1 00:00:07,000 --> 00:00:10,333 RUMAH METHUEN RUMAH ANAK YATIM PEREMPUAN 2 00:00:13,708 --> 00:00:15,375 Kamu patut tengok diri kamu. 3 00:00:16,625 --> 00:00:19,666 Berkhayal di atas bangku itu, 4 00:00:20,583 --> 00:00:22,958 Deardoff memekik pada kamu. 5 00:00:23,041 --> 00:00:24,625 Rasa aneh. 6 00:00:24,708 --> 00:00:25,541 Celaka. 7 00:00:26,458 --> 00:00:27,791 Pasti seronok rasanya. 8 00:00:30,500 --> 00:00:32,000 Kamu nak buat apa di waktu malam? 9 00:00:33,458 --> 00:00:36,916 Saya nak berjaga selama mungkin untuk baca buku saya, 10 00:00:37,791 --> 00:00:39,916 belajar tentang Pertahanan Sicilian. 11 00:00:42,833 --> 00:00:45,458 Ada 57 muka surat mengenainya dalam buku itu, 12 00:00:45,541 --> 00:00:48,875 ada 170 baris dari P hingga QB4. 13 00:00:50,583 --> 00:00:53,666 Saya nak hafal kesemuanya dan main dalam kepala saya. 14 00:00:54,791 --> 00:00:56,000 Kasihan kepala kamu. 15 00:00:57,500 --> 00:00:59,416 Cik adik, jangan berlari! 16 00:00:59,500 --> 00:01:00,791 Jangan tolak menolak! 17 00:01:22,083 --> 00:01:23,208 En. Shaibel? 18 00:01:28,416 --> 00:01:30,583 Saya tak dibenarkan main catur lagi. 19 00:01:33,083 --> 00:01:34,125 Saya dihukum. 20 00:01:36,875 --> 00:01:38,041 Tolonglah… 21 00:01:39,583 --> 00:01:40,916 Boleh kamu bantu saya? 22 00:01:49,958 --> 00:01:52,333 Kalaulah boleh bermain dengan kamu lagi. 23 00:02:08,958 --> 00:02:11,875 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 24 00:02:11,958 --> 00:02:14,041 Ya Tuhan, kenapa kamu belum bangun? 25 00:02:14,125 --> 00:02:15,750 Kamu akan terlepas sarapan. 26 00:02:41,666 --> 00:02:43,000 Selamat pagi, perekah. 27 00:02:48,875 --> 00:02:51,875 Kamu tak nak terlepas sarapan yang enak lagi, bukan? 28 00:02:52,708 --> 00:02:54,000 Itulah impian saya. 29 00:03:18,583 --> 00:03:20,000 Nak ambil siapa agaknya. 30 00:03:55,750 --> 00:03:57,166 - Hai, Beth. - Hai, Beth. 31 00:04:04,041 --> 00:04:06,750 - Kamu nak dia mengamukkah? - Saya perlu mandi. 32 00:04:06,833 --> 00:04:07,750 Baik, masuklah. 33 00:04:09,666 --> 00:04:10,500 Tunggu dulu. 34 00:04:17,458 --> 00:04:18,875 Mereka nampak baik. 35 00:04:27,458 --> 00:04:32,000 Saya diberitahu umur kamu 13 tahun bulan lalu. 36 00:04:32,083 --> 00:04:33,083 Sebenarnya, lima… 37 00:04:35,625 --> 00:04:38,208 Ya, betul, saya berumur 13 tahun. 38 00:04:39,583 --> 00:04:41,166 Cantik umurnya. 39 00:04:41,833 --> 00:04:44,541 Prestasi Elizabeth sangat cemerlang di sekolah. 40 00:04:44,625 --> 00:04:48,833 Dia di tempat teratas dalam kelasnya bagi bacaan dan aritmetik. 41 00:04:48,916 --> 00:04:50,083 Mengagumkan. 42 00:04:50,875 --> 00:04:54,083 Beth juga pelajar cemerlang dalam sains dan geografi, 43 00:04:54,166 --> 00:04:57,375 dan sering membantu Cik Lonsdale di gereja kecil kami 44 00:04:57,458 --> 00:04:59,125 sejak beberapa tahun lalu. 45 00:04:59,208 --> 00:05:01,250 Dia tokoh gadis Methuen. 46 00:05:02,958 --> 00:05:04,041 Saya boleh nampak. 47 00:05:06,666 --> 00:05:09,291 Saya akan beri ruang untuk kamu berkenalan. 48 00:05:21,041 --> 00:05:22,833 Mereka panggil kamu Elizabeth? 49 00:05:24,333 --> 00:05:25,291 Atau Betty? 50 00:05:41,666 --> 00:05:42,916 Kamu patut berkemas. 51 00:05:59,250 --> 00:06:00,750 Saya tak jumpa buku saya. 52 00:06:01,458 --> 00:06:04,458 Buku apa? Kamu ada banyak buku. 53 00:06:05,125 --> 00:06:06,458 Pembukaan Catur Moden. 54 00:06:07,750 --> 00:06:09,000 Entahlah. 55 00:06:11,041 --> 00:06:12,500 Saya letakkan di sini. 56 00:06:14,041 --> 00:06:16,958 - Kamu ada nampak tak? - Jangan tuduh sembarangan. 57 00:06:17,750 --> 00:06:19,666 Saya tak perlukan buku begitu. 58 00:06:20,791 --> 00:06:22,500 Lagipun, kamu tak perlu buku. 59 00:06:22,583 --> 00:06:26,583 Cakap saja, "Ya, tuan," dan "Ya, puan", kamu akan okey. 60 00:06:26,666 --> 00:06:30,750 Beritahu mereka kamu bersyukur dapat tinggal di rumah Kristian mereka. 61 00:06:31,541 --> 00:06:33,666 Mungkin kamu akan dapat televisyen. 62 00:06:36,416 --> 00:06:37,250 Jolene? 63 00:06:42,916 --> 00:06:43,875 Maafkan saya. 64 00:06:44,458 --> 00:06:45,291 Untuk apa? 65 00:06:47,083 --> 00:06:48,958 Kerana kamu tak diambil jadi anak angkat. 66 00:06:53,041 --> 00:06:53,875 Celaka. 67 00:06:55,125 --> 00:06:57,416 Saya baik-baik saja di sini. 68 00:07:14,625 --> 00:07:16,541 Jadi budak yang baik, Elizabeth. 69 00:07:23,125 --> 00:07:24,500 Mari kita pergi! 70 00:07:45,625 --> 00:07:48,041 Kami gembira ada anak yang dah besar. 71 00:08:39,458 --> 00:08:40,416 Mari kita masuk. 72 00:08:57,833 --> 00:08:59,041 Rumahku syurgaku. 73 00:09:08,083 --> 00:09:10,000 Itu lukisan Rosa Bonheur. 74 00:09:12,583 --> 00:09:14,166 Mestilah bukan yang tulen. 75 00:09:17,791 --> 00:09:20,291 Kamu suka haiwan? Saya amat suka haiwan. 76 00:09:20,375 --> 00:09:22,750 Allston alah pada epidemis haiwan, 77 00:09:22,833 --> 00:09:24,333 jadi saya tak dibenarkan… 78 00:09:29,208 --> 00:09:31,416 Saya pasti kamu nak lihat bilik kamu. 79 00:09:36,958 --> 00:09:40,375 Ini bilik tidur utama, tempat saya dan Allston tidur. 80 00:09:42,208 --> 00:09:45,250 Ini bilik mandi, 81 00:09:45,333 --> 00:09:47,958 dan ini bilik kamu. 82 00:10:02,208 --> 00:10:05,500 Susah betul nak dapatkan perabot kayu maple yang baik. 83 00:10:05,583 --> 00:10:06,833 Ini semua milik saya? 84 00:10:07,583 --> 00:10:08,916 Tentulah milik kamu. 85 00:10:10,041 --> 00:10:12,291 - Seluruh bilik ini? - Seluruh bilik. 86 00:10:17,375 --> 00:10:18,208 Baiklah. 87 00:10:19,583 --> 00:10:21,916 Simpanlah baju kamu dan sesuaikan diri. 88 00:10:23,000 --> 00:10:25,208 Panggil saya jika kamu perlu apa-apa. 89 00:10:35,708 --> 00:10:36,833 Rumahku syurgaku. 90 00:10:48,083 --> 00:10:49,125 Saya tak faham. 91 00:10:49,708 --> 00:10:52,500 Apa yang nak difahamkan? 92 00:10:52,583 --> 00:10:55,916 - Kenapa mereka tak hantar orang lain? - Dua minggu saja. 93 00:10:56,000 --> 00:10:57,791 Kamu pulang baru dua hari. 94 00:10:57,875 --> 00:11:00,583 Ada masa untuk kamu berkenalan teman baru kamu. 95 00:11:01,208 --> 00:11:04,541 Rasanya tak banyak kamu boleh tahu. Dia tak banyak cakap. 96 00:11:05,541 --> 00:11:09,458 - Perlukah bawa kereta? - Bagaimana nak bergerak tanpa kereta? 97 00:11:09,541 --> 00:11:11,333 Entahlah, sewalah satu kereta. 98 00:11:11,416 --> 00:11:15,041 Dan bazirkan duit komisyen saya? Kamu bukannya pandai memandu. 99 00:11:15,125 --> 00:11:16,875 Kita dekat dengan bandar. 100 00:11:16,958 --> 00:11:19,708 Ingat apa kata doktor. Awak perlu bersenam. 101 00:11:47,208 --> 00:11:48,333 Masih awal, sayang. 102 00:11:49,083 --> 00:11:51,291 Ada sejam lagi untuk kamu tidur. 103 00:11:53,875 --> 00:11:56,958 Pastinya kamu teruja tentang hari pertama ke sekolah. 104 00:12:00,291 --> 00:12:01,916 Ke mana En. Wheatley pergi? 105 00:12:03,500 --> 00:12:04,625 Lawatan perniagaan. 106 00:12:05,333 --> 00:12:08,375 Kasihan, dia perlu kerap mengembara kebelakangan ini, tapi… 107 00:12:08,458 --> 00:12:10,125 dia selalu ingatkan saya… 108 00:12:11,041 --> 00:12:12,833 dia mencari rezeki untuk kami. 109 00:12:21,250 --> 00:12:24,208 Jangan melopong, sayang, kamu buat saya gemuruh. 110 00:12:32,000 --> 00:12:33,375 Kamu pandai main piano. 111 00:12:35,291 --> 00:12:37,000 Ini piano Nenek June. 112 00:12:38,208 --> 00:12:40,916 Saya mula main ketika lebih muda daripada kamu. 113 00:12:42,166 --> 00:12:45,833 Saya teringin nak bermain dengan orkestra suatu hari nanti. 114 00:12:45,916 --> 00:12:47,125 Mungkin masih boleh. 115 00:12:48,000 --> 00:12:49,041 Tapi, malangnya, 116 00:12:49,125 --> 00:12:52,125 saya sering mengalami gemuruh di pentas, 117 00:12:52,875 --> 00:12:55,750 ia tak bagus untuk orang yang ingin jadi seniman. 118 00:12:56,958 --> 00:12:58,458 Kemudian saya mengandung. 119 00:13:01,208 --> 00:13:02,125 Kamu ada anak? 120 00:13:04,958 --> 00:13:06,250 Ya, pernah. 121 00:13:14,166 --> 00:13:15,458 Kamu laparkah? 122 00:13:16,291 --> 00:13:17,791 Ada lebihan kaserol. 123 00:13:19,708 --> 00:13:20,541 Beth, sayang. 124 00:13:24,166 --> 00:13:26,250 Betulkah kamu tak nak saya ikut? 125 00:13:27,375 --> 00:13:28,208 Saya okey. 126 00:13:29,583 --> 00:13:30,416 Okey. 127 00:14:15,583 --> 00:14:17,583 Kamu patut tengok gerabak itu. 128 00:14:18,541 --> 00:14:20,916 Kamu nampak rambut dan kasutnya? 129 00:14:24,333 --> 00:14:25,166 Entahlah. 130 00:14:28,166 --> 00:14:29,000 Bosan betul. 131 00:14:29,083 --> 00:14:31,416 Tali kasut dan kasut perang? Biar betul. 132 00:14:32,125 --> 00:14:34,416 Tolong senyap! Mari kita mula. 133 00:14:34,500 --> 00:14:37,666 Minggu ini kita akan belajar tentang teorem binomial. 134 00:14:38,666 --> 00:14:40,375 Siapa tahu apa itu binomial? 135 00:14:41,916 --> 00:14:43,166 Sesiapa? 136 00:14:49,875 --> 00:14:50,916 Ya? 137 00:14:51,000 --> 00:14:53,750 - Binomial ialah… - Boleh kamu berdiri? 138 00:15:00,083 --> 00:15:03,833 Binomial ialah ungkapan matematik yang mengandungi dua sebutan. 139 00:15:05,083 --> 00:15:06,958 X tambah Y ialah binomial. 140 00:15:08,208 --> 00:15:09,125 Bagus. 141 00:15:09,208 --> 00:15:13,666 - Mari lihat muka surat 24. - Baguslah, seorang lagi si bijak. 142 00:15:19,750 --> 00:15:22,000 Itu idea yang bernas. Oh, Tuhan. 143 00:16:08,583 --> 00:16:11,083 - Ada kelab catur sekolah tak? - Apa? 144 00:16:11,166 --> 00:16:14,208 Sekolah ini ada kelab catur tak? 145 00:16:17,791 --> 00:16:19,625 Saya rasa tiada kelab sebegitu. 146 00:16:27,666 --> 00:16:30,083 Tapi ramai gadis sertai kelab sosial. 147 00:16:30,166 --> 00:16:31,458 Kelab sosial? 148 00:16:32,833 --> 00:16:34,375 Ada kelab Pi Epal, 149 00:16:35,166 --> 00:16:37,166 dan kelab Gadis Awal Kenal. 150 00:16:37,250 --> 00:16:40,166 - dan Gadis Sekitar Bandar. - Pi Epal? Mereka buat pai? 151 00:16:40,250 --> 00:16:43,833 Tidak, Pi Epal. Macam huruf Greek itu. 152 00:16:46,916 --> 00:16:48,125 Kamu ahli kelab itu? 153 00:16:49,791 --> 00:16:53,083 Kamu perlu dipelawa untuk menyertainya. 154 00:16:59,750 --> 00:17:02,125 Cuba sertai kumpulan sorak junior. 155 00:17:12,916 --> 00:17:13,750 Tak guna. 156 00:17:23,250 --> 00:17:24,375 Helo, En. Wheatley. 157 00:17:28,291 --> 00:17:30,208 Hai… Beth. 158 00:17:30,291 --> 00:17:33,458 Kamu dah pulang! Saya sangka kamu pulang minggu depan. 159 00:17:33,541 --> 00:17:37,625 Hanya untuk satu malam. Mereka tugaskan barat daya kepada saya, jadi… 160 00:17:39,125 --> 00:17:42,166 - Harapnya ada kenaikan gaji? - Jangan mulakan. 161 00:17:43,291 --> 00:17:45,958 Apa kata kamu bersihkan diri, saya akan masak. 162 00:17:46,041 --> 00:17:47,000 Saya nak bir. 163 00:17:48,041 --> 00:17:49,125 Jika ada lagi. 164 00:17:53,333 --> 00:17:55,083 Dia tak tukar bajukah? 165 00:18:03,458 --> 00:18:05,500 Saya rasa dia tak suka saya. 166 00:18:05,583 --> 00:18:06,833 Sebaliknya. 167 00:18:07,625 --> 00:18:10,208 Dia yang cadangkan untuk ambil anak angkat. 168 00:18:11,583 --> 00:18:13,625 Tapi kamu memang perlu baju baru. 169 00:18:24,083 --> 00:18:24,916 Maaf. 170 00:18:54,125 --> 00:18:55,625 LOTENG JUALAN BEN 171 00:19:14,541 --> 00:19:15,666 Ada set catur. 172 00:19:18,000 --> 00:19:20,125 Kita boleh singgah bila turun nanti. 173 00:19:40,250 --> 00:19:41,416 Mari cari blaus. 174 00:19:45,166 --> 00:19:47,208 Wah, cantiknya kamu. 175 00:19:48,583 --> 00:19:49,958 Kasut itu agak besar. 176 00:19:51,291 --> 00:19:53,458 Ruang untuk membesar, sayang. 177 00:19:53,541 --> 00:19:54,708 Mari cari kot. 178 00:19:59,250 --> 00:20:00,083 Cantik. 179 00:20:01,458 --> 00:20:04,666 Berdiri di sini supaya nampak fabriknya di bawah lampu. 180 00:20:08,916 --> 00:20:11,041 Ya, ini elok. 181 00:20:16,625 --> 00:20:18,041 Tak nak lihat set catur? 182 00:20:19,833 --> 00:20:21,208 Lain kalilah, sayang. 183 00:20:21,291 --> 00:20:24,541 Dah lewat dan saya lapar. 184 00:20:24,625 --> 00:20:27,000 - Tapi… - Saya akan beri belanja 40 sen seminggu. 185 00:20:28,333 --> 00:20:30,833 Menabunglah dan beli set catur sendiri. 186 00:20:30,916 --> 00:20:33,166 Gadis-gadis perlu bijak menabung. 187 00:21:07,708 --> 00:21:08,875 Teruknya! 188 00:21:24,250 --> 00:21:26,833 - Ada buku tentang catur? - Catur? 189 00:21:26,916 --> 00:21:31,000 Saya tak pasti. Jika ada, ia di barisan terakhir. 190 00:21:32,416 --> 00:21:33,458 Terima kasih. 191 00:21:33,541 --> 00:21:36,458 Mungkin ada biografi lama tentang José Capablanca. 192 00:21:39,125 --> 00:21:41,625 - Siapa? -José Capablanca. 193 00:21:42,333 --> 00:21:45,625 Dia Jaguh Catur. Suatu ketika dulu. 194 00:21:47,791 --> 00:21:49,083 Apa itu Jaguh Catur? 195 00:21:49,166 --> 00:21:51,000 Pemain catur genius. 196 00:22:02,416 --> 00:22:05,458 KERJAYA CATURKU OLEH J.R. CAPABLANCA 197 00:22:36,625 --> 00:22:37,583 Okey, ya. 198 00:22:38,250 --> 00:22:39,791 Saya nampak kamu, Harmon. 199 00:22:40,458 --> 00:22:41,625 Kasut itu. 200 00:22:42,458 --> 00:22:44,708 Kamu beli ia dari kedai Ben Snyderkah? 201 00:22:46,208 --> 00:22:49,416 Memang taklah saya nak pakai kasut dari Ben Snyder. 202 00:22:57,625 --> 00:22:58,958 Bagaimana di sekolah? 203 00:22:59,041 --> 00:22:59,875 Seronok. 204 00:23:00,708 --> 00:23:01,708 Kamu nak ke mana? 205 00:23:03,708 --> 00:23:06,500 Saya nak ulang main perlawanan dalam buku ini. 206 00:23:06,583 --> 00:23:08,833 - Tapi tiada papan catur. - Ada dalam kepala. 207 00:23:09,625 --> 00:23:11,166 Latihan mental yang bagus. 208 00:23:13,000 --> 00:23:15,958 Lebih baik kamu buat latihan fizikal. 209 00:23:16,041 --> 00:23:20,125 Boleh tak kamu pergi ke kedai Bradley 210 00:23:20,208 --> 00:23:22,500 dan beli tiga pek rokok Chesterfield? 211 00:23:23,375 --> 00:23:24,208 Baik, puan. 212 00:23:30,625 --> 00:23:32,041 Saya akan tuliskan nota. 213 00:23:32,750 --> 00:23:35,333 Kamu nampak terlalu muda untuk merokok. 214 00:24:50,708 --> 00:24:52,791 ULASAN CATUR MAJALAH CATUR BERGAMBAR 215 00:24:54,875 --> 00:24:56,083 KEJUARAAN CATUR USSR 216 00:24:59,750 --> 00:25:01,083 KUASA BIDAK CATUR 217 00:25:01,166 --> 00:25:02,958 VASILY N. PANOV JAGUH CATUR ANTARABANGSA 218 00:25:03,041 --> 00:25:04,041 DUNIA CATUR 219 00:25:04,125 --> 00:25:06,791 KALENDAR PERTANDINGAN 220 00:25:11,166 --> 00:25:12,208 Cik! 221 00:25:13,333 --> 00:25:16,000 Kamu perlu beli majalah itu, atau letak balik. 222 00:25:17,208 --> 00:25:19,708 - Tak bolehkah… - Nak baca? Baca tanda itu. 223 00:25:21,375 --> 00:25:24,000 JIKA MAHU BACA, SILA BELI! 224 00:25:37,000 --> 00:25:40,458 Tidak, ini minyak yang sama, cuma saiznya berbeza. 225 00:25:46,041 --> 00:25:48,416 Jika kamu tak guna banyak, beli yang itu, 226 00:25:48,500 --> 00:25:51,916 kerana ia akan basi, tapi yang ini paling berbaloi. 227 00:25:52,000 --> 00:25:54,750 Jika tak boleh putuskan, cukup yang sederhana. 228 00:26:12,125 --> 00:26:13,375 Terima kasih, sayang. 229 00:26:19,166 --> 00:26:22,291 Nampaknya kopi segera dah habis. 230 00:26:23,208 --> 00:26:27,208 Saya nak beli lagi, tapi entah mana pergi duit saya. 231 00:26:27,291 --> 00:26:29,125 Saya belanja sedikit saja bulan ini 232 00:26:29,208 --> 00:26:32,208 tapi baki cuma tujuh dolar, patutnya ada 20 dolar. 233 00:26:32,291 --> 00:26:33,208 Tujuh dolar? 234 00:26:34,041 --> 00:26:36,708 - Cukupkah? - Hingga akhir Oktober? 235 00:26:36,791 --> 00:26:38,000 Rasanya tidak. 236 00:26:38,083 --> 00:26:40,625 Nak beli leher ayam dan bubur pun tak cukup. 237 00:26:40,708 --> 00:26:42,416 Bukankah Methuen hantar cek? 238 00:26:42,500 --> 00:26:43,791 80 dolar saja. 239 00:26:43,875 --> 00:26:45,666 Dan hanya untuk tahun pertama. 240 00:26:45,750 --> 00:26:48,375 Macamlah cukup untuk perbelanjaan kamu. 241 00:26:51,750 --> 00:26:55,416 Malangnya saya tak boleh beri kamu elaun hingga Allston pulang. 242 00:26:56,625 --> 00:26:57,750 Bila dia balik? 243 00:26:57,833 --> 00:26:58,875 Siapa tahu? 244 00:27:00,250 --> 00:27:03,083 Nampaknya dia ditahan di Barat. 245 00:27:08,333 --> 00:27:10,416 20 HINGGA 22 OKTOBER KEJUARAAN NEGERI KENTUCKY 246 00:27:10,500 --> 00:27:13,000 - Mungkin saya boleh cari kerja. - Kerja? 247 00:27:13,083 --> 00:27:16,166 Saya boleh kerja di kedai, atau basuh pinggan. 248 00:27:16,250 --> 00:27:17,375 Basuh pinggan? 249 00:27:17,458 --> 00:27:19,375 Saya nak kumpul duit. 250 00:27:19,458 --> 00:27:21,708 Oh, untuk beli baju, agaknya. 251 00:27:23,833 --> 00:27:25,291 Untuk sertai pertandingan catur. 252 00:27:26,583 --> 00:27:27,916 Ada satu di sini. 253 00:27:28,833 --> 00:27:31,333 Tapi yuran penyertaannya ialah lima dolar. 254 00:27:32,000 --> 00:27:34,916 Hanya gadis kulit berwarna saja yang bekerja. 255 00:27:38,291 --> 00:27:40,083 Ke hadapan En. Shaibel, 256 00:27:40,166 --> 00:27:44,333 ada satu kejohanan catur dengan hadiah utama 100 dolar, 257 00:27:44,416 --> 00:27:46,750 dan hadiah tempat kedua ialah 50 dolar. 258 00:27:47,333 --> 00:27:48,791 Ada hadiah lain juga. 259 00:27:51,916 --> 00:27:55,250 Kos penyertaannya ialah lima dolar, tapi saya tiada duit. 260 00:27:59,958 --> 00:28:01,458 Jika kamu beri saya duit, 261 00:28:01,541 --> 00:28:05,125 saya akan bayar balik sepuluh dolar jika saya menang. 262 00:28:12,708 --> 00:28:14,416 Beth, itu kamukah? 263 00:28:19,625 --> 00:28:21,708 Nampaknya saya terkena selsema. 264 00:28:21,791 --> 00:28:23,041 Sekali lagi? 265 00:28:23,125 --> 00:28:25,583 Saya cenderung terkena jangkitan, atau… 266 00:28:26,250 --> 00:28:27,083 sebaliknya. 267 00:28:29,625 --> 00:28:30,458 Nah. 268 00:28:31,750 --> 00:28:33,916 Tolong beli ubat ini untuk saya. 269 00:28:35,125 --> 00:28:36,291 Sementara di sana, 270 00:28:37,750 --> 00:28:39,208 belilah Coke untuk kamu. 271 00:28:42,708 --> 00:28:43,541 Terima kasih. 272 00:28:48,333 --> 00:28:49,250 Tunggu sekejap. 273 00:29:02,333 --> 00:29:04,333 ULASAN CATUR BENNY WATTS JUARA AS 274 00:29:04,416 --> 00:29:05,291 Ini dia. 275 00:29:12,791 --> 00:29:14,375 Ubat penenang saya. 276 00:29:17,666 --> 00:29:21,791 Dr. Talbott kata saya perlukan lebih ketenangan. Lebih banyak lagi. 277 00:29:23,208 --> 00:29:26,000 - Boleh ambilkan segelas air? - Baik, puan. 278 00:29:27,125 --> 00:29:29,500 Kenapa botol ini diisi separuh saja? 279 00:30:38,166 --> 00:30:39,583 Tumpang lalu, Harmon. 280 00:30:39,666 --> 00:30:41,333 Pergi mampus, Margaret. 281 00:30:41,416 --> 00:30:42,458 Beth, 282 00:30:42,541 --> 00:30:43,791 ada surat untuk kamu. 283 00:30:54,833 --> 00:30:55,666 Terima kasih. 284 00:31:27,625 --> 00:31:29,541 TIGA KALI SEHARI ATAU BILA PERLU 285 00:31:31,708 --> 00:31:35,750 Beritahu Alma, kawal pengambilan. Ada tiga kali isi semula saja lagi. 286 00:31:39,708 --> 00:31:42,791 Untuk lawatan, White House sekali lagi menggesa… 287 00:31:43,291 --> 00:31:44,375 Kamu pulang lewat. 288 00:31:44,458 --> 00:31:47,291 …teman politik bagi 17 ahli kongres Demokrat, 289 00:31:47,375 --> 00:31:48,458 dan Pn. Kennedy… 290 00:31:48,541 --> 00:31:49,625 Saya bersiar-siar. 291 00:31:49,708 --> 00:31:51,333 …yang tampil di ketibaan. 292 00:31:51,416 --> 00:31:53,166 Okey. Selamat malam. 293 00:31:54,166 --> 00:31:55,000 Selamat malam. 294 00:31:55,083 --> 00:31:56,875 senyuman yang telah lama… 295 00:31:59,625 --> 00:32:03,250 Esok saya akan balik lewat juga. Ada hal di sekolah. 296 00:32:04,166 --> 00:32:05,791 Kamu sertai kelabkah? 297 00:32:05,875 --> 00:32:08,375 Saya akan sertai pertandingan catur itu. 298 00:32:10,500 --> 00:32:13,000 Saya tak nafikan yang bersosial itu 299 00:32:13,083 --> 00:32:15,125 penting untuk gadis sebaya kamu. 300 00:32:15,208 --> 00:32:18,208 Tapi lebih baik sertai kelas menari atau kelab gadis 301 00:32:18,291 --> 00:32:20,166 jika kamu nak berkawan. 302 00:32:21,041 --> 00:32:23,666 Dengarnya Fairfield ada kelab yang bagus. 303 00:32:23,750 --> 00:32:26,750 Ketika puan sebaya saya, bagaimana puan bersosial? 304 00:32:28,625 --> 00:32:30,375 Pertandingan berlangsung hingga Ahad. 305 00:32:36,166 --> 00:32:39,250 SEKOLAH TINGGI HENRY CLAY RUMAH BAGI PAHLAWAN PUNGGUK 306 00:32:47,083 --> 00:32:51,125 SELAMAT DATANG KE KEJUARAAN NEGERI KENTUCKY 1963 307 00:32:52,333 --> 00:32:54,333 YURAN PENYERTAAN 308 00:32:57,208 --> 00:32:59,125 - Kamu ada jam? - Tidak. 309 00:32:59,208 --> 00:33:02,333 Kami ada sistem kongsi jam. Jika lawan kamu tiada, 310 00:33:02,416 --> 00:33:06,208 datang sini, kami akan pinjamkan. Perlawanan mula dalam 20 minit. 311 00:33:06,291 --> 00:33:07,500 Berapa kadaran kamu? 312 00:33:08,250 --> 00:33:09,375 Saya tiada kadaran. 313 00:33:10,000 --> 00:33:12,875 - Kamu tak pernah sertai pertandingan? - Tidak. 314 00:33:15,791 --> 00:33:18,333 - Kamu pasti nak teruskan? - Saya pasti. 315 00:33:18,416 --> 00:33:23,041 Kami tiada seksyen wanita. Saya letak kamu bersama orang baru. 316 00:33:23,125 --> 00:33:24,666 - Saya bukan. - Tak kisah. 317 00:33:26,000 --> 00:33:27,416 Jika kamu tiada kadaran, 318 00:33:27,500 --> 00:33:29,916 kamu mula dengan orang baru di bawah 1600. 319 00:33:32,166 --> 00:33:34,083 - Apa hadiah untuk orang baru? - Dua puluh. 320 00:33:34,166 --> 00:33:36,875 - Seksyen lain bagaimana? - Hadiah utama Terbuka ialah 100. 321 00:33:36,958 --> 00:33:39,208 Saya langgar peraturankah jika sertai Terbuka? 322 00:33:39,291 --> 00:33:41,750 - Tidak. - Letakkan saya dalam Terbuka. 323 00:33:42,458 --> 00:33:45,791 Ada tiga lelaki di dalamnya dengan kadaran melebihi 1800. 324 00:33:45,875 --> 00:33:49,083 Dan Beltik mungkin datang. Mereka akan hancurkan kamu. 325 00:33:54,458 --> 00:33:55,291 "Harmon." 326 00:34:33,916 --> 00:34:35,750 PASANGAN - PUSINGAN 1 TERBUKA 327 00:34:36,500 --> 00:34:37,958 TIADA KADARAN HARMON 328 00:34:48,000 --> 00:34:51,041 - Adakah perlawanan secara rawak? - Tidak. 329 00:34:54,625 --> 00:34:57,625 Ia diaturkan mengikut kadaran pada pusingan pertama. 330 00:34:58,958 --> 00:35:02,375 Kemudian, pemenang lawan pemenang, si kalah lawan si kalah. 331 00:35:07,083 --> 00:35:08,000 Semoga berjaya. 332 00:35:09,916 --> 00:35:10,750 Kamu juga. 333 00:35:21,916 --> 00:35:22,875 Hai. 334 00:35:28,500 --> 00:35:29,625 Hai. 335 00:35:31,125 --> 00:35:33,000 - Annete Packer. - Beth Harmon. 336 00:35:35,791 --> 00:35:37,833 Saya tak faham jam catur. 337 00:35:39,708 --> 00:35:42,041 Jam berhampiran kamu menyukat masa kamu. 338 00:35:42,125 --> 00:35:44,000 Setiap pemain ada 90 minit. 339 00:35:44,083 --> 00:35:46,500 Selepas kamu jalan, tekan butang di atas, 340 00:35:46,583 --> 00:35:48,958 jam kamu berhenti, dan jam lawan bermula. 341 00:35:49,041 --> 00:35:52,125 Nampak bendera kecil merah di atas nombor 12 itu? 342 00:35:52,208 --> 00:35:55,916 Bendera kamu akan jatuh selepas 90 minit, apabila itu berlaku… 343 00:35:57,375 --> 00:35:58,208 kamu kalah. 344 00:35:58,291 --> 00:35:59,625 Dan… 345 00:36:01,083 --> 00:36:03,416 - Untuk catat gerakan kamu. - Baik. 346 00:36:09,791 --> 00:36:12,791 - Mulakan jam kamu. - Kamu boleh mulakan jam saya. 347 00:36:13,458 --> 00:36:16,916 - Kenapa wanita dipadankan bersama? - Tak patut begitu… 348 00:36:17,000 --> 00:36:20,000 tapi, jika kamu menang, kamu akan dinaikkan. 349 00:36:23,250 --> 00:36:25,583 - Oh, dan ini gerakan sentuh. - Apa itu? 350 00:36:25,666 --> 00:36:28,500 Jangan sentuh buah jika kamu tak nak gerakkannya. 351 00:36:28,583 --> 00:36:31,375 - Jika tidak, kamu kena gerakkannya. - Okey. 352 00:36:36,375 --> 00:36:38,000 Bukankah kena tekan butang? 353 00:36:39,583 --> 00:36:40,416 Maaf. 354 00:36:44,916 --> 00:36:46,333 Apa nak buat dengan ini? 355 00:36:47,583 --> 00:36:50,333 - Perlawanan kamu dah tamat? - Ya, saya menang. 356 00:36:51,750 --> 00:36:52,708 Cepatnya. 357 00:36:54,083 --> 00:36:55,791 Apa nak buat dengan ini? 358 00:36:55,875 --> 00:36:58,291 Bulatkan nama kamu dan letak dalam bakul. 359 00:37:53,041 --> 00:37:59,041 PAPAN TERATAS 360 00:38:12,833 --> 00:38:13,708 Siapa mereka? 361 00:38:13,791 --> 00:38:15,500 Beltik dan Cullen. 362 00:38:15,583 --> 00:38:18,625 - Beltik ialah Juara Peringkat Negeri. - Yang mana? 363 00:38:22,250 --> 00:38:25,125 - Beltik yang lebih muda. - Dia Jaguh Catur? 364 00:38:25,208 --> 00:38:27,625 Dia sedang usahakannya. Ia mengambil masa. 365 00:38:28,250 --> 00:38:31,333 - Perlu lawan Jaguh Catur yang lain. - Berapa lama? 366 00:38:31,416 --> 00:38:32,625 Boleh diam tak? 367 00:38:39,750 --> 00:38:40,625 Seri? 368 00:38:43,666 --> 00:38:44,500 Tak mungkin. 369 00:38:53,291 --> 00:38:54,125 Ya! 370 00:39:32,958 --> 00:39:33,791 Itu mat. 371 00:39:35,500 --> 00:39:36,625 Saya tahu. 372 00:39:49,166 --> 00:39:50,166 Seri? 373 00:39:58,375 --> 00:39:59,208 Awak menang. 374 00:39:59,291 --> 00:40:00,416 Saya mengalah. 375 00:40:21,750 --> 00:40:23,666 TIDAK PERNAH KALAH 376 00:40:27,291 --> 00:40:28,625 Waktu makan malam. 377 00:40:28,708 --> 00:40:32,166 Pusingan seterusnya jam enam. Tiga pusingan lagi esok. 378 00:40:32,250 --> 00:40:34,291 Pusingan akhir hari Ahad, 11 pagi. 379 00:40:39,708 --> 00:40:40,541 Harmon? 380 00:40:42,125 --> 00:40:42,958 Syabas. 381 00:40:48,000 --> 00:40:51,291 Saya rasa dia tahu kamu bunuh abangnya. Kamu ada masalah… 382 00:40:51,375 --> 00:40:52,875 Kamu punya dalam ketuhar. 383 00:40:52,958 --> 00:40:54,791 Ada saja orang menghimpit saya. 384 00:40:54,875 --> 00:40:57,708 - Bagaimana tadi? - Saya menang empat perlawanan. 385 00:40:58,625 --> 00:41:00,416 Baguslah, tahniah. 386 00:41:01,208 --> 00:41:03,083 TERBUKA BELTIK (2150) LWN GOLDMAN (1900) 387 00:41:03,166 --> 00:41:06,125 TOWNES (1724) LWN HARMON (TIADA KADARAN) 388 00:41:10,750 --> 00:41:11,666 Ya, Harmon? 389 00:41:11,750 --> 00:41:14,583 Kamu kata ada tiga pemain melebihi kadar 1800. 390 00:41:14,666 --> 00:41:17,458 - Ya. - Ingatkan saya akan lawan salah seorang. 391 00:41:17,541 --> 00:41:20,625 Memang begitulah, Harmon. Anggaplah kamu bertuah. 392 00:41:20,708 --> 00:41:24,500 - Saya nak lawan yang terbaik. - Kamu perlu ada kadaran dahulu. 393 00:41:24,583 --> 00:41:25,916 Bagaimana caranya? 394 00:41:26,000 --> 00:41:29,833 Main 30 perlawanan dalam kejohanan USCF dan tunggu empat bulan. 395 00:41:29,916 --> 00:41:32,250 - Begitulah caranya. - Lamanya. 396 00:41:33,250 --> 00:41:36,250 - Saya nak lawan Beltik. - Jika kamu menang tiga perlawanan lagi, 397 00:41:36,333 --> 00:41:37,333 sama dengan Beltik. 398 00:41:37,416 --> 00:41:40,250 - Saya akan menang. - Tidak, Harmon. 399 00:41:40,333 --> 00:41:42,291 Kamu perlu lawan Sizemore atau Goldman dulu. 400 00:41:42,375 --> 00:41:46,166 - Kamu tak boleh tewaskan mereka. - Sizemore dan Goldman? Gila. 401 00:41:46,250 --> 00:41:48,750 Townes, lawan kamu sekarang, dipandang rendah. 402 00:41:48,833 --> 00:41:51,250 Dia main papan pertama di universitinya, 403 00:41:51,333 --> 00:41:54,000 bulan lalu, dia di tempat kelima di Las Vegas. 404 00:42:02,125 --> 00:42:04,833 - Ada apa di Las Vegas? - Kejohanan Terbuka AS. 405 00:42:22,500 --> 00:42:24,458 Nampaknya kita saling menghendap. 406 00:42:40,083 --> 00:42:41,333 Nak mulakan jam saya? 407 00:42:47,500 --> 00:42:48,333 Maaf. 408 00:44:25,041 --> 00:44:28,166 Jesus Christ, Harmon, kamu memalukan tir saya. 409 00:44:28,250 --> 00:44:30,041 Penderitaan kamu dah tak lama. 410 00:44:56,958 --> 00:44:57,833 Cis. 411 00:45:04,625 --> 00:45:07,250 Berapa umur kamu? Tak kisahlah. 412 00:45:07,333 --> 00:45:10,583 - Jangan jawab, nanti saya murung. - Saya 36 tahun. 413 00:45:12,166 --> 00:45:13,000 Terima kasih. 414 00:45:14,708 --> 00:45:17,375 Kamu memang menakjubkan, tahu? 415 00:45:22,208 --> 00:45:23,833 Mari hantar kertas kita. 416 00:45:27,333 --> 00:45:28,416 Pergilah dulu. 417 00:45:28,500 --> 00:45:31,291 Saya nak kaji perlawanan ini sebentar. 418 00:45:32,416 --> 00:45:33,250 Wah. 419 00:45:57,000 --> 00:45:57,833 Celaka! 420 00:46:03,333 --> 00:46:06,666 Saya cuma nak beritahu, saya tak pernah lihat… 421 00:46:08,416 --> 00:46:09,958 Kamu ada sesuatu? 422 00:46:11,166 --> 00:46:12,500 Ini kali pertama saya. 423 00:46:19,333 --> 00:46:21,250 Kamu tahu bagaimana nak guna ia? 424 00:46:22,958 --> 00:46:23,791 Rasanyalah. 425 00:46:24,708 --> 00:46:27,083 Saya tunggu, kalau-kalau ada masalah. 426 00:46:32,000 --> 00:46:33,083 Kamu… 427 00:46:33,166 --> 00:46:35,083 Kamu semakin meningkat, bukan? 428 00:46:36,333 --> 00:46:37,166 Setakat ini. 429 00:46:40,333 --> 00:46:42,166 Tapi, Sizemore agak sukar. 430 00:47:02,125 --> 00:47:02,958 Terima kasih. 431 00:47:04,666 --> 00:47:05,541 Saya tak… 432 00:47:06,916 --> 00:47:07,791 Saya ingat… 433 00:47:10,875 --> 00:47:12,208 Saya ingat saya sakit. 434 00:47:12,833 --> 00:47:15,208 Saya muntah ketika kali pertama saya. 435 00:47:16,625 --> 00:47:18,708 Adakalanya, saya masih lagi muntah. 436 00:47:20,208 --> 00:47:21,791 Sebenarnya, setiap kali. 437 00:47:24,291 --> 00:47:26,833 Apa pun, saya kena pergi. 438 00:47:26,916 --> 00:47:27,750 Oh, baiklah. 439 00:47:29,875 --> 00:47:30,791 Hei, Beth. 440 00:47:32,125 --> 00:47:33,416 Kalahkan dia, ya? 441 00:47:34,625 --> 00:47:35,541 Saya akan cuba. 442 00:47:48,250 --> 00:47:49,083 Dah bersedia? 443 00:48:19,250 --> 00:48:21,291 Saya dah mula datang haid. 444 00:48:25,333 --> 00:48:27,250 Agak lewat bagi kamu, bukan? 445 00:48:31,666 --> 00:48:33,375 Saya perlukan tuala wanita… 446 00:48:34,166 --> 00:48:35,291 apa-apalah. 447 00:48:35,375 --> 00:48:40,041 Pergi ke bilik saya, ambil di laci teratas di almari, ambil apa yang kamu perlu. 448 00:48:43,041 --> 00:48:44,125 Oh, dan, sayang… 449 00:48:45,458 --> 00:48:49,416 tolong ambilkan botol kecil berisi pil hijau di tepi katil saya. 450 00:48:51,875 --> 00:48:54,291 Ketenangan saya perlu dipulihkan. 451 00:49:37,458 --> 00:49:38,291 Terima kasih. 452 00:49:42,541 --> 00:49:43,500 Ada masalahkah? 453 00:49:45,791 --> 00:49:46,625 Masalah? 454 00:49:48,958 --> 00:49:52,958 Saya bukan Aristotle, tapi, ya, rasanya ada yang dianggap bermasalah. 455 00:49:55,166 --> 00:49:57,583 Saya terima mesej daripada En. Wheatley. 456 00:49:59,708 --> 00:50:00,541 Apa dia kata? 457 00:50:02,833 --> 00:50:04,375 Nampaknya En. Wheatley… 458 00:50:05,458 --> 00:50:08,458 akan ditahan selama-lamanya di Barat Daya. 459 00:50:11,375 --> 00:50:13,333 Di antara Denver dan Butte. 460 00:50:16,916 --> 00:50:21,000 Walaupun Aristotle ialah ahli falsafah moral dan saya cuma suri rumah. 461 00:50:22,541 --> 00:50:24,166 Atau, dahulunya suri rumah. 462 00:50:27,875 --> 00:50:31,375 Bolehkah mereka hantar saya balik jika kamu dah tiada suami? 463 00:50:35,500 --> 00:50:37,333 Kamu cakap tak berlapik. 464 00:50:43,291 --> 00:50:44,875 Tidak, jika kita tipu. 465 00:50:48,166 --> 00:50:49,166 Mudah saja. 466 00:50:56,125 --> 00:50:57,750 Kamu orang yang baik, Beth. 467 00:51:01,791 --> 00:51:04,416 Apa kata kamu panaskan ayam dalam peti sejuk? 468 00:51:06,208 --> 00:51:08,166 Tetapkan suhu ketuhar pada 200°C. 469 00:51:10,416 --> 00:51:12,375 Saya tak tahu cara pakai ini. 470 00:51:21,000 --> 00:51:25,708 Walapun saya bukan lagi seorang isteri, kecuali dari segi perundangan… 471 00:51:30,500 --> 00:51:32,958 saya rasa saya boleh belajar menjadi ibu. 472 00:51:37,791 --> 00:51:39,125 Biar saya ajar kamu… 473 00:51:40,500 --> 00:51:42,791 jika kamu janji takkan dekati Denver. 474 00:52:14,833 --> 00:52:15,666 Ibu? 475 00:52:22,708 --> 00:52:23,958 Pejam mata kamu. 476 00:53:05,583 --> 00:53:06,416 Maaf. 477 00:53:08,041 --> 00:53:09,458 Tambahan kopi. 478 00:53:13,000 --> 00:53:15,208 Harry Beltik. Siapa nama kamu? 479 00:53:16,083 --> 00:53:17,000 Beth Harmon. 480 00:55:49,125 --> 00:55:50,125 Tunggu sebentar. 481 00:56:09,916 --> 00:56:12,083 Ayuh, si hodoh tak guna. 482 00:56:13,666 --> 00:56:15,000 Kamu boleh tewaskan… 483 00:56:16,791 --> 00:56:17,750 si bangsat itu. 484 00:57:46,791 --> 00:57:48,625 - Sial. - Rasanya itu saja. 485 00:57:48,708 --> 00:57:51,208 - Tidak, ada jalan keluar. - Rasanya tiada. 486 00:57:53,041 --> 00:57:55,250 Mungkin, jika kamu tepati masa. 487 00:58:06,958 --> 00:58:09,666 - Tak boleh. Saya tak perlu guna ratu. - Jalan. 488 00:58:09,750 --> 00:58:11,833 - Saya akan guna gajah dan… - Jalan. 489 00:58:46,875 --> 00:58:47,833 Kamu dah nampak? 490 00:58:49,000 --> 00:58:51,208 Atau kita nak tamatkannya atas papan? 491 00:58:56,750 --> 00:58:57,916 Sial. 492 00:59:12,041 --> 00:59:15,625 "Dunia catur Kentucky dikejutkan pada minggu ini 493 00:59:15,708 --> 00:59:19,583 apabila seorang gadis tempatan menewaskan pemain berpengalaman 494 00:59:19,666 --> 00:59:22,125 dan memenangi Kejuaraan Negeri Kentucky." 495 00:59:22,916 --> 00:59:26,666 "Elizabeth Harmon, pelajar Sekolah Tinggi Fairfield, 496 00:59:26,750 --> 00:59:30,291 menunjukkan kepakaran tak terbanding dengan mana-mana wanita, 497 00:59:30,375 --> 00:59:32,000 menurut Harry Beltik, 498 00:59:32,083 --> 00:59:34,458 pemain yang ditewaskan oleh Cik Harmon. 499 00:59:36,458 --> 00:59:37,750 Hadiah 100 dolar. 500 00:59:39,416 --> 00:59:42,583 - Kamu memenanginya. - Saya nak buka akaun bank. 501 00:59:42,666 --> 00:59:45,875 Tapi saya perlukan puan sebagai ibu bapa atau penjaga. 502 00:59:45,958 --> 00:59:49,708 Saya langsung tak tahu boleh dapat duit dengan main catur. 503 00:59:49,791 --> 00:59:51,666 Ada kejohanan tawar hadiah lebih besar. 504 00:59:54,500 --> 00:59:55,500 Sebesar mana? 505 00:59:57,541 --> 00:59:58,625 Ribuan dolar. 506 00:59:59,708 --> 01:00:00,541 Wah. 507 01:00:01,500 --> 01:00:04,416 Jadi, boleh kita ke bank selepas sekolah hari ini? 508 01:00:05,958 --> 01:00:06,958 Tentu sekali. 509 01:00:42,625 --> 01:00:45,500 PEMBUKAAN CATUR MODEN DISUNTING OLEH WALTER KORN 510 01:01:08,250 --> 01:01:10,166 Beth, boleh turun ke bawah? 511 01:01:14,375 --> 01:01:15,208 Kenapa? 512 01:01:15,958 --> 01:01:18,375 Saya menyelak majalah catur ini. 513 01:01:18,458 --> 01:01:19,916 Ia menarik. 514 01:01:20,750 --> 01:01:23,500 Katanya ada pertandingan di Cincinnati, 515 01:01:23,583 --> 01:01:25,916 dan hadiah utama ialah 500 dolar. 516 01:01:28,625 --> 01:01:31,708 Hanya dua jam untuk ke sana menaiki Bas Greyhound. 517 01:01:32,666 --> 01:01:34,375 Saya memandai-mandai telefon. 518 01:01:37,541 --> 01:01:39,041 Bagaimana dengan sekolah? 519 01:01:39,625 --> 01:01:42,333 Saya boleh tulis surat pengecualian akibat mono. 520 01:01:42,416 --> 01:01:43,333 Mono? 521 01:01:43,416 --> 01:01:44,458 Mononukleosis. 522 01:01:44,541 --> 01:01:48,125 Menurut Jurnal Rumah Wanita, normal bagi gadis sebaya kamu. 523 01:01:51,583 --> 01:01:52,958 Nak menginap di mana? 524 01:01:53,041 --> 01:01:56,791 Di Hotel Gibson, bilik berdua, 22 dolar satu malam. 525 01:01:57,750 --> 01:02:01,416 Tiket Greyhound berharga 11.80 dolar sekeping, 526 01:02:01,500 --> 01:02:03,166 termasuk kos makanan. 527 01:02:03,250 --> 01:02:04,791 Saya dah kira semuanya. 528 01:02:05,583 --> 01:02:08,666 Walaupun hanya menang tempat kedua atau ketiga, 529 01:02:08,750 --> 01:02:10,333 tetap akan ada untung. 530 01:02:11,875 --> 01:02:12,875 Saya akan menang. 531 01:02:14,375 --> 01:02:16,458 Saya yakin sepenuhnya. 532 01:03:52,166 --> 01:03:56,083 Terjemahan sari kata oleh Najat Hamidi