1 00:00:13,458 --> 00:00:15,625 HAK MILIK PERSENDIRIAN 2 00:00:15,708 --> 00:00:18,208 KAWASAN LARANGAN DILARANG MASUK 3 00:00:51,166 --> 00:00:52,833 Versi rasminya 4 00:00:54,333 --> 00:00:57,000 yang disebarkan berulang kali ke serata negara 5 00:00:57,083 --> 00:01:01,041 melalui segala kaedah penyampaian yang dimiliki oleh kerajaan, 6 00:01:01,916 --> 00:01:03,583 akhirnya dipercayai ramai. 7 00:01:05,375 --> 00:01:07,041 Tiada kematian berlaku. 8 00:01:10,500 --> 00:01:14,333 Para sejarawan pula mengabdikan segala pembohongan tersebut 9 00:01:14,833 --> 00:01:17,083 dalam semua buku teks sekolah. 10 00:02:11,291 --> 00:02:14,541 José Arcadio Segundo tidak tahu di mana dia terjun, 11 00:02:15,833 --> 00:02:19,500 tapi dia tahu dengan berjalan ke arah berlawanan ikut landasan, 12 00:02:20,000 --> 00:02:21,666 dia akan tiba di Macondo. 13 00:03:16,958 --> 00:03:21,958 Lepaskan aku! Aku tak tahu apa-apa! Lepaskan! Keluarga aku tak terlibat! 14 00:03:22,041 --> 00:03:23,291 Meniarap! 15 00:03:23,375 --> 00:03:24,958 Lepaskan aku! 16 00:03:25,041 --> 00:03:27,750 Kami nak nama! Kami tahu ada ramai lagi. 17 00:03:28,750 --> 00:03:32,875 Siapa lagi terlibat dalam mogok? Cakap! Siapa lagi ahli kesatuan? 18 00:03:33,916 --> 00:03:35,208 Cakap cepat, celaka! 19 00:03:37,000 --> 00:03:39,250 Berhenti! Jangan bergerak! 20 00:03:39,958 --> 00:03:41,458 Ada seorang masih hidup. 21 00:03:41,541 --> 00:03:42,791 Komander! 22 00:03:45,166 --> 00:03:47,791 Jangan biar dia lari! Tembak dia! 23 00:04:00,958 --> 00:04:03,416 Tolong! Mereka nak bunuh aku! 24 00:04:03,500 --> 00:04:04,833 Tolong! 25 00:04:09,500 --> 00:04:11,416 Cari dia cepat! 26 00:04:12,041 --> 00:04:14,166 - Buka pintu! - Mari. 27 00:04:14,250 --> 00:04:15,791 Buka pintu ini! 28 00:04:21,458 --> 00:04:23,291 Buka pintu sekarang! 29 00:04:30,958 --> 00:04:33,416 Aku José Arcadio Segundo Buendía. 30 00:04:35,583 --> 00:04:37,250 Aku José Arcadio Segundo Buendía. 31 00:04:37,333 --> 00:04:39,833 Untuk memastikan yang dirinya masih hidup, 32 00:04:40,333 --> 00:04:42,291 dia menyebut nama penuhnya, 33 00:04:42,791 --> 00:04:44,083 huruf demi huruf. 34 00:04:44,166 --> 00:04:45,375 Apa dah berlaku? 35 00:04:48,791 --> 00:04:50,125 Ada 3,000 orang. 36 00:04:51,791 --> 00:04:53,791 Kami di stesen kereta api. 37 00:04:54,291 --> 00:04:57,500 Mereka tembak kami. Mereka campak mayat ke laut. 38 00:04:58,083 --> 00:05:01,416 Lelaki, wanita, kanak-kanak. Ada 3,000 semuanya. 39 00:05:02,791 --> 00:05:05,083 Tiada kematian berlaku, José Arcadio. 40 00:05:06,791 --> 00:05:10,750 Sejak zaman pak cik kamu, kolonel, tiada apa-apa berlaku di Macondo. 41 00:05:26,000 --> 00:05:32,000 ONE HUNDRED YEARS OF SOLITUDE 42 00:05:49,000 --> 00:05:50,333 Hei! Kamu nak ke mana? 43 00:05:50,833 --> 00:05:53,791 Saya nak ke United untuk jumpa kembar saya. 44 00:05:53,875 --> 00:05:55,875 Syarikat pisang itu tutup. 45 00:05:56,708 --> 00:05:59,291 Saya tahu. Cumanya, ada hal keluarga. 46 00:05:59,375 --> 00:06:00,375 Kamu pekak? 47 00:06:01,291 --> 00:06:04,000 Selagi hujan tak berhenti, tiada orang di sana. 48 00:06:05,041 --> 00:06:06,625 Baliklah. 49 00:06:17,125 --> 00:06:19,500 Beritahu saya jika ada nampak anak saya. 50 00:06:19,583 --> 00:06:21,958 - Salam sejahtera, kapten. - Salam, kapten. 51 00:06:22,875 --> 00:06:26,958 - Senyap! Bertenang! - Saya cakap benda betul. 52 00:06:27,041 --> 00:06:28,416 - Tenang! - Salam, kapten. 53 00:06:28,500 --> 00:06:29,875 Satu per satu! 54 00:06:29,958 --> 00:06:33,500 Mereka tanya tentang ahli keluarga yang tak balik malam tadi. 55 00:06:33,583 --> 00:06:35,833 - Tiada maklumat pun. - Dah lima hari. 56 00:06:35,916 --> 00:06:38,333 - Itu nama anak saya. - Apa halnya ini? 57 00:06:38,416 --> 00:06:41,125 - Abang saya pun di syarikat itu. - Satu per satu. 58 00:06:41,750 --> 00:06:43,625 - Kapten. - Ya, puan. 59 00:06:43,708 --> 00:06:48,166 Ini tak normal. Suami saya takkan pergi begitu lama. 60 00:06:49,833 --> 00:06:51,666 Apa lagi saya boleh kata, puan? 61 00:06:52,458 --> 00:06:54,625 Ini bukan kali pertama atau terakhir 62 00:06:54,708 --> 00:06:57,083 seorang lelaki lari ikut perempuan lain. 63 00:06:57,166 --> 00:07:00,416 - Hormat sikit dia! - Jangan cakap begitu dengan dia. 64 00:07:00,500 --> 00:07:02,208 Beritahu sajalah apa berlaku. 65 00:07:02,291 --> 00:07:06,125 Ada kejadian tembak semalam. Terus anak saya hilang khabar berita. 66 00:07:06,208 --> 00:07:07,958 Kejadian tembak? 67 00:07:08,041 --> 00:07:10,041 Ya, pada waktu tengah hari. 68 00:07:10,541 --> 00:07:13,208 - Ya, di stesen. - Mesti kamu mimpi. 69 00:07:13,708 --> 00:07:17,666 Tiada apa-apa berlaku di Macondo, dan takkan berlaku apa-apa. 70 00:07:19,250 --> 00:07:21,166 Ini pekan bahagia. 71 00:07:22,125 --> 00:07:24,500 Ada apa-apa encik perlukan? 72 00:07:27,875 --> 00:07:30,750 Tiada apa-apa di sini. Semua orang, tolong balik. 73 00:07:30,833 --> 00:07:32,916 Kenapa mereka tak nak cakap benar? 74 00:07:33,000 --> 00:07:34,291 Pergi balik! 75 00:07:40,750 --> 00:07:41,833 Anakku. 76 00:07:43,666 --> 00:07:44,791 Kembar saya ada? 77 00:07:45,416 --> 00:07:47,833 Mak tak jumpa dia sejak dia pergi. 78 00:07:48,416 --> 00:07:52,291 Hal di syarikat pisang dah selesai. Mungkin dia akan balik nanti. 79 00:07:54,875 --> 00:07:56,083 Ada apa-apa berlaku? 80 00:07:57,125 --> 00:07:58,041 Tiada. 81 00:07:59,958 --> 00:08:05,833 Saya datang kerana saya ingat dia di sini. Saya dengar di radio, semuanya dah reda. 82 00:08:07,250 --> 00:08:09,291 Beritahu saya jika ada berita. 83 00:08:12,541 --> 00:08:14,208 Itu Amaranta Úrsula? 84 00:08:16,208 --> 00:08:18,458 Tanpa menghiraukan keresahan penduduk, 85 00:08:19,083 --> 00:08:23,750 Fernanda menyempurnakan langkah terakhirnya 86 00:08:24,458 --> 00:08:27,958 untuk memadamkan sebarang jejak yang ditinggalkan oleh Meme. 87 00:08:30,833 --> 00:08:31,916 Ke hadapan anakku, 88 00:08:32,000 --> 00:08:35,958 mak berasa bangga kamu bakal memperoleh pentahbisan rendah. 89 00:08:36,625 --> 00:08:39,541 Kakak kamu Renata yang suci, mulia, dan penyayang, 90 00:08:39,625 --> 00:08:43,208 telah kembali ke sisi Tuhan kerana muntah hitam. 91 00:08:44,083 --> 00:08:46,333 Dia meninggal dunia dalam dakapan mak, 92 00:08:46,416 --> 00:08:49,375 dan rohnya yang suci diangkat darjatnya oleh Tuhan. 93 00:08:49,916 --> 00:08:52,791 Kami menangisi pemergiannya siang dan malam. 94 00:08:53,791 --> 00:08:57,458 Kakak kamu seorang yang suci. Doakan rohnya tenang. 95 00:09:17,250 --> 00:09:19,208 Amaranta Úrsula dah makan. 96 00:09:20,458 --> 00:09:22,041 Mana kau tahu, Fernanda? 97 00:09:23,041 --> 00:09:24,875 Sepanjang pagi kau tak keluar. 98 00:09:26,208 --> 00:09:29,750 - Aku yang suap dia makan. - Itu pun kali pertama kau buat. 99 00:09:29,833 --> 00:09:31,208 Fernanda, sudahlah. 100 00:09:32,333 --> 00:09:36,833 Manfaatkan kehadiran Aureliano dan biar dia jaga anak kamu. 101 00:09:40,333 --> 00:09:41,875 Berikan ini kepada posmen. 102 00:09:42,541 --> 00:09:45,375 Ingatkan cicit awak ini yang dia ada anak di Rom. 103 00:09:45,458 --> 00:09:46,625 Anaknya perlu duit. 104 00:09:50,750 --> 00:09:54,291 Memang kamu patut luangkan lebih masa dengan anak kamu ini. 105 00:09:59,666 --> 00:10:01,666 Pulanglah, nak. 106 00:10:03,875 --> 00:10:07,958 Bukan Amaranta Úrsula saja yang perlukan kamu berdekatan. 107 00:10:09,916 --> 00:10:11,833 Semasa perintah berkurung itu, 108 00:10:12,625 --> 00:10:15,541 para askar memecahkan pintu dengan hulu senapang… 109 00:10:15,625 --> 00:10:18,000 Jalan, ahli kesatuan sampah! 110 00:10:18,083 --> 00:10:19,750 - Jangan! - Aku tak terlibat. 111 00:10:20,625 --> 00:10:23,333 …mengheret orang disyaki daripada katil mereka, 112 00:10:25,208 --> 00:10:27,541 lalu membawa mereka pergi tak kembali. 113 00:10:29,083 --> 00:10:30,666 Matilah kau, anjing! 114 00:10:31,375 --> 00:10:32,916 Diam! Senyap! 115 00:10:43,291 --> 00:10:45,250 Ya Tuhan. Apa dah jadi, nak? 116 00:10:45,333 --> 00:10:48,291 Jangan buka pintu. Mereka nak bunuh saya. 117 00:10:48,375 --> 00:10:49,750 - Bunuh saya. - Apa? 118 00:10:50,916 --> 00:10:51,875 José Arcadio! 119 00:10:52,375 --> 00:10:53,583 Apa dah berlaku? 120 00:10:54,541 --> 00:10:56,208 Mereka humban mayat ke laut. 121 00:10:57,000 --> 00:10:59,208 Ada lebih 200 gerabak. 122 00:10:59,291 --> 00:11:00,958 Lelaki, wanita, kanak-kanak, 123 00:11:01,041 --> 00:11:02,208 semuanya dibunuh. 124 00:11:04,666 --> 00:11:06,166 Mereka nak bunuh aku. 125 00:11:06,250 --> 00:11:09,333 Jangan biar mereka masuk. Mereka nak bunuh aku. 126 00:11:09,875 --> 00:11:12,416 - Mereka nak bunuh aku? - Apa dah berlaku? 127 00:11:12,500 --> 00:11:17,208 - Masuk bilik dan kunci dengan mangga. - Buka cepat! Ini tentera! 128 00:11:19,541 --> 00:11:20,458 Buka cepat! 129 00:11:26,375 --> 00:11:27,833 Selamat malam. Ada apa? 130 00:11:28,375 --> 00:11:29,208 Masuk. 131 00:11:31,208 --> 00:11:33,000 Periksa seluruh rumah cepat. 132 00:11:33,083 --> 00:11:34,000 - Sana. - Baik. 133 00:11:34,083 --> 00:11:36,166 - Seorang lagi sana. Cepat. - Baik. 134 00:11:36,250 --> 00:11:38,875 Periksa setiap pelosok! Cepat! 135 00:11:39,541 --> 00:11:40,791 Tuan cari apa? 136 00:11:41,541 --> 00:11:45,125 - Apa halnya ini? - Mama Úrsula, jangan keluar bilik. 137 00:11:45,208 --> 00:11:48,041 - Periksa tingkat atas! Cepat! - Periksa di atas. 138 00:11:48,125 --> 00:11:51,791 Jika tuan beritahu apa tuan cari, saya boleh tolong. 139 00:11:53,625 --> 00:11:57,083 - Kamu tahu apa yang kami cari? - Tidak, tuan. 140 00:11:57,583 --> 00:11:58,708 Kembar kamu. 141 00:12:00,166 --> 00:12:02,708 Lebih tiga minggu kami tak dengar khabarnya. 142 00:12:02,791 --> 00:12:04,041 Dia tiada di sini. 143 00:12:10,125 --> 00:12:11,916 Tapi tuan boleh terus mencari. 144 00:12:13,083 --> 00:12:15,041 Itu bilik stor dan bangsal. 145 00:12:15,125 --> 00:12:17,583 Kalau nak periksa, silakan. 146 00:12:25,125 --> 00:12:26,166 Ada apa di situ? 147 00:12:29,833 --> 00:12:31,583 Dah berkurun tiada orang. 148 00:12:33,375 --> 00:12:34,208 Buka. 149 00:12:36,000 --> 00:12:38,750 - Saya kena cari kuncinya. - Tunggu apa lagi? 150 00:13:00,291 --> 00:13:02,791 Askar itu memandang tepat ke ruang 151 00:13:02,875 --> 00:13:05,250 yang di mata Aureliano Segundo dan Santa Sofía 152 00:13:05,333 --> 00:13:07,791 masih kelihatan José Arcadio Segundo. 153 00:13:11,333 --> 00:13:13,375 José Arcadio juga sedar 154 00:13:15,208 --> 00:13:17,458 askar itu memandang tanpa menyedarinya. 155 00:13:21,541 --> 00:13:24,291 Betullah kata kamu. Sudah berkurun tiada orang. 156 00:13:24,833 --> 00:13:26,458 Mungkin ular saja yang ada. 157 00:13:36,791 --> 00:13:38,250 Di dalam ini ada apa? 158 00:13:40,833 --> 00:13:42,083 Bengkel. 159 00:13:44,166 --> 00:13:45,000 Buka. 160 00:14:17,916 --> 00:14:19,125 Boleh aku ambil ini? 161 00:14:21,291 --> 00:14:24,625 Kolonel Aureliano Buendía antara anggota terbaik kami. 162 00:14:27,458 --> 00:14:28,375 Ambillah. 163 00:14:30,333 --> 00:14:31,333 Mari pergi! 164 00:14:31,416 --> 00:14:33,916 - Dia tiada di sini. Mari! - Baik, kapten. 165 00:14:34,000 --> 00:14:35,125 - Mari! - Baik. 166 00:14:35,208 --> 00:14:37,333 - Mari kita pergi! - Cepat, semua! 167 00:14:37,833 --> 00:14:40,291 Mari kita pergi! Cepat! 168 00:14:43,541 --> 00:14:45,875 Hujan masih turun selepas berbulan-bulan. 169 00:14:48,750 --> 00:14:50,875 Tentera telah pun beredar, 170 00:14:52,791 --> 00:14:56,791 dan peristiwa yang bakal memberikan pukulan maut kepada Macondo 171 00:14:57,291 --> 00:14:58,708 mula menjelma. 172 00:14:58,791 --> 00:15:01,666 Mari pergi cepat. Ada kereta api nak berangkat. 173 00:15:01,750 --> 00:15:04,833 - Ke mana? - Tak kisahlah. Kita kena pergi dari sini. 174 00:15:10,916 --> 00:15:11,750 Masuk. 175 00:15:35,916 --> 00:15:38,875 Kenapa kamu tak balas surat kami? 176 00:15:39,416 --> 00:15:40,458 Surat apa? 177 00:15:40,541 --> 00:15:42,416 Posmen dah lama tak datang. 178 00:15:59,583 --> 00:16:02,291 Biara bukan tempat sesuai untuk budak lelaki. 179 00:16:02,791 --> 00:16:06,375 Tak pernah sekali pun Renata menyusukannya. 180 00:16:07,708 --> 00:16:09,375 Renata tak ada anak. 181 00:16:11,166 --> 00:16:13,750 Apa dah jadi dengan budak itu, Fernanda? 182 00:16:14,458 --> 00:16:17,250 Dia sangat ceria waktu belajar dengan kami dulu. 183 00:16:17,333 --> 00:16:21,125 Apa awak nak? Sedekah? Saya tiada masa untuk semua ini. 184 00:16:22,416 --> 00:16:24,250 Saya nak kamu ambil dia. 185 00:16:25,500 --> 00:16:27,958 Saya boleh terangkan kepada suami kamu. 186 00:16:28,041 --> 00:16:29,000 Tak perlu. 187 00:16:32,958 --> 00:16:35,541 Saya akan kata saya jumpa bakul di sungai. 188 00:16:39,000 --> 00:16:42,583 Kalau mereka percaya kitab suci, mereka pasti percaya saya. 189 00:17:48,416 --> 00:17:50,541 Di bilik Melquíades, 190 00:17:51,500 --> 00:17:53,833 diselubungi cahaya luar biasa… 191 00:17:56,333 --> 00:17:58,166 bunyi hujan bercucuran, 192 00:17:59,833 --> 00:18:02,375 dan perasaan yang dirinya halimunan, 193 00:18:03,375 --> 00:18:05,916 José Arcadio Segundo menemui ketenangan 194 00:18:06,000 --> 00:18:09,000 yang tak pernah sedetik pun dirasainya selama ini. 195 00:18:46,125 --> 00:18:47,125 Kembarku. 196 00:18:49,958 --> 00:18:51,833 Ada 3,000 orang, Aureliano. 197 00:18:53,583 --> 00:18:57,750 Aku kini pasti ada lebih 3,000 orang di stesen kereta api itu. 198 00:18:59,791 --> 00:19:02,708 Bernardino ada di sana. Aku bersama Bernardino. 199 00:19:04,291 --> 00:19:05,708 Aku bersama Bernardino. 200 00:19:15,625 --> 00:19:17,875 Satu-satunya ketakutan yang kekal 201 00:19:19,375 --> 00:19:23,208 sejak subuh ketika dia menyaksikan hukuman mati Moncada 202 00:19:24,250 --> 00:19:25,791 ialah ditanam hidup-hidup. 203 00:19:25,875 --> 00:19:27,041 Janji sekali lagi. 204 00:19:29,750 --> 00:19:31,750 Mak takkan tanam saya hidup-hidup. 205 00:19:36,625 --> 00:19:38,000 Terima kasih, mak. 206 00:19:42,791 --> 00:19:45,458 Gavilán juga ada di sana bersama Bernardino. 207 00:19:45,541 --> 00:19:47,041 Kami semua ada di sana. 208 00:19:48,000 --> 00:19:50,416 Lelaki, wanita, dan kanak-kanak. 209 00:19:52,875 --> 00:19:54,750 Mereka tembak kami semua. 210 00:19:55,250 --> 00:19:57,791 Mereka tembak kami dari atas. 211 00:20:00,083 --> 00:20:03,208 Ramai orang jatuh di atas aku. 212 00:20:08,875 --> 00:20:10,708 Aku tak mereka-reka cerita. 213 00:20:11,458 --> 00:20:12,791 Aku ada di sana. 214 00:20:14,041 --> 00:20:16,125 Bernardino ada di sana. 215 00:20:17,458 --> 00:20:19,625 Mereka humban mayat kami ke laut. 216 00:20:26,666 --> 00:20:28,333 Aureliano. 217 00:20:29,500 --> 00:20:32,750 Kembar kamu bukan yang pertama jadi gila. 218 00:20:34,041 --> 00:20:36,916 Itulah takdir keluarga Buendía. 219 00:20:38,416 --> 00:20:40,250 Itu salah aku. 220 00:20:40,875 --> 00:20:42,625 Serta moyang lelaki kamu. 221 00:20:56,416 --> 00:20:58,291 Tolong beri ini kepada posmen. 222 00:20:59,083 --> 00:21:01,000 José Arcadio perlukan duit. 223 00:21:01,916 --> 00:21:05,083 Posmen dah setahun tak datang, Fernanda. 224 00:21:06,791 --> 00:21:10,791 Mereka kata kereta api tergelincir kerana hujan. 225 00:21:12,000 --> 00:21:14,125 Kamu dah lupa? 226 00:21:18,000 --> 00:21:19,041 Mestilah saya ingat. 227 00:21:35,291 --> 00:21:37,333 Pergilah cakap dengan dia, nak. 228 00:21:39,833 --> 00:21:42,500 Dah tiba masanya kamu selesaikan masalah kamu. 229 00:21:50,791 --> 00:21:51,833 Kau tak apa-apa? 230 00:21:53,416 --> 00:21:56,041 Macam mana nak elok kalau hidup begini? 231 00:21:56,875 --> 00:21:59,000 Aku dibesarkan untuk jadi ratu. 232 00:21:59,708 --> 00:22:00,791 Ratu apa? 233 00:22:01,833 --> 00:22:05,791 Kau bukan ratu, dan kau takkan jadi ratu. 234 00:22:06,750 --> 00:22:08,416 Kenapa kau asyik tulis surat 235 00:22:08,500 --> 00:22:11,666 padahal kau tahu dah lebih setahun posmen tak datang. 236 00:22:12,541 --> 00:22:14,375 Ingat waktu aku ke rumah kau? 237 00:22:14,458 --> 00:22:16,375 Kamu semua makan sampah! 238 00:22:17,875 --> 00:22:19,750 Ayah kau lelaki tak guna! 239 00:22:19,833 --> 00:22:22,000 Ayah aku lelaki baik! 240 00:22:22,083 --> 00:22:25,416 Tak macam kau, kaki maksiat penyembah berhala pemalas. 241 00:22:25,500 --> 00:22:29,041 Aku membanting tulang macam nak mati untuk rumah ini. 242 00:22:29,125 --> 00:22:33,125 Dari subuh sampai malam, ada saja kerja aku kena buat! 243 00:22:33,208 --> 00:22:36,708 Sampai mata aku tak larat nak buka. Tapi tiada sesiapa ucap, 244 00:22:36,791 --> 00:22:40,791 "Selamat pagi, Fernanda." "Kamu tidur lena tak, Fernanda?" 245 00:22:40,875 --> 00:22:42,208 Mestilah. 246 00:22:42,291 --> 00:22:46,166 Macam mana keluarga kau nak ucap kalau mereka anggap aku sampah? 247 00:22:46,250 --> 00:22:49,958 Macam kain buruk. Macam boneka hodoh pada dinding. 248 00:22:50,041 --> 00:22:54,625 Mereka gelar aku alim-alim kucing, munafik, ular! 249 00:22:54,708 --> 00:22:59,166 Amaranta yang dah meninggal itu pun pernah cakap depan aku 250 00:22:59,250 --> 00:23:03,083 yang aku tak tahu beza antara dubur dan kubur. 251 00:23:03,166 --> 00:23:04,666 Demi Tuhan! 252 00:23:04,750 --> 00:23:07,250 Aku terima segalanya dengan reda 253 00:23:07,333 --> 00:23:09,541 demi hasrat Bapa Suci, 254 00:23:09,625 --> 00:23:15,083 walaupun mereka kata sial keluarga ini kerana perempuan kota tak tahu bersyukur. 255 00:23:15,166 --> 00:23:18,041 Siapa lagi mereka maksudkan kalau bukan aku? 256 00:23:18,125 --> 00:23:19,125 Aku! 257 00:23:19,208 --> 00:23:21,125 Anak angkat Duke Alba. 258 00:23:21,208 --> 00:23:23,125 Manusia tunggal di pekan gampang ini 259 00:23:23,208 --> 00:23:25,750 yang tak kagum tengok set kutleri 16 batang. 260 00:23:25,833 --> 00:23:30,166 Wanita keturunan baik yang boleh guna 11 nama keluarga bangsawan Sepanyol. 261 00:23:30,250 --> 00:23:31,250 Sebelas! 262 00:23:31,333 --> 00:23:36,125 Orang tunggal di kawasan pantai ini yang buang air besar di dalam bejana emas, 263 00:23:36,208 --> 00:23:40,541 hinggakan Kolonel Aureliano Buendía, si Freemason busuk hati itu perli aku 264 00:23:40,625 --> 00:23:43,041 kononnya aku berak bunga bakung Peru! 265 00:23:44,916 --> 00:23:46,291 Kenapa kau diam? 266 00:23:51,250 --> 00:23:52,250 Pengecut. 267 00:23:55,958 --> 00:23:58,875 Satu-satunya kesilapan aku dalam hidup 268 00:24:00,250 --> 00:24:02,333 ialah membawa kau tinggal di sini. 269 00:24:05,000 --> 00:24:09,000 Baliklah kepada betina kau itu! Berambus! 270 00:25:01,458 --> 00:25:03,875 Selama lebih lima tahun… 271 00:25:06,333 --> 00:25:08,791 langit seperti jatuh menyembah bumi. 272 00:25:12,750 --> 00:25:15,291 Persekitaran terasa begitu lembap 273 00:25:15,791 --> 00:25:19,458 hinggakan ikan boleh berenang masuk pintu dan keluar tingkap 274 00:25:20,625 --> 00:25:23,041 setelah selesai melihat-lihat bilik. 275 00:25:36,041 --> 00:25:37,791 Mari. Biar saya tengok. 276 00:25:53,125 --> 00:25:57,208 Kalau terus begini, kita akan jadi makanan haiwan. 277 00:26:03,833 --> 00:26:05,250 Tapi tengoklah nanti. 278 00:26:07,208 --> 00:26:09,291 Pada hari hujan berhenti, 279 00:26:10,708 --> 00:26:12,875 aku tidak akan bernyawa lagi. 280 00:27:54,791 --> 00:27:56,458 Menyorok cepat. 281 00:28:07,583 --> 00:28:09,708 Kenapa pintu terbuka, anak haram? 282 00:28:11,875 --> 00:28:13,166 Kamu buat apa tadi? 283 00:28:22,208 --> 00:28:25,416 Sebelum tidur, kamu nak dengar cerita ayah tak? 284 00:28:26,333 --> 00:28:28,041 Cerita ayah hari ini menarik. 285 00:28:28,916 --> 00:28:30,375 Kamu pasti? 286 00:28:30,958 --> 00:28:32,166 Baiklah. 287 00:28:33,291 --> 00:28:35,083 Tiada cerita hari ini. 288 00:28:35,583 --> 00:28:37,041 Mari kita tidur. 289 00:28:38,041 --> 00:28:39,916 Baiklah. Jumpa lagi esok. 290 00:28:41,083 --> 00:28:42,125 Ayah sayang kamu. 291 00:28:42,958 --> 00:28:44,250 Ayah. 292 00:28:44,333 --> 00:28:46,208 Siapa anak haram? 293 00:28:48,166 --> 00:28:49,333 Anak haram? 294 00:29:18,250 --> 00:29:19,125 Helo. 295 00:29:23,625 --> 00:29:25,166 Siapa nama kamu? 296 00:29:26,916 --> 00:29:28,375 Macam mana kamu masuk? 297 00:29:35,333 --> 00:29:37,000 Jangan risau. Kamu selamat. 298 00:29:48,000 --> 00:29:49,416 Aku cuma menjaga dia. 299 00:29:50,750 --> 00:29:53,125 Renata hantar melalui seorang biarawati. 300 00:29:54,000 --> 00:29:55,458 Dia cucu kau. 301 00:29:55,541 --> 00:29:57,583 Aku tak nak kusutkan fikiran kau. 302 00:29:58,791 --> 00:30:02,083 Tiada sesiapa perlu tahu si bedebah itu rogol anak kita. 303 00:30:03,375 --> 00:30:07,250 Jika kau beri dia nama keluarga kau, tiada sesiapa akan bertanya. 304 00:30:10,333 --> 00:30:12,250 Kau memang perempuan gila. 305 00:30:15,958 --> 00:30:18,916 Kau dilarang dekat dengan anak cucu aku. 306 00:30:20,958 --> 00:30:22,000 Faham? 307 00:30:42,875 --> 00:30:45,083 Bagi Fernanda, itu satu kelegaan. 308 00:30:47,791 --> 00:30:51,250 Dia sudah lama sedar betapa besar keangkuhannya, 309 00:30:52,416 --> 00:30:54,708 tapi dia tak tahu cara membetulkannya, 310 00:30:56,500 --> 00:30:59,375 kerana semakin dia memikirkan penyelesaiannya, 311 00:31:00,375 --> 00:31:02,375 semakin tidak masuk akal semuanya. 312 00:31:20,750 --> 00:31:24,666 Naluri Úrsula terus dapat mengecam tulang pipi yang tinggi, 313 00:31:25,458 --> 00:31:29,291 pandangan penuh takjub, dan aura kesepian orang bernama Aureliano. 314 00:31:31,416 --> 00:31:32,916 Aureliano. 315 00:31:37,125 --> 00:31:39,000 Baik atau buruk, 316 00:31:39,083 --> 00:31:41,833 kamu juga bernama Aureliano. 317 00:31:48,541 --> 00:31:52,416 Tahun demi tahun berlalu, dan hujan masih belum berhenti. 318 00:31:52,500 --> 00:31:53,791 Cepatlah! 319 00:31:53,875 --> 00:31:55,541 Bagi saya! 320 00:31:56,166 --> 00:31:59,041 - Bagilah cepat! - Marilah. 321 00:32:00,041 --> 00:32:02,291 Selama bertahun-tahun, 322 00:32:02,375 --> 00:32:06,958 lanun Francis Drake belayar di lautan. 323 00:32:09,666 --> 00:32:12,250 Setelah sekian lama… 324 00:32:23,708 --> 00:32:29,416 mereka kata seseorang telah menemui geliung lanun itu 325 00:32:29,500 --> 00:32:34,125 terdampar sebuah di paya di hujung dunia. 326 00:32:34,625 --> 00:32:36,500 Di dalam geliung itu, 327 00:32:37,541 --> 00:32:42,666 ada harta karun yang kemudiannya disembunyikan di rumah ini, 328 00:32:42,750 --> 00:32:44,750 dan hingga kini, 329 00:32:44,833 --> 00:32:49,333 Mama Úrsula merahsiakan tempat harta karun itu disimpan. 330 00:32:50,125 --> 00:32:52,791 Kamu tahu siapa yang menemui geliung itu? 331 00:32:53,333 --> 00:32:56,916 Buyut kamu, José Arcadio Buendía, 332 00:32:57,000 --> 00:33:01,000 dalam salah satu penjelajahan awalnya selepas mengasaskan Macondo. 333 00:33:01,083 --> 00:33:03,500 - Nak tahu apa lagi yang dia jumpa? - Apa? 334 00:33:03,583 --> 00:33:07,250 Baju perisai lengkap milik Francis Drake, 335 00:33:07,333 --> 00:33:12,625 menggunakan magnet besar yang dijual oleh kawannya, Melquíades. 336 00:33:12,708 --> 00:33:14,625 Boleh bawa kami ke sana nanti? 337 00:33:15,750 --> 00:33:19,250 Mestilah. Kita akan ke sana sebaik saja hujan berhenti. 338 00:33:20,000 --> 00:33:22,625 Macondo sama macam Brusselskah, ayah? 339 00:33:22,708 --> 00:33:24,166 Macondo lebih cantik. 340 00:33:25,000 --> 00:33:26,833 Di dataran utama, 341 00:33:27,958 --> 00:33:31,208 ada pokok gergasi yang lebih besar daripada bangunan. 342 00:33:31,291 --> 00:33:32,458 Bangunan? 343 00:33:32,541 --> 00:33:37,958 Pestanya berlangsung sampai subuh selama beberapa hari. 344 00:33:41,000 --> 00:33:42,750 Kamu berdua akan faham nanti. 345 00:33:50,750 --> 00:33:53,875 Tangkap dia cepat! Tangkap si kanibal itu! 346 00:33:54,458 --> 00:33:58,458 Mari kita tangkap si kanibal itu! 347 00:33:58,541 --> 00:34:00,958 Kanibal. 348 00:34:04,750 --> 00:34:06,541 Ada 3,000 orang. 349 00:34:09,166 --> 00:34:10,500 Penakut. 350 00:34:10,583 --> 00:34:11,833 Aku tak takutlah. 351 00:34:11,916 --> 00:34:14,291 Ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak. 352 00:34:14,375 --> 00:34:15,208 Penakut. 353 00:34:25,375 --> 00:34:31,291 Kalaulah buyut boleh nampak betapa cantiknya buyut. 354 00:34:31,375 --> 00:34:32,833 Betul tak, Aureliano? 355 00:34:32,916 --> 00:34:34,583 Ya, cantik sangat. 356 00:34:36,375 --> 00:34:37,375 Anak-anak. 357 00:34:40,125 --> 00:34:42,333 Aku perlu beritahu sesuatu. 358 00:34:46,166 --> 00:34:49,583 Ahli keluarga Buendía tak boleh berkahwin sesama sendiri. 359 00:34:52,750 --> 00:34:54,750 Dah lama aku perhatikan kamu. 360 00:34:56,750 --> 00:34:58,583 Aku cakap betul. 361 00:34:59,125 --> 00:35:00,625 Amaranta, 362 00:35:00,708 --> 00:35:02,250 Aureliano, 363 00:35:02,333 --> 00:35:03,833 dengar cakap aku. 364 00:35:05,291 --> 00:35:08,208 Kamu tak boleh mengahwini satu sama lain 365 00:35:09,916 --> 00:35:12,083 kerana nanti anak kamu akan lahir 366 00:35:13,166 --> 00:35:14,875 dengan ekor babi. 367 00:35:26,333 --> 00:35:27,750 Kamu berdua buat apa? 368 00:35:27,833 --> 00:35:30,000 Jangan kacau Mama Úrsula. 369 00:35:30,083 --> 00:35:31,333 - Pergi. - Lari! 370 00:35:31,416 --> 00:35:33,000 Keluar! 371 00:35:33,083 --> 00:35:35,500 Saya akan kalahkan awak, kanibal! 372 00:35:36,333 --> 00:35:38,791 Amaranta Úrsula, Aureliano, mari makan! 373 00:35:41,666 --> 00:35:44,291 Apalah mereka dah buat, Mama Úrsula. 374 00:35:48,125 --> 00:35:49,958 Aku cantik tak? 375 00:35:51,708 --> 00:35:53,125 Sentiasa cantik. 376 00:35:54,666 --> 00:35:56,916 Dari dulu lagi moyang cantik. 377 00:35:57,541 --> 00:35:58,625 Sentiasa. 378 00:36:17,458 --> 00:36:18,458 Dengan itu, 379 00:36:19,041 --> 00:36:22,666 pada pukul 2 tengah hari, dunia diterangi oleh matahari lesu, 380 00:36:23,166 --> 00:36:25,958 kemerahan dan memedihkan mata seperti debu bata, 381 00:36:28,000 --> 00:36:30,125 dan hampir sedingin air. 382 00:36:32,750 --> 00:36:34,916 Selama 10 tahun, hujan tak lagi turun. 383 00:37:21,250 --> 00:37:23,208 Kau hampir tak bangun, sayang. 384 00:37:34,875 --> 00:37:36,958 Aku bermimpi pelik. 385 00:37:41,666 --> 00:37:43,416 Hujan tak berhenti turun. 386 00:38:21,041 --> 00:38:22,541 Mama Úrsula. 387 00:40:28,750 --> 00:40:29,875 Aureliano. 388 00:40:37,875 --> 00:40:40,375 Letak benda itu. Tolong aku tarik ternakan. 389 00:41:15,250 --> 00:41:16,500 Maafkan aku. 390 00:41:43,208 --> 00:41:46,625 Aureliano Segundo hanya mampu melihat 391 00:41:47,500 --> 00:41:50,125 ketika banjir tersebut tanpa belas kasihan 392 00:41:50,208 --> 00:41:55,125 memusnahkan kekayaan yang dahulunya dianggap paling besar di Macondo, 393 00:41:56,666 --> 00:41:59,458 meninggalkan hanya bau busuk. 394 00:42:24,541 --> 00:42:26,208 Tidurlah. 395 00:42:28,375 --> 00:42:31,000 Masa untuk benda sebegitu dah berlalu. 396 00:42:43,541 --> 00:42:46,000 Berapa orang Turki akan bayar untuk ini? 397 00:42:47,625 --> 00:42:48,583 Apa? 398 00:42:49,875 --> 00:42:53,208 Tiada orang guna benda ini. Buat apa nak simpan? 399 00:42:54,291 --> 00:42:57,958 Amaranta Úrsula kena pergi, dan aku dah pokai kerana hujan. 400 00:42:59,666 --> 00:43:01,541 Pergi ke mana, Aureliano? 401 00:43:05,041 --> 00:43:08,708 Aku jumpa sekolah perempuan di Brussels. 402 00:43:10,666 --> 00:43:11,875 Bila dia nak pergi? 403 00:43:14,208 --> 00:43:15,708 Apabila aku ada duit. 404 00:43:16,208 --> 00:43:18,958 Aureliano boleh ikut tak? 405 00:43:31,333 --> 00:43:32,625 Tak boleh, sayang. 406 00:43:33,250 --> 00:43:35,416 Itu sekolah budak perempuan. 407 00:43:36,541 --> 00:43:39,875 Tapi kami akan tunggu kamu utus surat 408 00:43:39,958 --> 00:43:42,958 mengenai perkara hebat yang kamu buat di sana. 409 00:43:43,458 --> 00:43:46,541 Kalau kamu baik, kami akan lawat kamu sambil bercuti. 410 00:44:18,875 --> 00:44:19,875 Budak. 411 00:44:23,833 --> 00:44:24,791 Mari sini. 412 00:44:41,791 --> 00:44:43,791 Aku nak tunjukkan sesuatu. 413 00:44:48,000 --> 00:44:48,916 Apa itu? 414 00:44:50,250 --> 00:44:51,375 Entahlah. 415 00:44:54,791 --> 00:44:57,083 Tiada sesiapa tahu bahasanya. 416 00:44:57,916 --> 00:44:59,666 Mungkin kamu boleh tafsirkan 417 00:44:59,750 --> 00:45:02,625 sementara menunggu kepulangan Amaranta Úrsula. 418 00:45:04,666 --> 00:45:06,000 Setakat ini, 419 00:45:06,625 --> 00:45:10,000 aku dah kenal pasti 30 huruf yang berulang. 420 00:45:10,083 --> 00:45:12,500 Aksara. Aksara, bukan huruf. 421 00:45:12,583 --> 00:45:15,166 Ini aksara. Aksara. 422 00:45:15,250 --> 00:45:17,333 Itu sebab atuk berkurung di sini? 423 00:45:18,250 --> 00:45:20,750 Itu sebab aku berkurung di sini. 424 00:45:22,125 --> 00:45:26,833 Aku juga berkurung kerana memikirkan sesuatu yang aku tak boleh lupakan. 425 00:45:27,625 --> 00:45:29,416 Apa yang atuk tak boleh lupa? 426 00:45:34,333 --> 00:45:36,416 Tentera negara 427 00:45:38,125 --> 00:45:42,208 membunuh 3,000 pekerja yang dikepung di stesen kereta api. 428 00:45:42,291 --> 00:45:45,583 Itu bukan rekaan. Itu benar-benar berlaku. 429 00:45:46,666 --> 00:45:48,500 Kenapa mereka buat begitu? 430 00:46:08,166 --> 00:46:10,166 Banyak aku nak cerita kepada kamu. 431 00:46:11,750 --> 00:46:12,708 Banyak sangat. 432 00:46:33,833 --> 00:46:36,416 Aureliano Segundo terjaga pada tengah malam 433 00:46:36,916 --> 00:46:40,041 rasa seperti dicekik dari dalam oleh sepit ketam. 434 00:46:40,125 --> 00:46:41,333 Kau tak apa-apa? 435 00:46:51,541 --> 00:46:53,625 Saya beli mahal dulu, 436 00:46:54,416 --> 00:46:56,875 tapi jika takdir Tuhan menyebelahi puan, 437 00:46:56,958 --> 00:47:01,666 puan boleh menang klavikod cantik dari Eropah dengan hanya beberapa peso. 438 00:47:01,750 --> 00:47:06,583 Disebabkan takut mati sebelum sempat menghantar Amaranta Úrsula ke Brussels, 439 00:47:06,666 --> 00:47:09,333 Aureliano Segundo bekerja keras buat pertama kalinya. 440 00:47:09,416 --> 00:47:12,833 Apa yang sentiasa di depan kita, tapi kita takkan nampak? 441 00:47:13,333 --> 00:47:14,416 Masa depan. 442 00:47:15,041 --> 00:47:16,875 Belilah nombor ini. 443 00:47:17,375 --> 00:47:21,333 Ini takdir Tuhan yang hanya datang setiap 100 tahun. 444 00:47:22,208 --> 00:47:23,666 Nak berapa? Dua? 445 00:47:24,166 --> 00:47:25,625 Baiklah. Tuan? Tiga. 446 00:47:25,708 --> 00:47:27,333 Malah, pada tengah malam, 447 00:47:27,416 --> 00:47:30,458 dia memujuk wanita yang menangis di sisi gramofon, 448 00:47:31,000 --> 00:47:34,250 dengan ceramah tentang tuah. 449 00:47:34,333 --> 00:47:36,750 Awak nampak macam suka barang baik. 450 00:47:50,041 --> 00:47:51,750 Kamu masih marah atuk? 451 00:47:56,541 --> 00:47:58,958 Macam mana kita nak tinggal bersama? 452 00:48:01,583 --> 00:48:03,833 Atuk dah janji takkan tinggalkan kamu. 453 00:48:05,333 --> 00:48:08,958 Petra nak beli katil untuk letak di rumah kami. 454 00:48:09,041 --> 00:48:11,416 Kalau kamu nak, kita boleh ke sana esok. 455 00:48:13,375 --> 00:48:16,500 Bagaimana, nak? Jawablah. Mahu atau tak? 456 00:48:17,041 --> 00:48:17,875 Mahu. 457 00:48:18,875 --> 00:48:19,708 Mahu? 458 00:48:20,875 --> 00:48:22,625 Apa ini? Kena. 459 00:48:23,708 --> 00:48:26,208 Kemas barang kamu. Esok atuk datang jemput. 460 00:48:26,708 --> 00:48:29,500 Saya akan rindu nenek sangat-sangat. 461 00:48:35,625 --> 00:48:36,583 Terima kasih. 462 00:48:42,125 --> 00:48:45,041 Amaranta Úrsula dan Aureliano kecil 463 00:48:45,916 --> 00:48:49,125 akan mengingati zaman kanak-kanak mereka yang bahagia. 464 00:48:50,000 --> 00:48:51,791 Sudahlah. Mari pergi. 465 00:48:55,166 --> 00:48:57,458 Aureliano. Sudah. 466 00:48:59,708 --> 00:49:00,750 Aureliano. 467 00:49:02,125 --> 00:49:04,125 Sudah. Mari pergi. 468 00:49:04,958 --> 00:49:07,583 Mari. Sudahlah. 469 00:49:12,666 --> 00:49:13,875 Dia akan pulang. 470 00:50:07,458 --> 00:50:08,916 Kau dah nak mati. 471 00:50:21,958 --> 00:50:24,958 Aku kena tunaikan janji aku. 472 00:50:31,500 --> 00:50:35,166 Jangan risau. Aku akan jaga cucu kau. 473 00:50:39,875 --> 00:50:41,875 Kau tak hutang apa-apa dengan aku. 474 00:50:46,291 --> 00:50:48,291 Pergilah dengan tenang, Aureliano. 475 00:50:50,208 --> 00:50:51,291 Kau dengar tak? 476 00:50:53,916 --> 00:50:55,291 Pergilah dengan tenang. 477 00:51:23,916 --> 00:51:25,041 Masuk. 478 00:51:30,333 --> 00:51:32,208 Atuk tak tidur? 479 00:51:34,083 --> 00:51:37,416 Kamu nak ucap selamat tinggal kepada orang gila rumah ini? 480 00:51:43,125 --> 00:51:46,166 Janji dengan aku kamu takkan lupa apa aku beritahu. 481 00:51:47,833 --> 00:51:49,583 Tolong! 482 00:51:57,916 --> 00:51:59,875 Demi Tuhan! Tolong! 483 00:52:06,291 --> 00:52:07,541 Buat sesuatu. 484 00:52:11,916 --> 00:52:13,375 Buatlah sesuatu! 485 00:52:41,458 --> 00:52:44,083 Pada 9 Ogos, mereka mati serentak, 486 00:52:45,833 --> 00:52:48,458 menjadi seiras semula ketika kematian… 487 00:52:50,875 --> 00:52:52,916 sepertimana ketika mereka remaja. 488 00:53:20,583 --> 00:53:23,541 Dengan penuh kesedihan, si ibu mengotakan janjinya. 489 00:54:40,833 --> 00:54:44,708 Jangan takut mati, Aureliano. 490 00:54:47,375 --> 00:54:49,875 Penderitaan hanya wujud ketika hidup. 491 00:54:51,041 --> 00:54:54,291 Tiada lagi khabar tentang Santa Sofía de la Piedad. 492 00:54:55,208 --> 00:54:59,500 Dia menyemai benih-benih kesucian Remedios Si Jelita dalam keluarga itu. 493 00:55:00,791 --> 00:55:04,166 Dia mengabdikan hidupnya untuk membesarkan anak-anak kecil 494 00:55:04,666 --> 00:55:08,000 yang tidak ingat pun mereka anak dan cucunya. 495 00:55:09,541 --> 00:55:14,250 Dia menjaga Aureliano Babilonia seperti darah dagingnya sendiri… 496 00:55:14,333 --> 00:55:15,666 Maafkan aku. 497 00:55:16,166 --> 00:55:18,500 …tanpa mengetahui yang dia moyangnya. 498 00:55:19,625 --> 00:55:21,083 Carilah jalan kamu. 499 00:56:08,625 --> 00:56:10,458 Tiada orang akan tahu kamu wujud. 500 00:56:13,000 --> 00:56:14,166 Anak haram. 501 01:05:01,541 --> 01:05:04,791 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi