1 00:00:01,042 --> 00:00:03,833 Awak datang ke New York untuk jumpa Clint? 2 00:00:03,917 --> 00:00:04,958 Saya nak bunuh dia. 3 00:00:05,042 --> 00:00:06,542 Ada orang upah Black Widow. 4 00:00:06,625 --> 00:00:09,458 -Jika bukan malam ini... -Clint, kita cukup berhati-hati. 5 00:00:09,542 --> 00:00:11,750 Tak lama lagi tentu bos mereka akan masuk campur. 6 00:00:11,833 --> 00:00:13,792 sebelum ini dalam 7 00:00:14,208 --> 00:00:16,417 Mak, saya nak cakap tentang Jack. 8 00:00:16,500 --> 00:00:18,208 Boleh kita ubah topik? 9 00:00:18,292 --> 00:00:22,833 Mak nak minta tolong buat keputusan tentang parti perayaan Bishop. 10 00:00:22,917 --> 00:00:24,208 Jika itu perjanjiannya? 11 00:00:24,292 --> 00:00:26,500 Awak akan cari bahan untuk kostum baru. 12 00:00:26,583 --> 00:00:30,167 Saya akan cari barang untuk buat kostum awak, tambah dua lagi? 13 00:00:30,250 --> 00:00:33,167 Semua ini salah faham. 14 00:00:33,250 --> 00:00:35,208 Ada orang cuba kenakan saya. 15 00:00:39,500 --> 00:00:41,500 Bos awak nak ayah awak mati. 16 00:00:43,250 --> 00:00:46,833 Ya, bos awak. 17 00:00:47,333 --> 00:00:48,375 Apa semua ini? 18 00:00:48,833 --> 00:00:51,208 Kenapa awak tiada semasa perjumpaan malam itu? 19 00:00:52,417 --> 00:00:53,667 Apa awak cakapkan ini? 20 00:00:53,750 --> 00:00:55,000 Kate? 21 00:00:55,583 --> 00:00:58,292 Tengok. Siapa dengan mak saya? 22 00:01:00,292 --> 00:01:03,417 Dialah yang saya paling risaukan. 23 00:01:03,500 --> 00:01:04,708 Kingpin. 24 00:02:02,708 --> 00:02:03,875 Cik Bishop. 25 00:02:05,875 --> 00:02:07,000 Encik Fisk. 26 00:02:20,125 --> 00:02:22,417 Apa yang boleh saya bantu, Eleanor? 27 00:02:23,333 --> 00:02:26,042 Hubungan kita baik selama ini bukan, Wilson? 28 00:02:26,125 --> 00:02:27,292 Ya. 29 00:02:28,292 --> 00:02:31,625 Saya tak pernah tanya soalan. Saya buat semua yang disuruh. 30 00:02:31,708 --> 00:02:36,167 Itu yang patut penghutang lakukan. Hutang suami awak bukannya sikit. 31 00:02:36,250 --> 00:02:38,875 Saya dah bayar sepuluh kali ganda daripada itu. 32 00:02:38,958 --> 00:02:42,208 Awak juga hidup dengan mewah sekarang. 33 00:02:43,292 --> 00:02:46,292 Seperti yang awak cakap, hubungan kita baik selama ini. 34 00:02:47,292 --> 00:02:50,875 Sebab itu saya tertanya-tanya kenapa awak tanya. 35 00:02:54,000 --> 00:02:56,167 Saya uruskan Armand macam awak suruh. 36 00:02:56,250 --> 00:02:59,417 Tunang saya dituduh atas kes syarikat Sloan. 37 00:03:00,917 --> 00:03:04,292 Tapi anak saya, anak saya di rumah sekarang. 38 00:03:05,375 --> 00:03:07,458 Dia hampir dapat tahu. 39 00:03:08,833 --> 00:03:10,917 Sebab itu saya nak hentikannya. 40 00:03:11,000 --> 00:03:12,625 Awak tak boleh berhenti begitu saja. 41 00:03:12,708 --> 00:03:15,375 Sebab itu saya kena keluar daripada semua ini. 42 00:03:15,458 --> 00:03:16,583 Jangan terburu-buru. 43 00:03:16,667 --> 00:03:17,583 Saya nak awak tahu 44 00:03:17,667 --> 00:03:20,167 yang saya ada rekod semua perkara. 45 00:03:20,250 --> 00:03:23,750 -Eleanor... -Saya ada simpan salinan di satu tempat. 46 00:03:23,833 --> 00:03:27,000 Sempena musim perayaan ini, saya akan bagi awak masa 47 00:03:27,083 --> 00:03:29,208 untuk fikir semula tindakan awak. 48 00:03:31,083 --> 00:03:32,833 Keputusan saya muktamad. 49 00:03:43,208 --> 00:03:46,125 Sempena musim perayaan ini, saya akan bagi awak masa 50 00:03:46,208 --> 00:03:48,542 untuk fikir semula tindakan awak. 51 00:03:50,375 --> 00:03:51,833 Keputusan saya muktamad. 52 00:03:53,875 --> 00:03:55,000 Siapa yang hantar ini? 53 00:03:55,667 --> 00:03:56,792 Yelena. 54 00:03:58,333 --> 00:04:02,667 Mak saya upah Yelena untuk bunuh awak. 55 00:04:08,792 --> 00:04:12,875 Semua ini tak masuk akal. Mak saya tak pernah buat salah. 56 00:04:12,958 --> 00:04:15,833 Dia bekerja dengan mafia? 57 00:04:15,917 --> 00:04:17,875 Dia bunuh Armand? 58 00:04:20,333 --> 00:04:21,875 Saya perlu cakap dengan dia. 59 00:04:21,958 --> 00:04:24,542 Kate, tunggu. Bawa bertenang. 60 00:04:24,625 --> 00:04:26,083 Mari kita bincang dulu. 61 00:04:26,167 --> 00:04:29,000 Hai, ini Eleanor. Saya tak boleh jawab sekarang... 62 00:04:29,083 --> 00:04:30,583 Tarik nafas. 63 00:04:30,667 --> 00:04:32,667 Mak awak perlu bantuan. 64 00:04:32,750 --> 00:04:36,333 Video itu tak bagus, Kate. 65 00:04:37,500 --> 00:04:41,167 Kingpin takkan biarkan begitu saja. Dia pasti akan buat sesuatu. 66 00:04:41,250 --> 00:04:42,958 Tindakan dia sangat kejam. 67 00:04:43,042 --> 00:04:45,417 Clint, biar saya uruskan masalah saya. 68 00:04:45,500 --> 00:04:48,000 Awak patut balik ke pangkuan keluarga awak. 69 00:04:48,083 --> 00:04:49,875 Masih sempat nak balik untuk Krismas. 70 00:04:49,958 --> 00:04:51,917 Kate, awak rakan sekerja saya. 71 00:04:54,625 --> 00:04:56,750 Masalah awak masalah saya. 72 00:04:56,833 --> 00:04:59,875 Saya takkan ke mana-mana selagi belum selesai. 73 00:05:11,083 --> 00:05:12,792 Itu pun awak. 74 00:05:18,583 --> 00:05:24,792 Pak cik pernah tengok awak dalam pertarungan yang sengit. 75 00:05:28,708 --> 00:05:32,542 Awak tak nak ceritakan apa yang berlaku? 76 00:05:39,875 --> 00:05:43,417 Pak cik selalu ajar supaya jangan menonjol. 77 00:05:45,458 --> 00:05:50,958 Maafkan saya. Saya terbawa-bawa. Pak cik tahu saya sayangkan ayah saya. 78 00:05:53,125 --> 00:05:54,542 Kami pun sama. 79 00:05:59,292 --> 00:06:02,167 Saya dah sedar sekarang. Saya perlu fokus pada kerja. 80 00:06:02,917 --> 00:06:04,708 Berhenti buru dia. 81 00:06:15,125 --> 00:06:16,917 Itu agak mengejutkan. 82 00:06:21,208 --> 00:06:25,708 Saya sedar walau apa pun saya buat, ayah saya takkan hidup semula. 83 00:06:27,750 --> 00:06:29,208 Mencari pembunuhnya 84 00:06:30,375 --> 00:06:32,375 takkan mengubah apa-apa. 85 00:06:33,875 --> 00:06:36,958 Dia pasti nak awak teruskan hidup. Dia sentiasa mahu... 86 00:06:38,083 --> 00:06:39,917 Yang terbaik untuk awak. 87 00:06:40,000 --> 00:06:45,792 Pak cik harap dia ada bersama kita dan lihat semua pencapaian awak. 88 00:06:50,917 --> 00:06:55,500 Kalau pak cik tak kisah, saya nak cuti beberapa hari untuk tenangkan fikiran. 89 00:06:59,542 --> 00:07:01,875 Ya, pak cik izinkan. 90 00:07:04,875 --> 00:07:05,708 Maya... 91 00:07:11,917 --> 00:07:13,583 Pak cik sayang awak. 92 00:07:15,375 --> 00:07:17,292 Saya sayang pak cik. 93 00:07:30,167 --> 00:07:33,417 Ronin sedang berkeliaran di bandar ini. 94 00:07:35,583 --> 00:07:40,917 Seorang Avenger sedang siasat tentang operasi kita, 95 00:07:41,000 --> 00:07:43,125 dan Eleanor Bishop 96 00:07:43,208 --> 00:07:47,667 fikir dia boleh berhenti begitu saja, seperti di syarikat biasa. 97 00:07:50,500 --> 00:07:51,875 Maya pula... 98 00:07:53,208 --> 00:07:54,500 Anak buah saya... 99 00:07:57,083 --> 00:07:58,333 Sudah berpaling tadah. 100 00:08:00,125 --> 00:08:01,250 Ya. 101 00:08:03,292 --> 00:08:05,458 Apa kita patut buat sekarang? 102 00:08:12,333 --> 00:08:13,708 Saya patut 103 00:08:15,000 --> 00:08:16,833 ingatkan mereka 104 00:08:18,583 --> 00:08:20,542 yang bandar ini milik saya. 105 00:08:28,875 --> 00:08:30,042 Kate, 106 00:08:31,000 --> 00:08:33,542 saya bersimpati atas apa yang berlaku kepada awak. 107 00:08:35,250 --> 00:08:37,083 Saya tak boleh fikir mengenainya. 108 00:08:38,333 --> 00:08:40,042 Kita kena fokus untuk malam ini. 109 00:08:40,917 --> 00:08:42,083 Betul cakap awak. 110 00:08:42,833 --> 00:08:44,500 Kita perlukan banyak senjata. 111 00:08:46,583 --> 00:08:50,042 Kita perlukan lebih banyak anak panah khas bahaya. 112 00:08:52,750 --> 00:08:54,333 Awak boleh buat sendiri? 113 00:09:05,333 --> 00:09:07,833 Kate, awak nampak penyembur lada itu? 114 00:09:07,917 --> 00:09:10,083 -Ya, ada di sini. -Okey. 115 00:09:11,250 --> 00:09:12,250 MERENGSAKAN MATA 116 00:09:28,583 --> 00:09:29,583 Ini yang mana satu? 117 00:09:31,125 --> 00:09:32,750 Itu panah terlalu bahaya. 118 00:09:35,333 --> 00:09:37,083 Terlalu bahaya. 119 00:09:40,167 --> 00:09:42,667 BEG UDARA - BEKU BOM KILAT - PEMECAH AIS 120 00:10:15,875 --> 00:10:18,875 Parti perayaan malam ini, 121 00:10:21,125 --> 00:10:22,708 adakah ia parti mewah? 122 00:10:23,375 --> 00:10:25,292 Ya, formal. 123 00:10:28,208 --> 00:10:30,000 Awak tak perlu lakukannya. 124 00:10:33,250 --> 00:10:34,875 Ini sebahagian tugas kita. 125 00:10:37,125 --> 00:10:38,583 Ia memang sulit. 126 00:10:41,542 --> 00:10:42,708 Awak akan kesunyian. 127 00:10:43,708 --> 00:10:44,958 Awak akan terluka. 128 00:10:45,958 --> 00:10:48,833 Wira terpaksa buat keputusan yang sukar. 129 00:10:51,792 --> 00:10:53,625 Kalau awak nak teruskannya, 130 00:10:55,542 --> 00:10:57,375 saya harap awak dah sedia. 131 00:11:09,125 --> 00:11:11,708 Masa saya kecil, makhluk asing menceroboh. 132 00:11:14,583 --> 00:11:15,917 Saya bersendirian. 133 00:11:18,083 --> 00:11:19,708 Saya rasa sangat takut. 134 00:11:22,750 --> 00:11:24,000 Hari itu saya nampak awak, 135 00:11:26,000 --> 00:11:29,125 lawan makhluk asing dengan anak panah dan busur. 136 00:11:31,917 --> 00:11:35,042 Awak terjun dari bangunan walaupun awak tak boleh terbang 137 00:11:35,917 --> 00:11:37,875 dan tiada kuasa luar biasa. 138 00:11:40,042 --> 00:11:41,375 Saya fikir, 139 00:11:42,083 --> 00:11:44,875 "Kalau dia boleh buat, saya tak perlu takut lagi." 140 00:11:49,042 --> 00:11:52,500 Awak tunjuk yang wira bukan hanya untuk orang yang boleh terbang 141 00:11:52,583 --> 00:11:54,083 atau ada kuasa luar biasa. 142 00:11:54,167 --> 00:11:56,000 Sesiapa saja boleh. 143 00:11:56,083 --> 00:12:00,125 Sesiapa yang berani untuk tegakkan kebenaran walau apa pun. 144 00:12:08,542 --> 00:12:09,625 Saya dah sedia. 145 00:12:33,042 --> 00:12:34,042 Saya dah bersedia. 146 00:12:35,375 --> 00:12:38,250 Kalau Eleanor larikan diri, bersedia. 147 00:12:38,333 --> 00:12:42,125 Kami di kawasan sekitar. Tomas di bahagian timur, saya di barat. 148 00:13:00,083 --> 00:13:01,667 Saya tak nampak mak saya lagi. 149 00:13:01,750 --> 00:13:04,000 Beritahu saya apa yang awak nampak. 150 00:13:04,083 --> 00:13:06,417 Apa kita boleh guna? Apa ancaman kita? 151 00:13:07,125 --> 00:13:10,333 Ancaman? Lelaki itu. 152 00:13:10,417 --> 00:13:14,125 Itu Gary. Dia pecat saya daripada satu-satunya kerja saya. 153 00:13:15,625 --> 00:13:17,125 Benda berguna? 154 00:13:18,292 --> 00:13:19,833 Semua ada di parti ini. 155 00:13:27,708 --> 00:13:30,542 Chip. Awak juga. Terima kasih. 156 00:13:30,625 --> 00:13:34,167 Jack langsung tak malu untuk datang lepas apa mak saya buat. 157 00:13:34,250 --> 00:13:37,125 Jack? Dia bawa pedang. 158 00:13:37,208 --> 00:13:40,167 Dia baru keluar lokap atas tuduhan membunuh dengan pedang. 159 00:13:40,250 --> 00:13:43,167 Mungkin itu cara dia buktikan yang dia tak bersalah? 160 00:13:43,250 --> 00:13:44,750 Itu agak pelik, tapi mungkin juga. 161 00:13:45,417 --> 00:13:47,833 Jack, saya ingat awak di penjara. 162 00:13:47,917 --> 00:13:50,500 Memang pun. Tapi ayah awak bayar ikat jamin. 163 00:13:50,583 --> 00:13:52,708 Mak cakap saya dapat koleksi wain awak. 164 00:13:52,792 --> 00:13:56,167 Apa? Awak belum cukup umur untuk tahu tentang koleksi wain saya. 165 00:13:56,250 --> 00:13:57,417 Saya akan dewasa juga. 166 00:13:57,500 --> 00:13:59,625 Mungkin masa itu ia dah tak sedap. 167 00:13:59,708 --> 00:14:01,708 Tak, kalau awak masuk penjara semula. 168 00:14:01,792 --> 00:14:04,833 Ingat tak dulu awak pernah terkencing di dalam seluar? 169 00:14:04,917 --> 00:14:06,792 Saya ingat. Semua orang ingat. 170 00:14:19,125 --> 00:14:20,417 Ambil ini. 171 00:14:20,500 --> 00:14:22,042 Jangan matikannya, okey? 172 00:14:22,125 --> 00:14:23,875 -Okey. -Saya pusing kejap. 173 00:14:27,583 --> 00:14:28,833 Ini dia. 174 00:14:31,542 --> 00:14:33,208 -Nak saya simpan kot awak? -Tak perlu. 175 00:14:33,292 --> 00:14:34,625 Baiklah. 176 00:14:42,917 --> 00:14:43,958 Nampak mak awak? 177 00:14:44,042 --> 00:14:45,583 Tak, saya belum nampak dia. 178 00:15:04,625 --> 00:15:06,000 Saya dah jumpa dia. 179 00:15:08,458 --> 00:15:10,917 -Hai, Kate. -Mak, ikut saya cepat. 180 00:15:16,917 --> 00:15:18,125 Awak buat apa ini? 181 00:15:18,208 --> 00:15:19,542 Selamatkan nyawa mak. 182 00:15:19,625 --> 00:15:21,708 Rakan kongsi mak nak bunuh mak. 183 00:15:21,792 --> 00:15:23,000 Apa maksud awak? 184 00:15:26,250 --> 00:15:30,250 ...sebab itu saya tertanya-tanya kenapa awak tanya. 185 00:15:30,333 --> 00:15:34,042 -Tergamak mak buat ini? Selama ini... -Saya uruskan Armand macam yang awak nak. 186 00:15:35,125 --> 00:15:37,042 Awak tak faham. 187 00:15:37,125 --> 00:15:39,792 Masa ayah awak mati, mak jadi buntu. 188 00:15:40,500 --> 00:15:41,958 Ayah awak berhutang dengan dia. 189 00:15:42,042 --> 00:15:44,958 Kamu berdua ada di sini. Maaf sebab mengganggu, 190 00:15:45,042 --> 00:15:47,125 tapi saya kena bercakap dengan awak... 191 00:15:47,208 --> 00:15:48,667 Jack, bukan sekarang. 192 00:15:48,750 --> 00:15:52,417 Kate, jangan risau tentang itu. Semuanya terkawal. 193 00:16:02,000 --> 00:16:03,167 Semua selamat, bos. 194 00:16:06,208 --> 00:16:07,708 Tengoklah siapa itu. 195 00:16:12,000 --> 00:16:13,083 Tunduk. 196 00:16:15,292 --> 00:16:16,625 Apa... 197 00:16:16,708 --> 00:16:17,875 -Awak okey? -Ya. 198 00:16:17,958 --> 00:16:19,458 -Bawa mereka keluar. -Baik. 199 00:16:21,708 --> 00:16:23,708 Jangan dekat dengan tingkap! 200 00:16:28,292 --> 00:16:30,000 Tunduk! Merangkak, ikut sini. 201 00:16:30,083 --> 00:16:32,750 Ke sini. Missy, tolong saya. Cepat. 202 00:16:33,375 --> 00:16:35,625 Barton ada di sini. Perempuan itu juga ada. 203 00:16:36,458 --> 00:16:38,917 Beritahu bos, hadiah sampai awal. 204 00:16:39,000 --> 00:16:40,250 Apa yang dah berlaku? 205 00:16:40,333 --> 00:16:43,083 Ada tembakan. Kami sedang bawa semua orang keluar. 206 00:16:43,167 --> 00:16:44,625 Jangan ke mana-mana. 207 00:16:44,708 --> 00:16:47,083 Kate, jangan ke luar sana. Ia terlalu bahaya. 208 00:16:47,167 --> 00:16:49,750 Sebab mak, orang lain dalam bahaya. 209 00:16:49,833 --> 00:16:52,000 Jangan bergerak dan jangan masuk campur. 210 00:16:56,250 --> 00:16:57,833 Apa yang... 211 00:16:58,375 --> 00:17:00,417 Saya rasa saya terlepas sesuatu. 212 00:17:03,667 --> 00:17:06,917 Okey, Jack. Inilah masanya. 213 00:17:07,958 --> 00:17:09,500 Masa untuk bersinar. 214 00:17:11,958 --> 00:17:13,125 Cepat. 215 00:17:16,500 --> 00:17:18,625 Clint, siapa tembak? 216 00:17:18,708 --> 00:17:19,917 Saya tak tahu. 217 00:17:20,000 --> 00:17:21,375 -Clint. -Hei. 218 00:17:21,458 --> 00:17:22,667 -Cari Eleanor. -Okey. 219 00:17:23,583 --> 00:17:25,792 Saya akan turun ke bawah. Alihkan perhatian dia. 220 00:17:25,875 --> 00:17:28,542 Baiklah. Semua pergi ke kedudukan dua. 221 00:17:28,625 --> 00:17:29,458 Wendy dan Missy. 222 00:17:29,542 --> 00:17:30,542 Matikan lampu. 223 00:17:32,250 --> 00:17:33,833 Tak guna. 224 00:17:35,750 --> 00:17:37,208 Alamak. 225 00:17:42,292 --> 00:17:44,125 Saya tahu awak baik dengan mak saya, 226 00:17:44,208 --> 00:17:46,667 tapi saya tak sangka awak dijemput ke parti ini. 227 00:17:46,750 --> 00:17:48,250 Kate Bishop. 228 00:17:48,917 --> 00:17:50,792 Saya bukan nak rosakkan suasana. 229 00:17:50,875 --> 00:17:55,333 Saya cuma nak bunuh Barton, makan pencuci mulut dan balik. 230 00:17:56,333 --> 00:17:59,833 Saya harap awak suka makanan itu, awak dah terlepas dia. 231 00:17:59,917 --> 00:18:01,042 Dia di dalam lif ini. 232 00:18:01,125 --> 00:18:02,750 Ya, daripada 65 tingkat, 233 00:18:02,875 --> 00:18:05,917 awak boleh teka dia akan turun tingkat berapa? 234 00:18:06,000 --> 00:18:08,292 -Tingkat 12. -Tak guna. 235 00:18:08,375 --> 00:18:10,208 Berseronoklah. 236 00:18:10,292 --> 00:18:12,625 Tak, Kate. Jangan ikut. 237 00:18:28,625 --> 00:18:29,625 Jangan! 238 00:18:54,250 --> 00:18:56,083 -Apa itu? -Saya tak tahu. 239 00:18:57,792 --> 00:18:59,708 -Tak! -Tak! 240 00:18:59,792 --> 00:19:01,458 Apa yang berlaku? 241 00:19:04,292 --> 00:19:06,625 -Awak rancang semua ini? -Ya. 242 00:19:07,792 --> 00:19:09,417 Tak. Tak, saya... 243 00:19:11,250 --> 00:19:12,875 Jangan! 244 00:19:12,958 --> 00:19:15,208 Itu sangat menjengkelkan. 245 00:19:17,000 --> 00:19:18,500 Tak guna. 246 00:19:23,667 --> 00:19:27,292 Ya. Sila beratur. Jangan berebut. 247 00:19:28,292 --> 00:19:32,167 Beratur atau teruskan menjerit dan tolak satu sama lain. 248 00:19:32,250 --> 00:19:33,708 Mereka keluar arah awak. 249 00:19:35,875 --> 00:19:37,625 Red One dah sedia. 250 00:19:37,708 --> 00:19:41,333 Tomas akan perhatikan jalan keluar. Saya akan bawa pasukan masuk. 251 00:19:42,875 --> 00:19:46,333 Tumpang lalu. Mari. Cepat. Cepat naik. 252 00:19:53,375 --> 00:19:54,917 Mak Kate tiada di sini. 253 00:19:55,458 --> 00:19:56,417 Dia dah pergi. 254 00:20:19,750 --> 00:20:21,000 Apa semua ini? 255 00:20:21,083 --> 00:20:23,083 Bukankah ini malam Krismas? Mari minum. 256 00:20:24,417 --> 00:20:26,458 -Okey. Ya, boleh. -Baiklah. 257 00:20:27,000 --> 00:20:28,000 Lepas Barton mati. 258 00:20:29,417 --> 00:20:30,958 Bukan itu... 259 00:20:31,042 --> 00:20:32,500 Jangan begitu. Awak tak perlu... 260 00:21:01,833 --> 00:21:02,833 Kate, awak di mana? 261 00:21:02,917 --> 00:21:05,667 -Tunggu sekejap. -Anda sedang mendengar 107.9... 262 00:21:05,750 --> 00:21:09,042 ...di New York, Lite FM. 263 00:21:23,500 --> 00:21:25,042 Itu sangat menyakitkan! 264 00:21:25,125 --> 00:21:27,417 Ya. Rasa macam kena tendang pada tulang rusuk. 265 00:21:27,500 --> 00:21:29,708 Ya. Itu memang bagus. 266 00:21:29,792 --> 00:21:33,833 Gerakan awak bagus. Balingan itu memang hebat. 267 00:21:33,917 --> 00:21:35,500 -Ya, terima kasih. -Ya. 268 00:21:35,583 --> 00:21:36,750 Jangan buat saya suka awak. 269 00:21:36,833 --> 00:21:40,333 Maaf. Ia tak boleh dielakkan. Ia menyeronokkan. 270 00:21:41,000 --> 00:21:41,958 Jumpa lagi. 271 00:21:50,333 --> 00:21:52,417 -Clint! -Itu awak? 272 00:21:54,833 --> 00:21:56,708 Yelena ada di sini. Jaga-jaga! 273 00:22:21,750 --> 00:22:25,458 Ia sepatutnya menakutkan. Ini memang menakutkan. Okey. 274 00:22:40,167 --> 00:22:41,167 Awak buat apa? 275 00:22:45,875 --> 00:22:47,333 Kate, awak okey? 276 00:22:47,750 --> 00:22:48,750 Ya. 277 00:22:50,167 --> 00:22:52,292 Clint, geng Tracksuit ada di sini. 278 00:22:59,000 --> 00:23:00,208 Itu Kate Bishop. 279 00:23:07,542 --> 00:23:09,375 Saya tahu ini bukan masanya, 280 00:23:09,458 --> 00:23:11,000 tapi saya nak berterima kasih. 281 00:23:11,083 --> 00:23:13,833 Awak nasihatkan saya tentang teman wanita saya. 282 00:23:13,917 --> 00:23:15,750 -Ia berkesan? -Memang berkesan. 283 00:23:15,833 --> 00:23:17,583 Kami pergi ke konsert itu. 284 00:23:17,667 --> 00:23:20,167 Baguslah begitu. Ada apa dengan pistol ini? 285 00:23:20,917 --> 00:23:23,042 Maaf, tapi... saya cuma nak berterima kasih. 286 00:23:26,625 --> 00:23:27,750 Saya dapat awak. 287 00:23:29,583 --> 00:23:30,875 -Jack! -Helo, sayang! 288 00:23:30,958 --> 00:23:32,000 Belakang awak! 289 00:23:33,708 --> 00:23:37,833 Jack, saya minta maaf. Mak saya buat awak masuk lokap. Awak okey? 290 00:23:37,917 --> 00:23:39,042 Saya okey. 291 00:23:43,958 --> 00:23:45,917 Namun, saya tak tahu mana mak awak. 292 00:23:46,000 --> 00:23:47,583 Ya, saya pun sama. 293 00:24:17,458 --> 00:24:18,792 Saya akan menikmatinya. 294 00:24:29,792 --> 00:24:31,042 Hentikan semua ini. 295 00:24:32,167 --> 00:24:34,917 Awak yang mulakan dulu. Saya perlu tamatkannya. 296 00:24:40,583 --> 00:24:41,625 Itu pun dia. 297 00:25:00,083 --> 00:25:01,208 Baiklah, Kazi. 298 00:25:01,917 --> 00:25:02,958 Itu menyeronokkan. 299 00:25:11,875 --> 00:25:13,250 Meriah Krismas kali ini. 300 00:25:37,708 --> 00:25:38,625 Hei. 301 00:25:43,167 --> 00:25:44,083 Clint! 302 00:25:48,500 --> 00:25:50,250 -Awak di mana? -Di sini! 303 00:25:50,750 --> 00:25:52,500 -"Sini" mana, Clint? -Di atas pokok. 304 00:25:52,583 --> 00:25:53,750 Pokok mana? 305 00:25:53,833 --> 00:25:55,417 Pokok Krismas itulah! 306 00:25:56,958 --> 00:25:58,917 Apa awak buat di atas sana? 307 00:25:59,000 --> 00:26:01,333 Ambil angin. Awak ingat saya buat apa? 308 00:26:03,083 --> 00:26:04,250 Hei! Mana barang saya? 309 00:26:04,333 --> 00:26:05,542 -Barang saya. -Missy! 310 00:26:05,625 --> 00:26:07,000 Ada di sini! 311 00:26:07,083 --> 00:26:08,750 -Ada nampak mak saya? -Tak. 312 00:26:09,292 --> 00:26:12,417 Tak ada? Okey, dengar. Saya perlu turunkan Clint dari pokok itu. 313 00:26:12,500 --> 00:26:13,667 Kosongkan tempat ini. 314 00:26:13,750 --> 00:26:15,875 Lelaki itu pula? Dia tak nampak... 315 00:26:16,333 --> 00:26:17,167 Rasakan! 316 00:26:17,250 --> 00:26:19,375 Dia di pihak kita, tapi dia patut pergi. 317 00:26:19,458 --> 00:26:21,000 -Baiklah. -Semoga berjaya. 318 00:26:24,708 --> 00:26:27,583 Ikut sini. Arah sini. Pergi ke sana. Ikut sini. 319 00:26:27,667 --> 00:26:29,958 Mereka memang tak pandai ikut arahan. 320 00:26:30,417 --> 00:26:32,917 Kamu semua, saya rasa dah sampai masa. 321 00:26:33,000 --> 00:26:34,292 Awak pasti? 322 00:26:34,375 --> 00:26:37,417 Ya, kita semua terlatih, tapi itu masih tak cukup. 323 00:26:37,500 --> 00:26:39,417 -Mari pergi. -Okey. 324 00:27:11,708 --> 00:27:12,792 Mari kita pergi. 325 00:27:22,500 --> 00:27:23,458 Hei. 326 00:27:30,375 --> 00:27:32,958 Kate, di mana mereka semua? 327 00:27:45,125 --> 00:27:46,458 Kita semua akan mati. 328 00:27:48,750 --> 00:27:50,208 -Semua dah sedia -Ya. 329 00:27:50,292 --> 00:27:51,667 -Mari lakukannya. -Mari. 330 00:27:51,750 --> 00:27:56,833 Ikut sini semua! Cepat, ikut sini. Cepat! Ikut sini! 331 00:27:56,917 --> 00:27:59,375 Pergi sana! Ikut sini. 332 00:27:59,458 --> 00:28:00,458 Ikut sini, semua. 333 00:28:01,833 --> 00:28:02,792 Ya! 334 00:28:02,875 --> 00:28:05,250 Turunkan saya sekarang juga! 335 00:28:05,333 --> 00:28:06,958 Saya cuba nak selamatkan awak. 336 00:28:07,042 --> 00:28:08,083 Awak kenal saya? 337 00:28:08,167 --> 00:28:10,625 Clint, pegang pokok kuat-kuat. 338 00:28:10,708 --> 00:28:11,917 Ya, saya tahu. 339 00:28:13,083 --> 00:28:15,417 Tunggu. Awak nak buat apa? 340 00:28:15,500 --> 00:28:17,125 Keluarkan awak dari pokok itu. 341 00:28:17,750 --> 00:28:19,708 Tak, jangan buat apa-apa. Kate? 342 00:28:19,792 --> 00:28:20,917 Saya boleh turun sendiri. 343 00:28:21,000 --> 00:28:22,500 Awak nak saya cakap "sedia mula"? 344 00:28:22,583 --> 00:28:24,750 Kate, jangan buat apa-apa. 345 00:28:24,833 --> 00:28:26,500 Baiklah, saya takkan cakap. 346 00:28:26,583 --> 00:28:27,958 Ulang cakap saya, 347 00:28:28,042 --> 00:28:30,292 "Saya takkan buat apa-apa yang tak masuk akal." 348 00:28:34,708 --> 00:28:36,458 Kate, apa yang berlaku tadi? 349 00:28:37,125 --> 00:28:39,333 -Kate, jangan! -Jatuh. 350 00:29:26,167 --> 00:29:27,708 Kita terdedah. Mari pergi. 351 00:29:32,875 --> 00:29:33,708 Pistol saya! 352 00:29:38,042 --> 00:29:39,708 Itu akan lambatkan mereka. 353 00:29:40,292 --> 00:29:42,333 -Hebat! Awak memakainya! -Ya. 354 00:29:42,417 --> 00:29:44,542 -Ia memang bergaya. Saya dah cakap. -Ya. 355 00:29:44,625 --> 00:29:47,000 Dengar sini. Kita kena keluar dari sini. 356 00:29:47,083 --> 00:29:49,750 Satu-satunya jalan keluar ialah tangga itu. 357 00:29:52,083 --> 00:29:54,708 Masalahnya mereka terlalu ramai. 358 00:29:55,792 --> 00:29:57,458 Ambil ini. 359 00:29:57,542 --> 00:29:58,667 SANGAT BAHAYA 360 00:29:58,750 --> 00:30:01,292 Tak mungkin. Ini masanya? 361 00:30:01,792 --> 00:30:02,958 Inilah masanya. 362 00:30:04,375 --> 00:30:05,208 Baiklah, Kate. 363 00:30:08,917 --> 00:30:09,792 Mari lakukannya. 364 00:31:38,250 --> 00:31:40,292 -Tangkap mereka! -Langgar mereka! 365 00:31:50,250 --> 00:31:51,917 -Ya Tuhan! -Apa yang berlaku? 366 00:31:56,125 --> 00:31:57,500 Apa nasib mereka? 367 00:31:57,583 --> 00:31:58,542 Saya tak tahu. 368 00:31:59,250 --> 00:32:00,875 Perlu tanya Scott tentang itu. 369 00:32:06,583 --> 00:32:07,667 Masalah selesai. 370 00:32:13,375 --> 00:32:14,292 Mari kita pergi. 371 00:32:18,667 --> 00:32:20,958 Kate, mak awak keluar dari pintu tepi. 372 00:32:21,042 --> 00:32:22,167 Baiklah. 373 00:32:22,583 --> 00:32:23,875 Saya perlu cari dia. 374 00:32:24,542 --> 00:32:26,167 -Awak okey? -Ya. 375 00:32:33,833 --> 00:32:34,667 Pergi. 376 00:32:44,875 --> 00:32:46,125 Sasaran tepat! 377 00:32:46,708 --> 00:32:47,958 Ya, memang hebat. 378 00:33:06,667 --> 00:33:08,250 Awak patut pergi, Maya. 379 00:33:08,333 --> 00:33:09,167 Jangan kembali. 380 00:33:09,750 --> 00:33:11,667 Awak tahu apa saya patut buat. 381 00:33:23,125 --> 00:33:24,208 Sebelum bunuh awak, 382 00:33:26,167 --> 00:33:28,292 saya nak tanya satu soalan. 383 00:33:30,000 --> 00:33:31,500 Gembira dapat jumpa awak, 384 00:33:32,375 --> 00:33:33,208 Yelena. 385 00:33:38,250 --> 00:33:40,417 Saya nak tahu apa yang berlaku. 386 00:33:47,792 --> 00:33:48,875 Begini, Yelena, 387 00:33:53,167 --> 00:33:56,417 jika saya beritahu, awak takkan percaya. 388 00:33:56,500 --> 00:33:58,042 Tapi awak patut tahu 389 00:33:59,917 --> 00:34:01,833 yang kakak awak korbankan diri dia. 390 00:34:03,458 --> 00:34:04,833 Dia selamatkan dunia. 391 00:34:06,250 --> 00:34:07,542 Maafkan saya. 392 00:34:12,292 --> 00:34:13,375 Awak menipu. 393 00:34:13,958 --> 00:34:15,708 -Apa? -Awak memang teruk! 394 00:34:16,500 --> 00:34:17,708 Awak sangat teruk! 395 00:34:23,875 --> 00:34:25,417 Saya tak nak bunuh awak. 396 00:34:25,667 --> 00:34:29,458 Saya nak tinggalkan semua ini. 397 00:34:29,542 --> 00:34:31,625 Dengan awak. 398 00:34:34,250 --> 00:34:35,708 Awak tak faham lagi? 399 00:34:38,125 --> 00:34:40,000 Ini hidup saya, Maya. 400 00:34:42,417 --> 00:34:44,083 Hidup saya! 401 00:34:44,167 --> 00:34:46,250 Ia bukan milik awak! 402 00:34:48,708 --> 00:34:50,292 Jangan paksa saya, Maya. 403 00:34:59,417 --> 00:35:01,125 Mari cari Kate. Saya rasa dia... 404 00:35:08,667 --> 00:35:10,083 Jangan pergi, Eleanor. 405 00:35:10,583 --> 00:35:12,000 Mari sini dan berbincang. 406 00:35:12,083 --> 00:35:13,333 Jauhkan diri dari dia! 407 00:35:18,958 --> 00:35:20,417 Apa awak nak buat dengan itu? 408 00:35:25,208 --> 00:35:26,208 Apa? 409 00:35:44,417 --> 00:35:46,250 Saya bukan macam awak. 410 00:35:47,125 --> 00:35:48,083 Okey? 411 00:35:49,208 --> 00:35:50,625 Awak sudah terlambat. 412 00:35:51,083 --> 00:35:52,333 Masih belum terlambat. 413 00:35:53,167 --> 00:35:55,500 Kalau awak cukup berani untuk pilih, 414 00:35:55,583 --> 00:35:57,333 kita boleh lakukannya bersama. 415 00:35:57,917 --> 00:35:59,417 Dia takkan biarkannya. 416 00:36:01,125 --> 00:36:04,375 Saya tak boleh hidup di dua-dua dunia. 417 00:36:36,167 --> 00:36:39,375 Pergi Maya. Dia akan tangkap awak. 418 00:36:49,875 --> 00:36:51,042 Awak nak ke mana? 419 00:36:52,750 --> 00:36:54,583 Awak tak patut masuk campur. 420 00:37:12,167 --> 00:37:13,292 Dia tak dibunuh. 421 00:37:13,375 --> 00:37:14,333 Itu pilihan dia. 422 00:37:14,417 --> 00:37:15,625 Jangan menipu! 423 00:37:24,000 --> 00:37:25,250 Awak tak dengar. 424 00:37:26,250 --> 00:37:28,708 Dia korbankan diri. Awak faham tak? 425 00:37:30,000 --> 00:37:31,333 Tak boleh halang dia. 426 00:37:34,333 --> 00:37:35,250 Tak mungkin. 427 00:37:51,250 --> 00:37:52,833 Jangan masuk campur! 428 00:38:04,792 --> 00:38:07,583 Kenapa dia korbankan diri untuk awak? 429 00:38:08,125 --> 00:38:09,792 Adakah awak layak? 430 00:38:09,875 --> 00:38:10,833 Saya tak layak. 431 00:38:12,125 --> 00:38:14,167 Dia mati sebab awak biarkan dia. 432 00:38:14,792 --> 00:38:15,792 Saya cuba halang. 433 00:38:16,917 --> 00:38:18,208 Dia jauh lebih hebat. 434 00:38:19,750 --> 00:38:21,167 Awak patut halang dia. 435 00:38:28,333 --> 00:38:29,333 Tunggu. 436 00:38:43,708 --> 00:38:46,208 Awak betul-betul buat saya marah. 437 00:38:53,292 --> 00:38:54,292 SANGAT BAHAYA 438 00:39:12,167 --> 00:39:13,292 Mak? 439 00:39:14,083 --> 00:39:15,583 -Mak? -Kate. 440 00:39:16,208 --> 00:39:17,333 Mak tak apa-apa? 441 00:39:19,167 --> 00:39:20,750 Mak minta maaf. 442 00:39:21,375 --> 00:39:23,000 Maafkan mak. 443 00:39:23,667 --> 00:39:26,292 Kita akan lupakan semua ini. 444 00:39:26,375 --> 00:39:28,792 Mak janji semuanya akan kembali normal. 445 00:39:32,042 --> 00:39:33,750 Hidup kita tak pernah normal. 446 00:39:35,708 --> 00:39:37,833 Sejak dulu lagi saya dapat rasa. 447 00:39:37,917 --> 00:39:41,750 Sayang, semua yang berlaku cuma satu kebetulan. 448 00:39:41,833 --> 00:39:42,917 Ia dah berakhir. 449 00:39:43,667 --> 00:39:45,750 Bunuh Armand? 450 00:39:47,500 --> 00:39:49,667 Upah pembunuh untuk bunuh Clint? 451 00:39:49,750 --> 00:39:51,708 Perangkap tunang mak sendiri? 452 00:39:53,083 --> 00:39:54,667 Itu mak kata kebetulan? 453 00:39:54,750 --> 00:39:55,833 Ya, sayang. 454 00:39:55,917 --> 00:39:57,708 Itulah hakikat dunia ini. 455 00:39:58,458 --> 00:39:59,917 Mak cuma nak lindungi awak. 456 00:40:01,083 --> 00:40:04,208 Awak mungkin tak tahu, tapi mak buat semua itu untuk awak. 457 00:40:05,667 --> 00:40:09,333 Mak tahu apa rasanya hidup susah. Awak takkan boleh terima itu. 458 00:40:09,917 --> 00:40:11,917 Bagaimana mak tahu saya tak boleh terima? 459 00:40:12,000 --> 00:40:13,583 Sebab mak kenal awak. 460 00:40:14,458 --> 00:40:18,833 Mak tahu awak fikir yang awak boleh jalani hidup tanpa tahu akibatnya, 461 00:40:18,917 --> 00:40:20,042 seperti ayah awak. 462 00:40:20,125 --> 00:40:24,208 Tapi seseorang kena buat sesuatu. Seseorang perlu pikul tanggungjawab. 463 00:40:25,625 --> 00:40:27,042 -Betul. -Puan Bishop. 464 00:40:27,125 --> 00:40:31,042 Puan ditahan atas pembunuhan Armand Duquesne Ketiga. 465 00:40:31,125 --> 00:40:32,333 Tolong pusing belakang. 466 00:40:35,292 --> 00:40:37,292 Adakah ini kerja wira? 467 00:40:38,500 --> 00:40:41,083 Tangkap mak sendiri pada hari Krismas? 468 00:40:42,125 --> 00:40:43,208 Maafkan saya. 469 00:40:46,333 --> 00:40:47,375 Saya sayang mak. 470 00:40:48,292 --> 00:40:49,208 Mari pergi. 471 00:41:12,750 --> 00:41:14,042 Awak tahu tentang itu? 472 00:41:20,833 --> 00:41:22,583 Siulan awak dengan Nat. 473 00:41:24,042 --> 00:41:26,417 Dia selalu cerita tentang awak. 474 00:41:27,083 --> 00:41:28,333 Yakah? 475 00:41:31,292 --> 00:41:33,042 Apa yang dia ceritakan? 476 00:41:35,083 --> 00:41:38,042 Dia cerita bagaimana kamu terpisah masa kecil. 477 00:41:41,625 --> 00:41:43,250 Dia menerbangkan pesawat itu. 478 00:41:46,250 --> 00:41:48,833 Saya tanya kalau dia takut. 479 00:41:52,333 --> 00:41:55,917 Masa itu dia cuma fikir tentang keselamatan awak. 480 00:41:59,250 --> 00:42:02,083 Itu tak pernah berubah, Yelena. 481 00:42:04,167 --> 00:42:05,333 Dia sayangkan awak. 482 00:42:06,833 --> 00:42:08,458 Dia nak awak selamat. 483 00:42:24,250 --> 00:42:26,167 Awak luang banyak masa dengan dia. 484 00:42:29,500 --> 00:42:30,500 Ya, itu betul. 485 00:42:32,750 --> 00:42:34,667 Semua ini tak sepatutnya berlaku. 486 00:42:35,833 --> 00:42:38,417 Kalau saya ada di sana, saya boleh halang dia. 487 00:42:38,500 --> 00:42:42,042 -Saya boleh ubahnya. -Tiada apa boleh halang dia, Yelena. 488 00:42:44,417 --> 00:42:45,625 Awak kenal Natasha. 489 00:42:52,833 --> 00:42:54,208 Itu pilihannya. 490 00:42:58,750 --> 00:43:01,167 Kita cuma boleh terima keputusan dia. 491 00:43:05,125 --> 00:43:06,875 Saya terlalu sayangkan dia. 492 00:43:15,000 --> 00:43:16,125 Saya juga. 493 00:43:51,542 --> 00:43:52,792 Maafkan saya. 494 00:44:14,042 --> 00:44:16,083 Dia tiada di sini. Dia dah lari. 495 00:44:37,792 --> 00:44:39,125 Ini satu kejutan. 496 00:44:43,958 --> 00:44:44,958 Maya. 497 00:44:46,917 --> 00:44:47,958 Awak dan saya... 498 00:44:48,542 --> 00:44:50,042 Kita keluarga. 499 00:44:51,375 --> 00:44:52,375 Keluarga. 500 00:44:54,500 --> 00:44:58,375 Biasalah kalau keluarga tak sependapat. 501 00:45:06,208 --> 00:45:07,583 Itu bukan angkara kami. 502 00:45:07,667 --> 00:45:09,917 Kami mahu pastikan awak tangkap orang yang betul. 503 00:45:10,000 --> 00:45:11,292 Kami di pihak orang baik. 504 00:45:11,375 --> 00:45:13,292 Ya. Kami semua dengan Hawkeye. 505 00:45:13,375 --> 00:45:15,250 -Kiranya, kami semua Avenger. -Ya. 506 00:45:15,333 --> 00:45:16,167 Awak tahu, 507 00:45:17,167 --> 00:45:19,333 saya nampak awak lawan dengan pedang tadi. 508 00:45:20,167 --> 00:45:21,625 Awak agak mahir menggunakannya. 509 00:45:22,500 --> 00:45:24,250 Awak pernah dengar tentang LARP? 510 00:45:26,250 --> 00:45:27,667 LARP? 511 00:45:27,750 --> 00:45:29,667 Adakah ia satu aktiviti masa lapang? 512 00:45:31,833 --> 00:45:34,167 Ya, saya sertainya, dan... 513 00:45:34,250 --> 00:45:35,333 Alamak! 514 00:45:36,333 --> 00:45:38,333 Ada darah pada tali leher saya. 515 00:45:45,958 --> 00:45:48,792 Saya patut jujur dengan awak, Kate. 516 00:45:51,667 --> 00:45:54,417 Perkara sebegini jarang berlaku, 517 00:45:56,708 --> 00:45:58,333 tapi sekali sekala, 518 00:46:00,167 --> 00:46:01,708 kita akan jumpa seseorang 519 00:46:03,792 --> 00:46:05,708 yang buat kita jadi lebih baik... 520 00:46:08,375 --> 00:46:09,750 dalam setiap sudut. 521 00:46:12,417 --> 00:46:14,042 Tengok Missy. Dia... 522 00:46:15,042 --> 00:46:17,167 Kostum dia buat hebat, bukan? 523 00:46:17,250 --> 00:46:20,083 -Keanjalan kain yang dia guna... -Okey, sudahlah. 524 00:46:25,042 --> 00:46:26,667 Saya tahu ia berat. 525 00:46:28,333 --> 00:46:30,375 Awak tundukkan Kingpin seorang diri. 526 00:46:32,625 --> 00:46:35,292 Tak ramai boleh buat apa yang awak buat. 527 00:46:37,250 --> 00:46:38,583 Saya bangga dengan awak. 528 00:46:43,500 --> 00:46:44,583 Terima kasih. 529 00:46:51,958 --> 00:46:55,458 Awak tahu apa kita kena buat? Kita kena bawa anjing berjalan. 530 00:46:55,542 --> 00:46:56,917 Ya, betul. 531 00:47:01,083 --> 00:47:04,417 hari Krismas 532 00:47:50,042 --> 00:47:51,125 Awak dah sedia? 533 00:47:51,208 --> 00:47:52,958 Ya. Mari Lucky. 534 00:47:54,208 --> 00:47:56,208 Awak pasti ini okey? 535 00:47:57,667 --> 00:48:00,167 Jangan risau. Mereka tak sabar nak jumpa awak. 536 00:48:00,250 --> 00:48:02,292 -Ayah! -Itu pun awak! 537 00:48:02,375 --> 00:48:05,042 -Selamat hari Krismas, sayang. -Ayah dah balik! 538 00:48:05,125 --> 00:48:06,250 Ayah tepati janji ayah. 539 00:48:06,333 --> 00:48:08,333 -Ambil satu. -Apa nama awak? 540 00:48:08,417 --> 00:48:10,583 -Terima kasih. Selamat hari Krismas. -Ya. 541 00:48:10,667 --> 00:48:12,792 Ini Kate. Mari masuk. 542 00:48:12,875 --> 00:48:14,042 Sejuk di luar. 543 00:48:14,917 --> 00:48:16,625 -Awak sempat balik. -Ya. 544 00:48:17,792 --> 00:48:18,708 Hei. 545 00:48:22,667 --> 00:48:26,250 -Saya rindukan awak. -Saya juga rindukan awak. 546 00:48:28,708 --> 00:48:30,708 Comelnya anjing ini. Siapa namanya? 547 00:48:30,792 --> 00:48:32,708 Namanya Lucky. 548 00:48:33,625 --> 00:48:34,958 Lupa pula saya. 549 00:48:35,417 --> 00:48:36,708 Saya bawa mereka ke sini. 550 00:48:37,792 --> 00:48:38,875 -Hai. -Ini Kate. 551 00:48:38,958 --> 00:48:42,125 Selamat datang, Kate. Gembira awak datang ke sini. 552 00:48:42,208 --> 00:48:45,667 Tengoklah! Saya memang nak sangat benda ini! 553 00:48:48,750 --> 00:48:50,500 Tentu awak terkejut apa saya jumpa 554 00:48:50,583 --> 00:48:53,250 di lelongan pasaran gelap New York. 555 00:48:59,333 --> 00:49:00,625 Terima kasih. 556 00:49:08,917 --> 00:49:10,792 Awak patut jaga barang awak baik-baik. 557 00:49:10,875 --> 00:49:12,792 Mengata dulang paku serpih. 558 00:49:15,792 --> 00:49:18,917 Kate, boleh tolong saya sekejap? 559 00:49:19,500 --> 00:49:20,958 Ya, boleh. 560 00:49:29,292 --> 00:49:32,958 Awak patut tolong saya tamatkan apa yang awak mulakan. 561 00:49:51,167 --> 00:49:53,292 Saya patut cakap apa-apa, atau... 562 00:49:58,958 --> 00:50:00,167 Boleh saya tanya? 563 00:50:01,333 --> 00:50:02,667 Silakan. 564 00:50:04,000 --> 00:50:05,667 "Lady Hawk" okey? 565 00:50:07,500 --> 00:50:09,292 Teruk. 566 00:50:11,333 --> 00:50:13,875 -"Hawk Eve"? -Itu lagi teruk. 567 00:50:13,958 --> 00:50:18,417 Bagaimana dengan "Hawk Shot"? Saya rasa bagus kalau ada "hawk". 568 00:50:18,500 --> 00:50:20,417 -Tak. -"Lady Arrow"? 569 00:50:20,500 --> 00:50:22,500 -Semua buruk. -Baiklah. Awak ada cadangan lain? 570 00:50:22,583 --> 00:50:24,292 Saya ada idea. 571 00:50:36,083 --> 00:50:38,042 berdasarkan komik marvel 572 00:51:52,083 --> 00:51:54,042 marvel studio mempersembahkan 573 00:52:06,125 --> 00:52:09,333 selamat hari krismas daripada marvel studios 574 00:52:09,625 --> 00:52:11,458 ROGERS MUZIKAL 575 00:52:14,875 --> 00:52:18,208 Ada sesuatu yang pelik hari ini 576 00:52:18,333 --> 00:52:21,583 Matahari hilang dan awan berubah kelabu 577 00:52:21,708 --> 00:52:26,917 Sukar untuk mengatakan apa akan berlaku Saya tak tahu 578 00:52:28,875 --> 00:52:31,667 Ada pertempuran di atas jalan 579 00:52:31,750 --> 00:52:35,542 Tanah hancur dan di bawah kaki kita 580 00:52:35,625 --> 00:52:40,375 Langit berubah merah dan saya rasa bahangnya harus pergi 581 00:52:42,292 --> 00:52:45,625 Siapa boleh selamatkan kita Bandar kita menyanyi 582 00:52:45,708 --> 00:52:49,167 Kita perlukan harapan bahawa kita akan selamat 583 00:52:49,250 --> 00:52:52,417 Kamu punya kuasa untuk cari jalan 584 00:52:52,500 --> 00:52:56,875 Avengers bergabung dan bertarung 585 00:52:57,667 --> 00:53:00,917 Selamatkan bandar, bantu kami menang 586 00:53:01,000 --> 00:53:04,292 Selamatkan kami dari situasi ini 587 00:53:04,750 --> 00:53:09,667 Seperti tiada harapan Tetapi saya tahu ia belum berakhir 588 00:53:11,583 --> 00:53:14,417 Saya tahu wujudnya masa depan 589 00:53:14,500 --> 00:53:18,125 Dengan kekuatanmu Kita akan bangkit semula 590 00:53:18,208 --> 00:53:23,042 Avengers bersatu Kami mahu dengar kamu katakan 591 00:53:24,000 --> 00:53:25,792 Saya boleh buat ini sepanjang hari 592 00:53:25,875 --> 00:53:28,750 Selamatkan bandar, bantu kami menang 593 00:53:28,833 --> 00:53:32,125 Selamatkan kami dari situasi ini 594 00:53:32,208 --> 00:53:35,333 Ia kelihatan sukar Tapi New York kuat 595 00:53:35,417 --> 00:53:38,625 Ada lapan juta orang Kami tak salah perkiraan 596 00:53:38,708 --> 00:53:41,667 Kami suka semua makhluk, Tapi Loki terkecuali 597 00:53:41,750 --> 00:53:44,125 Jadi, pergi saja 598 00:53:45,583 --> 00:53:48,417 Sewa dan sampah kedua-duanya tinggi 599 00:53:48,500 --> 00:53:50,333 Tapi saya suka New York! 600 00:53:50,417 --> 00:53:52,292 Itu cogan kata kami 601 00:53:52,375 --> 00:53:55,750 Kami bersedia untuk melawan Tak perlu bertanya sebabnya 602 00:53:55,833 --> 00:53:58,042 Marilah! 603 00:53:59,292 --> 00:54:02,375 Ya, bandar ini dalam bahaya 604 00:54:02,458 --> 00:54:04,042 Ia mungkin berbau 605 00:54:04,125 --> 00:54:06,000 Tetapi kita suka bau itu 606 00:54:06,083 --> 00:54:09,583 Kami melalui tahun lapan puluhan Ini juga akan berlalu 607 00:54:09,708 --> 00:54:14,792 Avengers bersatu dan belasah mereka! 608 00:54:14,875 --> 00:54:17,875 Selamatkan bandar, bantu kami menang 609 00:54:17,958 --> 00:54:21,667 Selamatkan kami dari situasi ini 610 00:54:21,750 --> 00:54:26,417 Seperti tiada harapan Tetapi saya tahu ia belum berakhir 611 00:54:28,625 --> 00:54:31,417 Saya tahu wujudnya masa depan 612 00:54:31,500 --> 00:54:35,083 Dengan kekuatanmu Kita akan bangkit semula 613 00:54:35,167 --> 00:54:39,792 Avengers bersatu Kami mahu dengar kamu katakan 614 00:54:41,125 --> 00:54:44,417 Saya boleh buat ini sepanjang hari 615 00:54:49,000 --> 00:54:52,000 Hulk memang perkasa, dia hancurkan semua 616 00:54:52,083 --> 00:54:55,458 Iron Man terbang ke langit 617 00:54:55,542 --> 00:54:57,167 Captain America kuat 618 00:54:57,292 --> 00:54:59,000 Thor seorang Dewa 619 00:54:59,083 --> 00:55:02,542 Mereka wira igauan semua 620 00:55:02,625 --> 00:55:05,792 Black Widow menawan Dan pandai berlawan 621 00:55:05,875 --> 00:55:09,167 Ant-Man merayap Senyap-senyap 622 00:55:09,250 --> 00:55:11,083 Hawkeye nampak hebat 623 00:55:11,167 --> 00:55:12,708 Dia seorang yang baik 624 00:55:12,792 --> 00:55:17,542 Dia hanya harap yang New York Bukan medan perang mereka 625 00:55:18,208 --> 00:55:20,000 Saya perlu dapatkan Tesseract 626 00:55:20,083 --> 00:55:21,542 Perang pun bermula 627 00:55:21,625 --> 00:55:23,000 Jom kalahkan Chitauri 628 00:55:23,083 --> 00:55:24,958 Mari makan shawarma selepas itu 629 00:55:25,083 --> 00:55:26,625 Bagaimana kita nak lawan? 630 00:55:26,708 --> 00:55:28,292 Kita akan bekerjasama 631 00:55:28,375 --> 00:55:30,000 Thor, lepaskan petir awak 632 00:55:30,083 --> 00:55:31,875 -Natasha, giliran awak pula -Ya. 633 00:55:31,958 --> 00:55:33,333 Hawkeye memanah dengan tepat 634 00:55:33,417 --> 00:55:35,375 -Tiada yang setanding awak -Betul. 635 00:55:35,458 --> 00:55:37,000 Tony, tangkap bom itu 636 00:55:37,083 --> 00:55:38,500 -Hati-hati -Ya. 637 00:55:38,583 --> 00:55:40,583 Hulk, awak tahu apa tugas awak 638 00:55:40,667 --> 00:55:42,333 Hulk, apa tugas awak 639 00:55:42,417 --> 00:55:44,125 Hulk, apa tugas awak 640 00:55:44,208 --> 00:55:46,750 Hancur. Hancur. Hancur! 641 00:55:46,833 --> 00:55:48,917 Hancur! 642 00:55:49,000 --> 00:55:52,000 Selamatkan bandar, bantu kami menang 643 00:55:52,417 --> 00:55:55,458 Selamatkan kami dari situasi ini 644 00:55:55,917 --> 00:56:00,792 Seperti tiada harapan Tetapi saya tahu ia belum berakhir 645 00:56:00,875 --> 00:56:02,500 Ini bukan pengakhirannya 646 00:56:02,667 --> 00:56:05,875 Jika bandar musnah Selepas kamu selesai 647 00:56:06,250 --> 00:56:09,292 Kami akan menyalahkan awak Tetapi bukan sekarang 648 00:56:09,625 --> 00:56:14,333 Avengers bersatu Kami mahu dengar kamu katakan 649 00:56:14,833 --> 00:56:18,625 Kami mahu dengar Kami mahu dengar kamu katakan 650 00:56:18,750 --> 00:56:20,542 Saya boleh buat ini seharian 651 00:56:20,667 --> 00:56:23,083 Selamatkan bandar, bantu kami menang 652 00:56:23,167 --> 00:56:25,625 Selamatkan kami dari situasi ini 653 00:56:25,708 --> 00:56:28,417 Saya boleh buat ini sepanjang hari 654 00:56:29,042 --> 00:56:33,583 Kita boleh lakukan ini sepanjang hari! 655 00:59:08,417 --> 00:59:10,417 Terjemahan sari kata oleh Sulikha Boestamin