1 00:00:39,708 --> 00:00:41,792 MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:42,125 --> 00:00:43,375 Masa. 3 00:00:46,583 --> 00:00:47,958 Ruang angkasa. 4 00:00:49,375 --> 00:00:50,750 Realiti. 5 00:00:53,250 --> 00:00:55,333 Bukan sekadar laluan linear. 6 00:00:59,667 --> 00:01:04,458 Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan, 7 00:01:06,917 --> 00:01:10,667 dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas, 8 00:01:13,042 --> 00:01:16,167 mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu. 9 00:01:19,833 --> 00:01:21,375 Akulah Watcher. 10 00:01:22,583 --> 00:01:24,000 PRODUKSI MARVEL STUDIOS 11 00:01:24,083 --> 00:01:26,750 Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini. 12 00:01:28,208 --> 00:01:32,000 Ikut aku dan renungkan persoalan... 13 00:01:35,417 --> 00:01:36,875 "Bagaimana jika?" 14 00:01:42,042 --> 00:01:45,208 Kita telah lihat bagaimana satu detik, satu pilihan, 15 00:01:45,292 --> 00:01:47,083 mampu menjejaskan ruang dan masa, 16 00:01:47,167 --> 00:01:51,667 serta melahirkan kisah baharu, Wira, di seluruh jagat. 17 00:01:51,750 --> 00:01:53,792 Namun bagaimana jika pilihannya salah? 18 00:01:53,875 --> 00:01:58,792 Bagaimana jika niat terbaik mempunyai akibat yang sangat pelik? 19 00:02:06,958 --> 00:02:08,458 Selamat malam, si tampan. 20 00:02:08,542 --> 00:02:11,125 Baju ini? Saya ambil sahaja dari mesin pengering. 21 00:02:11,208 --> 00:02:13,500 Awak pula sangat menawan. 22 00:02:13,583 --> 00:02:17,667 Saya datang hanya untuk pencuci mulut. Awak janjikan crème brûlée. 23 00:02:18,917 --> 00:02:21,125 Rasanya kita boleh dapatkan pencuci mulut lebih baik. 24 00:02:25,167 --> 00:02:26,750 Saya nak dengar. 25 00:02:26,833 --> 00:02:28,917 Saya tahu awak dah sediakan sesuatu. 26 00:02:29,000 --> 00:02:31,292 Awak takkan berucap spontan. Beritahu saya saja. 27 00:02:31,375 --> 00:02:35,542 Okey. "Selamat malam, hadirin sekalian, rakan-rakan doktor..." 28 00:02:36,042 --> 00:02:38,417 Tidak. Berhenti. Saya dah tertidur. 29 00:02:38,500 --> 00:02:41,750 Tak perlu mukadimah. Teruskan pada inti patinya. 30 00:02:41,833 --> 00:02:43,417 Saya baru cakap, "Selamat malam." 31 00:02:43,500 --> 00:02:47,125 Saya rasa awak patut meluru ke podium macam peserta The Price is Right. 32 00:02:47,208 --> 00:02:51,042 Menjerit, bertepuk tangan, bersorak dan buat sesuatu yang gila-gila. 33 00:02:51,125 --> 00:02:52,417 Price is apa? 34 00:02:53,417 --> 00:02:55,833 -Kita perlu meraikannya. -Memang pun. 35 00:02:55,917 --> 00:02:59,667 Awak menjalankan pembedahan hemisferektomi radikal. 36 00:03:00,333 --> 00:03:02,875 -Dengan berjaya. -Itulah rancangannya. 37 00:03:02,958 --> 00:03:06,292 Ya, bagi saya pencapaian itu agak luar biasa. 38 00:03:06,958 --> 00:03:09,375 Bagi saya, awak juga luar biasa. 39 00:03:17,583 --> 00:03:18,750 Stephen! 40 00:03:24,792 --> 00:03:26,917 Kita okey. Awak okey. 41 00:03:46,083 --> 00:03:51,208 Tidak. Christine. Tolonglah! 42 00:03:54,042 --> 00:03:57,708 Dalam jagat ini, tangan Stephen Strange tidak rosak, 43 00:03:59,333 --> 00:04:00,833 tapi hatinya yang patah. 44 00:04:02,042 --> 00:04:07,833 Dilanda kesedihan, Strange mencari jawapan di seluruh dunia dan dalam seni mistik. 45 00:04:09,250 --> 00:04:13,958 "Mata Agamotto, endul ketunggalan masa, 46 00:04:14,042 --> 00:04:19,500 ditemui oleh Cagliostro, manipulasi dan pengubahan garis masa." 47 00:04:23,833 --> 00:04:25,875 -Kembara merentas masa. -Apa yang awak buat? 48 00:04:25,958 --> 00:04:29,708 Mempermainkan masa boleh melemahkan hijab jagat ini. 49 00:04:29,792 --> 00:04:33,125 Kita melindungi realiti, bukan mengancamnya. 50 00:04:33,208 --> 00:04:34,500 Apabila ancaman datang 51 00:04:35,708 --> 00:04:38,083 dan Ancient One hilang, 52 00:04:38,167 --> 00:04:39,958 Stephen Strange bangkit. 53 00:04:43,917 --> 00:04:47,250 Ahli sains menjadi Ahli Sihir Tertinggi. 54 00:04:47,792 --> 00:04:50,625 Dormammu, saya datang untuk tawar-menawar. 55 00:04:50,708 --> 00:04:52,667 Namun walau apa jua pencapaiannya, 56 00:04:52,750 --> 00:04:56,167 Stephen Strange tidak mampu melupakan masa silam 57 00:05:00,792 --> 00:05:04,208 Maaf, tapi sekarang ini kemeja-T kegemaran saya. 58 00:05:04,958 --> 00:05:06,542 Jadi, saya perlu ambil semula. 59 00:05:07,292 --> 00:05:09,042 Cubalah kalau berani. 60 00:05:13,250 --> 00:05:15,167 Sekarang awak memilih minuman murah. 61 00:05:17,875 --> 00:05:19,292 Sudah berapa lama? 62 00:05:20,083 --> 00:05:21,667 Malam ini genap dua tahun. 63 00:05:22,417 --> 00:05:23,708 Kenapa tak tidur lagi? 64 00:05:23,792 --> 00:05:26,333 Ahli sihir juga perlu ke bilik air. 65 00:05:26,417 --> 00:05:27,417 Awak buat apa? 66 00:05:32,167 --> 00:05:34,500 Baiklah, saya nak jerang air. 67 00:05:34,583 --> 00:05:38,333 Lebih baik sertai saya sebelum awak buat tindakan melulu. 68 00:06:06,875 --> 00:06:08,417 Selamat malam, si tampan. 69 00:06:10,208 --> 00:06:11,292 Ada yang tak kena? 70 00:06:12,042 --> 00:06:15,542 Rasanya saya baru mengalami serangan jantung ringan. 71 00:06:15,625 --> 00:06:19,292 Serangan jantung, doktor? Bersedialah, Strange. 72 00:06:19,375 --> 00:06:21,125 Awak janjikan saya crème brûlée. 73 00:06:21,208 --> 00:06:24,458 Sebut sahaja, Christine, dunia pun saya akan berikan. 74 00:06:28,083 --> 00:06:29,167 Saya nak dengar. 75 00:06:29,250 --> 00:06:32,083 Saya tahu awak dah sediakan ucapan penerimaan malam ini. 76 00:06:32,167 --> 00:06:33,583 Tidak, saya akan berucap spontan. 77 00:06:33,667 --> 00:06:36,333 Saya akan meluru ke podium macam peserta rancangan kuiz. 78 00:06:36,417 --> 00:06:38,583 Bersorak, menjerit dan bertepuk tangan. 79 00:06:38,667 --> 00:06:41,583 Serius? Awak mengusik saya? 80 00:06:41,667 --> 00:06:43,833 Okey, sebab awak dah cakap, awak mesti buat. 81 00:06:43,917 --> 00:06:45,625 Hanya jika awak ada di sisi saya. 82 00:06:45,708 --> 00:06:49,042 Sekejap. Awak pernah tonton rancangan kuiz? 83 00:06:49,125 --> 00:06:51,792 Belum, tapi sentiasa ada kali pertama. 84 00:06:53,417 --> 00:06:56,667 -Apa? -Entahlah, awak menggembirakan. 85 00:06:56,750 --> 00:07:00,083 Saya berhutang sebakul mufin dengan orang yang ubah personaliti awak. 86 00:07:00,167 --> 00:07:04,125 Mungkin sebab awak buat saya gembira. 87 00:07:05,500 --> 00:07:08,292 Nampaknya malam ini pasti tak dapat dilupakan. 88 00:07:19,958 --> 00:07:24,000 Tidak! Tidak lagi. Tidak! Christine! 89 00:07:36,333 --> 00:07:38,042 Selamat malam, si tampan. 90 00:07:38,125 --> 00:07:39,542 Kereta kuda menanti, puan. 91 00:07:47,208 --> 00:07:49,333 Kita terlepas selekoh. Jambatan arah sana, bukan? 92 00:07:49,417 --> 00:07:51,167 Kita ikut jalan lain. 93 00:07:51,250 --> 00:07:53,208 Tak apa, kita pasti baik-baik sahaja. 94 00:07:54,458 --> 00:07:55,792 Stephen! 95 00:07:59,708 --> 00:08:02,917 Awak akan dapat anugerah. Seluruh parti ini untuk awak. 96 00:08:03,000 --> 00:08:06,667 Mari duduk di rumah saja. Kita pesan piza dan crème brûlée. 97 00:08:06,750 --> 00:08:09,458 Tak mungkin. Saya tak nak gaun ini kena minyak, okey? 98 00:08:09,542 --> 00:08:13,000 Kita akan pergi, kita akan menari. Saya jamin, kita pasti berseronok. 99 00:08:15,542 --> 00:08:16,792 Tidak. 100 00:08:19,792 --> 00:08:21,375 Piza. Awak memang genius. 101 00:08:43,500 --> 00:08:46,167 Kami mendapat laporan ramai mangsa, 102 00:08:46,250 --> 00:08:49,417 termasuk kematian Dr. Christine Palmer. 103 00:08:49,500 --> 00:08:51,958 Palmer, pakar kecemasan dan trauma... 104 00:08:54,083 --> 00:08:55,833 Stephen. Ada yang tak kena? 105 00:08:56,875 --> 00:08:58,333 Kenapa ia terus berlaku? 106 00:08:59,208 --> 00:09:01,083 Adakah kita tak layak rasa bahagia? 107 00:09:02,125 --> 00:09:04,708 Mungkin saya patut memandu. Boleh? 108 00:09:05,417 --> 00:09:07,625 Hei, awak okey? Awak nak bincangkannya? 109 00:09:09,083 --> 00:09:11,208 Atau pasang muzik? 110 00:09:11,833 --> 00:09:13,000 Saya hanya mahu awak. 111 00:09:13,792 --> 00:09:15,542 Hanya awak yang penting. 112 00:09:45,333 --> 00:09:47,833 Tidak! 113 00:10:00,292 --> 00:10:02,792 Selamat malam, Dr. Strange. 114 00:10:02,875 --> 00:10:04,667 Ada masalah dengan kereta? 115 00:10:06,458 --> 00:10:07,542 Kenapa awak di sini? 116 00:10:07,625 --> 00:10:08,958 Untuk membantu awak. 117 00:10:09,583 --> 00:10:11,375 Di sinilah segalanya bermula bagi awak. 118 00:10:12,083 --> 00:10:14,417 Dengan kematian Dr. Christine Palmer. 119 00:10:15,083 --> 00:10:20,167 Terlalu sedih dengan kehilangan itu, awak mencari jawapan dalam seni mistik. 120 00:10:20,250 --> 00:10:21,250 Dalam diri saya. 121 00:10:21,333 --> 00:10:23,208 Bantu saya bawa dia kembali. 122 00:10:23,292 --> 00:10:26,875 Maaf, tapi saya tak boleh. Tiada sesiapa yang boleh. 123 00:10:27,000 --> 00:10:30,167 Kematiannya satu Titik Mutlak dalam masa. 124 00:10:30,250 --> 00:10:31,708 Mutlak? 125 00:10:31,792 --> 00:10:34,250 Tidak boleh diubah mahupun dialihkan. 126 00:10:34,333 --> 00:10:38,042 Tanpa kematiannya, awak takkan mengalahkan Dormammu 127 00:10:38,125 --> 00:10:40,042 dan menjadi Ahli Sihir Tertinggi, 128 00:10:40,125 --> 00:10:42,667 serta penjaga Mata Agamotto. 129 00:10:43,583 --> 00:10:45,458 Jika awak padamkan kematiannya, 130 00:10:45,542 --> 00:10:47,667 kembara awak tak pernah bermula. 131 00:10:47,750 --> 00:10:49,375 Saya mencipta paradoks. 132 00:10:49,458 --> 00:10:54,000 Awak merisikokan jagat ini. Titik Mutlak tak dapat dibalikkan. 133 00:10:54,083 --> 00:10:56,500 Tiada apa yang mustahil. Awak yang ajar saya. 134 00:10:56,583 --> 00:10:58,667 Saya cuma perlukan lebih banyak kuasa. 135 00:10:58,750 --> 00:11:03,375 Ahli sihir terhebat pada masa lalu juga tak dapat membalikkan Titik Mutlak. 136 00:11:03,458 --> 00:11:04,750 Awak belum tahu lagi. 137 00:11:04,833 --> 00:11:07,125 Buku-buku hilang dan perpustakaan dimusnahkan. 138 00:11:07,208 --> 00:11:09,458 Berhenti menyeksa diri sendiri, Stephen. 139 00:11:09,542 --> 00:11:11,708 Tiada harapan di sini. 140 00:11:11,792 --> 00:11:15,292 Christine sudah tiada. Awak tak boleh selamatkan dia. 141 00:11:16,500 --> 00:11:17,583 Tidak. 142 00:11:19,000 --> 00:11:24,750 Stephen, jalan ini hanya membawa kepada kegelapan dan pengakhiran realiti. 143 00:11:25,292 --> 00:11:29,917 Tolong jangan buat begini. Jika tidak, saya terpaksa hentikan awak. 144 00:11:31,208 --> 00:11:32,625 Awak perlu cari saya dulu. 145 00:11:47,917 --> 00:11:50,708 Maafkan saya. Helo, tumpang tanya. 146 00:11:51,833 --> 00:11:55,750 Saya mencari Perpustakaan Cagliostro yang Hilang. 147 00:11:57,875 --> 00:11:59,083 Perpustakaan? 148 00:12:00,375 --> 00:12:05,083 Helo? Buku? Membaca? Ilmu? 149 00:12:07,333 --> 00:12:10,417 Hei! Saya sedang bercakap. Awak nak ke mana? 150 00:12:29,417 --> 00:12:31,708 Tiada pintu. Bijak. 151 00:12:34,000 --> 00:12:35,500 Helo? 152 00:12:37,958 --> 00:12:39,750 Ada sesiapa di dalam? 153 00:12:49,708 --> 00:12:50,708 Sambutan yang hebat. 154 00:13:11,500 --> 00:13:15,292 Awaklah ahli sihir dengan pakaian paling aneh yang saya pernah jumpa. 155 00:13:16,583 --> 00:13:18,125 Ya, ini Armani. 156 00:13:18,208 --> 00:13:20,958 Saya datang ke sini mencari Ahli Sihir Cagliostro. 157 00:13:21,042 --> 00:13:24,417 Menurut legenda, dia tahu cara untuk memecahkan Titik Mutlak masa. 158 00:13:24,500 --> 00:13:26,542 Di mana saya boleh jumpa Cagliostro? 159 00:13:26,625 --> 00:13:31,917 Mungkin di sini, mungkin di sana, dan mungkin tiada di mana-mana. 160 00:13:32,000 --> 00:13:36,333 Bagusnya. Awak berkias. Tolonglah cakap awak bukan Cagliostro. 161 00:13:37,000 --> 00:13:40,792 Nama saya O'Bengh. Penjaga buku-buku Cagliostro. 162 00:13:40,875 --> 00:13:44,542 Ikut saya, Ahli Sihir Armani. 163 00:13:44,625 --> 00:13:46,083 Bukan, saya Strange. 164 00:13:46,167 --> 00:13:49,208 Tidak begitu berbeza daripada nama lain di dunia ini. 165 00:13:55,500 --> 00:13:56,708 Buku-buku yang hilang. 166 00:13:58,458 --> 00:14:00,667 Berapa lama awak akan tinggal di sini? 167 00:14:01,333 --> 00:14:03,042 Seberapa lama yang diperlukan. 168 00:14:10,333 --> 00:14:14,042 Okey. Transmutasi, telekinesis, teleportasi. 169 00:14:14,667 --> 00:14:17,875 Menarik. Manipulasi masa. Dah jumpa. 170 00:14:20,375 --> 00:14:24,375 "Kuasa yang diperlukan untuk memecahkan Titik Mutlak dalam masa sangat besar, 171 00:14:24,458 --> 00:14:27,417 dan hampir mustahil untuk dicapai." 172 00:14:27,500 --> 00:14:29,208 Semua orang tahu. 173 00:14:30,083 --> 00:14:34,292 "Dapatkan kuasa melalui penyerapan daripada makhluk-makhluk lain." 174 00:14:34,375 --> 00:14:35,917 Penyerapan? 175 00:14:39,667 --> 00:14:40,667 Mari kita cuba. 176 00:14:50,292 --> 00:14:52,417 Nama saya Dr. Stephen Strange. 177 00:14:52,500 --> 00:14:56,708 Saya bawa awak ke sini sebab saya perlu pinjam kuasa awak. 178 00:14:56,792 --> 00:14:58,917 Sudikah awak berkongsi satu atau dua tentakel? 179 00:15:00,625 --> 00:15:02,042 Tolonglah. 180 00:15:02,125 --> 00:15:04,458 Tidak! 181 00:15:14,333 --> 00:15:15,333 Apa yang berlaku? 182 00:15:16,333 --> 00:15:18,792 Makhluk mistik tidak tawar-menawar. 183 00:15:18,875 --> 00:15:21,167 Kuasa mereka bukan untuk manusia. 184 00:15:21,875 --> 00:15:23,542 Perpustakaan ini tak mencukupi. 185 00:15:24,375 --> 00:15:26,375 Makhluk-makhluk itu ada apa yang saya perlukan. 186 00:15:27,833 --> 00:15:29,917 Berbaloikah menderita demi wanita itu? 187 00:15:31,750 --> 00:15:35,125 Lelaki takkan menderita begini demi kegemilangan sendiri. 188 00:15:36,500 --> 00:15:38,583 Setiap detik amat berbaloi. 189 00:15:40,583 --> 00:15:44,333 Ada garis pemisah halus antara kasih sayang dan khayalan. 190 00:15:45,000 --> 00:15:49,667 Cinta bukan hanya mematahkan hati, malah mampu menghancurkan minda. 191 00:15:53,958 --> 00:15:55,583 Buku apa yang kata begitu? 192 00:15:56,417 --> 00:16:00,333 Bukan buku, Armani. Kehidupan yang mengajar saya. 193 00:16:05,042 --> 00:16:06,250 Mungkin betul kata O'Bengh. 194 00:16:06,333 --> 00:16:09,000 Jika mereka enggan serahkan kuasa, saya akan ambil. 195 00:16:09,792 --> 00:16:10,792 Mula dengan yang kecil. 196 00:16:27,125 --> 00:16:28,500 Baiklah, seterusnya? 197 00:16:30,542 --> 00:16:32,000 Cantik mantel itu. 198 00:16:33,667 --> 00:16:35,167 Namun saya tak suka serangga. 199 00:16:53,667 --> 00:16:54,708 Lagi. 200 00:17:22,875 --> 00:17:24,542 Dia berada di jalan yang salah. 201 00:17:24,625 --> 00:17:27,125 Saya boleh beri amaran kepadanya dan campur tangan. 202 00:17:27,208 --> 00:17:31,000 Namun tak patut mempertaruhkan keselamatan ramai demi takdir jagat dia. 203 00:17:31,667 --> 00:17:34,458 Lagipun, saya rasa dia takkan dengar. 204 00:17:37,333 --> 00:17:38,333 Helo? 205 00:17:40,167 --> 00:17:41,167 Siapa itu? 206 00:18:06,208 --> 00:18:08,417 Masa untuk bertemu kawan lama. 207 00:18:14,542 --> 00:18:16,583 Helo sekali lagi dan selamat tinggal. 208 00:18:50,875 --> 00:18:52,792 O'Bengh, apa dah jadi pada awak? 209 00:18:54,125 --> 00:18:56,208 Masa, Ahli Sihir Armani. 210 00:18:59,958 --> 00:19:01,000 Simpan benda ini. 211 00:19:01,667 --> 00:19:04,917 Awak guna sihir untuk hentikan penuaan selama berabad lamanya. 212 00:19:06,000 --> 00:19:07,750 Saya memilih untuk terus hidup. 213 00:19:07,833 --> 00:19:11,458 Tapi saya boleh membalikkannya, Awak boleh hidup selama-lamanya. 214 00:19:11,542 --> 00:19:12,542 Diam! 215 00:19:12,625 --> 00:19:14,208 Di dunia kita juga... 216 00:19:16,917 --> 00:19:18,833 kematian sebahagian daripada perancangan. 217 00:19:20,042 --> 00:19:21,833 Saya tak boleh menerimanya. 218 00:19:24,333 --> 00:19:26,250 Ya, saya tahu. 219 00:19:26,333 --> 00:19:29,875 Tapi mungkin seorang lagi Strange sanggup terima. 220 00:19:30,750 --> 00:19:31,750 Seorang lagi? 221 00:19:32,417 --> 00:19:33,708 Awak tak nampak lagi? 222 00:19:37,292 --> 00:19:39,000 Awak cuma sebahagian daripada seorang, 223 00:19:40,000 --> 00:19:42,125 menjalani separuh daripada kehidupan. 224 00:19:45,792 --> 00:19:48,583 Memang benar. Dia tak bersendirian. 225 00:19:48,667 --> 00:19:52,583 Bukan dia sahaja Dr. Strange dalam jagat ini. 226 00:19:53,833 --> 00:19:56,125 Baiklah, saya nak jerang air. 227 00:19:56,208 --> 00:19:59,625 Lebih baik sertai saya sebelum awak buat tindakan melulu. 228 00:20:07,708 --> 00:20:11,167 Betul kata awak. Sudah-sudahlah mengenang masa lampau hari ini. 229 00:20:34,375 --> 00:20:36,125 Apa yang ada dalam wiski tadi? 230 00:20:50,958 --> 00:20:53,125 -Helo, Stephen. -Tidak, tunggu sebentar. Awak... 231 00:20:53,208 --> 00:20:54,333 Dah mati? Ya! 232 00:20:54,417 --> 00:20:55,708 Jadi, pasti ini... 233 00:20:55,792 --> 00:20:58,917 Kesan psikik yang dihantar melalui rekahan dalam realiti? 234 00:21:00,208 --> 00:21:02,042 Ya. Anggap sahaja saya gema. 235 00:21:02,125 --> 00:21:05,125 Sebenarnya saya nak kata, pasti ini pengakhiran dunia. 236 00:21:05,708 --> 00:21:08,667 Betul juga. Awak memang memiliki daya tanggapan yang tajam. 237 00:21:08,750 --> 00:21:10,625 Tapi nampaknya kita kesuntukan masa. 238 00:21:10,708 --> 00:21:12,125 Siapa penyebab semua ini? 239 00:21:13,042 --> 00:21:15,083 Awaklah orangnya. 240 00:21:15,167 --> 00:21:16,292 Bagaimana? 241 00:21:16,375 --> 00:21:19,833 Apabila Dr. Strange, iaitu awak, menggunakan Mata itu 242 00:21:19,917 --> 00:21:22,708 dan menghilang ke masa lampau, saya tidak dapat ikut. 243 00:21:23,375 --> 00:21:26,375 Saya menyeru kuasa Dimensi Gelap 244 00:21:26,458 --> 00:21:30,167 untuk memisahkan garis masa, dan memisahkan awak. 245 00:21:30,250 --> 00:21:32,167 Saya mencari Perpustakaan Cagliostro... 246 00:21:32,250 --> 00:21:34,000 Sudah-sudahlah mengenang masa lampau. 247 00:21:34,083 --> 00:21:37,333 Membolehkan dua garis masa awak 248 00:21:37,417 --> 00:21:39,333 untuk berlaku dalam satu jagat. 249 00:21:39,417 --> 00:21:40,750 Dua garis masa? 250 00:21:40,833 --> 00:21:43,500 Rasanya tindakan itu bukan yang paling mudah atau bijak. 251 00:21:43,583 --> 00:21:45,375 Sebenarnya, ia sangat berbahaya. 252 00:21:45,458 --> 00:21:47,917 Sekarang saya ada kembar jahat? 253 00:21:48,000 --> 00:21:50,125 Bukan jahat, tapi hilang arah. 254 00:21:50,208 --> 00:21:54,667 Jika seorang lagi Strange berjaya membalikkan Titik Mutlak di jagat kita... 255 00:21:54,750 --> 00:21:56,125 Maksud awak selamatkan Christine. 256 00:21:56,208 --> 00:21:58,125 Awak tak boleh selamatkan dia, Stephen. 257 00:21:58,208 --> 00:22:02,375 Paradoks masa yang terhasil akan memusnahkan jagat ini. 258 00:22:02,458 --> 00:22:04,208 Masa kita sudah suntuk. 259 00:22:04,292 --> 00:22:08,417 Mungkin satu-satunya ahli sihir yang cukup kuat untuk menghalang Dr. Strange ialah... 260 00:22:09,167 --> 00:22:11,083 awak, Dr. Strange. 261 00:22:14,167 --> 00:22:19,125 Okey. Sekejap. Jadi, hijab realiti sudah retak. 262 00:22:19,208 --> 00:22:22,083 Hanya awak boleh hentikannya sebab awaklah penyebabnya. 263 00:22:22,708 --> 00:22:24,583 Kita pernah jumpa perkara yang lebih pelik. 264 00:22:24,667 --> 00:22:26,417 Adakah awak mahu menghentikan dia? 265 00:22:27,417 --> 00:22:30,000 Bukankah awak mencintai Christine? 266 00:22:30,083 --> 00:22:31,542 Saya perlu menghentikannya. 267 00:22:32,792 --> 00:22:34,458 Setidaknya, untuk selamatkan awak. 268 00:22:36,042 --> 00:22:40,125 Jampi pelindung hebat Penjaga Vishanti. 269 00:22:40,208 --> 00:22:41,708 Sudah tentu saya perlukannya. 270 00:22:43,667 --> 00:22:44,833 Bagaimana nak cari dia? 271 00:22:49,042 --> 00:22:50,458 Dia dah jumpa saya. 272 00:22:52,000 --> 00:22:54,250 -Nampak teruk. -Memang teruk. 273 00:22:55,667 --> 00:22:56,875 Semoga berjaya! 274 00:23:14,250 --> 00:23:15,667 Helo? 275 00:23:17,583 --> 00:23:18,583 Helo? 276 00:23:29,125 --> 00:23:30,208 Saya di mana? 277 00:23:35,708 --> 00:23:37,125 Persoalannya ialah, 278 00:23:37,875 --> 00:23:39,250 pada masa bila? 279 00:23:39,875 --> 00:23:42,125 Jangan takut, sahabat lama, 280 00:23:42,917 --> 00:23:44,625 sebab kita orang yang sama. 281 00:23:48,500 --> 00:23:50,583 Apa yang berlaku pada awak? 282 00:23:50,667 --> 00:23:52,417 Saya nak awak datang sendirian. 283 00:23:52,500 --> 00:23:55,167 Tak perlu ada Wong atau Ancient One. 284 00:23:55,250 --> 00:23:56,583 Mereka takkan faham. 285 00:23:58,792 --> 00:24:00,542 Mereka tak pernah kenal dia. 286 00:24:01,625 --> 00:24:05,083 Kita kenal dia. Kita menyayanginya. 287 00:24:05,167 --> 00:24:09,000 Awak tak boleh kembalikan dia Dunia di luar sana semakin hancur. 288 00:24:09,083 --> 00:24:12,125 Jangan berani tipu saya. Saya ialah awak! 289 00:24:20,750 --> 00:24:23,500 Berapa malam kita duduk di Sanctum Sanctorum, 290 00:24:23,583 --> 00:24:26,000 dengan Batu Masa di tapak tangan kita, 291 00:24:26,083 --> 00:24:29,083 mengetahui kita boleh kembali, dan mengumpulkan keberanian? 292 00:24:29,667 --> 00:24:31,875 Saya ada keberanian itu. 293 00:24:31,958 --> 00:24:36,542 Saya menghabiskan berabad lamanya mengorbankan segalanya demi Christine. 294 00:24:38,917 --> 00:24:41,208 Sekarang awak boleh selamatkan dia? 295 00:24:41,292 --> 00:24:42,917 Tidak, Stephen. 296 00:24:43,833 --> 00:24:45,333 Kita boleh. 297 00:24:50,167 --> 00:24:53,083 Kuasa kita dicairkan dan dibahagikan antara kita. 298 00:24:53,167 --> 00:24:58,417 Namun apabila kita bersatu semula, kita boleh selamatkan dia. 299 00:24:58,500 --> 00:24:59,625 Kita tak boleh. 300 00:24:59,708 --> 00:25:03,458 Awak tak percaya kita boleh, tapi awak akan lihat nanti. 301 00:25:03,542 --> 00:25:05,542 Ancient One dah beri amaran. 302 00:25:05,625 --> 00:25:08,458 Jika kita selamatkan Christine, kita memusnahkan dunia. 303 00:25:09,083 --> 00:25:13,208 Saya dah cakap, dia tak faham. Kita sayang Christine. 304 00:25:13,292 --> 00:25:16,208 Ini bukan cinta. Cubalah lihat. 305 00:25:16,292 --> 00:25:18,833 Ini keangkuhan dan sikap kita yang mahu membaiki segalanya. 306 00:25:18,917 --> 00:25:21,667 Inilah punca kita mengkaji seni mistik dulu. 307 00:25:21,750 --> 00:25:24,042 Lihatlah kedudukan kita sekarang. 308 00:25:24,125 --> 00:25:25,583 Kita dah gila. 309 00:25:25,667 --> 00:25:27,208 Saya akan jadi lengkap semula. 310 00:25:27,292 --> 00:25:30,917 Tidak. Kewarasan awak sudah lama hilang. 311 00:25:31,000 --> 00:25:33,333 Namun dunia masih ada peluang. 312 00:25:35,708 --> 00:25:38,250 Awak tak boleh selamatkan dia. Dia dah mati. 313 00:25:56,833 --> 00:25:58,042 Awak perlu melupakan dia. 314 00:25:58,125 --> 00:26:01,875 Saya sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik. 315 00:27:55,458 --> 00:27:57,417 Seronok dapat jumpa awak. 316 00:28:03,708 --> 00:28:05,125 Christine? 317 00:28:06,000 --> 00:28:08,333 Stephen, awak janjikan crème brûlée. 318 00:28:09,958 --> 00:28:11,250 Saya tahu. 319 00:28:11,875 --> 00:28:13,667 Kita boleh bersama semula. 320 00:28:17,958 --> 00:28:19,500 Stephen, saya cintakan awak. 321 00:28:26,542 --> 00:28:27,958 Saya cintakan awak. 322 00:28:30,292 --> 00:28:32,750 Saya harap itu benar. Tapi awak... 323 00:28:32,833 --> 00:28:34,417 Awak bukan dia. 324 00:28:55,958 --> 00:28:57,833 Awak tak boleh teruskan. 325 00:28:57,917 --> 00:29:00,417 Tapi kita mesti teruskan. 326 00:29:00,500 --> 00:29:01,500 Tidak. 327 00:29:05,833 --> 00:29:07,458 Tidak! 328 00:29:54,167 --> 00:29:55,417 Christine? 329 00:29:56,250 --> 00:29:58,583 -Christine. -Apa? 330 00:30:00,125 --> 00:30:01,667 Ini saya, Christine. 331 00:30:02,833 --> 00:30:06,292 Oh, Tuhanku. Apa yang berlaku? 332 00:30:06,375 --> 00:30:09,792 Saya bawa awak kembali. Saya selamatkan awak. 333 00:30:09,875 --> 00:30:13,125 Tidak, ini bukan kenyataan. Ini... 334 00:30:13,208 --> 00:30:17,500 Tidak, ini mimpi ngeri! Tidak! Tinggalkan saya! 335 00:30:18,167 --> 00:30:20,917 -Tidak. Saya boleh baikinya. -Tidak! Oh, Tuhan! 336 00:30:21,000 --> 00:30:23,500 Pergi! Jangan sentuh saya! 337 00:30:23,583 --> 00:30:24,583 Christine. 338 00:30:24,667 --> 00:30:26,042 -Tidak! -Christine. 339 00:30:26,125 --> 00:30:27,708 -Tidak! -Tidak! 340 00:30:28,458 --> 00:30:31,375 Tidak! Ini tak sepatutnya berlaku. 341 00:30:31,458 --> 00:30:33,917 -Stephen. Tidak. Stephen. -Tidak. 342 00:30:34,542 --> 00:30:35,667 Apa yang berlaku? 343 00:30:37,167 --> 00:30:39,333 Tidak! 344 00:30:47,250 --> 00:30:49,292 Awak boleh hentikan semua ini. 345 00:30:50,083 --> 00:30:52,458 Tolonglah, baikinya. 346 00:30:52,542 --> 00:30:54,542 Seperti cara awak membaiki Christine? 347 00:30:54,625 --> 00:30:56,708 -Apa? -Saya salah. Saya... 348 00:30:56,792 --> 00:30:57,792 Awak dah diberi amaran. 349 00:30:57,875 --> 00:30:59,333 Saya tahu, tapi dunia ini! 350 00:31:00,167 --> 00:31:02,833 Dunia tak patut musnah akibat keangkuhan saya. 351 00:31:02,917 --> 00:31:06,000 Saya baca tentang awak dan merasai kehadiran awak. 352 00:31:06,083 --> 00:31:08,583 Awak dewa. Awak boleh membalikkan semua ini. 353 00:31:08,667 --> 00:31:11,583 Saya bukan dewa, begitu juga dengan awak. 354 00:31:11,667 --> 00:31:16,375 Jadi hukumlah saya. Jangan hukum dunia atau Christine. 355 00:31:16,458 --> 00:31:20,125 Jika saya boleh membaikinya dan hukum awak, saya dah buat. 356 00:31:20,208 --> 00:31:21,750 Tapi saya tak boleh campur tangan. 357 00:31:21,833 --> 00:31:24,167 Sepatutnya awak orang yang paling faham 358 00:31:24,250 --> 00:31:29,292 mengusik masa dan peristiwa hanya membawa lebih kemusnahan. 359 00:31:29,375 --> 00:31:31,875 Tidak! 360 00:31:31,958 --> 00:31:33,375 Apa? 361 00:31:33,458 --> 00:31:35,375 Saya tak berniat untuk buat begini. 362 00:31:58,000 --> 00:32:00,708 Christine. Tidak. 363 00:32:01,375 --> 00:32:02,458 Saya minta maaf. 364 00:32:03,125 --> 00:32:04,292 Stephen. 365 00:32:07,125 --> 00:32:08,625 Apa yang awak buat? 366 00:32:10,583 --> 00:32:13,292 Tidak. 367 00:32:19,583 --> 00:32:20,750 Saya minta maaf. 368 00:32:21,625 --> 00:32:24,833 Saya benar-benar minta maaf. 369 00:32:28,000 --> 00:32:32,292 Satu nyawa, satu pilihan, satu detik, 370 00:32:32,375 --> 00:32:35,208 boleh memusnahkan seluruh jagat. 371 00:33:08,333 --> 00:33:12,125 BERDASARKAN KOMIK MARVEL 372 00:34:35,708 --> 00:34:37,708 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin