1 00:00:58,976 --> 00:01:00,561 Minta maaf! 2 00:01:00,644 --> 00:01:02,062 Saya terlepas urat awak. 3 00:01:02,145 --> 00:01:03,272 Saya akan selesaikan! 4 00:01:03,355 --> 00:01:05,816 Askeladd. 5 00:01:07,484 --> 00:01:10,654 Saya mahu jadi sahabat… 6 00:01:15,659 --> 00:01:17,327 Ya, Bjorn. 7 00:01:18,370 --> 00:01:19,496 Awak… 8 00:01:20,914 --> 00:01:22,791 memang satu-satunya 9 00:01:24,209 --> 00:01:25,377 sahabat saya. 10 00:01:35,804 --> 00:01:38,348 Lepaskan saya… 11 00:01:57,784 --> 00:01:59,119 Baiklah. 12 00:01:59,828 --> 00:02:01,538 Maaflah kena tunggu, budak. 13 00:02:02,414 --> 00:02:03,540 Mari. 14 00:02:08,754 --> 00:02:10,297 Sekarang kita bermain. 15 00:03:52,774 --> 00:03:56,862 EPISOD 22: PENYENDIRI 16 00:04:05,370 --> 00:04:06,329 Tak guna. 17 00:04:06,997 --> 00:04:08,790 Dia tak macam biasa. 18 00:04:11,960 --> 00:04:15,172 Tuanku rasa siapa akan menang? 19 00:04:16,006 --> 00:04:17,007 Nak bertaruh tak? 20 00:04:17,883 --> 00:04:19,426 Tak kisahlah siapa menang. 21 00:04:19,926 --> 00:04:21,970 Beta akan hentikan sebelum sesiapa mati. 22 00:04:22,554 --> 00:04:25,056 Tak seronoklah begitu. 23 00:04:25,140 --> 00:04:30,103 Bukan mudah mahu tengok pertarungan antara dua perwira handalan macam itu. 24 00:04:32,189 --> 00:04:33,356 Kalau begitu, 25 00:04:33,440 --> 00:04:36,109 awak rasa siapa antara mereka yang lebih kuat? 26 00:04:36,777 --> 00:04:37,652 Patik? 27 00:04:39,070 --> 00:04:40,864 Siapa, ya? 28 00:04:41,573 --> 00:04:43,116 Rasanya Askeladd. 29 00:04:43,200 --> 00:04:45,202 Patik bertaruh satu paun perak. 30 00:04:45,285 --> 00:04:46,536 Beta takkan bertaruh. 31 00:04:46,620 --> 00:04:47,871 Kenapa kata begitu? 32 00:04:49,998 --> 00:04:52,876 Sebab patik rasa begitu. Mungkin pembawaan dia. 33 00:04:53,543 --> 00:04:55,962 Tapi Thorfinn dah kalahkan awak. 34 00:04:56,797 --> 00:04:58,673 Betulkah Askeladd lebih kuat? 35 00:04:58,757 --> 00:05:02,010 Tuanku mahu cari gaduh nampaknya. Tuanku ejek, ya? 36 00:05:02,552 --> 00:05:08,183 Antara kami bertiga, mustahil patik yang paling lemah. Faham? 37 00:05:10,727 --> 00:05:14,356 Tak boleh kata siapa kuat atau lemah, tak semudah itu. 38 00:05:14,940 --> 00:05:19,444 Sebab itu ia menarik, kita tak boleh jangka siapa menang atau kalah. 39 00:05:21,196 --> 00:05:22,280 Beta tak berminat. 40 00:05:23,323 --> 00:05:24,866 Betullah Tuanku perempuan. 41 00:05:27,994 --> 00:05:29,704 Kenapa, Thorfinn? 42 00:05:29,788 --> 00:05:30,622 Marilah. 43 00:05:31,790 --> 00:05:34,251 Selesaikan ini sebelum salji lebat lagi. 44 00:05:41,091 --> 00:05:42,926 Jadi macam itu, ya? 45 00:05:50,600 --> 00:05:53,562 Sudah. Sekarang lebih mudah nak serang saya. 46 00:05:55,897 --> 00:05:57,899 Mari sini, budak. 47 00:06:13,957 --> 00:06:14,875 Tengok? 48 00:06:17,544 --> 00:06:22,173 Awak masih tak faham kenapa pengakhirannya selalu begini? 49 00:06:38,148 --> 00:06:42,527 Patik tarik balik. Ini bukan perang tanding. 50 00:06:42,611 --> 00:06:47,115 Askeladd cukup masak dengan Thorfinn. Dia arif dengan gerak-gerinya. 51 00:06:48,241 --> 00:06:52,120 Mereka dah beberapa kali buat perang tanding. Apa sebabnya? 52 00:06:52,746 --> 00:06:55,665 Beta tak tahu. Beta tak tanya. 53 00:07:00,545 --> 00:07:01,796 Aduh. 54 00:07:02,339 --> 00:07:04,549 Budak ini tak serik-serik lagi. 55 00:07:05,884 --> 00:07:08,553 Awak perasan kuat sebab dah kalahkan Thorkell? 56 00:07:13,934 --> 00:07:16,102 Saya dah mula rasa muak. 57 00:07:18,396 --> 00:07:20,440 Berhenti! Cukup! 58 00:07:24,486 --> 00:07:27,447 Ada hati nak kalahkan saya dengan satu tangan? 59 00:07:31,576 --> 00:07:33,370 Merepek. 60 00:07:33,453 --> 00:07:36,581 Buat rosak angin saya saja. 61 00:07:37,123 --> 00:07:38,291 Berhenti! 62 00:07:46,716 --> 00:07:47,884 Sudah cukup. 63 00:07:47,968 --> 00:07:49,386 Dia tak sedarkan diri. 64 00:07:49,469 --> 00:07:50,929 Awak dah menang. 65 00:07:53,139 --> 00:07:54,933 Putera itu hentikan juga? 66 00:07:55,558 --> 00:07:56,393 Thorfinn. 67 00:07:56,893 --> 00:07:58,186 Hei, Thorfinn. 68 00:08:06,319 --> 00:08:07,320 Awak dah sedar? 69 00:08:07,821 --> 00:08:09,447 Perang tanding dah tamat. 70 00:08:09,990 --> 00:08:11,449 Awak kalah. 71 00:08:16,579 --> 00:08:18,623 Berhenti. Ia dah berakhir. 72 00:08:19,124 --> 00:08:20,291 Tak guna! 73 00:08:20,375 --> 00:08:22,252 Awak tak sedarkan diri. 74 00:08:22,877 --> 00:08:24,546 Dia hampir nak bunuh awak. 75 00:08:28,717 --> 00:08:31,344 Tunggu sampai lengan awak sembuh dulu. 76 00:08:34,639 --> 00:08:36,307 Kalau sembuh pun, sama saja. 77 00:08:37,017 --> 00:08:38,393 Bukan sebab dia cedera. 78 00:08:39,185 --> 00:08:41,688 Si bodoh itu kalah sebab dia bodoh. 79 00:08:42,564 --> 00:08:46,192 Biasanya awak berlawan dengan rapi dan teliti 80 00:08:47,569 --> 00:08:51,322 tapi bila awak naik angin, awak rosakkan segalanya. 81 00:08:52,532 --> 00:08:56,828 Daripada tenungan awak, saya tahu awak sasarkan urat tengkuk saya. 82 00:09:00,165 --> 00:09:03,918 Awak nanti naik berang, awak memekik, 83 00:09:04,002 --> 00:09:06,796 hayun-hayun pedang macam orang bodoh berperang. 84 00:09:07,338 --> 00:09:12,594 Aduh, awak semua memang tak ada sekelumit kehalusan pun. 85 00:09:13,762 --> 00:09:15,847 Betul kata Bjorn. 86 00:09:16,556 --> 00:09:19,184 Saya benci pahlawan. 87 00:09:20,393 --> 00:09:24,564 Terutamanya pahlawan Norse. Viking. 88 00:09:27,150 --> 00:09:30,236 Orang pertama yang saya bunuh ialah pahlawan Norse. 89 00:09:30,945 --> 00:09:33,823 Dia pun tak ada kehalusan. 90 00:09:37,952 --> 00:09:39,662 Dia ayah saya. 91 00:09:42,415 --> 00:09:43,500 Budak, 92 00:09:44,459 --> 00:09:46,920 awak dengar sini. Saya akan ajar awak. 93 00:09:48,338 --> 00:09:52,550 Cara untuk membunuh orang yang awak sangat-sangat benci. 94 00:10:05,605 --> 00:10:07,440 Siap. Aduh, panas… 95 00:10:07,524 --> 00:10:08,733 Saya memang dah tua… 96 00:10:08,817 --> 00:10:09,901 Tengok belakang. 97 00:10:14,614 --> 00:10:18,076 Ibu saya seorang hamba abdi. 98 00:10:21,913 --> 00:10:25,959 Ibu saya sakit jadi dia tak boleh bekerja. 99 00:10:27,544 --> 00:10:32,924 Seingat saya, dari dulu lagi saya kerja bersama tukang besi dan dalam kandang. 100 00:10:36,052 --> 00:10:40,181 Saya sentiasa berlumuran abu, arang atau tahi kuda. 101 00:10:40,265 --> 00:10:42,517 Bertukar-tukar warna putih dan hitam. 102 00:10:43,184 --> 00:10:45,562 Sebab itu saya dinamakan Askeladd. 103 00:10:47,272 --> 00:10:49,315 Maksudnya, "yang berlumuran abu." 104 00:10:50,650 --> 00:10:53,695 Tuan Olaf sudah pulang! 105 00:10:53,778 --> 00:10:56,698 Dia menang sekali lagi! 106 00:11:02,996 --> 00:11:05,707 Ayah saya dari keluarga penting di Jutland. 107 00:11:05,790 --> 00:11:08,710 - Tuan Olaf! - Selamat pulang, Tuan Olaf! 108 00:11:09,377 --> 00:11:11,713 Dia suka arak, perempuan dan membunuh… 109 00:11:11,796 --> 00:11:15,466 Sama macam orang Viking yang kita boleh jumpa di mana-mana. 110 00:11:16,384 --> 00:11:20,471 Dia ada beberapa anak haram lain yang dilahirkan perempuan simpanannya 111 00:11:21,097 --> 00:11:23,183 tapi dia hanya beri nama 112 00:11:23,266 --> 00:11:26,019 kepada anak yang dilahirkan isterinya yang sah. 113 00:11:29,063 --> 00:11:33,484 Entah-entah dia tak ingat pun wajah anak-anaknya yang lain. 114 00:11:38,031 --> 00:11:39,490 Semasa ibu saya muda, 115 00:11:40,074 --> 00:11:42,869 dia hamba abdi kesayangan ayah saya 116 00:11:44,037 --> 00:11:47,874 tapi apabila dia jatuh sakit, dia dilayan macam anjing. 117 00:11:49,334 --> 00:11:52,879 Saya sudah terima hakikat hidup kami susah 118 00:11:53,463 --> 00:11:56,257 tapi entah kenapa mak saya tidak. 119 00:12:00,345 --> 00:12:05,308 Mak saya selalu bercerita tentang leluhur kami, si wira Artorius. 120 00:12:05,850 --> 00:12:08,603 Dia ceritakan kisah sama berulang-ulang kali. 121 00:12:10,230 --> 00:12:13,024 Kisah seorang hulubalang 122 00:12:13,107 --> 00:12:16,611 yang melindungi tanah air mak saya daripada orang gasar 500 tahun lalu. 123 00:12:18,613 --> 00:12:21,991 Mak saya percaya legenda yang mengatakan dia akan hidup semula 124 00:12:22,617 --> 00:12:28,414 dan satu hari nanti dia akan selamatkan mak saya daripada sakit dan perhambaan. 125 00:12:31,084 --> 00:12:35,797 Dia bercerita begitu banyak kali sampai saya pun sudah mula percaya. 126 00:12:36,714 --> 00:12:38,716 Di sebalik ufuk barat, 127 00:12:39,259 --> 00:12:43,179 di sebuah syurga firdausi yang tidak dapat dijejaki orang biasa, 128 00:12:44,472 --> 00:12:48,309 orang kata si wira Artorius sedang menetap di syurga itu. 129 00:12:54,399 --> 00:13:00,238 Sebuah tempat aman makmur, dan tiada siapa sakit atau mati di sana. 130 00:13:02,865 --> 00:13:08,246 Kononnya si hulubalang itu tinggal di sana sementara menunggu kecederaannya pulih. 131 00:13:09,914 --> 00:13:13,167 Satu hari nanti, dia akan memimpin bala tentera 132 00:13:13,251 --> 00:13:15,420 untuk menghapuskan semua orang gasar 133 00:13:15,920 --> 00:13:18,339 dan akan memerintah dunia. 134 00:13:19,257 --> 00:13:23,136 Puak mak saya setia menantikan itu. 135 00:13:26,889 --> 00:13:29,350 Sudah 500 tahun mereka menunggu. 136 00:13:30,810 --> 00:13:34,397 Tak ada wira yang kunjung tiba. 137 00:13:38,192 --> 00:13:40,153 Tapi cuba fikir. 138 00:13:40,862 --> 00:13:45,616 Kalau betul leluhur saya tinggal di syurga seindah itu, 139 00:13:45,700 --> 00:13:49,245 masakan dia akan tinggalkannya dan kembali ke dunia ini? 140 00:13:54,125 --> 00:13:55,376 Kemudian, 141 00:13:56,044 --> 00:13:59,839 ketika saya berusia 11 tahun, akhirnya mak saya hilang kewarasan. 142 00:14:08,973 --> 00:14:09,891 Mak! 143 00:14:22,320 --> 00:14:23,738 Dalam ramai-ramai orang, 144 00:14:24,280 --> 00:14:26,824 ayah saya yang kebetulan lalu di situ, 145 00:14:26,908 --> 00:14:30,078 dan mak saya sangka dia Artorius. 146 00:14:44,258 --> 00:14:46,344 Pada saat itu, saya terus faham. 147 00:14:47,887 --> 00:14:51,599 Kalau Artorius masih tak datang selamatkan mak saya ketika itu, 148 00:14:51,682 --> 00:14:54,769 maknanya dia takkan datang selama-lamanya. 149 00:14:55,561 --> 00:14:58,231 Awak berdua faham sekarang? 150 00:14:59,023 --> 00:15:01,275 Seseorang perlu lakukannya. 151 00:15:01,359 --> 00:15:03,486 Bukannya wira, bukannya Tuhan 152 00:15:03,986 --> 00:15:05,279 tapi seseorang. 153 00:15:20,294 --> 00:15:22,380 Sampai sekarang saya bingung. 154 00:15:22,463 --> 00:15:27,051 Itu kali pertama saya angkat pedang tapi rasa macam sudah sangat biasa. 155 00:15:27,135 --> 00:15:30,054 Saya tahu cara menghayunnya. 156 00:15:30,638 --> 00:15:35,810 Saya anggap itulah bukti darah si celaka itu ada dalam badan saya. 157 00:15:35,893 --> 00:15:37,854 Memang amat menyedihkan. 158 00:15:37,937 --> 00:15:39,439 Nak menangis rasanya. 159 00:15:52,243 --> 00:15:53,619 Awak… 160 00:15:54,328 --> 00:15:56,414 Awak anak kepada perempuan itu? 161 00:16:01,127 --> 00:16:02,920 Awak anak saya? 162 00:16:05,173 --> 00:16:06,382 Ya. 163 00:16:17,435 --> 00:16:18,895 Awak ada harapan. 164 00:16:19,687 --> 00:16:21,772 Tinggal dengan saya mulai hari ini. 165 00:16:24,609 --> 00:16:28,988 Memang saya tak harapkan budak berusia 11 tahun boleh bunuh dia. 166 00:16:29,989 --> 00:16:32,992 Tapi langkah pertama agar ayah saya menyedari saya 167 00:16:33,075 --> 00:16:34,368 berjaya. 168 00:16:36,496 --> 00:16:39,123 Semasa di rumahnya, saya belajar adab tertib. 169 00:16:39,207 --> 00:16:42,585 Saya berlatih seni pertahanan diri dan belajar berkuda. 170 00:16:42,668 --> 00:16:46,589 Saya juga rapat dengan adik -beradik sebapa saya. 171 00:16:53,679 --> 00:16:55,848 - Syabas, Askeladd. - Boleh tahan. 172 00:16:56,849 --> 00:17:00,478 Saya pastikan semua orang tengok saya menghormati ayah saya. 173 00:17:13,783 --> 00:17:16,077 Saya anaknya yang taat 174 00:17:16,160 --> 00:17:19,747 dan saya tak lupa dia selamatkan saya daripada perhambaan. 175 00:17:19,830 --> 00:17:26,546 Tidak lama kemudian, semua orang sudah anggap saya sebagai anak dia. 176 00:17:29,340 --> 00:17:33,219 Saya teruskan kelakuan seperti itu selama dua tahun. 177 00:17:48,651 --> 00:17:50,403 Saya tunggu dua benda saja. 178 00:17:51,237 --> 00:17:55,074 Agar ayah saya leka dan agar saya dapat harta warisan. 179 00:17:59,495 --> 00:18:02,081 Kalaulah awak boleh tengok pada masa itu. 180 00:18:02,665 --> 00:18:05,293 Muka ayah saya tertanya-tanya, "Kenapa?" 181 00:18:11,090 --> 00:18:13,509 Saya guna pedang abang saya. 182 00:18:13,593 --> 00:18:17,013 Saya curi daripada dia sebab dia tak baik dengan ayah saya. 183 00:18:18,014 --> 00:18:20,850 Adik- beradik yang lain percaya dia pelakunya, 184 00:18:20,933 --> 00:18:23,811 jadi mereka ikat dan gantung dia sampai mati. 185 00:18:23,894 --> 00:18:26,564 Masing-masing memang bodoh. 186 00:18:28,149 --> 00:18:30,234 Mereka semua dangkal, menjijikkan, 187 00:18:30,318 --> 00:18:33,988 haiwan yang tamak haloba dan hanya tahu berebut. 188 00:18:36,073 --> 00:18:41,037 Manusia keji macam itu boleh muncul dari mana-mana saja 189 00:18:41,120 --> 00:18:42,788 untuk mendabik dada. 190 00:18:43,414 --> 00:18:45,958 Tak kira seramai mana saya bunuh, tetap ada. 191 00:18:47,001 --> 00:18:52,256 Tak kiralah sama ada Artorius, Ragnarok, atau Hari Kiamat sekalipun, 192 00:18:52,340 --> 00:18:55,843 tapi kalau betul sesuatu akan datang, tolonglah cepat sikit. 193 00:18:58,054 --> 00:19:02,975 Tapi bila hari itu tiba nanti, mungkin saya pun sudah tak bernyawa. 194 00:19:06,979 --> 00:19:08,814 Lama betul saya membebel. 195 00:19:08,898 --> 00:19:10,816 Jadi kesimpulannya, Thorfinn, 196 00:19:12,068 --> 00:19:15,696 awak masih belum kalahkan saya selepas 10 tahun, maknanya 197 00:19:16,322 --> 00:19:18,240 awak memang budak bodoh. 198 00:19:21,827 --> 00:19:23,663 Diam! 199 00:19:24,288 --> 00:19:28,125 Saya tak peduli! Saya akan tetap bunuh awak! 200 00:19:28,834 --> 00:19:30,836 Saya betul-betul akan bunuh awak! 201 00:19:37,176 --> 00:19:38,344 Aduh. 202 00:19:39,595 --> 00:19:41,972 Awak tak dengar apa saya cerita tadi? 203 00:19:43,683 --> 00:19:47,395 Awak ini macam anjing berebut makanan. 204 00:19:49,647 --> 00:19:52,942 Saya memang tabik dengan kesungguhan awak. 205 00:19:53,567 --> 00:19:56,779 Saya ingatkan nak main-main dengan perang tanding awak 206 00:19:57,279 --> 00:20:00,950 tapi awak sampai berani mahu cabar Thorkell. 207 00:20:02,451 --> 00:20:05,913 Memang budak tak sedar diri. 208 00:20:09,083 --> 00:20:10,418 Tapi betul juga. 209 00:20:11,669 --> 00:20:14,672 Saya patut berterima kasih kepada Thors juga. 210 00:20:24,432 --> 00:20:25,558 Tunggu… 211 00:20:27,268 --> 00:20:28,227 Tunggu! 212 00:20:28,811 --> 00:20:30,062 Sudahlah. 213 00:20:30,146 --> 00:20:32,648 Diam! 214 00:20:32,732 --> 00:20:34,066 Tutup mulut! 215 00:20:34,775 --> 00:20:36,569 Tunggu kecederaan awak pulih. 216 00:20:37,653 --> 00:20:38,946 Tunggu… 217 00:20:42,283 --> 00:20:43,492 Nak pergi lagi? 218 00:20:52,293 --> 00:20:53,586 Menyedihkan. 219 00:20:57,047 --> 00:20:57,965 Aduh. 220 00:20:58,466 --> 00:21:01,177 Awak dah keras kejung, Bjorn. 221 00:21:10,352 --> 00:21:12,938 Kenapa pilih beta? 222 00:21:16,484 --> 00:21:19,278 Awak keturunan wira, Askeladd. 223 00:21:19,862 --> 00:21:20,905 Awak juga bijak. 224 00:21:22,323 --> 00:21:26,619 Kalau awak jadi raja, bukankah awak boleh mengubah dunia? 225 00:21:29,872 --> 00:21:31,874 Apa Tuanku cakap tadi? 226 00:21:31,957 --> 00:21:33,876 Tak dengar cerita patik tadi? 227 00:21:38,506 --> 00:21:41,008 Tuanku yang lebih sesuai jadi raja. 228 00:21:41,675 --> 00:21:43,886 Lebih daripada patik atau Raja Sweyn. 229 00:21:45,221 --> 00:21:46,972 Tengok muka pun patik tahu. 230 00:21:51,018 --> 00:21:54,313 Patik cuma seorang Viking. 231 00:24:37,059 --> 00:24:40,521 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela