1 00:01:24,750 --> 00:01:27,416 Selama lebih 15 tahun, Aureliano Babilonia 2 00:01:27,500 --> 00:01:30,416 hidup di bawah cengkaman Fernanda del Carpio. 3 00:01:34,916 --> 00:01:37,583 Dia yang berkurung di dalam makmal Melquiades, 4 00:01:37,666 --> 00:01:39,833 dan hanya keluar untuk makan, 5 00:01:40,333 --> 00:01:44,583 telah menghafal kisah legenda hebat daripada buku yang terlerai jilidnya. 6 00:01:54,000 --> 00:01:56,500 Berikan tepukan kepada Fernanda del Carpio. 7 00:02:03,333 --> 00:02:07,083 Dia telah menghafal rumusan kajian Hermann Si Tempang, 8 00:02:08,000 --> 00:02:10,375 rahsia kepada batu falsafah, 9 00:02:10,916 --> 00:02:14,375 Las Centurias oleh Nostradamus dan kajiannya tentang wabak. 10 00:02:30,166 --> 00:02:33,625 Dia mencapai usia remaja tanpa mengetahui tentang zamannya. 11 00:02:34,375 --> 00:02:37,333 Dia cuma ada pengetahuan asas Zaman Pertengahan. 12 00:02:38,583 --> 00:02:40,916 Perkataan "darma" 13 00:02:42,083 --> 00:02:44,791 ada dalam Ramcharitmanas yang berbahasa Hindi. 14 00:02:46,708 --> 00:02:48,458 Dia seperti bercakap sendiri. 15 00:02:49,791 --> 00:02:50,958 Hakikatnya, 16 00:02:51,583 --> 00:02:53,458 dia bercakap dengan Melquiades. 17 00:02:54,375 --> 00:02:56,500 Betul, Aureliano. 18 00:02:59,416 --> 00:03:00,875 Sekarang, beritahu aku, 19 00:03:02,416 --> 00:03:04,125 itu ditulis dalam bahasa apa? 20 00:03:09,291 --> 00:03:11,083 Bahasa Sanskrit, Melquiades. 21 00:03:15,166 --> 00:03:17,000 Kamu ada masa untuk belajar. 22 00:03:17,875 --> 00:03:19,166 Tapi jangan lama. 23 00:03:20,375 --> 00:03:22,750 Nanti kamu boleh tafsir manuskrip itu 24 00:03:23,958 --> 00:03:25,833 dan mengetahui asal usul kamu. 25 00:03:35,500 --> 00:03:36,791 Di sebuah lorong, 26 00:03:37,291 --> 00:03:39,708 pada zaman syarikat pisang dulu, 27 00:03:40,416 --> 00:03:44,083 ada seorang peramal masa depan. Orang Catalonia yang bijaksana. 28 00:03:45,250 --> 00:03:47,000 Dia ada kedai buku. 29 00:03:47,583 --> 00:03:51,875 - Lorong Masa Depan. - Ada Sanskrit Primer di sana. 30 00:03:51,958 --> 00:03:55,916 Di antara buku Pembebasan Baitulmuqaddis dan himpunan puisi Milton. 31 00:03:56,750 --> 00:03:58,416 Di bahagian hujung kanan… 32 00:04:00,708 --> 00:04:03,000 di rak kedua almari buku. 33 00:04:04,666 --> 00:04:06,541 Rak kedua. 34 00:04:17,500 --> 00:04:18,333 Melquiades. 35 00:04:33,166 --> 00:04:34,416 Melquiades. 36 00:05:22,333 --> 00:05:23,833 Biar saya cuci luka puan. 37 00:05:26,833 --> 00:05:27,958 Jangan risau. 38 00:05:42,125 --> 00:05:42,958 Bertenang. 39 00:05:57,208 --> 00:05:59,333 Ros daripada kalungan bunga. 40 00:06:02,583 --> 00:06:05,625 Kadangkala, aku lupa buang durinya. 41 00:06:11,958 --> 00:06:13,333 Moyang aku, 42 00:06:14,166 --> 00:06:15,458 Renata… 43 00:06:17,916 --> 00:06:19,125 Dia seorang ratu. 44 00:06:22,333 --> 00:06:23,541 Sekarang, 45 00:06:24,375 --> 00:06:25,750 dengan adanya kau… 46 00:06:28,083 --> 00:06:30,250 aku akan jadi ratu Madagascar. 47 00:06:34,000 --> 00:06:35,583 Anak-anak kita pula… 48 00:06:36,708 --> 00:06:38,291 Kita akan ada dua anak. 49 00:06:39,916 --> 00:06:42,458 Seorang akan jadi ratu Belgium. 50 00:06:45,500 --> 00:06:46,583 Seorang lagi pula… 51 00:06:48,958 --> 00:06:52,458 Dia akan jadi raja. Raja kepada seluruh gereja. 52 00:06:55,541 --> 00:06:58,333 Puan, saya nak dukung puan. 53 00:06:58,416 --> 00:06:59,583 Jangan takut. 54 00:07:21,041 --> 00:07:26,458 KISAH I AURELIANO DAN FERNANDA 55 00:07:57,708 --> 00:07:59,500 Aureliano Babilonia, 56 00:08:00,000 --> 00:08:04,000 yang baru beberapa kali memasuki bilik Fernanda seumur hidupnya, 57 00:08:04,083 --> 00:08:07,208 tiba-tiba didorong oleh perasaan yang nekad, 58 00:08:08,041 --> 00:08:10,666 lalu dapat melihat Amaranta Úrsula semula. 59 00:08:16,833 --> 00:08:17,875 Ke hadapan mak, 60 00:08:17,958 --> 00:08:20,250 saya menulis surat ini dengan gembira. 61 00:08:20,333 --> 00:08:22,833 Saya akan menyambung pelajaran di Belgium. 62 00:08:23,541 --> 00:08:24,958 Walaupun saya seronok, 63 00:08:25,458 --> 00:08:28,708 saya turut bersedih kerana saya terpaksa terus di sini, 64 00:08:28,791 --> 00:08:29,666 dan Macondo… 65 00:08:29,750 --> 00:08:34,250 Kami ingat kamu siapa? Kamu tahu kamu dilarang masuk bilik aku. 66 00:08:34,875 --> 00:08:35,916 Keluar! 67 00:08:37,458 --> 00:08:38,583 Anak haram. 68 00:08:39,166 --> 00:08:40,958 Kamu tak sepatutnya lahir. 69 00:09:24,083 --> 00:09:26,416 Rumah itu tak pernah kehabisan makanan. 70 00:09:28,500 --> 00:09:31,833 Setiap Rabu, bakul penuh makanan akan tiba. 71 00:09:34,166 --> 00:09:37,875 Fernanda tidak tahu bekalan itu dihantar oleh Petra Cotes 72 00:09:38,375 --> 00:09:40,875 dengan tanggapan bahawa sedekah berterusan 73 00:09:41,458 --> 00:09:44,166 akan memalukan orang yang pernah memalukannya. 74 00:09:48,208 --> 00:09:51,083 Aureliano melakukan kerja-kerja dapur. 75 00:09:51,916 --> 00:09:56,458 Walaupun dalam keadaan begitu, masing-masing dengan kesepian sendiri. 76 00:09:56,958 --> 00:09:59,875 Semua benda aku dah bagi, tapi dia mencuri pula. 77 00:10:05,625 --> 00:10:08,166 Aku sepatutnya halau saja biarawati itu. 78 00:10:10,333 --> 00:10:12,583 Kesilapan terbesar hidup aku. 79 00:10:13,625 --> 00:10:16,083 Lebih teruk daripada mengahwini lelaki sampah. 80 00:10:24,458 --> 00:10:26,000 Orang Catalonia bijaksana. 81 00:10:26,083 --> 00:10:29,833 Aureliano kekurangan maklumat untuk mentafsirkan manuskrip itu. 82 00:10:30,791 --> 00:10:32,833 Dia meminta izin Fernanda 83 00:10:33,333 --> 00:10:37,000 untuk mencari buku yang disebut oleh Melquiades. 84 00:10:38,291 --> 00:10:41,958 Dia begitu yakin permintaannya tidak akan ditolak 85 00:10:42,791 --> 00:10:46,875 hinggakan dia memotong rambutnya, dan mencukur janggutnya yang kusut, 86 00:10:47,583 --> 00:10:51,458 serta memakai seluar ketat yang entah siapa pemilik asalnya. 87 00:11:17,625 --> 00:11:20,666 Takkanlah dia bodoh sangat sampaikan tak faham-faham 88 00:11:20,750 --> 00:11:24,041 yang garpu salad tak boleh diletakkan di sebelah pisau. 89 00:11:26,666 --> 00:11:29,208 Wain merah tak dihidangkan dengan ayam. 90 00:11:32,458 --> 00:11:33,458 Puan. 91 00:11:35,541 --> 00:11:36,416 Maafkan saya. 92 00:11:36,916 --> 00:11:41,541 - Saya bukan nak takutkan puan. - Jangan, aku bukan pengintip Konservatif. 93 00:11:43,666 --> 00:11:45,958 Tolonglah. Bertenang. 94 00:11:47,083 --> 00:11:51,750 Aku tiada kaitan langsung dengan cubaan bunuh terhadap kau, kolonel! 95 00:11:51,833 --> 00:11:53,625 - Bertenang. - Jangan dekat! 96 00:11:53,708 --> 00:11:54,916 Bertenang, Fernanda. 97 00:11:55,000 --> 00:11:57,500 - Aku kata jangan dekat! - Letak pisau. 98 00:11:57,583 --> 00:12:00,375 - Aku arahkan kau! - Puan Fernanda, ini saya. 99 00:12:20,291 --> 00:12:22,083 Mana kamu dapat seragam itu? 100 00:12:30,666 --> 00:12:31,833 Apa kamu nak? 101 00:12:35,166 --> 00:12:38,958 Saya nak minta izin untuk beli buku di pekan. 102 00:12:53,500 --> 00:12:54,916 Langkah mayat aku dulu. 103 00:12:56,375 --> 00:13:00,583 Aku takkan biarkan Macondo tahu kewujudan anak haram keluarga Buendía. 104 00:13:02,916 --> 00:13:04,750 Saya takkan beritahu sesiapa. 105 00:13:09,333 --> 00:13:10,375 Sumpah. 106 00:13:29,916 --> 00:13:31,333 Kurang ajar betul. 107 00:13:33,291 --> 00:13:35,958 Aku dah beri segalanya. Dasar tak kenang budi. 108 00:13:48,833 --> 00:13:49,958 Puteraku sayang, 109 00:13:51,833 --> 00:13:53,833 mak menanti kepulangan kamu. 110 00:13:57,916 --> 00:14:01,875 Rumah ini sudah sedia untuk menyambutmu dengan penuh penghormatan. 111 00:14:03,833 --> 00:14:05,458 Apabila kamu pulang nanti, 112 00:14:06,916 --> 00:14:09,333 kita akan jadi keluarga bahagia semula. 113 00:14:10,666 --> 00:14:14,250 Kamu boleh menikmati kekayaan kerajaan kita dengan mak. 114 00:14:41,791 --> 00:14:44,833 Terbawa-bawa dengan lagak dirajanya, 115 00:14:45,333 --> 00:14:49,125 dia menjadikan busana diraja itu sebagai wahana kenangan. 116 00:14:49,958 --> 00:14:51,541 Dia rasa begitu tua, 117 00:14:52,125 --> 00:14:53,458 begitu lelah, 118 00:14:53,958 --> 00:14:56,541 jauh dari zaman kegemilangannya, 119 00:14:57,125 --> 00:15:00,500 hinggakan dia merindui detik-detik hidupnya yang terburuk. 120 00:15:10,166 --> 00:15:16,666 Kesedihan yang selama ini satu keperluan menjadi ketagihan makin dia dimamah usia. 121 00:15:40,583 --> 00:15:44,625 Aureliano memberikan dirinya keizinan yang dinafikan oleh Fernanda, 122 00:15:44,708 --> 00:15:46,958 dan keluar buat pertama kalinya. 123 00:15:47,750 --> 00:15:51,541 Hakikatnya, selama ini, dia boleh saja lari pada bila-bila masa, 124 00:15:52,083 --> 00:15:56,166 tetapi penahanan berpanjangan dan ketidaktentuan dunia 125 00:15:56,250 --> 00:15:59,666 telah membantutkan benih-benih pemberontakan dalam hatinya. 126 00:16:28,333 --> 00:16:30,666 Lorong masa depan, orang Catalonia bijaksana. 127 00:16:31,166 --> 00:16:32,750 Bersama-sama puisi Milton. 128 00:16:34,416 --> 00:16:38,750 Dia berjalan tanpa henti melewati 11 blok di antara rumah dan lorong itu. 129 00:16:41,000 --> 00:16:43,083 Tiada apa-apa menarik perhatiannya, 130 00:16:43,708 --> 00:16:46,750 mungkin kerana dia tiada apa-apa untuk dibandingkan. 131 00:17:28,583 --> 00:17:31,500 - Kitaran ganas Oedipus tak benar. - Betul! 132 00:17:33,250 --> 00:17:34,166 Benar. 133 00:17:34,916 --> 00:17:38,875 Tengoklah. Dia mabuk. Dia ingat kedai ini rumah Si Anak Emas. 134 00:17:40,458 --> 00:17:41,833 Kenapa dia pakai begitu? 135 00:17:41,916 --> 00:17:45,625 Sebab hari ini hari terakhir pesta. Kolonel perlu dikebumikan. 136 00:17:46,208 --> 00:17:47,041 Betul. 137 00:17:47,125 --> 00:17:48,625 Dengar sini, semua. 138 00:17:48,708 --> 00:17:52,833 "Dunia akan musnah apabila manusia berkelana dalam kelas pertama, 139 00:17:52,916 --> 00:17:55,166 tapi sastera di gerabak bagasi." 140 00:17:56,583 --> 00:17:58,833 Sudah. Dengarlah dulu. 141 00:17:58,916 --> 00:18:01,750 Aku cakap betul. Kitaran ganas Oedipus tak benar. 142 00:18:01,833 --> 00:18:05,250 Dia tahu apa dia buat semasa meniduri ibunya. 143 00:18:05,333 --> 00:18:06,166 Betul. 144 00:18:06,750 --> 00:18:07,958 Betul kata kau. 145 00:18:08,041 --> 00:18:11,500 Setiap perbuatan ada puisinya, tak kira mulia atau hina. 146 00:18:12,000 --> 00:18:13,583 Baiklah. 147 00:18:13,666 --> 00:18:15,375 Bagaimana dengan Rebalías? 148 00:18:15,875 --> 00:18:17,208 Dia bodoh! 149 00:18:17,291 --> 00:18:21,083 Takkanlah cuma ada 480 cara untuk mengusap punggung? 150 00:18:21,833 --> 00:18:23,125 Kamu mesti dah gila. 151 00:18:23,750 --> 00:18:26,375 Isaac Si Buta yang terakhir baca buku ini. 152 00:18:26,958 --> 00:18:28,708 Jadi, fikir betul-betul. 153 00:18:29,333 --> 00:18:30,541 Ambil sajalah. 154 00:18:32,833 --> 00:18:33,666 Apa itu? 155 00:18:33,750 --> 00:18:36,166 Tanya hantunya apa yang dia fikirkan semasa… 156 00:18:36,250 --> 00:18:39,208 Itu kisah lama. Mari minum! Pergi mampus, Rebalías! 157 00:18:39,291 --> 00:18:40,875 Mari minum! 158 00:19:27,291 --> 00:19:28,916 - Ke mana, kolonel? - Takut? 159 00:19:29,000 --> 00:19:32,166 - Ke rumah Buendía. - Kami takkan apa-apakan kau, kolonel. 160 00:19:32,250 --> 00:19:34,583 - Jangan ambil buku itu. - Kau takut? 161 00:19:34,666 --> 00:19:38,750 - Dia Buendía. Apa lagi kau ada? - Kau ada apa-apa lagi, kolonel? 162 00:19:38,833 --> 00:19:40,375 Kenapa kau takut sangat? 163 00:19:41,041 --> 00:19:43,208 Janganlah! Itu saya punya! Jangan! 164 00:19:44,208 --> 00:19:45,250 Tolong berhenti. 165 00:19:45,333 --> 00:19:46,291 Tolonglah. 166 00:19:47,833 --> 00:19:50,958 Saya tiada apa-apa. Sumpah. 167 00:19:51,708 --> 00:19:52,833 Saya tiada apa-apa. 168 00:19:57,416 --> 00:20:00,125 - Kau tiada apa-apa, kolonel? - Teruk betul. 169 00:20:00,208 --> 00:20:02,916 - Kau kata kau tiada apa-apa? - Penipu! 170 00:20:05,083 --> 00:20:06,166 Ini emaskah? 171 00:20:06,666 --> 00:20:07,500 Pulangkan. 172 00:20:07,583 --> 00:20:10,500 Biar betul? Kita cuba guna di rumah pelacuran. 173 00:20:10,583 --> 00:20:11,708 - Mari. - Tolonglah. 174 00:20:19,333 --> 00:20:20,708 Lain kali, jangan tipu! 175 00:20:21,666 --> 00:20:23,166 Mari pergi! Cepat! 176 00:20:23,875 --> 00:20:25,333 Celaka punya orang! 177 00:21:06,458 --> 00:21:08,333 Tidurlah, sayang. 178 00:21:09,416 --> 00:21:11,000 Kau selamat di sini. 179 00:21:29,708 --> 00:21:33,958 - Terima kasih kerana jaga saya, tuan. - Cucu aku yang jaga. 180 00:21:34,583 --> 00:21:37,041 Dia yang jumpa kamu di jalanan. 181 00:21:38,625 --> 00:21:42,625 Kamu dah tidur 18 jam. Kamu mesti lapar. 182 00:21:45,958 --> 00:21:47,291 Saya nak balik. 183 00:21:52,833 --> 00:21:53,708 Nah. 184 00:21:54,583 --> 00:21:55,708 Terima kasih. 185 00:22:00,500 --> 00:22:04,041 Ikan yang dibuat oleh Kolonel Aureliano Buendía. 186 00:24:23,458 --> 00:24:25,958 "Salam rindu daripada anakmu, Amaranta Úrsula." 187 00:24:26,041 --> 00:24:28,250 - Mak pasti terkejut. - "Mak pasti terkejut." 188 00:24:28,333 --> 00:24:30,666 "Orang Eropah tak macam orang Macondo." 189 00:24:38,166 --> 00:24:41,250 "Saya faham keputusan ini mungkin buat mak risau. 190 00:24:41,333 --> 00:24:43,083 Tapi saya baik-baik saja." 191 00:24:43,166 --> 00:24:45,958 Kenapa saya tak dapat surat daripada Si Kanibal? 192 00:24:47,041 --> 00:24:49,750 - Saya rindu Macondo… - "Saya rindu Macondo." 193 00:24:49,833 --> 00:24:51,708 …tapi Brussels buat saya rasa hidup. 194 00:24:51,791 --> 00:24:55,541 Beritahu Si Kanibal, saya masih ingat kami buru kala jengking. 195 00:25:01,750 --> 00:25:05,083 Ceritakan tentang rumah, Macondo, dan Aureliano. 196 00:25:05,166 --> 00:25:06,666 Langsung tiada khabar. 197 00:25:09,125 --> 00:25:11,541 Pada musim sejuk yang panjang di Belgium, 198 00:25:11,625 --> 00:25:15,041 saya terkenang hujan yang bertahun-tahun tidak berhenti 199 00:25:15,583 --> 00:25:18,875 semasa kami berlari merentasi lopak dan di paya. 200 00:25:23,458 --> 00:25:26,833 - Saya amat merindui kamu semua. - "Anakmu, Amaranta." 201 00:25:39,083 --> 00:25:43,000 Tiada siapa sangka seorang lelaki boleh jadi begitu mirip ibunya. 202 00:25:48,833 --> 00:25:49,958 Angkat barang aku. 203 00:26:17,500 --> 00:26:22,375 KISAH II AURELIANO DAN JOSÉ ARCADIO 204 00:26:29,250 --> 00:26:31,250 Aureliano telah mengewapkan raksa 205 00:26:31,333 --> 00:26:34,750 untuk mengawetkan mayat menurut formula Melquiades. 206 00:26:39,000 --> 00:26:40,708 Walaupun selepas empat bulan, 207 00:26:41,208 --> 00:26:42,833 apabila José Arcadio tiba, 208 00:26:43,541 --> 00:26:45,041 mayat ibunya masih elok. 209 00:26:54,083 --> 00:27:00,958 Kurniai dia ketenangan abadi, wahai Tuhan. 210 00:27:01,708 --> 00:27:04,666 Semoga cahaya abadi menyinarinya selama-lamanya. 211 00:27:09,625 --> 00:27:11,000 Bila dia mati? 212 00:27:12,666 --> 00:27:14,083 Beberapa bulan lepas. 213 00:27:18,333 --> 00:27:19,958 Dia ada cerita tentang kau. 214 00:27:22,833 --> 00:27:24,333 Tinggalkan kami sebentar. 215 00:28:06,791 --> 00:28:09,625 Ampunilah, wahai Tuhan, 216 00:28:10,166 --> 00:28:12,208 roh hamba-Mu ini, 217 00:28:12,708 --> 00:28:15,958 agar dia bebas daripada belenggu kematian 218 00:28:16,041 --> 00:28:19,291 dan memperoleh kehidupan abadi. 219 00:28:20,041 --> 00:28:23,583 Kasihanilah dia, wahai Tuhan. Kasihanilah dia, wahai Christ. 220 00:28:23,666 --> 00:28:27,250 Kurniai dia ketenangan abadi, wahai Tuhan. 221 00:28:27,333 --> 00:28:32,625 Semoga cahaya abadi menyinarinya selama-lamanya. 222 00:28:35,250 --> 00:28:36,333 Amen. 223 00:28:46,375 --> 00:28:48,291 Anak haram, mari sini. 224 00:29:03,791 --> 00:29:05,083 Aku bangun 5.15 pagi, 225 00:29:05,166 --> 00:29:09,125 dan aku nak sarapan pukul 6 selepas doa pagi. 226 00:29:31,791 --> 00:29:33,083 Anak haram. 227 00:29:40,791 --> 00:29:43,000 Aku nak telur separuh masak. 228 00:29:43,083 --> 00:29:48,375 Aku juga geli tengok jus ini. Aku nak jus oren yang baru diperah. 229 00:29:51,000 --> 00:29:53,541 Buat sendiri kalau nak telur separuh masak. 230 00:29:54,083 --> 00:29:55,583 Bakul itu tiada oren. 231 00:29:55,666 --> 00:29:58,291 Biasakan minum jus jambu batu. Itu saja ada. 232 00:29:58,375 --> 00:30:01,750 Anak haram. Mak aku ada cakap kau memang tak boleh diajar. 233 00:30:02,333 --> 00:30:06,916 Awak dan mak awak yang tak boleh diajar. Cuci punggung sendiri pun tak reti. 234 00:30:09,375 --> 00:30:12,583 Saya tahu bahasa Jerman dan Perancis. Bahasa Latin saya pun lebih baik. 235 00:30:12,666 --> 00:30:15,291 Saya tak tahu apa awak kata waktu kebumikan mak awak. 236 00:30:16,625 --> 00:30:18,791 Tapi itu bukan Misa Requiem. 237 00:30:56,041 --> 00:30:57,958 - Di mana emasnya? - Emas apa? 238 00:30:58,041 --> 00:31:00,250 - Mana? Mak aku pernah cerita! - Apa? 239 00:31:00,333 --> 00:31:04,583 "Kita akan jadi keluarga bahagia. Kamu akan nikmati kekayaan dengan mak." 240 00:31:04,666 --> 00:31:07,750 - Mana emas itu? - Mak awak gila. Tiada emas di sini. 241 00:31:07,833 --> 00:31:11,416 Mama Úrsula kononnya ada harta, tapi tiada sesiapa jumpa. 242 00:31:11,500 --> 00:31:13,500 Ikan emas saja yang tinggal. 243 00:31:13,583 --> 00:31:15,416 - Di mana? - Di bengkel. 244 00:31:17,166 --> 00:31:21,625 Entah kenapa aku balik ke rumah yang entah di ceruk mana ini! 245 00:31:46,750 --> 00:31:49,833 Bertahun lamanya, José Arcadio memperdayakan ibunya 246 00:31:49,916 --> 00:31:53,250 dengan dusta tentang usahanya untuk menjadi ketua paderi. 247 00:32:04,416 --> 00:32:07,458 Dia meninggalkan seminari sebaik saja tiba di Rom, 248 00:32:08,041 --> 00:32:11,833 dan terus menyajikan ibunya dengan teologi dan hukum kanun gereja 249 00:32:12,333 --> 00:32:14,666 demi menjaga harta pusaka luar biasa 250 00:32:14,750 --> 00:32:17,708 yang dinyatakan dalam surat-surat merapik ibunya. 251 00:33:10,166 --> 00:33:14,083 Pada waktu malam semasa kecil, José Arcadio akan berpeluh ketakutan 252 00:33:14,166 --> 00:33:17,083 dek renungan dingin santo yang seperti menuduhnya. 253 00:33:18,208 --> 00:33:19,833 Penyeksaan itu sia-sia 254 00:33:20,333 --> 00:33:24,083 kerana dia sudah takut dengan semua benda di sekelilingnya. 255 00:33:25,208 --> 00:33:28,750 Para wanita di rumah itu yang melahirkan anak berekor babi, 256 00:33:29,541 --> 00:33:34,333 ayam sabung yang menyebabkan kematian dan sesalan hati nurani lelaki, 257 00:33:35,333 --> 00:33:38,916 usaha sia-sia yang hanya membawa kegilaan, 258 00:33:40,041 --> 00:33:41,166 dan segala-galanya, 259 00:33:42,000 --> 00:33:46,625 segala ciptaan Tuhan dengan rahmat-Nya, tapi telah diselewengkan oleh syaitan. 260 00:33:46,708 --> 00:33:47,541 Hei. 261 00:33:48,333 --> 00:33:51,333 Bagaimana nak hidup? Kita cuma ada manisan dan arak. 262 00:33:53,166 --> 00:33:54,541 Nak buat apa makanan? 263 00:33:55,041 --> 00:33:58,291 Darah Tuhan menghilangkan lapar dan dahaga. 264 00:33:59,083 --> 00:34:01,791 Awak kena beli makanan sebenar. 265 00:34:02,500 --> 00:34:05,291 Mak aku kata dia tak benarkan kau keluar. 266 00:34:05,375 --> 00:34:09,166 Supaya Macondo tak tahu tentang kewujudan anak haram Buendía. 267 00:34:09,250 --> 00:34:15,458 Tapi sekarang, aku raja rumah ini, dan aku beri keizinan untuk kau keluar. 268 00:34:15,541 --> 00:34:16,708 Anakku! 269 00:34:37,500 --> 00:34:40,375 Pergi beli makanan dan wain. 270 00:34:41,208 --> 00:34:43,083 Saya tak nak. Awaklah pergi. 271 00:34:47,000 --> 00:34:48,125 Baiklah. 272 00:34:48,791 --> 00:34:50,291 Kalau kau tak nak keluar, 273 00:34:50,791 --> 00:34:54,666 aku nak kau tolong aku musnahkan patung-patung purba ini. 274 00:34:55,166 --> 00:34:56,416 Minumlah. 275 00:34:57,000 --> 00:34:57,916 Minum. 276 00:35:03,875 --> 00:35:08,125 Kau suka orang acah-acah baik ini 277 00:35:08,208 --> 00:35:11,750 menilai orang lain dengan renungan jahatnya? 278 00:35:20,750 --> 00:35:23,541 Cepatlah, anak haram! Yang ini! Cepat! 279 00:35:27,208 --> 00:35:30,791 Yang ini. Hempas cepat! Hempas ke atas lantai, anak haram! 280 00:35:33,833 --> 00:35:37,958 Satu, dua, tiga! 281 00:35:38,041 --> 00:35:41,166 Bakar sampai jadi abu, anak haram! 282 00:36:48,208 --> 00:36:51,083 Acap kali semasa Ogos Rom yang mengkhayalkan, 283 00:36:51,583 --> 00:36:53,958 matanya terbuka ketika tidur, 284 00:36:54,041 --> 00:36:58,000 dan dia melihat Amaranta keluar dari kolam berhias marmar, 285 00:36:58,750 --> 00:37:00,333 dengan tangannya berbalut, 286 00:37:00,875 --> 00:37:03,458 dek bayangan keresahan hidup di perantauan. 287 00:37:04,666 --> 00:37:06,416 Namanya Amaranta. 288 00:37:08,166 --> 00:37:10,166 Aku sayang dia lebih daripada mak. 289 00:37:13,416 --> 00:37:16,250 Berjam-jam dia kira tahi lalat aku. 290 00:37:16,333 --> 00:37:18,208 Setiap satunya diberikan nama. 291 00:37:20,333 --> 00:37:24,166 Amaranta Úrsula. Aku menyayangi dia melebihi nyawaku. 292 00:37:25,500 --> 00:37:28,916 Dia muncul dalam mimpi aku. Setiap malam. 293 00:37:35,958 --> 00:37:38,083 Wain kita dah nak habis, anak haram. 294 00:37:38,166 --> 00:37:41,500 Ini masalah besar. Sangat besar. 295 00:37:45,583 --> 00:37:47,166 Kita masih ada ini. 296 00:37:47,666 --> 00:37:50,458 Tapi kau kena ikut aku beli wain di pekan. 297 00:37:50,541 --> 00:37:51,500 Mari. 298 00:37:52,375 --> 00:37:53,791 Aureliano terkejut 299 00:37:53,875 --> 00:37:58,083 kerana José Arcadio amat berbeza daripada yang dibayangkannya. 300 00:37:59,166 --> 00:38:02,291 Keakraban dua jiwa kesepian yang berkongsi leluhur itu 301 00:38:02,375 --> 00:38:04,166 bukanlah satu persahabatan… 302 00:38:04,250 --> 00:38:05,083 Baiklah. 303 00:38:05,166 --> 00:38:07,916 …tapi meringankan kesepian tidak berpenghujung, 304 00:38:08,916 --> 00:38:12,208 yang memisahkan serta menyatukan mereka. 305 00:38:15,541 --> 00:38:19,041 Tiada orang ingat kita, anak haram. Tengok ini. Puan! 306 00:38:19,125 --> 00:38:21,250 - Ramai orang. - Puan, salam kenal. 307 00:38:21,333 --> 00:38:23,916 Kami José Arcadio dan Aureliano Buendía. 308 00:38:24,000 --> 00:38:25,250 Ingat kami tak? 309 00:38:25,333 --> 00:38:26,375 Dia tak ingat. 310 00:38:26,458 --> 00:38:28,916 Semoga dirahmati, Bapa, Anak, Roh Kudus. 311 00:38:29,000 --> 00:38:31,666 Tiada orang ingat nama Buendía, anak haram. 312 00:38:31,750 --> 00:38:33,750 Kau ingat? Tuan-tuan. 313 00:38:33,833 --> 00:38:37,416 Macondo diasaskan oleh José Arcadio Buendía, 314 00:38:37,500 --> 00:38:39,041 dan dia ada dua anak. 315 00:38:39,125 --> 00:38:41,250 Aureliano, anggota tentera teladan, 316 00:38:41,333 --> 00:38:44,833 dan José Arcadio, penjelajah lautan. 317 00:38:44,916 --> 00:38:45,958 Minum! 318 00:38:46,458 --> 00:38:48,625 Tiada orang ingat mereka. 319 00:38:49,625 --> 00:38:50,916 Kau ingat mereka? 320 00:38:51,000 --> 00:38:53,333 Tuan-tuan dan puan-puan! 321 00:38:53,833 --> 00:38:56,833 José Arcadio yang mulia sedang bercakap dengan kamu. 322 00:38:56,916 --> 00:39:00,083 Aku nak memperkenalkan tak lain tak bukan, 323 00:39:00,166 --> 00:39:03,833 Aureliano, anak yang lahir daripada dosa. 324 00:39:05,208 --> 00:39:07,750 Dari syurga kepada kesengsaraan! 325 00:39:08,750 --> 00:39:13,208 Ayah aku, Aureliano Segundo, ada saudara kembar. 326 00:39:13,708 --> 00:39:17,208 José Arcadio Segundo. Mereka bawa kereta api ke sini. Ingat? 327 00:39:17,708 --> 00:39:20,250 Tiada orang ingat kita, anak haram. 328 00:39:20,750 --> 00:39:22,500 Tiada orang ingat kita. 329 00:39:29,250 --> 00:39:30,458 Si Anak Emas. 330 00:39:31,541 --> 00:39:32,375 Mari. 331 00:39:40,833 --> 00:39:43,000 SI ANAK EMAS 332 00:39:55,291 --> 00:39:57,625 LELAKI 333 00:40:06,166 --> 00:40:11,166 Si Anak Emas ialah rumah pelacuran ala zoo yang diselubungi suasana polos, 334 00:40:12,333 --> 00:40:14,458 seolah-olah tempat itu baru dicipta. 335 00:40:15,083 --> 00:40:19,083 Wanita mulato cantik yang menunggu di sebalik kelopak merah darah 336 00:40:19,583 --> 00:40:24,291 tahu seni percintaan yang dilupakan lelaki di syurga duniawi. 337 00:40:26,750 --> 00:40:28,875 Aku kenal kamu. 338 00:40:32,208 --> 00:40:35,000 Kamu José Arcadio. 339 00:40:38,250 --> 00:40:42,041 Kamu pula ada wajah seorang Aureliano. 340 00:40:42,125 --> 00:40:45,875 - Pandangan yang sama. - Memang sama. Salam kenal. 341 00:40:45,958 --> 00:40:48,333 Di rumah kaca khayalan itu, 342 00:40:48,833 --> 00:40:53,208 Pilar Ternera, wanita tua menawan yang pendiam itu menunggu di pintu masuk. 343 00:40:53,291 --> 00:40:56,166 Ada juga orang kenal kita, anak haram. 344 00:40:56,250 --> 00:40:57,416 Minum! 345 00:40:59,625 --> 00:41:01,791 Aku tahu kenapa kamu di sini. 346 00:41:03,333 --> 00:41:05,708 Kamu berdua dilamun cinta, 347 00:41:06,583 --> 00:41:08,250 dan kamu mahu lupakannya. 348 00:41:10,541 --> 00:41:12,416 Nigromanta! 349 00:41:13,208 --> 00:41:15,958 Nigromanta! Mari sini, nak! 350 00:41:27,333 --> 00:41:29,875 Tolong layan pemuda berdua ini. 351 00:41:30,375 --> 00:41:31,625 Baik, Mama. 352 00:41:32,750 --> 00:41:34,750 Minta diri. Terima kasih. 353 00:41:36,500 --> 00:41:37,625 Terima kasih. 354 00:41:37,708 --> 00:41:39,166 Pergilah. 355 00:41:46,041 --> 00:41:48,250 - Dah habis baca buku kau? - Apa? 356 00:41:48,791 --> 00:41:50,375 Aku ingat kau dah pindah. 357 00:41:50,458 --> 00:41:53,916 - Aku José Arcadio. Salam kenal. - Aku Gabriel Garcia. 358 00:41:55,041 --> 00:41:56,000 Saya Aureliano. 359 00:41:56,500 --> 00:41:59,416 Kalau dia kenal kau, maknanya kau pernah keluar. 360 00:41:59,500 --> 00:42:01,125 Anak haram penipu. 361 00:42:01,625 --> 00:42:03,958 Sekali saja. Pengalaman terburuk saya. 362 00:42:04,041 --> 00:42:06,041 Apa lagi rahsia kau? 363 00:42:06,125 --> 00:42:08,708 - Tiada lagi, Yang Mulia. - Aku kenal kau. 364 00:42:12,916 --> 00:42:15,958 Waktu aku kutip kau, kau macam anjing yang dipukul. 365 00:42:17,333 --> 00:42:18,458 Mari minum! 366 00:42:18,541 --> 00:42:20,333 Untuk anjing yang dipukul. 367 00:42:20,833 --> 00:42:21,958 Minum! 368 00:42:24,250 --> 00:42:26,208 Seronok dapat jumpa kau lagi. 369 00:43:37,166 --> 00:43:39,000 Hati-hati. Jalan elok-elok. 370 00:43:39,500 --> 00:43:44,333 Lipas serangga bersayap paling tua di muka bumi. Aku cakap betul. 371 00:43:44,416 --> 00:43:49,041 Pada malam itu mahupun malam seterusnya, Aureliano tidak pulang ke rumah. 372 00:43:49,125 --> 00:43:50,375 Tengok. Begini! 373 00:43:58,000 --> 00:44:02,083 Sementara itu, José Arcadio membawa anak-anak remaja bermain di rumah, 374 00:44:02,833 --> 00:44:06,208 dan mereka berpesta hingga terbitnya matahari. 375 00:44:08,458 --> 00:44:11,750 Tapi tuan-tuan, jangan lupa. Cervantes memang tak guna. 376 00:44:11,833 --> 00:44:13,958 Shakespeare pula seorang bangsat! 377 00:44:15,458 --> 00:44:19,416 - Hidup sastera! - Hidup! 378 00:44:28,375 --> 00:44:31,041 Selamat datang ke Pawagam Macondo yang hebat. 379 00:44:31,125 --> 00:44:32,500 Atau tinggalannya. 380 00:44:32,583 --> 00:44:36,083 Filem ialah seni yang berpaksikan teater. 381 00:44:36,166 --> 00:44:37,541 - Paksi? - Paksi teater. 382 00:44:37,625 --> 00:44:42,083 Aureliano terus berjumpa empat pendebat itu setiap malam. 383 00:44:42,583 --> 00:44:47,458 Gabriel, Álvaro, Germán, dan Alfonso. 384 00:44:47,958 --> 00:44:51,125 Sahabat yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. 385 00:44:58,208 --> 00:45:01,666 José Arcadio mengubah rumah itu menjadi syurga yang bobrok. 386 00:45:02,166 --> 00:45:06,333 Kedengaran hingga lewat malam mereka berceloteh, menyanyi, dan menari 387 00:45:06,416 --> 00:45:10,916 seperti unggas yang terbang di langit keemasan dipenuhi buih harum. 388 00:45:11,000 --> 00:45:13,666 Seperti sekolah lelaki yang tiada disiplin. 389 00:45:25,750 --> 00:45:30,208 Walaupun Aureliano ada ikatan dengan empat sahabatnya itu, 390 00:45:30,291 --> 00:45:32,375 Gabriel sahabatnya paling akrab. 391 00:45:32,458 --> 00:45:37,791 Katanya, Kolonel Aureliano Buendía melukis bulatan kapur yang tidak boleh dimasuki. 392 00:45:38,291 --> 00:45:42,875 Keakraban itu lahir apabila dia bercakap tentang Kolonel Aureliano Buendía. 393 00:45:44,000 --> 00:45:46,541 Gabriel tidak meragui kewujudan kolonel itu 394 00:45:47,041 --> 00:45:51,208 yang pernah menjadi rakan seperjuangan dan sahabat moyangnya, 395 00:45:51,875 --> 00:45:54,125 Kolonel Gerineldo Márquez. 396 00:46:10,541 --> 00:46:11,750 Jadi, tuan ingat? 397 00:46:12,416 --> 00:46:14,625 Ada 3,000 orang. Dihumban ke laut. 398 00:46:14,708 --> 00:46:16,833 Mestilah ingat, nak. 399 00:47:35,750 --> 00:47:36,916 José Arcadio! 400 00:47:37,416 --> 00:47:38,666 Di sini! 401 00:47:40,000 --> 00:47:41,458 Anak haram! 402 00:47:55,250 --> 00:47:57,750 Ada harta karun, anak haram. 403 00:48:01,416 --> 00:48:06,041 Satu-satunya tempat yang aku tak cari adalah di bawah katil Mama Úrsula. 404 00:48:08,000 --> 00:48:10,500 Budak-budak aku jumpa di situ. 405 00:48:13,291 --> 00:48:15,250 Budak-budak itu berbahaya. 406 00:48:16,083 --> 00:48:18,416 Taklah, anak haram. 407 00:48:19,500 --> 00:48:21,625 Disebabkan mereka, kita kaya. 408 00:48:21,708 --> 00:48:25,916 Kita boleh ubah suai rumah ini ikut cita rasa kita. 409 00:48:26,625 --> 00:48:28,750 Kita boleh hidup sebagai raja. 410 00:48:28,833 --> 00:48:33,458 Mari. Aku belanja kau makan. Mari kita minum champagne. 411 00:48:33,958 --> 00:48:34,958 Minum! 412 00:48:35,458 --> 00:48:40,041 Minum untuk kekayaan keluarga Buendía! 413 00:48:40,125 --> 00:48:42,875 - Nah. - Tak apalah. Aku penat. 414 00:49:41,000 --> 00:49:44,583 - Apa halnya tadi? Apa bendanya itu? - Manalah aku tahu. 415 00:49:47,208 --> 00:49:48,125 Marilah. 416 00:50:11,208 --> 00:50:13,250 Lesu dek tidur yang kunjung tiba, 417 00:50:13,750 --> 00:50:16,666 dia mengenang lagi sedalam mana nasib malangnya… 418 00:50:20,583 --> 00:50:22,291 sambil menelusuri rumah gelap 419 00:50:22,375 --> 00:50:25,375 tempat si mati berkeliaran apabila malam menjelma. 420 00:50:49,000 --> 00:50:50,125 Kamu buat apa? 421 00:50:50,208 --> 00:50:53,750 Berambus, pondan! Keluar! 422 00:50:54,250 --> 00:50:56,333 Keluar, pondan! 423 00:50:56,833 --> 00:50:59,000 Berambus dari sini! Keluar! 424 00:51:03,083 --> 00:51:04,791 Kami akan datang balik! 425 00:51:08,375 --> 00:51:10,541 Berang, bukan kerana kerosakan yang dibuat, 426 00:51:10,625 --> 00:51:13,875 tapi kerana rasa jijik dan kasihan terhadap dirinya, 427 00:51:14,875 --> 00:51:17,000 dia menghalau anak-anak remaja itu 428 00:51:17,833 --> 00:51:20,750 seakan-akan mereka lebih teruk daripada koyote. 429 00:51:39,958 --> 00:51:41,208 Mana budak-budak itu? 430 00:51:42,875 --> 00:51:46,000 Aku halau mereka. Aku dah bosan dengan mereka. 431 00:51:50,541 --> 00:51:52,333 Aku nak pergi beli makanan. 432 00:51:58,583 --> 00:52:01,083 Pergi beli garam asma di kedai ubat. 433 00:52:02,583 --> 00:52:03,958 Aku nak mandi. 434 00:52:06,125 --> 00:52:07,000 Lagi satu. 435 00:52:08,583 --> 00:52:09,791 Belikan rum. 436 00:52:15,916 --> 00:52:17,291 Dia terus begitu, 437 00:52:17,791 --> 00:52:19,125 termenung sendiri, 438 00:52:19,875 --> 00:52:22,958 mengenang kepahitan nikmat yang songsang. 439 00:53:12,083 --> 00:53:13,250 José Arcadio. 440 00:53:36,083 --> 00:53:37,166 José Arcadio. 441 00:53:53,833 --> 00:53:57,250 Empat remaja itu masuk melalui bukaan atap. 442 00:54:00,750 --> 00:54:03,541 Tindakan mereka pantas, teratur, dan kejam 443 00:54:04,041 --> 00:54:06,250 bak serangan pasukan tentera. 444 00:54:29,458 --> 00:54:35,291 Ketika itu, baru Aureliano sedar betapa dia telah mula menyayanginya. 445 00:55:51,041 --> 00:55:52,708 Selamat petang, Kanibal. 446 00:55:57,208 --> 00:55:58,958 Kau berdengkur. 447 00:56:08,916 --> 00:56:10,875 Bagaimana pesta di sini sekarang? 448 00:56:11,458 --> 00:56:14,041 Orang yang hancurkan rumah ini dapat rum? 449 00:56:20,375 --> 00:56:22,250 Lidah kau kelu? 450 00:56:29,541 --> 00:56:30,916 Lama tak jumpa. 451 00:56:41,750 --> 00:56:43,833 Pergi mandi. Bau kau macam monyet. 452 00:56:52,500 --> 00:56:55,208 Nah. Aku nak sediakan makan tengah hari. 453 00:56:58,375 --> 00:57:04,291 KISAH III AURELIANO DAN AMARANTA ÚRSULA 454 00:57:13,125 --> 00:57:14,333 Wain atau jus? 455 00:57:17,750 --> 00:57:19,583 Jus, terima kasih. 456 00:57:20,458 --> 00:57:21,500 Boleh pula cakap. 457 00:57:22,083 --> 00:57:23,875 Aku ingatkan kau dah bisu. 458 00:57:36,250 --> 00:57:37,541 Abang aku bagaimana? 459 00:57:39,291 --> 00:57:42,000 Mak aku asyik puji dia, tapi aku tak kenal dia. 460 00:57:46,541 --> 00:57:47,833 Dia… 461 00:57:49,750 --> 00:57:51,125 Dia seorang yang sedih. 462 00:57:52,458 --> 00:57:53,791 Dibelenggu masa silam. 463 00:57:56,458 --> 00:57:58,791 Tapi dia seorang yang baik dan pemurah. 464 00:58:01,208 --> 00:58:04,458 Dia mengingatkan aku kepada Aureliano, ayah kau. 465 00:58:08,958 --> 00:58:12,000 - Aku ingat kau bahagia di Belgium. - Memang pun. 466 00:58:15,041 --> 00:58:17,916 Tapi hari-hari aku bermimpi aku berada di sini. 467 00:58:20,916 --> 00:58:22,333 Kau nak tinggal di sini? 468 00:58:23,000 --> 00:58:23,875 Sayang! 469 00:58:26,083 --> 00:58:27,125 Dah siap. 470 00:58:28,625 --> 00:58:30,916 Ini Kanibal. Dia macam adik saya. 471 00:58:31,000 --> 00:58:34,333 Ini suami aku. Dia kata dia nak buka syarikat mel udara. 472 00:58:34,833 --> 00:58:36,625 Bayangkan, kapal terbang di Macondo. 473 00:58:38,958 --> 00:58:40,625 Gastón. Salam kenal. 474 00:59:05,541 --> 00:59:08,000 Sayang, awak buat apa? Sia-sia saja. 475 00:59:08,083 --> 00:59:13,791 - Mustahil kita boleh bunuh semua semut. - "Mustahil" tiada dalam kamus Perancis. 476 00:59:14,666 --> 00:59:16,916 Awak tahu apa saya nak buat? 477 00:59:17,000 --> 00:59:18,916 Awak tahu apa saya nak buat? 478 00:59:19,000 --> 00:59:21,750 Saya tak jadilah lukis kumbang. 479 00:59:21,833 --> 00:59:25,041 Walaupun dia sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua, 480 00:59:25,541 --> 00:59:27,250 jiwa remajanya, 481 00:59:27,750 --> 00:59:30,125 keazamannya untuk buat dia bahagia 482 00:59:31,125 --> 00:59:35,041 dan kebaikannya sebagai kekasih menampung kelemahan lain. 483 00:59:51,666 --> 00:59:54,416 Cabut rumput di sini dan di sana juga. 484 00:59:54,916 --> 00:59:57,833 Nak duit, kena kerja. Kita tak suka orang malas. 485 00:59:58,750 --> 01:00:01,458 - Bonggolan itu kena… - Cik adik manis. 486 01:00:01,958 --> 01:00:06,625 Sudikah awak temankan saya 487 01:00:06,708 --> 01:00:09,291 bersiar-siar di kota Macondo yang indah? 488 01:00:09,375 --> 01:00:12,083 Tak masuk akal wanita yang begitu bersemangat 489 01:00:12,166 --> 01:00:14,166 akan balik ke pekan mati ini. 490 01:00:14,250 --> 01:00:15,250 Cantik, bukan? 491 01:00:15,333 --> 01:00:17,208 Dimamah debu dan bahang. 492 01:00:17,291 --> 01:00:20,000 Ini jalan orang Turki. Saya pernah cerita. 493 01:00:20,083 --> 01:00:22,541 Ada banyak permaidani terbang. 494 01:00:22,625 --> 01:00:24,375 Ya, saya ingat. 495 01:00:26,500 --> 01:00:29,125 Di sana pula kedai ais Aureliano Triste. 496 01:00:29,208 --> 01:00:30,666 - Di sana? - Ya. 497 01:00:31,250 --> 01:00:35,916 Dia memberitahu Gastón yang Macondo pekan paling berseri dan aman di dunia, 498 01:00:36,500 --> 01:00:39,208 dan tentang rumah besar dengan aroma oregano, 499 01:00:39,708 --> 01:00:42,333 tempat dia mahu tua bersama suami yang setia, 500 01:00:42,416 --> 01:00:45,875 serta dua anak lelaki lasak bernama Rodrigo dan Gonzalo, 501 01:00:46,375 --> 01:00:48,833 bukan Aureliano dan José Arcadio, 502 01:00:49,750 --> 01:00:54,000 serta anak perempuan bernama Virginia, dan bukan Remedios. 503 01:01:08,250 --> 01:01:12,958 Aureliano masih teruna ketika Amaranta Úrsula pulang ke Macondo. 504 01:01:32,666 --> 01:01:35,000 Nigromanta membawanya ke ranjang, 505 01:01:35,541 --> 01:01:40,416 dan tubuh jalangnya yang liar, kasar, dan tanpa belas 506 01:01:40,916 --> 01:01:44,416 bersedia melayaninya seolah-olah dia anak kecil ketakutan. 507 01:01:47,916 --> 01:01:51,541 Dia tiba-tiba mendapati dirinya bersama lelaki perkasa 508 01:01:52,041 --> 01:01:56,375 yang menuntut pergerakan yang menggoncang jiwa dan raganya. 509 01:02:08,875 --> 01:02:11,375 Ingatkan dah mati. Berhari-hari kau tak keluar. 510 01:02:12,875 --> 01:02:15,833 - Aku ingat langit nak runtuh tadi. - Nah. 511 01:02:17,208 --> 01:02:20,458 Bunyi bising ganggu kau? Nanti aku suruh pekerja balik. 512 01:02:21,541 --> 01:02:23,166 Ada bunyi yang lebih teruk. 513 01:02:31,375 --> 01:02:34,500 Amaranta, aku tengah menelaah. Kau buat apa di sini? 514 01:02:42,583 --> 01:02:44,833 Kenapa kau tak pernah balas? 515 01:02:46,500 --> 01:02:49,500 Aku utus surat, tapi mak kata kau tak nak terima. 516 01:02:49,583 --> 01:02:50,958 Jadi, aku berhenti. 517 01:02:54,166 --> 01:02:56,916 Kau benci aku kerana tinggalkan kau dengan dia? 518 01:03:00,083 --> 01:03:01,166 Aku tak benci kau. 519 01:03:02,625 --> 01:03:04,500 Kenapa tak nak cakap dengan aku? 520 01:03:08,000 --> 01:03:11,416 - Aku tengah menelaah. - Kau menelaah apa? Biar aku tengok. 521 01:03:14,291 --> 01:03:15,958 Buku besar ini tentang apa? 522 01:03:18,125 --> 01:03:20,708 Entah. Aku tengah cuba memahaminya. 523 01:03:20,791 --> 01:03:23,041 Kenapa? Tiada buku lain nak dibaca? 524 01:03:24,583 --> 01:03:25,958 Aku dah baca semuanya. 525 01:03:28,458 --> 01:03:30,708 Kau dah baca semua buku di dunia? 526 01:03:33,333 --> 01:03:34,791 Buku yang berbaloi saja. 527 01:03:50,625 --> 01:03:53,500 Amaranta Úrsula akan ke bilik itu sekali-sekala. 528 01:03:54,958 --> 01:03:57,458 Dia akan berada di situ beberapa minit… 529 01:04:00,833 --> 01:04:03,416 sementara suaminya memerhatikan langit, 530 01:04:03,500 --> 01:04:06,875 menanti kapal terbang yang ingin dibawanya ke Macondo. 531 01:04:08,875 --> 01:04:13,125 Ketika itu, Gastón sudah mengawet semua serangga yang ada di kawasan itu. 532 01:04:13,208 --> 01:04:16,625 Berambus! Bawa serangga kau dan tunggu kapal terbang kau! 533 01:04:16,708 --> 01:04:18,750 Rumah ini dah cukup banyak semut! 534 01:04:18,833 --> 01:04:20,708 Ini untuk satu musim saja. 535 01:04:20,791 --> 01:04:23,666 Tiada apa akan jadi kepada pekan atau rumah buruk ini… 536 01:04:23,750 --> 01:04:24,791 Apa kau cakap? 537 01:04:24,875 --> 01:04:27,541 Rumah buruk? Kau cakap "rumah buruk"? 538 01:04:27,625 --> 01:04:30,416 Rumah buruk, ya? Itu yang kau cakap, ya? 539 01:04:30,500 --> 01:04:31,916 Amaranta, sudah! 540 01:04:32,750 --> 01:04:35,041 Tolonglah. 541 01:04:36,166 --> 01:04:39,083 Saya tak faham. Kenapa awak sayang sangat Macondo? 542 01:04:40,208 --> 01:04:41,583 Kau takkan faham. 543 01:04:42,125 --> 01:04:43,208 Amaranta. 544 01:04:45,791 --> 01:04:46,833 Sayang. 545 01:04:49,750 --> 01:04:50,666 Sayang. 546 01:04:59,583 --> 01:05:00,458 Bertenang. 547 01:05:47,541 --> 01:05:51,625 Dia mati di atas kerusi malasnya, selepas semalaman berpesta, 548 01:05:51,708 --> 01:05:53,625 memandang pintu masuk ke syurga. 549 01:05:53,708 --> 01:05:55,625 Wahai ibuku! 550 01:05:55,708 --> 01:05:57,708 Wahai ibuku! 551 01:05:57,791 --> 01:06:01,208 Ibuku pergi dan takkan kembali! 552 01:06:01,291 --> 01:06:03,291 Wahai ibuku! 553 01:06:03,375 --> 01:06:04,875 Wahai ibu! 554 01:06:04,958 --> 01:06:08,750 Bonda Maria, Bonda Tuhan 555 01:06:08,833 --> 01:06:12,416 Doakanlah kami yang berdosa ini 556 01:06:12,500 --> 01:06:17,083 Sekarang dan pada waktu kematian kami 557 01:06:17,166 --> 01:06:18,000 Amen 558 01:06:18,083 --> 01:06:19,166 Jesus… 559 01:06:19,250 --> 01:06:23,416 Bonda Maria, Bonda Tuhan, doakanlah kami… 560 01:06:23,500 --> 01:06:24,833 Itulah pengakhirannya. 561 01:06:25,333 --> 01:06:27,041 Di dalam kubur Pilar Ternera, 562 01:06:28,041 --> 01:06:30,333 bersama mazmur dan perhiasan pelacur, 563 01:06:31,000 --> 01:06:33,291 terurailah pusing-puing masa lalu. 564 01:06:41,375 --> 01:06:42,791 Apa yang kau nak buat? 565 01:06:48,750 --> 01:06:50,875 Baca buku sama hingga aku dapat tafsirkan. 566 01:06:54,000 --> 01:06:56,166 Tiada apa-apa lagi di sini. 567 01:06:59,791 --> 01:07:00,916 Aku nak ke Paris. 568 01:07:02,625 --> 01:07:04,041 Mercedes di sana. 569 01:07:06,166 --> 01:07:07,125 Baiklah. 570 01:07:08,500 --> 01:07:10,000 Apabila kau tiba di sana, 571 01:07:10,083 --> 01:07:13,375 pergi ke Kedai Buku Honoré Champion di Latin Quarter. 572 01:07:13,875 --> 01:07:19,000 Kirimkan kepada aku Reynard Si Rubah dan Syair Roland. 573 01:07:20,666 --> 01:07:22,583 Rum, s’il vous plaît. 574 01:07:22,666 --> 01:07:26,000 - Itu saja yang aku perlu. - Itu saja yang kau perlu. 575 01:07:30,750 --> 01:07:32,083 Dengar sini, semua. 576 01:07:34,333 --> 01:07:35,875 Si Anak Emas dah tutup. 577 01:07:38,333 --> 01:07:40,541 Pesta dah berakhir. 578 01:07:48,166 --> 01:07:49,750 Jumpa lagi, kawan. 579 01:08:08,500 --> 01:08:11,583 Selamat tinggal, Aureliano Buendía. 580 01:08:12,791 --> 01:08:14,500 Selamat jalan, Gabriel García. 581 01:08:27,291 --> 01:08:29,458 Ada sahabat pun sedih juga. 582 01:08:45,750 --> 01:08:46,875 Apa halnya? 583 01:08:47,666 --> 01:08:49,250 Tiada apa-apa. Luka sikit. 584 01:08:56,083 --> 01:08:58,833 Kau terlalu jahat untuk jadi puntianak baik. 585 01:09:12,708 --> 01:09:13,875 Kau ke mana tadi? 586 01:09:19,291 --> 01:09:23,333 - Semua orang nak tinggalkan Macondo. - Bukan semua, Kanibal. 587 01:09:28,916 --> 01:09:30,041 Dah balut. 588 01:09:39,125 --> 01:09:41,208 Jangan tinggalkan aku lagi. 589 01:09:41,291 --> 01:09:44,375 - Aureliano, berhenti. - Jangan tinggalkan aku. 590 01:09:47,458 --> 01:09:49,708 Tiap malam aku mimpi kau panggil aku "Gastón". 591 01:09:49,791 --> 01:09:51,166 Bodoh. 592 01:09:58,375 --> 01:10:00,125 Aku balik ke Belgium esok. 593 01:10:31,666 --> 01:10:32,625 Sayang. 594 01:10:33,500 --> 01:10:34,541 Dengar ini. 595 01:10:35,750 --> 01:10:39,291 "Dukacitanya kami mengesahkan pesawat tersebut telah dihantar 596 01:10:39,375 --> 01:10:43,166 ke Tanganyika, kepada komuniti Makondo." 597 01:10:43,250 --> 01:10:44,458 Macam-macamlah. 598 01:10:44,541 --> 01:10:49,333 "Tapi kami telah pun mengaturkan perjalanan ke Macondo, di Amerika Latin…" 599 01:10:50,666 --> 01:10:51,833 Kenapa awak ketawa? 600 01:10:52,666 --> 01:10:53,625 Elok sangatlah. 601 01:10:57,416 --> 01:10:59,916 Jam menunjukkan pukul 4.30 petang 602 01:11:00,000 --> 01:11:02,625 ketika Amaranta Úrsula keluar dari bilik air. 603 01:11:02,708 --> 01:11:03,708 Kau buat apa? 604 01:11:07,916 --> 01:11:09,833 Tunggu kau berangkat ke Belgium. 605 01:11:50,416 --> 01:11:51,250 Pergi. 606 01:12:59,333 --> 01:13:02,541 Pekan itu sudah terlalu lesu dan lengang 607 01:13:03,041 --> 01:13:07,208 hinggakan cuma patung tak berkepala menghiasi tingkap kedai yang suram. 608 01:13:18,875 --> 01:13:20,250 Berhenti! 609 01:13:20,833 --> 01:13:22,375 Berhenti! 610 01:13:22,458 --> 01:13:24,291 Apa ini? 611 01:13:27,750 --> 01:13:28,833 Teruk betul! 612 01:13:46,625 --> 01:13:48,208 Lari, Kanibal! 613 01:14:23,125 --> 01:14:26,166 Di Macondo itu, yang unggas pun telah melupakannya, 614 01:14:26,666 --> 01:14:31,416 yang debu dan bahangnya begitu kuat hinggakan hendak bernafas pun sukar… 615 01:14:33,708 --> 01:14:38,125 terkurung oleh kesepian dan cinta di dalam rumah yang hendak tidur pun susah 616 01:14:38,208 --> 01:14:40,708 kerana rayapan semut merah, 617 01:14:41,208 --> 01:14:44,916 Aureliano dan Amaranta Úrsula sahaja insan yang bahagia di sana… 618 01:14:47,208 --> 01:14:49,458 dan yang paling bahagia di muka bumi. 619 01:14:55,083 --> 01:14:57,583 Di syurga penuh bencana itu, 620 01:14:58,083 --> 01:15:00,333 mereka tidak lagi berpaksikan realiti 621 01:15:00,833 --> 01:15:04,041 dan menyerah diri untuk menyembah tubuh satu sama lain. 622 01:15:30,958 --> 01:15:32,583 Selamat pagi, Kanibal. 623 01:15:36,166 --> 01:15:37,375 Kau dah bangun. 624 01:15:40,833 --> 01:15:42,416 Kita bakal dapat anak. 625 01:15:46,958 --> 01:15:47,791 Apa? 626 01:15:51,166 --> 01:15:52,500 Bila? Bagaimana? 627 01:15:54,375 --> 01:15:55,916 Takkan kau tak sangka? 628 01:16:12,416 --> 01:16:13,458 Kenapa? 629 01:16:16,833 --> 01:16:21,166 "Buendía tak boleh kahwin sesama sendiri, nanti anaknya berekor babi." 630 01:16:22,416 --> 01:16:24,041 Itu yang Mama Úrsula cakap. 631 01:16:26,416 --> 01:16:31,666 - Tapi kita bukan adik-beradik. - Mak aku panggil kau "anak haram". 632 01:16:32,916 --> 01:16:35,708 Dia kata dia jumpa aku di dalam bakul hanyut. 633 01:16:36,833 --> 01:16:38,458 Anak ini tak boleh lahir. 634 01:16:50,416 --> 01:16:51,583 Askar! 635 01:16:52,333 --> 01:16:53,625 Sedia! 636 01:16:54,125 --> 01:16:55,291 Bidik! 637 01:16:55,375 --> 01:16:57,333 Bebaskan Moncada! 638 01:16:57,416 --> 01:16:58,916 Bebaskan dia! 639 01:16:59,000 --> 01:17:04,125 Lapan, lapan, lapan! 640 01:17:04,208 --> 01:17:07,083 Hei, Buendía! Mungkin burung kau itu 641 01:17:07,583 --> 01:17:09,416 boleh menggembirakan isteri kau. 642 01:17:11,333 --> 01:17:12,625 Bangsat! 643 01:17:12,708 --> 01:17:15,916 Kau boleh ambil balik seminit itu! 644 01:17:38,125 --> 01:17:41,125 - Gereja dah tutup. - Saya bukan nak berdoa. 645 01:17:41,208 --> 01:17:44,875 Baguslah. Tuhan dah tinggalkan pekan ini. 646 01:17:44,958 --> 01:17:47,166 Saya nak tengok rekod pembaptisan. 647 01:17:50,375 --> 01:17:52,250 Tikus dah makan semuanya. 648 01:17:52,750 --> 01:17:56,166 Tolonglah, saya perlu tahu siapa ibu bapa saya. Penting. 649 01:17:57,416 --> 01:17:59,041 Siapa nama kamu, nak? 650 01:18:00,208 --> 01:18:01,625 Aureliano Buendía. 651 01:18:03,083 --> 01:18:04,666 Jangan sampai makan diri. 652 01:18:05,333 --> 01:18:08,791 Bertahun-tahun dulu, ada jalan yang diberikan nama itu. 653 01:18:10,125 --> 01:18:11,750 Pada waktu itu, 654 01:18:12,250 --> 01:18:17,500 orang menamakan anak bersempena nama jalan. 655 01:18:19,125 --> 01:18:20,875 Jadi, tuan pun tak percaya. 656 01:18:23,458 --> 01:18:24,291 Percaya apa? 657 01:18:25,625 --> 01:18:29,750 Kolonel Aureliano Buendía berjuang dalam 32 perang saudara dan tewas. 658 01:18:30,250 --> 01:18:33,125 Tentera kepung dan tembak 3,000 pekerja 659 01:18:33,208 --> 01:18:36,791 dan bawa mayat guna 200 gerabak untuk dihumban ke laut. 660 01:18:37,416 --> 01:18:38,458 Aduhai. 661 01:18:38,958 --> 01:18:44,916 Kewujudan saya dan kamu ketika ini sudah memadai bagi saya. 662 01:19:11,041 --> 01:19:15,166 Aureliano dan Amaranta Úrsula menerima kisah bakul itu, 663 01:19:16,000 --> 01:19:17,583 bukan kerana percaya, 664 01:19:18,416 --> 01:19:21,333 tapi kerana cerita itu meredakan ketakutan mereka. 665 01:19:21,416 --> 01:19:24,791 Tak sangka kita akhirnya jadi macam kanibal. 666 01:21:40,125 --> 01:21:41,166 Ini dia. 667 01:21:50,333 --> 01:21:52,125 Dia memang anak kanibal. 668 01:21:53,541 --> 01:21:55,250 Kita namakan dia Rodrigo. 669 01:21:57,333 --> 01:22:01,541 Tak, kita namakan dia Aureliano, dan dia akan menang 32 perang. 670 01:22:04,541 --> 01:22:05,791 Baiklah. 671 01:22:06,708 --> 01:22:08,250 Namanya Aureliano. 672 01:22:12,958 --> 01:22:14,041 Berehatlah. 673 01:22:14,541 --> 01:22:15,625 Tak perlu risau. 674 01:22:34,500 --> 01:22:35,708 Jangan risau. 675 01:22:36,208 --> 01:22:40,000 - Dia dah besar nanti, kita potong. - Apabila dia boleh bercakap. 676 01:23:14,958 --> 01:23:17,333 Amaranta, kenapa ini? 677 01:23:19,708 --> 01:23:20,750 Jangan risau. 678 01:23:22,916 --> 01:23:26,500 Orang macam aku takkan mati tanpa kerelaannya. 679 01:23:37,833 --> 01:23:39,083 Ayah letak kamu dulu. 680 01:23:40,125 --> 01:23:41,875 Ya, macam itu. 681 01:24:13,166 --> 01:24:15,625 Amaranta. 682 01:28:26,333 --> 01:28:28,583 Pada detik yang penuh keajaiban itu, 683 01:28:29,416 --> 01:28:32,875 tersingkap kepadanya kunci terakhir Melquiades. 684 01:28:36,000 --> 01:28:39,291 Dia melihat epigraf manuskrip itu tersusun sempurna 685 01:28:39,375 --> 01:28:41,916 dalam ruang dan masa manusia. 686 01:28:44,625 --> 01:28:47,625 Orang pertama dalam salasilah itu diikat pada pokok… 687 01:28:52,625 --> 01:28:54,000 manakala yang terakhir 688 01:28:55,333 --> 01:28:57,833 dimakan semut. 689 01:29:26,458 --> 01:29:29,541 Fikiran Aureliano tidak pernah sejelas itu 690 01:29:29,625 --> 01:29:34,416 saat dia melupakan tentang orang yang telah mati dan derita mereka. 691 01:29:35,916 --> 01:29:40,333 Melquiades tidak menyusun peristiwa mengikut masa yang dilazimi manusia, 692 01:29:40,833 --> 01:29:46,000 tapi menghimpunkan kejadian sepanjang abad agar semuanya tampak berlaku serentak. 693 01:29:50,625 --> 01:29:56,083 Dia membacanya tanpa sebarang kesukaran, seolah-olah ia dalam bahasa Sepanyol. 694 01:29:57,208 --> 01:29:59,416 Dia menemui detik dia dikandungkan, 695 01:29:59,500 --> 01:30:02,416 dikelilingi kala jengking dan rama-rama kuning… 696 01:30:04,541 --> 01:30:07,333 dan mendapati Amaranta Úrsula bukanlah kakaknya, 697 01:30:08,625 --> 01:30:10,041 tetapi ibu saudaranya. 698 01:30:24,833 --> 01:30:29,666 Angin yang hangat pun berbisik, membisikkan suara masa silam. 699 01:30:31,333 --> 01:30:35,458 Keluhan kekecewaan yang mendahului nostalgia yang tidak kunjung padam. 700 01:32:32,333 --> 01:32:36,500 Aureliano kemudiannya mula mentafsir detik yang sedang dilaluinya… 701 01:32:39,000 --> 01:32:40,916 membaca ramalan tentang dirinya. 702 01:32:45,416 --> 01:32:46,916 Sebelum ayat terakhir, 703 01:32:47,000 --> 01:32:50,208 dia sudah tahu dia tidak akan meninggalkan bilik itu 704 01:32:51,333 --> 01:32:54,125 kerana sudah diramalkan bahawa kota cermin, 705 01:32:54,666 --> 01:32:56,458 atau kota fatamorgana itu, 706 01:32:57,083 --> 01:32:59,208 akan musnah dek angin… 707 01:33:02,875 --> 01:33:08,208 dan terhapus daripada ingatan manusia saat manuskrip itu selesai ditafsirkannya, 708 01:33:08,875 --> 01:33:13,666 dan segala catatan itu tidak akan berulang dari azali hinggalah selama-lamanya… 709 01:33:16,333 --> 01:33:19,541 kerana keturunan yang dihukum dengan 100 tahun kesepian 710 01:33:20,500 --> 01:33:23,458 tidak diberikan peluang kedua di muka bumi ini. 711 01:33:37,333 --> 01:33:44,333 ONE HUNDRED YEARS OF SOLITUDE 712 01:42:31,916 --> 01:42:35,208 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi