1 00:00:06,466 --> 00:00:12,013 Gabungkan pasir, kapur dan soda ke dalam relau 1090 darjah Celsius 2 00:00:12,096 --> 00:00:14,140 dan anda mendapat kaca cair. 3 00:00:14,223 --> 00:00:18,311 Peniup kaca mahir menggabungkan campuran lebur menggunakan paip berongga. 4 00:00:18,394 --> 00:00:23,024 Apabila mereka tiup, kaca mengembung jadi gelembung untuk dibentuk dan dipahat. 5 00:00:23,107 --> 00:00:26,986 Alatan dan teknik ini wujud sejak zaman Roman. tapi kita akan 6 00:00:27,737 --> 00:00:29,155 meningkatkan cabaran. 7 00:00:29,238 --> 00:00:32,325 Kita kembali ke bengkel panas terbesar Amerika Utara 8 00:00:32,408 --> 00:00:38,372 untuk lihat sepuluh artis luar biasa melawan api dengan api. 9 00:00:38,456 --> 00:00:39,957 Keseronokan kini bermula. 10 00:00:42,168 --> 00:00:43,294 Buat yang terbaik. 11 00:00:43,377 --> 00:00:44,754 Dengan risiko besar… 12 00:00:44,837 --> 00:00:46,047 Oh, Tuhan. 13 00:00:46,130 --> 00:00:48,966 - Letak atas bangku. - Saya sentiasa bersemangat. 14 00:00:49,050 --> 00:00:50,259 ada ganjaran besar. 15 00:00:50,343 --> 00:00:51,511 Itu dia. 16 00:00:51,594 --> 00:00:56,390 Jika mereka berjaya harungi cabaran ini, mereka akan mendapat pakej menakjubkan 17 00:00:56,474 --> 00:01:00,311 yang akan mengiktiraf mereka sebagai Artis Kaca Terunggul. 18 00:01:00,394 --> 00:01:04,857 Saya Nick Uhas. Selamat menonton Blown Away musim baharu. 19 00:01:12,990 --> 00:01:16,452 Saya Rob. Sudah 30 tahun saya meniup kaca. 20 00:01:16,536 --> 00:01:19,372 Saya sertai pertandingan ini sebagai pesaing sengit. 21 00:01:20,081 --> 00:01:23,626 Saya Brenna. Saya ada anak lelaki setahun dan anak perempuan dua tahun. 22 00:01:23,709 --> 00:01:25,920 Saya ibu yang pengasih dan penyayang, 23 00:01:26,003 --> 00:01:29,048 tapi saya sangat kuat di bengkel panas. 24 00:01:29,757 --> 00:01:31,342 Nama saya Trenton. 25 00:01:31,425 --> 00:01:34,137 Saya berdaya saing, suka menang, tak kira apa. 26 00:01:34,887 --> 00:01:37,932 Nama saya John Sharvin. Saya pengurus studio kaca. 27 00:01:38,015 --> 00:01:42,103 Saya tak selalu tiup kaca tapi saya suka buat. 28 00:01:43,229 --> 00:01:46,149 Saya John Moran. Saya datang jauh dari Belgium. 29 00:01:46,232 --> 00:01:49,777 Saya bukan nak berlagak atau perasan, tapi saya akan menang. 30 00:01:50,403 --> 00:01:54,824 Nama saya Grace. Saya nak beri inspirasi kepada transjantina bukan binari. 31 00:01:54,907 --> 00:01:56,784 Mereka tak ramai dalam bidang saya. 32 00:01:57,994 --> 00:02:02,707 Saya Claire. Saya anggap diri saya sebagai pencerita tentang kaca. 33 00:02:02,790 --> 00:02:05,626 Itu membawa cinta dan semangat positif pada dunia. 34 00:02:06,377 --> 00:02:09,964 Nama saya Dan. Datuk saya ialah pengukir tiang totem. 35 00:02:10,047 --> 00:02:14,760 Saya harap apabila saya menang, akan ada lebih ramai pembuat kaca Orang Asli. 36 00:02:15,428 --> 00:02:17,763 Nama saya Maddy. Saya dari UK. 37 00:02:17,847 --> 00:02:20,975 Saya datang nak tayang otot saya. 38 00:02:22,977 --> 00:02:26,731 Nama saya Minhi. Saya suka pura-pura tak begitu berdaya saing, 39 00:02:26,814 --> 00:02:29,233 tapi saya suka dipandang rendah. 40 00:02:29,317 --> 00:02:31,402 Ia buat saya bekerja lebih keras. 41 00:02:31,986 --> 00:02:35,156 Peniup kaca semua, selamat datang ke bengkel panas. 42 00:02:35,740 --> 00:02:37,950 Anggaplah haba sudah mula terasa. 43 00:02:38,659 --> 00:02:41,621 Saya masih tak percaya yang saya ada di sini. 44 00:02:41,704 --> 00:02:45,917 Anda semua datang dengan reputasi yang besar dan impian yang lebih besar 45 00:02:46,000 --> 00:02:50,713 tetapi antara sepuluh orang, hanya seorang akan dinobatkan Artis Kaca Terunggul. 46 00:02:50,796 --> 00:02:53,716 Artis itu perlu melepasi sepuluh cabaran 47 00:02:53,799 --> 00:02:57,595 dan mengagumkan artis kaca terkemuka dan juri tetap kita, 48 00:02:58,221 --> 00:02:59,138 Katherine Gray. 49 00:03:02,642 --> 00:03:06,395 Peniup kaca semua, musim ini, jangkaan saya lebih tinggi. 50 00:03:06,479 --> 00:03:10,483 Itu kerana hadiah utama kali ini lebih besar daripada sebelumnya. 51 00:03:10,566 --> 00:03:16,030 Jangan risau, pemenang masih akan dapat pakej hadiah bernilai 60,000 dolar. 52 00:03:16,113 --> 00:03:18,324 Itu termasuklah wang tunai 53 00:03:18,407 --> 00:03:22,495 dan residensi di Muzium Kaca Corning yang terkenal di dunia. 54 00:03:23,079 --> 00:03:26,040 Tetapi apa yang paling utama, buat pertama kalinya, 55 00:03:26,123 --> 00:03:30,544 hasil karya terakhir yang menang akan dipamerkan di Muzium Corning. 56 00:03:32,755 --> 00:03:36,467 Itu penguat semangat. Saya nak menang. Mesti hebat masuk muzium. 57 00:03:36,550 --> 00:03:38,344 Cabaran-cabarannya sukar. 58 00:03:38,427 --> 00:03:42,556 Kami mahu anda tonjolkan kemahiran teknikal dan konsep yang terbaik 59 00:03:42,640 --> 00:03:47,353 dalam usaha untuk membuktikan yang anda lebih baik daripada yang lain. 60 00:03:47,436 --> 00:03:51,482 Bunyinya mungkin menakutkan, tetapi jangan risau, kamu boleh buat. 61 00:03:51,565 --> 00:03:54,318 Tanya saja juri jemputan episod kali ini, 62 00:03:54,402 --> 00:03:58,948 juara Blown Away yang pertama, Deborah Czeresko. 63 00:04:00,950 --> 00:04:03,786 Deborah. Saya tak percaya dia ada di sini. 64 00:04:04,662 --> 00:04:07,665 Saya suka Deborah. Saya terinspirasi dengan dia. 65 00:04:08,541 --> 00:04:12,503 Kekuatan Deborah sangat hebat dan walau macam mana pun, 66 00:04:12,586 --> 00:04:14,839 dia akan menilai hasil kerja saya. 67 00:04:14,922 --> 00:04:18,217 Bengkel panas ini pengalaman yang transformatif bagi saya. 68 00:04:18,301 --> 00:04:23,431 Ketika saya mula-mula masuk, saya fikir orang takkan faham saya atau konsep saya. 69 00:04:23,514 --> 00:04:25,349 Tapi saya tahu ini peluang saya 70 00:04:25,433 --> 00:04:30,021 jadi saya berhenti peduli apa orang lain fikir dan hanya fokus pada diri saya. 71 00:04:30,104 --> 00:04:33,774 Itu menjadikan saya lebih yakin dan artis yang lebih baik. 72 00:04:33,858 --> 00:04:36,652 Evolusi, sayang. Itu yang paling penting. 73 00:04:38,821 --> 00:04:40,781 Itu membawa kita ke cabaran pertama. 74 00:04:41,574 --> 00:04:46,120 Kami mahu anda cipta kaca yang diilhamkan dengan cara anda berkembang 75 00:04:46,203 --> 00:04:48,039 menjadi artis seperti hari ini. 76 00:04:48,122 --> 00:04:52,084 Ilham itu boleh jadi faktor profesional, peribadi, impian, identiti, 77 00:04:52,168 --> 00:04:54,628 liku hidup yang memberi kesan pada anda. 78 00:04:54,712 --> 00:04:57,089 Saya mahu memahami perjalanan anda. 79 00:04:57,173 --> 00:04:59,508 Anda lima jam untuk mereka bentuk, 80 00:04:59,592 --> 00:05:02,720 mencipta dan membentangkan karya seni kaca asli. 81 00:05:02,803 --> 00:05:06,974 Anda dinilai berdasarkan konsep, kreativiti dan kemahiran teknikal. 82 00:05:07,058 --> 00:05:10,227 Ingat, artis yang tak berjaya untuk buat kami kagum, 83 00:05:10,311 --> 00:05:13,105 akan diminta untuk meninggalkan bengkel panas. 84 00:05:13,189 --> 00:05:14,607 Saya tak nak tersingkir. 85 00:05:15,649 --> 00:05:20,404 Peniup kaca semua, sedia, mula, 86 00:05:21,614 --> 00:05:23,115 kagumkan kami! 87 00:05:24,200 --> 00:05:26,202 MEREKA BENTUK 88 00:05:28,329 --> 00:05:30,331 Ini cabaran pertama, saya teruja. 89 00:05:30,414 --> 00:05:34,668 Dengan karya ini, saya menyentuh identiti saya sebagai orang Amerika-Filipina. 90 00:05:34,752 --> 00:05:39,965 Ia mewakili perit jerih yang saya curahkan dalam bidang dan kerja ini. 91 00:05:40,049 --> 00:05:42,593 Saya ada latar belakang kejuruteraan. 92 00:05:42,676 --> 00:05:45,930 Karya ini akan menjadi roda dan gear 93 00:05:46,013 --> 00:05:48,724 yang menjadi bentuk yang lebih abstrak organik. 94 00:05:50,059 --> 00:05:51,727 Saya akan buat saja. 95 00:05:51,811 --> 00:05:54,730 Saya buat karya bernama "Tahan Pintu Itu". 96 00:05:54,814 --> 00:05:58,651 Saya tak ke tahap ini seorang diri. Orang yang boleh khianati saya 97 00:05:58,734 --> 00:06:03,072 telah membuka pintu dan beri saya peluang. Itu cara saya ke tahap ini. 98 00:06:06,534 --> 00:06:08,494 Saya buat arca kaca 99 00:06:08,577 --> 00:06:12,790 yang akan ada teknik tongkat DNA di dalamnya. 100 00:06:13,374 --> 00:06:15,459 Hidup umpama mesin gula-gula getah. 101 00:06:15,543 --> 00:06:18,337 Tak boleh pilih. Kena manfaatkan apa kita dapat. 102 00:06:19,088 --> 00:06:21,757 Saya akan buat cermin solek. 103 00:06:21,841 --> 00:06:26,137 Setiap kanta akan menunjukkan persepsi yang berbeza. 104 00:06:28,764 --> 00:06:32,726 Saya buat bebayang seorang wanita untuk mewakili saya sebagai artis 105 00:06:32,810 --> 00:06:36,480 untuk bebas daripada belenggu diri demi kreativiti tanpa batas. 106 00:06:37,064 --> 00:06:39,442 Karya ini tentang ketika ayah saya meninggal. 107 00:06:39,525 --> 00:06:41,569 Dia 38 tahun ketika dia meninggal. 108 00:06:41,652 --> 00:06:45,239 Apabila melepasi umur itu, saya sedar saya sentiasa takut 109 00:06:45,322 --> 00:06:49,368 saya akan meninggal pada umur itu. Tapi itulah sebab saya jadi artis. 110 00:06:49,452 --> 00:06:53,622 Saya ada ADHD yang agak teruk. 111 00:06:53,706 --> 00:06:59,753 Ini menunjukkan cabaran untuk persembahkan idea kepada umum. 112 00:06:59,837 --> 00:07:01,505 PENGERAM 113 00:07:02,339 --> 00:07:06,510 Kaca adalah bahan bukan binari, maksudnya ia bukan pepejal atau cecair. 114 00:07:06,594 --> 00:07:08,888 Saya dikenali sebagai bukan binari. 115 00:07:08,971 --> 00:07:14,226 Ini arca kaca yang dibentukkan sebagai spesimen homoseksual. 116 00:07:14,310 --> 00:07:15,311 Saya teruja. 117 00:07:15,895 --> 00:07:17,730 MENCIPTA 118 00:07:18,856 --> 00:07:20,232 Okey. 119 00:07:22,067 --> 00:07:24,069 Saya kena ikat ekor saya dulu. 120 00:07:24,653 --> 00:07:26,030 Kita kena jaga ekor. 121 00:07:26,113 --> 00:07:29,241 Dah cukup pelik saya ada ekor. Kenalah jaga baik-baik. 122 00:07:29,325 --> 00:07:30,910 Kita ada pembakar. 123 00:07:31,827 --> 00:07:33,412 Itu dia. 124 00:07:33,496 --> 00:07:34,872 Itu pun dia. 125 00:07:36,248 --> 00:07:38,542 Seronok dapat berada di bengkel panas. 126 00:07:38,626 --> 00:07:42,713 Dah lama saya buat persediaan. Jadi, saya teruja. 127 00:07:42,796 --> 00:07:45,341 Saya sentiasa bersemangat. 128 00:07:45,424 --> 00:07:49,803 Saya jenis yang buat dan buat tanpa henti. 129 00:07:50,387 --> 00:07:51,972 Okey, gabungan pertama. 130 00:07:53,557 --> 00:07:56,852 Ini cabaran pertama. Mestilah kita nak buat yang terbaik. 131 00:07:56,936 --> 00:07:59,021 Ia memberikan kita keyakinan. 132 00:07:59,855 --> 00:08:04,735 Sangat menakutkan. Ada ramai peniup kaca yang hebat di sini. 133 00:08:04,818 --> 00:08:08,989 Banyak persaingan yang sihat di sini, tapi saya nak lawan Dan Friday. 134 00:08:09,073 --> 00:08:10,950 Kita kena buat yang terbaik. 135 00:08:11,033 --> 00:08:14,203 Cabaran pertama adalah, "Buat yang terbaik." 136 00:08:17,039 --> 00:08:18,165 Cantiknya. 137 00:08:27,925 --> 00:08:30,386 Apa pendapat awak tentang bakat peserta musim ini? 138 00:08:30,469 --> 00:08:31,762 Saya agak kagum. 139 00:08:31,845 --> 00:08:38,477 Peserta seperti Rob, Dan, Claire dan John Moran, mereka ada reputasi sendiri. 140 00:08:38,561 --> 00:08:40,813 Banyak mereka risikokan untuk berada di sini. 141 00:08:40,896 --> 00:08:43,732 Agak susah untuk dapatkan idea baru. 142 00:08:43,816 --> 00:08:45,359 Mereka mungkin akan buntu. 143 00:08:46,151 --> 00:08:47,736 Itu pernah berlaku. 144 00:08:47,820 --> 00:08:50,489 Ini akan jadi pertandingan yang sengit. 145 00:09:05,170 --> 00:09:09,091 Ini kubah yang akan menjadi bingkai arca saya. 146 00:09:09,174 --> 00:09:13,804 Datang ke sini, tinggalkan anak-anak adalah keputusan paling sukar dalam hidup. 147 00:09:13,887 --> 00:09:16,140 Saya tak boleh lepaskan peluang ini. 148 00:09:16,724 --> 00:09:19,310 Saya teruja dapat masuk bengkel panas Blown Away. 149 00:09:19,393 --> 00:09:22,354 Ya, tekanannya tinggi, cabaran pun lebih tinggi. 150 00:09:22,938 --> 00:09:25,899 Saya bukan artis sepenuh masa. Banyak kena belajar. 151 00:09:25,983 --> 00:09:28,152 Saya sentiasa kena belajar tentang kaca. 152 00:09:28,235 --> 00:09:31,155 Deborah, siapa yang paling menarik perhatian awak? 153 00:09:31,238 --> 00:09:35,367 Saya ingin tahu siapa generasi seterusnya, artis baru yang akan muncul. 154 00:09:35,451 --> 00:09:38,078 Orang-orang seperti Minhi, Maddy, 155 00:09:38,162 --> 00:09:41,373 Grace, Trenton. Saya nak tengok bakat mereka. 156 00:09:41,957 --> 00:09:44,335 Tiup. Mari kita panaskannya lagi. 157 00:09:44,418 --> 00:09:46,587 Tiup. Berhenti. 158 00:09:46,670 --> 00:09:50,424 Kita ada 10 peniup kaca baru. Awak rasa menonton dua musim lepas 159 00:09:50,507 --> 00:09:52,718 membantu mereka untuk pertandingan ini? 160 00:09:52,801 --> 00:09:57,681 Saya tak tahu sama ada mereka mampu tangani keletihan mental, fizikal 161 00:09:57,765 --> 00:10:01,894 dan emosi pertandingan ini sehingga mereka tiba di sini. 162 00:10:01,977 --> 00:10:03,812 - Ya. - Ia sangat mencabar. 163 00:10:03,896 --> 00:10:04,897 Sukar. 164 00:10:06,357 --> 00:10:11,070 Saya tak pernah kerja di studio yang ada sepuluh relau serentak, 165 00:10:11,153 --> 00:10:13,405 Jadi, ini memang sukar. 166 00:10:13,489 --> 00:10:15,491 Biasanya, di bengkel panas, 167 00:10:15,574 --> 00:10:18,452 tak ada artis lain, tak ada pertandingan, 168 00:10:18,535 --> 00:10:21,497 sentiasa diperhatikan, orang harap kita tersingkir. 169 00:10:21,580 --> 00:10:22,623 Banyak tekanan. 170 00:10:22,706 --> 00:10:24,875 Persaingan sangat sengit di sini. 171 00:10:24,958 --> 00:10:28,045 Saya sangat berharap saya menang. Saya suka bersaing. 172 00:10:28,128 --> 00:10:33,133 Kalau saya ragu-ragu, saya fikir tentang Beyoncé dan cuba jadi seperti dia. 173 00:10:33,217 --> 00:10:37,012 Saingan terbesar ialah diri saya. Saya akan buat yang terbaik. 174 00:10:37,096 --> 00:10:39,807 Saya sentiasa bersemangat. Itu sifat saya. 175 00:10:39,890 --> 00:10:42,226 Sekarang, saya memahat bola keranjang. 176 00:10:42,309 --> 00:10:46,647 Potongan itu adalah mori memento, peringatan ketika ayah saya meninggal. 177 00:10:46,730 --> 00:10:49,817 Memento mori adalah peringatan bahawa kita akan mati. 178 00:10:49,900 --> 00:10:54,530 Ia hasil daripada seni tradisional yang mewakili ingatan pada kematian. 