 00:29:10,424 Saya ada rancangan untuk kita. Awak tentu suka. 443 00:29:13,460 --> 00:29:16,090 Halston, tolonglah. Dengar dulu. 444 00:29:16,588 --> 00:29:18,338 Urusan kita dah selesai. 445 00:29:19,382 --> 00:29:23,052 Terima kasih kerana bayar saya sewajarnya. Saya tak marah lagi. 446 00:29:24,053 --> 00:29:26,563 Awak ada bakat dan saya ada bakat. 447 00:29:27,056 --> 00:29:29,426 Mari kita fikirkan sebagai satu pasukan. 448 00:29:30,059 --> 00:29:31,479 Jangan putus asa. 449 00:29:31,561 --> 00:29:33,901 Awak hilang nama awak. Siapa peduli? 450 00:29:33,980 --> 00:29:36,610 Kita mulakan koleksi baru yang lebih baik. 451 00:29:36,691 --> 00:29:39,861 Kita akan namakannya "Roy". Semua orang akan suka. 452 00:29:40,945 --> 00:29:42,195 Apa pendapat awak? 453 00:29:44,657 --> 00:29:45,577 Bagaimana? 454 00:29:46,659 --> 00:29:47,539 Apa? 455 00:29:48,745 --> 00:29:50,865 Awak masih marah kerana duit itu? 456 00:29:50,955 --> 00:29:54,705 Saya memang begitu. Awak kenal saya dan saya kenal awak. 457 00:30:00,757 --> 00:30:01,927 Saya cintakan awak. 458 00:30:04,677 --> 00:30:05,597 Sebelum ini. 459 00:30:27,033 --> 00:30:28,163 Dan… 460 00:30:33,081 --> 00:30:35,001 Teruskan pandang dia, Willy. 461 00:30:39,045 --> 00:30:40,375 Usaha. 462 00:30:41,005 --> 00:30:44,005 Saya nak lihat usaha yang lebih. 463 00:30:48,763 --> 00:30:51,723 Nanti kita sambung. Rehat untuk makan tengah hari. 464 00:30:59,482 --> 00:31:00,982 Apa khabar? 465 00:31:01,067 --> 00:31:04,197 Selain kanser dan pneumonia sedikit, 466 00:31:04,279 --> 00:31:05,409 saya sihat. 467 00:31:06,990 --> 00:31:09,330 Saya telefon awak beberapa kali. 468 00:31:09,409 --> 00:31:10,909 Awak tak jawab. 469 00:31:11,911 --> 00:31:14,161 Saya risau awak dah enggan berkawan. 470 00:31:14,247 --> 00:31:16,287 Sayang, itu tak mungkin. 471 00:31:17,750 --> 00:31:20,210 Tak, saya cuma perlu masa untuk berfikir. 472 00:31:21,921 --> 00:31:24,091 Awak mungkin dengar saya dipecat. 473 00:31:25,091 --> 00:31:28,431 Saya tak memiliki kreativiti sendiri lagi. 474 00:31:30,722 --> 00:31:31,722 Tapi awak kenal saya. 475 00:31:31,806 --> 00:31:33,676 Saya perlu mencipta. 476 00:31:34,809 --> 00:31:36,189 Jadi, saya terfikir. 477 00:31:38,730 --> 00:31:40,440 Awak masih sudi terima saya? 478 00:31:42,692 --> 00:31:44,112 Sudah tentu. 479 00:31:44,193 --> 00:31:45,743 Terima kasih, Martha. 480 00:31:47,196 --> 00:31:49,486 Jadi, bila pementasan itu dibuka? 481 00:31:49,574 --> 00:31:52,084 Seminggu lagi, sayang. 482 00:31:53,912 --> 00:31:55,462 Saya suka cabaran. 483 00:32:02,962 --> 00:32:04,802 - En. Halston. - Helo, Susan. 484 00:32:05,548 --> 00:32:08,638 - Awak tak patut datang. - Saya nak jumpa En. Ridge. 485 00:32:08,718 --> 00:32:09,888 Tapi… 486 00:32:14,432 --> 00:32:15,392 Helo, semua. 487 00:32:17,727 --> 00:32:20,097 Jangan risau. Saya tak datang untuk bunuh awak. 488 00:32:22,106 --> 00:32:23,816 Boleh saya bantu awak? 489 00:32:26,778 --> 00:32:28,108 Saya ada projek. 490 00:32:29,405 --> 00:32:32,985 Saya perlu pembantu. Orang yang saya kagumi dan percaya. 491 00:32:34,369 --> 00:32:36,079 Saya terus teringat awak. 492 00:32:59,268 --> 00:33:00,098 Okey. 493 00:33:00,186 --> 00:33:01,016 Sudah dapat. 494 00:33:01,104 --> 00:33:04,194 Saya beli setiap pembalut ACE di New York. 495 00:33:10,989 --> 00:33:12,069 Itu luar biasa. 496 00:33:15,326 --> 00:33:16,286 Nanti dulu. 497 00:33:17,370 --> 00:33:18,870 Warna tak melekat. 498 00:33:24,627 --> 00:33:26,127 Tahu apa yang bantu saya? 499 00:33:26,212 --> 00:33:29,842 Saya berhenti bayangkan rupa kostum yang saya mahu 500 00:33:29,924 --> 00:33:34,434 dan bayangkan, apa yang saya nak penonton rasa apabila mereka melihatnya? 501 00:33:41,519 --> 00:33:43,479 Apabila penari bergerak, 502 00:33:44,981 --> 00:33:49,191 saya mahu penonton rasa ada sesuatu menarik mereka ke belakang. 503 00:33:50,069 --> 00:33:54,239 Ditarik oleh kematian yang semua orang mahu elakkan tapi tak terdaya. 504 00:33:55,158 --> 00:33:56,988 Itu tragedi Greek. Persephone. 505 00:33:58,911 --> 00:34:00,501 Saya nak rasa selaput 506 00:34:00,580 --> 00:34:03,210 yang memisahkan dunia kita dengan syurga 507 00:34:03,291 --> 00:34:04,921 yang kita tak terjangkau. 508 00:34:05,835 --> 00:34:08,875 Jika kita boleh gapai jauh sedikit, 509 00:34:12,175 --> 00:34:13,545 kita akan hidup abadi. 510 00:34:20,558 --> 00:34:22,598 Saya nak balut semua penari 511 00:34:22,685 --> 00:34:24,595 dengan bergulung-gulung Spandex. 512 00:34:26,272 --> 00:34:29,152 Jadi, apa kata awak balut mereka dengan Spandex? 513 00:34:46,793 --> 00:34:47,883 Terima kasih. 514 00:34:56,594 --> 00:34:57,804 Terima kasih. 515 00:35:08,231 --> 00:35:09,941 Sudah lama kita tak jumpa, H. 516 00:35:13,111 --> 00:35:15,491 Saya tak boleh lakukannya sekarang, Joe. 517 00:35:16,030 --> 00:35:16,860 Jalan. 518 00:35:20,827 --> 00:35:22,697 Saya tak culik awak. 519 00:35:23,371 --> 00:35:25,541 Sassy masih jawab panggilan saya. 520 00:35:30,711 --> 00:35:31,881 Saya dapat tahu 521 00:35:31,963 --> 00:35:36,553 Got Tu Go Disco ialah kegagalan terbesar di Broadway sejak Moose Murders. 522 00:35:37,468 --> 00:35:40,598 Sekurang-kurangnya, saya tak jual nama saya. 523 00:35:41,347 --> 00:35:44,307 Awak memang teruk dan bermasalah. 524 00:35:48,771 --> 00:35:50,311 Joe, saya rindukan awak. 525 00:35:50,398 --> 00:35:52,068 Saya pun rindukan awak. 526 00:35:58,072 --> 00:36:00,072 Apa khabar Elsa? Dia hubungi awak? 527 00:36:00,158 --> 00:36:01,778 Dia baik-baik saja. 528 00:36:02,785 --> 00:36:03,825 Biasalah, Elsa. 529 00:36:03,911 --> 00:36:04,871 Bagus. 530 00:36:06,497 --> 00:36:07,577 Bagus. 531 00:36:10,626 --> 00:36:11,456 Joe. 532 00:36:12,879 --> 00:36:14,379 Beritahu saya awak sihat. 533 00:36:18,384 --> 00:36:19,264 Ya. 534 00:36:23,055 --> 00:36:25,015 Saya dengar awak dah usir Victor. 535 00:36:25,099 --> 00:36:26,269 Akhirnya. 536 00:36:26,350 --> 00:36:28,310 Lama betul saya bertahan. 537 00:36:29,604 --> 00:36:32,694 Awak tahu berapa karya Warhol dia curi daripada saya? 538 00:36:32,773 --> 00:36:33,733 Ya Tuhan. 539 00:36:33,816 --> 00:36:35,736 Persetankan. Biarlah dia ambil. 540 00:36:36,944 --> 00:36:40,624 Saya nampak pinggan mangkuk yang awak reka untuk Tiffany's. 541 00:36:40,698 --> 00:36:41,698 Mengagumkan. 542 00:36:41,782 --> 00:36:44,242 Saya hampir pecahkannya di kedai 543 00:36:44,327 --> 00:36:45,947 kerana saya sangat cemburu. 544 00:36:46,871 --> 00:36:47,831 Mengarut. 545 00:36:48,372 --> 00:36:49,462 Tapi terima kasih. 546 00:36:51,334 --> 00:36:54,054 Saya teruja nak tonton persembahan malam ini. 547 00:36:54,128 --> 00:36:56,338 Tak sabar nak tengok rekaan awak. 548 00:36:56,422 --> 00:36:58,932 Awak tahu pengkritik akan benci. 549 00:36:59,008 --> 00:37:03,348 Mereka akan kata, "Halston sudah sepuluh tahun kering idea." 550 00:37:03,429 --> 00:37:04,429 Siapa peduli? 551 00:37:05,097 --> 00:37:08,347 Saya gembira awak kembali buat sesuatu secara sendirian. 552 00:37:08,851 --> 00:37:11,101 Tanpa gangguan korporat. 553 00:37:13,814 --> 00:37:16,154 Saya tak pernah buat apa-apa sendirian. 554 00:37:18,069 --> 00:37:19,449 Saya sentiasa ada awak. 555 00:37:27,787 --> 00:37:29,707 Awak betul tentang satu perkara. 556 00:37:30,498 --> 00:37:32,038 Saya jual nama saya. 557 00:37:32,124 --> 00:37:34,674 Saya cuma usik awak tadi. 558 00:37:34,752 --> 00:37:36,962 Tak. Kita diberi satu nama, Joe. 559 00:37:37,046 --> 00:37:38,006 Satu saja. 560 00:37:38,631 --> 00:37:41,261 Itu saja yang kita ada semasa kita hidup. 561 00:37:41,759 --> 00:37:44,509 Itu saja yang kita tinggalkan setelah kita tiada. 562 00:37:44,971 --> 00:37:47,101 Saya tak jaga nama saya dengan baik. 563 00:37:48,140 --> 00:37:51,190 Saya jual murah tanpa berfikir panjang. 564 00:37:56,649 --> 00:37:59,569 Ratusan juta dolar tak murah, Halston. 565 00:38:01,070 --> 00:38:04,370 Memang murah, Joe. Awak tahu bagaimana saya tahu? 566 00:38:08,286 --> 00:38:10,866 Saya sanggup beli semula pada harga dua kali ganda. 567 00:38:19,630 --> 00:38:20,720 Ini tempat kita. 568 00:38:56,625 --> 00:38:58,165 Sudah tiba masanya, Joe. 569 00:38:59,587 --> 00:39:01,507 - Masa untuk apa? - Untuk ulasan. 570 00:39:01,589 --> 00:39:03,969 Mohammed! Saya minta dia beli akhbar. 571 00:39:05,217 --> 00:39:07,047 Awak kata ulasan tak penting. 572 00:39:07,136 --> 00:39:10,676 Saya tetap perlu baca. Saya dah tahu kata mereka. 573 00:39:10,765 --> 00:39:13,975 "Siapa nak beritahu Halston zamannya sudah berlalu?" 574 00:39:14,060 --> 00:39:15,020 Percayalah. 575 00:39:15,102 --> 00:39:17,652 - Tak. - Bukan saya, Mohammed. 576 00:39:17,730 --> 00:39:19,190 Joe akan membacanya. 577 00:39:19,273 --> 00:39:20,823 Janganlah paksa saya. 578 00:39:20,900 --> 00:39:23,320 Tolonglah. Buat kali terakhir. 579 00:39:23,944 --> 00:39:26,914 Langkau terus ke bahagian tentang saya. 580 00:39:27,740 --> 00:39:30,580 Tak nak dengar tentang penari ketiga dari kiri. 581 00:39:39,335 --> 00:39:40,165 Dah jumpa. 582 00:39:40,252 --> 00:39:42,252 Itulah, inilah. "Martha Graham." 583 00:39:42,338 --> 00:39:43,708 Itu dan ini. 584 00:39:43,798 --> 00:39:45,088 "Penari…" 585 00:39:46,008 --> 00:39:48,048 "Rekaan kostum oleh Halston 586 00:39:48,135 --> 00:39:51,425 ada kemungkinan mampu membinasakan pementasan. 587 00:39:51,514 --> 00:39:54,684 Sebaliknya, ia mencuri perhatian." 588 00:40:02,358 --> 00:40:04,068 Okey, Daily News. 589 00:40:06,153 --> 00:40:07,663 Awak tajuk utama. 590 00:40:08,489 --> 00:40:12,119 "Ke tepi, Martha. Biar Halston tunduk terima penghargaan. 591 00:40:12,910 --> 00:40:16,080 Cetusan ilham pereka terkenal Halston, 592 00:40:16,163 --> 00:40:19,883 sayangnya semua kostum ini tidak dijual 593 00:40:19,959 --> 00:40:22,589 walaupun di butik paling mewah. 594 00:40:22,670 --> 00:40:24,840 Namun mungkin itu yang terbaik. 595 00:40:24,922 --> 00:40:28,722 Ia terlalu cantik untuk dipakai oleh manusia biasa 596 00:40:28,801 --> 00:40:31,551 dan anggun pada setiap saat 597 00:40:31,637 --> 00:40:35,307 dalam pementasan Persephone oleh Martha Graham di City Center." 598 00:40:37,977 --> 00:40:40,187 Baiklah, jangan tahan diri lagi. 599 00:40:40,938 --> 00:40:42,768 Apa kata The Times? 600 00:40:52,158 --> 00:40:53,028 Okey. 601 00:40:54,660 --> 00:40:58,830 "Kostum rekaan Halston akan membuat dunia tertanya-tanya 602 00:40:58,914 --> 00:41:02,594 sama ada dia patut bekerja dalam bidang teater 603 00:41:03,335 --> 00:41:05,165 dan bukan di pentas peragaan. 604 00:41:06,464 --> 00:41:10,894 Reka bentuk fabrik yang memeri itu membelai rasa, inovatif 605 00:41:10,968 --> 00:41:14,808 dan apabila direnungkan, berani dan unik. 606 00:41:16,265 --> 00:41:20,595 Mungkin ini kemuncak kerjaya yang berpanjangan dan terkemuka." 607 00:41:25,900 --> 00:41:26,780 Bagaimana? 608 00:41:32,031 --> 00:41:33,661 Ulasan tak penting. 609 00:41:40,456 --> 00:41:41,326 Syabas. 610 00:41:44,960 --> 00:41:45,880 Terima kasih. 611 00:41:49,798 --> 00:41:52,258 Sekarang apa kita nak buat dengannya? 612 00:41:56,680 --> 00:41:57,970 Saya tak tahu. 613 00:41:58,474 --> 00:42:01,444 - Saya tak pernah potong ayam belanda. - Saya pun! 614 00:42:02,853 --> 00:42:03,943 Okey. 615 00:42:04,021 --> 00:42:06,611 Saya akan potong tapi awak tak boleh ketawa. 616 00:42:09,443 --> 00:42:10,533 Kasihan. 617 00:42:10,611 --> 00:42:13,531 Ia pernah dibunuh. Kini awak bunuh ia lagi. 618 00:42:13,614 --> 00:42:16,454 Awak patut tahu yang semasa saya buat begini, 619 00:42:16,534 --> 00:42:19,334 saya bayangkan si bodoh di Menara Olimpik itu. 620 00:42:19,411 --> 00:42:21,291 - Sudahlah. - Saya serius. 621 00:42:21,872 --> 00:42:23,122 Cara dia layan awak… 622 00:42:23,207 --> 00:42:25,377 Kenapa awak tak marah? 623 00:42:25,459 --> 00:42:27,499 Saya sudah tak larat nak marah. 624 00:42:30,381 --> 00:42:34,681 Saya patut berterima kasih kepadanya. Saya temui ketenangan selepas itu. 625 00:42:34,760 --> 00:42:37,300 Kalau begitu, carikan sedikit untuk saya. 626 00:42:41,267 --> 00:42:42,687 Selamat Hari Kesyukuran. 627 00:42:42,768 --> 00:42:44,558 Liza, saya sayang awak. 628 00:42:44,645 --> 00:42:45,645 Saya sayang awak. 629 00:42:53,153 --> 00:42:54,743 Syukurlah rumah ini ada. 630 00:42:58,534 --> 00:43:00,044 Saya patut beritahu awak. 631 00:43:02,162 --> 00:43:03,962 Saya nak jual rumah ini. 632 00:43:07,418 --> 00:43:09,168 Saya dah jual rumah bandar. 633 00:43:09,878 --> 00:43:10,748 Apa? 634 00:43:11,839 --> 00:43:12,919 Apa awak nak buat? 635 00:43:13,424 --> 00:43:16,844 Saya akan pergi ke Pantai Barat. San Francisco. 636 00:43:17,386 --> 00:43:19,556 Bercuti. Menelusuri pantai. 637 00:43:23,726 --> 00:43:25,886 Saya tak faham. Kenapa? 638 00:43:26,979 --> 00:43:29,689 Liza, pandang saya. Awak tahu sebabnya. 639 00:43:32,359 --> 00:43:33,609 Sayang, mari sini. 640 00:43:34,194 --> 00:43:35,244 Mari sini. 641 00:43:36,822 --> 00:43:38,572 Jangan sedih. 642 00:43:42,870 --> 00:43:43,750 Okey. 643 00:43:45,914 --> 00:43:48,134 Awak janji ini bukan penghujungnya? 644 00:43:48,208 --> 00:43:49,168 Mestilah. 645 00:43:49,251 --> 00:43:52,211 Saya akan kembali. Saya janji. 646 00:43:53,255 --> 00:43:55,915 Maaf kerana beritahu awak secara mengejut. 647 00:44:00,179 --> 00:44:01,219 Jangan sedih. 648 00:44:06,644 --> 00:44:07,694 Jangan risau. 649 00:44:27,623 --> 00:44:29,003 Cuma nak tanya, tuan. 650 00:44:30,751 --> 00:44:33,551 Dah sejam kita di sini. Tuan nak pergi? 651 00:44:34,505 --> 00:44:35,505 Sekejap lagi. 652 00:44:40,886 --> 00:44:43,256 Lihatlah warna biru laut itu. 653 00:44:45,265 --> 00:44:47,885 Sinaran matahari mengubah-ubah warnanya. 654 00:44:47,976 --> 00:44:49,516 Lihat, jadi warna perak. 655 00:44:50,854 --> 00:44:54,274 Bertahun-tahun lalu, saya akan tengok warna itu dan fikir, 656 00:44:54,358 --> 00:44:56,778 "Apa saya boleh buat dengan warna itu?" 657 00:44:58,237 --> 00:45:01,907 Idea saya akan mencurah-curah, fikir koleksi yang boleh dibuat. 658 00:45:01,990 --> 00:45:03,660 Mungkin lebih daripada satu. 659 00:45:04,159 --> 00:45:06,159 Mungkin semua rona biru. 660 00:45:07,788 --> 00:45:09,868 Sempatkah siap sebelum musim luruh? 661 00:45:10,708 --> 00:45:12,788 Muncul pada kulit majalah apa? 662 00:45:12,876 --> 00:45:14,246 Adakah orang akan suka? 663 00:45:17,506 --> 00:45:18,506 Tapi sekarang, 664 00:45:20,676 --> 00:45:23,466 saya cuma fikir betapa cantiknya warna biru ini. 665 00:45:30,894 --> 00:45:32,444 Baiklah. Mari kita pergi. 666 00:45:45,159 --> 00:45:46,119 Terima kasih. 667 00:45:58,589 --> 00:45:59,629 Ke mana? 668 00:46:00,841 --> 00:46:01,931 Ke mana-mana saja. 669 00:46:03,177 --> 00:46:04,597 Pandu saja. 670 00:48:33,410 --> 00:48:38,290 VICTOR HUGO MENINGGAL DUNIA PADA 1993. 671 00:48:38,790 --> 00:48:42,040 ELSA PERETTI IALAH PEREKA BARANG KEMAS BERPENGARUH ABAD KE-20. 672 00:48:42,127 --> 00:48:43,917 DIA MENINGGAL DUNIA PADA 2021. 673 00:48:44,421 --> 00:48:48,931 JOE EULA TERUS MENGILUSTRASI SENI REKA FESYEN. 674 00:48:49,009 --> 00:48:50,509 DIA MENINGGAL DUNIA PADA 2004. 675 00:48:51,136 --> 00:48:56,266 LIZA MINNELLI MASIH LEGENDA DAN HIDUP SEJAHTERA. 676 00:48:57,017 --> 00:49:00,687 HALSTON MELUANGKAN 18 BULAN TERAKHIR HIDUPNYA 677 00:49:00,771 --> 00:49:03,151 DENGAN MENELUSURI PINGGIR LAUT PASIFIK. 678 00:49:03,690 --> 00:49:10,160 DIA MENINGGAL DUNIA DI SAN FRANCISCO PADA 1990. 679 00:49:10,906 --> 00:49:16,616 DIA TIDAK DAPAT MEMILIKI NAMANYA SEMULA. 680 00:49:23,502 --> 00:49:25,752 BERDASARKAN BUKU SIMPLY HALSTON OLEH STEVEN GAINES 681 00:51:57,447 --> 00:52:00,077 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal