1 00:00:09,217 --> 00:00:10,927 SEBUAH SIRI ANIME NETFLIX 2 00:01:23,917 --> 00:01:26,294 Jangan menyusahkan kami. 3 00:01:27,003 --> 00:01:29,130 Awak memang dungu. 4 00:01:29,214 --> 00:01:35,637 Awak boleh elakkan semua kesakitan ini kalau awak serahkannya senyap-senyap. 5 00:01:42,227 --> 00:01:45,355 Di sini terdapat satu batu bersurat. 6 00:01:46,314 --> 00:01:49,400 Makhluk daripada tamadun purba 7 00:01:49,484 --> 00:01:51,778 yang musnah akibat kemajuan tamadun mereka sendiri 8 00:01:51,861 --> 00:01:54,697 menyampaikan amaran kepada generasi masa kini 9 00:01:54,781 --> 00:01:56,449 melalui catatan ini. 10 00:01:57,575 --> 00:01:58,827 Di sini tertulis, 11 00:01:59,452 --> 00:02:02,580 "Lindungi peninggalan kami daripada penjahat." 12 00:02:03,748 --> 00:02:06,126 Sebuah organisasi menerima pesanan ini dengan ikhlas 13 00:02:06,209 --> 00:02:10,839 dan berusaha memastikan tamadun purba kekal tersembunyi. 14 00:02:10,922 --> 00:02:14,092 Ejen-ejen khas organisasi tersebut 15 00:02:15,552 --> 00:02:17,262 dipanggil "Spriggan". 16 00:03:21,743 --> 00:03:27,582 Profesor Kawahara ialah penyokong dan rakan usaha sama ARCAM. 17 00:03:28,082 --> 00:03:32,879 Kami minta dia mengetuai penggalian di Iskandariah. 18 00:03:32,962 --> 00:03:36,549 Ini sangat kejam. Sesiapa yang melakukannya suka membunuh. 19 00:03:37,050 --> 00:03:41,054 Mayat profesor ditemui dalam lima bahagian. 20 00:03:41,679 --> 00:03:45,141 Kemungkinan besar anggota badannya dipotong semasa dia masih hidup… 21 00:03:48,228 --> 00:03:49,437 Maaf, Yu. 22 00:03:50,063 --> 00:03:52,690 Saya tak patut cakap begini pada awak. 23 00:03:52,774 --> 00:03:54,192 Tak apa. 24 00:03:54,817 --> 00:03:59,405 Kita perlu pulangkan benda ini sebelum seseorang menyalahgunakannya. 25 00:04:22,095 --> 00:04:24,555 Awak kenal ayah saya? 26 00:04:28,393 --> 00:04:30,186 Gembira bertemu awak. 27 00:04:30,270 --> 00:04:34,274 Saya Yu Ominae. 28 00:04:34,357 --> 00:04:37,151 Saya dari makmal arkeologi ARCAM. 29 00:04:37,235 --> 00:04:39,529 Oh, ARCAM. 30 00:04:40,238 --> 00:04:42,115 Saya anak Kawahara, Suzuko. 31 00:04:54,085 --> 00:04:58,256 Ayah saya pernah jadi ahli arkeologi yang dihormati yang sayangkan keluarganya. 32 00:04:58,840 --> 00:05:04,178 Tapi dia berubah selepas terlibat dengan orang dari ARCAM. 33 00:05:04,262 --> 00:05:08,891 Dia asyik bercakap tentang OOPArt dan penggalian yang berkait dengan ilmu ghaib. 34 00:05:09,934 --> 00:05:14,063 Ayah saya tak balik rumah pun selepas ibu saya mati. 35 00:05:15,857 --> 00:05:19,193 Sudah tentu, inilah yang terjadi kepada ayah saya. 36 00:05:19,819 --> 00:05:23,865 Sejujurnya, saya salahkan ARCAM atas kematian mereka. 37 00:05:24,741 --> 00:05:26,242 Oh, ya. 38 00:05:26,326 --> 00:05:27,160 Apa? 39 00:05:27,243 --> 00:05:28,619 Berapa umur awak? 40 00:05:28,703 --> 00:05:30,455 Awak nampak macam pelajar. 41 00:05:32,290 --> 00:05:33,166 Betul. 42 00:05:33,249 --> 00:05:35,918 Saya masih 17 tahun, pelajar junior sekolah tinggi. 43 00:05:36,002 --> 00:05:40,965 Kita di pertengahan tahun persekolahan. Awak sepatutnya belajar untuk peperiksaan. 44 00:05:41,632 --> 00:05:44,427 Nampaknya awak tahu banyak perkara. 45 00:05:44,510 --> 00:05:46,512 Saya guru sekolah tinggi. 46 00:05:46,596 --> 00:05:49,515 Walaupun saya ambil cuti untuk ini. 47 00:05:52,602 --> 00:05:55,855 Apa-apa pun, apakah organisasi ARCAM? 48 00:05:55,938 --> 00:05:59,901 Mengheret pelajar sekolah tinggi untuk mencari harta karun. 49 00:05:59,984 --> 00:06:02,945 Mereka memalukan arkeologi. 50 00:06:03,029 --> 00:06:07,116 Jadi, cik, awak tak percaya apa yang ayah awak buat? 51 00:06:07,825 --> 00:06:10,244 Tak seperti ayah saya, saya seorang realis. 52 00:06:10,953 --> 00:06:14,540 Macamlah saya percaya perkara mengarut seperti OOPArt. 53 00:06:14,624 --> 00:06:19,378 Profesor Kawahara tak bekerja dengan kami kerana fantasi kanak-kanaknya. 54 00:06:20,004 --> 00:06:21,422 Dia lelaki hebat yang 55 00:06:21,506 --> 00:06:26,010 pertaruhkan nyawanya untuk menggali runtuhan berbahaya untuk selamatkan dunia. 56 00:06:26,094 --> 00:06:27,804 Awak terlalu kerap melayari Internet. 57 00:06:27,887 --> 00:06:30,932 Awak patut belajar lebih banyak tentang dunia sebenar. 58 00:06:31,015 --> 00:06:34,852 Saya rasa awak patut berfikiran lebih terbuka, cik. 59 00:06:35,770 --> 00:06:39,315 Awak takkan faham pelajar awak kalau awak degil sangat. 60 00:06:40,358 --> 00:06:44,153 Awak ingat awak siapa? 61 00:06:44,654 --> 00:06:48,533 Budak sekolah tinggi sekarang tak tahu hormat orang… 62 00:06:49,033 --> 00:06:49,867 Apa? 63 00:06:54,330 --> 00:06:55,331 Apa yang awak buat? 64 00:06:55,414 --> 00:06:56,999 Awak akan tergigit lidah! 65 00:06:57,083 --> 00:06:59,377 Kenapa? Lepaskan saya! 66 00:07:01,462 --> 00:07:03,548 Apa ini? Cukup! 67 00:07:12,598 --> 00:07:14,642 Walther P99, ya? 68 00:07:16,394 --> 00:07:19,939 Kamu tak nampak macam polis Jerman pada saya! 69 00:07:26,696 --> 00:07:28,364 Ia sangat menyakitkan. 70 00:07:29,073 --> 00:07:30,491 Tak guna! 71 00:07:49,635 --> 00:07:52,388 Ini sasaran awak. 72 00:07:52,972 --> 00:07:59,312 Seorang ejen ARCAM, kumpulan yang mahu menutup dan memusnahkan relik purba. 73 00:07:59,854 --> 00:08:05,860 Dia salah seorang ejen khas Kelas S yang dipanggil Spriggan. 74 00:08:07,403 --> 00:08:12,241 Kenapa awak risau sangat tentang budak macam dia, Kapten Kutheimer? 75 00:08:12,325 --> 00:08:16,037 Saya boleh bunuh dia dengan mudah. 76 00:08:16,120 --> 00:08:19,874 Ada lagi dalam rakaman ini. 77 00:08:19,957 --> 00:08:21,542 - Bo. - Ya, tuan. 78 00:08:29,550 --> 00:08:30,551 TIADA ISYARAT 79 00:08:31,594 --> 00:08:36,182 Bolehkah manusia biasa mengesan musuh dari jauh? 80 00:08:36,849 --> 00:08:39,894 Apa pendapat awak, Mirage? 81 00:08:40,520 --> 00:08:47,401 Orang yang hidup di ambang maut sangat sensitif terhadap bahaya. 82 00:08:48,402 --> 00:08:51,364 Dia memang terbaik dari segi itu. 83 00:08:52,657 --> 00:08:57,286 Tapi Kapten Kutheimer, pada pendapat saya, 84 00:08:58,538 --> 00:09:00,957 banyak yang dia perlu belajar. 85 00:09:05,920 --> 00:09:07,505 Kristoff Baermann. 86 00:09:07,588 --> 00:09:10,174 Bersatu dengan Nasionalis Nazi 87 00:09:10,841 --> 00:09:12,969 dan dalam senarai pengawasan BfV. 88 00:09:13,553 --> 00:09:16,097 Salah satu kumpulan pelampau sayap kanan, ya? 89 00:09:17,098 --> 00:09:18,266 Kenapa awak buat begitu? 90 00:09:18,349 --> 00:09:19,225 Awak ditembak. 91 00:09:19,308 --> 00:09:21,394 - Biar saya periksa awak! - Saya okey! Jangan… 92 00:09:21,477 --> 00:09:22,645 Apa? 93 00:09:22,728 --> 00:09:26,857 Awak tak berdarah. Adakah ini pakaian? 94 00:09:26,941 --> 00:09:29,860 Saya dah cakap saya tak apa-apa! 95 00:09:29,944 --> 00:09:34,782 Ini sut hebat yang dipanggil Sut Otot Berperisai. 96 00:09:34,865 --> 00:09:40,121 Ini satu lagi teknologi berdasarkan OOPArt yang ayah awak gali. 97 00:09:40,621 --> 00:09:43,040 Siapa mereka? 98 00:09:43,124 --> 00:09:45,459 Kamu bergaduh dengan siapa? 99 00:09:45,543 --> 00:09:48,254 Tak tahu. Saya nak tahu. 100 00:09:49,213 --> 00:09:51,215 Tak guna awak tipu saya. 101 00:09:51,299 --> 00:09:54,719 Mereka yang bunuh ayah saya, bukan? 102 00:09:55,928 --> 00:09:58,806 Beritahu saya apa yang berlaku. 103 00:09:59,640 --> 00:10:02,768 Saya nak tahu perkara sebenar. 104 00:10:07,940 --> 00:10:09,108 Nah. 105 00:10:09,984 --> 00:10:14,363 Selepas saya beritahu perkara sebenar, saya mahu awak kembali ke Jepun. 106 00:10:15,364 --> 00:10:18,534 Itulah yang Profesor Kawahara lindungi dengan nyawanya. 107 00:10:19,785 --> 00:10:21,871 Ia tengkorak kristal. 108 00:10:21,954 --> 00:10:24,081 Awak pun tahu. 109 00:10:24,165 --> 00:10:27,793 Sudah tentu. Saya guru sejarah. 110 00:10:28,377 --> 00:10:30,379 Jadi, bagaimana dengan ini? 111 00:10:30,463 --> 00:10:33,799 Sepatutnya ada lebih sepuluh tengkorak lain yang ditemui. 112 00:10:34,383 --> 00:10:38,095 Ia tak berbaloi untuk membunuh seseorang kerananya. 113 00:10:38,179 --> 00:10:40,890 Melainkan ia salah satu tengkorak yang diketahui dunia. 114 00:10:42,141 --> 00:10:44,435 Tapi itu bukan salah satu daripadanya. 115 00:10:44,518 --> 00:10:49,732 Ia diperbuat daripada bahan istimewa yang mempunyai kuasa luar biasa. 116 00:10:50,733 --> 00:10:54,278 Objek yang tak patut wujud jika diikutkan teknologi pada zamannya. 117 00:10:54,362 --> 00:10:57,156 Dalam erti kata lain, OOPArt sebenar. 118 00:10:58,032 --> 00:11:01,952 Tolonglah, itu tak masuk akal. 119 00:11:02,036 --> 00:11:05,539 Kuasa apa yang tengkorak ini ada? 120 00:11:05,623 --> 00:11:08,125 Bagaimana awak tahu? 121 00:11:08,209 --> 00:11:11,295 Tengkorak berbeza seperti ini ditemui tak lama dulu. 122 00:11:11,379 --> 00:11:14,423 ARCAM dah tutup yang itu, 123 00:11:14,507 --> 00:11:19,929 tapi analisis mereka menunjukkan ia boleh menjana jumlah tenaga yang banyak. 124 00:11:20,805 --> 00:11:23,516 Lebih 200 juta megajoule. 125 00:11:23,599 --> 00:11:25,893 Tenaga yang sama dengan beberapa bom atom. 126 00:11:26,644 --> 00:11:29,605 Tapi maklumat itu bocor. 127 00:11:30,272 --> 00:11:33,192 Tenaga tak diketahui yang boleh menggantikan kuasa atom… 128 00:11:33,275 --> 00:11:36,445 Sebab itulah semua orang terdesak mencari tengkorak itu. 129 00:11:37,321 --> 00:11:42,743 Profesor Kawahara membantu menggali tengkorak kedua mengetahui bahaya ini. 130 00:11:43,369 --> 00:11:46,372 Malah mengorbankan hubungannya dengan keluarganya. 131 00:11:48,124 --> 00:11:50,918 Okey, itu saja yang awak mahukan. 132 00:11:51,001 --> 00:11:54,422 Cepat balik ke Jepun dan nyalakan kemenyan untuk… 133 00:11:54,505 --> 00:11:55,423 Saya takkan pergi. 134 00:11:56,424 --> 00:12:00,845 Kelakar betul. Mereka fikir mereka boleh terlepas dengan perbuatan mereka? 135 00:12:00,928 --> 00:12:03,305 Tak mungkin saya akan pergi begini. 136 00:12:03,389 --> 00:12:06,934 Aduhai, balas dendam dah tak popular sekarang. 137 00:12:07,017 --> 00:12:09,019 Saya bukan nak balas dendam. 138 00:12:09,103 --> 00:12:11,647 Saya akan bawa pesalah ke muka pengadilan 139 00:12:11,730 --> 00:12:14,108 dan curi semula tengkorak itu. 140 00:12:14,191 --> 00:12:18,737 Cik, situasi ini lebih besar daripada itu. 141 00:12:18,821 --> 00:12:22,658 ARCAM akan uruskan hal ini, jadi balik saja ke Jepun… 142 00:12:22,741 --> 00:12:23,742 Tidak! 143 00:12:24,577 --> 00:12:25,870 Cukup! 144 00:12:25,953 --> 00:12:28,330 Sejujurnya, awak menyusahkan! 145 00:12:28,414 --> 00:12:31,333 Kalau awak tak nak jadi macam ayah awak… 146 00:12:31,417 --> 00:12:32,710 Ayah saya… 147 00:12:35,254 --> 00:12:40,176 Ayah saya pilih ARCAM berbanding keluarganya. 148 00:12:41,760 --> 00:12:47,391 Tak kira sekecil mana pun, saya tak boleh berehat sehingga saya dapatkannya semula. 149 00:12:49,059 --> 00:12:53,564 Saya tak rasa kamu semua akan faham perasaan saya. 150 00:13:15,961 --> 00:13:17,379 Maaf kerana mengganggu. 151 00:13:17,463 --> 00:13:23,886 Saya tak sangka awak akan datang ke sini pada siang hari, Spriggan. 152 00:13:23,969 --> 00:13:27,306 Bukannya kita berdua boleh ke balai polis. 153 00:13:27,848 --> 00:13:29,725 Saya datang untuk tengkorak itu. 154 00:13:30,309 --> 00:13:31,644 Saya akan ambil balik. 155 00:13:34,021 --> 00:13:38,692 Tak mungkin. Awak fikir kami akan pulangkannya dengan mudah? 156 00:13:38,776 --> 00:13:42,446 Jika awak mahukannya, awak perlu mencurinya sendiri. 157 00:13:42,530 --> 00:13:45,407 Siapa orang gila ini? 158 00:13:45,491 --> 00:13:46,951 Biar saya perkenalkan. 159 00:13:47,576 --> 00:13:50,329 Ini Komrad Hans Schneider. 160 00:13:50,412 --> 00:13:56,293 Dia yang bawa balik tengkorak kristal ini kepada kami. 161 00:13:59,672 --> 00:14:01,340 Aduhai. 162 00:14:02,091 --> 00:14:05,469 Nampaknya saya perlu buat sesuatu sebelum ambil balik tengkorak itu. 163 00:14:06,136 --> 00:14:10,432 Saya akan pastikan awak tahu betapa sakitnya apabila 164 00:14:11,016 --> 00:14:14,019 anggota badan awak dipotong semasa awak masih hidup. 165 00:14:24,822 --> 00:14:26,448 Tunggu dulu. 166 00:14:26,532 --> 00:14:28,993 Awak berdepan dengan saya. 167 00:14:29,577 --> 00:14:31,704 Nama saya Bo Brantz. 168 00:14:31,787 --> 00:14:34,790 Nama lelaki yang hantar awak ke neraka. 169 00:14:34,874 --> 00:14:36,125 Jangan lupa. 170 00:14:36,208 --> 00:14:37,793 Awak bodohkah? 171 00:14:37,877 --> 00:14:40,546 Awak tak malukah cakap begitu? 172 00:14:40,629 --> 00:14:42,923 Saya sibuk, saya akan uruskan awak nanti… 173 00:14:46,719 --> 00:14:48,762 Bagaimana dengan kelajuan saya? 174 00:14:48,846 --> 00:14:53,934 Badan saya yang kuat dan berkuasa telah dipertingkatkan lagi. 175 00:14:55,144 --> 00:14:56,562 Penagih dadah. 176 00:14:57,271 --> 00:15:00,900 Kalau begitu, saya akan guna helah saya juga! 177 00:15:02,276 --> 00:15:03,110 Diam! 178 00:15:05,029 --> 00:15:08,324 Awak rasa mata awak boleh kejar kelajuan saya? 179 00:15:15,873 --> 00:15:17,499 Bagus. 180 00:15:17,583 --> 00:15:19,960 Tapi lain kali saya takkan teragak-agak. 181 00:15:20,044 --> 00:15:23,172 Serangan ini akan memenggal kepala awak. 182 00:15:24,256 --> 00:15:26,383 Saya dah baca sebelum ini. 183 00:15:27,676 --> 00:15:29,345 Kanan, kiri. 184 00:15:30,429 --> 00:15:31,555 Yang mana seterusnya? 185 00:15:32,306 --> 00:15:33,474 Kiri, belakang. 186 00:15:35,935 --> 00:15:37,269 Apa? 187 00:15:44,777 --> 00:15:46,278 Mustahil. 188 00:15:46,362 --> 00:15:49,615 Tak mungkin dia boleh kejar kelajuan saya. 189 00:15:50,658 --> 00:15:52,451 Tunggu dulu, jangan bergerak. 190 00:15:52,534 --> 00:15:54,453 Wayar ini diperbuat daripada keluli. 191 00:15:55,037 --> 00:15:57,373 Kalau banyak bergerak, kepala awak akan dipenggal. 192 00:15:58,123 --> 00:15:59,458 Kiri, belakang. 193 00:16:00,292 --> 00:16:02,586 Tapi suara apa itu? 194 00:16:03,545 --> 00:16:06,256 Lepaskan, pertarungan kita belum berakhir! 195 00:16:06,340 --> 00:16:08,092 Saya kata jangan bergerak! 196 00:16:10,427 --> 00:16:14,098 Sekarang, giliran awak pula. 197 00:16:14,640 --> 00:16:17,351 Saya akan menuntut bela kematian Profesor Kawahara. 198 00:16:41,125 --> 00:16:43,377 Bosannya sut ini. 199 00:16:43,460 --> 00:16:45,170 Kata-kata begitu takkan… 200 00:16:46,255 --> 00:16:48,716 hentikan serangan saya. 201 00:16:49,216 --> 00:16:51,760 Awak! 202 00:16:51,844 --> 00:16:55,014 Awak tahu tentang Mirage? 203 00:16:55,597 --> 00:16:58,350 Seperti yang awak lihat, dia sangat bagus. 204 00:16:58,434 --> 00:17:01,020 Dia gunakan teknik Timur yang pelik. 205 00:17:01,103 --> 00:17:06,150 Bodoh, semua orang dalam kalangan kami pernah dengar tentang dia. 206 00:17:07,067 --> 00:17:09,987 Patutlah saya tak dapat rasa apa-apa. 207 00:17:11,196 --> 00:17:13,407 Apa yang awak buat di sini? 208 00:17:14,366 --> 00:17:15,951 Saya takkan buat begitu. 209 00:17:16,035 --> 00:17:20,998 Serangan saya menyebabkan banyak kerosakan pada organ awak. 210 00:17:21,498 --> 00:17:25,669 Tak perlu menahan diri, Mirage. Bunuh Spriggan itu. 211 00:17:26,253 --> 00:17:29,423 Ya, bunuh saja dia. 212 00:17:30,424 --> 00:17:31,592 Baiklah. 213 00:17:32,134 --> 00:17:34,094 Tak guna! 214 00:17:35,137 --> 00:17:36,138 Tiada gunanya. 215 00:17:36,638 --> 00:17:41,060 Awak tak boleh kalahkan saya dengan mainan awak. 216 00:17:42,644 --> 00:17:43,812 Yakah? 217 00:17:57,534 --> 00:17:58,952 Masuk! 218 00:18:05,709 --> 00:18:07,211 Mirage. 219 00:18:07,294 --> 00:18:09,463 Kenapa awak biarkan dia terlepas? 220 00:18:10,089 --> 00:18:14,843 Saya minta maaf. Dia lebih kuat daripada jangkaan saya. 221 00:18:14,927 --> 00:18:19,640 Mirage, kenapa serangan awak berkesan pada dia? 222 00:18:19,723 --> 00:18:22,601 Dia memakai perisai pertahanan khas. 223 00:18:22,684 --> 00:18:27,064 Perisai tak berguna menentang kuasa chi. 224 00:18:27,147 --> 00:18:28,148 Chi? 225 00:18:28,232 --> 00:18:29,358 Apa itu? 226 00:18:30,150 --> 00:18:32,444 Chi adalah sumber segala-galanya. 227 00:18:32,528 --> 00:18:35,739 Teknik saya boleh mengawal chi 228 00:18:35,823 --> 00:18:39,493 dan boleh menyebabkan kecederaan dalaman. 229 00:18:40,077 --> 00:18:43,997 Tiada apa yang boleh menghalangnya. 230 00:18:45,582 --> 00:18:47,251 Teruknya… 231 00:18:47,334 --> 00:18:49,837 Si tak guna itu akan terima balasannya. 232 00:18:49,920 --> 00:18:53,173 Menyerang ibu pejabat musuh seorang diri adalah tindakan melulu. 233 00:18:53,257 --> 00:18:55,509 Ini lebih daripada sembarangan. 234 00:18:56,218 --> 00:18:57,719 Baiklah. 235 00:18:57,803 --> 00:19:01,223 Saya faham, jadi boleh awak letakkan kain itu sekarang? 236 00:19:03,767 --> 00:19:05,435 TIDAK DIKENALI 237 00:19:05,519 --> 00:19:07,688 EKORI KENDERAAN ITU. BERGERAK PUKUL 6:00 PETANG INI 238 00:19:07,771 --> 00:19:12,025 Maaf, cik. Saya ada hal. Saya nak keluar sekejap. 239 00:19:12,109 --> 00:19:15,362 Saya tahu awak akan jumpa mereka. Saya boleh tahu. 240 00:19:15,445 --> 00:19:18,115 Sekali-sekala, awak bawa saya bersama. 241 00:19:20,284 --> 00:19:21,743 Kita akan pergi tak lama lagi. 242 00:19:53,775 --> 00:19:54,818 Kapten. 243 00:19:56,320 --> 00:19:57,446 Kapten Kutheimer. 244 00:20:01,241 --> 00:20:03,368 Ia akan siap sebentar lagi. 245 00:20:05,037 --> 00:20:10,042 Saya nampak Fuhrer tadi, Bo. 246 00:20:11,210 --> 00:20:15,756 Fuhrer memegang tangan saya dan menggalakkan saya. 247 00:20:16,256 --> 00:20:19,927 Dia suruh saya teruskan dengan rancangan besar. 248 00:20:22,054 --> 00:20:24,556 Modul telah dilabuhkan. 249 00:20:24,640 --> 00:20:27,309 Tiada masalah dengan suhu dan kelembapan atmosfera. 250 00:20:27,392 --> 00:20:28,560 Kami dah sedia, tuan. 251 00:20:29,436 --> 00:20:30,812 Mula. 252 00:20:32,981 --> 00:20:34,942 Kawalannya ketat. 253 00:20:35,525 --> 00:20:37,945 Apa yang mereka akan mulakan? 254 00:20:38,028 --> 00:20:39,696 Awak akan tahu nanti. 255 00:20:40,489 --> 00:20:42,824 Tahap penguatan getaran meningkat. 256 00:20:42,908 --> 00:20:45,285 Gelombang sinus stabil. 257 00:20:45,369 --> 00:20:48,330 Penyelarasan fasa telah melebihi 30 peratus. 258 00:20:48,413 --> 00:20:51,333 Sepuluh saat sebelum baterinya habis. 259 00:20:52,042 --> 00:20:53,710 Enam puluh peratus. 260 00:20:54,294 --> 00:20:55,712 Lapan puluh peratus. 261 00:20:56,296 --> 00:20:57,756 Mulakan pelepasan! 262 00:21:22,739 --> 00:21:24,741 Tengok betul-betul, cik. 263 00:21:25,826 --> 00:21:32,833 Inilah kebenaran yang Profesor Kawahara korbankan demi melindungi keluarganya. 264 00:21:35,627 --> 00:21:38,005 Pada tahun 1945, 265 00:21:39,464 --> 00:21:44,553 saya nampak cahaya yang sama di Berlin. 266 00:21:45,637 --> 00:21:51,893 Ia kabur dan panas. Cahaya kekalahan. 267 00:21:53,520 --> 00:21:55,647 Tapi ini berbeza. 268 00:21:56,273 --> 00:22:02,237 Inilah cahaya kemenangan yang dah lama saya impikan! 269 00:22:03,238 --> 00:22:05,490 Kami dah sedia sekarang. 270 00:22:06,491 --> 00:22:10,996 Masa untuk Empayar Suci Jerman yang kita warisi daripada Fuhrer 271 00:22:11,079 --> 00:22:15,959 untuk bangkit dan memberontak terhadap dunia hampir tiba! 272 00:22:26,428 --> 00:22:28,305 Sama seperti dalam laporan. 273 00:22:28,388 --> 00:22:29,389 Ya. 274 00:22:29,473 --> 00:22:32,184 Tahap radiasi dalam nilai standard. 275 00:22:32,976 --> 00:22:36,605 Tapi apa yang boleh menyebabkan ini? 276 00:22:40,358 --> 00:22:45,822 Ada letupan besar di gurun di luar Iskandariah lewat malam tadi. 277 00:22:45,906 --> 00:22:49,701 Ini gambar letupan malam tadi. 278 00:22:49,785 --> 00:22:54,831 Kita boleh lihat kekuatan letupan itu walaupun dari jarak 30 kilometer. 279 00:22:55,415 --> 00:22:59,419 Pegawai media tentera Mesir menafikan ia satu kemalangan 280 00:22:59,503 --> 00:23:01,630 yang melibatkan senjata yang baru dibangunkan. 281 00:23:01,713 --> 00:23:02,964 Negara-negara jiran… 282 00:23:03,048 --> 00:23:05,300 Dah tiba masanya. Mari pergi. 283 00:23:05,926 --> 00:23:06,843 Okey. 284 00:23:18,188 --> 00:23:22,692 Apa pendapat kamu, komrad? 285 00:23:22,776 --> 00:23:28,782 Inilah kuasa tengkorak kristal sebenar 286 00:23:28,865 --> 00:23:32,119 yang dicari oleh Nasionalis Sosialis Kebangsaan. 287 00:23:32,202 --> 00:23:36,331 Hebatnya. Ini kuasa yang luar biasa. 288 00:23:36,414 --> 00:23:38,625 Saya pasti kamu semua tahu, 289 00:23:38,708 --> 00:23:43,672 Nazi mengumpul teks purba dari seluruh dunia atas arahan Fuhrer. 290 00:23:44,297 --> 00:23:50,178 Antaranya ialah teks yang dipercayai ditinggalkan oleh Iskandar Agung. 291 00:23:51,263 --> 00:23:55,851 Iskandar Agung perasan tanda aneh yang ditinggalkan di seluruh dunia 292 00:23:55,934 --> 00:23:59,813 dan mengakui kewujudan tamadun purba yang hebat. 293 00:23:59,896 --> 00:24:05,735 Salah satu teks menyebut kewujudan tengkorak ini 294 00:24:05,819 --> 00:24:09,698 sebagai salah satu relik yang beliau kumpul. 295 00:24:10,282 --> 00:24:13,952 Pada zaman keamanan, ia adalah cahaya untuk membimbing kapal. 296 00:24:14,035 --> 00:24:15,453 Semasa perang, 297 00:24:15,537 --> 00:24:21,459 tengkorak digunakan sebagai cahaya petir untuk membakar kapal musuh. 298 00:24:22,043 --> 00:24:27,090 Kamu semua saksikan kuasanya pada demonstrasi malam tadi. 299 00:24:27,174 --> 00:24:32,387 Tengkorak kristal ini adalah cahaya yang pernah menyinari Iskandariah. 300 00:24:32,470 --> 00:24:39,227 Sekarang ia akan jadi cahaya harapan yang akan membimbing kita ke arah kegemilangan! 301 00:24:39,311 --> 00:24:44,024 Hebat! Kita selangkah lebih dekat dengan impian kita! 302 00:24:45,567 --> 00:24:48,111 Ketua, kita baru terima mesej. 303 00:24:48,195 --> 00:24:53,617 Saya tahu. Kita tak boleh buat perjanjian dengan orang gila begini lagi. 304 00:24:53,700 --> 00:24:56,077 Apa pendapat kamu? 305 00:24:57,204 --> 00:24:59,831 Pameran yang hebat. 306 00:24:59,915 --> 00:25:03,418 Saya akan laporkan kepada ibu pejabat untuk pertimbangkan hal ini. 307 00:25:04,002 --> 00:25:05,795 Saya berterima kasih. 308 00:25:05,879 --> 00:25:07,756 Namun begitu, Kapten Kutheimer, 309 00:25:07,839 --> 00:25:11,885 apakah sains di sebalik tenaga luar biasa ini? 310 00:25:11,968 --> 00:25:13,094 Bodoh! Jangan! 311 00:25:13,178 --> 00:25:14,471 Komrad muda sekalian! 312 00:25:15,388 --> 00:25:21,728 Kamu faham fungsi dalaman semua yang kamu guna dan pakai? 313 00:25:21,811 --> 00:25:23,939 Tidak, bukan semuanya. 314 00:25:24,022 --> 00:25:28,652 Isunya bukan memahami sains hebat purba ini. 315 00:25:28,735 --> 00:25:32,572 Apa yang penting ialah ia boleh digunakan. 316 00:25:32,656 --> 00:25:38,870 Bahagian dalam tengkorak jauh di luar pemahaman manusia. 317 00:25:38,954 --> 00:25:41,248 Saya setuju. 318 00:25:42,374 --> 00:25:47,295 Sebab itulah saya tak boleh biarkan awak ambil tengkorak itu. 319 00:25:48,088 --> 00:25:49,589 Jadi… 320 00:25:50,507 --> 00:25:54,052 Saya tahu saya mendesak, tapi saya datang untuk dapatkan tengkorak itu semula. 321 00:25:54,135 --> 00:25:57,472 Aduhai. Dah berapa lama awak di sana? 322 00:25:57,555 --> 00:25:59,891 Apa yang berlaku kepada pengawal keselamatan kami? 323 00:25:59,975 --> 00:26:04,938 Kamu buat mereka bekerja sepanjang masa, jadi mereka tidur nyenyak di luar. 324 00:26:06,648 --> 00:26:10,485 Awak sangat cuai, Spriggan. 325 00:26:11,027 --> 00:26:16,449 Awak tak rasa tindakan melulu awak akan mengorbankan nyawa awak? 326 00:26:17,242 --> 00:26:18,576 Cubalah. 327 00:26:20,495 --> 00:26:23,915 Kalau awak tak kisah penaja awak penuh dengan peluru. 328 00:26:24,833 --> 00:26:29,546 Tanpa dana mereka, kamu cuma sekumpulan orang gila yang tak berkuasa. 329 00:26:29,629 --> 00:26:32,090 Itu taktik kotor, tak guna! 330 00:26:32,173 --> 00:26:34,718 Apa rancangan awak untuk tengkorak itu? 331 00:26:34,801 --> 00:26:37,429 Tengkorak itu tak boleh mengubah dunia. 332 00:26:38,054 --> 00:26:39,597 Saya tak pasti. 333 00:26:39,681 --> 00:26:45,603 ICBM akan terbatal dengan kuasa tengkorak untuk memecahkan keseimbangan nuklear. 334 00:26:45,687 --> 00:26:49,733 Jika itu menyebabkan dunia huru-hara dan musnah, 335 00:26:49,816 --> 00:26:52,944 objektif terakhir kami akan lebih mudah dicapai. 336 00:26:53,028 --> 00:26:54,362 Objektif? 337 00:26:55,196 --> 00:26:57,991 Fuhrer menyeru saya. 338 00:26:58,074 --> 00:27:02,370 Untuk membina empayar yang hebat di Jerman sekali lagi! 339 00:27:03,038 --> 00:27:06,958 Saya yang meneruskan wasiat Fuhrer. 340 00:27:07,459 --> 00:27:12,255 Kami akan tubuhkan Empayar Jerman Suci baharu dengan tengkorak ini 341 00:27:12,339 --> 00:27:15,508 dan kami akan satukan dunia sekali lagi! 342 00:27:17,635 --> 00:27:19,929 Dia lebih gila daripada yang saya sangka. 343 00:27:20,013 --> 00:27:21,931 Sekarang saya perlu dapatkannya semula. 344 00:27:22,974 --> 00:27:25,602 Sama ada simpan penaja awak atau pulangkan itu semula. 345 00:27:25,685 --> 00:27:26,770 Buat pilihan awak. 346 00:27:27,354 --> 00:27:29,230 Saya bukan penyabar. 347 00:27:30,315 --> 00:27:33,151 Jangan berlagak, tak guna. 348 00:27:33,693 --> 00:27:36,237 Ini teman wanita awak, bukan? 349 00:27:36,863 --> 00:27:41,659 Saya tangkap dia sebab dia cuba menyelinap masuk ke dalam bangunan. 350 00:27:41,743 --> 00:27:43,036 Cik… 351 00:27:43,119 --> 00:27:45,413 Saya takkan biarkan awak ambil tengkorak itu! 352 00:27:45,497 --> 00:27:49,793 Saya takkan benarkan awak guna sesuatu yang menakutkan demi ayah saya! 353 00:27:51,711 --> 00:27:54,839 Baiklah, saya akan minta awak buat pilihan. 354 00:27:55,548 --> 00:27:57,884 Awak akan biarkan dia mati? 355 00:27:58,510 --> 00:28:00,929 Baiklah. Suka hati awaklah. 356 00:28:03,014 --> 00:28:05,350 Tapi sebagai ganti, lepaskan dia. 357 00:28:05,433 --> 00:28:07,936 Dia tiada kaitan dengan semua ini. 358 00:28:08,019 --> 00:28:10,063 Ya, lepaskan dia, Hans! 359 00:28:10,146 --> 00:28:13,233 Ambil tebusan bukan cara kita! 360 00:28:13,316 --> 00:28:15,527 Dengan kuasa saya, kita tak perlu… 361 00:28:15,610 --> 00:28:16,861 Diam, Bo! 362 00:28:17,487 --> 00:28:18,405 Kapten. 363 00:28:18,488 --> 00:28:21,199 Syabas. Cukuplah, Hans. 364 00:28:21,825 --> 00:28:23,868 Awak boleh ambil gadis itu sebagai ganjaran. 365 00:28:24,869 --> 00:28:27,622 Potong dia sebanyak yang awak mahu. 366 00:28:28,748 --> 00:28:29,874 Apa awak cakap? 367 00:28:34,212 --> 00:28:37,632 Dah lama saya tak bedah gadis Asia. 368 00:28:37,715 --> 00:28:39,884 Saya rasa berdebar-debar. 369 00:28:39,968 --> 00:28:42,387 Berhenti, Hans! 370 00:28:48,518 --> 00:28:49,436 Apa? 371 00:28:54,899 --> 00:28:57,944 Cara awak adalah pengecut. 372 00:28:58,570 --> 00:29:01,990 Oleh itu, saya akan menyebelahi dia. 373 00:29:02,657 --> 00:29:05,160 Apa maksud semua ini, Mirage? 374 00:29:05,243 --> 00:29:09,622 Bodoh. Nama lelaki ini bukan Mirage. 375 00:29:09,706 --> 00:29:12,417 Nama kod sebenar dia ialah Oboro. 376 00:29:12,500 --> 00:29:16,880 Dia ejen terbaik Spriggan dan guru saya! 377 00:29:17,547 --> 00:29:19,632 Apa? 378 00:29:19,716 --> 00:29:21,968 Nampaknya begitulah. 379 00:29:22,051 --> 00:29:26,765 Pengkhianat! Tembak mereka berdua! 380 00:29:29,809 --> 00:29:31,144 Itu berbahaya. 381 00:29:31,770 --> 00:29:33,855 Kamu tak patut tembak sesuka hati. 382 00:29:43,823 --> 00:29:46,284 Awak patut pergi sekarang. 383 00:29:46,367 --> 00:29:47,410 Okey. 384 00:29:48,578 --> 00:29:51,706 Apa yang kamu buat? Cepat bawa tengkorak itu pergi! 385 00:29:55,585 --> 00:29:58,880 Yu, mereka bawa lari tengkorak itu. 386 00:29:58,963 --> 00:30:01,716 Saya tahu! Serahkan kepada saya! 387 00:30:14,187 --> 00:30:15,772 Awak takkan terlepas, Spriggan! 388 00:30:15,855 --> 00:30:18,775 Masih ada yang belum selesai… 389 00:30:20,485 --> 00:30:25,281 Pembetulan, awak akan menghadap saya. 390 00:30:25,365 --> 00:30:27,200 Terima kasih, Oboro! 391 00:30:28,660 --> 00:30:33,248 Saya tak suka pengecut yang ambil tebusan, 392 00:30:33,331 --> 00:30:36,000 tapi pengkhianat lebih teruk! 393 00:30:36,084 --> 00:30:40,338 Saya tak ingat pernah berikrar untuk setia kepada kamu. 394 00:30:40,421 --> 00:30:44,467 Tak guna bertengkar! Saya akan tanam awak! 395 00:30:47,929 --> 00:30:50,557 Tak guna. Mirage tak guna. 396 00:30:53,643 --> 00:30:56,563 Awak seorang saja yang saya tak boleh lepaskan. 397 00:30:57,146 --> 00:30:59,148 Awak suka potong orang, bukan? 398 00:31:00,149 --> 00:31:01,985 Kalau begitu, cubalah potong saya. 399 00:31:02,652 --> 00:31:05,113 Awak nak main-main dengan saya? 400 00:31:09,909 --> 00:31:11,786 Tak guna! 401 00:31:16,666 --> 00:31:19,043 Awak faham bagaimana rasanya kesakitan? 402 00:31:20,044 --> 00:31:23,423 Okey, saya faham. Saya dah tak tahan. Tolonglah. 403 00:31:24,507 --> 00:31:27,093 Kalau begitu, pergi dari sini! 404 00:31:33,391 --> 00:31:34,559 Cik! 405 00:31:35,143 --> 00:31:37,186 Kenapa lama sangat? 406 00:31:37,270 --> 00:31:40,148 Maaf, saya perlu beri penghormatan kepada ayah awak. 407 00:31:41,441 --> 00:31:42,567 Di mana tengkorak itu? 408 00:31:42,650 --> 00:31:45,403 Sebuah trak baru pergi dengan tengkorak itu. 409 00:31:45,486 --> 00:31:46,404 Bagus. 410 00:31:46,905 --> 00:31:48,281 Mari kejar mereka, cik! 411 00:31:55,038 --> 00:31:58,166 Berapa lama lagi awak nak mengelilingi saya? 412 00:31:59,500 --> 00:32:04,797 Jangan risau, saya akan buat awak rasa takut tak lama lagi. 413 00:32:05,423 --> 00:32:08,426 Nampaknya awak komited. Kalau begitu… 414 00:32:16,643 --> 00:32:17,769 Itu tak berkesan langsung. 415 00:32:17,852 --> 00:32:19,062 Apa? 416 00:32:19,145 --> 00:32:22,148 Dengan begitu banyak pergerakan yang tak perlu, awak penuh dengan bukaan. 417 00:32:22,231 --> 00:32:24,901 Ini menyebabkan awak mudah tersadung. 418 00:32:24,984 --> 00:32:28,738 Bodoh! Saya cuma terleka sedikit! 419 00:32:30,323 --> 00:32:32,951 Awak takkan dapat kejar kelajuan sebenar saya! 420 00:32:34,827 --> 00:32:37,914 Itu kebolehan sebenar awak? 421 00:32:38,706 --> 00:32:42,669 Tak perlu nak berlagak. 422 00:32:44,087 --> 00:32:46,172 Tak guna! 423 00:32:50,259 --> 00:32:53,388 Mereka datang, Kapten Kutheimer! Itu mereka! 424 00:32:56,057 --> 00:32:58,726 Apa yang kamu buat? Tembak mereka! 425 00:32:58,810 --> 00:33:01,980 Tapi tuan, orang awam akan terperangkap dalam tembak-menembak. 426 00:33:02,063 --> 00:33:03,815 Saya tak peduli, tembak! 427 00:33:18,037 --> 00:33:20,206 - Awak okey, cik? - Ya. 428 00:33:22,041 --> 00:33:24,335 Si tak guna itu… 429 00:33:24,919 --> 00:33:26,587 Kenapa dia menembak di sini? 430 00:33:27,672 --> 00:33:28,965 Dia akan terima balasannya! 431 00:33:48,026 --> 00:33:50,236 Tak guna, saya cuai. 432 00:33:51,029 --> 00:33:53,823 Saya tak sangka dia juga manusia yang dipertingkatkan. 433 00:33:53,906 --> 00:33:55,408 Jangan buat lawak. 434 00:33:56,075 --> 00:34:02,165 Awak boleh tingkatkan kelajuan melalui latihan tanpa taktik yang tak menarik. 435 00:34:02,248 --> 00:34:05,918 Lagipun, otot awak hanya untuk menunjuk-nunjuk. 436 00:34:06,002 --> 00:34:07,045 Apa? 437 00:34:07,128 --> 00:34:10,757 Ia hanya akan jadi penghalang. 438 00:34:12,008 --> 00:34:12,925 Tak guna! 439 00:34:14,427 --> 00:34:18,347 Berani awak hina badan saya yang cantik! 440 00:34:18,931 --> 00:34:20,349 Aduhai. 441 00:34:20,433 --> 00:34:25,605 Kenapa orang Barat begitu terikat dengan teknologi? 442 00:34:25,688 --> 00:34:29,650 Teknik awak cuma teknik membunuh. 443 00:34:29,734 --> 00:34:31,444 Tak guna! 444 00:34:36,491 --> 00:34:38,034 Dah penat? 445 00:34:39,702 --> 00:34:41,871 Diam! Tunggu sekejap! 446 00:34:42,497 --> 00:34:46,751 Saya akan tunjukkan senjata rahsia saya. 447 00:34:49,128 --> 00:34:50,129 Bagaimana dengan ini? 448 00:34:50,213 --> 00:34:53,925 Teknik terunggul saya yang diinspirasikan oleh ninja Jepun! 449 00:34:54,008 --> 00:34:56,094 Teknik klon! 450 00:34:56,844 --> 00:34:59,347 Ini agak ketinggalan zaman. 451 00:34:59,972 --> 00:35:04,060 Namun, saya perlu katakan ia lebih baik daripada percubaan awak sebelum ini. 452 00:35:04,143 --> 00:35:08,564 Diam! Awak boleh mula bercakap besar kalau awak boleh elak 453 00:35:08,648 --> 00:35:10,066 serangan ini! 454 00:35:13,528 --> 00:35:14,821 Apa? 455 00:35:16,489 --> 00:35:19,909 Bertahun-tahun saya cipta teknik ini. 456 00:35:19,992 --> 00:35:23,788 Awak cipta lebih banyak klon daripada saya! 457 00:35:23,871 --> 00:35:29,293 Awak perlu belajar lagi. 458 00:35:37,510 --> 00:35:40,138 Saya tak boleh gerakkan badan saya. 459 00:35:40,763 --> 00:35:41,889 Jangan risau. 460 00:35:42,598 --> 00:35:44,934 Awak boleh bergerak tak lama lagi. 461 00:35:46,227 --> 00:35:47,228 Tunggu. 462 00:35:47,812 --> 00:35:49,147 Kenapa awak tak bunuh saya? 463 00:35:49,230 --> 00:35:51,607 Awak menang. 464 00:35:54,318 --> 00:35:56,612 Awak ada potensi. 465 00:35:56,696 --> 00:35:58,573 Sambung latihan awak. 466 00:35:59,198 --> 00:36:02,869 Kalau awak masih nak mati, saya akan bunuh awak. 467 00:36:02,952 --> 00:36:08,291 Tak guna! Saya akan buat awak menyesal! 468 00:36:08,374 --> 00:36:10,042 Silakan. 469 00:36:10,126 --> 00:36:12,128 Tolong buat saya menyesal. 470 00:36:15,631 --> 00:36:19,385 Tak guna! 471 00:36:42,200 --> 00:36:44,744 Kapten, kita kehabisan peluru! 472 00:36:45,620 --> 00:36:47,371 Masa untuk jalan terakhir. 473 00:36:47,455 --> 00:36:50,124 Tembak mereka dengan tengkorak itu. 474 00:36:50,208 --> 00:36:51,834 Tak boleh, kapten! 475 00:36:51,918 --> 00:36:55,421 Kalau kita guna tengkorak di sini, kita juga akan cedera! 476 00:36:56,756 --> 00:36:59,050 Buatlah kalau awak tak mahu mati! 477 00:37:00,551 --> 00:37:02,511 Hei, tengok itu. 478 00:37:02,595 --> 00:37:03,638 Alamak. 479 00:37:03,721 --> 00:37:05,932 Mereka merancang untuk gunakan tengkorak! 480 00:37:07,725 --> 00:37:09,769 Mereka memang gila! 481 00:37:09,852 --> 00:37:11,729 Cik, tolong pandu! 482 00:37:11,812 --> 00:37:13,773 Apa? Hei! Apa? 483 00:37:15,233 --> 00:37:16,776 Ini saja yang saya ada? 484 00:37:16,859 --> 00:37:19,528 Awak merancang untuk membalingnya? 485 00:37:20,112 --> 00:37:23,324 Budak-budak zaman sekarang tak tahu tentang hukum inersia? 486 00:37:23,407 --> 00:37:26,744 Awak takkan dapat baling cukup jauh daripada kita! 487 00:37:27,328 --> 00:37:28,663 Tengoklah nanti. 488 00:37:28,746 --> 00:37:31,832 Penyelarasan fasa telah pecah sebanyak 20 peratus. 489 00:37:31,916 --> 00:37:36,796 Balingan saya lebih laju daripada kereta api laju! 490 00:37:36,879 --> 00:37:40,299 Lepaskan sekarang! Bersedia untuk gelombang kejut! 491 00:37:40,383 --> 00:37:44,637 Itu 400 kilometer sejam! 492 00:38:25,594 --> 00:38:26,971 Dia melarikan diri. 493 00:38:27,722 --> 00:38:28,931 Awak tak kisah? 494 00:38:32,601 --> 00:38:37,565 Saya dah cukup gembira tengkorak yang ayah saya lindungi kembali dalam tangan saya. 495 00:38:39,233 --> 00:38:40,151 Ya. 496 00:38:49,410 --> 00:38:53,914 Malangnya, saya tak boleh biarkan awak terlepas. 497 00:38:55,124 --> 00:38:57,918 Pengkhianat! 498 00:39:04,633 --> 00:39:08,054 Apa yang awak buat, tak guna? 499 00:39:09,096 --> 00:39:13,184 Saya ganggu aliran chi di jantung awak. 500 00:39:13,768 --> 00:39:18,314 Ia takkan dapat menampung badan awak lagi. 501 00:39:19,648 --> 00:39:23,819 Tunggu sajalah. 502 00:39:24,612 --> 00:39:30,826 Mencuri semula tengkorak itu tak bermakna apa-apa. 503 00:39:30,910 --> 00:39:34,705 Saya sentiasa bersama Fuhrer. 504 00:39:34,789 --> 00:39:40,461 Fuhrer akan bawa saya ke tempat yang dijanjikan. 505 00:39:41,379 --> 00:39:45,383 Di sana, dunia akan jadi milik kami. 506 00:39:45,466 --> 00:39:49,303 Tunggu sajalah hari itu! 507 00:39:57,144 --> 00:40:00,231 Awak masih membunuh dengan cara yang paling teruk. 508 00:40:00,314 --> 00:40:01,565 Sudah tentu. 509 00:40:02,149 --> 00:40:08,948 Ibu bapa awak ialah kawan-kawan terakhir saya yang dibunuh dengan kejam. 510 00:40:09,532 --> 00:40:12,827 Berhenti bercakap tentang hal saya, bodoh! 511 00:40:13,536 --> 00:40:14,370 Benarkah? 512 00:40:16,163 --> 00:40:18,707 Awak tak boleh memonopoli tragedi. 513 00:40:20,251 --> 00:40:24,296 Apa pun, awak betul-betul serang saya semalam. Betul tak, Oboro? 514 00:40:24,380 --> 00:40:25,548 Ia masih sakit. 515 00:40:25,631 --> 00:40:30,719 Jika saya serius, organ awak akan terkeluar dari mulut awak. 516 00:40:30,803 --> 00:40:33,222 Awak sepatutnya perlu berlembut sedikit! 517 00:40:33,305 --> 00:40:38,686 Saya perlu dapatkan kepercayaan mereka dengan merosakkan awak. 518 00:40:38,769 --> 00:40:41,147 Bagaimana dengan kepercayaan saya? 519 00:40:49,822 --> 00:40:55,494 Kenapa awak mengantuk selepas ponteng sekolah selama seminggu? 520 00:40:56,120 --> 00:40:59,498 Saya terlalu banyak bermain permainan video. Lesu jet… 521 00:40:59,582 --> 00:41:01,917 Apa? Awak memang dungu. 522 00:41:02,001 --> 00:41:06,422 Benarkah guru ganti kekal baharu untuk subjek sejarah dunia amat cantik? 523 00:41:06,505 --> 00:41:07,882 Ya, saya sumpah. 524 00:41:07,965 --> 00:41:09,884 Ya, saya nampak dia pagi tadi! 525 00:41:09,967 --> 00:41:12,219 Tak guna, saya tak sabar! 526 00:41:13,471 --> 00:41:14,597 Dia dah sampai. 527 00:41:17,766 --> 00:41:19,768 Wah, cantiknya dia. 528 00:41:20,728 --> 00:41:21,896 Berdiri. 529 00:41:22,897 --> 00:41:23,731 Tunduk. 530 00:41:25,024 --> 00:41:25,900 Sila duduk. 531 00:41:30,696 --> 00:41:31,780 Alamak! 532 00:41:31,864 --> 00:41:33,824 Ominae, bangun! 533 00:41:33,908 --> 00:41:36,368 Yu Ominae, bukan? 534 00:41:38,370 --> 00:41:39,205 Apa? 535 00:41:39,872 --> 00:41:43,542 Bangun, saya akan mulakan kelas. 536 00:41:48,214 --> 00:41:53,052 Saya mahu ikut jejak langkah ayah saya dalam arkeologi. 537 00:41:53,636 --> 00:41:59,308 Sebab itulah saya berhenti di sekolah lama dan minta untuk sertai ARCAM. 538 00:41:59,892 --> 00:42:05,523 Kemudian Pengarah Yamamoto beritahu saya tak perlu berhenti mengajar 539 00:42:05,606 --> 00:42:07,983 dan memperkenalkan sekolah ini kepada saya. 540 00:42:08,067 --> 00:42:09,443 Begitu. 541 00:42:09,527 --> 00:42:13,614 Sekolah kami dibiayai oleh ARCAM. 542 00:42:13,697 --> 00:42:17,117 Ya? Patutlah saya terima sambutan yang baik. 543 00:42:17,868 --> 00:42:20,621 Oh ya, apa yang akan berlaku pada tengkorak itu? 544 00:42:21,789 --> 00:42:26,293 Ia akan dipindahkan ke bilik kebal di ibu pejabat AS pada hujung bulan ini. 545 00:42:26,377 --> 00:42:28,170 Di mana ia sekarang? 546 00:42:31,340 --> 00:42:33,926 Tempat paling selamat di dunia. 547 00:42:34,009 --> 00:42:35,511 Apa maksud awak? 548 00:44:00,596 --> 00:44:04,767 Terjemahan sari kata oleh Afni Liana