179 00:10:54,613 --> 00:10:59,243 Saya akan kempiskan bola keranjang dan ia akan melambangkan hati. 180 00:10:59,326 --> 00:11:03,747 Saya harap ia akan jadi seperti yang saya mahu. Ia amat bermakna bagi saya. 181 00:11:05,666 --> 00:11:11,088 Hidup saya berkisar tentang mencipta idea, jadi ini adalah telur pengeraman. 182 00:11:11,171 --> 00:11:14,049 Minat saya terhadap kaca tiada tandingan. 183 00:11:14,133 --> 00:11:18,929 Ia membolehkan saya mencari diri sendiri tidak seperti bahan-bahan lain. 184 00:11:19,012 --> 00:11:23,183 Perlu fokus dari awal hingga akhir, tak boleh berhenti separuh jalan. 185 00:11:26,019 --> 00:11:28,856 Sudah satu jam berlalu. 186 00:11:28,939 --> 00:11:29,898 Oh, Tuhan. 187 00:11:33,110 --> 00:11:36,947 Sentiasa pusing dan lebih ke tengah lagi. 188 00:11:37,030 --> 00:11:40,325 Tongkat adalah teknik paling lama dalam pembuatan kaca. 189 00:11:40,409 --> 00:11:45,789 Saya suka teknik itu. Kalau ada kerja tarik tongkat, mungkin saya akan buat. 190 00:11:45,873 --> 00:11:51,128 Saya harap ini akan jadi tongkat berputar yang nampak macam bentuk DNA. 191 00:11:51,211 --> 00:11:55,257 Claire ialah antara artis kegemaran saya. Reka bentuknya hebat. 192 00:11:56,842 --> 00:11:58,552 Kaca beri saya keberanian. 193 00:11:58,635 --> 00:12:03,682 Saya sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik setiap kali masuk ke studio. 194 00:12:04,266 --> 00:12:07,686 Saya sudah ada kemajuan. Tengoklah kita. Hebatnya. 195 00:12:16,320 --> 00:12:19,031 Ini akan jadi tangan. 196 00:12:19,114 --> 00:12:21,533 Saya buat tangan dan penahan pintu. 197 00:12:21,617 --> 00:12:23,911 Ia agak besar, tapi bagus. 198 00:12:24,912 --> 00:12:29,333 Saya di sini untuk ramai orang lain. Mewakili puak saya, Bangsa Lummi. 199 00:12:29,416 --> 00:12:32,336 Serta semua orang yang menahan pintu itu. 200 00:12:33,879 --> 00:12:35,798 Kita kena ingat asal usul kita. 201 00:12:37,049 --> 00:12:39,843 Saya bukan nak buat sebesar ini. Tiba-tiba jadi. 202 00:12:41,845 --> 00:12:44,139 - Macam mana? - Boleh tahan. Awak? 203 00:12:44,223 --> 00:12:45,974 - Boleh tahan. - Bagus. 204 00:12:48,268 --> 00:12:52,189 Deborah, kalau awak buat cabaran ini, pendekatan apa awak ambil? 205 00:12:54,149 --> 00:12:58,779 Soalan yang bagus. Saya dah banyak berkembang, malah dalam kerjaya pun. 206 00:12:58,862 --> 00:13:02,574 Saya bermula dengan mahu jadi pemain bola tampar profesional. 207 00:13:02,658 --> 00:13:04,868 Yalah. 208 00:13:04,952 --> 00:13:07,746 Saya juga belajar untuk jadi ahli biologi, 209 00:13:07,830 --> 00:13:12,835 kemudian tukar ke bidang psikologi dan ini mempersiapkan saya untuk main dengan kaca. 210 00:13:12,918 --> 00:13:17,506 Sukan, psikologi dan sains, semua itu saya masih gunakan hari ini. 211 00:13:18,924 --> 00:13:20,133 Jom kita buat. Ayuh. 212 00:13:20,217 --> 00:13:24,263 Sempurna. Kaca ini homoseksual dan ini seperti 213 00:13:24,346 --> 00:13:28,642 rupanya dalam bentuk molekul. Ini bentuk paling pelik saya pernah buat. 214 00:13:28,725 --> 00:13:30,769 Tempat ini gila. 215 00:13:30,853 --> 00:13:35,941 Ada ramai artis di sini, ada beberapa nama besar dan studio ini luas. 216 00:13:36,024 --> 00:13:37,985 Ini agak mendebarkan. 217 00:13:38,068 --> 00:13:42,531 Saya nak mewakili keluarga aneh saya. Ini untuk rakan-rakan aneh saya. 218 00:13:48,704 --> 00:13:53,458 Sekarang saya sedang buat batang bagi hasil karya saya. 219 00:13:53,542 --> 00:13:58,922 Saya rasa, hanya orang yang istimewa sahaja memilih untuk meniup kaca. 220 00:13:59,006 --> 00:14:02,676 Orang lain termasuk diri saya memilih kaca 221 00:14:02,759 --> 00:14:05,137 sebab kami mahu didorong. 222 00:14:05,220 --> 00:14:07,347 Kami mahukan cabaran itu. 223 00:14:08,432 --> 00:14:10,267 Kaca sangat menarik. 224 00:14:17,816 --> 00:14:21,695 Okey, ambil. Rak atas. 225 00:14:21,778 --> 00:14:24,323 PENYEPUH LINDAP TANUR UNTUK PERLAHAN-LAHAN SEJUKKAN KACA 226 00:14:24,406 --> 00:14:26,617 Satu dah siap. Okey. 227 00:14:28,952 --> 00:14:31,955 Itu mungkin meletup. Saya tak tahu. Teruskan tekan. 228 00:14:32,039 --> 00:14:34,958 Kita akan buat roda besar lama. Tengok itu. 229 00:14:35,042 --> 00:14:38,045 Saya sedang buat gear, seperti timbunan gear. 230 00:14:38,128 --> 00:14:41,590 Saya tinggalkan kolej kejuruteraan untuk jadi artis. 231 00:14:41,673 --> 00:14:44,843 Saya benci kejuruteraan. Ia membosankan. 232 00:14:44,927 --> 00:14:48,430 Karya ini tentang melodi dalam otak kiri dan otak kanan saya. 233 00:14:49,431 --> 00:14:51,850 Memilih seni berbanding kejuruteraan 234 00:14:51,934 --> 00:14:55,520 ialah keputusan yang ibu bapa saya tak teruja pada mulanya. 235 00:14:56,104 --> 00:15:01,610 Saya buat terlalu tebal, itu jadi masalah. Sedia? 236 00:15:06,073 --> 00:15:09,618 Okey, saya akan tambah air pada dinding kaca, 237 00:15:09,701 --> 00:15:13,413 iaitu kira-kira 800 darjah. Itu akan mengejutkan permukaan kaca. 238 00:15:13,497 --> 00:15:15,082 Saya tak pernah buat ini. 239 00:15:21,129 --> 00:15:23,048 Sedia? Seronoknya. 240 00:15:25,842 --> 00:15:28,595 Baiklah, sempurna. Kita akan guna yang ini. 241 00:15:28,679 --> 00:15:31,556 Patut dapat lebih kemas. Kita belajar benda baru. 242 00:15:31,640 --> 00:15:35,102 Benda paling susah nak buat adalah benda yang kita tak pernah buat. 243 00:15:35,185 --> 00:15:38,480 Saya rasa karya dia tentang pengalaman yang mendewasakan. 244 00:15:40,190 --> 00:15:42,526 Saya tak pernah berhenti. Tak pernah. 245 00:15:42,609 --> 00:15:45,278 Ada masa saya patut berhenti, tapi saya teruskan. 246 00:15:46,196 --> 00:15:47,030 Syabas. 247 00:15:56,206 --> 00:15:57,833 - Hei, Katherine. - Hai, Trenton. 248 00:15:57,916 --> 00:16:00,752 - Karya awak nampak hebat. - Ya. 249 00:16:00,836 --> 00:16:05,132 Apa yang awak nak tunjuk kepada dunia sementara awak di bengkel panas ini? 250 00:16:05,215 --> 00:16:10,012 Ada orang macam saya buat kerja ini terutamanya dalam komuniti kaca. 251 00:16:10,095 --> 00:16:12,973 Perwakilan, itu perkara penting. 252 00:16:13,056 --> 00:16:15,559 Sukar untuk beri inspirasi kepada anak muda 253 00:16:15,642 --> 00:16:18,562 kalau mereka tak dapat bayangkan diri mereka di posisi yang sama. 254 00:16:18,645 --> 00:16:22,232 Karya saya sangat hebat. Ya. 255 00:16:23,275 --> 00:16:26,570 Okey. Mari kita tengok. Nampak bagus. 256 00:16:26,653 --> 00:16:29,865 Maddy, apa perasaan berada di bengkel panas Blown Away? 257 00:16:29,948 --> 00:16:32,743 Menakjubkan. Saya tak percaya saya ada di sini. 258 00:16:32,826 --> 00:16:35,620 Saya baru buat kaca selama enam tahun. 259 00:16:35,704 --> 00:16:38,248 - Awak patut rasa bangga. - Terima kasih. 260 00:16:38,331 --> 00:16:41,001 Saya rasa kekok berada di sini. 261 00:16:41,084 --> 00:16:43,920 Ada ramai peniup kaca yang hebat di sini. 262 00:16:44,004 --> 00:16:47,966 Saya rasa berada di bengkel panas ini ialah saat paling membanggakan 263 00:16:48,050 --> 00:16:49,676 dalam kerjaya kaca saya. 264 00:16:51,636 --> 00:16:54,347 Saya dah semakin nampak karya saya. 265 00:17:00,604 --> 00:17:02,022 Tinggal satu jam lagi. 266 00:17:02,105 --> 00:17:04,024 - Ya, tuan. - Aduhai. Satu jam? 267 00:17:04,107 --> 00:17:05,275 Cepat. 268 00:17:05,358 --> 00:17:07,736 Saya tak sedar masa berlalu. 269 00:17:13,116 --> 00:17:19,122 Cantik. Karya ini tentang saya berjaya mengatasi kesusahan dalam hidup saya. 270 00:17:19,206 --> 00:17:21,708 Betapa sedikit perubahan persepsi itu 271 00:17:21,792 --> 00:17:24,544 mampu mengubah benda buruk jadi bermakna. 272 00:17:27,089 --> 00:17:29,633 Baru-baru ini, saya kehilangan suami saya 273 00:17:29,716 --> 00:17:34,679 dan itu perkara paling sukar yang saya pernah lalui. 274 00:17:34,763 --> 00:17:35,889 Saya… 275 00:17:38,141 --> 00:17:41,561 Saya masih rasa kehilangan. 276 00:17:43,522 --> 00:17:44,356 Terbalikkan. 277 00:17:45,107 --> 00:17:49,986 Kalau dia boleh nampak saya di sini, tentu dia akan kata, 278 00:17:50,070 --> 00:17:52,656 "Awak layak dan awak akan menang." 279 00:17:56,785 --> 00:17:58,078 Tumpang lalu. 280 00:17:59,913 --> 00:18:03,333 Bakar. Saya akan luruskannya sedikit. 281 00:18:04,626 --> 00:18:06,962 Besar tanggungjawab ini. 282 00:18:10,173 --> 00:18:14,261 MASA YANG TINGGAL 20 MINIT 283 00:18:17,097 --> 00:18:17,931 Panasnya. 284 00:18:19,933 --> 00:18:23,061 Ini bengkel panas paling panas yang saya pernah masuk. 285 00:18:23,145 --> 00:18:26,064 Saya tak pernah berpeluh atau berbau seteruk ini seumur hidup. 286 00:18:31,236 --> 00:18:34,531 Saya dah mula rasa pening, perut saya dah mula sakit. 287 00:18:35,115 --> 00:18:37,951 Mesti susah saya nak harungi cabaran ini. 288 00:18:38,451 --> 00:18:40,370 Lengan saya dah kejang. 289 00:18:41,454 --> 00:18:44,583 Saya akan lawan rasa sakit. Saya mesti teruskan. 290 00:18:46,501 --> 00:18:48,753 Saya nak minum bir sejuk selepas ini. 291 00:18:49,421 --> 00:18:52,257 Sepuluh minit. Tinggal sepuluh minit lagi. 292 00:18:52,340 --> 00:18:53,633 Sekejap. Apa? 293 00:18:53,717 --> 00:18:55,802 Okey, kita kena cepat. 294 00:18:55,886 --> 00:18:57,262 Tingkatkan kelajuan. 295 00:18:58,763 --> 00:19:01,266 Nampak bagus. Ini dia pembakaran terakhir. 296 00:19:04,186 --> 00:19:06,730 Saya akan buat sekali lagi sebelum kerat. 297 00:19:06,813 --> 00:19:10,108 Mengarut. Kita akan ketuknya di dalam penyepuh lindap. 298 00:19:10,192 --> 00:19:12,110 - Kepit kaki kuat-kuat. - Ya. 299 00:19:13,320 --> 00:19:15,322 - Kenapa? - Pemeriksaan masa. 300 00:19:15,405 --> 00:19:18,700 Lima minit lagi. Masukkan kaca ke dalam penyepuh lindap. 301 00:19:18,783 --> 00:19:20,744 - Ke saat akhir. - Saya pegang. 302 00:19:20,827 --> 00:19:25,040 Hampir selesai. Batu ini akan selamatkan kita. Diselamatkan oleh batu. 303 00:19:25,123 --> 00:19:25,999 Baiklah. 304 00:19:26,082 --> 00:19:27,709 Sedia untuk tangkap kalau meletup? 305 00:19:30,545 --> 00:19:31,963 Kita tengok ia keluar atau tak. 306 00:19:33,715 --> 00:19:34,841 Itu dia. 307 00:19:35,967 --> 00:19:37,344 Pegang. Genggam kuat. 308 00:19:37,427 --> 00:19:39,304 Saya suka. 309 00:19:40,472 --> 00:19:43,016 - Tumpang lalu. Sebelah kanan. - Hati-hati. 310 00:19:44,434 --> 00:19:46,061 Berjaya. Okey. 311 00:19:46,144 --> 00:19:49,064 Ya. Terima kasih. 312 00:19:55,445 --> 00:20:00,116 PEMBENTANGAN 313 00:20:03,995 --> 00:20:07,582 Dalam cabaran ini, kita disuruh ingat kembali evolusi 314 00:20:07,666 --> 00:20:10,001 siapa kita dah jadi sebagai artis pada hari ini. 315 00:20:10,085 --> 00:20:11,711 "TAHAN PINTU ITU" 316 00:20:11,795 --> 00:20:15,298 Kaca telah mengubah hidup saya kerana komuniti penyayang. 317 00:20:15,382 --> 00:20:18,927 Kalau mereka yang tahan pintu itu tiada, saya takkan sampai tahap ini. 318 00:20:19,886 --> 00:20:23,348 Saya dah lalui banyak kesusahan dalam hidup. 319 00:20:23,431 --> 00:20:27,435 Karya ini melambangkan kesusahan saya. 320 00:20:29,354 --> 00:20:34,359 Karya ini adalah tentang identiti budaya, keluarga, tradisi dan pengorbanan saya. 321 00:20:35,944 --> 00:20:40,782 Karya ini amat bermakna. Cantik tapi ada sejarahnya. 322 00:20:42,534 --> 00:20:47,289 Idea adalah ilham yang datang dan kita yang harus manfaatkannya. Baik atau buruk. 323 00:20:48,581 --> 00:20:53,253 Saya nak ceritakan kisah saya dan tunjukkan cara otak saya berfikir. 324 00:20:55,755 --> 00:20:58,883 Saya harap karya saya menunjukkan tiada yang mustahil. 325 00:21:00,677 --> 00:21:05,724 Saya nak tunjuk yang ada banyak keindahan dalam cecair dan ia sangat menyeronokkan. 326 00:21:08,393 --> 00:21:12,022 Saya harap para juri nampak arca indah 327 00:21:12,105 --> 00:21:15,775 yang menunjukkan hasil kerja saya dan kreativiti saya. 328 00:21:22,282 --> 00:21:25,035 Galeri pertama kita musim ini. 329 00:21:25,118 --> 00:21:29,831 Ini karya Rob. Diagnosis ADHD Rob menjadikan dia artis pada hari ini. 330 00:21:29,914 --> 00:21:33,293 Kaca memaksa Rob fokus pada pengeraman idea 331 00:21:33,376 --> 00:21:36,212 dan tarikan peluang tanpa batasan. 332 00:21:36,296 --> 00:21:38,840 Saya betul-betul tertarik dengan telur ini. 333 00:21:38,923 --> 00:21:43,428 Permainan warna yang menarik pada patung. 334 00:21:43,511 --> 00:21:48,058 Ini menunjukkan dia sebagai manusia dan apa yang dia rasa tentang idea dia 335 00:21:48,141 --> 00:21:52,645 dan kehebatan ideanya, tapi karya ini ada pengajaran. 336 00:21:53,271 --> 00:21:55,190 Apa maksud awak? 337 00:21:55,273 --> 00:21:58,276 Ia memberitahu penonton apa dan cara untuk berfikir. 338 00:21:58,360 --> 00:22:00,487 - Oh, begitu. - Tak perlu tafsiran. 339 00:22:01,071 --> 00:22:02,072 Oh, begitu. 340 00:22:02,989 --> 00:22:04,908 Ini karya Trenton. 341 00:22:04,991 --> 00:22:07,202 Saya jatuh cinta dengan karya ini. 342 00:22:07,285 --> 00:22:11,831 Ini ibarat dewa daripada budaya dia. Benda begini awalnya diukir pada kayu. 343 00:22:11,915 --> 00:22:15,668 Jadi, memahat pada kaca ibarat mengambil selangkah lebih jauh. 344 00:22:15,752 --> 00:22:21,466 Bentuk mangkuk dan bekas itu dibuat dengan baik. Yang mengukir, pahatan dia bolehlah. 345 00:22:22,217 --> 00:22:23,885 Ini karya Brenna. 346 00:22:23,968 --> 00:22:29,432 Taburan kaca pecah ini sangat tajam, bersepah dan agak mengganggu. 347 00:22:29,516 --> 00:22:32,435 Saya puji kemahiran teknikalnya, 348 00:22:32,519 --> 00:22:35,480 tapi dari segi konsep, kepompong dan rama-rama, 349 00:22:36,314 --> 00:22:38,441 ia agak terlalu ringkas bagi saya. 350 00:22:39,401 --> 00:22:43,655 Ini hasil kerja Maddy. Berbanding kehidupan seperti kotak coklat, 351 00:22:43,738 --> 00:22:48,993 Maddy belajar hidup lebih seperti mesin gula-gula getah. Tak boleh memilih. 352 00:22:49,077 --> 00:22:54,707 Ia sangat jelas. Penceritaan dilakukan dengan cara yang tersangat ringkas. 353 00:22:56,251 --> 00:22:57,919 Ini karya John Moran. 354 00:22:58,002 --> 00:23:01,673 Dia ada banyak objek yang berbeza di sini. 355 00:23:01,756 --> 00:23:05,802 Saya tak pasti penceritaannya sampai atau tidak. 356 00:23:05,885 --> 00:23:10,723 Bagi saya, karya ini seperti puisi dalam bentuk kaca. Penuh emosi. 357 00:23:10,807 --> 00:23:14,102 Bola keranjang itu sudah kempis. 358 00:23:14,185 --> 00:23:17,355 Boleh nampak ia bertahan hidup. Ini sangat puitis. 359 00:23:17,439 --> 00:23:20,275 Saya nampak ini sebagai "takkan gagal" bagi awak? 360 00:23:20,358 --> 00:23:21,317 Sudah tentu. 361 00:23:23,319 --> 00:23:24,863 Ini karya Dan. 362 00:23:24,946 --> 00:23:28,158 Dia pahat tangan ini dengan sempurna. 363 00:23:28,241 --> 00:23:31,494 Malah butiran pada penahan pintu pun dibuat dengan baik. 364 00:23:31,578 --> 00:23:35,665 Awak rasa Dan ingin tunjukkan betapa dia hebat bermain dengan kaca? 365 00:23:35,748 --> 00:23:41,379 Saya tak sangsi. Ini pertandingan, semestinya mereka nak buat yang terbaik. 366 00:23:41,463 --> 00:23:42,422 Ya. 367 00:23:44,591 --> 00:23:46,217 Ini karya Claire. 368 00:23:46,843 --> 00:23:49,137 Claire peniup kaca yang handal. 369 00:23:49,220 --> 00:23:53,475 Mereka diberi masa lima jam. Dia berpotensi untuk buat lebih banyak. 370 00:23:53,558 --> 00:23:55,935 Mungkin dia tak nak ambil risiko. Entah. 371 00:23:56,019 --> 00:23:58,688 Saya rasa Claire bergelut di bengkel baru. 372 00:23:59,272 --> 00:24:03,276 Tapi semua orang pun sama. Ini padang permainan yang sama. 373 00:24:03,359 --> 00:24:06,362 - Tapi burung itu comel. - Ia agak comel dan manja. 374 00:24:06,446 --> 00:24:10,658 Tapi pada saya, karya ini hanya nampak comel, tak nampak kisah perubahan 375 00:24:10,742 --> 00:24:12,911 atau evolusi dia sebagai artis. 376 00:24:14,078 --> 00:24:15,497 Ini karya Grace. 377 00:24:15,580 --> 00:24:20,126 Grace mencipta karya yang menunjukkan struktur molekular aneh kaca. 378 00:24:20,210 --> 00:24:23,922 Bukan cecair, bukan pejal, tapi dua-dua. 379 00:24:24,005 --> 00:24:28,134 Ini seperti struktur molekular aneh pelangi yang akan 380 00:24:28,218 --> 00:24:33,348 membesar menjadi sesuatu yang besar. Saya rasa ia menyeronokkan. Saya suka. 381 00:24:35,892 --> 00:24:39,687 Ini karya John Sharvin. Batu-batu mewakili liku-liku perjalanan 382 00:24:39,771 --> 00:24:42,440 dan John menggunakan peluang itu untuk maju 383 00:24:42,524 --> 00:24:45,360 daripada membiarkan liku itu menghalang dirinya. 384 00:24:45,443 --> 00:24:49,280 Saya suka batu itu kerana teksturnya. Buat kita rasa nak sentuh. 385 00:24:49,364 --> 00:24:52,283 Batu itu benar-benar realistik, 386 00:24:52,367 --> 00:24:56,412 yang menjadikan bahagian-bahagian roda gear yang tak begitu realistik 387 00:24:56,496 --> 00:25:00,250 jadi lebih menonjol tapi bukan menonjol dengan baik. 388 00:25:01,209 --> 00:25:03,086 Ini karya Minhi. 389 00:25:03,753 --> 00:25:07,423 Saya nampak ini cermin solek. 390 00:25:07,507 --> 00:25:11,803 Saya tak nampak apa mesej karya ini. 391 00:25:12,387 --> 00:25:17,350 Saya rasa warna merah jambu itu sebagai rujukan pada idea kaca warna mawar. 392 00:25:18,268 --> 00:25:21,229 Ini konsep asas sahaja. Agak klise. 393 00:25:21,312 --> 00:25:24,691 Saya tak nak tengok karya klise. Tak kena dengan standard. 394 00:25:25,358 --> 00:25:27,235 Tak boleh klise. 395 00:25:27,986 --> 00:25:33,449 Kalau Minhi kekal dalam pertandingan, saya harap kita dapat lihat kemahiran teknikal. 396 00:25:34,075 --> 00:25:36,911 Baiklah. Kamu berdua dah sedia nak beri kritikan? 397 00:25:36,995 --> 00:25:38,037 Sangat sedia. 398 00:25:41,708 --> 00:25:46,296 Karya saya sememangnya ada kelemahan tapi saya rasa yakin. 399 00:25:47,505 --> 00:25:51,968 Saya dah tentukan apa saya akan buat apabila saya balik. Saya takut. 400 00:25:52,885 --> 00:25:55,096 Kalau tersingkir dulu, saya pulang dengan bangga. 401 00:25:56,514 --> 00:26:01,311 Pameran pertama awak di galeri adalah antara yang terbaik pernah kita lihat. 402 00:26:02,103 --> 00:26:04,856 Nick, awak dah lupa musim 1? 403 00:26:04,939 --> 00:26:10,278 Saya berharap saya boleh terus nampak siapa yang terbaik dan siapa paling teruk, 404 00:26:10,361 --> 00:26:13,197 tapi bukan mudah saya nak pilih antara kamu. 405 00:26:13,281 --> 00:26:15,533 Dan, beritahu kami tentang karya awak. 406 00:26:15,617 --> 00:26:18,703 Saya terbuat lebih besar daripada yang saya mahu, 407 00:26:18,786 --> 00:26:21,789 tapi alang-alang dah buat, saya teruskan saja. 408 00:26:21,873 --> 00:26:25,918 Satu perkara yang menonjol, terutamanya dari kedudukan ini, 409 00:26:26,002 --> 00:26:28,671 nampak seperti awak tunjuk kami jari tengah. 410 00:26:29,255 --> 00:26:32,884 - Adakah itu disengajakan? - Tak, itu tak disengajakan. 411 00:26:34,218 --> 00:26:36,888 Saya takkan tunjuk jari tengah pada Katherine. 412 00:26:37,764 --> 00:26:42,185 Grace. Apa kemahiran teknikal yang awak nak tunjuk dengan karya ini? 413 00:26:42,268 --> 00:26:46,314 Kedua-dua spesimen ini adalah kepingan berlohong. 414 00:26:46,397 --> 00:26:48,733 Kedua-duanya duduk di atas piring Petri 415 00:26:48,816 --> 00:26:52,528 yang bentuknya agak mencabar dari segi teknikal untuk dibuat. 416 00:26:52,612 --> 00:26:54,989 - Terima kasih, Grace. - Terima kasih. 417 00:26:55,073 --> 00:26:59,035 - Claire. - Ini menunjukkan kemahiran awak? 418 00:26:59,118 --> 00:27:04,290 Ya, saya rasa penciptaan tongkat dengan motif DNA 419 00:27:04,374 --> 00:27:07,293 adalah sesuatu yang saya paling mahir. 420 00:27:07,377 --> 00:27:11,005 Saya rasa awak boleh tunjuk lebih perincian dalam arca itu. 421 00:27:11,089 --> 00:27:13,508 Mangkuk itu tak dipahat dengan bagus. 422 00:27:14,133 --> 00:27:15,259 Memang betul. 423 00:27:15,343 --> 00:27:17,136 - Terima kasih. - Terima kasih. 424 00:27:17,887 --> 00:27:21,516 Minhi. Awak rasa karya awak cukup bagus untuk kekal di sini? 425 00:27:21,599 --> 00:27:25,895 Saya rasa konsep saya sangat kuat dan sangat peribadi. 426 00:27:25,978 --> 00:27:29,899 Awak masuk pertandingan ini sebagai sebahagian daripada perubahan awak? 427 00:27:29,982 --> 00:27:34,904 Memasuki pertandingan ini sememangnya sebahagian daripada perubahan saya. 428 00:27:34,987 --> 00:27:41,369 Baru-baru ini saya lihat orang terpenting dalam hidup saya mati di depan mata saya, 429 00:27:41,452 --> 00:27:42,412 tapi… 430 00:27:44,414 --> 00:27:50,002 orang yang sayang saya selalu tanya macam mana saya bangun setiap pagi 431 00:27:50,086 --> 00:27:51,921 dengan senyuman pada muka saya? 432 00:27:52,630 --> 00:27:56,676 Ia ada kaitan dengan perspektif saya 433 00:27:57,719 --> 00:27:59,595 dan kebolehan saya untuk… 434 00:28:00,888 --> 00:28:02,306 harapkan hari yang lebih cerah. 435 00:28:03,141 --> 00:28:05,351 - Terima kasih, Minhi. - Terima kasih. 436 00:28:06,144 --> 00:28:07,019 John Sharvin. 437 00:28:07,103 --> 00:28:10,940 Kami kagum betapa batu itu nampak seperti nyata, 438 00:28:11,023 --> 00:28:15,903 yang menampakkan perbezaan yang ketara dengan roda gear. 439 00:28:15,987 --> 00:28:18,072 Saya tersalah mengurus masa 440 00:28:18,156 --> 00:28:21,576 dan itu yang saya buat sebab saya perlu hasilkan sesuatu. 441 00:28:21,659 --> 00:28:24,078 Adakah saya gembira dengan hasilnya? Tak. 442 00:28:24,162 --> 00:28:27,457 Saya tahu saya boleh buat lebih baik dan saya nak tunjuk. 443 00:28:27,540 --> 00:28:29,167 - Terima kasih. - Sama-sama. 444 00:28:29,834 --> 00:28:32,962 Terima kasih, semua. Kami perlu masa untuk berbincang. 445 00:28:36,299 --> 00:28:40,887 Saya harap tak tersingkir. Banyak lagi saya nak tunjuk dan saya nak teruskan. 446 00:28:40,970 --> 00:28:45,349 Saya rasa mereka ada konsep yang hebat, tapi mereka tak berjaya tunjukkan. 447 00:28:45,850 --> 00:28:50,271 Saya tahu saya peniup kaca handal. Saya tak mahu tersingkir awal. 448 00:28:50,354 --> 00:28:53,900 Ini contoh di mana kita tak boleh terpengaruh dengan cerita. 449 00:28:53,983 --> 00:28:56,569 Kita perlu lihat karya seni itu sendiri. 450 00:28:56,652 --> 00:28:59,947 Cabaran ini melebihi kemampuan saya. 451 00:29:01,365 --> 00:29:05,536 Terima kasih. Salah seorang antara anda memulakan musim ini dengan jayanya. 452 00:29:05,620 --> 00:29:09,290 Mencipta sebuah karya yang menonjolkan minat dan sebab peribadi 453 00:29:09,373 --> 00:29:12,168 serta menunjukkan kemahiran teknikal yang hebat. 454 00:29:12,251 --> 00:29:15,129 Peniup Kaca Terbaik hari ini jatuh kepada... 455 00:29:17,590 --> 00:29:18,674 Dan. 456 00:29:21,302 --> 00:29:24,180 Saya tergamam. Saya tak percaya saya menang cabaran pertama. 457 00:29:24,889 --> 00:29:27,517 Ini semua kerana tujuan asal saya. 458 00:29:27,600 --> 00:29:32,355 Sebagai pemenang cabaran ini, awak menang kelebihan untuk cabaran seterusnya. 459 00:29:32,438 --> 00:29:36,275 Tapi awak perlu tunggu sehingga cabaran seterusnya untuk tahu. 460 00:29:41,697 --> 00:29:43,866 Beralih kepada penyingkiran. 461 00:29:44,492 --> 00:29:49,455 Ada seorang artis yang karyanya tak buat kami kagum hari ini. Dia ialah… 462 00:29:54,460 --> 00:29:58,923 Claire. Tolong ucap selamat tinggal dan keluar dari bengkel panas ini. 463 00:29:59,590 --> 00:30:03,010 Terima kasih atas peluang ini. Maaf kerana kecewakan kamu. 464 00:30:04,804 --> 00:30:07,098 Syabas, semua. Semoga berjaya. 465 00:30:09,475 --> 00:30:15,773 Saya sangat kecewa kerana tak hasilkan karya yang menunjukkan siapa saya. 466 00:30:16,357 --> 00:30:19,610 Saya tak nak tersingkir awal. Itu bukan yang saya harap. 467 00:30:19,694 --> 00:30:22,613 Tapi saya akan tabah. 468 00:30:24,365 --> 00:30:26,826 Satu cabaran selesai, ada sembilan lagi. 469 00:30:26,909 --> 00:30:29,412 Berehatlah. Anda perlukannya. 470 00:30:29,495 --> 00:30:33,875 Emosi saya tak menentu tapi ia amat menyeronokkan. Nantikan. 471 00:30:35,543 --> 00:30:37,253 Saya mesti buat lebih baik. 472 00:31:02,194 --> 00:31:07,283 Terjemahan sari kata oleh Faraleen