1 00:00:07,008 --> 00:00:08,551 Blown Away musim ini 2 00:00:10,303 --> 00:00:13,389 sepuluh peniup kaca berbakat dari seluruh pelosok dunia datang 3 00:00:13,473 --> 00:00:15,516 ke bengkel panas terbesar Amerika Utara. 4 00:00:16,017 --> 00:00:17,310 Mari kita tiup kaca! 5 00:00:17,935 --> 00:00:20,855 Dilengkapi dengan paip peniup, batang dan papan, 6 00:00:20,938 --> 00:00:23,775 mereka bertarung demi kemasyhuran dan ganjaran. 7 00:00:23,858 --> 00:00:25,526 - Letak atas bangku! - Oh, Tuhan! 8 00:00:25,610 --> 00:00:26,819 Serabut! 9 00:00:26,903 --> 00:00:32,241 Kaca telah menumpaskan Claire, Rob, Maddy, Brenna, Grace 10 00:00:32,325 --> 00:00:37,038 Trenton, Dan dan John kerana mereka terpaksa meninggalkan bengkel panas. 11 00:00:39,248 --> 00:00:43,211 Dengan hanya satu cabaran lagi, yang tinggal hanya Minhi dan John. 12 00:00:43,836 --> 00:00:46,881 Jadi Artis Kaca Terunggul bakal merubah hidup. 13 00:00:46,964 --> 00:00:49,926 Perjalanan ini sungguh beremosi. Gila. 14 00:00:50,009 --> 00:00:55,014 Siapa yang akan bergelar Juara Blown Away sekali gus menjadi Artis Kaca Terunggul? 15 00:00:56,015 --> 00:01:01,479 Saya Nick Uhas dan inilah episod akhir Blown Away musim ini. 16 00:01:07,110 --> 00:01:11,155 Para peniup kaca, selamat datang ke saat yang kita semua nantikan. 17 00:01:11,239 --> 00:01:12,198 Pusingan akhir. 18 00:01:13,866 --> 00:01:15,409 Saya berjaya. 19 00:01:16,786 --> 00:01:21,165 Pagi ini saya kata, "Saya ada peluang 50% untuk menang." 20 00:01:21,791 --> 00:01:23,126 Masih tak percaya. 21 00:01:24,836 --> 00:01:29,382 John, Minhi, anda dah kalahkan lapan peniup kaca hebat yang lain 22 00:01:29,465 --> 00:01:33,678 dan telah mengharungi sembilan cabaran untuk berada di sini, sekarang. 23 00:01:34,303 --> 00:01:36,430 Saya masih tak percaya. 24 00:01:37,265 --> 00:01:40,852 Saya curahkan segalanya untuk pertandingan ini. 25 00:01:40,935 --> 00:01:43,146 Sekarang, cabaran terakhir. 26 00:01:44,063 --> 00:01:45,773 Buka pintu galeri. 27 00:01:49,902 --> 00:01:55,950 Melihat galeri yang kosong itu seperti melihat kanvas kosong yang besar. 28 00:01:56,576 --> 00:02:00,663 Saya tak tahu saya suka atau ia buat saya takut. 29 00:02:00,746 --> 00:02:03,875 Anda diberi lapan jam untuk penuhkan separuh galeri. 30 00:02:05,168 --> 00:02:10,715 Cabarannya, cipta karya kohesif, asli dan pemasangan kaca yang mendalam 31 00:02:10,798 --> 00:02:12,508 yang akan mengagumkan semua. 32 00:02:14,177 --> 00:02:17,346 Tema pemasangannya terpulang kepada anda 33 00:02:17,430 --> 00:02:21,601 tetapi kami harap anda dapat hasilkan karya yang berkemahiran tinggi 34 00:02:21,684 --> 00:02:23,686 dengan ciri tersendiri yang kuat. 35 00:02:23,769 --> 00:02:24,604 Ya. 36 00:02:24,687 --> 00:02:26,814 Tiada tekanan. Semua okey. 37 00:02:27,773 --> 00:02:32,570 Anda bukan sahaja bersaing merebut pakej hadiah bernilai 60,000 dolar 38 00:02:32,653 --> 00:02:36,782 termasuk residensi di Muzium Kaca Corning yang tersohor di dunia, 39 00:02:36,866 --> 00:02:40,995 Karya pemenang juga akan dipamerkan di Corning. 40 00:02:41,621 --> 00:02:47,585 Ada karya dipamerkan di Corning adalah sasaran saya. Sasaran yang wajib dicapai. 41 00:02:48,169 --> 00:02:51,547 Anda ada peluang untuk jadikan impian itu kenyataan. 42 00:02:52,173 --> 00:02:56,302 Saya nak menang. Itu sahaja yang saya nak sejak masuk pertandingan ini. 43 00:02:56,385 --> 00:03:01,307 Orang yang akan membantu menilai karya anda ialah kurator Kaca Kontemporari 44 00:03:01,390 --> 00:03:04,518 dan Pasca-Perang di Muzium Corning, Susie Silbert. 45 00:03:08,439 --> 00:03:09,982 Susie Silbert ialah orang penting. 46 00:03:10,691 --> 00:03:15,696 Saya mengidolakan dia. Saya terpegun tengok dia. 47 00:03:16,322 --> 00:03:19,116 Saya tahu betapa pentingnya saat ini bagi anda. 48 00:03:19,200 --> 00:03:23,162 Jadi saya bawakan enam orang pekerja kaca dari Muzium Kaca Corning 49 00:03:23,246 --> 00:03:25,957 - Bagus. - untuk membantu anda mencipta karya 50 00:03:26,040 --> 00:03:28,209 dan merealisasikan visi anda. 51 00:03:28,292 --> 00:03:34,632 Anda akan dinilai berdasarkan reka bentuk, konsep dan pembentangan keseluruhan 52 00:03:34,715 --> 00:03:38,511 dan juga keseluruhan karya dalam Blown Away. 53 00:03:39,929 --> 00:03:41,973 - Dah sedia nak mula? - Ya. 54 00:03:42,723 --> 00:03:44,308 Ini dia. 55 00:03:44,392 --> 00:03:45,559 Masa anda bermula… 56 00:03:48,145 --> 00:03:49,522 sekarang. 