1 00:00:11,291 --> 00:00:14,000 Beberapa bulan selepas kematian Arcadio, 2 00:00:14,500 --> 00:00:16,916 Kolonel Aureliano Buendía pula ditangkap 3 00:00:17,000 --> 00:00:19,875 ketika dia baru tiba di sempadan barat. 4 00:00:21,416 --> 00:00:25,041 Daripada 21 orang pengikutnya, seorang saja terselamat, 5 00:00:26,000 --> 00:00:27,541 iaitu Kolonel Gerineldo Márquez. 6 00:00:41,333 --> 00:00:43,916 - Kenapa dengan tangan awak? - Kena api. 7 00:00:44,000 --> 00:00:46,000 Anak abang dah besar! 8 00:00:48,041 --> 00:00:50,125 Aureliano. 9 00:00:52,708 --> 00:00:55,125 - Mana anak kami? - Mana dia? 10 00:00:56,000 --> 00:00:57,583 - Aureliano! - Berundur! 11 00:00:58,916 --> 00:01:00,458 Baliklah, ibu! 12 00:01:00,958 --> 00:01:04,958 Minta kebenaran pihak berkuasa untuk melawat saya di penjara! 13 00:01:05,041 --> 00:01:06,041 Aureliano! 14 00:01:11,375 --> 00:01:12,750 Hidup Kolonel Buendía! 15 00:01:12,833 --> 00:01:14,541 Hidup Kolonel Buendía! 16 00:01:16,958 --> 00:01:18,458 Aureliano! 17 00:01:18,541 --> 00:01:20,166 Jangan melampau! 18 00:01:21,041 --> 00:01:22,875 Tak payah berkumpul di sini! 19 00:01:23,416 --> 00:01:24,750 Pergi balik rumah! 20 00:01:32,041 --> 00:01:35,416 Kolonel Aureliano Buendía akan dihukum mati di Macondo 21 00:01:35,500 --> 00:01:37,166 sebagai satu pengajaran. 22 00:01:40,375 --> 00:01:44,291 ONE HUNDRED YEARS OF SOLITUDE 23 00:01:45,125 --> 00:01:48,708 Saya nak jumpa Kolonel Aureliano Buendía. Dia anak saya. Biar saya masuk. 24 00:01:49,375 --> 00:01:53,250 - Kapten! Saya nak masuk! - Biar dia masuk! 25 00:02:04,833 --> 00:02:06,375 Saya nak jumpa anak saya, 26 00:02:07,250 --> 00:02:09,208 Kolonel Aureliano Buendía. 27 00:02:10,208 --> 00:02:11,041 Puan… 28 00:02:12,583 --> 00:02:15,958 Maksud puan, "Encik" Buendía? 29 00:02:17,208 --> 00:02:18,208 Apa-apa sajalah. 30 00:02:18,958 --> 00:02:20,458 Asalkan kami boleh jumpa. 31 00:02:21,041 --> 00:02:24,541 Kami sedang tunggu kerajaan mengesahkan hukumannya. 32 00:02:29,333 --> 00:02:30,208 Hukuman apa? 33 00:02:32,958 --> 00:02:34,333 Hukuman mati. 34 00:02:36,833 --> 00:02:40,250 Sementara itu, dia tak boleh jumpa sesiapa. 35 00:02:43,166 --> 00:02:44,708 Saya masih akan masuk. 36 00:02:47,583 --> 00:02:50,250 Jadi, saya tak peduli jika kamu tembak saya. 37 00:02:54,375 --> 00:02:55,625 Bawa dia masuk. 38 00:03:29,791 --> 00:03:33,583 Ibu belum cerita yang kami namakan anak sulung Arcadio, Remedios. 39 00:03:37,208 --> 00:03:39,333 Dia minta bayi itu dinamakan Úrsula, 40 00:03:40,375 --> 00:03:42,708 tapi nama itu membawa malang. 41 00:03:47,333 --> 00:03:49,000 Ibu belum beritahu saya, 42 00:03:50,000 --> 00:03:51,500 tapi saya dah tahu. 43 00:03:54,500 --> 00:03:56,916 Awak dilahirkan dengan mata terbuntang… 44 00:04:02,000 --> 00:04:03,416 yang melihat semuanya… 45 00:04:05,416 --> 00:04:07,541 dengan rasa ingin tahu. 46 00:04:09,250 --> 00:04:10,708 Ibu masih ingat. 47 00:04:14,291 --> 00:04:16,708 Ibu juga ingat wajah awak yang sugul… 48 00:04:18,500 --> 00:04:20,625 semasa ibu kembali tanpa abang awak… 49 00:04:23,291 --> 00:04:25,625 setelah meninggalkan awak dan Amaranta. 50 00:04:31,458 --> 00:04:33,375 Ibu masih sedih memikirkannya. 51 00:04:39,083 --> 00:04:41,208 Saya rasa saya dah lalui semua ini… 52 00:04:46,333 --> 00:04:48,208 tapi saya tak nampak kematian saya. 53 00:04:49,500 --> 00:04:52,041 Firasat saya sudah meninggalkan saya. 54 00:04:57,000 --> 00:04:58,708 Saya nak beri ibu sesuatu. 55 00:05:03,416 --> 00:05:05,625 Saya tulis puisi ini untuk Remedios. 56 00:05:06,416 --> 00:05:07,291 Janji… 57 00:05:09,250 --> 00:05:10,666 ibu akan bakar semuanya. 58 00:05:12,625 --> 00:05:14,375 Saya tak nak sesiapa baca. 59 00:05:22,791 --> 00:05:24,083 Masa dah tamat. 60 00:05:36,208 --> 00:05:37,500 Jangan ucap selamat tinggal. 61 00:05:40,250 --> 00:05:43,958 Jangan merayu kepada sesiapa atau memalukan diri ibu untuk saya. 62 00:05:45,208 --> 00:05:46,166 Ini perang. 63 00:05:48,583 --> 00:05:52,083 Anggaplah dah lama mereka bunuh saya. 64 00:06:23,166 --> 00:06:24,916 Apa khabar, kapten? 65 00:06:33,083 --> 00:06:34,083 Selamat malam. 66 00:06:37,625 --> 00:06:38,958 Selamat malam. 67 00:06:54,416 --> 00:06:55,375 Encik, 68 00:06:55,458 --> 00:06:57,250 kami tak cari sesiapa. 69 00:06:58,541 --> 00:07:01,000 Saya dan pegawai saya cuma nak minum 70 00:07:02,125 --> 00:07:03,541 dan berseronok. 71 00:07:09,208 --> 00:07:13,083 Tiada sesiapa nak tidur dengan orang yang dihukum mati. 72 00:07:13,916 --> 00:07:15,291 Ia membawa malang. 73 00:07:15,375 --> 00:07:17,833 Pemberontak akan dihukum. 74 00:07:20,750 --> 00:07:21,708 Mungkin. 75 00:07:24,375 --> 00:07:25,958 Tapi semua orang kata 76 00:07:26,875 --> 00:07:30,125 askar yang membunuh Kolonel Aureliano Buendía, 77 00:07:31,208 --> 00:07:33,416 dan semua askar dalam skuadnya… 78 00:07:34,416 --> 00:07:35,416 Semuanya… 79 00:07:37,541 --> 00:07:41,583 akan dibunuh, walau apa sekalipun, walau bila sekalipun, 80 00:07:43,125 --> 00:07:45,333 dan walau di mana sekalipun mereka bersembunyi. 81 00:08:02,625 --> 00:08:03,500 Dengar sini. 82 00:08:06,125 --> 00:08:08,250 Saya tiada masalah dengan kolonel. 83 00:08:11,333 --> 00:08:13,125 Saya mengagumi keberaniannya. 84 00:08:14,166 --> 00:08:16,458 Tapi ini arahan daripada kerajaan 85 00:08:18,041 --> 00:08:19,500 yang perlu dilaksanakan. 86 00:08:21,625 --> 00:08:22,541 Ini tugas kami. 87 00:08:34,041 --> 00:08:34,875 Berdoalah… 88 00:08:39,208 --> 00:08:41,583 agar arahan itu takkan diberi, kapten. 89 00:09:35,083 --> 00:09:36,625 Arahan dah diberi, kapten. 90 00:09:42,500 --> 00:09:43,333 Cepatnya. 91 00:10:01,375 --> 00:10:02,541 Gerineldo Márquez, 92 00:10:04,625 --> 00:10:07,416 awak akan dipenjarakan selama tujuh tahun. 93 00:10:30,333 --> 00:10:32,583 Kita berdua tak begitu bertuah. 94 00:10:32,666 --> 00:10:35,208 Awak akan dihukum mati kerana memberontak. 95 00:10:36,666 --> 00:10:40,708 Menurut arahan telegraf, awak akan dihukum dengan serta-merta. 96 00:10:41,375 --> 00:10:43,041 Itu berita baik. 97 00:10:45,166 --> 00:10:47,333 Akhirnya, ada telegraf di Macondo. 98 00:11:29,833 --> 00:11:31,833 Dia tak rasa takut atau nostalgia, 99 00:11:32,500 --> 00:11:36,083 tapi dia benar-benar rasa marah, kerana kematiannya 100 00:11:36,166 --> 00:11:40,083 bermaksud dia tak sempat melihat banyak perkara yang belum selesai. 101 00:12:09,125 --> 00:12:11,250 Ada kata-kata terakhir? 102 00:12:12,666 --> 00:12:14,875 Sebelum dia dihukum mati, 103 00:12:15,416 --> 00:12:17,750 Kolonel Aureliano Buendía 104 00:12:17,833 --> 00:12:20,416 teringat pada satu petang berpuluh-puluh tahun lalu, 105 00:12:20,500 --> 00:12:23,000 semasa dia dan ayahnya menemui ais. 106 00:12:23,791 --> 00:12:26,583 Dia nampak dirinya sebagai anak kecil 107 00:12:26,666 --> 00:12:29,333 yang berseluar pendek dan bertali leher. 108 00:12:31,291 --> 00:12:33,625 Dia teringat José Arcadio Buendía, 109 00:12:34,208 --> 00:12:36,541 yang ketika itu sedang memikirkannya 110 00:12:37,041 --> 00:12:39,125 di bawah naungan pokok berangan. 111 00:12:54,500 --> 00:12:55,333 Skuad. 112 00:12:56,791 --> 00:12:57,791 Sedia. 113 00:13:08,500 --> 00:13:09,583 Bidik. 114 00:13:57,541 --> 00:13:58,458 Jangan tembak. 115 00:14:01,583 --> 00:14:02,416 Skuad, 116 00:14:03,041 --> 00:14:04,333 turunkan senjata! 117 00:14:09,125 --> 00:14:11,208 Awak telah dihantar oleh Tuhan. 118 00:14:16,041 --> 00:14:17,125 Lepaskan dia! 119 00:14:21,041 --> 00:14:22,333 Lepaskan dia! 120 00:14:46,708 --> 00:14:49,083 Saya sedia berkhidmat, Kolonel Buendía. 121 00:15:02,541 --> 00:15:04,750 Selamat datang ke revolusi ini. 122 00:15:21,541 --> 00:15:24,125 Nampaknya abang dah jadi utusan Tuhan. 123 00:15:28,666 --> 00:15:30,708 Takkan abang nak biar awak mati? 124 00:15:33,458 --> 00:15:35,083 Jaga diri awak baik-baik. 125 00:15:36,458 --> 00:15:37,750 Abang takkan datang lagi. 126 00:15:41,375 --> 00:15:44,833 Tiada sesiapa tahu tentang campur tangan José Arcadio. 127 00:16:05,000 --> 00:16:09,500 Kapten Roque Carnicero, pegawainya dan Kolonel Aureliano Buendía 128 00:16:09,583 --> 00:16:13,208 telah menyertai Pasukan Revolusi Kolonel Victoriano Medina. 129 00:16:23,083 --> 00:16:26,416 Setahun selepas Kolonel Aureliano Buendía melarikan diri, 130 00:16:27,250 --> 00:16:29,250 rumah itu dipenuhi kanak-kanak. 131 00:16:32,500 --> 00:16:35,333 Santa Sofía de la Piedad dan anaknya, Remedios, 132 00:16:35,416 --> 00:16:37,791 kini tinggal bersama Úrsula. 133 00:16:37,875 --> 00:16:39,708 Jangan kotorkan dinding. 134 00:16:40,208 --> 00:16:44,458 Santa Sofía juga melahirkan kembar lima bulan selepas Arcadio ditembak. 135 00:16:44,541 --> 00:16:47,916 Mereka bernama Aureliano Segundo dan José Arcadio Segundo. 136 00:16:48,000 --> 00:16:49,666 "Sab-tu." 137 00:16:49,750 --> 00:16:50,625 "Sa-be-tu." 138 00:16:51,208 --> 00:16:52,958 - Cuba lagi. - "Sa…" 139 00:16:53,041 --> 00:16:55,041 Mereka semua dijaga oleh Amaranta. 140 00:16:55,666 --> 00:16:56,583 Dengar sini. 141 00:16:57,791 --> 00:16:59,833 "Setelah bertahun-tahun bertempur, 142 00:16:59,916 --> 00:17:04,166 kerajaan telah bersetuju untuk bertemu dengan ahli politik Liberal 143 00:17:04,250 --> 00:17:07,291 untuk membincangkan syarat gencatan senjata." 144 00:17:13,458 --> 00:17:15,375 Awak dah ramal semua ini. 145 00:17:17,416 --> 00:17:21,125 Awak tak perlukan firasat untuk mengetahui politik itu wabak. 146 00:17:35,333 --> 00:17:36,166 Ini saja? 147 00:17:36,833 --> 00:17:39,500 Anak-anak saya dah menyertai tentera Liberal. 148 00:17:39,583 --> 00:17:41,708 Bersama adik awak, Kolonel Buendía. 149 00:17:42,541 --> 00:17:43,500 Jadi? 150 00:17:44,666 --> 00:17:45,583 Kerana itu… 151 00:17:46,083 --> 00:17:49,750 Kami tinggal berdua, jadi kami tak larat tuai semuanya. 152 00:17:49,833 --> 00:17:51,916 Beri kami masa lagi. 153 00:17:58,291 --> 00:17:59,666 Panggil mereka balik 154 00:18:00,166 --> 00:18:01,750 supaya mereka boleh kerja. 155 00:18:28,125 --> 00:18:28,958 Sakit tak? 156 00:18:33,458 --> 00:18:34,416 Sakit. 157 00:18:49,250 --> 00:18:50,083 Mak cik, 158 00:18:50,625 --> 00:18:52,458 saya nak tidur dengan mak cik. 159 00:18:58,458 --> 00:19:01,208 Awak kena belajar tidur sendiri. 160 00:19:01,708 --> 00:19:03,916 Ini kali terakhir, saya janji. 161 00:19:06,875 --> 00:19:07,875 Okey. 162 00:19:37,000 --> 00:19:38,958 Bosan berumah di tepi kubur, 163 00:19:40,333 --> 00:19:44,500 José Arcadio dan Rebeca berpindah ke rumah yang dibina oleh Arcadio. 164 00:19:46,250 --> 00:19:48,083 Mereka jadikannya rumah mereka, 165 00:19:48,833 --> 00:19:51,416 tempat mereka saling mencintai dengan bebas. 166 00:21:06,333 --> 00:21:08,541 Sekali lagi, tiga darab tiga? 167 00:21:08,625 --> 00:21:10,541 Tiga darab tiga ialah 168 00:21:12,250 --> 00:21:13,083 sembilan! 169 00:21:52,625 --> 00:21:55,000 Rebeca kata dia tak tahu apa-apa. 170 00:21:57,541 --> 00:22:01,500 Ia agak sukar dipercayai, tapi mereka tiada penjelasan lain. 171 00:22:01,583 --> 00:22:03,750 Selain itu, tiada sesiapa percaya 172 00:22:03,833 --> 00:22:06,375 Rebeca sanggup bunuh buah hatinya. 173 00:22:11,666 --> 00:22:15,208 Itu satu-satunya perkara yang kekal misteri di Macondo. 174 00:22:18,541 --> 00:22:21,583 Rebeca menutup pintu rumah dan mengasingkan dirinya 175 00:22:23,375 --> 00:22:25,541 dengan perasaan hina yang menebal 176 00:22:25,625 --> 00:22:28,541 dan tak mampu dihilangkan oleh godaan duniawi. 177 00:23:04,208 --> 00:23:06,041 Kolonel, mereka tunggu kita. 178 00:23:06,791 --> 00:23:07,791 Awak tak apa-apa? 179 00:23:10,208 --> 00:23:12,000 Saya teringat abang saya. 180 00:23:14,500 --> 00:23:17,000 Patutlah dah dua malam saya bermimpikan dia. 181 00:23:21,166 --> 00:23:24,083 Kami telah memanggil semua pemimpin di wilayah ini 182 00:23:24,583 --> 00:23:28,750 untuk menyokong Parti Liberal pada hari yang sangat penting ini! 183 00:23:30,708 --> 00:23:34,708 Akhirnya, kerajaan Konservatif ingin berunding dengan kita. 184 00:23:36,083 --> 00:23:37,750 Jadi, kita mesti bersetuju. 185 00:23:37,833 --> 00:23:39,333 Kita patut tembak mereka! 186 00:23:39,833 --> 00:23:41,916 - Betul! - Teruskan perjuangan! 187 00:23:42,000 --> 00:23:44,416 Tuan-tuan! 188 00:23:45,083 --> 00:23:48,458 Hanya ada satu cara untuk hentikan peperangan ini. 189 00:23:49,208 --> 00:23:52,041 - Dengan mencapai persetujuan. - Persetujuan apa? 190 00:23:52,625 --> 00:23:54,208 Apa-apa saja yang perlu. 191 00:23:54,291 --> 00:23:56,125 Pertama, pergi ke ibu kota… 192 00:23:56,208 --> 00:23:57,708 Sebagai permulaan, 193 00:23:57,791 --> 00:24:00,833 pelantikan ahli Parti Liberal dalam Kongres Republik 194 00:24:00,916 --> 00:24:02,791 dan jawatan kerajaan lain. 195 00:24:02,875 --> 00:24:04,750 Kamu yang nak semua itu! 196 00:24:06,416 --> 00:24:09,541 Masa depan Colombia dalam bahaya, tuan-tuan. 197 00:24:10,125 --> 00:24:13,625 Bagi mencapai persetujuan, kita mesti berhenti berperang. 198 00:24:13,708 --> 00:24:15,666 Kami takkan berhenti berjuang! 199 00:24:17,166 --> 00:24:18,125 Bukan ini caranya! 200 00:24:20,000 --> 00:24:21,791 Perkara yang dipertaruhkan… 201 00:24:24,333 --> 00:24:26,041 ialah maruah orang kita, 202 00:24:27,250 --> 00:24:28,916 dan itu tak boleh dirunding. 203 00:24:32,458 --> 00:24:34,250 Jika ada gencatan senjata, 204 00:24:35,250 --> 00:24:38,000 kita juga boleh minta wakil wilayah 205 00:24:39,375 --> 00:24:40,375 untuk awak. 206 00:24:41,000 --> 00:24:41,875 Kolonel. 207 00:24:47,541 --> 00:24:48,625 Sini, kolonel. 208 00:24:57,833 --> 00:24:58,958 Kami akan bersetuju 209 00:25:00,125 --> 00:25:02,625 jika kamu boleh beri manfaat kepada rakyat. 210 00:25:04,375 --> 00:25:07,375 Sementara itu, kami akan teruskan perjuangan. 211 00:25:07,458 --> 00:25:08,291 Betul. 212 00:25:12,333 --> 00:25:15,041 Disebabkan kamu sokong pemberontakan Liberal… 213 00:25:15,125 --> 00:25:16,250 Berundur, puan. 214 00:25:18,958 --> 00:25:22,375 …kerajaan menjatuhkan hukuman mati kepada kamu! 215 00:25:23,291 --> 00:25:24,125 Sedia! 216 00:25:26,916 --> 00:25:27,750 Bidik! 217 00:25:29,041 --> 00:25:31,000 Hidup Parti Liberal! 218 00:25:39,958 --> 00:25:42,708 Itulah permulaan legenda Kolonel Aureliano Buendía. 219 00:25:42,791 --> 00:25:47,500 Hidup Kolonel Buendía! 220 00:25:47,583 --> 00:25:52,000 DEWAN PERBANDARAN HUICÁN 221 00:25:53,416 --> 00:25:56,916 Pada tahun-tahun berikutnya, dia mempersenjatai 1,000 orang 222 00:25:57,000 --> 00:25:59,291 dan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan. 223 00:26:04,041 --> 00:26:05,458 Hidup revolusi! 224 00:26:36,083 --> 00:26:36,916 Kolonel. 225 00:27:00,416 --> 00:27:03,791 Ini cara mereka berterima kasih atas pengorbanan kita di medan perang. 226 00:27:10,041 --> 00:27:13,833 Jika pihak Liberal nak tunduk kepada Konservatif yang celaka itu… 227 00:27:17,625 --> 00:27:19,750 maka mereka pun patut diperangi. 228 00:27:30,791 --> 00:27:32,541 - Maaf, kolonel. - Masuklah. 229 00:27:50,750 --> 00:27:53,125 Kau nak bunuh aku, bangsat? 230 00:28:37,500 --> 00:28:39,333 Satu lagi perang telah bermula. 231 00:28:47,083 --> 00:28:47,916 Ini dia. 232 00:28:48,458 --> 00:28:51,583 Pengikut Kolonel Buendía telah mengisytiharkan dia 233 00:28:51,666 --> 00:28:55,541 Ketua Angkatan Revolusi di Caribbean dengan pangkat jeneral. 234 00:28:59,208 --> 00:29:01,416 Dia terima jawatan itu, tapi bukan pangkatnya. 235 00:29:01,500 --> 00:29:04,375 Dia bersumpah takkan menerima pangkat itu 236 00:29:04,458 --> 00:29:07,166 selagi rejim Konservatif masih berkuasa. 237 00:30:05,333 --> 00:30:06,291 Kolonel. 238 00:30:12,291 --> 00:30:14,291 Kolonel Aureliano Buendía. 239 00:30:22,916 --> 00:30:24,708 Jeneral José Raquel Moncada. 240 00:30:28,041 --> 00:30:30,750 Semua ahli politik sama, Moncada. 241 00:30:32,125 --> 00:30:35,625 Bezanya cuma Liberal berhimpun pada pukul lima, 242 00:30:35,708 --> 00:30:38,208 dan Konservatif berhimpun pada pukul lapan. 243 00:30:40,625 --> 00:30:41,458 Betul. 244 00:30:44,000 --> 00:30:47,000 Kerana itulah perang ini tak masuk akal. 245 00:30:47,958 --> 00:30:51,166 Pemimpin Liberal lain sedang berunding dengan kerajaan. 246 00:30:51,791 --> 00:30:53,750 Mereka akan bersetuju, Aureliano. 247 00:30:55,000 --> 00:30:56,166 Mereka dah penat. 248 00:30:56,750 --> 00:30:58,166 Dah 10 tahun berlalu. 249 00:30:58,791 --> 00:31:03,250 Perjuangan ini akan diteruskan supaya rakyat boleh tentukan nasib mereka. 250 00:31:03,958 --> 00:31:06,666 Kami dah penat ikut arahan orang lain. 251 00:31:06,750 --> 00:31:08,833 Kita berdua tahu yang awak berjuang 252 00:31:08,916 --> 00:31:11,583 kerana parti awak layan awak macam penjenayah. 253 00:31:15,458 --> 00:31:16,458 Itu pun sama. 254 00:31:17,458 --> 00:31:18,541 Saya tak nafikan. 255 00:31:19,791 --> 00:31:23,875 Pemimpin Liberal perlu mengiktiraf kami sebagai tentera yang sah. 256 00:31:24,625 --> 00:31:26,583 Kami bukan penjahat. 257 00:31:26,666 --> 00:31:29,500 Jadi, janganlah serang orang yang tak bersalah. 258 00:31:30,083 --> 00:31:32,333 Awak dah ada ramai musuh. 259 00:31:34,666 --> 00:31:36,333 Kenapa awak datang, Moncada? 260 00:31:37,458 --> 00:31:40,458 Mereka suruh awak rasuah saya atau ugut saya? 261 00:31:41,625 --> 00:31:43,541 Saya sendiri yang nak datang. 262 00:31:44,458 --> 00:31:47,291 Saya nak ucap selamat tinggal kerana saya akan pergi dari sini. 263 00:31:47,833 --> 00:31:50,458 Saya akan jadi ketua penduduk dan tentera di Macondo. 264 00:31:56,791 --> 00:31:58,708 Saya akan jaga orang-orang awak. 265 00:31:59,208 --> 00:32:00,166 Saya janji. 266 00:32:01,708 --> 00:32:04,833 Awak antara lelaki paling baik yang saya kenal. 267 00:32:07,333 --> 00:32:08,500 Walaupun begitu… 268 00:32:12,000 --> 00:32:13,666 awak masih ahli Konservatif. 269 00:32:24,458 --> 00:32:26,000 Sarapan dah siap! 270 00:32:28,625 --> 00:32:31,666 Aureliano Segundo, José Arcadio Segundo! 271 00:32:32,291 --> 00:32:34,416 Rupa dan kenakalan kembar itu sama, 272 00:32:34,500 --> 00:32:37,500 sehingga sukar dibezakan oleh ibu atau nenek mereka. 273 00:32:38,333 --> 00:32:40,708 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 274 00:32:40,791 --> 00:32:43,541 Selamat pagi. Duduk di sana, Aureliano Segundo. 275 00:32:45,833 --> 00:32:46,916 Aureliano José. 276 00:32:48,208 --> 00:32:49,375 Aureliano José! 277 00:32:50,250 --> 00:32:54,208 Aureliano José, tinggi seperti ayahnya, sudah menjadi lelaki dewasa. 278 00:32:58,708 --> 00:32:59,583 Ya, nenek? 279 00:33:00,333 --> 00:33:02,208 Panggil Remedios dan Amaranta. 280 00:33:02,291 --> 00:33:04,125 Boleh kita makan panas-panas. 281 00:33:23,541 --> 00:33:26,791 Aureliano José terasa getaran yang aneh 282 00:33:26,875 --> 00:33:30,500 melihat buah dada mak ciknya yang mongel dan berputing coklat. 283 00:33:32,750 --> 00:33:34,541 Dia mengamati badan mak ciknya 284 00:33:35,125 --> 00:33:38,250 dan merasai keajaiban keintimannya seinci demi seinci, 285 00:33:39,583 --> 00:33:42,708 sehingga timbul rasa berahi apabila dia memikirkannya. 286 00:34:53,000 --> 00:34:53,916 Selamat petang. 287 00:34:55,375 --> 00:34:57,500 Pn. Úrsula Iguarán de Buendía? 288 00:34:59,541 --> 00:35:01,625 - Ya. - Biar saya kenalkan diri. 289 00:35:01,708 --> 00:35:04,416 Saya Jeneral José Raquel Moncada, sedia berkhidmat. 290 00:35:05,875 --> 00:35:06,875 Apa awak nak? 291 00:35:07,875 --> 00:35:10,875 Saya ketua penduduk dan tentera baru di Macondo, 292 00:35:11,375 --> 00:35:13,416 jadi saya benar-benar berharap 293 00:35:13,500 --> 00:35:17,250 awak sudi bawa saya jalan-jalan di sekitar bandar ini. 294 00:35:30,541 --> 00:35:34,000 Askar dah buat banyak kerosakan di Macondo, Jeneral. 295 00:35:34,083 --> 00:35:36,083 Liberal dan Konservatif. 296 00:35:36,166 --> 00:35:37,000 Saya tahu. 297 00:35:38,458 --> 00:35:41,833 Saya ingin menjaga bandar ini tanpa mengira parti. 298 00:35:41,916 --> 00:35:44,000 Itu janji saya kepada Kolonel Buendía. 299 00:35:47,916 --> 00:35:49,250 Awak jumpa anak saya? 300 00:35:50,333 --> 00:35:51,166 Ya. 301 00:35:52,000 --> 00:35:54,000 Sebelum saya datang ke sini. 302 00:35:55,916 --> 00:35:57,125 Dia dah ditangkap? 303 00:35:57,833 --> 00:36:00,666 Belum, dia masih mengetuai tentera pemberontak. 304 00:36:03,666 --> 00:36:04,541 Kami musuh. 305 00:36:05,166 --> 00:36:06,208 Musuh peribadi. 306 00:36:08,166 --> 00:36:11,083 Tapi kami ada musuh yang lebih kuat, 307 00:36:12,125 --> 00:36:13,166 ketidakadilan. 308 00:36:13,750 --> 00:36:17,166 Ketidakadilan mengubah rupanya mengikut kepentingan. 309 00:36:17,708 --> 00:36:19,875 Kata-kata masih tak bermakna 310 00:36:19,958 --> 00:36:22,625 seperti waktu wabak insomnia dulu. 311 00:36:23,291 --> 00:36:24,291 Pn. Úrsula, 312 00:36:24,375 --> 00:36:26,041 saya hormati anak awak. 313 00:36:26,875 --> 00:36:29,291 Macondo akan ditadbir dengan rasa hormat itu. 314 00:36:29,375 --> 00:36:30,541 Saya janji. 315 00:36:31,791 --> 00:36:33,083 Saya harap begitu. 316 00:36:35,833 --> 00:36:38,541 Macondo sudah kehabisan lelaki untuk dihantar berperang. 317 00:36:39,625 --> 00:36:40,708 Jumpa lagi. 318 00:37:18,625 --> 00:37:20,583 - Terkejut mak cik. - Maaf. 319 00:37:51,666 --> 00:37:52,500 Amaranta? 320 00:37:56,500 --> 00:37:57,333 Mana lilin? 321 00:37:58,083 --> 00:38:00,250 Sekejap, nanti saya bawa. 322 00:38:05,875 --> 00:38:07,791 Jangan risau, dia tak perasan. 323 00:38:09,583 --> 00:38:10,500 Bukan hari ini. 324 00:38:12,125 --> 00:38:14,125 Dia tentu akan sedar nanti. 325 00:38:22,875 --> 00:38:24,416 Ini lilinnya, ibu. 326 00:38:25,583 --> 00:38:27,458 Sementara Kolonel Buendía 327 00:38:27,541 --> 00:38:30,916 masih dalam perjuangan menentang pihak Konservatif, 328 00:38:31,000 --> 00:38:35,666 Jeneral Moncada telah menggantikan askar dengan polis tak bersenjata 329 00:38:35,750 --> 00:38:37,541 dan mencipta suasana harmoni 330 00:38:37,625 --> 00:38:41,291 sehingga menyebabkan penduduk lupa sejarah hitam mereka. 331 00:38:42,041 --> 00:38:45,833 Tiada sepanduk lebih penting daripada maruah manusia. 332 00:38:45,916 --> 00:38:49,708 Jadi, semua orang di Macondo mesti ada hak yang sama. 333 00:38:50,500 --> 00:38:52,250 Peluang yang sama. 334 00:38:53,083 --> 00:38:55,458 Itulah yang pengasasnya mahukan. 335 00:38:56,583 --> 00:39:00,416 Langkah pertama untuk merealisasikannya 336 00:39:01,458 --> 00:39:04,666 adalah dengan menjamin pendidikan awam. 337 00:39:06,333 --> 00:39:08,083 Jadi, mulai hari ini, 338 00:39:09,000 --> 00:39:15,166 bangunan ini akan dijadikan sekolah, seperti tujuan asal pembinaannya. 339 00:39:28,083 --> 00:39:31,583 Sebenarnya, tak sangka awak akan tunaikan janji awak 340 00:39:32,958 --> 00:39:36,791 dan saya akan melihat Macondo kembali kepada keadaan asalnya. 341 00:39:37,291 --> 00:39:38,833 Bagaimana keadaannya dulu? 342 00:39:39,750 --> 00:39:40,791 Tiada parti 343 00:39:41,750 --> 00:39:42,666 atau askar. 344 00:39:45,500 --> 00:39:47,250 Kami hidup tanpa rasa takut 345 00:39:48,833 --> 00:39:51,958 dan semua orang cat rumah mereka ikut warna sendiri. 346 00:39:54,000 --> 00:39:56,916 Nampaknya kami berada di jalan yang betul. 347 00:39:57,416 --> 00:39:58,291 Ya. 348 00:40:04,250 --> 00:40:06,250 Ada berita tentang Aureliano? 349 00:40:09,500 --> 00:40:10,333 Tiada. 350 00:40:13,041 --> 00:40:15,500 Saya harap dia akan berhenti berperang. 351 00:40:18,041 --> 00:40:20,250 Manusia akan terbiasa dengan perang. 352 00:40:22,458 --> 00:40:24,625 Sehingga mereka jadi ketagih. 353 00:41:23,750 --> 00:41:24,875 Saya mak cik awak. 354 00:41:24,958 --> 00:41:26,708 Kita tak patut buat begini. 355 00:41:26,791 --> 00:41:28,708 Tapi ia sangat indah. 356 00:41:39,375 --> 00:41:40,208 Keluar. 357 00:41:49,250 --> 00:41:50,916 Kenapa awak masih tak sedar? 358 00:41:51,000 --> 00:41:51,875 Ini satu dosa. 359 00:41:52,416 --> 00:41:53,791 Tolong keluar sekarang. 360 00:41:56,625 --> 00:41:58,333 Ini yang mak cik nak? 361 00:42:00,958 --> 00:42:03,291 Jika mak cik suruh saya keluar, saya akan keluar. 362 00:42:09,791 --> 00:42:12,083 Mak cik nak awak pergi jauh dari sini. 363 00:42:16,041 --> 00:42:18,333 Saya harap saya mati di medan perang. 364 00:42:20,083 --> 00:42:21,875 Itu lebih baik daripada kedinginan ini. 365 00:44:33,833 --> 00:44:35,375 Mana datuk awak? 366 00:44:36,541 --> 00:44:37,750 Di belakang sana. 367 00:44:38,250 --> 00:44:39,916 Dari pagi dia begitu. 368 00:44:55,375 --> 00:44:56,916 Kami baru terima surat. 369 00:44:57,916 --> 00:44:59,125 Daripada Aureliano. 370 00:45:17,541 --> 00:45:19,458 Dia dah dapat firasatnya semula. 371 00:45:37,833 --> 00:45:39,208 Kita datang dari air. 372 00:46:11,083 --> 00:46:16,208 ÚRSULA, IBU, JAGA AYAH BAIK-BAIK 373 00:46:16,291 --> 00:46:21,541 KERANA AYAH AKAN MATI TAK LAMA LAGI. AURELIANO B. 374 00:46:27,083 --> 00:46:29,125 Walaupun kudratnya masih kuat, 375 00:46:30,083 --> 00:46:33,041 José Arcadio Buendía tak mampu melawan. 376 00:46:34,041 --> 00:46:36,833 Lelaki tua yang sudah dimamah usia itu 377 00:46:38,041 --> 00:46:39,750 tak pedulikan apa-apa. 378 00:47:10,375 --> 00:47:11,750 Akhirnya, takdir mereka 379 00:47:12,916 --> 00:47:15,041 saling berkait juga. 380 00:47:19,125 --> 00:47:20,791 Cubalah tidur. 381 00:47:23,333 --> 00:47:25,166 Petang ini sangat indah. 382 00:47:26,583 --> 00:47:27,416 Sejuk. 383 00:48:01,541 --> 00:48:02,708 Tunggu, sayang! 384 00:48:04,375 --> 00:48:06,166 Saya belum mengantuk. 385 00:48:07,166 --> 00:48:11,541 José Arcadio Buendía memujuk dirinya dengan bermimpikan banyak bilik. 386 00:48:12,166 --> 00:48:14,666 Dia mimpi dia bangun dari katil, 387 00:48:15,750 --> 00:48:16,750 dia buka pintu, 388 00:48:17,791 --> 00:48:19,083 dan masuk bilik lain. 389 00:48:35,666 --> 00:48:36,708 Anak ayah. 390 00:49:11,375 --> 00:49:12,416 Melquiades. 391 00:49:14,083 --> 00:49:15,166 Kawan lamaku. 392 00:49:28,041 --> 00:49:29,458 Dia masuk ke bilik lain, 393 00:49:30,166 --> 00:49:32,291 seperti galeri yang dipenuhi cermin, 394 00:49:32,791 --> 00:49:35,625 sehingga dia terjumpa cucu-cicitnya, 395 00:49:36,458 --> 00:49:40,333 Aureliano Babilonia pada masa hadapan, yang sedang membaca 396 00:49:40,416 --> 00:49:42,125 manuskrip Melquiades, 397 00:49:43,625 --> 00:49:46,250 tentang kehidupan José Arcadio pada saat itu. 398 00:49:51,541 --> 00:49:52,958 Prudencio. 399 00:50:33,583 --> 00:50:35,625 Bunga kecil berwarna kuning 400 00:50:35,708 --> 00:50:39,333 menghujani bandar itu dalam keheningan malam. 401 00:50:49,041 --> 00:50:51,666 Ia membanjiri bumbung dan pintu rumah. 402 00:50:56,833 --> 00:51:00,333 Bunga-bunga itu terpaksa dibersihkan dengan penyodok 403 00:51:00,416 --> 00:51:02,666 untuk perarakan mengusung mayat. 404 00:52:43,250 --> 00:52:45,708 Beberapa tahun selepas kematian ayahnya, 405 00:52:46,583 --> 00:52:47,666 pada 1 Oktober, 406 00:52:48,958 --> 00:52:53,083 Kolonel Buendía kembali ke Macondo dengan 1,000 orang bersenjata, 407 00:52:54,083 --> 00:52:57,333 dan garison diarahkan untuk melawan bermati-matian. 408 00:52:57,416 --> 00:53:00,458 Tuan-tuan dan puan-puan! Balik ke rumah kamu! 409 00:53:08,416 --> 00:53:11,083 Pertahankan diri! Mereka dah sampai. Bersemangat sikit! 410 00:53:11,166 --> 00:53:14,500 Ayuh, ke depan! Bawa meriam itu ke depan! 411 00:53:16,583 --> 00:53:17,416 Bagus! 412 00:53:18,666 --> 00:53:19,625 José Raquel! 413 00:53:20,458 --> 00:53:22,041 Apa yang sedang berlaku? 414 00:53:22,541 --> 00:53:23,541 Aureliano. 415 00:53:24,041 --> 00:53:25,958 Dia dan tenteranya baru sampai. 416 00:53:30,541 --> 00:53:32,250 Apa awak nak buat? 417 00:53:32,333 --> 00:53:33,458 Jika mereka serang, 418 00:53:33,958 --> 00:53:34,958 kami akan lawan. 419 00:53:35,458 --> 00:53:38,250 Bawa mesingan itu ke sini! Bawa ia ke depan! 420 00:53:39,291 --> 00:53:42,125 - Semua dah sedia? - Kamu berdua sama bodoh. 421 00:53:44,625 --> 00:53:50,791 SEKOLAH AWAM 422 00:54:10,666 --> 00:54:13,333 Úrsula hampir tidak mengenali anaknya. 423 00:54:15,750 --> 00:54:18,208 Riak wajahnya tampak lebih keras, 424 00:54:18,916 --> 00:54:22,583 dan dia menunjukkan tanda-tanda yang dia bukan seperti dulu. 425 00:54:28,000 --> 00:54:28,833 Aureliano. 426 00:54:29,875 --> 00:54:30,750 Ibu. 427 00:54:34,166 --> 00:54:35,916 Awak nak serang Macondo? 428 00:54:37,083 --> 00:54:38,458 Sudah-sudahlah. 429 00:54:38,958 --> 00:54:40,333 Kami tiada pilihan. 430 00:54:40,833 --> 00:54:42,791 Kami mesti gulingkan kerajaan. 431 00:54:43,750 --> 00:54:45,083 Tolonglah, Aureliano… 432 00:54:47,500 --> 00:54:50,166 Kami baru nak menikmati kehidupan aman damai. 433 00:54:52,208 --> 00:54:55,125 Tiada sesiapa bercakap tentang politik di bandar. 434 00:54:57,708 --> 00:54:58,833 Tolonglah berhenti. 435 00:55:11,250 --> 00:55:13,833 Saya akan suruh Moncada menyerah. 436 00:55:14,500 --> 00:55:15,916 Itu dah mencukupi. 437 00:55:16,666 --> 00:55:19,125 Semua penjahat ini dengar cakap awak, 438 00:55:19,208 --> 00:55:22,166 jadi awak tak perlu serang Macondo! 439 00:55:22,791 --> 00:55:25,416 Ibu tahu dah berapa lama saya tunggu saat 440 00:55:25,500 --> 00:55:28,000 untuk merebut semula Macondo? 441 00:55:31,125 --> 00:55:32,000 Ibu tak tahu. 442 00:55:36,166 --> 00:55:37,500 Tapi ibu tahu 443 00:55:39,041 --> 00:55:41,750 awak ada peluang untuk buat perkara yang betul. 444 00:55:53,208 --> 00:55:56,708 KAMI AKAN MENANG DENGAN SENJATA 445 00:55:58,750 --> 00:55:59,750 …mati. 446 00:56:00,625 --> 00:56:02,333 Anak Tuhan, Penebus Dosa, 447 00:56:02,416 --> 00:56:04,625 kasihanilah mereka yang sudah mati. 448 00:56:06,708 --> 00:56:11,000 Anak Tuhan, Penebus Dosa, kasihanilah mereka yang sudah mati. 449 00:56:12,625 --> 00:56:15,750 Kau yang memegang kunci kematian dan neraka, 450 00:56:16,625 --> 00:56:18,000 kami memohon kepada-Mu… 451 00:56:19,541 --> 00:56:20,791 Penebus Dosa, 452 00:56:21,333 --> 00:56:24,250 kasihanilah mereka yang sudah mati. 453 00:56:27,625 --> 00:56:30,291 Tritunggal, Tuhan yang esa, 454 00:56:30,375 --> 00:56:31,791 Tuhan, Bapa di Syurga, 455 00:56:31,875 --> 00:56:34,083 kasihanilah mereka yang sudah mati. 456 00:56:35,375 --> 00:56:38,583 Kau yang memegang kunci kematian dan neraka, 457 00:56:40,333 --> 00:56:41,708 kami memohon kepada-Mu. 458 00:57:01,625 --> 00:57:04,750 Kita tak terlepas, José Arcadio Buendía. 459 00:57:08,708 --> 00:57:10,833 Kita dah lahirkan seorang raksasa. 460 00:57:10,916 --> 00:57:13,916 Serang! 461 00:57:20,166 --> 00:57:22,541 BERDASARKAN NOVEL KARYA GABRIEL GARCÍA MÁRQUEZ 462 01:03:12,666 --> 01:03:15,083 Terjemahan sari kata oleh AMG