57 00:03:51,857 --> 00:03:54,652 MEREKA BENTUK 58 00:03:55,278 --> 00:03:58,239 Cabaran ini sangat penting. Tekanan semakin tinggi. 59 00:03:58,322 --> 00:04:01,492 Saya sangat teruja untuk bekerja dengan kalian. 60 00:04:01,575 --> 00:04:03,828 Banyak kami kena buat. 61 00:04:03,911 --> 00:04:08,207 "Buat yang terbaik tapi anda cuma ada lapan jam." 62 00:04:08,291 --> 00:04:09,959 Semoga berjaya. 63 00:04:12,670 --> 00:04:18,259 Ini gambar retrospektif karya John dan Minhi sepanjang sembilan cabaran. 64 00:04:18,342 --> 00:04:20,845 John hanya buat apa yang dia tahu. 65 00:04:20,928 --> 00:04:25,266 Dia tak cabar diri sebanyak Minhi. 66 00:04:25,349 --> 00:04:30,396 Kita boleh nampak peningkatan dalam cara dia guna bahan pada setiap cabaran. 67 00:04:31,147 --> 00:04:33,399 Awak rasa siapa yang lebih berpeluang? 68 00:04:33,482 --> 00:04:38,863 Apabila dah sampai ke pusingan akhir, konsep, reka bentuk, teknik, 69 00:04:38,946 --> 00:04:42,408 semua itu penting. Mereka berdua mahir dalam semua itu. 70 00:04:42,491 --> 00:04:44,452 Mereka berdua ada peluang menang. 71 00:04:44,535 --> 00:04:45,536 Saya setuju. 72 00:04:45,619 --> 00:04:52,501 John memang konsisten dalam pemahatan, pewarnaan dan sebagainya. 73 00:04:52,585 --> 00:04:56,797 Tapi ada beberapa perkara yang Minhi buat itu jauh lebih ke hadapan, 74 00:04:56,881 --> 00:04:59,675 dan semuanya menarik. Dia ada sinar. 75 00:04:59,759 --> 00:05:04,138 Saya rasa menarik untuk melihat perbezaan dua artis ini. 76 00:05:05,306 --> 00:05:10,144 Menggunakan lantai, saya nak buat batu buntar yang akan bercantum bersama. 77 00:05:10,227 --> 00:05:14,857 Yang akan nampak macam pokok renek, macam rumput yang nak keluar melalui tanah. 78 00:05:14,940 --> 00:05:20,071 Saya nak penonton dapat rasakan pengalaman lantai putih pecah, 79 00:05:20,154 --> 00:05:22,156 menampakkan apa yang ada di bawah. 80 00:05:22,239 --> 00:05:23,824 Kita akan buat besar-besar. 81 00:05:23,908 --> 00:05:28,662 Kita akan buat sebesar mungkin supaya orang nampak. 82 00:05:28,746 --> 00:05:31,082 Guna sebanyak warna mungkin. 83 00:05:31,165 --> 00:05:34,668 Kita akan letak warna dengan murina. 84 00:05:34,752 --> 00:05:37,546 Karya saya akan berbentuk sfera 85 00:05:37,630 --> 00:05:42,551 mewakili api dalam semangat yang membara. 86 00:05:42,635 --> 00:05:49,600 Seperti keluar dari tar ini, keluar dari lumpur dari berbagai tempat. 87 00:05:49,683 --> 00:05:52,561 Seperti bangkit dari abu. 88 00:05:53,104 --> 00:05:56,065 Saya akan buat patung arnab di sini. 89 00:05:56,148 --> 00:05:57,817 Macam patung arnab terbuang. 90 00:05:57,900 --> 00:06:00,903 Patung arnab itu ibarat mainan terbuang kanak-kanak. 91 00:06:00,986 --> 00:06:04,532 Tapi ada bunga yang tumbuh dari patung itu, hidup dan tumbuh. 92 00:06:04,615 --> 00:06:07,535 Nak letak atas kekaki atau tergantung dari atas? 93 00:06:07,618 --> 00:06:10,496 Taklah. Semua ini akan diletakkan di atas lantai. 94 00:06:10,579 --> 00:06:13,165 Semuanya akan diletakkan di bawah. 95 00:06:13,249 --> 00:06:17,294 Agak berisiko kalau tak penuhkan ruang dengan banyak objek 96 00:06:17,378 --> 00:06:19,588 tapi risiko ini berbaloi. 97 00:06:19,672 --> 00:06:23,551 Menghampiri penghujung, saya akan kerah semua orang 98 00:06:23,634 --> 00:06:26,971 untuk buat kegelapan ini untuk penuhkan lantai. 99 00:06:27,596 --> 00:06:31,058 - Nampaknya kita ada cabaran. - Saya pun rasa begitu. 100 00:06:31,142 --> 00:06:33,144 - Mari kita mula. - Mari kita buat. 101 00:06:35,104 --> 00:06:38,607 MENCIPTA 102 00:06:40,025 --> 00:06:41,777 - Ini bahagian yang seronok. - Ya! 103 00:06:41,861 --> 00:06:42,903 Mari kita buat. 104 00:06:50,911 --> 00:06:52,538 Saya teruja sekarang. 105 00:06:52,621 --> 00:06:54,623 - Ya, kawan! - Ya, mari kita buat! 106 00:06:59,795 --> 00:07:01,547 Saya akan atur pasukan Corning. 107 00:07:02,131 --> 00:07:06,343 Saya akan tunjuk pada Tom dan Eric cara buat bata. Mereka boleh buat sendiri. 108 00:07:06,427 --> 00:07:09,597 Awak kena buat lebih tekstur. Tekan pada permukaan. 109 00:07:09,680 --> 00:07:10,890 Ya. 110 00:07:10,973 --> 00:07:13,559 Saya dan Helen akan buat arnab. 111 00:07:13,642 --> 00:07:17,062 Bahagian isi dalam terkeluar nak buat di badan atau tangan? 112 00:07:17,146 --> 00:07:18,856 Ya. Di tengah badannya. 113 00:07:19,523 --> 00:07:22,485 Saya tak pandai buat bulatan. Eric yang akan buat. 114 00:07:25,779 --> 00:07:26,864 Saya rasa seronok. 115 00:07:26,947 --> 00:07:28,532 Saya seronok setakat ini. 116 00:07:29,158 --> 00:07:34,580 Cabaran ini teramat penting. Apa yang saya buat adalah untuk berada di sini. 117 00:07:35,414 --> 00:07:39,960 Seronok dapat berada di tahap ini dalam pertandingan. 118 00:07:40,794 --> 00:07:43,297 Suami saya suruh saya masuk. 119 00:07:44,131 --> 00:07:47,510 Dia kalah melawan kanser. 120 00:07:47,593 --> 00:07:52,306 Jadi saya cakap, "Okey, saya akan masuk." Sekarang saya di sini. 121 00:07:55,184 --> 00:07:56,810 Biar semua terbakar. 122 00:07:57,895 --> 00:07:59,271 Saya tak janji apa-apa. 123 00:08:00,397 --> 00:08:03,442 Susie, awak ada ramalan siapa yang akan menang? 124 00:08:03,526 --> 00:08:07,488 Tak, tak ada. Apa yang pelik untuk saya berada di sini 125 00:08:07,571 --> 00:08:11,325 ialah saya tak rasa ada pemenang dalam seni. 126 00:08:12,076 --> 00:08:15,204 Untuk menang dalam seni, buat karya setiap hari. 127 00:08:20,042 --> 00:08:23,837 Waktu mula-mula saya nak jadi artis kaca, saya jadi pelukis dulu. 128 00:08:24,630 --> 00:08:29,927 Sebaik saja masuk ke dalam bengkel panas, saya tinggal semua, berhenti melukis. 129 00:08:30,594 --> 00:08:32,930 Hidup saya lepas itu hanyalah kaca. 130 00:08:33,931 --> 00:08:38,394 Kami anggap hadiah ini boleh mengubah hidup. Awak rasa betulkah? 131 00:08:38,477 --> 00:08:39,812 Sangat betul. 132 00:08:40,646 --> 00:08:43,566 Hadiah yang menanti tentunya sangat hebat. 133 00:08:43,649 --> 00:08:49,572 Dah 20 tahun saya dalam bidang ini. Saya tak ada simpanan, harta atau wang. 134 00:08:49,655 --> 00:08:51,657 Kalau ada duit dalam bank nanti 135 00:08:51,740 --> 00:08:55,995 dan dapat residensi di tempat seperti Corning, itu mimpi jadi nyata. 136 00:08:57,162 --> 00:09:00,833 Hadiah itu boleh mengubah hidup ramai artis kaca. 137 00:09:00,916 --> 00:09:02,376 Usaha lagi. 138 00:09:05,921 --> 00:09:08,257 HUJUNG PAIP BAHAGIAN PALING SEMPIT YANG MEMISAHKAN 139 00:09:08,340 --> 00:09:14,430 Karya ini melambangkan perjalanan saya. Melambangkan hasrat untuk terus berjuang. 140 00:09:15,097 --> 00:09:19,727 Sfera ini mestilah berwarna-warni. Ia melambangkan harapan. 141 00:09:20,519 --> 00:09:24,773 Jadi saya guna warna-warna lembut. 142 00:09:24,857 --> 00:09:29,278 Merah dan kuning, menunjukkan semangat membara. 143 00:09:29,903 --> 00:09:33,240 Saya akan gunakan teknik murina. 144 00:09:33,324 --> 00:09:39,538 Saya guna murina untuk buat corak yang agak seragam dan membulat. 145 00:09:42,041 --> 00:09:44,043 Banyaknya tongkat patah. 146 00:09:44,126 --> 00:09:46,879 Asyik pecah. Yang satu lagi pun sama. 147 00:09:49,757 --> 00:09:51,592 Tak sepatutnya jadi begini. 148 00:09:52,217 --> 00:09:55,179 Ada reaksi berlaku dengan kaca lut sinar 149 00:09:55,262 --> 00:09:58,098 yang membuatkan semua benda berkecai. 150 00:09:58,182 --> 00:10:01,727 Ya. Malangnya kadang-kadang memang akan berlaku. 151 00:10:02,519 --> 00:10:07,441 Saya kena buat keputusan lain cepat. Saya dah rugi dua jam. 152 00:10:07,524 --> 00:10:14,198 Saya guna rancangan yang sama cuma palet warna lain dan harapnya cukup masa. 153 00:10:14,907 --> 00:10:18,994 MASA YANG TINGGAL 6 JAM 154 00:10:22,373 --> 00:10:24,750 Sekarang saya sedang buat tekstur pada arnab. 155 00:10:24,833 --> 00:10:27,920 Saya nak ia nampak macam patung arnab. 156 00:10:28,003 --> 00:10:30,839 - Baru nampak macam gebu. - Betul. 157 00:10:31,423 --> 00:10:34,510 Arnab ini sepatutnya jadi mainan buangan kanak-kanak. 158 00:10:34,593 --> 00:10:36,136 Mula memberontak. 159 00:10:37,137 --> 00:10:39,014 Ayah saya meninggal ketika saya 10 tahun. 160 00:10:39,098 --> 00:10:44,687 Saya jarang cerita tentang itu tapi ia memberi kesan pada hidup saya. 161 00:10:45,813 --> 00:10:50,359 Bahagian pembuatan ini sangat melegakan saya. Ini cara saya lepaskan perasaan. 162 00:10:50,442 --> 00:10:52,820 Saya rasa sebab itu saya buat kerja ini. 163 00:10:54,113 --> 00:10:57,157 Ini apa yang saya bayangkan. 164 00:11:06,709 --> 00:11:08,711 Buat kali pertama dalam musim ini, 165 00:11:08,794 --> 00:11:13,006 pemasangan pemenang akan dipamerkan di Muzium Kaca Corning. 166 00:11:13,090 --> 00:11:15,592 Berapa besarkah impaknya bagi seorang artis? 167 00:11:15,676 --> 00:11:18,137 Saya harap ia boleh beri impak yang sangat besar. 168 00:11:18,220 --> 00:11:22,891 Muzium Kaca Corning adalah muzium terkemuka dalam dunia kaca. 169 00:11:22,975 --> 00:11:23,851 Bagus. 170 00:11:23,934 --> 00:11:27,479 Itu platform yang hebat yang diimpikan oleh ramai artis kaca. 171 00:11:27,563 --> 00:11:31,483 Semua usaha adalah untuk ini. Ini yang dalam kepala kita. 172 00:11:31,567 --> 00:11:36,447 Saya tak fikir lagi karya akan dipamerkan di Corning. Saya tak nak terkena sumpah. 173 00:11:45,622 --> 00:11:51,253 Pasukan John luang banyak masa buat tekstur pada karya berbeza. 174 00:11:51,336 --> 00:11:54,506 Terlalu lama. Saya harap berbaloilah. 175 00:11:54,590 --> 00:11:56,925 Setakat ini saya dah buat kepala arnab. 176 00:11:57,009 --> 00:12:01,013 Kita dah buat selonggok bata dan ini adalah badan arnab. 177 00:12:01,096 --> 00:12:02,639 Kena buat bulu lagi. 178 00:12:03,265 --> 00:12:04,683 Memang memakan masa. 179 00:12:04,767 --> 00:12:08,187 Saya sangat pentingkan warna. Saya pastikan semua betul. 180 00:12:08,812 --> 00:12:11,482 Sekejap, saya buat terbalikkah? 181 00:12:15,152 --> 00:12:16,695 Sepatutnya sebaliknya. 182 00:12:17,279 --> 00:12:19,364 Saya buat kepala mengiring ke satu sisi. 183 00:12:19,448 --> 00:12:22,576 Tapi saya buat badan mengiring ke sisi bertentangan. 184 00:12:22,659 --> 00:12:25,329 Saya buat silap. Saya kena betulkan sekarang. 185 00:12:26,371 --> 00:12:27,289 Itu dia. 186 00:12:28,081 --> 00:12:32,544 Mujurlah masih panas lagi jadi kami terus terbalikkan. 187 00:12:33,295 --> 00:12:36,840 Kita kata, "Jadi artis kaca bukan kena buat kaca 188 00:12:36,924 --> 00:12:38,550 tapi baiki kaca", jadi… 189 00:12:39,843 --> 00:12:43,180 Kami ada masalah ketidakserasian. 190 00:12:45,015 --> 00:12:47,726 Warna lembut meletup 191 00:12:47,810 --> 00:12:51,230 jadi kami kena guna palet warna berbeza sekarang. 192 00:12:51,939 --> 00:12:57,236 Saya tukar ke warna terang seperti biru, hijau dan ungu. 193 00:12:58,445 --> 00:12:59,780 Pecah juga. 194 00:13:00,405 --> 00:13:03,033 - Itu tak bagus. - Kenapa jadi begini? 195 00:13:03,575 --> 00:13:05,327 Pecah juga. 196 00:13:05,410 --> 00:13:08,413 - Ia berkecai dari luar. - Ya. 197 00:13:08,497 --> 00:13:09,790 Gila betul. 198 00:13:10,999 --> 00:13:13,293 Saya tak tahu nak cakap apa. 199 00:13:14,294 --> 00:13:18,257 Ketidakserasian berlaku. Selama ini kita guna kaca yang sama juga. 200 00:13:18,340 --> 00:13:21,426 Saya rasa dia guna cara yang dia tak pernah guna. 201 00:13:21,510 --> 00:13:22,886 Awak macam mana, Minhi? 202 00:13:24,096 --> 00:13:25,222 Tak bagus. 203 00:13:25,305 --> 00:13:29,351 Saya tak nak menang sebab Minhi tak dapat buat apa yang dia nak buat. 204 00:13:29,434 --> 00:13:31,687 Saya nak dia buat karya mengagumkan. 205 00:13:33,355 --> 00:13:35,524 Banyak masa terbazir. 206 00:13:36,942 --> 00:13:39,403 Perasaan saya bercampur baur. 207 00:13:40,654 --> 00:13:46,702 Saya dah buntu. Saya tak boleh fikir dan tak tahu nak buat apa. 208 00:13:50,706 --> 00:13:51,999 Awak masih bertahan? 209 00:13:55,085 --> 00:13:56,461 Awak boleh. 210 00:13:56,545 --> 00:14:00,841 Fikirkan idea baru. Awak akan okey. Okey? 211 00:14:00,924 --> 00:14:01,800 Awak boleh. 212 00:14:03,260 --> 00:14:08,348 Saya sangat perlukan kata-kata semangat yang Katherine beri pada saya itu. 213 00:14:10,100 --> 00:14:11,351 Baik. Semoga berjaya. 214 00:14:12,978 --> 00:14:15,939 Pada tahap ini, saya tahu saya mesti buat juga. 215 00:14:17,024 --> 00:14:22,779 Daripada guna bar warna, yang asyik pecah, saya kena guna frit. 216 00:14:22,863 --> 00:14:26,909 Saya tukar dari murina ke tongkat. 217 00:14:27,576 --> 00:14:30,412 Sekurang-kurangnya boleh guna warna lembut semula. 218 00:14:30,495 --> 00:14:32,289 Ini tentu menjadi. 219 00:14:34,458 --> 00:14:38,921 Sudah empat jam berlalu, tinggal empat jam lagi. Sudah separuh masa berlalu. 220 00:14:39,004 --> 00:14:39,963 Okey, bakar. 221 00:14:42,591 --> 00:14:44,384 - Okey, kendurkan. - Ya. 222 00:14:45,510 --> 00:14:47,471 - Hai, Katherine. - Hai, John. 223 00:14:47,554 --> 00:14:50,349 Apa awak harap dapat capai dengan karya ini? 224 00:14:50,432 --> 00:14:53,644 Saya nak karya ini mendalam. 225 00:14:53,727 --> 00:14:59,399 Ini bukan sekadar karya di dalam ruang tetapi ruang itu sendiri juga penting. 226 00:15:00,025 --> 00:15:01,985 Awak rasa itu berisiko? 227 00:15:02,069 --> 00:15:07,240 Saya agak takut. Tapi saya memang jenis yang ikut gerak hati dari awal lagi. 228 00:15:07,324 --> 00:15:09,159 Cabaran akhir ini amat bermakna 229 00:15:09,242 --> 00:15:13,872 jadi saya nak buat karya terkecil yang saya pernah buat dalam pertandingan ini. 230 00:15:15,415 --> 00:15:18,377 - Sila sambung. Semoga berjaya. - Terima kasih. 231 00:15:20,337 --> 00:15:25,008 PAPAN GABUS - UNTUK MELICINKAN DAN MERATAKAN TANPA MENYERAP HABA KACA PANAS 232 00:15:27,844 --> 00:15:30,597 Ya, nampak macam api. 233 00:15:31,223 --> 00:15:38,021 Dalam membuat karya ini tentang bangkit menghadapi cabaran dan dugaan hidup, 234 00:15:38,105 --> 00:15:41,191 saya betul-betul melaluinya. 235 00:15:41,900 --> 00:15:45,112 Ini masanya untuk tebus balik. 236 00:15:45,195 --> 00:15:48,699 Di sini saya dapat kekuatan untuk meluru ke hadapan. 237 00:15:49,241 --> 00:15:54,871 Satu-satunya pilihan lain saya adalah mengalah. Saya takkan ambil pilihan itu. 238 00:15:55,872 --> 00:15:57,332 Saya bangkit. 239 00:15:59,584 --> 00:16:01,753 Saya akan cantum arnab ketika panas. 240 00:16:02,295 --> 00:16:03,296 Dah lekat. 241 00:16:03,380 --> 00:16:06,633 Saya buat cara ini sebab nampak lebih asli. 242 00:16:07,509 --> 00:16:10,512 Patung arnab mesti kelihatan asli. 243 00:16:10,595 --> 00:16:11,430 Saya suka. 244 00:16:11,513 --> 00:16:13,306 Itu sisi yang betul. 245 00:16:14,099 --> 00:16:16,727 Warnanya nampak cantik. Hebat. 246 00:16:18,645 --> 00:16:20,814 Kami buat sfera besar. 247 00:16:20,897 --> 00:16:24,526 Bukan guna murina tapi warnanya dalam palet warna saya. 248 00:16:24,609 --> 00:16:26,903 Besar dan terang. 249 00:16:26,987 --> 00:16:32,576 Entah kenapa sfera ini nampak lebih cantik. 250 00:16:32,659 --> 00:16:34,661 Saya rasa puas hati. 251 00:16:34,745 --> 00:16:36,538 Okey, semua angkat dan tarik. 252 00:16:37,581 --> 00:16:38,665 Cantik. 253 00:16:42,461 --> 00:16:46,173 Itu dia. Itu saja bahagian yang masuk penyepuh lindap. 254 00:16:46,256 --> 00:16:49,217 Yang lain semua saya kena buat sendiri. 255 00:16:49,301 --> 00:16:53,305 MASA YANG TINGGAL 1.5 JAM 256 00:16:56,058 --> 00:16:58,435 Saya kena buat bunga kecil. 257 00:16:58,518 --> 00:17:01,021 Ini isi perut arnab yang terkeluar. 258 00:17:01,104 --> 00:17:04,691 Ketika saya mula-mula masuk, saya takut dengan semua orang. 259 00:17:05,609 --> 00:17:08,445 Saya nak buktikan pada diri saya dan pada dunia 260 00:17:08,528 --> 00:17:11,990 kalau saya jujur dan utamakan apa yang penting pada saya, 261 00:17:12,074 --> 00:17:13,492 saya boleh menang. 262 00:17:14,076 --> 00:17:15,702 Saya sangat suka bunga ini. 263 00:17:16,703 --> 00:17:18,997 Kami semua sedang buat kegelapan. 264 00:17:19,998 --> 00:17:20,916 Bersama-sama. 265 00:17:22,125 --> 00:17:24,669 Ini bahan bertar 266 00:17:24,753 --> 00:17:29,174 yang cuba menarik gelembung utama saya yang sedang naik ke atas. 267 00:17:30,300 --> 00:17:31,468 - Boleh? - Boleh. 268 00:17:33,428 --> 00:17:39,017 Saya masukkan kegelapan yang paling besar ke dalam penyepuh lindap. 269 00:17:41,812 --> 00:17:44,689 Para peniup kaca, tinggal 45 minit lagi. 270 00:17:46,149 --> 00:17:49,444 Apa yang penting, siapkan semua bahagian yang kena buat. 271 00:17:49,528 --> 00:17:51,947 Banyak perlu dibuat tapi masa tak cukup. 272 00:17:52,030 --> 00:17:54,407 Jadi saya sangat gementar. 273 00:17:58,620 --> 00:17:59,704 Terbalikkan. 274 00:18:01,581 --> 00:18:03,125 Okey, tolong bakar. 275 00:18:03,208 --> 00:18:04,042 Ya. 276 00:18:05,210 --> 00:18:09,840 Apa yang membezakan pemasangan yang hebat dengan karya biasa? 277 00:18:09,923 --> 00:18:14,845 Kita tak boleh fikir tentang komposisi sahaja tetapi juga cara untuk guna ruang. 278 00:18:14,928 --> 00:18:18,974 Memang sangat susah untuk artis kaca buat format pemasangan. 279 00:18:19,057 --> 00:18:23,186 Sebab kita kena fikir tentang komponen dan banyak karya 280 00:18:23,270 --> 00:18:25,689 untuk memenuhi ruang. 281 00:18:25,772 --> 00:18:29,401 Sebenarnya pemasangan 282 00:18:29,484 --> 00:18:32,320 boleh jadi lebih sukar berbanding membuat objek. 283 00:18:32,821 --> 00:18:34,823 Letak karya atas kekaki itu biasa. 284 00:18:34,906 --> 00:18:38,618 Luar biasa kalau dapat rasa macam masuk dalam satu persekitaran. 285 00:18:42,164 --> 00:18:43,790 Teruskan. Letak saja. 286 00:18:44,291 --> 00:18:45,125 Ya. 287 00:18:48,295 --> 00:18:52,257 Ini adalah bahagian yang tumbuh antara bata dan tanah. 288 00:18:52,924 --> 00:18:54,134 Mesti cantik. 289 00:18:56,511 --> 00:18:58,680 Dah boleh nampak hitam cair. 290 00:19:02,642 --> 00:19:07,314 Tinggal 15 minit lagi. Masukkan karya terakhir anda dalam penyepuh lindap. 291 00:19:07,397 --> 00:19:08,940 - Panas dan meleleh? - Ya. 292 00:19:09,691 --> 00:19:16,114 Apabila masa semakin suntuk, saya rasa saya dah buat secukupnya. 293 00:19:16,907 --> 00:19:20,744 Kalau hasilnya seperti yang saya bayang, ini akan jadi karya kegemaran saya. 294 00:19:20,827 --> 00:19:24,206 Tapi saya takkan tahu apa rupanya selagi tak pasang. 295 00:19:25,540 --> 00:19:27,542 Minhi, tinggal lima minit lagi! 296 00:19:29,336 --> 00:19:30,337 Cantik. 297 00:19:32,547 --> 00:19:34,591 - Dari tepi, tak apa. - Syabas. 298 00:19:34,674 --> 00:19:36,509 - Syabas. - Terima kasih, kawan. 299 00:19:36,593 --> 00:19:39,721 Sepuluh cabaran selesa. Saya akan rindukan tempat ini. 300 00:19:39,804 --> 00:19:42,891 Syabas! Kamu semua hebat! 301 00:19:42,974 --> 00:19:47,270 Saya berjaya apabila siap pemasangan. Berjaya sampai ke penghujung. 302 00:19:47,354 --> 00:19:49,064 - Tahniah. - Terima kasih. 303 00:19:53,735 --> 00:19:59,199 Kami akan mulakan dengan menyusun bata. Kemudian pecahkan kaca, letak di keliling. 304 00:19:59,282 --> 00:20:04,537 Saya pernah buat pemasangan tapi biasanya ambil masa berbulan, bertahun untuk buat. 305 00:20:04,621 --> 00:20:06,831 Kita boleh cipta kedalaman juga. 306 00:20:06,915 --> 00:20:11,002 Saya nak apabila penonton masuk, mereka nampak ruang yang tenang. 307 00:20:11,086 --> 00:20:13,922 Kemudian baru nampak barang-barang bersepah ini. 308 00:20:14,005 --> 00:20:17,259 Letak arnab di sana. Di penjuru ini. 309 00:20:17,342 --> 00:20:18,843 Yang mana gantung rendah? 310 00:20:18,927 --> 00:20:20,929 - Yang bawah ini? - Yang hitam. 311 00:20:21,554 --> 00:20:26,434 Tanpa sfera itu, tanpa tiang tengah, tak adalah karya. 312 00:20:26,518 --> 00:20:28,186 Baiklah, ini dia. 313 00:20:28,812 --> 00:20:32,857 Itu fokus saya apabila saya mulakan. 314 00:20:33,483 --> 00:20:36,278 - Sya suka. Saya akan lekatkan di sini. - Boleh. 315 00:20:37,862 --> 00:20:43,368 Apa yang saya risaukan, bulatan itu mestilah sepadan dan nampak kena, 316 00:20:43,451 --> 00:20:45,203 nampak macam lantai pecah. 317 00:20:45,287 --> 00:20:46,371 Nampak hebat. 318 00:20:47,247 --> 00:20:50,250 - Ya, sambung di sini? - Nak sambung? 319 00:20:50,333 --> 00:20:54,087 Saya kena fikir macam mana nak susun semua ini 320 00:20:54,170 --> 00:20:58,717 dan saya nak penuhkan ruang saya sebanyak mungkin. 321 00:20:58,800 --> 00:21:01,052 Saya takkan alih, saya lekatkan saja. 322 00:21:02,095 --> 00:21:04,431 Dah jadi makin bahaya. 323 00:21:04,514 --> 00:21:10,979 Sebab semua benda bersambung, teralih sedikit boleh hancurkan semua. 324 00:21:12,772 --> 00:21:14,024 Jaga-jaga belakang. 325 00:21:15,608 --> 00:21:17,402 - Hati-hati. - Ya. 326 00:21:18,111 --> 00:21:19,654 Nyawa di hujung tanduk. 327 00:21:21,865 --> 00:21:24,743 Ini karya kegemaran saya yang saya buat di sini. 328 00:21:25,452 --> 00:21:28,455 Saya rasa ini karya terakhir yang hebat 329 00:21:28,538 --> 00:21:31,374 sebab ia tentang harapan dan impian. 330 00:21:31,458 --> 00:21:33,543 Kamu semua, kita berjaya. 331 00:21:34,169 --> 00:21:36,379 - Terima kasih semua. Syabas. - Ya! 332 00:21:36,463 --> 00:21:37,630 Kamu semua hebat. 333 00:21:37,714 --> 00:21:39,049 Pelukan berkumpulan! 334 00:21:39,632 --> 00:21:40,925 Bagus. 335 00:21:45,972 --> 00:21:49,225 PEMBENTANGAN 336 00:21:54,105 --> 00:21:59,986 Saya harap para juri dapat rasakan semua yang saya curah dalam karya ini. 337 00:22:00,070 --> 00:22:05,367 Kepayahan dan pencapaian setelah menempuhi ujian itu. 338 00:22:05,450 --> 00:22:09,913 Saya berjaya bangkit dari kegelapan 339 00:22:09,996 --> 00:22:12,916 dan mengharapkan sinar yang terang. 340 00:22:14,959 --> 00:22:17,420 Konsep diambil daripada ruang putih. 341 00:22:17,504 --> 00:22:20,757 Saya nak penonton masuk ke ruang kosong ini 342 00:22:20,840 --> 00:22:25,261 tapi di bawahnya ada sebuah nyawa yang cari cara untuk bangkit dan bersinar. 343 00:22:33,061 --> 00:22:35,438 Selamat datang ke galeri pusingan akhir. 344 00:22:37,649 --> 00:22:40,318 Ini bahagian galeri Minhi. 345 00:22:41,027 --> 00:22:44,697 Saya sangat seronok Minhi berjaya siapkan karya dia. 346 00:22:44,781 --> 00:22:49,411 Saya betul-betul kagum dia berjaya buat sesuatu yang kelihatan 347 00:22:49,494 --> 00:22:54,082 seperti akan gagal tetapi berjaya menjadikannya visi yang kohesif. 348 00:22:54,165 --> 00:22:56,418 Saya rasa itulah maksud karya ini. 349 00:22:56,501 --> 00:23:01,673 Berjaya bangkit dari kesusahan dan cipta sesuatu yang luar biasa. 350 00:23:02,298 --> 00:23:06,428 Saya suka tengok tali atau tompok tar ini 351 00:23:06,511 --> 00:23:08,805 terlekat pada permukaan lantai. 352 00:23:08,888 --> 00:23:15,478 Cara bahagian tepi ini cair, ciri animasi ini membantu melengkapkan idea dia. 353 00:23:15,562 --> 00:23:20,024 Ya. Dia menggunakan ruang dan barang yang ada dengan agak berkesan. 354 00:23:20,108 --> 00:23:21,526 Ya, betul. 355 00:23:22,026 --> 00:23:28,116 Apa yang saya suka ialah perbezaan antara warna dan berat bentuk ini 356 00:23:28,199 --> 00:23:32,745 berbanding tompok-tompok hitam ini. 357 00:23:32,829 --> 00:23:38,126 Saya tak pasti adakah jalur itu yang dia nak buat pada awalnya 358 00:23:38,209 --> 00:23:43,006 tapi bentuk dan warna itu memberi bayangan 359 00:23:43,089 --> 00:23:45,341 seperti belon udara panas sedang naik. 360 00:23:45,425 --> 00:23:49,471 Jadi saya rasa dia mengetengahkan konsepnya 361 00:23:49,554 --> 00:23:52,724 dalam cara yang berkesan dan sedap mata memandang. 362 00:23:53,766 --> 00:23:57,729 Tetapi saya cuba untuk pejam mata 363 00:23:58,438 --> 00:24:01,399 sambungan-sambungan silikon yang tak rata itu. 364 00:24:01,483 --> 00:24:06,070 Saya tak tahu dia memang kurang mahir atau tak cukup masa. 365 00:24:06,154 --> 00:24:08,364 Boleh jadi banyak sebab tapi… 366 00:24:08,448 --> 00:24:11,743 saya harap dia buat dengan lebih kemas. 367 00:24:13,036 --> 00:24:18,750 Betapa susahkah untuk buat banyak karya untuk sesebuah pemasangan? 368 00:24:18,833 --> 00:24:19,876 Sangat susah. 369 00:24:19,959 --> 00:24:25,131 Biasanya ambil berbulan masa penyediaan, perancangan dan buat setiap bahagian. 370 00:24:25,215 --> 00:24:29,469 Untuk buat semua ini dalam masa yang sangat singkat sangat mencabar. 371 00:24:29,552 --> 00:24:30,678 Agak mengagumkan. 372 00:24:36,226 --> 00:24:39,229 Ini bahagian galeri John Moran. 373 00:24:39,312 --> 00:24:42,273 "Dibuang, si patung arnab yang ditinggalkan, 374 00:24:42,357 --> 00:24:46,152 walaupun terobek dan luka, datangnya sinar hidup baru." 375 00:24:46,736 --> 00:24:49,739 Dia buat sesuatu yang menarik, bermain dengan ruang. 376 00:24:49,822 --> 00:24:52,784 Lantai pecah putih itu agak menarik. 377 00:24:52,867 --> 00:24:58,081 Macam pecah merata. Saya suka tengok tumbuhan-tumbuhan hijau itu. 378 00:24:58,164 --> 00:25:02,794 Mesti lama dia ambil masa nak bakar frit itu. Tapi saya tak… 379 00:25:02,877 --> 00:25:07,715 Macam-macam yang saya rasa sekarang. Saya rasa itu bagus, tak sangka. 380 00:25:07,799 --> 00:25:12,929 Saya tak pasti lagi apa kesimpulan saya tentang semua ini. 381 00:25:13,012 --> 00:25:17,225 Mungkinkah awak setuju yang John mengambil konsep kurang itu lebih? 382 00:25:17,308 --> 00:25:19,394 Saya tak nampak begitu. 383 00:25:20,019 --> 00:25:22,939 Apa yang dia buat ini ialah kedalaman. 384 00:25:23,022 --> 00:25:27,235 Ada banyak butiran, banyak warna dan tekstur, nampak sangat nyata. 385 00:25:27,318 --> 00:25:34,284 Arnab itu nampak lembut. Seperti ia sangat disayangi dan jatuh dari kereta tolak bayi 386 00:25:34,367 --> 00:25:37,036 - lalu dilanggar kereta. - Aduhai. 387 00:25:37,120 --> 00:25:38,580 Banyak yang berlaku. 388 00:25:38,663 --> 00:25:42,208 Dia bukan saja buat kita fikir begitu tapi dia memang buat begitu 389 00:25:42,292 --> 00:25:47,380 jadi saya rasa dia betul-betul memanfaatkan ruang, sebenarnya. 390 00:25:47,964 --> 00:25:50,883 Menarik melihat dia cuba mengaktifkan lantai itu. 391 00:25:50,967 --> 00:25:52,510 - Lantai asal begitu. - Ya. 392 00:25:52,594 --> 00:25:55,888 Nampaknya juri masih tak tahu ini berjaya atau tidak. 393 00:25:56,639 --> 00:26:01,853 Apa pendapat awak tentang bahagian yang lebih kecil ini di mana ada rumput tumbuh? 394 00:26:01,936 --> 00:26:03,563 Saya suka. 395 00:26:03,646 --> 00:26:07,609 Saya rasa bahagian ini menyelamatkan apa yang dia cuba buat. 396 00:26:07,692 --> 00:26:10,820 Ia lebih kecil berbanding apa yang dia buat di sini. 397 00:26:10,903 --> 00:26:14,907 Saya pasti dia takkan selesa kalau bentangkan kita dengan itu sahaja 398 00:26:14,991 --> 00:26:18,911 sedangkan pertaruhannya tinggi. Saya rasa dia berjaya. 399 00:26:20,121 --> 00:26:25,627 Dua artis kaca yang sangat berbeza. Dua pemasangan kaca yang sangat berbeza. 400 00:26:26,628 --> 00:26:27,795 Masa untuk bincang. 401 00:26:28,546 --> 00:26:31,883 Karya siapa lebih baik? John atau Minhi? 402 00:26:32,592 --> 00:26:35,386 Karya John Moran lebih kurang bermasalah. 403 00:26:36,137 --> 00:26:41,309 Konsep dan penyampaian Minhi lebih jelas dalam karyanya. 404 00:26:41,392 --> 00:26:45,438 Karya John sangat rumit dan agak mengelirukan 405 00:26:45,521 --> 00:26:50,318 tetapi pada masa yang sama boleh menyampaikan pelbagai maksud juga. 406 00:26:50,401 --> 00:26:53,696 Sepanjang pertandingan, siapa yang lebih berkembang? 407 00:26:53,780 --> 00:26:56,574 John memang datang dengan kemahiran tinggi. 408 00:26:56,658 --> 00:27:02,080 Dia membuktikan dia memang berkemahiran dan dia takkan gagal membuktikannya. 409 00:27:02,622 --> 00:27:06,584 Ketika Minhi bermula, dengan cermin solek Venetian dia itu, 410 00:27:06,668 --> 00:27:12,548 ke tahap dia sekarang, dia menunjukkan peningkatan dan kemahuan untuk mencuba. 411 00:27:12,632 --> 00:27:13,883 Hebat. 412 00:27:13,966 --> 00:27:16,219 - Jadi kamu dah buat keputusan? - Ya. 413 00:27:18,137 --> 00:27:20,473 Pertandingan ini antara pengalaman terbaik saya. 414 00:27:20,556 --> 00:27:23,226 Saya dah buat apa yang saya datang nak buat. 415 00:27:23,309 --> 00:27:28,356 Saya tinggalkan pertandingan ini sebagai artis lebih baik dan manusia lebih kuat. 416 00:27:29,941 --> 00:27:34,821 Ketika mula-mula saya ke sini, saya fikir saya buat untuk suami saya, Jesse, 417 00:27:34,904 --> 00:27:39,325 tapi sekarang saya sedar yang saya buat untuk diri saya. 418 00:27:39,909 --> 00:27:42,578 Itu yang sebaiknya. 419 00:27:44,122 --> 00:27:49,585 Minhi, John, anda berdua ialah peniup kaca yang sangat kreatif dan berazam tinggi. 420 00:27:49,669 --> 00:27:55,258 Saya kagum dan bangga melihat karya anda berdua. 421 00:27:55,341 --> 00:27:59,554 Galeri anda sungguh bercita-cita tinggi. Sungguh hebat. 422 00:28:00,179 --> 00:28:01,055 Terima kasih. 423 00:28:02,056 --> 00:28:08,563 John, awak adalah peserta yang kuat tetapi awak tak ambil langkah mudah. 424 00:28:08,646 --> 00:28:11,190 Awak sentiasa muncul dengan karya hebat. 425 00:28:11,274 --> 00:28:13,317 Awak tak pernah bangga diri. 426 00:28:13,401 --> 00:28:16,446 Awak hasilkan karya terbaik dengan cara tersendiri. 427 00:28:16,529 --> 00:28:19,031 Sebab itu awak berjaya ke peringkat akhir. 428 00:28:19,532 --> 00:28:20,366 Terima kasih. 429 00:28:20,867 --> 00:28:25,580 Minhi, si berani. Permulaan awak goyah. 430 00:28:26,205 --> 00:28:29,917 Awak datang dengan kesedihan dan nampak tidak yakin. 431 00:28:30,001 --> 00:28:35,631 Tetapi sepanjang pertandingan, kami saksikan awak sembuh di bengkel panas ini. 432 00:28:36,340 --> 00:28:40,970 Minhi, kami percaya pada awak. Saya harap sekarang awak juga percaya pada diri. 433 00:28:41,471 --> 00:28:42,305 Saya percaya. 434 00:28:44,515 --> 00:28:46,142 Kami sudah ada keputusan. 435 00:28:47,643 --> 00:28:51,522 Juara Blown Away bagi musim ini ialah… 436 00:28:57,320 --> 00:28:58,196 John. 437 00:29:00,656 --> 00:29:02,158 Awak hebat, Minhi. 438 00:29:02,992 --> 00:29:07,455 - Gembira berada di sini dengan awak. - Tahniah, awak Artis Kaca Terunggul. 439 00:29:07,538 --> 00:29:08,623 Terima kasih banyak. 440 00:29:11,125 --> 00:29:13,669 - Terima kasih untuk segalanya. - Tahniah. 441 00:29:13,753 --> 00:29:17,215 Saya tersangat bangga. Saya tak pernah rasa sebangga ini. 442 00:29:17,840 --> 00:29:20,051 Saya datang dengan teruja dan harapan 443 00:29:20,134 --> 00:29:24,680 dan sekarang saya Juara Blown Away. Masih susah nak percaya. 444 00:29:24,764 --> 00:29:25,973 Syabas, Minhi. 445 00:29:27,475 --> 00:29:30,520 Saya tahu kesusahan itu nyata. 446 00:29:31,479 --> 00:29:34,190 Tapi kalau kita buka mata dan lihat sekeliling, 447 00:29:34,273 --> 00:29:37,318 percayalah, akan ada yang akan buat kita tersenyum. 448 00:29:37,401 --> 00:29:40,780 Terima kasih untuk segalanya. Saya tak tahu nak cakap apa. 449 00:29:41,364 --> 00:29:42,865 Awak hebat. 450 00:29:42,949 --> 00:29:44,826 Saya tak tahu apa yang menanti. 451 00:29:44,909 --> 00:29:46,869 Saya akan terus berkarya. 452 00:29:46,953 --> 00:29:50,790 Saya ada idea-idea baru jadi saya tak sabar nak kembali ke studio. 453 00:30:15,314 --> 00:30:19,777 Terjemahan sari kata oleh Faraleen